RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Uqasha Senrose Mula Jaga Adab Selepas Bertudung

Posted: 19 Jun 2014 07:41 PM PDT


Uqasha selesa berhijab.
PETALING JAYA: Pelakon Uqasha Senrose menjelaskan selepas membuat keputusan bertudung jiwanya menjadi semakin tenang manakala perlakuannya juga sudah mula dijaga.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 22, berkata dia  juga mula mengawal setiap perilaku dan kata-kata yang ditutur untuk menjaga adab sebagai wanita muslimah sebenar.

"Alhamdulillah, sejak bertudung ini, sedikit demi sedikit saya mengubah perilaku diri. Nak gelak kuat-kuat pun dah segan, tak macam dulu.

"Bukan sebab risau orang pandang, tetapi saya anggap menjaga adab dan sikap membuatkan kita menjadi seorang muslimah yang sempurna dan lebih baik. Apa-apa pun banyak lagi perkara yang perlu saya belajar," ujarnya kepada mStar Online.

Uqasha  turut menegaskan keputusannya mahu bertudung pada bulan lalu tiada kaitan dengan permintaan mana-mana lelaki yang cuba dikaitkan dengannya.

Perubahan itu ujarnya datang atas kemahuan sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh mana-mana pihak.

"Merepeklah! Takkan saya bertudung kerana dipaksa oleh seseorang? Jujurnya perubahan pada diri saya datang daripada kemahuan sendiri. Tiada paksaan daripada sesiapa pun.

"Kalau ikut orang, nanti pemakaian tudung saya tidak akan kekal. Jadi tak perlulah saya nak ikut orang dalam melakukan apa-apa perubahan, biar niat itu datang dengan sendiri," katanya.

Sementara itu, Uqasha berkata, dia juga bersyukur masih lagi menerima pelbagai tawaran berlakon termasuklah perojek terbaharu iaitu penggambaran filem Mat Kilau.

Selain itu dia juga bakal muncul dengan drama Opps Terlebih Sudah dan Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya.

Wanita Brunei Bakal Isteri Azlee Khairi

Posted: 19 Jun 2014 07:40 PM PDT


Azlee Khairi - Foto daripada ak7galerigambar.blogspot.com
PETALING JAYA: Pelakon Azlee Khairi memberitahu bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita yang dikenali sebagai Leez pada penghujung tahun ini.

Azlee, 25, berkata, bakal isterinya itu berasal dari Brunei dan mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

"Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini.

"Leez berasal dari Brunei dan kami telah berkenalan dan bercinta sejak setahun lalu," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Azlee berkata, dia bagaimanapun tidak merancang untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu dengan wanita berusia 31 tahun itu sebaliknya ingin terus disatukan sebagai suami-isteri.

Dia juga tidak menghiraukan cakap-cakap pihak lain dengan keputusannya itu kerana sebagai seorang selebriti setiap perkara yang dilakukannya akan mendapat perhatian dan kritikan.

"Insya-Allah kami akan berkahwin terus tanpa ikatan pertunangan. Saya tidak bimbang  pandangan orang kerana apa juga saya buat mereka akan bercakap.

"Buat majlis kahwin orang bercakap, tidak buat pun orang bercakap jadi saya buat apa yang dirasakan perlu dan betul," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai perbezaan umur mereka sebanyak enam tahun, Azlee berkata ia bukan suatu masalah besar kerana paling penting mereka saling memahami.

Jelas Azlee lagi, dia terpikat dengan Leez kerana wanita itu mengenali sisi baik dan buruknya dan dapat menerima dia seadanya.

"Rasullallah dan Siti Khadijah pun berbeza usia mereka tetapi tetap hidup bahagia dan isu umur itu bukan pengukur dalam sesuatu hubungan.

"Paling penting dia boleh terima diri saya seadanya," kata pelakon drama Love You Mr. Arrogant  ini lagi.

"Sudah-Sudahlah Rita Jangan Asyik Cari Salah" - Aidil Zafuan

Posted: 19 Jun 2014 07:39 PM PDT


Aidil berang Zarema dituduh menjadi punca dia tidak berjumpa dengan anak-anaknya. 
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan berasa kesal dengan sikap bekas isterinya, Rita Rudaini Mokhtar yang tidak habis-habis mencari salah termasuklah memburukkan isterinya iaitu Zarema Zainal kerana dikatakan menjadi punca dia tidak menjenguk dua orang anaknya sejak mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, yang menghubungimStar Online berkata, sebagai seorang suami, dia perlu mempertahankan isterinya daripada tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Rita kepada pihak media pada Rabu lalu.

Malah Aidil yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) turut berharap penjelasan yang diberikannya ini sedikit sebanyak dapat membersihkan nama baiknya dan isteri yang selama ini sering dikecam masyarakat.

Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia tiga tahun.

Berikut ini penjelasan hati Aidil kepada mStar Online:

Betul ke Zarema tidak benarkan kamu berkomunikasi dengan Rita seperti yang Rita perkatakan?

Saya sebenarnya terkejut apabila Rita mengaitkan isteri saya (Zarema) dalam masalah kami. Apabila dah jadi macam ini saya perlu mempertahankan isteri saya yang tidak ada kena mengena pun dengan perkara ini.

Selama ini isteri saya tidak pernah menghalang saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya terkejut apabila Rita menuduh isteri saya pula menyekat (block) aplikasi WhatsAppdan WeChat saya agar tidak dapat berhubung dengannya. Rasanya tuduhan Rita itu sudah melampau. Andai kata memang benar WhatsApp dan Wechat disekat, SMS (sistem khidmat pesanan ringkas) kan ada? Kenapa dia  tak boleh SMS atau telefon saya terus?

Apabila Rita membuat kenyataan kepada media, ia telah memburukkan nama baik isteri saya yang mana dia turut dihentam oleh orang ramai di laman sosial.


Rita juga berkata sejak Aidil berkahwin dengan Zarema pada Mac lalu, Aidil langsung tak jenguk anak-anak? 

Diakui memang sejak berkahwin ini, saya tidak berkesempatan berjumpa dengan anak-anak kerana saya kini menetap di Johor. Sebab itu saya jarang jumpa anak-anak.

Tetapi saya ada tanya khabar mereka kepada Rita. Dia yang tidak balas mesej saya. Masa anak saya, Arjuna sakit pun dia tidak beritahu. Saya dapat tahu pun selepas Rita memuat naik gambar anak di Instagram dan apabila saya mesej dia tanya betul ke anak masuk hosiptal? Dia tak jawab pun.

Rita Rudaini mendedahkan isteri baharu Aidil cuba menyekat komunikasi mereka.

Oh... Iya ke? Aidil bengang dengan sikap Rita itu?

Sebagai ibu kepada ana-anaknya,  dia mesti beritahu saya apa-apa masalah berkaitan dengan anak-anak. Tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dan kemudian lain pula jadinya apabila orang hentam dan tuduh saya langsung tidak pedulikan anak. Kenapa dia mesti burukkan nama saya?

Itu yang membuatkan saya lagi geram. Di mahkamah, saya mengalah dan beri hak penjagaan anak-anak kepada dia. Tetapi apabila anak sakit, dia tak cakap apa-apa pun kepada saya.

Kesal dengan tindakan Rita?

Saya memang kesal dengan sikapnya yang tidak sudah-sudah mahu memburukkan saya. Saya menghubungi kamu (mStar Online) pun bukan sengaja mahu cari publisiti. Saya tak ada tempat untuk luahkan perasaan. Saya bukannya artis.

Tetapi apabila nama saya tidak sudah-sudah diburukkan dan sekarang ini dia mahu babitkan Zarema sekali, rasanya ia agak melampau. Dari dulu sampai sekarang dia selalu memburukkan nama saya. Pada hal isteri saya tidak masuk campur tentang perkara ini.


Bagaimana dengan isu nafkah anak-anak?
Kalau nak tahu, ada masanya Zarema yang tolong masukkan nafkah anak-anak (bank-in) kerana saya sibuk dengan kerja. Tak kisahlah orang nak cakap saya bapa yang bertanggungjawab atau tidak. Biar Allah yang menilaikannya. Sudah-sudahlah nak memburukkan saya. Biarkan saya dengan kehidupan baru.

Jika benarlah dia masih tidak berpuas hati dengan saya kononnya saya tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak, tunjuk buktinya. Saya dah penat dah asyik kena cacian daripada orang sahaja.


Adakah Aidil akan mengambil sebarang tindakan terhadap Rita berkenaan isu ini?
Tuduhan itu lebih ditujukan kepada isteri saya. Sekiranya isteri mahu mengambil tindakan, terpulang kepada dia.

Azadan Berhasrat Tinggalkan Rabbani

Posted: 19 Jun 2014 07:37 PM PDT


Azadan (kanan) bersama anggota kumpulan Rabbani.
SHAH ALAM: Ketua kumpulan nasyid Rabbani iaitu Ustaz Azadan mengesahkan desas-desus mengatakan dia bakal meninggalkan kumpulan tersebut adalah benar.

Azadan atau nama sebenarnya Azadan Abdul Aziz, 40, berkata, dia membuat keputusan tersebut sejak Disember tahun lalu dan ia telah dimaklumkan kepada semua ahli kumpulan tersebut.

"Desas-desus tersebut memang benar tetapi saya berdiam diri mengenai perkara itu kerana menghormati rakan-rakan lain dalam Rabbani.

"Malah saya sebenarnya sudah berniat untuk mengundurkan diri daripada Rabbani sejak tahun 2007 namun akhir tahun lalu baharu saya maklumkan kepada semua rakan-rakan lain," katanya kepada mStar Online.

Azadan ditemui pada majlis pelancaran Iftar Ramadan di Dewan Orkid Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Azadan menegaskan dia ingin meninggalkan Rabbani bukan kerana mengalami krisis dengan ahli lain kumpulan itu.

Sebaliknya kata Azadan, komitmen terhadap beberapa perniagaan yang diusahakan bersama keluarga sejak beberapa tahun lalu menjadi faktor utama dia mengambil keputusan itu.

"Masalah dalam sesebuah kumpulan itu memang wujud dan tidak dinafikan turut berlaku dalam Rabbani namun hubungan hampir 20 tahun yang terjalin di antara kami membuktikan perselisihan faham bukanlah punca saya ingin mengundurkan diri.

"Kesibukan dengan beberapa perniagaan yang diuruskan membuatkan saya mengambil keputusan itu kerana bimbang tidak dapat membahagikan masa dengan baik di antara Rabbani dan perniagaan," jelasnya.
Rabbani

Bagaimanapun kata Azadan,keputusan mengundurkan diri daripada Rabbani ditangguhkan buat sementara waktu kerana ingin menjaga hati rakan-rakan seperjuangan yang lain.

"Secara teknikalnya saya masih bersama Rabbani dan akan cuba bertahan selagi saya mampu biarpun yakin kumpulan itu mampu bergerak tanpa kehadiran saya.

"Apabila memikirkan kami sudah bersama sejak 1997 saya berat untuk membuat keputusan itu dan harus berkorban namun tidak pasti sampai bila," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azadan berkata, kerjasama Rabbani dan PKPS pada majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini berlaku secara tidak sengaja namun berbesar hati dipelawa untuk mengadakan persembahan di situ.

Jelas Azadan, selain mengadakan persembahan pelbagai aktiviti keagaman turut disediakan termasuk solat berjemaah Maghrib, Isya dan Tarawikh.

"Sebelum ini selama 21 tahun kami bersama Hotel Singgahsana untuk mengadakan persembahan setiap kali tiba Ramadan dan tahun ini rezeki kami bersama PKPS.

"Selain persembahan dan aktiviti keagamaan yang bakal dianjurkan, lebih 90 hidangan enak disediakan untuk tetamu sebagai santapan berbuka puasa," katanya.

Tambah Azadan lagi, selain Rabbani, beberap kumpulan nasyid lain turut dijemput bagi memeriahkan acara tersebut dari 1 hingga 28 Ramadan.

Bayaran rendah turut dikenakan kepada pengunjung iaitu RM58 untuk dewasa, RM45 (warga emas berumur 55 tahun ke atas) dan RM39 (kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun).

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan boleh menghubungi Faradina di talian 012-310 9840 atau Nor Azihan di 019-224 3105.

Bengang ibu solat, mengaji

Posted: 19 Jun 2014 07:31 PM PDT


  • Ismail mengaku salah mengancam ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.Ismail mengaku salah mengancam ibunya di Mahkamah Majistret, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur tergamak mengugut mahu membunuh ibunya hanya kerana bengang dengan wanita itu menunaikan solat dan mengaji al-Quran setelah mendakwa dirinya telah mengamalkan serta bertukar agama kepada Kristian.

Ismail Mansor, 34, dari Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, mengaku salah melakukan ugutan jenayah iaitu mengancam hendak mendatangkan cedera kepada ibunya, Mek Azizah Yusof, 55, dengan niat menyebabkan mangsa merasa cemas di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu dilakukan di kediaman mereka di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, pada 13 Jun lalu, kira-kira jam 9 malam.

Susulan pengakuan bersalah itu, anak kedua daripada tiga beradik itu berdepan hukuman penjara selama boleh sampai  dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, Majistret Nurunaim Abdullah menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh jatuh hukum dan membenarkan Ismail diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa ibu malang itu berada di rumah menonton televisyen, secara tiba-tiba datang Ismail yang hendak menghentak kepalanya dengan lesung batu sambil berkata 'aku hendak bunuh mu' beberapa kali.

Terkejut melihat keadaan anaknya yang seperti dirasuk, suri rumah terbabit terus melarikan diri masuk ke dalam bilik tidurnya sebelum mengambil keputusan melarikan diri ke rumah jiran bagi mendapatkan bantuan.

Difahamkan, Ismail bertindak sedemikian kerana marah dan melarang mangsa solat serta mengaji kerana mendakwa telah mengamalkan dan bertukar agama kepada Kristian.

Bimbang keselamatan diri dan ahli keluarga pada masa akan datang, mangsa membuat laporan polis dan susulan itu pada 15 Jun lalu, kira-kira jam  2.15 pagi, Ismail ditangkap di rumahnya.

Amy Search kecewa dengan Nabila?

Posted: 19 Jun 2014 07:29 PM PDT


  • Amy Search kecewa dengan Nabila?

BAPA merupakan ketua dan pemimpin yang berdepan dengan tanggungjawab berat dalam memastikan kesejahteraan keluarga.

Namun, apabila setiap kali nasihatnya itu dipandang sepi, sudah pasti ia memberi kesan buat dirinya sendiri.

Begitulah situasi yang dialami oleh legenda rock terkenal, Amy Search, dalam menggalas tugasnya sebagai bapa.

Sebelum ini, dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya yang juga pelakon, Nabila Huda, namun kali ini dia enggan.

Walaupun ramai mula berbicara mengenai anaknya itu, namun Amy mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen dan nasihat lagi.

Menurut Amy, berita mengenai anaknya yang diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui pada hari ini (semalam).

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,' kata Amy lagi.

Mendengar butir bicara Amy, jelas menunjukkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini.

Ini bukanlah kali pertama Nabila dilanda kontroversi malah, kebanyakan daripada pengikut laman sosial pelakon ini sentiasa meninggalkan pesanan dan komen yang kurang enak di setiap foto yang dimuat naik.

Terbaru, melihat kepada kehidupan peribadi Abil yang gemar bersosial dan bercuti bersama kekasih, seorang pengikut laman Instagramnya, bernama, Darian Christ telah meninggalkan komen berbaur sinis kepada pelakon drama, Masih Ada Cinta, ini.

Antaranya, pengikut itu mengajak Abil untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Abil tidak berhasil apabila pelakon ini kini sedang bercuti di Barcelona.


Simpati dengan Wings

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai lagu-lagu baharu kumpulan, Wings, yang menjadi mangsa cetak rompak, Amy berkata ia gejala yang perlu diberi perhatian.

Menurut Amy, walaupun gejala ini sudah berleluasa sejak zaman kegemilangan mereka lagi, namun ia satu perkara merunsingkan.

"Kalau dulu, jarang sangat kita dengar lagu dicetak rompak sebelum album dikeluarkan. Kalau ada pun, hanyalah membabitkan kumpulan indie sahaja.

"Sekarang, ianya terjadi sebelum ianya dilancarkan. Saya sendiri bingung memikirkan perkara ini. Bagaimana ia boleh terjadi dan siapa yang perlu bertanggungjawab?

"Pada saya, siapa yang diberi kuasa memegang karya itu, dialah yang perlu bertanggungjawab," katanya lagi.

Jelas Amy, dia bersimpati dengan nasib rakan seangkatannya, Wings, yang terpaksa berdepan dengan masalah sebegini.

"Saya bakal muncul dengan album solo tidak lama lagi setelah 13 tahun tidak menghasilkan sebarang album buat peminat.

"Namun, perkara ini tidak menghantui saya, saya tidak akan membiarkan lagu baharu saya dipromosikan secara keseluruhan di Youtube.

"Cukuplah separuh sahaja, tanpa lagu penuh dan saya akan menggunakan platform secara fizikal sebagai promosi," katanya.

Netbook untuk guru, bukan menolak tapi...

Posted: 19 Jun 2014 07:27 PM PDT


  • Mohd Nor Izzat Mohd JohariMohd Nor Izzat Mohd Johari

SHAH ALAM - Tidak mahu pisang berbuah dua kali, demikian reaksi Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari terhadap peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru di negara ini.

Menurutnya, sebelum ini pelajar sekolah menerima Netbook 1Malaysia yang hanya mampu bertahan beberapa bulan saja.

"Saya mewakili guru-guru, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia kerana memperuntukkan RM400 juta untuk pemberian netbook kepada semua guru.

"Tapi kami guru-guru tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti mana (berlaku terhadap) pemberian netbook kepada murid sekolah yang kualitinya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Kebanyakkannya rosak dan tidak boleh digunakan lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Bukan berhasrat untuk menolak pemberian kerajaan itu, namun menurutnya, majoriti guru di negara ini sudah memilik komputer riba sendiri.

Sehubungan itu, beliau menyarankan peruntukan itu digunakan untuk prasarana lain yang lebih berguna.

"Sekali lagi saya menyatakan pendirian bahawa bukan kita menolak pemberian ini tetapi majoriti guru sudahpun memiliki notebook masing-masing disebabkan keperluan semasa.

"Mungkin kementerian boleh menyediakan prasarana yang baik dengan menggunakan bajet RM400 juta ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, hanya guru dari Gred DG29 hingga Gred DG44 sahaja akan menerima netbook tersebut.

"Dengan baget RM400 juta membolehkan 420 ribu guru dapat menerima hadiah hari guru ini. Akan tetapi, jika diikutkan pengumuman Menteri, hanya guru tertentu sahaja menerima hadiah ini," katanya.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberitahu sebanyak RM400 juta dibelanjakan oleh kerajaan bagi pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru sepertimana yang dijanjikan bersempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Bagi pembiayaan tersebut kerajaan menggunakan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pemberian akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Aeril, Wawa tolak babak bersentuhan

Posted: 19 Jun 2014 07:25 PM PDT


AERIL ZAFREL dan Wawa Zainal bersepakat untuk tidak mendedahkan anak sulung mereka, Ahmad Fakhruddin Attar kepada pihak media.


MENYAKSIKAN pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal hadir berpimpin tangan ke majlis ulang tahun TV3 yang ke-30 di Sri Pentas Bandar Utama Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini, jelas membayangkan pasangan suami isteri itu sedang bahagia menjalani fasa kehidupan berumah tangga.
Tiada lagi garis-garis luka pada wajah Wawa, sebaliknya wanita berusia 22 tahun itu cukup berseri berkongsi cerita mengenai kehidupan bahagia yang dilalui mereka pada hari ini.
Cukuplah kontroversi yang melanda dirinya dan suami ekoran menyembunyikan perkahwinan pada tahun lalu itu lenyap di telan masa. Cinta mereka, cinta duka yang berakhir dengan bahagia.
"Saya tidak berasa sedih atau terkenang lagi kejadian yang berlaku sebelum ini. Saya bahagia sangat dengan kehidupan sekarang di samping suami dan anak, Ahmad Fakhruddin Attar yang kini sudah menginjak usia sembilan bulan," luah Wawa sambil memeluk erat lengan suaminya.
Menganggap semua yang terjadi sebelum ini sebagai sejarah silam, kata Aeril pula, semua orang pernah mengalaminya. Cuma apa yang menjadi persoalan sama ada kita mahu mengenangkan ia buat selama-lamanya atau menuju ke hadapan dengan menjadi manusia yang lebih baik.
Bergandingan buat pertama kali dalam drama setelah disatukan sebagai suami isteri, Aeril mengakui kekok bercinta dengan Wawa dalam drama Cerita Cinta Kita terbitan TV3.
Namun sebagai hal yang bukan tabu, Aeril dan Wawa tetap memberikan lakonan semula jadi di hadapan kamera demi kepuasan penonton.
"Saya bawa watak Adam yang bercinta dengan Salmah iaitu Wawa dalam drama ini, namun ibu Salmah cuba memisahkan kami dan mengahwinkan Salmah dengan Dr. Khairuddin (Dazrin)," ungkap Aeril mengenai wataknya dalam drama yang ditayangkan setiap Rabu dan Khamis, pukul 9 malam itu.
Jaga batas
Membenarkan Wawa berlakon di samping Dazrin, Aeril percaya Wawa tahu menjaga batas-batasnya sebagai seorang isteri.
Pelakon berusia 26 tahun itu juga tidak risau andai Wawa bakal bergandingan dengan lelaki lain dalam drama tanpa dirinya berada di lokasi kerana sebagai pelakon dia tahu keadaan sesebuah drama itu dihasilkan.
"Saya tidak perlu risau andai saya tidak bersama Wawa dalam sebuah drama kerana sebagai seorang pelakon, saya tahu keadaan penggambaran. Pengarah tahu untuk mendapatkan babak mesra tanpa perlu bersentuhan hanya dengan menggunakan teknik kamera. Saya juga percaya Wawa tahu batas lakonan dia sampai mana," jelasnya yang tidak meletakkan syarat ke atas mana-mana penerbit andai ingin mengambilnya perlu mengambil Wawa juga.
Biarpun Aeril memberi sepenuh kepercayaan, sebagai isteri yang sudah bertudung, Wawa juga menolak untuk berlakon babak-babak yang memerlukannya bersentuhan dengan lelaki.
Malah, pelakon berasal dari Lahad Datu, Sabah itu mengakui kena lebih selektif dalam lakonan.
"Tidak semua babak boleh saya lakonkan memandangkan kini saya sudah bertudung dan menjadi isteri. Macam Cerita Cinta Kita, ada babak yang memerlukan saya dan Dazrin berpegangan tangan.
"Saya minta supaya tidak diadakan babak tersebut dan Dazrin terima. Kalau setakat babak dia tolak saya itu tiada masalah," ujar Wawa menjelaskan lebih lanjut mengenai pendiriannya.
Tidak risau pendiriannya dan isterinya itu bakal mengehadkan tawaran lakonan yang hadir, Aeril percaya rezeki Allah itu sentiasa ada jika mereka sentiasa menjaga adab dan hukum.
Bukan hanya pada bidang lakonan, Aeril memberitahu, rezeki yang hadir mungkin dalam pelbagai cabang bidang seperti pengacaraan atau menjadi duta sesuatu produk.
"Saya percaya dengan rezeki Allah. Apabila kita menjaga hukum, lebih banyak rezeki yang Allah akan bagi. Jadi kita tidak perlu takut," tuturnya.
Bakal bergandingan bersama sekali lagi untuk beberapa telefilem dan drama pada masa akan datang, Aeril mengakui risau kekerapan berlakon dengan Wawa akan menimbulkan rasa jemu dalam kalangan penonton.
Akan cuba mengehadkan gandingan bersama di dalam kaca TV, namun Aeril juga tidak menolak rezeki lakonan yang hadir untuknya dan isteri.
Enggan dedah anak
Berkongsi mengenai hal anak, kata Wawa, dia sudah berani membiarkan anaknya dijaga oleh ibunya sejak dua bulan lalu.
"Selepas drama Cerita Cinta Kita, kami akan muncul bersama sekali lagi dalam sebuah telefilem raya arahan Mawi AF. Alhamdulillah, sejak mula bekerja dua bulan lalu, ibu banyak membantu menjaga Attar di rumah," ungkapnya mengenai anaknya yang sudah pandai merangkak itu.
Tidak mahu memikirkan cahaya mata kedua, kongsi Wawa lagi, rasa penat melahirkan dan menjaga Attar masih terasa.
Sebaliknya, bagi Aeril pula, dia sudah bersedia menimang cahaya mata kedua pada tahun depan.
Tidak jemu-jemu berkongsi perihal Attar, namun pasangan suami isteri itu menolak andai ada mana-mana media yang ingin mengadakan sesi fotografi bersama Attar.
Bagi Aeril, cukuplah sekadar anaknya itu ditonton dalam laman sosial Instagram.
"Buat masa ini saya belum bersedia bawa anak saya ke mana-mana media. Sesiapa yang dapat tengok anak kami pun hanya di Instagram. Sebabnya, saya tidak mahu dia terdedah dengan publisiti," lantunnya.
Menyambung bicara Aeril, Wawa memberitahu, suaminya itu tidak mahu mendedahkan anak mereka dalam bidang seni.
Cukuplah sekadar mereka berdua sahaja yang terdedah dalam bidang seni.
"Aeril tidak mahu apabila muka Attar sering terdedah di media, ia akan menjejaskan Attar di kemudian hari," kata Wawa.


Produk idaman lelaki maskulin

Posted: 19 Jun 2014 07:22 PM PDT

FURYNA (tengah) bersama dua pembantunya menunjukkan label produk Kolagen Turbo Auramen yang mengandungi protein whey.


MASALAH jerawat di muka dan leher menghantui kehidupan Mohd. Fahmy Othman, 28, sejak menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor pada tahun 2009.
Ke mana-mana sahaja dia pergi, pasti dibawanya tisu basah sebagai persediaan jika kulit mukanya terlalu berminyak.
Ini kerana, masalah jerawat bukan sahaja memberi kesan negatif pada wajahnya malah dia turut tertekan apabila sering menerima teguran daripada rakan-rakannya.
Bagaimanapun, masalah tersebut hanya tinggal kenangan apabila guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Islamik Tawau, Sabah itu menggunakan produk keluaran syarikat barangan kesihatan dan kecantikan, Aurawhite Global Sdn. Bhd. (Aurawhite).
"Selepas tamat pengajian di UiTM pada tahun 2012, masalah jerawat semakin teruk membuatkan saya terpaksa menyorok di dalam bilik selama enam bulan kerana malu untuk berdepan dengan orang ramai.
"Kulit muka dan leher kemerah-merahan kerana dipenuhi jerawat selain ada yang bernanah. Saya telah berjumpa doktor pakar kulit dan membelanjakan kira-kira RM3,000 untuk antibiotik dan ubat lain. Rawatan tersebut memberi impak positif tetapi tidak berpanjangan," katanya.
Ekoran itu, Mohd. Fahmy sentiasa mencuba rawatan lain mengakibatkannya mudah terpengaruh dengan iklan berkaitan penjagaan wajah.
Ujarnya, sifat tidak putus asa itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia mencuba produk Kolagen Beri Aurawhite pada tahun 2013.
Jelasnya, selepas tiga bulan mengambil minuman Kolagen Beri Aurawhite dengan konsisten, jerawat di wajah dan lehernya menjadi kecut dan hilang secara berperingkat. Selain itu, perubahan positif bukan sahaja dapat dilihat pada kulit wajahnya, tetapi juga kesihatan tubuh badan.
Keadaan itu membina kembali keyakinan dirinya untuk tampil di khalayak ramai. Namun, anak kedua daripada enam adik-beradik itu tidak berhenti di situ sahaja kerana dia turut mencuba pula produk terbaharu Aurawhite iaitu Kolagen Turbo Auramen.
SABUN muka lelaki Auramen dirumus dengan ekstrak stem epal phytocelltec bagi menyingkirkan sel kulit mati.


"Kolagen Turbo Auramen ini memberikan tenaga berpanjangan kepada diri saya dan membantu meningkatkan produktiviti harian sebagai tenaga pengajar.
"Tambah pula, formula terbaharu itu menepati cita rasa lelaki maskulin dengan nilai tambah protein whey (dadih susu) untuk membina otot secara semula jadi," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Penyelidiikan
Dalam pada itu, Pengasas Aurawhite, Nur Furyna Azmir berkata, produk minuman tambahan Kolagen Turbo Auramen merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan selama setengah tahun menerusi pusat penyelidikan dan pembangunan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
"Sebelum ini, Aurawhite memperkenalkan Kolagen Beri yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Namun, selepas dua tahun sejak pengenalan minuman tambahan itu, kami mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna lelaki untuk menghasilkan produk khusus untuk mereka.
"Justeru, pada pertengahan tahun lalu, kami telah mengambil langkah progresif dengan mencari formula sesuai yang dapat membantu meningkatkan keperluan luaran dan dalaman lelaki," ujarnya ketika ditemui di Wisma Aurawhite, Cheras.
Beliau yang mesra dengan panggilan Furyna berkata, minuman tambahan Kolagen Turbo Auramen dirumus khas dengan campuran kolagen bersama bahan pembakar lemak. Ia juga dihasilkan daripada formula campuran pelbagai beri dan ekstrak buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, B, C, D, E dan antioksidan.
Antara manfaatnya ialah kulit akan kelihatan lebih cerah, bersih, dan jerawat akan berkurangan. Kolagen Turbo Auramen juga membantu mengawal berat badan dan membuang toksin serta lemak dari badan.
Bagaimanapun, Furyna memberitahu, selain bekalan tenaga, minuman tambahan Kolagen Turbo Auramen mempunyai kandungan protein whey, sebagai keperluan lelaki metroseksual.
"Ramai lelaki, terutama di kawasan bandar, pada hari ini berusaha keras untuk mendapatkan lengan dan perut yang berotot. Jadi kami telah menyediakan kandungan protein whey dalam minuman ini supaya dapat memberikan pulangan lebih kepada mereka, di samping menjaga kesihatan diri.
"Namun, kandungan protein whey tidak terlalu tinggi bagi mengelak otot terbentuk secara tidak natural," katanya.

PRODUK Kolagen Turbo Auramen membantu menghilangkan jerawat.


Sementara itu, Pengarah Urusan Bersama Aurawhite, Saiful Safwan Mohamed Ghazi memberitahu, minuman menjana tenaga itu tidak mempunyai rasa pahit atau payau malah didatangkan dengan perisa istimewa iaitu beri liar. Kolagen Turbo Auramen sesuai diminum sebelum sarapan dan sebelum tidur.
"Cara minumnya sangat mudah. Pengguna hanya perlu meletakkan dua skup ke dalam 150 mililiter air sejuk dan kemudian menggoncangkannya menggunakan bekas penggoncang minuman yang diberikan secara percuma.
"Jika minuman ini diambil secara konsisten, pembeli akan dapat merasai perubahan dalam tempoh masa tujuh hari," jelasnya sambil memberitahu Kolagen Turbo Auramen dihasilkan menggunakan teknologi Korea.
Tambahnya, ketika ini, pihaknya membungkus kira-kira 1,500 Kolagen Turbo Auramen setiap hari. Ia disediakan dalam pek 900 gram untuk penggunaan selama sebulan dan dijual pada harga RM160.
Sabun muka
Dalam pada itu, Saiful memberitahu, selain minuman tambahan, Auramen turut memperkenalkan sabun muka lelaki Auramen dengan formula skrub dan bunga-bungaan.
Sabun tersebut sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ia diperkaya dengan ekstrak stem sel epal phytocelltec yang membantu menyingkirkan sel kulit mati dan mencerahkan serta menghaluskan kulit wajah.
Sabun itu turut dilengkapi dengan keperluan kulit wajah, iaitu vitamin C, E dan A yang membantu melembapkan kulit. Selain itu, ia membantu membersih kulit wajah dengan lebih dalam dan mengawal penghasilan minyak. Keberkesanan sabun ini dapat dilihat dalam tempoh penggunaan yang konsisten selama dua minggu. Setiap satu pek mengandungi dua buku sabun pencuci yang dijual pada harga RM60.
Tambahnya, kini pihaknya turut menganjurkan pertandingan melibatkan pembelian sabun muka lelaki Auramen menerusi Peraduan Cari 10 Kelainan bersama Kosmo!-Auramen sempena Piala Dunia 2014.
Ujarnya, pengguna hanya perlu mengumpul empat siri peraduan tersebut yang digunakan dalam akhbar Kosmo! dan menghasilkan slogan RentapBrazil Kosmo!-Auramen 2014 secara kreatif dalam borang asal yang disiarkan pada setiap siri keempat bermula 6 Jun hingga 15 Julai.
Setiap penyertaan juga mesti disertakan satu kotak produk sabun muka lelaki Auramen sebagai bukti pembelian.
Lapan peserta bertuah bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM10,000 bersama hamper eksklusif Auramen dan cenderamata Kosmo!. Hadiah kedua berbentuk i-Pad Mini turut menanti lapan pemenang, manakala penyertaan terbanyak akan memenangi wang tunai bernilai RM5,000.
Aurawhite telah mengeluarkan lebih 10 produk kecantikan dan kesihatan termasuklah Kolagen Stemcell, Auramagique, Aurashine, Auraslim Shake, gel Auraslim Icycool dan tablet Smart Kiddies.
Untuk maklumat lanjut tentang produk terbaharu Aurawhite, orang ramai boleh melayari laman rasmi www.aurawhite2u.com atau instagram di Auramenofficial dan menghubungi talian ibu pejabat di 014-2388 884 atau 014-2399 995.

Cerita Izzue Islam tentang kecantikan wajah

Posted: 19 Jun 2014 07:21 PM PDT


KOLAGEN TURBO AURAMEN menjadikan Izzue lebih bertenaga ketika berlakon.


APABILA bercerita tentang produk kecantikan, ramai yang mengajukan topik itu kepada golongan wanita dan tidak mengaitkannya dengan lelaki.
Bagaimanapun, kini kecantikan bukan sahaja menjadi keutamaan bagi wanita, tetapi juga lelaki maskulin yang mementingkan keterampilan diri.
Menurut selebriti dan duta barangan kesihatan dan kecantikan Aurawhite Global, Auramen, Izzue Islam, lelaki masa kini mula menitikberatkan soal kecantikan luaran mereka, termasuklah wajah dan bentuk badan.
"Jika dilihat, ramai lelaki yang ke gimnasium untuk membina otot dan mengikuti perkembangan fesyen terkini. Bagaimanapun, kecantikan kulit wajah juga antara elemen yang diambil kira oleh lelaki metroseksual ini.
"Justeru, lelaki juga memerlukan produk-produk kecantikan bagi memenuhi keinginan dan keperluan hidup mereka," jelasnya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Mengulas lanjut tentang peranannya sebagai Duta Auramen, Izzue memberitahu, dia telah mencuba dan sedang menikmati manfaat yang ditawarkan Auraman Kolagen Turbo.
"Sejak menggunakannya pada awal bulan lalu, saya rasa lebih bertenaga ketika menjalani lakonan dan melihat kesannya pada kulit wajah serta rambut saya.
"Kini, muka saya tidak lagi berminyak walaupun seharian ditutupi dengan bedak dan pelbagai jenis bahan solek. Struktur kulit saya lebih kering dan lembut manakala masalah keguguran rambut saya semakin berkurangan," ujarnya sambil memberitahu sebelum ini dia merupakan pengguna produk Kolagen Beri Aurawhite selama setahun dan Auramen pula enam bulan.
Tambahnya, produk Auramen Kolagen Turbo yang mempunyai protein, dalam masa yang sama mengandungi pelbagai jenis vitamin A, B, C, D dan E merupakan pilihan terbaik untuk lelaki maskulin yang sibuk dengan kehidupan seharian.
Izzue mendapati kebanyakan lelaki pada hari ini cenderung membeli produk protein untuk membina otot. Namun, malangnya bukan semua produk itu membekalkan manfaat lain seperti membantu membuang toksin, mencerahkan kulit dan mengatasi masalah jerawat.
"Atas faktor tersebut mereka terpaksa membeli dan mengambil produk sokongan kesihatan secara berasingan.
"Namun, menerusi produk Auramen Kolagen Turbo, semua khasiat berada di dalamnya. Pengguna hanya perlu mengambil 300 mililiter minuman produk itu dalam sehari," jelas Izzue Islam.


Zikrullah tenangkan hati

Posted: 19 Jun 2014 07:03 PM PDT

Jiwa yang sentiasa mengingati Allah melalui zikrullah sama ada ketika berdiri, duduk, tidur atau berbaring mampu merasai ketenangan jiwa yang hakiki.

SETIAP amalan manusia di dunia ini sama ada baik atau buruk, yang dilakukan secara bersembunyi atau terang-terangan akan dipersembahkan di hadapan Allah untuk diadili di akhirat kelak. - Gambar hiasan


SALAM dari Madinah Al-Munawarrah. Di Masjidilharam, Masjid Nabawi atau di sekitar ke dua-dua tanah suci ini, tiada siapa yang hairan apabila melihat jemaah, penjaga kedai, pengawal keselamatan, polis atau pencuci lantai memegang tasbih. Berzikir sama ada dengan mengira butir tasbih ataupun tidak adalah lumrah.
Sesiapa sahaja tanpa mengira jawatan, bangsa, warna kulit dan bahasa pertuturan, kebanyakannya membasah lidah dengan zikrullah. Hati sentiasa disibukkan dengan mengingati Allah.
Sepanjang masa, pagi, tengah hari, petang, malam sehingga ke subuh sama ada ketika duduk, berdiri, berjalan atau ketika berbaring mengiring. Itulah mereka yang benar-benar hadir di sini dengan niat yang satu iaitu mahu beramal ibadat secara khusus kepada-Nya.
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu Akbar!
Barakah
Bertanyalah kepada setiap jemaah yang hadir di kedua-dua Tanah Haram tentang perasaan mereka, maka jawapannya sungguh seragam:
"Tanah suci ini sungguh barakah. Di sini kami menemui ketenangan jiwa dan kedamaian hati. Tiada resah dan gundah. Kami menghirup sepuas-puasnya kemanisan beramal ibadat tanpa perlu memikirkan sesuatu. Kami boleh bertahajud dan membaca al-Quran. Di sini kami ternanti-nanti waktu solat. Hati lapang mahu bersedekah."
Namun, pada hujungnya mereka sering bertanya, "Kenapa tidak di negara sendiri?"
Jawapannya sungguh mudah. Ketenangan dan kedamaian hati kurniaan Allah kepada mereka yang sering mengingati dan menyebut-nyebut kebesaran-Nya. Allah menggembirakan hati mereka yang hampir dengan-Nya. Dia berfirman melalui ayat 28-29 surah ar-Rad' yang bermaksud:
"(Iaitu) orang-orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.
"Orang-orang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya."
Duhai wanita solehah yang dirahmati Allah... kebahagiaan itu dikecapi oleh orang-orang beriman dan beramal soleh. Fahami dan renungilah dua frasa terkenal beriman dan beramal soleh ini.
Pertama, mereka yang beriman percaya kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka istiqamah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah. Maka, kitab suci al-Quran menjadi rujukan lalu berikhtiar membaca, memahami dan mengamalkannya.

HIDAYAH Allah yang diberikan melalui cahaya Islam dalam diri setiap wanita Muslim perlu disyukuri dengan melakukan ketaatan kepada Yang Maha Esa. - Gambar hiasan


Kedua, kita meyakini kehadiran malaikat di kiri kanan yang mencatat amal kebaikan dan keburukan untuk dihisab di akhirat. Dengan perintah Allah SWT terdapat malaikat pencabut nyawa, tukang soal di alam kubur. Malah ada malaikat penjaga syurga. Ada pula malaikat yang mengheret manusia untuk dihumbankan ke dalam neraka.
Ketiga, kita mempercayai kematian akan muncul. Kehidupan di dunia hanya sementara. Ia tempat menguji mereka yang beriman dan sang pendusta. Seluruh amalan di dunia dipersembahkan di dalam mahkamah Allah di akhirat. Lalu manusia akan mengetahui di mana negeri kekal mereka melalui huluran buku amal sama ada melalui tangan kanan atau dari belakang.
Keempat, kita semua percaya betapa setiap kejadian itu berlaku mengikut aturan-Nya. Istilah qada dan qadar sudah kita dengar sejak kecil lagi. Perhalusilah aspek ini agar kita berada di landasan keimanan yang sebenarnya.
Bersyukurlah
Duhai wanita yang dikasihi Allah SWT... bersyukurlah dengan hidayah Allah yang telah memberikan cahaya Islam kepada kita. Dia telah berfirman melalui ayat 68, surah al-Qasas yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu daripada makhluk-Nya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan); tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya."
Begitulah... kita dapat merasai dan menikmati kemanisan iman ketika berada di Tanah Suci kerana bersungguh-sungguh mengingati dan menghampirkan diri kepada Allah SWT. Hakikatnya kita cuba berbaik-baik dengan-Nya bukan sekadar di tikar sembahyang.
Berapa ramai yang sanggup berkongsi sejadah dengan jemaah yang lain ketika terpaksa solat di atas marmar yang sejuk?
Berapa ramai pula yang sanggup bersedekah atau menghulurkan sebiji tamar berserta segelas air zam-zam kepada jemaah yang beriktikaf lama di masjid?
Bukankah kita semua menutup aurat dengan sempurna di Mekah dan Madinah? Berapa ramai pula yang bangun malam dan bertahajud?
Apakah kita meninggi suara sepanjang berada di Tanah Suci? Mahukah kita memakan daging saudara sendiri ketika menunaikan ibadat haji dan umrah?
Itulah rahsia ketenangan dan kedamaian berada di Mekah dan Madinah. Biar kami bertanya, apakah segala amalan ini sukar dilakukan di tanah air sendiri? Kenapa? Misalnya, kenapa ramai pakaiannya sudah tidak boleh dibawa solat sejurus selepas meninggalkan hotel di Tanah Suci?
Duhai wanita solehah yang dirahmati Allah... hiruplah manisan keimanan ini sepuas-puasnya ketika di Tanah Suci. Lalu bawalah bersama pulang ke tanah air. Teruskan amalan yang terlangsung di sini hingga tiba saat bernama kematian.
Semoga Allah menempatkan kita bersama orang-orang beriman dan beramal soleh. Bertemu lagi pada minggu hadapan. Insya-Allah.


Permainan tradisional gamatkan suasana

Posted: 19 Jun 2014 07:01 PM PDT


Penganjuran Karnival Caring UIAM 2014 bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan dalam suasana santai tapi penuh keceriaan.
AKSI peserta ketika bermain galah panjang yang menggamatkan suasana.


BALING selipar, galah panjang, teng-teng dan batu seremban merupakan antara permainan tradisional yang amat popular satu ketika dahulu.
Namun, jika ditanya pada kanak-kanak zaman ini, pasti ramai yang menggelengkan kepala tanda tidak tahu mengenainya.
Sebaliknya, permainan video dan aplikasi yang dimuat naik dalam gajet dan bersifat pasif tanpa melibatkan sebarang aktiviti fizikal menjadi kegemaran generasi muda hari ini.
Baru-baru ini, melalui penganjuran Karnival Caring 2014, permainan tradisional kembali diangkat untuk diperkenalkan kepada anak-anak remaja yang terlibat.
Dinamakan Caring Jaguh Kampung, ternyata aktiviti ini berjaya mengembalikan nostalgia zaman silam mengenai keseronokan bermain permainan tradisional bersama rakan-rakan.
Salah seorang peserta, Nor Anida Anasipudin mengakui, acara itu memberi satu pengalaman yang mengujakan buat mereka.
"Peluang bermain batu seremban bersama anak-anak yatim yang menyertai program ini membuat saya belajar menghargai diri dan orang di sekeliling.
"Malah, melalui aktiviti ini, saya dapat mengenali dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka dalam pelbagai aspek kehidupan," ujar Nor Anida yang datang bersama ahli keluarganya.
Berlangsung pada 12 hingga 26 April lalu, karnival ini dianjurkan oleh Kelab Caring Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor dalam usaha untuk mengumpul dana bagi tabung kelab tersebut.
Program tersebut melibatkan penyertaan para pelajar, kakitangan dan golongan anak-anak yatim yang dijemput khas.
Membantu
ACARA baling selipar mengimbau kembali nostalgia permainan tradisional yang popular satu ketika dahulu.


Selain mengutip dana, karnival ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga universiti dan masyarakat untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Pengarah Program Karnival Caring 2014, Mohammad Ikmal Hisham Ashari berkata, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat sekitar.
Antaranya, pertandingan Golden Talent Show 2.0, Caring Jaguh Kampung, Spiritual Talk on Bicara Iman, Caring Theatre Night dan Caring Charity Dinner.
"Bagi Golden Talent Show 2.0, ia berlangsung pada 12 April lalu di Auditorium Mini UIAM. Acara ini menyaksikan beberapa pertandingan seperti nasyid, hafazan al-Quran, azan dan bercerita sirah nabi yang disertai oleh anak-anak yatim dari rumah kebajikan berbeza.
"Pertandingan permainan tradisional seperti teng-teng, galah panjang dan batu seremban pula diadakan di Kompleks Sukan Wanita UIAM," ujar Mohammad Ikmal Hisham.
Turut dianjurkan ialah majlis ilmu yang dinamakan Spiritual Talk on Bicara Iman di Dewan Eksperimental, UIAM. Program bual bicara tentang percintaan, pelajaran serta pengurusan kehidupan melalui cara yang dibenarkan Islam yang menampilkan Ustaz Abah Mkhairi dan Ustazah Dr. Raudlotul Firdaus sebagai penceramah.
Acara Caring Theatre Night di Auditorium Utama UIAM pula mempersembahkan lapan buah teater daripada produksi universiti tersebut.
Akhir sekali, karnival ini melabuhkan tirainya melalui program Caring Charity Dinner bertempat di Restoran Hadramawt, Ampang, Kuala Lumpur pada 26 April lalu.
Persembahan khas

SEBAHAGIAN peserta dan anak-anak yatim dari rumah kebajikan terpilih gembira selepas menamatkan acara Jaguh Kampung di Kompleks Sukan Wanita UIAM sempena Karnival Caring 2014 yang berlangsung baru-baru ini.


Kesemua peserta makan malam ini, telah dihiburkan dengan persembahan khas kumpulan nasyid UNIC, pemenang pertandingan Golden Talent Show 2.0 dan persembahan terbaik dari Caring Theatre Night.
Tambah Mohammad Ikmal Hisham, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati kerana matlamat penganjuran karnival ini dapat dicapai.
"Alhamdulillah, kita dapat mengumpulkan orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan dalam satu majlis yang memberi kesedaran terhadap keadaan anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan bantuan.
"Moga usaha yang kecil ini memberi kegembiraan pada mereka yang diraikan sekali gus mendapat keredaan Allah," tutur pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ini.


Dazrin Kamarudin & Amyra Rosli Nikah 8 Ogos Depan

Posted: 19 Jun 2014 03:52 AM PDT


Dazrin dan Amyra bakal disatukan sebagai suami-isteri pada 8 Ogos depan.
PETALING JAYA: Pelakon Dazrin Kamarudin mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga aktres Amyra Rosli pada 8 Ogos depan.

Dazrin, 26, berkata, dia sendiri memilih tarikh berkenaan kerana ia mempunyai simbolik istimewa dalam hubungan mereka tambahan pula ketika itu umat Islam masih meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

"Insya-Allah saya dan Amyra akan disatukan sebagai suami-isteri pada 8 Ogos depan iaitu dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Saya memilih tarikh itu kerana ia bulan kelahiran Amyra dan dia dilahirkan pada tahun 1988. Jadi ia sebagai satu simbolik sebagai ingatan kami berdua," katanya kepada mStar Online.

Dazrin ditemui pada majlis pelancaran program Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal di Hotel One World dekat sini pada Rabu lalu.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun lalu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan ini bertunang pada 25 Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu, Dazrin mengakui gementar untuk bergelar seorang suami namun menjelaskan sudah bersedia mengalas tanggungjawab baharu itu apabila mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Tanyalah pada sesiapa pun perasaan gemuruh itu pasti akan ada pada mana-mana lelaki yang bakal berkahwin tambahan pula tarikh untuk disatukan itu semakin hampir.

"Pun begitu saya sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga bersama Amyra dan berharap perancangan ke arah itu berjalan dengan baik," katanya.

Sementara itu, Amyra, 23,  yang turut hadir pada majlis sama berkata, dia tidak melihat keputusannya untuk menamatkan zaman solo akan memberikan impak negatif kepada kerjaya lakonannya yang sedang meningkat naik.

Jelas Amyra, dia yakin rezekinya bukan ditentukan oleh status seseorang artis itu sebaliknya ia daripada Tuhan selain usaha dan kerja keras untuk berjaya.

"Perkahwinan adalah sesuatu yang baik dan banyak hikmah disebalik sesuatu perkahwinan dan salah satunya adalah rezeki.

"Saya tidak bimbang tawaran dalam bidang lakonan berkurangan selepas berkahwin kerana percaya sesuatu rezeki itu bukan boleh kita tentukan tetapi ia daripada Allah," katanya.

Dalam perkembangan sama, Amyra berkata, persiapan perkahwinan mereka sedang rancak dilakukan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan dia turut terharu apabila ada beberapa pihak bersedia menaja majlis itu nanti.

Informasi Piala Dunia Dalam Kecoh Bola Suria FM

Posted: 19 Jun 2014 03:51 AM PDT


PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM bekerjasama dengan portal talk sport UK bagi menyalurkan maklumat terkini berhubung perkembangan  bola sepak Piala Dunia.

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, bertemakan Piala Dunia di Brazil, kempen Kecoh Bola di Suria FM ini membawakan kapsul yang berisi informasi berita terkini serta pelbagai maklumat mengenai acara itu.

"Ia berdurasi selama 60 saat dan diputarkan setiap satu jam bermula 1 Jun lalu dan akan berakhir  pada 13 Julai depan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Adiwati, antara kapsul-kapsul yang diputarkan di Suria FM dan Suria FM Sabah adalah Destinasi Brazil di mana ia memberikan info tentang pemain-pemain yang bakal beraksi, stadium yang akan digunakan serta perlawanan-perlawanan bola yang akan berlangsung.

Selain itu terdapat kapsul Spotlight Brazil di mana ia lebih tertumpu kepada temubual pemain bersama dengan Talk Sport UK, analisis sebelum dan selepas perlawanan serta pandangan dari pemain bola sendiri.

"Ada juga Kapsul Sejarah Piala Dunia di mana ia menceritakan mengenai sejarah Piala Dunia serta sejarah negara-negara penganjur terdahulu.

"Kapsul yang terakhir adalah laporan harian Piala Dunia dimana pendengar boleh mendapatkan maklumat tentang keputusan perlawanan, berita terkini mengenai pemain-pemain, laporan menyeluruh sesuatu perlawanan serta ramalan keputusan," katanya.

Zul Ariffin Tepis Tuduhan Pernah Jadi Mangsa Kekasaran Abby Abadi

Posted: 19 Jun 2014 03:50 AM PDT


Zul menepis kononnya dia pernah menjadi mangsa kekasaran bekas kekasihnya, Abby Abadi.
PETALING JAYA: Ketika banyak pihak menghentam Abby Abadi selepas bekas suaminya mendakwa dicederakan pelakon berkenaan, aktor Zul Ariffin pula bertindak mempertahankan bekas kekasihnya itu.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 28, berkata, sepanjang tiga tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, Abby bukan seorang wanita yang digambarkan sedemikian.

Malah Zul juga menepis tuduhan kononnya dia pernah mengalami nasib menjadi mangsa kekasaran Abby.

"Selama tiga tahun kami bercinta hubungan kami baik-baik sahaja dan dia bukan seorang wanita seperti mana didakwa," katanya kepada mStar Online.

Zul ditemui pada majlis Seindah Ramadan & Syawal TV3, yang diadakan di Hotel One World di sini sini, Rabu.

Terdahulu, bekas suami Abby iaitu  Muhammad Noor Farhan Che Bakar , 24, mendakwa Abby, pernah mencederakan dia dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan lebam  selain pernah mencakar mukanya.

Pasangan berkenaan disahkan bercerai pada 11 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini selepas hampir setahun berkahwin. 
Abby Abadi.
Dalam pada itu, Zul turut menyangkal dakwaan kononnya dia memutuskan hubungan dengan Abby kerana tidak tahan dikongkong oleh wanita berkenaan.
Jelas Zul, perkara itu tidak pernah wujud dalam hubungan mereka sebelum ini selain dia tidak mahu mengungkit kisah lama.

"Tidak, itu tidak benar. Seperti saya katakan dia bukan seorang wanita yang begitu," ujarnya.

Zul juga enggan mengulas mengenai perceraian bekas kekasihnya itu dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat wanita berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai hubungannya dengan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, Zul mengakui jarang berjumpa dengan kekasihnya itu sejak akhir-akhir ini kerana kesibukan.

Bagaimanapun kata Zul, percintaan mereka berada dalam fasa baik namun dia tidak berani untuk bercakap tentang perancangan berkahwin buat masa ini.

"Hubungan dengan Gayatri masih berjalan seperti biasa tetapi jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai perkara tetapi kami sering berhubung menerusi telefon," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zul  bakal muncul dengan sebuah drama istimewa menerusi slot Akasia di TV3 pada bulan Ramadan ini berjudul Rindu Awak 200 Peratus.

Drama 28 episod yang turut menampilkan Ayda Jebat yang akan ditayangkan bermula 14 Julai depan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam.

Raja Azmi Mengaku Berhijab Kerana Bisnes Tudung

Posted: 19 Jun 2014 03:49 AM PDT


Imej terbaharu Raja Azmi.
KUALA LUMPUR: Penerbit filem Raja Azmi menjelaskan salah satu sebab kenapa dia membuat keputusan bertudung adalah kerana mahu mengembangkan perniagaan bisnes berkenaan.

Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman 55, berkata, dia tidak dapat menafikan perkara tersebut tetapi niat berkenaan turut datang serentak dengan hasrat untuk berubah.

"Adakah saya berhijab kerana mahu mulakan bisnes rekaan tudung? Ada kebenarannya perkara itu.

"Saya tak berani nak nafikan tentang perkara itu kerana niat bertudung dan mahu menjalani bisnes rekaan tudung datang seiring," katanya kepada mStar Online.

Raja Azmi memakaikan tudung kepada salah seorang pelanggannya.


Raja Azmi ditemui pada majlis pelancaran tudung Raja Azmi For Variente Hijab di butik tersebut di Bangsar, di sini pada Rabu.

Sebelum ini Raja Azmi dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan dia berhijab kerana keceluparannya mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka.

Raja Azmi berkata, selepas membuat sembahyang sunat tahajud selama tiga malam, barulah dia mendapat jawapan dan terbuka hati agar bertudung.

Dalam perkembangan berkaitan Raja Azmi memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada pihak cuba mempertikaikan niat sebenar dia bertudung kerana dia percaya Allah lebih tahu tentang isi hatinya itu.

Mengenai rekaan tudung terbaharu tersebut, Raja Azmi berkata, dia menjalinkan kerjasama dengan butik Variante dan menghasilkan tujuh jenis selendang inspirasi daripada 'headband'.

Model yang menggayakan tudung-tudung di butik Variante.


"Sebelum bertudung, saya memang suka memakai 'headband'. Jadi saya mengambil inspirasi `headband' itu ke dalam rekaan selendang.

"Harganya pun tidak berapa mahal iaitu RM70 sehingga RM250," ujarnya.

Tambah Raja Azmi, jika ia mendapat sambutan, dia akan membuat rekaan terbaharu dalam masa terdekat nanti.

Tudung-tudung berkenaan boleh didapati di  11 cawangan butik Variante sekitar Lembah Kelang.

Rita Rudaini Kesal Aidil Tidak Jenguk Anak

Posted: 19 Jun 2014 03:47 AM PDT


Rita mengakui kedua-dua anaknya Rayyan dan Arjuna semakin rapat dengan Aidil sejak lelaki itu banyak menghabiskan masa bersama mereka dua minggu sebelum bekas suaminya berkahwin baharu.
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini kesal dengan sikap bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abd. Radzak yang langsung tidak menjenguk dua anak mereka sejak mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada Mac lalu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, Aidil tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa dan menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kandung terhadap anak-anak biarpun diberi peluang berbuat demikian.

"Saya berasa marah apabila dia tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa lebih banyak bersama anak-anak kerana selepas berkahwin dia langsung tidak datang bertemu mereka.

"Saya sendiri tidak pasti mengapa tetapi anak kedua kami iaitu Arjuna yang semakin rapat dengannya mula bertanya mengapa ayahnya tidak datang lagi," katanya kepada mStar Online.
Rita memberitahu Aidil tidak menunaikan janjinya terhadap anak-anak mereka biarpun diberi peluang berbuat demikian.

Rita ditemui pada majlis Seindah Ramadan & Syawal Media Prima Berhad di Hotel One World di sini pada Rabu.

Pasangan itu sah bercerai talak satu pada 5 September tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Dalam pada itu, Rita berkata, dua minggu sebelum melangsungkan perkahwinan, Aidil ada menghantar mesej kepadanya meminta untuk bertemu dengan anak-anak namun dia tidak segera membalas kerana bimbang Aidil tidak mengotakan keinginannya.

Bagaimanapun kata Rita, dia tidak mahu memutuskan ikatan di antara anak dengan bapa dan sanggup mengenepikan perasaan sendiri bagi memastikan Aidil dapat berbaik-baik dengan anak-anak mereka.

"Alhamdulillah dua minggu sebelum dia berkahwin dia hari-hari datang berjumpa dengan Rayyan dan Arjuna malah saya menjelaskan situasi kepada anak-anak bahawa Aidil adalah bapa kandung mereka dan perlu memanggilnya 'Daddy'.

Aidil Zafuan.
"Biarpun Rayyan agak sensitif namun hubungan mereka semakin rapat terutamanya Arjuna yang tidak pernah mengenali bapanya sebelum ini sudah mula dapat menerima Aidil.

"Saya gembira dengan perubahan Aidil sebab sebelum ini kasih sayang seorang bapa dan lelaki tiada dalam diri anak-anak, apabila ada kesungguhan daripada bekas suami untuk rapat dengan mereka sudah tentu saya seronok. Namun entah mengapa lepas kahwin dia terus berubah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan sebuah telefilem istimewa bersempena Hari Raya Aidilfitri iaitu Pontianak Teng Teng pada Hari Raya pertama menerusi TV9.

Pelakon itu turut muncul dalam sebuah drama bersiri 20 episod berjudul Azam Ramadan Su pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 12.30 tengah hari di TV3.

Bekas Isteri Gembira Hubungan Nedim & Nora Danish

Posted: 19 Jun 2014 03:46 AM PDT


Nora Danish
PETALING JAYA: Bekas isteri Nedim Nazri iaitu Nabilah Khan berharap isu Nora Danish kononnya menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan perceraian mereka sebelum ini diharap tidak lagi diperbesarkan.

Nabilah atau lebih mesra dengan panggilan Bee Khan berkata, dia gembira dengan perhubungan pasangan itu yang sudah lama terjalin lebih-lebih lagi anak kecilnya iaitu Mohamed Nedrin atau dipanggil Dre turut bahagia di samping Nora.

"Nedim adalah bekas suami dan ayah kepada anak saya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Nora dalam tempoh masa yang agak lama dan mereka dilihat bahagia bersama.

"Anak saya, Dre juga gembira apabila bersama mereka serta anak Nora (Putera Rayqal). Dan sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak saya bahagia," katanya menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.
Nabilah Khan bersama anaknya, Mohamed Nedrin, hasil perkahwinannya dengan Nedim. - Foto dari Instagram Nabilah

Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Nora Danish benar-benar kecewa apabila dituduh menjadi punca perceraian Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut bengang apabila ada  individu menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas Nora muat naik gambar bersama anak bekas suami-isteri itu dalam Instagram miliknya.

Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas.

Nora bahagia bersama Nedim.


Sementara itu, Bee Khan berharap  penjelasan yang diberikan di Instagram dapat meleraikan kontroversi tersebut.

"Saya bukanlah seorang selebriti dan tidak biasa dengan perhatian yang diberikan orang ramai.

"Diharap penjelasan yang diberikan  dapat meleraikan isu ini," ujarnya.

Dalam pada itu Nora Danish turut memberi komen dalam status dimuat naik Bee itu turut melahirkan rasa syukur dengan penjelasan berkenaan.

Nedim Nazri dan Nabilah Khan berkahwin pada 2011 dan dikatakan bercerai dua tahun kemudian.

Pemuda itu kemudiannya menjalinkan hubungan bersama Nora yang juga seorang janda anak satu.

TV3 & TV9 Sajikan 100 Program Ramadan, Syawal

Posted: 19 Jun 2014 03:44 AM PDT

Personaliti TV3 dan TV9 bersama-sama barisan selebriti bergambar selepas majlis pelancaran Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal di Hotel One World, Petaling Jaya pada Rabu.
PETALING JAYA: Bersempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal, Media Prima Berhad menerusi dua stesen miliknya iaitu TV3 dan TV9 bakal menampilkan sebanyak 100 program istimewa khas buat penonton saluran berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, pihaknya telah menyusun pelbagai program menarik dan berkualiti khusus buat penonton setia kedua-dua saluran tersebut yang bakal menjadi pilihan utama penonton pada musim perayaan.

"Tahun lalu sahaja pada jangka masa sama TV3 dan TV9 mendapat 76 peratus penonton Melayu iaitu bersamaan lebih 10 juta penonton sepanjang minggu pertrama bulan Ramadan dan Syawal.

"Ini menaikkan semangat kami untuk menghidangkan lebih banyak program menarik dan berkualiti pada tahun ini," katanya.

Seelan ditemui pada majlis pelancaran Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal di Hotel One World di sini, Rabu.

Meriah...Barisan artis turut mengambil kesempatan menghadiri bagi memeriahkan acara tersebut.

Dalam pada itu, Seelan berkata, rancangan berbentuk keislaman akan mengisi slot rancangan di TV3 dan TV9 termasuk Jejak Rasul yang menjadi program wajib, Halaqah, Tanyalah Ustaz dan Tanyalah Ustazah menerusi TV9.

Kata Seelan lagi, drama-drama menarik serta program dokumentari turut disediakan buat penonton dan ia bersesuaian untuk semua golongan.

Sementara itu, TV3 dan TV9 turut memperkenalkan barisan duta bersempena kempenSeindah Ramadan dan Anugerah Syawal  bagi merancakkan lagi sambutan perayaan tersebut.

Bagi TV9, Luqman Hakim, Zuhairah Mustafa Al Hussien dan Ustaz Safwan telah dilantik sebagai duta Seindah Ramadan manakala finalis Idola Kecil Ultra iaitu Daniel, Azzam, Harris, Eeqah, Balqis dan Afiq memainkan peranan sebagai duta Anugerah Syawal.

Manis...Uqasha yang kini sudah berhijab turut hadir ke pelancaran Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal.

Manakala TV3 pula membariskan Fiza Sabjahan dan Muhammad Tajdid Hadhari sebagai duta Seindah Ramadan stesen itu dan duta Anugerah Syawal pula melibatkan selebriti popular seperti Siti Saleha, Anzalna Nasir, Fara Fauzana, Izzue Islam, Zul Ariffin dan Azlee Khairi.

Antara program menarik bakal menemui penonton di TV3 sepanjang Ramadan dan Syawal nanti adalah seperti Ramadan Jangan Pergi, Raya Ni Mesti Kahwin, Geng Kampung Pisang 2, Jangan Ambil Lembu Kami, Baju Raya Yaya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Love You Mr Arrogant Raya, Kampung Girl Raya danSpain Uoolss.

Tidak ketinggalan pelbagai program menarik di TV3 seperti Fail Riz, Pontianak Teng Teng, Kimchi Raya, Superstra, Bila Bujang Masuk Dapur dan Aroma Kota Suci.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories