Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Ramona mencuba
- Anak Aida (Gadis Melayu) Selamat Jalani Pembedahan Jantung
- Azad Jazmin Menangis Teringat Adik
- Nelly Berehat Berlakon, Fokus Rakaman Album
- Bradley Cooper Tiada Masa Bercinta
- Godaan licik gadis Pinoy
- Buaya julang mayat
- Tapak 3 serangkai
- Sakit kepala teruk
- Uji kemampuan VR-11
- Kawal,rekod penjualan asid
- Memori indah di Medan
- Jumaatun lonjakkan industri halal
- Pusat sedia bayar gaji guru agama
- Akhirnya kebenaran muncul juga
- Bienda alami alahan teruk
- Saya tak makan hasil duit Mia Sara
- Sepi seorang ikon negara
- Ramona jelas skandal pemain bola
- Hebat penangan Idham
- Apa jadi filem Raya Tak Jadi?
- 2010 derita, 2011 bahagia
- Travelog AirAsia keliling dunia
- Juta-juta sindir orang teater
- Video 2NE1 diplagiat
Posted: 17 Sep 2011 07:19 PM PDT PERCUBAANNYA dalam uji bakat filem Castello membuahkan hasil apabila terpilih beraksi dalam karya aksi itu. Meskipun sekadar memegang peranan kecil, peluang itu membuka matanya mengenali apa itu dunia lakonan. Justeru, cinta mula bersemi di hati. Dia merasakan inilah dunianya, namun hasrat untuk serius terbantut apabila keluarga menasihatinya supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran terlebih dulu.
Dunianya ketika itu sama seperti remaja normal lain, fokus diberikan kepada pelajaran dan acuan hidup yang ditentukan ibu bapanya.
"Sepanjang tempoh itu saya sangat rindu untuk berlakon. Daripada situ saya tahu hati saya memang dalam bidang ini. Selepas dapat keizinan keluarga, saya menjayakan beberapa drama termasuk Begitukah Cinta, Nana Tanjung dan Nora Elina," katanya.
Namun langkahnya diperlahankan, malah dia hanya menerima tawaran yang tidak mengganggu kuliah.
| ||
Anak Aida (Gadis Melayu) Selamat Jalani Pembedahan Jantung Posted: 17 Sep 2011 07:18 PM PDT PETALING JAYA: Anak kepada pasangan Aida (Gadis Melayu), 26, dan pembaca berita Buletin Utama TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail, 29, telah selamat menjalani pembedahan jantung akibat mengidap penyakit Truncus Arteriosus Type 1. Menurut Saiful Nizam, anaknya, Aida Eirdeena yang berusia lebih dua bulan itu sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sejak 12 September lalu. "Anak saya menghidapi penyakit jantung kongenital apabila saluran darah utama dari jantung ke badan dan paru-paru bercantum dan terdapat lubang pada dinding antara dua-dua bilik pengepam jantung. "Kini dia sudah stabil dan masih dirawat di IJN selepas dibedah pada 14 September lalu. Saya rasa seperti suatu keajaiban apabila anak saya tidak mengalami masalah teruk setelah dibedah," kata Saiful. Dia menganggap anaknya mempunyai tubuh badan yang kuat dan bersyukur kerana tekanan paru-paru yang dialaminya sudah sembuh. "Eirdeena mengalami masalah denyutan jantung yang laju sejak dilahirkan. Bagaimanapun kami reda dengan qada dan qadar Tuhan. "Walaupun kadangkala kami bersedih tetapi kami kena kuat menghadapi perkara ini agar dapat memberikan semangat kepada anak kami. "Jadi, sebagai ibu bapa, kami perlu reda dan banyak berdoa kepada Allah," ujarnya. | ||
Azad Jazmin Menangis Teringat Adik Posted: 17 Sep 2011 07:17 PM PDT PUTRAJAYA: Pelakon Azad Jazmin John Louis mengakui terkenang Arwah adiknya sehingga menitiskan air mata selepas sah bergelar suami kepada aktres Eira Syazira malam Jumaat. Kata Azad, adiknya Nizar Jeffri yang telah meninggal dunia pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu pernah membuat permintaan untuk melihat pasangan selebriti tersebut berkahwin. "Adik saya baik dengan Eira dan sebelum dia meninggal dunia, dia minta saya berkahwin segera dengan Eira kerana katanya Eira adalah wanita yang paling layak buat saya. "Biarpun dia sudah tiada tapi saya pasti ada gembira melihat perkahwinan ini, itu yang membuatkan saya menangis, " ujarnya selepas selesai majlis ijab kabul, dikediaman pengantin perempuan, di sini, Jumaat. Pasangan yang menyemai cinta selama tiga tahun itu mengakui pelbagai dugaan dan susah payah yang mereka hadapi bersama sebelum bergelar suami isteri. "Sepanjang tiga tahun kami bercinta terlalu banyak perkara yang berlaku, bukan mudah untuk sampai tahap ini, "Disebabkan itu juga perasaan saya tiba-tiba sebak selepas selamat diijab kabul," katanya lagi. Sementara itu, Eira yang berada di sisi Azad berkata mereka kini sudah membuat pelbagai perancangan bagi melebarkan kerjaya masing-masing. "Kami dalam proses mempromosi lagu duet kami bersama berjudul Sajak Dari Hati iaitu dalam album saya, "Selain itu juga, kami merancang untuk membuka perniagaan butik pakaian dan kini sedang mencari tempat yang sesuai," katanya. Ditanya tentang perancangan keluarga, Eira berkata mereka berdua menyerahkan perkara tersebut kepada Allah S.w.T. "Kami tidak pernah merancang untuk mendapatkan berapa orang cahaya mata, kalau boleh biarlah dalam masa terdekat kerana kami masing-masing sudah tua," katanya. Pasangan mempelai anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Wanpa. Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini. Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang. Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan. | ||
Nelly Berehat Berlakon, Fokus Rakaman Album Posted: 17 Sep 2011 07:16 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Amerika, Nelly atau nama sebenarnya Cornell Iral Haynes, 36, menyatakan hasratnya untuk berehat seketika daripada bidang lakonan untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada rakaman album baru. Kata Nelly yang pernah berlakon dalam filem The Longest Yard pada tahun 2005 bersama Adam Sanbler dan Chris Rock, dia tidak boleh bekerja dalam dua bidang serentak kerana ia akan membuatkan dirinya hilang fokus. "Bukan senang sebenarnya untuk berlakon dan menyanyi serentak, lebih-lebih lagi apabila saya kini sibuk dengan rakaman album ke tujuh di studio. "Oleh itu lebih baik saya fokus pada penghasilan dan penulisan lagu sahaja," katanya yang ditemui pada sidang akhbar Konsert Suara Kami di Hotel Mandarin Oriental, di sini, Sabtu. Filem pertama Nelly merupakan sebuah filem indie, Snipes pada tahun 2001 dan selain The Longest Yard, penyanyi rap itu juga pernah menjadi kameo bagi drama popular CSI:NY dan 90210. Tambah Nelly, dia baru sahaja menghabiskan rakaman untuk beberapa lagu di Los Angeles sebelum terbang ke Malaysia untuk menjayakan konsert Suara Kami yang telah diadakan malam Sabtu bersama penyanyi-penyanyi lain seperti kumpulan Korea, Rania, penyanyi Hong Kong, Hins Cheung, Pop Shuvit, Yuna dan beberapa artis tempatan lain. "Saya percaya album terbaru ini akan memberi kelainan dan ia akan dipasarkan pada hujung tahun ini. "Saya harap, peminat-peminat Malaysia juga boleh mendapati album tersebut," ujarnya. Dalam pada itu, dia turut gembira kerana tidak sangka dirinya mempunyai ramai peminat dari Malasia. "Saya harap pada masa akan datang nanti saya dapat menghafiahkan sebuah konsert buat peminat-peminat Malaysia," katanya. | ||
Bradley Cooper Tiada Masa Bercinta Posted: 17 Sep 2011 07:12 PM PDT KOMITMEN yang tinggi pada pekerjaan sering menghalang pelakon Bradley Cooper daripada bercinta. Pelakon filem 'Hangover 2' itu rupanya terlalu sibuk sehingga tidak ingin memiliki komitmen dengan wanita. Minggu lalu, dia didakwa sedang rapat dengan Jennifer Lopez kerana ketika itu mereka dilihat sedang makan malam bersama-sama di daerah New York. Menurut Majalah Closer, aktor tampan itu sedang membikin filem 'The Place Beyond The Pines' bersama Ryan Gosling dan penggambarannya memakan banyak masa. "Sangat menyenangkan, tapi tidak banyak waktu yang tersedia untuk menjalani suatu hubungan," kata Cooper. | ||
Posted: 17 Sep 2011 07:12 PM PDT JERAT... gadis Pinoy sedang mencari pelanggan kaya. KUALA LUMPUR: Muda, bergetah, memiliki tubuh gebu serta berwajah ala Sepanyol. Mungkin itu antara tarikan yang membuatkan sebilangan lelaki hidung belang cair dengan godaan gadis Filipina yang kini menjadi kegilaan warga kota sebagai pendamping malam mereka. Jika dulu, gadis dari negara jiran seperti Indonesia dan warga China menjadi rebutan kutu kelab malam, kini suasananya jauh berbeza. Lambakan gadis Filipina yang diberi jolokan Pinoy menggantikan tempat golongan itu di kelab malam sekitar ibu kota.
Berdasarkan maklumat diperoleh daripada lelaki dikenali sebagai Rizal, 41, yang mendedahkan kebanjiran gadis Filipina, wartawan Metro Ahad cuba mencari kebenaran mengenai dakwaan itu.
"Kalau GRO, kita panggil je duduk bersama memang dah kena keluar duit, lepas tu ajak kita sewa bilik (hotel) dan bayar dia. Semua nak cepat dan mereka cuma mahukan duit.
Rizal yang juga peniaga mula terjebak dengan penangan gadis Pinoy sejak 2010 disebabkan pengaruh rakan.
| ||
Posted: 17 Sep 2011 07:10 PM PDT BERUSAHA... pasukan penyelamat mencari Sulaiman di Sungai Sebelak. SULAIMAN... maut dibaham buaya. SARATOK: "Saya melihat buaya itu muncul di permukaan air sambil menjulang tubuhnya sebelum menghilangkan diri secara perlahan-lahan ke dasar sungai," kata Safri Hassan, 20, ahli keluarga Sulaiman Abdullah, 66, yang dikhuatiri maut selepas dibaham buaya di Sungai Sebelak, dekat Kampung Roban, di sini, awal pagi semalam. Safri yang menceritakan perkara itu berkata, dia terserempak dengan buaya itu ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama beberapa penduduk di sekitar tempat kejadian.
"Tindakan buaya berkenaan menunjukkan tubuh mangsa seolah-olah 'meminta izin' daripada kami untuk memakannya," katanya.
Difahamkan, anak dan cucu mangsa tidak sempat membantu menarik mangsa berikutan cuaca gelap selain bimbang diserang reptilia berkenaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada penduduk.
Kejadian berlaku ketika Menkay keluar bersama rakannya menangkap udang, jam 12 tengah malam menggunakan bot.
| ||
Posted: 17 Sep 2011 07:09 PM PDT lFoto: Surianie Mohd Hanif lBaju kurung Anzalna: Butik Wan Pa, Wisma Sentral, Jalan Ampang DRAMA Ramadan Terakhir (RT) menemukan tiga wajah baru dalam dunia lakonan - Ariel Zafrel, 23, Anzal Nasir, 23 dan Mohd Jaslin Puasa, 24. Daripada mereka bertiga, Ariel atau empunya nama sebenar Suhairil Suhari, lebih awal menyertai industri dan berbekalkan sedikit pengalaman yang ada, Ariel sudah biasa berdepan media. Berbanding Anzal atau mahu dikenali dengan nama Anzalna, dia masih gugup dan belum bijak menyusun kata. Dicampur pula loghat bahasa Melayunya dengan slang bahasa Inggeris, keadaan itu agak merimaskan. Jaslin pula 'cool' orangnya. Jejaka kacak itu juga aktif di pentas peragaan. Sayangnya, pada sesi fotografi yang dibuat Ramadan lalu, Ariel mengalami sakit mata yang teruk. Maka terpaksalah dia mengenakan cermin mata hitam bagi menyembunyikan keadaan matanya yang bengkak dan berair itu. Pun begitu, Ariel tetap muncul di Balai Berita, NSTP, demi komitmennya sebagai anak seni.
| ||
Posted: 17 Sep 2011 07:08 PM PDT ACCELERATOR LINEAR... kaedah baru rawatan barah otak yang masih kecil. PERNAHKAH anda berasa sakit kepala, pandangan kabur, muntah-muntah dan sering lupa? Jika ya anda harus segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri ia mungkin antara gejala awal barah otak. Barah otak antara penyakit paling digeruni masyarakat dunia selain barah payudara. Ia boleh menyerang sesiapa tanpa mengira umur dan jantina sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa. Menurut Perunding Pakar Bedah Otak Stereotaktik Advanced Neuroscience and Orthopaedic Clinic, Dr Chee Chee Pin, terdapat dua jenis barah yang diklasifikasikan sebagai Tumor Benigna dan Tumor Malignan.
Gejala di kalangan kanak-kanak Apakah jenis barah otak? Kanser pada bahagian atas otak ialah: Kanser pada bahagian bawah otak ialah: Apakah rawatan yang dijalankan bagi mengesan barah otak? Biasanya doktor akan membuat diagnosis melalui pemeriksaan neurologi termasuk ujian mental, pemeriksaan mata, ujian pendengaran, kuasa dan pemeriksaan saraf kranial dan lain-lain. Selain itu doktor akan melakukan pemeriksaan menggunakan alat pengimbas tomografi berkomputer iaitu sejenis alat sinar-X menggunakan komputer untuk memaparkan struktur otak terperinci. Rawatan Rawatan am dan spesifik dilakukan untuk menyembuhkan pesakit dilaksanakan oleh doktor pakar. Ada barah yang boleh dirawat 100 peratus dan ada yang tidak dapat dirawat tanpa kombinasi cara rawatan iaitu - pembedahan, radioterapi dan kimoterapi. Tugas pakar bedah otak ialah membuang barah, jika boleh sehingga 100 peratus tetapi ada jenis barah yang tidak dapat dibuang keseluruhannya walaupun di tangan pakar bedah yang cekap di dunia. Jika barah berlaku di kawasan otak, pembedahan mungkin membawa risiko tinggi. Oleh itu, rawatan radioterapi atau kimoterapi dipilih selepas biopsi dilakukan iaitu mengambil 'daging' barah yang berukuran 2 milimeter atau lebih untuk siasatan patalogi. Ada sesetengah barah dirawat dengan keadaan embolisasi mengecutkan barah itu. Radioterapi memberi rawatan berbeza daripada kaedah kecil hinggalah ke kaedah besar. Cara baru rawatan barah otak yang masih kecil adalah melalui kaedah radiosurgeri iaitu menggunakan akselerator linear, cobalt gamma knife atau kaedah brachiterapi. Kimoterapi iaitu menggunakan ubat-ubat yang kuat dapat memberhentikan proses pertumbuhan barah kini menjadi terapi yang mendapat perhatian dunia. Desas-desus yang mengatakan penggunaan telefon selular sebagai salah satu punca barah otak adalah tidak benar sama sekali kerana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan ia tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit. Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat. | ||
Posted: 17 Sep 2011 07:07 PM PDT TIADA MUSTAHIL...Model F1 direka oleh pelajar tingkatan lima SEMASHUR. TIADA siapa menyangka di sebalik usia yang masih muda, empat pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) mampu mencipta model kereta Formula Satu (F1). Pertama kali menyertai pertandingan itu di peringkat kebangsaan, pasukan diberi nama Velospeed Sepang International Circuit (SIC) berjaya menyaingi 400 sekolah yang menyertainya. Lantaran itu, kini usaha diteruskan untuk melakar nama di peringkat antarabangsa sebaik dipilih mewakili negara ke pertandingan 'F1 In School World Final Races', di mana mereka bakal bersaing dengan lebih 23 pasukan dari seluruh dunia.
| ||
Posted: 17 Sep 2011 07:07 PM PDT MANGSA menekup muka, meraung kesakitan dan serta-merta kulitnya berubah seperti melecur apabila terkena cecair berkenaan. Situasi yang berlaku sudah tentu menyebabkan panik dan kebingungan. Dia mungkin berlari mencari air untuk membasuh wajah yang terasa perit seperti terbakar mahupun berlari tidak tentu arah untuk mendapatkan pertolongan. Begitulah azab simbahan asid yang kini seakan-akan menjadi trend untuk melepaskan rasa marah mahupun tidak puas hati terhadap sesuatu pihak. Kes paling hangat dan mendapat liputan meluas ialah pada 2005 apabila bekas askar, Tuan Azman Tuan Ludin, 38, dari Tanah Merah, Kelantan menyatakan keinginannya berkahwin lagi tetapi mendapat tentangan isterinya. Akibat pertengkaran, si isteri menyimbah asid ke wajah Tuan Azman yang menyebabkan kecacatan kekal.
| ||
Posted: 17 Sep 2011 07:04 PM PDT INDAH...pemandangan sekitar air terjun Sipiso-piso. TANPA ragu, Medan di Indonesia antara destinasi paling sesuai dikunjungi bersama keluarga kerana suasana dan makanannya tidak jauh berbeza berbanding di tanah air, selain percakapan masyarakatnya mudah difahami. Selain membeli-belah, kami dapat menghayati kehidupan masyarakat Batak selain menikmati keindahan alam semula jadi yang sungguh indah. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia pada jam 10 pagi, kami terus membuat lawatan ke Istana Maimon untuk melihat peninggalan Kesultanan Deli yang dibina sekitar 1888.
| ||
Jumaatun lonjakkan industri halal Posted: 17 Sep 2011 07:01 PM PDT KOMITED...sebahagian rutin dilakukan wanita gigih ini. SEGALA-GALANYA bermula ketika dia bersama keluarga melancong ke Australia pada 2001. Sepanjang perjalanan ke negara kangaru itu, dia mencari makanan yang boleh dijadikan alas perut selain keliru terhadap status halal haram, menyebabkan dia terfikir sesuatu mengenai pentingnya panduan mencari makanan halal di negara asing. Mungkin nasib menyebelahi Jumaatun Azmi, 34, apabila lakaran pertamanya, Halal Journal yang mengumpul data mengenai ribuan restoran dan pasar raya yang boleh dinikmati tanpa rasa curiga di negara asing, dianggap tepat pada masanya. Sebagai insan pertama menggarap buku berkaitan konsep halal dalam pemakanan, sekali gus menjadi rujukan penting kepada mereka yang hendak melancong atau berhijrah ke luar negara, ia adalah usaha yang harus dipuji.
| ||
Pusat sedia bayar gaji guru agama Posted: 17 Sep 2011 06:57 PM PDT MUHYIDDIN menyerahkan bantuan kepada wakil Madrasah Tahfiz Al-Quran Masjid Banggali, Seberang Prai Utara, Rezuan Ahmad di Pulau Pinang, semalam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya sudah berbincang dengan beberapa kerajaan negeri untuk menjalin kerjasama supaya sistem pendidikan peringkat negeri bukan saja mengikuti kurikulum ditetapkan malah mampu melahirkan warga berkemahiran. Ramai guru berdepan masalah itu dan sebab itu kerajaan memutuskan kalau ada hasrat kerajaan (negeri) berkenaan untuk dapatkan sokongan, kita pada peringkat Kerajaan Pusat sedia membantu, katanya berucap pada majlis perjumpaan khas dengan guru sekolah agama dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Permatang Pauh, dekat sini, semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran enggan menyebut negeri terbabit. Pada majlis berasingan, Timbalan Perdana Menteri berkata, Bajet 2012 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bulan depan, diharap mampu meringankan beban rakyat. Beberapa perkara dalam penelitian kerajaan dan Perdana Menteri akan mengumumkan dalam bajet nanti. Mudah-mudahan sesuatu yang membantu rakyat dan mengurangkan beban rakyat, katanya pada majlis Kenduri Rakyat Merdeka Raya anjuran UMNO Bahagian Nibong Tebal, di sini. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menyambut baik tindakan UMNO Pulau Pinang menghantar notis tuntutan meminta Ketua Menteri, Lim Guan Eng memohon maaf dan menarik balik tuduhan kononnya UMNO terbabit dalam kes kebakaran di ibu pejabat DAP negeri, bulan lalu. UMNO bukan parti tidak bermaruah. Kalau ada sesiapa yang membuat tohmahan di khalayak ramai kononnya UMNO terbabit dalam perbuatan membakar bangunan (pejabat DAP), ini kenyataan buruk sangka dan fitnah, katanya. Lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri ke Pulau Pinang semalam membawa berita gembira apabila peruntukan dan insentif bernilai RM21.3 juta diluluskan Kerajaan Pusat untuk pelbagai keperluan. Muhyiddin mengumumkan RM7.1 juta disalurkan kepada 35 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Beliau juga meluluskan peruntukan RM1.4 juta bagi menaik taraf Pasar Awam Tasek Gelugor dan mengecat semula empat blok flet di Taman Retina, Tasek Gelugor. Sebanyak RM2.5 juta pula untuk menaik taraf Masjid Sungai Acheh yang berusia 120 tahun, manakala RM1 juta bagi menaik taraf Jeti Nelayan Sungai Udang serta RM500,000 disumbang kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Tek, Nibong Tebal. Muhyiddin juga meluluskan peruntukan tambahan RM1.5 juta bagi pembinaan projek perumahan mangsa banjir di Kampung Manggis, Bukit Mertajam serta RM6.1 juta bagi pembinaan semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batu Kawan. | ||
Akhirnya kebenaran muncul juga Posted: 17 Sep 2011 06:55 PM PDT
TIDAK ada apa yang dapat diungkapkan dengan kata-kata tatkala melihatkan orang lain mengecapi kebahagiaan. Luruh segala beban yang ditanggung selama ini apabila melihat orang yang pernah dikaitkan dengan dirinya sedang menyulam bahagia. Bagi pelakon Jiwa & Lara ini tidak ada apa yang mampu dizahirkan selain berdoa kebahagiaan Shahz Jaszle dan pelakon baru Miera Liyana yang sedang enak berkasih. Sambil mengakui Shahz Jaszle sebagai lelaki yang cukup baik sebagai seorang teman, dia yakin mereka mampu mengecap bahagia seperti mana yang diinginkan. Selama ini orang sering menganggap dirinya sebagai orang ketiga yang meruntuhkan kebahagiaan Shahz Jazle dan pelakon Maria Farida. Nama Neelofa Mohd Noor yang naik panas dengan gosip dan cerita kurang benar yang menghimpit perjalanan karier seninya. Diasak dengan pelbagai spekulasi, dianggap sebagai orang ketiga yang menggugat kebahagiaan pasangan itu sehinggalah namanya sering kali dikaitkan sebagai suri di hati lelaki muda itu. Pun, akhirnya kebenaran muncul juga. Cakap-cakap orang yang menuduh dirinya dengan pelbagai tomahan akhirnya lenyap dek pengakuan merpati dua sejoli itu. "Hendak tahu perasaan Lofa? Sudah tentu sangat-sangat lega dengan pengakuan Shahz Jazle bahawa dia mencintai Miera Liyana itu. Maknanya, kalau benar mereka sekarang ini sudah jadi pasangan kekasih dan membuat pengakuan, Lofa tidak lagi menjadi mangsa tohmahan orang. "Selama ini Lofa hanya diam sebab tak nak keruhkan lagi keadaan. Orang tak henti kata itu dan ini. Sampaikan satu tahap, Lofa memang benar-benar tak tahan dengan kata-kata yang dilemparkan. "Bila nama Lofa dikaitkan sebagai perampas, siapa yang tak sedih. Lagi-lagi memang Lofa tak pernah buat kerja jahat macam tu. "Sekarang Lofa lega sangat-sangat sebab semuanya dah berakhir. Akhirnya spekulasi tentang itu dah padam dan orang tahu juga siapa yang benar atau salah. "Kalau nak cakap pasal gembira, memang Lofa orang yang paling gembira sekarang. Setidak-tidaknya Lofa boleh fokus pada perkara lain dan terus melupakan kesengsaraan yang Lofa pernah hadapi selama ini," katanya yang mesra disapa dengan nama Lofa. Percaya kepada karma BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau mata yang memandang sudah rasa berat, apatah lagi yang melaluinya. Bagai tak ada kesudahan bila berbicara kisah pelakon filem Azura 2012 ini. Lepas satu perkara terus ke perkara yang lain, semuanya terpaksa dijunjung atas jemala kepalanya. Sejak awal penglibatannya sebagai anak seni, sudah puas dia dihentam. Orang keliling bagaikan tidak pernah jemu untuk melihat dirinya tersungkur sebelum mengecap apa-apa kejayaan. Kalau ada yang masih ingat dia pernah terhimpit dalam kontroversi pertandingan yang menaikkan dirinya. Lemparan kata-kata nista bagai membalut tubuhnya supaya tidak melangkah jauh. Terheret dalam kontroversi meruntuh hubungan cinta lelaki pujaan ramai itu, cerita Neelofa tidak habis setakat itu apabila dia dituduh bermasam muka dengan seorang pelakon. "Apa lagi yang orang nak buat pada saya? Orang lain sebenarnya yang sering menjerat saya ke kancah. "Bagaimanapun, saya percaya pada karma. Kalau hari ini kita buat orang, lambat laun kita akan dapat balasan sama seperti apa yang kita dah buat. "Cukup-cukuplah buat nama saya panas. Memang tiap-tiap cerita panas itu memberikan impak pada saya kembali, tapi janganlah dengan cara memanaskan cerita saya," jelasnya lagi. Meninggalkan semua itu dalam lipatan sejarah, Lofa akur pada ketentuan. Semakin banyak dia diuji semakin banyak perkara baru yang dipelajarinya. Apa yang pasti Lofa cukup berhati-hati dalam soal persahabatan kerana kadang-kala persahabatan yang dijalin dengan rasa yang cukup ikhlas itulah yang akan memakan diri. Bukan satu atau dua cerita yang didengar, dilihat dan dilalui. Sudah banyak cerita kawan makan kawan yang akhirnya mendatangkan gelora yang cukup besar. Lantas ia membutakan dirinya berhati-hati memilih siapa kawan. "Kalau nak tahu Lofa memang berkawan dengan semua orang. Kalau tanya siapa kawan baik Lofa, memang tak ada. Bukan apa, Lofa susah nak percaya pada orang. "Baik dengan Lofa tak bererti Lofa akan cerita segala hal dengan mereka. Lebih baik Lofa bercerita pada ahli keluarga sendiri atau dengan sepupu-sepupu Lofa kerana mereka darah daging Lofa. "Bab persahabatan ni memang cukup sensitif. Selagi mampu berbuat baik, Lofa akan cuba buat baik dengan semua orang," tambahnya. l Sering berendam airmata MELIHATKAN raut wajah gadis ini tidak ada siapa yang dapat menyelam apa yang tersirat dalam sanubarinya. Semakin lama berbicara dengan gadis berusia 22 tahun ini semakin banyak debar yang dirasa. Tidak pernah berniat untuk menyembunyikan apa-apa, kata Lofa dia cukup sedar yang liku sebagai anak seni ini tidak semudah yang disangka. Orang seringkali melihat perjalanan dirinya cukup indah tanpa sebarang masalah besar sedangkan hakikat itu tidak seindah mana. Sama seperti insan seni yang lain, Lofa pernah merasakan kesengsaraan itu. Akui anak ketiga ini lagi, pernah satu ketika dia menangis mengenangkan peristiwa yang pernah terjadi padanya. Hampir kering air mata bila membaca cerita yang kurang enak tentang dirinya yang cukup menghiris sanubari. Apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis kecil molek ini selain menangis sendirian. Air mata yang tumpah masih belum dapat menghilang segala cerita buruk dirinya tapi setidak-tidaknya dia hanya itu jalan yang dia ada. "Pernah satu ketika Lofa menangis sambil menjerit dalam bilik. Tak tahu apa nak buat bila orang masih terus memburuk-burukkan Lofa. Apa teruk sangatkah aku ni? Kenapa orang sibuk menjaja kisah buruk Lofa? "Berendam air mata tu dah memang selalu sangat. Lofa tak malu nak akui sebab itu memang terjadi pada Lofa. "Padahal dalam keluarga, Lofa merupakan orang yang paling susah hendak menangis. Memang air mata Lofa jarang tumpah berbanding adik beradik yang lain. Barangkali tekanan sebagai anak seni itu yang membuatkan Lofa menyerah kalah. "Lagi banyak air mata yang tumpah lagi kuat azam Lofa nak jadi yang terbaik. Kalau boleh Lofa nak setiap titis air mata itu berbayar dengan kejayaan Lofa pada masa hadapan. "Itu memang azam Lofa bila keadaan kembali tenang. Untuk apa terus mengalirkan air mata sedangkan tak ada kejayaan yang kita kecapi untuk diri sendiri," katanya. l Lelaki terakhir di hati "LELAKI akan duduk di tangga terakhir dalam senarai Lofa buat masa ini. Yang pertama Lofa akan dahulukan keluarga, pelajaran, bisnes dan barulah lelaki. "Untuk apa mendahulukan lelaki pada masa ini. Lofa masih muda dan masih banyak lagi perkara yang perlu dicapai untuk jaminan masa hadapan. Kalau semua impian dah tercapai, barulah Lofa fikir tentang lelaki mana yang akan menjadi pelindung masa hadapan," kata Lofa saat diminta menjelaskan status terkininya. Sambil menyatakan dia masih single, Lofa cukup mengharapkan pada masa hadapan dia akan bertemu dengan lelaki yang benar-benar baik untuk dirinya. Tidak lokek berkongsi ciri-ciri lelaki idaman, jelas Lofa dia mencari lelaki yang ada gaya dan cukup sensitif dengan apa yang dia mahu. "Lelaki mesti pandai buat keputusan. Tak kira keputusan besar atau kecil, lelaki yang Lofa suka mestilah tegas dan pandai menentukan apa sahaja. Kalau sampai bab makan pun Lofa nak tentukan, itu memang masalah pada Lofa. "Kalau letak ciri-ciri yang khusus memang kita tak jumpa. Tak kisah lelaki usia mana semuanya mesti ada ciri-ciri itu. Tapi Lofa harap akan jumpa yang sama baya atau tua dua atau tiga tahun dari Lofa," katanya tertawa. | ||
Posted: 17 Sep 2011 06:54 PM PDT
SUDAH lumrah kehidupan artis, bila sudah berkahwin pasti ditanya bila pula menimang cahaya mata sekali gus melengkapkan lagi rumah tangga yang dibina. Mungkin segelintir selebriti tanah air yang sudah lama berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata menganggap soal anak itu agak sensitif jika sering diasak pihak media dengan soalan yang sama setiap kali ditemubual. Selepas mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Kamarul Zariman Abdul Rahman pada Oktober tahun lalu, kini Bienda, anak kepada penyanyi terkenal tanah air sebelum ini, Sheeda kini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya. Pengalaman mengandungkan anak pertama bagi setiap ibu adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mana tidaknya, kebanyakan ibu-ibu akan mengalami alahan yang teruk, namun ada juga yang tidak mengalami apa-apa alahan ketika usia kandungan mereka semakin meningkat. Bagi artis kita kali ini, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razali, dalam tempoh mengandung ini, dia turut mengalami alahan yang sangat teruk. "Alahan yang saya sedang alami sekarang ni membuatkan berat badan saya semakin naik, saya suka sangat makan tak kira masa. "Jika sebelum ini, saya hanya akan makan pada sebelah petang sahaja, tapi sejak mengandung masa makan saya tidak menentu, saya akan makan setiap masa. "Kalau saya tidak makan kepala saya akan pening dan saya akan merasa mual dan muntah," ujar Bienda ketika ditemui Pancaindera baru-baru ini. Tambahnya lagi, keadaan seperti ini hanya berlaku sebelah siang sahaja, sebelah malam keadaan akan kembali normal seperti biasa. "Keadaan ini saya alami sebelah siang sahaja, sebelah malam memang tiada masalah, sebelah siang saya akan lebihkan rehat saya. "Suami saya turut berpesan supaya saya lebihkan rehat, maklum la ini bakal anak kami yang pertama. "Yang peliknya apa makanan yang saya boleh makan sebelum ini sekarang ni saya tidak boleh makan, kalau saya makan saya akan berasa mual, apa-apa pun saya tetap tabah menghadapi ujian ini," katanya. Katanya lagi, dalam tempoh mengandung ini juga, suaminya turut menjaga serta memberikan semangat yang lebih kepadanya supaya lebih bersabar mengharungi perkara ini. "Suami saya cukup banyak memberikan semangat kepada saya, alhamdulillah saya dapat suami yang cukup faham keadaan yang sedang saya hadapi ketika ini," jelas Bienda. Memang suka budak kecil Ternyata penyanyi ini sememangnya menyukai budak kecil sejak sebelum mendirikan rumah tangga lagi, perkara ini juga turut dikongsi bersama suaminya. "Saya dan suami memang suka pada budak kecil, selepas mendirikan rumah tangga, kami berdua memang mengimpikan untuk mendapat anak. "Ternyata tuhan telah memberikan rezeki tersebut kepada kami, doa saya sebelum ini telah termakbul, saya amat bersyukur," ujarnya. Tambahnya lagi, selepas melahirkan bayinya nanti, kehidupan dia dan pasangannya berkemungkinan tidak lagi sunyi. "Jika sekarang hanya saya dan suami sahaja yang ada kat rumah, jadi selepas kehadiran orang baru nanti keadaan ini akan berubah. "Sinar baru akan hadir selepas ini, saya dijangkakan akan melahirkan bayi ini pada bulan Mac tahun depan, saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar walaupun saya sedikit gementar," katanya. Katanya lagi, ketika ini persediaan bagi melayari kehidupan sebagai ibu sudah pun dilakukan dari segi mental dan rohani. "Saya sudah bersedia untuk jadi mak, memang saya sangat teruja nak timang cahaya mata pertama ini. "Sejak awal tempoh kandungan lagi, saya sendiri sudah tahu bagaimana peritnya mak saya dahulu mengandung dan melahirkan saya, saya amat menghargai mak saya menjaga dan mendidik saya selama ini. "Nak Jadi mak bukan senang, segala cubaan perlu di tempuhi dengan seikhlas hati," katanya. Tidak akan tinggal bidang seni Jelas Bienda lagi, setelah mempunyai anak selepas ini, bidang seni yang menjadi kerjayanya selama ini tidak akan ditinggalkan. "Saya tidak akan meninggalkan bidang seni ini, ini adalah bidang yang paling saya suka, suami saya sendiri juga telah memberikan dorongan kepada saya untuk terus bergerak aktif dalam bidang ini. "Saya juga turut merancang untuk membuat serta menerbitkan rancangan sendiri, ini adalah cita-cita saya sejak dulu lagi. "Mungkin selepas ini saya akan lebih aktif berbanding sebelum ini, saya tidak akan meninggalkan bidang seni walaupun ada anak selepas ini," ujarnya. Terbaru, Bienda telah muncul sebagai pengacara di stesen televisyen terkenal TV9 dalam rancangan Sirah Ameerah. Pelakon ini juga baru sahaja selesai sesi penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Sebelum Ku Jatuh Cinta bersama pelakon lain seperti Zed Zaidi dan Marsha. Antara lakonannya sebelum ini hanya watak pembantu iaitu filem Empat Madu, drama Sebumbung dan Sumpah Bunian. Tambah rezeki raya Bagi Bienda yang juga pelakon dan pengacara, tahun ini merupakan tahun ketiganya bergelar peniaga tudung di bazar larut malam, Cheras. Akibat dari sambutan hangat yang diterima pada tahun-tahun sebelum ini, Bienda memutuskan untuk meneruskan perniagaan tudung jenamanya sendiri itu meskipun kini sedang berbadan dua. "Sepanjang puasa saya tidak banyak sangat kerja, jadi fokus saya hanya untuk perniagaan sahaja. Penat memang penat, tambahan sekarang kandungan saya mencecah tiga bulan, saya juga alami alahan, tetapi nasib baik suami banyak membantu," katanya. Jelasnya, tudung jualannya berharga daripada RM10 sehingga RM20 sahaja. Disebabkan itu tudung jualannya cukup laris terjual. "Ada di antara tudung yang dijual merupakan tudung rekaan saya sendiri, jadi tidak sama dengan tudung yang dijual ditempat lain. "Sebenarnya saya sangat suka berniaga kerana bukan sahaja dapat menambah pendapat tetapi saya puas apabila melihat orang menghargai barang yang kita jual, tahun hadapan juga saya akan meneruskan perniagaan ini. Tambahnya lagi, dia begitu berpuas hati berniaga tudung di tempat terbuka seperti ini, bukan sekadar sambutan yang menggalakkan tetapi cukup gembira dapat berjumpa dengan peminat-peminatnya sendiri," katanya. "Bagi saya, berniaga di bazar seperti ini juga merupakan platform buat saya untuk bertemu peminat kerana hanya pada bulan Ramadan sahaja mereka dapat berjumpa saya dan artis lain dengan lebih dekat," katanya yang teringin membuka empayar perniagaannya sendiri suatu hari nanti. "Saya sangat seronok apabila dapat berjumpa dengan para peminat, mereka turut mengambil kesempatan membeli tudung sambil berjumpa dengan saya. "Sekarang memang saya akui saya kurang menyanyi, jadi kesempatan seperti ini lah saya gunakan sebaik-baik mungkin untuk lebih rapat lagi dengan peminat saya," jelasnya. | ||
Saya tak makan hasil duit Mia Sara Posted: 17 Sep 2011 06:54 PM PDT
MEMIKUL tanggungjawab bapa kepada pelakon cilik popular, Mia Sara Nasuha bukan satu perkara mudah. Macam-macam kerenah yang perlu dilayan kerana anak kecilnya itu memerlukan perhatian sang bapa. Tambahan pula kali pertama berurusan dengan orang industri. Bagaimanapun, kewajipan itu tidak sesukar jika dibandingkan dengan pandangan masyarakat sekeliling terhadap dirinya. Anak kecil berusia enam tahun itu disifatkan sebagai lubuk emas. Tambahan pula banyak tawaran yang datang, sekali gus menaikkan saham dirinya sebagai orang tua kepada Mia Sara. Lantaran itu, tersebar cerita berbaur cemburu mengenai kewibawaan dirinya yang dikatakan memakan hasil pendapatan anak sendiri. Itu termasuk meminta Mia Sara bekerja sampai lewat 2 atau 3 pagi bagi menjayakan sebuah drama bersiri. "Saya bukan seorang bapa zalim. Membiarkan darah daging sendiri bekerja siang dan malam tanpa belas kasihan," bicara awal Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh membuka cerita gosip membabitkan namanya itu. Terus-terang, dia sudah menjangkakan penyebaran cerita tidak berasas itu seawal dia membawa masuk anak ke dalam industri seni tanah air tahun lalu. Cuma menunggu masa sahaja untuk membiarkan dirinya 'ditembak' dengan persoalan sedemikian rupa. Lantaran itu, Muhammad Ridhuan mengambil pendekatan bertenang menjawab semua persoalan sewaktu bertemu di sidang akhbar pelancaran drama bersiri komedi Cuak untuk siaran Astro Ceria di Ampang, Kuala Lumpur, Selasa lalu. "Saya tahu, pasti akan ada cerita kurang manis macam ini sewaktu awal melangkah masuk dalam industri lagi. Pasti akan keluar cerita kurang senang tentang saya yang tak bekerja tetap. "Sebenarnya, saya bekerja sebagai pegawai pemasaran dahulu tapi berhenti kerja semata-mata memberikan tumpuan kepada Mia. "Saya memang seorang cukup cerewet dalam penjagaan Mia. Saya kena pastikan waktu rehat, tidur dan keperluan vitamin mencukupi supaya dia boleh membesar normal seperti kanak-kanak lain," katanya lagi. Bapa tunggal ini juga menafikan dia menggunakan sumber pendapatan berlakon Mia Sara untuk menyara tiga lagi anaknya iaitu Adriana Izzati, 10, Muhammad Danish Iman, 7, dan Amani Iman, setahun. "Tak adil menuduh saya sebegitu seolah-olah nampak sangat teruk," tingkah Muhammad Ridhuan menolak dakwaan tersebut. Demi keselamatan anak ketiganya itu, Muhammad Ridhuan juga sanggup mencari penjaga wanita yang bertindak sebagai peneman Mia Sara. Walaupun hakikatnya, dia sukar untuk percayakan orang lain. "Dia masih memerlukan saya untuk melayan kehendak dirinya. Sudah pasti cara kita melayan anak orang berbeza dengan kita melayan anak sendiri. "Sebab itu, saya pastikan dia sentiasa dalam lingkungan pemerhatian saya. Hadir pada setiap waktu makan dia dan bagi sediakan air andai dia kehausan, walaupun terpaksa berulang ke set lokasi berulang kali," ceritanya. Ditanya adakah dia mengetahui gerangan siapa yang mencacatkan kredibiliti dirinya sebagai bapa Mia Sara, lelaki ini terdiam. Katanya, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak tetapi lebih gemar bersikap memaafkan. Baginya, kebenaran pasti akan diketahui kelak. Apa yang mampu dibuat adalah berdoa keselamatan anaknya. Anak jati Melaka ini juga menjelaskan bahawa dia tidak mengabaikan tanggungjawab memberi pendidikan terbaik buat Mia Sara. "Saya tak mahu dia terlalu leka dengan lakonan dia. Memang saya ada rancang sesuatu untuk masa depan Mia. Seperti mana yang dilakukan oleh mana-mana bapa di dunia ini," katanya penuh optimis sebelum mengakhiri pertemuan. | ||
Posted: 17 Sep 2011 06:53 PM PDT Bersama rakan-rakan konvoi motosikal besar Kuala Lumpur Bikers Club (KLBC) di Surau Zolkifli Al-Ansar, Taman Rahmat Jaya Kundang, Kuang, Selangor baru-baru ini. DUTA Belia Negara, Maznah Zolkifli mengakui bahawa kehidupan hariannya tidak pernah sunyi dari dihujani persoalan yang satu itu. Perbincangan melibatkan pasangan hidup yang kerap diajukan di kalangan sanak saudara dan rakan terdekat. Reaksi wanita ini menjawab persoalan itu pula tetap sama - tak ada jodoh lagi. Pun begitu, sebagai wanita yang punya kedudukan tersendiri di kalangan masyarakat ini juga tidak terlepas dari memikirkan perkara yang sama. "Inilah cabaran buat seorang wanita yang dikenali," dedah awal Maznah menyingkap sisi peribadinya berkenaan persoalan tersebut. Wanita ini mengakui sudah bersedia untuk berumah tangga sekiranya jodoh sudah sampai. Kepada Ilahi urusan tersebut dipanjatkan. Ditanya apa kemungkinan yang menyebabkan dia masih belum punya insan istimewa, wanita ini tersenyum manis. "Ini semua terpulang kepada pandangan masing-masing. Mungkin orang lelaki nampak luaran personaliti saya yang gemarkan aktiviti lasak dan boleh berdikari. "Sedangkan, saya adalah wanita normal. Ada keinginan mahu berkahwin, punya anak dan menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri lain," luah wanita ini lagi. Cuba mengorek rahsia Maznah tentang jejaka yang pernah mendekati wanita ini, mengundang rona merah di mukanya. "Tidak manis buat seorang wanita seperti saya berbicara tentang lelaki sebegini rupa. Tapi, ada ramai jejaka yang cuba mendekati saya. Saya juga tak pernah tolak untuk keluar bersama," dedah Duta Euro Flying Club ini lagi. Ditanya apa yang berlaku sewaktu mencari titik keserasian di kalangan lelaki berkenaan, penerima Anugerah Ikon Wanita 2007 ini kembali tersenyum. "Semua perkara ini terpulang kepada individu masing-masing. Bagi saya, ia umpama bonus buat sang suami punya isteri 'feminin tapi lasak' yang boleh melakukan banyak perkara tanpa bergantung pada dirinya. "Saya tetap menghormati lelaki yang bakal menjadi ketua rumah tangga kelak. Sebab syurga berada di kaki lelaki," katanya penuh optimis. Ditanya adakah Maznah adalah seorang cerewet dalam bab memilih lelaki, wanita ini punya alasan sendiri. "Pasangan yang ingin berkahwin semua pasti menitikberatkan persoalan agama, keserasian kerja, penerimaan keluarga. Namun begitu, saya yakin urusan jodoh ini biarlah diserahkan kepada Maha Esa," ujarnya ringkas. Dalam perkembangan lain, aktres, ahli sukan, pelakon dan pakar motivasi ini turut menyatakan rasa tidak sabar untuk kembali bertugas sebagai pengacara. Antara sedar atau tidak, duta taman tema Sunway Lagoon ini sepi dari dunia pengacaraan sejak 2009. Sedangkan kehidupan berkenaan sebati dalam jiwanya sejak 15 tahun lalu. "Saya memang rindukan saat-saat bekerja di hadapan orang ramai. Ramai juga yang sudah bertanyakan bila saya kembali di kaca televisyen. Namun semuanya bergantung kepada rezeki. "Andai diberi peluang saya ingin mengulas tentang sisi kehidupan, karier, gaya hidup dan kesenian dalam program berkenaan, " kata pengacara Citarasa Tokoh untuk siaran Astro Ria pada 2007 ini. Pun begitu, Maznah berazam akan manfaatkan sepenuhnya peluang itu kerana dia mahu menyuntik elemen perubahan kepada golongan belia. Apatah lagi melihat sendiri kebanyakan program televisyen yang disiarkan masa kini kurang menekankan soal kekuatan dan sumbangan belia dalam misi pembangunan negara. "Kekuatan televisyen tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia banyak mempengaruhi jiwa orang muda. Jangan biarkan mereka banyak disogokkan dengan rancangan kosong semata-mata. Sebab mereka adalah pelapis negara satu masa nanti," azam wanita ini di penghujung perbualan. Semua perkembangan Maznah boleh diikuti menerusi laman web www.maznahzolkifli.com.my, facebook Maznah Zolkifli Fan Page atau boleh berhubung dengannya di maznah@maznahzolkifli.com.my. | ||
Ramona jelas skandal pemain bola Posted: 17 Sep 2011 06:53 PM PDT
Siapa sebenarnya Asraruddin di hati Ramona? Istimewa sangatkah sampai tiba-tiba sahaja dikaitkan ada skandal dengan dia? Tiada yang istimewa. Dia cuma kawan saya sahaja. Kalau tak ada apa-apa tak kanlah orang nak mengata dik oi..banyak mata yang nampak awak dan dia selalu keluar bersama. Tolong jawab! Memanglah kami berdua ada keluar bersama untuk beberapa kali. Tapi sumpah! Saya dan Asra cuma kawan biasa sahaja. Sekarang kan tengah musim raya, jadi kami adalah beberapa kali pergi memenuhi undangan rumah terbuka bersama. Memang nampak rapat, tapi sebenarnya kami cuma kawan biasa. Ala...bila ditanya sekarang tak mahu mengaku. Dah sah-sah awak asyik berkepit berdua ke sana ke mari. Memanglah orang akan syak sesuatu. Tak begitu? Tak betul tu kak. Saya tak nafi yang saya ada keluar dengan dia. Tapi tak pernah berdua. Biasanya mesti beramai-ramai dengan kawan-kawan lain. Cuba jelaskan, macam mana awak boleh kenal dengan Asra? Saya kenal dia pun baru sangat. Adalah dalam beberapa bulan lepas. Dia ialah kawan kepada kawan saya. Kami bertemu semasa keluar makan bersama-sama. Kalau nak tahu, masa mula-mula jumpa tu, saya memang tak tahu dia pemain bola. Bukan saya sengaja nak dekat-dekat dengan dia sebab status dia seorang pemain bola. Jawapan macam nak selamatkan diri saja.. iya ke ni? Betul. Punyalah saya ni tak kenal dia, sampai saya ingat dia ni budak band mana entah pada awalnya. Lepas kawan memperkenalkan, barulah saya tahu yang Asra merupakan pemain bola skuad kebangsaan. Bila dah jadi macam ni, orang akan kata Ramona ada hati nak dapat nama dengan cara mencari skandal. Macam mana tu? Sebab itulah saya tampil beri penjelasan. Jangan kerana saya artis, maka orang mudah nak lempar tohmahan dan jadikan satu-satu hal tu sebagai isu. Walhal, kawan-kawan perempuan lain pun ada keluar dengan dia. Tapi kenapa orang nampak saya saja? Mungkin awak je yang paling 'menyerlah' antara mereka kot? Sekarang ni mesti awak selalu ke stadium bagi sokongan pada Asra bukan? Penyokong setia gitu.. Sumpah kak. Seumur hidup, saya tak pernah jejak ke stadium. Tapi lepas kenal Asra, adalah sekali tu saya pergi ke stadium untuk menonton perlawanan antara pasukan Selangor dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dah nama pun kawan, tak akanlah saya nak datang sokong pun boleh jadi satu isu? Macam mana pula dengan ugutan yang Ramona terima tu? Saya pun tak mahu fikir dah biarpun saya tahu, semasa kami keluar, saya perasan ada orang ambil gambar kami. Saya tak berani nak tuduh siapa. Individu itu paksa saya mengaku yang saya ada hubungan dengan Asra. Tak masuk akal! Iyalah sebab memang saya dan Asra tak ada apa-apa. Jadi, apa harapan Ramona berhubung isu ini? Saya harap lepas penjelasan ini dikeluarkan, tak ada lagi pihak yang salah faham mengenai hubungan kami. Saya bukan nak cetuskan kontroversi. Bahkan, saya sendiri rasa serba salah dengan Asra bila jadi macam ni. | ||
Posted: 17 Sep 2011 06:52 PM PDT
RAMAI yang menjangkakan filem Hantu Bonceng boleh dapat kutipan yang besar memandangkan filem itu ditayangkan masa cuti hari raya. Dan telah ramai itu memang benar-benar terjadi apabila filem lakonan Zizan dan Juliana Evans itu dah cecah RM8 juta selepas dua minggu ditayangkan. Itu memang satu pencapaian yang baik bagi Syed untuk orang berpengalaman macam Ahmad Idham. Iyalah, dalam dok sibuk-sibuk bercerita dengan beberapa rakan media baru-baru ini, mereka cukup gembira dengan hal itu. "Dulu masa buat Adnan Sempit, dapat RM7 juta. Tapi itu filem orang lain. Idham hanya mengarah sahaja. Jadi berapa sahajalah yang Idham dapat, bukan masuk poket dia semua tu. "Tapi sekarang, untung atau rugi semuanya dia dapat. Kalau dapat lebih, lebihlah yang dia dapat. Memang itu sudah cukup untuk membuat dia tersenyum gembira," kata teman Syed lagi ni. Syed tak kisah berapa filem yang Idham nak buat sekalipun. Dengar khabarnya Idham sasar nak buat empat buah filem dalam masa setahun. Kira okeylah banyak tu, asalkan cerita yang disajikan pada penonton tak busuk dan klise. Bukan apa, kadang kala kita terlalu mengejar kuantiti, sampaikan kualiti teruk yang langsung tak layak diangkat sebagai filem. Syed tak kata sesiapa tetapi dalam hal ini dah banyak contoh yang kita boleh tengok. Kata filem tapi kualiti serupa drama. Sedih bukan. Syed: Jom ramai-ramai serbu rumah terbuka Just K Family Karaoke di Selayang Mall petang ni bermula pukul 5 petang. | ||
Posted: 17 Sep 2011 06:51 PM PDT JOYAH sebenarnya jatuh kasihan pada filem Raya Tak Jadi yang diarahkan oleh Razak Mohaideen ni. Orang dah beraya lebih dua minggu, alih-alih filem raya yang satu ni baru nak keluar panggung. Mood raya pun dah tak ada sampaikan ramai yang tertanya-tanya pada Joyah apa dah jadi dengan filem ni. Kenapa lambat keluar dan kenapa baru sekarang nak tayang cerita raya yang dah berlalu pergi tu. Dengar khabarnya Razak bengang dengan orang Finas sebab tidak membenarkan filem bertemanya ditayangkan pada hari raya yang lalu. Semuanya gara-gara Skim Wajib Tayang (SWT) yang menyebabkan filem Raya Tak Jadi jadi mangsa. Ada SWT pun kena hentam, tak ada SWT pun kena hentam. Macam mana tu? Joyah tak menyebelahi mana-mana pihak tetapi dalam kes ini ada benar kata-kata pengarah seorang ni, Finas kena bagi laluan pada filem yang bertema. Kalau tak diberi laluan macam mana filem bertema ni nak ditayangkan tepat pada masanya. Apalah nasib produser yang nak buat filem bertema kalau tak ada laluan yang baik untuk mereka. Soal tayangan satu hal, soal untung pun kena ambil kira. Joyah tak rasa orang ramai nak tengok filem macam ni kalau dah basi. Kasihan pada produser yang dah keluar bajet juta-juta. Sebab ramai di antara mereka buat filem sebab nak kaut untung. Tak gitu? Jadi besar harapan Joyah pada orang nombor satu Finas yang baru dalam menangani hal ini. Tak gitu Encik Naquib. | ||
Posted: 17 Sep 2011 06:49 PM PDT RITA dan Aidil membawa dua anaknya berhari raya di rumah keluarga di Perlis. TAHUN 2011 - lebih tepat lagi, selepas kelahiran anak kedua, kehidupan pelakon Rita Rudaini ditafsir kembali bercambah dengan riak bahagia. Perasaan sedih, berduka dan pertelingkahan dengan suami, Aidil Zafuan Abdul Razaq juga bagaikan sudah berakhir dan kini hasrat mereka hanya satu- mengikat kamar hidup dengan agam cinta lebih kukuh. 1 Syawal yang lalu, adalah bukti betapa pasangan ini sebenarnya mampu keluar daripada aroma sedih dan kembali mencari damai. Berkat kesabaran atas segala dugaan yang bertandang, hari ini bahagia milik mereka bersama dua putera kecil. "Memang raya tahun ini sangat berbeza. Jika tahun lepas saya menyambut hari raya dengan tangisan sebab 'terpisah' dengan suami sendiri, tahun ini berbeza. "Syukur sangat kepada Allah kerana kami dapat meraikan 1 Syawal dalam sebuah keluarga yang lengkap sempurna. "Kehadiran Arjuna juga membuatkan kami berasa sebagai sebuah keluarga yang sudah lengkap. Hari ini, anak-anak adalah kekuatan saya untuk berhadapan dengan apa juga perkara, saya tak akan mengalah dengan mudah demi masa depan mereka," kata pelakon jelita ini. Rita dan suami membawa dua putera mereka, Airit Rayyan, 3 tahun dan Airit Arjuna, 1 tahun menyambut hari raya di Utan Aji, Perlis untuk bersama-sama dengan keluarga Rita pada Ramadan terakhir. Mereka sempat meraikan Syawal di situ selama tiga hari sebelum kemudian bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan aktiviti kerjaya yang menunggu. Tahun lalu episod kelam melanda apabila pasangan ini menyambut Syawal dalam keadaan yang tidak normal ekoran persengketaan. Sengketa yang hampir membawa kepada 'perceraian' itu mendapat liputan meluas di akhbar apabila Aidil dikatakan langsung tidak menjengok isterinya ketika menyambut hari raya meskipun meraikan Syawal dengan keluarganya di Kedah. Pun, itu cerita lama. Apa yang mahu dikongsikan kali ini ialah rakaman bahagia bersama anak-anak dan keluarga yang lahir daripada hati penuh ikhlas. Keluarga mentua kembali damai Bagaimanapun ketika ditanya apakah dia turut menziarahi keluarga mentua, Rita hanya tersenyum manja. Katanya, lebih elok kalau dia tidak membicarakan topik berkenaan buat masa sekarang. "Tak usahlah bertanya soal itu. Saya sudah katakan sebelum ini, bila pintu hati saya sudah benar-benar terbuka, insya Allah ia akan berlaku. "Bila masanya? Hanya Allah yang punya jawapan. Setakat ini hubungan saya dengan ibu dan bapa Aidil sudah okey, bila mereka hendak melihat cucu, mereka boleh datang ke rumah kelamin kami," katanya. Selepas Aidilfitri, Rita terus sibuk dengan tawaran berlakon. Baginya, kehadiran Arjuna menambah lagi peratusan tanggungjawab yang terpikul di bahu. "Semenjak melahirkan Arjuana, rezeki memang tidak putus dan saya sangat bersyukur. Sememangnya bila anak bertambah, dengan sendirinya rezeki juga semakin bertambah. Itulah kuasa Allah dan kami sangat bersyukur," katanya. Selepas Arjuna, Rita bersedia untuk mengandung lagi mengenangkan usianya yang sudah dipertengahan 30-an. Jika sesetengah artis menolak untuk terlalu kerap hamil, terutamanya dalam tempoh yang dekat, pelakon ini sebaliknya. "Kalau seorang isteri dapat merasai kebahagiaan daripada seorang suami, sudah tentu dia akan memberi segala-galanya, jiwa dan raga. Sama juga seperti saya, saya tidak akan menolak untuk mengandung lagi. Apa pun saya sanggup korbankan termasuk dalam soal anak, tak kira berapa sekali pun yang diharapkan," katanya yang berhasrat untuk memiliki anak perempuan pula selepas dua putera. | ||
Travelog AirAsia keliling dunia Posted: 17 Sep 2011 06:48 PM PDT Edd Radze (kiri), Zulfazli dan Datuk Farid Ridzuan ketika berada di London. SELAMA ini wajahnya hanya berada di belakang tabir tetapi kali ini wajah Edd Radze akan menemui penonton melalui rancangan Trevelog AirAsia yang akan mula bersiaran pada awal November ini di saluran TV3. Bukan satu ada dua destinasi tetapi Edd Radze akan terbang ke 26 destinasi terbaik di seluruh dunia melalui rancangan ini yang juga merupakan rancangan pertama yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan terbaik dunia itu. "Kalau diikutkan memang saya pernah mengendalikan beberapa segmen di Majalah 3 bersama Nurul Syuhada sebelum ini. Itu hanya slot kami bersama rancangan popular tersebut. "Melalui rancangan ini, saya akan mengendalikan sepenuhnya aktiviti santai yang berkisah perjalanan ke pelbagai destinasi serata dunia bersama artis-artis popular tanah air. "Kita tidak sekadar menyasarkan untuk mempopularkan destinasi semata-mata tetapi dalam masa yang sama mahu para tetamu AirAsia mendapatkan maklumat yang lengkap bila mahu berkunjung ke mana sahaja. "Segala-gala ada di sini. Tetamu boleh melihat apa yang kami sediakan termasuklah bagaimana nak daftar masuk, apa yang ditawarkan oleh penerbangan kami, pemilihan hotel dan destinasi-destinasi menarik yang patut dikunjungi," jelas Pembantu Khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Esekutif Kumpulan AirAsia ini lagi. Pelbagai informasi lain turut akan diberikan kepada penonton termasuklah perkhidmatan yang ditawarkan oleh AirAsia dan AirAsia X. Produk-produk yang akan diketengahkan termasuklah Tune Talk, Tune Hotel, AirAsia Go dan sebagainya. Pada 26 September ini, Edd Radzhe akan berkunjung ke kota cinta Paris bersama Maya Karin dan beberapa orang yang lain untuk memulakan siri jelajah dunianya. Selepas itu jelajah akan mengembara ke destinasi Asia seperti Manila, Filipina, Bandung, Indonesia, Guangzhou, China dan Vietnam sebaik sahaja pulang dari Paris. Tidak terhenti setakat itu, pelbagai destinasi lain yang sudah disahkan termasuklah London, Australia, Korea Selatan, New Zeland, Jepun dan beberapa tempat lagi menunggu masa untuk dijelajahi. Beberapa artis popular tanah air sudah mengesahkan tempat untuk bersama dengan program Travelog AirAsia termasuklah Fara Fauzana, Ella, Fauziah Latif, Intan Ladyana, Nora Danish, Juliana Evens, Daphene Iking dan ramai lagi. "Memang ramai yang memberikan maklum balas positif pada program yang akan saya kendalikan ini. Ada yang teruja dan tak sabar-sabar lagi nak melihat ia ditayangkan di kaca tv. "Ramai juga artis-artis tempatan yang mahu turut serta. Cuma saya cukup berbesar hati apabila Datuk Pahamin Rejab dan Datuk Aziz Bakar sudi untuk turut serta dalam destinasi akan datang," kata Edd Radze yang menggunakan khidmat jurusolek Zulfazli Suhadi dalam kesemua episod. | ||
Posted: 17 Sep 2011 06:47 PM PDT
BIAR tidak ada tempat untuk mementaskan karya seni mereka, itu bukan penghalang kepada kelompok empat anak muda ini untuk terus berkarya. Bagi mereka, asal masih ada lagi khalayak untuk melihat hasil kerja mereka, itu sudah cukup baik. Tidak pernah mengharapkan pulangan wang berjuta-juta ringgit bila mementaskan teater, mereka tahu tidak semua kelompok masyarakat akan menerimanya. Wang bukan masalah yang besar asalkan niat untuk memperjuangkan karya seni menjadi kenyataan sudah cukup memuaskan hati masing-masing. Lantas, peluang yang ada untuk mempersembahkan karya mereka akan dizahirkan melalui teater Juta-Juta yang akan dipersembahkan bermula 21 hingga 25 September ini di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur. Menariknya, pementasan teater Juta-Juta ini hanya menggunakan tiga orang pelakon yang akan bertukar-tukar watak sepanjang pementasan berlangsung. 12 watak yang akan dipertaruhkan oleh mereka yang mengisahkan tentang penggiat teater tanah air. Mereka yang terlibat termasuklah Aloy Paradoks, Fazleena Hishamuddin dan Anas Ridzuan yang bakal menentukan hala tuju teater ini. Melihatkan sinopsis asal teater Juta-Juta ini, ia mengisahkan perjalanan seni tiga orang kawan baik yang bercadang mementaskan sebuah teater di panggung Keraton Seni. Pelbagai perjalanan sukar yang dilalui oleh mereka untuk menarik minat dan sokongan ramai, tapi semua itu tidak semudah yang disangka. Sedang mereka membuat pembentangan di hadapan Pengarah Keraton Seni, bakal penaja dan pengkritik teater. Lantas kenangan lalu sewaktu mula-mula terlibat dalam bidang ini menggamit memori ketiga-tiga mereka. Insiden pertikaman lidah, salah menyalah dan bermacam-macam hal lain berlaku sehinggakan memperlihatkan masalah-masalah yang berlaku. Lantas apa yang bermain di fikiran, apakah benar masalah-masalah yang dipaparkan ini benar-benar terjadi dalam industri teater tanah air kita? Apakah benar untuk hidup sebagai anak panggung itu tidak semudah mana dan memerlukan kesabaran yang cukup tinggi? Berbicara dengan pengarah teater Juta-Juta baru-baru ini, Fashaly Fadzly tidak menafikan hal tersebut tetapi dalam masa yang sama tidak juga mahu menuduh itu dan ini pada orang-orang dalam industri yang sama-sama menjual bakat yang ada dalam diri masing-masing. "Kalau nak cakap soal masalah memang sampai bila pun tak habis. Saya hasilkan karya ini bukan kerana nak menyindir mana-mana pihak tetapi anggaplah ia sebagai teater sinikal yang mengisahkan tentang perjalanan seni sekumpulan anak muda sahaja. "Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau telah mati. Saya buat karya Juta-Juta ini lebih berunsurkan jenaka tetapi bukan lawak sitkom untuk menarik lebih ramai peminat nanti. "Kalau nak berjaya kita kena berani. Berani bereksperimen dengan watak-watak yang ada, cari di mana kelebihan yang ada untuk dipertontonkan tetapi dalam masa yang sama masih menjaga kualiti karya itu sendiri. "Saya lebih suka cabar diri untuk tunjuk yang kami juga boleh. Tapi masalahnya apabila untuk menarik orang ramai datang ke panggung. Harus diingat teater bukan untuk orang seni sahaja tetapi untuk semua," jelas Fasyali lagi. Nama Fasyali bukan satu nama yang asing dalam industri teater tanah air. Bakat yang ada pada anak muda ini cukup dikagumi bagi golongan muda memandangkan dia sudah berpengalaman mengarahkan beberapa buah teater termasuklah Kotak Hitam, Berani Mati dan Oedipus. Hampir tujuh tahun bergelumang dalam industri teater tempatan bukan satu tempoh yang panjang jika mahu dibandingkan dengan penggiat yang sudah berusia yang lain. Namun di sebalik semua itu, dia sudah banyak bertemu dengan pelbagai jenis ragam manusia dan sudah cukup masak dengan perangai segelintir penggiat teater yang cukup ramai itu. "Pusat pengajian tinggi yang menawarkan kursus teater semakin banyak. Tapi ke mana mereka akhirnya? Itu masalah yang paling besar yang saya lihat. "Usah tanya apa yang jadi pada mereka selepas habis belajar tetapi tanya adakah mereka mencari peluang sendiri untuk terus menabur bakti dalam industri teater tempatan? Atau ramai yang hanya menunggu peluang sahaja. "Masalah-masalah ini yang sering berlaku di awal permulaan mereka. Orang teater kena cinta pada bidang ini. Masyarakat kena tonton apa yang dihidangkan. Kalau ini berlaku tidak mustahil dapat menaikkan semula industri ini. "Berbalik pada teater Juta-Juta ini saya cukup masyarakat akan datang menonton karya ini. Kalau tidak melihat ia sebagai naskah yang besar sekalipun saya akan pastikan yang mereka akan pulang dengan kepuasan," kata Fasyali tersenyum. Bagi yang berminat untuk menyaksikan teater ini boleh melayari Facebook/TeaterJutaJuta atau hubungi 012-2789352 untuk maklumat lanjut. Tiket-tiket dijual dengan harga RM20. | ||
Posted: 17 Sep 2011 06:47 PM PDT ISU ciplak bukanlah satu perkara baru dalam industri muzik Korea. Namun apa yang berlaku terhadap kumpulan popular 2NE1 baru-baru ini ternyata berbeza. Hal ini disedari oleh kebanyakan peminat 2NE1 sendiri yang mendakwa sebuah syarikat pengeluar kasut berjenama Full Time di Venezuela telah menyalahgunakan video klip kumpulan tersebut yang berjudul I am the Best. Tanpa mendapatkan sebarang persetujuan, syarikat terbabit telah menyunting video klip tersebut dan menggabungkannya dengan iklan promosi kasut keluaran mereka. Peminat-peminat 2NE1 di Venezuela yang terkejut dengan isu tersebut tanpa berlengah telah merakam dan menghantar video tersebut kepada YG Entertainment untuk tindakan lanjut. Sebelum ini, kumpulan MBLAQ pernah berhadapan dengan insiden yang sama menerusi lagu Oh Yeah yang telah disalah guna oleh seorang artis bernama Andrea Bucaram dari Amerika Selatan. Bagaimanapun, ketika artikel ini disiarkan, tiada sebarang kenyataan daripada pihak YG Entertainment dikeluarkan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan