RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kecewa Dengan Erama Record, Mila Tarik Penjualan Album

Posted: 08 Aug 2011 09:45 PM PDT

AMPANG: Penyanyi Mila Jirin merancang untuk menarik balik album keduanya yang kini telah berada di pasaran daripada Erama Record Sdn Bhd kerana kecewa dengan edaran syarikat itu.

Tambah Mila, album yang baru dilancarkan pada Februari tahun lalu itu dikatakan tidak mendapat sambutan kerana promosi yang kurang dilakukan oleh syarikat tersebut.

"Saya sedang merancang untuk menarik balik album kedua saya yang kini berada di pasaran dari syarikat Erama Record Sdn Bhd dan membuat edaran semula.

"Kemungkinan album tersebut akan diuruskan oleh syarikat saya MJ Panacea Records Sdn Bhd sepenuhnya dan merangka semula promosi album tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Album "Siapa Peduli", di sini, Sabtu lalu. Katanya, dia sanggup membelanjakan sedikit wang bagi menjalankan proses tersebut dari awal.

"Saya tidak kisah keluarkan sedikit duit daripada membiarkan sahaja album tersebut di pasaran tanpa sebarang promosi,

"Ya sudah tentu banyak perkara yang akan dibuat semula terutamanya pembungkusan semula album tersebut dan edar semula ke pasaran," jelasnya.

Tambah Mila, dia akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak Erama Record dalam masa terdekat bagi menyelesaikan peralihan itu secepat mungkin.

"Saya tiada masalah untuk ambil semula album berkenaan kerana saya belum menandatangani apa-apa kontrak dengan pihak Erama.

"Saya akan duduk semeja dan membincangkan perkara ini secara baik," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mila yang baru sahaja pulang dari Farrington, United Kingdom telah menghabiskan rakaman 10 buah lagu berbahasa Inggeris untuk album terbarunya.

"Saya baru sahaja pulang ke Malaysia selepas merakamkan album Inggeris dengan sebuah syarikat rakaman BGM Music,

"Single pertama berjudul "Breakdown" akan keluar selepas raya dan album tersebut juga akan dijual melalui I-Tunes di pasaran Eropah," jelasnya.

AL Mawlid Tidak Tertekan Dengan 'Penghijrahan'

Posted: 08 Aug 2011 09:44 PM PDT

Al Mawlid yang dianggotai oleh (dari kiri) Zaff, Azan, Amer, Pot dan Lah.

KUALA LUMPUR: Kumpulan kerohanian Al Mawlid yang dianggotai oleh Amer (Ruffedge), Azan (Ruffedge), Lah (V.E), Zaff (V.E) dan Pot (Innuendo) mengakui tidak pernah terbeban dengan penghijrahan mereka yang berbeza daripada kehidupan sebelum ini.

Kata Amer, perjuangan yang bertujuan untuk meluaskan lagi syiar Islam menerusi bakat suara dan lagu R&B serta selawat itu adalah ikhlas semata-mata demi agama dan Rasullullah.

Tambahan pula, setiap tindak-tanduk dan keputusan berkaitan bidang muzik yang mereka ceburi ini turut mendapat restu dan sokongan daripada guru-guru agama mereka.

"Tiada sebab kami perlu rasa terbeban atau tertekan dengan penghijrahan dan perubahan hari ini. Kami masih orang yang sama cuma lebih menitikberatkan adab dan perlakuan serta cuba untuk meluaskan syiar Islam menerusi bakat yang ada.

"Lagipun, apa yang lebih penting perjuangan ini mendapat restu dan sokongan daripada para guru agama kami," katanya yang mengakui jadual kumpulan itu penuh sepanjang Ramadan ini.

Diajak berkongsi tentang perubahan dalam kehidupan baru itu, Azan berkata, mereka masih mempelajari selok-belok adab dan memperbaiki apa juga kekurangan dan kealpaan terhadap tuntutan asas yang pernah diabaikan sebelum ini.

"Kami masih baru dalam penghijrahan ini. Banyak lagi yang perlu kami dalami. Penampilan dan gerak-geri kami masih tidak banyak berubah dan penuh senda gurau dan santai seperti dulu.

"Cuma apa yang kami perbaiki adalah kekurangan yang banyak kami tinggalkan sebelum ini seperti solat, ilmu agama dan adab. Mana yang kurang sebelum ini kami cuba tambahkan," katanya.

Walaupun masih belum mengeluarkan album pertama mereka, Amer dan Pot sudah memiliki lagu "single" masing-masing yang berinspirasi qasidah dan selawat iaitu Belaian Jiwa (Pot) dan Cahaya Seluruh Alam (Amer).

Sementara menantikan anggota yang lain tampil dengan "single" masing-masing, mereka selesa melayari kehidupan baru ini dengan perjuangan muzik yang serba sederhana.

"Buat masa ini, kami lebih selesa bergerak dengan lagu "single" masing-masing. Insya-Allah kalau sudah dapat kumpulkan lagu-lagu yang bersesuaian baru kami terbitkan album penuh," akui Lah yang tidak menolak untuk memperjuangkan muzik Al Mawlid di peringkat komersial jika diberikan peluang.

Muaz, Azura (Muzik FM) Selami Jiwa Anak Yatim

Posted: 08 Aug 2011 09:43 PM PDT

Muaz dan Azura ketika majlis berbuka puasa anak yatim anjuran Muzik FM di Hotel Pearl International.

PETALING JAYA: Deejay Muzik FM, Muaz,27, dan Azura,30, akui setiap kali mereka terlibat dengan majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim pasti memberikan cerita yang berbeza.

Suka dan duka yang dilalui mengikut latar belakang kehidupan masing-masing memberikan kesan mendalam kepada dua deejay ini.

"Kami menganjurkan majlis berbuka puasa dengan menjemput anak yatim dari rumah kebajikan yang berbeza pada setiap tahun.

"Apabila bermesra dengan mereka, banyak cerita yang berbeza dapat dikongsi. Jadi, setiap kali mendengar kisah mereka, saya akan lebih rasa bersyukur dengan apa yang ada," kata Muaz pada majlis berbuka puasa anjuran Muzik FM dan Hotel Pearl International bersama anak-anak yatim dan miskin, Taman Baiduri, Dengkil di sini.

Majlis tersebut dihadiri oleh 21 orang anak yatim dan 10 pendengar bertuah Muzik FM.

Biarpun dua tahun berturut-turut majlis itu diadakan di lokasi yang sama, namun sambutan yang diberikan agak berlainan.

"Majlis berbuka puasa pada tahun ini memberikan sambutan yang paling meriah begitu juga dengan sumbangan yang lebih banyak diterima daripada pihak penaja. Artis yang membuat persembahan juga agak memberangsangkan.

"Apa yang penting, selain memberikan sumbangan duit raya dan barangan, kami ingin menggembirakan anak-anak ini agar mereka dapat merasai keseronokan puasa seperti anak-anak lain," ujarnya lagi yang buat kali ketiga terlibat dengan majlis itu.

Sementara deejay Azura atau nama sebenarnya Azura Lisa Aziz, 30, ini sudah masuk lima tahun dia meraikan anak yatim di majlis berbuka puasa.

"Saya rasa mereka sangat istimewa di mata saya dan sehingga kini kami masih berhubung menerusi laman sosial Facebook," ujarnya.

Majlis yang dinamakan 'Jom Berbuka Puasa' itu dihadiri oleh beberapa artis jemputan iaitu Awi Rafael, Adzrin Adzhar, Keena Mentor, Iqa Mentor dan deejay Muzik FM yang lain.

'Siapa Peduli' Gabungan Artis Popular Bantu Rakyat Palestin

Posted: 08 Aug 2011 09:42 PM PDT

AMPANG: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) telah melancarkan album mengenangkan kesusahan rakyat Palestin berjudul Siapa Peduli yang telah menggabungkan artis-artis popular tanah air.

Setiausaha Agong MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pelancaran album ini adalah suatu usaha mengumpul dana untuk tabung Gaza- MAPIM bagi menjayakan beberapa projek membantu pemulihan Gaza khasnya pembinaan Hospital Kanak-kanak.

"Album ini adalah sebagai satu usaha untuk mendidik dan mengembangkan kesedaran secara meluas kepada masyarakat di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa.

"Dari hasil penjualan album ini, kami akan salurkan untuk projek utama iaitu pembinaan sebuah Hospital Kanak-kanak di Gaza," ujarnya pada sidang media pelancaran Album Siapa Peduli, di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif MAPIM, Zulkifli Ibrahim, Mawi, Alyah, Mila, Syafinaz dan Liza Hanim.

Album yang mempunyai 10 buah lagu ini turut memuatkan sebuah puisi istimewa daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said.

"Kami berterima kasih kepada artis-artis yang sudi merakamkan lagu dalam album ini dan menghargai semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," tuturnya.

Antara artis yang terlibat ialah Mawi, Jay Jay, Azhan Atan, Liza Hanim, Hafiz, Alyah, Mila, Syafinaz dan Kumpulan Putra.

Kesemua lagu dan lirik digubal khas menyentuh peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Palestin seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Shatila, Al Aqsa dan serangan ke atas Gaza.

Album "Siapa Peduli" akan berada di pasaran mulai minggu ini dengan harga RM 25.90.

Rihanna Berhabis RM69 Ribu Seminggu Untuk Rambut

Posted: 08 Aug 2011 09:41 PM PDT

Rihanna pernah muncul dengan potongan ala Afro besar berwarna merah pada Jun lalu.

LONDON: Penyanyi lagu Umbrella, Rihanna dilaporkan sanggup berhabis sehingga $14 ribu pound (RM69 ribu) seminggu bagi melakukan dandanan rambut di salah sebuah salun rambut terkemuka di Hollywood.

Penyanyi berusia 23 tahun itu dikatakan telah membayar seorang penata rias selebriti yang popular iaitu Ursula Stephen sebanyak $2 ribu pound sehari (RM9,915) semata-mata untuk tampil menawan.

"Rihanna gemar untuk menjadi pemangkin kepada imej dan gaya tetapi ia melibatkan kos yang tinggi.

"Dia perlu muncul di beberapa majlis dalam masa seminggu dan kos tersebut (penataan gaya) dijangka akan terus meningkat," kata salah seorang staf penyanyi itu yang dipetik akhbar Daily Mail.

Tambah sumber itu: "Anda pasti berasa pelik mengapa dia sanggup membelanjakan kos yang tinggi untuk tujuan itu. Bagaimanapun, sebahagian besar daripada kos berkenaan dibiayai oleh pihak pengurusannya."

Rihanna telah menukar gaya rambutnya sebanyak 13 kali sejak dia mula mewarnakan rambutnya dengan warna merah terang pada November lalu.

Teruja tampil dalam filem unik

Posted: 08 Aug 2011 09:37 PM PDT

MANTAP...barisan pelakon dan kru yang terbabit dalam filem The Hunter.
MANTAP...barisan pelakon dan kru yang terbabit dalam filem The Hunter.

BUKAN mudah menggenggam status aktres terbaik. Ini kerana, jika mahu menjadi benar-benar 'terbaik' perlulah berani berdepan tuntutan skrip yang berat serta mencabar kemampuan diri. Itulah dilakukan Sharifah Amani, 25, dan Carmen Soo, 33.

Sebagai aktres berbakat besar, kedua-duanya nyata cukup berani menyahut cabaran yang diberikan dalam filem terbaru mereka, The Hunter sentuhan pengarah terkenal, Bjarne Wong. Ia memberikan pengalaman lakonan sebenar yang lebih hebat.

  • Foto

    SANDARAN UTAMA...Amani dan Carmen tunjang filem The Hunter

  • Foto

    JELITA...Carmen bawa watak pengarah rancangan dokumentari

  • Foto

    AMANI...sahut cabaran

Pernah menjalin kerjasama sebelum ini menerusi filem Possessed pada 2006 dan Sayang You Can Dance (2009), Sharifah Amani mengakui dia suka dengan hasil kerja dan kreativiti Bjarne yang disifatkan berkaliber dan tahu apa yang diinginkannya.

Sharifah Amani yang ditemui pada majlis promosi awal The Hunter yang turut dihasilkan mengguna format 3D di Facekara, Viva Home, Cheras, baru-baru ini, berkata banyak pengalaman baru dan menarik diperolehnya ketika bekerja di bawah arahan Bjarne.


"Terlalu banyak pengalaman berharga saya peroleh sepanjang bekerja dengan Bjarne dalam filem The Hunter ini. Malah, saya terima tawaran untuk membintangi The Hunter pun kerana sangat sayang kepadanya. Bjarne, seorang pengarah yang baik."Bahkan, apa yang boleh dikatakan kami sudah umpama satu keluarga. Hubungan dijalin sangat rapat bagaikan adik-beradik dan saya suka bekerja dengan Bjarne kerana semua dilakukan bersama. Hubungan sesama pelakon juga rapat dan ada keserasian.

"Tak dinafikan, The Hunter adalah filem unik kerana kepelbagaian �bahasa diketengahkan berikutan barisan pelakon yang membintangi terdiri dari pelbagai negara iaitu Malaysia, China, Taiwan, Singapura dan Korea Selatan. Malah, masing-masing pun saling tak faham bahasa dituturkan.

"Namun, ia nyata bukan satu masalah kepada kami semua kerana atas dasar kasih sayang seperti satu keluarga itu, apa yang cuba �diperkatakan sudah boleh difahami antara satu sama lain. Ia berlaku antara saya dan Lou Qi, pelakon dari China.

"Pernah saya jatuh sakit ketika penggambaran yang dilakukan di Sarawak, Lou Qi suruh saya makan ubat, tapi dia cakap dalam bahasa Cina, mestilah tak faham. Tetapi, disebabkan hubungan baik kami biarpun saya bercakap dalam bahasa Malaysia, kami boleh saling memahami," katanya.

Menurut Sharifah Amani dalam soal ini pemahaman bahasa itu mudah saja iaitu niat untuk faham apa yang cuba dikatakan. Sekalipun berlainan bahasa, tetap akan boleh memahaminya.

"Selain itu, dalam pembikinan filem The Hunter ini juga saya buat pertama kalinya belajar teknik 3D. Tak dinafikan, menghasilkan filem format 3D ini peralatan digunakan berbeza. Ia perkara yang baru buat saya, tetapi sangat menyeronokkan.

"Ini kerana, selain keserasian antara pelakon, saya juga menjalin hubungan baik dengan tenaga produksi terbabit. Mereka semua �sangat baik kerana tidak lokek ilmu dan sentiasa sedia berkongsi �pengetahuan serta pengalaman," katanya.

Kata Sharifah Amani, sekalipun menghasilkan filem dalam format 3D menuntut lebih kesabaran, tetapi gambaran babak yang dirakam cukup menarik. Katanya, ia perkara yang menakjubkan dan pengalaman �menonton nanti pastinya lebih hebat.

Katanya lagi, cabaran lain yang �dirasakan sangat mencabar �sepanjang menjayakan penggambaran The Hunter ialah lokasi. Ini kerana, penggambaran bukan saja di buat di hutan, tetapi dia juga perlu masuk ke dalam kawasan berair yang dalam.



Carmen puas hati lakukan aksi lasak sendiri


MENJADI heroin dalam filem, pastinya bukan tanggungjawab yang ringan. Ini kerana hasil lakonan terbaik perlu ditonjolkan demi kepuasan diri dan menghargai kepercayaan diberikan pengarah. Justeru, Carmen nyata membuktikan keupayaannya.

Kata Carmen, dia membawakan watak seorang pengarah rancangan dokumentari dalam filem thriller dan membabitkan babak pembunuhan dalam The Hunter. Katanya, watak dilakonkannya cukup lasak dan dia berpuas hati dapat melakukan semua aksi itu sendiri.

"Saya akui, ia bukan mudah dilakukan kerana saya berdepan dengan banyak bahaya yang membawa risiko jika tidak berhati-hati. Namun, demi pengalaman dan kepuasan, saya seronok melakukannya walaupun badan sakit-sakit dan sangat penat.

"Dalam filem The Hunter ini juga, ia benar-benar mencabar ketahanan fizikal saya apabila semua aksi berlawan, dilakukan sendiri. Malah, paling mencabar apabila badan saya dipasangkan wayar selama 10 jam. Ia nyata membuatkan badan saya sakit.

"Sebaik habis penggambaran, ada kesan lebam di lengan dan badan saya. Mujur, doktor kata tiada apa-apa yang boleh membahayakan kesihatan dan saya hanya perlukan lebih rehat. Kemungkinan, dalam tempoh dua bulan baru semuanya akan pulih semula.

"Apapun, seperti yang diperkatakan Sharifah Amani, saya juga mengakui berlakon filem The Hunter sangat menyeronokkan dan memberikan pengalaman berbeza. Banyak yang saya belajar dan yang pasti dalam filem ini saya suka dengan apa yang dilakukan," katanya.

Dalam filem 3D The Hunter nanti, Carmen membuktikan dia adalah pelakon serba boleh dan tidak hanya bergantung kepada kejelitaan semata-mata. Carmen boleh diandaikan sebagai 'wanita besi' yang berani menghadapi cabaran sukar.

Ditanya mengenai tawaran diberikan Bjarne kepadanya, Carmen atau nama sebenarnya, Carmen Soo Wai Mun berkata, dia sudah dilamar berlakon dalam filem The Hunter sejak dua tahun lalu. Justeru, katanya, persediaan untuk menjiwai watak sudah dilakukan lebih awal.

"Saya sudah kenal lama dengan Bjarne. Ketika dia (Bjarne) membincangkan mengenai filem The Hunter kepada saya, ia dapat diterima dengan baik. Sebagai pelakon, apa yang penting, saya berasa seronok dan boleh bekerja dengan pengarah itu," katanya.

Apapun, bakat lakonan Carmen nyata cukup menyerlah di negara jiran, Filipina. Ini kerana, drama bersiri Kahit Isang Saglit atau A Time For Us yang dilakonkannya bersama aktor kacak, Jericho Rosales berjaya menarik perhatian ramai.



PROFIL SHARIFAH AMANI

NAMA KOMERSIAL: Sharifah Amani
NAMA PENUH: Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya
TARIKH LAHIR: 10 Jun 1986
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KARIER: Pelakon

DRAMA: Gol & Gincu The Series, Emil Emilda, Sindarela, Rona Roni Makaroni, Tiramisu dan telemovie, Antara Garisan serta Dalil Cinta

TEATER: Hamlet

FILEM: Selubung, Mimpi Moon, Sepet, Gol & Gincu, Gubra, Cinta, Puaka Tebing Biru, Mukhsin, 1957: Hati Malaya, Punggok Rindukan Bulan, Selamat Pagi Cinta, Cicakman 2 - Planet Hitam, Sayang You Can Dance, Muallaf, Merong Mahawangsa, Possessed (filem seram Kantonis)

ANUGERAH: Anugerah Pelakon Harapan Wanita filem Sepet pada Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18) dan Pelakon Wanita Terbaik filem Gubra di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM19)



PROFIL CARMEN SOO

NAMA KOMERSIAL: Carmen Soo
NAMA PENUH: Carmen Soo Wai Mun
TARIKH LAHIR: 14 Oktober 1977
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
KARIER: Pelakon, model dan pengacara

DRAMA: Ghost (8TV), Trio And A Bed (drama interaktif) Astro Wah Lai Toi, The Pupil (TV Singapura)

TEATER: The Girl from Ipoh, Rose Rose I Love You
FILEM: Gorgeous, The 3rd Generation, Baik Punya Cilok, Visits, Sayang
You Can Dance, Tenement 2 (filem seram Filipina) Star Cinema, A Love Affair,
The Hunter

Kereta rempuh pelajar, tadika

Posted: 08 Aug 2011 09:34 PM PDT

PECAH...tembok pagar Tadika Smart Stars yang dirempuh, semalam.
PECAH...tembok pagar Tadika Smart Stars yang dirempuh, semalam.
PUNCA...kereta terbabit ditarik, semalam.
PUNCA...kereta terbabit ditarik, semalam.

GOMBAK : "Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, kami akan mengadakan perhimpunan di kawasan berkenaan," kata guru besar Tadika Smart Stars , VR Ranee, 56, menceritakan kejadian sebuah kereta melanggar dinding tadika miliknya di Jalan 18, Taman Selayang, di sini, pagi semalam.

Sebelum itu, Perodua MyVi terbabit melanggar dua pelajar sekolah menengah yang melalui lorong di hadapan tadika berkenaan.


Katanya, selepas itu, kenderaan itu melanggar dinding tadikanya dan berlaku limpahan petrol sehingga mencetus kebimbangan berlakunya kebakaran. "Ketika itu, saya berada di dalam kawasan tadika dan beberapa pembantu saya membawa masuk murid yang dihantar ibu bapa kira-kira jam 7.20 pagi.

"Tiba-tiba saya terdengar dentuman kuat di depan tadika disusuli teriakan seorang wanita. Saya tergamam selepas melihat kereta itu melanggar dinding," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Beliau berkata, dia seperti hilang arah akibat takut dan ketika itu, dia hanya terfikir untuk mencari mangsa yang menjerit kesakitan di luar kawasan tadikanya.


Katanya, dia nampak seorang pelajar perempuan menangis kesakitan dan orang ramai menolong pelajar itu dan rakannya yang cedera ringan untuk dihantar ke Hospital Selayang.

"Saya bersyukur kerana tiada pelajar tadika atau orang lain parah dalam kemalangan itu," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata akibat kejadian itu, dua pelajar berusia 15 dan 17 tahun cedera ringan di kepala manakala pemandu berkenaan yang berusia 22 tahun cedera dan dirawat sebagai pesakit luar.

Penghuni menara Burj Khalifa berbuka lebih lewat

Posted: 08 Aug 2011 09:32 PM PDT

BURJ KHALIFA...penghuni yang ada di tingkat 80 dan ke atas perlu menunggu dua hingga tiga minit lebih lama sebelum boleh berbuka.
BURJ KHALIFA...penghuni yang ada di tingkat 80 dan ke atas perlu menunggu dua hingga tiga minit lebih lama sebelum boleh berbuka.

DUBAI: Umat Islam yang tinggal di dalam bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, terpaksa berpuasa lebih lama sepanjang Ramadan.

Ketua ulama Dubai, Mohammed al-Qubaisi, berkata penghuni yang berada di tingkat 80 dan ke atas bangunan itu perlu berbuka dua minit lebih lewat berbanding orang lain.


"Penghuni di tingkat 150 dan ke atas pula perlu berbuka lewat tiga minit," katanya.

Keadaan itu, kata Mohammed, berlaku kerana mereka melihat matahari lebih lama berbanding orang Islam yang ada di bawah.


"Keadaan mereka sama seperti dialami seseorang Muslim yang bermusafir menggunakan kapal terbang atau penghuni kawasan tanah tinggi.


Menara Burj Khalifa setinggi 828 meter dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010 dan memiliki 160 tingkat yang boleh dihuni.

Rezeki mencurah lepas bercerai

Posted: 08 Aug 2011 09:18 PM PDT

ROSLINDA...ibu tunggal bukan gelaran hina.
ROSLINDA...ibu tunggal bukan gelaran hina.

PEMILIK nama Roslinda Abdul Majid memang peramah orangnya. Dia juga mudah mesra.

Ramai mengenalinya kerana dia mempunyai ribuan peminat sendiri tetapi bukan atas nama Roslinda sebaliknya Lin atau DJ Lin, penyampai radio Suria FM.

  • Foto

    MULAKAN HIDUP BARU...usah meratapi nasib berpanjangan.

  • Foto

    SAERA...macam-macam kerja dibuat untuk sara hidup.

Berasal dari Larkin Jaya, Johor, anak ketujuh daripada 10 beradik ini dilantik sebagai duta Proton Persona mulai April 2011.

Apabila dipilih, Lin tertanya-tanya, atas dasar apa dia dipilih antara ramai penyampai radio popular di negara ini.


"Semua orang tahu saya bergelar ibu tunggal, saya tak pernah sorok status itu. Saya pula tak ada kereta sebab tak tahu bawa kereta dan tak punya lesen pun.Ini rezeki yang tak diduga langsung sebagaimana anugerah yang saya terima sebagai DJ Radio Terbaik dan Rancangan Interaktif Radio Terbaik," ucap Lin penuh kesyukuran.

Halaman peminatnya juga semakin popular apabila jumlah pengikut sudah mencecah 48,000 orang dalam masa tidak sampai setahun ia dibuka.

Keyakinan dan pembawaan diri Lin sebenarnya membuatkan pengikutnya merasai kekuatan yang ada pada dirinya. Dia tahu apa yang mahu dicapainya dan tegas dengan prinsip perjuangan sebagai wanita berkerjaya dan ibu kepada dua anaknya.

"Sebagai duta Proton Persona, saya gembira kerana dapat mendekati ibu tunggal pelbagai usia di Malaysia dalam bengkel dianjurkan Proton," katanya.

Daripada situ, dia dapat mendengar ibu tunggal lain berkongsi masalah dan �meluahkan perasaan, setiap satu sungguh terkesan di hati Lin.

"Sekiranya dulu saya hanya dekat dengan apa yang berlaku pada diri sendiri tetapi kini saya dapat tahu apa yang berlaku pada orang lain yang senasib.
Luahan perasaan itu penuh dengan emosi namun ia amat diperlukan kerana setelah segala-galanya terluah, gelodak jiwa dapat diringankan," katanya.

Mendengar cerita yang disampaikan, Lin sedar kesedihan tidak dapat dipisahkan daripada wanita yang bergelar ibu tunggal. Tetapi, ibu tunggal harus segera bangkit meneruskan kehidupan.

"Apabila ditakdirkan mendapat gelaran ibu tunggal, jangan sangka ia gelaran yang hina. Ini ujian dari Allah dan Allah menguji insan yang Dia tahu ada kekuatan. Jangan lupa, Allah sentiasa mengasihi kita.

"Siapa yang kata tak sedih. Bohonglah kalau kita tidak merana setelah bercerai sebab semua orang menginginkan rumah tangga bahagia ke akhir hayat. Tetapi, jangan terlalu lama meratapi nasib. Saya selalu yakinkan diri setiap kejadian ada hikmahnya," katanya.

Selain terpaksa menyesuaikan diri dengan status baru, perlu juga berhadapan dengan masalah lain terutama masalah kewangan.

"Waktu bergelar isteri mungkin kita rasa selesa dan menumpukan seluruh jiwa raga pada suami dan anak-anak. Kita lupa segala kelebihan, kepandaian dan kreativiti yang kita ada.

Belajar atau mencuba perkara baru pun kita rasa tak perlu. Apabila bercerai dan mahu memulakan langkah pertama, ramai ibu tunggal yang takut, tak yakin pada diri dan paling teruk, takut dengan mulut orang.

"Sekali sikap itu tak diubah, kita tak akan ke mana. Saya sendiri bermula daripada kosong setelah bercerai. Saya tak tunggu lama untuk bangkit daripada kesedihan, bukan untuk diri sendiri, tetapi saya ada insan yang sangat saya sayangi bersama saya iaitu dua anak saya," katanya.

Memang ada yang sering menjatuhkan semangat wanita bergelar janda, tetapi bagi Lin, itulah yang harus dijadikan cabaran dan kita hendaklah berpijak di bumi nyata.

"Saya positifkan fikiran serta diri. Jangan biar orang ambil kesempatan pada kita. Saya tak pernah malu menjadi ibu tunggal kerana ini sudah ditakdirkan," katanya.

Lin juga menasihatkan wanita, walaupun setelah berkahwin dan ada keluarga sendiri, jangan putus atau renggang dengan keluarga.

"Ada yang setelah berkahwin, dunianya hanya keluarganya sendiri saja sedangkan hubungan dengan adik beradik harus sentiasa dipupuk walau sesibuk mana pun kita.

"Bukannya mencari mereka hanya apabila ada masalah.

Sekiranya hubungan ahli keluarga rapat, mereka akan menjadi sokongan ketika kita bermasalah," katanya.

Setelah menjadi duta Proton Persona dan mendapat banyak pendedahan mengenai kehidupan insan senasibnya, Lin semakin bersyukur dengan segala yang dipunyai.
Paling penting jangan takut mempelajari ilmu baru untuk kebaikan diri. Tidak ada istilah terlambat dalam mencari ilmu.

"Kini saya sudah ada lesen kereta. Walaupun usia sudah 35 tahun, semuanya belum terlambat. Saya rasa sangat puas dan bangga dengan diri sendiri, sebelum ini tak terfikir hendak ambil lesen kerana saya sangat penakut," katanya.

Lin mengakui ada lesen memang meningkatkan keyakinan dirinya.

"Apabila sudah ada lesen, saya teruja sekali duduk di kerusi pemandu, hidupkan enjin kemudian mengisi minyak sendiri. Sekarang, saya tak sabar hendak memandu balik ke kampung" katanya.



Dihalau suami lepas bercerai


Saera Alwi, 62, bercerai pada 1996 selepas 18 tahun berkahwin. Perceraian itu bukan satu-satunya kisah sedih yang dialaminya kerana sejak kecil lagi hidupnya memang penuh derita.

Menyingkap sejarah perjalanan hidupnya, air mata Saera mengalir tanpa henti.

"Siapa yang mahu mendapat gelaran janda dan ketika diceraikan saya memang tidak dapat mengelakkan rasa sedih yang teramat. Saya dihalau keluar sehelai sepinggang dengan dua anak," kata wanita dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur ini.

Saera pula bukan berpelajaran tinggi, hanya setakat darjah lima.

"Sejak kecil lagi saya sudah mula bekerja mencari wang. Mengambil upah mencuci baju kemudian kerja kilang, kantin, berniaga dan bermacam lagi pekerjaan," katanya.

Meratap nasib sudah �menjadi perkara biasa bagi �wanita yang bergelar janda tetapi Saera tahu dia perlu membela nasib sendiri dan dua anaknya.

"Saya tahu mesti berdikari. Saya kerja di sana sini seperti di restoran, memandu van dan lori serta tak kisah walaupun kerja itu berat bagi seorang wanita. Saya tak pernah berhenti bekerja untuk menyara hidup," katanya.

Apabila berpeluang menghadiri kursus anjuran kerajaan yang menyasarkan ibu tunggal, mindanya semakin terbuka.

"Saya selalu menyertai kursus dan seminar anjuran kerajaan. Daripada situ kemahiran �bertambah malah kini, saya boleh menjahit langsir serta membuat kraftangan gelang, kerongsang dan sulaman lain. Saya juga boleh memberi latihan dan jika ada yang berminat, saya tidak kisah berkongsi ilmu," katanya.

Kenang Saera, apabila hidup susah, dihina orang sudah menjadi kebiasaan. Walaupun dia tidak pernah mengganggu hidup orang atau meminta wang mereka, orang tetap memandang serong.

Tetapi semuanya dilalui dengan tabah.

"Saya anggap ia cabaran kerana saya bukan buat apa-apa melainkan mencari rezeki yang halal," katanya yang sentiasa memberitahu diri, ujian yang Allah timpakan padanya kerana Allah menyayanginya.

Setelah semakin berusia, kesihatan juga sering terganggu jadi Saera lebih suka melakukan kerja yang boleh dilakukan di rumah seperti jahitan dan membuat kraftangan. Dia masih perlu mencari pendapatan walaupun pada usia begitu.

Nasihat Saera, apabila menjadi ibu tunggal, segeralah bangkit dan berdikari.

"Sekiranya tiada kepandaian, berusaha mencarinya. Gunakan sebaiknya kemahiran untuk menambah pendapatan walaupun duduk di rumah," katanya.

Kesedihan apabila berlaku perceraian atau kematian adalah normal, kata
Eksekutif dan Perunding Motivasi MSQ Power Training, Noor Karimah Harun.

"Kesedihan memang normal terutama bagi kes perceraian dan kematian cuma selama mana perasaan itu harus ada dalam diri?

"Selama mana kita melayan kesedihan itu bergantung kepada sejauh mana kita berbaik sangka dengan takdir yang ditetapkan. Bukan mudah meneruskan hidup tanpa suami di sisi tapi kerana ketetapan Ilahi, sekelip mata hidup mula berubah.

"Rasai pula kasih sayang Tuhan yang ingin kita dekati. Mungkin sebelum ini suamilah segala-galanya sehingga kita lupa suami hanya pinjaman sementara," katanya.

Ada yang bertahun-tahun selepas peristiwa perceraian atau kematian masih meratap nasib dan menyerah diri kepada takdir.

Sekiranya berkeadaan begini, Noor Karimah �menasihatkan wanita sebegitu supaya �berhenti menjadi 'mangsa' kerana mereka sedang �merosakkan jiwa, emosi, diri sendiri dan orang sekeliling. Meratap berpanjangan tiada faedahnya.

"Bukankah kita berhak menikmati hidup yang bahagia? Anda mungkin selesa dengan keadaan itu tetapi sebenarnya anda sudah mati rasa untuk menikmati hidup sebaiknya.

"Cara terbaik bagi ibu tunggal memujuk diri dan bangkit daripada kesedihan ialah berkomunikasi dengan Tuhan. Tanya dan luahkan apa saja kesedihan yang ada, Tuhan Maha Mendengar dan Maha Penyayang.

"Tuhan akan menjawab bukan dengan lisan tetapi �dengan bahasa alam. Tidak adil membiarkan diri terus dalam kesedihan berpanjangan sedangkan ruang untuk bahagia sentiasa terbuka," katanya.

Ada yang berasa sedih dan menganggap diri tidak bernasib baik. Sudahlah bercerai, tiada pula sokongan keluarga.

Menurutnya, kita jangan bergantung sepenuhnya kepada sokongan manusia kerana paling penting sokongan Allah yang harus ada di dalam diri kita.

"Tidak mendapat sokongan keluarga bukanlah tidak bernasib baik kerana itu hanya 10 peratus di mata manusia. Sebaliknya, 90 peratus lagi adalah sokongan dan perhatian dari Tuhan yang harus lebih kita dambakan," katanya.

Masyarakat juga sering berpendapat, ibu tunggal harus segera mencari jodoh agar nasibnya terbela.

Namun baginya, mencari jodoh baru bukanlah kayu ukur kepada terbelanya nasib seseorang ibu tunggal.

"Bukan jodoh segera menjadi keutamaan sebaliknya golongan ibu tunggal perlu cepat menyediakan diri untuk untuk menjadi pekerja terbaik, ibu terbaik dan hamba Allah yang terbaik.

"Ada ibu tunggal yang masih mengharapkan suaminya kembali atau merujuk semula.
Tetapi sekiranya anda menjadi mangsa yang amat teruk, cukup-cukuplah. Serahkan masa depan kita kepada Tuhan. Teruskan hidup dengan lebih positif, kuatkan semangat, bina hari baru dan nikmati kebahagiaan. Jaga hubungan dengan Tuhan dan teruskan berkomunikasi dengan-Nya," katanya.

Jodoh mungkin ada tetapi tidak perlu tergesa-gesa �mencarinya. Perkasakan diri dan anak-anak dahulu serta berusaha menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Tidak tamak

Posted: 08 Aug 2011 09:13 PM PDT

pix_gal0
NAMANYA sudah tentu antara yang paling dikenali dalam dunia lakonan. Pelbagai judul drama dan filem sudah dijayakannya, sejak dia membintangi drama Salina kira-kira sembilan tahun lalu. Wajahnya juga tidak asing sebagai pengacara TV, bermula dengan program XY sehinggalah ke Sehati Berdansa dan Imam Muda.

Namun sejak kebelakangan ini, wajah tampan jejaka berusia 32 tahun bagai kurang menyerlah di kaca TV, tidak seperti mana beberapa tahun lalu. Lalu ada peminat yang membuat andaian sendiri, apakah sememangnya Fahrin sudah bersedia untuk memperlahankan rentak, ataupun dia bersikap terlalu memilih?
Pertemuan dengannya ketika pelakon sasa ini menjayakan sesi fotografi khas sempena Ramadan di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur baru-baru, memberikan ruang untuk penulis bertanya sendiri perihal terbabit kepada empunya diri. Fahrin pula, dengan senang hati berkongsi penjelasan berhubung perkara itu, pada masa sama menafikan bahawa dirinya kurang aktif.
"Sememangnya ramai yang sudah bertanya kepada saya, kenapa wajah saya jarang muncul di TV. Ingin saya nyatakan di sini, saya masih bergerak cergas dalam dunia lakonan. Untuk makluman semua peminat juga, saya masih banyak menerima tawaran berlakon dan sibuk menjayakannya, cuma mungkin peminat tidak nampak apa yang saya buat.

"Lagi satu, saya jenis manusia yang suka memberikan tumpuan kepada satu kerja pada satu-satu masa. Saya bukan individu yang gemar menjayakan banyak tawaran dalam satu masa tertentu, kerana tidak mahu jadual saya menjadi kelam kabut. Tahun ini umpamanya, saya hanya menerima dan menumpukan pada dua tawaran lakonan drama bersiri iaitu Dia Bukan Maryam dan Suria Di Cordoba.

"Dari hujung tahun lalu hingga pertengahan tahun ini, saya sibuk dengan penggambaran dua drama itu, di mana Dia Bukan Maryam sudah pun habis tayangannya manakala Suria Di Cordoba pula sedang hangat ditayangkan.

Penggambaran dua drama ini mengambil masa yang panjang, dan saya tidak mahu mengganggu kelancaran penggambaran berkenaan. Sebab itu saya tidak menerima tawaran sampingan yang lain.
"Sebenarnya saya masih boleh dilihat di kaca TV, dan saya sentiasa sibuk dengan kerjaya saya sebagai pelakon dan pengacara," katanya yang segak mengenakan busana tradisional Melayu rekaan Salikin Sidek.

Pesan pelakon yang turut membintangi beberapa filem seperti Puaka Tebing Biru dan 2 Hati 1 Jiwa ini, peminat yang merinduinya bolehlah menyaksikan lakonannya dalam telefilem Cinta Kaabah pada 21 Ogos ini di saluran Astro Prima, serta drama siri 26 episod, Suria di Cordoba, yang disiarkan setiap di saluran sama sejak 7 Jun lalu.

Tunai umrah kali kelima

SEMENTARA itu, sempena kedatangan Ramadan, seperti kebanyakan artis lain, Fahrin juga tidak lepas daripada mengambil kesempatan untuk berehat sementara daripada aktiviti seni dan menumpukan perhatian menunaikan ibadat pada bulan penuh keberkatan ini.

Lebih menarik, seperti tahun-tahun lalu, sudah menjadi kebiasaan jejaka kelahiran Johor Bahru ini untuk berkunjung ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadat umrah.

"Ramadan tahun ini, saya tidak mempunyai rancangan tertentu, lalu mengambil keputusan untuk berehat. Selain itu, saya cuma memenuhi jemputan majlis berbuka puasa serta sesi fotografi, seperti yang dijayakan pada hari ini. Bagaimanapun saya banyak juga menjayakan penggambaran program Aidilfitri dan Ramadan, termasuk BazarRamadhan@TV3.

"Selain itu, saya akan berangkat secara berseorangan mengerjakan umrah pada akhir Ramadan nanti. Ini adalah kali kelima saya menunaikan ibadat umrah, dan sememangnya saya amat seronok berpeluang menghayati Ramadan di sana. Di Makkah, suasana puasanya berbeza, tambah lagi pada akhir Ramadan, yang mana ia adalah waktu puncak.

"Saya tidak dapat menggambarkan perasaan dan suasana di sana dengan kata-kata, sebaiknya pengalaman itu perlu dirasai sendiri kerana sambutan di sana sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri," tambahnya lagi.

Ditanya mengenai sambutan Hari Raya pula, seperti kebiasaan, anak ketiga daripada empat adik beradik ini akan pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru.

Tahun lalu, Fahrin tidak berkesempatan untuk merayakan hari pertama Syawal bersama keluarga kerana masih berada di Makkah. Namun tahun ini dia akan pulang lebih awal untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Ceritanya lagi, dia hanya akan bercuti selama seminggu dan selepas raya, Fahrin akan kembali sibuk dengan kerjaya seninya. Antaranya, Fahrin akan kembali bekerjasama bersama Shell, di mana kontraknya sebagai duta jenama produk itu disambungkan kepada tiga tahun. Selain Shell, Fahrin juga duta kepada produk penjagaan diri, Garnier.

Fahrin juga akan kembali sibuk dengan aktiviti lakonan dan pengacaraan, yang secara tidak langsung membuatkan dirinya tidak putus-putus bersyukur kerana rezeki yang diterima tidak pernah putus. Namun dia perlu menyusun jadual kerjanya lebih berhati-hati, begitu juga dalam pemilihan tawaran kerja, supaya kebajikan diri tidak terabai.

Menurut pelakon yang murah dengan senyuman ini, kerjasamanya bersama jutawan internet, Irfan Khairi, juga sedang rancak berjalan rancak. Mereka berdua akan mengadakan sebuah lagi bengkel motivasi selepas Hari Raya nanti.

Kurang selesa dengan kontroversi

Posted: 08 Aug 2011 09:08 PM PDT

pix_gal0
Fizz beri ruang Almy cipta nama sebelum hantar lamaran

SELAGI aktor ini masih belum mahu menamatkan zaman bujangnya, selagi itu dia terus dihujani soalan daripada media yang inginkan kepastian, siapa sebenarnya wanita yang bertakhta di hati.

Sejak namanya semakin dikenali selepas membintangi drama rantaian popular, Nur Kasih, tiba-tiba nama Fizz Fairuz tersangkut dengan pelbagai kontroversi. Memang percintaannya dengan aktres Almy Nadia sudah diketahui umum, tetapi kontroversi tetap timbul apabila ada dakwaan mengatakan hubungan cinta yang disulam sejak enam tahun lalu dikatakan mula berantakan.
Malah sejak dirinya kian mendaki anak tangga populariti, selepas bertahun-tahun bergelar pelakon, nama Fizz juga mula dikaitkan dengan beberapa pelakon wanita lain. Antaranya Fasha Sandha, Liyana Jasmay dan Izreen Azminda.
Justeru, setiap kali jejaka ini muncul di mana-mana acara, soalan berkaitan hubungan cintanya tidak terlepas diajukan kepada empunya diri. Begitu jugalah keadaannya ketika pelakon Barajiwa ini muncul pada majlis pelancaran koleksi Hari Raya Habib Jewels, Rantaian Kasih Habib, baru-baru ini, apabila Fizz lebih menjadi perhatian berbanding selebriti lain yang turut memeriahkan acara seperti Dynas, Scha Alyahya, Irma Hasmie, Julia Ziegler dan Aznil Nawawi.

Segak berbaju Melayu rona merah jambu lengkap bersampin, pelakon kelahiran Pahang itu bagai sudah menjangka soalan bakal diajukan kepadanya. Diheret dengan pelbagai kontroversi sejak akhir-akhir ini ternyata membuatkan hati Fizz tidak tenang. Ujar jejaka ini, dia kurang selesa dengan gosip kerana ia hanya akan menjejaskan nama yang susah payah cuba dibina.

"Orang luar tidak tahu cerita sebenar, tetapi apabila ditokok tambah, lama-lama orang akan percaya. Kita tahu gosip tetap gosip dan selalunya gosip tidak betul. Tetapi peminat luar bandar tidak tahu. Mereka mudah termakan dengan cerita yang keluar di media masa.

"Memanglah saya boleh jelaskan, tetapi orang susah nak percaya. Terus terang, memang saya kurang selesa dengan semua kontroversi ini terutama apabila memikirkan perasaan emak. Walaupun cerita yang keluar selama ini sekadar gosip, emak akan tetap bertanya, betul atau sebaliknya.
"Selain itu, desas-desus macam ini buat saya rasa tak seronok nak dengar. Saya kasihan, kerana ia akan mengecewakan Almy. Pada waktu yang sama keluarga dia turut bising apabila timbul cerita mengenai hubungan kami yang dikatakan sudah berakhir," kata Fizz.

Seandainya benar hubungan mereka bermasalah, sudah tentu mereka tidak lagi bertemu. Namun apa yang berlaku sehingga ke hari ini adalah sebaliknya. Malah kata Fizz, dia baru saja menghantar Almy ke klinik bagi menjalani x-ray kakinya yang tercedera baru-baru ini.

"Saya baru saja menghantar dia ke klinik semalam (26 Julai), malah setiap hari kami masih lagi berhubung. Jadi, bagaimana boleh timbul pula cerita mengatakan kami sudah tidak lagi berbaik?

"Saya juga pelik macam mana orang boleh mengaitkan saya dengan Izreen, sedangkan saya berlakon dengannya tujuh tahun yang lalu. Itu pun bukannya kami berlakon dalam babak yang sama. Seingat saya, kami bertembung dalam tiga atau empat babak saja.

"Dakwaan mengatakan Izreen menanggung saya memang tidak betul sama sekali. Kalau betul dia tanggung saya, baik saya berhenti berlakon. Saya masih mampu lagi berkerja, cari duit sendiri dan tak perlukan bantuan orang lain," kata Fizz yang kesal dengan dakwaan tidak betul itu.

Justeru, ketika ditanya bila agaknya dia benar-benar mahu melamar Almy, ternyata Fizz belum mempunyai jawapan pasti. Sebaliknya dia hanya memberi jawapan selamat - mahu mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Boleh dikatakan jawapan itu juga yang diberikan setiap kali ditanya, namun sudah beberapa tahun, hasrat itu belum terlaksana.

"Mungkin tahun depan," jawap Fizz buat kesekian kali, ringkas.
Sebenarnya, ujar jejaka ini, dia mahu memberikan ruang buat Almy untuk membina namanya terlebih dulu dalam bidang seni.

"Saya mahu dia lalui apa yang saya lalui sebelum ini, macam mana saya hanya berbelanja dengan berbekalkan duit RM10, serta bagaimana saya terpaksa berkongsi minyak kereta dengan kakak, ketika awal-awal menjadi pelakon.

"Saya tidaklah kata kehidupan saya selesa sekarang, tetapi saya bersyukur dengan apa yang saya kecapi. Alhamdulillah, sekarang bolehlah juga saya bertapak dalam industri ini," kata Fizz.

Serik berniaga bersama keluarga

BEBERAPA hari lalu pula, Fizz tampil di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, menjayakan sesi fotografi khas bersama Hip, di samping beberapa pelakon lain seperti Fahrin Ahmad, Jehan Miskin, Shaheizy Sam, Iqram Dinzly dan Nur Fathia. Masing-masing kelihatan cukup bergaya dan sopan dalam busana Melayu rekaan Salikin Sidek.

Petang itu, lelaki ini membuka bicara dengan bercerita perihal pembabitannya dalam filem bergenre aksi berjudul Nirrajim, di bawah produksi Grand Brilliance. Filem yang kini rancak menjalani penggambaran itu menyaksikannya membawakan watak sebagai Kamil.

Katanya, filem yang mengisahkan perjanjian antara syaitan dan manusia itu memberikan dimensi baru dalam kerjaya lakonannya.

"Kamil seorang peguam yang sudah mempunyai isteri, lakonan Ana Raffali. Akibat terlalu memburu duniawi, watak-watak dalam cerita ini terjebak dalam satu perjanjian dengan syaitan, menyebabkan mereka terpaksa membunuh dan melakukan perkara terkutuk.

"Antara adegan dalam filem ini ialah babak membunuh janin anak pertama, serta kesanggupan seorang sahabat membunuh sahabat karibnya sendiri," katanya yang memberitahu, filem yang bakal menamatkan penggambaran pada 15 Ogos itu turut dibintangi Nabila Huda.

Sementara itu, Fizz sempat memaklumkan, perniagaan restoran makanan kampung yang diusahakannya di Pahang sebelum ini tidak lagi diuruskan olehnya.

"Saya bukan lagi pemiliknya, tetapi restoran itu kini masih lagi beroperasi dan diuruskan keluarga saya. Saya mengundur diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

"Selepas ini saya tidak mahu lagi menjalankan perniagaan bersama keluarga. Kalau boleh, pada masa depan saya lebih suka menguruskannya sendiri," katanya yang memberitahu akan membuka cawangan restoran Nur Kasih di Mont Kiara dalam waktu terdekat.

Walaupun bakal membuka restoran di kawasan kejiranan lebih moden, namun Fizz mengaku dia lebih suka mengekalkan menu masakan Melayu sebagai memancing orang ramai berkunjung ke premis perniagaannya.

Mila bawa diri ke London

Posted: 08 Aug 2011 09:07 PM PDT

Mila mencuba pasaran antarabangsa

Orangnya kecil molek sahaja, tetapi bakat yang ada dalam dirinya terlalu besar dan tidak hairan jika empunya nama Norsyarmilla binti Jirin atau Mila pernah diangkat menjadi Juara Akademi Fantasia Musim yang kelima dahulu.

Berasal dari Pulau Pinang, bakat yang dimiliki oleh Mila bukan sahaja dapat dirasai oleh peminat-peminat muzik di Malaysia, malah turut dikesan oleh beberapa penggiat muzik luar negara. Buktinya, Mila kini dilamar oleh BGM Music, sebuah syarikat rakaman di London, untuk mengetengahkan bakat Mila di peringkat antarabangsa pula.

Baru sahaja pulang daripada kota London itu, menurut Mila dia baru sahaja selesai merakamkan sepuluh buah lagu untuk dimuatkan dalam satu album inggeris, ketika berada disana.

"Alhamdulillah, mereka mula lihat bakat saya sewaktu saya sertai Festival Muzik Pop Peringkat Antarabangsa XVII pada tahun 2008 lalu, di Bulgaria, selepas itu mereka email saya cadagan mereka, namun ketika itu saya sukar nak percaya, kerana bimbang jika ada yang menipu.

"Tapi bila diterangkan sepenuhnya, saya yakin dengan mereka dan saya terima perlawaan mereka untuk bekerjasama.

"Saya telah ke London tempoh hari, dan sempat merakamkan sepuluh buah lagu inggeris, dan Insya-Allah akan dilancarkan disana nanti. Sepatutnya saya harus tinggal disana, tapi setakat ini, saya masih belum bersedia untuk terus tinggal disana.

"Saya tak boleh tinggalkan keluarga buat setakat ini, jadi mungkin tahun hadapan baru saya fikirkan soal itu semuala,"jelas Mila.

Terkilan

Bercerita tentang albumnya di Malaysia, Mila melahirkan perasaan sedikit kecewa apabila album yang dilancarkannya awal tahun lalu kurang dipromosikan oleh pihak Erama Records Sdn Bhd. Mengakui terkilan, Mila juga membuat keputusan untuk duduk berbincang bersama mereka untuk menangani perkara ini.

"Album ini masih ada dipasaran, cuma ia tiada promosi sahaja. Saya akui sangat terkilan selepas enam bulan ia dilancarkan, masih tiada promosi dijalankan oleh pihak Erama terhadap album ini.

"Saya masih belum berjumpa dengan mereka untuk berbincang dan bertanyakan masalah yang timbul, tapi Insya-Allah, saya akan bertemu mereka sedikit masa lagi,"jelas Mila.

Ryzal cuti panjang buat aktiviti amal

Posted: 08 Aug 2011 09:04 PM PDT

Pelakon Ryzal Jaafar sekarang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Maahad Al-Amin yang dibikin khas untuk tayangan di TV Alhijrah.

Minggu depan penggambaran dijangka selesai dan jadual penggambarannya tamat sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Nampaknya panjang masa cuti Ryzal untuk musim hari raya kali ini.

Ryzal melayan anak yatim dalam majlis di Hotel Coronade.

"Saya tak terus pulang ke kampung walaupun tidak ada lagi penggambaran sehingga ke hari raya. Saya mahu tumpukan masa untuk aktiviti amal seperti beramah mesra dengan anak-anak yatim dalam majlis-majlis tertentu.

"Minggu depan saya sudah tidak ada kerja dan boleh memenuhi undangan memeriahkan majlis bersama anak-anak yatim atau acara amal lain sepanjang bulan Ramadan ini," katanya ketika ditemui ketika meraikan anak-anak yatim dalam satu majlis di Hotel Coronade, Bukit Bintang, Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Dalam majlis itu pihak Hotel Coronade dan penaja-penaja menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari rumah anak yatim yang dipilih.

Pada masa itu dia tidak boleh menunggu lama kerana sebaik acara selesai, dia harus kembali ke lokasi penggambaran drama itu di Kampung Kemensah, pinggir ibu negara.

Usahakan homestay bersama keluarga.

Drama arahan Raja Ahmad Alauddin itu berkisar pada kisah pelajar yang mendiami rumah pondok untuk pengajian agama. Drama itu turut dibintangi Almy Nadia.

Ada homestay di kampung

Sebagaimana tahun-tahun lalu, Ryzal akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarganya di Alor Star, Kedah. Kampungnya berdekatan dengan kampung keluarga Rozita Che Wan. Malah kerap juga dia singgah beraya di rumah pelakon itu pada hari raya.

Sementara itu keluarga Ryzal baru mengusahakan homestayyang dinamakan Kekabu Homestay di kawasan kampung berdekatan rumahnya. Pada musim perayaan ini, bagi yang mengunjungi sanak saudara di kampung dan mahu menginap bersama keluarga sendiri boleh pilih untuk tinggal di homestay.

Sekarang ini homestay semakin mendapat sambutan lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah apabila ada kenduri perkahwinan dan sebagainya di kampung.

Bukanlah kerana orang bandar tidak mahu tinggal bersama sanak-saudara, tapi ada yang rasa lebih selesa tinggal di homestay yang berdekatan dengan rumah tempat yang dikunjungi mereka.

"Seronok juga mengusahakan homestay ini. Kami namakan Kekabu Homestay sebab bantal di rumah ini semuanya menggunakan kekabu. Kami mahu memberikan suasana kampung kepada pelanggan kami," kata Ryzal lagi.

Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan homestay yang diusahakan oleh Ryzal dan keluarganya boleh menghubungi talian 019-4574500 (Syahrul).

Hidangan berbuka 1Malaysia

Posted: 08 Aug 2011 09:02 PM PDT


MASAK lemak ikan masin campur nanas.


SEPANJANG Ramadan ini, Hotel Vistana Kuala Lumpur akan menyediakan hidangan yang bertemakan Asia dan 1 Malaysia.

Tema tersebut dilihat bakal menggamit selera pengunjung-pengunjung hotel tersebut di samping memenuhi cita rasa tempatan.

Menurut Chef De Partie hotel berkenaan, Hamdan Harun, tahun ini pengunjung boleh memilih 160 juadah berbuka puasa yang disediakan oleh tukang masak berpengalaman.

Tambah beliau lagi, tahun ini selain menyediakan hidangan berselerak, konsep gerai turut disediakan untuk memberi lebih pilihan serta kelainan.

"Tahun ini, kami memilih untuk menghidangkan hidangan secara berselerak untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan mengikut cita rasa sendiri.

"Dalam masa yang sama, kami turut mengetengahkan konsep gerai di mana ia akan menyajikan hidangan seperti sate, ikan bakar, murtabak, makanan barat, mi, barbeku, sup dan sebagainya.

"Untuk itu, kami menyediakan lebih menu daripada tahun sebelumnya agar pelanggan rasa berbaloi dengan apa yang mereka bayar," kata Hamdan.

Untuk itu, antara hidangan istimewa yang disajikan sepanjang Ramadan ialah gulai daging dengan nangka, keladi masak asam rebus, sambal ikan bilis dan tempe, masak lemak ikan masin dan nanas dan daging masak kicap berlada.

Tambah beliau lagi, untuk memberikan pelbagai pilihan kepada pengunjung, pihaknya turut menyediakan rojak buah-buahan, salad papaya Thai, kerabu kaki ayam, kerabu taugeh dan perut, sambal mangga, kerabu jantung pisang, gado-gado dengan kuah kacang, ikan masin dan cencaluk sebagai pembuka selera.

Menu-menu tersebut sesuai untuk dinikmati bersama-sama nasi putih manakala bagi mereka yang meminati nasi kandar, jangan susah hati kerana pihak Hotel Vistana turut menyediakan juadah tersebut di samping pilihan nasi beriani dan nasi tomato.

Tidak habis setakat itu, Hotel Vistana turut menyediakan juadah untuk pencuci mulut seperti kuih muih Melayu, sira pisang, sago gula Melaka, lompat tikam, aneka puding, ais krim pelbagai perisa serta buah-buahan tempatan.

Kesemua hidangan tersebut ditawarkan pada harga RM43++ untuk dewasa manakala RM28++ untuk kanak-kanak (enam hingga 12 tahun).

Kemudahan surau turut disediakan untuk pengunjung menunaikan solat Maghrib selepas selesai menikmati juadah berbuka.

Mendaki untuk mengutip dana

Posted: 08 Aug 2011 09:02 PM PDT


Thanuja Ananthan (tiga dari kanan) dan Dr. Saunthari Somasundaram (lima dari kiri) pada majlis kutipan dana menerusi projek Climb Hope 2011, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Tidak takutkah hilang penampilan wajah yang cantik dan gaya yang anggun apabila terpaksa merentasi pelbagai rintangan untuk mendaki puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter dari aras laut di Sabah?

Semua itu tidak menjadi halangan kepada bagi Ratu Cantik Dunia/Malayisa 2009, Thanuja Ananthan, 26, yang juga Duta Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).ini.

Si cantik yang tinggi lampai ini mengakui, gemar aktiviti lasak dan sudah tidak sabar bagi melaksanakan tugas pendakian ini.

Sejak sebulan lalu Thanuja telah menjalani sesi latihan yang serius bagi memastikan dirinya berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Malaysia itu.

Lebih menarik Thanuja akan ditemani kembarnya, Anuja, selain 14 sukarelawan lain yang akan merealisasikan impian menerusi projek Climb Hope 2011 mendaki Gunung Kinabalu anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dari 26 hingga 27 Ogos ini.

Presiden NCSM, Dr. Saunthari Somasundaram berkata, menerusi projek pendakian tersebut diharap persatuan dapat mengutip dana sebanyak RM50,000 bagi membantu pesakit kanser di negara ini.

''Ini merupakan projek pendakian gunung yang pertama anjuran NSCM di mana kesemua pendaki yang terlibat bukan pesakit kanser tetapi golongan yang prihatin serta pernah kehilangan orang tersayang akibat kanser,'' katanya pada sidang akhbar projek Climb Hope 2011 di ibu pejabat NCSM, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain Thanuja, majlis tersebut turut dihadiri dua lagi pendaki sukarelawan, Dorren Wan dan Kattie.

Dr. Saunthari berharap, akan lebih ramai lagi individu mahu pun badan korporat supaya tampil untuk memberikan sumbangan untuk dana Climb Hope 2011 ini.

Menyentuh mengenai pembabitan Thanuja serta para pendaki sukarelawan lain beliau berkata, ia adalah simbolik kepada sokongan kepada ahli keluarga atau rakan yang berjuang menentang penyakit kanser dihidapi.

Sebagai contoh Doreen mempunyai pengalaman, iaitu Ron Brooks yang disahkan menghidap kanser prostat pada 2009, manakala Kattie pula mempunyai adik yang menghidap kanser payu dara tahun 2010.

''Keduanya menyahut cabaran untuk mendaki gunung yang tertinggi di negara ini sebagai galang ganti terhadap kesakitan yang dihadapi oleh pesakit kanser yang berusaha memerangi penyakit ini termasuk rawatan kemoterapi,'' katanya.

Jelasnya, Thanuja sendiri juga mempunyai pengalaman pahit apabila nenek dan ibu saudaranya juga meninggal dunia akibat serangan kanser.

Pada majlis itu Dr. Saunthari juga menerima tajaan dan sumbangan daripada penaja serta penderma.

Antaranya, Sutera Harbour Resort yang akan menyediakan makanan dan penginapan di Kinabalu Park/Laban Rata dan di Pacifica Sutera Resort untuk kesemua pendaki.

Pusat peranginan ini juga akan menghantar lima sukarelawan untuk pendakian amal ini termasuk Kattie Ho.

Kelengkapan pakaian dan kasut pendakian untuk semua peserta pula disumbangkan oleh Timberland, manakala Firefly akan menaja penerbangan pergi dan balik untuk Tanuja dan Anuja.

Bagi individu atau syarikat korporat yang ingin memberikan sumbangan untuk projek Climb Hope e 2011 ini boleh menghubungi atau emel ke anrie@cancer.org.my.

Sentuhan kreatif kayu terbuang

Posted: 08 Aug 2011 09:01 PM PDT


Raja Abdul Rahim membersihkan kayu hanyut yang baru dinaikkan dari sungai.


MENGHIAS rumah dengan memanfaatkan alam semula jadi seperti kayu hanyut memang ada keistimewaannya.

Ia umpama menghargai setiap pemberian Allah SWT dengan mengolahnya menjadi satu perhiasan indah untuk kediaman.

Bahan terbuang seperti kayu hanyut yang diambil dari laut, sungai dan hutan bakau sebenarnya boleh ditransformasi menjadi satu gubahan hiasan bunga yang sangat menarik.

Namun untuk menghasilkannya bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya memerlukan kesabaran, ketelitian serta kreativiti.

Pengusaha perhiasan kayu hanyut dari Melaka, Raja Abdul Rahim Raja Hussin, 51, berkata, proses menghasilkan perhiasan ini memang memerlukan komitmen yang tinggi.

"Mencari kayu hanyut di sungai perlukan kesabaran, ketelitian dan minat yang mendalam kerana ia membabitkan kerja-kerja yang remeh

"Selain perlu meredah paya dan sungai, tunggul-tunggul kayu hanyut tersebut perlu di'rawat' melalui proses pembersihan, pengeringan dan kemudian di varnish untuk membabitkan seri serta meningkatkan ketahanannya," jelas Raja Abdul Rahim yang ditemui di premis perniagaannya yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, baru-baru ini.

Bagaimanapun tidak semua kayu hanyut yang dijumpai boleh digubah menjadi perhiasan kerana hanya bahagian tertentu seperti akar, pangkal dan perdu pokok sahaja yang boleh diolah menjadi perhiasan atas faktor ketahanan dan nilai-nilai estetikanya.

Sejarah penglibatan

Menceritakan tentang penglibatan awal dalam perniagaan kayu hanyut ini, Raja Abdul Rahim berkata, ia bermula ketika dia dan isterinya bersiar-siar di tepi laut.

"Saya nampak banyak kayu hanyut, kebanyakannya kayu bakau, terdampar di pantai. Sekilas pandang ia nampak cantik dengan urat-urat kayu yang seolah-olah ada karakter tersendiri.

"Saya sempat kutip dan bawa balik ke rumah untuk dan terfikir untuk jadikan hiasan, tapi malangnya eksperimen pertama tidak menjadi.

"Tiga tahun saya bereksperimen sebelum mengambil keputusan mengkomersialkan gubahan bunga daripada kayu hanyut.

"Kebetulan saya memang minat gubahan bunga, jadi memang tiada masalah untuk saya menghasilkan gubahan-gubahan yang menarik.

"Cuma saya terpaksa mencari jalan untuk memastikan kayu tersebut tahan lama, tidak mudah dimakan anai-anai dan tidak lapuk," ujarnya.

Proses untuk menyiapkan satu gubahan ini mengambil masa lebih kurang empat hari.

Bagi Raja Abdul Rahim, sentuhan gubahan bunga kayu hanyut hanya dilakukan setahun sekali iaitu pada bulan Ramadan.

Ini kerana sambutan terhadap perhiasan menggunakan sisa kayu reput itu ada permintaannya terutama di kalangan suri rumah yang ingin menghias rumah sempena Hari Raya.

"Istimewanya gubahan kayu hanyut ini ialah ia tidak mempunyai sudut-sudut tertentu, mana-mana bahagian pun boleh menjadi fokus kerana setiap sudut mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.

"Tambahan lagi ia amat unik, satu gubahan tidak akan menyerupai gubahan lain kerana struktur kayu hanyut yang diambil di laut atau sungai tidak akan ada dua yang sama," jelasnya yang memulakan perniagaan gubahan bunga kayu hanyut bermula Ramadan tahun lalu.

Menurut Raja Abdul Rahim, kebiasaannya bunga digubah dalam pasu dan bekas plastik. Namun dengan kreativiti yang ada padanya gubahan bunga di atas kayu hanyut ini tampak seperti landskap asal.

Malahan ia nampak seperti tunggul kayu yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.

"Sebenarnya bahan terbuang yang orang lain tidak terfikir akan memberikan manfaat inilah boleh menjana pendapatan ketika Ramadan dan Aidilfitri.

"Banyak manfaatnya jika kita pandai mengolah hasil alam semula jadi termasuklah dari kayu hanyut seperti ini," jelasnya.

Tambahan pula, gubahan bunga dengan kayu hanyut ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dan amat sesuai dihias di pelbagai sudut dalam kediaman.

Sebagai contoh di atas meja kopi, sudut tangga, di atas rak, peti sejuk dan boleh juga di satu sudut sebagai penyeri dapur.

Hiasan ini juga bukan saja sesuai untuk rumah, malah di lobi hotel dan pejabat.

Bagi mereka yang menghargai keindahan pastinya mengakui melihat kepada gubahan ini mampu memberi ketenangan.

Selain itu gubahan ini membuktikan bahawa pelbagai inspirasi mampu dizahirkan walau pun dengan hanya menggunakan kayu hanyut yang mungkin tiada nilainya pada pandangan mata sesetengah orang.

"Sebenarnya keindahan memberikan begitu banyak erti bagi seseorang, ia memberikan ketenangan, kelegaan dan umpama satu terapi yang melegakan minda dari pelbagai tekanan.

"Melihat gubahan bunga kain di atas kayu hanyut ini juga salah satu cara terapi terbaik untuk minda seseorang," ujar Raja Abdul Rahim menutup bicara.

Bagi yang berminat gubahan kayu hanyut ini dijual mengikut saiz dari harga RM70 hinggalah RM350 untuk satu gubahan.

Bagi yang berminat mendapatkan gubahan bunga dari kayu hanyut ini boleh menghubungi 013-6384098 atau 013-6384099.

Warga UIAM dekati masyarakat kampung

Posted: 08 Aug 2011 09:00 PM PDT


GOTONG-royong perdana di masjid dilaksanakan dengan penuh komitmen oleh warga UIAM.


SERAMAI 150 orang warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar berkampung di Kg. Marhum, Kg. Beruas dan Kuala Pahang di Pekan, Pahang bagi menjalankan Program Tanggungjawab Sosial Korporat UIAM 2011.

Program ini dijalankan selama tiga hari yang dianjurkan oleh Pejabat Perhubungan Awam UIAM, baru-baru ini.

Program yang dijalankan ini mendapat kerjasama baik daripada ketiga-tiga buah kampung yang terlibat. Semangat dan kerjasama dapat dilihat di antara satu sama lain dalam setiap program yang dijalankan.

Antara objektif penganjuran program ini ialah untuk merapatkan lagi ukhuwah antara pihak universiti dengan penduduk kampung dan pada masa yang sama, dapat memberi peluang kepada warga UIAM untuk lebih mengenali rakan-rakan sekerja.

Selain itu, ia juga dapat mewujudkan semangat kekitaan dan semangat bekerjasama di antara penduduk kampung dan warga universiti.

Pada program tersebut banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang ia berlangsung. Antaranya; acara gotong-royong perdana di kawasan tanah perkuburan dan masjid, mengadakan kenduri bersama-sama penduduk kampung serta menghulurkan bantuan makanan asasi bersempena dengan bulan Ramadan.

Di samping itu, program berbentuk pengisian rohani juga turut dijalankan dengan mengadakan majlis bertadarus, zikir, bertahlil dan doa selamat. Ceramah dan tazkirah juga diadakan di Masjid Kg. Marhum yang telah disampaikan Pengarah Masjid UIAM, Datuk Hamidon Abdul Hamid.

Bukan sahaja aktiviti yang melibatkan kerohanian dijalankan tetapi aktiviti seperti kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UIAM dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pahang serta demonstrasi dan penerangan pemadaman api yang dilakukan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Peramu Jaya, Pekan, Pahang.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut dijalankan yang dianjurkan oleh Kampus Perubatan UIAM Kuantan, Pahang. Ia dimeriahkan dengan penyertaan seramai 30 orang pelajar perubatan yang terdiri daripada pelajar pergigian dan perubatan.

Orang kampung tidak melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan secara percuma yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, kandungan kolesterol dan penerangan berkaitan dengan kesihatan gigi.

Menurut Penasihat Program, Abdul Rahim Ahmad berkata, dengan adanya program sebegini ia sedikit sebanyak dapat mendekatkan pihak UIAM sebagai warga universiti dengan penduduk kampung, selain program ini adalah salah satu usaha pihak mereka untuk sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan kepada komuniti luar.

Di samping mengadakan kerja-kerja gotong-royong, pengisian jiwa dan rohani turut disemai bukan sahaja kepada penduduk kampung malah kepada semua warga UIAM yang terlibat.

"Program tanggungjawab korporat sosial (CSR) ini adalah acara tahunan yang dijalankan oleh Pejabat Perhubungan Awam UIAM. Sebelum ini, program ini telah dijalankan di tempat perlindungan kanak-kanak HIV Rumah PERNIM Cheras pada tahun 2008. Tahun 2009 pula di rumah perlindungan untuk orang tua, anak-anak yatim di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa.

"Pada tahun 2010, program CSR diadakan di Parlimen Jerlun, dengan membaiki dan membersihkan Masjid Ar-Rahmah, Melele dan Madrasah Al-Nahdah Hassanah, Jitra, Kedah. Program tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

"Manakala, pada tahun ini program CSR ini mendapat kerjasama daripada semua warga UIAM dan pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan kerajaan," ujarnya seraya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini

Harapan Abdul Rahim semoga semua pihak dapat membantu dan sekali gus merapatkan kesepaduan ummah seperti apa yang dianjurkan oleh agama Islam.

Kasih Ramadan sinari nasib insan terpinggir

Posted: 08 Aug 2011 08:57 PM PDT


Jabatan Muzium Malaysia juga turut menyediakan charity-drive dengan menempatkan tabung derma di pintu masuk muzium di sepanjang bulan Ramadan ini.


SAAT yang dinanti-nantikan oleh mereka yang merindukan kelebihan beramal di bulan Ramadan tiba juga akhirnya. Bulan di mana ia ditangisi oleh para syaitan kerana keagungan dan keberkatannya mengatasi bulan-bulan lain.

Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a bersabda: "Ketika tibanya malam pertama dari bulan Ramadan, seluruh syaitan akan dibelenggu dan seluruh jin yang derhaka akan diikat. Semua pintu neraka ditutup dan tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Semua pintu Syurga dibuka hingga tidak ada satu pun pintu yang tertutup. Diseru, "Wahai orang yang mencari kebaikan! Datang ke sini! Wahai orang yang mencari keburukan! Jauhkanlah dirimu. Allah membebaskan ramai manusia daripada api neraka. Perkara tersebut berlaku setiap malam."

Semoga kita semua dapat menemui bulan Ramadan ini dan berpuasa sesuai dengan perintah Allah SWT dan menjadikannya sebagai saat dan kesempatan yang berharga untuk memperbanyak ibadah, amal soleh dan aktiviti lainnya demi meraih reda Allah SWT.

Sungguhpun begitu, bahang kemeriahan Ramadan sudah mula dirasai sejak berada di dalam bulan Syaaban lagi. Boleh dikatakan di mana-mana sahaja sudah terpapar mengenai promosi 'Berbuka Puasa'. Tidak kurang juga promosi jualan hebat sempena Syawal menjelma. Malah tidak ketinggalan program-program kemasyarakatan dan usrah anjuran masjid dan surau bagi mengisi kehadiran bulan yang penuh dengan ganjaran itu.

Namun dalam keceriaan menyambut bulan penuh keberkatan itu, masih ada insan yang terpinggir dan bagi mereka Ramadan ini sama saja seperti hari biasa. Yang membezakan mereka hanyalah niat puasa kerana berlapar di siang hari telah menjadi rutin dalam kehidupan mereka untuk meneruskan kehidupan ini.

Melihat akan situasi ini, Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia atau Pertubuhan IRM telah tampil dalam membela nasib golongan ini. Jika sebelum ini program 'Jejak Prihatin' telah diperkenalkan dan berjaya membantu golongan seumpama ini, tetapi bagi memberi keceriaan kepada golongan yang kurang berkemampuan, program 'Kasih Ramadan' telah diperkenalkan bagi meneruskan misi kemanusiaan demi membantu masyarakat terpinggir ini bersempena Ramadan al-Mubarak.

Justeru, bagi mereka yang mempunyai kemampuan dari segi harta benda, inilah masanya untuk kita berkongsi sedikit keceriaan dan beramal. Program khusus yang dinamakan program 'Kasih Ramadan 2011' merupakan program amal pengagihan pek makanan keperluan harian kepada golongan fakir miskin dan juga golongan yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban golongan tersebut untuk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Program yang bertemakan 'Bantulah Mereka Berbuka Puasa' ini juga turut melibatkan kempen kutipan dana daripada orang ramai bagi membantu golongan tersebut. Seharusnya sebagai seorang Muslim yang prihatin, peluang keemasan ini harus diambil dengan mengasingkan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh untuk berinfak.

Oleh itu, bagi merealisasikan misi ini, pihak Pertubuhan IRM dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia serta Radio Klasik Nasional telah melancarkan kempen 'Kasih Ramadan 2011' bertempat di Muzium Negara, baru-baru ini.

Pelancaran tabung 'Kasih Ramadan 2011' ini dilaksanakan bagi memudahkan orang ramai turut serta dalam memberi sumbangan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan sepanjang Ramadan ini.

Lanjutan daripada majlis pelancaran tersebut, pihak Pertubuhan IRM turut membuat pengagihan pek makanan "Kasih Ramadan 2011" yang pertama untuk tahun 2011. Sebanyak 180 pek makanan telah diagihkan kepada golongan istimewa yang terdiri daripada masyarakat orang kerdil dan sebahagian lagi kepada ibu tunggal, golongan fakir miskin dan juga kakitangan Jabatan Muzium yang telah disenarai pendek layak untuk menerima sumbangan.

Atas keprihatinan terhadap usaha-usaha kemanusiaan yang telah dilaksanakan oleh Pertubuhan IRM serta kesedaran terhadap tanggungjawab sosial yang perlu diberi perhatian, Radio Klasik Nasional akan terlibat secara langsung dalam menjayakan misi program selaku radio rasmi dengan membuat hebahan. Program murni ini juga turut mendapat sokongan dan perhatian daripada Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Lebih istimewa, program ini juga turut memperlihatkan sokongan dan keprihatinan daripada syarikat korporat. Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. telah menjadi syarikat korporat pertama yang tampil dalam menyertai program 'Kasih Ramadan 2011' dengan membuat sumbangan sebanyak 80 pek makanan kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu, bagi mengumpul dana untuk menjayakan program ini, turut diadakan adalah 'Karnival Jualan Amal Barangan Terpakai.' Usaha murni ini telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada Jabatan Muzium Malaysia yang begitu prihatin terhadap usaha-usaha kemanusiaan yang dijalankan oleh Pertubuhan IRM.

Pihak Jabatan Muzium Malaysia telah membantu pihak Pertubuhan IRM dalam mengumpulkan barangan terpakai hasil daripada sumbangan orang ramai. Aktiviti pengumpulan barangan terpakai ini telah berjalan lebih kurang tiga minggu dengan pembukaan pusat pengumpulan barang di Muzium Negara.

Selain itu, bagi menyokong usaha murni ini pihak Jabatan Muzium Malaysia juga turut menyediakan charity-drive dengan menempatkan tabung derma di pintu masuk muzium di sepanjang bulan Ramadan bagi memudahkan pengunjungnya membuat sumbangan sambil beramal.

Presiden Pertubuhan IRM, Zawahir Abdullah berkata, melalui kempen ini juga orang ramai boleh menyumbang sebanyak RM50 bagi satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga.

Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan keperluan harian asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung, minyak, sardin, kurma dan lain-lain ini diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga penerima.

"Untuk tahun ini sahaja , pihak Pertubuhan IRM telah mensasarkan untuk mengagihkan pek makanan tersebut kepada 5,000 penerima bantuan dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan mereka yang telah dikenalpasti layak menerima mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

"Kami akan lakukan yang terbaik dalam menyalurkan sumbangan tersebut dan hanya mereka yang benar-benar layak saja yang akan menerima manfaat daripada program ini tanpa mengira latar belakang politik mereka.

"Program ini juga akan turut berkunjung ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Perak, Johor dan Pahang bagi memenuhi tanggungjawab pengagihan pek makanan ini kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya yang sangat berterima kasih kepada rakan sukarelawan Pertubuhan IRM yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

Di samping itu, Zawahir turut menyeru agar lebih banyak lagi syarikat korporat tampil menjayakan program 'Kasih Ramadan 2011'.

Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan Islam Malaysia (Islamic Relief Association Malaysia-IRM) iaitu www.irmalaysia.org.my atau menyumbang terus ke Akaun Maybank No: 564070002424 / CIMB No: 12470000477108. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai usaha kemanusiaan, pertubuhan ini boleh dihubungi di talian 03-8948 5939/019-397 3558 (Farouq Zauji).

Penyakit Tibi mudah merebak

Posted: 08 Aug 2011 08:55 PM PDT


Seorang doktor sedang melihat filem sinar-X pesakit Tibi. - Gambar hiasan


PENYAKIT batuk kering atau Tuberkulosis (Tibi) kembali lagi menyerang. Sesiapa sahaja jangan mengambil mudah kerana Tibi yang dikategorikan sebagai penyakit berjangkit cukup mudah merebak melalui batuk, bersin, ketawa ataupun menyanyi.

Orang dewasa juga lebih mudah menyebarkan Tibi berbanding kanak-kanak maka oleh itu tutuplah mulut apabila batuk.

Kenyataannya penyakit Tibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu - Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957.

Berikutan itu program Kawalan Tibi Kebangsaan ditubuhkan pada tahun 1961 di mana kesemua pesakit dirujuk kepada Pusat Tibi Negara di Jalan Pahang, Kuala Lumpur yang kini dikenali Institut Perubatan Respiratori (IPR).

Program ini telah berjaya mengurangkan kes tibi pada tahap yang dianggap terkawal sehingga negara ini telah dikategorikan beban penyakit tibi sederhana.

Bagaimanapun, sejak tahun 1994 kes-kes baru tibi meningkat dari setahun ke setahun di mana pada tahun 2010 sahaja angkanya mencecah 19,337 berbanding tahun 2009 cuma 18,102 kes.

''Angka ini jelas menunjukkan Tibi kembali lagi ke Malaysia di mana semua rakyat perlu peka supaya tidak menjadi salah seorang mangsanya,'' kata Pakar Perunding Penyakit Tibi IPR, Dr. Ashari Yunus yang ditemui di pejabatnya di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, Tibi berkembang semula di negara ini memandangkan jumlah pembawa kuman HIV, diabetes, kanser dan buah pinggang semakin meningkat.

Begitu juga dengan golongan orang tua, pesakit yang mengambil steroid dalam tempoh yang lama, penagih alkohol secara berlebihan dan juga penagih dadah.

''Golongan ini adalah yang berisiko tinggi terhadap Tibi kerana sistem imunisasi badan yang lemah akan mengaktifkan kuman Tibi yang sedia ada di dalam badan manusia,'' katanya.

Bagaimanapun kata Dr. Ashari, pendatang asing cuma menjadi penyumbang kecil sahaja dalam penularan Tibi di negara ini.

Tambahnya, suntikan pelalian BCG untuk kanak-kanak di negara ini cuma dapat melindungi badan mereka dari penyakit ini sehingga usia 14 tahun sahaja.

Dr. Ashari memberitahu, Tibi memang dikenali penyakit pembawa maut tetapi sesiapa pun tidak perlu bimbang kerana ada ubat penyembuhnya.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada individu untuk segera ke hospital jika mendapati telah dijangkiti dengan kuman Tibi iaitu tubercle bacilli.

''Kuman ini hanya merebak melalui udara dan biasanya akan menjangkiti paru-paru serta organ yang lain seperti selaput otak, tulang, buah pinggang dan kulit,'' kata Dr. Ashari.

Jelasnya, seseorang itu hanya boleh disahkan menghidap Tibi melalui pemeriksaan kahak dan menjalani pemeriksaan x-ray.

Sehubungan itu, katanya, jika mempunyai tanda-tanda batuk berpanjangan lebih dua minggu, batuk berdarah, demam dan berpeluh waktu petang atau malam, maka segeralah ke hospital.

Simptom lain termasuk hilang selera makan atau turun berat badan mendadak, sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam, mudah letih dan lemah.

Katanya, tidak cukup dengan itu pesakit harus memastikan menerima rawatan mengikut arahan doktor dan memakan ubat yang dinasihatkan selama enam bulan.

''Pesakit ini juga harus memastikan setiap kali bersin menggunakan sapu tangan bagi mengelak kuman ini terbang di udara dan merebak kepada orang lain pula,'' katanya.

Apa yang dikesalkan, kata Dr. Asraf, apabila ada kes pesakit yang 'melarikan' diri sebaik sahaja mendapati dirinya telah pulih selepas menerima rawatan pada peringkat awal.

Beliau berkata, sekalipun pesakit merasakan dirinya pulih tetapi selagi tidak lengkap mengambil ubat dalam tempoh enam bulan maka itu tidak bermakna dia bebas sepenuhnya daripada Tibi.

''Ini kerana prinsip DOTS (Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus) yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat pesakit Tibi harus diikuti,'' katanya.

Katanya, pesakit perlu mengambil ubat yang ditetapkan selama enam bulan.

"Dua bulan pertama pesakit perlu setiap hari ke hospital kerana perlu makan ubat setiap hari dos yang ditetapkan dengan pemantauan pihak hospital,'' kata Dr. Ashari.

Malah katanya, empat bulan lagi pesakit perlu dirawat setiap dua minggu dan memakan ubat yang disyorkan setiap hari sehingga cukup tempoh selama enam bulan.

''Masalah sekarang ini, seseorang itu sudah tahu dirinya mempunyai tanda-tanda ini tetapi masih melewatkan pemeriksaan untuk menerima rawatan,'' kata beliau.

Katanya, disebabkan penyakit ini dikategorikan berjangkit maka ia akan cepat merebak kepada orang-orang di sekitarnya dengan lebih cepat.

Selain itu, katanya ada yang baru dua bulan menjalani rawatan tetapi selepas itu tidak lagi mengambil ubat yang disyorkan di mana akan mendapat kembali penyakit tersebut.

''Pesakit akan bebas sepenuhnya daripada Tibi setelah lengkap mengambil ubat dalam tempoh selama enam bulan,'' kata Dr. Ashari.

Rado aktif bersukan untuk kekalkan stamina

Posted: 08 Aug 2011 08:53 PM PDT


BERSAMA sebahagian daripada medal yang pernah dimenangi dalam sukan olahraga.


MELIHAT penampilannya yang sentiasa ceria dan bertenaga, sudah semestinya ia tidak mengundang persoalan kepada mereka yang mengenalinya. Ini kerana beliau merupakan seorang yang bergiat aktif dalam arena sukan sejak bangku sekolah lagi.

Sarjan Mejar (SM) Ramli Dollah atau lebih dikenali dengan nama Rado di kalangan rakan-rakannya ini merupakan SM Operasi di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Kelang.

Biarpun bakal menjengah usia 47 tahun pada 21 Oktober ini, suami kepada Subiah Sulaiman dan bapa kepada tiga cahaya mata perempuan iaitu Nabila, Munira dan Suraya ini tetap kelihatan muda daripada usianya.

"Sukan memang sudah sebati dengan diri saya sejak saya di sekolah rendah lagi," ujar anak jati Raub, Pahang ini kepada Gaya Polis baru-baru ini.

Memulakan kerjaya dalam bidang kepolisan pada tahun 1984, Rado lebih meminati sukan olahraga berbanding sukan-sukan yang lain.

"Saya gemar pelbagai jenis sukan seperti badminton dan bola sepak, namun yang menjadi keutamaan saya adalah sukan olahraga dalam acara jarak jauh iaitu 3000 meter dan 5000 meter," katanya yang sudah beberapa kali mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pelbagai kejohanan.

Mengaitkan peranan sukan dalam kerjayanya, Rado berkata, dalam polis, stamina merupakan perkara yang tidak boleh dipandang rendah kerana mereka perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Tegas Rado, biarpun sibuk dengan kerja seharian, dia tetap akan 'mencuri' masa untuk berjoging sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu untuk mengekalkan tahap staminanya.

Kesungguhan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong, Raub ini jelas terbukti apabila pejabatnya dihiasi dengan koleksi pingat dan nombor yang dipakai semasa mewakili PDRM dalam beberapa acara di peringkat antarabangsa.

Antara yang pernah disertainya termasuklah memenangi tempat ketiga dalam acara 5000 meter di Kejohanan Olahraga Terbuka Masters di Singapura pada Mei lalu dan kejohanan yang sama di Thailand pertengahan tahun lalu.

Selain itu, Rado juga pernah berkhidmat sebagai pengawal kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 dan ke-11, iaitu Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

"Saya perlu sentiasa bertenaga bagi memastikan keselamatan baginda dan saya rasa dengan bersukan ini sedikit sebanyak membantu saya mengekalkan tahap stamina," katanya yang menjadi pengawal peribadi Agong selama tujuh tahun.

Terbaru, Rado sekali lagi akan mewakili PDRM dalam Kejohanan Olahraga Polis dan Bomba Dunia mulai 24 Ogos hingga 8 September ini di New York, Amerika Syarikat.

"Saya tidak memiliki jurulatih khas, jadi semuanya bergantung kepada diri sendiri jika ingin berjaya.

"Tetapi saya beruntung kerana dalam aspek pemakanan, saya mendapat nasihat daripada anak sulung iaitu Nabila yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Sains Pemakanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)," katanya yang memilih Tasik Permaisuri sebagai lokasi untuk berjoging.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Rado sebenarnya memasang impian untuk menyertai pasukan Bomba dan Penyelamat setelah menamatkan pengajiannya di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dahulu.

Namun, beliau tidak pernah menyesal dan kecewa tidak dapat menyertainya kerana bidang tugas kedua-dua pasukan beruniform itu tetap sama iaitu berbakti kepada masyarakat dan negara.

"Memang sedih sebab tidak dapat masuk bomba walaupun saya pergi menjalani sesi temuduga kerana itu pilihan pertama saya.

"Tetapi saya ketika itu hidup dalam kesusahan, jadi yang mana tawar dahulu yang itulah saya pergi," katanya yang mula menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak pada 1 April 1984.

Awal tiada niat tandingi Melodi

Posted: 08 Aug 2011 08:52 PM PDT


AWAL Ashaari merupakan pengacara Fuhhh! yang berjaya menghidupkan rancangan itu sejak hampir dua tahun lalu.


AWAL Ashaari merupakan pengacara rancangan hiburan, Fuhhh! terbitan TV3 sejak ia diterbitkan pada Januari tahun lalu. Malah, sejak dari awal diterbitkan sehinggalah kini, pengacara berusia 29 tahun terbabit masih mengacarakan rancangan tersebut.

Biarpun masih setahun jagung, tetapi Fuhhh! merupakan salah satu rancangan hiburan yang popular selepas Melodi yang turut diterbitkan oleh TV3 yang masing-masing terletak di bawah saluran televisyen (TV) swasta milik stesen penyiaran Media Prima Berhad.

Berbeza dengan Melodi yang sering bertukar-tukar pengacara, ia berlainan dengan Fuhhh! yang masih menaruh kepercayaan terhadap Awal sebagai pengacaranya. Fuhhh! dan Melodi juga dikatakan saling bersaing antara satu sama lain sejak akhir-akhir ini.

Menurut Awal, dia tidak menafikan rancangan yang diacarakannya itu mempunyai tarikan tersendiri. Namun, sambutan para penonton itu bukan menunjukkan dia mahu menandingi rancangan yang dikatakan berasal daripada inspirasi kejayaan Melodi.

"Saya cuba melakukan sedaya upaya saya bagi menarik lebih ramai penonton menyaksikan Fuhhh! pada setiap minggu. Ia tiada kena mengena dengan istilah mahu 'caras mencaras' dan sebagainya. Setakat ini pun, Melodi masih berada di tangga teratas rancangan hiburan di TV3.

"Biarpun Melodi dan Fuhhh! rancangan berkonsepkan hiburan tetapi pendekatan kami berbeza. Contohnya, Melodi lebih ke arah gosip dan cerita sensasi, manakala Fuhhh! berbentuk informasi dalam dunia hiburan," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan sebelum rakaman Fuhhh! Merdeka Raya di PNB Darby Park, Kuala Lumpur itu, Awal mengacarakan rancangan tersebut bersama ramai artis jemputan antaranya pelakon drama Juvana, Johan As'ari, Saiful Apek, Fizz Fairuz, Miera Leyana dan Mia Sara.

Fuhhh! Merdeka Raya dengan durasi tayangan hampir sejam yang diterbitkan oleh Zamzuri Zaini atau lebih dikenali sebagai Ayau dengan kerjasama PNB Darby Park itu akan disiarkan melalui TV3 pada 30 Ogos ini pukul 11 malam sempena Hari Raya Aidilfitri.

Jelas anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur (KL) ini, Melodi dan Fuhhh! juga menampilkan gaya persembahan yang berbeza bukan setakat pengisian bahan-bahan di dalamnya tetapi juga waktu tayangannya agar ia tidak mengelirukan para peminat dua rancangan itu.

"Melodi ditayangkan pada setiap hari Ahad pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang, sedangkan Fuhhh! pula disiarkan pada setiap Selasa pukul 11.05 malam hingga 12 tengah malam. Fuhhh! dirakamkan sedangkan Melodi pula disiarkan secara langsung.

"Saya yakin lama kelamaan para peminat akan dapat membezakan antara rancangan Melodi dan Fuhhh! Sebab itu saya kata, saya mahupun Fuhhh! bukannya mahu bersaing dengan Melodi kerana kami berada di bawah stesen yang sama. Tetapi ia satu alternatif buat para penonton," ujarnya.

Rezeki Wana di Sarawak

Posted: 08 Aug 2011 08:51 PM PDT


Mempertaruhkan album Wana di pasaran bagi menguji penerimaan peminat terhadapnya.


JIKA bintang baru lain masih sukar untuk mendapat tawaran menyanyi, lain halnya dengan Noriezuana Syed Shafudin atau Wana, 25.

Juara pertandingan realiti MyStarz LG musim kedua itu amat beruntung kerana tiga bulan sebelum Ramadan, dia sering berulang-alik ke Sarawak untuk menjayakan persembahan di sana.

Kemunculannya dalam persembahan pentas di Bumi Kenyalang itu bertitik tolak dengan pelawaan daripada penyanyi Hattan.

Menurut Wana, dia kenal Hattan sewaktu penyanyi itu menjadi juri pertandingan MyStarz LG dan apabila dipelawa menjayakan program Belia Mesra 1Sarawak, terus diterimanya.

"Wana berterima kasih pada abang Hattan kerana mengajak Wana sertai program itu. Bertuah rasanya diberi peluang begitu kerana tidak semua orang baru berpeluang mengadakan persembahan dengan orang berpengalaman.

"Boleh dikatakan setiap minggu, tidak sabar menunggu hari Jumaat sebab petang Jumaat Wana akan berangkat ke sana. Kami berramai-ramai berkumpul di Terminal Tambang Murah (LCCT)," katanya.

Pengalaman sepanjang mengadakan persembahan di Sarawak, akui Wana, amat berharga baginya dan tidak dapat di mana-mana pusat pengajian tinggi.

Menurut Wana, gara-gara program itulah juga, dia berpeluang menjejak kaki hampir ke seluruh pelosok kawasan luar bandar di Sarawak.

Selain itu, dia juga mendapat banyak nasihat dan tunjuk ajar daripada artis lama seperti Mus May, pemain gitar, Nan dan Acong Sweet Child.

Pada mulanya kata Wana, perjalanan yang perlu ditempuhnya untuk sampai ke kawasan luar bandar amat menggerunkan.

"Bukan setakat faktor jalan yang tidak berapa elok tetapi tempat di sana, jauh-jauh pula. Nak sampai ke sesuatu destinasi, bukan setakat kena ambil jalan darat tapi jalan air.

" Mula-mula tiba, memang terasa pening tetapi lama kelamaan, sudah jadi biasa sahaja.

"Kami pernah tidur di rumah panjang. Mula-mula memang kekok tapi melihatkan layanan pemancar (ketua kampung) yang mesra, hati jadi terharu. Mereka begitu mengambil berat tentang kehadiran artis dan penonton yang hadir pada persembahan juga bersemangat dalam memberi sokongan," ceritanya.

Bagaimanapun kata Wana, dia suka melihat cara kehidupan masyarakat di sana yang masih lagi kaya dengan tradisi terutamanya ketika berkunjung ke perkampungan orang asli suku kaum Penan.

Lagu cari makan

Kata Wana lagi, sewaktu persembahan di sana, dia sering mendendangkan lagu Sekadar Di Pinggiran, Penasaran, Mercy dan Fantasia Bulan Madu.

"Kiranya itu lagu wajib yang akan Wana dendangkan, selain lagu sendiri seperti Cinta Benar Cinta (CBC) dan Orang Biasa.

"Apabila mengadakan persembahan sebegini, Wana turut mempromosi album kedua. Album ini menggunakan nama Wana sendiri sebagai judu, diterbitkan oleh Warner Music Malaysia dan berkonsepkan pop balada.

"Antara komposer yang terlibat adalah Omar K, Audi Mok, Acap, Edry KRU, Tam Spider dan Kuncidemak," jelasnya yang memilih lagu Cinta Benar Cinta sebagai single pertama.

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album keduanya adalah Biar, Sedangkal Dulu, Pinjamkan Ku Waktu dan Gila Bayang serta tiga lagu bonus yang dipetik daripada album sulungnya iaitu Orang Biasa, Ingin Bersama Kembali dan Gerhana...Sebuah Percintaan.

Konsert Raya 1Malaysia Muzik FM

Posted: 08 Aug 2011 08:47 PM PDT


Barisan artis dan penyiar radio MUZIKfm yang menjayakan program konsert Raya 1Malaysia MUZIKfm di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUDAH menjadi tradisi stesen radio MUZIKfm mengadakan rakaman untuk siaran hari raya yang bermula sejak tujuh tahun lalu.

Tahun ini, penerbit program, Masnah Abdul memilih konsep muzikal yang membawa tema 1Malaysia, di mana barisan artis yang menjayakan rancangan terdiri daripada pelbagai bangsa.

Katanya, program rakaman Konsert Raya 1Malaysia Muzikfm itu akan disiarkan pada pukul 2 petang, selama 45 minit pada hari raya pertama dan kedua.

"Program sebegini telah kami buat sejak tujuh tahun lalu. Namun setiap tahun pengisiannya berbeza mengikut situasi semasa.

"Tahun ini kami pilih tema raya 1Malaysia kerana kebetulan raya disambut dalam bulan kemerdekaan. Lagipun waktu raya tidak mengira bangsa, semua meraikannya dengan menziarahi rakan taulan," katanya.

Katanya, untuk program kali ini, semua penyampai radio Muzikfm seperti Azura, Odey, Chenta, Zima, Nadia, Eddy, Shila, Aril, Dyan, Ridz, Lynn Zainol, Safura, Muaz dan Noel, turut serta.

Tambah Masnah, artis yang terlibat adalah Dayang Nurfaizah, Mawi, Akim, Sheila Abdul, Francissca Peter, Daniel Lee, Stacy dan penyiar radio Minnal fm, Anand.

Rakaman yang dibuat di Restoran Seri Melayu itu turut mengundang anak-anak yatim dari Rumah Shifa, Setapak, Kuala Lumpur.

Katanya, rancangan tersebut akan diselang-seli dengan temu bual di antara penyampai radio Muzikfm dengan para tetamu yang terdiri daripada kakitangan restoran, anak-anak yatim dan artis terlibat.

"Para tetamu akan menceritakan secara santai dan ringkas suasana menyambut lebaran di tempat masing-masing dan turut diselitkan pendapat umum tentang pengertian 1Malaysia dalam menyambut Syawal," jelasnya.

Pada majlis yang berlangsung dalam suasana meriah itu, Akim mendendangkan lagu Janji dan Selamat Hari Raya versi Datuk Ahmad Jais.

Kata Akim, dia gembira diberi kesempatan menyertai program tersebut kerana ia merupakan promosi untuknya.

"Selalu keluar TV, sesekali di radio, okay juga. Ini pun membantu saya untuk promosi diri. Bagi saya sama ada TV atau radio, kedua-duanya berguna dan boleh mendekatkan saya dengan peminat," katanya.

Sementara itu, Stacy yang turut diundang berkata, biarpun dia tidak menyambut raya namun setiap tahun mereka sekeluarga akan merai bersama rakan-rakan.

Bonus raya kakitangan awam

Posted: 08 Aug 2011 08:44 PM PDT


Najib Tun Razak mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri Kabinet serta para pegawai kanan kerajaan. – BERNAMA


* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Cinta Heliza

Posted: 08 Aug 2011 08:43 PM PDT



Nama Heliza Helmi bukan asing di kalangan peminat industri seni tanah air. Bintang yang dilahirkan menerusi program Akademi Fantasia musim kelima ini sudah empat tahun melalui 'sepak terajang' dunia hiburan.

Namun biar pun terkadang perjalanan yang dilalui ada pahit manisnya, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat Heliza atau nama sebenarnya Nur Heliza Helmi untuk terus berada di dalam industri.

Gadis berusia 25 tahun ini mengakui dek kerana kekangan masa, dia terpaksa mengurangkan aktiviti seni sebagai penyanyi dan pelakon demi memberikan tumpuan terhadap perniagaan syarikatnya, Heliza Helmi Production (HHP) yang kian berkembang.

Perniagaannya meliputi pakaian, penerbitan buku-buku ilmiah dan agama serta aktiviti ceramah motivasi.

Menurutnya, dia lebih selesa untuk mengamalkan sikap memilih terhadap tawaran seni yang diterima kerana kesibukan jadual hariannya.

"Saya lebih senang untuk menumpukan perhatian pada perniagaan. Malah saya kini kerap terlibat untuk memberikan ceramah motivasi dan perbincangan ilmiah.

"Lagipun bidang lakonan memerlukan komitmen yang tinggi dan mengambil masa yang lama, jadi saya takut terkejar-kejar. Kalau menyanyi tu, memang rindu untuk kembali aktif, tapi biarlah dulu buat masa ini," katanya kepada Zass.

Tatkala diusik mengenai kehidupan peribadinya, Heliza berkata dia lebih senang memberi tumpuan ke arah kerjayanya dan berserah soal jodoh kepada takdir Allah SWT.

"Buat masa ini saya berserah kepada Allah SWT, dan saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang soal rumah tangga. Masih banyak yang mahu saya kejar dan gapai sebelum berumah tangga," katanya.


Beralih ke bidang pengacaraan

Meskipun terpaksa menolak tawaran nyanyian dan lakonan, Heliza mengakui tidak dapat menahan diri dari menerima tawaran mengacara yang sudah menjadi minatnya selama ini.

"Saya kini terlibat dengan program di TV AlHijrah iaitu rancangan Man Jada Wa Jada. Rancangan ini berkisarkan tentang bantuan dari segi pekerjaan, yang diberikan kepada golongan fakir miskin bagi membantu mereka meneruskan kehidupan.

"Selain itu saya turut terlibat dengan program Ustazah Pilihan sebagai pengacara lokasi," katanya.

Berkongsi tentang pengalamannya bergelar pengacara, Heliza berkata biarpun pernah melalui pengalaman mengacara program santai di Astro tahun lalu, program Man Jada Wa Jada memberi pengalaman yang cukup berbeza buatnya.

"Memandangkan saya bukan lahir dalam bidang pengacaraan, jadi tugas mengacara ini memang kadangkala membuatkan saya gementar apatah rancangan tersebut agak besar dan berat.

"Tapi saya cuba lakukan sebaik mungkin kerana saya amat meminati bidang ini," katanya


Impian Heliza

Tidak cukup dengan bidang pengacaraan, Heliza berkata dia akan memasarkan tudung di bawah jenama Heliza Helmi Hijab tidak lama lagi dan akan dijual secara online.

"Sebagai permulaan, saya akan jual tudung ini secara online, tapi impian saya adalah untuk membuka sebuah butik di bawah jenama saya sendiri. Tapi ini sekadar impian saya saja, kalau ia menjadi satu kenyataan, saya rasa cukup berbangga," katanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories