Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Race Start! Running Man Fanmeet in Malaysia Posted: 02 Jul 2013 09:06 PM PDT Kepada pembaca yang masih ingat, beberapa hari lalu, Budiey ada menyiarkan berita tentang program realiti paling popular, Running Man yang akan datang ke Malaysia pada bulan September 2013 nanti. Budiey pun dah tak sabar untuk bertemu dengan selebriti yang femes dan meletop dalam Running Man. Ish, tak sabar! Tak sabar! Nah! Di sini Budiey ingin war-warkan secara terperinci tentang kedatangan Running Man di bumi Malaysia. Running Man Fanmeet in Malaysia akan diadakan pada 7 September 2013, hari Sabtu di Pusat Membeli-Belah Kenanga Whole City (KWC), Kuala Lumpur jam 8 malam. Atas nama Race Start! Running Man Fanmeet in Malaysia, inilah masanya peminat mendapat peluang keemasan yang sekali sekala datang untuk mendapatkan tandatangan autograf malah anda boleh bertemu dan bergambar bersama empat figura popular iaitu Kim Jong Kook, HaHa, Gary dan Jae Suk Jin. Wow! Walaupun hanya ada 4 orang selebriti, tapi Budiey tetap akan ke sana. Boleh buat #LiveUpdate dan siarkan di Instagram. Jadi, jangan lupa follow Instagram Budiey, orait? Budiey dikhabarkan oleh penganjur, tiket-tiket untuk acara berkenaan hanya sebanyak 3,500 keping sahaja akan dijual. Namun difahamkan sekiranya mendapatkan sambutan menggalakkan, pihak penganjur, Big Pocket, bersedia untuk mengeluarkan lagi tiket-tiket. Running Man di Malaysia! Harga Tiket Serendah RM169 & Tawaran Istimewa. Tiket-tiket akan dijual mulai 20 Julai 2013, jam 11 pagi hingga 5 petang bertempat di level 15, Star Stage, KWC Fashion Mall Berikut harga tiket-tiket Race Start! Running Man Fanmeet in Malaysia : Pakej Premium Pakej VIP RM469.00 Pakej RM369.00 Pakej RM269.00 Pakej RM169 Running Man merupakan program realiti berkonsepkan gameshow urban-komedi yang disiarkan di saluran SBS sejak Julai 2010. Setiap episod akan menampilkan tetamu jemputan terdiri daripada selebriti popular, jaguh sukan mahupun individu berpengaruh di korea juga antarabangsa untuk bersaing dengan pasukan Running Man. Kedua-kedua kumpulan akan berdepan dengan pelbagai cabaran luar jangkaan, getir serta melucukan dan sesiapa yang dapat memenuhi misi, mereka di kira sebagai pemenang. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.bigpocketgroup.com atau facebook, www.facebook.com/Bigpocketgroup88. Komen via Facebook |
| Ainan Tasneem Lancar Mini Album Aku Suka Dia Posted: 02 Jul 2013 06:35 PM PDT [unable to retrieve full-text content] ada jam 3 petang kelmarin, dalam menghadapi jadual yang sangat padat, Budiey masih lagi berpeluang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Album Mini Ainan Tasneem yang berjudul Aku Suka Dia yang berlangsung di di Hotel Royal. Tahniah Budiey ucapkan kepada Ainan Tasneem di atas pelancaran ini. Setelah berusaha gigih menghasilkan lagu dan[...lagi...] The post Ainan Tasneem Lancar Mini Album Aku Suka Dia appeared first on Sensasi Selebriti. |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan