RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

Posted: 19 Aug 2013 09:35 PM PDT

Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba di kalangan masyarakat Malaysia, telah dipilih oleh Adelaide Festival Centre untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013.

Festival OzAsia yang dianjurkan oleh Adelaide Festival Centre adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan September selama dua minggu. Acara ini menyajikan persembahan kebudayaan oleh para karyawan Australia yang berasal dari negara Asia, dalam usaha untuk mengetengahkan warisan budaya Asia.

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

Gandingan eksklusif Guba & Yuna di Adelaide Festival Centre pada bulan September Ini pasti dinantikan oleh peminat

Persembahan kebudayaan yang akan berlangsung selama 2 minggu meliputi perlbagai macam persembahan, seperti teater, tarian, muzik, filem, saster, seni visual, seni kreatif, dan sajian makanan. Setiap tahun, Festival OzAsia akan meilih satu negara Asia sebagai tema utama. Untuk tahun 2013 ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tema inspirasi Festival OzAsia.

Persembahan di Festival OzAsia di Adelaide Festival Centre selama 2 hari; 13 & 14 September 2013, akan menjadi persembahan Guba yang pertama di Adelaide & juga di luar Malaysia.

"Apabila mendapat undangan untuk membuat persembahan di Festival OzAsia tahun ini, saya terkejut dan pada masa yang sama, rasa teruja. Macam-macam perasaaan. Untuk persembahan 2 hari nanti, akan ada special segmen, di mana saya akan menyanyikan lagu "You're So Fine" bersama Yuna." – Guba

Untuk maklumat lanjut tentang persembahan Guba di Festival OzAsia 2013, boleh layari http://www.ozasiafestival.com.au/Guba

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Gambar Menarik Konsert Linkin Park Living Things di Malaysia

Posted: 19 Aug 2013 09:23 PM PDT

Walaupun hujan dan terpaksa menempuhi jalan yang sesak dan jam kerana berlangsung hari bekerja, Budiey redahi jua kerana mahu menonton persembahan Linkin Park di Kuala Lumpur. Ini adalah kali kedua setelah selama 10 tahun Budiey menunggu. Memang agak lama tunggu Linkin Park datang Malaysia dan ternyata penantian Budiey itu ternyata berbaloi-baloi setelah Budiey rasa sangat enjoyz dengan persembahan mantap band rock metal itu semalam. Sebanyak lebih 25 buah lagu popular Linkin Park bergema di Stadiun Nasional semalam. Sakit tekak gak Budiey terlolong, memekik dan menjerit. Adeh. Rabu ini pula, Budiey dijemput untuk ke Konsert Metallica pulak, tak sabar pulak nak tengok Metallica untuk kali pertama.

Dikhabarkan, Linkin Park tampil dengan memberikan persembahan bertenaga di hadapan lebih 25 ribu penonton pada konsert jelajah dunia 'Living Things' di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan dalam ramai-ramai tu, ada lebih kurang 5,000 orang pelancong yang datang dari beberapa buah negara jiran dan di Eropah juga. Kumpulan yang memenangi pelbagai anugerah ini membuka tirai konsert pada pukul 8.30 malam menerusi lagu Tinfoil, Faint dan Papercut.

Kumpulan yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave 'Phoenix' Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Linkin Park terus memberi persembahan bertenaga dengan lagu-lagu popularnya seperti Givin Up, With You, Somewhere I belong, New Divide dan Victimized.

Sorakan kuat penonton mengamatkan keadaan di stadium setiap kali anggota kumpulan tersebut cuba berinteraksi dengan penonton.

Band yang berasal dari California, Amerika Syarikat itu menyampaikan 21 buah lagu dalam konsert yang berlangsung selama dua jam.

Tidak mahu menghampakan peminat, kumpulan ini turut menyanyikan lagu popular seperti In The End, Numb dan What I've Done pada bahagian penutup.

Biarpun dibasahi hujan renyai, penonton berpuashati dan terhibur dengan persembahan kumpulan tersebut.

Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 "Living Things" ini dibawakan oleh The Wonderland+ dan peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara.

Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories