Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Majlis Tayangan Eksklusif Filem The Conjuring – Sensasi Selebriti Posted: 01 Jul 2013 10:15 PM PDT Ini adalah hadiah Budiey kepada pembaca setia blog ini! Yuhuuuuu! Anda mahu menghadiri Majlis Tayangan Eksklusif Filem The Conjuring – Sensasi Selebriti bersama beberapa orang selebriti terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, ah-haaa nah! Inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem seram terbaru yang pasti mendebarkan ini. Huh, suspen sungguh menonton trailer filem ini.Filem The Conjuring adalah kisah benar yang betul-betul berlaku hasil pengarah yang pernah mengarah filem seram dan thriller yang popular iaitu Saw dan Insidious! Sinopsis Filem The Conjuring: Sebelum wujudnya Amityville, terdapat Harrisville. Berdasarkan kisah benar, filem The Conjuring mengisahkan sebuah kisah yang betul-betul berlaku di mana kisah ini sangat menakutkan. Ia menceritakan tentang bagaimana penyiasat paranormal terkenal di seluruh dunia iaitu Ed dan Lorraine Warren yang telah dipanggil untuk membantu keluarga yang menerima kehadiran hantu di sebuah rumah ladang terpencil. Apa yang sebenarnya berlaku di rumah tersebut? Apakah rahsia yang tersembunyi? Semuanya terjawab bermula 1 Ogos 2013 ini! Sensasi Selebriti dengan kerjasama Warner Bros. Pictures ingin menghadiahkan 110 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di majlis ini yang akan diadakan pada: Hari Rabu – 31 Julai 2013 Masa: Tempat: Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif. Seorang pemenang akan mendapat 3 keping tiket untuk hadir di Majlis Tayangan Eksklusif Filem The Conjuring di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Ingat hashtag ini: #TheConjuringBersamaBudiey Apa yang korang perlu buat ialah: 1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Majlis Tayangan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia 2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter. Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #TheConjuringBersamaBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf. Slogan: Saya mahu hadir di #TheConjuringBersamaBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf) Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca. 3. Sila emelkan slogan anda itu: Slogan: Saya mahu hadir di #TheConjuringBersamaBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf) Sertakan juga maklumat peribadi: Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Majlis Tayangan Eksklusif Filem The Conjuring – Sensasi Selebriti Tarikh tutup peraduan: Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter. Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait? Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 11 Julai 2013 Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan. Komen via Facebook |
| Arja Lee Mahu Sertai Akademi Fantasia 2013 Posted: 01 Jul 2013 07:00 PM PDT Pada hujung minggu lalu, telah berlangsung Sesi ujibakat Akademi Fantasia 2013 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Apa yang Budiey dengar, peserta ujibakat kali ini sangat ramai juga yang datang. Tak menang tangan juri dibuatnya. Mungkin ini adalah peluang terakhir untuk mereka mencuba nasib. Jadi, siapa kata AF 2013 tak meriah? Bukan main ramai yang nak masuk sampai pihak juri pun terpaksa menapis dengan teliti. Yelah, kat luar sana, ramai yang mahu jadi artis dan melonjak naik seperti kilat. Inilah yang dinamakan kebangkitan semula program realiti popular yang telah mencipta fenomena tersendiri dalam industri hiburan tanah air… Akademi Fantasia 2013. Budiey sangat teruja nak tahu senarai peserta AF untuk kali ini. Siapalah agaknya yang berjaya masuk ya? Penjenamaan semula AF yang katanya serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini bakal mencipta satu aura dan fenomena luar biasa. Setelah menjelajah ke empat buah lokasi iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah, pihak produksi Astro telah berada di Shah Alam pada hujung minggu lalu untuk sesi ujibakat di lokasi yang terakhir. Dengarnya, sebelum ini, Arja Lee pernah menyertai sesi ujibakat program realiti. Akhirnya, kali ini beliau berjaya untuk ke pemilihan seterusnya. Dicelah-celah orang biasa yang datang, ada terselit beberapa orang selebriti yang kita sudah kenali mereka. Selain IZ dan Fida Ibrahim, Budiey juga turut dikhabarkan sendiri oleh pelakon berkarakter iaitu Arja Lee atau nama sebenarnya, Azharudin Ramli. Jika anda follow Arja Lee di Instagam pasti akan nampak gambar Arja Lee memegang kertas oren yang menandakan beliau berjaya melepasi ujian saringan AF di peringkat yang ketiga. Wah! Tahniah Arja Lee! Budiey mendoakan semoga Arja Lee berjaya menjadi peserta AF2013 sebab Budiey memang suka dengan karakter Arja yang mudah untuk didekati dan beliau sangat mesra dan peramah. Kalau ada rezeki, dapatlah tengok Arja perform di Konsert Akademi Fantasia 2013 ni. Peminat pula ada yang terkejut dan ada pula yang gembira dengan berita ini. Apa-apa pun, bagi Arja Lee, antara sebab dia mahu join AF ialah sebab ini adalah cita-citanya untuk jadi penghibur yang sekian lama dia simpan. Dia mahu melunaskan hasratnya yang terpendam sekian lama selain mahu mencuba nasib. Menurut sumber Berita Harian pada hari ini, Arja Lee ada mengatakan dia mahu menimba ilmu dan baginya ilmu itu penting untuk menjadi seorang penghibur.
Cita-cita Arja Lee sangat besar. Menurut Arja, kalau boleh dia mahu menjadi pelakon, penyanyi, pengacara dan duta produk. Semua yang dilakukan ini adalah untuk ibunya yang kini sedang mengidap kanser lelangit peringkat ke 4. Rupanya sudah 13 tahun ibu Arja Lee mengidap penyakit ini dan terpaksa berulang-alik ke hospital Selayang untuk buat kimo terapi. Budiey doakan ibu Arja Lee sihat dan semoga Arja Lee tabah menghadapi dugaan ini. Okay, menurut Arja, semasa sesi ujibakat AF, dia menyanyikan dua buah lagu di depan juri iaitu lagu Lagu Kita dari Aizat dan Seribu Impian dari Casey. Budiey sempat tanya juga, adakah Arja Lee yakin dapat masuk AF kali ini? Dia kata, "Insyaallah, Saya harap sangat dapat, tapi kalau tak dapat, what to do." Jika Arja Lee berjaya masuk AF, bermakna beliau setiap tahun dapat masuk program realiti Astro di mana sebelum ini Arja Lee adalah peserta Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama. Budiey lihat rezeki Arja Lee sekarang semakin murah. Berkat dia bersungguh-sungguh dalam setiap kerja. Mutu lakonan pun dah semakin baik dan ramai peminat yang menyokong Arja. Terbaru, Arja Lee akan tampil dalam drama bersiri Ramadan Yang Hilang di TV3. Selamat maju jaya, Arja Lee! Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







0 ulasan:
Catat Ulasan