RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Kasut Tinggi Serlah Keyakinan Izara

Posted: 18 Sep 2011 11:49 PM PDT

AGAK pelik ketika menemu bual pelakon baru, Izara Aishah (gambar) kerana gadis berusia 19 tahun ini mahu menyembunyikan nama bapanya.

Kata Izara, dia bukan sengaja mahu berahsia tetapi kerana bapanya telah menasihati agar tidak mengaitkan nama keluarga dalam karier seninya.

Atas faktor itulah Izara terpaksa menerima hakikat nama keluarga tidak boleh dihebahkan kepada umum sekiranya dia benar-banar mahu serius dalam bidang seni.

"Saya seorang sahaja yang terlibat dalam karier seni ini, jadi keluarga tidak mahu mereka dikaitkan. Namun begitu, mereka tetap menyokong kerjaya saya dari belakang," kata Izara.

Antara drama yang pernah dilakonkannya adalah Keranamu Laila di TV3 dan Hantu Gigi di Astro Prima.

Berdarah kacukan Melayu-Pakistan, gadis cantik ini bukan sekadar dikenali sebagai pelakon, malah dia juga dikenali di pentas peragaan setelah memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.

Selain itu, dia juga gemar menari namun tidak menjadikan aktiviti itu sebagai karier sepenuh masa sebaliknya sekadar suka-suka.

Mengorek kisah lamanya sewaktu di alam persekolahan, Izara merupakan seorang yang aktif dan sering menyertai pertandingan seni termasuklah berkebolehan melakukan persembahan tarian tradisional, hip hop dan Latin.

"Saya mula menari sejak berusia lima tahun dan tarian yang saya belajar adalah Bollywood daripada ibu saudara saya.

"Sekarang, saya masih mempelajari tarian daripada koreografer tetapi hanya sekadar suka-suka dan cara senaman untuk mengisi masa lapang. Lagipun saya lebih banyak menumpukan kepada karier lakonan," katanya kepada OopStarz!.

Petua nenek

Beralih kepada pemakanan, Izara hanya mengamalkan makan nasi sehari sekali dan melakukan amalan diet yang seimbang. Dia juga mengikut petua neneknya yang gemar meminum air teh untuk kesihatan badan.

Menyentuh tentang produk kecantikan, Izara pernah mencuba suatu produk yang tidak bersesuaian dengan dirinya sehingga menyebabkan kulit mukanya menjadi kering dan menggelupas.

Tetapi setelah menemui produk Clean & Clear, kulit mukanya sudah kembali pulih.

"Sesibuk mana pun, saya pasti akan membersihkan muka sebelum tidur. Tetapi jika saya terlupa untuk membersihkan solekan di muka, saya bersyukur kerana muka saya tidak mudah ditumbuhi jerawat," ujarnya.

Bercerita tentang fesyen, pelakon yang bakal muncul dengan drama terbarunya, Soffiya pada 21 September ini di TV3 ini akan memastikan dirinya memakai kasut atau selipar yang bertumit tinggi bagi menambah keyakinan diri.

"Saya gemar memakai kasut tumit tinggi seperti "stiletto" dan "wedges" kerana apabila memakainya saya akan rasa lebih yakin. Ini kerana saya mempunyai perasaan rendah diri yang kuat.

"Saya rasa tidak cantik apabila diri ini rendah tetapi setelah memakai kasut tumit tinggi, saya akan berasa yakin.

"Misalnya setiap kali keluar ke kedai pun saya akan memakai selipar yang ada tumit tinggi manakala jika ke pusat beli-belah, saya akan memakai kasut tumit tinggi seperti "wedges" kerana ia membuatkan saya menjadi lebih selesa.

"Kasut tumit tinggi yang saya biasa pakai adalah 6 inci. Tetapi saya akan memakainya sewaktu ke majlis yang hanya memakan masa dua hingga tiga jam sahaja bagi mengelakkan kaki menjadi sakit dan lenguh," ujarnya.

Mahu menyanyi, berlakon sama

Posted: 18 Sep 2011 11:48 PM PDT

SEIRAS...ramai peminat mengatakan Jee dan Amyza berwajah serupa.
SEIRAS...ramai peminat mengatakan Jee dan Amyza berwajah serupa.

PADA awal pembabitan Amyza Aznan atau Amyza, 37, dalam dunia hiburan tempatan, wajahnya sering dikaitkan dengan Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff atau Jee Latiff, 40. Kata peminat mereka macam kembar seiras. Malah ada juga yang bertanya adakah dia adik kepada penyanyi popular itu.

Perkara itu turut disedari Amyza selepas ramai memperkatakannya. Waktu itu Amyza sering menidakkan apa yang diperkatakan kerana malu. Katanya lagi, siapalah dia hendak dibandingkan dengan Jee yang punya nama besar dalam industri muzik tempatan.

  • Foto

    AMYZA...teringin menyanyi bersama Jee.

  • Foto

    TETAP CANTIK...Jee masih sibuk mengadakan persembahan.

Waktu sama, kata Amyza yang ditemui pada satu majlis sambutan Aidilfitri, baru-baru ini, dia memang meminati Fauziah sejak kecil dan seingatnya sejak tingkatan satu.

"Dulu masa zaman budak-budak, apabila orang kata muka saya mirip Jee, saya selalu belek wajah di hadapan cermin. Waktu sama hati turut bertanya, benarkah wajah saya sama dengannya dan dari sudut mana?


"Jee jauh lebih cantik kalau hendak dibandingkan dengan aku, fikir saya. Tapi selalunya saya akan simpan perasaan bangga apabila dikatakan serupa dengan Jee. Mana tidaknya orang kata wajah saya dan penyanyi kesayangan serupa, mestilah saya rasa seronok!" katanya.


Bagaimanapun, sepanjang membabitkan diri dalam dunia seni hanya sekali dia ditemukan dengan penyanyi terbabit bagi menjayakan satu sesi fotografi untuk menghiasi muka hadapan majalah. Waktu itu hatinya sangat berbunga kerana dapat bertentang mata dengan penyanyi kesayangannya.

"Peluang itu saya peroleh selepas enam tahun bergelar pelakon. Mungkin kerana sudah ramai orang menyebut wajah kami serupa menyebabkan editorial majalah itu mendapat idea untuk menemukan kami," kata Amyza.

Selepas itu, dia tidak berkesempatan bertemu dengan Jee lagi sehinggalah apabila mereka bertemu sekali lagi pada majlis sambutan Aidilfitri terbabit. Kebetulan Jee dijemput untuk menyanyi.

Lalu peluang itu digunakan Rap untuk merakamkan gambar mereka berdua buat pembaca setia dan peminat bagi melihat sendiri dari sudut mana wajah dua artis terkenal ini dikatakan sama.

Menyambung perbualan membabitkan minat Amyza terhadap Jee, kata pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu, dia turut menjadikan kejayaan diraih penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu sebagai sumber inspirasi.

"Pembabitannya dalam dunia nyanyian benar-benar memberi impak berbanding artis sekarang dan rata-rata mereka mempunyai ramai pengikut setia. Malah kerana kejayaan diraih Jee juga menyebabkan saya menyimpan impian menjadi penyanyi.

"Daripada tak ada suara sehinggalah sekarang saya boleh menyanyi dengan baik. Jee juga menjadi pembakar semangat untuk saya mengasah bakat dalam bidang nyanyian," ujarnya.

Pada waktu sama, Amyza berkata, dia menyimpan impian untuk menyanyi bersama Jee walaupun sekali tidak kira dalam rakaman lagu mahupun persembahan pentas. Mengikuti perkembangan idolanya itu yang kini turut berlakon drama, dia juga berharap selepas ini akan terbuka peluang untuk mereka beraksi sama.

Pertama kali mendengar kenyataan mengatakan wajahnya sama dengan Amyza membuatkan Jee tertanya-tanya. Bagaimanapun, apabila pertama kali melihat wajah pelakon itu, penyanyi berasal dari Klang, Selangor itu mengakui tersenyum.

"Apabila melihat wajahnya buat pertama kali saya faham mengapa ada yang mengatakan wajah kami mirip. Mungkin bentuk rupa ada sikit iaitu bujur sirih dan waktu sama saya kelihatan lebih cengkung sedikit. Ada satu klip video pernah saya hasilkan waktu isu saya sangat kurus. Apabila melihatnya kembali memang saya dan Amyza nampak seiras," katanya.

Menyentuh mengenai kerjaya lakonan Amyza, Jee akui ibu anak dua itu sangat berbakat dan menggemari aksinya. Dia juga menyifatkan Amyza seorang pelakon serba boleh dan lakonannya bersahaja.

Menyentuh mengenai impian Amyza yang memujanya dan berhasrat untuk berduet bersama, kata Jee, dia terharu dan sangat berterima kasih. Sekiranya ia terlaksana, Jee menganggap ia sebagai satu penghormatan.

Menyentuh mengenai kerjaya lakonan dan hasrat Amyza untuk digandingkan bersama, kata Jee merendah diri, dia menyifatkan sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan, masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.

"Saya berterima kasih kepada Suhan Movies & Trading juga Rosyam Nor kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk menimba pengalaman dan belajar selok-belok dunia lakonan. Bagaimanapun, bagus sekiranya kami dapat ditemukan di layar. Tapi segan sebabnya saya ini baru hendak belajar. Sekiranya peluang datang saya menerimanya dengan tangan terbuka," katanya yang kini sering mengikuti konvoi motosikal besar.

Menyentuh mengenai kerjaya, kata Jee, dia masih menerima tawaran untuk mengadakan persembahan cuma buat masa sekarang dia belum terfikir untuk menghasilkan album kerana mahu berehat buat sementara.



PROFIL

Nama Penuh: Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff
Panggilan: Fauziah Latiff atau Jee
Tarikh Lahir: 5 Disember 1970
Usia: 40 tahun
Asal: Klang, Selangor
Status: Ibu Tunggal
Anak: Jeffri Joaquim Indot dan Jeremy Jay Indot
Kerjaya: Penyanyi, pelakon
Album: Digamit Memori, Kau Merubah Segalanya, Kini, Tiada Noktah Cinta, Hua Xi Ya, Gubahan Rindu Puisi Syahdu, Epilog Memori Gelita, Apa Sebenarnya, Sahabat, Jee '98, Yang Lebih Kau Cinta...Jee, Pesona (2006), Koleksi Emas Volume 1, Koleksi Emas Volume 2, Petikan Syahdu Volume 1, Petikan Syahdu Volume 2, Jee No 1st, Di Sebalik, Balada, Memori Sentimental Hit, Keunggulan.
Teater: Rubiah, Muzikal Tun Razak
Program: Muzikal Mencari Harta Karun, Lontong, Raya Rantau, Malaysian Idol.
Drama: Kudrat Iman dan Gelora Di Hati Sara
Filem: Pak Tam Duda dan Memori (Penampilan Khas)
Iklan: Salem, LUX, SKII
Anugerah: Juara Pesta Pujaan Kingsway 1989, Lagu Sahabat menang 5 trofi Anugerah Video M 1996, Juara Keseluruhan, Juara Kategori Balada & Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu Ke-8 (AJL 8) lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Penghibur TV Wanita Popular 1992 & 1993 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).


PROFIL

Nama: Amyza binti Aznan
Panggilan: Amyza
Tarikh Lahir: 18 Julai1 974
Usia: 37 tahun
Tempat Lahir: Alor Gajah, Melaka
Pekerjaan: Pelakon, Penyanyi, dan Pengacara
Hobi: Menyanyi, menari dan memasak
Status: Berkahwin
Suami: Khairil Izhar Mohd Nazir
Anak: Andre Mikhail dan Adrian Adam
Filem: Iman Alone, Puteri Impian 2
Drama: Mat Despatch, Tiga Dara, Tan Tin Tun, Geletek, Iris, Mister and Misses, Kerana Kasih, Ejen 008, Isteriku Bukan Queen Control, Janji Meletup, Donut, Trilogi Cinta, You Saka Pergi Jauh Jauh, Ohh... Bola, Ahmad Albab Yang Punya, Begitukah Cinta.
Rancangan TV: Sehati Sejiwa, Biskut Apa?
Pencapaian: Naib Juara Sehati Berdansa 2

Ashraf Muslim-Dayana Bercinta Selepas Kahwin

Posted: 18 Sep 2011 11:47 PM PDT

Ashraf dan Dayana sewaktu majlis persandingan di pihak perempuan di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.

GOMBAK: Pelakon Ashraf Muslim, 30, akui sedang mencari keserasian dengan isterinya, Noor Dayana, 24, memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin pada 30 Ogos lalu.

Pasangan ini bernikah di Dataran Kaabah, Mekah yang dihadiri oleh 10 orang kaum keluarga kedua-dua belah pihak serta jemaah umrah.

"Kami dinikahkan oleh bapa Dayana. Selepas nikah, kami melakukan solat sunat nikah, tawaf sebanyak tujuh kali dan berdoa.

"Alhamdulillah, selepas berkahwin, saya rasa perkahwinan saya lebih teratur dan semua kerja dilakukan bersama-sama.

"Dia selalu menceriakan saya dan saya menyenangi tutur kata, layanan serta tanggungjawab yang diberikan. Kami juga saling berkongsi masalah bersama-sama," ujarnya yang mengenali Dayana sejak setahun lalu.

Mempelai ketika upacara memotong kek.

Menyentuh tentang tempat tinggal, Ashraf dan Dayana terpaksa berpisah buat sementara waktu memandangkan isterinya sedang belajar di sebuah pusat pengajian di Melaka sehingga Mac tahun depan.

"Saya akan menetap di Kuala Lumpur manakala Dayana terpaksa tinggal di Melaka demi menghabiskan pengajiannya," kata Ashraf lagi yang pernah mensasarkan untuk berkahwin sebelum usia 30 tahun.

Walaupun isterinya sangat pandai memasak terutama masakan Barat, Ashraf tetap mengharapkan agar Dayana belajar masakan kampung.

"Setakat ini saya sudah merasa lasagna yang dimasak olehnya, ujar Ashraf lagi.

Selain masakan, Ashraf akui tertarik dengan imej wanita solehah yang diingini selama ini.

Menyentuh tentang percutian bulan madu, pasangan ini belum merancang untuk melakukan aktiviti tersebut pada masa terdekat ini.

"Kami sudah sepakat memilih New Zealand sebagai lokasi percutian tetapi masanya akan ditetapkan kemudian selepas habis belajar," kata Ashraf yang sudah lama tidak berlakon.

Bukan sudah bersara dari lakonan, tetapi kerana sibuk dengan kariernya sebagai pengamal perubatan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, di Kampung Sungai Pusu, di sini.

Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan dilangsungkan pada 24 September ini, pukul 12 tengah hari di Ballroom, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka dengan konsep Islamik Taman Raudhah.

Bintang Rock Mahu 'Gegarkan' Tawau 1 Oktober

Posted: 18 Sep 2011 11:46 PM PDT

Ella bakal memeriahkan Konsert Lagenda Rock di Tawau, Sabah pada 1 Oktober ini.

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kejayaan penganjuran konsert rock melibatkan nama-nama seperti Lefthanded dan May, Syarikat Nova Music bakal menganjurkan sebuah konsert besar-besaran di Tawau, Sabah, pada 1 Oktober depan.

Persembahan yang diberi nama "Konsert Legenda Rock" itu bakal melibatkan empat nama besar seperti Ella, Mus (May), Bandi (Amuk) dan Asheed (Def-Gab-C).

Menurut penerbit konsert berkenaan, Rosmin Hashim, pemilihan empat nama tersebut berdasarkan satu kaji selidik yang dibuat mendapati empat ikon muzik itu amat popular di negeri Sabah itu.

"Seperti May, Amuk dan Def-Gab-C mereka masing-masing pernah mengalami sendiri kehangatan sambutan peminat di sana menerusi persembahan lalu.

"Kemunculan Ella pula amat dinanti-nantikan oleh peminat di sana yang belum berpeluang melihat ratu rock negara itu beraksi secara dekat," katanya.

Mus (May) bakal beraksi tanpa kumpulannya.

Rosmin berkata, peminat yang dikenakan caj bayaran tiket masuk hanya RM20 akan menikmati persembahan selama lebih tiga jam pada malam tersebut.

Bakal diadakan di Kompleks Sukan Tawau Sabah, menurut Rosmin, pihaknya menjangkakan seramai 20,000 peminat akan membanjiri kompleks itu yang bukan sahaja datang dari Tawau tetapi juga daripada daerah berdekatan.

"Kami menjangkakan peminat bukan sahaja datang dari Tawau tetapi juga dari daerah seperti Kunak, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan," katanya.

Ditanya mengenai pemilihan Tawau sebagai tempat pilihan, Rosmin berkata, kedudukan geografi Tawau sebagai bandar ketiga terbesar di negeri itu dengan jumlah penduduk melebihi 350 ribu adalah antara faktor pendorong.

Tambahnya lagi, selepas konsert, peminat berpeluang bergambar dengan artis kegemaran mereka dengan sedikit bayaran dikenakan selain boleh membeli baju T konsert yang bakal dijual di tapak persembahan.

Sementara itu, Bandi memberitahu dia sangat teruja untuk mengadakan persembahan tersebut dan menyifatkan peminat di Tawau sangat memberi sokongan setiap kali membuat persembahan di sana.

"Ini bukan pertama kali saya membuat persembahan di sana jadi saya tahu keadaannya dan bagaimana untuk memenuhi kehendak mereka," ujarnya.

Bakal mempersembahkan empat buah lagu, Bandi memberitahu persembahan mereka akan diiringi oleh Point Band selain beberapa kejutan istimewa untuk peminat.

Alam Dan Haiwan Milik Aishah Sinclair

Posted: 18 Sep 2011 11:45 PM PDT

SEJAK akhir-akhir ini, penampilan Aishah Sinclair (gambar) semakin menjadi perhatian umum. Tambah pula dengan gaya rambut pendek ala "pixie cut" itu memperlihatkan wajah ibu kepada Soraya Ann, 1, ini tampak lebih muda berbanding usianya.

Pada 27 Oktober depan Aishah bakal menginjak usia 31 tahun.

Dia juga mengakui sejak memotong rambut pada Februari lalu, keyakinan hidupnya menjadi lebih tinggi, malah rambutnya kini lebih mudah diuruskan.

"Kalau nak tahu, bukan mudah saya membuat keputusan untuk berambut pendek seperti ini. Malah, sebulan sebelum melakukan tindakan itu, suami saya, Sheikh Abdul Shahnaz, menunjukkan reaksi kurang bersetuju dengan keinginan saya itu.

"Kemudian, tiba-tiba dia pula yang sibuk tanya saya bila nak potong rambut? Bila saya nampak dia juga beria-ia mahu melihat perubahan rambut saya, tanpa berfikir panjang, saya terus ke salon. Seterusnya saya memilih Emma Watson dan Halle Berry sebagai inspirasi saya untuk mendapatkan imej itu," tuturnya.

Kata Aishah atau nama sebenarnya Aishah Jennifer Mohamed Sinclair, berambut pendek lebih memudahkan dia untuk mempersiapkan diri memandangkan dia sibuk menguruskan anak.

Cuma, gaya sebegitu membuatkan pengacara jelita ini berasa segan apabila tersedar potongan itu membuatkan wajahnya tampak seperti seorang lelaki.

"Bila berambut pendek, wajah saya nampak macam tomboi. Jadi saya pun mulalah merajinkan diri menyolekkan wajah agar nampak lebih feminin. Seronoknya, berambut pendek tidak memerlukan kita fokus tentang penjagaan rambut.

"Saya masih lagi ingat ketika berambut panjang, berbotol-botol produk rambut berada dalam bilik air," selorohnya yang begitu peka tentang penjagaan kecantikan diri.

Dalam pada itu, sebagai seorang wanita, lebih-lebih lagi apabila bergelar ibu, masalah sibuk menjaga anak tidak boleh dijadikan alasan untuknya mengabaikan diri.

Ujar anak kacukan Melayu-Inggeris ini, dia tahu, anak akan menjadi keutamaan apabila tibanya soal membeli belah atau keperluan-keperluan lain.

Namun, Aishah bersikap sedikit 'pentingkan diri' di mana dia akan memastikan, dirinya juga tidak terabai dek kerana terlalu fokus dengan anak pertamanya itu.

"Rasanya semua wanita gemar membelai diri masing-masing. Justeru itu, kita perlu bijak mencuri masa dengan membuat urutan, membeli belah atau ke spa agar tubuh badan kita juga mendapat penjagaan yang secukupnya. Saya percaya, kita tidak akan menjadi ibu yang bagus jika diri sendiri pun tidak terjaga," katanya.

Risau gagal didik anak

Jiwa ibu mana yang tenang apabila melihat gejala sosial semakin menjadi-jadi di zaman ini dan ia mungkin boleh mempengaruhi anak-anak mereka.

Perasaan itu turut terpaut di hati Aishah apabila memikirkan adakah perkara itu juga akan berlaku kepada anak perempuannya pada masa akan datang?

"Entahlah, susah kita nak jangka apa yang akan terjadi kepada anak kita apabila memasuki zaman remaja nanti.

"Sebagai seorang ibu, semestinya saya takut jika Soraya tersilap langkah dalam melalui cabaran kehidupan. Bagaimanapun, saya juga kena sedar bahawa kita tidak boleh menjadi terlalu sempurna dalam mendidik.

"Malah cara mendidik pada zaman kini dan dulu juga lain kerana kanak-kanak sekarang cepat belajar dengan apa yang mereka lihat. Saya pun tidak mahu mengongkong Soraya kerana takut dia memberontak pula," ujarnya.

Bagaimanapun, Aishah bersyukur kerana bukan sahaja dia yang menjaga anak kesayangannya itu, tetapi ibu kandung dan ibu mertuanya turut membantu dalam cara mendidik anak dengan betul.

"Saya tahu bahawa saya bukanlah ibu yang sempurna lebih-lebih lagi menjadi ibu kepada anak sulung.

"Alhamdulillah, selain suami, ibu dan bapa mertua saya banyak membantu dan menyokong. Malah saya akan hantar ke taska kendalian makcik saya jika mempunyai hal kerja. Sekurang-kurangnya Soraya dijaga oleh orang yang saya percayai," katanya pengacara The Breakfast Show di ntv7 ini.

Tanam pokok di Mongolia

Seperti umum tahu, Aishah seorang yang begitu peka tentang masalah alam sekitar yang semakin pupus dek kerana kerakusan manusia yang tidak peka dengan penjagaan alam.

Selain menjadi jurucakap Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), Aishah baru sahaja menandatangani kontrak menjadi duta alam sekitar, Timberland Earthkeepers (TE) pada Jun lalu.

Menariknya, Aishah telah ke Mongolia bersama pihak TE dan beberapa pemenang yang menyertai peraduan soal jawab yang dianjurkan oleh TE, selama dua hari untuk menanam pokok di gurun Horqin.

"Di sana, kami telah menanam sebanyak 800 pokok dan projek ini telah dilakukan sejak 10 tahun yang lalu. Dan dalam masa 10 tahun TE telah menanam sebanyak 1 juta pokok.

"Alhamdulillah, pokok-pokok yang ditanam sudah membesar dan masih lagi hidup hingga sekarang. Sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan bumi yang kepupusan pokok-pokok hijau," ujarnya bersemangat.

Selain itu Aishah juga seorang pencinta haiwan dan kata adik kepada pelakon Ashraf Sinclair ini, dia kerap membela kucing yang terbiar dalam jangka masa tertentu.

"Hati saya menjadi kurang senang apabila mendengar kucing mengiau. Saya akan cari kucing itu sampai dapat dan membawanya pulang ke rumah. Lagipun di rumah saya ada kucing dan sangkarnya sekali. Kemudian saya akan serahkan kepada orang yang ingin membelanya.

"Rasanya saya mengikut jejak ayah yang juga tidak senang melihat haiwan terseksa. Dahulu, ketika ayah dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat seekor anjing didera oleh tuannya. Ayah terus berhentikan keretanya dan marah tuan punya anjing itu," selorohnya.

Cincin Peminat Pikat Hati Iesya

Posted: 18 Sep 2011 11:44 PM PDT

BERMULA sebagai pengacara, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh atau Iesya, 27, (gambar) melebarkan lagi sayapnya dalam bidang seni untuk bergelar seorang penyanyi sejak 2008.

Menerusi single pertamanya, Semanis Janji, Iesya yang juga pengacara rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1 ini turut mengukir nama dalam bidang nyanyian di Singapura memandangkan kerjayanya diuruskan oleh syarikat rakaman Putri Vision dari negara tersebut.

Seiring dengan kelahiran album sulungnya berjudul Impian, Iesya turut melakukan perubahan terhadap penampilannya iaitu dengan mengenakan kasut berbeza bagi kedua-dua kakinya.

Walaupun kelihatan janggal, Iesya tetap dengan pendiriannya untuk mengenakan imej seperti itu lebih-lebih lagi apabila ia mendapat respons yang baik daripada peminat ketika dia membuat persembahan.

Menariknya, selepas memperkenalkan identiti seperti itu, Iesya agak bertuah apabila dilantik sebagai duta pakaian dan kasut di butik Spyke & Sweet Apparel, Novena Mall di Singapura.

Selain kasut, terdapat barangan lain yang menjadi koleksi kesayangan Iesya termasuklah hadiah pemberian peminat yang dirasakan sangat berharga.

Buku biografi

Iesya suka membaca lebih-lebih lagi buku biografi berkaitan pemimpin dalam dan luar negara. Iesya suka mengambil tahu tentang ideologi dan cara pemikiran mereka. Selain itu, melalui pembacaan itu juga mampu mengajar Iesya untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin.

Tali Pinggang

Iesya menyukai tali pinggang. Baginya, tali pinggang boleh menjadi aksesori yang menaikkan seri kepada si pemakai lebih-lebih lagi apabila memilih warna yang kontra daripada pakaian.

Gincu

Terdapat dua jenis warna gincu yang disukai olehnya iaitu merah daripada MAC (Wonder Woman) dan merah jambu (YSL). Walaupun gincu YSL sukar ditemui di mana-mana pusat beli-belah di Kuala Lumpur, Iesya sanggup mendapatkan gincu itu yang hanya boleh didapati di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Cincin

Iesya mempunyai banyak koleksi cincin yang dibeli sendiri termasuk hadiah pemberian peminat. Namun, terdapat tiga bentuk cincin pemberian peminat yang sangat dihargainya. Peminat lelaki yang memberikan cincin itu meminati Iesya. Pemuda berasal dari Kedah itu turut meluahkan perasaannya menerusi surat dan gambar yang dihantar setiap kali memberikan hadiah cincin menerusi pos.

Rantai

Rantai manik berwarna ungu ini merupakan pemberian Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar sebagai tanda penghargaan semasa Iesya mengendalikan program masakan berjudul 'Air Tangan Tengku Puan Pahang' di RTM.

Gelang tangan

Hadiah gelang tangan ini merupakan pemberian Datuk Seri Tengku Puteri Zahariah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena Hari Raya Aidilfitri. Iesya merasakan gelang tangan ini sangat cantik dipakai bagi menambahkan seri sekiranya seseorang itu tidak gemar memakai jam tangan. Tetapi sekali pandang pasti orang ingat gelang tangan itu adalah jam.

Cenderamata dan album

Koleksi ini amat berharga daripada Iesya untuk para peminatnya. Iesya juga gemar menyimpan koleksi ini sebagai kenangan hasil kerjanya. Seandainya panjang umur, Iesya ingin berkongsi kenangan ini dengan anak dan cucunya.

Minyak wangi

Antara banyak-banyak minyak wangi, Iesya paling menyukai wangian jenama Wisal dari Mekah yang boleh dipakai sewaktu solat. Ramai rakannya yang bertanyakan tentang wangian itu. Jika dulu, Iesya selalu mengirimkan wangian itu daripada rakannya tetapi kini dia boleh membelinya di Pavilion, Bukit Bintang. Selain itu, dia gemar mengumpul botol minyak wangi yang cantik dan unik.

Kasut

Kasut merupakan barang yang wajib dibeli setiap bulan kerana Iesya gemar memakai kasut berlainan sebelah ketika membuat persembahan dan majlis-majlis tertentu.

Beg tangan

Jenama Louis Vuitton (LV) menjadi pilihan Iesya kerana beg itu tahan lasak serta tidak mudah koyak. Jika rosak, dia akan pergi ke butik LV untuk membetulkan bahagian yang rosak itu atau menukarnya dengan yang baru. Dia lebih mementingkan kualiti dan tidak melihat harga dan jenama sesuatu barangan. Ini kerana dia tertarik dengan cara beg itu dihasilkan iaitu dijahit menggunakan tangan.

35 Peratus Karyawan Filem Tiada Pendidikan Khusus

Posted: 18 Sep 2011 11:43 PM PDT

Program Masterclass tidak dibuka kepada umum tetapi khusus untuk penggiat seni.

DUNIA perfileman negara pada hari ini menunjukkan perkembangan yang luar biasa apabila pertumbuhannya meningkat secara mendadak khususnya dalam penghasilan filem cereka.

Ia dapat dilihat berdasarkan kepada jumlah filem yang layak untuk tayangan sejak tiga tahun kebelakangan ini meningkat iaitu 27 buah filem pada tahun 2009, 39 filem (2010) dan 41 filem (2011).

Perkembangan itu dapat dibuktikan apabila jumlah pawagam turut bertambah iaitu hanya 66 buah pawagam pada tahun 2005 meningkat sebanyak 103 pawagam pada tahun 2011.

Sepanjang tahun lalu sahaja, produser filem kita berjaya mendapat kutipan kasar iaitu RM85.97 juta sementara dari Januari sehingga Jun lalu, kutipan tiket di pawagam mencatatkan jumlah RM63.389 juta.

Selain pernah mengikuti program Masterclass, Fauziah Nawi (kanan) turutterlibat sebagai tenaga pengajar.

Dianggarkan sehingga Disember depan, kutipannya akan mengatasi jumlah tahun lalu.Bukti-bukti ini adalah petanda bahawa masyarakat pada hari ini semakin percaya terhadap keupayaan penggiat seni dalam menghasilkan karya masing-masing yang lebih bermutu dan berdaya saing.

Bayangkan jumlah penonton yang menyaksikan karya anak tempatan menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan iaitu 9.24 juta pada tahun lalu manakala daripada Januari sehingga Jun 2011, ia mencatatkan 6.630 juta.

Malangnya sejauh manakah penggiat seni kita bersedia menghadapi cabaran ketika dunia perfileman sedang berkembang dengan pesat?

Ini kerana tidak semua karyawan tidak kiralah pelakon atau mereka yang bekerja di belakang tabir mahu berusaha untuk menambah pengetahuan masing-masing dalam bidang seni melalui kursus-kursus kemahiran yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Kebanyakan mereka bekerja berdasarkan kepada kemahiran yang ditimba daripada bawah dan bukannya memiliki kemahiran khusus dalam bidang yang dipilih.

Atas keinginan untuk melahirkan lebih ramai karyawan agar memiliki kemahiran dalam bidang seni, kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memperkenalkan program latihan bagi memberi ilmu kepada anak-anak seni agar dapat meningkatkan kerjaya masing-masing melalui program Masterclass.

Dilaksanakan sejak tahun 2005, Finas telah berjaya menganjurkan 24 buah kelas yang berjaya menarik lebih 272 peserta bagi memberi peluang kepada mereka mendapatkan pendidikan formal di dalam bidang perfileman.

Mohd Zolkifli Mohamad Abu Bakar.

Tiada kemahiran

Pengarah Bahagian Latihan Perfileman Finas, Maimunah Hamzah berkata, program tersebut dijalankan berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati hampir 35 peratus daripada pemain dalam industri tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang perfileman.

Atas dasar itu, pihak Finas mewujudkan program Masterclass khusus untuk pekerja-pekerja atau penggiat seni yang bekerja di dalam industri berdasarkan pengalaman.

"Ramai di antara penggiat seni tidak mempunyai pendidikan khusus dan mereka memulakan kerjaya dari bawah dan berjaya naik melalui pengalaman tetapi tidak mempunyai sebarang sijil untuk ditunjukkan," ujarnya ketika ditemui Mingguan mStar.

Maimunah turut menjelaskan, menerusi program yang dilakukan sebanyak empat kali setahun ini, ia dapat meningkatkan pembangunan modal insan perfileman berkualiti dengan memberi peluang latihan yang mampu menyuntik ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja dalam industri.

Maimunah Hamzah.

"Secara tidak langsung, melalui program sebegini ia akan menambahkan lagi bilangan pakar dalam dunia perfileman supaya pada masa akan datang mereka dapat menghasilkan produk filem yang berkualiti dan tidak terkejut jika ia dapat menembusi pasaran antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, Maimunah berkata, program Masterclass ini bagaimanapun tidak dibuka kepada umum dan mengehadkan kepada pekerja dalam industri seni sahaja.

Mereka yang digalakkan menyertai program lima hari ini adalah penulis skrip, karyawan, pelakon, pekerja filem dan pelajar filem.

"Sebenarnya ramai orang awam berminat untuk menyertai program ini tetapi pihak pengurusan Finas telah bersetuju untuk mengehadkannya kepada mereka yang terlibat secara langsung di dalam dunia perfileman sahaja.

"Ini kerana terdapat banyak program dan bengkel lain disediakan oleh pihak Finas yang boleh disertai oleh masyarakat awam," ujarnya.

Tambah beliau lagi, kursus Masterclass ini terbahagi kepada lima kategori membabitkan bidang pengarahan, penulisan skrip, lakonan, sinematografi dan dokumentari.

Tenaga pengajar

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Latihan Perfileman Finas, Mohd Zolkifli Mohamad Abu Bakar berkata, selepas tujuh tahun program itu diadakan, ia mendapat sokongan daripada beberapa tenaga pengajar jemputan daripada dalam dan luar negara yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu kepada peserta.

Walaupun mendapat sedikit kritikan mengenai penceramah jemputan daripada luar negara, Mohd Zolkifli berkata, perbadanan itu ingin mendedahkan peserta dengan bimbingan dan pengalaman yang mungkin berbeza daripada pengajar tempatan demi meningkatkan industri perfileman negara ini.

"Industri perfileman tempatan dan luar negara mempunyai perbezaan ketara. Perbezaan itulah yang ingin didedahkan kepada peserta yang mana mungkin memberikan faedah kepada mereka untuk memajukan industri perfileman," ujarnya.

Mohd Zolkifli memberitahu, antara tenaga pengajar luar yang sentiasa memberikan kerjasama adalah nama-nama seperti Peter Dimen, pakar dalam seni lakonan, Yasu Tanaka, berkemahiran dalam penulisan skrin dan Mike Muschamp yang mahir dalam soal sinematografi.

Pun begitu katanya, khidmat profesional dari dalam negara tidak diabaikan. Nama-nama seperti U-Wei Shaari, Fauziah Nawi, Khalid Sulaiman, Normah Nordin dan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin yang mempunyai kepakaran dan pengalaman masing-masing turut menyumbang kepada program Masterclass.

Dalam pada itu, Mohd Zulkifli memberitahu, setakat ini pihak Finas telah menganjurkan dua program Masterclass iaitu penulisan skrin dan lakonan.

Katanya, pada November depan dua lagi program akan menyusul iaitu penceritaan visual dan dokumentari yang telah pun mendapat permohonan daripada penggiat seni.

"Alhamdulillahlah, walaupun kurang mendapat pendedahan dalam media mengenai program ini, setiap kali ia dianjurkan, permohonan yang diterima melebihi kapasiti ditetapkan.

"Bagaimanapun kita tetap menerima semua permohonan untuk ditolak pada program Masterclass akan datang," katanya.

Mohd Zolkifli memberitahu antara penggiat seni dan pelakon yang telah menyertai program ini seperti Hans Isaac, Vanidah Imran, Mamat Khalid, Rashidi Ishak, Raja Azmi, Gambit Saifullah, Sofea Jane, Afdlin Shauki dan Pierre Andre.

Malah katanya, ada di antara peserta yang kembali menyertai program berkenaan walaupun telah mengikutinya sebelum ini dan ia jelas menggambarkan program tersebut mendapat perhatian daripada karyawan dan penggiat seni tempatan.

Hanya mengenakan bayaran sebanyak RM600 untuk kursus selama lima hari, Mohd Zolkifli memberitahu permohonan untuk menyertai program ini boleh dibuat melalui laman sesawang Finas atau menghubungi terus Bahagian Latihan Perfileman.

Selain dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam meningkatkan ilmu ia juga platform sesuai untuk memperluaskan rangkaian para penggiat seni yang turut terlibat dalam program itu.

Bagaimanapun sedihnya apabila tidak ramai artis ataupun penggiat seni ingin merebut peluang untuk menambahkan lagi pengetahuan mereka.

Hari ini, para artis kita sibuk mengejar tawaran berlakon tanpa mahu mengambil kesempatan untuk meningkatkan pengetahuan masing-masing.

Muzik Segar Awi Rafael

Posted: 18 Sep 2011 11:42 PM PDT

Artis: Awi Rafael

Album: Awi Rafael

Lagu Pilihan: Pulanglah, Aku Bukan Bintang dan Bila Aku Jatuh Cinta

Edaran: Warner Music Malaysia

TIDAK banyak lagu yang ditampilkan dalam album pertama penyanyi baru Awi Rafael ini. Hanya lima lagu sahaja.

Lagu-lagu tersebut ialah Pulanglah, Aku Bukan Bintang dan Bukankah Aku?, Bila Aku Jatuh Cinta dan Panas.

Bagaimanapun, kemunculan Awi Rafael menerusi album ini sudah cukup kuat untuk menaikkan namanya dalam industri muzik tempatan.

Seperti yang umum mengetahui, Pulanglah dan Panas menjadi hit dan sering berkumandang di corong-corong radio tempatan.

Usah meragui tiga lagu yang lain kerana setiap lagu mempunyai kekuatan melodi yang tersendiri.

Alunan muzik gitar pada permulaan lagu Pulanglah yang menjadi trek pertama album ini sudah cukup kuat untuk menunjukkan kredibiliti Awi sebagai penyanyi baru yang serba boleh, apatah lagi bekas vokalis kumpulan Bumi Band ini memiliki vokal yang hebat.

Kemudian, mainan muzik rancak dalam lagu Aku Bukan Bintang dengan iringan trompet juga menarik minat Oopstarz!. Liriknya juga agak catchy untuk dihayati.

Lagu balada, Bukankah Aku yang berkisarkan tentang masalah cinta juga sedap didengar. Lebih-lebih lagi alunan muzik petikan piano pasti membuatkan pendengar terbuai seketika dengan lagu ini.

Begitu juga dengan Bila Aku Jatuh Cinta, melodinya yang lebih mendayu pada verse pertama dan kemudiannya bertukar menjadi sedikit rancak itu juga menarik perhatian OopStarz!.

Secara keseluruhan Awi menerapkan gaya nyanyiannya yang tersendiri. Tidak pun sama dengan lagu-lagunya ketika bersama Bumiband. Untuk album seterusnya, mungkin Awi akan menonjolkan sisi muzik yang lain pula?

Linora Low Uji Diri Sebagai Pelakon

Posted: 18 Sep 2011 11:41 PM PDT

MELANGKAH ke dunia hiburan secara rasmi pada tahun lalu sebagai penyampai radio Red FM, Linora Low, 27, (gambar) mengakui jiwanya semakin serasi dengan kerjaya tersebut.

Seorang yang berperwatakan ceria, suka bergurau dan ketawa, Low yakin dengan keputusan yang dibuat untuk bertapak secara serius dalam bidang penyiaran.

"Saya mula berjinak-jinak di bidang seni pada tahun 2007 dengan menceburkan diri dalam beberapa pementasan teater, kemudian mendapat beberapa tawaran berlakon drama dan filem.

"Salah satunya filem Belukar bersama Daphne Iking yang ditayangkan pada tahun lalu. Namun begitu saya sedar bidang lakonan bukan sesuatu yang saya cari kerana saya tidak boleh menjadi diri sendiri berbanding jika bergelar seorang deejay radio," katanya.

Bagaimanapun, wanita yang berkelulusan ijazah dalam bidang Komunikasi Massa di Monash University ini tidak mahu mensia-siakan bakat lakonan yang ada sebaliknya sentiasa mencari peluang untuk menguji dirinya dalam bidang tersebut.

"Saya seronok berlakon, terutamanya di pentas teater. Biarpun sudah mempunyai kerjaya tetap sebagai deejay, saya masih aktif berteater jika mempunyai kelapangan."Selain lakonan, saya pernah menjadi pengacara untuk sebuah rancangan sukan di Astro dan pengacara majlis-majlis korporat," ujarnya.

Dalam pada itu, selebriti serba boleh ini juga pakar dalam menghasilkan laman blog. Selain untuk kepentingan sendiri, Low pernah mereka bentuk laman web untuk penyanyi jaz tempatan iaitu Janet Lee.

Bercerita tentang pengalaman menarik sepanjang bergelar selebriti, Low berkata dia sering kali disapa dengan panggilan "Red FM" oleh peminat-peminat yang tidak tahu namanya.

"Mereka kebanyakannya tidak tahu nama saya dan jika terserempak di luar mereka hanya akan memanggil saya dengan nama Red FM. Walaupun begitu saya tetap terharu. Saya juga seronok melayan kerenah pendengar kerana terpaksa melayan mereka yang mempunyai macam-macam ragam, " katanya.

Seperti juga keluarga lain, menurut Low, pada awal menceburi bidang ini, bapanya kurang yakin dengan pendapatan yang bakal diperoleh. Namun berkat usaha dan kegigihannya itu, keluarganya sudah mula percaya dan seterusnya memberi sokongan penuh untuk dia aktif bergelar deejay radio.

"Pada mulanya keluarga saya agak bimbang dengan kerjaya sebagai deejay radio. Maklum adik-beradik saya tiada yang terlibat dalam bidang ini. Tetapi lama kelamaannya mereka tahu apa yang saya mahu dan sentiasa menyokong apa juga yang saya," katanya.

Yusof Haslam Ambil Berat Respons Peminat Di Internet

Posted: 18 Sep 2011 11:40 PM PDT

Yusof Haslam dan isteri sewaktu mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya di Hulu Kelang.

KUALA LUMPUR: Penerbit filem dan drama, Datuk Yusof Haslam, 57, akan mengambil berat terhadap respons orang ramai melalui Internet mengenai produk keluaran syarikatnya, Skop Production.

Dia percaya setiap respons berbentuk kritikan mahupun pujian bakal memberikan kesan kepada penjualan produk yang dihasilkan oleh syarikatnya.

"Saya rasa sangat penting untuk mengambil tahu komen peminat di Internet tetapi saya tidak boleh memaksa orang lain untuk menerima sesuatu produk itu.

"Saya akan memuat naik trailer filem terbaru terbitan saya di laman YouTube untuk melihat sejauh mana sambutan yang diberikan oleh peminat.

"Untuk filem terbaru saya berjudul Aku Bukan Tomboi yang akan ditayangkan pada 17 November ini, saya dapati seramai 156, 423 orang yang menonton trailer filem itu sejak disiarkan di YouTube lebih sebulan lalu manakala seramai 233 orang yang menyukainya," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka anjuran Yusof di rumahnya di sini.

Yusof, isteri dan anaknya, Syamsul melayan tetamu yang hadir di majlis rumah terbuka itu.

Seperti filem KL Gangster yang telah ditayangkan dan mendapat kutipan lebih RM10 juta, Yusof begitu positif mengharapkan filem Aku Bukan Tomboi mendapat sambutan yang baik.

Selepas kemunculan filem tersebut, sebuah lagi filem berjudul Jalan Kembali…Bohsia akan ditayangkan. Kini filem ini sedang melalui proses suntingan akhir.

Yusof akui, walaupun deretan filem lain yang bakal menjengah pawagam sehingga Jun tahun depan, dia masih lagi memberikan tumpuan kepada penerbitan drama.

"Saya masih lagi aktif menghasilkan drama kerana drama banyak menjana ekonomi syarikat saya sejak tahun 1995.

"Jika sebelum ini saya lebih banyak bekerjasama menghasilkan drama dan program televisyen di RTM, tetapi kini saya turut membuka ruang kepada stesen televisyen lain seperti Astro dan TV3.

"Bagaimanapun, saya perlu seimbangkan pengisian drama dan program TV antara RTM dan stesen lain bermula tahun depan kerana saya tidak mahu 'menderhaka' dengan RTM," ujarnya yang telah setia selama 26 tahun dengan RTM.

Antara program televisyen popular yang telah dihasilkan untuk RTM seperti Gerak Khas, Si Capik, Sembilu dan Roda Roda Kuala Lumpur. Terbaru, dia akan menerbitkan drama bersiri Evolusi KL Drift untuk disiarkan di RTM.

'Mad Men' Rangkul Empat Anugerah Emmy

Posted: 18 Sep 2011 11:38 PM PDT

Pelakon Australia, Guy Pearce mengucup aktress Kate Winslet ketika melalui karpet merah bersama anugerah yang dimenangi mereka semasa di Anugerah Emmy 2011 pada Ahad.

LOS ANGELES: Drama bersiri 'Mad Men' memenangi drama terbaik di Anugerah Emmy yang berlangsung pada Ahad selama empat tahun berturut-turut.

Diwakili oleh aktres jelita Kate Winslet untuk menerima anugerah itu, kemenangan itu menjadi kenangan indah buat pihak produksi dari British itu.

Drama bersiri itu berjayamenewaskan 'Boardwalk Empire' yang sebelum ini disebut-sebut bakal menumpaskan drama 'Mad Men' bagi kategori drama terbaik.

Siri yang berlatar belakangkan era 1960-an itu bagaimanapun tidak akan kembali ke skrin sehingga Mac depan selepas berehat selama 17 bulan.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Emmy kerana mengiktiraf drama ini sekali lagi," kata penerbit ekskutif drama tersebut, Matthew Weiner.

Kejayaan 'Mad Men' melonjak selepas Winslet berjaya merangkul anugerah pelakon wanita terbaik berikutan lakonan cemerlangnya dalam siri 'Mildred Pierce'.

Sementara itu pelakon gandingan Winslet, pelakon kelahiran Australia, Guy Pearce memenangi pelakon pembantu lelaki terbaik.

Dia dalam ucapan singkat semasa menerima anugerah tersebut memberitahu tidak terfikir untuk memenangi anugerah namun bersyukur denan kemenangan itu.

Kejayaan Winslet malam itu tidak terhenti di situ, drama lakonannya 'Downtown Abbey' turut merangkul anugerah.

Dalam pada itu, malam anugerah itu turut mengiktiraf pelakon veteran Maggie Smith yang merangkul anugerah pelakon pembantu wanita terbaik dan Julie Fellowes yang menulis 'Downtown Abbey' membawa pulang anugerah penulis drama siri mini terbaik.

Pengarah dari British, Brian Percival juga memenangi anugerah pengarah terbaik menerusi drama sama yang menceritakan mengenai kisah keluarga bangsawan.

Legenda pembikin filem Martin Scorsese pula memenangi drama terbaik pengarah Emmy untuk HBO "Empayar Boardwalk."

Manakala kategori komedi dokumentari 'Modern Family' merangkul anugerah siri komedi terbaik pada malam itu.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Emmy 2011.

Drama terbaik - "Mad Men"

Komedi Terbaik - "Modern Family"

Siri Mini Terbaik - "Downton Abbey"

Muzik atau Komedi Terbaik - "The Daily Show With Jon Stewart"

Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) - Kyle Chandler, "Friday Night Lights"

Pelakon Lelaki Terbaik (Komedi) - Jim Parsons, "The Big Bang Theory"

Pelakon Lelaki Terbaik (Siri Mini) - Barry Pepper, "The Kennedys"

Pelakon Wanita Terbaik (Drama) - Juliana Margulies, "The Good Wife"

Pelakon Wanita Terbaik (Komedi) - Melissa McCarthy, "Mike & Molly"

Pelakon Wanita Terbaik (Siri Mini) - Kate Winslet, "Mildred Pierce"

Pelakon Pembantu Lelaki (Komedi) - Ty Burrell, "Modern Family"

Pelakon Pembantu Lelaki (Drama) - Peter Dinklage, "Game Of Thrones"

Pelakon Pembantu Terbaik (Siri Mini) - Guy Pearce, "Mildred Pierce"

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Komedi) - Julie Bowen, "Modern Family"

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama) - Margo Martindale, "Justified

Pelakon Wanita Terbaik (Siri Mini) - Maggie Smith, "Downton Abbey"

Pengarah Terbaik (Komedi) - Michael Alan Spiller, "Modern Family"

Pengarah Terbaik (Drama) - Martin Scorsese, "Boardwalk Empire"

Pengarah Terbaik (Siri Mini) - Brian Percival, "Downton Abbey"

Persinggahan Lima Minit Di Tasik Wanaka

Posted: 18 Sep 2011 11:37 PM PDT

Seorang pelancong sedang menikmati keindahan permandangan Tasik Wanaka.

"LIMA minit sahaja untuk saudara-saudari bersiar-siar di sekitar sini," kata pemandu bas ekspres kami, John merujuk kepada Tasik Wanaka, New Zealand yang terbentang luas di depan mata.

Saya dan rakan ketika itu sedang dalam perjalanan bas dari Makaroa ke Queenstown dan salah satu tempat persinggahan untuk berehat ialah Tasik Wanaka, sebuah tasik yang terletak di Pulau Selatan.

Tasik Wanaka ialah tasik keempat terbesar di New Zealand. Tasik yang airnya tenang itu dikelilingi gunung-ganang. Pada awalnya ingatkan lautan kerana ia terdampar luas. Panjangnya 45 kilometer dan meliputi 193 kilometer persegi.

Tanpa berlengah-lengah lagi, saya segera bergegas turun dari bas untuk merakamkan permandangan indah yang mempesonakan di situ.

Pada pendapat saya, airnya yang jernih itu membiru amat sesuai untuk aktiviti sukan air. Tepat ramalan saya. Papan tanda yang terpacak di tepi sebuah platform menunjukkan para pengunjung boleh bermain bot jenis jet (jetboating), belayar makan angin di tasik, menangkap ikan dan meluncur air dengan teksi air.

Merenung jauh ke tengah tasik, saya ternampak sebuah bot layar sedang berlabuh. Tiba-tiba saya jadi Mat Jenin pula. Angan-angan belayar makan angin.

Para pelancong boleh berkayak di Tasik Wakanaka

Sambil asyik melayan khayalan kosong, mata saya terpana melihat sekumpulan itik Mandarin berenang di tepi tasik. Sangat menyeronokkan melihat itik-itik tenggelam timbul serta terumbang-ambing dipukul alunan ombak.

Kalau ada masa, saya memang teringin nak terjun ke dalam tasik untuk mengejar itik-itik tersebut. Terkenangkan pertandingan menangkap itik suatu ketika dulu.

Saya berharap putaran masa berhenti ketika itu agar dapat berada di situ lebih lama. Hon bas berbunyi beberapa kali. Alamak, saya kembali ke dunia realiti. Rupa-rupanya lima minit sudah berlalu.

Sekelip mata ia berlalu. Lima minit itu bagaimanapun akan saya abadikan kerana dapat menghayati keindahan alam sama seperti landskap terakam pada poskad. Selain itu, terasa persinggahan sebentar di situ memberi kesan terapeutik.

Hembusan angin dari tasik sangat menyegarkan dan menyamankan. Tercegat seketika di tepi pantai dapat menghilangkan lesu badan! Manakan tidak, saya sudah duduk berjam-jam dalam bas.

Mahu tidak mahu, saya terpaksa menaiki bas kembali. Meninggalkan suatu tempat menarik tanpa berkesempatan untuk menerokai keistimewaan adalah suatu perkara yang mendukacitakan.

Alangkah baiknya saya boleh singgah di situ untuk lima jam. Lima hari pun tak apa. Bukan sekadar lima minit. Ini kerana terdapat bot, kenu dan peralatan sukan air yang boleh disewa di sebuah pusat sehenti aktiviti air.

Malah carian google mendapati terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Lake Wanaka lagi. Bukan sahaja di air, bahkan di udara serta darat! Sekadar menyebut beberapa aktiviti udara, pelancong boleh belajar paraglide, terjun udara secara serentak bersama jurulatih (tandem sky dive) selain menaiki kapal terbang mahupun helikopter untuk bersiar-siar.

Di darat pula, orang ramai antara lain boleh mengayuh basikal, menunggang basikal atau kuda, bermain golf dan ski.

Pengembaraan ke Tasik Wanaka dikira tidak lengkap sekiranya tidak menjelajah pulau-pulau berdekatan serta menyusuri sungai-sungainya.

Saya akui bibit-bibit cinta pada Tasik Wanaka sudah tersemai melalui persinggahan selama lima minit itu.

Pagi Tanggal, Petang ‘Naik’ Semula

Posted: 18 Sep 2011 11:36 PM PDT

Pekerja-pekerja DBKL memasukkan iklan haram yang dipacak di persimpangan jalan.

MASALAH utama yang dihadapi pasukan khas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dibentuk bagi menangani isu iklan haram di sekitar ibu kota ialah menanggalkan iklan haram yang berbentuk pelekat.

"Gam yang mereka gunakan sangat kuat. Bukan setakat susah ditanggalkan dengan tangan, tetapi bila ditanggalkan pula akan meninggalkan kesan pada permukaan asal dan ini akan merosakkan papan tanda," kata Timbalan Pengarah (Tindakan) DBKL, Shaari Yusof kepada Mingguan mStar.

Shaari berkata, pasukan yang ditubuhkan DBKL untuk tujuan khas ini akan menjalankan tugas mereka setiap Isnin, Rabu dan Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.Bagi iklan-iklan yang digantung di tiang lampu atau pokok, galah digunakan untuk menurunkannya.

"Tapi kalau jenis stiker atau pelekat, kita kena ambil masa yang lama untuk tanggalkannya. Kita kena kikis dan gunakan semburan khas.

Mesin jualan air yang pada asalnya bersih menjadi comot apabila dipenuhi dengan iklan haram.

"Selepas stiker dikikis, tak semestinya permukaan itu kekal seperti biasa. Sudah tentu ada kesan calar dan kesan gam yang menampakkan permukaan itu kotor," jelasnya lagi.

Menurut Shaari, jumlah iklan haram yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur adalah terlalu banyak dan mustahil untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) menghapuskannya dalam jangka masa pendek.

Walaupun ramai pekerja ditugaskan untuk menanggalkan iklan-iklan ini, usaha tersebut bagaikan sia-sia kerana iklan haram ditampal setiap hari tanpa mengira masa.

"Orang kita cuma kerja siang sahaja. Bila kita turunkan iklan pada waktu pagi, waktu petang sudah ada iklan baru yang 'naik'... Sebenarnya itulah cabaran kami yang paling besar," katanya.

Disebabkan iklan haram juga, berlaku banyak kerugian dan kerajaan terpaksa mengeluarkan kos membaik pulih kemudahan-kemudahan seperti papan tanda yang rosak.

"Kalau yang boleh cat semula, kita akan cat. Tapi membeli cat baru itu juga dikira sebagai kos. Bagi papan tanda yang tak boleh diselamatkan, kita terpaksa menggantikannya dengan yang baru," katanya.

Tambah Shaari, dia juga sering menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa mereka sering digertak oleh konco-konco pengiklan apabila cuba menanggalkan iklan-iklan haram yang dilekatkan.

Stiker Haram Rosakkan Bandar Raya

Posted: 18 Sep 2011 11:34 PM PDT

Mohd Amin Nordin (tiga, kiri) dalam operasi menurunkan iklan haram di Selayang, baru-baru ini.

SATU fenomena yang semakin mencemar dan merosakkan harta benda awam di ibu kota kita Kuala Lumpur ialah kebanjiran stiker atau pelekat haram yang kebanyakannya adalah perbuatan operator peminjam wang haram atau ah long.

Mereka meronda sekitar ibu kota pada tengah malam dan awal pagi dengan menampal stiker yang mengandungi nombor telefon peminjam wang haram boleh dikatakan di setiap pondok telefon, papan tanda jalan, papan tanda arah, pondok sawat telefon atau Tenaga Nasional Berhad (TNB) malah pada apa sahaja harta milik awam yang terdapat di pinggir jalan.

Perbuatan menampal stiker haram ini kini dilakukan bukan sahaja di kawasan pinggir bandar malah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Ia ternyata telah merosakkan harta benda awam dan lebih menyakitkan hati ialah stiker-stiker ini mencemar dan mengotorkan bandar raya kita.

Ia telah menukar wajah beberapa bahagian dalam Kuala Lumpur menjadi seperti kawasan ghetto Amerika yang sering kita saksikan dalam siri drama polis televisyen.

Selain memaparkan nombor telefon perkhidmatan ah long, iklan-iklan haram lain yang turut memenuhi papan-papan tanda dan jalan antara lain termasuklah tawaran perkhidmatan urutan batin, jualan ubat kuat, nombor telefon pusat tuisyen, tukang tukar tiup tayar motor dan macam-macam lagi.

Iklan haram yang tak diundang atau lebih tepat digelar 'parasit kertas' ini mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menghormati undang-undang dan peraturan.

Kebanyakan pondok tefeon di sekitar ibu kota turut dihiasi dengan iklan haram.

Usaha demi usaha dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menghalang dan membersihkan iklan haram ini namun usaha tersebut nampaknya sia-sia.

15,000 iklan haram diturunkan sebulan

Sepanjang 2010 sahaja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menanggalkan sebanyak 458,811 iklan haram yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz berkata, setiap bulan DBKL menurunkan kira-kira 15,000 iklan haram dan sehingga Julai tahun ini sebanyak 278,466 iklan haram telah diturunkan.

"Iklan-iklan ini kebanyakannya digantung di pokok, tiang lampu dan ditampal di dinding dan papan tanda jalan," katanya dalam pertemuan dengan Mingguan mStar.

Mohd Amin Nordin berkata, walaupun iklan haram di ibu kota seperti tidak dapat dibendung tetapi DBKL tetap meneruskan operasi menanggalkannya. Ia dilakukan oleh satu pasukan khas yang ditubuhkan pada 2007.Pasukan yang terdiri daripada 110 orang kakitangan itu akan bertindak menurunkan iklan-iklan haram di sekitar 11 kawasan parlimen Kuala Lumpur.

"Bagi satu kawasan parlimen kita menugaskan 10 kakitangan untuk memantau. Mereka inilah yang bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan masing-masing, termasuklah menghapuskan iklan haram," jelas beliau.

Katanya lagi, pasukan ini akan membuat rondaan sebanyak tiga kali setiap minggu menggunakan van dan lori khas DBKL."Bila mereka tengok ada pokok tumbang, mereka akan alihkannya. Begitu juga iklan haram, mereka akan tanggalkannya," kata beliau.

Bagi memudahkan tugas, pasukan ini disediakan dengan kelengkapan bersesuaian, termasuklah galah untuk mengait iklan haram di tempat tinggi, pengikis, penyembur dan cecair kimia khas.

Tanggungjawab sosial

Menurunkan iklan-iklan haram yang digantung di pokok atau tiang lampu nampak mudah namun jika tersilap langkah boleh membawa padah.

"Kerja mereka bukan sahaja mencabar tetapi adakalanya berbahaya apabila mereka perlu menurunkan iklan di kawasan yang sibuk dan terletak di jalan-jalan utama.

"Paling merumitkan apabila mereka perlu mengikis iklan yang dilekatkan di merata tempat," katanya.

Justeru, kerjasama daripada orang awam amat diperlukan dalam membantu PBT menangani masalah ini.

"Menanggalkan iklan haram adalah tanggungjawab sosial. Selain DBKL, sesiapa sahaja boleh melakukannya.

"Jika sesebuah persatuan penduduk mahu melihat kawasannya bersih, mereka boleh mengadakan aktiviti menanggalkan iklan-iklan haram beramai-ramai," katanya.

Menyedari masalah ini tidak mampu ditangani bersendirian, DBKL sentiasa bekerjasama dengan penduduk setempat dengan mengadakan gotong-royong menghapuskan iklan haram.

Menurut Mohd Amin Nordin, iklan haram paling banyak dilihat di kawasan perumahan dan pusat komersil, berbanding kawasan tengah bandar seperti Bukit Bintang.

Di Kuala Lumpur, kawasan yang 'dibanjiri' dengan iklan-iklan haram ialah Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Cheras dan Sri Rampai.

"Kita dapati iklan haram banyak di kawasan perumahan dan rumah kedai. Di Bukit Bintang ada banyak rumah kedai, tapi di situ susah sikit mahu tampal iklan sebab sentiasa dipenuhi orang ramai sepanjang masa" ujarnya lagi.

DBKL syor batalkan nombor telefon

Menampal iklan secara haram adalah melanggar Undang-Undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan 1982 dan Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991.

"Jika sabit kesalahan mereka yang ditahan kerana menampalkan iklan haram boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM2,000," Mohd Amin.

Pada masa yang sama, DBKL mengesyorkan agar nombor telefon yang tertera pada iklan haram dibatalkan.

Bagi mencapai objektif tersebut, DBKL telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti nama dan alamat pemilik nombor telefon sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Menurut Mohd Amin Nordin, sejak 2010 hingga Julai tahun ini, sebanyak 6,076 nombor telah dihantar ke SKMM untuk dibatalkan perkhidmatannya.

"Kita tak ada kuasa batalkan nombor telefon ini. Kita cuma boleh keluarkan kompaun mengikut saiz iklan.

"Dalam jangka masa panjang, kita yakin tindakan membatalkan nombor telefon dapat membantu mengurangkan jumlah iklan haram," ujarnya.

Dalam pada itu, DBKL juga telah mengambil inisiatif mengecat tiang lampu dan kotak fius TNB dengan sejenis cat khas agar iklan berbentuk pelekat tidak dapat ditampal.Pun begitu, harga cat tersebut agak tinggi berbanding cat biasa.

"Kita anggarkan untuk satu kotak fius TNB, kos menggunakan cat berkenaan sekitar RM500. Setakat ini kita gunakan cat anti stiker ini di tiang-tiang lampu sekitar kawasan Taman Maluri," katanya.

Prestasi Mantap Aprilia Dorsoduro 750

Posted: 18 Sep 2011 11:33 PM PDT

Rekaan bentuk badan motosikal yang tampak garang dalam kelas supermotard.

BERKEMBANG dengan kolaborasi bersama Aprilia Racing, Dorsoduro 750 menggabungkan teknologi terbaik dalam dunia permotoran khususnya bagi kelas supersport dan supermotard. dengan gabungan itu terhasillah sebuah jentera yang berprestasi, istimewa, ekstrem yang mampu menaikkan imej penunggang.

Ringan, tangkas dan berkuasa, Dorsoduro 750 dipacu oleh enjin generasi terkini dalam kelasnya. Dengan janaan enjin V-twin 90°, ia mampu menandingi motosikal berkuasa tinggi yang sama kelas dengannya.

Keunikan casis dalam segmen supermotard menjadikan ia antara jentera keluaran Aprilia yang menjadi idaman bagi setiap peminat motosikal bagi segmen tersebut.

Ia direka khas untuk menjadikan jentera ini seimbang walau dalam apa jua keadaan dan memudahkan kawalan. Penulis berpeluang mencuba sendiri kehebatan jentera keluaran Aprilia ini.

Kedudukan enjin V-Twin 90 darjah memberi keunikan tersendiri.

Keseluruhan bagi penulis, motosikal ini boleh dikategorikan sebagai jentera yang sesuai untuk kegunaan dalam dan juga luar bandar. Kawalannya juga agak mudah dengan imbangan baik hasil daripada rekaan casis yang unik.

Sistem ekzos yang menggunakan 100 peratus stainless steel dengan sistem dua dalam satu menghasilkan bunyi yang mantap sesuai dengan rekaan bentuk luarannya yang unik dan nampak garang.

Berat kering jentera ini pula ialah 186 kilogram yang mana ia tidaklah terlalu berat dan boleh dikatakan berat normal bagi motosikal berkuasa tinggi khususnya dalam kelas supermotard.

Dengan kapasiti tangki minyaknya yang mampu menampung bahan api sebanyak 12 liter membuatkan jentera ini mampu pergi jauh hanya dengan satu isian tangki penuh sahaja.

Suntikan bahan api elektronik dengan kawalan pendikit elektronik memudahkan pemacuan jentera ini walaupun kuasa torknya agak tinggi iaitu 82Nm pada 4500 rpm sesuai dengan kelasnya.

Dengan janaan transmisi enam kelajuan ditambah pula enjin empat lejang V-Twin bersudut 90 darjah, jentera ini pasti memuaskan hati mereka yang meminati motosikal berkuasa tinggi dari segmen supermotard.

Program Amal Krew Kabin MAS

Posted: 18 Sep 2011 11:30 PM PDT

Ahli WELKINS menyambut ulang tahun kelahiran lima kanak-kanak kurang bernasib baik ayng jatuh pada hari yang sama acara amal diadakan.

SIBUK terbang di awan biru memenuhi kehendak kerjaya dan menjalankan tugas bagi memastikan keselesaan penumpang, ada kalanya krew kabin tidak berkesempatan untuk mengetahui perkembangan rakan-rakan setugas yang lain.

Apatah lagi membuat kerja amal untuk masyarakat sekeliling yang kurang bernasib baik.

Menyedari perkara itu, barisan krew kabin operasi Malaysia Airlines (MAS) menubuhkan program amal yang dikenali sebagai WELKINS bagi semua kakitangan kabin yang berminat melakukan kerja amal kepada rakan sejawat mahupun mereka yang memerlukan.

WELKINS merupakan gabungan dua perkataan bahasa Inggeris iaitu wellness (kesejahteraan) dan kinship (hubungan kekeluargaan) yang membawa maksud penting dalam penyampaian program amal tersebut.

Familia Zaini Kamari (kiri) dan Indra Devi Athmalingam seronok menyertai program amal antara krew MAS, WELKINS.

Menurut salah seorang penasihat program, Chang Chin Kwang, program WELKINS ditubuhkan pada 2007 untuk memberi sokongan moral kepada krew kabin MAS menerusi satu rangkaian sukarelawan yang terdiri daripada krew kabin sendiri.

Katanya, program ini juga bertujuan memberi peluang kepada krew kabin yang prihatin dalam membantu susah senang rakan sekerja mereka dan menanggap mereka seperti ahli keluarga sendiri.

Bagi melengkapkan tanggungjawab mereka kepada masyarakat yang kurang bernasib baik, program WELKINS dijadikan platform bagi pekerja kabin untuk melaksanakan kerja amal daripada mengajurkan kutipan wang ikhsan sehinggalah aktiviti riadah bersama anak-anak yatim dan miskin.

"Setakat ini WELKINS mempunyai lebih kurang 400 orang sukarelawan yang terdiri daripada pramugara dan pramugari MAS yang komited memberikan tenaga dan masa mereka untuk kerja amal tanpa menerima sebarang bayaran," katanya.

Seorang lagi penasihat program, Adrian Yin berkata ada sesetengah masyarakat pada masa kini yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa mengambil peduli tentang kebajikan orang di sekeliling mereka.

"Jadi program ini boleh mengingatkan krew kabin yang bernasib baik supaya bekerjasama membantu rakan mahupun orang di sekeliling mereka yang memerlukan," kata Yin.Indra Devi Athmalingam, 30, merupakan salah seorang pramugari yang menjadi sukarelawan program WELKINS.

"Sebelum ini memang saya mempunyai niat untuk melakukan kerja amal namun kekangan kerja terdahulu dan tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana badan amal menjadi penghalang untuk saya meneruskan niat itu," kata Devi.

Seperti Indra, Familia Zaini Kamari, 23, juga teringin melakukan kerja amal sejak beberapa tahun lepas lagi namun tidak berpeluang melakukannya sehinggalah mula diberitahu oleh seniornya yang juga seorang ahli jawatankuasa program, Rozania Mohd Khir.

"Saya teruja bila berpeluang melakukan aktiviti ihsan untuk krew yang memerlukan dan juga masyarakat yang kurang bernasib baik di luar sana," kata Familia ketika ditemui di Akademi MAS, Kelana Jaya.

Dengan hanya peruntukan sebanyak RM24,000 setahun daripada syarikat, WELKINS telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti amal dan yang terbaru adalah membuat lawatan kepada krew dan keluarga mereka yang dirawat di hospital dan yang sakit di rumah masing-masing, bantuan ihsan (bukan kewangan) kepada keluarga krew yang meninggal dunia, acara jalan amal dan bantuan menaik taraf keperluan asas di beberapa kawasan penduduk orang asli.

Beg sampah bergerak

Posted: 18 Sep 2011 11:29 PM PDT

SIASAT...anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya.
SIASAT...anggota Unit K9 memeriksa beg yang ditemui bayi di dalamnya.

GEORGETOWN: "Saya lihat beg di depan taska itu bergerak-gerak dan menyangka ada kucing cuba menggeledah sampah di dalamnya.

"Tergerak hati saya untuk mendekatinya dan terkejut apabila mendapati ada bayi di dalamnya," kata seorang warga emas yang menemui bayi perempuan dalam sebuah beg mesra alam yang ditinggalkan berdekatan taska berhampiran Lebuhraya Babington di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 6.30 petang petang kelmarin, wanita berusia 64 tahun yang enggan dikenali dan bertugas sebagai penyelia sebuah asrama berhampiran menitiskan air mata melihat keadaan bayi itu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tergerak hati untuk melihat kandungan beg plastik berkenaan.


"Sebelum itu saya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia hanya sampah.


"Nasib baik saya terasa mahu menjenguknya. Memang Tuhan sudah takdirkan umur bayi itu masih panjang dengan menggerakkan hati saya menemui dan menyelamatkannya.

"Kalau saya tak pedulikannya atau tidak lalu kawasan itu, tak tahulah apa nasibnya, mungkin bakal jadi habuan anjing liar," katanya.


Dia kemudian membawa bayi malang itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum membuat laporan di Balai Polis Datuk Keramat.

Difahamkan, bayi berkenaan berkulit cerah, cukup sifat, masih bertali pusat serta seberat 3.3 kilogram belum dapat dikenal pasti bangsanya dan dipercayai ditinggalkan di kawasan itu kurang daripada tempoh 24 jam.


Sementara itu Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL), Deputi Superintendan Shahurinain Jais mengesahkan kejadian itu.


Menurutnya, bayi berkenaan kini ditempatkan di Wad Bersalin HPP buat sementara waktu dan pihaknya turut mengambil keterangan saksi yang menemuinya bagi menjalankan siasatan serta mengesan pihak yang meninggalkannya di kawasan terbabit.


"Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik turut dihantar ke kawasan bayi itu ditemui bagi menjalankan siasatan.


"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.


Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi IPDTL di talian 04-2181822 bagi membantu mengesan waris bayi berkenaan.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Zulkiffli Ismail berkata, beliau belum menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan.


Menurutnya, pihaknya akan membantu mendapatkan perintah penjagaan daripada mahkamah sementara polis menjalankan siasatan mengesan warisnya.

Gambar Nanu Baharuddin Bela Anjing!

Posted: 18 Sep 2011 11:29 PM PDT

image

image

Terkandas banjir kilat

Posted: 18 Sep 2011 11:27 PM PDT

BANJIR...kenderaan mengharungi air di susur keluar Jalan Duta menghala Jalan Kuching, semalam.
BANJIR...kenderaan mengharungi air di susur keluar Jalan Duta menghala Jalan Kuching, semalam.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir tiga jam di ibu kota mengakibatkan puluhan kenderaan ringan yang melalui susur keluar ke Jalan Duta menghala Jalan Kuching terkandas apabila dinaiki air sedalam 0.3 meter.

Tinjauan Harian Metro mendapati kebanyakan kenderaan yang terkandas kenderaan ringan yang menggunakan jalan utama itu menghubungkan mereka ke pusat bandar raya.


Akibat daripada banjir kilat itu, kesesakan lalu lintas sehingga ke Bulatan Batu Caves menuju Lebuhraya Karak iaitu sejauh enam kilometer.

Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu kira-kira jam 2 petang dan difahamkan lokasi berkenaan kerap berlaku banjir kilat terutama selepas hujan lebat.


Menurutnya, banjir kilat itu surut sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian dan kesesakan lalu lintas di sepanjang lokasi berkenaan beransur pulih.

Nicole beraksi di pusat beli-belah terbesar

Posted: 18 Sep 2011 11:26 PM PDT

BERTENAGA...Nicole membawa lima lagu sempena pembukaan pusat beli belah Westfield Stratford.
BERTENAGA...Nicole membawa lima lagu sempena pembukaan pusat beli belah Westfield Stratford.

BERIBU-RIBU orang membanjiri pembukaan pusat beli-belah terbesar di Eropah di timur London semata-mata ingin merasai pengalaman berbelanja di tempat yang paling moden.

Sudah tentu hari pembukaan yang gilang gemilang itu diserikan dengan persembahan mantap seorang artis solo yang terkenal.

  • Foto

    BUKA UNTUK PERNIAGAAN...Kira-kira 200,000 orang berpusu-pusu ke pusat beli-belah terbesar.

  • Foto

    Kelly Brook di pembukaan kedai New Look di pusat beli-belah termoden itu.

  • Foto

    Westfield Stratford...pusat beli-belah terbesar di Eropah.

Nicole Scherzinger tiba di karpet merah dengan pakaian seksi yang mengikut bentuk tubuh dan kasut platform berwarna ungu.

Dia memulakan persembahannya dengan berpakaian kot kulit hitam dan merah, warna logo pusat beli-belah Westfield, menuruni eskalator dan menghiburkan peminat dengan lima lagu.


Dia kemudian menukar pakaian dan mengenakan gaun pendek kulit berjurai-jurai dan kasut but hitam, untuk persembahannya. Nicole ditemani beberapa penari dan dua daripadanya memakai seluar warna metalik berkilat dan kemudian menjulang Nicole ke atas.


Beribu-ribu peminatnya menyaksikan persembahannya yang diadakan selepas selesai upacara memotong riben yang dikendalikan Pixie Lott dan Datuk Bandar London, Boris Johnson.

Pusat beli-belah Westfield dibuka pada jam 8 pagi dan orang ramai mula beratur walaupun perniagaan hanya bermula jam 10 pagi.

Pusat beli-belah itu mempunyai 300 kedai, 70 bar dan restoran serta panggung yang mempunyai 17 skrin 3D dan pusat boling besar.

Bintang selebriti lain yang turut berada di situ termasuklah Kelly Brook yang berada di kedai New Look dan pengacara televisyen, Nick Grimshow yang menjadi hos pada hari itu.

Luas pusat beli belah itu kira-kira 1.9 juta kaki persegi untuk unit jualan runcit dan 1.1 juta kaki persegi untuk ruang pejabat.

Ia juga menyediakan 5,000 petak meletak kereta.

Boris Johnson berkata, projek Westfield Stratford City menjadi pelopor untuk transformasi timur London.

"Ia adalah satu warisan yang penting untuk Olimpik 2012.

"Ia akan membuka 18,000 peluang pekerjaan dan hasil daripada pelaburan Westfield, memberi tambahan untuk infrastruktur pengangkutan awam yang moden." Katanya.

Wawasan lima tahun

Posted: 18 Sep 2011 11:25 PM PDT

NOOR HAYATI...tambah pendapatan
NOOR HAYATI...tambah pendapatan

PERSATUAN Keusahawanan Wanita Bumiputera Malaysia (Wawasanita) melalui suntikan geran bantuan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merangka program strategik lima tahun bagi memacu wanita menjadi usahawan berjaya di peringkat domestik dan antarabangsa.

Presidennya, Noor Hayati Abdul Rahman berkata, program Small Office Home Office (Soho) itu yang kini memiliki 1,000 ahli memberi pendedahan mengenai kaedah yang boleh membantu mereka menjadi usahawan dengan hanya memulakan operasi di rumah melalui pelbagai segmen perniagaan.


"Program ini dapat membantu wanita khususnya ahli persatuan untuk mengenal pasti kebolehan dan minat mereka menceburi bidang perniagaan, malah ia memberi kesan positif kepada golongan yang sudah berkeluarga kerana selain mampu menjana pendapatan, mereka boleh memberi tumpuan kepada keluarga.

"Peluang untuk mereka membesarkan perniagaan cerah kerana terdapat pihak berminat untuk memasarkan produk mereka ke tahap lebih tinggi seperti pasar raya besar," katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Beliau berkata, permintaan tinggi daripada pasar raya besar sebenarnya memberi peluang kepada golongan wanita menjadi usahawan dan ada di antaranya kini berjaya menjadi pemborong utama di kawasan perumahan untuk membekalkan produk kepada peniaga lain.


Noor Hayati berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO), pihaknya sering mengadakan pertemuan dengan agensi kerajaan antaranya KPWKM serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) bagi membantu wanita meningkatkan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi.

"Hampir 60 peratus ahli Wawasanita lebih berminat untuk menyertai segmen kecantikan sebagai pilihan perniagaan mereka. Pihak kami membantu mereka untuk mengetengahkan produk yang dikeluarkan itu bagi dipasarkan ke peringkat lebih tinggi dengan melalui bantuan sedia ada antaranya bekerjasama bersama Miti," katanya.

Top 8 Artis Wanita Melayu Kaki Hisap!

Posted: 18 Sep 2011 11:25 PM PDT

Di tempat pertama ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap..




Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut. Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.


Di tempat kedua (2) ialah pelakon Impian Sunsilk iaitu Diana Amir. Menduduki tempat kedua kerana selain merupakan bekas penuntut USM, dia juga adalah salah seorang artis yang 'cun' di Malaysia ni. Baru-baru ini, ada pihak menulis di laman sosial Facebook dengan menyatakan bahawa Diana ni sebenarnya adalah 'kaki seks', 'minum arak' dan 'perokok'. Cuba anda search di Google imej tentang diana. Apa nak jadi dengan artis sekarang nie, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat, memang agak susah dan sukar. Pelakon baru, Diana Amir juga tergolong dikalangan segelintir artis yang suka bersosial. Walaupun gayanya kurang menampakkan dirinya itu seorang yang sosial, tetapi, Diana Amir juga sebenarnya layan...(layan ape? hah! yang ini kite nak tahu)...rokok. Tambah memualkan dia seorang perempuan, kaum perempuan ni mestilah dengan gaya lemah lembut dan sopan, tetapi Diana Amir nampak lebih advance dalam dunia artis yang diceburinya.






Artis di tempat ketiga (3) pula adalah Aflind Shauki dan isterinya. Si 'Buyot' (nama glamour dalam filem Buli) ni nampak saja 'skema' dalam filem Papadom tapi di dunia realiti, lihat sajalah...



Tetapi dalam meniti era kegemilangannya..Afdlin tampak tidak profesional dalam pengurusan peribadinya. Rata-rata ramai yang tahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan..Dan gambar yang dipaparkan jelas menunjukkan dia merupakan seorang perokok. Lihat saja di tangan dia dan isterinya itu. Jika ditanya pada tuan empunya badan, pasti jawapannya 'super impose'. Untuk makluman anda, gambar seperti ini tidak boleh di 'super impose'kan...

Di tempat keempat (4) pula adalah pelakon sinetron Soleha yang memegang watak isteri kedua kepada watak Ikram lakonan Rionaldo, iaitu Zaskia Adya Mecca. Tentu para pembaca tertanya-tanya, mengapa artis Indonesia juga termasuk ke dalam senarai ini kan? Jawapannya adalah kerana tidak ada bezanya industri seni Malaysia ataupun Indonesia, kerana yang pasti ramai rakyat Malaysia yang menonton karya-karya dari seberang. Ya kan? Pernahkah anda terfikir bahawa Zaskia ini adalah perokok dan mempunyai tatoo.














Di tempat kelima (5) ialah Fasha Sandha. Akibat penyebaran secara berleluasa gambar di atas, Fasha Sandha akhirnya telah membuat pengakuan yang dia sememangnya merokok. Namun dia bukanlah seorang heavy smoker, cuma kadang-kadang (social smoker) sahaja.






Fasha Sandha telah memberitahu yang gambar di atas telah diambil oleh kenalannya di suatu majlis. Fasha Sandha sendiri telah melihat gambar di atas menggunakan Blackberry miliknya.


Di tempat keenam (6) ialah Sazzy Falak. Sazzy memang dikenali dengan gaya urbannya. Gambar ini menunjukkan Sazzy sedang memegang puntung rokok ini diambil ketika Sazzy bersama-sama Yasmin Hani dan rakan-rakannya yang lain di sebuah parti. Di sebuah laman hiburan, menyatakan bahawa Sazzy sememangnya perokok. Tapi, kadang-kadang je...




Seterusnya di tempat ketujuh (7) pula ialah Shariffah Sofea. Gambar ini dirakamkan ketika Shariffah Sofea bersama-sama Jue Aziz dan Jehan Miskin di sebuah kelab malam.




Yang terakhir (8) ialah bekas peserta Gadis Melayu 3 Sharifah Jasmine Soraya. beberapa gambar lagi menunjukkan Jasmine sedang bercumbu dengan pasangan wanitanya.



Bos Mansfield Town bekas pelacur

Posted: 18 Sep 2011 11:24 PM PDT

CAROYLN...digemari ramai lelaki.
CAROYLN...digemari ramai lelaki.

LONDON: Wanita termuda dilantik menjadi ketua eksekutif dalam sejarah kelab bola sepak England, Carolyn Still, didakwa pernah menjadi pelacur.

Akhbar tabloid Britain melaporkan, Carolyn, 29, pernah menjalin hubungan dengan ramai pemain bola sepak profesional negara itu sebelum dia diberikan jawatan berkenaan.


Akhbar berkenaan melaporkan, Carolyn pernah bekerja dengan dua syarikat pembekal 'pengiring sosial' dan dikatakan "bertemu ramai lelaki pada siang dan malam." Carolyn menjadi perhatian selepas diumum sebagai Ketua Eksekutif Mansfield Town FC pada minggu lalu.

Dia ditawarkan ke jawatan berkenaan oleh pengerusi kelab berkenaan, John Radford.


Pasangan Radford dan Carolyn mendakwa, 'hubungan akrab' mereka tidak ada kena-mengena dengan pelantikan berkenaan.


Dipercayai berasal dari Lancashire, Carolyn didakwa mula menjadi pelacur ketika masih belajar kira-kira 10 tahun lalu.

Dia bekerja dengan sebuah agensi dikenali sebagai Lucy Brookes dengan menggunakan nama samaran Luella. Wang diperoleh hasil pekerjaannya itu digunakan untuk membayar hutang.


Carolyn kemudian berpindah ke London untuk bekerja sebagai pengurus akaun bagi syarikat Bulgari dan Gucci sebelum kembali ke Leeds.

Di situ, dia bekerja dengan sebuah syarikat pengeluar makanan ringan.


Menurut sumber, Carolyn kembali ke kerjaya asalnya pada 2009 dengan mendaftar sebagai pekerja satu daripada agensi pembekal pengiring sosial terbesar Britain, McKenzie's.


Kali ini, dia menggunakan nama Brooke dan laris di kalangan lelaki kerana memberikan layanan memuaskan.


Disebabkan itu, kata sumber, Carolyn sering disewa untuk tempoh lebih lama berbanding pekerja lain.


"Cara Carolyn memberi layanan kepada lelaki membolehkan dia memperoleh pendapatan lumayan," katanya.


Carolyn dipercaya meninggalkan kerjaya itu tahun lalu.

Penyakit lazim di negara maju

Posted: 18 Sep 2011 10:10 PM PDT

pix_middle

"BAPA borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal...," kata Perunding Dermatologi Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon sambil tersenyum. Kaum bapa jangan marah ya, kata-kata ini bukannya bertujuan menyindir sesiapa tetapi ia digunakan bagi menerangkan masalah kegatalan kronik akibat ekzema iaitu sejenis penyakit kulit.

Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu daripada penyakit kulit yang paling lazim, membabitkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus orang dewasa di seluruh dunia. Ia penyakit kulit yang kronik dan sangat gatal menyebabkan pesakit khusus�nya kanak-kanak menderita.

  • Foto

    GATAL...keadaan ekzema yang teruk

  • Foto

    GATAL...keadaan ekzema yang teruk

  • Foto

    GATAL...keadaan ekzema yang teruk

Di seluruh dunia, kadar kelaziman ekzema semakin meningkat terutama di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian tempatan, didapati kadar kes ekzema di kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia meningkat kepada 12.6 peratus (2006) berbanding 9.5 peratus pada 1999. Di kalangan remaja berusia 13 hingga 14 tahun, kes ekzema antara 9.5 peratus dan 6.3 hingga 9.5 peratus.

Tidak dapat menahan rasa gatal inilah yang membuatkan pesakit menggaru bahagian kulit yang mengalami keradangan. Semakin digaru semakin sedap rasanya, tetapi masalahnya lebih giat anda menggaru, lebih luaslah kawasan kulit yang mengalami ekzema.


Tindakan ini juga menyebab�kan masalah kulit pesakit bertambah teruk. Adakalanya kerana terlalu gatal dan asyik menggaru, pesakit tidak sedar kulit yang digaru itu luka dan mengundang masalah lain pula kerana ia terdedah kepada jangkitan bakteria.


Menurut Dr Leong, ekzema ialah sejenis penyakit kulit dengan beberapa ciri iaitu:

  • Rasa gatal dan sakit - Ia adalah penyakit yang sangat menyeksakan. Rasa gatal ini akan menyebabkan pesakit menggaru dan apabila kulit digaru terlalu kuat ia akan mengalami kerosakan. Ketika inilah badan akan menghasilkan bahan kimia keradangan yang membuatkan kulit menjadi lebih gatal dan keinginan untuk menggaru akan lebih tinggi.

    Ia tidak sekadar menyebabkan rasa sakit pada pesakit tetapi turut menjejaskan kualiti hidup ibu bapa. Apabila anak tidak boleh tidur (kerana gatal dan asyik menggaru), ibu bapa juga tidak dapat melelapkan mata.

  • Kulit sangat kering - Pesakit ekzema mempunyai kulit yang sangat kering kerana ketiadaan lapisan penghalang untuk memerangkap cecair dalam kulit. Tidak kira berapa banyak air yang diminum, ia masih tidak dapat mengatasi masalah ini.

  • Bahagian kulit yang mengalami ekzema terasa panas. Tahap kepanasan ini bergantung kepada keadaan ekzema setiap pesakit sama ada sedikit, sederhana atau teruk.

  • Ekzema bermula dalam lima tahun pertama kehidupan seseorang kanak-kanak. Bagi kebanyakan pesakit, keadaan ekzema mereka akan bertambah baik dengan peningkatan umur. Bagi pesakit bertuah, ekzema mereka akan hilang sendiri pada usia enam hingga 12 bulan. Bagaimanapun, 30 peratus kes ekzema berlanjutan sehingga dewasa.

    "Kira-kira 50 peratus kes ekzema berlaku sebelum kanak-kanak berumur setahun dan lebih 80 peratus kes apabila kanak-kanak mencapai umur lima tahun.

    "Tempoh pengulangan serangan ekzema berbeza antara pesakit - ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan atau tahun. Biasanya penerimaan pesakit terhadap serangan berulang ini lebih baik apabila umur mereka meningkat. Kajian mendapati 50 hingga 70 peratus pesakit dewasa tidak terganggu dengan serangan ekzema yang sudah dialami sejak kecil," katanya pada majlis pelancaran kempen Bersama Membanteras Kegatalan anjuran Leo Pharma.

  • Faktor genetik - Ekzema ada kaitan dengan faktor genetik dan jika salah seorang ibu atau bapa ada masalah ini, anak-anak mempunyai 20 hingga 40 peratus mengalami ekzema. Ini bersesuaian dengan ungkapan 'bapa borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal' di atas.

    Jika salah seorang anak ada alahan, peluang anak seterus�nya mendapat ekzema ialah 30 peratus. Peluang anak mendapat ekzema akan lebih tinggi (40 hingga 60 peratus) jika kedua-dua ibu bapa ada alahan dan sekira�nya mereka mengalami gejala alahan yang sama peluang ini melonjak kepada 72 peratus! (Rujuk Jadual 1)


    Punca dan gejala

    Ibu bapa terutama yang tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami alahan sering bertanya bagaimana anak mereka boleh mendapat ekzema. Pakar perubatan percaya ia disebab�kan interaksi kompleks antara faktor genetik dengan persekitaran. Ia boleh disebabkan faktor genetik saja atau dirangsang persekitaran atau tindak balas dua faktor ini.

    Sesetengah orang yang ada mewarisi genetik ekzema boleh mengalami tindak balas dengan sesuatu dari persekitaran yang tidak mendatangkan masalah pada orang lain. Ia juga dikait�kan dengan masalah kecacatan pada fungsi sekatan atau halangan pada kulit dan sistem imun yang tidak normal.

    "Apabila serangan ekzema berlaku, kulit pesakit akan berasa sangat gatal, menjadi merah, timbul ruam dan kadangkala lesi. Gejala ini biasanya bermula di muka dan merebak ke dada. Apabila kanak-kanak membesar, lebih banyak kawasan yang akan mengalami ekzema terutama di kulit yang berkedut seperti di siku dan lutut.

    "Oleh kerana kulit pesakit mengalami kecacatan pada fungsi sekatan, maka ia akan menjadi kering. Kulit yang kering akan mudah berasa gatal. Apabila pesakit menggaru, ia akan mengganggu fungsi sekatan dan jika kulit luka, boleh berlaku jangkitan bakteria khususnya Staphylococcus aureus. Keadaan ekzema akan lebih teruk pada kulit yang lebih kering.

    "Menggaru bukan saja mendedahkan pesakit kepada jangkitan tetapi ia juga akan membuatkan kulit menjadi tebal dan menjadi lebih tidak sihat," kata Pensyarah Kanan Onkologi Dermatologi Universiti Buckingham, United Kingdom, Prof Anthony Chu.

    Bakteria S aureus ini bukanlah asing pada kita. Namun 70 peratus pesakit ekzema ada bakteria ini dalam hidung mereka berbanding 30 peratus pada bukan pesakit. Hampir 100 peratus kulit yang mengalami ekzema ada bakteria ini dan ia boleh membiak (membentuk koloni) dengan cepat kerana ia akan melekat pada kulit yang kering.

    Jika kulit pesakit luka, bakteria ini akan memasuki badan dan menghasilkan bahan kimia eksotoksin yang bertindak sebagai antigen super (bahan yang merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi). Antigen super inilah yang akan merangsang tindak balas sistem imun untuk menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk (bengkak, merah dan sangat gatal).

    Menurut Dr Leong, teori kebersihan yang dikemukakan pakar penyelidik juga ada munasabahnya kerana kajian mendapati kes ekzema di kalangan kanak-kanak bandar yang tinggal dalam persekitaran 'terlalu' bersih lebih tinggi berbanding kanak-kanak luar bandar.

    Berdasarkan teori ini, dalam keadaan bersih, sistem imun badan menjadi tidak matang dan 'malas'. Ia tidak dapat membezakan antara penceroboh yang baik dengan jahat. Akibatnya, sistem imun ini akan bertindak balas terhadap semua penceroboh badan dan inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu sensitif atau mengalami alahan.

    Teori ini diperkuatkan dengan keputusan banyak kajian yang mendapati kadar kelaziman ekzema meningkat dua hingga tiga kali ganda di negara industri dan maju dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini membabitkan 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dan dua hingga 10 peratus orang dewasa.

    Jadi tidak hairanlah jika kes ekzema di kalangan kanak-kanak di negara maju seperti United Kingdom jauh lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu antara 20 hingga 30 peratus.


    Rawatan dan pengurusan

    Sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan ekzema yang juga dipanggil penyakit sistem imun kerana ia membabitkan banyak faktor. Bagaimanapun, ia boleh dirawat dan sasaran rawatan bukanlah untuk menyembuh tetapi mengurang�kan gejala memanjangkan tempoh bebas daripada serangan berulang yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit.

    Antara rawatan yang ada ialah steroid sapuan (dalam bentuk krim, gel atau balsam dalam pelbagai kekuatan) untuk menghentikan keradangan dan membantu menyembuhkan kulit.

    Doktor juga mungkin akan mencadangkan penggunaan krim kombinasi steroid dan antibiotik khususnya apabila steroid sapuan tidak berkesan. Krim kombinasi ini lebih berkesan untuk merawat ekzema kerana ia boleh disapu pada kulit yang luka untuk menghentikan rasa gatal dengan segera. Malah ia juga boleh digunakan walaupun tiada kesan jangkitan.

    "Steroid adalah ubat yang sangat baik tetapi ia mestilah digunakan mengikut arahan doktor. Malangnya kebanyakan ibu bapa di Malaysia mahukan ubat yang kuat supaya penyakit anak mereka sembuh. Mereka mahu anak mereka diberikan antibiotik untuk membunuh semua bakteria yang boleh merangsang ekzema tetapi kaedah ini tidak praktikal kerana kita sentiasa terdedah kepada bakteria.

    "Cara yang lebih baik ialah mengawal dan menguruskan penyakit anak. Antaranya dengan mengetahui faktor yang boleh merangsang serangan seperti rasa gatal, tindakan menggaru, cuaca panas dan lembap, bakteria, alergen (bahan yang boleh menyebabkan alahan), penggunaan sabun atau bahan pencuci yang kuat (bagi individu dengan kulit sensitif), alahan makanan dan habuk rumah," kata Dr Leong.

    Kaedah rawatan konvensional masih berguna dan boleh diamalkan. Ini termasuk:

  • Mandi setiap hari (sekerap yang dikehendaki jika tinggal di negara panas lembap). Jika pergi ke negara lain pada musim sejuk, hanya dibenarkan mandi sekejap sekali sehari. Serangan ekzema boleh menjadi lebih teruk pada musim sejuk kerana cuacanya yang kering dan penggunaan alat pemanas hawa yang menyebabkan kulit semakin kering.

  • Menggunakan sabun yang lembut.

  • Menyapukan losen pelembap selepas mandi (sangat penting).

  • Menyapukan ubat steroid atau kombinasi steroid dan antibiotik.

  • Memberikan suntikan sedatif antihistamin (hanya untuk kes yang teruk, biasanya pada bayi atau kanak-kanak kecil).

    "Orang kita selalu percaya ekzema disebabkan alahan makanan. Ia mungkin ada kaitan tetapi makanan laut bukanlah puncanya. Ia boleh menjadi faktor perangsang kepada serangan ekzema. Justeru, buatlah pemerhatian, sama ada anak anda ada alahan pada makanan laut.

    "Namun secara umumnya tidak perlu menyekat diet anak kerana dalam tempoh inilah mereka sangat memerlukan pemakanan seimbang untuk membesar. Berbincanglah dengan doktor sebelum anda mengehadkan pemakanan anak.

    "Pengurusan masalah ekzema anak perlulah bersifat dinamik dan seimbang iaitu berubah mengikut keadaan, umur dan cuaca. Dalam soal ini, biarlah kita mengambil pendekatan yang lembut. Janganlah pilih kaedah untuk 'menghapuskan' semua bakteria kerana kesan jangka panjangnya mungkin lebih serius.

    "Manusia sebenarnya boleh hidup dengan bakteria pada tahap tertentu. Memang kita mahu hidup dalam persekitaran yang bersih tetapi kita perlu ada had supaya ia tidak mendatang�kan masalah kepada anak," kata Dr Leong.

    Ibu bapa di Scandinavia yang mempunyai anak ekzema akan membawa bayi mereka menunggang kuda untuk mendedahkan anak kepada persekitaran 'kotor' dan ia didapati mampu mengurangkan sedikit masalah ekzema.

    Akhir sekali, kita perlu membantu anak menghentikan kitaran garu-gatal-keradangan-jangkitan yang menyebabkan ekzema semakin teruk. Antara langkah yang boleh diambil ialah memastikan kuku sentiasa pendek, ubah kaedah daripada menggaru kepada menepuk-nepuk bahagian yang gatal, balut tangan anak dengan tuala lembap dan sejuk untuk mengurangkan rasa gatal, menyapukan ubat steroid mengikut arahan doktor dan sentiasa memberi sokongan kepada si kecil.
  • Kongsi ilmu

    Posted: 18 Sep 2011 10:09 PM PDT

    pix_gal0
    Chocolate sebagai pelapis

    PERIT jerih melalui saat jatuh bangun selama 11 tahun bergelar anak seni ternyata mematangkan penyanyi kelahiran Gelang Patah, Johor, Norhasliah Abu Hassan atau lebih dikenali dengan nama Alyah ini. Andai disusuri perjalanan seninya, lebih banyak kepahitan dilalui sebelum kemanisan akhirnya mampu dikecapi.
    Bakat yang dicungkil daripada pertandingan Bintang HMI 2000, suatu waktu dulu bagai tidak mampu membawa nama Alyah ke mana-mana. Percubaan Alyah bersama album beberapa selepas pertandingan itu kurang menjadi. Namun dia tidak pernah berhenti mencuba, apabila nasibnya kemudian disandarkan kepada dua lagi program realiti iaitu Gangstarz (bersama One Nation Emcees) dan One In A Million (OIAM).
    Percubaan Alyah dalam pertandingan OIAM bagaimanapun dilihat sedikit berhasil apabila penyertaannya mendapat perhatian. Malah tiga tahun kebelakangan ini, dia juga sudah boleh menghela nafas lega apabila kehadirannya mula disedari berbekalkan lagu hit Tak Mungkin Kerna Sayang. Kekuatan vokal, penampilan yang mengikut gaya semasa dan rangkaian lagu hit menjadi formula yang melonjakkan namanya.

    Namun populariti tidak sedikit pun menghanyutkan wanita berusia 31 tahun ini. Dia sentiasa beringat, malah kejayaan serta pengalaman yang dimiliki itu kini dikongsi bersama tiga gadis yang ingin mencari tapak dalam dunia nyanyian. Mereka dijadikan anak didiknya menerusi penubuhan sebuah kumpulan diberi nama Chocolate, yang bernaung di bawah syarikatnya, I Like Music Entertainment.

    Kini, ke mana dia pergi, tiga gadis itu - Nadia Pamela Yunus, 24; Nur Shareeza Abidin, 18; dan Melley Matius, 23 - pasti akan turut diusung bersama bagi mendedahkan mereka kepada dunia seni.

    "Perjalanan Alyah sebagai seorang penyanyi solo tetap diteruskan, cuma Alyah wujudkan sebuah kumpulan wanita ini untuk dijadikan pelapis. Alyah ingin kongsi apa yang dilalui sepanjang 11 tahun lalu bersama mereka. Bukanlah sebab Alyah sudah berasa yakin dengan apa yang dikecapi sekarang, cuma Alyah rasa rugi jika apa yang dipelajari selama ini tidak dikongsi dengan orang lain.
    "Mereka berbakat, tapi jika bukan kakak yang menolong adik, siapa lagi yang akan bantu? Alyah juga tidak mahu ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas mereka, kerana memang ada segelintir orang yang suka berbuat demikian pada bakat baru.

    "Walaupun Alyah membantu mereka, Alyah tetap suruh mereka berdikari. Alyah tak mahu mereka naik dengan mudah, sebaliknya Alyah ingin mereka belajar sedikit demi sedikit. Apa yang Alyah dapat tengok, walaupun mereka sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), tetapi mereka sangat rajin. Habis saja kelas, mereka tidak buang masa. Biarpun penat, mereka rajin berlatih," kata Alyah yang turut menyumbangkan suaranya dalam single pertama kumpulan itu, Boomerang.

    Lagu berkenaan bukan saja dimuatkan dalam album Chocolate, bahkan ia turut disenaraikan sama dalam album terbaru Alyah yang dijangka menemui peminat pada penghujung tahun ini.

    Selain bekerja keras untuk album kumpulan itu, Alyah juga berkongsi ilmu penampilan diri bersama anak didiknya agar mereka juga dilihat menawan setiap kali muncul di khalayak ramai.

    Lebih menyerlah secara kumpulan

    DITANYA kenapa Chocolate yang dipilih menjadi nama kumpulan itu, penyanyi yang kini meletup bersama lagu Kisah Hati ini menjelaskan, nama terbabit bersesuaian dengan imej yang dibawakan ketiga-tiganya. Rasa coklat yang manis dan digemari semua peringkat usia diharap dapat memberi sinar kepada kumpulan terbabit.

    Walaupun sibuk memberikan tumpuan kepada Chocolate, Alyah tidak pernah melupakan kariernya sendiri. Malah dia juga memastikan kumpulan itu tampil berbeza dengan dirinya yang bergerak solo, dari segi bentuk muzik. Justeru, konsep lagu Chocolate juga sedikit berlainan daripada lagunya supaya peminat dapat mengenal pasti identiti muzik mereka.

    "Alyah masih kekal dengan genre sama. Cuma sebagai pengenalan, Alyah juga akan muncul dalam album kumpulan ini. Bagi membantu mereka memulakan tapak dalam industri pula, Alyah akan bawa mereka ke mana saja. Contohnya, sebelum ini Alyah dapat undangan mengadakan persembahan untuk majlis makan malam, Alyah tampilkan mereka sekali pada acara pembukaan.

    "Alyah tahu artis berkumpulan jarang bertahan lama, tetapi sebagai permulaan, biarlah mereka tampil secara grup dulu. Alyah tidak pernah tetapkan berapa lama mereka harus bersama kumpulan ini, tapi kalau mereka boleh bertahan lama, adalah lebih baik.

    "Mereka sangat berbakat, mampu menyanyi secara solo dengan baik. Tetapi apabila mereka bergabung, kekuatan vokal mereka lebih terserlah lagi," kata Alyah.
    Sementara itu Nadia yang mewakili rakan-rakannya berkata, mereka bertiga beruntung kerana menjadi pilihan penyanyi hebat itu.

    "Kak Alyah banyak menolong kami. Dengan berkat bantuan Kak Alyah, sedikit sebanyak kami dapat gambaran mengenai dunia hiburan tanah air, walaupun sebelum ini tidak banyak yang kami ketahui. Pengalaman yang dikongsikan bersama kami memang banyak membantu. Kami harap kehadiran Chocolate diterima dan kami juga berharap dapat memperbaiki lagi kebolehan sama ada dari sudut vokal mahupun tarian," kata Nadia.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Categories