RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Shila Amzah di Majlis Pra Dengar Album Terbaru

Posted: 05 Jul 2013 08:48 PM PDT

Hidup memerlukan bukan satu pergorbanan tapi banyak pengorbanan! Setiap orang perlu berkorban untuk mencapai cita-cita. Kata-kata ini sebenarnya, ada kaitan dengan penyanyi Shila Amzah yang begitu positif melangkah ke depan untuk mencapai cita-citanya menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa.

Pada jam 3 petang kelmarin, tanggal 5 Julai, Budiey berpeluang untuk bertemu dengan Shila Amzah yang kembali ke Malaysia semata-mata untuk bertemu media yang rata-rata teruja untuk mendengar buah tangan terbaru dari penyanyi ini. Dalam suasana yang ringkas dan santai dengan celoteh Fahrin Ahmad sebagai pengacara, akhirnya Majlis Pra Dengar Album terbaru berjudul Shila Amzah telah berlangsung di Red Box Plus, Pavillion KL. Selain Puan Fauziah ibu kepada Shila, turut hadir pada majlis pra dengar tersebut ialah ayah Shila iaitu ND Lala selaku Penerbit Eksekutif dan rakan kongsi syarikat berkenaan Ong Peng Chu.

TONTON VIDEO: Fahrin Ahmad Jadi Hos Pra Dengar Album Terbaru Shila Amzah 

Shila Amzah nampak bertambah langsing dan kurus. Khabarnya, beratnya dah semakin susut setelah selalu bersenam, workout dan mengamalkan diet seimbang. Good job!

Gambar Shila Amzah di Majlis Pra Dengar Album Terbaru

Budiey di sini ingin mengucapkan tahniah buat Shila Amzah kerana berjaya menerbitkan sendiri album ini. Untuk info anda, album ini merupakan album pertama terbitan syarikatnya sendiri iaitu Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB). Syarikat ini ditubuhkan pada tahun ini dan diasaskan oleh bapa Shila Amzah sendiri iaitu ND Lala, ibunya Puan Fauziah, Shila Amzah dan Encik Ong Peng Chu selaku rakan niaga. Kepada peminat yang teruja untuk memiliki album ini, haruslah kena tunggu selepas raya di mana album ini akan berada di pasaran sekitar musim perayaan tahun ini.

Di sidang media, soalan peribadi tentang cinta Shila Amzah tidak lepas disoal oleh media. Apa-apa pun, buat masa ini Shila mahu fokus kepada kerjayanya. Lagi pun, dia masih serik untuk menjalinkan hubungan cinta dalam masa terdekat. Bagus la tu, dik.

Okay, kita tak nak cakap pasal cinta sebab anda semua kena miliki album ini memandangkan segala isi hati dan luahan cinta Shila Amzah terkandung dalam album ini. Memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf ciptaan sepenuhnya oleh Shila sendiri. Terselit juga dua buah bonus track iaitu lagu Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin).

TONTON VIDEO: Temubual Bersama Shila Amzah di Pra Dengar Album Terbaru

Sedikit Ulasan Ringkas dari Budiey:
Lagu Masih Aku Cinta telah dipilih menjadi single pertama album ini. Bermakna lagu ini akan berkumandang di corong radio nanti. Tidak syak lagi, kalau ada peluang dan rezeki, lagu ini akan berkumandang sekali lagi di pentas AJL. Okay, lagu pertama diperdengar ialah lagu SEDAR. Sebuah lagu rancak yang ceria. Dengar rentaknya buat Budiey rasa nak goyang kaki. Lagu tentang crush Shila. Lagu kedua berjudul CINTA HATI. Shila Amzah cuba jadi rapper dalam lagu ini. Hasilnya memang menjadi. Comel pun ada bila dengar Shila rapping. Huhu. Lagu ini tentang cinta, rindu dan hasrat Shila Amzah. Lagu ke-3 yang diperdengarkan berjudul TULUS yang ditujukan khas buat peminat Shila Amzah aka #Shilalas yang banyak membantu dan menyokong Shila menggapai cita-cita yg menggunung tinggi. Kalau Dato' Siti Nurhaliza ada lagu khas untuk peminatnya Sitizoners, Shila pun ada. Haha, tak nak ketinggalan, okay. Best lagu ni sebab ada suara latar ala koir gitu. Lagu MAAF menjadi lagu ke-4 diperdengarkan. Sebuah lagu berentak broadway. Sesuai untuk filem muzikal. Lirik yang bersahaja dan berterus terang tanpa simbolik atau perumpamaan atau bahasa bombastik. Rentaknya juga sangat catchy. Maaf Maaf Maaf, Sesungguhnya aku ini terlalu baik hati.  Lagu ke-5 sebuah lagu Mandarin & Inggeris berjudul XIA YI BU. Lagu versi Mandarin untuk Patah Seribu yang menjadi taruhan pertama untuk meluaskan pasaran muziknya ke peringkat antarabangsa. Vokal diperkemaskini dalam versi ini. Untuk lagu ke-6, masa majlis ini, Shila Amzah muncul dengan menyanyikan secara live sebuah lagu yang ditujukan kepada cinta hati berjudul MASIH AKU CINTA. Sedih la pulak rasanya. Dari jauh aku masih cinta. Setelah mendengar semua sekali, Budiey suka dengan lagu Cinta Hati sebab suka Shila Amzah nyanyi rap. Budiey bagi 5/5 bintang untuk album ini. Bley? Ahaks!

Bagi Shila Amzah, beliau menyifatkan album ini adalah baby sulung Shila sebab beliau terlibat secara langsung dalam pembikinannya dari mula sampai ke proses terakhir. Shila Amzah dan bapanya adalah Penerbit Eksekutif untuk album ini. Namun begitu, kata Shila, tanpa bantuan komposer terkenal, Helen Yap dan Aubrey Suwito selaku penerbit, album ini tidak akan menjadi realiti. Syabas Shila Amzah!

Menarik tentang lima lagu tersebut, ia mengisahkan pengalaman cinta yang pernah dilaluinya sebelum ini.

"Saya juga lebih terbuka dalam meluahkan isi hati saya kepada umum dengan cara menghasilkan lagi. Saya percaya lagu-lagu ini akan menjadi kenangan dan pengalaman hidup buat saya selama-lamanya dan juga buat orang yang mempunyai kisah yang lebih kurang sama dengan saya."

Kepada peminat yang teruja untuk memiliki album ini, haruslah kena tunggu selepas raya di mana album ini akan berada di pasaran sekitar musim perayaan tahun ini.

Komen via Facebook

Komen

Betul Ke Konsert Metallica Live In Malaysia Bernilai RM40Juta?

Posted: 04 Jul 2013 11:24 PM PDT

Kelmarin, Budiey ada menyiarkan tentang pengumuman band heavy metal bertaraf lagenda iaitu Metallica akan menggegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert pertama pada 21 Ogos depan. Pada hari ini, Budiey ada mendengar melalui satu sumber yang mendedahkan kejayaan Malaysia membawa masuk Metallica adalah hasil pelaburan sangat-sangat besar iaitu sebanyak RM10 juta! Wow! Banyak tu beb! Biar benar nih! Budiey macam tak percaya je. Ini dah kalahkan Psy je ni. Psy pun baru RM2juta je untuk dua lagu.

Metallica

Konsert Metallica Live in Malaysia akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2013, jam 8 malam.

Menurut sumber itu lagi, rupanya ada individu yang sangat berpengaruh memainkan peranan penting dalam mendapatkan kelulusan permit untuk kumpulan rock itu ialah Menteri Kebudayaan dan Perlancongan, Datuk Seri Nazri Aziz. Menurut sumber yang diperolehi oleh Portal Red Carpet, Datuk Seri Nazri Aziz adalah seorang peminat tegar Metallica.

"Dia seorang peminat Metallica dan beliau menyokong penuh konsert itu."

Malah anggota band Metallica sendiri terkejut bahawa mereka akan melepasi 'kawalan ketat' negara kita dan berjumpa dengan peminat-peminat mereka di sini. Bukan main susah untuk Metallica menyelinap masuk ke Malaysia, tapi kali ini segala rancangan mereka berjalan dengan lancar.

Budiey pun masih ingat lagi, konsert Metallica hampir-hampir terlaksana di Malaysia tapi terpaksa dibatalkan di saat akhir gara-gara telah ada bantahan dari pihak pembangkang yang membantah habis-habisan!

"Malaysia! Kami akan melihat anda buat kali pertama pada 21 Ogos di Kuala Lumpur."

Keseronokan mereka berterusan di laman rasmi dengan menyatakan:

"Kami telah berkata sebelum ini … dengan lebih daripada 30 tahun perjalanan di seluruh dunia di belakang kita, terdapat sesetengah tempat yang kita belum diterokai. Jadi ia agak menyeronokkan bagi kami untuk kembali dengan satu lagi pertama, berhenti di Kuala Lumpur, Malaysia.".

Metallica Live di Malaysia 2013 dianjurkan oleh Kumpulan Galaxy  dengan kerjasama LAMC Productions dan Rockstar Touring – dengan sokongan dari Malaysia Major Event sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Mesti ramai pelancong dari luar akan datang ni.

Kali terakhir Metallica yang terkenal dengan album seperti Masters of Puppets, Kill'em All, Ride The Lightning dan And Justice For All itu datang ke Singapura untuk buat konsert ialah pada tahun 1993 di Stadium Tertutup Singapura.

Tiket berharga RM680, RM550, RM450, RM380, RM350 dan RM195 akan mula dijual mulai 6 Julai 2013 dan pelancaran penjualan tiket secara eksklusif akan diadakan pada 7 Julai ini di Fahrenheit 88 KL (concourse area, ground floor) dari jam 11.30 pagi ke atas.

Tiket juga akan mulai dijual di kaunter tiket Galaxy di Mid Valley, Sg Wang dan laman sesawang Ticket Charge : www.ticketcharge.com.my.

Untuk info lanjut, anda boleh juga melayari www.galaxy.com.my atau Galaxy Group facebook page.

Pengumuman mengenai tarikh konsert ini juga diumumkan menerusi laman web rasmi Metallica iaitu www.metallica.com baru-baru ini.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories