RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Selekoh Jalan Kulim Junjung berhantu?

Posted: 20 Apr 2014 11:34 PM PDT


  • Selekoh Jalan Kulim Junjung berhantu? Selekoh tajam yang berbahaya ini perlu diperlebar.
KULIM - Pengguna jalan raya di antara Kulim ke Junjung meminta supaya pihak terlibat melebarkan beberapa selekoh berbahaya di kawasan itu bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Pekerja industri, Mohd Nizam Ariffin berkata, kebanyakan mereka yang terlibat dalam kemalangan terdiri dari penunggang dan pembonceng motosikal.

Katanya, masalah semakin serius terutama pada waktu malam dan keadaan hujan.

"Apa yang pasti, selekoh tajam yang ada di kawasan ini harus diperlebar. Memang banyak kemalangan maut berlaku di sekitar selekoh jalan Kulim Junjung ini," katanya.

Ahli Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) Hadzir Abdullah berkata, sebelum ini memang ada perancangan untuk melebarkan setiap selekoh di Jalan Kulim Junjung bagaimanapun gagal dilaksanakan kerana ia melibatkan tanah individu.

Menurutnya, apabila ini berlaku, kerajaan negeri atau kerajaan pusat terpaksa membeli tanah terlibat bagi tujuan melebarkan jalan.

Beliau berkata, ini bukan sahaja memakan kos yang tinggi sebaliknya mengakibatkan pengguna jalan memandu lebih laju kerana jalan lurus.

"Saya mencadangkan supaya pengguna mematuhi papan tanda yang dipasang di sekitar kawasan itu. Tanda amaran juga diletakkan untuk mengingatkan mereka supaya berhati-hati.

"Sekiranya pengguna jalan lebih peka terhadap masalah ini, saya percaya kemalangan maut dapat dikurangkan," katanya.

Timba ilmu sebelum kahwin

Posted: 20 Apr 2014 11:31 PM PDT


  • Timba ilmu sebelum kahwin Peserta menunjukkan sijil diperoleh mereka selepas Majlis Penutup Kursus Pra-Perkahwinan di Dewan LKPI, semalam.
TELUK KETAPANG – Pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga perlu sentiasa menambah pengetahuan dengan mengikuti kursus kekeluargaan bagi memastikan mereka lebih memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing sebaik berkahwin nanti.

Ini kerana, kebanyakan pasangan hanya tertumpu pada kursus perkahwinan yang menjadi syarat wajib untuk mendirikan rumah tangga, tanpa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan secara lebih meluas.

Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengetahuan lebih mendalam mengenai kehidupan berumah tangga akan menjadikan seseorang itu lebih matang untuk menguruskan keluarga.

"Usaha untuk menambah pengetahuan dalam ilmu rumah tangga perlu diberi perhatian serius kerana kita bimbang, jika ilmu yang ada terlalu sedikit atau terhad, ia akan menjadi penyumbang kepada kes penceraian.

"Jadi, saya harap pasangan muda mengambil peluang sebaiknya untuk menambah ilmu sama ada sebelum atau selepas berkahwin supaya ilmu diperoleh itu nanti memberi manfaat bagi mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kursus Pra-Perkahwinan anjuran KRT Bukit Tok Beng dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Cawangan Kuala Nerus serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Dewan LKPI, di sini, semalam.

Kata Ahmad Razif lagi, kerajaan melalui pelbagai agensi antaranya Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Maidam dan sebagainya sering menganjurkan program kekeluargaan untuk memberi lebih kefahaman mengenai usaha membentuk keluarga bahagia.

Sementara itu, seramai 183 peserta terdiri daripada belia berjaya memperoleh sijil masing-masing sebaik selesai menjalani kursus yang diadakan secara tahunan tersebut.

Berpantang dalam pondok buruk

Posted: 20 Apr 2014 11:28 PM PDT


  • Berpantang dalam pondok buruk Suriana bersama tiga anaknya terpaksa tinggal di pondok kecil itu bagi meneruskan kehidupan setelah ditipu rakan suami.
SABAK BERNAM – Seorang wanita dalam pantang tujuh hari terpaksa tinggal di sebuah pondok sempit di ceruk belakang sebuah restoran di sini, gara-gara ditipu rakan suaminya yang kononnya menjanjikan pekerjaan di Sabak Bernam.
 
Suriana Sufi, 24, berkata, dia yang baru bersalin anak ketiga Jumaat lalu, terpaksa hidup merempat bersama suami, Zameri Mohd Nor, 45 dan dua lagi anaknya di pondok itu yang sebelum ini digunakan pekerja restoran untuk menunaikan solat.
 
Menurutnya, suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori terpedaya dengan janji manis yang ditabur seorang rakan kira-kira empat bulan lalu hingga Zameri mengambil keputusan berhenti kerja.
 
"Dulu kami duduk Klang, tapi kawan suami ajak kami tinggal dekat Sabak Bernam sebab dia cakap banyak kerja dekat sini, tapi bila sampai sini semuanya berubah," katanya kepada Sinar Harian.
 
Lebih mengecewakan Suriana berkata, sehingga kini rakan suaminya itu menghilangkan diri dan gagal dihubungi hingga memaksa suaminya itu bekerja mengambil upah mengikut kontraktor membuat rumah.
 
"Pendapatan pun tentu, kadang-kadang dia terpaksa kerja dekat restoran, kami pula terpaksa hidup dalam pondok ini sejak tiga minggu lalu sebab tak ada duit," katanya.
 
Menurutnya, sebelum ini dia menyewa sebuah rumah kampung di Batu 40 Sabak Bernam, namun rumah terbabit yang turut dihuni warga asing itu diserbu Jabatan Imigresen hingga memaksa rumah itu dikosongkan.
 
"Masa mula sampai sini, kami sewa rumah itu RM150 sebulan dan sempat tinggal lebih kurang tiga bulan sahaja sebelum diarahkan pindah.
 
"Nasib baik ada kawan suami yang kerja dekat restoran cadangkan pondok ini jadi tempat berteduh kami, kalau tak kami pun tak tahu macam mana nasib kami," katanya.
 
Suriana berkata, walaupun tidak selesa tinggal di situ, tetapi dia tetap bersyukur kerana pemilik restoran membenarkan mereka tinggal di pondok itu, namun tetap berharap agar nasib mereka mendapat perhatian pihak berwajib.
 
"Semalam (kelmarin) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada datang melawat kami di pondok ini, mereka suruh kami buat permohonan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
 
"Saya amat harap sangat bantuan LZS untuk bantu ringankan beban kami, terutama dalam keadaan anak saya yang masih kecil.
 
"Walaupun dapat berlindung daripada hujan panas, tapi kami perlu juga rumah yang lebih selesa. Saya pula masih dalam pantang, keraplah ke bilik air, pondok ini pula tak ada tandas, terpaksa kami tumpang mandi dan buang air dekat restoran ini," katanya.

Ziana Zain selepas 23 tahun

Posted: 20 Apr 2014 10:22 PM PDT




BEZANYA Siti Roziana Zain pada tahun 1991 dan 2014 jelas sekali dari segi penampilan dan keupayaan vokal lantangnya. Walaupun pada awal pembabitan figura empunya nama pentas Ziana Zain itu kalah dari segi imej, namun keunggulan vokalnya tiada tandingan dengan mana-mana artis.
Seiring dengan pertambahan usia dan kematangan, Ziana tidak terlepas daripada kritikan vokal yang sudah tidak sekencang zaman mudanya.
Paling jelas, ketika beliau beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-23 pada 2008 menerusi lagu Dingin yang menduga Ziana sebagai penyanyi yang pernah dinobatkan sebagai Voice Of Asia 1995.
Mungkin ada yang melihat bisa Ziana tidak lagi setanding dahulu apatah pula untuk mengadakan sebuah konsert mega pada usia yang memasuki angka 46 tahun ini.
Mudah bagi Ziana kerana prinsipnya, ukurlah baju di badan sendiri. Menyanyi mengikut kudrat dan kemampuannya tanpa perlu memaksa diri menjadi terlalu mencuba hingga akhirnya gagal.
"Asasnya saya menyanyi dengan stamina yang ada pada usia sekarang dan tidak seperti usia muda.
"Syukur Alhamdulillah, saya diberikan julat vokal yang besar maka jika diturunkan satu not pun tidak jauh bezanya selagi masih kedengaran enak dan tidak mencacatkan," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Konsert I Am Ziana Zain di Hotel Royale Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
I Am Ziana Zain
Atas dasar kematangan, tambah Ziana, seiring dengan peningkatan usia, beliau sudah arif dengan selok-belok dunia hiburan dan tahu apa yang dimahukan.
"Pemikiran dan penampilan pun berbeza. Sejujurnya, industri seni telah mematangkan saya sebagai Ziana Zain dan membuka mata saya. Terhasilnya saya kerana cara saya sendiri mengikut peredaran masa," ujarnya.

ZIANA ZAIN teruja untuk mengadakan Konsert I Am Ziana Zain yang bakal berlangsung pada 27 September depan di MITC, Melaka.


Bercerita lebih lanjut mengenai konsep persembahan Konsert I Am Ziana Zain yang bakal berlangsung pada 27 September depan di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka, kata Ziana beliau hanya akan menyanyikan lagu-lagu miliknya saja sepanjang tempoh dua jam konsert berlangsung.
"Konsep persembahan saya adalah I Am Ziana Zain maka lagu-lagu pun seharusnya lagu nyanyian saya. Dari segi pemilihan lagu rasanya terlalu banyak lagu yang belum pernah saya nyanyikan sebelum ini untuk saya rangkumkan sempena konsert ini.
"Contohnya, lagu-lagu daripada album kedua saya (Ziana Zain, 1993) yang teringin untuk saya nyanyikan, malah album itu pun saya sendiri tiada dalam simpanan," ujarnya.
Menjelaskan lebih lanjut konsep yang diinginkan untuk Konsert I Am Ziana Zain, kata Ziana, dia inginkan sebuah persembahan pelbagai warna sepanjang perjalanan kariernya termasuk sebuah slot tribute kepada komposer dan penulis lirik kegemarannya seperti Zuraini Khalid dan Adnan Abu Hassan.
Ziana memberitahu, konsert yang dibawakan oleh Gold Earth Pictures Sdn. Bhd. itu akan menampilkan artis undangan yang dirahsiakan terlebih dahulu.
Konsert itu diberi judul sempena nama yang digunakan untuk akaun Twitter dan Instagram peribadi Ziana (@iamzianazain).
Anjak tarikh
Dalam pada itu, konsert yang asalnya dijadualkan berlangsung pada bulan April ini sebenarnya telah ditunda ke tarikh berkenaan untuk menghormati tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH307.
"Penundaan ini sekurang-kurangnya memberikan saya dan produksi terbabit lebih masa untuk bersedia dalam banyak hal selain menghormati tragedi pilu yang melibatkan negara kita," jelasnya.

ZIANA sedar kemampuan vokalnya sudah tidak sehebat zaman muda.


Ziana meletakkan konsert adiknya, Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari tahun lalu sebagai garis panduan dan ukuran untuk kejayaan konsertnya nanti.
Tambah Ziana, beliau mementingkan tiga perkara sepanjang perjalanan konsertnya iaitu pencahayaan, sistem bunyi dan susunan muzik.
Lantas penyanyi lagu Madah Berhelah itu melantik Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik yang akan mengemudi lebih 22 buah lagu sepanjang konsert itu.
"Malah, saya menjadikan Konsert Teaterikal Suara Kita sebagai pembakar semangat untuk mengadakan konsert ini.
"Bayangkan, dengan usia saya sekarang saya mampu berlari ke sana sini menggunakan kasut tumit tinggi, menukar pakaian seperti persembahan di Las Vegas dan kembali semula ke pentas untuk menyanyi dan berlakon.
"Maknanya, saya masih boleh melakukannya tapi kena menjaga pernafasan dan stamina," tambahnya.
Balik Melaka
Berbeza daripada kebanyakan konsert mega yang memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi ideal untuk mengumpulkan semua peminat, Ziana pula sebaliknya. Dia memilih untuk pulang ke kampung halaman di Melaka.
"Melaka ada kelainan kerana ramai peminat saya terdiri daripada orang kampung halaman. Kalau boleh saya mahu melakukan konsert di lokasi yang lagi jauh.
"Bajet berbeza-beza kalau di Kuala Lumpur dan Melaka. Insya-Allah, saya rasa ia dapat dikurangkan serba sedikit kalau dilakukan di luar bandar tapi tidak bermakna konsert yang berskala kecil tidak mampu kelihatan mega," ujarnya optimis.
Tiket Konsert I Am Ziana Zain dijual pada harga RM325 (platinum), RM255 (diamond), RM155 (gold) dan RM95 (silver). Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.ticketpro.com.my atau pembelian terus di pejabat urusan Gold Earth Pictures Sdn. Bhd.

Penyu belimbing sesat terperangkap dalam longkang

Posted: 20 Apr 2014 10:20 PM PDT


ANGGOTA JPAM menyelamatkan seekor penyu belimbing yang terperangkap di dalam longkang di Batu 12, Port Dickson, Negeri Sembilan kelmarin.


PORT DICKSON – Orang ramai di daerah ini terperanjat besar apabila seekor penyu belimbing seberat 50 kilogram ditemui terperangkap di dalam sebuah longkang dengan kedalaman kira-kira satu meter di Batu 12 dekat sini kelmarin.
Peristiwa berkenaan disedari oleh orang ramai kira-kira pukul 10.27 pagi setelah mereka melihat objek besar yang pelik di dalam longkang berkenaan.

Choo Choo Langkawi pakej pelancongan kereta api terbaharu

Posted: 20 Apr 2014 10:17 PM PDT



SEKUMPULAN pelancong tempatan yang pertama menggunakan pakej pelancongan Choo Choo Langkawi tiba di Stesen Keretapi Arau, Perlis semalam.


ARAU – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) semalam melancarkan pakej pelancongan baharu yang dikenali sebagai Choo Choo Langkawi bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara menggunakan perkhidmatan kereta api.
Pengerusinya, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, menerusi pakej pelancongan selama tiga hari dua malam itu, para pelanggan berpeluang merasai pengalaman melihat panorama hutan belantara, sawah padi yang luas terbentang termasuk suasana kampung.

Meteor terbakar dirakam

Posted: 20 Apr 2014 10:14 PM PDT



IMEJ menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas (dalam bulatan) yang terbakar dan mengeluarkan cahaya apabila memasuki lapisan udara di Rusia.


MURMANSK - Kehadiran beberapa meteor yang menerangi langit malam di sini dirakam kamera yang diletakkan pada papan pemuka sebuah kereta.
Rakaman tersebut yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube dibuat ketika kenderaan itu melalui lokasi kejadian kelmarin.
Ia menunjukkan meteor atau batu angkasa lepas itu terbakar ketika memasuki atmosfera Bumi dan menerangi langit yang gelap.
"Saya seakan-akan tidak percaya melihat sebutir batu terbakar dapat memancarkan cahaya yang begitu terang," kata seorang pengguna YouTube.
"Untuk beberapa saat langit cerah seperti siang hari," tambahnya.

Berat badan turun paling maksimum

Posted: 20 Apr 2014 10:13 PM PDT




LAUNGAN semangat memecah kesunyian fajar di Central Park, Bandar Utama, Damansara. Saat kira-kira 30 Contender berada di barisan masing-masing, para jurulatih mula memantau barisan.
Contender merupakan gelaran kepada pelatih kelas latihan memperbaiki stamina Metconx diasaskan oleh bekas atlet taekwando negara, Daing Daniel Fitri, 28.
Ditubuhkan pada September 2012, Metconx yang juga singkatan kepada latihan kondisi metabolik (metabolic conditioning exercise) merupakan gabungan latihan tempur fizikal persediaan seni mempertahankan diri.
Bukan mudah mahu mengharungi tempoh sejam yang penuh tekanan menyaksikan Contender memerah setiap tenaga demi menghabiskan setiap sesi.
Kelebihan Metconx ialah gabungan senaman tempur seperti muay thai dan taekwando diolah kepada senaman berintensiti tinggi supaya mampu dilakukan orang biasa.
Lebih mengujakan dengan keupayaan menurunkan berat badan secara maksimum dalam tempoh sebulan termasuk pembakaran metabolisme sepanjang lapan jam selepas tempoh senaman. Ia adalah aktiviti fizikal yang tepat buat warga kota.
Alatan yang digunakan sepanjang senaman seperti beg taktikal seberat 20 dan 25 kilogram (kg), batang paip seberat lima kg, bola metcon, tali skip, beg pasir serta alatan lain yang menuntut tekanan abdomen yang tinggi.
Fizikal
Ketika peluh mula membasahi dahi ditambah pula baju yang lencun, rentak gerakan Contender masih seperti biasa. Graf momentum yang sekata itu disuntik daripada pemantauan jurulatih dan ahli peserta yang lain.
Walaupun ada yang hampir 'lunyai' dek melakukan senaman seperti hang clean dan ankle taps melibatkan hingga empat sesi dalam tempoh sejam, hubungan antara Contender bagaikan sebuah keluarga.
"Teruskan! Kita boleh lakukan, jangan putus asa, sikit sahaja lagi," jeritan semangat seorang Contender, Emran Qhalish Abd Qaiyum, 21.
Dilema Emran Qhalish yang juga penuntut di Diploma Komunikasi Massa di SEGi College ialah dia mengalami masalah obesiti.
Sering melakukan pelbagai jenis senaman seperti berjoging dan bersenam di gimnasium, ia gagal memberikan kesan yang diharapkan.
Mempunyai berat badan 93kg, dia hanya berjaya menurunkan berat badan maksimum tiga kg dalam tempoh tiga bulan selepas menghadiri gim secara konsisten.
Melalui kenalan rapat, dia mula membuat kajian mengenai Metconx yang dikhabarkan sejenis senaman menumpukan peningkatan metabolisme dan tekad mencuba senaman itu.
"Bayangkan dalam tempoh tiga bulan, saya sekadar berjaya menurunkan berat badan sebanyak tiga kg sahaja. Tetapi bersama Metconx dalam tempoh sebulan saya berat badan saya turun kepada 85kg.

JURULATIH memantau setiap latihan yang dijalankan.


"Perbezaan jumlah yang amat banyak berbanding pelbagai senaman biasa yang saya lakukan sebelum ini. Jika dahulu saya sentiasa berlapar kerana mahu diet, kini tidak lagi," katanya teruja.
Berbanding pemilik badan bersaiz besar yang lain, Emran berkata dia selesa dengan keadaan badannya. Faktor utama Emran memilih Metconx adalah demi mengejar cita-cita bergelar pramugara.
Benci berjalan
Kesan pertama daripada rutin latihan Metconx selama sejam dalam tempoh tiga kali seminggu, adalah kemampuan untuk berdiri dan berjalan dalam tempoh yang lama.
"Ketika berbadan besar dahulu aktiviti yang paling saya benci ialah riadah, berjalan di pasar malam dan berdiri dalam tempoh yang lama.
"Jika dengan keadaan tubuh sekarang selain berat badan yang ideal, walaupun berdiri dalam tempoh lapan jam, bukan lagi masalah bagi saya," selorohnya.
Lain pula cerita bagi peserta senior dalam Metconx. Mula terlibat dalam kelas tersebut sejak ia mula ditubuhkan, Faizul Zainol, 35, terpaksa bertarung dengan masalah berat badan tidak konsisten.
Aktif dalam pelbagai aktiviti sukan terutama ragbi ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford Brookes, United Kingdom, London, mimpi ngerinya bermula tatkala kembali bertugas di Malaysia pada tahun 2001.
"Berat badan dan fizikal tubuh saya sama seperti belia yang lain ketika melanjutkan pelajaran di luar negara. Mungkin kerana kehidupan yang aktif banyak membantu saya mengekalkan fizikal yang ideal.
"Namun selepas pulang ke Malaysia atas faktor tekanan kerja dan masa, berat badan saya semakin bertambah. Keadaan itu semakin teruk apabila saya sering memilih makanan sebagai medium mengurangkan tekanan," jelasnya.
Faizul memberitahu, kesedaran itu timbul selepas doktor sering memberi saranan supaya menurunkan berat badan. Antara peringatan doktor yang masih diingati ialah: "Jika mahu hidup kurang daripada usia 40 tahun, kekalkan berat badan awak."
Katanya, kata-kata doktor tersebut berjaya membuatkan dia tekad menurunkan berat badan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
"Pada mulanya saya bergerak sendiri melakukan pelbagai senaman termasuk berenang yang dikatakan mampu menggerakkan setiap otot dalam badan.
"Saya juga turut mengawal pemakanan terutama mengurangkan kuantiti pengambilan nasi. Namun kesannya amat minimum," katanya kini mempunyai berat badan idea 104kg sesuai dengan ketinggiannya.
Faizul mengakui bukan mudah untuk melakukan rutin senaman Metconx kira-kira seminggu awal pembabitannya. Tambahan pula kebanyakan rutin senaman itu asing baginya.
Pengasas Metconx yang mesra dengan panggilan Coach Dann dalam kalangan Contender menjelaskan kelebihan senaman berintensiti tinggi.
Jelasnya, Metconx merupakan kombinasi daripada latihan larian, angkat berat, bina badan, rutin latihan asas dan olahraga.
Tambahnya, program latihan juga sentiasa berubah bagi memastikan otot badan sentiasa meneka pergerakan baharu melalui fungsi pergerakan pelbagai.
Sasaran rutin Metconx memberi kebaikan terhadap dua komponen iaitu kecergasan berkaitan kesihatan dan kemahiran.
"Kecergasan berkaitan kesihatan melibatkan komponen dalaman badan seperti jantung yang sihat, peratusan lemak yang bersesuai, kekuatan otot dan meningkatkan kelancaran seperti pengaliran darah serta nutrien dalam badan.

PESERTA dapat membiasakan diri dengan senanam berat ini selepas beberapa sesi.


"Kecergasan berkaitan kemahiran meliputi kemampuan dan keadaan fizikal. Antaranya kelajuan, ketangkasan, tindak balas, stamina, produktiviti dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan ketidakmampuan fizikal contohnya sakit kaki ketika berjalan lama," katanya.
Bakar metabolisme
Menurut beliau, kedua-dua komponen ini berkait rapat. Jika seseorang mahu kurus dan mempunyai otot yang cantik, inlah senamannya.
Beliau yang juga jurulatih taekwando mendedahkan kemampuan senaman tempur terhadap tubuh badan. Coach Dann memberitahu, kesan peningkatan metabolisme dalam badan meningkat sehingga lapan jam selepas sejam melalui program senaman Metconx.
Malah jumlah kalori yang mampu dibakar mencecah sehingga 1,000 kalori dalam sejam berbanding secara purata hanya 400 kalori sejam bagi aktiviti joging.
"Objektif kami untuk memanjangkan tempoh pembakaran metabolisme dan memaksimumkan pembakaran kalori sehingga 72 jam selepas latihan.
"Latihan berintensiti tinggi ini juga mendorong individu memperbaiki stamina sekali gus kualiti kesihatan. Ia berkemampuan menjana tenaga dalam diri supaya kekal cergas sepanjang hari, tuturnya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan Universiti Malaya.
Dalam perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, beliau berkata, Metconx sengaja menyediakan rutin latihan selama sejam melibatkan tiga sesi sehari dalam enam hari kecuali pada hari Ahad.
Ujarnya, pelaksanaan sejam untuk sesi latihan begitu padat seperti kardio dan daya ketahanan. Bagi mendapatkan berat badan yang ideal, cukup sekadar mengikuti latihan sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu.
Tetapi senaman Metconx menitikberatkan tempoh rehat yang cukup dalam kalangan Contender seperti tidur dalam tempoh maksimum lapan jam sehari.
"Dalam sehari latihan Metconx melibatkan tiga sesi dalam tempoh sejam sahaja. Ia bermula pada pukul 5.30 pagi hingga 6 pagi, diikuti pukul 6.40 hingga 7.40 pagi dan sesi terakhir pada pukul 7.30 malam hingga 8.30 malam.
"Jadual senaman ini amat sesuai bagi warga kota yang bekerja dan pelajar. Mereka perlu memilih sebelum waktu melaksanakan tugas harian atau selepas tempoh bekerja,"ujarnya.
Mengulas mengenai rencananya pada masa hadapan, Metconx bakal memperkenalkan Metconx Kitchen yang menyediakan makanan kudapan menyihatkan dengan harga berpatutan.
Perkhidmatan tersebut bakal dibuka dalam tahun ini di kawasan Bandar Utama, Damansara.
Coach Dann berkata, penubuhan Metconx Kitchen melengkapkan lagi pakej Metconx selain latihan fizikal.

Budak cemerlang SPM tekad jual air

Posted: 20 Apr 2014 10:11 PM PDT


  • Budak cemerlang SPM tekad jual air Nurfaizah (berdiri, tengah) bersama rakan lain.
SELAMA - Tiga pelajar perempuan yang mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu terpaksa menjalankan perniagaan sampingan bagi membolehkan mereka mengumpul duit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Nurfaizah Jamaluddin, 17, dari Kampung Sungai Buluh berkata, selepas mendapat keputusan SPM, dia dan beberapa rakan lain ke Kulim dan kawasan Perindustrian Prai untuk mencari pekerjaan bagaimanapun dinasihatkan supaya menyambung pelajaran dan tidak bekerja.

Setelah gagal memperoleh sebarang pekerjaan, timbul keinginan untuk menjalankan perniagaan sendiri.

Menurutnya, semua ini dilakukan untuk membantu mengurangkan bebanan bapanya yang masih menyekolahkan beberapa adik beradik lain.

"Saya bersama dua rakan lain, Nurul Ashyikin Rosli dari Kampung Sungai Kasai dan Husna Nabillah Mohd Nor mengambil keputusan untuk menjual air, mi dan makanan ringan.

"Kami menjalankan perniagaan ini dengan menggunakan wang simpanan kami selama ini.

Walaupun perniagaan yang kami jalankan ini secara kecilan, ia tetap mendapat sambutan baik dalam kalangan pelanggan termasuk penduduk kampung.

"Kami berharap dengan cara ini, kami dapat mengumpul sedikit wang untuk membayar kos pembelajaran ketika mendaftarkan diri ke universiti nanti," katanya.

Gementar Di Pentas Buat Maya Karin Tertekan Jadi Penyanyi

Posted: 20 Apr 2014 05:01 AM PDT

Maya mengakui pernah berasa tertekan untuk bergelar penyanyi kerana gagal mengawal perasaan gementar ketika berada di atas pentas.
PETALING JAYA: Penyanyi Maya Karin  pernah tertekan dan berasa putus asa untuk berada dalam bidang nyanyian berikutan gagal mengawal perasaan gementar apabila berada di atas pentas.

Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke, 35, berkata, dia melalui tekanan itu pada awal kemunculannya dalam industri yang mana orang ramai terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi untuk dia menyanyi dengan baik.

"Ketika saya baru sahaja masuk dalam industri memang saya agak terkejut dengan populariti dan menyebabkan saya tertekan dengan keadaan itu.

"Saya bukan dilahirkan dan dibesarkan di sini, kurang fasih dengan bahasa Melayu dan masih belajar mendalami budaya masyarakat Malaysia.

"Jadi ramai yang sudah meletakan jangkaan yang tinggi pada saya untuk menyanyi dengan baik di pentas, saya rasa sangat takut sehingga tidak mahu menyanyi lagi," katanya yang dibesarkan di Indonesia.

Maya ditemui pada majlis pelancaran album terbaharunya berjudul Teka-Teki di No Black Tie, di sini, malam Jumaat lalu.
Maya mendendangkan beberapa buah lagu  pada majlis pelancaran album terbaharunya.

Bagaimanapun, Maya berkata, dia akhirnya berjaya mengatasi perasaan itu sedikit demi sedikit selepas sering kali melakukan persembahan pentas.

Dalam pada itu, Maya berkata, buat masa ini dia akan berehat sementara waktu daripada bidang lakonan untuk menumpukan perhatian kepada promosi album baharunya. 

"Saya akan tumpukan perhatian kepada nyanyian dan turun promosi di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Ini juga album ketiga saya selepas hampir enam tahun senyap dalam bidang nyanyian," katanya.

Dalam majlis tersebut, Maya turut menyampaikan empat buah lagu termasuk sebuah lagu berbahasa Inggeris nyanyian asal Adele berjudul Skyfall.

Album Teka-Teki memuatkan tujuh buah lagu iaitu Bintang Syurga, Logika, Tersenyum, Teka-Teki, Titi Rahsia, Selamat Tinggal Cinta dan
Hanya Sebentar.

Album ini sudah berada di pasaran sejak Februari lalu.

Zain Saidin Enggan Tahu Jantina Anak

Posted: 20 Apr 2014 05:00 AM PDT

Zain Saidin teruja bakal bergelar bapa.
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin tidak mahu mengetahui apakah jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya, Rozita Che Wan apabila wanita itu membuat imbasan kandungannya nanti.

Zain, 30, berkata, dia mahu perkara itu menjadi satu kejutan kepadanya biarpun isterinya teruja untuk mengetahui jantina anak mereka.

"Saya terima dengan rasa syukur tidak kira apa anak yang bakal lahir itu nanti lelaki atau pun perempuan kerana yang lebih penting isteri dan anak kami nanti selamat dan sihat.

"Tetapi jika diberi pilihan saya mahukan anak lelaki dan isteri pula mahukan sebaliknya," katanya kepada mStar Online.

Zain dan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta ditemui ketika pelancaran dan pelantikan mereka sebagai duta MV Bistro & Kafe di The Strand Kota Damansara di sini, Sabtu.

Bagaimanapun kata Zain, Rozita tidak sabar untuk mengetahui jantina anak mereka dan kebarangkalian sukar untuk perkara itu dirahsiakan.

"Apabila isteri tahu mengenai jantina anak kami pasti saya akan tahu juga akhirnya kerana dia akan membeli barangan mengikut jantina bayi itu nanti," katanya.
Pasangan ini dijangka akan menerima cahaya mata pertama mereka pada pertengahan Oktober depan.
Dalam pada itu, Zain berkata, dia bimbang sekiranya tidak dapat menemani isterinya di bilik bersalin pada Oktober depan untuk menyambut anak mereka kerana dia dijadualkan berada di London pada tarikh Rozita dijangka bersalin.

Jelas Zain, pemergiannya ke negara itu bagi menjalani penggambaran program Oh My English! musim ketiga di sana.

"Saya agak risau kerana pada tarikh isteri saya dijangka bersalin itu saya berada di London dan berharap sangat dapat menemaninya untuk menyambut kelahiran anak pertama kami.

"Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pihak produksi kerana barangkali jadual itu boleh dianjakkan bagi membolehkan saya menemani isteri nanti," ujarnya.

Sementara itu, Zain berkata, dia akan sentiasa memastikan Rozita mendapat rehat secukupnya dan berasa lega apabila wanita berkenaan memberitahu tidak mahu bekerja sepanjang tempoh pengandung.

Malah kata Zain, dia juga gembira apabila Rozita tidak mengalami sebarang alahan teruk pada peringkat awal kehamilannya namun mengakui selera makan isterinya bertambah.

"Alhamdulillah setakat ini segala-galanya berjalan lancar dan isteri juga tidak mengidam perkara yang pelik-pelik cuma selera makannya bertambah.

"Sebagai suami sudah tentu saya harapkan isteri saya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan akan memastikan dia sentiasa mendapat rehat yang cukup," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zain berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran Oh My English! musim ketiga selain baharu sahaja menyiapkan sebuah drama bersiri berjudul Walaupun Sedetik Cuma untuk siaran TV Al-Hijrah.

Hanli & Alan Serasi Kendalikan 'The MTV Show'

Posted: 20 Apr 2014 04:59 AM PDT

Keserasian Alan dan Hanli mengendalikan The MTV Show hadir secara semulajadi.
PETALING JAYA: Pengacara (VJ) program The MTV Show iaitu Hanli Hoefer dan Alan memberitahu mereka teruja dapat kembali bekerjasama dalam rancangan tersebut untuk musim terbaharu.

Jelas mereka kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini, keserasian dan hubungan akrab sebagai kawan yang terjalin sebelum ini memudahkan mereka berkomunikasi mengendalikan program tersebut.

"Kami berdua berasa beruntung dapat kembali bersama-sama mengendalikan program ini. Keserasian memudahkan proses penggambaran The MTV Show.

"Ia bukan sesuatu yang dibuat-buat apabila kami bergandingan bersama tetapi keserasian itu terjadi secara semulajadi," kata Alan.

The MTV Show musim ketiga itu disiarkan pada setiap hari Sabtu pada pukul 12 tengah malam (waktu Malaysia) menerusi saluran MTV (Astro 713).

Program hiburan itu memaparkan mengenai muzik terkini dan gaya hidup selain perkembangan dan info terkini mengenai muzik video terbaharu, filem, berita selebriti antarabangsa dan temuramah eksklusif.

Musim terbaharu itu juga membawa kelainan apabila turut memperlihatkan Hanli dan Alan lebih banyak menggunakan medium media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi mendekati para penonton program itu.

Dalam pada itu, Hanli berkata, biarpun The MTV Show sudah memasuki musim ketiga namun dia sangat bertuah dapat bergandingan dengan Alan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengacaraan sebelum ini.
Alan dan Hanli sentiasa memberikan sokongan diantara satu sama lain dalam kerjaya mereka. 

Jelas Hanli, Alan disifatkan sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu malah banyak membimbingnya dalam menjadi seorang pengacara yang lebih versatil.

"Masa saya mula-mula menjadi VJ di MTV pengalaman saya sangat kurang dan ada rasa rendah diri apabila digandingkan dengan Alan.

"Namun sifat ramah dan tidak lokek ilmu membuatkan saya selesa malah kami menjadi sahabat baik dan berkongsi pelbagai perkara terutama berkaitan muzik," ujarnya.

Sementara itu, Alan yang berasal dari Amerika Syarikat berkata, dia bertuah dapat menggembara ke seluruh dunia bagi mengutip pengalaman sebagai seorang VJ dan menyukai negara Asia yang disifakan sebagai peramah dan suka membantu orang lain.
"Kini saya tinggal di Singapura dan biarpun berjauhan dengan keluarga namun saya tidak berasa terasing kerana masyarakat di sini baik-baik belaka.

"Hanli juga teman yang baik dan sering membawa saya berjalan-jalan bagi mengenali budaya dan masyarakat di sini," jelasnya.

Pegawai TUDM ditahan di Texas

Posted: 20 Apr 2014 04:47 AM PDT


  • Pegawai TUDM ditahan di Texas Pegawai TUDM yang ditahan disyaki cuba seludup senjata api.
SHAH ALAM – Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat mejar ditahan di San Angelo, Texas, Amerika Syarikat kerana disyaki cuba menyeludup senjata api  ke Kuala Lumpur.

Memetik sebuah portal berita antarabangsa, bigcountryhomepage.com, pegawai TUDM terbabit ditahan sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia, kelmarin.

Menurut portal sama, penahanan dibuat selepas imbasan ke atas beg dan kotak milik pegawai itu mendapati ada objek meragukan.

"Apabila kotak dibuka, pihak berkuasa San Angelo menemui sepucuk pistol kaliber PT- 22, .22 bersama kelopak berisi lapan butir peluru jenis .22 caliber.

"Ketika ditemui, senjata itu dilekatkan di antara pembuka botol dan pembuka tin sebelum dibalut dengan pita pelekat," kata laporan di portal itu.

Menurut laporan di portal itu lagi, pegawai TUDM yang sudah menaiki pesawat kemudiannya diiring keluar oleh pihak polis untuk siasatan berhubung penemuan senjata tersebut.

"Bagaimanapun, pegawai terbabit memaklumkan dia menyembunyikan senjata itu bagi mengelak dikesan sebaik tiba di Malaysia," jelas portal itu.

Difahamkan, hasil siasatan mendapati pegawai TUDM itu memasuki Amerika Syarikat secara sah sejak 5 Januari lalu untuk menjalani latihan ketenteraan di Pangkalan Tentera Udara Gooffellow, San Angelo.

"Pegawai itu hanya berada di pangkalan terbabit sepanjang tempoh tersebut," kata portal berkenaan.
Menurut portal itu, pegawai TUDM itu dipercayai membeli senjata api terbabit ketika menghadiri pertunjukan senjata di Sweetwater.

Katanya, dua vendor pertama enggan menjual senjata api kepadanya berikutan dia bukan warganegara, namun vendor ketiga yang ditemui dalam pertunjukan itu bersetuju menjual senjata api itu pada harga AS$200 (RM648).

Portal sama melaporkan, pegawai TUDM berkenaan tidak sepatutnya memiliki dan menyembunyikan senjata api dalam beg untuk diseludup masuk ke Malaysia.

Menurut portal itu lagi, pegawai TUDM itu kini ditahan di Lubbock, Texas untuk pendakwaan.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud ketika dihubungi Sinar Harian semalam, enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan media dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu.

Tempoh dua tahun Maya Karin

Posted: 20 Apr 2014 04:44 AM PDT




MAYA KARIN tidak perlu terlalu beria-ia untuk menampakkan sisi yang sempurna. Santai dan bersahaja, namun itu sudah cukup memberikan efek pesona.
Wanita berumur 34 tahun itu kelihatan lebih segar, muda dan ceria di sebalik potongan rambut paras bahu sejak awal tahun. Dia kini tampak lebih muda. Malah pelakon yang baru sahaja muncul dengan filem Sejoli itu semakin serasi dengan penampilannya.
"Sengaja saya potong rambut agak pendek. Ini gaya rambut paling pendek sejak tujuh tahun lalu. Lagi pun kontrak saya sebagai jurucakap satu jenama kosmetik antarabangsa sudah tamat hujung tahun lalu, saya pun dah rimas sangat asyik kena simpan rambut panjang," katanya yang bergelar duta produk itu sejak 2006.
Dari satu sisi yang lain, produk atau material di pasaran ialah bukti kelangsungan karier seseorang artis. Material yang paling mengesankan dalam karier Maya pula bukanlah produk yang dijajanya sebagai duta mahupun jurucakap, sebalik persembahan bakat yang mendapat tempat mata khalayak.
Lebih dikenali sebagai pelakon, kali ini Maya mahu dilihat sesegar kelopak yang kembang di pagi hari. Dia mahu penampilannya itu turut bercerita tentang Teka-Teki yang melantun-lantun di corong-corong radio ketika ini.
Kembali menyanyi
"Sebenarnya ini penampilan saya untuk album terbaharu saya, Teka-Teki yang baru sahaja dilancarkan, Jumaat lalu," ungkap Maya tersenyum.
Dia lega kerana akhirnya setelah sekian lama menanti, sebuah album yang dicita-citakan berjaya juga diterbitkan. Dalam tempoh sejak 24 Mac lalu, Maya hanya mampu bersabar dan menghitung waktu untuk membuktikan keseriusan bergelar penyanyi.
"Ikut perancangan asal, album dan persembahan Teka-Teki dilancarkan pada 24 Mac, tetapi sebagai masyarakat Malaysia, kita perlu akur dan menunjuk rasa hormat dan sensitif dengan kesedihan ramai akibat MH370.
MAYA KARIN mengakui karier nyanyiannya tidak sama tinggi dengan lakonan. Dia juga berasa kerdil berbanding penyanyi lain, namun sokongan serta dorongan daripada nama-nama besar dalam seni muzik menjadikan semangat dan keyakinannya meneruskan bidang nyanyian semakin menebal.


"Sebelum Jumaat lalu, kita juga rancang untuk lancarkan pada 1 April, tetapi ditunda juga. Penundaan itu agak merisaukan sebab single Teka-Teki sudah dilancarkan. Semasa lagu itu mula hendak dapat perhatian, suasana pula jadi gelap, tapi tak mengapa, saya mendapat keyakinan yang tinggi daripada peminat dan pendengar," katanya tentang keresahan awalnya sebelum Teka-Teki semakin mendapat tempat pada telinga pendengar.
Memilih Teka-Teki untuk mengembalikan ingatan peminat bahawa Maya Karin juga seorang penyanyi, penerima anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik serta dua kali menyandang Aktres Terbaik di Festival Filem Malaysia itu akur, karier nyanyiannya jauh terkebelakang berbanding lakonan.
Kehadiran Teka-Teki menjadikan karya itu album ketiga Maya Karin sejak dia bertapak dalam industri hiburan tanah air kira-kira 11 tahun lalu. Namun, setiap kali hendak kembali menyanyi, dia harus mencuba dan mengumpulkan segala tenaga bermula dari 'kosong'.
"Dahulu saya pernah rasa kecewa, sekarang saya faham bahawa inilah ketentuan karier walaupun saya sebenarnya bermula dengan nyanyian. Saya membesar dengan lagu-lagu klasik, jazz, belajar piano sejak kecil.
"Semasa mula-mula bertandang di Kuala Lumpur semasa umur 18 tahun, saya pernah menyanyi di kelab-kelab jazz. Tapi entah bagaimana, lakonan pula yang menonjol," katanya memperoleh keyakinan untuk menyanyi hasil tunjuk ajar nama-nama besar dalam industri seperti Audi Mok dan Michael Veerappan.
Tunggu lamaran kekasih
Kongsi Maya lagi, biarpun sudah lama bergelar penyanyi, rasa kekok ada ketikanya bersarang dalam hati. Aktiviti seni yang lebih fokus ke arah lakonan juga menjadikan Maya lebih berhati-hati di atas pentas.
"Dahulu saya menyanyi tanpa rasa takut langsung, kemudian saya masuk ke dunia artis. Ketika itu, perhatian yang datang kepada saya lebih besar berbanding pencapaian. Hal-hal begitu yang memberi tekanan. Sekarang saya okey, lebih-lebih lagi selepas terlibat dengan Super Mokh The Musical. Saya kena berlakon dan menyanyi dengan Awie atas panggung Istana Budaya. Dua hari sebelum pementasan, saya macam hendak pitam, berdebar dan takut. Tapi selepas Michael Veerappan kata okey, barulah saya lega," ceritanya teruja.


Semakin meningkat usia, semakin matang juga dalam industri, selebriti berdarah kacukan Melayu-Jerman itu berasakan kehidupan tidak semestinya memihak ke arah kebahagiaan semata-mata.
Kegagalan dalam perkahwinan bersama Muhammad Ali Abdullah atau nama asalnya Steven David Shorthose juga antara titik penting kepada kehidupan Maya. Sejak bercerai pada 2010, empat tahun menjanda, status yang diusung oleh 'Izzah Ombak Rindu' itu juga membuatkan Maya tidak terlepas daripada persoalan cinta dan jodoh.
"Saya pun macam dalam lirik lagu saya juga, lagu Teka-Teki itu tentang pencarian hidup, tentang rahsia-rahsia yang belum menemukan jawapan.
"Saya mengaku, saya memang sedang memiliki 'si dia', tetapi siapa dia dan dari mana asalnya, saya mahu zip mulut dulu. Cukup setakat itu," laju sahaja Maya mengiakan dan menutup desas-desus tentang perhubungan istimewa yang sedang dijalin bersama seseorang ketika ini.
Bicara cinta ternyata tidak mahu dipanjangkan. Maya sendiri pernah menafikan bahawa lelaki Inggeris yang dilihat bersamanya dalam sebuah acara di ibu kota baru-baru ini sebagai kekasih baharunya seperti yang dimaksud selama ini.
Di sebalik privasi yang masih dikunci kemas, Maya berkongsi sebuah harapan.
"Kita tengoklah sejauh mana hubungan ini akan berterusan. Saya tunggu sehingga dua tahun sahaja lagi, kalau masih tidak ke mana, saya akan cari bahagia yang lain. Nak tunggu sampai umur berapa lagi, saya pun mahu kahwin," terang dan bernas jawab Maya saat ditanya tentang tempoh 'solo' serta keseriusan perhubungan dengan 'si dia' itu.

Nina tepis kisah silam kekasih

Posted: 20 Apr 2014 04:43 AM PDT



HEIKAL enggan memberi sebarang komen tentang hubungan akrabnya dengan pelakon Yana Samsudin.


TIADA angin, masakan pohon boleh bergoyang. Itulah perumpamaan yang boleh diberikan terhadap hubungan pelakon Nina Iskandar dan bakal suaminya, Ahmad Heikal yang berdarah kacukan Melayu-Pakistan.
Portal perkongsian berita Cari.com pernah melaporkan Heikal dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Hanis Zalikha dan Yana Samsudin.
Bukan sekadar gosip, beberapa keping gambar Heikal bersama Hanis dan Yana turut dimuat naik oleh ahli forum sebagai bukti ampuh.
Bagi mendapat kepastian, Nina, 23, yang ditemui pada majlis pelancaran kereta mewah Mini Cooper S di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini ditembak dengan perihal sikap buaya darat kekasihnya itu. Nina yang berasal dari Brunei itu ternyata tidak melatah dengan komen-komen pengguna forum.
Nina dalam nada defensif mempertahankan Heikal sampil mendakwa teman lelakinya itu telus dalam hal masa lampau. Katanya, mereka sama-sama berkongsi mengenai kisah peribadi masing-masing. Ikuti temu bual selanjutnya antara Kosmo! dan Nina.
Kosmo!: Adakah anda mengetahui Heikal pernah ada hubungan dengan Hanis Zalikha dan Yana Samsudin?
NINA: Ya, saya tahu tentang perkara tersebut. Saya dan Heikal mengamalkan sikap telus sesama sendiri. Saya tahu tentang masa silamnya dan dia juga tahu tentang gosip berkaitan dengan saya. Lagipun dia memang mempunyai ramai kawan dan ada antara mereka merupakan artis popular.

PELAKON Hanis Zalikha merupakan salah seorang selebriti wanita yang didakwa pengguna forum Cari.com pernah akrab dengan Heikal.


Apakah reaksi anda apabila ada individu cuba mengungkit kisah lama kekasih anda?
Semua orang ada masa silam masing-masing. Bagi saya, ia merupakan satu perkara yang tidak berfaedah jika kita terus mengenang kisah-kisah tersebut. Apa yang telah berlaku biar berlalu.
Jawapan itu memberi bayangan anda sebenarnya perempuan perampas.
Itu tidak benar sama sekali. Orang luar boleh berkata apa sahaja yang mereka suka. Apa yang penting sekarang ialah saya sentiasa positif dengan apa yang berlaku.
Apakah pengajaran yang anda dapat apabila berhadapan dengan perkara-perkara sebegini?
Sebagai seorang pelakon baharu, saya tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Jika saya dilanda kontroversi dalam masa lima tahun lagi, mungkin perkara ini dapat mematangkan saya dalam menghadapi sebarang dugaan.
Adakah benar Heikal melarang untuk berlakon sebaik anda berdua mendirikan rumah tangga kelak?
Sebenarnya ia satu salah faham. Perkara ini masih boleh dibawa berbincang. Saya masih mahu berlakon dan niat saya datang ke sini (Malaysia) adalah untuk mengasah bakat dan melebarkan karier saya dalam bidang lakonan. Lagipun, kontrak lima tahun saya bersama Metrowelth masih berjalan.
Apakah perkembangan terbaharu anda?
Saya bakal membintangi sebuah telemovie Raya Ni Mesti Kahwin bersama Shah Iskandar. Ia akan ditayangkan pada hari raya Aidilfitri tahun ini.

Penumpang cemas bas terbalik

Posted: 20 Apr 2014 04:39 AM PDT


ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam memberi pertolongan cemas kepada penumpang bas ekspres yang terselamat dalam kemalangan di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur, Temerloh, Pahang semalam.


TEMERLOH – Sejumlah 28 penumpang termasuk pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas berkenaan terbalik di Kilometer 116 Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Plaza Tol Temerloh dekat sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 1.15 pagi itu, enam penumpang bas Ekspres Etika yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur mengalami kecederaan di mana tiga daripadanya dilaporkan parah termasuk seorang bayi berusia 11 bulan.
Kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan dan kiri bas berkenaan remuk teruk dan kesemua cermin bas pecah, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Nahas itu berlaku genap seminggu selepas kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dua tingkat yang mengorbankan tiga penumpang di Kilometer 11 Jalan Bentung-Raub, Bentong dekat sini, 12 April lalu.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika tiba di tempat kejadian, bas itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbalik ke dalam longkang sebelah kiri jalan.
"Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah dan enam orang ditahan di wad yang mana tiga daripada mereka cedera parah manakala enam orang lagi termasuk pemandu bas diletakkan di bawah pemerhatian.
"Mangsa yang cedera parah ialah dua orang lelaki Melayu berusia 28 dan 39 tahun serta seorang bayi lelaki berusia 11 bulan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menonton coklat ular sawa

Posted: 20 Apr 2014 04:36 AM PDT



SEBUT saja perkataan coklat, pasti ramai yang terbayangkan kelazatan dan keenakan manisan yang diperbuat daripada buah koko itu.
Kini, coklat telah menjadi kegilaan kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia.
Ada banyak perkara menyeronokkan yang dikaitkan dengan coklat. Sesetengah orang beranggapan coklat dapat meredakan tekanan dan menerbitkan perasaan gembira.
Ini mungkin ada kebenarannya kerana coklat sememangnya dapat menenangkan fikiran yang berserabut.
Bukan itu sahaja, kajian menunjukkan coklat makanan berkhasiat dan seimbang selain mudah dibawa ke mana-mana serta dimakan pada bila-bila masa.
Melihatkan potensi industri coklat itu, syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn. Bhd. membuka Muzium Coklat di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada tahun 2012.
Menurut pengurusnya, Mohd. Azuan Arshad, pembinaan muzium itu membabitkan kos sebanyak RM1 juta.
"Muzium ini dilancarkan Januari lalu oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tetapi ia sebenarnya telah dibuka lebih awal.
"Pada masa itu, kami mahu menguji penerimaan orang ramai terhadap satu-satunya muzium yang dikhaskan untuk coklat di Malaysia ini.
"Tujuan muzium ini ditubuhkan adalah untuk mendidik masyarakat mengenai asal-usul coklat serta manfaatnya dari segi kesihatan.
"Pengunjung juga akan mendapat maklumat menarik mengenai coklat dan koko dari seluruh dunia yang telah berusia lebih 3,000 tahun.
"Sejak dibuka, kami menerima lebih 50,000 orang pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak tadika, pelajar sekolah, universiti dan kolej.
"Pelancong asing dari negara seperti China, Thailand, Jepun dan Asia Barat juga kerap datang ke sini," jelasnya sambil memberitahu, muzium terbabit telah diiktiraf sebagai produk pelancongan terbaharu Malaysia tahun ini.

ULAR sawa yang dihasilkan daripada coklat ini mengambil masa selama 150 jam untuk disiapkan.


Konsep 3E
Ujar Mohd. Azuan, pihaknya mempraktikkan konsep 3E iaitu pengunjung berpeluang mendapatkan pengetahuan (education), pengalaman (experience) dan keseronokan (enjoyable) sepanjang berada di muzium terbabit.
"Mereka akan dibawa melawat ke sekeliling muzium, melihat demonstrasi penghasilan coklat, membeli-belah di galeri coklat selain bersantai di kafe muzium ini yang menyajikan makanan dan minuman berasaskan coklat.
"Lebih 130 jenis coklat daripada 30 jenama terkenal dijual di muzium ini termasuk Cadbury, Ferrero Rocher dan Toblerone di samping jenama keluaran syarikat kami iaitu Fidani, Farrel dan Danson.
"Kesemua coklat daripada jenama terkenal ini diimport terus dari negara asal seperti Itali, New Zealand dan Korea.
"Malah, ia dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding di pasar raya iaitu antara RM1.50 hingga RM300," ujarnya sambil menambah, pihaknya menerima sebanyak 2,000 hingga 4,000 pengunjung pada hari biasa tidak termasuk cuti hujung minggu.
Sebaik menjejakkan kaki di muzium ini, kru Jurnal disambut oleh cef muzium, Cef Yazid yang bertindak sebagai pemandu pelancong.
Pengunjung diberi penerangan oleh cef berkenaan mengenai sejarah awal koko dan coklat.
Terdapat beberapa bahagian yang boleh dilawati sepanjang sesi ini, antaranya sejarah coklat, kebaikan coklat untuk kesihatan dan industri coklat.
Pengunjung juga berpeluang melihat replika mesin adunan coklat pertama dunia yang dicipta pada tahun 1879 oleh peneroka coklat antarabangsa Swiss Chocolatier iaitu Rodolphe Lindt.
Malah, bentuk coklat bar diaplikasikan pada dinding yang menuju ke dapur muzium. Di situ juga sesi demonstrasi penghasilan coklat untuk pengunjung dilakukan.
Melangkah ke ruang dapur muzium ini, pengunjung dapat melihat bentuk haiwan yang dihasilkan menggunakan coklat seperti ular sawa, naga dan burung helang untuk tatapan pengunjung.
"Kami menyiapkan kesemua bentuk haiwan yang menggunakan coklat ini dalam bentuk kumpulan dan masa yang diambil untuk menghasilkan naga ini ialah 110 jam, ular sawa pula selama 150 jam dan burung helang memakan masa selama 130 jam," tambahnya.
Walaupun dipisahkan oleh dinding kaca, pengunjung masih dapat melihat aksi mengadun coklat cair oleh cef di dapur. Kerja-kerja itu dilakukan di atas marmar bagi menghasilkan coklat yang halus dan berkilat.
Selain itu, pengunjung ditunjukkan teknik menyalut coklat menggunakan biskut atau wafer dan kemudiannya dihias dengan bahan hiasan di atasnya.

GALERI Muzium Coklat ini menjual lebih 130 jenis coklat daripada 30 jenama terkenal pada harga lebih murah.


Cetak gambar
Merasai sendiri keenakan rasa biskut yang disalut coklat itu pastinya memberikan pengalaman yang sangat berharga lebih-lebih lagi coklat itu baru saja dihasilkan.
Pengunjung juga ditunjukkan cara mencetak gambar di atas coklat menggunakan mesin buatan Jerman.
"Proses mencetak gambar di atas coklat ini mengambil masa selama 45 minit. Malah, kami turut menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, ulang tahun mahupun majlis korporat.
"Untuk tempahan mencetak, pengunjung perlu membawa gambar yang hendak dicetak dalam bentuk digital. Harga pula ditentukan mengikut saiz dan bentuk gambar yang dipilih," ujarnya.
Muzium yang berkeluasan 325 meter persegi itu dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.
"Sebagai perancangan, kami bakal menubuhkan akademi coklat dan Muzium Coklat kedua pada penghujung tahun ini.
"Kami turut bercadang membuat taman tema yang disasarkan pada awal tahun hadapan," tambah Mohd. Azuan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories