RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Nasihat Kak Engku buat Hanez Suraya

Posted: 11 Mar 2014 01:00 AM PDT


  • Nasihat Kak Engku buat Hanez SurayaKak Engku

ISU pelakon kontroversi, Hanez Suraya yang dituduh merampas suami orang bukan saja mendapat perhatian meluas daripada masyarakat tetapi juga golongan selebriti termasuklah Rita Rudaini, Rabecca Nur Al Islam, Hafiz Hamidun dan Chef Wan.

Terbaru, seakan-akan 'terpanggil' untuk menasihati pelakon Autumn Di Hatiku itu adalah penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau yang lebih mesra disapa sebagai Kak Engku.

Menurut Kak Engku, Hanez sepatutnya menghormati perasaan wanita lain sementelahan lagi dia juga adalah seorang wanita.

"Pada saya, hormatilah hati wanita lain. Fikirlah, jika lelaki itu boleh berbuat demikian pada isterinya, iaitu wanita yang telah bersusah payah melahirkan anak untuknya,  tak mustahil sekiranya dia boleh berbuat perkara sama pada Hanez.

"Buka minda, pasti ada sebab mengapa rumah tangga mereka bermasalah? Lagi pula Hanez pasti belum tahu apa sebenarnya masalah yang melanda pada mereka berdua?," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui di Menara Kuala Lumpur (Menara KL), baru-baru ini.

Tambahnya lagi, Hanez juga tidak sepatutnya mencampuri langsung urusan rumah tangga mereka sebaliknya biar ia diselesaikan terlebih dahulu.

"Apabila masalah dah selesai,  tak salah kalau Hanez nak  meneruskan hubungannya dengan lelaki itu.

"Perjalanan hidup ini masih jauh. Fikir dahulu sebelum kita nak bercakap dan jangan dengar daripada sebelah pihak saja," katanya.

Dalam pada itu, Kak Engku mengakui yang dia kini semakin selesa bergelar ibu tunggal pada tiga anaknya setelah bercerai dengan Adzmin Tan Sri Osman, pada 2010.

"Saya tak terfikir lagi soal kahwin, apatah lagi saya seronok dengan hidup begini. Sekarang ini, saya sibuk dengan kerja dan anak-anak.

"Jika berkahwin sekalipun, lepas itu tak menjalankan tanggungjawab, berdosa juga kan? Jadi, biarlah begini. Kalau ada jodoh, adalah nanti.

"Jangan risau, bila saya nak kahwin nanti, saya akan umumkannya," katanya sambil tergelak.

Cipta sejarah dari Menara KL

Sementara itu, Kak Engku berjaya mencipta sejarah apabila menjadi penyampai radio wanita berstatus ibu tunggal yang bersiaran secara langsung dengan Sinar FM dari ketinggian 300 meter di atas Lapangan Terbuka Menara KL, pada 7 Mac lalu.

Sejarah itu dicipta bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac lalu sekali gus menyahut cabaran daripada Pengurus Kandungan Sinar FM, Rizal Sahimy.

Selain itu, ia juga bertujuan mengumpulkan dana untuk persatuan ibu tunggal demi membela nasib golongan itu.

"Sering kali, setiap tahun apabila tibanya Hari Wanita Sedunia, saya hanya bercakap mengenai nasib, kecekalan dan kekuatan seorang wanita.

"Tetapi untuk tahun ini, saya tidak lagi hanya mahu bercakap. Saya mahu melakukannya!. Cakap mestilah serupa bikin.

"Lagi pula, niat saya adalah baik, iaitu untuk mengumpul dana buat mereka," katanya.

Kak Engku berada di 'awangan' bagi mengendalikan segmen Sinar Pagi dari jam 6 hingga 10 pagi.

Namun begitu, dia telah bersiap sedia sejak dari jam 5 pagi lagi dengan dibantu oleh Koordinator Kawalan Keselamatan Menara KL, Faizul Abdul Razak dan dua petugas dari Nas Team.

"Saya akui agak gementar. Terus terang dari semalam (6 Mac) saya tidak dapat tidur dan makan apa-apa.

"Terdapat empat cabaran yang saya perlu lalui. Tapi ketika cabaran duduk di tebing paling hujung, nyawa saya bagaikan berada di hujung kaki.

"Namun begitu, selepas melunjurkan kaki, saya sudah terasa lega dan perasaan gerun itu kemudiannya hilang sedikit demi sedikit.

"Alhamdulillah, akhirnya saya dapat lakukan dengan baik. Terasa sayu juga, dapat bantu mereka dengan hanya cara yang begini," katanya.

Begitu pun, kata Kak Engku, dia mengharapkan agar semangat ini dapat memberi inspirasi buat semua ibu tunggal sekali gus menjadi kebanggaan buat anak-anaknya.

Hasil kutipan dan pembelian tiket pengunjung pada waktu siaran berkenaan, mereka berjaya mengumpulkan RM3,000.

Dalam pada itu, pada September depan, Kak Engku akan menyertai acara tahunan Menara KL iaitu Base Jump.

"Saya cukup sukakan dua perkara iaitu cabaran dan memasak. Malah, saya sangat  suka dengan  rancangan Fear Factor dan Masterchef.

"Namun, saya tidak dapat nak menyertainya disebabkan terikat dengan tugas di konti dan pengacaraan," kata pengacara Primadona ini.

Hanis, Aliff, dan Hairul

Posted: 11 Mar 2014 01:00 AM PDT




BILA ditawarkan berlakon dalam drama Jodoh musim kedua, hati pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha dipagut resah. Benak fikirannya berselirat rasa gusar dibandingkan dengan heroin Jodoh musim pertama, Scha Al-Yahya. Ada sebabnya.
Bagi Hanis, menerusi Jodoh, Scha telah berjaya membawakan watak Olly di samping Dazrin dengan bagus sehingga meraih sambutan yang menggalakkan daripada penonton.
Mencari ketenangan dalam gundah yang bertamu di hati, Hanis meminta sinopsis Jodoh 2 terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
"Bila saya minta sinopsis baru saya tahu yang saya pegang watak utama seperti Dazrin. Dan, akhirnya saya setuju berlakon dalam Jodoh 2.
Menerusi Jodoh, Dazrin membawa watak seorang pemuda yang mencari calon isteri dengan menyertai sebuah program realiti mencari jodoh yang disertai sekumpulan wanita jelita termasuk Olly.
Jodoh 2 sebaliknya mengenai Zara, lakonan Hanis - gadis yang mencari jodoh menerusi program realiti sama tetapi disertai sekumpulan pemuda kacak.
"Saya bukan takut bawa watak Olly lakonan Scha. Saya cuma takut dibandingkan dengan Scha. Juga takut jangkaan daripada peminat Jodoh terhadap Jodoh 2.
"Saya sendiri tengok Jodoh dan ia merupakan drama yang bagus. Scha bawa watak Olly dengan baik. Mula-mula saya ingatkan, watak saya lebih kurang dengan watak yang dibawakan Scha.
"Sebab itu, saya risau untuk berlakon dalam Jodoh 2. Rupa-rupanya macam watak Dazrin dalam Jodoh tetapi versi wanita. Jadi saya lega dan gembira membawakan watak Zara dalam Jodoh 2," ungkapnya mesra ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Jodoh 2 di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Drama bersiri 13 episod arahan Syed Khairul Fariz yang bakal menemui penonton pada 24 Mac ini, berkisarkan tentang Zara yang mencari jodoh.
KETIKA awal kemunculannya dalam dunia hiburan, Hanis pernah dilabel sebagai seorang diva.


Seorang selebriti internet yang tidak mempunyai kekasih, Zara turut digambarkan sebagai seorang gadis yang naif dan sopan.
"Dia seorang selebriti internet yang naif. Dia masuk program cari jodoh itu sebab ingin mencari cinta sejati.
"Bagaimanapun dia berdepan dengan tekanan kerana tidak mampu memilih pasangan yang dia mahukan.
"Terlalu banyak elemen drama, kemahuan penerbit rancangan itu dan juga penonton dalam rancangan tersebut yang perlu dikutinya," ulasnya.
Karakter Zara nyata ada persamaan dengan Hanis yang sebelum menceburi bidang lakonan merupakan seorang blogger terkenal. Namun, pelakon berusia 24 tahun ini bukan seorang yang lemah lembut, tetapi sebaliknya bersikap gila-gila.
"Cabaran bawa watak Zara ialah apabila saya terpaksa kekalkan sikap sopan dan ayu. Kalau boleh, saya ingin bawa watak seperti Elly lakonan Jannah Nik yang gila-gila. Sebabnya itu karakter sebenar," ujarnya mengenai watak Elly yang dibawa oleh pelakon Jannah Nik, yang juga merupakan tunjang utama dalam drama Jodoh 2.
Aliff Aziz
Menjalani penggambaran drama Jodoh 2 selama 35 hari, Hanis turut berlakon di samping penyanyi sensasi, Aliff Aziz.
Pertama kali bergandingan dengan Aliff, ada cerita mengatakan mereka bermasam muka ketika penggambaran Jodoh 2 dijalankan.
Menjawab mengenai gosip tersebut, ulas Hanis, khabar yang mengatakan dia bermasam muka dengan Aliff adalah pelik.
"Saya tidak tahu macam mana boleh timbul khabar ini (bermasam muka dengan Aliff). Serius tidak ada langsung. Boleh tanya soalan ini kepada mereka di lokasi penggambaran ini.
"Saya rasa benda ini timbul sebab kami belum lagi ada babak bersama dalam Jodoh 2. Semua babak saya banyak dengan Fadlan Hazim (hero Jodoh 2). Kalau ada babak bersama Aliff sekalipun, ia membabitkan pelakon-pelakon lelaki lain juga.
HANIS mengakui hubungannya dengan Hairul tidak lebih sekadar teman rapat.


"Tetapi ia tidak bermakna kami bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Kalau minum petang kami turut minum bersama," ungkapnya terkejut dengan khabar terbabit.
Disoal mengenai kontroversi yang mengaitkan Aliff dengan beberapa wanita dan selebriti sebelum ini, kata Hanis, dia tiada masalah mencipta keserasian berlakon bersama Aliff kerana umur mereka juga hampir sebaya.
"Hanis tidak pernah dengar kontroversi dia (Aliff) di set penggambaran - kami tiada masalah. Kami mudah serasi sebab saya, Aliff dan juga semua pelakon memiliki umur yang hampir sebaya," ujarnya.
Diva
Pernah didakwa bersikap diva dengan media sebelum ini, Hanis menangkis dakwaan tersebut. Sebaliknya dia mengakui, ketika itu dia belum pandai membawa diri.
"Kalau dulu, saya tidak pandai bawa diri ketika hadir ke majlis hiburan. Saya juga tidak tahu hendak berbual dengan orang yang tidak dikenali. Sekarang saya sudah kenal wartawan," jelasnya.
Disoal mengenai pandangan orang ramai terhadapnya selepas dituduh diva, kata Hanis, peminatnya yang mengenalinya sejak menjadi penulis blog tahu siapa dirinya dan masih menyokongnya.
"Saya cuma kesal kalau orang yang tidak kenal membaca dan mempercayai berita itu (isu diva). Alhamdulillah, sekarang saya sudah pandai bawa diri. Cerita sebegini tidak lagi timbul," akuinya.
Selain daripada Jodoh 2, Hanis juga baru menjalani penggambaran telefilem arahan Micheal Ang berjudul Patung.
Mengakui Patung merupakan karya paling berat pernah dibawa olehnya, akui Hanis, dia membawa watak seorang wanita psiko yang didera oleh ibunya serta dibomoh oleh suaminya.
"Patung merupakan cerita hantu. Saya bawa watak wanita yang dipaksa kahwin dengan orang lain selepas kekasihnya dibunuh. Dia kemudiannya menjadi psiko dan sering bermain dengan anak patung selepas dibomoh oleh suami," kongsinya lagi mengenai telefilem yang bakal ditayangkan pada bulan April ini.
Hairul Azreen
Turut disoal mengenai hubungannya bersama pelakon Hairul Azreen, Hanis memberitahu, pemuda itu merupakan lelaki yang paling rapat dengannya sekarang.
"Sejak di tingkatan tiga lagi, saya sudah mengenali dia ( Hairul). Kami kenal menerusi laman sosial Myspace. Sejak itu, kami berkawan dan menjadi rapat sehingga kini. Dia banyak membantu saya dalam bidang lakonan," ulasnya mengenai perkenalannya dengan Hairul.

HANIS (berdiri tiga dari kanan) bersama barisan para pelakon yang menjayakan drama bersiri Jodoh 2 yang akan mula ditayangkan pada 24 Mac ini.


Begitu sukar berkongsi lebih lanjut status hubungannya dengan Hairul, akui Hanis, sejak menjadi penulis blog lagi, dia tidak suka mencanangkan kisah peribadi.
Katanya, walaupun dia pernah mempunyai teman istimewa satu ketika dahulu dia tidak pernah bercerita mengenainya dengan peminat blognya biarpun disoal berkali-kali.
Berkongsi sasarannya untuk berkahwin, ujar anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik itu, dia pernah berhasrat untuk berkahwin di usia 20 tahun.
Sebabnya, Hanis ingin mengikut langkah ibunya yang berkahwin di usia 20 tahun dan mempunyai anak yang ramai.
"Saya ingin ikut dia berkahwin di usia 20 sebab perbezaan umur kami tidak terlalu jauh. Dia sekarang 46 dan saya pula 24 tahun. Walaupun hubungan kami adalah ibu dan anak tetapi kami rapat seperti kawan baik.
"Tetapi bila mula berlakon saya tidak lagi teringin untuk berkahwin awal. Ini kerana, saya mulai suka memperoleh pendapatan sendiri. Memegang duit sendiri. Ibu juga pernah menasihati saya supaya tidak berkahwin di usia sepertinya," luahnya lagi.


Isu Tidak Berdisiplin Buka Mata Dazrin Untuk Berubah

Posted: 11 Mar 2014 12:58 AM PDT


Dazrin
Dazrin bersyukur apabila pengarah drama Along Kamaluddin dan Fasha Sandha menegur sikapnya itu ketika berada di set penggambaran demi kebaikannya.
PETALING JAYA: Pelakon Dazrin Kamarudin mengakui kontroversi bahawa dia tidak berdisiplin yang melandanya sebelum ini membuka matanya untuk lebih bertanggungjawab pada masa hadapan.

Dazrin, 26, berkata, teguran oleh pengarah drama bersiri Miranda iaitu Along Kamaluddin dan pelakon utamanya, Fasha Sandha ketika di set penggambaran satu tindakan yang disyukurinya kerana membawa kebaikan.

"Jika mereka tidak menegur sikap saya barangkali sehingga hari ini saya tidak sedar perbuatan tersebut (tidak berdisiplin) telah menyusahkan pelbagai pihak.

"Kejadian itu juga membuka mata saya untuk berfikir kembali tentang apa yang telah saya lakukan dan teguran mereka itu sebenarnya adalah dengan tujuan baik," katanya kepadamStar Online.

Dazrin ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan di sini, pada Isnin.

Acara itu bakal diadakan di Dataran Masjid Putra, Persint 1, Putrajaya pada 21 Mac ini pukul 8 malam.

Dalam perkembangan sama, Dazrin mengakui telah memohon maaf kepada semua kru drama berkenaan termasuk Along dan Fasha atas sikapnya itu dan mengakui kesal dengan perbuatan berkenaan.

Jelas Dazrin, dia juga tidak menyimpan dendam terhadap kritikan oleh kedua-dua individu tersebut terhadapnya dan hubungan mereka kembali jernih.

"Sebagai manusia kita memang tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan syukur saya cepat tersedar.

"Saya kini lebih berdisiplin dan datang ke lokasi penggambaran tepat pada waktunya sebagai salah satu proses mengubah diri supaya menjadi lebih baik," katanya.

Sementara itu, Dazrin berkata, walaupun pada awal kariernya sedikit terganggu akibat kejadian itu namun kini ia kembali pulih seperti sedia kala.

Jelas Dazrin, dia masih mendapat kepercayaan daripada produksi dan memberitahu baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama.

"Selepas ini ada beberapa lagi drama akan mula penggambaran dan Alhamdulillah rezeki masih ada walaupun imej sedikit tercalar akibat insiden berkenaan," ujarnya.

Jep (Sepahtu) Tepis Gosip Bertunang

Posted: 11 Mar 2014 12:57 AM PDT

jep
Jep mengakui enggan menjawab panggilan mana-mana media yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung gosip mengatakan dia sudah bertunang
PETALING JAYA: Selepas dua minggu gosip mengenai pertunangan Jep Sepahtu diberitakan, akhirnya pelawak itu tampil menafikan khabar angin tersebut.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia terkejut dengan berita tersebut dan meluahkan rasa sedikit terkilan apabila gosip tersebut dikeluarkan tanpa meminta penjelasannya dahulu.

"Perkara itu (bertunang) langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong.

"Terkejut juga apabila mendapat tahu berita 'pertunangan' saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Pada 24 Februari lalu, akhbar mingguan telah melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada Januari lalu dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Difahamkan wanita tersebut bekerja di stesen radio Hot FM.

Selepas gosip tersebut, pihak media cuba mendapatkan pengesahan daripada Jep namun pelawak itu tidak menjawab sebarang panggilan media.

jep
Jep menegaskan dia masih lagi solo dan belum bertunang seperti yang didakwa.


Sementara itu, Jep mengakui enggan menjawab panggilan mana-mana media yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung gosip mengatakan dia sudah bertunang buat sementara waktu.
Katanya, penulis gosip tersebut perlu menghubungi dia dahulu bagi mendapatkan kepastian sebelum mengeluarkan berita itu kepada umum. 
"Saya tidak faham kenapa penulis berkenaan tidak menghubungi saya sebelum keluarkan berita tersebut.

"Kenapa selepas keluar berita tidak sahih itu barulah semua nak hubungi saya?

"Bukannya saya tidak mahu beri kerjasama tetapi saya rasa ianya cukup adil antara kedua-dua belah pihak apabila mereka keluarkan berita tanpa mendapatkan penjelasan saya dan saya pula tidak memberi kerjasama untuk memberi penjelasan," tegasnya.

Bagaimanapun beritahu Jep dia langsung tidak kecewa dengan penyebaran berita pertunangan itu dan menyifatkan ia sebagai doa daripada semua pihak untuk dia memiliki pasangan satu hari nanti.

Johan As'ari Sangkal Dakwaan Dibenci Wanita

Posted: 11 Mar 2014 12:56 AM PDT


johan
Walaupun beberapa kali hubungan cinta Johan As'ari gagal, dia belum serik untuk terus mencari pasangan yang sesuai. untuknya.
PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari menolak dakwaan kononnya golongan wanita enggan mendekatinya selepas kontroversi dia memutuskan hubungan dengan aktres Lana Nordin akhir tahun lalu.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 28, berkata, dia masih mempunyai ramai kenalan wanita dan perkara seumpama itu tidak pernah berlaku walaupun dia sering dikaitkan dengan pelbagai wanita sebelum ini.

"Tidak benar tanggapan wanita takut untuk mendekati saya hanya kerana perkara lalu yang pernah terjadi.

"Saya mempunyai ramai kenalan wanita dan tiada apa-apa masalah timbul seperti dakwaan itu," katanya kepada mStar Online.

Johan ditemui ketika hadir ke majlis pelancaran program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah di Hotel Royale Chulan di sini, Isnin.

Acara itu bakal diadakan di Dataran Masjid Putra, Persint 1, Putrajaya pada 21 Mac ini pukul 8 malam.

Selain Lana Nordin, pelakon itu sebelum ini pernah bercinta dengan aktres Izreen Azmindar sebelum bertindak memutuskan hubungan mereka dan pernah dikaitkan dengan Nabila Huda dan Shila Amzah.
                                       Johan As'ari

Dalam pada itu, Johan berkata, walaupun beberapa kali hubungan cintanya gagal dia belum serik untuk terus mencari pasangan yang sesuai untuknya.

Bagaimanapun kata Johan, buat masa ini tumpuannya adalah kepada kerjaya selain memperbaiki diri supaya menjadi lelaki yang lebih sempurna.

"Apa sahaja yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini adalah satu pengalaman dan pengajaran dalam mematangkan saya.

"Istilah serik tidak timbul kerana saya tidak pernah berasa begitu sebaliknya yakin akan menemui wanita sesuai dengan restu ibu bapa," ujarnya.

Sementara itu, Johan berkata, kontroversi yang melanda pada tahun lalu tidak memberikan kesan kepada kariernya sebagai pelakon.

Jelas Johan, dia masih menerima pelbagai tawaran daripada produksi dan memberitahu jadualnya padat sehingga Jun depan.

"Alhamdulillah rezeki pada tahun 2014 sangat murah walaupun pelbagai cerita kurang enak melibatkan nama saya.

"Saya juga percaya kontroversi yang melanda itu tidak ada kena mengena dengan rezeki seseorang kerana ia ketentuan Allah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem Kanang Anak Langkau arahan Bade Azmi dan akan memasuki set penggambaran sekual Juvana dalam masa terdekat.

Farid jaga pemakanan Diana

Posted: 11 Mar 2014 12:49 AM PDT

FARID KAMIL mengakui anak kini menjadi keutamaan buat dirinya dan Diana.


SEJAK pelakon tinggi lampai, Farid Kamil, 33, mendirikan rumah tangga dengan Diana Danielle, 23, pada penghujung tahun 2012, ada sahaja kisah kurang enak serta kontroversi yang sering menghambat pasangan tersebut.
Daripada isu pakaian seragam dan lencana kententeraan yang dipakai pada majlis resepsi perkahwinan hinggalah keengganan Farid dan Diana untuk mengumumkan nama anak lelaki mereka, pasangan itu seperti mengambil keputusan untuk mengunci mulut apabila disoal mengenai kisah peribadi.
Ketika ditemui pada majlis pengumuman pelantikannya sebagai jurucakap kedai dobi layan diri CleanPro di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, pelakon yang pernah popular dengan filem I'm Not Single itu mengakui dia mempunyai sebab yang tersendiri untuk terus merahsiakan indentiti anak sulungnya itu.
Ikuti temu bual Kosmo! dengan Farid.
Kosmo!: Tahniah kerana dilantik sebagai duta rangkaian kedai dobi terbesar di Malaysia! Kenapa Farid begitu tertarik untuk menerima tawaran ini?
FARID: Terima kasih. Ketika saya berada di Amerika Syarikat (AS), saya telah menggunakan perkhidmatan seperti ini. Ia sangat mudah dan praktikal. Selain itu, saya tertarik untuk menerima tawaran ini kerana ia merupakan satu konsep yang menarik untuk diketengahkan di Malaysia.
Sebagai seorang seorang selebriti yang telah mendirikan rumah tangga, adakah Farid sudah bersedia untuk menjadi jurucakap sebarang produk bersama isteri dan anak?
Saya belum menerima sebarang tawaran untuk muncul bersama isteri dan anak. Lagipun, saya tidak mahu anak saya terlibat secara langsung dalam industri hiburan ketika dia masih kecil.
Adakah Farid melarang anak daripada menceburi dunia seni, terutamanya dunia lakonan?
Buat masa ini, ya. Saya tidak gemar melihat anak saya bekerja pada usia muda. Saya juga tidak menyokong child labor (kanak-kanak yang diminta untuk bekerja). Tetapi, jika dia mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia hiburan ketika dia sudah dewasa, itu terpulang dengan keputusannya sendiri.
Sudah hampir setahun sejak anak sulung anda dilahirkan. Kenapa Farid mengambil keputusan untuk tetap merahsiakan nama anak anda?
Saya akan mengumumkan tentang anak saya apabila tiba masa yang sesuai nanti.
FARID dan Diana masih belum mendedahkan nama anak sulung mereka ini kepada umum.


Apakah perancangan Farid untuk anak?
Saya bercadang untuk menghantarnya ke sekolah tahfiz apabila usianya menginjak lima tahun.
Kenapa Farid bercadang untuk berbuat demikian?
Idea untuk menghantar anak saya ke sekolah tahfiz tercetus apabila ibu saya sendiri berhasrat untuk melihat salah seorang daripada anak-anaknya bergelar tahfiz. Akibat hasrat yang diimpikan sebelum ini tidak kesampaian, dia kemudian mencadangkan agar cucunya pula diberikan pendidikan sebegitu. Pada pandangan saya, tidak salah untuk mencuba.
Apakah perubahan ketara yang Farid alami selepas bergelar seorang bapa?
Perubahan paling ketara yang berlaku dalam hidup kami sekarang adalah cara kami membahagikan masa. Jika dulu kami ada 24 jam untuk diri sendiri, tetapi selepas menimang cahaya mata, anak merupakan keutamaan kami.
Isteri anda, Diana kelihatan sungguh kurus. Adakah Farid menjaga pemakanan Diana selepas melahirkan anak?
Saya memang menjaga pemakanan Diana terutamanya sejak dia masih mengandung lagi. Dia memerlukan nutrisi yang betul bagi menjamin kandungan yang sihat. Justeru, selepas melahirkan anak, pola pemakanan yang serupa masih diteruskan.
Adakah Farid meletakkan syarat untuk Diana dalam kerjayanya?
Saya tidak menyekat sebarang keputusannya untuk terus berlakon. Asalkan dia pandai membahagikan masa antara kerjaya dan anak, saya tidak kisah.
Sejak kebelakangan ini, Farid sering dikaitkan dengan hal yang berkaitan dengan pihak berkuasa. Apakah status hubungan anda dengan mereka sekarang?
Buat masa ini, saya dan pihak berkuasa tidak mempunyai apa-apa masalah. Semua yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan salah faham sahaja.
Apakah perkembangan terbaharu Farid?
Saya bakal muncul dengan filem arahan Mamat Khalid berjudul Apokalips X pada 3 April ini. Selain itu, saya akan berlakon dalam sebuah supertelefilem, selain trilogi filem Lagenda Budak Setan.


Arja Lee gapai impian

Posted: 11 Mar 2014 12:48 AM PDT

ARJA Lee menhabiskan kos sebanyak RM30,000 untuk single sulungnya yang berjudul Cerita Pada Mereka.


SEBELUM namanya popular sebagai pelakon, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, menyimpan impian untuk bergelar penyanyi.
Dia pernah mencuba nasib dengan menyertai beberapa program realiti nyanyian seperti Audition dan Gangstarz.
Malah sebanyak dua kali dia cuba menyertai Akademi Fantasia – pada musim keenam dan kesepuluh.
Namun, semangatnya tidak pernah luntur meskipun dia gagal menempatkan diri sehingga ke peringkat akhir.
Percaya pada rezeki yang tidak menyebelahinya ketika itu, Arja meneruskan perjalanan seninya di pentas teater.
Seterusnya, dia kini bergelar salah seorang pelakon lelaki popular sejak memegang watak Ramzul dalam drama bersiri Ariana Rose.
Impiannya untuk bergelar penyanyi bagaimanapun menjadi kenyataan apabila baru-baru ini, Arja melancarkan single berjudul Cerita Pada Mereka.
Lagu itu dicipta sepenuhnya oleh Keroz Nazri manakala muziknya disusun oleh Alfa Booty.
"Sebenarnya, impian terbesar saya adalah untuk bergelar penyanyi. Saya pernah cuba dalam beberapa program realiti tetapi tidak sampai ke peringkat akhir.
"Mungkin waktu itu saya masih belum cukup bagus dan bukan rezeki saya. Selepas Akademi Fantasia musim ke sepuluh saya tidak masuk mana-mana program realiti lagi.
"Selepas itu, saya bersedia untuk menjadi penyanyi dan menerbitkan sendiri lagu hasil pendapatan daripada lakonan," katanya yang berhabis wang sebanyak RM30,000 untuk rakaman lagu Cerita Pada Mereka.
Tambah Arja, dia bukannya kecewa selepas menyertainya pelbagai program realiti sehingga memaksanya menerbitkan sendiri lagu untuk bergelar penyanyi.
Sebaliknya, selepas drama Ariana Rose popular dan melonjakkan namanya, dia merasakan kini adalah waktu yang tepat untuknya melancarkan single tersebut.
"Bukanlah sebab saya kecewa sehingga terpaksa keluarkan duit poket sendiri untuk jadi penyanyi tetapi sudah sampai masanya.
"Kebetulan, rezeki dalam lakonan lebih banyak membolehkan saya mengumpul wang untuk merakamkan lagu. Waktunya juga sesuai untuk lancarkan single kerana drama Ariana Rose baru sahaja tamat dan saya telah berjaya mengumpul ramai peminat baharu," ujarnya.
FIGURA ini tidak akan meninggalkan dunia lakonan meskipun gigih mengejar impian untuk bergelar penyanyi.


Rapat dengan Shima Anuar
Meskipun sudah bergelar penyanyi, tegas pelakon drama Misiku Kuza itu, dia tidak akan sesekali meninggalkan dunia lakonan.
"Penyanyi Salamiah Hassan pernah bercakap kepada saya, untuk menjadi penyanyi yang bagus saya harus tinggalkan dunia lakonan kerana menyanyi perlu banyak rehat untuk menjaga suara.
"Namun, buat masa sekarang rezeki lakonan saya lebih banyak dan orang pun mengenali saya sebagai pelakon.
"Tidak mungkin untuk saya tinggalkan dunia lakonan walaupun saya akan aktif sebagai penyanyi pada masa hadapan," jelasnya yang mengakui mempunyai hubungan rapat dengan pelakon baharu, Shima Anuar.
Melihat imej yang lengkap dengan tuksedo ketika majlis pelancaran single Cerita Pada Mereka di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini, penampilan Arja tidak ubah seperti penyanyi lelaki tersohor, Anuar Zain.
Bukan itu sahaja, lagu Cerita Pada Mereka juga seakan-akan kedengaran seperti lagu yang biasa didendangkan adik kepada penyanyi Ziana Zain itu.
Anuar Zain
Menjawab persoalan itu, Arja mengakui dia merupakan salah seorang peminat kepada Anuar Zain, bagaimanapun tidak adil untuknya disamakan seperti penyanyi itu menerusi sebuah lagu single sahaja.
"Saya tidak mahu jadi klon Anuar Zain, memang saya peminat dia dan selalu menyanyikan lagunya apabila mendapat undangan nyanyian.
"Mungkin disebabkan usia saya yang sudah capai angka 30 tahun dan wajah maskulin menyebabkan orang melihat saya ingin menjadi seperti Anuar Zain.
"Sebagai penyanyi saya ada identiti saya sendiri, saya harap pihak media dan orang ramai lebih terbuka dalam menerima muzik saya," ulasnya.
Bercakap tentang perjalanan kerjayanya, Arja bersyukur selepas drama Ariana Rose, jadualnya sudah penuh sehingga hujung tahun ini.
"Alhamdulillah, sekarang orang sudah mula kenali siapa Arja Lee dan perjalanan kerjaya lebih mudah. Saya mula daripada bawah dan apa yang saya kecapi hari ini saya akan guna sebaik mungkin untuk membantu keluarga," balasnya.


Dua bomoh tawar khidmat kesan pesawat MH370

Posted: 11 Mar 2014 12:46 AM PDT



MOHD. RODHI (kanan) dan Zainal melihat laporan akhbar mengenai kehilangan pesawat MH370 di Butterworth, Pulau Pinang semalam.


BUTTERWORTH - Misteri kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang belum terjawab selepas dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu lalu menarik minat dua bomoh dari Pulau Pinang untuk menghulurkan bantuan.
Tawaran itu dibuat oleh Mohd. Rodhi Ahmad, 74, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Tok Janggut Bomoh Tauhid' dan rakannya, Zainal Hamid, 54, yang dikenali sebagai 'Bomoh Warisan' bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat itu. Mereka tidak mengenakan sebarang syarat.
Mohd. Rodhi yang berpengalaman selama 35 tahun dalam perubatan tradisional menawarkan bantuan tersebut sebagai salah satu usaha tambahan kepada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa dalam menyelesaikan misteri itu.


Che Ta disahkan mengandung

Posted: 11 Mar 2014 12:45 AM PDT

Zain merupakan individu yang paling gembira apabila mengetahui isterinya, Che Ta disahkan mengandung.


KUALA LUMPUR - Pelakon jelita, Rozita Che Wan semalam melalui laman Instagram miliknya mengumumkan berita tentang kehamilannya selepas empat bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin, 30.
Rozita, 41, ketika dihubungi berkata, dia begitu terkejut kerana dikurniakan cahaya mata dalam tempoh yang cepat namun bersyukur dengan rezeki yang diterima.
"Berita kehamilan ini merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya semalam (kelmarin).
"Suami saya, merupakan individu yang paling teruja. Bagaimanapun, saya tak nafikan yang saya agak gementar kerana kali terakhir melahirkan anak ialah kira-kira 16 tahun lalu," katanya di sini semalam.


Didakwa bunuh anak sendiri

Posted: 11 Mar 2014 12:44 AM PDT


FIERA SYAFIEQA (dua dari kanan) dan Amir Hassan (tiga dari kanan) yang dituduh membunuh Nur Ain Ariana dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, Teluk Intan, Perak semalam.


TELUK INTAN - Seorang ibu dan teman lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun enam bulan, tujuh hari lalu.
Ketika pertuduhan disebut di hadapan Majistret Fairuz Adiba Ismail, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Fiera Syafieqa Shamsudin, 20, yang merupakan ibu kepada mangsa dan Amir Hassan Bakri, 26.
Fiera Syafieqa berasal dari Kampung Sungai Pulau, Hutan Melintang dekat sini manakala Amir Hassan dari Kampung Sri Perkasa, Hutan Melintang.


Thai jadi lokasi pemalsuan dokumen

Posted: 11 Mar 2014 12:42 AM PDT


MARALDI menunjukkan pasportnya di sebuah balai polis di Phuket, Thailand kelmarin.


BANGKOK - Peranan Thailand sebagai hab jaringan jenayah menggunakan dokumen palsu mula menjadi perhatian selepas dua penumpang misteri yang menaiki pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) menggunakan pasport yang dicuri di negara ini.
Identiti penumpang tersebut yang masih misteri mencetuskan kebimbangan bahawa kehilangan pesawat itu sejak pagi Sabtu lalu itu berpunca daripada serangan pengganas, lapor agensi berita AFP semalam.
Terdapat dua nama individu yang berasal dari Eropah dalam senarai penumpang pesawat tersebut yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.
Bagaimanapun, nama dalam senarai itu, Christian Kozel yang berasal dari Austria dan warga Itali, Luigi Maraldi sebenarnya tidak menaiki pesawat tersebut.
Sebaliknya dua penumpang misteri menggunakan pasport mereka yang dicuri dalam dua kejadian di Thailand.
Pendedahan itu menyebabkan pihak berkuasa Malaysia menyiasat kemungkinan ada unsur keganasan dalam kehilangan pesawat itu.
Pihak berkuasa di Malaysia kemudian bekerjasama dengan agensi perisikan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung kes tersebut.
"Thailand sebelum ini pernah digunakan oleh kumpulan pengganas antarabangsa sebagai zon operasi mereka, untuk mengumpul dana atau merancang sesuatu serangan,'' kata penganalisis antikeganasan Asia Tenggara, Rommel Banlaoi.
Pada tahun 2010, dua lelaki Pakistan dan seorang wanita Thailand ditahan di negara itu kerana disyaki membuat pasport palsu untuk sebuah kumpulan pengganas yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.
Pasport palsu itu digunakan dalam satu operasi antarabangsa yang dikaitkan dengan siri serangan pengganas di Mumbai, India pada tahun 2008 dan serangan bom kereta api di Madrid, Sepanyol pada 2004.
Bagaimanapun, Banlaoi menegaskan bahawa pasport palsu yang digunakan oleh penumpang misteri dalam penerbangan MH307 itu mungkin mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah yang lain seperti pendatang haram.
"Thailand adalah destinasi bagi organisasi jenayah antarabangsa untuk mendapatkan dokumen perjalanan dan dokumen kewangan,'' kata satu sumber perisikan Thailand.
"Ia bukan sahaja berkait dengan keganasan tetapi mempunyai hubungan dengan jenayah yang lain.
"Ia merupakan jaringan yang kompleks yang mempunyai kaitan dengan jaringan-jaringan yang lain,'' katanya.
Menurutnya, jaringan itu melibatkan warga Thailand dan warga asing selain turut disertai pencuri pasport, pakar penipuan dokumen, orang tengah dan para pelanggan.
Pihak polis Thailand mengumumkan satu siasatan berhubung kemungkinan kewujudan satu sindiket mencuri pasport di Pulau Phuket iaitu lokasi pasport dua lelaki tersebut dilaporkan hilang.
Pasport Maraldi dilaporkan dicuri di Pulau Phuket pada 2013 manakala dokumen perjalanan Kozel hilang ketika dalam penerbangan dari Phuket ke Bangkok.
Maklumat penerbangan yang diperoleh agensi berita AFP menunjukkan tiket dua penumpang misteri yang menggunakan pasport lelaki itu dibeli di Pattaya pada 6 Mac lalu dan dibayar dengan menggunakan mata wang baht.
Sehingga kini, tidak banyak maklumat berhubung penumpang misteri itu.
Pihak berkuasa Malaysia semalam memberitahu bahawa pihaknya telah mengenal pasti identiti salah seorang penumpang berkenaan tetapi hanya mendedahkan dia bukannya warganegara Malaysia.
Kedudukan geografi yang strategik dan mempunyai sebuah lapangan terbang yang utama, Thailand dikenali sebagai hab pengedaran dadah serta penyeludupan haiwan liar termasuk gading gajah dari Afrika.
Negara itu juga dikenali sebagai penyumbang dokumen untuk imigran yang berhijrah atau melalui negara-negara di wilayah berkenaan.
Satu sumber diplomatik berkata, perjalanan penumpang misteri itu dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing sebelum ke Eropah merupakan laluan biasa bagi imigran haram.
Tambahnya, sebahagian besar pasport yang dicuri dari pelancong di Thailand kemudiannya digunakan oleh golongan imigran untuk berhijrah ke negara lain.
Menurutnya, industri itu semakin berkembang kerana ramai pegawai polis di negara itu terlibat dalam rasuah.
"Pihak polis hanya menutup mata mereka sekiranya ada yang menawarkan wang,'' katanya.
Mengikut undang-undang di Thailand, sesiapa yang didapati menjual atau memiliki dengan niat untuk menjual pasport palsu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Profesor Madya Ahmed Salah Hashim dari Sekolah Kajian Antarabangsa S. Rajaratnam di Universiti Teknologi Nanyang di Singapura berkata, memasuki negara Barat dengan mengguna pasport dari negara-negara Barat yang dicuri bukannya merupakan kaedah yang mudah.
Justeru, beliau menyokong teori kemungkinan pengganas menyasarkan penerbangan MH370 itu ekoran dua pasport yang dicuri tersebut di bawah pengawasan Interpol.
Seorang pegawai Imigresen Thailand memberitahu bahawa pihaknya tidak mengimbas pasport pelancong dengan pangkalan data dokumen perjalanan yang hilang dan dicuri milik Interpol.
Polis antarabangsa itu juga menggesa semua negara anggota untuk mengimbas semua pasport dengan pangkalan data itu demi kepentingan penumpang yang tidak berdosa.
"Saya berharap semua kerajaan dan syarikat penerbangan mengambil iktibar daripada kehilangan pesawat malang ini dan mengimbas semua pasport penumpang sebelum membenarkan mereka menaiki pesawat,'' kata Setiausaha Agung Interpol, Ronald Noble.
"Dengan berbuat demikian secara tidak langsung kita mengambil satu langkah bagi memastikan keselamatan penerbangan,'' tambahnya.
Dalam pada itu, akhbar Daily Mail semalam mendedahkan gambar tiket penerbangan yang ditempah oleh dua penumpang misteri tersebut.
Rekod tempahan elektronik menunjukkan tiket sehala yang dibeli mereka dikeluarkan pada 6 Mac lalu oleh sebuah agensi perlancongan di Pattaya.
Seorang pegawai polis Thailand, Supachai Phuykaeokam berkata, syarikat agensi pelancongan itu pula membuat tempahan melalui pejabat syarikat penerbangan China Southern Airlines di Bangkok.
Pemilik agensi pelancongan di Pattaya itu sering berurusan dengan pelancong dari Iran.
Pihak polis Thailand dan pegawai Interpol telah menyoal siasat pemilik agensi tersebut.
Seorang operator syarikat Penerbangan KLM yang berpangkalan di China kelmarin mengesahkan bahawa penumpang bernama Maraldi dan Kozel menempah tiket penerbangan sehala dari Beijing menuju ke Amsterdam, Belanda pada Sabtu lalu.
Maraldi kemudian menempah penerbangan menuju ke Copenhagen, Denmark dan Kozel pula menuju ke Frankfurt, Jerman.
Sebagai pemegang pasport Kesatuan Eropah yang dalam perjalanan menuju ke negara Eropah, kedua-dua penumpang misteri itu tidak memerlukan visa untuk datang ke China.
Misi mencari pesawat MH370 itu memasuki hari ketiga semalam dan diteruskan pada hari ini melibatkan kawasan di perairan Vietnam dan Malaysia sejak Sabtu lalu.


Ikan paus sepanjang 10 meter tersangkut pada pukat

Posted: 11 Mar 2014 12:41 AM PDT



BEBERAPA orang menyaksikan seekor ikan paus yang mati kerana tersangkut pada pukat nelayan di Pelabuhan Sidi Bou Said, utara Tunisia kelmarin.


TUNIS - Seekor ikan paus sepanjang 10 meter dijumpai mati kelmarin selepas tersangkut pada pukat milik seorang nelayan di Tunisia di persisiran pantai Sidi Bou Said yang terletak di utara bandar ini. kelmarin.
Nelayan itu, Bilel Jerbi, 24, berkata, pada mulanya dia menyangka pukat miliknya tersangkut pada sebuah bampar kereta.
"Selepas saya menarik jaring berkenaan, saya melihat ekor ikan paus berkenaan,'' katanya.
Ujarnya. spesies ikan paus itu masih belum dikenal pasti dan haiwan itu hampir mati ketika ia tersangkut pada pukat tersebut.
Jerbi kemudiannya membawa ikan paus itu ke sebuah pelabuhan di Sidi Bou Said.
Beberapa nelayan dan anggota pengawal pantai berusaha untuk membawa naik ikan paus tersebut ke darat.
Pelabuhan itu juga dipenuhi orang ramai yang mahu melihat haiwan gergasi berkenaan dengan lebih dekat.
Tambah Jerbi, dia mengalami kerugian yang besar selepas pukat yang digunakan untuk menangkap ikan rosak selepas ikan paus itu tersangkut pada pukat tersebut.
"Saya berharap dapat menjual daging ikan paus ini dan wang berkenaan digunakan untuk membeli pukat yang baharu,'' katanya.
Seorang pengawal pantai berkata, ikan paus sepanjang 10 meter itu dianggarkan seberat tujuh hingga lapan tan.
"Kami sebelum ini pernah melihat ikan paus sepanjang empat meter tetapi haiwan ini yang terbesar pernah dijumpai di sini,'' katanya.
Menurutnya, punca kematian ikan paus berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Lapisan ais atas sungai diletupkan

Posted: 11 Mar 2014 12:39 AM PDT



EMPAT letupan berlaku di atas lapisan air tersebut.


OTTAWA, Kanada -Beberapa pekerja meletupkan ais yang terbentuk di Sungai Rideau di sini kelmarin.
Pada setiap tahun, pihak berkuasa di bandar ini meletupkan ais di sungai berkenaan bagi membolehkan aliran air tidak terhenti.
Operasi itu dilakukan bagi mengelakkan aliran air terhalang sekali gus boleh menyebabkan banjir ketika musim bunga.
Dalam operasi tersebut, para pekerja menggunakan bahan letupan kecil yang ditanam di dalam lapisan ais di atas sungai berkenaan sebelum ia diletupkan.


Teknik penggunaan kuasa minda

Posted: 11 Mar 2014 12:38 AM PDT




DALAM sebuah kelas, seorang remaja yang ditutup matanya dengan kain hitam kelihatan tekun mewarna sebuah lukisan yang berunsurkan haiwan liar.
Di sebelahnya, seorang guru wanita memberikan arahan sambil membantu remaja tersebut yang dikenali sebagai Syazedee Haiqal Samsuddin, 13. Dia tekun mendengar arahan itu sambil mengaplikasikan ke atas lukisan berkenaan.
Dalam tempoh setengah jam, tugasan tersebut dapat disiapkannya dengan kemas dan cantik.
"Pada mulanya, saya tidak percaya boleh melakukan apa yang diberitahu oleh guru ketika pertama kali mengikuti kelas pengaktifan otak tengah ini, tahun lalu.
"Apabila saya mempraktikkan semua aktiviti tersebut, barulah saya percaya sesuatu perkara yang dianggap mustahil itu boleh menjadi kenyataan. Contohnya, melukis sambil menutup mata," katanya kepada Kosmo! ketika mengikuti Program Pengaktifan Otak Tengah di Smart Mid Brain, Subang Jaya, Selangor, Februari lalu.
Turut serta abangnya, Syahrul Daniel, 15. Penyertaan tersebut merupakan kali kedua buat kedua-dua adik-beradik itu setelah menyertainya sebulan sebelum itu.
Selain kemampuan tersebut, Syazedee Haiqal juga berkemampuan menunggang basikal dengan mata ditutup kain hitam.
"Saya juga tidak lagi dileteri ibu untuk mentelaah buku dan mengulang kaji pelajaran.
"Minat saya terhadap mata pelajaran matematik dan sains juga semakin meningkat," katanya.
Program selama dua hari itu memfokuskan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 19 tahun dengan modul pembelajaran mempraktikkan kegunaan dan mengaktifkan otak tengah dalam pembelajaran harian.
Peserta yang mengikuti program itu diberi latihan mengikut kaedah sains, psikologi, alam sekitar dan kaunseling termasuk latihan mewarna dengan mata ditutup bertujuan meningkatkan perhatian dan lebih fokus.
PENGAKTIFAN otak tengah membolehkan peserta yang ditutup matanya meneka objek dengan tepat.


Pancaindera
Pemilik Smart Mid Brain, Fadhiah Salwati Salwan berkata, teknik mengaktifkan otak tengah merupakan satu fenomena dalam pendidikan kanak-kanak hari ini terutamanya di Jepun.
Katanya, di negara Matahari Terbit itu, langkah mempraktikkan pengaktifan otak tengah dimulakan pada peringkat kanak-kanak lagi.
"Seorang kanak-kanak yang telah diaktifkan otak tengahnya memiliki kemampuan yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang otak tengahnya belum diaktifkan lagi.
"Kemampuan dasar yang dapat dilakukan adalah 'melihat' dengan mata ditutup (blind fold)," katanya.
Sebagai contoh katanya, bagi sesetengah kanak-kanak setelah mengikuti kursus pengaktifan otak tengah, mereka dapat 'melihat' angka, warna dan bentuk gambar dengan mata tertutup.
Mereka menggunakan pancaindera yang dimiliki untuk merasa dan melihat warna lengkap dengan angka hanya melalui penglihatan kulit (skin vision).
Pengaktifan otak tengah bukanlah satu silap mata atau sesuatu yang luar biasa, sebaliknya ia dilakukan dengan cara ilmiah iaitu menggunakan gelombang otak Alpha.
Menurutnya, penggunaan gelombang otak Alpha itu pula dibuktikan secara ilmiah menerusi gelombang otak yang muncul dominan pada saat seseorang itu berada dalam keadaan tenang dan paling kreatif.
"Gelombang otak itu biasanya akan menjadi dominan pada saat seseorang itu bangun dari tidur atau dalam keadaan santai.
"Jadi, saya tidak hairan bagaimana, Pakar Matematik dan Fizik, Archimedes menemukan hukum Achimedes ketika sedang mandi," ujarnya.
Otak tengah yang diaktifkan akan memancarkan gelombang otak yang mirip seperti radar.
Katanya lagi, hal itu membuat pemiliknya mampu melihat benda dalam keadaan mata tertutup. Latihan yang teratur dapat membuatkan minda anak menjadi lebih kuat dan mampu melihat benda yang terletak lebih tinggi lagi.

SEORANG peserta (kiri) memejamkan mata ketika mencuba untuk meneka kad dan nombor yang dipegang pengajar (kanan).


"Bahkan ada beberapa anak yang dapat menjangkau hingga 360 darjah. Hal itu bererti mereka dapat menjelaskan benda yang terletak di belakang, atas dan semua arah.
"Ramai yang tertanya-tanya, bagaimana anak yang ditutup matanya mampu melihat apa yang berada di sekelilingnya. Jika kita sedari, manusia adalah makhluk yang paling sempurna diciptakan tuhan.
"Maka, fenomena seperti ini adalah perkara yang wajar kerana manusia akan terus-menerus melakukan penelitian terhadap keupayaan peningkatan kualiti manusia khususnya penelitian tentang otak," jelas Fadhiah Salwati.
Katanya lagi, jika sekarang ini ramai yang memandang 'aneh' fenomena otak tengah, namun pada masa depan, kemampuan tersebut akan banyak dimiliki kanak-kanak.
Sehubungan itu, jelasnya, penemuan kaedah mengaktifkan otak tengah merupakan hasil dari jalan panjang puluhan tahun yang dikembangkan oleh ilmuwan-ilmuwan dunia.
Bercerita pembabitannya dalam perniagaan tersebut, Fadhiah Salwati berkata, beliau tidak menyangka mampu membuka satu perniagaan yang dirasakan sebagai sesuatu yang luar biasa.
Katanya, kebanyakan orang akan berfikir untuk menjual barang apabila menyebut tentang perniagaan tetapi beliau cuba mengaplikasikannya dalam bentuk yang lain.
"Sebelum ini, saya tidak pernah tahu, apa itu pengaktifan otak tengah tetapi setelah kedua-dua anak lelaki saya mengikuti program ini, barulah saya terfikir bidang ini akan memberi jaminan terhadap minat saya dalam perniagaan," katanya yang pernah menceburi pelbagai jenis perniagaan termasuk dalam talian.
Beliau turut dibantu rakan karib, Azura Isa yang merupakan rakan kongsi perniagaannya.
Dalam pada itu, Azura menganggap usaha tersebut sebagai satu titik permulaan untuk dirinya terlibat secara langsung dalam perniagaan.
Beliau berkata, usahanya itu dibantu dan disokong oleh suaminya yang merupakan seorang usahawan berpengalaman dalam bidang telekomunikasi.

KANAK-KANAK ini mampu mewarnakan lukisan dengan mata ditutup kain.


Manfaat
Katanya, dia menaruh harapan tinggi untuk melihat usahanya itu berjaya dan menjadikan bidang yang diceburi itu sebagai sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada semua orang.
"Bukanlah niat saya untuk mendapatkan untung yang banyak, sebaliknya, saya berharap usaha ini dapat membantu kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran," ujarnya.
Azura berkata, ekoran sambutan baik daripada orang ramai, pihaknya berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Tidak terhenti dengan usahanya itu, beliau turut bercadang membuka kelas untuk golongan dewasa pada masa akan datang.
Sementara itu, pasangan suami isteri, Mejar (B) Ramli Othman, 58, dan Mardiana Sabaruddin, 56, menghantar anaknya menyertai program berkenaan bagi meningkatkan penguasaan pembelajarannya.
Ramli berkata, dia merasai perubahan pada tingkah laku anaknya terutama daripada aspek tahap tumpuannya ketika diminta menyelesaikan tugasan mewarna.
"Saya dapati anak saya lebih fokus dan serius dalam mengikuti arahan yang diberikan oleh jurulatih, apa yang penting anak saya kelihatan fokus.
"Selepas dia menjalani kursus ini, diharapkan penguasaannya dalam pembelajaran di bilik darjah meningkat berbanding sebelumnya," kata Ramli.
Sementara itu, orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan, boleh menghubungi Fadhiah Salwati di talian 019-971 0515 atau Azura 019-661 0015.


Manfaat kecantikan sarang burung

Posted: 11 Mar 2014 12:36 AM PDT




LIA ZALEE AHMAD, 39, percaya perkongsian rahsia kecantikan bersama wanita lain merupakan satu pendekatan mulia. Ini kerana penampilan cantik dan menawan merupakan impian setiap kaum hawa.
Oleh demikian, Lia memilih nama Reedha, sempena nama anak perempuannya, Amyreedha Razalee, 9, bagi rangkaian produk penjagaan kecantikan keluaran syarikatnya, Tenang Ikhtiar Enterprise (Tenang Ikhtiar).
Bagi beliau, penawaran produk berkualiti tinggi itu diharapkan memberi impak positif pada penampilan segenap lapisan wanita.
Menurut usahawan berkenaan, setakat ini Reedha menawarkan suplemen minuman Reedha Collagen Sarang Burung Plus, rangkaian kebersihan diri dan krim kecantikan yang mampu memberi nilai tambah kepada elemen luaran dan dalaman seorang wanita.
"Bagi saya, kecantikan diri mempunyai maksud tersendiri yang mendalam. Ia terdiri daripada penjagaan rapi kebersihan diri, kulit wajah yang sentiasa licin berseri dan kesihatan dari hujung rambut ke kaki.
"Tidak ketinggalan, keindahan rohani dengan mempunyai niat yang baik dan bersikap positif dalam setiap sudut pandangan," kata ibu kepada dua cahaya mata ini ketika ditemui Stailo di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kelihatan anggun dalam persalinan blaus biru dan seluar jingga yang dipadankan dengan hijab biru bersama selendang sebagai aksesori, Lia tanpa berselindung berkongsi rahsia kejelitaan dirinya.
Ia termasuk amalan rawatan pengelupasan kimia wajah setiap bulan, bersenam tiga kali seminggu dan menjaga pemakanan dengan pengambilan diet seimbang dan jus buah.
Keberkesanan rutin
"Saya tidak ketinggalan minum jus buah-buahan setiap hari. Kandungan seperti saderi, epal dan timun adalah ramuan wajib dalam minuman berkenaan kerana ia kaya dengan kandungan antioksida dan membantu kesihatan organ dalaman saya.
PENYENTAL badan susu dan madu Reedha antara produk terlaris keluaran Tenang Ikhtiar.


"Selain itu, saya juga peka terhadap pengambilan makanan saya dengan mengelak daripada makanan bergula dan berminyak," jelasnya.
Namun, usaha penjagaan diri yang diamalkan Lia tidak terhenti setakat itu sahaja.
Ujarnya, dua tahun yang lalu, dia telah mendapat idea untuk memulakan sebuah perniagaan berkaitan penjagaan diri dan kecantikan.
"Setelah sekian lama menjadi suri rumah dan menjalani rutin penjagaan kesihatan tersendiri yang saya lihat berkesan, wujud satu impian untuk berkongsi ilmu yang ada dengan wanita-wanita di luar sana," katanya.
Justeru itu, Lia mula melakukan penyelidikan sendiri mengenai manfaat sumber alam semula jadi yang menyediakan pelbagai manfaat kesihatan.
Hasilnya, dia memperkenalkan rangkaian produk Reedha ke pasaran tempatan.
Bagi wanita berkenaan, kolagen sarang burung walet merupakan antara ramuan penting dan istimewa dalam produk ulung Reedha iaitu Reedha Collagen Sarang Burung Plus.
Mengulas tentang penggunaan ramuan tersebut, jelasnya, masyarakat umum telah mengetahui bahawa sarang burung walet mempunyai pelbagai manfaat sejak zaman dahulu lagi.
"Semasa kecil, saya suka menonton drama Cina. Antara perkara yang sering menarik perhatian saya ialah bagaimana sarang burung walet sering ditampilkan sebagai satu makanan kecantikan.
"Selain itu, pengambilan sarang burung ini menjadi satu kemestian dalam kalangan wanita Cina dan kesan positifnya terhadap kulit jelas kelihatan. Ini membuatkan saya sentiasa mahu menggunakan ramuan itu sebagai elemen utama dalam rutin penjagaan kecantikan," kata anak kelahiran Kampung Tenang, Labis, Johor ini .
Motivasi
Ketika Lia memasang hajat untuk tampil dengan satu perniagaan produk berasaskan kecantikan, beliau secara kebetulan berpeluang menyertai sebuah satu ekspo kecantikan bersama suaminya, Razalee Ahmad, 40-an, yang diadakan di Kuala Lumpur pada pada tahun 2012.

LIA percaya perkongsian pengetahuan terhadap amalan penjagaan diri dan kesihatan beliau akan mampu memberi manfaat besar kepada wanita lain.


Lia berkata, di situ, beliau telah menerima banyak motivasi dan bimbingan untuk memulakan perniagaannya.
Susulan itu, dia telah mendekati sebuah makmal tempatan yang menguruskan penyediaan suplemen dan produk kecantikan dengan harapan untuk mengeluarkan suplemen kolagen sarang burung.
Memandangkan penggunaan kolagen sarang burung walet dilihat mampu memberikan kesan positif kepada pengguna, makmal berkenaan telah bersetuju menghasilkan Reedha Collagen Sarang Burung Plus yang turut diadun dengan pelbagai ramuan yang lain.
Lia berkata, sarang burung walet merupakan makanan sihat yang diamalkan wanita Cina sejak berzaman-zaman.
"Selain itu, di peringkat tempatan, kita juga dapat melihat peningkatan usaha kerajaan dalam menggalakkan penternakan dan pengkomersialan sarang burung walet. Ini secara tidak langsung membuktikan manfaat ramuan ini," ujarnya.
Rangkaian produk
Menyentuh mengenai suplemen Reedha Collagen Sarang Burung Plus, Lia berkata, pengambilan produk itu digalakkan pada waktu malam.
"Sebaik-baiknya sebelum tidur agar suplemen itu dapat bertindak balas dalam keadaan badan yang sedang berehat.
"Respons pengguna terhadap Reedha Collagen Sarang Burung Plus amat positif dan ini membuka peluang kepada saya untuk memperkenalkan produk penjagaan kulit dan pembersihan diri yang menggunakan ramuan eksklusif yang benar-benar bermanfaat," katanya sambil menunjukkan beberapa lagi produk Reedha.
Antaranya ialah Sabun Sarang Burung Plus + Hablur Emas, Toner Gold, UV Foundation Emas 24K+Apple Stem Cell dan Night Cream Sarang Burung+Hablur Emas 24K Reedha.
Selain itu, dia berkata, produk penyental badan susu dan madu Reedha adalah antara produk terlaris syarikat berkenaan.
"Kegunaan kali pertama sahaja sudah membuktikan perubahan pada kulit. Ia menjadi lebih bersih dan halus dengan segera," jelasnya.
JUS buah-buahan dan sayuran merupakan agen antioksida yang baik.


Tidak menolak kemungkinan untuk menambah tawaran produk di pasaran, Lia bagaimanapun menegaskan bahawa pada masa ini Tenang Ikhtiar mahu memperkukuhkan perniagaan sedia ada terlebih dahulu.
"Salah satu langkah ialah menambah penyertaan individu yang ingin melibatkan diri dalam dunia perniagaan kecantikan ke dalam perniagaan Reedha sebagai pengedar mahupun stokis," jelasnya.
Reedha Collagen Sarang Burung Plus dengan 15 paket seberat 20 gram ditawarkan pada harga RM119.90 sekotak, manakala sabun Sarang Burung Plus+Hablur Emas (RM 69.90), Toner Gold (RM39.90), UV Foundation Emas 24K+Apple Stem Cell (RM49.90) dan Night Cream Sarang Burung+Hablur Emas 24K (RM49.90).
Penyental badan madu dan susu Reedha dijual pada harga RM19.90.
Kesemua produk berkenaan boleh didapati menerusi hampir 30 stokis Reedha di seluruh negara dan Brunei.
Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 010-303 1441 atau melayari laman web www.reedhacollagen.com.my.


Keperibadian kamar mandi

Posted: 11 Mar 2014 12:35 AM PDT



GOLONGAN wanita menyukai syampu yang berbau harum.


WAKTU mandi adalah masa paling intim untuk setiap orang. Selain bertujuan membersihkan badan daripada kotoran, mandi juga mengembalikan kesegaran tubuh. Justeru, penting bagi kita memaksimumkan keselesaan waktu mandi dengan menggunakan produk berkaitan yang tepat.
Setiap individu mempunyai turutan rejim membersih tersendiri. Pada asasnya, kebanyakan individu akan memulakannya dengan membersihkan wajah menggunakan pencuci muka pilihan masing-masing. Teknik tersebut sesuai digunakan pada waktu pagi agar tubuh tidak terkejut apabila disiram terus air sejuk atau panas.
Ia diikuti dengan menggosok gigi. Jika pada waktu malam, ia adalah rejim terakhir dilakukan sebelum masuk tidur. Pemilihan ubat dan berus gigi yang sesuai dengan gusi dan gigi dapat memberi kesegaran nafas pada pagi hari.
Apabila tubuh sedia untuk dijirus air, pastikan kelengkapan asas seperti sabun, syampu, pelembap dan span pembersih badan berada dalam lingkungan capaian. Mulakan mandian dengan meratakan air pada keseluruhan badan.
Kemudian, ambil sabun sama ada dalam bentuk cecair atau buku, sapukan pada badan. Kawasan yang perlu disabun adalah bermula dari leher hingga tapak kaki. Ingat, jangan sesekali menjadikan sabun badan sebagai pencuci muka dan rambut. Nilai pH sabun mandi mungkin berbeza dengan produk wajah dan syampu.
Usai bersabun, susuli dengan mencuci rambut. Di sini terletak puncak keselesaan mandian seseorang. Tanpa syampu yang betul, waktu mandi mungkin tidak memberikan kepuasan dan kesegaran kepada individu. Memilih syampu dan haruman yang sesuai dengan rambut mampu mempengaruhi mood mandian setiap orang.
HARUMAN syampu Herbal Essences mampu membangkitkan mood positif.


Kewangian
Bagi golongan wanita, proses pembelian syampu memerlukan penelitian. Setiap penutup botol syampu dibuka dan harumannya dihidu terlebih dulu. Jika aroma syampu itu mencetuskan keterujaan atau ketenangan, ia pasti dibeli.
"Perempuan memang gemarkan syampu berbau harum. Ia antara kriteria penting kepada mereka memandangkan rambut adalah mahkota bagi setiap wanita. Selain kelihatan cantik, rambut juga mesti wangi," ujar Pengurus Komunikasi Procter & Gamble (Malaysia) Sdn. Bhd., Goh Seng Jone pada majlis pelancaran dua syampu baharu Herbal Essences.
Dua penulis blog tempatan, Ringo Tan daripada Cheeserland dan Jane Lau yang mewujudkan Chuckei turut hadir berkongsi kepentingan haruman syampu ketika waktu mandi.
Kongsi Lau, rejim mandian adalah waktu paling penting kepadanya. Ia merupakan momen paling peribadi untuk berasa bebas daripada sebarang kekalutan hidup. Disebabkan itu, kamar mandinya bagaikan spa di rumah yang berfungsi sebagai satu ruang yang menenangkan.
Ini ditambah dengan kehadiran haruman syampu Herbal Essences siri Jepun baharu yang membangkitkan mood positif.
"Ramai orang memuji haruman rambut saya dan ia membuatkan saya terus setia dengan syampu ini," tambahnya.
Dua varian syampu Herbal Essences baharu terdiri daripada siri Touchable smooth dan Touchable moisture. Siri Touchable smooth dihasilkan dengan ekstrak ros merah jambu dan kamelia bagi merawat rambut kering, sementara syampu siri touchable moisture direka khusus untuk mereka yang mengalami rambut rosak dan sering terdedah kepada sinaran ultra ungu. Selain melindung daripada matahari, ia turut memberikan haruman daripada gabungan bunga osmanthus dan teh hijau.


Inspirasi detik terindah dibukukan

Posted: 11 Mar 2014 12:34 AM PDT


PARA pemenang kempen Detik Terindah bersama Fair & Lovely bergambar dengan Herry Budiazhari (dua dari kiri) dan Chong Yen Nee (tiga dari kanan) dari Unilever Malaysia serta penulis novel, Damya Hanna (tiga dari kiri).


BUKAN sekadar satu jenama produk pencerahan kulit yang dikenali ramai, Fair & Lovely keluaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. (Unilever Malaysia), turut memberi sumbangan dari aspek sastera sosial menerusi pertandingan Detik Terindah bersama Fair & Lovely.
Kempen tersebut berjaya menghimpunkan 100 kisah jalinan kasih sayang penuh inspirasi dari seluruh negara.
Dilihat sebagai satu antologi pertama seumpamanya, ia turut memuatkan sebuah kisah cinta garapan penulis novel Melayu yang menggunakan nama tema Damya Hanna. Ia memaparkan kisah cinta seorang gadis dan seorang jejaka bernama Alya dan Adam.
Detik-detik percintaan pasangan yang cukup menyentuh hati itu sehingga kini telah memperoleh lebih 1.4 juta tontonan di YouTube. Lagu Aku Cinta Padamu yang menjadi tema kempen oleh penyanyi, Lokman Aslam ternyata berjaya menjiwai kisah cinta nukilan Damya Hanna.
Lagu berkenaan bukan sahaja dipaparkan di YouTube tetapi juga di kaca televisyen dan saluran radio tempatan.
"Setiap penulis memerlukan inspirasi bagi menghasilkan karya mereka. Kali ini, inspirasi saya datang daripada Fair & Lovely.
"Kisah ini menceritakan seorang gadis biasa yang memperoleh keyakinan diri daripada transformasi kecantikan selepas menggunakan produk Fair & Lovely. Menerusi perubahan peribadi dan perjalanan yang ditempuhinya, dia juga ditemukan cinta dengan seorang lelaki yang kagum dengan dirinya yang cantik, menawan dan elegan. Ia akhirnya menjadi detik terindah buat dirinya," demikian kata Damya Hanna mengenai inspirasinya di sebalik kisah cinta Detik Terindah bersama Fair & Lovely itu.
Tidak hanya merangkumi kisah cinta, pertandingan yang dianjurkan itu turut memaparkan kisah-kisah kasih sayang terhadap ibu bapa, rasa hormat terhadap individu tertentu, persahabatan, pencarian keyakinan diri dan penyemaian nilai-nilai murni seorang ibu terhadap anak-anaknya.
"Menerusi pelancaran kempen Detik Terindah ini, kami ingin memberitahu para gadis di luar sana bahawa Fair & Lovely akan sentiasa menjadi teman mereka dalam merakamkan detik-detik terindah, di samping memberi inspirasi dalam kehidupan mereka," kata Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia, Herry Budiazhari pada majlis pelancaran buku Detik Terindah bersama Fair & Lovely di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir ialah Pengurus Jenama Kategori Kulit, Unilever Malaysia Chong Yen Nee.
Tiga pemenang hadiah utama pertandingan itu turut diumumkan pada acara tersebut. Mereka ialah Siti Aisah Hussein, Yasmin Md. Yassin dan Jaslinawati Ahmad yang membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Fair & Lovely bernilai RM100 setiap seorang.
Buku Detik Terindah bersama Fair & Lovely kini berada di semua rangkaian kedai buku utama seperti MPH dan Popular pada harga RM21 senaskhah.


Restoran mewah dalam universiti

Posted: 11 Mar 2014 12:33 AM PDT

MAKANAN ini disediakan oleh pelajar setiap Khamis, dua minggu sekali.


SEBANYAK enam jenis hidangan Thai diatur dalam menu restoran L'apprenti yang terletak di Kompleks Perkhidmatan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor. Restoran yang berkonsep fine dining atau mewah itu kelihatan sibuk dengan kakitangan restoran yang terdiri daripada pelajar, tidak menang tangan melayan pelanggan.
Mereka kelihatan mesra melayang permintaan para pelanggan.
Keadaan di dapur tidak kurang sibuknya dengan para pelajar Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM itu sibuk menyiapkan hidangan enak yang bakal disajikan kepada pengunjung.
Restoran L'apprenti yang dibuka pada September 2010 mampu memuatkan 100 pelanggan pada satu-satu masa itu mempunyai sentuhan tersendiri dengan hampir setiap peringkat penyediaan perkhidmatan dilaksanakan oleh pelajar tahun pertama fakulti berkenaan mengikut konsep yang sudah diatur.
Menurut cef yang memimpin pada hari berkenaan iaitu, Mohammad Yazid Anuar, menu-menu hidangan yang disediakan di L'apprenti adalah mengikut tema yang ditetapkan setiap dua minggu sekali.
"Setiap pelajar akan mengambil giliran menyediakan perkhidmatan sama ada di dapur atau di barisan hadapan agar pendedahan yang diberikan adalah adil untuk semua," katanya sambil memaklumkan pada hari itu, 17 orang pelajar telah ditugaskan di dapur dan 20 di bahagian perkhidmatan.
Pada minggu lalu, kumpulan pelajar tersebut menyediakan sajian Thai di bawah pengendalian Ketua Jabatan mereka, Professor Madya Dr. Shahrim Karim.
Silibus
Menurut Shahrim, pembukaan restoran tersebut merupakan sebahagian daripada silibus pembelajaran di pusat pengajian tersebut.
"Para pelajar didedahkan mengenai bidang kulinari dan pengurusan restoran sebagai satu langkah persediaan sebelum mereka melangkah ke dunia sebenar setelah tamat pengajian kelak," katanya ketika ditemui Kosmo! di restoran berkenaan baru-baru ini.
HIDANGAN utama, nasi kukus bersama kari ayam hijau dan sayur campur.


Memulakan hidangan ialah sajian pembuka selera popular, miang kham yang menampilkan balutan daun kaduk bersama sos masam manis, potongan bawang, halia, cili, limau dan kacang. Ini diikuti dengan hidangan salad betik muda, som tam yang menggabungkan lima rasa hidangan Thai utama iaitu masam, pedas, masin, savuri dan manis.
Menu hidangan Thai pastinya tidak lengkap tanpa sajian tomyam. Pada hari itu, para pelajar terlibat telah menyediakan tomyam gai atau kai iaitu hidangan bersantan dengan makanan laut. Sedikit cair namun tidak memualkan, hidangan yang kaya dengan udang harimau dan sotong, cendawan serta limau purut itu tentunya antara pilihan yang mesti cuba jika anda ke L'apprenti.
Sementara menunggu hidangan utama pada hari itu, para pelanggan dilayan dengan hidangan sejuk sorbet limau. Selepas menikmati makanan-makanan yang panas dan berempah, hidangan itu seolah-olah menyegarkan semula kerongkong untuk fasa kedua sajian makan tengah hari yang disediakan iaitu nasi kukus wangi bersama kari ayam hijau, terung dan sayur campur. Malah, keenakan rasa asli yang diterapkan dalam hidangan kari ayam itu menjadikan ia satu satu lagi pilihan menu mesti cuba.
Sebagai pelengkap selera, hidangan pencuci mulut yang seharusnya tidak dilupakan pelanggan tentunya pulut mangga yang menampilkan hirisan buah mangga segar bersama pulut, santan dan gula Melaka sambil dihias buah ceri.
Bagi Shahrim, restoran yang berkonsep mewah itu sememangnya satu kebanggaan pelajar dan fakulti dengan penyediaan perkhidmatan yang terbaik dalam menjamin kepuasan pelanggan.
"Lebih penting, harga yang dikenakan kepada pelanggan jauh lebih rendah berbanding restoran-restoran mewah lain iaitu RM30 untuk seorang.
"Ini untuk membantu pelajar, pada masa yang sama menggalakkan kehadiran lebih ramai pengunjung ke sini" katanya.
Beliau menambah, sokongan berterusan yang diberikan diharap dapat memberi semangat kepada para pelajar terlibat dan seterusnya diterjemah dalam menyediakan pengalaman gastronomi terbaik kepada pengunjung.
Pada masa terdekat, restoran L'apprenti berhasrat untuk menyediakan hidangan Mexico sekali gus memberikan banyak pilihan kepada para pelanggan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories