RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kontradiksi cantik & bakat

Posted: 06 Aug 2011 10:46 PM PDT


KHIR tetap berpeluang berlakon dalam Rentaz biarpun sudah menerima tawaran filem lain, Langgar. Neelofa pula terpaksa melepaskan Rentaz atas alasan logistik.


BARANGKALI gerimis sedang cemburu menatap perbualan bahasa tubuh yang terzahir daripada pertembungan si lelaki berkarakter, Khir Rahman bersama si jelita yang sedang menggelegak sensasinya, Noor Neelofa Mohd. Noor ini. Sebelum ini, mereka tidak pernah dipertemukan dalam sebarang sesi fotografi atau naskhah seni, apatah lagi bersapa dan beraksi mesra.

Tanpa semua itu, mereka tetap larut dalam dalam cuaca tengah hari yang mendung baru-baru ini. Sesekali gerimis menitis, romantik yang tidak diundang tiba-tiba menjelma dan lokasi fotografi yang kebetulan pula dilakukan di sekitar Lebuh Raya Hubungan Timur Barat, Khamis lalu seperti mengizinkan kehadiran mereka.

Hendak dijadikan pemula rentak, asalnya judul Rentaz, filem terbaharu sutradara prolifik Mamat Khalid dijadikan akar penyatuan cerita. Kebetulan pula, nama Neelofa, 22, dipetik sebagai heroin filem berkenaan, manakala Khir, 38, ditugaskan menangani watak syaitan dalam judul yang sama.

Rasionalnya ada di situ, sang lelaki cukup senior dan lain corak makanan seninya manakala si gadis pula, tiba-tiba sahaja menjadi artis setelah muncul sebagai pemenang tempat pertama Dewi Remaja 2010.

Keyakinan Khir Rahman

"Memanglah, jika diukur dari segi rupa paras, saya memang jauh untuk digandingkan dengan Lofa (Neelofa) tapi jika saya fikir dengan ilmu serta pengalaman yang telah saya lalui, tiada apa yang harus saya gentarkan," usul Khir telus dan acap kali memuji keindahan ciptaan Tuhan bernama Neelofa.

Tidak tertumpu soal Rentaz yang dijadualkan penggambaran pertengahan bulan nanti, soal haluan dan draf pencapaian ketika ini menjadi topik utama. Jujurnya, sekali lagi Khir akur bahawa rupa paras boleh menentukan takdir seseorang aktres atau aktor untuk menempa nama dalam bidang seni. Itu bukan sesuatu yang tabu.

"Individu yang memiliki paras rupa menawan secara automatik mudah mendapat tempat, tapi itu bukan salah individu berkenaan manakala yang tidak berapa menawan harus melalui usaha keras, ikut saluran akademik, masuk teater dan sebagainya. Bagi saya, apabila sampai ke satu tahap, artis yang tidak berapa menawan tadi lebih layak untuk berasa bangga terhadap pencapaian yang diraihnya," kata Khir.

Diminta pandangannya, pengarah filem Dalam Botol itu mula berhipotesis.

"Lumrahnya sesiapapun gemarkan sesuatu yang cantik, bunga dan serta pemandangan yang cantik. Masuk ke bab pelakon wanita cantik, biasanya penerbit atau pengarah akan cenderung memilih pelakon berdasarkan kecantikan. Tapi, bukan hanya untuk mempergunakan kecantikan itu semata-mata, sebaliknya harus bertanggungjawab mendidik dan menggilap bakat yang ada pada artis berkenaan.

"Jangan salahkan dia (pelakon cantik) kalau lakonannya tidak menjadi. Dia dipilih dan ditawarkan peluang untuk mengubah kehidupannya. Kerja seorang pengarah yang baik adalah untuk menyembunyikan kelemahan pelakonnya," katanya tidak cenderung menyebut nama Neelofa.

Neelofa hingusan


BERPANGKAT senior dan junior dalam bidang lakonan, Khir melihat Neelofa sebagai si cantik yang mampu pergi jauh jika berupaya mengasah bakat dan temu 'guru' yang tepat.


Kepada Neelofa sendiri, melihat kepada namanya, ada sahaja cerita sensasi yang sudah melekat. Dari situ sahaja dia bukanlah regu yang sesuai untuk diajak lawan berhujah tentang seni dengan Khir. Namun, sebagai pendatang baru, dia memiliki alasan kenapa bidang yang bukan menjadi cita-citanya kini menjadi dunianya.

"Saya baru tujuh bulan masuk dalam bidang lakonan, semuanya bermula dengan kosong, segala-galanya saya pelajari daripada set penggambaran selebihnya daripada tunjuk ajar pengarah dan pelakon senior.

"Sekarang saya dapat rasakan bahawa lakonan perlukan pengalaman dan bukan sesuatu yang bersandarkan bakat semula jadi semata-mata," katanya.

Mengambil peluang depan mata, ujar Lofa,dia teringin melontarkan soalan-soalan buat yang sudah mencipta nama dan pengalaman di bidang yang sama. Ujarnya juga, dia memang gemar sesi bertanya dan mencari ilmu di sebalik kemusykilan yang dilontarkannya itu.

"Saya mahu bertanya kepada orang-orang berpengalaman seperti Khir, tentang pengalaman hidup dan lakonan mereka. Bagaimana skil menyampaikan dialog. Perkara-perkara seperti ini," ujarnya yang tampak masih naif dan patuh.

Perlu jadi gila

Khir tersenyum, menepuk bahu Lofa perlahan. Seperti berlakon tetapi tidak dalam karakter, babak ini berada di luar ruang kamera.

"Besarkan skala lakonan. Perlu jadi gila. Jadi gila-gila dan bermain-main dengan karakter. Kalau tidak, akan duduk di tempat yang sama tanpa perubahan. Kena ada jiwa 'simplicity', ada juga jiwa seni," ujar Khir ringkas tapi penuh gaya.

Masih menunggu beberapa filem yang belum ditayangkan termasuklah Ponti vs Omi, Papadom 2 dan Rock 2, pesan Khir lagi mudah bunyinya, tetapi ada jarum yang boleh mengena golongan yang berstatus pelakon.

"Berlakon bukannya senang. Pura-pura berlakon sebaliknya lebih mudah," bicara Khir berfalsafah.

Tertib mendengar hujah sang pengarah yang masih menunggu waktu untuk filem keduanya Dengar masuk ke lokasi, Lofa akur dia sangat mentah dan hijau dalam dunia 'permainan' Khir. Ujar Lofa, dia mahu memasuki kursus lakonan jangka pendek. Itu bukti dia sedang serius dan bukan hanya layak mengulit gosip ke sana ke mari.

Bersahut soalan, tanya Khir, dia teringin mengetahui, apa pendirian Lofa berada dalam lapangan ini. Bergelar pelakon kerana mahu jadi aktres yang bagus atau meraih populariti atau berada di lapisan hobi.

"Saya ambil masa untuk menerima filem Azura 2011. Saya tahu itu titik yang bakal merubah dan tidak ada patah balik. Saya perlu menjadi seorang aktres yang bagus. Belajar lagi untuk jadi bagus," ujar Lofa yang sekali pandang ada iras-iras lenggok percakapan dan intonasi persis Que Haidar.

Sebelum bertemu noktah, bisik Khir, bakat dan kebijaksanaan adalah dua soal yang berbeza dan kedua-duanya penting, bijak tanpa bakat tak ke mana, begitulah sebaliknya, Lofa harus kenal itu.

Sayangnya, Lofa tidak akan berpeluang masuk ke dunia yang cuba Khir jelaskan. Sehari sebelum artikel ini diterbitkan, dia memaklumkan bahawa tawaran Rentaz tidak mampu diteruskan kerana ada komitmen lain yang lebih penting.

Erni kagumi Alyah

Posted: 06 Aug 2011 10:45 PM PDT


KURANG popular berbanding bintang baharu yang lain, Erni Zakri bagaimanapun ada sasaran peribadi. Dia mahu memenuhkan dada dengan ilmu secukupnya sebelum benar-benar serius mahu bergelar penyanyi.


MELAKAR nama sebagai juara termuda pertandingan nyanyian Bintang RTM, Nur Ernie Shahirah Zakri, hanya berusia 17 tahun ketika itu.

Itu kisah dua tahun lalu, kini anak kelahiran Kuala Lumpur itu sudah menjalani kehidupan sebagai seorang penyanyi syarikat rakaman. Sedang mempromosikan album sulungnya, Sinaran yang dilancarkan sejak Jun lalu, Erni, 19, bagaimanapun sedar, karier nyanyian yang dipilihnya belum benar-benar semarak wangiannya.

"Dari segi populariti, saya kurang mendapat publisiti seperti pendatang baru yang lain, mungkin terlalu ramai penyanyi baharu. Ketika itu saya masih belajar dan berdepan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, kemudian perlu menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

"Siapa yang tidak mahu dikenali ramai, tapi setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Saya masih boleh selesa dan fokus kepada pelajaran di samping promosi album serta single kedua saya, Rindu Bukan Teman," katanya yang sedang mengikuti kursus Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Anak saudara kepada penghibur terkenal, Ziana Zain dan Anuar Zain ini juga yakin peluang sentiasa terbuka buatnya.

"Saya kagum dengan Alyah. Kalau hendak diikutkan, dia terpaksa berdepan jalan perit untuk popular. Dia ambil tempoh 10 tahun selepas menang dalam Bintang HMI sebelum benar-benar diterima umum," katanya.

Ibadah Mulan Jameela

Posted: 06 Aug 2011 10:43 PM PDT




BUAT penyanyi popular Mulan Jameela, Ramadan merupakan bulan yang mendatangkan keberkatan. Bulan puasa ini membuatkan dirinya fokus kepada ibadat lantaran tidak banyak persembahan yang diterimanya.

"Kalau bukan bulan puasa, saya akan jelajah kota setiap hari, malah berpindah-pindah kota. Pada bulan puasa ini, kebanyakan penganjur tidak membuat persembahan di kafe, kegiatan lebih banyak di televisyen atau radio," ujar Mulan.

Menurut Mulan, sepanjang bulan puasa jadual dan rutin hidupnya berubah. Perkara ini berlaku kerana konsert-konsert dan persembahan di luar daerah tidak diadakan. Hal ini membuatkan Mulan lebih santai di rumah.

"Kafe tempat membuat persembahan ditutup sepanjang bulan puasa. Saya juga tidak menyanyi pada malam Ramadan," ujarnya.

Leonardo berharga AS$77 juta

Posted: 06 Aug 2011 10:42 PM PDT


LEONARDO DICAPRIO


JOHNNY Depp yang selama ini mengungguli carta pelakon termahal perlu memberi laluan kepada rakannya, Leonardo DiCaprio.

Leonardo yang terkenal melalui filem Titanic dinobatkan majalah Forbes sebagai pelakon dengan bayaran termahal.

Hasil filem Inception lakonannya, pelakon kacak tersebut mengaut bayaran setinggi AS$77 juta (RM238 juta) pada 2010.

Ini sekali gus menempatkan Leonardo pada kedudukan teratas dalam senarai 10 pelakon termahal.

Selain Inception, kekayaan Leonardo itu datang daripada satu lagi filem lakonannya, Shutter Island, juga ditayangkan pada tahun lalu.

Johnny sebelum ini menduduki tangga teratas dengan bayaran AS$50 juta (RM155 juta).

Tempat ketiga dipegang Adam Sandler (AS$40 juta), diikuti bintang Men In Black, Will Smith (AS$36 juta). Tom Hanks masih mampu menempatkan dirinya di posisi kelima dengan bayaran AS$35 juta (RM108 juta).

Termometer Shahz Jaszle

Posted: 06 Aug 2011 10:40 PM PDT




TAMPIL kurus dan berambut pendek, gaya baru ini dipertaruhkan untuk kesesuaian watak. Jelas anak muda dengan nama Shahz Jaszle ini, dia sanggup berubah stail dan fizikal untuk menyesuai padan karakter yang dibawanya.

Itu juga bukti keseriusannya bergelar aktor dan bukan hanya seorang pelakon lelaki muda yang mengulit kontroversi untuk menaikkan nama di mata dan jiwa khalayak.

Terbaru, Shahz tampil dengan pesona seorang lelaki soleh untuk drama Tahajud Cinta yang kini menjadi bualan ramai. Setelah mencuri hati khalayak dengan watak Asmara dalam drama bersiri dengan tajuk yang sama, kini walau hanya dengan peranan kecil, Shahz memilih watak Azihan kerana kualiti karakter tersebut yang diarahkan di tangan sutradara, Erma Fatima.

"Saya membawakan watak Azihan yang merupakan lelaki yang yang sangat berpegang teguh kepada ajaran agama," ujar Shahrizal Jaszle Jasmin tentang drama lakonannya yang ditayangkan di TV3 pada setiap Jumaat pada pukul 9 malam.

Mempunyai prinsip memilih karakter berbanding kewangan, buat Shahz, kini adalah masa untuknya mempamerkan kualiti berbanding kuantiti.

"Saya mencuba kepelbagaian. Bukan sahaja daripada segi karakter tetapi juga stail dan fizikal. Saya kalau boleh tidak mahu terus dibayangi oleh watak-watak sebelum ini contohnya Asmara. Sebab itu saya bawa konsep stail yang berbeza-beza. Seperti dalam filem Azura 2011, saya bawa stail Korea. Ada unsur-unsur komik," ujarnya yang menitikberatkan aspek gaya.

Bakal dinilai melalui filem Azura 2011 yang akan ditayangkan pada tahun hadapan, Shahz mengaku sudah ada debaran besar dalam dirinya. Walaupun sudah memikat hati dan mata khalayak dengan drama-drama seperti Tari Tirana, Asmara, Bola Cinta dan Gemilang, debaran di layar perak berbeza buatnya.

"Saya bawakan watak Zack Zakaria. Sungguh ada gemuruh kerana bakal membawakan watak yang pernah ada sejarahnya dalam bidang perfileman. Tapi Alhamdulillah kerana terpilih dan mendapat tunjuk ajar Aziz M. Osman," ujarnya tentang filem sulungnya yang menggandingkan dirinya dengan Neelofa.

Sebut tentang aktres cantik yang sedang 'panas' baik nama dan cerita-ceritanya, Shahz mendakwa Neelofa hanya sekadar rakan sekerja.

"Kami rapat atas dasar keserasian dan banyak berkongsi cerita. Namun, buat masa ini kami selesa berkawan rapat tanpa sebarang hubungan istimewa," ujarnya yang mengaku tidak akan lokek bercerita tentang cerita cinta kalau ada 'pasangannya'.

"Saya bukanlah orang yang suka berahsia tidak tentu pasal jika benar saya bercinta. Terus-terang, memang saya sudah bersedia untuk menjalin hubungan selepas solo. Namun apa yang penting buat saya kini adalah kerjaya dan itu tumpuan utama saya," ujarnya yang kini dilihat sebagai pelapis baru yang punya potensi untuk pergi jauh walau bukan dengan hanya cerita-cerita panas.

KESUNGGUHAN Hattan seagai pengelola Konsert Rakyat seharusnya dipuji. UDARA malam itu dingin. Bertemankan bayu desa yang masih berbaki bunga hujan,

Posted: 06 Aug 2011 10:38 PM PDT


KESUNGGUHAN Hattan seagai pengelola Konsert Rakyat seharusnya dipuji.


UDARA malam itu dingin. Bertemankan bayu desa yang masih berbaki bunga hujan, kelam malam di Kampung Dadong, Air Putih, Kemaman tiba-tiba bertukar wajah.

Tepian sawah kampung yang sebelum ini barangkali ada sekelompok anak muda atau penduduk desa yang bertenggek melepaskan lelah di saing hari, juga sudah bertukar menjadi tapak karnival. Menjelang Jumaat, 1 Ogos lalu, jalan di sekitar kampung sesak dibanjiri orang. Bukan sahaja dari Kampung Dadong bahkan didatangi beribu-ribu penduduk dari kampung-kampung bersebelahan.

Masing-masing datang membawa tikar. Ada tikar mengkuang ada juga tikar plastik sebagai alas duduk agar tidak miang sekadar berlapikkan jerami padi yang masih lembap.

Ucapan terima kasih harus diberikan kepada penduduk Kemaman kerana meraikan kedatangan rombongan penyanyi dari ibu kota dengan hati terbuka.

Selaku teraju yang mengepalai malam pesta itu, Hattan mampu tersenyum lebar, bak sawah yang terbentang jua dada lega melihat kehadiran penduduk segenap peringkat umur berhimpun untuk menyaksikan Konsert Rakyat pada malam berkenaan.


KEMUNCAK konsert. Semua artis terbabit berkongsi pentas menghiburkan hampir 10,000 penduduk yang hadir.


Konsert itu diadakan sempena Karnival Emping 2011 yang julung-julung kalinya diadakan bagi mempromosi aktiviti rakyat termasuk pesta mengemping yang semakin pupus kini.

Membawa segerombolan nama popular termasuklah Ramli Sarip, Zarina AF, Lena AF9, Rudy manakala Yus Maharaja dan Achong yang bertindak sebagai pengacara.

Lebih bermakna kepada hampir 10,000 penonton apabila para artis turut 'berselut' untuk menjayakan konsert dalam bendang yang tidak pernah dibikin sebelum ini.

"Tujuan saya memilih sawah sebagai tapak konsert adalah untuk mengingatkan artis, bahawa tanah sawah inilah yang menjadi punca rezeki penduduk Kampung Dadong malah ada antara kami (artis) juga berasal dari kampung," laung Hattan dari pentas yang dibina atas petak sawah yang baru ditunai padinya.

Membuka tirai konsert, Lena muncul dengan beberapa buah lagu tapi memandang auranya belum meresap di mata penduduk kampung, sepanjang Lena di pentas, penduduk seperti tertunggu-tunggu sesuatu yang lebih gempak.


RAMLI SARIP tetap memukau semua penonton dengan seleksi lantunannya termasuklah lagu berhantunya, Kamelia.


Barangkali itulah kali pertama buat penduduk di situ melihat sendiri keletah Yus bersama Achong yang secara natural menggelikan hati sebelum artis-artis seperti Zarina AF, Hattan sendiri dan Ramli Sarip mengambil bahagian melontarkan alunan dan muzik mereka.

Selain Konsert Rakyat yang menjadi acara kemuncak karnival berkenaan, artis-artis yang bertandang ke Kampung Dadong juga terlibat dalam acara sukan rakyat termasuk berakit, pertandingan mengemping padi, menangkap ikan, perlawanan futsal serta klinik gitar.

Menurut penduduk tempatan, pesta mengemping ibarat acara tahunan yang ditunggu-tunggu para pesawah. Lebih menarik lagi, pesta itu juga menjadi medan kepada para pemuda kampung untuk mengintai calon isteri.

Tapi pada karnival yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Jumaat, 29 Julai itu, Karnival Emping 2011 sebaliknya bertujuan mendekati hati nurani rakyat serta menyeru agar saling bersatu hati dalam setiap corak kehidupan yang dilalui.

Hrithik derma sebuah bas

Posted: 06 Aug 2011 10:37 PM PDT


HRITHIK ROSHAN


PELAKON filem Dhoom 2, Hrithik Roshan sanggup berkorban sejumlah wang yang besar dengan mendermakan sebuah bas kepada sebuah sekolah.

Hrithik mendermakan bas tersebut kepada Sekolah Dilkhush yang terletak di Juhu, barat Mumbai, India.

Bas tersebut dianggarkan bernilai Rs10 lakh (RM67,000). Sebelum ini, Hrithik pernah berkerjasama dengan sekolah berkenaan bagi membantu kanak-kanak cacat.

Kemuncak kecintaannya kepada kanak-kanak tersebut, dia hadir bersama sebuah bas sebagai hadiah.

Hrithik sempat beramah mesra bersama pelajar sekolah terbabit. Dia turut membawa kanak-kanak tersebut bersiar-siar menaiki bas tersebut.

Kerapu gergasi 168kg dijual RM7,560

Posted: 06 Aug 2011 10:35 PM PDT


KAH SENG (kiri) bersama ikan kerapu gergasi yang dijual pada harga RM7,560 di George Town semalam.


GERGASI. Lapan nelayan terpaksa memerah keringat untuk menaikkan ikan kerapu sepanjang dua meter dan berat 168 kilogram sewaktu ia masuk ke dalam pukat di perairan Teluk Bahang, Pulau Pinang kelmarin.

Ikan itu kemudian dijual oleh peniaga, Tan Kah Seng di pasar Lebuh Cecil, George Town semalam kepada pemilik restoran, Che Kean Ghee dengan harga RM7,560.

Noraniza, tunang buat kerja amal

Posted: 06 Aug 2011 10:34 PM PDT


NORANIZA bersama Jeffri pada program Ziarah Ramadan anjuran Pemuda UMNO Bahagian Tebrau di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris dan tunangnya, Jeffrey Iman membuat kerja amal dengan menyertai Program Ziarah Ramadan 7 di sekitar daerah ini semalam.

Noraniza turut menyampaikan ceramah motivasi kepada anak-anak yatim Rumah Berkat di sini selain menyanyikan beberapa buah lagu ketika mengunjungi orang kurang upaya dan warga emas di Rumah Kenangan dan Sinar Harapan.

Program berkenaan dianjurkan oleh Pemuda UMNO Tebrau dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Johor dan Gerakan Belia 4B Tebrau.

Ketua Pemudanya, Syahrin Md. Jamaludin berkata, Noraniza merupakan ikon bagi program Gerakan Belia 4B Johor.

"Selain itu, kita turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan program Kahwin-kahwin Mashyur 1Malaysia yang akan diadakan pada 29 September hingga 1 Oktober depan di Plaza Angsana," tambahnya.

Katanya, pada program berkenaan, Noraniza dan tunangnya akan turut bersanding dan satu sidang akhbar khas mengenai persandingan itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.

Noraniza, 43, bertunang dengan Jeffri, 52, pada 22 April lalu.

Beliau sebelum ini berkahwin dengan penyanyi Fareez sebelum bercerai dan berkahwin pula dengan seorang usahawan yang juga berakhir dengan penceraian.

Lemak lembu bakar pembuka selera

Posted: 06 Aug 2011 10:32 PM PDT


ANUAR DERIS membakar lemak yang dijadikan juadah
Ramadan di Bazar Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.


BUKAN SEBARANG LEMAK. Itu yang terlintas setelah kita melihat juadah lemak lembu bakar di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.

Ia dianggap juadah yang cukup istimewa kerana lemak lembu bakar atau turut dikenali sebagai lemak selo itu merupakan juadah yang hanya dijual pada bulan Ramadan.

Pengusaha Gerai Kak Su Special, Anuar Deris, 36, berkata, dia menjual lebih 300 cucuk lemak lembu bakar setiap hari dan biasanya ia habis dijual pada pukul 5 petang.

"Saya jual lemak bakar pada bulan puasa sahaja. Ia memang susah nak jumpa pada bulan lain. Saya akui lemak bakar ini banyak kolesterol tetapi untuk bulan Ramadan sahaja," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Menurut Anuar, juadah itu menjadi tarikan kerana ia menjadi pembuka selera ketika berbuka dan dimakan dengan nasi.

"Rahsianya, ia menyebabkan kita rasa lebih berselera untuk makan nasi semasa berbuka," katanya yang menjualnya dijual pada harga RM4 secucuk, manakala daging lembu bakar RM5 secucuk.

Rugi RM1.2 juta akibat bena perang

Posted: 06 Aug 2011 10:23 PM PDT


JOHARI (dua dari kanan) meneliti padi yang rosak akibat serangan bena perang ketika meninjau sawah padi di Kampung Pida 3 1/2, Tunjang, Jitra semalam.


JITRA - Lebih 200 pesawah mengalami kerugian kira-kira RM1.2 juta apabila seluas 211 hektar sawah padi di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dan Perlis rosak akibat diserang makhluk perosak yang dikenali sebagai bena perang.

Kawasan yang dikesan terjejas melibatkan empat wilayah MADA iaitu Kangar, Perlis dan tiga di Kedah iaitu Jitra, Pendang dan Kota Sarang Semut.

Luas kawasan tanaman padi di MADA adalah 96,558 hektar.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom yang melakukan lawatan ke kawasan sawah padi di Kampung Pida 3 1/2, Tunjang di sini semalam berkata, seluas 211 hektar sawah padi di empat wilayah MADA rosak akibat bena perang.

"Kerosakan akibat bena perang ini melibatkan kerugian kira-kira RM1.2 juta dan ia menjejaskan pendapatan petani di empat wilayah dalam MADA," katanya.

Kata beliau, penggunaan racun secara berlebihan mungkin menjadi penyebab sawah padi diserang bena perang.

Jelas beliau, ia berlaku apabila racun berlebihan membunuh sahabat ladang seperti labah-labah yang memakan bena perang seterusnya menyebabkan bilangan bena perang bertambah dan menyerang pokok padi.

Menurutnya, para petani sepatutnya menggunakan kapasiti racun mengikut ukuran yang telah ditetapkan MADA.

"Apa yang boleh kita buat sekarang adalah menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut untuk mencari jalan bagi mengelakkan masalah serupa berulang pada musim padi akan datang," tambahnya.

Sementara itu, seorang petani, Azmi Ali, 63, berkata, sebanyak satu hektar daripada dua hektar sawah padinya rosak diserang bena perang dengan anggaran kerugian RM5,000.

Katanya, sawah menjadi kering dalam masa 10 hari selepas diserang bena perang dan dia mungkin hanya mendapat hasil padi sekitar RM10,000 selepas ditolak padi rosak.

Sulaiman Puteh, 59, pula terkilan kerana separuh daripada 1.4 hektar sawah padinya rosak akibat serangan makhluk perosak itu dengan anggaran kerugian lebih RM5,000.

"Serangan ini amat cepat dan jika populasinya bertambah serta dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan petak sawah kering dengan cepat dan mengakibatkan padi kuning serta kering," jelasnya.

Ugut jiran dengan ular sawa batik

Posted: 06 Aug 2011 10:22 PM PDT


JAGETHISWARAN menunjukkan tempat ular sawa itu ditinggalkan di depan rumahnya di PPR Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pemuda meletakkan seekor ular sawa batik dalam guni di hadapan rumah jirannya dengan niat menakut-nakutkan mangsa menjerat dirinya sendiri apabila dia ditangkap di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, Cheras di sini semalam.

Kejadian itu berlaku pukul 9.40 malam apabila suspek yang bekerja sebagai buruh am berusia 22 tahun membawa satu karung guni berisi ular sawa sepanjang 2.4 meter.

Namun ketika di hadapan rumah mangsa di tingkat lapan flat itu, dia mengalami kesukaran melepaskan ular itu untuk masuk ke dalam rumah sehingga disedari anak lelaki mangsa yang kemudian mengejar suspek dan menangkapnya.

Pemilik rumah, V. Rajoo, 51, mengenali suspek dan yakin dia bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan dirinya selaku Ketua Biro Keselamatan dan Pengaduan Awam yang sering terlibat dalam kegiatan pencegahan jenayah di kawasan berkenaan.

Remaja maut dibaham beruang kutub

Posted: 06 Aug 2011 10:19 PM PDT


Beruang kutub dewasa cenderung menyerang manusia.


KEPULAUAN SVALBARD, Norway - Seorang remaja lelaki, Horatio Chappleon, 17, mati dibaham beruang kutub ketika dia tidur di khemahnya di sebuah glasier di sini, dekat Norway, lapor sebuah akhbar semalam.

Beruang berbulu putih dan bertaring panjang itu menyerang sekumpulan peserta kembara Britain pada Khamis lalu dan turut mencederakan empat yang lain.

Seorang saksi, Terry Flinders berkata, semasa kejadian anak lelakinya, Patrick, 16, sedang berbaring di khemahnya apabila beruang lapar itu menyerbu masuk dan menggigit kepala Horatio yang tidur di sebelahnya lalu membunuh mangsa.


Horatio Chappleon


"Ia kemudian menerkam Patrick. Anak saya menumbuk hidung beruang kutub itu untuk menyelamatkan diri. Dia sempat berlari ke keluar khemah tetapi mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat dicakar," kata Terry.

Tiga lagi mangsa serangan beruang lapar itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.

Binatang buas itu akhirnya ditembak mati oleh anggota kumpulan pelancong berkenaan.

Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa yang tiba di lokasi dengan menaiki sebuah helikopter tidak lama kemudian.

Beberapa hari sebelum kejadian, seorang peserta kembara itu memberitahu, mereka termasuk Horatio berasa gembira apabila ternampak seekor beruang kutub tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka.


BEBERAPA petugas penyelamat mengangkut bangkai
beruang kutub yang membunuh seorang remaja Britain.


Mangsa-mangsa terselamat berkata, kejadian berlaku kerana sistem kawat penggera di keliling tapak perkhemahan tersebut gagal berfungsi.

Sistem itu sepatutnya melepaskan letupan bunga api ke udara untuk menakutkan beruang kutub yang tersadung kawat dawai berkenaan.

Terdapat sekitar 27,000 ekor beruang kutub di dunia dengan 60 peratus haiwan itu tinggal di Kanada.

Beruang kutub yang berbulu putih turut ditemui di Alaska, Rusia, Greenland dan Norway.

Cef popular saman keluarga mertua

Posted: 06 Aug 2011 10:18 PM PDT


GORDON RAMSAY bersama isterinya Tana di Los
Angeles. Gambar kecil Chris Hutcheson.


LONDON, Britain - Cef selebriti, Gordon Ramsay menyaman bapa mertuanya, Chris Hutcheson kerana menggodam e-mel peribadinya dan menggelapkan wang empayar restorannya sebanyak £1.4 juta (RM5.9 juta) untuk berfoya-foya dengan perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ramsay, 44, yang popular menerusi program realiti masakan, Hell's Kitchen mengisytiharkan perang terhadap keluarga isterinya dengan menyaman bapa mertua, ibu mertua dan adik serta kakak iparnya, birasnya malah, perempuan simpanan bapa mertuanya turut disaman.

Mereka dinamakan sebagai defendan dalam saman itu yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Britain kelmarin.

Ramsay menuntut pampasan beberapa juta pound sterling daripada bapa mertuanya selepas dia memecat lelaki itusebagai ketua eksekutif empayar restorannya Oktober tahun lalu.

Dalam samannya, Ramsay mendakwa mereka berulang kali menceroboh e-mel peribadinya.

Keluarga mertuanya turut didakwa menggelapkan wang syarikat termasuk bapa mertuanya yang melesapkan £1.4 juta untuk berfoya-foya bersama perempuan simpanannya.

Mogok lapar elak dihantar ke Malaysia

Posted: 06 Aug 2011 10:16 PM PDT


JULIA GILLARD


CANBBERA, Australia - Mogok lapar tidak akan menjejaskan rancangan kerajaan Australia menghantar pencari suaka politik ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pelarian bersama Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Julia Gillard.

Kelmarin, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pakatan Bertindak Pelarian (RAC) menyatakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada beberapa pencari suaka di Pulau Krismas.

RAC menyatakan, panggilan tersebut untuk memaklumkan mengenai tindakan sebahagian pencari suaka yang melancarkan mogok lapar kerana membantah rancangan penghantaran mereka ke Malaysia.

Kumpulan yang terdiri daripada 54 pencari suaka politik termasuk 18 kanak-kanak itu dengan kebanyakannya dari Afghanistan, tiba di Pulau Krismas pada Khamis lalu.

Mereka merupakan kumpulan orang hanyut pertama yang akan dipindahkan ke Malaysia di bawah perjanjian bersama Kuala Lumpur - Canberra.

Mengulas mengenai perkara itu, Gillard berkata, laporan mengenai mogok lapar itu tidak akan mengubah pendirian kerajaan Australia.

"Sebarang isu berbangkit akan ditangani para pegawai jabatan imigresen kita," kata Gillard semalam.

Pada 26 Julai lalu, kerajaan Australia memeterai perjanjian untuk menghantar 800 pencari suaka politik ke Malaysia dan sebagai balasan, Australia akan menerima 4,000 orang berstatus pelarian dari Malaysia untuk ditempatkan semula di negara itu dalam tempoh empat tahun.

Landasan kereta api ubati penyakit

Posted: 06 Aug 2011 10:15 PM PDT


BERPULUH-PULUH warga Rawa Buaya di Jawa Barat berbaring di atas landasan kereta api elektrik pada setiap petang.


SUASANA petang di Stesen Kereta Api Rawa Buaya, Cangkerang, Jawa Barat, sibuk dengan aliran keluar masuk manusia. Di suatu sudut, terdapat sekumpulan penduduk tempatan yang menghabiskan masa petang dengan cara tersendiri.

Mereka tidak terburu-buru mengejar kereta api sebaliknya duduk dan berbaring di atas landasan kereta api.

Kebanyakan mereka percaya, dengan hanya bersantai, sama ada duduk atau berbaring sambil merasai getaran elektrik di atas besi landasan kereta api, kesihatan mereka akan beransur baik.

Selain percuma dan boleh menampung puluhan orang dalam satu masa, ia kini menjadi pilihan utama golongan berpendapatan rendah di kawasan tersebut.

"Kos perubatan yang tinggi memaksa kami mencari alternatif yang lebih murah untuk kekal sihat. Bagi kami, terapi elektrik inilah caranya. Ia percuma dan manfaatnya mampu mengubati pelbagai penyakit," ujar seorang penduduk tempatan, Alif, 30.

Dia yang bekerja sebagai pemandu ojek atau motosikal teksi telah menjalani terapi elektrik sejak dua tahun lalu. Kini, Alif mengakui tubuhnya lebih segar manakala aliran darahnya lebih lancar.

Lebih menggembirakan, lenguh-lenguh pinggang dan gangguan sesak dadanya semakin pulih, dipercayai kesan daripada terapi tersebut.

"Sudah setahun setengah saya jalani terapi di sini. Mulanya saya ingat ada orang yang dilanggar kereta api sebab orang ramai berkerumun. Rupa-rupanya, mereka semua sedang menjalani terapi elektrik.

"Saya agak takut untuk mencuba tetapi selepas melihat kesan positif pada rakan-rakan yang kerap berulang-alik ke sini, saya beranikan diri untuk berbaring di atas landasan," ujar bapa kepada seorang anak ini.

Kain lap elektrik


TERAPI elektrik didakwa mampu mengubati pelbagai penyakit.


Menurut Alif, dia akan membawa sehelai kain lap dan air minuman apabila datang ke landasan itu. Jelasnya, kain lap tersebut akan dibasahkan dan digunakan untuk menggosok besi landasan kereta api supaya getaran elektrik yang dihasilkan lebih kuat.

"Jika ada kereta api lalu, aliran elektrik akan lebih kuat tetapi jika tiada, aliran lebih perlahan. Sebab itu kami memerlukan kain lap ini," katanya.

Terapi elektrik ini bukan sahaja menarik golongan berpendapatan rendah, bahkan turut diminati oleh orang-orang berada.

Selain penduduk tempatan, ia juga berjaya menarik minat orang luar daerah untuk berkunjung di Rawa Buaya dan menikmati sendiri terapi elektrik.

Selain Arif, manfaat terapi kereta api tersebut turut dinikmati oleh ibu kepada tiga anak, Heni, 47.

Dia yang tinggal tidak jauh dari stesen kereta api itu mengakui, usahanya menjalani terapi itu ternyata membuahkan hasil.

Dia yang sebelum ini sering mengalami kebas, nyeri tulang dan sukar bangun berikutan masalah saraf di kaki, kini semakin sihat.

"Syukur, sejak menjalani terapi elektrik di sini satu tahun setengah yang lalu, kebas-kebas sudah hilang, nyeri di lutut juga semakin sembuh," ujarnya yang menjalani terapi dua kali dalam seminggu.

Bagi penghidap darah tinggi dan diabetes, Neneng, 60-an pula berkata, dia memilih untuk berbaring di atas landasan ditemani bantal kesayangannya.

"Mula-mula datang ke sini, saya cuma berani pegang besi. Terkejut juga bila ada renjatan elektrik pada tapak tangan hinggakan tangan saya bergetar sendiri.

"Sekarang saya sudah biasa, malah boleh lakukan macam-macam gaya," katanya.

Selesai melakukan terapi tidur di atas landasan kereta api, biasanya Arif, Heni, Neneng dan rakan-rakannya akan minum air. Mereka beranggapan banyak minum air selepas terapi dapat membantu aliran darah menjadi lebih lancar.

Bagaimanapun, baru-baru ini, pihak berkuasa kereta api Indonesia melarang penduduk daripada menjalani terapi di landasan kereta api elektrik berkenaan. Mereka yang ingkar akan didenda sebanyak Rp15 juta (RM5,234).

Pengurus PT Kereta Api Indonesia (KAI) Daerah Operasional I, Mateta Rizalulhaq memberitahu larangan tersebut dikeluarkan kerana renjatan elektrik di landasan boleh mengganggu fungsi organ.

"Terapi itu salah dan sangat berbahaya kerana ia membawa aliran di antara 5 hingga 10 volt. Ia bukan sahaja boleh merosakkan organ bahkan membawa maut," jelas Mateta.

Kerepek ubi Batu Pahat

Posted: 06 Aug 2011 10:14 PM PDT




MENJELANG Ramadan, nama Azhar Food pasti di sebut-sebut. Jenama itu bukan sahaja meniti di bibir suri rumah di Rengit, Batu Pahat tetapi tidak keterlaluan jika dikatakan, di mana-mana sahaja, khususnya di Johor, orang sudah bercakap tentang produk Azhar Food.

Bahkan, ada yang merancang untuk membeli kerepek, kuih-muih tradisional, kekacang dan jeruk di situ menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dari Johor Bahru hingga ke Muar, dari Segamat merentas ke Mersing, nama Azhar Food bukan nama asing di negeri selatan tanah air ini.

Cukup dikenali sebagai pengeluar, pengimport dan pemborong makanan ringan, ia juga popular sebagai hab pemasaran pelbagai produk industri kecil dan sederhana (IKS).

Tidak hairanlah, jika berkunjung ke Azhar Manufacturing Sdn. Bhd., pasti anda akan berjumpa dengan pelbagai jenis kudapan sama ada kering atau basah. Semuanya ada di bawah satu bumbung.

Lebih menarik, ia dijual pada harga yang cukup berpatutan.

Cerewet


HANYA suhu dan masa memasak yang tepat dapat menghasilkan kerepek ubi yang terbaik.


Seorang pelanggan tetap Azhar Food, Khairunisa Idros, 28, berkata, dia yang bekerja di Johor Bahru sentiasa mencari peluang untuk datang ke Azhar Food sekiranya pulang ke kampung.

"Kalau ke sini, pasti saya akan beli kerepek pisang tanduk, kacang tanah goreng dan kuih cakar ayam.

"Di sini banyak pilihan, terutamanya kuih-muih lama. Harga yang ditawarkan juga munasabah," katanya yang berasal dari Kampung Sungai Jambi Darat, Rengit.

Selain warga tempatan, kerepek keluaran Azhar Food turut diminati Rabia'tul Adawiyah Mustapha, 28, anak kelahiran Pulau Pinang yang menetap di Shah Alam, Selangor.

"Walaupun kerepek amat sinonim sebagai snek orang Jawa, saya sangat menggemarinya.

"Malah, untuk Aidilfitri kali ini, saya memilih untuk hidangkan kerepek pada tetamu kerana ia lebih laku berbanding biskut," katanya yang sering mengirim kerepek sira pedas dan kerepek pisang melalui rakannya.

Operasi kilang milik Azhar Rasnan, 44, dan isterinya, Mariam Boon, 43, itu mulai sibuk biarpun Ramadan baharu sahaja bermula.

"Dua minggu sebelum Ramadan, kami sibuk menyiapkan tempahan kerepek sempena hari raya," kata Mariam ketika ditemui baru-baru ini.

10 tan


PADA hari biasa, sebanyak enam tan ubi kayu akan diproses manakala pada musim perayaan, jumlahnya meningkat sehingga 10 tan.


Menjadikan kerepek ubi kayu sebagai identiti Azhar Food, wanita gigih kelahiran Senggarang ini mengakui dia cerewet terhadap kualiti produk utama keluarannya itu.

"Sebanyak 80 peratus daripada permintaan pelanggan adalah kerepek ubi, 10 peratus kerepek pisang dan 10 peratus lagi kerepek lain, seperti keledek, keladi, kacang dhal dan sebagainya.

"Untuk menghasilkan kerepek ubi yang berkualiti, bahan mentahnya juga perlu bagus.

"Kami di sini banyak menggunakan ubi kayu putih kerana hasilnya boleh dipelbagaikan, berbanding ubi kayu kuning.

"Sumber ubi pula diambil daripada ladang milik kilang kami seluas lebih 20 hektar di Tanah Pertanian Moden (TPN) Air Hitam.

"Selain itu, kami juga membeli ubi kayu daripada pekebun-pekebun kecil sekitar Batu Pahat dan Selangor," katanya.

Sambil melihat pekerja-pekerja wanita mengopek ubi kayu di belakang pusat jualan Azhar Food, Mariam menjelaskan, setiap hari kilangnya akan memproses enam tan ubi kayu.

Menjelang Ramadan, jumlah itu akan bertambah sehingga 10 tan sehari.


SEBANYAK enam kuali besar digunakan untuk menggoreng kerepek setiap hari di Azhar Food.


Selesai sahaja kerja mengopek, ubi akan dibersihkan dan dihiris menggunakan dua mesin yang direka khas.

Setelah itu, kepingan nipis ubi kayu akan digoreng menggunakan kuali besar selama tiga hingga empat minit.

Ditanya mengenai rahsia kerangupan dan keenakan kerepek ubi keluarannya, Mariam memberitahu, tiada apa yang perlu disorokkan.

"Kami hanya masukkan sedikit bancuhan air garam ke dalam kuali semasa mula menggoreng.

"Apa yang lebih penting ialah tempoh memasak. Selain itu, suhu yang digunakan juga harus tepat dan sekata," ujarnya.

Selain itu, Mariam memberitahu, kebersihan minyak yang digunakan untuk menggoreng juga mempengaruhi kualiti kerepek.

"Setiap kuali memerlukan 22 tong minyak masak dan ia hanya digunakan selama seminggu.

"Selepas seminggu, minyak akan dikeluarkan dan mesin akan dicuci. Minyak terpakai biasanya dijual namun pada tahun hadapan, kami merancang untuk memproses semula minyak tersebut untuk dijadikan bahan biodiesel dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)," jelasnya.

Noda hitam


SETIAP kali musim perayaan, Azhar Food mengeluarkan ratusan tan kerepek ubi kayu untuk pasaran dalam negara dan Singapura.


Selesai digoreng, kerepek akan disejukkan dan diasing-asingkan.

"Kerepek perlu bebas daripada noda hitam di tengahnya yang hadir kesan daripada ubi kayu kurang baik.

"Walaupun besarnya hanya setitik, ia dianggap rosak dan tidak akan dijual," katanya.

Selepas lima minit dibiarkan sejuk, kerepek akan dibungkus dalam satu beg plastik besar bersaiz lima kilogram (kg).

Selain digoreng, Azhar Food juga menawarkan kerepek ubi bersira sambal basah dan kerepek ubi berperisa.

Dijual secara pukal iaitu RM27.50 untuk saiz 5kg dan RM3 untuk saiz 500 gram, pasaran kerepek ubi Azhar Food tidak hanya terhad di Batu Pahat sebaliknya turut mempunyai pengedar di seluruh Johor.

"Saya juga mempunyai pengedar di Pantai Timur dan utara tanah air," katanya yang menghantar dua lori kerepek kepada pelanggannya setiap hari.

Tidak menang tangan memenuhi permintaan daripada pengedar-pengedarnya, Mariam mengakui kekurangan bahan mentah menjadikannya perlu lebih selektif.

"Kalau hendak raya, saya memang tidak mampu hendak penuhi permintaan pelanggan.


AZHAR FOOD terkenal di kalangan penduduk Batu Pahat sebagai hab makanan ringan dan kuih-muih tradisional.


"Mana tidaknya, jika pada bulan biasa seorang pengedar tempah satu tan tetapi menjelang puasa, pesanan meningkat sehingga 15 tan seorang.

"Kalau ada 100 pelanggan, memang tidak menang tangan kita nak membahagi-bahagikannya," ujarnya yang menjual hampir ratusan tan kerepek setiap kali Ramadan.

Sebagai persiapan menjelang Aidilfitri tahun ini, Azhar Food telah membesarkan pusat jualannya bagi memberi keselesaan kepada pelanggan untuk memilih produk makanan kegemaran mereka.

"Dengan cara ini juga lebih banyak produk IKS tempatan dapat dikumpul dan dijual di sini," kata Mariam yang turut mengimport pelbagai jenis kek lapis dari Indonesia.

"Tak salah kalau kita beri peluang kepada pengusaha IKS untuk sama-sama berniaga.

"Kalau mereka ada produk dan berpotensi untuk diketengahkan, mengapa tidak diberikan peluang? Sedikit sebanyak ia dapat menggalakkan orang Melayu berniaga," katanya yang sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan jumlah jualan supaya harga barangan dapat dikekalkan.

Tidak hairanlah, di kilang ini para pelanggan boleh kelabu mata dengan variasi kerepek dan kuih-muih yang semuanya dijual dengan harga berpatutan.

Mariam pamer kerepek di Melbourne

Posted: 06 Aug 2011 10:13 PM PDT


SELAIN kerepek, Azhar Food juga mengeluarkan kuih-muih tradisional dan moden.


BIARPUN kerepek ubinya popular dalam negara dan pasaran Singapura, Mariam dan Azhar belum ghairah untuk membawa produk mereka ke pasaran lebih luas.

Walaupun pernah mengadakan pameran di Melbourne, Hong Kong, Bangkok dan Singapura, mereka masih menetapkan fokus untuk memenuhi keperluan kerepek dalam negara sebelum membawanya ke pasaran luar.

"Buat masa ini saya belum ghairah untuk ke pasaran antarabangsa.

"Kalau ke luar negara pun, belum tentu saya dapat penuhi permintaan tersebut kerana bekalan ubi kayu mentah untuk memenuhi pasaran tempatan masih kurang," jelas Mariam.

Sungguhpun begitu, pasangan ini menyediakan kesanggupan untuk menembusi pasaran antarabangsa sekiranya bekalan bahan mentah mencukupi.

Untuk meletakkan jenama Azhar Food setanding dengan jenama makanan ringan antarabangsa, syarikat ini turut melabur dalam inovasi pembungkusan yang lebih komersial, tahan lama dan praktikal.

Tampil lebih yakin dengan pembungkusan berkualiti dan menarik, ia adalah usaha Azhar Food selepas 20 tahun bertapak di Malaysia.

"Sebelum ini kami selesa dengan pembungkusan pukal, tetapi kali ini kami mempelbagaikan saiz untuk keselesaan pelanggan.

"Selain pembungkusan vakum menggunakan plastik jernih, kami juga mengeluarkan produk di dalam bekas kanister yang kedap udara," katanya.

Selain kerepek, samosa otak-otak dan biskut suji adalah produk keluaran syarikat Azhar Food Manufacturing Sdn. Bhd. yang mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan kering tempatan.

"Samosa otak-otak ini produk terbaharu kami. Teksturnya yang rangup dan intinya yang enak menjadikan kuih ini pilihan utama pada musim lebaran nanti.

"Biskut suji atau biskut Arab ini pula diadun mengikut ramuan warisan bagi mengekalkan rasa lemak manisnya," jelas Mariam.

Jin tidak dirantai

Posted: 06 Aug 2011 10:11 PM PDT


KETEKUNAN umat Islam menggandakan amalan sepanjang Ramadan menyebabkan syaitan bersedih kerana tidak ramai yang termakan hasutannya.


SEBAIK Ramadan bermula, ramailah si penakut hantu bergembira kononnya pada bulan ini semua hantu dan syaitan dirantai.

Biarpun tidak pernah melihat jembalang, Ikram yang sering dimomok-momokkan dengan cerita seram tiba-tiba menjadi berani pada bulan puasa.

Pada bulan-bulan lain, dia perlu berteman jika hendak ke mana sahaja. Tetapi pada bulan ini dia yakin berjalan bersendirian walaupun melewati kawasan gelap.

Saat diusik dengan kisah pocong, langsuir mahupun puntianak dia terus kecut perut. Biarpun masih dihantui perasaan takut, Ikram tetap memberanikan diri dengan alasan semua kumpulan hantu itu sedang dirantai.

"Saya tak perlu takut kerana semua hantu dan syaitan dirantai pada bulan puasa.

"Mereka tidak boleh mengganggu kita pada bulan ini," kata Ikram.

Berbicara soal syaitan yang dikatakan digari daripada terus menghasut manusia pada bulan puasa, terdapat beberapa pendapat ulama mengenainya.

Berpandukan sebuah hadis, Rasulullah SAW yang bermaksud, apabila tiba bulan puasa, maka terbuka semua pintu syurga dan tertutup pintu neraka manakala syaitan-syaitan dirantai.

Gangguan

Pengamal perubatan Islam Pusat Rawatan Islam At Tobibi, Shamsuri Shafie menjelaskan, hadis tersebut sebenarnya adalah untuk mendidik jiwa manusia untuk melakukan segala kebaikan pada bulan ini.

"Apabila tiba bulan Ramadan, ramai kaum muslimin berlumba-lumba melakukan ibadat termasuklah mereka yang malas pada bulan-bulan lain.

"Maka dari situlah para syaitan yang sudah berjanji kepada Allah untuk menghasut manusia di bumi bersedih kerana ramai yang patuh pada Tuhan," katanya kepada Jurnal baru-baru ini.

Jelasnya, terdapat dua pendapat mengenai perkara itu iaitu syaitan sebenarnya diikat daripada terus menghasut manusia kerana kebaikan yang dilakukan dan juga syaitan benar-benar diikat oleh Allah.

"Ada pendapat menyatakan bahawa syaitan diikat oleh amalan yang kita lakukan pada bulan ini.

"Mereka tidak boleh menghasut kita lagi apabila hati kita kuat untuk melakukan ibadat dan meninggalkan kejahatan," katanya.

Kena sihir

Menurutnya, suatu pendapat lain pula menyatakan bahawa syaitan benar-benar dibelenggu kerana Allah tidak mahu mereka mengganggu manusia beribadat.

Biarpun masih ada kejahatan yang dilakukan oleh manusia pada bulan ini, jelasnya perkara itu berlaku kerana sifat buruk yang ada pada diri manusia itu sendiri.

Shamsuri yang menjalankan perubatan merawat kesakitan batin akibat gangguan jin menjelaskan bahawa dia masih berhadapan dengan gangguan biarpun pada bulan mulia ini.

Menurutnya, saban hari ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan akibat terkena sihir.

"Seperti bulan-bulan lain, masih ada pesakit-pesakit yang ingin mendapat rawatan akibat sihir dan perbuatan jin," jelasnya.

Bercerita soal gangguan tersebut, Shamsuri menjelaskan bahawa ia digerakkan oleh empat pihak termasuklah syaitan, jin, bomoh dan orang yang mempunyai hasad dengki.

Menurutnya, jin bertindak sebagai khadam yang menerima arahan daripada tukang sihir.

Arahan tersebut pula merupakan permintaan yang dibuat oleh individu yang ingin menjatuhkan orang lain.

Dalam pelaksanaan ilmu sihir, jin adalah makhluk yang bertindak melakukan segala arahan kejahatan.

Sifat tidak nyatanya itu membolehkan makhluk halus tersebut melakukan kejahatan batin setelah diarahkan oleh tuannya.

"Jin akan melakukan kejahatan kepada manusia apabila diarahkan oleh tuannya.

"Syaitan pula bertindak menghasut manusia untuk melakukan kejahatan kepada orang lain," jelasnya yang menjalankan perubatan itu di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Waris bomoh resdung

Posted: 06 Aug 2011 10:11 PM PDT


NASRIAH menyelia kakitangannya yang memberi rawatan di Pusat Rawatan Resdung Naza Anggun di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.


SEBAGAI seorang anak kepada bomoh resdung yang terkenal di Jitra, Kedah, Nasriah Aziz, 39, terdedah dengan pelbagai cara perubatan tradisional malah ada ketikanya dia turut sama membantu mengubati pesakit yang datang ke rumah.

Bapanya yang dikenali sebagai Paksu Aziz Bomoh Resdung sememangnya berhajat besar untuk menurunkan semua ilmunya dalam perubatan resdung kepada Nasriah.

Namun, Nasriah tidak menunjukkan minat untuk mengikuti jejak langkah bapanya. Paksu Aziz tidak berputus asa, sebaliknya terus menyemai minat dalam diri anak keempat daripada tujuh beradik itu.

Ketika itu, Nasriah masih belajar di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Jitra.

Menurut Nasriah yang lebih senang dipanggil Kak Yah, dia kerap menolak apabila bapanya cuba mengajar tentang selok-belok perubatan resdung dan hanya membantu jika diminta.

"Selepas habis sekolah, saya terus bekerja sebagai pembantu farmasi di sekitar Alor Setar sebelum mendirikan rumah tangga.

"Bagaimanapun, setelah beberapa tahun bekerja, saya rasa pendapatan tidak mencukupi dan sejak daripada itu otak saya ligat berfikir mencari jalan untuk menceburi bidang perniagaan," katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Resdung Naza Anggun di Kompleks Persiaran Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah.

Selepas tercari-cari apakah bidang perniagaan yang sesuai, Kak Yah mula teringat perniagaan perubatan resdung tradisional yang boleh diwarisi daripada bapanya, Aziz Senawi, 86.

"Minat saya tolak ke tepi dan apa yang penting ketika itu adalah untuk menambah pendapatan keluarga dan bagi saya minat boleh dipupuk dari semasa ke semasa," katanya.

Kata Kak Yah, beliau mula belajar secara mendalam tentang perubatan tradisional daripada bapanya daripada A hinggalah Z sebelum memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah pada 2002.

"Alhamdulillah, saya dapat sambutan yang hangat sehingga rumah saya sentiasa dikunjungi pesakit resdung siang dan malam.

Serius untuk memantapkan perniagaan itu, Kak Yah dan suaminya membuka sebuah pusat rawatan resdung yang lebih lengkap pada 2006 dengan modal awal sebanyak RM60,000.

Memperkenalkan kaedah rawatan resdung secara moden, Kak Yah tidak lagi menetapkan sirih pinang sebagai pengeras.

"Bilik perubatan kita hiaskan seperti butik kecantikan dan selain perubatan resdung, Naza Anggun juga menawarkan pelbagai khidmat lain antaranya rawatan muka, sauna, urutan badan, mandi susu, mandi bunga serta pakej pengantin," katanya sambil memberitahu perubatan yang dilakukan juga cara Islam kerana ada doa tertentu sebelum perubatan dilakukan.

Harga yang ditawarkan untuk rawatan bermula dari RM18 hingga RM250.

Menurut ibu kepada tiga anak lelaki itu, semua bahan yang digunakan dalam proses perubatan resdung diadunnya sendiri manakala sebahagian lagi dari sebuah kilang di Kelantan.

"Saya gulung sendiri rokok resdung menggunakan resipi turun temurun dan antara bahan-bahannya adalah akar mengkunyit dan kulit kayu manis," jelasnya.

Produk-produk lain adalah seperti set penjagaan seperti pencuci muka, penyegar dan minuman kesihatan V-Juice Sri Bonda. Kak Yah turut mengeluarkan krim urutan dan skrub yang hanya didapati di premis Naza Anggun.

Bagai klinik

Beroperasi tujuh hari seminggu, Pusat Rawatan Resdung Naza Anggun tidak putus-putus dikunjungi pelanggan.

"Pusat rawatan saya ini juga tidak ubah seperti klinik kerana setiap pelanggan yang dikesan mempunyai gejala resdung yang teruk, saya akan memanggil pelanggan ke dalam bilik dan berbincang cara terbaik untuk mengubati penyakitnya.

"Dengan cara ini, pelanggan akan lebih selesa menceritakan penyakitnya secara tertutup dan memberi peluang kepada saya melayan pelanggan secara individu," katanya.

Ceritanya, masalah resdung juga boleh menyebabkan hubungan suami isteri terjejas dan ia perlu dibincangkan secara lebih privasi kerana ia satu isu yang sensitif.

"Ramai tidak tahu, penyakit resdung menyebabkan pernafasan dan badan berbau sehingga hubungan suami isteri terjejas," katanya.

Jelas Kak Yah, selain perkhidmatan dan produk, beliau juga amat mementingkan kepuasan dan keselesaan pelanggan kerana ia merupakan antara faktor kejayaan sesebuah perniagaan.

"Naza Anggun menerima lebih 50 pelanggan setiap hari malah sebahagian mereka menjadi pelanggan melalui program keahlian," jelasnya.

Bagi mempromosikan perniagaan, Kak Yah memilih pengiklanan radio melalui slot Naza Anggun di Radio Kedah FM semalam 45 minit pada pukul 2.30 petang setiap Isnin bagi membincangkan topik resdung.

Hama

Berkongsi cerita tentang pengalaman salah seorang pesakit resdung, kata Kak Yah, seorang pesakit dari Sungai Petani, Kedah menderita telinga berair selama 13 tahun dan dia sembuh selepas mendapatkan 16 kali rawatan di Naza Anggun.

"Dengan izin Allah, pesakit itu sembuh," ceritanya.

Menurut beliau, resdung sememangnya satu penyakit yang agak sinonim dengan orang Melayu dan ia perlu diubati dengan segera sebelum ia menjadi lebih teruk.

"Perubatan moden mengatakan resdung atau sinus sebagai radang atau jangkitan kuman dan alahan pada saluran pernafasan, telinga serta mulut sementara orang kita pula percaya ia berlaku akibat cara pemakanan terutama mereka yang selalu makan makanan laut dan belacan," katanya.

Resdung boleh membuatkan seseorang itu mempunyai nafas berbau, bersin, muka berjerawat, gatal atau bengkak di hidung, mulut dan telinga.

Simptom yang lebih teruk melibatkan nanah di telinga atau kecacatan pada hidung akibat kerosakan pada bahagian rongganya.

Rawatan terbaik ialah dengan mengasapkan muka menggunakan rokok resdung bagi mengeluarkan 'hama' yang hidup di sekitar rongga wajah seterusnya mengurangkan bendalir yang menyekat saluran pernafasan.

Risiko berpuasa penghidap diabetes

Posted: 06 Aug 2011 10:10 PM PDT


PESAKIT diabetes yang mengalami kesan melampau berpuasa seperti pengsan dan sawan, dinasihatkan untuk berbuka dengan minuman bergula. - Gambar hiasan


PENGHIDAP penyakit kencing manis tergolong dalam golongan berisiko untuk melakukan ibadah berpuasa pada bulan Ramadan.

Namun sekiranya penghidap diabetes tekad untuk melaksanakan rukun Islam ketiga itu, dia perlulah menjalani penilaian perubatan untuk menentukan risikonya dalam tempoh sebulan sebelum tibanya Ramadan.

Menurut Pakar Perunding Endikronologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Norlela Sukor, pesakit diabetes yang berhasrat melaksanakan ibadah tersebut perlu mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan ketidakseimbangan kandungan gula dalam darah.

"Doktor perlu memastikan sama ada pesakit tergolong dalam kelompok berisiko tinggi, sederhana atau rendah.

"Sekiranya seseorang pesakit terdiri dalam golongan berisiko tinggi dia dinasihatkan agar tidak berpuasa kerana ia boleh membawa banyak mudarat," katanya kepada Jurnal.

Biarpun begitu, bagi golongan pesakit yang tidak memerlukan suntikan insulin dan mempunyai berat badan berlebihan pula, Norlela menjelaskan bahawa mereka digalakkan untuk berpuasa.

Jelas Norlela, tabiat makan sepanjang Ramadan menjadi faktor utama yang menambah risiko komplikasi kepada penghidap diabetes jenis dua.

Antara risiko-risiko berkaitan termasuklah hipoglisemia atau kadar gula rendah dalam darah, hiperglisemia atau kadar gula tinggi dalam darah dan dehidrasi atau kekurangan air.

"Risiko itu boleh terjadi sekiranya pesakit tidak mengambil berat jenis makanan yang dimakan.

"Mereka sepatutnya mengikut nasihat yang disarankan oleh doktor terlebih dahulu," ujarnya kepada Jurnal.

Sekiranya seseorang berhadapan hipoglisemia atau fenomena kandungan gula rendah dalam darah, ia boleh mengakibatkan pesakit berhadapan dengan keadaan tidak sedarkan diri dan sawan.

Jelasnya, seseorang penghidap diabetes tahap dua perlu tahu bagaimana untuk mengesan simptom-simptom hipoglisemia.

Amalan kurang mengambil makanan dan ubatan diabetes pada bulan ini merupakan faktor utama yang menimbulkan hipoglisemia.

"Tanda-tanda kandungan gula rendah dalam darah (hipoglisemia) boleh dikenal pasti melalui simptom lemah badan, teramat lapar, pucat, berdebar, menggeletar, denyutan nadi yang kuat dan rasa gelisah.

"Jika berlaku simptom itu, pesakit perlu segera berbuka dan minum minuman manis untuk mengembalikan kandungan gula dalam darah.

"Anda perlu berbuka sekiranya paras gula berada pada bacaan kurang 3.3 atau lebih 16.7 mmol/L," katanya yang menjelaskan bahawa penghidap diabetes jenis dua mempunyai risiko 7.5 kali ganda untuk mendapat hipoglisemia.

Bagi mengelakkan seseorang penghidap berhadapan dengan risiko tersebut, Norlela menjelaskan bahawa amalan mengikut sunah Nabi Muhammad SAW memberi manfaat kepada pesakit iaitu dengan bersahur dan mempercepatkan berbuka puasa.

Berhubung makanan paling sesuai diambil oleh penghidap diabetes ketika bersahur dan berbuka puasa, Norlela tetap menyarankan pemakanan seimbang.

Norlela turut menyarankan pesakit mengambil makanan yang mengandungi bijirin dan serat seperti bijirin, kekacang, beras perang dan sayuran.

"Perlu diingatkan agar pesakit perlu mengurangkan mengambil makanan berminyak.

"Pesakit haruslah merekodkan apakah makanan yang diambil pada setiap hari selain minum air dengan mencukupi," jelas Norlela lagi.

Tambahnya, amalan solat sunat tarawih yang dilakukan dalam tempoh lebih sejam selepas berbuka puasa membantu meningkatkan kesihatan pesakit diabetes.

Selain itu, penghidap turut digalakkan melakukan senaman ringan dalam tempoh berpuasa.

"Namun begitu pesakit perlulah mengelakkan daripada melakukan senaman berat sebelum waktu berbuka dan mereka boleh melakukan kerja-kerja seharian seperti biasa," katanya.

Taman alam Homestay Saujana

Posted: 06 Aug 2011 10:09 PM PDT


TEMPAT duduk rotan dan bangku pokok durian ditempatkan di beranda.


KALAU sudah namanya Kampung Janda Baik, persekitaran alam semula jadi pasti sukar dipisahkan daripada fikiran.

Begitulah reputasi Homestay Saujana yang terletak di atas tapak seluas 0.7 hektar di tanah tinggi Pahang itu.

Deruan air Sungai Chemperoh yang mengalir di sisinya mencetuskan irama yang sukar diungkapkan. Ia bagaikan terapi semula jadi yang menenangkan.


MEREHATKAN tubuh di tepi kolam pasti menenangkan.


Air sungai yang jernih dingin itu mengalir laju berlantaikan batu-batu sungai sehingga menerbitkan muzikal semula jadi.

Bunyi bising kenderaan di bandar dan kerja yang tidak pernah habis pasti melelahkan, jadi homestay ini menjadi satu pilihan terbaik untuk memanjakan tubuh dan minda.

Pemiliknya, Ahmad Fakhri Hamzah, 49, berkata, homestay dengan dua unit rumah tamu itu merupakan ilham keluarganya sendiri.

"Sebenarnya lima tahun lalu saya masih tercari-cari kawasan yang sesuai untuk berehat bersama keluarga pada hujung minggu.

"Secara kebetulan kami menemui tapak ini yang terletak tidak jauh dari jalan utama. Kehadiran Sungai Chemperoh yang mengalir di sisinya turut memikat hati kami untuk memilih tempat ini," katanya.

Tambah Fakhri, pada mulanya homestay itu merupakan projek rumah istirahat keluarga tetapi kami turut mahu ia dikongsi dengan orang ramai.

"Justeru, wujudlah rumah percutian ini yang menawarkan pakej penginapan yang menawarkan kedamaian alam semula jadi," ujarnya.


PERALATAN elekrik asas tersedia di dapur tetapi aktiviti memasak tidak dibenarkan.


Penginapan ala homestay ini beroperasi sejak tiga tahun lalu. Ia memiliki dua buah rumah tetamu yang dinamakan Cheringin dan Chemperoh, kedua-duanya terbina di tepi sungai.

Difahamkan, kos untuk membangunkan homestay ini melebihi RM700,000 termasuk perabot dan kemudahan lain.

"Sebaik memasuki kawasan ini, anda akan nampak rumah Chemperoh dan Cheringin yang terpisah hanya 50 meter. Kami juga membina dua unit ran atau rumah atas pokok," cerita beliau.


DAPUR barbeku dibina mengikut reka bentuk pondok Orang Asli.


Cheringin dan Chemperoh dibina menggunakan kayu meranti manakala rumah atas pokok itu diperkukuh dengan kayu cengal.

Ditambah pula dengan gaya hiasan tradisional kontemporari, tetamu akan berasa seolah-olah berada di kampung sendiri. Nilai eksklusif inilah yang mahu ditawarkan Homestay Saujana.

Reka bentuk kedua-dua rumah kayu itu agak ringkas. Di berandanya yang luas terdapat sebuah meja bulat dan kerusi rotan yang membolehkan penghuni merehatkan diri sambil melemparkan pandangan ke arah sungai dan alam sekeliling.

Terdapat juga sebuah bangku panjang yang diperbuat daripada pokok durian.

Terbuka


KATIL, ruang tamu dan meja makan disusun atur menggunakan konsep ruang terbuka sekali gus menampakkan ruang lebih luas.


Rumah ini memakai konsep terbuka iaitu tiada bilik disediakan melainkan bilik air. Sebuah katil bersaiz King ditempatkan di satu sudut. Apa yang menarik, katil bertiang tinggi itu dilengkapi kelambu putih.

Tetamu cuma perlu menurunkan kelambu itu apabila mahu tidur pada waktu malam. Keadaan ini akan mengingatkan seseorang kepada suasana bilik tidur pada zaman dahulu.

Di satu sudut, hamparan permaidani yang dibawa dari Oman menghiasi ruang.

Memandangkan suhu dingin tanah tinggi itu terasa menembusi kulit khususnya pada waktu pagi, bilik air homestay ini menyediakan alat pemanas air untuk keselesaan tetamu.

Ruang tamu pula terletak betul-betul bersebelahan katil. Terdapat set sofa moden di situ selain kemudahan televisyen satelit.

Rumah ini turut mempunyai kemudahan peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro, bagaimanapun tetamu tidak dibenarkan memasak.


KIRI: Rumah Chemperoh terletak betul-betul di tebing Sungai Chemperoh.
BAWAH: Rumah atas pokok sering menjadi tumpuan pengunjung.


"Kami tidak memasang kipas angin mahupun penyaman udara kerana pada waktu malam, tempat ini sejuk. Suhu persekitaran boleh turun sehingga 21 darjah Celsius.

"Pada waktu siang pula, kami menggalakkan tetamu bersantai di luar rumah khususnya di tepi sungai sambil mendengar serangga dan unggas sahut-menyahut," kata Fakhri.

Walaupun tiada kemudahan memasak di dalam rumah, homestay ini menyediakan tempat untuk barbeku yang mengadaptasi binaan pondok Orang Asli.

Berhampiran sungai juga terdapat sebuah kolam ikan yang dihiasi batu-batu cantik. Dianggarkan ia dihuni kira-kira 1,000 ekor ikan tilapia.

Menurut Fakhri, pengunjung boleh mendapatkan ikan segar itu pada harga RM10 seekor.

Kata Fakhri lagi, tetamu yang membawa komputer riba boleh menggunakan kemudahan WiFi yang disediakan di seluruh kawasan berkenaan.

"Secara keseluruhannya homestay ini mahu anda menikmati taman hijau di sekelilingnya dengan sepuas-puasnya.

"Tetapi dalam masa sama anda tidak akan terputus hubungan daripada dunia luar," katanya.

Selamatkan budak merempat

Posted: 06 Aug 2011 10:04 PM PDT


YAYASAN SUNBEAMS HOME ditubuhkan atas dasar prihatin.



SAYANG Alvin terhadap kanak-kanak di Yayasan Sunbeams melebihi segala-galanya.


PESARA guru, Alvin Tan Ooi Seng, 67, tabah meneruskan kehidupannya selepas anak tunggalnya meninggal dunia lima tahun lalu. Alvin kemudian diduga pula dengan kematian isterinya, Lucy Lim Fong Tze, 67, pada April lepas.

Kehilangan dua insan penting dalam hidup Alvin menjadi tamparan hebat buatnya. Sungguhpun begitu, dia tidak mahu hidupnya terus dirundung duka.

"Mujur saya ada 85 'anak' lagi. Inilah kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan sekarang," katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Alvin ialah pengasas Yayasan Sunbeams Home, sebuah rumah kebajikan di Ampang, Kuala Lumpur yang ditubuhkan untuk membela individu malang.

Menceritakan kisah awal penubuhan yayasan tersebut, Alvin memberitahu, ia bermula 16 tahun lalu apabila dia dan isterinya melihat seorang ibu mengendong bayi sambil memimpin seorang lagi anaknya mencari saki-baki makanan di kaki lima restoran.

"Mereka bertiga tiada rumah, tiada wang dan tiada keluarga yang ambil tahu.

"Mereka merempat di tepi jalan dan meneruskan hidup bergantung kepada simpati orang yang lalu-lalang.

"Keadaan tersebut sangat menyentuh hati saya dan isteri. Kami nekad membawa wanita itu pulang ke rumah dan merancang untuk menubuhkan rumah kebajikan ini," kata Alvin yang sebelum itu sudah sembilan tahun membantu pelajar-pelajar miskin di sekolah tempatnya mengajar.

Dera

Memberi perlindungan kepada insan-insan kurang kemampuan yang masih bayi sehingga berumur 23 tahun, Alvin terus gigih menguruskan keperluan kanak-kanak berkenaan dengan bantuan 20 kakitangannya.

"Kebanyakan kanak-kanak yang tinggal di sini datang daripada keluarga bermasalah dan mangsa dera.

"Walaupun jumlahnya hanya 85 orang, saya memerlukan kos RM800,000 setahun untuk menampung kos penyelenggaraan serta sara hidup.

"Ia termasuk kos pakaian, makanan, keperluan lengkap sekolah, susu, makanan harian, kelas tambahan, seminar, sukan dan sebagainya.

"Saya memang galakkan mereka untuk aktif dalam pelbagai aktiviti sama ada di sekolah atau dalam masyarakat supaya mereka tidak berasa terpinggir apabila bersama rakan sebaya yang dibesarkan oleh keluarga," katanya.

Untuk menampung perbelanjaan bulanan, mereka menerima sumbangan berbentuk wang dan barangan daripada pihak swasta, korporat, individu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Alvin menambah, menguruskan puluhan kanak-kanak dalam satu rumah bukan perkara mudah.

"Saya mahu wujudkan suasana keluarga di rumah ini. Justeru, para penghuni bukan sahaja diberi perlindungan tetapi belaian kasih sayang sangat penting.

"Demi memastikan kanak-kanak gembira dan tidak dihantui pengalaman sedih, saya hanya menggaji wanita penyayang.

"Saya mahu jadikan rumah ini sebagai dunia gembira untuk semua penghuninya," katanya.

Awalnya, untuk menempatkan kanak-kanak tersebut, Alvin menyewa sebuah rumah di Taman Mawar, Ampang dekat Kuala Lumpur dengan sewa bulanan sebanyak RM500.

Beberapa tahun kemudian, seorang wanita membeli rumah tersebut beserta dua buah unit rumah dua tingkat di hadapannya dan mendermakannya kepada Yayasan Sunbeams Home.

"Kami terima kemasukan penghuni dengan bersyarat. Setiap permohonan kemasukan akan ditapis. Jika ada ibu bapa merayu untuk membawa anak mereka keluar, kami akan pastikan mereka sudah benar-benar insaf," katanya yang hanya membenarkan kanak-kanak keluar dalam tempoh masa terhad.

Enggan mencari

Menyelongkar kisah penghuni yang tinggal di situ, Alvin bangga menyatakan, dua anak wanita merempat di kaki lima kedai yang dibantunya dahulu kini sudah matang.

"Nasib kedua-dua beradik berusia 18 dan 26 tahun itu sudah banyak berubah. Pengalaman di sini banyak mendidik mereka tentang kehidupan," katanya.

Insan yang dimaksudkan, Titus Liew Kar Meng, 18, mulanya tidak tahu mengenai nasib malang yang menimpa keluarganya.

"Semasa saya berumur 9 tahun, daddy (Alvin) menceritakan segala-galanya. Saya dan abang sangat sedih apabila mengetahui keadaan sebenar.

"Apabila ibu datang melawat, kami bertanya dengan ibu, tetapi ibu tidak pernah berikan jawapan. Ibu hanya minta kami lupakan semuanya dan hidup dengan baik di sini," katanya yang sedang mengikuti semester pertama pra diploma dalam jurusan perakaunan di sebuah kolej di ibu negara.

Enggan ambil tahu tentang bapanya, Titus nekad mahu melupakan kejadian hitam tersebut demi masa depan ibu dan dirinya.

"Saya tidak pernah bertanya dengan ibu atau daddy. Saya juga tidak mahu mencari dia. Apa yang saya mahu lakukan sekarang ialah belajar bersungguh-sungguh.

"Saya mahu lulus cemerlang dan mendapat kerja yang bagus kerana saya mahu menjaga ibu dan membantu adik-adik di yayasan ini," katanya.

Sementara itu, seorang kanak-kanak, Jody Ooi Bee Leng, 11, pula tinggal rumah yayasan itu sejak berusia 5 tahun.

"Ibu dan bapa saya bekerja di Singapura dan Thailand. Saya ditinggalkan di sini kerana mereka sibuk bekerja," katanya.

Dia yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah seorang pelajar yang pintar.

"Daddy mementingkan pelajaran kami. Selepas habis sekolah, kami akan ikuti tuisyen dan mengulang kaji bersama-sama di sini," katanya yang berazam untuk membantu kanak-kanak lain di yayasan tersebut selepas dia berjaya menjadi seorang guru suatu masa nanti.

Jojie manis bertudung

Posted: 06 Aug 2011 10:03 PM PDT


JOJIE


RAMAI yang memuji penampilan dan hijrah kakak kepada penyanyi rock Ella, Jojie Aminuddin. Sebaik sahaja gambar-gambar kemunculan Jojie bertudung dimuat naik di laman sosial Twitter dan Facebook, ramai yang bertanyakan Diva tentang kebenaran hijrah tersebut.

Sambil tersenyum, Diva hanya dapat mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan kemanisan Ramadan yang dibawakan Jojie.

Diva cuma mahu sampaikan pesanan dan salam teman-teman yang rata-rata sangat gemar dengan hijrah Jojie. Memang waktu Diva tenung-tenung gambarnya, sangat manis Jojie berimej sebegitu dan harap berkekalan. Diva tumpang bangga dan senyum.

Diva: Tersenyum bila ada khabar kononnya filem Gila-Gila Remaja akan dibuat sekuel. Agaknya macam manalah gaya Faizal Hussien atau Roy dalam sekuel itu nanti.

Azlan Abu Hassan selamat berkahwin

Posted: 06 Aug 2011 09:49 PM PDT


AZLAN ABU HASSAN (dua kiri) bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis perkahwinannya termasuk Adnan (tiga kiri) dan Azlina (kanan sekali).


RASANYA belum terlambat untuk Diva ucapkan selamat pengantin baru kepada komposer terkenal Azlan Abu Hassan yang selamat berkahwin dengan pasangannya, Riffa Hazman pada pertengahan Julai lalu.

Majlis persandingan mereka juga khabarnya meriah pada 23 Julai lalu. Menariknya, tanpa mengira status perkahwinan yang telah berakhir, Azman Abu Hassan dan bekas isterinya, Azlina Aziz juga hadir meraikan hari bahagia Azlan.

Diva juga tumpang bahagia tengok gambar-gambar perkahwinan Azlan dan Riffa yang dimuat turun dalam laman Facebook mereka. Begitu juga dengan gambar-gambar percutian bulan madu mereka di Pulau Pinang.

Diva: Simpati kepada rakan semeja Diva yang penat-penat buat fotografi eksklusif, kemudian hasilnya dicedok blogger.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories