Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Status Ana Dahlia, Chef Riz Diarah Kunci Mulut
- Berkorban demi Indah
- Kes Saman Nadia Mustafar Belum Tamat - Lisdawati
- 'Michael Jackson Filipina' Rakam Lagu Bahasa Malaysia
- Berat Badan Beego Turun Kerana 'Libas'
- Perubahan Dalam Masa 100 Hari - Mohd Naguib (KP Finas)
- Konsert Kemuncak Suria FM Himpun Artis Popular
- Konsert Maher Zain Di Sarawak Dijangka Meriah
- Lady Gaga Tampil Fesyen Topi Sarang Burung
- Najib Tonjol Perwatakan Santai Di Radio
- Sudah rugi, malu pula
- Kereta putus lekat di tiang
- Penyamun dua beranak diburu
- J-Lo kembali aktif
- Labur RM64 juta
- Kaedah belajar sambil bermain
- Rital, Ritag dipisah
- Sudah bersedia melibas
- Cari bakat, bukan rupa
- Pusat alga terbesar di Rompin
- Maut ditikam kekasih pengkid
- Suara Kami dapat sokongan Perdana Menteri
- 4 Legenda Rock gegar Tawau 1 Oktober ini
- Artis insaf lihat gelandangan
- Rukun haji
Status Ana Dahlia, Chef Riz Diarah Kunci Mulut Posted: 19 Sep 2011 10:03 PM PDT PETALING JAYA: Mohd. Nadzri Redzuawan ,30, atau Chef Riz mengambil pendekatan untuk "mengunci mulut" selepas tersebar gosip kekasihnya iaitu pelakon Ana Dahlia,28, kononnya sudah bergelar janda. Chef Riz yang juga pengacara MasterChef Malaysia, memberitahu, bapanya iaitu Datuk Chef Wan tidak membenarkan Riz memberikan apa-apa kenyataan tentang kisah cintanya dengan Ana melainkan sekiranya mahu menyentuh soal kerjaya. "Saya tak boleh jawab apa-apa soalan tentang Ana atas nasihat bapa saya. Lagipun kami sedang berkawan baik dan tidak mahu sekiranya jawapan yang saya berikan nanti melukakan hati mana-mana pihak. "Saya bimbang jika komen saya nanti akan menimbulkan pergaduhan di antara kami kemudian hari," kata Riz ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Ahad lalu sebuah akhbar mingguan melaporkan Ana Dahlia yang berasal dari Taiping, Perak sebenarnya berstatus janda dan pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum menyertai AirAsia sebagai pramugari. Jelas Riz, dia sekarang ini sedang sibuk dengan penglibatannya sebagai salah seorang juri tetap dan hos MasterChef Malaysia yang dijangka akan menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria (saluran 104). "Saya akan mula menjalani penggambaran MasterChef Malaysia pada Selasa yang turut melibatkan empat chef lain selaku juri. "Saya agak bertuah kerana merupakan chef termuda di kalangan chef lain yang menjadi juri dalam program yang dirakamkan selama 66 episod itu. "Saya juga dipanggil untuk menjalani uji bakat oleh pihak Astro sebelum terpilih sebagai hos," ujarnya lagi. | |
Posted: 19 Sep 2011 10:02 PM PDT Atilia KEHADIRAN Atilia di persada muzik mungkin tidaklah sehebat sesetengah penyanyi, kerana aliran muzik pilihannya iaitu jazz dan R&B dianggap kurang popular bagi kebanyakan peminat muzik tempatan. Cuma dalam soal pengedaran, Atilia mahu mengembangkan dan berkongsi 10 lagu, selain tiga klip video bersama pendengar luar mengikut jejak langkah penyanyi terdahulu terutama Datuk Sheila Majid. "Album Indah ini di pasaran tempatan sejak akhir tahun lalu, manakala pengedar di Indonesia, Demajors bertanggungjawab mengedarkan album terbabit di sana. Antara perancangan saya nanti mahu mengadakan konsert mini bersama Sore. "Saya sendiri meminati mereka dan berbesar hati dapat berpadu suara membawakan Silly Little Sing, malah tidak sabar ke Jakarta untuk menemui pendengar. Demi Indah, saya sedia berkorban masa dan berulang alik ke sana," katanya lagi. Bersyukur apabila lagu Kekanda Dinda, paduan suara bersama Monoloque masih kerap diputarkan di radio, akuinya cadangan merakamkan semula lagu Doa Buat Kekasih yang dipopularkan Ramli Sarip dan Khatijah Ibrahim akan diteruskan. Lagu gandingan bersama Monoloque itu bakal diberi nafas baru bagi memancing perhatian ramai seterusnya menjadi tambatan seperti Kekanda Dinda yang tetap menjadi siulan ramai. "Sememangnya penangan Kekanda Dinda tidak boleh dinafikan kerana walau di mana-mana pun orang akan meminta lagu itu. Ia kemelayuan dan diterima ramai dek sifat catchy melodi dan liriknya, malah sedari awal saya sudah jangka ia mampu menyerlah. "Terima kasih kepada Monoloque selaku penciptanya apabila secara tidak langsung saya sebagai penyanyi duet turut mendapat tempias populariti lagu ini. Baik kanak-kanak hingga dewasa mengetahui lagu ini," katanya yang muncul bersama album sulung, Sangkar pada 2007. Anak kepada Salamiah Hassan ini, selain menyanyi namanya juga agak menonjol dalam dunia pementasan berskala besar dengan memegang peranan penting seperti dalam The P Ramlee Musical dan Muzikal Lat...Kampung Boy. Rancang perkahwinan di rumah sendiri PERANCANGAN kembali ke alam rumah tangga selepas lebih dua tahun menyendiri sudah lama difikirkan Atilia apatah lagi jejaka yang mencuri hatinya juga sudah sedia menggalas tanggungjawab mengemudi sebuah keluarga bahagia. Namun tuntutan tugas terutama promosi album baru yang memerlukannya kerap terbang ke Jakarta, Indonesia selain komitmen terhadap program Idola Kecil musim baru membuatkan niat suci itu terpaksa ditangguhkan. Bagi empunya nama Putri Atilia Raja Haron, 36, dirinya bertuah mendampingi seorang insan yang begitu memahami keadaannya tetapi tidak bermakna dia cuba melengah-lengahkan perkara baik. "Kalau ikutkan kami mahu menyegerakan majlis pernikahan akhir tahun ini, cuma tarikhnya belum diputuskan. Setakat ini juga saya belum melakukan apa-apa persediaan, jadi sukar menyatakan bila hari itu dirancang. Lagipun saya mahu menyudahkan dulu beberapa tugasan. "Pada 17 Oktober saya akan melancarkan album Indah di Indonesia dan selepas itu mula sibuk sebagai juri Idola Kecil hingga Disember. Boleh dikatakan kami sama-sama sibuk, mungkin ia dianjakkan tahun depan," katanya yang jarang kelihatan bersama buah hatinya. Walau tampak urban, Atilia tetap senang mengadakan majlis perkahwinan seperti masyarakat Melayu dulu yang berlangsung di kediaman sendiri dengan acara penyediaan juadah dilakukan seisi keluarga dan saudara mara. Katanya, ia adat yang jarang lagi diteruskan di bandar besar dek kekangan masa namun sebenarnya sebagai pengukuh hubungan dengan sanak saudara kerana segala-gala persediaan dilaksanakan secara bergotong royong. "Saya suka dengan semangat penduduk kampung apabila setiap persediaan kenduri kendara dilakukan bersama-sama. Seronok kerana kita dapat berkumpul dan berbual mesra sambil melakukan tugasan masing-masing. "Kalau boleh saya mahu majlis perkahwinan nanti diadakan di rumah. Lebih meriah dan bermakna. Lagi ramai saudara mara yang hadir, lagi seronok kerana acara sebegini kita berpeluang berhimpun seisi keluarga," katanya. Sebelum ini Atilia mendirikan rumah tangga dengan Ariff Johan Abdul Jalil pada 18 Disember 1998 tetapi mereka berpisah pada Mac 2009 selepas sedekad hidup bersama. Info NAMA PENUH: Raja Putri Atilia Raja Haron TARIKH LAHIR: 15 September 1974 UMUR: 36 tahun ASAL: Muar, Johor KERJAYA: Penyanyi, penulis lirik dan pelakon ALBUM: Kompilasi RAP, Sangkar (2007) dan Indah (2010) TEATER: P Ramlee The Musical dan Muzikal Lat FILEM: Ransan dan Bisikan Puaka | |
Kes Saman Nadia Mustafar Belum Tamat - Lisdawati Posted: 19 Sep 2011 10:01 PM PDT PETALING JAYA: Kes saman fitnah melibatkan dua aktres iaitu Nadia Mustafar dan Lisdawati masih belum berakhir seperti yang diperkatakan sebelum ini. Lisdawati menolak dakwaan itu walaupun Nadia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut telah selesai pada 27 Jun lalu. "Hanya dia yang memberitahu bahawa kes ini telah selesai tetapi pada pihak saya belum menganggap ia sudah selesai. "Kes ini masih dalam tempoh perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bermula hari ini (Isnin)," katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Makam. Perbicaraan tersebut disambung pada 10 Oktober depan. Lisdawati diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo dan Karpal Singh. Media sebelum ini melaporkan Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin, 33, mendakwa, Nadia dengan niat jahat telah memberikan wawancara yang mengandungi perkataan memfitnah kepada wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani. Bagaimanapun pada 27 Jun lalu, Hakim Yong Zarida Sazali meminta Lisdawati menarik semula saman itu ekoran beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes berkenaan. | |
'Michael Jackson Filipina' Rakam Lagu Bahasa Malaysia Posted: 19 Sep 2011 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi yang mendapat jolokan Michael Jackson di Filipina, Gary Valenciano memberitahu selesa merakamkan lagu dalam Bahasa Malaysia untuk album terbarunya. Gary yang baru sahaja muncul dengan single berjudul 'Ayu' berkata, Bahasa Malaysia tidak mempunyai banyak perbezaan dengan bahasa ibundanya, Tagalog dari segi sebutan dan ejaan. Penyanyi yang lebih mesra dengan sapaan Gary V itu berkata, dia merakamkan lagu tersebut di Manila selepas mendapat lirik dalam Bahasa Malaysia yang ditulis oleh Fatin manakala susunan muzik oleh Sharon Paul. "Sejujurnya semasa merakamkan 'Ayu' saya hanya mengambil masa dua jam untuk melengkapkan lagu tersebut kerana tidak beberapa sukar menyebut perkataan dalam Bahasa Malaysia kerana ia tidak banyak beza dengan Tagalog. "Saya juga turut dibantu oleh seorang kenalan yang mahir dalam kedua-dua bahasa tersebut menjadikan rakaman itu berjalan lancar," ujarnya pada sidang media di Hard Rock Cafe di sini bagi mempromosikan single terbarunya itu, Isnin. Pada majlis sama, Gary sempat mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk 'Ayu'. Dalam pada itu, Gary yang telah terlibat dalam dunia nyanyian selama 28 tahun menganggap kehadirannya ke Malaysia sebagai satu rahmat dan berharap peminat di negara ini dapat menerimanya. "Saya tidak rasa terlambat dan waktu ini adalah yang paling sesuai untuk saya melebarkan sayap ke negara ini," ujarnya yang berusia 47 tahun. Berhasrat untuk bekerja dengan lebih banyak artis tempatan pada masa akan datang, Gary optimis kolaborasi antara kedua-dua negara akan memberikan manfaat kepada industri muzik. "Saya ingin bekerja dengan lebih banyak artis di negara ini malah ingin membawa mereka ke negara saya supaya kita sama-sama boleh berkongsi muzik dan mengembangkan lagi industri serantau," ujarnya. Bakal kembali ke Malaysia pada November depan untuk melancarkan album terbaru di sini, Gary juga bakal mengadakan dua konsert yang bakal dibawakan oleh DiGi Communication dengan kerjasama MUZIKON. Konsert "Gary V Live in Malaysia 2011" itu bakal merangkumi dua persembahan di Hotel Horizon, Kota Kinabalu pada 12 November depan dan Wisma Fui Chiu, Kuala Lumpur sehari selepas itu. Pengguna DiGi yang ingin memperoleh tiket percuma pada persembahan itu nanti perlu mendapatkan nilai tambah antara 26 September sehingga 13 November 2011. Tiket-tiket boleh ditebus di kedai khusus DiGi bertempat di Low Yat Plaza dan Pusat DiGi di Api-Api 1Borneo di Kota Kinabalu. | |
Berat Badan Beego Turun Kerana 'Libas' Posted: 19 Sep 2011 10:00 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Beego terpaksa menurunkan berat badannya sebanyak tujuh kilogram semata-mata untuk berlakon dalam filem Libas. Kata Beego, dia terpaksa mendapatkan berat yang sesuai dengan watak Megat yang dilakonkan dalam filem tersebut. "Sebelum berlakon filem ini berat badan saya hampir 80 kilogram dan tidak sesuai dengan watak Megat yang diberikan kepada saya. "Jadi pengarah, Jurey Latiff menasihatkan agar saya menurunkan berat badan sedikit supaya lebih kelihatan sebagai seorang atlet," katanya ketika ditemui selepas Pra tonton filem Libas, di sini, Rabu. Tambahnya, pelbagai usaha dilakukan untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat sebelum penggambaran filem tersebut dimulakan. "Pelbagai usaha saya buat untuk turunkan berat badan ini, Alhamdulillahlah saya dapat turunkan sebanyak tujuh kilogram dan hingga sekarang saya dapat kawal berat badan agar tidak seperti dulu," katanya. Sementara itu, pelakon yang popular dengan sitkom "Puteri" ini berkata Libas, merupakan filem aksi pertamanya sejak bergelar pelakon. "Saya sebelum ini selalu diberikan watak-watak komedi tapi kali ini saya bawa watak serius dan sedikit antagonis dan ia juga merupakan filem aksi pertama yang agak mencabar. "Saya bangga dapat bekerjasama dengan pelakon-pelakon hebat seperti Rosyam Nor, Johan Raja Lawak, Corrie Lee dan Scha Alyahya," katanya. Bercerita tentang pengalaman menjayakan filem tersebut, Beego berkata dia merupakan orang pertama yang tercedera sebelum Rosyam Nor. "Saya dimasukkan ke hospital tiga hari sebelum Rosyam cedera, kedua-dua kaki tulang kaki saya retak dan tidak boleh berjalan," katanya. Filem Libas arahan Jurey Latif ini bakal ditayangkan pada 29 September mengisahkan tentang perjuangan pemain-pemain sepak takraw Malaysia yang ingin merampas semula gelaran juara daripada Thailand. | |
Perubahan Dalam Masa 100 Hari - Mohd Naguib (KP Finas) Posted: 19 Sep 2011 09:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baru, Mohd Naguib Razak,42, (gambar) memerlukan masa 100 hari untuk melakukan perubahan terhadap industri perfileman tempatan selepas menerajui jawatan tersebut bermula 1 September lalu. Mohd Naguib berkata, tempoh itu diperlukan bagi membuktikan kesungguhannya untuk melihat industri perfileman negara benar-benar mempunyai matlamat dan juga hala tuju sebenar. "Bagilah peluang kepada saya dalam tempoh seratus hari untuk melakukan beberapa perubahan dalam industri perfileman ini. Tapi perubahan itu bukan secara keseluruhan tetapi secara berperingkat," katanya. Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama editor-editor dan wartawan hiburan di Hotel Ritz Carlton di sini, Isnin. Turut hadir dua Timbalan Ketua Pengarah agensi tersebut iaitu Fatimah Ahmad (Pembangunan) dan Zulkifli Ab Wahab (Operasi). Mohd Naguib berkata, sebelum menyertai Finas, dia mendengar pelbagai rungutan dan persepsi negatif mereka yang terlibat dalam industri perfileman sehinggalah dia mengambil peluang menawarkan dirinya sendiri bagi memenuhi kekosongan jawatan berkenaan yang menjadi kontroversi sejak tahun lalu Katanya, permohonannya itu mendapat persetujuan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. "Ketika kecoh pelbagai pihak memperkatakan mengenai jawatan itu, saya menawarkan diri saya sendiri kerana saya tidak mahu melihat industri perfileman menjadi semakin parah apabila ketiadaan Ketua Pengarah. "Selepas melihat kepada latar belakang saya, pihak kementerian akhirnya bersetuju melantik saya untuk jawatan itu," jelasnya yang mempunyai pendidikan dalam bidang undang-undang dari Universiti Leeds, England. Mohd Naguib menambah, dengan pelantikan itu dia terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan, Blue In Green Production yang banyak terlibat dengan pembikinan filem dokumentari bagi mengelak daripada mempunyai kepentingan terhadap syarikat berkenaan. Ditanya apakah hala tujunya sebagai Ketua Pengarah Finas yang baru, beliau berkata, cabaran besarnya adalah untuk melakukan transformasi terhadap industri perfileman selain membawa filem tempatan ke peringkat antarabangsa. Katanya, industri perfileman pada waktu ini agak sempit dan mereka yang terlibat seperti pengarah dan penerbit filem perlulah pro aktif untuk mendapatkan ruang dan kerjasama pada peringkat antarabangsa. "Kita perlu membina kerjasama dengan pihak luar jika mahu berjaya. Itu yang akan saya ketengahkan berdasarkan kepada pengalaman saya pada peringkat antarabangsa sebelum ini," jelasnya. Selain itu beliau akan turut mempertimbangkan masalah produser filem yang gagal mendapat waktu tayangan yang bersesuaian daripada Syarat Wajib Tayang selain mahu berjumpa dengan pengamal industri perfileman bagi mendengar keluhan mereka. Mohd Naguib yang menggantikan Mohd Mahyidin Mustakim merupakan individu yang mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan dokumentari sehingga diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Antara karyanya yang menembusi festival-festival perfileman antarabangsa seperti Anak Duyung (Yamagata International Documentary Film Festival), The Boat-Maker and The Sea (Discovery Channel), Glass Enclosure: Tokyo Invisible (International Documentary Festival Amsterdam 2005 & International Film Festival Mannheim-Heidelberg 2005), Becoming A King (National Geographic Channel) dan Spellbound of The Mind (Crime & Investigation Network). Bagaimanapun beliau yang pernah bertugas di Astro Shaw dan Asia Broadcating Union (ABU) memiliki kemampuan terhadap bidang lain iaitu penghasilan filem cereka, animasi, pengiklanan penerbitan dan penulisan kreatif. | |
Konsert Kemuncak Suria FM Himpun Artis Popular Posted: 19 Sep 2011 09:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Stesen radio Suria FM akan menganjurkan konsert Kemuncak Raya Suria FM 2011 pada 1 Oktober depan di Dataran Putrajaya dekat sini. Pengurus Operasi Suria FM, Azrullah Mohd Nor berkata konsert yang menampilkan artis-artis popular ini bagi menghargai pendengar-pendengar setia SuriaFM. "Sebelum konsert kemuncak ini, kita telah adakan beberapa siri jelajah iaitu Mini Konsert di Kuantan Parade, Komtar Walk Pacific Komtar Pulau Pinang pada 16 dan 17 September lalu. "Manakala minggu hadapan di Batu Pahat Mall dan Dataran Hadari, Lumut, Perak," katanya pada sidang media Majlis Rumah Terbuka Suria FM, di dini, Isnin. Antara Artis yang bakal menjayakan persembahan pada konsert tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, Mawi, Awi Rafael dan Adira. Selain acara konsert tersebut, Suria FM telah melancarkan Kuiz Kereta & Duit Raya Suria FM pada 29 Ogos lalu. Pendengar bertuah bakal memenangi sebuah kereta Proton Inspira dan duit raya. Pendengar hanya perlu meneka dimanakah "kerinting three" yang terkenal menerusi segmen Breakfast@Suria melarikan kereta tersebut. Setiap pendengar yang memberi jawapan lokasi yang betul akan berpeluang memenangi satu kunci untuk ke acara finale pada 29 September depan pukul 3 petang di Tropicana City Mall, Petaling Jaya, dekat sini. | |
Konsert Maher Zain Di Sarawak Dijangka Meriah Posted: 19 Sep 2011 09:58 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi yang terkenal dengan lagu "InsyaAllah", Maher Zain,30, bakal mengadakan konsert sulungnya di Sarawak pada November depan. Konsert yang diberi nama 'Maher Zain Live in Sarawak' itu dijangka bakal menarik minat penonton bukan sahaja dari negeri itu tetapi juga dari negara jiran seperti Brunei untuk berhibur bersama-sama pada konsert itu nanti. Pernah mengadakan dua buah konsert di Kuala Lumpur sebelum ini, persembahan tersebut bakal diadakan di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November bermula pukul 8 malam. Penyanyi kelahiran Lubnan itu sebelum ini mencatat sejarah apabila album "Thank You Allah" berjaya dijual sebanyak 120,000 unit di negara ini sekali gus melayakkannya menerima enam anugerah platinum atas kecemerlangannya itu. Dia juga mempunyai lebih dua juta peminat di laman sosial Facebook sejak mula membuka akaun dua tahun lalu. Selain itu dia turut menjadi individu paling kerap mendapat perhatian melalui enjin carian Google Malaysia. Dianjurkan oleh Marctensia Concerts, harga tiket yang dikenakan untuk konsert berkenaan ialah RM103, RM203 dan RM303. Pembelian dalam talian diberi potongan sebanyak 10 peratus. Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.ticketcharge.com.my atau menghubungi terus ke talian 03-9222 8811. | |
Lady Gaga Tampil Fesyen Topi Sarang Burung Posted: 19 Sep 2011 09:57 PM PDT PENYANYI sensasi Lady Gaga (gambar) belum berhenti untuk melakukan eksperimen dengan imejnya. Kali ini Gaga menggunakan sarang burung berukuran besar untuk dijadikan topi. Dengan tutup kepala yang di bawahnya tertulis "F*** Fashion", Gaga sengaja menghadiri majlis 'New York Fashion Week'. Menurut The Sun, Isnin, penyanyi yang lahir di New York itu akan tampil pada majlis 'Children Gary Barlow' di Manchester pada 17 November ini. Khabarnya, dia sudah merancang kostum yang akan dipakai nanti. Sebelum ini, Gaga pernah menghadiri majlis 'Grammy Awards 2011' menggunakan sebiji replika telur raksasa yang diangkat oleh beberapa model lelaki saat melintasi karpet merah hingga ke pentas. Dia berbicara dengan Ryan Seacrest dari dalam telur tersebut. Sementara pada majlis 'MTV Video Music Awards' itu, Gaga menggunakan daging mentah sebagai kostumnya. Dia sememangnya selesa menggunakan kostum-kostum unik. | |
Najib Tonjol Perwatakan Santai Di Radio Posted: 19 Sep 2011 09:55 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonjolkan perwatakan yang santai dengan mengusik dan bergurau-senda ketika muncul di slot pagi Gotcha Call stesen radio Hitz.fm, pagi Selasa. Pada kemunculan itu, PM sempat membantu penyampai JJ dan Ean membuat panggilan mengusik kepada Pengurus Besar Program AMP Radio Networks, Jake Abdullah atau lebih dikenali sebagai Jakeman. Ketika ditanya oleh JJ apa yang bermain di fikirannya ketika membuat panggilan telefon itu, Najib berkata: "Saya memang mahu mendapatkannya (Jake)!." Menerusi panggilan usikan itu, Najib bertanya kepada Jakeman adakah anak lelakinya yang merupakan seorang turntablist boleh melakukan tugas DJ di kelab malam Jake. Jakeman yang terkejut dan tidak percaya bahawa dia sedang berbual dengan PM, lantas bersetuju untuk menjalankan uji bakat ke atas anak Najib. Terdahulu, Najib 'bertarung' dengan seorang pemanggil stesen radio Mix FM, Yang Poh Ling dalam slot Battle of the Sexes ketika bersiaran dengan penyampai JD dan Dilly. Beliau juga memberitahu JD dan Dilly bahawa dia agak gementar ketika muncul di radio. "Saya jarang gementar!" kata Najib yang menghabiskan sekitar setengah jam pada setiap stesen radio tersebut, selain membuat kemunculan mengejut di Era FM bersama penyampai dan pengacara Aznil Nawawi. Najib juga sempat berkongsi pandangannya tentang bola sepak dan muzik ketika ditemuramah di kedua-dua stesen radio berbahasa Inggeris itu. | |
Posted: 19 Sep 2011 09:54 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita 29 tahun bukan saja kerugian RM16,000, malah dia dan keluarga terpaksa menanggung malu apabila majlis merisik dan pertunangan di rumahnya di Sepang Putra, Sungai Pelek, Selangor, terpaksa dibatalkan kerana rombongan keluarga lelaki tidak hadir, kelmarin. Lebih mengaibkan apabila semua jemputan daripada keluarga terdekat, rakan dan jiran tetangga sudah menunggu rombongan keluarga lelaki sejak jam 12 tengah hari, namun sehingga jam 7 malam kelibat rombongan lelaki itu masih tidak kelihatan. Difahamkan, selain memberikan RM10,000 digunakan sebagai wang hantaran kepada teman lelakinya berusia 26 tahun, mangsa juga memberikan RM6,000 kepada suspek digunakan bakal tunangnya itu sebagai perbelanjaan rombongan merisik dan meminangnya.
| |
Posted: 19 Sep 2011 09:52 PM PDT REMUK...keadaan kereta selepas kemalangan. PUTRAJAYA: "Ketika sampai di tempat kejadian, saya melihat kereta mangsa putus dua, kaki mangsa terperosok di bahagian pedal minyak manakala beberapa cebisan dipercayai otak mangsa melekat di tempat duduk belakang," kata seorang saksi kemalangan maut di sini, semalam. Menurut saksi yang enggan dikenali itu, dia adalah antara yang terawal melihat kejadian terbabit di Kilometer 7.2, Persiaran Selatan berhampiran susur keluar Pusat Konvensyen Antarangsa Putrajaya (PICC).
"Ketika itu saya ingat mangsa masih hidup, tetapi rupanya dia sudah meninggal dunia. Keadaan kereta mangsa terputus dua, enjin serta dua tayar depan tercampak tidak jauh dari tiang lampu yang dilanggarnya," katanya, ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memandu laju mengakibatkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika mengambil selekoh lalu merempuh tiang lampu di tempat kejadian.
| |
Posted: 19 Sep 2011 09:52 PM PDT DIKEHENDAKI...Wan Abdul Bari menunjukkan gambar suspek, Tai Ping (kiri) Kok Yew. RAMPAS...pelbagai barangan yang dirampas di rumah suspek. KUALA LUMPUR: Dua beranak yang menjadi dalang beberapa kes samun dan pecah rumah di Brickfields sejak awal tahun ini diburu selepas polis merampas pelbagai barangan dipercayai hasil curi dengan anggaran nilai RM100,000 di sebuah rumah di Setapak, di sini, Rabu lalu. Suspek, Lee Tai Ping, 64, pemandu teksi dan anak lelakinya, Lee Kok Yew, 27, diminta tampil bagi membantu siasatan. Kedua-dua suspek dipercayai melarikan diri sebaik mengetahui mereka dikehendaki polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata ketika tangkapan, polis merampas pelbagai barangan curi termasuk skrin komputer, televisyen, komputer riba, telefon bimbit pelbagai jenis, pengering rambut dan geran kereta pemilik lain di rumah suspek.
"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan polis meminta kedua-dua suspek tampil ke balai polis bagi membantu siasatan," katanya.
| |
Posted: 19 Sep 2011 09:51 PM PDT SERONOK...teruja menjalani rakaman klip video Papi. BARU beberapa minggu saja berlalu sejak pengumuman mengejut mendedahkan mengenai perpisahan J-Lo dan suaminya, Marc Anthony. Bagaimanapun, nampaknya penyanyi Get Right itu sudah kembali bekerja dengan semangat jitu, meraikan kebebasan baru yang dikecapi dengan menghasilkan klip video untuk single terbarunya Papi. Penyanyi terbabit melakukan persembahan akrobatik, melompat di udara, memanjat di atas bahu beberapa penari lelaki ketika merakam klip video itu di Los Angeles.
| |
Posted: 19 Sep 2011 09:50 PM PDT POTENSI...Mehmet bersama barisan produk keluaran FIGS di Turki. KUMPULAN Felda Global (Felda Global Group) menerusi unit perniagaannya di Turki, Felda Iffco Gida Saneyi (FIGS) akan menambah pelaburan kira-kira RM64 juta bagi membina kemudahan penapisan dan pembungkusan produk lemak berasaskan minyak sawit di kilang penapisannya di Izmir, Turki. Melalui pelaburan baru itu, syarikat menyasarkan untuk menjadi pengeluar kedua terbesar produk berasaskan lemak di negara itu menjelang 2016.
Beliau berkata, FIGS akan mengeluarkan produk lemak minyak sawit untuk industri dan makanan terutama dalam bidang pembuatan kek serta pastri seperti marjerin untuk pasaran negara ini dan serantau.
Selain Turki, Iffco turut mempunyai cawangan di pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, Kanada, Australia, China, Pakistan, Afrika Selatan, Sri Lanka, Indonesia dan Asia Barat. Felda Global Ventures adalah pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia manakala Iffco adalah peneraju pengeluar makanan di 84 negara termasuk Eropah, Australia, Asia Barat dan Amerika Syarikat.
| |
Posted: 19 Sep 2011 09:49 PM PDT GIGIH MENGAJAR...Haidatul (kanan) sentiasa sabar melayan kerenah pelajar sambil dibantu Wan Siti Nurul Nadia (kiri). MACAM-MACAM TELATAH...pelajar istimewa turut serta ketika perhimpunan pagi. ANAK murid berhi�ngus dan kadangkala membuang air kecil mahupun besar tanpa diduga memerlukan kesabaran yang tinggi bagi mana-mana guru pun. Begitu juga yang dihadapi guru kelas prasekolah pendidikan integrasi yang menempatkan pelajar seawal usia empat tahun tetapi dikategorikan sebagai pelajar sindrom down, hiperaktif, autisme, masalah pendengaran, masalah bertutur, cerebral palsy. Bukan itu saja malah ada antaranya yang masih memakai lampin pakai buang. Menurut Haidatul Azila Johar, mengajar dalam kelas pendidikan khas sememangnya memberi cabaran berbeza berbanding di sekolah biasa.
| |
Posted: 19 Sep 2011 09:47 PM PDT SEBELUM... Kembar siam Rital dan Ritag yang bercantum di kepala. SELEPAS... Kembar siam Rital dan Ritag sihat selepas pembedahan. LONDON: Dua bayi perempuan kembar siam yang bercantum di kepala telah selamat dipisahkan oleh kumpulan doktor di Britain. Rital dan Ritag Gaboura, yang berusia 11 bulan adalah pasangan kembar siam, satu antara 10 juta di dunia.
Mereka yang dilahirkan di Khartoum, Sudan, dibawa oleh ibu bapa mereka, Abdelmajeed Gaboura 31 dan Enas, 27,kedua-dua mereka adalah doktor perubatan ke Britain untuk menjalani pembedahan. Sewaktu mereka tiba, jantung Ritag sungguh lemah.
Ibu bapa bayi kembar itu telah meminta bantuan kewangan daripada satu badan kebajikan untuk kanak-kanak, Facing the World, yang bersetuju untuk membiayai kos pembedahan itu.
Kenyataan Facing the World berkata, "Dalam masa beberapa hari saja, kembar itu sudah ditempatkan di wad biasa dan mereka berinteraksi dan bermain seperti biasa.
Ritag membekalkan separuh daripada darah ke otak saudara kembarnya dan mengalirkannya kembali ke tubuhnya - ini bermakna jantungnya bekerja untuk kedua-dua mereka. Sekiranya berlaku kekurangan dalam tekanan darah mereka yang ketara ketika pembedahan, akan menyebabkan kecederaan otak. | |
Posted: 19 Sep 2011 09:46 PM PDT BARISAN penerbit, pengarah, pelakon dan kru filem Libas pada majlis pratonton filem itu di TGV Wangsa Walk Mall. KISAHNYA mudah - mengangkat bola takraw sebagai warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahankan daripada jatuh ke tangan orang lain - namun ia penuh simbolik sekali pun paparan kronologi filem yang diberikan judul sebagai Libas itu sarat dengan jenaka. "Ini filem sulung saya. Tentunya saya mahu Libas meninggalkan impak. Namun cabaran mengarahkan filem ini besar kerana selain memerlukan kos tinggi, ia banyak bermain CGI dan jika silap percaturan, jalinan cerita akan tampak palsu. "Tapi saya puas hasil yang ditunjukkan berbaloi dengan masa yang diperuntukkan. "Kalau ikutkan skripnya ditulis pada 2002 tetapi penggambaran bermula pada 2009. Prosesnya panjang kerana kami mengambil masa agak lama hanya untuk penerapan CGI membabitkan hampir 60 peratus kronologi kisah," katanya pada pratonton filem yang menelan belanja hingga RM2 juta itu. Bakal menemui penonton bermula 29 September ini, ia berkisar azam Raja Libas yang berusaha menubuhkan kembali pasukan sepak takraw Malaysia dengan mencari bakat muda sebagai pengganti memandangkan dirinya mengalami kecederaan kaki ketika merampas piala kemenangan bola warisan dari pasukan Thailand. Dalam pencarian dan perjuangan mempertahankan bola raga yang menjadi khazanah Melayu, Raja Libas berdepan pelbagai cabaran termasuk dikhianati teman sendiri serta mengalami episod cinta yang tidak kesampaian. Didukung Rosyam Nor sebagai Raja Libas, garapan yang dilihat mampu memancing penonton ke pawagam ini turut ditunjangi Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Beego, Fadzly Kamarulzaman, Zabri Ibrahim, Yuswaisar serta Adam Corrie Lee. Nyata ,sekali pun baru pertama kali menghasilkan produk untuk layar lebar, sutradara yang sudah menampakkan taring menerusi puluhan drama sejak belasan tahun berkecimpung dalam dunia pengarahan bijak menyelitkan unsur drama dan cinta sepanjang 90 minit berlangsung. Begitupun, dia enggan mendabik dada sebaliknya terbuka menerima kritikan atau pandangan daripada sesiapa bagi memperbaiki mutu persembahan dalam buah tangan akan datang. "Sebagai pengarah yang masih baru dalam pengarahan, masih banyak ruang untuk saya pelajari. Mustahil orang baru dalam penghasilan kerja kreatif seperti saya boleh terus sempurna," ulasnya lagi mengenai filem terbitan MDAG Sdn Bhd itu. Ditanya antara Libas dan filem Stephen Chow, Shaolin Soccer yang dikatakan punya persamaan, Jurey pantas membuat persamaan kerana plot pengkisahan sangat berbeza tetapi barangkali orang nampak sukan dinaikkan sebagai subjek selain penggunaan CGI dalam pergerakan. "Inilah kelainan yang kita mahu berkongsi dengan penonton. Kami tidak meniru Shoalin Soccer sebaliknya mengangkat sukan sepak takraw. Plot serta sub plot juga jauh lari daripada filem itu terbabit namun jika mahukan kepastian, datanglah ke pawagam dan lihat hasilnya sendiri. "Saya cuma tidak mahu sepak takraw dilupakan dengan menampilkan pendekatan yang diinginkan anak muda. Konsep kalah mati serta teknik aneka libasan hanyalah kelainan untuk mengelakkan penonton bosan malah boleh dikatakan aksi komikal mewarnai lagi Libas. "Mungkin aksi komikal yang diketengahkan menerusi filem ini yang dilihat mirip Shaolin Soccer namun persamaan hanya dari konsep komikal manakala penceritaan begitu jauh berbeza. Rosyam berkorban demi rakan Sementara itu, Rosyam Nor melihat Libas sebagai sebuah filem tempatan yang mempunyai keunikan hingga membuka pintu hatinya untuk menerima tawaran Jurey selepas hampir setahun tidak muncul di layar lebar. "Saya memilih bukan disebabkan mahu watak besar tetapi ingin ia nanti meninggalkan kesan. Apabila membaca skrip, saya sudah tertarik dengan watak Adnan Saladin yang juga Raja Libas. Dia ditonjolkan bersemangat jitu namun masih punya sisi melankolik. "Walau sudah lama pelakon, Libas memberi sesuatu yang berbeza bukan saja pada watak, malah saya perlu banyak bermain dengan imaginasi untuk membayangkan kesan khas pada sebiji bola yang diwujudkan dalam kebanyakan babaknya," katanya yang hanya mengambil cuti sehari walau dinasihatkan doktor supaya menjalani pembedahan. Mengimbas semula detik itu, katanya bahu yang terjatuh hanya dipasang anduh untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk dan hanya selepas penggambaran selesai barulah dia menjalani pembedahan. "Waktu itu hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk penggambaran tamat. Jika saya mengikut arahan doktor, tidak adil kepada pelakon lain kerana perlu menunggu beberapa bulan untuk sembuh. "Kesannya bahu 'jatuh' itu masih terasa hingga kini dan syukur sebaik segala-galanya selesai saya menjalani penggambaran. Melihatkan hasil Libas saya rasa pengorbanan menahan sakit sepanjang tempoh itu cukup berbaloi," katanya yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi Kala Malam Bulan Mengambang. | |
Posted: 19 Sep 2011 09:45 PM PDT BARISAN teraju utama program Vokal Bukan Sekadar Rupa. KEMUNCULAN program realiti televisyen Vokal Bukan Sekadar Rupa dilihat bakal mencetuskan fenomena baru apabila rupa bukan lagi keutamaan dalam pencarian bakat sekali gus memperlihatkan penilaian vokal adalah lebih penting. Produksi program ini akan mengadakan empat sesi uji bakat yang akan berlangsung di Thearette di Sri Pentas, Bandar Utama pada 24 dan 25 September, diikuti 1 dan 2 Oktober ini dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Penyertaan terbuka kepada warga negara Malaysia, berumur 18 hingga 28 tahun. Calon peserta dikehendaki membawa lebih daripada satu minus one untuk menyampaikan lagu-lagu ketika uji bakat berjalan. Seramai 10 calon yang berjaya melepasi uji bakat akan berentap pada konsert pertama dan kedua bagi menentukan enam peserta terbaik bermula 16 Oktober. Format pemarkahan vokal dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 50 peratus daripada juri tetap dan 50 peratus lgi melalui undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Program yang bakal memberikan hadiah istimewa seperi wang tunai sebanyak RM50,000 kepada juara, RM30,000 kepada naib juara serta RM10,000 kepada pemenang ketiga ini turut menampilkan Ahmad Shaifullizam Arshad sebagai penerbit, Faizal Ismail sebagai pengacara konsert dan rutin serta Azmeer dan Erra Fazira sebagai juri tetap. Penerbit eksekutif program ini, Muhammad Suffian Che Ahmad berkata, antara matlamat program ini selain memberikan peluang kepada mereka yang mempunyai suara tetapi kurang daripada segi rupa adalah dengan melengkap peserta dengan latihan, bimbingan dan motivasi daripada tenaga pengajar sebagai persediaan awal untuk mengecapi kejayaan dalam dunia hiburan. Antara tenaga pengajar lain yang bakal menjayakan program ini adalah Faizal Uzir sebagai pengarah muzik, Adzwa sebagai penasihat vokal serta pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izzuddin atau Prof Izzi. "Saya tidak rasa program sebelum ini hanya mahu mereka yang cantik atau kacak. Ini dibuktikan apabila kita sudah menggilap bakat Black Mentor walaupun dia kurang dari segi rupa. Begitu juga beberapa peserta sebelum ini yang lebih mantap dari segi vokal daripada paras rupa. "Ya, saya akui sebelum ini sudah menjadi persepsi sesiapa saja termasuk kami untuk mencari pakej yang lengkap iaitu cantik dan berbakat tetapi itu tidak bermaksud kami mahu yang cantik saja tanpa ada bakat. "Jadi lahirnya program ini, kepada mereka yang selalu berkata mereka ada bakat dan vokal yang baik tetapi sangat merendah diri kerana tidak ada rupa, merekalah yang kami cari dalam program ini. Kita jika boleh mahu mereka yang tidak ada paras rupa tetapi ada kekuatan vokal hadir ke uji bakat ini," kata Mohamad Suffian pada sidang media baru-baru ini. Juri tetap Vokal Bukan Sekadar Rupa, Azmeer AbuBakar berkata konsep yang ditampilkan dalam program ini memberi peluang kepada mereka yang tidak kacak atau tidak cantik untuk tampil dalam dunia hiburan. "Saya tidak merasakan yang terpilih untuk berada di dalam dunia hiburan adalah mereka yang terlalu sempurna. Ada yang berjaya dan menjadi seseorang walaupun rupa paras kurang sempurna seperti Broery Marantika, Hetty Kos Endang, Adibah Noor, Jaclyn Victor serta Aisyah tetapi berbakat besar dan sangat diminati kerana mempunyai karisma serta nilai seorang penghibur. Bagi pelakon dan penyanyi, Erra Fazira pemilihannya sebagai juri dianggap sebagai sesuatu yang cukup bertuah dalam hidupnya. "Ini peluang terbaik kepada saya apabila dipilih menjadi juri dan saya akan memastikan ada peningkatan daripada peserta dari minggu ke minggu selain berkongsi apa yang patut," katanya. | |
Posted: 19 Sep 2011 09:43 PM PDT SYED ISA (dua dari kanan) berkata sesuatu kepada Khoo selepas meterai memorandum kerjasama sambil diperhatikan Pengarah Pahang Biodiesel, Hashim Zainudin (kiri) dan Ketua Pengarah Eksekutif Algaetech, Nurul Azhar M Harris (kanan) di Kuala Lumpur, semalam. PAHANG Biodiesel Corporation Sdn Bhd, bakal memajukan pusat pengeluaran alga terbesar dunia di Rompin, Pahang membabitkan pelaburan RM1.2 bilion. Katanya, kelulusan kerajaan negeri bagi projek itu sudah diperoleh dan pihaknya sedang menyediakan pelan induknya sebelum memulakan pembangunan kawasan terbabit yang dijangka dimulakan selewat-lewatnya suku pertama tahun depan. "Pembangunannya bagi meraih sebahagian pasaran produk berasaskan bio global yang tahun lalu saja dianggarkan bernilai AS$125 bilion. Nilainya dijangka terus meningkat berdasarkan potensi alga sebagai bahan api bio. "Bagi menjayakannya, kami bekerjasama dengan Algaetech International Sdn Bhd untuk mendapatkan kepakaran berkaitan penyelidikan alga dan teknologi penghasilannya," katanya pada sidang media selepas memeterai memorandum kerjasama dengan Algaetech di Kuala Lumpur, semalam. Pada majlis itu, Pahang Biodiesel diwakili Pengarahnya, Tommy Khoo, manakala Algaetech International, Ketua Eksekutif Kumpulannya, Syed Isa Syed Alwi. Turut berlangsung, majlis memeterai memorandum kerjasama antara Algaetech dengan BM Nagano Industries Sdn Bhd bagi menyediakan teknologi pencahayaan menggunakan LED dalam penghasilan alga. Sementara itu, Syed Isa berkata, MIAV mampu menjana pendapatan sekitar RM100 juta setahun dalam tahun pertama operasinya. Katanya, mengikut perancangan, 85 peratus daripada alga dihasilkan akan digunakan untuk pengeluaran bahan api bio, manakala 15 peratus lagi produk bernilai tinggi dan makanan berasaskan kesihatan. "Namun, jika dilihat dari segi pendapatan yang bakal dijana kedua-dua produk ini, kami jangkakan produk bernilai tinggi dan makanan berasaskan kesihatan mampu memberikan margin lebih besar. "Manfaat pembangunan MIAV ini bukan hanya kepada syarikat tetapi juga negara dan kawasan setempat kerana ia akan menjana peluang pekerjaan dan potensi perniagaan yang berupaya mengubah sosioekonomi Rompin," katanya. Pahang Biodiesel Corporation adalah usaha sama Transturbo Industries Sdn Bhd dengan pegangan ekuiti sebanyak 70 peratus, Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Negeri Pahang (20 peratus) dan Almal Sdn Bhd (10 peratus). | |
Posted: 19 Sep 2011 09:40 PM PDT POLIS mengangkat mayat pekerja kilang di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam. Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mayat mangsa yang berasal dari Yan Besar ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata mangsa dipercayai tinggal bersama di rumah itu sejak 2007 dan polis tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara mereka. Katanya, mangsa ditemui berlumuran darah di ruang tamu oleh orang ramai sebelum menghubungi polis, manakala pengkid terbabit ditemui di rumah jiran dipercayai untuk meminta bantuan. "Siasatan polis mendapati ada dua kesan tikaman menggunakan pisau di perut mangsa dan senjata yang dipercayai digunakan turut ditemui di ruang tamu rumah terbabit. Polis masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar," katanya di sini, semalam. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. | |
Suara Kami dapat sokongan Perdana Menteri Posted: 19 Sep 2011 09:37 PM PDT
| |
4 Legenda Rock gegar Tawau 1 Oktober ini Posted: 19 Sep 2011 09:33 PM PDT
| |
Posted: 19 Sep 2011 09:27 PM PDT
| |
Posted: 19 Sep 2011 09:26 PM PDT RUKUN haji adalah pekerjaan yang mesti dilakukan semasa menunaikan fardu haji. Jika tidak ditunaikan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sah hajinya. Rukun-rukun haji ialah: 1. Niat melakukan haji Setiap amalan dalam Islam dimulakan dengan niat. Begitu juga bagi haji, niat untuk melakukan haji ini iaitu: "sahaja aku melakukan haji dan berihram dengannya kerana Allah SWT." Seelok-elok niat adalah dalam bahasa Arab, jika tidak dalam bahasa Melayu pun dibolehkan. Niat ihram boleh dilakukan di mana-mana tempat yang telah ditentukan dan disebut sebagai miqat tempat. Kebiasaannya miqat tempat bagi mereka yang memasuki Mekah melalui Madinah ialah di Bir Ali manakala yang datang dari arah Malaysia dan terus memasuki Mekah adalah di Qarnul Manazil. Tidak sah berniat miqat di Jeddah kerana Jeddah bukannya tempat miqat bagi mereka yang datang pertama kali merentasi miqat. 2. Wuquf di Padang Arafah Rukun haji yang kedua merupakan wuquf di Padang Arafah. Masa yang dibolehkan wuquf di Arafah bermula masuk waktu zuhur (gelincir matahari) pada hari yang ke-9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada hari 10 Zulhijjah. Inilah masa wuquf yang berlaku satu kali dalam setahun. Wuquf dikira sah walaupun duduk dalam kenderaan di Arafah sama ada baring, tidur atau jaga-melainkan gila. Gila tidak sah wuquf kerana telah terkeluar daripada syarat sah haji. Jemaah yang hendak berwuquf hendaklah terdiri daripada ahli ibadat serta telah berniat ihram haji (tidak sah haji mereka yang hilang akal) dan berada di bumi Arafah walau seketika dalam masa waktu wuquf. Semasa wuquf di Arafah, sekiranya jemaah menunaikan solat secara jamak tamam adalah sah kerana masyaqqah dan mengikut pendapat harus jamak tersebut kerana nusuk. 3. Tawaf Ifadah bagi haji Rukun haji yang ketiga adalah tawaf di Baitullah di Mekah. Tawaf rukun hendaklah dilakukan setelah mereka berwuquf di Arafah. Masuk waktu untuk bertawaf rukun haji bermula waktu tengah malam pada malam 10 Zulhijjah. (Perkiraan waktu tengah malam dikira masuk waktu maghrib hingga masuk waktu subuh dibahagi dengan 2, jawapan daripada masa tersebut maka itu waktu tengah malam). Syarat sah tawaf sama seperti untuk tawaf qudum, wida', tahiyatul bait, nazar serta sunat. Ada lapan syarat sah tawaf iaitu:- * Menutup aurat. * Suci daripada hadas besar dan kecil. * Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis. * Bermula dan berakhir pada sudut Hajarul Aswad. * Menjadikan Kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan. * Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar Kaabah. * Mengekalkan niat tawaf kerana Allah SWT sepanjang masa tawaf. * Dilakukan tujuh pusingan dengan yakin. 4. Saie Rukun yang keempat adalah saie. Saie yang dikehendaki di sini adalah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mengikut syarat-syaratnya. Walau bagaimanapun untuk sah saie haji, jemaah perlulah memenuhi syarat-syarat seperti berikut: * Dilakukan selepas tawaf qudum atau tawaf rukun. * Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah * Cukup tujuh kali berulang-alik dengan yakin dikira dari Safa ke Marwah sekali dan Marwah ke Safa sekali. * Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di kaki Bukit Marwah dan kaki Bukit Safa pada setiap saie. * Hendaklah melakukan saie di tempat yang telah ditetapkan. * Mengekalkan niat saie kerana Allah SWT sepanjang masa saie. 5. Bercukur atau bergunting Bercukur atau bergunting adalah rukun haji yang kelima - iaitu menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Bagi lelaki disunatkan bercukur dan bagi wanita disunatkan bergunting rambut. Rambut itu hendaklah dipotong sekurang-kurangnya sepanjang seruas jari di mana-mana sudut kepala. Bagi yang tidak mempunyai rambut, adalah disunatkan melalukan mata pisau cukur di atas kepala. Jemaah haji boleh juga bercukur atau menggunting rambut sendiri dan rambut orang lain apabila masuk waktunya dengan tujuan niat tahalul. Bagi haji, ada dua keadaan bergunting atau bercukur untuk tahalul (menanggalkan perkara yang dilarang dalam ihram dengan cara gunting rambut) iaitu Tahalul Awal dan Tahalul Thani. Tahalul Awal terjadi apabila jemaah selesai melakukan dua daripada tiga perkara berikut: * Melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah. * Bergunting atau bercukur. * Tawaf dan saie haji. Tahalul Thani terjadi apabila jemaah melakukan ketiga-tiga perkara tersebut. 6. Tertib pada kebanyakan rukun Tertib pada kebanyakan rukun termasuk rukun keenam bagi haji. Dimaksudkan dengannya adalah rukun haji dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun iaitu didahulukan niat ihram haji dari rukun-rukun yang lain. Didahulukan niat dari wuquf, Tawaf Ifadah dan didahulukan tawaf daripada saie (untuk haji Tamattuk). Saie haji boleh mendahului wuquf dengan syarat telah melakukan tawaf qudum (bagi haji ifrad dan qiran). Bercukur atau bergunting boleh mendahului tawaf ifadah jika telah masuk waktunya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan