RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Perancangan Black, RJ, Jaclyn, Tomok

Posted: 27 Mar 2014 08:45 PM PDT




PERANCANGAN dan strategi amat penting bagi seseorang anak seni itu untuk terus bertahan dalam industri hiburan yang kian mencabar dek kemunculan artis baharu.
Senario itu sekali gus memaksa artis yang sudah lama bertapak untuk tampil dengan sesuatu produk yang baharu.
Tanpa perancangan dan strategi yang rapi dan teratur, sudah pasti seseorang penghibur itu semakin sepi dan seterusnya, tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan peminat seni hiburan tempatan.
Kejayaan masa lalu sememangnya penting untuk memantapkan taraf kualiti seseorang penyanyi, namun apa yang penting mereka perlu sentiasa mengekalkan momentum dan kualiti dalam industri supaya terus stabil.
Itu yang dilakukan tiga bintang seni suara tempatan yang sudah tidak asing lagi, Tomok, Black, Jaclyn Victor dan pendatang baharu, RJ.
Mereka masing-masing telah mengatur strategi untuk kekal sebagai anak seni yang berkaliber dan disegani.
Bertemu dengan mereka pada majlis penyerahan penajaan mikrofon Sennheiser yang mencecah harga RM20,000 setiap seorang oleh syarikat pengedar barangan serta aksesori bunyi dan cahaya, syarikat Acoustic & Lighting System Sdn. Bhd., empat bintang yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Talent Unit & Monkey Bone itu bercerita mengenai perancangan karier seni masing-masing.
Black serius berlakon
Black yang teruja dengan penajaan mikrofon jenama Sennheiser itu sangat bersyukur. Ini kerana selain diberi kepercayaan untuk menggunakan mikrofon tersebut, dia juga diberi kebebasan untuk memilih warna kesukaannya iaitu merah.
Bercerita mengenai perancangan dan strategi dalam karier seninya pada masa akan datang, ujar Black, dia kini mengatur strategi untuk mula mempelbagaikan bakat dalam bidang seninya. Dia juga semakin serius dalam bidang lakonan.
"Pengalaman berlakon banyak mematangkan saya mengenai selok-belok dalam bidang lakonan.
"Kini, saya mula berasa lebih mudah untuk mengadaptasi persekitaran dunia lakonan.

PENGURUS Acoustic & Lighting System Sdn. Bhd., Yeo Kim San (tiga dari kanan) turut hadir pada sidang akhbar penajaan mikrofon Sennheiser kepada Black, Tomok, Jac dan RJ.


"Selain itu saya menerima maklum balas yang baik daripada peminat, membuatkan perasaan saya membuak-buak untuk berlakon," ujar pelantun lagu hit Teman Pengganti itu.
Tambah Black, bidang seni sangat luas, dan pada masa yang sama dia ingin peminat dan orang ramai mengenali dirinya bukan kerana bakat nyanyian semata-mata tetapi juga bakat lakonannya.
"Bidang nyanyian dan lakonan merupakan cabang seni yang sama. Namun, kepelbagaian cabaran yang dihadapi membuatkan saya teruja untuk mencuba sesuatu yang baharu,
"Saya juga akan terus berlakon selagi saya merasakan ia tidak membebankan. Pada masa yang sama, ia tidak mengganggu karier dan jadual nyanyian saya," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Black kini sibuk mempromosikan single terbaharunya bersama rapper terkenal RJ yang berjudul Si Putih Si Merah, selain album penuh terbaharunya dijangka akan diterbitkan pada bulan Jun ini.
"Alhamdulillah, maklum balas daripada peminat menerusi lagu Si Putih Si Merah amat memberangsangkan.
"Saya dan RJ berharap lagu ini menjadi salah sebuah lagu yang akan bersaing pada Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun depan," ujar pemilik nama sebenar Hanifah Md. Hanafiah itu.
RJ ingin solo
Mula dikenali menerusi kolaborasinya bersama penyanyi tempatan termasuk Black, Raja Ema, Aishah dan Alif Aziz, Helmy atau lebih mesra dikenali sebagai rapper jambang, RJ kini mula mengorak langkah untuk berdiri secara solo.
Keputusan tersebut dilakukan setelah dia kini berasa yakin dengan dirinya untuk berdiri di atas kaki sendiri dan bakatnya dalam bidang nyanyian.
Bagaimanapun, RJ mengakui kolaborasinya bersama artis lain merupakan salah satu platfom untuknya supaya dikenali dalam industri hiburan tanah air.
Ujarnya: "Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang, saya akan merakamkan single terbaharu saya pada bulan Jun ini.
"Namun, ia masih lagi dalam peringkat draf dan sedang mencari komposer untuk merakamkan lagu tersebut.
"Keputusan drastik ini dilakukan setelah saya berfikir mengenai masa depan dan hala tuju perjalanan saya dalam karier seni.
"Saya mengakui sebelum ini tidak begitu serius dalam bidang nyanyian tetapi setelah bergerak solo, saya bertanggungjawab untuk mencorak masa depan karier saya sendiri."
Dalam perkembangan yang sama RJ berkata, sebelum ini dia tidak serius dalam bidang nyanyian kerana bertugas sebagai pegawai perhubungan awam untuk sebuah syarikat rakaman, Monkey Bone Sdn. Bhd.

POSE RJ, Tomok, Jac dan Black bersama mikrofon Sennheiser masing-masing.


Kerjayanya itu menyebabkan dia tidak boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang nyanyian.
"Saya telah melepaskan jawatan tersebut. Sekarang, saya telah bersedia untuk memberi sepenuh komitmen untuk karier nyanyian saya," ujarnya.
Mengulas mengenai perkembangan terbaharunya, RJ kini sibuk mempromosikan lagu duetnya bersama Raja Ema, Warna Hatiku.
Selain itu, RJ juga berkolaborasi dengan Winnie K menerusi lagu Cukuplah dan sebuah kumpulan pelajar universiti dalam bidang sastera iaitu GLP.
Jaclyn selesa, bersyukur
Sementara itu, Jaclyn Victor mengakui yang dia mempunyai perancangan besar dengan KRU Music.
Bagi pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor atau lebih mesra disapa Jac itu , dia mempunyai strategi yang tersendiri dalam memastikan kariernya sentiasa konsisten.
Menentukan genre muzik yang dinyanyikannya menepati cita rasa pendengar, Jac bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang.
Walaupun masih belum berkesempatan melebarkan sayap ke negara luar seperti ikon muzik tempatan lain, Jac percaya bahawa rezekinya telah ditentukan.
Dia yakin gilirannya untuk menembus pasaran luar negara bakal menjadi kenyataan kelak.
Berada di bawah naungan syarikat milik tiga nama besar industri hiburan tanah air iaitu Yusry Abdul Halim, Norman Abdul Halim, Edry Abdul Halim, ia ternyata bukan tiket untuk Jac berasa selesa.
"Saya sangat bersyukur kerana melalui bimbingan KRU Music, dan idea-idea yang bernas, ia mampu membawa perubahan kepada karier muzik saya, Mereka juga mempunyai perancangan besar untuk saya.
"Di samping itu, saya selesa dengan KRU Muzik memandangkan mereka memahami apa yang saya mahukan dalam karier muzik saya.
"Saya juga menyerahkan seluruh kepercayaan kepada dia kerana tiga lagu yang telah dihasilkan sebelum ini oleh Edry terdiri daripada Sebelah Jiwaku, Jagalah Diri dan Ikut Rentakku mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat muzik tempatan," ujarnya.
Tomok tulis lirik
Juara program realiti televisyen One In The Million, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok kini mula meluaskan kerjaya seninya dengan mula berjinak-jinak dengan penulisan lirik.
Lagu runut bunyi filem Istanbul Aku Datang merupakan salah sebuah produk hasil tulisan lirik oleh Tomok dan maklum balas yang diterima daripada peminat sangat menggalakkan.
"Untuk album ketiga saya, empat daripada tujuh lagu yang dimuatkan dalam album tersebut menggunakan lirik yang ditulis sendiri. Alhamdulillah, setelah lagu Istanbul Aku Datang diterbitkan, ia terima oleh peminat.
"Ia membuatkan saya bersemangat untuk menulis lirik dan menghasilkan lagu mengikut cita rasa saya sendiri," ujarnya.
Tanbahnya, genre muzik pop rock yang dibawanya sedikit sebanyak telah menjadi titik tolak kepada perubahan karier muziknya.
"Saya mengakui perubahan itu perlu untuk kita maju ke hadapan di samping sentiasa melakukan pembaharuan untuk memastikan kita sentiasa diterima oleh para peminat," ujarnya.
Dalam pada itu, Tomok kini juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan baharu sahaja selesai daripada penggambaran drama bersiri 13 episod, Suamiku Jururawat bersama Yana Shamsudin.
"Saya bersyukur tawaran lakonan semakin bertambah tapi pada masa yang sama saya juga teringin untuk menguji bakat lakonan saya dalam filem jika diberi peluang," ujarnya.

Lana Nordin Masih Belum Bertemu Jodoh

Posted: 27 Mar 2014 07:00 PM PDT

wer53
Lana Nordin masih lagi menantikan pasangan yang sesuai untuk dijadikan sebagai teman hidupnya.
PETALING JAYA: Pelakon Lana Nordin mengakui masih belum bertemu jodoh sejak putus cinta dengan aktor Johan As'ari pada akhir tahun lalu.

Lana berkata, dia enggan terlalu teruja dalam mencari pasangan yang sesuai sebaliknya hanya menyerah perkara itu kepada takdir.

"Jodoh itu kan di tangan Tuhan. Siapalah saya untuk menentukannya.

"Saya tidak serik dengan cinta, cuma masih belum bertemu dengan jodoh yang sesuai," katanya kepada mStar Online yang dihubungi pada petang Khamis.

Tambah Lana, buat masa ini, dia lebih senang dengan statusnya sebagai wanita solo namun tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yang sesuai dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Lana yang baru pulang dari menunaikan Umrah di Mekah pada 28 Februari lalu berkata, dia kini lebih tenang dalam menjalani kehidupan hariannya.

Malah dia juga berharap agar dapat menjadi wanita Muslim yang lebih baik dengan mengubah diri sedikit demi sedikit.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya lebih fokus dengan setiap perkara yang saya lakukan dalam ingin menjadi seorang wanita yang lebih baik," ujarnya.

Terdahulu, ketika masih lagi menjalinkan hubungan dengan Johan, Lana pernah meluahkan hasratnya untuk berubah menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik sedikit demi sedikit.

Dalam perkembangan lain,  Lana baru saja selesai menjalani penggambaran drama Joyah vs Bedah, terbitan Zeel Production untuk siaran TV9 dan akan menjalani beberapa penggambaran drama pada bulan depan.

"Alhamdulillah, rezeki lakonan masih lagi di pihak saya. Tawaran yang diterima juga masih ada dan saya harap dapat bekerja keras lagi untuk menjadii pelakon yang terbaik juga," tuturnya.

Cinta Nazim Othman & Bella Dally Sudah Berakhir

Posted: 27 Mar 2014 06:59 PM PDT


sfrw3q
Nazim Othman enggan mengulas dakwaan dia telah memutuskan perhubungan cinta dengan Bella Dally.
PETALING JAYA: Pelakon Nazim Othman enggan mengulas panjang mengenai status perhubungan cintanya dengan aktress  Bella Dally yang didakwa sudah putus sejak beberapa hari lalu sebaliknya merumuskan 'ia sudah berakhir'.
Nazim, 30, berkata, dia mempunyai hak sama ada ingin memberitahu status hubungan cintanya itu atau tidak dan pada masa sama enggan kisah peribadinya diberitakan kepada umum.
"Saya tidak berminat untuk menjawab soalan (putus cinta) itu dan tidak mahu berkongsi kepada umum.
"Ia juga menjadi hak saya sama ada untuk menjelaskan tentang perkara ini atau tidak. Apa yang saya boleh katakan, it's over (telah berakhir)," katanya yang dihubungi mStar Online  tengah hari Khamis.
sfwe
                   Bella Dally
Nazim pada Rabu telah memuat naik  gambar yang menceritakan mengenai kesan apabila lelaki dan wanita yang sudah putus cinta.
Kemudian, dia memuat naik pula foto dirinya sendiri dengan kapsyen 'This mourning phase shall pass and I'll get back on my feet, stronger' (Fasa bersedih akan berakhir dan saya akan kembali berdiri dengan lebih kuat).
Beritahu Nazim, apa yang dikeluarkan di akaun Instagram miliknya sekadar perkongsian luahan perasaannya terhadap umum, namun ia tidak bermakna dia perlu menjelaskan maksud luahan tersebut kepada media untuk diberitakan.
Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 24, yang dihubungi mStar Online juga enggan mengulas tindakan Nazim memuatkan foto tersebut di Instagram.
"Kami masih baik. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Itu saja yang boleh saya ulas. Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini. Diharap semua pihak faham," tegasnya.

Zalif Sidek Belajar Hasilkan Skrip Filem

Posted: 27 Mar 2014 06:58 PM PDT

safrwq
Zalif mahu mengembangkan bakat bukan sahaja setakat berlakon semata-mata tetapi juga mempelajari selok belok kerja di belakang tabir dalam sesebuah pembikinan filem.
PETALING JAYA: Pelakon Zalif Sidek  sedang mempelajari kemahiran menghasilkan sesebuah skrip filem daripada pengarah-pengarah yang dikenalinya.

Zalif, 29, berkata, sudah tiba masanya untuk dia mengembangkan bakat bukan sahaja dalam bidang lakonan semata-mata tetapi juga mempelajari selok-belok kerja di belakang tabir dalam sesebuah pembikinan filem.

"Kalau boleh saya ingin menjadi seorang pelakon yang serba-serbi tahu tentang bidang perfileman.

"Untuk langkah pertama, saya mula mempelajari selok-belok mengenai penulisan skrip. Alhamdulillah, pihak pengurusan saya iaitu MIG (Metrowealth International Group) memberi sokongan kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Zalif, sebagai langkah pertama, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo memberi peluang kepadanya menghasilkan skrip filem Lu, Gua Bro!  bersama pelakon Epy Kodiang.

Katanya, sebagai orang yang baru belajar, ia agak sukar untuknya menghasilkan skrip tersebut namun bersyukur kerana mempunyai ramai rakan pengarah membantu menjayakan skrip filem berkenaan.

"Saya dan Epy menyiapkan skrip tersebut dalam masa dua minggu. Kami berdua telah berjumpa dengan rakan-rakan pengarah antaranya  Eyra Rahman, Ismail Bob Hasim dan Hasyim Rejab bertanyakan pendapat mereka.

"Alhamdulillah ia membuahkan hasil yang memuaskan, walaupun mungkin ada sedikit kekurangan. Tetapi saya akan perbaiki lebih baik lagi pada masa akan datang.

"Malah saya juga kerap ke lokasi penggambaran rakan-rakan walaupun saya tidak terlibat dalam produksi itu. Saja mahu lihat cara pembikinannya di belakang tabir," ujarnya.

Lu, Gua Bro!  ditayangkan bermula 27 Mac 2014 mengisahkan dua orang sahabat karib iaitu Mi dan Yu yang sanggup mengharungi kehidupan susah senang bersama-sama.

Pelakon seperti  Nina Iskandar, Hamid Gurkha, Epy Kodiang, Rahim serta Zalif turut terlibat dalam filem arahan Ismail Bob Hasim itu.

Deejay Red FM, Azura Zainal Bagi Tempoh Dua Tahun Timang Anak

Posted: 27 Mar 2014 06:57 PM PDT

azura zainal 1
Azura Zainal masih belum bersedia timang anak buat masa ini.
PETALING JAYA: Penyampai radio Red FM, Azura Zainal ingin melalui kehidupan berumah tangga bersama suami, Ibrahim Cristiano Genuino Da Silva terlebih dahulu sebelum memikirkan untuk menimang cahaya mata.

Azura, 33, berkata, pelbagai perkara yang ingin dia lakukan bersama suami dalam mengeratkan hubungan mereka manakala rancangan untuk mendapatkan cahaya mata ditetapkan dua tahun lagi.

"Setiap perkahwinan pasti lebih manis dengan kehadiran cahaya mata tetapi buat masa ini kami berdua ingin lebih banyak menghabiskan masa berdua dan melakukan pelbagai perkara bersama.

"Tentang anak kami merancang untuk tunggu dua tahun lagi namun sekiranya rezeki kami awal saya terima dengan hati terbuka," katanya kepada mStar Online.

Azura ditemui pada majlis pelancaran buku pertamanya berjudul Azura Zainal's Guide to Radio & TV Hosting di Kitchen Creatures di sini, Khamis.
Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis sederhana di Restoran Subak, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur pada 28 Disember 2013.
Dalam perkembangan sama, Azura berkata, pada peringkat ini juga dia ingin memahami budaya suaminya yang berasal dari Brazil dengan lebih mendalam.
Jelas Azura, menerusi cara itu ia akan dapat mengeratkan hubungan mereka suami isteri selain mewujudkan persefahaman yang lebih kukuh.
"Ibrahim sudah tujuh tahun berada di Malaysia dan pemahamannya tentang budaya orang Melayu dan Islam sangat banyak memandangkan kenalannya ramai dari kaum itu.

"Jadi sebab itu saya ingin memahami budaya dia pula supaya kami lebih memahami antara satu lain dengan lebih baik," jelasnya.
azura zainal 2
Azura bersama suaminya Ibrahim 
 
Tambah Azura, dia juga kini sedang dalam proses mempelajari bahasa Brazil-Portugis daripada suaminya.

Sementara itu, bercakap mengenai penerbitan buku pertamanya, Azura berkata, ia diterbitkan bagi berkongsi pengalamannya sendiri dan memberi inspirasi kepada golongan muda yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang pengacaraan dan penyampaian radio.

Jelasnya lagi, buku berkenaan dihasilkan berdasarkan perspektifnya dan pengalaman selama 16 tahun dalam bidang pengacaraan dan sebagai penyampai radio dengan pendekatan tersendiri agar lebih dekat dengan pembaca tempatan.

"Kebanyakan buku mengenai tajuk sama lebih bersifat universal dan kebaratan malah belum ada yang benar-benar dihasilkan oleh penulis tempatan bersesuaian dengan senario di negara ini.

"Ini adalah salah satu usaha saya dalam memberikan sesuatu kepada masyarakat dari perspektif saya tentang dunia penyiaran di Malaysia dan pengalaman saya selama 16 tahun," ujarnya.

Kata Azura, dia mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan buku tersebut dengan bantuan seorang penulis, Michelle Yoon.

"Sukar sebenarnya untuk menulis sebuah buku dan saya bertuah kerana ada penulis berpengalaman membantu merealisasikan impian tersebut.

"Ia proses menyeronokkan dan pada masa sama memberi saya ilmu baharu," ujarnya.

Buku berkenaan dijual pada harga RM35.90 yang boleh didapati di semua rangkaian kedai buku MPH.

Raja Pop masih berbisa

Posted: 27 Mar 2014 06:54 PM PDT


  • Jamal Abdillah Jamal Abdillah
SEHINGGA kini, Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, masih berbisa dan menjadi rebutan penganjur untuk acara hiburan tanah air.

Selain bakal menjayakan Konsert Eksklusif Datuk Jamal Abdillah di Hotel Zenith, di Kuantan, Pahang pada 11 April, pemilik suara merdu ini turut menjayakan 'The Moments With Datuk Jamal Abdillah' sempena minggu setiausaha pada 24 April depan di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya.

Malah penyanyi yang popular dengan lagu Penghujung Rindu dan Azura ini juga akan bergandingan bersama penyanyi Nas Adila dalam majlis makan malam Raikan Hari Ibu, pada 11 Mei depan.

Ditanya mengenai persediaannya, Jamal berkata, buat masa ini dia memfokuskan seluruh staminanya terhadap persembahan di Kuantan. Meskipun usianya sudah mencecah usia separuh abad, namun akui Jamal, ia bukanlah penghalang untuknya terus beraksi dan menghiburkan peminat.

"Saya ada produksi sendiri meliputi pemuzik dan kelengkapan persembahan itu sendiri. Jadi bila ada produksi sendiri, saya rasa lebih puas hati kerana dapat membuat konsert mengikut apa yang saya impikan.

"Sekarang, untuk persediaan, saya juga sedang menguji sistem bunyi dan produksi pentas selain membawa kepakaran dari pemuzik profesional terkenal dari tanah air kerana segala kelengkapan itu diaturkan oleh syarikat saya sendiri. Jadi ia amat penting kepada saya untuk memastikan konsert ini berjaya," katanya.

Muzik 'Unplugged'

Mengulas lanjut mengenai konsert 'Eksklusif Datuk Jamal Abdillah' itu, pemilik nama sebenar Ubaidillah Ali ini berkata, beliau sangat teruja dengan lamaran Budak Zapin Production untuk mengadakan konsert eksklusif di Kuantan, selepas kejayaan konsertnya bersama Saleem di Hotel Permai, Kuala Terengganu, tahun lalu.

"Alhamdulillah, selepas melihat sambutan konsert yang lalu, maka tercetuslah idea mereka untuk mengadakan konsert sebegitu di Kuantan.

"Namun, saya akan memastikan konsert kali ini lebih berjaya dari sebelum ini," katanya yang turut akan membuat kejutan menerusi persembahan Unplugged.

Konsert yang diadakan secara tertutup ini turut menampilkan Datuk Ramli Sarip, Elly Mazlein dan penyanyi veteran, Elias Shah.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM80, RM150 dan RM250 dan terhad kepada 2,500 tetamu sahaja.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu, beliau sekali lagi bakal menghiburkan peminat di pantai timur,  (Terengganu dan Kelantan) pada April depan.

"Konsert ini akan mungkin akan berlangsung selama dua jam setengah dan semestinya saya akan memilih lagu-lagu hits sebelum ini," katanya.

Syamim-Hias penyeri utama 'Cucu Wan Lebor'

Posted: 27 Mar 2014 06:53 PM PDT


  • Syamim-Hias penyeri utama 'Cucu Wan Lebor' Hias-Syamim
SEJARAH membuktikan penglibatan pelakon cilik bukanlah hanya sekadar tempelan. Lihat sahaja kejayaan yang pernah dilakar oleh Allahyarham Bat Latif dan pelakon serta pengarah terkenal, Aziz M Osman di luar negara.

Siapa sangka lakonan bersahaja Bat latif menerusi filem Nujum Pak Belalang ketika itu diiktiraf di Festival Filem Asia Pasifik di Jepun pada tahun 1960. Turut mengulangi kejayaan sama menerusi filem Gerhana arahan Datuk Jamil Sulong pada tahun 1964, Aziz M Osman kemudiannya mengikut jejak mengharumkan nama negara menerusi filem Sayang Anakku Sayang. Itu pun hanya selepas 12 tahun.

Meskipun sehingga kini, tidak ada lagi pelakon cilik yang mampu menyaingi kehebatan mereka, namun peranan bakat-bakat baru ini tetap menjadi keutamaan dalam industri. Kehebatan adik-beradik terkenal, Nasrizal, Nasreen dan Ngasriah Ngasri sebagai pelakon tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah generasi baru seperti Mia Sara, Nor Heidzriq Haikal dan Balqis juga turut menjadi penyeri.

Tidak kurang hebatnya dengan bakat baru seperti Syamim Razi dan Hias Mahsuri yang ingin mencuba nasib. Bakal muncul dengan drama siri Cucu Wan Lebor menerusi RTM, dua pelakon kanak-kanak ini mengharapkan agar lakonan mereka terus menarik perhatian penonton.

Berkonsepkan santai, selain sarat elemen kekeluargaan dan persahabatan, drama 13 episod ini diarahkan Mior Hashim Manap.

Diterbitkan Raden Pictures, Cucu Wan Lebor, adalah berkisarkan tentang kanak-kanak bernama Pudin, Najwa da Ajis yang teruja memasuki alam persekolahan menengah.

Pernah dimarah guru: Syamim

Menceritakan minat mendalamnya terhadap dunia lakonan, Syamim Razi, 11, memberitahu dia pernah dimarah gurunya ketika awal penglibatan dalam dunia seni.

"Dulu masa mula-mula terlibat, cikgu agak marah tapi lama-lama, dia memahami apa yang saya lakukan.

"Biarpun kadang-kala saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana sibuk dengan penggambaran, guru sudah faham dengan situasi ini," katanya yang mula bergelar pelakon sejak usia lima tahun dan drama pertamanya ketika itu ialah Pondok-Pondok, di TV9.

Berkongsi pengalamannya, Syamim berkata dia pernah menjadi bahan ejekan rakan-rakan hanya kerana memakai baju berwarna pink dalam drama tersebut.

"Saya tak ambil hati semua tu. Saya nak kawan dengan semua orang.

"Sejak jadi pelakon, saya rasa sangat seronok kerana ramai yang ingin berkawan dengan saya.

"Malah saya juga dapat pengalaman baru dan kawan baru ketika berlakon sama dalam drama," kata anak jati Kuala Pilah ini.

Bercerita mengenai drama terbaharunya, Cucu Wan Lebor yang akan ditayangkan tidak lama lagi di RTM, dia akui sangat teruja dapat berlakon bersama pelakon cilik lain.

"Saya sangat seronok dan teruja kerana dapat mengenali kawan-kawan baru menerusi drama ini. Biarpun tamat penggambaran, hubungan kami rapat dan sering berhubungan antara satu sama lain.

"Malah kami juga bersedih setelah penggambaran berakhir. Cucu Wan Lebor memberi saya satu pengalaman yang sangat menarik dan sukar untuk dilupakan," ujarnya yang membawa watak sebagai Ajis dalam siri itu.

Hias cepat hafal skrip

Sementara itu, berbeza pula cerita dengan anak bongsu daripada tiga beradik, Hias Mahsuri Riaz Sophian,14 tahun ini.

Baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia lakonan ketika berlakon telefilem Cucu Wan Lebor, tahun lalu, akui Hias, dia terjun ke dunia hiburan sekadar suka-suka.

"Mulanya ayah tidak bersetuju kerana risau jadual lakonan mengganggu jadual persekolahan nanti.

"Setelah menerangkan bahawa ia dilakukan pada hujung minggu barulah dia beri kebenaran," katanya yang turut membintangi drama Yang Yang Yok dan filem Jwanita.

Membawa watak sebagai Najwa, Hias berkata, pada mulanya agak sukar dia menghayati karakter budak kampung yang berperwatakan kasar.

"Tapi saya bernasib baik kerana pengarah dan kru produksi banyak mengajar mengenai teknik-teknik lakonan berkesan.

"Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar sepanjang tempoh penggambaran ini," katanya yang turut aktif dalam sukan.

Biarpun pengalaman berlakon masih kurang, Hias mempunyai bakat istimewa dalam penghafalan skrip.

"Saya cepat dalam menghafal skrip dan tidak dinafikan ia beri kelebihan buat saya. Sekiranya tidak dilakukan dengan baik maka ia akan merencatkan penggambaran," katanya.

Ditanya mengenai jadual penggambarannya yang mungkin menjejaskan pelajaran, Hias berkata setakat ini dia tidak pernah ponteng sekolah.

"Saya agak bernasib baik kerana jadual penggambaran biasanya dilakukan ketika cuti sekolah. Saya pun tidak mahu pelajaran terjejas," katanya.

‘Cun Melecun’ taruhan baharu Diana & Linda

Posted: 27 Mar 2014 06:52 PM PDT


  • Diana Rafar - Linda Rafar
CUN Melecun merupakan single terbaharu adik-beradik popular ini. Selepas lagu Hak Milik Kekal, lagu ini dirakamkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada peminat-peminat yang tidak putus memberi semangat dan sokongan dalam perjalanan karier mereka.

Semakin aktif terjun ke dunia perniagaan masing-masing, Linda kini dengan perniagaan produk kesihatan Protrim LR Flawless dan Diana Rafar dengan D'Lugiano Spa, kedua-duanya tidak sekalipun mengabaikan kehendak peminat yang mula merindukan suara mereka mengalunkan irama.

"Cun Melecun adalah hadiah kami untuk semua. Mengekalkan konsep sama, ia lagu yang catchy dan sesuai dengan jiwa kami ," kata Diana yang pernah membintangi filem Susuk.

Diana pernah mencatat profil seninya sebagai penyanyi dengan menubuhkan kumpulan GIM (Girls In Music) pada 1999, sebelum merakamkan album duet bersama Linda Rafar. Lagu Hak Milik Kekal meledakkan gabungan Diana dan Linda sekitar 2005. Dan April ini, Cun Melecun yang masih menggunakan khidmat Edry Abdul Halim sebagai komposer akan diperdengarkan di corong-corong radio.

"Walaupun masing-masing sibuk dengan perniagaan, menyanyi tu tak dapat dielakkan. Itu memang minat dan jiwa kami sejak kecil. Kami masih orang hiburan. Saya sendiri sejak lima tahun terlibat dalam bidang ini manakala Linda sejak darjah satu.

"Single ini lebih kepada hadiah kami untuk peminat. Apabila kudrat masih ada, masih muda dan berupaya nak menyanyi, kami menyanyi. Lagu ini hanya ambil masa sehari untuk rakaman. Semuanya berjalan lancar," jelas Diana.

Berkahwin dengan Zamarul Hisham, empat tahun lalu, pasangan itu kini bahagia dengan anak mereka, Kashfihaikal dan mula menumpukan perhatian kepada rumah tangga serta perniagaan spanya.


Perlu bahagi masa

Sementara itu, Linda yang kini sibuk mempromosikan produk terbaharu Protrim Capsule keluaran syarikatnya turut menyatakan rasa gembira atas kelahiran single Cun Melecun ini.

"Seronok apabila segala-galanya berjalan lancar. Perjalanan perniagaan kami, karier dan single terbaharu semuanya dipermudahkan. Tak sabar nak tunggu respons peminat. Itu saja" kata ibu empat anak ini (Rezaril Keifli, 14; Rezaiman Keifli, 12; Syed Rezaqiib, 6, dan Syed Ariq,3)

Ditanya mengenai perancangan video klip Cun Melecun, Diana memberitahu ia belum dirangka namun tidak menolak kemungkinan untuk mengeluarkannya satu masa nanti seperi mana Hak Milik Kekal yang melonjakkan nama mereka.

"Permintaan itu ada. Tapi kami perlu sesuaikan dengan jadual kami yang padat. Macam yang Diana kata, ia hadiah untuk peminat. Kami juga berlapang dada untuk bekerjasama dengan komposer-komposer lain," katanya.

Linda Rafar sebelum ini popular bersama kumpulan Elite dan aktif berlakon. Beliau mendirikan rumah rangga dengan pelakon Syed Kamarulzaman Syed Mahmud pada 2006.

Lahir dalam keluarga yang terlibat dalam perniagaan, Linda dan Diana turut aktif di bidang perniagaan selepas mendirikan rumah tangga.

Usaha kedua-dua bintang ini berjaya membuktikan bahawa mereka bukan sahaja bergemerlapan di arena seni, malah semakin serasi dengan perniagaan.  Terdahulu, lagu Hak Milik Kekal yang juga ciptaan Edry KRU, sering menguasai carta-carta lagu di radio-radio dan televisyen, malah tidak mustahil gandingan mantap adik-beradik ini melalui Cun Melecun sekali lagi bakal meledakkan nama mereka di persada seni.

Curi lembu: Tembak guna ubat pelali

Posted: 27 Mar 2014 06:45 PM PDT


  • Curi lembu: Tembak guna ubat pelali Rosman menunjukkan kesan suntikan pelali pada leher lembunya di Kampung Padang Buluh, Hulu Besut.
BESUT - Kegiatan mencuri lembu dengan cara menembak menggunakan ubat pelali sebelum melarikan lembu berkenaan untuk dijual, kini dikatakan semakin berleluasa di kawasan Hulu Besut, di sini.

Dalam kejadian pagi kelmarin, dua lembu milik penduduk hilang dipercayai dicuri pihak berkenaan, bagaimanapun dua lagi tidak sempat dilarikan selepas mereka terserempak dengan penduduk kampung.

Mangsa, Rosman Awang, 52, berkata, dia menyedari kejadian itu setelah jiran sekampung memaklumkan lembunya terbaring di tepi jalan dengan keadaan kedua-dua kaki belakang terikat berhampiran kebun kelapa sawit di jalan Padang Tapong-Lata Tembakah dekat Kampung Padang Buluh, kira-kira jam 7 pagi kelmarin.

Menurut Rosman, setibanya di tempat kejadian kira-kira 500 meter dari rumahnya, dia mendapati lembunya dalam keadaan separuh sedar dengan dua jarum dipercayai ubat pelali ada pada lembu itu dan satu lagi berhampiran lembu itu.

"Lembu itu dipercayai ditembak dengan pelali sekurang-kurangnya empat kali, berdasarkan kesan pada leher dan kaki. Pencuri bertindak sedemikian kerana saiz lembu itu agak besar dan harga di pasaran sekarang sekitar RM3,500," katanya.

Bagaimanapun, kata Rosman, pencuri itu tidak sempat melarikan seekor lagi lembunya yang sudah pengsan dan seekor lagi milik rakannya yang sempat ditembak sekali, selepas terserempak dengan penduduk kampung yang keluar menoreh getah kira-kira jam 5.30 pagi.
Malah katanya, penduduk terbabit juga ada memberitahu ternampak sebuah lori kecil dan kereta di tepi jalan berhampiran lembunya itu, namun ketika itu mereka tidak mengesyaki sebarang perbuatan mencurigakan.
"Akibat terlalu banyak pelali, lembu itu tidak mampu berdiri dan bergerak hingga saya terpaksa memberi lembu itu minum air kelapa sebagai penawar, selain memandikan beberapa kali. Namun selepas sehari diberi rawatan, akhirnya lembu itu semakin pulih dan dibawa pulang ke rumah untuk diberi rawatan.
"Kejadian kelmarin pertama kali berlaku membabitkan kecurian lembu menggunakan ubat pelali, semenjak saya dan rakan-rakan menternak secara lepas bebas di ladang kawasan ini hampir 20 tahun lalu," katanya.
Rosman berkata, dia percaya aktiviti mencuri lembu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini kerana permintaan tinggi sempena cuti persekolahan sekarang.
Susulan itu, menurut Rosman, dia bersama dua rakannya membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Pasir Akar, Hulu Besut, petang kelmarin.

"Seorang jiran sekampung turut kehilangan dua lembu jantan pada hari sama, setelah usaha mencari lembu dilepas bebas di dalam ladang kelapa sawit di situ menemui kegagalan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Derita isteri seorang VIP

Posted: 27 Mar 2014 06:41 PM PDT


  • Derita isteri seorang VIP Lisa merujuk kesnya kepada Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz yang turut disertai Mohd Adly, semalam.
AYER KEROH - Menjadi isteri orang kenamaan atau VIP tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu dihadapi seorang wanita di sini apabila kini berdepan trauma selepas didera secara mental oleh lelaki yang dikahwini sejak 14 tahun lalu.

Malah, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 37, turut memberitahu, dia sering dimaki hamun oleh suaminya yang berstatus Datuk  berusia 63 tahun itu.

Menurutnya, keadaan itu sudah berlarutan hampir 10 tahun dan merasakan hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman, sekali gus menuntut agar suami menceraikannya secara baik menerusi proses mahkamah.
Lisa berkata, suaminya sering melontarkan kata-kata kesat terhadapnya serta sanggup mengatakan dirinya sebagai 'perempuan sial', 'bodoh' dan pernah mengugut untuk menghantarnya ke hospital mental gara-gara dirinya cuba membunuh diri.
"Saya tidak tahan lagi dan pernah suatu hari dia menggunting rambut saya secara paksa hanya kerana marah saya berkawan dengan orang luar kerana kebetulan saya memang aktif berpuisi di radio.
"Dia juga turut menyekat saya untuk berhubung dengan keluarga termasuk ibu bapa saya sendiri, malah pernah menghalau saya dari rumah.
"Paling tidak tahan, dia pernah mencabul pembantu rumah saya," katanya yang mengadukan masalah itu di Pejabat Pembela BN Melaka, dekat sini, semalam.
Lisa berkata, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima anak berusia dari 14 hingga tujuh tahun.
"Saya kesal berkahwin dengannya sebab dia tidak meletakkan kedudukan seorang isteri di tempat yang betul dan sekarang saya serta anak-anak sudah enam bulan tidak tinggal bersamanya.

"Setakat ini sudah 29 kali saya menuntut cerai dengannya dan masuk kali ini barulah saya memfailkan tuntutan fasakh," katanya.
Sementara itu, Penasihat Guaman Pembela BN, Mohd Adly Ithnin berkata, di dalam kes terbabit, masing-masing tidak lagi boleh meneruskan perkahwinan dan membuatkan penangguhan tuntutan berkaitan seperti tuntutan harta serta nafkah anak-anak.
"Kes ini boleh diselesaikan secara baik sekiranya si suami bersetuju perkara berkaitan harta diselesaikan dengan mahkamah yang lain, bukannya di dalam bab fasakh.

"Isu menjadi rumit sebab pihak suami cuba memasukkan semua perkara ke dalam satu," katanya.

Kokolog! segalanya tentang coklat

Posted: 27 Mar 2014 06:37 PM PDT



PROGRAM Kokolog! kini sudah bersiaran di TV9 sejak 2 Mac lalu.


JIKA anda suka melancong, membuat kerja amal dan memakan coklat, pastinya anda akan tertarik dengan program terbaharu terbitan Primeworks Studios untuk TV9 berjudul Kokolog!.
Menggandingkan tiga elemen yang berbeza dan kedengaran agak pelik, namun ia memberi keunikan kepada program tersebut.
Program yang diterbitkan dengan kerjasama Lembaga Koko Malaysia itu bertujuan untuk mempromosikan penggunaan koko kepada rakyat Malaysia. Selama ini kita sering mengaitkan koko atau coklat dengan kemanisan serta penyakit.
Menurut Penerbit Eksekutif Primeworks Studio, Wan Sabariah Shikh Ali, program ini turut menampilkan resipi unik menggunakan produk berkaitan koko sama ada serbuk koko, kepingan coklat masakan atau lemak koko.
"Tujuan program ini adalah untuk mendidik, menyebarkan maklumat dan memberi fakta yang tepat mengenai koko itu sendiri, kegunaannya, khasiat dan kebaikannya.
"Segmen memasak dikendalikan oleh hos utama bersama cef jemputan, iaitu sama ada cef tempatan yang pakar dalam sajian unik setempat atau cef selebriti," kata Wan Sabariah.
Selain memberi informasi tentang koko, program ini juga akan berkunjung ke lokasi yang menarik sambil membantu mereka yang memerlukan.
QI RAZALI teruja mengacara program Kokolog!.


Antara contoh khidmat sosial yang ditampilkan ialah merealisasikan cita-cita seorang anak yatim ingin menjadi cef serta memberi sumbangan kepada artis veteran tanah air iaitu Datuk Jamil Sulong yang kini sedang uzur.
"Segmen khidmat kemasyarakatan dalam program masakan seperti ini diharap dapat meningkatkan kesedaran penonton tentang hidup bermasyarakat, di samping dapat mempelajari resipi terbaharu yang menggunakan produk daripada koko," ujar Wan Sabariah.
Pemilihan Qushairi Razali yang dikenali sebagai Qi sebagai pengacara dianggap tepat kerana selain suka melancong, dia juga boleh memasak dan merupakan seorang penggemar coklat.
"Saya seronok sepanjang penggambaran program ini kerana saya dapat berjalan ke lokasi yang menarik, memasak dan pada masa yang sama dapat membantu insan yang memerlukan.
"Selalunya program yang berasaskan coklat hanya menampilkan cef untuk memasak tetapi program ini sangat berbeza. Saya pun ada memasak sendiri dalam program ini," balas Qi.
Program sebanyak 13 episod itu yang turut menjelajah sehingga Sabah dan Sarawak itu bersiaran di TV9 mulai 2 Mac lalu, setiap Ahad pada pukul 10 pagi.

Dayang, Marcell kembali bersama

Posted: 27 Mar 2014 06:36 PM PDT

LAGU Di Pintu Syurga merupakan single terkini Dayang.


Kali terakhir menjalinkan kolaborasi ketika membuat persembahan di Malaysia empat tahun lalu, kini penyanyi Dayang Nurfaizah bakal kembali bersama penyanyi kelahiran Indonesia, Marcell Siahan beraksi di pentas Panggung Sari, Istana Budaya esok.
Dayang yang ditemui ketika menjalani latihan di sebuah studio di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lalu memberitahu, sudah lama dia teringin untuk berkongsi pentas dengan penyanyi kegemarannya itu.
"Pada tahun 2010, saya dan Marcell pernah membuat persembahan bersama dalam sebuah mini showcase di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Kali ini kami diberi kesempatan beraksi di pentas yang lebih besar pula.
"Sudah tentu ia merupakan suatu peluang dan penghargaan yang cukup bermakna buat diri saya serta dapat pula berkolaborasi dengan penyanyi yang hebat seperti Marcell," luahnya dengan nada gembira.
Bercerita lanjut mengenai konsert yang diberi nama Pesona Cinta Dayang Nurfaizah & Marcell, penyanyi berkenaan memberitahu, segala persiapan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Ujarnya, dia akan menyampaikan sebanyak 10 buah lagu dalam tempoh satu jam manakala Marcell pula akan menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu nyanyiannya dalam tempoh satu jam lagi.
"Berkenaan dengan lagu yang akan saya persembahkan nanti, biarlah ia diketahui oleh peminat yang hadir nanti. Apa yang boleh saya katakan, sebanyak 10 buah lagu akan dinyanyikan, termasuk beberapa buah lagu secara medley.
"Kalau diikutkan memang banyak lagu yang ingin saya persembahkan, cuma faktor masa yang agak terhad menjadi halangan. Saya berharap agar peminat yang hadir berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan nanti," kata dayang.
Selain membuat persembahan secara solo, Dayang menyatakan, terdapat dua buah lagu yang akan dinyanyikan secara duet bersama Marcell iaitu Sayang dan Hanya Memuji semasa konsert berkenaan.

DAYANG kini giat menjalani latihan sempena konsert Pesona Cinta Dayang Nurfaizah & Marcell yang dijadual berlangsung pada 29 Mac ini.


"Sudah tentu Sayang merupakan lagu wajib yang dipersembahkan memandangkan ia memang lagu duet kami manakala Hanya Memuji pula dipilih kerana ia sebuah lagu yang bagus dan sesuai untuk kami bawa secara duet," ujarnya.
Bagi peminat yang ingin untuk menyaksikan konsert anjuran Jag Event itu, tiket-tiket berharga RM150, RM250, RM350, RM450 dan RM550 masih lagi dijual. Keterangan lanjut dan tempahan boleh dibuat dengan melayari laman web www.jagtickets.com.
Tidak kisah
Selain bercerita tentang konsertnya yang bakal berlangsung, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu menyatakan, ketika ini dia sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Di Pintu Syurga.
Ujarnya, dia gembira apabila lagu hasil ciptaan Tam Spider (lagu) dan Iman Imran (lirik) semakin mendapat tempat di hati peminat sejak menjadi runut bunyi untuk drama bersiri Arianna Rose yang disiarkan di TV3.
"Pada mulanya saya berasa agak bimbang sama ada lagu berkenaan dapat diterima peminat atau tidak. Bagaimanapun, maklum balas yang diterima sangat positif apabila ramai yang menggemarinya.
"Sebenarnya, saya sendiri tidak menyangka Tam boleh menghasilkan lagu balada yang sangat bagus dan sudah tentu saya meletakkan harapan tinggi agar ia dapat dipertandingkan sehingga ke Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun ini," ujarnya.
Ketika ditanya apa yang membuatkan dia masih mahu bersaing di AJL memandangkan kebanyakan penyanyi senior enggan mengambil bahagian, penyanyi berkenaan menjelaskan, dia seorang individu yang gemar kepada persaingan.
"Kali terakhir saya menyertai AJL ialah pada tahun 2004 menerusi lagu Erti Hidup. Jadi, sudah sembilan tahun saya tidak berpeluang untuk beraksi di pentas yang berprestij seperti AJL ini.
"Saya tidak kisah kalau tewas di tangan penyanyi muda kerana menang atau kalah memang adat bertanding. Apabila bersaing dalam sesebuah pertandingan itu, tidak harus timbul siapa yang lebih senior kerana paling penting perlu fokus kepada persembahan," jelasnya mengakhiri bicara.

Pemandu treler maut kenderaan dinaiki dirempuh dari belakang

Posted: 27 Mar 2014 06:31 PM PDT



ANGGOTA bomba cuba mengeluarkan pemandu lori pasir, Osman yang tersepit selepas melanggar treler dipandu Meng Chai di Lebuh Raya Damansara-Puchong, Petaling Jaya semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu treler maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 30.2 Lebuh Raya Damansara-Puchong berhampiran plaza tol lebuh raya berkenaan dekat Putrajaya semalam.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, treler muatan minuman yang dipandu mangsa, Khoo Meng Chai, 25, dirempuh dari arah belakang oleh sebuah lori pasir yang dipandu, Osman Rak Ali, 43.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, ketika kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit dari arah sama iaitu Putrajaya menuju ke Puchong.

Buaya terkam, baham kamera

Posted: 27 Mar 2014 06:29 PM PDT



IMEJ-IMEJ terakhir yang dirakam kamera GoPro milik Madden sebelum gajet itu digigit seekor buaya.


HOMESTEAD, Florida - Hasrat seorang aktivis pencinta alam ingin merakam aksi seekor buaya gergasi gagal apabila sebuah kamera jenis GoPro yang baru dibelinya rosak teruk akibat dibaham reptilia itu, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Chris Madden meletakkan kamera tersebut di dalam sebuah kerangka sebelum menuju ke sebuah tasik di Homestead, dalam negeri Florida yang menempatkan buaya sepanjang 4.1 meter itu baru-baru ini.
Penduduk setempat menggelarkan buaya itu 'Big Boy' kerana saiznya yang besar.
"Saya cuba mendapatkan beberapa gambar di dalam air, namun sebaik sahaja kamera ini menyentuh permukaan air, buaya tersebut terus menerkam dengan ganas," katanya.
Kamera tersebut dimasuki air selepas beberapa gali digigit oleh buaya tersebut.

Cuci cermin pada ketinggian 1,200 meter

Posted: 27 Mar 2014 06:28 PM PDT



DUA pekerja syarikat Abseilon mencuci tingkap di sebuah pelantar di Grand Canyon setinggi 1,200 meter.


PHOENIX - Sekumpulan pekerja dari syarikat Abseilon menggunakan tali untuk mencuci cermin di sebuah pelantar setinggi 1,200 meter di ngarai Grand Canyon di sini.
Semua pekerja itu menggadai nyawa dan hanya bergantung pada tali untuk menggilap lebih daripada 40 buah cermin di bawah pelantar yang berbentuk ladam itu.
Naib Presiden Abseilon, Kenneth Popilar berkata, kerja-kerja syarikat itu termasuk turun ke bahagian bawah tebing untuk mengutip semua sampah yang dibuang pengunjung.
Pelantar yang dikenali sebagai Skywalk dan dibina di pinggir ngarai Grand Canyon itu menawarkan pemandangan Sungai Colorado.

Anak Pak Mazin warisi ilmu pembuatan keris

Posted: 27 Mar 2014 06:26 PM PDT




KERINGATNYA mula menembusi liang-liang roma halus tatkala tangan semakin rancak mengasah besi untuk dijadikan keris.
Pancaran cahaya petang membolosi jaringan besi Bengkel Kraf Warisan itu membantu mata kasarnya meneliti keruncingan bentuk mata keris yang pastinya mampu melubangkan setiap benda ditikam dengannya.
Kesungguhan Saiful Hazrin Abd. Mazin, 26, mengasah membuktikan dia sememangnya seorang pencinta keris warisan Melayu yang tegar. Keluarganya adalah antara tukang empu yang terkenal di Perak.
Tukang empu bermaksud individu yang mahir dalam sesuatu pembuatan lazimnya berkait rapat dengan pembuatan keris.
Mewarisi ilmu pembuatan keris daripada ayahnya, Abd. Mazin Abd. Jamil, 64, kini anak ketujuh daripada 12 adik-beradik itu menggalas tanggungjawab besar sebagai penerus legasi Tukang Mamat.
Saiful merupakan generasi kelima Tukang Mamat yang suatu ketika dahulu terkenal di negeri tersebut dengan pembuatan senjata Melayu seperti keris, golok dan parang.
Saiful memberitahu dia mula berjinak-jinak dalam dunia keris setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2005.
"Saya sememangnya meminati keris sejak di bangku sekolah lagi kerana sering melihat ayah membuatnya di bengkel kami.
"Bagaimanapun, selepas tamat sekolah, barulah saya diberi peluang membuat golok atau sarung keris sendiri. Sehingga kini, kemahiran saya lebih kepada pembuatan golok dan mengetuk besi," jelasnya yang memberitahu proses menyiapkan satu golok memakan masa kurang dua hari.
Ketika ini, dia sedang mendalami proses pembuatan keris terutamanya pembuatan luk keris.
Sambil berkongsi cerita, sekali-sekala anak muda itu mengangkat besi yang sedang diasah itu bagi melihat ketajamannya sambil diperhatikan adiknya, Mukhtar Hakim, 23, yang juga sedang belajar membuat golok dan keris.

MENEBUK lubang untuk dijadikan hulu keris lebih mudah dengan penggunaan mesin gerudi.


Semangat menjadi penerus pembuatan keris Melayu bukan sahaja terpancar menerusi ketekunan diri menukang, tetapi hasil kerjanya yang sangat teliti dan penuh nilai estetika seperti pembuatan ayahnya. Bak kata pepatah Melayu, "ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi".
Terkenal
Orang tuanya, yang mesra dengan panggilan Pak Mazin merupakan seorang tukang empu keris yang terkenal di negeri Perak Darul Ridzuan.
Menerima mandat membuat keris dan senjata pembesar istana serta keluarga diraja Perak, Pak Mazin berkata, dia mewariskan segala ilmu pembuatan keris kepada Saiful dan Mukhtar bagi memastikan martabat keris tidak pupus dalam sejarah Melayu.
"Pada zaman serba canggih ini tidak ramai anak muda yang mempunyai minat terhadap barang-barang bersejarah seperti keris. Mereka lebih cenderung kepada barang elektronik dan gajet terkini.
"Justeru, saya khuatir warisan ini hilang dan anak bangsa Melayu tidak berpeluang mengenali salah satu senjata paling penting dalam sejarah bangsawan Melayu," jelasnya yang diajar membuat keris oleh ayahnya, Allahyarham Abdul Jamil Pandak Mat Yunos.
Perkara asas
Terdahulu, dia mengajar dua anaknya tentang perkara-perkara asas seperti menyediakan arang, mengenal besi dan jenis kayu.
Baginya, jenis kayu dan besi harus dititikberatkan untuk memastikan kualiti keris yang dihasilkan adalah terbaik. Antara jenis arang yang sesuai digunakan untuk proses peleburan besi ialah arang kayu daripada pokok merbau dan cengal kerana ia lebih berkualiti.
Selain itu, perlu mengenali tujuh jenis besi yang bermula dengan huruf 'P' iaitu paku, payung, pahat, puting, pagar, pisau dan penyodok.

HASIL tangan Pak Mazin dan keluarga turut mendapat permintaan daripada pembesar istana dan keluarga diraja Perak. - Gambar hiasan


Mengakui ramai ingin menjadi anak didiknya, Pak Mazin memberitahu, dia hanya berkongsi ilmu membuat keris kepada mereka yang menunjukkan kesungguhan.
"Saya tidak mahu ada yang menyalahgunakan ilmu dengan membuat keris berasaskan kepada keuntungan perniagaan semata-mata tanpa mengambil kira kualiti dan nilai seni senjata itu sendiri.
"Keris merupakan satu-satunya warisan Melayu yang sehingga kini masih disanjung dan harus dipelihara nilainya," katanya yang telah berkecimpung dalam dunia keris sejak berusia 12 tahun.
Mengulas lanjut tentang ilmu dititipkan oleh Pak Mazin, Saiful berkata, dia sedaya upaya cuba menggarap sebanyak mungkin ilmu diajar. Bahagian yang paling rumit baginya ialah meleburkan besi dan masih belum berani untuk membuatnya seorang diri tanpa pemerhatian 'guru'.
Ia ekoran melebur besi memerlukan teknik dan ilmu mengenali jenis besi yang hendak digabungkan bersama-sama bagi membentuk besi tawar, besi baja dan besi melela.
Menjelaskan lebih lanjut, Saiful memberitahu jenis-jenis besi dikategorikan mengikut bahan digunakan seperti paku yang merupakan besi jenis tawar, manakala spring kenderaan adalah besi baja.
Melela pula adalah besi-besi yang telah dilipat dan digabungkan sebelum dibakar untuk ditempa membentuk keris.
Besi tawar dikatakan lebih lembut namun tidak patah apabila diketuk, besi baja mudah patah jika dicelup dengan air dan melela mengambil masa yang lama untuk patah.
Ukir hulu
Bersetuju dengan abangnya, Mukhtar lebih selesa bertukang dan memahat daripada meleburkan besi yang padanya rumit untuk dilakukan.
"Setiap hari saya akan bekerja di bengkel ini bermula pukul 10 pagi sehingga 5 petang untuk mempelajari teknik mengukir hulu seperti ayam teleng dan jawa demam.
"Mengukir hulu menuntut kesabaran yang tinggi dan kestabilan tangan. Sehingga kini, saya cuma mahir membuat corak bunga di tepi sarung keris," jelasnya yang merupakan anak yang kesepuluh.

PAK MAZIN berdiri di hadapan bengkelnya di daerah Kuala Kangsar, Perak.


Bertanya tentang pasaran keris, Mukhtar memberitahu mereka sekeluarga tidak pernah putus menerima tempahan daripada orang ramai termasuk daripada peminat keris luar negara. Harga sebilah keris pula boleh mencecah RM6,000 bergantung kepada saiz, kualiti dan jenis bes.
Walaupun baru berusia setahun jagung dalam dunia pembuatan keris, dia telah pun menjual kira-kira 50 golok pada harga sekitar RM200.
"Perniagaan keris ini mempunyai pelanggannya yang tersendiri. Walaupun seni warisan ini tidak begitu menonjol dalam pasaran, namun setiap hari kami menerima tempahan daripada pelanggan yang datang ke bengkel ini.
"Bukan itu sahaja, kami turut menerima lawatan pelajar sekolah dan pelancong luar negara seperti Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom," ujarnya.
Tambahnya, beberapa pelajar dari Universiti Teknologi Mara juga pernah mengikuti latihan praktikal di situ.

Haiwan bantu sembuh emosi mangsa

Posted: 27 Mar 2014 06:25 PM PDT




KALI pertama Pamela Isaac melalui penderaan fizikal dan emosi adalah pada penghujung 1990-an. Guru pendidikan seni itu dipukul teman lelakinya hampir setiap hari. Kekasih Isaac yang juga seorang penagih dadah turut mencekik kucing kesayangan Isaac di luar jendela apartmen mereka.
Isaac mampu menahan hambatan lelaki itu ke atasnya. Namun dia terpaksa menurut setiap perintah teman lelakinya kerana bimbang akan keselamatan kucingnya.
Suatu hari, Isaac cuba mendapatkan bantuan jiran selepas teman lelakinya itu bertindak ganas. Kesannya, apartmen Isaac dibakar dengan sengaja dan kucing peliharaan wanita berusia 58 tahun itu juga gagal diselamatkan.
Trauma dengan peristiwa itu, Isaac memilih untuk hidup bersendirian sehingga tahun 2012. Dia menjalin hubungan dengan lelaki yang juga bertukar menjadi seorang penagih dadah dan kaki pukul. Enggan tragedi lama berulang, Isaac bersama tiga ekor kucingnya melarikan diri sekitar musim luruh tahun lalu.
Kini, Isaac bersama Lucy, Rikki dan Gizmo tenteram di sebuah rumah perlindungan mangsa keganasan rumah tangga mesra haiwan di Brooklyn, New York.
Bilik yang didiami Isaac merupakan satu daripada 10 unit di rumah perlindungan jenis apartmen itu yang direka khusus untuk keselesaan manusia dan haiwan peliharaan mereka.
Rumah perlindungan di bawah penyeliaan Institut Sumber Urban (URI) itu menjadi tempat berteduh kepada 120 penghuni, 80 daripadanya kanak-kanak yang berdepan krisis keganasan dalaman keluarga.
Ia juga rumah perlindungan mangsa keganasan rumah tangga pertama di New York, Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan haiwan peliharaan tinggal sebumbung bersama mangsa.
Diperkenalkan pada bulan Mei tahun lalu, inisiatif di bawah projek People and Animals Living Safely (PALS) bersama URI atau singkatannya, URI PALS itu turut menerima kerjasama Mayor's Alliance for NYC's Animals (Alliance).
Penghibur
Rasional penubuhan rumah perlindungan mesra haiwan itu adalah berdasarkan data yang didedahkan oleh pakar psikologi dan timbalan presiden Persatuan Mencegah Kekejaman Haiwan Amerika (ASPCA), Randall Lockwood.
Kira-kira 70 peratus mangsa keganasan rumah tangga yang terselamat memberitahu bahawa pendera mereka pernah mengugut, mencedera atau membunuh haiwan peliharaan mereka.
Dianggarkan antara 25 hingga 50 peratus mengakui sengaja melengahkan waktu untuk lari dari rumah kerana takut dengan nasib yang bakal menimpa haiwan peliharaan yang ditinggalkan.
"Haiwan peliharaan yang sering menjadi penghibur dalam keluarga boleh menjadi sasaran, kebiasaannya jika si pendera melihat ia sebagai satu bentuk dominasi kuasa atau ugutan efektif bagi mengelak daripada mencederakan pasangan atau anak secara langsung," tambah Lockwood.

REMBESAN oksitosin daripada haiwan mampu memberi kesan menenangkan kepada manusia.


Presiden URI, Nathaniel Fields pula menjelaskan, sejak URI PALS dilancarkan, perkembangan mengagumkan dapat dilihat dari segi penyembuhan emosi mangsa dera yang banyak berkongsi rasa bersama haiwan peliharaan mereka.
Sepanjang fasa percubaan enam bulan lalu, URI PALS membenarkan penghuni bersama kucing dan haiwan kecil (pocket pet) seperti burung, ikan, gerbil dan hamster untuk tinggal di rumah perlindungan tersebut.
Dalam tempoh itu, mereka berjaya mengumpul dana sebanyak AS$250,000 (RM824,375) dan membolehkan perubahan penstrukturan dan pengorganisasian meliputi unit kedap bunyi, laluan anjing dan menambah latihan intensif staf bagi menyelia anjing dilakukan.
Rasa lega
Kebenaran membawa anjing ke rumah perlindungan itu pada bulan Februari lalu memberikan kelegaan kepada ramai mangsa keganasan rumah tangga.
Menerusi agensi berita Associated Press, seorang wanita yang enggan identitinya didedahkan menjadi antara mangsa keganasan rumah tangga yang berjaya disatukan semula bersama anjing peliharaannya.
Wanita itu bersama tiga anak dan seekor anjing peliharaan baka chihuahua meninggalkan rumah mereka pada penghujung tahun lalu. Meskipun terlepas daripada seksaan suaminya, dia berdepan masalah lain apabila tiada satu pun daripada lebih 50 rumah perlindungan di New York mahu menerima anjingnya, Peppah.
Akhirnya, wanita berusia 34 tahun itu terpaksa meletakkan Peppah di bawah jagaan sementara sebuah keluarga. Bulan lalu, dia dibenarkan untuk mengambil Peppah untuk tinggal bersama di rumah perlindungan tersebut.
Bagi memaksimumkan keselesaan penghuni dan anjing mereka, URI dengan kerjasama Nestle Purina Petcare dan ASPCA turut menyediakan taman khusus buat anjing yang ditempatkan di lorong kecil bersebelahan bangunan tersebut.

REDROVER merupakan salah sebuah rumah perlindungan yang membenarkan penghuni mereka membawa bersama kuda peliharaan.


Taman bernama Purina Play Haven and Dog Park itu dilengkapi tanjakan (ramp), terowong, jambatan dan platform untuk anjing bermain dan bersenam. Berbumbungkan lanjaran (trellis), prasarana itu membolehkan penghuni meluangkan waktu bersama haiwan kesayangan mereka tanpa perlu ke taman-taman awam.
"Apabila saya dan anak mendapat tahu kami boleh membawa bersama anjing kami, Sparky ke rumah perlindungan ini, kami amat gembira.
"Sparky sentiasa menenang dan melindungi kami daripada terus didera. Keberadaan ia di sini bersama kami mempercepatkan proses pemulihan trauma yang kami alami," kongsi seorang penghuni rumah perlindungan itu kepada akhbar Brooklyn Daily Eagle.
Bagi memastikan kejayaan operasi, URI dan Alliance mendapatkan bantuan Allie Phillips, seorang pakar kebangsaan dan pengasas Sheltering Animals & Families Together (SAF-T).
SAF-T merupakan inisiatif global tunggal pertama yang menyediakan garis panduan terhadap rumah perlindungan mangsa keganasan rumah tangga mesra haiwan.
"Program URI PALS akan mengubah cara New York membantu keluarga bersama haiwan peliharaan dalam mengharungi konflik kekeluargaan serius.
"Banyak nyawa dapat diselamatkan dengan pengiktirafan URI yang meletakkan status haiwan peliharaan sebagai sebahagian keluarga kerana ia berpotensi menjadi sasaran dan alat keganasan rumah tangga," jelas Phillips.
Meningkat
Tambah Phillips yang juga peguam bela utama untuk rumah perlindungan mangsa keganasan rumah tangga mesra haiwan, bilangan rumah perlindungan seumpama itu meningkat drastik daripada empat buah pada tahun 2008 kepada 73 setakat awal tahun 2014.
Pertambahan positif itu terjadi ekoran kesimpulan konkrit tentang hubung kait antara mangsa keganasan rumah tangga dan haiwan peliharaan. Justeru, puluhan negeri di AS mula menyenaraikan haiwan peliharaan dalam arahan perlindungan pada tahun 2006.
Sementara itu, menurut laporan Persatuan Kemanusiaan Amerika (AHA), haiwan peliharaan tidak dibenarkan di Stadium Mercedes-Benz Superdome, New Orlean dan beberapa lokasi perlindungan kecemasan.
Syarat tersebut dipercayai kebanyakan pemerhati menjadi penyumbang kepada peningkatan kematian dan kecederaan ketika bencana alam di AS.
Majoriti pemilik haiwan peliharaan enggan meninggalkan haiwan mereka. Justeru, setahun selepas taufan Katrina, kongres menyerahkan penggubalan undang-undang menyatakan bahawa haiwan domestik negara itu perlu disertakan di dalam pelan pemindahan bencana AS.
Perundangan tahun 2006 itu mendatangkan banyak perubahan sekitar 2012, ketika taufan Sandy membadai pantai timur AS. Setiap lokasi perlindungan kecemasan di New York mempamerkan polisi menerima haiwan peliharaan.

Punca masih ramai tidak berzakat

Posted: 27 Mar 2014 06:24 PM PDT



UMAT Islam yang cukup syarak diwajibkan berzakat.


ZAKAT dari segi bahasa bermaksud suci, bersih, subur dan bertambah, manakala dari segi syarak pula membawa erti mengeluarkan kadar tertentu daripada harta tertentu dengan syarat tertentu dan diberikan kepada asnaf tertentu.
Golongan yang wajib mengeluarkan zakat ialah mereka yang memiliki cukup syarat yang ditetapkan iaitu Islam, merdeka, sempurna milik, cukup haul dan cukup nisab. Cukup nisab bermaksud paras minimum yang menentukan sama ada sesuatu harta itu diwajibkan zakat. Nisab mata wang bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa.
Namun begitu, masih ramai umat Islam yang belum melaksanakan tuntutan berzakat ini walaupun zakat pendapatan khususnya telah diwajibkan pada tahun 1997 oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Pelbagai faktor yang mempengaruhi mereka untuk tidak menunaikan kewajipan berzakat antaranya faktor demografi seperti umur dan taraf perkahwinan.
Hakikatnya, umat Islam di Malaysia seharusnya bersyukur kerana pembayaran zakat diberi rebat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ia dilihat memberi kelebihan kepada pembayar zakat untuk menunaikannya kerana tidak membebankan mereka sedikitpun. Justeru itu, jika kita tidak menunaikan zakat, apakah jawapan kita kepada Allah SWT di akhirat nanti?
Zakat adalah lambang kesyukuran kita kepada Allah yang telah banyak memberikan nikmat yang tidak terhitung kepada kita di atas dunia ini. Sesungguhnya dalam kita mengecapinya, Allah telah menentukan hak-hak asnaf ada dalam harta kita yang perlu dikeluarkan.
Masyarakat seharusnya sedar dengan meletakkan pelbagai alasan, mereka akan terus mencipta alasan lain untuk tidak membayar zakat. Keyakinan mereka dalam menunaikan zakat mampu memberi kesedaran bahawa kewajipan berzakat adalah perkara rukun yang wajib dilakukan kerana golongan asnaf yang memerlukan berhak untuk mendapatkan hak mereka. Sesungguhnya harta yang ada sekarang hanya pinjaman daripada Allah.

KAUNTER bergerak PPZ-MAIWP memudahkan lagi urusan membayar zakat.


Tiada alasan
Malah, agama Islam itu sendiri berdiri atas lima perkara. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Agama Islam ditegakkan atas lima perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan solat fardu, mengeluarkan zakat,menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu) dan berpuasa pada bulan Ramadan." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Sudah terang lagi bersuluh bahawa sesungguhnya zakat itu wajib dan tidak ada lagi alasan untuk tidak berzakat bagi golongan yang layak menunaikannya.
Sebagai Muslim yang sejati, tunaikan kewajipan berzakat dengan penuh yakin dan keimanan yang kuat mampu menyucikan diri daripada sifat tamak haloba. Pelbagai alasan yang direka untuk tidak membayar zakat hanya akan memusnahkan kepercayaan terhadap sang pencipta walhal segala harta di dunia ini adalah milik-Nya dan manusia hanya meminjamnya untuk seketika dalam meneruskan kehidupan ini.
Pelbagai saluran bayaran zakat telah disediakan di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), termasuk menerusi telefon iPhone dan Android yang dinamakan IZakat selain menerusi online portal zakat www.zakat.com.my.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai zakat dan sebagainya, bolehlah menghubungi PPZ-MAIWP di talian 1 300 88 5757.

Aktif sumbang dana bina masjid

Posted: 27 Mar 2014 06:23 PM PDT



SEMUA bantuan yang diberikan oleh Ah Peng adalah bersifat ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.


KEHADIRAN seorang lelaki berjubah putih yang membawa tabung yang tertera tulisan Sumbangan Pembinaan Masjid Baharu tanpa disangka-sangka menyerlahkan keperibadian sebenar seorang pemilik kedai runcit yang dikenali sebagai Ah Peng. Pada masa itu, Ah Peng sedang menguruskan kedai runcit miliknya di Taman Kenari, Kulim, Kedah.
Perkenalan singkat itu memberi ruang kepada lelaki itu meluahkan kesukarannya untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai bagi membina sebuah masjid berhampiran taman perumahan tersebut.
Sikap pemurah Ah Peng atau nama sebenarnya Tan Khim Pheng, 46, mendorongnya untuk menderma permulaan sebanyak RM1,000 kepada lelaki tersebut.
Sebelum lelaki itu beredar, Ah Peng berjanji untuk membantunya mendapatkan dana tambahan.
Berpegang kepada janji tersebut, Ah Peng kembali menjalankan rutinnya seperti biasa sebagai pemilik Pasar Mini Wang Seng sambil memikirkan pelbagai kaedah untuk membantu lelaki tersebut.
Selepas berfikir beberapa hari, akhirnya Ah Peng diberi ilham. Ah Peng kembali menemui lelaki itu dan mengemukakan beberapa cadangan untuk mendapatkan dana.
Antaranya ialah mengambil 20 sen bagi setiap kampit beras seberat 10 kilogram yang dijual di kedainya dan menganjurkan karnival yang diberi nama karnival sayur.

AH PENG mengambil 20 sen bagi setiap penjualan beras 10 kilogram di kedainya untuk kerja-kerja kebajikan.


Karnival sayur
"Hasil daripada karnival sayur dan kutipan 20 sen bagi setiap penjualan beras 10kilogram selama tiga tahun, saya berjaya mengutip sebanyak RM15,000.
"Saya dapati sepanjang tempoh tersebut, pelanggan di kedai saya memberi kerjasama yang sangat baik tanpa mengira kaum dan agama," ujar figura yang dianugerahkan tokoh Maal Hijrah Bukan Islam Peringkat Daerah Kulim oleh Jabatan Agama Islam Kulim, Kedah pada tahun 2011 itu.
Mengulas mengenai konsep karnival sayur yang dicadangkan Ah Peng, dia memaklumkan bahawa karvinal itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil seberapa banyak sayur yang diingini.
Namun pada masa yang sama mereka harus menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.
"Saya tidak kisah berapa banyak mereka ingin sumbangkan, walaupun RM1, ia tetap bernilai dan perlu dihargai," katanya sambil tersenyum mengingati peristiwa yang sudah berlalu lapan tahun lalu itu.
Menurut Ah Peng, pada malam selepas karnival tersebut, dia tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi berada di sebuah taman yang dihiasi bunga berwarna-warni dan di tengah-tengahnya mengalir sebatang sungai yang sangat bersih.
Sedang asyik melihat air sungai tersebut mengalir, Ah Peng didatangi oleh seorang lelaki berjubah putih dan menyampaikan ucapan terima kasih terhadap usahanya membantu mengumpul dana untuk pembinaan masjid yang bakal diberi nama Masjid Abu Bakar Al-Sidiq itu yang terletak di Taman Kenari, Kulim, Kedah.
"Mimpi itu membuatkan saya tidak dapat lelapkan mata selama beberapa hari kerana memikirkan makna di sebaliknya. Saya ada bertanyakan tentang makna mimpi tersebut kepada rakan-rakan yang beragama Islam, mereka hanya beritahu mimpi itu merupakan salah satu anugerah tuhan yang diberi kepada insan-insan terpilih," katanya.
Menurut anak jati kelahiran Kulim, Kedah itu, peristiwa tersebut menjadikannya lebih bersemangat untuk menghulurkan sumbangan kepada masjid, surau dan golongan kurang bernasib baik beragama Islam.
Ujarnya, walaupun dia merupakan penganut agama Buddha, namun itu bukanlah alasan untuk tidak membantu mereka yang berlainan agama denganya.

AH PENG turut menganjurkan karnival sayur untuk mengumpul dana pembinaan masjid.


Alunan zikir
"Saya tahu ramai orang yang salah anggap mengenai bantuan saya. Semua derma yang diberikan adalah ikhlas dan tidak ada sebarang niat untuk mendapat gelaran atau sebagainya," katanya sambil memerhatikan masjid baharu yang disiapkan sejak dua tahun lalu itu.
Selain menghulurkan derma, dia turut mempraktikkan serba sedikit gaya hidup sebagai seorang muslim seperti menutup aurat, mendengar alunan zikir dan memilih makanan halal.
Menurut bapa kepada dua cahaya mata itu, hobinya pada waktu lapang ialah mendengar alunan-alunan zikir sambil melakukan tugas sehariannya di kedai.
"Saya akan mendengar zikir bermula seawal pukul 5 pagi, jika tidak fikiran saya tidak tenteram dan semua kerja yang dilakukan pasti tidak menjadi," katanya yang meminati alunan zikir daripada Kumpulan Nasyid Hijjaz itu.
Menurut pemilik tiga buah pasar mini di sekitar daerah Kulim iaitu di Taman Kenari, Jalan Baju dan Paya Besar itu, pendapatan yang diperolehnya tidak menentu dan bergantung kepada hasil jualan setiap hari.
"Berniaga ini seperti roda, ada ketika kita di atas dan ada ketika kita di bawah. Walaupun begitu, saya tidak akan sama sekali berhenti daripada berniaga kerana ia merupakan warisan daripada keluarga saya," katanya.
Ujar Ah Peng, pada satu ketika kedainya pernah dirompak oleh pekerjanya sendiri, yang menyebabkannya mengalami kerugian sebanyak RM100.00. Walaupun rugi, namun dia tetap memberi sumbangan mengikut kemampuan semasa.
KEPUASAN jelas terpancar di wajah Ah Peng selepas masjid Abu Bakar Al-Sidiq, di Taman Kenari, Kulim, Kedah berjaya disiapkan pada tahun 2012.


Tambahnya, dia tetap menghulurkan sumbangan kerana percaya bahawa semua rezeki yang diperoleh bukanlah haknya, tetapi sebahagiaannya adalah milik orang lain yang lebih memerlukan.
Sementara itu, mengulas mengenai perancangannya, dia bercita-cita untuk membuka kelas belajar membaca al-Quran secara percuma kepada kanak-kanak sekitar taman perumahan tersebut.
"Saya dapati ramai kanak-kanak di kawasan ini tidak menghadiri kelas mengaji, bila saya tanya, mereka beritahu sebab kena bayar, oleh itu saya bercadang membuka kelas mengaji tanpa mengenakan sebarang bayaran," katanya.
Menurut Ah Peng, dia sangat terharu terpilih untuk menerima anugerah tokoh maal hijrah meskipun berlainan kaum dan agama.
"Selepas menerima pengiktirafan ini, saya dapat bekerjasama dengan lebih erat dengan masyarakat Islam lebih-lebih lagi dalam membantu mereka yang memerlukan.
"Anugerah ini juga menyebabkan saya lebih dihormati dan dikenali oleh masyarakat sekitar," ujarnya yang mempunyai ramai kenalan dalam kalangan kaum Melayu.
Ah Peng juga bercadang mahu membina sebuah bangunan dua tingkat dengan menjadikan masjid di tingkat atas, manakala tingkat bawahnya dijadikan kedai.
Bagaimanapun, katanya cadangan tersebut mungkin tidak akan menjadi kenyataan jika orang ramai hanya berpeluk tubuh dan tidak mahu sama-sama berganding bahu menyumbang sesuatu terhadap perkembangan agama Islam.
"Sukar untuk saya melakukan ini bersendirian tanpa bantuan orang-orang yang lebih arif tentang agama Islam," katanya.
Menyelami kehidupan Ah Peng, dia merupakan seorang pelajar yang bermasalah ketika di zaman persekolahannya. Selepas tamat pengajian sehingga tingkatan lima dengan keputusan yang mengecewakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia, dia mengambil keputusan untuk membantu ibu bapanya berniaga pasar borong di pekan Kulim.
Selepas mahir dalam selok-belok perniagaan, dia telah diberi kepercayaan untuk mengambil alih perniagaan tersebut daripada ibu bapanya. Ternyata kepercayaan itu tidak disia-siakan selepas Ah Peng berjaya mengembang perniagaan tersebut.
Kini, dia boleh berbangga apabila mempunyai kira-kira 20 orang pekerja yang terdiri daripada ahli keluarganya sendiri.

Penjagaan anak dan wanita

Posted: 27 Mar 2014 06:20 PM PDT


WANITA juga memainkan peranan penting dalam sosioekonomi masyarakat. - Gambar hiasan


SALAM sejahtera. Minggu lalu, saya kupas mengenai isu wanita dan hak asasi. Perbincangan ini menunjukkan bahawa wanita sentiasa dilindungi sepanjang hidup oleh penjaga mereka yang terdiri daripada keluarga terdekat atau juga negara dengan ketiadaan penjaga.
Walaupun konsep penjagaan telah dikritik sebagai bersifat kebapaan dan memberikan konotasi yang negatif, pelaksanaan kuasa mestilah selari dengan tujuan undang-undang iaitu memberikan perlindungan kepada wanita berbanding meletakkan sekatan dalam melaksanakan hak mereka.
Hak anak-anak telah termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Dalam Islam Kaherah pada tahun 1990 yang menunjukkan keselarasan antara peraturan umum pada undang-undang Islam selain keperluan moden tentang perkembangan fizikal, emosi dan spiritual anak-anak.
SEORANG ibu atau bapa bertanggungjawab memelihara anak-anak dengan sebaiknya.


Artikel 7 deklarasi tersebut menyatakan:
a) Sejak dilahirkan, setiap anak mempunyai hak daripada ibu bapa, masyarakat dan negara. Mereka perlu diberikan penjagaan, pendidikan serta alatan di samping kebersihan dan penjagaan moral. Anak di dalam kandungan dan si ibu mestilah dilindungi serta diberikan penjagaan khas.
b) Ibu bapa dan mereka yang setaraf mempunyai hak untuk memilih pendidikan yang mereka mahukan untuk anak-anak mereka, mengambil kira minat dan masa depan anak itu berlandaskan nila-nilai mulia serta prinsip syariah.
Peruntukan ini merupakan intisari bagi perundangan Islam sebagaimana telah diriwayatkan dalam banyak hadis Rasulullah SAW iaitu menekankan hak anak yang perlu ditunaikan oleh ibu bapa atau penjaga mereka.
Antaranya, hak untuk diberikan nama yang baik, hak kebapaan dan kewarganegaraan sebaik sahaja anak tersebut lahir. Selain keperluan fizikal, aspek paling penting bagi hak wanita ialah hak untuk menerima pendidikan bagi perkembangan intelektual, emosi dan rohani.
Hadis tentang mencari atau mendapatkan ilmu adalah wajib merupakan peringatan kepada semua lelaki dan wanita.
Kepentingan pendidikan kepada wanita telah diberikan penekanan dalam banyak hadis termasuklah ganjaran berganda bagi seorang lelaki yang mengajar keluarganya walaupun wanita tersebut ialah seorang hamba.
Rasulullah SAW sendiri menunjukkan contoh dengan mengajar ilmu agama dan hal-hal berkaitan dengan mereka kepada kaum wanita. Pada suatu tahap, baginda SAW juga memperuntukkan masa yang khusus untuk mereka disebabkan kebanyakan masa diperuntukkan untuk kaum lelaki.
MINAT dan kecenderungan setiap anak perlu diteliti dan diambil kira oleh penjaganya.


Keadaan ini menunjukkan kepentingan pendidikan kepada umat Islam tanpa mengira jantina yang merupakan sesuatu lumrah dalam sejarah Islam.
Telah dibuktikan pada zaman permulaan Islam, wanita dipandang rendah seperti barangan namun kemudiannya mereka menjadi antara tokoh ilmuwan pada zaman mereka dan mula memberikan bimbingan kepada orang lain dalam urusan pendidikan.
Sejarah mencatat bahawa cendekiawan wanita Islam yang terkenal kerana kebijaksanaan dan sumbangan besar pada zaman permulaan Islam merupakan isteri-isteri Rasulullah SAW sendiri.
Sebagai contoh, Saidatina Aisyah, yang menjadi guru bagi para sahabat dan tabi'in dalam pelbagai cabang ilmu selain Safiyyah yang mendalami bidang fiqh selain isteri-isteri serta anak-anak perempuan para sahabat.
Deklarasi Hak Asasi Manusia Kaherah menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dengan menyatakan dalam Artikel 9:
a) Pencarian ilmu merupakan suatu kewajipan dan tugas memberi pendidikan adalah tanggungjawab masyarakat dan negara. Negara perlu memastikan adanya peluang pendidikan dan memastikan kepelbagaian cabang ilmu yang memenuhi kehendak masyarakat bagi membolehkan seseorang mengenali Islam dan membongkar rahsia alam semesta untuk manfaat seluruh manusia.
b) Setiap manusia mempunyai hak untuk menerima pendidikan agama dan dunia dari pelbagai institusi perguruan, pendidikan dan keilmuan termasuk keluarga, sekolah, universiti, pihak media dan lain-lain. Ia juga harus bersepadu dan seimbang supaya dapat membina peribadi, menguatkan keyakinan kepada Allah dan mendorong toleransi manusia selain mempertahankan kedua-dua hak dan kewajipan.
Peruntukan ini menekankan hak asasi untuk anak-anak umat Islam tanpa mengira jantina untuk menerima pendidikan dalam memenuhi keperluan fizikal dan spiritual. Maka, negara bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan yang diperlukan bagi menyokong proses pembelajaran.

Lampu LED jimatkan elektrik

Posted: 27 Mar 2014 06:19 PM PDT


LED ini tidak membebaskan haba yang banyak.


MENGGANTIKAN mentol biasa dan halogen dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) di rumah mungkin menjadi antara petua penjimatan elektrik terbaik pada dekad ini.
Penggunaan LED sebagai lampu di rumah mampu menjimatkan elektrik sehingga 90 peratus kerana ia menggunakan kapasiti tenaga paling minimum.
Lampu LED yang menggunakan kapasiti elektrik sebanyak 12.5 watt mampu memberi pencahayaan sama terang dengan lampu biasa yang berkadar 80 watt.
Malah, cahaya dihasilkan LED lebih selamat kerana ia tidak membebaskan sinar ultra ungu yang berbahaya kepada kulit dan memberi keselesaan terhadap mata.
Selain itu, jangka hayat LED juga lebih lama sehingga 50,000 jam atau bersamaan 15 hingga 20 tahun berbanding lampu halogen dan kalimantang yang mudah rosak akibat kepanasan jika dipasang terlalu lama.
Pengurus Besar (Bahagian Produk Lampu) Philips Malaysia, Adrine Ong berkata, LED juga tidak menggunakan bahan berbahaya seperti plumbum dan raksa sebagaimana yang terdapat pada mentol lampu.
"Pengguna hari ini sentiasa mahu kepada produk yang selamat. Mereka juga lebih gemar untuk memilih produk yang mampu memberikan penjimatan.
"LED menawarkan penjimatan tenaga yang efisien untuk menerangi ruang rumah, pejabat dan tempat awam dengan lebih terang," kata Adrine.
Beliau berkata demikian ketika majlis memperkenal produk inovasi lampu Philips LED the Way di Hotel Garden Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam majlis itu, lebih 10 model lampu LED untuk kegunaan rumah, ruang pejabat dan tempat awam diperkenal.
Antara produk LED diperkenal ialah mentol, lampu tiub menggantikan kalimantang, variasi lampu siling, lampu jalan dan lampu hiasan di ruang tamu serta dapur rumah.

TEKNOLOGI lampu LED semakin meluas penggunaannya termasuk pada kenderaan.


Haba
Ujar Adrine lagi, penggunaan LED juga tidak menyebabkan ruang rumah atau pejabat menjadi panas akibat pembebasan haba.
"Lampu biasa yang kita guna sejak berpuluh tahun dahulu bukan sahaja menggunakan tenaga elektrik yang banyak, tetapi juga membebaskan banyak haba dan menyebabkan pengguna berasa tidak selesa akibat panas.
"Pembebasan haba daripada lampu juga menyebabkan pendingin hawa menggunakan lebih banyak elektrik untuk menjadikan ruang rumah atau pejabat sentiasa sejuk.
"Jadi, penggunaan lampu sebenarnya mempunyai fungsi yang tidak kurang penting terhadap langkah awal penjimatan elektrik," kata Adrine.
Menurut beliau lagi, meskipun kos untuk membeli dan memasang lampu LED lebih tinggi berbanding mentol biasa, ia sebaliknya menawarkan penjimatan jangka panjang.
Tambah Adrine, persekitaran di tempat awam yang gelap juga akan lebih selamat daripada bahaya sinaran ultra ungu sekiranya lampu-lampu jalan jenis mentol biasa diganti dengan LED.
"Di Philips, kita mendapati sebanyak 779 juta tong minyak diguna setiap hari untuk menjana elektrik dan 296 juta tan karbon dioksida dibebas sepanjang tahun disebabkan penggunaan lampu mentol biasa di seluruh dunia.
"Menyedari semua itu, LED menawarkan pilihan terbaik untuk penjimatan tenaga dan membantu mengawal pencemaran alam sekitar akibat pembebasan gas karbon dioksida," katanya.
Adrine menambah, produk lampu LED keluaran Philips menjalani proses inovasi untuk menawarkan penjimatan elektrik secara optimum dan efisien.
Dalam pada itu, Philips menyasarkan pilihan pengguna terhadap lampu LED di Malaysia melebihi penggunaan mentol biasa di premis pejabat dan rumah kediaman menjelang 2015.
"Persekitaran akan lebih selamat melalui penggunaan LED. Penggunaan tenaga untuk menjana elektrik seperti minyak dan arang batu juga boleh dijimatkan.
"Sudah tiba masanya untuk menggantikan lampu-lampu biasa yang banyak menggunakan tenaga kepada LED yang lebih efisien," kata Adrine.

Nilai komersial perbankan Islam

Posted: 27 Mar 2014 06:18 PM PDT


KADAR penembusan perbankan Islam di negara ini dijangka meningkat kepada 25 peratus.


APAKAH pencapaian sistem perbankan Islam di Malaysia?
Sistem kewangan Islam kini dilihat sebagai satu komponen yang berdaya maju dan teguh dalam keseluruhan sistem kewangan negara.
Hal ini dapat dilihat melalui kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan. Selain itu, kadar pertumbuhan aset kewangan Islam memberangsangkan saban tahun juga merupakan satu petanda positif sektor perbankan ini.
Secara tradisinya, institusi kewangan Islam seringkali merujuk kepada institusi zakat dan Baitulmal. Namun, seiring era globalisasi dan kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan umat Islam, institusi kewangan Islam seperti institusi perbankan, pengendali takaful dan pengurusan dana Islam ditubuhkan dan berkembang dengan pesatnya.
Perkembangan ini jelas dilihat bukan hanya di negara bilangan penganut agama Islam lebih banyak, bahkan di negara-negara yang majoriti rakyatnya adalah bukan beragama Islam.
Di negara kita, walaupun usia industri kewangan Islam baru mencecah 31 tahun jika dibandingkan dengan model perbankan konvensional yang wujud sebelum Masihi, aset kewangan Islam sudah mencecah 23.8 peratus daripada jumlah aset dalam keseluruhan sistem perbankan.
Kadar penembusan perbankan Islam dijangka meningkat kepada 25 peratus berbanding dengan perbankan konvensional.
Maka, tidak hairanlah Malaysia pada hari ini diiktiraf sebagai peneraju kewangan Islam di dunia bukan hanya daripada sudut jumlah institusi perbankan Islam dan saiz asetnya tetapi juga merangkumi produk kewangan Islam yang lain terutamanya penawaran produk takaful dan pasaran modal Islam seperti sukuk.
Apakah beza perbankan Islam di Malaysia dengan negara-negara lain?
Berbeza dengan negara-negara yang berusaha menjadi hab kepada kewangan Islam terutamanya negara-negara teluk yang masih dalam proses mewujudkan kerangka undang-undang dan urus tadbir kewangan Islam, Malaysia dilihat mempunyai kerangka undang-undang kewangan Islam yang terbaik.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) yang telah digazet, memberi keyakinan kepada pelabur dan pemain industri kewangan Islam tentang keutuhan dan kestabilan industri kewangan Islam di negara kita.
Di peringkat antarabangsa, setakat tahun 2012, jumlah aset kewangan Islam di peringkat global kini telah mencecah sehingga AS$1.329 trilion (RM4.39 trilion).
Walaupun industri perbankan Islam kini hanya menunjukkan 1.6 peratus daripada keseluruhan jumlah aset 50 bank terbesar dunia (yang berjumlah RM218.77 trilion), pencapaian industri perbankan Islam berada pada tahap yang membanggakan berdasarkan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 21.1 peratus dari tahun 2007 hingga tahun 2011.
Kesemua angka yang merujuk kepada pertumbuhan ini diperoleh oleh industri perbankan Islam ketika aset kewangan global menurun ekoran krisis ekonomi global.

PURATA pertumbuhan tahunan industri perbankan Islam di seluruh dunia ialah 21.1 peratus dari tahun 2007 hingga tahun 2011.


Apakah perbezaan perbankan konvensional dan Islam?
Jika dibandingkan aktiviti utama perbankan konvensional dan perbankan Islam, ianya tidak jauh berbeza. Ini kerana kedua-dua institusi perbankan ini menguruskan liabiliti seperti deposit dan dana pemegang saham bank selain mengurus dan mengembangkan aset kewangan masing-masing. Perbezaan nyata ialah kerangka urus tadbir syariah (KUS) yang menjadi nadi sesebuah institusi kewangan Islam.
Sesebuah institusi kewangan Islam mengintegrasikan kehendak dan keperluan KUS dalam keseluruhan kerangka urus tadbir korporat yang diamalkan oleh institusi tersebut.
KUS adalah perkara terpenting bagi memastikan keseluruhan operasi sesebuah perbankan Islam itu benar-benar menepati kehendak syarak dan pada masa yang sama memelihara keyakinan ummah terhadap status produk dan perkhidmatan institusi perbankan Islam.
Apakah peranan jawatankuasa syariah?
Di bawah KUS, sesebuah institusi perbankan Islam perlu menubuhkan jawatankuasa penasihat syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang pakar syariah dan kewangan Islam untuk memberikan khidmat nasihat dalam pembangunan produk dan perkhidmatan kewangan Islam.
Jawatankuasa ini bukan hanya terlibat dalam proses sebelum sesebuah produk kewangan dilancarkan (pre execution stage) tetapi juga bertanggungjawab untuk mengaudit peringkat selepas penawaran sesuatu produk (post execution stage).
Disebabkan tanggungjawab jawatankuasa ini berat, institusi perbankan Islam diwajibkan oleh pihak Bank Negara untuk menubuhkan jabatan Syariah yang berfungsi untuk membantu jawatankuasa Syariah dari sudut melakukan penyelidikan syariah berkaitan isu-isu perbankan, di samping melaksanakan penilaian dan audit syariah.
Apakah peranan dan potensi sistem perbankan Islam di Malaysia?
Di samping mewujudkan sistem perbankan alternatif kepada masyarakat dengan bebas daripada elemen-elemen yang diharamkan di dalam ajaran Islam seperti faedah (riba), ketidakjelasan (gharar) dan perjudian (maysir), sistem perbankan Islam telah membuktikan bahawa ia mampu menjadi suatu usul komersial yang berdaya maju.
Menjadi suatu kewajipan juga untuk masyarakat mempromosi dan menyokong sistem perbankan Islam di negara kita.
Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud: "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."
Walaupun perkembangan perbankan Islam di Malaysia sudah sampai ke tahap yang membanggakan, tahap kesedaran dan pengetahuan umat Islam terhadap aspek muamalat Islam dan produk perbankan Islam masih banyak yang boleh diperbaiki.
Ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang langsung tidak mengendahkan kewujudan solusi kewangan Islam di negara ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories