Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Diana Danielle Bawa Buku Ke Mana-mana
- Fida Kongsi Petua Elak Rambut Bau Masam
- Sensasi Sara Ali
- Farawahida Bangun Selepas Kisah Pahit
- Kemalangan Sedarkan Awi Rafael Dari ‘Hanyut’
- Man Bai Tidak Pakai Kasut Dibeli
- Restoran Intai-Intai, Artis Raikan Anak Yatim
- Zarina Zainuddin Mahu Tulis Kisah Hidup
- Maulaya, Album Arab Rabbani
- ‘Saya nak rasa aura lakonan Saadiah’
- 500 pemilik telefon dikompaun
- Lily bertarung dengan Julia Roberts
- Bukan saham individu
- Pilih makanan sesuai
- ‘Tiada lagi sentuhan kasih sayang’
- Solat dalam khemah kanvas
- Mesin kuih pelbagai guna
- Kerisauan Zull Design
- Cermin mata 1Malaysia
- Pelajar SMTKL teroka khazanah alam Taman Negara
- Jom Niaga asah bakat keusahawanan
- SK Satria Jaya pupuk minat murid dekati sains
- Bakal doktor masuk kampung
- Citra nusantara Malaysia-Indonesia
- Tangani masalah komputer digodam
Diana Danielle Bawa Buku Ke Mana-mana Posted: 07 Aug 2011 10:04 PM PDT SEAWAL usia 20 tahun, pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson (gambar) sudah mampu hidup senang dengan kerjaya lakonan yang dibinanya sejak tahun 2002. Tidak pun naik secara mendadak, hasil pengalaman kerja yang dikutip membuatkan Diana kini boleh dikategorikan sebagai seorang pelakon wanita yang kukuh dalam karier. Akui Diana, keinginannya yang mahu belajar berdikari dan memegang duit sendiri membuatkan dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon iklan terlebih dahulu ketika berumur 12 tahun selain ingin mengubah cara kehidupan yang lebih selesa. Kerana itu juga membuatkan personaliti anak kacukan Melayu-Inggeris ini dilihat lebih matang daripada usianya sebenar. "Memang dari segi fizikal, saya dilihat lebih matang berbanding usia, tapi saya masih budak-budak lagi tau, banyak yang kena saya pelajari," selorohnya memulakan bicara. Sambil menyolekkan sendiri wajah gebunya, kata Diana, dia sudah biasa memegang duit sendiri walaupun masih lagi muda kerana ingin mengurangkan beban ibunya dan kini bersyukur, segala keperluan asas keluarga, boleh ditanggungnya. Bagaimanapun, Diana belum lagi merasakan bahawa diri sudah cukup kukuh dalam kerjaya seninya itu. "Masih banyak perkara yang perlu saya belajar dalam dunia seni ini dan rasanya tapak karier saya belum kukuh. "Mungkin dari segi kepunyaan wang, ya saya akui, setakat ini bolehlah tampung ibu dan adik angkat saya, Halley Hayden yang baru berusia tiga tahun itu, Alhamdulillah. "Cuma dalam industri lakonan ini, kita mempunyai ramai saingan dan justeru itu setiap tawaran yang diterima saya perlu mengasah bakat dan lakukan yang terbaik," ujarnya. Bagaimanapun, kata Diana, dia bukanlah seorang pelakon yang workaholic seperti segelintir pelakon lain kerana sukar memberi fokus apabila berlangsungnya penggambaran nanti. Baginya, dalam setahun, dia hanya akan mengambil antara dua hingga tiga tawaran filem mengikut kemampuannya. "Saya kagum dengan segelintir pelakon yang boleh bekerja dari satu projek ke projek yang lain dan saya tidak mampu melakukannya. "Biasanya, selepas selesai satu projek, saya akan berehat selama dua hingga tiga bulan sebelum mengambil tawaran filem baru. Saya tidak mahu terburu-baru dalam melakukan sesuatu. "Lebih senang jika kita dengar dan belajar secara perlahan, itu cara saya. Karakter saya ini, jika bekerja terlalu kuat, mulalah rasa serabut dan tak boleh fokus pada sesuatu benda," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran filem Azazil bersama pelakon Remy Ishak. Tak ikut peredaran fesyen Seperti biasa, menjadi satu pandangan skeptikal semua orang apabila menganggap seorang pelakon semestinya mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Tidak buat Diana, dia lebih selesa berimej sederhana dan fesyen bukanlah satu kemestian serta itu bukan minatnya. "Ramai yang berkata saya ini seorang yang selekeh. Memang betul pun. Saya tak ikut perkembangan fesyen terkini dan menganggap fesyen memerlukan saya keluarakan wang yang banyak. "Saya tak kisah jika berhabis wang untuk kucing kesayangan, buku dan DVD filem. "Membeli barang-barang solekan, minyak wangi dan baju adalah satu pembaziran," katanya rancak memberi pandangan. Tambah Diana, imej bukanlah satu isu besar buatnya, malah dia tidak kisah jika memerlukan diri menjadi gemuk dalam sesebuah watak. Seperti umum tahu, Diana kini sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pengarah hebat, Farid Kamil. Sengaja mengusik pernah atau tidak dia terfikir untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda, Diana tidak kisah dengan hal itu jika ditakdirkan Allah. Malah pelakon ini juga mempunyai impian perkahwinan di mana dia mahu majlisnya itu nanti diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh orang yang tersayang yang telah memberi sokongan terhadapnya sahaja. "Saya tak suka majlis perkahwinan yang besar. Cukuplah jika tetamu yang hadir itu terdiri daripada orang yang mempunyai kaitan dan rapat dalam hidup saya. "Ya, saya tak kisah jika jodoh saya sampai awal atau kahwin muda. Malah sejak kehadiran Halley di rumah, dia mengajar saya untuk tidak mementingkan diri. "Dia juga mengajar saya untuk berkongsi kasih sayang dan kini saya sudah boleh bermain bersama-samanya mahupun kanak-kanak lain. Mungkin juga saya boleh menguruskan sebuah keluarga," ujarnya tersenyum. Trivia Diana Danielle - Sebenarnya Diana lebih meminati bidangnyanyian daripada lakonan. - Gemar melukis dan mencipta lagu. - Bakal muncul dengan single terbaruberjudul Tak Pernah Ada. - Seorang yang 'gila buku' danmengimpikan sebuah perpustakaankecil di rumahnya. - Tidak suka berkunjung ke kelab malam. - Seorang yang cemerkap (clumsy). - Meminati buku berkisarkan kisah-kisahbenar dan akan membawasekurang-kurangnya sebuahbuku ke mana-manasahaja. - Mahu mengikutjejak langkahidolanya,Jodi Fostermenyambungpengajian dalambidang psikologi. | ||
Fida Kongsi Petua Elak Rambut Bau Masam Posted: 07 Aug 2011 10:03 PM PDT SEPANJANG bulan Ramadan ini, pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim (Fida), 25, (gambar) meluangkan masa untuk menjelajah ke setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan berkunjung ke kampung-kampung untuk menghantar makanan berbuka puasa dan bersahur. Setakat ini, program yang dinamakan "Rifters Jelajah Amal Tanpa Henti" itu telah disempurnakan di Negeri Sembilan dan Melaka yang mana pada hari kedua Ramadan, Fida bersama-sama rakan kelab peminatnya, Rifters telah bersahur bersama-sama dengan penduduk di Melaka dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Meneruskan kembara tersebut, Fida dan Rifters akan mengunjungi negeri sebelah utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak bermula hari ini. "Jika mengikut perancangan, sepatutnya saya ke Terengganu pada Khamis lalu tetapi disebabkan mempunyai komitmen lain di Kuala Lumpur, jadi saya terpaksa menangguhkannya. "Kunjungan kami ke setiap negeri menyasarkan rumah golongan yang hidup susah dan keluarga ibu tunggal. "Kami menaiki kereta dan berkonvoi beramai-ramai. Misalnya, kami menyertai lebih sepuluh buah kereta semasa berkunjung ke Negeri Sembilan pada awal Ramadan lalu," katanya yang muncul di TV3 menerusi drama Kasih Alia pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam. Selain itu, dia juga sibuk dengan beberapa jemputan majlis berbuka puasa dan beberapa rakaman program seperti Galaksi Raya dan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. "Bulan Ramadan tahun ini tidak terlalu sibuk seperti tahun lepas," ujarnya lagi yang akan muncul di pawagam menerusi filem Man Sewel Datang KL. Beralih kepada nyanyian, Fida yang turut menyanyikan lagu tema drama Kasih Alia berjudul Teriakan Kalbu. "Selepas ini, saya mempunyai perancangan untuk membuat "single" album dan menyanyikan beberapa lagu tema untuk drama yang dilakonkan," ceritanya. Sekali pandang, wajah Fida persis penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza. Setelah dirisik, tidak hairanlah kerana dia dan penyanyi itu sebenarnya sepupu. Memiliki wajah yang cantik memberikan bonus kepada Fida dan lebih manis lagi dia memakai tudung. Menyentuh tentang penjagaan kecantikan tambahan pula bertudung, Fida perlu lebih menitik beratkan penjagaan rambut. "Biasanya kalau kita memakai tudung, kita perlu mengeringkan rambut dengan pengering rambut atau biarkan kering sendiri bagi mengelakkan rambut menjadi bercabang, berbau masam dan rambut berbuah. "Jadi, apabila berpeluh, sekurang-kurangnya rambut yang kering itu masih akan berbau wangi mengikut syampu yang dipakai," katanya. Tambahnya: "Jika mencuci rambut, elakkan mengguna kuku untuk mengurut kulit kepala sebaliknya gunakan hujung jari sahaja. Ini kerana kulit kepala akan luka dan memudahkan pertumbuhan kelemumur. "Untuk memiliki rambut cantik sama ada bertudung atau tidak, saya mempunyai petua tradisional iaitu menggunakan minyak kelapa yang dibuat sendiri oleh makcik saya. "Caranya, masak santan asli sehingga pecah minyak, selepas itu kisar santan itu dengan daun pandan dan gaul sehingga sebati. Selepas itu, baru sapukan pada rambut dan bungkus dengan kain atau plastik antara 15 hingga 30 minit bergantung kepada jenis rambut. Kemudian baru cuci. "Jika rambut jenis berminyak, disarankan mengambil masa 15 minit berbanding rambut yang kering." Selain itu, Fida berkongsi tentang petua untuk kulit selepas berjemur di bawah matahari terik sehari suntuk. "Selepas berjemur di tengah panas, saya akan memakai bedak sejuk pada waktu malam untuk merawat kulit yang menjadi terbakar dan panas. Namun, jangan amalkan selalu kerana bimbang kulit menjadi kering," ujarnya. PROFIL Nama Sebenar: Rafidah Ibrahim Tarikh lahir: 4 Jun 1986 Asal: Kuala Lumpur Pendidikan: Sijil PelajaranMalaysia (SPM) Karier: Pelakon dan penyanyi Drama: Kasih Alia, E-Toyol,Epilog Syurga Cinta, Cinta TikarSejadah Filem: Adik Manja The Return,Kongsi, Man Sewel Datang KL Pencapaian: Juara SitiNurhaliza Mencari BintangPantene 2007 | ||
Posted: 07 Aug 2011 09:53 PM PDT Bagaikan langsung tidak diberi peluang untuk bernafas, Sara, 21, terus dihukum dan diadili ketika dirinya masih terkapai-kapai cuba memahami realiti industri hiburan. Sara sendirian menahan getar apabila dilempar pelbagai label dan kecaman yang menyakitkan. Ketika bakat sebenarnya belum terbukti, satu persatu peminat disajikan dengan cerita sensasi mengenainya. Selesakah Sara yang pernah muncul dalam filem Nur Kasih The Movie dan Penunggu Istana membawa pelbagai label kurang menyenangkan terutama bagi bakat baru sepertinya? "Secara peribadi, saya lebih selesa jika tidak terlalu menjadi perhatian. Tetapi Songlap membuat saya mula dikenali. Dari situ, saya menerima kenyataan saya tidak boleh lagi berpatah balik. Saya sendirian bergelut untuk memahami industri. Sulit tetapi saya berusaha melawan. Di luar, orang cuma mahu melihat kesempurnaan tanpa pernah mereka tahu apa yang bermain dalam diri saya. "Saya bukan manusia sempurna yang pantas menelan segala yang baru. Saya berperang dengan perasaan sendiri kerana bimbang gagal membawa diri, apatah lagi semuanya berlaku terlalu pantas," kata gadis tinggi lampai ini, ramah menyusun bicara. Sedang meraih perhatian menerusi drama bersiri, Wasiat yang kini bersiaran di Astro Prima, Sara menjelaskan, pembabitannya dalam dunia lakonan didorong oleh keikhlasan serta minat yang tidak berbelah bagi. Lantaran itu, Sara tidak mahu terlalu memikirkan soal populariti malah akuinya penuh jujur, dia belum terlalu bersedia untuk disorot perhatian berlebihan. Namun, graduan jurusan Seni Bina dari Universiti Limkokwing itu akur untuk melaksanakan semua tanggungjawab itu sebagai satu bentuk promosi kepada setiap hasil kerjanya. "Saya seorang yang ringkas dan kasar, mungkin kerana itu jiwa saya tidak terlalu terdorong untuk berhias cantik bagi menjayakan sesi fotografi. Saya orang yang paling malas senyum tetapi apabila berada di depan umum, saya seperti dipaksa berpura-pura dan menjadi sesuatu yang bukan diri saya. "Saya masih belajar memahami perkara itu. Mahu atau tidak saya perlu lalui juga kerana ia sebahagian daripada tuntutan kerja," katanya. Sara juga mengakui, keliru dengan sikap segelintir manusia yang cuba menjadikan industri hiburan sebagai satu permainan dan itu katanya, cukup menakutkan. Perkara itu, membuatkan dia belum bersedia untuk menyerahkan seluruh kehidupannya menjadi sorotan dan perhatian umum. "Apabila sudah mula diberi perhatian, ada saja yang dengki dan cuba menjatuhkan. Saya belum bersedia untuk menempuh semua itu. Saya memasuki dunia lakonan untuk belajar, bukan berniat mencari musuh atau mengganti tempat sesiapa. Alhamdulillah, saya sudah temui apa yang saya minat jadikan berikan saya dulu masa untuk memahami dan menyesuaikan diri," katanya. Sara akur, dia memasuki industri tanpa perlu melalui pelbagai jalan sulit. Tawaran pertama diperolehnya menerusi laman sosial, Facebook dan selepas itu, satu demi satu peluang diterimanya. Barangkali kerana itu, Sara mengakui, dia mengalami kejutan budaya apabila tiba-tiba media memberikan perhatian luar biasa kepadanya. "Ada memberitahu saya beruntung tetapi tahukah mereka, apa yang saya rasa? Jalan memang sudah terbentang untuk saya lalui, tetapi pintu manakah yang terlebih dulu akan dibuka? Memikirkan semua itu, saya jadi bingung, takut dan gusar. Industri hiburan cukup menakutkan, ia boleh membentuk seseorang menjadi bertambah baik atau sebaliknya. "Mujur saya dipertemukan dengan mereka yang sedia membantu seperti Bront Palarae dan Beto Kushairy. Mereka mengajar saya supaya merendah diri dan tidak melatah diuji," katanya. Shaheizy Sam bekas kekasih? GOSIP terbaru yang menimpa Sara Ali ialah apabila namanya turut dikaitkan dengan bintang filem paling laris, Shaheizy Sam. Barangkali kerana itu, Sara yang turut membintangi dua filem lain, Klip X-3GP dan Sesuatu Yang Tertinggal langsung enggan mengambil pusing apabila dikaitkan dengan gosip kurang enak itu. Sara menjelaskan, terpulanglah jika ada pihak yang kurang menyenangi kehadirannya hingga sanggup menabur pelbagai fitnah untuk menjatuhkan nama baiknya. Namun, jawapan sebenar cuma dia saja yang mengetahui, justeru Sara tidak pernah gentar kerana tahu dirinya berdiri di atas landasan kebenaran. Namun, tanpa perlu berdolak dalik, Sara mengakui memang berkawan dengan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. "Tetapi hubungan itu cuma terbatas sebagai kawan biasa. Tidak lebih daripada itu. Saya sendiri tidak pernah membuat pengakuan kami mempunyai hubungan istimewa, jadi bagaimana boleh timbul isu saya menjaja cerita Sam bekas kekasih saya? Saya sendiri sudah lama tidak berjumpa Sam. Selepas Songlap, kami terikat dengan komitmen kerjaya masing-masing. Saya pun belum mahu bercinta. "Saya serius mahu menjadi anak seni dan tahu tidak selamanya akan bergelar pelakon. Perlahan-lahan saya mula belajar hal berkaitan kerja di balik tabir kerana saya mengimpikan untuk membikin filem sendiri satu hari nanti," katanya. | ||
Farawahida Bangun Selepas Kisah Pahit Posted: 07 Aug 2011 09:51 PM PDT SELEPAS dihimpit dengan pelbagai kontroversi, pemilik nama Farawahida Razali atau Fara (gambar) bangkit memulakan semangat baru. Wanita berusia 26 tahun ini mengakui pengalaman lalu membuatkannya lebih matang dalam mengharungi gelombang industri seni tanah air. Bagi penyanyi berkulit sawo matang ini, segala peristiwa hitamnya apabila dikatakan mempunyai masalah dengan bekas pengurusnya dulu sudah dibuang jauh-jauh dan kini dia mahu membuka lembaran baru dalam hidup. "Sebagai artis, kita akan terdedah dengan apa juga kontroversi, cerita manis atau buruk. "Namun apa yang terjadi pada saya sekitar tahun 2009 itu adalah satu pengalaman buruk yang banyak mengajar erti kehidupan sebenar. "Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya dan apa yang terjadi kepada saya juga ada kebaikan yang Allah tunjukkan," jelasnya yang dihimpit kontroversi ekoran perselisihan faham dengan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah. Tambah Fara, dia kini bergerak sendiri dalam menguruskan kerjaya nyanyiannya tanpa bergantung kepada individu lain. Biarpun penat namun kepuasan yang diperoleh daripada hasil titik peluh sendiri adalah sangat berharga. "Saya masih belajar untuk berdiri sendiri biarpun ia bukan semudah disangka namun hasil yang saya peroleh sama ada banyak atau sikit sangat memberi kepuasan kepada saya," jelasnya. Sinar baru Tiga tahun menyepi tanpa sebarang perkembangan, Fara akui tahun 2011 menjadi tahun untuknya bergiat aktif di persada seni semula. Mempertaruhkan "single" terbaru berjudul Jangan Tanya Aku Lagi, lagu berkenaan menjadi lagu runut bunyi bagi drama slot Legenda di TV3, berjudul Mata Ayer. "Jangan Tanya Aku Lagi ini menjawab persoalan peminat yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang selama ini. "Lagu genre balada ini juga masih lagi dalam rangka promosi dan sedang dimainkan di corong-corong radio," ujarnya yang kini mencari material baru untuk "single" kedua. Sementara itu, Fara berkata rezekinya datang apabila ditawarkan untuk menyanyikan lagu runut bunyi drama terbaru TV3 berjudul Supermak. Lagu berjudul Kuasa Wanita ciptaan Hafiz Hamidun itu juga masih dalam proses untuk dijadikan "single" terbarunya. Lebih menggembirakan penyanyi ini apabila dipelawa untuk menyanyikan sebuah lagu Hari Raya. "Saya sangat berbesar hati apabila mempunyai lagu Hari Raya sendiri berjudul Hayati Raya Sejati dan semua proses rakaman serta klip video sudah siap untuk ditayangkan pada Syawal ini," jelasnya. 10 soalan menarik 1. Kenangan di bulan Ramadanyang tidak dapat dilupakan? Curi-curi minum air di bilik airsewaktu darjah tiga. Ketika itusangat dahaga selepas pulang darisekolah. Kemudian saya sambungsemula berpuasa dan berbukabersama-sama. 2. Makanan kegemaran waktuberbuka? Laksa utara. Saya pernah makanlaksa selama sebulan terutamanyalaksa yang dibeli di sebuah kedaidi Taiping. 3. Pernah ponteng puasa? Pernah, masa kecil. 4. Tabiat buruk ketika bulanRamadan? Makan dengan banyak waktuberbuka dan kerap tergigit jari. 5. Kuih lopes, tepung pelitadan murtabak? Saya suka murtabak sebab sayatak makan kuih muih. 6. Tarawih di masjid ataubersama keluarga? Di masjid sebab lebih ramaidan meriah. 7. Berbuka dirumah atau dimajlis-majlistertentu? Saya suka masakdan berbuka bersamakeluarga di rumahberbanding di luar. 8. Bangun pukul berapawaktu Ramadan? Sekitar pukul 9 pagi, biasanyaselepas sahur dan solat subuhsaya akan tidur semula. 9. Makan apa ketikabersahur? Tak tentu. Kadang-kadangsekadar minum air sahaja. 10. Mercun atau bunga api? Biasa beli bunga api untuk adik saya. | ||
Kemalangan Sedarkan Awi Rafael Dari ‘Hanyut’ Posted: 07 Aug 2011 09:49 PM PDT PETALING JAYA: Sejak terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Rabu lalu, penyanyi Awi Rafael tidak putus bersyukur dan berjanji untuk lebih menumpukan kepada ibadat harian. Penyanyi lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta ini yakin Allah masih menyayangi dirinya dan memberikan peluang untuk dia berubah ke jalan yang baik agar tidak terus hanyut dengan populariti yang diraih. "Saya akui bila mendapat terlalu banyak perhatian, kadangkala kita lupa siapa kita di sisi Allah. Saya bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk lebih awal untuk saya berubah. Jadi, saya perlu perbetulkan solat dan banyakkan amalan ibadat. "Sebelum ini, mungkin saya terlalu peramah dengan semua orang dan bersikap acuh tak acuh dengan solat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis berbuka puasa Muzik FM di Hotel Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Malah, Awi juga semakin rajin mengerjakan solat terawih dengan rakan-rakannya pada bulan Ramadan ini. Paling penting, dia bersyukur kerana dirinya selamat dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan itu pada sekitar pukul 5 petang selepas menjalani sesi fotografi dengan sebuah majalan hiburan di Shah Alam. "Saya rasa bersyukur dan terperanjat dengan insiden itu serta sempat mengucap istighfar. Kereta jenis Triton yang saya naiki remuk teruk akibat melanggar pokok. "Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan teruk melainkan luka sedikit di dahi. Waktu itu, saya memakai baju Melayu dan songkok. Jadi, songkok itu telah menyelamatkan kepala saya yang terhantuk di cermin tingkap. "Selepas terlibat dengan kemalangan itu, terus saya ke klinik dan merawat luka di dahi. Tengkuk saya juga masih berasa kebas selepas kemalangan itu tetapi setakat ini doktor mengesahkan tiada apa-apa kecederaan dalaman," jelasnya lagi. Tambahnya, sewaktu keretanya berpusing sebanyak tiga kali sebelum melanggar pokok dan turut melanggar beberapa buah kenderaan di situ turut mengingatkan Awi kepada ibu dan bapanya yang tinggal berjauhan daripadanya. Setelah ibu dan bapanya berpisah lapan tahun lalu, ibunya menetap di Pontian, Johor manakala bapanya berada di Indonesia. | ||
Man Bai Tidak Pakai Kasut Dibeli Posted: 07 Aug 2011 09:45 PM PDT SETELAH hampir 12 tahun menyepi daripada industri seni, bekas penyanyi kumpulan Gersang, Abdul Rahman Osman (Man Bai), 44, baru sahaja kembali melancarkan album solo berjudul Inspirasi. Album memuatkan lapan buah lagu tersebut telah berada di pasaran sejak 30 Jun lalu. Jelas Man Bai, kehadiran album terbaru itu adalah percaturan dia untuk menarik semula perhatian peminat terhadap dirinya. Baginya, jiwa dan konsep yang dibawa melalui album yang mengandungi lapan lagu itu, mempunyai kelainan. "Apa yang saya nyatakan, hanya boleh dibuktikan oleh peminat yang mendengar lagu-lagu saya nanti. "Biar peminat yang menilai kualiti album itu yang mampu menjadi pengubat rindu mereka terhadap kehilangan saya selama ini. "Sebenarnya rindu saya juga terubat melalui album ini. Rasanya sudah sampai masa untuk saya kembali menghasilkan sesuatu kepada peminat," katanya. Bagaimanapun, bapa kepada Imran Fitri,14, Luqman Hakim,12, dan Sarah Aishah,10, itu mengakui agak takut dengan penerimaan masyarakat. "Saya takut dengan reaksi peminat sebab negara ini mempunyai ramai penyanyi. Saya juga tidak tahu berapa lama lagi akan bertahan dalam industri ini. "Walaupun begitu, saya tetap akan cuba mengalih perhatian peminat kepada Man Bai," ujarnya bersungguh-sungguh. Masih mengekalkan jiwa 'cinta' yang terkenal menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini seperti Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa, dia juga akan membawa peminat mengimbau semula kenangannya bersama kumpulan Gersang yang popular era 80an. "Saya mengilhamkan lima lagu baru iaitu Air Mata, Tentang Cinta, Sendiri, Awan Berlalu Pergi dan duet bersama Datuk Khadijah Ibrahim iaitu Kita Cinta yang diterbitkan sendiri oleh saya. "Selain itu, saya turut menyanyikan semula lagu Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa dengan susunan muzik yang diubah sebanyak 60 peratus berbanding lagu lama. "Untuk menyanyikan lagu Masih Aku Terasa, saya terpaksa mengawal suara agar ada persamaan daripada suara ketika saya menyanyikan lagu itu pada usia 18 tahun dulu," jelasnya. Dalam pada itu, Man Bai turut berkongsi barang-barang berharga yang menjadi nostaliga dalam dirinya kepada pembaca-pembaca OopStarz!. Jam tangan Rolex Jam tangan ini merupakan barang peribadi yang sangat berharga dan mempunyai kenangan sendiri buat Man Bai. Ia adalah milik bapa mertuanya. Bapa mertuanya pernah menjual jam tersebut di sebuah kedai jam tanpa pengetahuannya dan dia yang minat dengan koleksi jenama Rolex membeli semula jam tersebut di kedai berkenaan dengan harga yang agak mahal. Tali pinggang Man Bai merupakan seorang pengumpul tali pinggang dan ini merupakan salah satu koleksi tali pinggang yang termahal dan dibeli ketika dia bercuti di luar negara beberapa tahun lalu. Songkok Sebagai orang Melayu, Man Bai mengakui sering tampil dengan memakai songkok terutamanya pada majlis-majlis tertentu. Katanya dia selesa menggayakan songkok atau topi terutamanya ketika membuat persembahan. Topi Jika tidak mengenakan songkok, topi ini menjadi pilihan. Kata Man Bai, kedua-dua aksesori ini sentiasa berada di dalam kereta. Selendang Bagi menambahkan gaya, Mai Bai sering muncul dengan selendang. Katanya lelaki seperti dia sukar untuk bergaya lebih berbanding kaum wanita. Namun untuk tidak nampak janggal atau terlalu ringkas, Man Bai sering mengayakan selendang ini. Jaket Jaket ini adalah satu-satunya jaket kegemaran Man Bai, katanya ia sangat berguna dan dibawa ke mana-mana sahaja. Jaket ini adalah pemberian isteri tercinta pada hari lahirnya beberapa tahun lalu. Telefon bimbit Antara barang terpenting dalam hidup lelaki ini ialah telefon bimbit. Kata Man Bai, dia tidak pernah mengikuti perkembangan dan kecanggihan telefon bimbit. Telefon bimbit yang dibelinya adalah sekadar keperluan untuk mudah dihubungi sahaja. Kaca mata hitam Kaca mata bukan sahaja penambah gaya buat penyanyi ini, namun ia juga mengelak daripada silau cahaya yang melampau. Kata Man Bai dia wajib menggunakan kaca mata hitam untuk pemanduan terutamanya ketika berada di bawah cahaya matahari yang panas terik. Sapu tangan Sudah menjadi tabiat Man Bai untuk membawa sapu tangan ke mana-mana sahaja. Kata Man Bai sejak remaja lagi dia memang mewajibkan dirinya menyimpan sehelai sapu tangan di dalam poket untuk tujuan kecemasan. Kasut Kasut ini tidak pernah dipakai sejak dibeli. Katanya dia sayang untuk memakai kerana harganya agak mahal. Pada mulanya ia dibeli kerana minat dan mahu dipakai pada majlis-majlis tertentu tapi sampai sekarang Man Bai melupakan hasrat itu. | ||
Restoran Intai-Intai, Artis Raikan Anak Yatim Posted: 07 Aug 2011 09:43 PM PDT MAJLIS berbuka puasa menjadi lebih bermakna apabila ia diraikan oleh mereka yang kurang bernasib baik khususnya anak-anak yatim. Seperti amalan biasa setiap kali Ramadan, anak-anak yatim dan orang-orang tua akan mendapat perhatian apabila syarikat-syarikat korporat menaja majlis berbuka puasa bagi meraikan mereka. Restoran Intai-Intai yang terletak di Backyard, Jalan Ampang, Hulu Klang, Kuala Lumpur milik Baha Azman Nor tidak ketinggalan meraikan anak-anak yatim dengan penglibatan para artis. Kira-kira 48 anak yatim termasuk pelajar tahfiz dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Setapak Kuala Lumpur diraikan dalam majlis yang sederhana pada awal Ramadan lalu. Keceriaan mereka jelas terbayang apabila berpeluang berjumpa dengan artis kesayangan masing-masing yang turut mengambil peluang berbuka bersama. Inilah masanya golongan yang kurang bernasib baik itu dapat bertemu para artis yang selama ini hanya ditonton menerusi televisyen sahaja. Antara artis yang memeriahkan majlis berbuka puasa itu seperti Adam (AF2), Kumpulan V.I.P, Amran Ismail, Zain Saidin, Daus (AF8), Syed Ali, Lena (AF9), Roslan Shah, Rizal, Linda Jasmin, Que Haidar dan pengarah filem pendek Shuhaimi Lua. Mereka mengambil peluang merapatkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik untuk sama-sama merasai pengalaman beraya dan juga berpuasa sebagai anak yatim. Menurut Amran, amalan mendekatkan diri dengan golongan tersebut merupakan sesuatu aktiviti yang amat baik apatah lagi pada bulan Ramadan. "Saya akan bercuti selama sebulan dan akan berkunjung ke rumah anak-anak yatim untuk berjumpa dengan mereka. Ini salah satu amalan yang hendak saya lakukan pada tahun ini," kata Amran. Sementara bagi Zain Saidin, golongan yang kurang bernasib baik dapat memberi keinsafan kepada setiap manusia untuk lebih mengenali diri sendiri. Katanya merapatkan diri dengan golongan berkenaan pada bulan Ramadan mampu membersihkan jiwa daripada perasaan yang tidak baik. "Apabila kita melihat anak-anak yatim, ia banyak mengajar kita untuk melihat kelemahan dan kekurangan diri sendiri," katanya. Perkara itu turut di sokong oleh artis-artis lain yang menggagap bulan mulia ini wajar dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan seseorang dengan masyarakat khususnya golongan yang kurang bernasib baik. Sementara itu pemilik restoran berkenaan iaitu Baha yang juga bekas warden asrama Akademi Fantasia Ketiga (AF3), restoran berkenaan menyediakan lebih 101 hidangan berbuka puasa dengan konsep atmosfera rumah Melayu. Selain daripada hidangan berupa pelbagai jenis kuih-muih Melayu, Intai-Intai juga turut memperkenalkan hidangan dari Bangkok, kambing panggang, laksam dan juga nasi kerabu. Harga bagi seorang ialah RM48. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi Bad 019-6167004. | ||
Zarina Zainuddin Mahu Tulis Kisah Hidup Posted: 07 Aug 2011 09:41 PM PDT DRAMATIS dan ahli perniagaan Zarina Zainuddin, 41, (gambar) kini kembali aktif di bidang lakonan selepas menghilangkan diri sejak sekian lama. Zarina mengakui minatnya yang mendalam dalam bidang seni membuatkan dia mengambil kesempatan untuk bergiat aktif dalam bidang seni. Dia yang kini sudah mempunyai empat orang anak lelaki iaitu kembar sulung, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal (Azal) Azrai, masing-masing bersusia 15 tahun, Muhammad Naim Azrai, 8, dan Muhammad Adam Azrai, 5, mengakui bahagia dengan kehidupan berkeluarga sekarang ini. Biarpun sibuk menguruskan kerjaya lakonan dan perniagaannya, pelakon filem Momok Jangan Panggil Aku ini tidak sekali-kali melupakan tanggungjawab terhadap keluarga. Malah dia sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaannya. Drama terbaru lakonan Zarina ialah Ana Lu'lu di TV3. bi>Apakah yang ada dalam fikiran anda sekarang? Terlalu banyak… Siapa manusia yang paling anda kagumi? Suami saya kerana menjadikan saya sebagai seorang isteri, wanita dan ibu yang bersemangat dan penuh wawasan. Apakah yang paling anda takuti? Diserang penyakit. Saya mahu hidup dalam suasana yang tenang dan sihat walafiat. Apakah sifat-sifat yang menonjol dalam diri anda? Pemurah dan cepat memaafkan kesilapan orang. Apakah sifat-sifat yang anda tidak sukai pada orang lain? Tamak dan hasad dengki sesama manusia. Pernah anda membenci sesiapa? Ya pernah, tapi saya sudah memaafkannya. Perkara paling hebat yang pernah anda lakukan? Menjaga nenek saya yang strok sehingga ia pulih seperti sedia kala. Pernah anda dibenci? Oleh siapa? Ada kot...? Bakat apakah yang paling anda ingini? Menyanyi. Saya pernah merakamkan album bersama arwah adik saya Noliana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli MS tak lama dulu. Jika anda dapat menukar satu perkara tentang diri anda, apakah yang akan anda tukar? Saya mahu kembali ke alam remaja. Apakah pencapaian anda yang paling besar? Setakat Top5 anugerah skrin TV3 melalui drama 'Becha Usang' dan pengusaha produk Addura Marketing (M) Sdn Bhd. Pada situasi mana anda menganggap anda gagal? Gagal menjayakan sesuatu watak dengan cemerlang. Kerja yang paling best pernah anda lakukan? Buat kerja pemasaran dengan syarikat saya. Perkara yang paling anda hargai yang ada pada seorang kawan? Susah senang bersama. Siapakah penulis kegemaran anda? Mama Juwie Siapa hero fiksyen anda? Tiada Bagaimanakah anda mahu dikenang? Melalui cerita kisah hidup yang akan saya tulis. Moto kehidupan anda? Hidup mestilah bersabar. | ||
Posted: 07 Aug 2011 09:39 PM PDT Artis: Rabbani Album: Maulaya Lagu Pilihan: Muhammad ya habibi, Maulana, Anta Ya Rahman Edaran: Warner Music Malaysia DUA tahun sudah pemergian vokalis utama kumpulan Rabbani, Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Asri. Kelunakan suaranya masih lagi segar di ingatan lebih-lebih lagi mengimbas kembali nyanyiannya dalam menerusi lagu Intifada dan Subuh Yang Terakhir. Bagi yang merindui suara nyanyiannya, kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan sejak 1997 itu sempat merakamkan beberapa buah lagu bersama Ustaz Asri untuk dimuatkan dalam album terbaru mereka yang berjudul Maulaya. Walaupun hanya memuatkan sebanyak enam buah lagu, album ini mempunyai sedikit kelainan berbanding album-album sebelum ini apabila kesemua lagu yang dimuatkan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya. Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Talaal Badru Alaina, Muhammad ya habibi, Maulana, Anta Ya Rohman, Solla'alaikallah dan Sifatullah. Menariknya tentang album ini kerana ia dirakamkan sepenuhnya di Kuwait, Arab Saudi dan boleh dikatakan 90 peratus daripada susunan muzik yang dihasilkan menggunakan perkusi. Pada pendapat OopStarz!, lagu-lagu yang harus diberi perhatian ialah Muhammad Ya habibi, Maulana dan Anta Ya Rahman. Lebih-lebih lagi mainan muzik perkusi yang didendangkan menampakkan sisi kreatif mereka. Seperti biasa, tidak perlu rasanya OopStarz! memberi komen mengenai vokal kumpulan ini kerana suara mereka sememangnya mantap dan mempunyai gaya nyanyian tersendiri. Lebih-lebih lagi, apabila mendengar kelunakan suara Ustaz Asri, pendengar mungkin akan khayal seketika dengan setiap bait-bait nyanyiannya yang begitu mengasyikkan. Secara keseluruhan, lagu-lagu yang ditampilkan mempunyai kualiti tersendiri dan setiap karya yang dihasilkan memiliki gaya penyampaian muzik yang menarik. | ||
‘Saya nak rasa aura lakonan Saadiah’ Posted: 07 Aug 2011 09:36 PM PDT BAKAT semula jadi dan cetusan emosi dimiliki aktres serba boleh, Jue Aziz dalam bidang lakonan sememangnya mendapat perhatian ramai pengarah terkenal di persada hiburan tanah air. Malah, dia sering menerima tawaran memegang pelbagai watak dalam drama, filem mahupun teater arahan mereka. Justeru, tidak hairanlah, Jue kini menjadi calon utama membawa watak Dara untuk pementasan teater Semerah Padi di Istana Budaya, Kuala Lumpur, dalam masa tidak sampai empat bulan lagi.
| ||
Posted: 07 Aug 2011 09:35 PM PDT SEPAKAT...penduduk Taman Wilayah Selayang menurunkan iklan haram, semalam. SELAYANG: Bermula awal tahun sehingga Jun lalu, sebanyak 500 kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemilik nombor telefon yang nombor mereka tertera di pelekat iklan haram sama ada iklan pinjaman wang atau pusat tuisyen. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz, berkata semua nombor telefon itu dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dulu bagi mendapatkan nama dan alamat pemilik nombor berkenaan.
"Jika pemilik nombor telefon berkenaan tidak memberi sebarang maklum balas selepas sebulan dikompaun, tindakan seterusnya iaitu mengeluarkan surat mahkamah pula diambil," katanya pada sidang media selepas menyertai Operasi Penurunan Iklan Haram di sekitar kawasan Taman Wilayah Selayang, di sini, semalam. Mohd Amin Nordin berkata, dari semasa ke semasa DBKL akan terus menghantar nombor telefon yang terbabit dengan iklan haram berkenaan ke SKMM dan memberi tanggungjawab kepada suruhanjaya itu untuk membatalkan semua talian yang dilaporkan. | ||
Lily bertarung dengan Julia Roberts Posted: 07 Aug 2011 09:32 PM PDT LILY mengikuti jejak langkah bapanya, Phil, bintang Rock dengan membabitkan diri dalam lakonan. LILY Collins kelihatan seperti yang paling cantik di kalangan mereka jika anda melihat gambar eksklusif filem Brothers Grimm: Snow White ini. Bagaimanapun, jika anak perempuan Phil Collins itu berhasrat untuk mengambil gelaran berkenaan, dia pasti terpaksa bekerja keras kerana dia akan berlakon bersama Julia Roberts dalam filem fantasi itu. Ia dianggap sebagai perubahan terhadap kisah pari-pari klasik, di mana Snow White dan tujuh orang kerdil dalam filem berkenaan akan bertindak untuk merampas semula negara mereka yang sudah musnah.
| ||
Posted: 07 Aug 2011 09:27 PM PDT TUNE Group, syarikat induk Tune Air Sdn Bhd yang memiliki pegangan saham dalam Kumpulan AirAsia Bhd menafikan laporan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bakal menjadi pemegang saham individu tunggal terbesar dalam Penerbangan Malaysia (MAS). Syarikat itu berkata, pemilikan saham dalam MAS yang dilakukan menerusi pertukaran saham antara Khazanah Nasional Bhd yang memiliki 17 peratus pegangan dalam MAS itu bukannya menerusi pegangan saham individu, tetapi dilakukan melalui Tune Group selaku syarikat induk yang menguasai AirAsia.
"Merujuk kepada laporan beberapa akhbar tempatan, kami menafikan akan menjadi pegangan saham terbesar tunggal dalam MAS," kata mereka dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, semalam.
Beliau berkata, pemilikan saham MAS oleh AirAsia meningkatkan lagi kerjasama antara dua entiti tempatan terbabit yang menjadi pemangkin industri penerbangan negara.
| ||
Posted: 07 Aug 2011 09:25 PM PDT SEDAP...perlu bijak pilih sajian untuk kekal sihat dan cergas sepanjang Ramadan. TERSENYUM penulis membaca kenyataan pelakon jelita, Erra Fazira yang melarang dirinya mengunjungi bazar Ramadan, bimbang rambang mata hingga terdorong memborong semua makanan yang dilihat menggiurkan selera. Sebenarnya inilah yang dihadapi semua orang apabila pergi ke bazar Ramadan. Malah rakan penulis bukan beragama Islam pun ramai gembira menyambut kedata�ngan Ramadan kerana inilah masanya untuk menikmati pelbagai juadah istimewa yang biasanya sukar diper�oleh pada bulan lain. Tergoda dengan rupa dan bau masakan yang menggamit selera menyebabkan ramai membeli makanan melebihi keperluan - secara tidak langsung akan merangsang kita untuk makan banyak.
Kebanyakan masalah disenaraikan di atas boleh diatasi melalui pengambilan makanan seimbang. Tanyalah mana-mana pakar pemakanan, semuanya akan me�nyarankan supaya kita makan secara bersederhana yang menjadi kunci utama kepada kesejahteraan khususnya pada perut orang yang berpuasa. Panduan pemakanan sihat sepanjang Ramadan: Apabila berpuasa, kandungan asid dalam perut akan meningkat dan boleh membuatkan ketidakselesaan atau sakit perut. Makanan kaya serat boleh membantu meneutralkan asid dan me�ngurangkan ketidakselesaan perut ketika berpuasa. Harus diingat, kita juga perlu minum banyak air bagi mengurangkan penghasilan angin atau gas berlebihan dalam badan. Kita juga boleh minum jus buah untuk membantu meningkatkan paras gula yang menjadi rendah sepanjang hari kita berpuasa. Kurma dan jus buah memberi tenaga segera selain mengelakkan masalah kekurangan air. Pilih makanan yang dipang�gang, kukus atau rebus. Jika mahukan makanan bergoreng, gunakan sedikit saja minyak ketika memasak. Seandainya anda membeli juadah di bazar Ramadan, elakkan memilih makanan yang banyak minyak atau dimasak menggunakan santan. Terlalu banyak makan terutama makanan bergoreng, banyak lemak, pedas dan berempah boleh menyebabkan masalah penghadaman. Untuk mengatasinya, makanlah secara bersederhana dengan melebihkan pengambilan sumber serat dan minum banyak air masak. Sembelit akan menyebabkan perut berasa tidak selesa dan kembung. Ia biasanya disebabkan terlalu banyak makan makanan proses, tidak cukup air dan sumber serat. Ingat, badan kita me�ngambil masa lebih kurang 20 minit untuk menghantar isyarat 'kenyang' kepada otak. Justeru, jangan gelojoh kerana bersopan santun ketika makan mencerminkan keperibadian yang mulia. Minum air masak secukupnya (antara satu hingga satu setengah liter air) dalam tempoh selepas berbuka sehinggalah sebelum masuk tidur. Ini penting supaya badan boleh melaraskan paras cecair dalam badan keesokan harinya. Tahukah anda, keletihan dan sakit kepala yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadan sebenarnya disebabkan kekurangan air dalam badan. Kopi dan teh juga boleh diambil tetapi ia mempunyai kesan diuretik iaitu yang me�nyebabkan kita banyak buang air kecil. Justeru, air yang keluar dari badan ini perlu diganti bagi mengelakkan masalah kekurangan air dan masalah yang berkaitan dengannya. Elakkan: Luangkan sedikit masa untuk bersenam - sekurang-kurangnya berjalan selama 20 hingga 30 minit sehari (bukan selepas makan atau ketika anda masih berasa kenyang). Jadikan ia sebagai amalan harian. Senaman yang mudah seperti berjalan ada banyak manfaatnya kerana ia bukan membantu meningkatkan kadar metabolisma dan memudahkan kawalan penyakit malah mampu membuatkan anda tampak lebih langsing! | ||
‘Tiada lagi sentuhan kasih sayang’ Posted: 07 Aug 2011 09:16 PM PDT MASALAH...kegagalan guru untuk mendidik boleh mengakibatkan pelajar menjadi lebih bermasalah kerana kurang perhatian dan kasih sayang. GURU dulu tegas dan komited sewaktu menjalankan tugas, namun di sebalik ketegasan itu ada hati yang bersih dan ikhlas mendidik pelajar menjadi anak bangsa berjaya. Disebabkan sikap bertanggungjawab itu, mereka bukan saja dihormati malah mulia kedudukannya dalam kalangan masyarakat. Kini, ketegasan, integriti, profesionalisme, hak bersuara serta taraf guru semakin suram dan merudum di mata masyarakat malah menyedihkan kerana golongan itu mudah diperkotak-katikkan pelajar sendiri.
| ||
Posted: 07 Aug 2011 09:09 PM PDT JEMAAH bersolat beratapkan khemah kanvas beralaskan papan di Taman Seri Putih. MELAKA TENGAH: Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan berkenaan. Tinjauan Berita Harian sejurus menerima aduan mengenai kes itu, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas. "Tujuan permohonan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada penduduk setempat menunaikan solat secara berjemaah, selain aktiviti lain berbentuk keagamaan seperti sambutan Maulidur Rasul dan Tadarus al-Quran. "Kami mengemukakan permohonan itu pada 2008, namun sehingga kini tiada jawapan," katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan situasi itu bersama penduduk taman berkenaan sepanjang Ramadan ini. Mengulas lanjut, Rasul berkata, pihaknya juga sebelum ini sudah mengemukakan permohonan sama kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Yaakub Md Amin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Seet Ha Cheow. Katanya, kedua-dua pemimpin negeri itu bersetuju dengan permohonan mereka dan bersedia membantu merealisasikan pembinaan surau atau madrasah berkenaan. "Cuma masalahnya sekarang JKKK kawasan ini pula tidak lagi bersetuju dengan cadangan kami itu. Mereka mengatakan kawasan perumahan ini berhampiran dengan beberapa masjid, selain lokasi pembinaan yang dicadangkan tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan tapak permainan kanak-kanak. "Sekarang ini kami buntu dan berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil. Sekiranya tiada juga, bermakna kami akan terus bersolat tarawih di khemah sementara ini pada setiap tahun," katanya. Seorang penduduk taman ini, Saripah Talip, 37, berharap isu pembinaan surau atau madrasah di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan umat Islam di situ dapat beribadah dengan selesa. "Sekarang ini kami sepakat untuk sama-sama menyumbang bagi melengkapkan kekurangan di sini seperti khemah, bekalan air dan juga elektrik bagi membolehkan penduduk mempunyai tempat untuk solat berjemaah sekali gus menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna," katanya. | ||
Posted: 07 Aug 2011 09:09 PM PDT
"Mula-mula saya cari mesin yang mampu menghasilkan kuih raya ini di serata Kuala Lumpur. Namun sukar untuk menjumpai mesin tersebut. Jika ada pun, semuanya amat mahal untuk ditempah. "Malah, saya juga pernah ke Pulau Pinang semata-mata mahu mencari mesin yang sesuai dengan keperluan saya untuk menghasilkan kuih raya dengan kadar yang banyak," ujar pengusaha kuih raya, Norizan Kamarudin. Namun, penat lelah Norizan ke hulu hilir mencari mesin yang sesuai akhirnya menemukannya dengan syarikat Zull Design Autotronic (ZDA), di Rawang, Selangor. Jelas Norizan, pada mulanya dia dan suami tidak pernah terfikir akan kemampuan syarikat ZDA untuk menghasilkan mesin kuih seperti yang dikehendaki. Setelah puas mencari menerusi Internet, akhirnya mereka terjumpa iklan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut yang mana mampu menghasilkan sebuah mesin mengikut keperluan dan kehendak pengusaha. "Saya dan suami kemudian mengambil keputusan untuk ke sini (ZDA). "Di sini bukan sahaja kami dapat mesin yang mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Malah ia juga boleh direka berdasarkan kemampuan kami," katanya. Tambah Norizan, dia dan suami kini sedang mengusahakan perniagaan kuih dan biskut sempena musim perayaan. Justeru, penggunaan mesin khas untuk menghasilkan kuih dalam kuantiti banyak dalam masa yang singkat amat diperlukan. Malah, mesin yang ditempah khas daripada ZDA mampu menghasilkan tiga hingga lima jenis kuih. "Kami kini menerima banyak tempahan. Jika kuih dihasilkan secara manual semenangnya tidak sempat untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya. Sementara itu ,menurut pereka mesin ZDA, Zamadauwiyah Wahab, mesin yang dikenali sebagai Mepek dihasilkan oleh syarikat berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan. "Kita ada menghasilkan mesin yang telah siap, namun ia kebiasaan perlu dinaik taraf mengikut kesesuaian kehendak pelanggan. "Bagi harga sebuah mesin Mepek semi automatik kebiasaannya di bawah RM10,000 dan automatik sepenuhnya di bawah pada harga RM20,000," katanya. Mepek dijana oleh kuasa angin (pneumatik) yang dihasilkan oleh pemampat elektrik yang dibekalkan bersama mesin tersebut. Bergerak secara mekanikal, pengendali Mepek harus meletakkan adunan kuih secara manual dan mengawal mesin tersebut sehingga mendapat bentuk kuih yang dikendaki. Mepek, dapat membantu pengusaha dalam mempercepatkan proses membentuk acuan kuih sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga manusia jika dilakukan secara manual. Sehingga kini beberapa buah mesin Mepek telah dijual. Kebanyakannya dibeli oleh mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang perusahaan secara kecil-kecilan. Ujar Zamadawiyah, apabila perniagaan pengusaha terbabit semakin meningkat, ZDA akan turut membantu bagi menaiktaraf mesin sesuai dengan keperluan serta penggunaan mesin oleh pengusaha yang semakin berkembang. Biarpun harga mesin tersebut dilihat agak kompetitif dan berpatutan namun masih terdapat pengusaha yang tidak mempunyai modal besar meskipun amat memerlukan bantuan mesin seumpamanya. Di sini ZDA memainkan peranannya yang utama dalam membantu mereka yang memerlukan. Jelas Zamadauwiyah, ada pelanggan yang memiliki modal kecil namun amat memerlukan mesin sedemikian kerana baru mula berniaga. "Untuk pelanggan yang tidak mempunyai modal yang besar kita akan bina mesin tersebut mengikut keperluan dan kemampuan mereka. "Katakan jika mereka memiliki modal hanya RM5,000 maka kita akan cipta mesin pada harga tersebut. Namun objektifnya tetap sama agar dapat membantu meningkatkan perniagaannya," kata beliau. Ujar beliau, selain mudah dihasilkan, Mepek juga boleh diubah suai mahu pun dinaik taraf pengunaannya dari semasa ke semasa. Beliau turut berkesempatan menunjukkan demonstrasi mesin pembuat kuih semperit dan kuih dahlia yang berfungsi secara automatik sepenuhnya. Kuasa bagi mesin tersebut digerakan oleh beberapa motor dan dikawal secara terus dari kotak kawalan. Justeru, pelanggan boleh menentukan sendiri acuan, jenis dan saiz kuih yang ingin dihasilkan. Namun, selain kuih semperit dan dahlia, terdapat pelbagai lagi jenis kuih lain dapat dihasilkan oleh mesin yang sama. Pemiliknya hanya perlu menukar acuan mengikut jenis kuih yang ingin dihasilkan. Ditanya bagaimana dengan permintaan pelanggan terhadap mesin tersebut, ujar Zamadauwiyah, pada bulan biasa mereka dapat tempahan dua hingga tiga mesin yang sama. Namun, menjelang musim perayaan atau bulan Ramadan, permintaan tersebut meningkat dan ia tidak termasuk permintaan terhadap pelbagai lagi mesin lain. | ||
Posted: 07 Aug 2011 09:06 PM PDT
DI sebalik namanya yang gah sebagai pereka cipta yang terkemuka di negara ini, jauh di sudut hati Zulkifli Haron masih mempunyai kerisauan berkenaan situasi yang dihadapi remaja masa kini. Beliau yang turut dikenali sebagai MacGyver Malaysia menzahirkan kebimbangan itu berikutan budaya inovasi yang dilihat kurang menyerlah di kalangan masyarakat negara ini terutamanya golongan remaja. Jelas beliau, rata-rata ibu bapa sentiasa mahukan anak-anak mereka menggapai cita-cita atau profesion yang popular seperti jurutera, doktor, pegawai tinggi kerajaan namun mengetepikan pekerjaan sebagai pereka cipta. "Kita tidak nafikan pekerjaan seumpama itu (jurutera, doktor) bagus dan menjamin masa depan mereka (remaja). "Namun pernahkah kita fikirkan tentang mereka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Malah jika belajar tinggi masih adakah tempat untuk mereka jika peluang pekerjaan itu terhad," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat barunya di Rawang, baru-baru ini. Katanya, ibu bapa yang menggalakkan anak mereka untuk menjadi seorang pereka cipta amat kurang, malah boleh dikatakan hampir tiada. "Jika kita lihat di luar negara, pereka cipta mampu menjadi jutawan segera dengan menghasilkan pelbagai rekaan berguna kepada masyarakat. "Namun, budaya tersebut amat kurang di negara ini, malah golongan remaja masa kini juga menjadi kurang berdaya saing dan kreatif kerana dilambakkan dengan kemudahan yang sedia ada," katanya. Jelas Zulkifli, negara sedang beransur-ansur maju dan berteknologi tinggi di samping kedudukan ekonomi yang semakin stabil menjadikan masyarakat amat selesa. "Kita mudah untuk ke mana-mana, rezeki melimpah ruah tetapi itu tidak seharusnya menjadikan kita sebagai rakyat yang malas bekerja dan malas untuk berdaya saing," katanya. Kerjaya sebagai pencipta sebenarnya setanding dengan kerjaya lain yang mampu memberikan pulangan gaji yang lumayan. Malah, kerjaya sebagai pencipta juga merupakan kunci terhadap pembangunan teknologi serta ketamadunan manusia hari ini. Justeru, pesan Zulkifli, ibu bapa yang memiliki anak-anak yang kreatif seharusnya menggalakkan mereka mencuba dan menghasilkan reka cipta. "Biar mereka bermula dari sekecil-kecil rekaan, asuh dan galakan mereka agar minat mereka (anak-anak) dalam menghasilkan inovasi tidak akan tersekat dan terpendam begitu sahaja," ujarnya. Malah, katanya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mendidik masyarakat agar berinovasi bermula dari bangku sekolah lagi. Jelas Zulkifli lagi, setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang reka cipta beliau hanya ingin melihat legasi yang dicipta mampu bertahan dan dikekalkan oleh anak didiknya. Akui beliau, adalah amat sukar untuk mendidik apatah lagi menjadikan seseorang itu benar-benar mampu bertahan sepertinya. Sepanjang 30 tahun dalam bidang tersebut beliau hanya mampu menghasilkan individu yang benar-benar mahir mereka cipta kurang daripada 20 orang. Ini bermakna, untuk mendapatkan tenaga mahir dalam bidang reka cipta setiap tahun agak mustahil. Walhal, dalam keadaan negara yang sedang pesat membangun dan mengejar wawasan 2020, Malaysia memerlukan tidak kurang dari 300 orang tenaga mahir di dalam bidang reka cipta, saintifik dan inovasi setiap hari! Jika negara mampu menghasilkan tenaga mahir hampir kepada bilangan tersebut setiap hari, maka pastinya pembanguan serta permodenan negara akan berjalan lancar malah mampu mengatasi negara-negara maju yang lain. | ||
Posted: 07 Aug 2011 09:05 PM PDT
Seramai 500 murid sekolah rendah di kawasan Parlimen Pagoh menerima cermin mata setiap seorang sumbangan daripada Pusat Khidmat Parlimen Pagoh, baru-baru ini. Saringan pemilihan yang bermula sejak Mei lalu itu melibatkan 4,903 murid dari 36 buah sekolah rendah di Parlimen Pagoh yang dikesan mengalami masalah penglihatan rabun jauh. Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan cermin mata itu disalurkan menerusi Pusat Khidmat Parlimen Pagoh dengan kerjasama Kementerian Kesihatan untuk membantu para pelajar sekolah rendah yang memerlukannya. "Saya berharap murid-murid dapat menggunakan sumbangan cermin mata ini untuk meningkatkan pembelajaran mereka di dalam kelas. "Kerajaan akan berusaha meningkatkan perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan terutama membantu murid untuk mendapatkan khidmat yang terbaik dalam pembelajaran," katanya selepas melancarkan program 'Doktor Masuk Kampung' dan Karnival Kesihatan di Kompleks Sukan Pagoh, Johor, baru-baru ini. Menurut Muhyiddin, kerajaan memandang berat masalah rabun penglihatan yang dihadapi oleh murid-murid sekolah terutama kepada keluarga yang tidak berkemampuan untuk membeli cermin mata. Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Program 'Doktor Masuk Kampung' yang julung kali diadakan di Parlimen Pagoh itu menghimpunkan pameran kesihatan daripada pelbagai agensi di samping perkhidmatan perubatan secara percuma kepada penduduk. Pada program itu, Muhyiddin turut menyerahkan sumbangan sebuah bas untuk dijadikan Klinik Pergigian Bergerak kepada penduduk di Pagoh dan Muar. Menurut beliau, program itu adalah sebahagian daripada pendekatan 'Sentuhan Hati' yang meningkatkan lagi usaha kerajaan untuk turun ke peringkat akar umbi dan meninjau sendiri masalah rakyat. "Kerajaan akan memberi perkhidmatan kesihatan secara komprehensif di kawasan Parlimen Pagoh dengan melibatkan pasukan yang dianggotai pegawai dan penolong pegawai perubatan, jururawat serta sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Program yang dilaksanakan dua kali sebulan ini melibatkan 11 lokasi mini karnival yang meliputi 31 kampung di kawasan Parlimen Pagoh dengan lebih 30,000 penduduk akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini," katanya. | ||
Pelajar SMTKL teroka khazanah alam Taman Negara Posted: 07 Aug 2011 09:04 PM PDT Pelajar SMTKL cuba menggunakan sumpit dalam salah satu aktiviti semasa ekspedisi ke Taman Negara, Pahang, baru-baru ini. SEKOLAH Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) mengadakan Ekspedisi Taman Negara sebagai salah satu usaha untuk memupuk semangat cintakan alam semula jadi serta mengasah bakat kepimpinan di kalangan ahli badan beruniform di sekolah itu. Pengetua Cemerlangnya, Karteni Osman berkata, aktiviti perkhemahan itu bertujuan memberi para pelajar peluang untuk merasai sendiri pengalaman secara langsung dalam mendekati suasana baharu dan cara hidup di dalam hutan. "Pendidikan secara tidak formal juga dapat dicapai melalui pemerhatian, pendengaran dan penglihatan serta pengalaman yang tidak akan dapat diperolehi di dalam bilik darjah," katanya yang turut menyertai perkhemahan di Taman Negara, Pahang, baru-baru ini. Perkhemahan tahunan yang diadakan buat kali ketiga itu disertai oleh seramai 78 pelajar dan 10 guru. Menurut Karteni, pelbagai aktiviti mencabar diadakan sepanjang perkhemahan itu termasuklah cabaran berjalan malam yang sememangnya menguji kepekaan dan ketajaman penglihatan para peserta. "Sepanjang aktiviti berjalan malam sejauh 1.5 kilometer itu, para peserta berpeluang melihat pelbagai jenis serangga yang menjadi penghuni setia hutan tersebut. "Para peserta turut diberi peluang melihat haiwan seperti rusa dan tapir makan pada waktu malam dari menara tinjau yang disediakan oleh pihak Taman Negara. "Walaupun hanya dapat melihat dari jauh, pengalaman ini mampu menimbulkan kesedaran bahawa Taman Negara ini perlu dipelihara agar generasi akan datang turut dapat merasai pengalaman yang sama," jelasnya. Turut diadakan pelbagai aktiviti seperti ujian ketahanan dan kekuatan peserta menaiki canopy walkway setinggi 50 meter serta mendaki Bukit Terisek sejauh 2.5 kilometer. Sementara itu, seorang peserta perkhemahan, Nur Syahirah Abdullah berkata, aktiviti paling mencabar baginya ialah menyusuri canopy walkway sepanjang 530 meter yang merupakan kanopi terpanjang di dunia. "Aktiviti ini membina keyakinan diri para peserta program yang takutkan ketinggian. Sokongan rakan dan guru membantu saya yang memang takut dengan ketinggian," katanya. Tambahnya, melalui aktiviti mendaki bukit pula, banyak spesis pokok yang terdapat dalam hutan itu dapat dipelajari dan dikenal pasti. "Para peserta mendapat maklumat berguna daripada jurupandu yang bersama memberikan penerangan tentang pokok dan tumbuhan yang banyak kegunaannya," ujarnya. Seorang lagi peserta, Ifwat Haziq Jasri berkata, pertama kali merasai suasana dan kehidupan orang asli suku kaum Batek membuatkan dia berasa sangat bersyukur dilahirkan dan tinggal dalam kawasan yang lengkap dengan semua kemudahan. "Mereka bergantung hidup sepenuhnya dengan alam sekitar tanpa sebarang kemudahan seperti bekalan air paip dan elektrik namun mereka hidup bahagia dan aman tanpa sebarang gangguan," terangnya. | ||
Jom Niaga asah bakat keusahawanan Posted: 07 Aug 2011 09:04 PM PDT
KARNIVAL Jom Niaga 2011 anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (1), baru-baru ini telah memberi peluang serta pendedahan kepada para pelajar tentang dunia perniagaan di samping mengasah bakat mereka dalam bidang keusahawanan. Penyelaras karnival, Nor'ain Mohamad Senin berkata, karnival kali keempat yang dianjurkan sekolah sejak 2004 itu bermatlamat untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah selain mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa. "Selain memberi pengalaman dan selok belok perniagaan, karnival ini juga mampu meningkatkan kemahiran berkomunikasi, kerjasama berpasukan dan persaingan secara sihat dalam berurus niaga. "Pendedahan ini begitu penting kepada para pelajar yang secara tidak langsung dapat melatih mereka menjadi usahawan dari usia muda," katanya ketika ditemui pada karnival itu di Putrajaya, baru-baru ini. Di samping itu, ujarnya, karnival tersebut dianjurkan bertujuan mengumpul dana bagi kerja-kerja menambah baik prasarana sekolah untuk kegunaan dan keselesaan seluruh warga sekolah. "Selain untuk penambahbaikan, dana ini juga akan digunakan untuk menjalankan program peningkatan sahsiah di kalangan pelajar," ujarnya. Dana pada karnival itu dikumpulkan melalui penjualan kupon berharga RM10 yang boleh digunakan untuk urusan membeli pelbagai jenis makanan yang dijual di gerai yang mengambil bahagian. Tambah beliau, para pelajar begitu seronok menjalankan setiap tugasan yang diamanahkan serta bersungguh-sungguh menjalankan urus niaga dalam usaha mereka untuk membantu pihak sekolah mengumpul dana. "Pengalaman seperti ini tidak mungkin akan dapat diperolehi hanya melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. "Oleh itu, karnival ini sedikit sebanyak memberi gambaran sebenar kepada para pelajar tentang bagaimana realiti dunia perniagaan yang mempunyai pelbagai cabarannya yang tersendiri," jelas Nor'ain. Program yang berlangsung seawal pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 4 petang itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna; pameran kenderaan oleh syarikat Perodua, Proton dan Nissan; bola sepak jalanan; pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Presint 9 dan cabutan bertuah. Selain itu, kehadiran ketua pasukan bola sepak kebangsaan, Shafiq Rahim turut memeriahkan karnival itu melalui sesi ramah mesra bersama warga sekolah dan para pengunjung. | ||
SK Satria Jaya pupuk minat murid dekati sains Posted: 07 Aug 2011 09:01 PM PDT
SERAMAI 60 murid tahun enam menjayakan program Projek Sains Sekolah Kebangsaan (SK) Satria Jaya 2011 yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Teknologi dan Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dengan kerjasama Institut Kimia Malaysia (IKM) di Kuching, Sarawak, baru-baru ini. Program yang bertemakan Budding Scientist Having Fun bertujuan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sains bermula dari peringkat sekolah rendah. Ia juga menjadi platform bagi institut pengajian tinggi seperti Unimas untuk bekerjasama dengan organisasi luar dalam menjalankan program kemasyarakatan. Timbalan Dekan Fakulti Sains Teknologi dan Sumber Unimas, Prof. Dr Mustafa Abd Rahman berkata, kerjasama antara Unimas dan sekolah dalam usaha memancing minat murid terhadap subjek Sains adalah satu usaha yang harus dilaksanakan pada masa akan datang. Katanya, sokongan daripada organisasi luar juga perlu kerana kerjasama sebegini melahirkan banyak program yang memberi peluang besar kepada murid-murid untuk mempelajari ilmu di luar bilik darjah. "Dengan pendedahan kepada peralatan dan kaedah amali dari bilik darjah, murid-murid dapat menimba ilmu dan pengalaman baru. "Ini bukan sahaja boleh menarik minat murid-murid terhadap subjek sains, malah menunjukkan bahawa subjek sains menyeronokkan." katanya. Menurut Mustafa, program yang diadakan selama satu hari ini menampilkan beberapa aktiviti eksperimen berkaitan pelbagai bidang dalam sains iaitu bioteknologi, kimia dan tumbuhan. "Murid-murid yang hadir dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan menjalankan eksperimen di bawah seliaan fasilitator yang terdiri daripada pensyarah, tutor dan pelajar pasca-siswazah dalam bidang sains," katanya. Selain itu, murid-murid juga mengambil bahagian dalam pertandingan membuat corak tercantik menggunakan susu dan pewarna makanan serta menggunakan bawang. Pengerusi IKM Cawangan Sarawak, Profesor Dr. Lau Seng telah menyempurnakan majlis penutupan dan menyampaikan hadiah kepada semua peserta. | ||
Posted: 07 Aug 2011 09:01 PM PDT
Dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan dengan minda kelas pertama, mahasiswa merupakan aset terpenting yang mendukung dan menjayakan aspirasi itu. Melalui sumber manusia berkualiti yang menjadi nadi penggerak kepada kemajuan universiti, berserta program dan sistem akademik yang berteraskan kehendak pasaran dan perkembangan global, agenda negara pasti berjaya dengan cemerlang. Menyedari hakikat itu, baru-baru ini, sekumpulan 100 pelajar perubatan termasuk kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Prof. Norlijah Othman telah mengadakan Program Anak Angkat Kem Kesihatan 1Malaysia bertemakan Dari Gedung Ilmu ke Lapangan sempena Karnival Kesihatan dan Pelancaran Program Doktor Turun Kampung di kawasan Parlimen Pagoh, Johor. Karnival itu telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Majlis itu turut dihadiri oleh isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai. Sepanjang program anak angkat itu, kumpulan pelajar dan pensyarah UPM terlibat dalam pameran dan sesi penerangan kesihatan percuma kepada masyarakat kampung serta tingggal bersama dengan keluarga angkat masing-masing. Pelbagai program telah diatur seperti ceramah berkaitan kesihatan, kerjaya, motivasi, kuiz dan peraduan mencipta poster. Selain itu, diadakan peraduan mengarang esei mengenai kesihatan, pertandingan mewarna dan sukaneka untuk kanak-kanak, pertandingan futsal, sepak raga bulatan, pertandingan memasak serta gubahan bagi wanita dan juga program saringan pemeriksaan kesihatan. Salah seorang pelajar Ijazah Doktor Perubaan, Al-Dasir Rudy berkata, program itu memberi peluang kepada masyarakat kampung untuk menambah ilmu pengetahuan tentang kesihatan melalui pameran dan demonstrasi mengenai penyakit berkaitan gaya hidup yang dijalankan oleh UPM sepanjang tempoh program berlangsung. "Ia juga mewujudkan kesedaran perubahan ke arah gaya hidup sihat yang perlu diamalkan dalam masyarakat yang sihat di samping membuang persepsi masyarakat bahawa UPM hanya melahirkan graduan di dalam bidang pertanian sahaja. "Usaha ini membantu saya untuk memperkasakan peranan dalam memberi sumbangan dan rawatan kepada masyarakat setempat apabila menamatkan pengajian," katanya. Menurut Al-Dasir, program itu juga adalah antara satu usaha dalam memperkasa peranan pelajar perubatan UPM kepada masyarakat luar dengan meninjau sendiri situasi dan masalah yang dihidapi oleh pesakit. "Ia memberi pendedahan kepada kami bakal doktor perubatan dalam berinteraksi dengan masyarakat pelbagai bangsa dan agama semasa pemeriksaan kesihatan dilakukan. "Dengan cara ini ia memberi inspirasi kepada kami untuk memberi perkhidmatan kesihatan terbaik kepada setiap pesakit di negara ini dan menerusi program ini juga dapat memberi pengetahuan, gambaran dan kesedaran terhadap cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi bila saya bergelar doktor suatu hari nanti," jelasnya. | ||
Citra nusantara Malaysia-Indonesia Posted: 07 Aug 2011 08:59 PM PDT WAN Mahzom Ahmad Shah (tengah) bersama dengan pelajar UPNM sempena Kembara Citra Nusantara UPNM 2011 di Indonesia baru-baru ini. DI sebalik lenggok para penari tersirat kisah yang melambangkan kehalusan seni budaya Melayu yang diungkap melalui muzik gemalai. Muzik gemalai telah lama bertapak dalam masyarakat Melayu sejak zaman raja-raja dahulu kala. Ia merupakan satu daripada bentuk hiburan yang dipersembahkan kepada sultan dan pemerintah. Selain mencerminkan adat resam dan budaya bangsa, muzik ini juga dilihat sebagai satu cara untuk melahirkan emosi sama ada sedih, gembira, marah atau kecewa menerusi gandingan gerak tari serta iringan muzik. Seni muzik gamelan yang berkembang di Tanah Melayu sebagai muzik istana, kini semakin dilupakan dan tidak menarik perhatian golongan muda untuk mengenali apatah lagi meminatinya. Baru-baru ini seramai 15 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah terpilih untuk mengikuti program Kembara Citra Nusantara UPNM 2011 di Institut Seni Indonesia Surakarta (ISI), Indonesia yang diketuai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (Hepa) dan Alumni UPNM, Prof. Wan Mahzom Ahmad Shah. Program anjuran Kelab Gamelan Citra Nusantara UPNM itu melakar sejarah apabila diserikan dengan pensyarah tamu muzik ISI, Dwiono Hermantaro yang menjadi tenaga pengajar sepanjang kelas muzik tersebut diadakan. Pengarah program, Mahadi Shariff berkata, Kembara Citra Nusantara UPNM merupakan kesinambungan daripada kejayaan siswa UPNM yang bergiat aktif dalam muzik tradisional gamelan Melayu di dalam negara mahupun antarabangsa. "Penganjuran program ini merupakan saranan memupuk persahabatan dua egara melalui muzik gamelan Malaysia-Indonesia kepada masyarakat setempat dan antarabangsa. "Malah ia dapat memulihara warisan tradisional etnik dalam bidang muzik, tarian, seni pentas, busana, kraf dan tekstil tradisional di kedua-dua negara," katanya. Program tiga hari dua malam itu turut diserikan aktiviti sosio budaya ke beberapa tempat menarik dan bersejarah di Solo dan Jogjakarta seperti melawat tempat pembuatan gamelan, Candi Prambanan, dan menyaksikan persembahan Balet Ramayana yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa. Menurut Mahadi Shariff, kelangsungan program itu mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia melalui pertukaran kebudayaan, kesenian dan warisan selain memberi peluang kepada rakyat untuk saling mengenali dan menghayati kebudayaan, kesenian dan warisan masing-masing. | ||
Tangani masalah komputer digodam Posted: 07 Aug 2011 08:58 PM PDT
SEKIRANYA komputer saya sudah digodam, apakah yang perlu saya buat? PERTAMANYA, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang menghantar soalan di ruangan sembang ICT ini. Saya meminta maaf kepada semua pembaca kerana tidak semua soalan yang dapat dibalas dengan segera disebabkan oleh kesuntukan masa dengan kerja-kerja hakiki. Kebanyakannya saya akan membalas jawapan kepada soalan-soalan yang kritikal terlebih dahulu. Insya'allah, saya akan cuba menjawab kesemua soalan-soalan tersebut secepat yang mungkin. Terdapat banyak tanda-tanda bagi sesebuah komputer itu telah digodam seperti menjadi perlahan, capaian Internet juga perlahan. Komen daripada pihak penyedia Internet mengatakan terdapat trafik yang tinggi dan tidak diperlukan berpunca daripada komputer anda. Terdapat laporan daripada pihak bank mengatakan akaun bank anda di Internet ada melakukan aktiviti-aktiviti yang anda tidak lakukan dan lain-lain. Sekiranya berlaku keadaan sebegitu iaitu berkemungkinan komputer anda sudah digodam, ada beberapa perkara yang boleh diambil untuk menjadikan kembali keadaan komputer kembali normal. Pengasingan komputer anda Disebabkan komputer anda telah digodam, penggodam akan menghubungi komputer anda dengan trojan, malware dan sebagainya menerusi rangkaian Internet. Jadi, putuskan segala sambungan rangkaian komputer anda menerusi wayar atau tanpa wayar. Putuskan segala jenis sambungan ini secara fizikal iaitu dengan mencabut kabel dan menyahaktifkan kad rangkaian tanpa wayar. Selain untuk memutuskan hubungan dengan penggodam, ia juga satu cara untuk mengelakkan berlakunya jangkitan sebarang virus komputer merebak menerusi rangkaian ke komputer yang lain. Padamkan komputer dan tanggalkan cakera keras Seterusnya padamkan komputer dan tanggalkan cakera keras. Jadikan cakera keras tersebut sebagai pemacu kedua dan unbootable pada komputer yang lain. Sebelum itu, pastikan pada komputer tersebut, program Windows, perisian antivirus dan sebagainya telah dikemas kini. Muat turun dan pasangkan perisian pengimbas rootkit seperti Sophos. Cakera keras tersebut boleh menggunakan sambungan USB untuk memudahkan kerja. Sekiranya masih ragu-ragu atau tiada komputer kedua, bolehlah menghantar cakera keras tersebut ke kedai membaiki komputer. Imbas cakera keras Pada komputer kedua, imbas cakera keras yang digodam tadi dengan menggunakan perisian antivirus, antispyware dan antirootkit. Baiki dan buang segala jangkitan yang ada pada sistem fail dalam cakera keras itu. Bina salinan pendua data-data yang penting Salin mana-mana fail atau data yang penting daripada cakera keras yang dibaiki ke mana-mana media storan yang patut dan bebas daripada sebarang jangkitan virus. Pasang kembali cakera keras Seterusnya, cakera keras tersebut ditanggalkan daripada komputer kedua dan pasang kembali pada komputer yang sudah digodam. Pastikan kesemua fail-fail penting sudah dibuat salinan pendua. Format cakera keras Langkah yang seterusnya adalah format dan membuat semula partition pada cakera keras tersebut. Ia penting untuk membuang segala jenis Malware, jangkitan atau pencerobohan yang telah dibuat oleh penggodam terhadap cakera keras tersebut. Perkara yang paling berbahaya adalah sekiranya pihak penggodam telah menjangkitkan cakera keras kita dengan mana-mana program Buffer over Flow (BoF). Dengan BoF, kita sukar untuk menjangkakan atau mengimbas masalah ini dengan mana-mana program komputer kerana ia telah mengubah suai sistem komputer yang berjalan normal. Format yang dilakukan bukan format yang biasa yang dilakukan tetapi menggunakan program komputer tertentu atau dikenali sebagai disk wipe utility. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mengosongkan kesemua sektor yang terdapat dalam cakera keras. Contoh program yang boleh digunakan adalah seperti Spin Rite, Disk Manager dan lain-lain. Ini penting untuk membersihkan cakera keras tersebut daripada segala jenis ancaman dan penggodaman. Pemasangan sistem pengoperasian Pasangkan kembali sistem pengoperasian kepada komputer tersebut. Seterusnya pastikan anda muat turun dan pasang kesemua program kemas kini dan patches pada sistem pengoperasian yang digunakan. Pemasangan perisian keselamatan Pasang dan kemas kini perisian keselamatan seperti perisian antivirus, perisian antispyware dan lain-lain. Kembalikan salinan fail-fail Fail-fail yang penting tadi perlu diimbas keselamatannya terlebih dahulu sebelum disalin kembali ke dalam komputer. Bina sistem sokongan (back up) Bangunkan sistem back up (sokongan) untuk sistem keseluruhan cakera keras untuk memudahkan proses kembalikan semula sistem komputer sekiranya berlaku kegagalan fungsi yang disebabkan oleh virus, malware, penggodaman atau lain-lain. Ia dibina menggunakan mana-mana perisian back up dengan membuat pengimejan cakera keras yang bootable sebagai fail back up kepada keseluruhan sistem komputer dalam cakera keras. Inilah beberapa langkah penting yang perlu dilakukan terhadap sistem komputer yang telah digodam. Penggodaman ini bukan sahaja menyebabkan masalah kepada anda tetapi kadang kala mereka menggunakan komputer anda sebagai salah satu alat untuk melakukan serangan siber terhadap rangkaian atau sistem komputer yang lebih besar lagi atau jenayah siber yang lain. Semoga ia bermanfaat. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan