RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Misha & Firos Selamat Bergelar Suami Isteri

Posted: 01 May 2014 11:58 PM PDT


vbwer
Misha dan Firos kini sah suami isteri.
KOTA BAHRU: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Renaissanse di sini, Jumaat.

Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat kira-kira pukul 9.30 pagi.
de
Misha bersama pengapit-pengapitnya yang antaranya ialah Dina, Jaclyn dan Fara Fauzana.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan.

eqyh54

Acara tersebut diacarakan oleh Adibah Noor mankala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan.

Sebelum upacara pernikahan bermula, Ahmad Kamil terdahulu menyampaikan khutbah perkahwinan secara santai. Ahmad Kamil sempat menggelar Firos sebagai 'Abang Ultraman' yang mengundang hilai tawa dikalangan hadirin.

vew
Pasangan pengantin bersama rakan-rakan artis.
Misha Omar bersama mas kahwinnya berupa seutas gelang emas.

Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat.
y45
 Pasangan pengantin bersama rakan-rakan artis.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Jumaat(malam ini) di hotel sama untuk keluarga perempuan manakala pihak lelaki memilih 12 Mei ini untuk meraikan pasangan itu di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Terdahulu Misha sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada30 November tahun lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012.

Yatt Hamzah: Tutup aib orang, ALLAH tutup aib kita

Posted: 01 May 2014 11:56 PM PDT


  • Yatt HamzahYatt Hamzah

LUMRAH kehidupan selebriti, kebanyakan daripada mereka tidak pernah terlepas daripada kontroversi dan masalah peribadi.

Bukan sahaja kontroversi yang boleh menjejaskan nama, malah ada dalam kalangan mereka tanpa segan silu mempamerkan perangai 'sebenar'.

Bukan sahaja soal pemakaian, malah ada juga segelintir daripada mereka turut terlibat dalam gejala buruk termasuk gemar berpesta, terlibat dengan pengambilan dadah dan alkohol.

Walaupun dunianya satu ketika dahulu 'hitam' dan didampingi rakan-rakan artis yang sedemikian, namun istiqamah selebriti ini wajar diberi pujian.

Hampir dua tahun berhijrah, pelakon dan pengacara ini bagaimanapun masih menjadi pemerhati industri dan rakan-rakan artisnya yang masih berada dalam kepompong yang sama.

Akui Yatt, 34, kadang kala, dia sendiri merasa sedih apabila berita-berita mengenai selebriti Melayu Islam terpampang di dada akhbar mengenai perkara-perkara yang mengaibkan.

"Walaupun saya tidak seteruk itu di satu masa dahulu, namun saya pernah jahil dan jahat. Saya pernah mendedahkan aurat saya untuk tatapan orang lain.

"Namun, kalau kita tutup aib orang, ALLAH SWT akan tutup aib kita. Namun, ramai dalam kalangan kita sedia mendedahkan aib sendiri. Saya sendiri tidak tahu untuk melabelkannya.

"Pun begitu, sebagai manusia, kita bukanlah penghukum dan penilai. Doakan sahaja mereka berubah dan sedar," katanya lagi.

Tambah Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah ini, perkara yang turut meruntun hatinya juga adalah laman sosial.

"Saya sedih melihat peminat dan pengikut laman sosial bergaduh di alam maya kerana berbeza haluan. Ada yang menyebelahi dan ada yang membangkang tindakan selebriti.

"Saya sendiri tak tahu adakah selebriti itu sendiri membaca komen-komen dan pergaduhan peminat mereka. Namun, bagi saya, adalah tidak elok jika kita bersubahat dan menyokong perkara yang tidak baik.

"Ada baiknya jika kita berdoa agar mereka berubah dan jika mahu menegur, gunalah platform yang tidak mengaibkan seseorang contohnya, secara personal di 'inbox'," saran Yatt.


Tolak tawaran lakonan?

Bertanya mengenai perkembangan kerjayanya pula, Yatt mengakui jadualnya amat padat dengan beberapa aktiviti.

Menurut Yatt, hampir setiap hari, dia akan terlibat dalam program motivasi dan dakwah di beberapa lokasi termasuk institut pengajian tinggi (IPT), kementerian dan masjid.

"Alhamdulillah, hari-hari yang saya lalui berjalan dengan lancar dan boleh dikatakan hari-hari terisi dengan pelbagai aktiviti.

"Selain program motivasi dan dakwah, saya juga turut mengusahakan butik pakaian Muslimah, Suci By Yatt Hamzah. Malah, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

"Selain itu, saya juga terlibat dengan beberapa NGO termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan program, Amal Palestin, kutipan dana untuk Rohingya dan Mesir," katanya.

Walaupun sibuk dengan aktiviti dakwahnya, namun Yatt masih menerima tawaran dalam bidang lakonan.

Jelas Yatt yang juga pengacara untuk program, Al-Hidayah, di saluran TV3, dia kini perlu lebih selektif dalam pemilihan naskhah dan watak.

"Alhamdulillah, walaupun saya sudah berhijrah, namun rezeki dalam lakonan masih ada. Namun, saya berhadapan dengan kekangan masa.

"Setiap tawaran yang diterima, saya kena rujuk pada jadual saya terlebih dahulu dan sebelum ini beberapa tawaran terpaksa ditolak kerana jadual yang padat.

"Kalau dulu, saya meletakkan lakonan sebagai pekerjaan utama, kini aktiviti dakwah dan kebajikan lebih menjadi keutamaan," katanya lagi.


Bantu selebriti berhijrah

Walaupun penghijrahan itu membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih baik, namun akui Yatt, ada dalam kalangan selebriti turut berdepan dengan masalah dalam industri.

Menurut Yatt, tidak kurang juga pihak yang tidak bertanggungjawab turut melabelkan artis yang berhijrah terlibat dalam parti pembangkang.

Malah, peluang untuk artis bertudung beraksi dilayar juga semakin tipis apabila produksi kurang memberi ruang kepada golongan ini.

"Saya bersyukur kerana peluang saya dalam industri masih ada. Namun, saya menerima banyak keluhan daripada artis yang berhijrah mengenai peluang mereka untuk bekerja.

"Malah, ada yang beranggapan, artis bertudung labuh ini lebih memihak kepada pembangkang walaupun kami tidak pernah mencampuri urusan parti. Saya juga turut menerima tuduhan atas perkara yang sama.

"Selain itu, sekiranya kami terlibat dalam program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri yang dipimpin pembangkang, ada yang terus menuduh kami terlibat dalam agenda politik," katanya yang terus mengambil langkah berdiam diri dari melayan tuduhan yang dilemparkan sejak dahulu lagi.

Atas dasar prihatin terhadap golongan selebriti berhijrah yang terpinggir, Yatt yang juga ikon Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), merancang untuk membantu rakan-rakannya.

Jelas ibu kepada Suci Hanania, 4, ini, dia bakal bekerjasama dengan Yadim untuk menubuhkan NGO untuk memberi ruang kerja untuk rakan selebriti.

"Perkara ini masih dalam perancangan dan Insya-ALLAH, jika tiada tiada halangan, ianya bakal dimulakan pada sambutan Bulan Dakwah Negara, pada Mei ini.

"Dalam program ini, kita akan bekerjasama dalam menerbitkan beberapa projek termasuk teater dan projek yang berlandaskan Islamik.

"Saya sangat-sangat berharap agar program ini dapat dilaksanakan kerana saya perlu berbuat sesuatu untuk membantu dan menjaga kebajikan artis-artis yang berhijrah," katanya.

Juta Juta raih tiga anugerah

Posted: 01 May 2014 11:52 PM PDT

SHAWN AMER teruja dengan kemenangan besar produksi Teater Juta Juta dalam Boh Cameronian Arts Awards ke-11.


SIAPA sangka, walaupun baru setahun jagung dalam bidang penerbitan teater, usaha dan kesungguhan menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi serta bertepatan dengan senario industri teater pada masa kini akhirnya mendapat pengiktirafan komuniti profesional.
Pada penganjuran kesebelas Boh Cameronian Arts Awards yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini, kumpulan teater Mask Team berjaya menggondol tiga anugerah utama selepas tercalon dalam sembilan kategori menerusi dua teater terbitan mereka, Teater Juta Juta dan Maduku Kalut.
Teruja dengan kemenangan tersebut, pengarah urusannya, Shawn Amer berkata, dia begitu gembira dan terkejut dengan kemenangan yang diterimanya kerana itu merupakan kali pertama Mask Team menyertai anugerah tersebut.
"Sebagai kumpulan baharu yang pertama kali menyertai anugerah ini, kami sungguh teruja dengan anugerah yang diberikan.
"Alhamdulillah, Teater Juta Juta berjaya mendapat tiga pengiktirafan utama iaitu bagi kategori Persembahan Berkumpulan Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Pengarah Terbaik," ujarnya ketika ditemui selepas tamat majlis tersebut.
Tambah Shawn, kejayaan yang diraih oleh Mask Team adalah bertitik tolak daripada kekuatan yang ditonjolkan serta kerja sama yang terlibat antara para pelakon Teater Juta Juta.
KELETAH Melissa Saila (kiri) dan Fatimah Abu Bakar ketika membuat persembahan berjaya menceriakan suasana.


"Kekuatan teater ini terletak pada tiga orang pelakon teater ini iaitu Anas Ridzuan, Aloy Paradoks dan Fazleena Hishamuddin.
"Walaupun bertiga, namun, mereka mampu menjayakan 12 watak tanpa melibatkan sebarang pertukaran kostum mahupun set. Dari situlah energi mereka sebagai pelakon wujud," jelas Shawn yang pertama kali mementaskan teater tersebut di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2011.
Cubaan pertama Aqasha
Dalam pada itu, pelakon Aqasha turut dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik (Teater) menerusi penglibatannya dalam Teater Kompilasi Nam Ron yang diarahkan oleh pelakon terkenal, Nam Ron.
"Sejujurnya, saya tidak sangka dianguerahkan dengan kemenangan ini. Lebih-lebih lagi apabila calon-calon yang turut bertanding adalah pelakon-pelakon yang hebat.

BOH Cameronian Arts Awards ke-11 dihoskan oleh Harith Iskander (kiri) dan Shelah.


"Justeru, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada juri-juri, Kakiseni dan Rumah Anak Teater selalu penerbit Teater Kompilasi Teater Juta Juta atas kemenangan ini," ujar Aqasha.
Berkongsi pengalamannya beraksi buat pertama kalinya di atas pentas teater, Aqasha memberitahu, dia banyak mempelajari tentang cabang seni yang baru diceburinya itu menerusi tunjuk ajar yang diberikan oleh Nam Ron.
"Apa yang paling dihargai sepanjang penglibatan saya menerusi pementasan ini adalah proses pembelajaran yang dilakukan antara para pelakon dan pengarah.
"Selain mendapat tunjuk ajar oleh Nam Ron, bantuan rakan-rakan artis seperti Sharifah Amani turut membantu saya memperhalusi fungsi utama saya sebagai seorang pelakon teater," ujarnya lagi.
Dianjurkan sejak tahun 2002, Boh Cameronian Arts Awards kali yang kesebelas ini mengangkat tema era 60-an bagi memberi penghormatan kepada anak-anak seni terdahulu yang banyak membantu mencorakkan industri teater tanah air.


Jual pisang kumpul dana

Posted: 01 May 2014 11:47 PM PDT


SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak yang begitu teruja dengan pembukaan Pusat komputer komuniti kampung Lubuk Jaya.


TATKALA pintu pusat komputer komuniti Kampung Lubuk Jaya, Kuala Selangor dibuka, kelihatan beberapa orang kanak-kanak begitu teruja memasuki pusat komputer komuniti (CCC) tersebut.
Bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman itu, wujudnya pusat tersebut menjadi satu anugerah yang besar nilainya.
Pusat komuniti yang dibina atas sebidang tanah yang diwakafkan seorang penduduk kampung merupakan projek komuniti Starbucks Malaysia (Starbucks) yang dimulakan pembinaannya April tahun lalu.
CCC yang baru sahaja dibuka pada 19 April lalu sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung itu khususnya kanak-kanak.
Bilik berhawa dingin yang dilengkapi 10 buah komputer merupakan usaha murni Starbucks bersama pelanggan-pelanggan yang menyumbangkan kira-kira RM100,000 untuk pembinaannya.
Bagi Nur Syarifah Suhadah Othman, adanya pusat komuniti tersebut memberi ruang kepada dirinya untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
Gadis sunti berumur 15 tahun ini tidak sempat untuk meneruskan persekolahan, namun azamnya untuk mencari ilmu sangat tinggi.
Katanya, pusat komuniti tersebut membolehkannya belajar asas-asas komputer seperti menaip menggunakan perisian Microsoft Office serta melayari internet.
Belajar
Selain belajar kemahiran asas komputer dan teknologi maklumat, Nur Syarifah mahu memanfaatkan pusat komuniti ini sebagai akses untuk menimba ilmu.
Dia juga mahu mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk memajukan perniagaan kedai makan yang diusahakan ibunya berhampiran rumah.
Gadis ini juga tidak mahu melepaskan peluang mengikuti kelas komputer yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pusat Kebajikan Hope Sedunia (Hope).
Hope akan menyediakan satu jadual khusus untuk kanak-kanak di kawasan tersebut termasuk mempelajari sistem e-Pembelajaran.
Pengarah Eksekutifnya, Katy Lee berkata, pihaknya akan menyediakan tenaga pengajar yang terdiri daripada warga tempatan yang akan mengajar kanak-kanak di kampung Lubuk Jaya itu.

PEMBUKAAN CCC yang dirasmikan 19 April lalu diharapkan membawa sinar baharu buat penduduk Kampung Lubuk Jaya.


HOPE juga akan menyediakan modul pembelajaran komputer kepada penduduk kampung untuk memastikan kanak-kanak khususnya dan masyarakat setempat mendapat kemahiran yang sepatutnya.
Sementara itu, bagi Shahril Othman pula, dia lebih bersemangat untuk belajar kerana mengulangkaji dengan komputer lebih seronok dan tidak membosankan.
Pembelajaran yang interaktif ini diharapkan mampu melonjakkan prestasi akademik dan memperbaiki kedudukannya dalam kelas, kata si cilik yang menduduki tempat kelima dalam kelasnya.
Dia yang berusia lapan tahun itu mahu meneroka ilmu sains dengan lebih mendalam melalui modul pembelajaran dalam talian yang bakal didedahkan kepadanya dan rakan-rakan nanti.
Baginya, belajar komputer di CCC pasti lebih menyeronokkan kerana mempunyai seseorang yang akan mengajarnya selain tidak perlu berebut-rebut dengan ramai rakan sekelas seperti di sekolah.
Sambil mata tidak berkelip menghadap skrin komputer, tangannya leka menaip sesuatu, dia memberitahu, cita-citanya untuk menjadi seorang angkasawan.
Shahril akan dihantar oleh ibunya ke pusat tersebut selepas waktu persekolahan untuk mengikuti kelas yang disediakan.
Pisang
Bagi Ketua Kampung Lubuk Jaya, E'Ajis Jaafar, usaha Starbucks mendirikan CCC tersebut perlu dipuji.
Mereka bukan sahaja melakukan khidmat komuniti malah turut memberikan peluang kepada penduduk kampung untuk menambah pendapatan.
Katanya, bermula April tahun lalu penduduk kampung telah memulakan projek tanaman pisang berangan secara intensif yang dibeli pihak Starbucks secara pukal setiap hari.

STARBUCKS menyumbang kembali sebahagian daripada hasil jualannya kepada komuniti yang juga merupakan sumbangan daripada para pelanggannya.


"Dahulu kebanyakan penduduk kampung bergantung kepada tanaman kelapa sawit, tetapi sekarang tanaman pisang berangan gred A menjadi sumber pendapatan penting di sana.
"Starbucks telah menjadikan kampung tersebut sebagai perintis kepada program Connecting Communities (Menghubung Komuniti) sempena ulang tahunnya ke 15," ujar beliau.
Menerusi program tersebut, bekalan pisang dari kampung itu digunakan pihak Starbucks dalam menghasilkan pelbagai menu pastri dan biskut yang menggunakan bahan pisang di semua cawangannya di negara ini.
Hasil jualan biskut dan pastri ini di semua rangkaian Starbucks selama tujuh bulan kemudian disumbangkan semula untuk pembinaan CCC tersebut.
Beliau yang lebih mesra dengan nama Cikgu Ajis berkata, secara purata, pendapatan penduduk yang bertani telah meningkat kepada RM3,000 sebulan.
Usaha sama yang dijalinkan antara penduduk kampung dan Starbucks dalam projek tanaman pisang banyak mengubah landskap ekonomi dan gaya hidup penduduk kampung Lubuk Jaya.
Kawasan tanaman seluas 20 hektar itu akan ditambah sekali ganda menerusi bantuan benih dan baja serta nasihat daripada Jabatan Pertanian Selangor melibatkan peruntukan berjumlah kira-kira RM76,000.
Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Selangor, Azmir Firdaus Zamzuri yang turut hadir pada majlis perasmian itu berkata, pengeluaran pisang gred A di kampung itu kini mencecah 100 kilogram (kg) setiap hari.
Katanya, sehingga Disember tahun lalu sebanyak 83.5 tan pisang berangan gred A telah dipasarkan oleh penduduk kampung ini.


Dua Keping Syiling Tembaga Ditemui Di Pulau Nangka

Posted: 01 May 2014 11:40 PM PDT


MELAKA: Pemburuan harta di Pulau Nangka mungkin menemui kejayaan. Pekerja syarikat yang terlibat dalam operasi mencari itu menemui dua syiling medalion tembaga, yang dipercayai menjadi sebahagian daripada kekayaan berbilion ringgit dari zaman Kesultanan Melaka yang disimpan di pulau kecil itu.
Penemuan itu dibuat pada pukul 11 malam Rabu, hanya satu jam sebelum kontrak dianugerahkan kepada Perkongsian Pintar (M) Sdn Bhd, syarikat yang ditauliahkan sejak Januari untuk mengesan dan menyelamatkan khazanah itu tamat.
Peninggalan itu ditemui apabila pekerja menggerudi dinding gua untuk mencari khazanah yang masih ada, dipercayai disimpan di 20 peti di dalam gua.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Datuk Khamis Abas berkata, inskripsi mengenai peninggalan mendapati ia mempunyai huruf dan simbol yang berbeza.
Satu daripadanya mempunyai inskripsi dalam bahasa Arab atau Jawi manakala yang lain mengandungi bahasa Sanskrit atau purba Pallava Tamil, yang menunjukkan bahawa ia dari era pemerintahan Majapahit.
"Selepas melihat peninggalan yang awal itu, kami percaya barangan itu adalah medalion berdasarkan kepada saiz mereka tetapi kajian lanjut diperlukan sebelum kita benar-benar dapat mengesahkan medalion itu dari era mana," katanya pada Khamis.
Pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya,Kemudahan Awam,Pengangkutan dan Pemulihan Projek, Datuk Abdul Ghafar Atan mengumumkan bahawa Perkongsian Pintar International, yang telah diberikan kontrak empat bulan bermula Januari lepas, mempunyai masa sehingga tengah malam Rabu untuk mencari harta karun.
Kerajaan Melaka merancang untuk memberikan tugas itu kepada sebuah lagi syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Khazanah Legend Sdn Bhd, untuk meneruskan carian dan penggalian.
Pada Khamis, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan penemuan itu tetapi mahu pihak berkuasa berkenaan untuk menentukan kesahihan peninggalan itu dan adakah ia dengan sengaja ditanam di kawasan itu.
"Ujian karbon akan dijalankan untuk menentukan perincian peninggalan itu.
"Salah satu duit syiling (medalion) akan melalui ujian makmal oleh ahli arkeologi yang disahkan," katanya.
Idris berkata jika syiling itu didapati sahih, kontrak Perkongsian Pintar perlu dilanjutkan.
The Star, pada cerita muka depan eksklusifnya mengenai harta karun di pulau itu pada 14 April lalu, melaporkan bahawa kerajaan negeri memberikan permit kepada dua syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penggalian di bawah syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Perzim.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories