RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hanez Suraya 'ditegur' Imam?

Posted: 07 Mar 2014 02:09 AM PST


  • Hanez Suraya 'ditegur' Imam?

BAHARU sahaja menjengah bulan ketiga dalam tahun 2014, namun pelbagai kontroversi yang terpalit di kalangan selebriti tempatan.

Bukan sahaja kisah penceraian artis, malah mereka juga turut terlibat dalam beberapa kontroversi lain seperti saman-menyaman, pergaduhan sesama artis dan juga hubungan bersama suami orang.

Salah seorang daripada mereka adalah selebriti cantik, Hanez Suraya yang turut menjadi 'mangsa' dalam kemelut rumah tangga orang.

Walaupun baharu kelmarin, Hanez tampil mengadakan sidang media untuk membersihkan namanya dari tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu.

Apatah lagi, gambar-gambar mesra ketika percutian pelakon ini bersama Mr R atau nama sebenarnya, Romie Razin Adilha, mula tersebar.

Seakan terpanggil untuk memberi teguran, Juara Imam Muda Musim Kedua, menerusi laman sosial, Facebook, miliknya tampil bersuara.

Walaupun tulisannya itu tidak 'bernama', namun ramai yang boleh mengagak ianya ditujukan kepada pelakon ini.

Meskipun tidak menyentuh mengenai masalah tiga penjuru yang dihadapi selebriti ini, namun Imam Muda Hassan, tetap mengingatkan bahawa percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman.

"Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!

"Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal.

"Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram," katanya.

Tambah Hassan, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.

"Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja... Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.

"Jangan cuba menghalalkan yang haram!," tegasnya lagi.

Suria FM Sambut Hari Wanita Sedunia Bersama Ikal Mayang

Posted: 07 Mar 2014 02:09 AM PST


Penyampai radio Ceria pagi Suria FM bersama selebriti-selebriti yang terlibat dengan projek Ikal Mayang.
PETALING JAYA: Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia 2014 yang disambut pada setiap 8 Mac (Sabtu), stesen radio Suria FM telah menjemput Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:GIRLS) ke konti untuk berkongsi projek terbaharu mereka iaitu Ikal Mayang 2014 pada Khamis.
Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, berkata, sebagai stesen radio yang peka mengenai isu-isu menaikkan martabat wanita, pihaknya membantu WOMEN:GIRLS mempromosikan projek Ikal Mayang menerusi slot Ceria Pagi yang dikendalikan oleh Adibah Noor dan Halim Othman.
"Ikal Mayang merupakan satu projek yang mengetengahkan kisah wanita dan memberi dorongan kepada mereka untuk terus berusaha sehingga berjaya. Kami harap,lebih ramai pendengar akan memberikan sokongan kepada Ikal Mayang.
"Malah sebagai stesen radio tempatan yang sentiasa memberikan mesej-mesej positif kepada pendengar, kami akan sentiasa tampil memberikan informasi sebagai tanda kepekaan kami terhadap hal-hal yang berbangkit," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online pada Jumaat.
Ikal Mayang merupakan sebuah projek kompilasi filem-filem pendek yang ditulis dan diarah oleh wanita dalam meraikan Hari Wanita Sedunia 2014.
Ikal Mayang 2014 memperkenalkan enam buah filem pendek yang menampilkan lima wanita pengarah tersohor dan berbakat iaitu Datin Paduka Suhaimi Baba dari Malaysia, Nia Dinata (Indonesia), Shireen Rano (Filipina), A.D.Chan (Singapura), Siti Kamaluddin (Brunei) dan Niraman Ross (Thailand).
Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini yang bertemakan Inspire To Change (Mencetus Perubahan), Ikal Mayang 2014 meletakkan pula tema projek itu berjudul Terpendam.
Ikal Mayang 2014 menggarapkan kisah-kisah yang selama ini dipendamkan sahaja oleh wanita akibat daripada stigma, persepsi, dan amalan masyarakat dan disampaikan di dalam bentuk filem.
Festival Ikal Mayang bakal berlangsung pada 8 dan 9 Mac 2014, bertempat di pawagam GSC Pavilion, Kuala Lumpur.

Kisah Sedih Iqbal Mazlan, Jual Botol & Putus Tunang

Posted: 07 Mar 2014 02:07 AM PST


Iqbal Mazlan
PETALING JAYA: Kesengsaraan hidup juara Pilih Kasih musim pertama iaitu Iqbal Mazlan datang bertimpa-tipa apabila dia putus tunang dan menjadi penjual botol kerana kesempitan hidup.
Iqbal, 26, memberitahu nasibnya bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila dia juga tidak menerima sebarang tawaran berlakon sudah hampir setahun lalu manakala hasratnya untuk berkahwin tidak menjadi selepas pihak wanita meminta pertunangan mereka diputuskan.
"Saya tidak mahu fikir negatif kenapa dia tinggalkan saya, mungkin kami memang tiada jodoh lagi dan hubungan juga sudah tiada lagi persefahaman.
"Dua bulan pertama kami putus, memang saya sangat kecewa kerana kami sudah berkawan hampir tiga tahun dan ketika saya berada dalam keadaan begini dan tiada tawaran berlakon, dia pula tinggalkan saya.
"Ibu juga ada berseloroh menyuruh supaya saya mandi bunga kerana malang yang bertimpa-timpa, tapi saya tidak percaya," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Khamis.
Sementara itu, katanya, dia terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara perbelanjaan seharian keluarga termasuk menjual nasi lemak dan mengutip botol di sekitar Klang dekat sini.
Tambah Iqbal, dia reda dan menganggap musibah yang datang sebagai satu ujian daripada Allah.
"Ibu-bapa saya tidak bekerja jadi saya perlu mencari duit perbelanjaan lebih-lebih lagi anak angkat saya iaitu Adam yang sedang membesar. Dia pun dah berusia tiga tahun.
"Oleh itu saya terpaksa buat apa juga kerja yang halal termasuk jual nasi lemak, kutip botol dan tin kosong di tepi jalan untuk di jual.
"Saya ada juga hubungi pihak-pihak produksi yang pada mulanya ingin menawarkan saya berlakon tetapi bila tiba masanya saya cuba hubungi tidak pula dijawab," katanya.
Tambah Iqbal, dia juga kini baru sahaja bekerja di sebuah gimnasium di Ukay Perdana, Ampang dan melatih pelajar-pelajar sekolah dalam seni mempertahankan diri pada setiap hujung minggu.
Lebih teruk lagi, ibunya kini sedang menghidap penyakit kanser payudara, manakala dia sendiri mengalami kecederaan pada pinggang kesan akibat terjatuh ketika melakonkan aksi lagak ngeri untuk sebuah filem beberapa tahun lalu.
"Ibu saya masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Klang, dan saya juga tidak boleh terlalu aktif kerana cedera di pinggang kesan daripada jatuh ketika penggambaran filemAbuya beberapa tahun lalu," katanya.

Hanez Suraya Akur Isteri Kekasihnya Enggan Mohon Maaf

Posted: 07 Mar 2014 02:07 AM PST


Hanez Suraya
SHAH ALAM: Pelakon Hanez Suraya akur untuk tidak mengambil tindakan terhadap Nurliyana Abd Manan, wanita yang juga isteri kepada teman lelakinya kerana enggan memohon maaf selepas menuduh dia sebagai perosak rumah tangga mereka.
Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 29, juga enggan mengulas mengenai insiden itu lagi kerana bimbang perkara berkenaan akan menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak.
"Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya," katanya ringkas kepada mStar Online.
Hanez ditemui pada sidang media teater Projek Kahwin di Dewan N'Dah Shah Alam di sini, Khamis.
Pelakon drama I Love You Mr. Arrogant itu mengulas kenyataan balas wanita berkenaan yang enggan memohon maaf seperti diminta Hanez dalam satu sidang media khas yang diadakan pada Rabu lalu.
Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Hanez bakal beraksi pada teater Projek Kahwin 6 hingga 14 Jun depan yang akan berlangsung di Istana Budaya.
Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
Pada sidang media itu dia menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
Dalam pada itu, Hanez berkata, dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut tersebut tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan isteri kekasihnya supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.
"Pada tahap ini saya rasa tidak perlu menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup.
"Saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua," katanya.
Sementara itu, Hanez berkata, dia ada membaca komen daripada masyarakat selepas dia memberi kenyataan pada sidang akhbar yang diadakan.
Hanez berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya dan memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat demikian.
"Saya tidak tertekan cuma sedih kerana orang yang tidak tahu situasi sebenar terus menghukum saya dengan kata-kata kurang enak.
"Tetapi saya tidak kisah dengan pandangan itu kerana mungkin mereka masih belum memahami apa yang cuba saya sampaikan dan memaafkan mereka kerana menuduh saya dengan pelbagai perkataan negatif," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, dia sangat teruja untuk beraksi pada teaterProjek Kahwin kerana itu adalah penampilan pertamanya di pentas teater.
Kata Hanez, biarpun gementar namun dia ingin menyahut cabaran tersebut kerana ia adalah peluang untuk membuktikan kebolehannya sebagai pelakon.
"Dulu penerbit pernah menawarkan saya untuk berlakon teater Maduku Kalut tetapi saya tolak kerana tidak yakin dapat melakukannya.
"Namun semangat dan dorongan daripada produksi dan rakan-rakan membuatkan saya ingin mencuba apabila sekali lagi ditawarkan untuk berlakon teater," jelasnya.
Selain Hanez, Projek Kahwin turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
Ia bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories