RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Adam (AF2) & Fiza (Elite) Cerai Talak Satu Selepas 7 Bulan Nikah

Posted: 28 Apr 2014 05:28 AM PDT


fiza elite
Fiza (tengah) ditemani rakan-rakan artis ketika hadir ke mahkamah. 

SHAH ALAM: Pasangan selebriti Adam (AF) dan Fiza (Elite) sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada tengah hari Isnin selepas tujuh bulan menjadi suami-isteri.

Lafaz cerai dilakukan dihadapan hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri  Basrawi kira-kira pukul 1.05 petang mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia dan Fiza bercerai secara baik tanpa sebarang tuntutan.

"Ya, hari ni sudah jatuh talak. Dan itulah ia," katanya ringkas selepas selesai prosiding kes perceraian mereka.
adam AF2 - 1
Adam menitiskan air mata di mahkamah selepas melafazkan cerai.

Fiiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula menyifatkan mereka sudah tiada jodoh selepas pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga dilakukan.

"Saya anggap kami tiada jodoh. Siapa yang nak bercerai bukan? Tambah pula ini adalah perkahwinan saya yang kedua.

"Saya reda dengan ketentuan Allah," katanya.
Terdahulu suasana di ruang mahkamah menjadi kecoh apabila Fiza memohon kepada mahkamah agar mengarahkan para wartawan tidak berada di dalam ruang mahkamah.

Fiza berkata, dia enggan kisah peribadinya bersama Adam  didedahkan pihak media kepada umum.
Permohonan itu kemudiannya dibenarkan oleh TuanMuhamad Nazri.

"Saya memohon agar kes kami dibicarakan tanpa wartawan atau pihak-pihak lain dalam ruang mahkamah ini.
"Ini adalah atas alasan saya seorang selebriti yang dikenali. Saya tidak mahu masyarakat tahu tentang hak peribadi kami," katanya sebelum bermulanya prosiding.
Adam dan Fiza tiba di mahkamah sekitar pukul 12 tengah hari dan prosiding kes penceraian mereka bermula kira-kira 45 minit kemudian.
wartawan
Sebahagian daripada wartawan menunggu di luar mahkamah selepas Fiza memohon agar mereka tidak mengikuti kes permohonan cerainya terhadap Adam.
Pasangan itu telah bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 6, dan Feeya Adyrra, 5.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Adam.

Nelydia Senrose: Masih setia

Posted: 28 Apr 2014 05:24 AM PDT


  • Nelydia SenroseNelydia Senrose

HUBUNGAN cinta antara aktres cantik, Nelydia Senrose dan pelakon Qi Razali bukan lagi rahsia.

Berbeza dengan kisah percintaan kakaknya, Uqasha dan Pekin yang penuh teka-teki, Nelydia atau Qi, tetap teguh berada di sisi antara satu sama lain biarpun ada ketika hubungan mereka dilanda badai.

Bahkan kini pasangan romantis ini sudah mula berbicara soal status mereka ke peringkat yang serius.

"Bagi saya setiap perhubungan itu pasti ada perancangan, begitu juga saya dan Qi.

"Tapi disebabkan jadual kerja yang padat, kami belum berbincang lebih serius.

"Lagi pun soal bertunang atau berkahwin itu adalah perkara yang berada di luar kawalan saya.

"Jika ada berita baik seperti itu, saya perlu meminta izin ibu bapa saya terlebih dahulu.

"Kalau mereka izinkan, saya juga tiada halangan," jawabnya. Pada masa yang sama, Nelydia juga lebih terbuka apabila diminta memberi pandangan soal berkahwin pada usia muda.

Ditanya apakah pandangannya berkahwin pada usia muda? Nelydia menjawab: "Sebenarnya 'muda' itu subjektif tapi ia terpulang pada pemikiran masing-masing.

"Saya sendiri tidak mahu tamatkan zaman bujang terlalu lambat, mungkin dalam usia 24 atau 25 tahun," ujarnya.

Penangan Mastura

Keserasian pasangan karakter Jebat dan Mastura menerusi drama popular, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diterajui gandingan pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sememangnya tidak dapat dinafikan.

Keberkesanan lakonan yang dibawa mereka begitu memberi impak sehingga berjaya mendapatkan 'rating' penonton yang tinggi.

Sempat bertemu heroinnya pada tayangan episod akhir di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Nelydia akui perasaannya ketika itu bercampur baur.

"Sejujurnya saya rasa sedih bila drama ini sudah sampai di penghujungnya. Bukan sebab apa, cuma terkenangkan penat lelah saya dan kru lain menghabiskan penggambaran.

"Bukan mudah menyempurnakan drama 60 episod, tambahan pula drama ini diadaptasi dari novel, jadi saya agak tersentuh dan bercampur baur.

"Alhamdulillah, kerja keras kami ini sangat berbaloi dengan sokongan peminat yang begitu luar biasa," katanya.

Adegan keterlaluan?

Disoal mengenai babak intim yang dilakonkan bersama Sharnaaz sebagai pasangan, pelakon yang senang di panggil Nely ini tidak menafikan ada di antaranya agak keterlaluan.

"Bila saya menonton drama ini, memang ada babak-babak romantis yang saya lakonkan agak berlebihan, tapi itu semua itu seperti yang tertulis dalam novel. Saya cuma buat yang terbaik.

"Tapi secara keseluruhannya, saya rasa biasa sahaja sebab sebagai pelakon saya juga tahu batasannya," jelasnya.

Tambah Nelydia, watak Mastura benar-benar istimewa buat dirinya kerana ia amat berbeza dengan lakonannya sebelum ini.
"Watak Mastura ini memang lain. Sebelum ini saya hanya mainkan watak yang naif.

"Sebagai pelakon, saya perlu bijak menyesuaikan diri dengan watak-watak di diberikan dan saya anggap ia sebagai satu cabaran yang boleh mempelbagaikan kebolehan saya," ujarnya.

Qi cemburu?

Keserasian lakonan antara Sharnaaz dan Nelydia menghidupkan watak masing-masing turut mengundang cerita nakal yang mengatakan mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Gosip nakal itu menjadi lebih kuat apabila Sharnaaz kerap memuat naik gambar babak mesra Jebat dan Mastura berserta kapsyen yang romantis.

Perkara itu bukan sahaja mengundang pelbagai persepsi peminatnya, bahkan Qi juga meluahkan rasa bengang dan cemburu terhadap Sharnaaz kerana didakwa sengaja 'menayangkan' momen-momen romantis bersama kekasih hatinya.

"Apa yang saya tahu, Qi sendiri tidak ada masa mengikuti drama ini kerana jadual kerjanya yang padat

"Sepanjang menjalani penggambaran ini dia sentiasa beri sokongan kepada saya cuma biasalah, ada sedikit salah faham. Bagi saya perasaan cemburu itu normal," katanya.

Kata Nelydia, kekasih hatinya itu tidak pernah meletakkan sebarang had kepada dirinya untuk menjalani karier lakonannya.

"Kalau saya hadkan cara lakonan pun, perkara itu datang daripada saya sendiri dan bukannya Qi.

"Lagi pun saya tidak akan mencampuradukkan peribadi dengan karier. Saya sendiri ada hak untuk bawa karakter dengan cara saya yang tersendiri dan tidak perlu orang lain mengajar saya," jelasnya.

Dituduh Jadi Penghasut Calarkan Imej Ainul Aishah

Posted: 28 Apr 2014 05:23 AM PDT


Ainul Aishah akan kembali aktif dan emenrima beberapa tawaran berlakon semula selepas setahun berehat.
PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah  terkilan apabila dikatakan mempunyai masalah dengan sebuah akhbar dan hanya memilih media tertentu sahaja untuk menerima tawaran ditemubual.

Malah Ainul, 29, turut terkejut apabila dikatakan telah menghasut rakan artis lain supaya tidak bekerjasama dengan akhbar berkenaan.

"Ini fitnah, saya tidak pernah ada masalah dengan mana-mana media, apatah lagi untuk menghasut artis lain agar tidak bekerjasama dengan sesebuah akhbar.

"Selama ini saya tidak pernah kisah untuk bekerjasama dengan mana-mana penerbitan pun untuk sesi fotografi. Saya sedar tahap saya di mana untuk berbuat demikian," katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Ainul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu kononnya dia memilih akhbar-akhbar tertentu untuk menjalani sesi fotografi.

Dia dilaporkan bersikap sedemikan kerana akhbar berkenaan dikatakan tidak menganjurkan apa-apa anugerah yang boleh mengangkat nama seseorang artis.

Ainul berkata, sudah hampir setahun dia tidak menerima sebarang perlawaan untuk mengadakan sesi fotografi berikutan keputusannya untuk berehat daripada dunia hiburan.

"Saya pelik juga, kenapa timbul berita itu sedangkan saya sudah lama tidak dipanggil untuk fotografi kerana saya tiada cerita.

"Saya tidak aktif selama setahun ini kerana sibuk dengan perniagaan biskut dan menolak tawaran berlakon buat sementara waktu," katanya.

Tambah Ainul, khabar angin tersebut boleh menjejaskan imej dan persepsi buruk masyarakat dan media terhadapnya.

Bagaimanapun, kata Ainul, pada tahun ini, dia kembali aktif dan menerima beberapa tawaran drama berikutan perniagaan biskut Ainul  A Cookies sudah mempunyai pekerja.

Dia akan aktif sehingga projek terbaharu yang dirancang untuk perniagaan biskut itu terlaksana.

"Saya ada team untuk bisnes ini, dan sekarang kami sedang merancang untuk buka sebuah kedai tetapi dalam proses lagi.

"Oleh itu, saya kembali ambil tawaran berlakon semula sementara team saya sibuk dengan persiapan bagi mengembangkan perniagaan itu," katanya.

Dalam perkembangan terbahru lain, Ainul baharu sahaja muncul dengan telefilem Toll Gate Asmara bagi siaran slot cerekarama di TV3.

Pengurus Jawab Isu Berbalah Dengan Zizan Razak

Posted: 28 Apr 2014 05:21 AM PDT


Zizan turut menafikan berselisih faham dengan pengurusnya Marina.
PETALING JAYA: Rakan kongsi dan pengurus kepada pelawak Zizan Razak iaitu Marina Juki menafikan dakwaan dia akan membubarkan syarikat pengurusan artis iaitu Wirefame Sdn Bhd yang ditubuhkan bersama sejak tiga tahun lalu.

Marina berkata, syarikat tersebut akan tetap diteruskan walaupun jika Zizan mengambil keputusan untuk bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah syarikat itu lagi.

"Wirefame tidak akan bubar, malah kita dalam proses untuk menambah empat orang lagi artis baru.

"Bukan senang untuk buka syarikat dan bukan senang untuk bubarkan begitu sahaja.  Jika benar sekalipun Zizan ambil keputusan berubah angin, syarikat ini akan terus kekal untuk menguruskan kerjaya artis-artis yang ada," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Marina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan akhbar pada Ahad tentang hubungannya dengan aktor itu yang dikatakan berantakan sehingga membuatkan syarikat berkenaan yang dibina bersama akan dibubarkan.

Sementara itu, dia turut menafikan desas-desus bahawa berlaku perselisihan faham antara mereka. 
Marina tiada halangan jika Zizan dan Emma Maembong ingin uruskan kerjaya mereka sendiri.

Jelasnya, khabar angin tersebut terjadi mungkin disebabkan dia tidak lagi mengikut Zizan ke lokasi penggambaran atau berkaitan kerjayanya.

"Kami tidak gaduh atau berselisih pendapat pun, saya memang dah tak ikut dia kemana-mana lagi, sebab dia sudah ada pengurus peribadi sendiri. Tidak adil kalau saya ikut dia sahaja dan abaikan artis lain.

"Saya perlu uruskan artis lain juga di bawah syarikat ini dan kami sudah mengambil beberapa pekerja untuk membantu melancarkan segala urusan, kecuali jika ia melibatkan urusan yang besar," katanya.

Antara artis lain yang diuruskan oleh syarikat itu ialah Emma Maembong, Chacha Maembong, Kaka Azraff dan Johan As'aari.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas jika Zizan dan kekasihnya Emma Maembong mengambil keputusan untuk keluar daripaad Wirefame, Marina berkata, dia tidak pernah menghalang mana-mana artis untuk menguruskan kerjaya mereka sendiri.

"Emma Maembong akan tamat kontrak pada bulan Jun depan dan terpulanglah pada dia untuk meneruskan atau tidak. Saya belum duduk berbincang lagi dengannya tentang hal itu termasuklah juga Zizan.

Sementara itu, Zizan yang dihubungi enggan mengulas panjang tentang isu tersebut dan menganggap ia bukan isu yang perlu diperbesarkan.
"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, apa yang boleh saya beritahu hubungan saya dan Marina tidak ada masalah dan baik seperti dulu.
"Mengenai dia tidak ikut saya kemana-mana lagi tu,  kena tanya dia sendirilah," katanya. 

Ziela Tidak Hirau Kontroversi, Satukan Semula Sharnaaz & Nelydia Senrose

Posted: 28 Apr 2014 05:20 AM PDT


Ziela Jalil bakal menyatukan artis-artis drama popular dalam Di Bawah Lindungan Kaabah.
PENERBIT drama Ziela Jalil memberitahu bakal menyatukan semula pasangan pelakonBukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dalam drama terbaharunya berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

Ziela selaku Pengarah Urusan,  Pena Creative Sdn. Bhd. berkata, keserasian dan populariti yang diraih kedua-dua pelakon itu dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta
membuatkan dia cuba menggabungkan lagi mereka berdua.

"Saya suka dengan keserasian mereka dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan saya akan gandingkan mereka drama adaptasi novel berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

"Namun kali ini watak mereka berlainan dan bertentangan dengan drama itu. Novel itu merupakan antara novel terlaris di pasaran dan ada pengikut tersendiri," katanya kepadamStar Online.

Tambah Ziela, selain pasangan tersebut beberapa artis popular dan kontroversi turut berlakon dalam karya itu termasuklah Keith Foo, Diana Danielle dan Azlee Khairi.

Dia juga yakin senarai nama besar dalam drama tersebut bakal mendapat perhatian dan rating yang tinggi.

"Saya kumpulkan semua pelakon hebat untuk sebuah drama yang baik dan Insyaallah kita akan memulakan penggambaran tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu mengulas tentang kontroversi yang menimpa  beberapa pelakon itu termasuklah insiden Sharnaaz dikatakan bergaduh dengan Lisdawati, Ziela mengakui pada awalnya kejadian itu agak merisaukan.

Bagaimanpun, katanya, sambutan terus menggalakkan dan penonton lebih memberi perhatian kepada watak-watak yang dibawakan oleh pelakon berbanding kontroversi yang menimpa mereka.

Makin ramai datang tadah air bukit

Posted: 28 Apr 2014 05:15 AM PDT


  • Makin ramai datang tadah air bukitJamilah sabar menadah air dalam botol kecil untuk stok tiga minggu.

ULU YAM - Sebelum ini, kawasan kaki bukit menghala ke Ulu Yam berhampiran pusat rekreasi Hutan Lipur Sungai Tua, menjadi tumpuan kerana keinginan mereka yang mahukan air bersih dan semula jadi.

Tetapi, selepas proses catuan bekalan air dilaksanakan, kawasan tadahan ini menjadi semakin popular dan dikunjungi kerana keperluan harian.

Mereka yang datang ke sini sanggup berbaris lama menunggu giliran menadah air bukit dari saluran yang disediakan untuk dijadikan bekalan keperluan sepanjang musim catuan.

Seorang pesara, Nik Halim Nik Omar, 57, dari Kepong sanggup ke sini untuk mendapat bekalan air bagi stok kegunaan keluarga.

Dia yang tinggal bersama isteri dan empat anaknya sanggup berulang-alik berkali-kali dalam masa sehari untuk mendapatkan air di situ ketika dicatu.

"Tak kisahlah jauh pun, tak apa tunggu berjam-jam janji dapat air. Bila air terputus ganggu semua keperluan.

"Sejak catu boleh dikatakan hampir setiap hari saya datang sini. Pernah tunggu giliran sampai dua jam sebab ramai yang nak ambil air," katanya kepada Sinar Harian.

Seorang mekanik,  Chan Peng Hoi, 46 berkata, dia dan keluarga juga antara pengguna tegar sumber air bukit itu.

"Dulu datang sini tiga minggu sekali tapi sekarang setiap minggu saya datang ambil bekalan.

"Isteri saya suka minum air bukit sebab katanya sakit badan dan lenguh-lenguh hilang lepas minum," katanya yang datang dari Batang Kali.

Jamaliah Nasir, 55, pula telah beberapa kali pulang dengan botol kosong apabila kawasan tersebut mula jadi perhatian.

"Saya cuba nasib hari ini (Sabtu) ajak suami pergi ambil air sebab risau esok (Ahad) lagi ramai. Nasib kami baik hari ini tak perlu tunggu lama.

"Rumah saya memang tak kena catu tapi memang selalu datang sini ambil air untuk minum, Air bukit ni baik untuk kesihatan dan bersih tak perlu pakai penapis," katanya yang tinggal di Selayang.

Enam beranak hidup daif

Posted: 28 Apr 2014 05:14 AM PDT


  • Enam beranak hidup daifRuang dapur tempat Zaharah memasak untuk keluarganya.

DUNGUN - Gara-gara kemiskinan hidup, seorang ibu empat anak terpaksa menjadikan sebuah pondok usang yang berdindingkan kanvas terbuang dan berlantaikan tanah sebagai tempat berlindung mereka sekeluarga.

Biarpun sukar dipercayai, itulah hakikat kehidupan yang terpaksa dilalui seorang ibu miskin, Zaharah Ismail, 28, bersama keluarganya yang tinggal di atas tanah rizab jalan, dekat Kampung Padang Pulut.

Menurut Zaharah,  dia terpaksa tinggal di pondok usang itu selepas diarah keluar dari rumah sewanya kerana gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah yang berjumlah RM150 sebulan.

Kemiskinan tambah menghimpit keluarganya apabila suami, Johari Ahmad, 28, tidak dapat melakukan kerja berat kerana cedera selepas terjatuh dari bumbung rumah ketika melakukan kerja pertukangan di tempat kerjanya dekat Paka, kira-kira dua tahun lalu.

"Fikiran saya buntu selepas suami hilang sumber pendapatan, saya langsung tak ada duit nak bayar kos rawatan suami, nak jelaskan tunggakan sewa rumah lagilah tak ada. Akibatnya kami dihalau keluar," katanya.

Memikirkan nasib empat anaknya berusia antara 6 bulan hingga 10 tahun, Zaharah dan suaminya yang sudah tidak mempunyai tempat berteduh akhirnya membina pondok sementara diperbuat daripada kayu terbuang dan kanvas di atas tanah rizab jalan di tepi jalan utama Dungun-Bukit Besi, bersebelahan Sekolah Kebangsaan Padang Pulut.


Jual kuih sara keluarga

Bagi memastikan anak-anaknya tidak kelaparan, Zaharah mengambil inisiatif membuat kuih dan menjualnya di Pasar Besar Dungun.

Walaupun pendapatan diperoleh tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan harian membeli beras.

Kata Zaharah, meskipun terpaksa menjalani kehidupan seperti itu, dia reda dengan ujian Tuhan, malah sama sekali tidak akan patah semangat mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

"Tempat tinggal kami tak layak dipanggil rumah, mana ada orang yang sanggup tinggal di pondok seperti kami. Tapi nak buat macam mana, hanya ini yang kami mampu," luahnya hiba.


Pondok tak selamat

Zaharah berkata, lebih menyedihkan apabila tiba musim hujan, pondok usang  yang berlantaikan tanah itu dimasuki air menyebabkan empat anaknya, Mohd Aril Ikmal, 6 bulan, Mohd Arif Iman Shahrullah, 7, Mohd Anif Hairizah, 8, dan Mohd Aniq Zikri, 10, terpaksa tidur dalam keadaan basah kuyup.

Lebih membimbangkan apabila sudah beberapa kali pondok didiami keluarga malang itu dimasuki binatang berbisa seperti ular tedung dan kala jengking.

"Memanglah saya boleh dapat RM70 hingga RM80 hasil jual kuih, tapi untung bersih hanya RM15  hingga RM20 sehari, mana cukup nak sediakan kehidupan selesa buat anak-anak," katanya.


Harap dapat bantuan

Lebih hampa apabila usahanya untuk mendapat bantuan daripada pihak berwajib masih menemui jalan buntu walaupun keadaan mereka terlalu mendesak hingga ada kalanya  anak-anak terpaksa mengikat perut kerana kehabisan bekalan makanan.

"Saya tak tahu sampai bila kami harus tinggal dalam keadaan begini, ini bukan cerita rekaan, datanglah tengok sendiri keadaan kami jika kami berbohong.

"Namun apa boleh buat, hanya ini yang kami mampu, jika ada pihak yang dapat membantu, saya amat menghargainya," katanya.

Fizz - Almy bersatu akhirnya

Posted: 28 Apr 2014 05:04 AM PDT




HANYA air mata yang dapat merungkai epilog cinta pasangan pelakon Almy Nadia, 28, dan Fizz Fairuz, 34, selepas kedua-dua mereka sah bergelar suami isteri pada Sabtu lalu.
Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang menjadi lokasi penyatuan cinta bagi pemilik nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah dengan Mohd. Firuz Zainol setelah mereka selamat diijab kabul dengan sekali lafaz.
Kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua mempelai dan sahabat handal turut menyerikan majlis akad nikah yang berlangsung di masjid berkenaan kira-kira pukul 5 petang.
Dengan ucapan taklik yang dilafazkan kedua-dua mempelai itu menandakan telah berakhirnya bibit-bibit hitam yang pernah melanda pasangan ini suatu masa dahulu. Ia sekali gus mencipta fasa baharu dalam perjalanan hidup Almy dan Fizz di samping mencari kebahagiaan dalam menyatukan hubungan sebagai pasangan suami isteri.
Pasangan pengantin yang mengenakan busana berwarna biru tirus telah dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Norzli Mat sambil disaksikan keluarga kedua-dua mempelai.
Biarpun kelihatan serba ringkas, namun dengan kehadiran sekumpulan pengiring yang membawa masuk dulang hantaran kedua-dua mempelai ternyata membangkitkan suasana meriah majlis.
PASANGAN ini sebenarnya sudah sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.


Air mata
Pada majlis pernikahan itu juga, Almy menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 berserta mas kahwin RM1,001 dan sembilan dulang barangan hantaran dan membalas 11 dulang barangan hantaran.
Antara hantaran yang diterima pengantin lelaki termasuklah komputer tablet i-pad, jam tangan, senaskhah al-Quran, set pewangi badan, kasut dan kek fondant.
Barangan hantaran yang diterima mempelai perempuan pula termasuklah seutas gelang tangan emas dan rantai mutiara, beg tangan, alat solek, kek, al-Quran dan sejadah.
Sejurus majlis selesai, Almy yang merupakan anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang itu dilihat tidak dapat menahan kesedihan tatkala menerima kucupan pertama Fizz di dahinya.
Ketika ditemui, pelakon filem Dunia Baru The Movie itu memberitahu, perkahwinannya dan Fizz akhirnya menjadi realiti adalah hasil berkat doa dan kesabarannya sepanjang menempuh alam percintaan selama lapan tahun.
"Saya berasa lega sebab segala susah payah dan dugaan yang ditempuh selama ini berakhir dengan penyatuan perkahwinan.
"Syukur Alhamdulillah, sabar adalah paling kuat dalam diri saya sepanjang mengharungi pelbagai kontroversi, naik dan turun, sebelum dan selepas akhirnya kami berdua sampai ke jinjang pelamin.
"Sudah lapan tahun kami menjalinkan hubungan percintaan dan tahun ini masuk tahun ke-sembilan.
"Doa kami ke alam baharu akhirnya membawa kenyataan," kata Almy dalam sebak sambil ditenteramkan Fizz.

MERIAH... Pengiring kedua-dua pasangan mempelai bersama barangan hantaran masing-masing.


Bulan madu
Dalam meniti kehidupan baharu bersama Fizz, Almy hanya mampu memanjatkan doa semoga segala urusan rumah tangga dan hubungan yang dibina mereka berdua mendapat restu Yang Maha Esa.
Wanita bertubuh genit itu turut meminta agar kebahagiaan yang dikecapi dapat dikekalkan sepanjang hayat, sekali gus berpeluang merasai kenikmatan hidup bersama.
"Saya juga meminta semua orang terus berdoa agar perhubungan kami berjalan dengan lancar. Selepas ini, saya dan Fizz berada di alam baharu, doa yang terbaik untuk kami berdua," jelasnya.
Mengenai aktiviti seni, kedua-dua mereka akan terus bergiat aktif dalam lakonan drama biarpun masing-masing sudah mempunyai komitmen.
Ujar Almy lagi, dia dan Fizz akan menjalankan penggambaran bagi slot Samarinda menerusi drama Cerita Cinta Kita yang bakal ditayangkan di saluran TV3.
"Kami tetap tidak akan meninggalkan aktiviti seni. Dua tiga hari selepas majlis akad nikah ini kami akan mengikuti penggambaran drama tersebut.
"Saya yakin, kami dapat membahagikan masa kerja dengan rumah tangga dengan sebaik-baiknya," jelasnya yang mengikat tali pertunangan dengan Fizz pada 22 Oktober lalu.
Sementara itu, mengenai percutian bulan madu, Fizz mencelah, kedua-dua mereka merancang untuk bercuti ke satu lokasi yang belum ditetapkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Julai nanti.
Ujar Fizz, ini kerana mereka berdua sibuk dengan penggambaran drama lakonan masing-masing.
"Tentang perancangan cahaya mata, kalau boleh saya hendak seramai mungkin dan jumlah tidak terhad, selagi mampu," selorohnya dalam nada gembira.


Fara sedia berhijab

Posted: 28 Apr 2014 05:03 AM PDT

FIGURA ini tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dalam masa terdekat.


KETIKA bertemu dengan penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana pada majlis kemuncak Kunci AM Krew di Berjaya Times Squre, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia tampil dengan berselendang.
Ternyata, penampilan Fara sudah pasti menarik perhatian sehingga menimbulkan pertanyaan segelintir pihak. Malah, peminat sudah mula menyedari tentang perubahan penampilannya itu ketika muncul dalam rancangan Nona pada minggu lalu.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Fara pada mulanya seperti keberatan untuk bercerita dan lebih gemar mengambil pendekatan berdiam diri kerana bimbang dengan persepsi orang ramai yang berbeza.
Mengakui dirinya masih belum lagi berhijab sepenuhnya sekarang ini, namun Fara tidak menafikan bahawa dia memang sudah ke arah untuk tampil dengan gaya seorang Muslimah.
Kosmo!: Boleh ceritakan tentang penampilan Fara sekarang ini?
FARA: Sebenarnya agak sukar dan tidak tahu untuk memberikan komen berhubung perkara ini. Tidak dinafikan saya sudah mula memakai selendang sejak bulan lalu tetapi belum berhijab sepenuhnya lagi.
Cuma, niat untuk berhijab itu sudah lama tertanam dalam diri dan memandangkan pada usia yang sudah mencecah 34 tahun, mungkin sudah tiba masanya untuk saya melakukan perubahan.
Bilakah anda bersedia untuk berhijab sepenuhnya?
Saya sendiri tidak tahu bila ia akan berlaku dan kini memang saya berasa selesa dengan berselendang tetapi kalau ada yang bertanya saya cuma cakap doakanlah yang terbaik untuk diri saya.
Kalau ada mana-mana pihak yang mahu mengkritik terhadap penampilan saya sekarang ini, saya memang tidak kisah kerana diri ini sudah lali dengan sebarang kritikan.
Adakah sebarang perubahan berlaku sejak anda mula berselendang?
Tidak dinafikan yang ia serba sedikit dapat mengubah karakter saya seperti percakapan dan perasaan. Misalnya, kini saya dapat mengawal kesabaran dan kemarahan saya. Selain itu, bos di tempat saya bekerja dan rakan-rakan penyampai juga banyak memberikan sokongan kepada saya terhadap perubahan ini.
Apakah komen anda sekiranya ada yang mengatakan perubahan ini disebabkan anda bakal mendirikan rumah tangga?
Sudah tentu ia merupakan perkara yang tidak benar kerana seperti yang saya katakan, memang sudah lama saya berniat untuk berhijab. Lagipun buat masa ini saya belum ada calon yang sesuai lagi, tidak menolak sekiranya jodoh itu datang dalam masa terdekat ini.
Adakah anda akan terus tampil berselendang ketika hadir atau menjayakan sesebuah sesebuah majlis?
Secara jujurnya saya akan terus kekal dengan penampilan sebegini, contohnya ketika muncul dalam rancangan Nona. Namun begitu, saya tidaklah mempunyai banyak koleksi selendang sekarang ini.
Bagaimanakah dengan pandangan anda setelah Fizie menyertai anda dan AG dalam segmen Hot FM AM Krew sejak Februari lalu?
Saya sudah melihat banyak peningkatan yang berlaku terhadap dirinya dan beranggapan bahawa pemilihannya untuk bergandingan dengan saya dan AG merupakan satu langkah yang tepat. Kalau diikutkan bukan mudah untuk mengendalikan segmen ini dan pada peringkat awal memang sukar mencari keserasian tetapi Fizie seorang yang cepat belajar. Namun begitu, saya ada berpesan kepadanya supaya bersedia dan bersikap lebih terbuka menerima sebarang teguran dan kritikan daripada pendengar.


Kejutan Disember Hans Isaac

Posted: 28 Apr 2014 05:02 AM PDT

PADA usia 42 tahun, Hans Isaac sudah cukup bersedia untuk berumah tangga selepas berasa semua keperluan untuk bakal isterinya sudah ada.


SEJAK mula menerbit dan mengarahkan filem Lemak Kampung Santan, nama Hans Isaac sudah mula dikaitkan dengan heroinnya, pelakon dan pengacara, Neelofa.
Bagaimanapun, tidak pernah ada kata putus yang keluar daripada mulut mereka berdua tentang status hubungan yang digembar-gemburkan itu.
Hans yang ditemui pada majlis pelancaran portal mStar Online baru-baru ini memberitahu, dia enggan lagi berkongsi kisah peribadi bersama peminat selepas kontroversinya bersama pelakon Erra Fazira beberapa tahun lalu.
"Sebelum ini saya terbuka, lihat apa yang berlaku. Saya balik yang kena. Sekarang, saya tidak mahu berkongsi siapa kekasih saya atau status hubungan saya dengan seseorang.
"Bagi saya cinta itu kehidupan peribadi yang tidak perlu dikongsi dengan orang ramai. Rasanya saya tidak pernah membawa wanita ke acara hiburan. Jika saya mahu menghabiskan masa bersama lebih baik saya bercuti ke luar negara, tiada siapa tahu," ujarnya.
Hans yang mengaku sedang bahagia bersama seseorang memberitahu, dia bakal mengumumkan berita penting berkaitan kehidupan peribadinya pada Disember depan.
Disoal adakah ia tentang perkahwinan bersama Neelofa? Hans hanya mampu tertawa.
Katanya: "Dalam hujung tahun ini, pada bulan Disember semua orang akan tahu keputusan itu."
Sambung pemilik nama sebenar, Gerald Hans Isaac, 42, pada usianya sekarang, dia sudah lama bersedia untuk bergelar suami dan menjalani kehidupan berumah tangga.
"Memang saya sudah lama bersedia untuk berkahwin. Namun, sebelum berkahwin banyak persediaan yang harus disiapkan seperti membina rumah yang selesa untuk kehidupan berkeluarga.
"Selain itu, saya juga harus mempunyai tahap ekonomi yang cukup kukuh untuk menampung keluarga. Saya tidak mahu bakal isteri dan bakal anak saya hidup susah," balasnya.
Disebabkan itu, Hans kini bekerja keras bukan sahaja dalam bidang seni, sebaliknya dia juga melibatkan diri dalam perniagaan hartanah di Selangor.
HANS tidak menyatakan dia bakal berkahwin dengan Neelofa, namun banyak pihak beranggapan begitu kerana mereka kononnya merupakan pasangan kekasih.


Sungguhpun begitu, kata Hans, dia kini bekerja secara bijak kerana mahu menjaga kesihatan. Setiap hari dia hanya berada di pejabat selama tiga jam sahaja manakala lebihan masa yang ada dihabiskan di padang golf atau merehatkan diri.
"Cukuplah saya bekerja bagai orang gila sebelum ini. Tidur tidak cukup, kesihatan tidak terjaga. Saya tidak mahu menjalani kehidupan seperti itu lagi.
"Sekarang saya mahu menjalani kehidupan yang tenang, supaya apabila saya berkahwin kelak, saya akan mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga daripada keluar bekerja," ujarnya.
Filem antarabangsa
Selepas kegagalan filem Lemak Kampung Santan, Hans telah mengumumkan bahawa dia enggan lagi menerbit dan mengarahkan filem Melayu selepas ini.
Masih berpegang dengan kata-katanya, Hans mengakui yang dia kini beralih arah untuk menerbitkan filem berbahasa Inggeris untuk pasaran Singapura.
"Filem ini berkisar tentang kehidupan ibu saya dan menggunakan bahasa Inggeris seratus peratus. Saya masih menggunakan pelakon Malaysia tetapi ia akan dipasarkan di Singapura terlebih dahulu.
"Sekarang sasaran saya adalah peringkat antarabangsa. Jika ada pawagam tempatan yang berminat mungkin filem itu akan ditayangkan di Malaysia," ucapnya.
Dalam perkembangan lain, Hans berkata, dia bakal mementaskan semula Teater Muzikal Supermokh pada 8 hingga 21 September depan di Istana Budaya dengan harga tiket yang lebih murah.
"Teaternya sama sahaja dengan apa yang dipertontonkan sebelum ini. Cuma kami memperbaiki dan memendekkan mana-mana adegan yang dirasakan terlalu panjang," katanya.
Sebelum itu, syarikatnya Tall Order Productions terlebih dahulu akan mementaskan teater Rejang Sebuah Muzikal yang mengangkat sejarah negeri Sarawak pada 20 Mei depan.


20,000 pengunjung serbu klia2

Posted: 28 Apr 2014 04:58 AM PDT


ORANG ramai beratur panjang untuk mendapatkan pas berlepas lawatan klia2 pada Hari Terbuka klia2, Sepang semalam.


SEPANG – Keterujaan orang ramai untuk mengunjungi Hari Terbuka Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) semalam menyebabkan 20,000 pas berlepas yang disediakan habis dalam tempoh satu jam.
Tinjauan Kosmo! mendapati pas masuk untuk orang ramai melawat hingga ke pintu pelepasan yang mula diedarkan pada pukul 9 pagi habis kira-kira sejam kemudian.
Lawatan berakhir pada pukul 5 petang.
Melalui program tersebut, pengunjung berpeluang melalui jambatan udara setinggi 12 meter dan sepanjang 300 meter untuk meninjau landasan dan kawasan sekeliling lapangan terbang itu.


Lelaki berkain pelikat ala 'Zorro'

Posted: 28 Apr 2014 04:57 AM PDT


NASIR menunjukkan kawasan lif yang menjadi lokasi lelaki berpakaian ala 'Zorro' sering mengganggu wanita di pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam.


PETALING JAYA - Golongan wanita yang tinggal di sekitar pangsapuri Flora Damansara, Damansara Perdana di sini kini berada dalam keadaan ketakutan ekoran kemunculan seorang lelaki misteri berpakaian ala 'Zorro' terutama pada waktu malam.
Jika dalam filem, watak 'Zorro' adalah seorang pahlawan bertopeng dan berpakaian serba hitam muncul untuk menyelamatkan mangsa daripada kezaliman, berbeza pula dengan lelaki misteri tersebut yang gemar memerhatikan golongan wanita dan menunjukkan kemaluannya sebelum meraba mangsa.
Suspek dipercayai mencari mangsa yang berjalan sendirian di kawasan sunyi seperti di dalam lif, tempat letak kereta, laluan kaki lima dan ketika mangsa sedang membuka pintu rumah.


Apple paten sistem halang pengguna menaip mesej ketika memandu

Posted: 28 Apr 2014 04:54 AM PDT



TELEFON pintar iPhone keluaran Apple ini bakal dipasang dengan sistem yang menghalang pengguna menaip mesej ketika memandu.


NEW YORK - Pengguna telefon pintar iPhone keluaran Apple mungkin tidak lagi dapat menaip mesej ketika sedang memandu pada masa hadapan.
Ia ekoran syarikat elektronik itu merancang memasang satu perisian yang dapat menghalang pemandu mengguna telefon ketika menaiki kenderaan, lapor akhbar Mail Online semalam.
Menurut laporan akhbar itu, perisian itu telah dipatenkan di Amerika Syarikat (AS). Ia berfungsi menghalang pengguna menggunakan semua aplikasi pesanan atau mesej ketika sedang memandu.
Sistem berkenaan berfungsi dengan satu sensor dipasang pada telefon tersebut yang akan mengukur kelajuan sesebuah kenderaan dan ia akan mematikan aplikasi pesanan apabila mencapai had laju tertentu.
Sistem berkenaan hanya akan berfungsi sekiranya pengguna duduk di kerusi pemandu sekali gus membolehkan penumpang yang lain menggunakan telefon mereka.
Seorang pakar keselamatan jalan raya di AS, Paul Watters berkata, Apple mempunyai kuasa untuk mengubah budaya bahaya berkenaan dan sistem itu adalah satu langkah yang baik.
Katanya, satu kajian oleh sebuah badan keselamatan jalan raya AS mendapati menaip mesej ketika memandu meningkatkan risiko kemalangan sebanyak 23 kali ganda dan mengurangkan tindak balas pemandu.


Wanita paling gemuk mahu turun berat badan untuk berkahwin

Posted: 28 Apr 2014 04:53 AM PDT



Charity berusaha menurunkan berat badannya daripada 349kg kepada 226kg.


DES MOINES, Iowa - Wanita paling gemuk di dunia, Charity Pierce berikrar akan menurunkan berat badannya yang kini mencecah 349 kilogram(kg) supaya dia dapat menari pada hari perkahwinannya, lapor akhbar MailOnline.
Pierce, 38, mengimpikan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Tony Sauer yang berusia 22 tahun.
"Saya mahu berkahwin seperti orang lain. Saya mahu memakai gaun pengantin dan saya mahu menari sepanjang malam," katanya.
Sebuah hospital di Amerika Syarikat sanggup melakukan pembedahan pintasan gastrik ke atas Pierce untuk membantu dia menurunkan berat badannya sekali gus merealisasikan impiannya.
Namun, wanita yang juga ibu tunggal kepada seorang anak itu perlu menurunkan beratnya kepada 226kg sebelum boleh menjalani pembedahan tersebut.
Selain itu, dia juga memerlukan wang AS$5,000 (RM16,350) untuk membayar kos ambulans persendirian yang akan membawanya ke hospital tersebut di Houston, Texas pada jarak sekitar 1,600 kilometer dari sini.
Pierce mempunyai tabung dalam talian, Go Fund Me untuk mengumpul dana bagi membiayai kos perjalanan jauh tersebut.


Bertuah terlibat dalam arena dakwah

Posted: 28 Apr 2014 04:52 AM PDT




HIDAYAH itu milik Allah. Ia akan dikurniakan buat hamba pilihan-Nya. Walaupun mungkin pada awalnya, individu tersebut adalah sejahat-jahat manusia, namun apabila cahaya keimanan meresap ke dalam jiwa, tiada siapa mampu menghalangnya memilih akidah yang suci.
Itulah yang dialami oleh pendakwah tersohor dari Boston, Amerika Syarikat (AS), Imam Suhaib Webb yang menemui sinar Islam pada usia 20 tahun.
Malah, Suhaib sangat bertuah kerana berpeluang melibatkan diri dalam arena dakwah secara menyeluruh berbanding dengan mereka yang memang dilahirkan sebagai seorang Muslim.
Di Malaysia, figura hebat ini juga semakin dikenali sejak mengacarakan rancangan berbentuk keagamaan, Reflections di saluran TV AlHijrah bermula tahun 2011.
Ironinya, Suhaib dilahirkan di Oklahoma, AS dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Kristian Protestan sementelah datuknya merupakan seorang paderi.
Bagaimanapun, pada usia 14 tahun, beliau hilang minat terhadap agama yang dianuti. Keyakinannya juga semakin pudar dalam kehidupan beragama dan situasi itu disifatkan satu krisis kerohanian dalam diri.
Jiwa mudanya mula memberontak sekali gus melakukan pelbagai perkara yang teruk selepas berkawan dengan kumpulan remaja samseng dan liar.
Menurut Suhaib, jika diimbas kehidupan lampaunya, ia hanya dipenuhi dengan sejarah hitam yang sebolehnya ingin dipadamkan dari kotak fikirannya.
Ini kerana zaman remajanya dihiasi dengan pelbagai aktiviti liar. Daripada minum arak, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita hinggalah terlibat dengan gejala dadah.
"Pada waktu yang sama, saya juga berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang deejay dan menjadi salah seorang ahli dalam kumpulan hip hop AK Assault.
"Jujurnya kehidupan saya langsung tidak terurus. Sebagai seorang manusia di sisi Tuhan, terlalu banyak dosa yang telah saya lakukan. Memang saya sangat menyesal dengan corak kehidupan tersebut," cerita Suhaib ketika ditemui sewaktu rakaman rancangan Reflections musim ke-16 dan 17 di Kompleks Penyiaran TV AlHijrah, Kuala Lumpur baru-baru ini.

SIAPA sangka lelaki yang dilahirkan dengan nama William Webb ini akhirnya memilih Islam sebagai jalan hidupnya.


Hijrah
Memiliki bentuk tubuh yang tegap dan sasa dengan ketinggian mencecah hampir dua meter, sekali pandang Suhaib kelihatan garang dengan riak wajah yang agak serius.
Malah, sukar untuk melihat senyuman terukir di bibirnya melainkan hanya sekali dua dalam pertemuan tersebut rentetan jenaka spontannya.
Setiap persoalan yang ditanya pula, pasti dijawab dengan ringkas dan seadanya. Dalam erti kata lain, tidak meleret-leret.
Pada hemat penulis, keperibadian itu mungkin disebabkan sisi gelap yang pernah dilalui sekali gus membuatkan beliau lebih berhati-hati dalam setiap perlakuan dan tutur bicara.
Tiga tahun sebelum memeluk Islam, Suhaib terlebih dahulu telah membaca al-Quran yang dihadiahkan oleh seorang kenalan dalam industri seni.
Melalui kitab suci itulah, beliau mula menyedari betapa pentingnya kehidupan beragama yang akan memandu manusia ke jalan yang diredai.
Logik al-Quran
"Dengan membaca al-Quran dan terjemahannya, ia memberi saya banyak pengajaran. Ia mengajar saya untuk menghormati pelbagai aspek dalam kehidupan dan mempelajari tentang tauhid iaitu keesaan Allah.
"Paling penting isi kandungan al-Quran memberi penjelasan yang sangat logik dalam setiap perkara," ujarnya yang memberitahu ibu bapanya risau apabila mengetahui beliau memeluk Islam kerana ia sering dikaitkan dengan keganasan.

MENGELOLAKAN rancangan Reflections di TV AlHijrah sejak tahun 2011 telah melonjakkan populariti Suhaib dalam arena dakwah di Malaysia.


Namun, akhirnya keluarga Suhaib menerima agama Islam yang dianuti dan hubungan yang terjalin antara mereka masih baik hingga sekarang.
Sebaik memeluk Islam, Suhaib meninggalkan kerjayanya sebagai deejay dan kemudian melanjutkan pengajian di University of Central Oklahoma dalam bidang pendidikan.
Tidak ketinggalan, beliau turut mengambil inisiatif mendalami ajaran Islam dan mempelajari bahasa Arab dengan seorang ulama dari Senegal.
Bermula dari situ, Suhaib telah dilantik mengetuai pusat komuniti Islam, The Islamic Society of Greater Oklahoma City dan menjadi imam di sana.
Jelas Suhaib, menjadi imam tidak pernah terfikir olehnya kerana cita-cita awalnya hanya untuk bergelar seorang guru dengan ijazah pendidikan yang dimiliki.
Tambahan pula, usianya yang masih muda dan baru memeluk Islam menjadi faktor beliau bimbang tidak mampu melaksanakan amanah yang diberikan.
"Namun, atas permintaan guru agama, saya terpaksa akur. Kini sudah hampir 12 tahun saya menjadi imam di sana. Melalui pengalaman yang ada, saya percaya golongan muda seharusnya diberi peluang menjadi imam.
"Jangan bimbang jika anda melakukan kesilapan kerana ia memberi kita pengajaran yang bermakna. Malah kalau hendak berjaya, kita perlu gagal dahulu," tuturnya.
Pada tahun 2004, Suhaib sekali lagi melanjutkan pengajian dalam bidang syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Selama enam tahun berada di Mesir, beliau turut belajar menghafal al-Quran dan mempelajari kaedah bacaan secara bertaranum dari Sheikh Abu Mustafa, seorang ulama terkenal di Mekah.
Ilmu yang dimiliki Suhaib tidak disimpan seorang diri sebaliknya disampaikan kepada komuniti Islam di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom melalui tiket sebagai pendakwah bebas.

HUBUNGAN Suhaib bersama komuniti Islam di Boston sentiasa baik lantaran sikapnya yang sering prihatin dengan kehidupan saudara seagama.


Kini, Suhaib merupakan imam di Masjid Boston di bawah kendalian Islamic Society of Bolton Culture Centre (ISBCC), antara komuniti Islam terbesar di AS.
Beliau turut mengendalikan sebuah laman web Suhaib Webb - Your Virtual Mosque yang boleh dilayari di www.suhaibwebb.com sebagai salah satu usaha dakwah kepada masyarakat.
Ditanya mengenai penglibatannya dalam bidang seni, Suhaib berkata, dia masih terlibat tetapi secara suka-suka seperti menonton konsert Ramli Sarip di Malaysia.
"Bidang seni merupakan satu cabang dakwah yang boleh merapatkan sesama manusia. Malah, seni juga boleh memainkan peranan penting dalam menyebarkan agama Islam atau dalam erti kata lain dakwah melalui seni," ungkapnya.


Simbolik simbol kepala rusa

Posted: 28 Apr 2014 04:51 AM PDT



TANDUK rusa digantung di ruang yang mudah dilihat pelanggan sebagai simbol kegagahan.


SUATU ketika dahulu, golongan muda di Jerman akan berundur ke belakang sekiranya terpandang kepala rusa atau set tanduk yang dipasang di bar.
Ini kerana perhiasan tersebut melambangkan fesyen kuno dan pengikut politik berhaluan kanan di Jerman.
Di Britain, misalnya, kepala haiwan sering digantung di rumah-rumah mewah dan pub di luar bandar sebagai perhiasan.
Namun, di Jerman ia melambangkan seseorang itu merupakan pengikut Nazi dan komunis yang tegar serta kegagahan mereka dalam aktiviti memburu.
Menurut pandangan golongan indie atau hipsters yang banyak terdapat di kawasan perumahan sekitar Berlin, Hamburg dan Munich, kepala rusa jantan membawa maksud sopan santun, kreatif dan progresif dalam berpolitik.
Situasi tersebut menyebabkan para penjual kelengkapan rumah mewah turut menjual kepala rusa yang dilengkapi berlian palsu dan saduran emas.
Halaman rumah seorang penduduk, Frankfurter Allgemeine Sonntagszeitung yang besar dihiasi dengan trofi kepala rusa sehingga mewujudkan suasana seperti dewan pemburuan.
"Ia umpama mengumpul sampah daripada bahagian haiwan yang telah mati. Sekiranya masih ada satu bahagian tertinggal dan anda tidak tahu apa hendak yang dilakukan, pengumpul sampah boleh mengambilnya," kata Jennifer Wiebking.
Dia turut memaklumkan bahawa budaya mengumpul kepala haiwan bermula di bar dan restoran sebelum dijadikan hiasan rumah mewah yang mementingkan gaya, ia akan digantung di ruang yang mudah untuk dilihat.
"Rak tanduk rusa merupakan aksesori gaya yang boleh menonjolkan perasaan ironi pemiliknya," jelasnya.
Agensi berita Jerman, DPA baru-baru ini telah menyiarkan dokumentari bertajuk Pimp My Antler Rack.
Dokumentari tersebut menunjukkan cara-cara para pereka menghias kepala kijang, rusa dan lembu untuk dijadikan perhiasan rumah, pejabat dan restoran.

KEPALA dan tanduk rusa kini menjadi objek hiasan yang sangat bernilai di Jerman.


Identiti
Sebuah laman web, www.geweihshop.de turut menjual mahkota rusa pelbagai warna seperti emas, perak, merah jambu dan kepala arnab yang dihiasi tanduk rusa serta banyak lagi model tradisional lain.
Menurut Profesor Kebudayaan dan Kajian Media di Universiti Terbuka Berlin, Klaus Siebenhaar, masyarakat luar sering mengaitkan Jerman dengan sosej dan kubis jeruk.
Katanya, namun kini kepala rusa telah menjadi salah satu identiti masyarakat Jerman iaitu simbol kepada hutan dan alam semula jadi.
Beliau turut menggambarkan kepala haiwan yang digantung mempunyai persamaan dengan populariti minuman keras Jaegermeister yang menggunakan logo kepala rusa. Jenama tersebut telah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar dan pesara sejak kebelakangan ini.
Di daerah Neukoelln, Berlin iaitu kawasan utama golongan hipster, kepala haiwan merupakan objek penting di samping janggut dan seluar jean ketat.
Pemilik kafe Rudimarie, Ines Djampour berkata, kafenya telah berjaya menarik pelajar, muda-mudi dan golongan tua dari kawasan kejiranan tersebut.
Kafe tersebut telah diuruskan secara berhati-hati untuk memadankan perabot taman vintaj, lampu antik dan hiasan dinding serta kepala rusa yang digantung secara bertentangan dengan pintu hadapan.
"Sejak zaman kanak-kanak apabila saya melihat kepala binatang dengan serta-merta terfikir mengenai politik berhaluan kanan.
"Saya rasa telah tiba masanya kepala haiwan ini dijadikan sebagai barangan perhiasan dalam konteks yang berbeza. Sekiranya satu elemen telah dikeluarkan dan elemen lain dimasukkan, ia akan melahirkan persepsi yang berbeza," kata Djampour.
Sementara itu, bagi pemilik restoran dan bar Reuterkiez, Kathrin Land berkata, kebanyakan kaum lelaki di kawasan tersebut ingin melihat bilik merokok mereka dipasang dengan set tanduk rusa.
Dia mengakui bahawa golongan tua mungkin mempunyai kepercayaan negatif terhadap kepala rusa jantan kerana ketika tahun 1950-an, ia merupakan waktu penindasan di Jerman."Sudah tentu ia benda kolot, kamu akan berfikir bahawa orang-orang Bavaria tidak ubah seperti Disneyland Jerman dan tidak akan datang ke sini," katanya.
"Apabila berfikir mengenai ibu saya dan generasi 60-an. Mereka pasti berkata ini adalah generasi ketika kita memberontak, ia suasana yang cukup klasik," katanya.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories