Zon Artis |
| Kesian Tunang Dia Dapat ‘Buaya’ Macam Tu – Maria Farida Posted: 03 Jul 2013 10:17 PM PDT
Maria Farida, pelakon yang pernah intim bercinta dengan aktor yang tengah hangat dengan kontroversi sekarang ni, siapa lagi kalau bukan Shahz Jaszle menyatakan yang dia tidak terkejut dengan kes khalwat yang melibatkan bekas kekasihnya itu. Malahan, dia juga sudah menyangkakan perkara sebegitu akan terjadi kepada Shahz Jaszle. Seperti kata Maria Farida kepada Malaysian Digest:-
Maria juga menyifatkan Shahz sebagai buaya darat yang selalu memperdayakan teman wanitanya sebelum ini dan aktres itu turut melahirkan perasaan simpatinya terhadap tunang Shahz, Redzwani Puteri malah menyifatkan gadis itu sebagai seorang yang baik kerana masih mempercayai Shahz dan ingin meneruskan hasrat untuk berkahwin.
Psstt: Gambar mayat di Gunung Everest yang dibiarkan~ |
| Nabila Huda Akui Sudah Putus Cinta Dengan Nas-T Posted: 03 Jul 2013 06:32 AM PDT
Nampaknya hubungan cinta Nabila Huda dan Nas-T yang telah mereka pamerkan kepada umum dengan gambar-gambar mesra mereka antaranya gambar semasa bercuti ke Bali tidak berkekalan apabila Nabila Huda mengesahkan yang hubungan cintanya bersama Nas-T sudah pun berakhir. Menurut Nabila, hubungan cinta mereka berakhir kira-kira sebulan yang lalu. Tiada sebab dan punca yang kukuh, Nabila Huda yang mengakui masih menyayangi Nas-T berkata dia mula menyedari jejaka itu sebagai kawannya seperti sebelum ini, tetapi bukan sebagai kekasih.
Berkata kepada media, Nabila mengakui yang dia kini lebih gembira menjalani kehidupan secara bersendiri berbanding jika mempunyai kekasih dan lebih selesa menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki atas dasar persahabatan sahaja daripada melibatkan hati dan perasaan.
|
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








0 ulasan:
Catat Ulasan