RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Rozita Che Wan Minta Zain Jelaskan Status Cinta

Posted: 20 Sep 2011 09:07 PM PDT

Rozita Che Wan

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan, 38, (gambar) berhadapan dengan kontroversi baru apabila dikhabarkan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Zain Saidin, 27, apabila kedua-duanya ditemukan dalam drama bersiri Kiah Pekasam musim kedua yang menjalani penggambaran di Perlis.

Bagaimanapun, wanita itu enggan memberikan pengesahan sebaliknya meminta Zain menjelaskan tentang perkara tersebut.

"Saya malas nak jawab tentang cerita ini kerana nanti orang akan kata saya syok sendiri. Lebih baik tanyakan sahaja kepada Zain," katanya kepada mStar Online.

Menurutnya, dia seakan-akan serik untuk memberikan komen tentang cinta selepas beberapa kali dikaitkan dengan pelbagai termasuklah artis.

Zain Saidin

Biarpun begitu, Rozita tidak mempertikaikan bahawa dia dan Zain masih berkawan baik seperti dulu dan tidak pernah bermusuh.

"Dia merupakan seorang yang baik dan pandai melayan anak-anak saya. Mereka juga sangat menyukai Zain," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Zain ketika dihubungi mStar Online hanya tergelak apabila disoal tentang status hubungannya dengan Rozita sebaliknya mengatakan hubungan mereka sekadar teman rapat.

Seperti Rozita, Zain turut mengiakan bahawa dia gemar melayan anak-anak wanita itu.

"Mereka memanggil saya 'uncle' dan saya memang suka melayan budak-budak. Mungkin cerita tentang hubungan cinta kami tersebar memandangkan kami sama-sama terlibat dalam drama Kiah Pekasam," katanya.

Dalam perkembangan lain Rozita menafikan dakwaan mengatakan dia semakin 'demand' selepas pulang dari mengerjakan umrah pada bulan Ramadan baru-baru ini dengan meletakkan bayaran tinggi kepada mana-mana syarikat produksi yang mahu mengambilnya berlakon.

Mamat (Sepah) Mengaku Salah 'Dedah' Rambut Fida

Posted: 20 Sep 2011 09:06 PM PDT

Mamat dan Fida kini sedang hangat bercinta.

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Mamat diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasih tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.

Gambar Fida menampakkan sebahagian rambutnya yang tersebar luas di laman-laman blog hiburan di Internet.

Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.

"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.

"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya.

Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.

Ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida mengenai perkara berkenaan, Mamat memberitahu Fida tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.

"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu," katanya.

Jawablah!: Bukan cinta lokasi

Posted: 20 Sep 2011 09:05 PM PDT

Shahz Jaszle dan Miera Liyana
Shahz Jaszle dan Miera Liyana
Serius bercinta, sedia melamar Miera

SEJAK tersiarnya kisah pengakuan cinta mereka, banyak maklum balas yang diterima daripada khalayak. Ada yang suka, tak kurang juga yang mencebik sebagai tanda kurang senang.
Macam susah bagi sesetengah peminat dunia hiburan menerima hakikat bahawa pelakon muda yang semakin meningkat, Shahz Jaszle mengaku memang bercinta dengan bintang muda sensasi, Miera Liyana. Mungkin sudah kerap kena gosip bercinta membuatkan ramai yang menganggap keintiman pasangan itu tidak ubah seperti cinta lokasi.
Apatah lagi, Shahz sendiri sebelum ini pernah dikaitkan Maria Farida dan Neelofa. Mengulas dakwaan cinta lokasi, Shahz berkata dalam hidupnya tidak pernah wujud perkataan 'cinta lokasi'. Betulkah apa yang dikatakan jejaka ini?

Hip: Apa komen Shahz Jaszle apabila sering dikaitkan dengan cinta lokasi?

Shahz Jaszle (Shahz):
Saya tidak pernah menganggap yang hubungan saya dengan teman wanita sebagai cinta lokasi. Hanya ada dua wanita saja yang saya mengaku ada hubungan istimewa dengan mereka dan kami pernah berlakon sama iaitu Maria Farida dan Miera Liyana. Dengan Neelofa, kami tak bercinta. Sebaliknya gosip saja. Pada saya, apabila tiba masanya jatuh cinta, saya akan serius dan mengharapkan percintaan itu kekal sehingga berumah tangga.

Hip: Ada yang menganggap pengakuan cinta kamu bersama Miera adalah gimik untuk filem Rentaz.
Shahz:
Orang boleh berkata apa saja. Saya tidak kisah dan memang sudah bersedia dengan segala komen yang akan timbul selepas ini. Saya mencintai Miera dengan ikhlas. Saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Malah sejak berkawan dengan Maria dulu, saya memang sudah bersedia bergelar suami. Mungkin orang melihat saya masih muda dan terlalu awal untuk mendirikan rumah tangga. Saya memang seorang yang suka hidup berkeluarga.

Hip: Tak bimbang bercinta sesama artis?

Shahz:
Saya sedar perkara itu dan sudah bersedia dengan apa juga kemungkinan yang berlaku. Sebelum ini pun banyak cerita kurang baik apabila bercinta sesama artis. Jadi saya sudah biasa dengan situasi itu. Disebabkan itulah kalau boleh saya mahu kahwin awal. Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa memilih Miera. Selain sudah mengenali sejak di bangku sekolah lagi, dia juga matang. Mungkin dari segi usia, dia muda tapi pemikirannya melangkau jauh bagai orang dewasa. Apa yang penting kami serasi serta kedua orang tua kami merestui perhubungan kami.

Hip: Adakah pengakuan bercinta ini sebagai satu cara untuk menutup mulut mereka yang mengatakan anda adalah seorang playboy?

Shahz:
Pengakuan ini tidak ada kena mengena dengan cakap orang. Memang kami bercinta dan saya umumkan perkara ini pun kerana tak mahu masyarakat membuat pelbagai spekulasi yang tidak benar mengenai saya. Cukuplah dengan segala cerita kurang manis sebelum ini. Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya bukanlah insan yang mudah jatuh cinta atau gemar mempermainkan perasaan orang lain seperti yang didakwa.

Hip: Jadi bilakah masa yang sesuai untuk melamar?

Shahz:
Mungkin selepas mendapat apa yang saya hajati, barulah saya rasa itu adalah masa yang sesuai untuk kami mendirikan rumah tangga. Kalau boleh memang nak cepat.

Perniagaan Butik Jadi Sebab Dynas Kurangkan Aktiviti Seni

Posted: 20 Sep 2011 09:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Dynas Mokhtar mengakui dia mula memperlahankan aktiviti lakonannya selepas sibuk menguruskan butik pakaian untuk ibu mengandung miliknya, Dynas Nursing Attire (DNA).

Kata Dynas, selepas sembilan tahun mengacara dan berlakon, tibalah masanya untuk dia memberi laluan kepada pelakon-pelakon baru mengembangkan bakat mereka dalam industri lakonan pula.

"Sebelum ini saya sudah cuba macam-macam aktiviti berkaitan bidang seni kecuali menyanyi. Rasanya masa saya untuk perkara itu sudah habis dan kini tibalah giliran muka-muka baru pula untuk menonjolkan bakat.

"Lebih-lebih lagi selepas mempunyai anak dan perniagaan DNA, masa yang saya ada semakin terhad membuatkan saya sukar untuk aktif berlakon seperti dulu," katanya.

Tambah Dynas, atas sebab itu dia hanya akan berlakon jika watak dan skrip yang diberi menarik perhatian selain mempunyai krew produksi yang pernah bekerja sama dengannya.

"Tak mungkin saya akan berhenti berlakon. Tetapi saya akan berlakon jika skrip yang diberi itu bagus serta krew produksi juga mesti pernah bekerja dengan saya. Lebih senang untuk kita berkomunikasi dan faham kerja masing-masing," tuturnya.

Menurut ibu kepada Khyra Khalisa yang berusia setahun itu, dia gembira dengan kehidupannya pada hari ini lebih-lebih lagi melihat perniagaan butiknya semakin maju dan diterima umum.

Malah Dynas sedang merancang untuk memperluaskan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi butik di Subang, dekat sini tidak lama lagi.

"InsyaAllah saya akan membuka sebuah lagi butik yang lebih besar. Takut juga nak buka kedai besar kerana ia mengundang risiko yang lebih tinggi, tetapi saya harus mengharunginya dengan mencari rakan kongsi untuk butik baru tersebut.

"Tidak sangka dalam masa empat bulan, penerimaan orang ramai terhadap DNA amat memberangsangkan, sampai tak cukup stok dibuatnya. Malah mereka mengharapkan rekaan baru yang dikeluarkan setiap bulan.

"Sedangkan rekaan baru hanya muncul setiap empat bulan. Alhamdulillah, perniagaan saya berjalan dengan lancar mengikut perancangan," ujarnya.

Butik DNA terletak di tingkat satu pusat beli-belah The Curve, Damansara, dekat sini.

Ahmad Idham Tiada Niat Persenda Kalimah Syahadah

Posted: 20 Sep 2011 09:04 PM PDT

Ahmad Idham Nadzri

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam sebuah adegan filem tersebut yang telah menjadi kontroversi.

Ahmad Idham berkata dialog yang dituturkan oleh Zizan Raja Lawak dalam adegan berkenaan yang dikatakan mempermainkan kalimah syahadah itu tidak langsung bertujuan untuk menghina seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.

"Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya," katanya selepas sidang media sempena penyampaian watikah kemasukannya ke program Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Utara Malaysia, yang diadakan di sini, Selasa.

Ahmad Idham diminta menjelaskan mengenai tuduhan pelbagai pihak yang mengutuk filem Hantu Bonceng kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu mengucap dua kalimah syahadah dan menyebut perkataan "syaitan".

Jelas Ahmad Idham, sekiranya adegan itu benar-benar terlalu sensitif, ia sudah awal-awal disunting oleh pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM).

"Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul seletlah filem itu habis ditayangkan di pawagam?

"Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Idham masih menunggu memorandum yang ingin dikeluarkan terhadapnya oleh individu yang mengakui mewakili Dewan Pemuda Pas.

Filem Hantu Bonceng yang ditayangkannya bermula 31 Ogos lalu mendapat kutipan RM8.4 juta dan ia merupakan pencapaian tertinggi untuk filem arahan Ahmad Idham.

Lea Michele Sahkan Putus Cinta Dengan Theo Stockman

Posted: 20 Sep 2011 09:02 PM PDT

Lea Michele

LOS ANGELES: Pelakon utama drama bersiri Glee, Lea Michele,25 dikhabarkan telah memutuskan hubungan cintanya hampir setahun dengan Theo Stockman.

Jurucakap kepada bintang itu mengesahkan mengenai perkara tersebut kepada E!Online dan menegaskan perpisahan berkenaan dibuat secara baik dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Mereka masih berkawan dan akan menjadi kawan," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Michele dan bekas kekasihnya itu sebelum ini tidak mendedahkan hubungan mereka kepada umum tetapi pernah muncul bersama-sama pada majlis Times 100 Most Influential People Gala di New York pada May 2010.

Stockman, 26, adalah bintang teater dan pernah berlakon dalam teater American Idiot selain pernah muncul di dalam drama bersiri seperti 30 Rock dan Nurse Jackie.

Pasangan itu kali terakhir dilihat bersama ketika bercuti di Hawaii pada Julai.

Dua bulan ikat perut

Posted: 20 Sep 2011 09:01 PM PDT

LEGA...Mohd Afifuddin (kiri) dipeluk ayahnya Md Tahir Ali sambil diperhatikan ibunya Arifah Ahmad sebaik tiba di KLIA, semalam.
LEGA...Mohd Afifuddin (kiri) dipeluk ayahnya Md Tahir Ali sambil diperhatikan ibunya Arifah Ahmad sebaik tiba di KLIA, semalam.
SYUKUR...Muhammad Khairil Anum mencium tangan ibunya, Normahani Mohd Yunus.
SYUKUR...Muhammad Khairil Anum mencium tangan ibunya, Normahani Mohd Yunus.

SEPANG: "Kami terpaksa berjimat cermat dua bulan bagi memastikan duit simpanan mencukupi untuk menampung perbelanjaan makan, minum dan membayar sewa rumah berikutan kesukaran mengeluarkan wang dari bank," kata Mohd Afifuddin Md Tahir, 22.

Pelajar tahun satu jurusan Sastera Arab dan Syariah dari Maahad Dauli, Damsyik, Syria itu berkata, persatuan pelajar di institusi pengajian tinggi berkenaan turut mengambil inisiatif meminta bantuan rakan yang ke Lubnan dan Jordan untuk mengeluarkan wang pelajar lain.


"Kami meminta bantuan rakan yang pergi ke dua negara itu mengeluarkan wang untuk kami.

"Ini kerana jika ingin pergi sendiri ia mengambil masa tiga jam, jadi kami menyerahkan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kepada rakan dan meminta mereka mengeluarkan wang secukupnya untuk kegunaan kami sepanjang di universiti," katanya.


Mohd Afifuddin yang berasal dari Kedah ditemui sebaik tiba bersama 47 pelajar Malaysia lain di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, melalui penerbangan Emirates EK 0346 dari Dubai, petang semalam.


Kos penerbangan pulang dibiayai penuh Wisma Putra dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Laporan sebelum ini menyatakan lebih 200 pelajar Malaysia di Syria mengikat perut selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas kad kredit di negara itu, mengakibatkan mereka gagal mengeluarkan wang simpanan.


Berikutan itu, kerajaan memutuskan membawa mereka pulang menerusi penerbangan komersial atau operasi khas.

Kumpulan sukarelawan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno turut menghulurkan bantuan kewangan dan keperluan asas kepada kumpulan pelajar terbabit, selain meninjau keadaan semasa di Syria bagi memudahkan urusan membawa pulang mereka.


Kumpulan kedua pelajar dari negara itu dijangka pulang ke tanah air, 29 September ini.


Pelajar jurusan Sastera Arab dari Universiti Mujama Al-Fatah Islamiah, Damsyik, Omar Farouq Mohd Ali Rojab, 24, berkata keadaan di kota itu terkawal dan tidak seteruk dilaporkan media.


Katanya, pelajar Malaysia selamat cuma perlu sentiasa berwaspada.

Sangkar nafsu tiga minggu

Posted: 20 Sep 2011 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri, malam kelmarin.

Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya.

Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol.

Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah 'neraka' itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.


"Kes terbabit kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut," kata sumber itu.

Bukan cedok filem Taiwan

Posted: 20 Sep 2011 08:59 PM PDT

LASAK...Intan dan Yana digambarkan sebagai wanita ganas dalam  Bini-Biniku Gangster.
LASAK...Intan dan Yana digambarkan sebagai wanita ganas dalam Bini-Biniku Gangster.

BUKAN senang untuk beraksi lasak di layar putih terutama dalam meyakinkan penonton bahawa mereka benar-benar tangkas bertarung secara realistik.

Kalau perkara itu menjadi cabaran utama bagi pelakon lelaki yang sememangnya lebih gagah dari sudut fizikal, keadaannya berbeza kalau membabitkan pelakon wanita.

  • Foto

    CABARAN...Intan tonton aksi lasak pelakon utama wanita sebagai sumber inspirasi.

  • Foto

    MEYAKINKAN...Yana sanggup melakukan sendiri babak lasak.

  • Foto

    Yana

  • Foto

    Intan Ladyana

Begitulah cabaran terpaksa digalas dua pelakon wanita jelita dan popular, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya atau Intan Ladyana, 28, dan Norliana Samsudin atau Yana, 26, menerusi filem terbaru terbitan Metrowealth (MIG), Bini-Biniku Gangster. Ia ditayangkan di pawagam tempatan mulai hari ini.

Filem arahan Ismail Hashim ini turut menampilkan Shaheizy Sam yang memegang watak Herry. Turut sama mewarnai filem ini, Zalif Sidek, Aman Shah, Loo Mark Chin, Roslan Salleh, Hamid Ghurkha dan Boy Iman.


Menariknya filem ini, skripnya turut dihasilkan Yana dan idea berdasarkan kisah benar mengenai wanita yang membenarkan suaminya berkahwin lain dan hidup bermadu.


Ditemui di majlis malam pratonton filem Bini-Biniku Gangster bersama peminat yang diadakan kelmarin, pelakon berasal dari Yong Peng, Johor itu berkata, dia menghasilkan skrip itu sewaktu menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) lagi.

"Saya cuba bayang�kan bagaimana kehidupan wanita berumah tangga dan bermadu. Agak-agaknya apabila suami mereka keluar bekerja apa yang mereka lakukan. Daripada situlah lahirnya idea menghasilkan Bini-Biniku Gangster," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai skrip dihasilkan kata Yana yang memegang watak Manja, apabila dia menyerahkan skrip kepada MIG, mereka mencadang�kan agar ia dihasilkan dalam genre aksi dan digarap dengan unsur lucu dan sedikit drama.

"Kemudian perbinca�ngan dilakukan bersama Fadzil Bahari dan pengarah. Beberapa rombakan dibuat bersama. Waktu sama saya memang sukakan filem aksi dan itu memberi sedikit kelebihan. Disebabkan saya tidak biasa dengan dialog harian Gangster, Fadzil yang berpengalaman menghasilkan skrip Kongsi banyak membantu saya," katanya.

Bagaimanapun Yana tidak menafikan sepanjang menghasilkan skrip filem ini, dia menjadikan filem aksi yang menampilkan ketokohan seorang perempuan sebagai sumber inspirasi termasuklah My Wife Is Gengster, sebuah filem Taiwan.

"Filem ini tidak mencedok filem My Wife Is Gengster. Kalau penonton datang menyaksikannya pasti mereka tahu bahawa ia sangat berbeza. Apatah lagi jalan ceritanya menampilkan kehidupan dalam budaya tempatan," katanya.

Menyentuh mengenai watak yang dibawakan kata Yana, pada awalnya dia mahu membawakan watak pembantu iaitu Reanna yang dilakonkan Intan.

"Sebabnya saya berasakan tidak mungkin saya akan menjadi heroin filem ini. Bagaimanapun apabila ditawarkan watak Manja saya jadi panik kerana tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan watak itu. Mahu atau tidak saya harus mendalami watak Manja yang di rumah begitu romantis tetapi di luar sangat ganas," katanya.

Kata Yana, pengalaman membintangi filem Kongsi yang memerlukan dirinya beraksi lasak juga turut memberikan kelebihan kepadanya untuk menampilkan lakonan lebih meyakinkan menerusi Bini-Biniku Gangster.

Bagi Intan, melaksanakan aksi pertarungan bukan satu masalah memandangkan sebelum ini dia sudah biasa mengikuti kelas Muay Thai dan Kick Boxing.

"Saya menerima tawaran membintangi filem ini atas tiga sebab, pertamanya selepas membaca skrip diberikan saya berasakan jalan ceritanya sangat menarik. Keduanya, ini satu genre baru buat saya dan ketiga saya tidak pernah beraksi lasak dalam filem dan sudah tentu ia satu tawaran menarik untuk dicuba," katanya.

Dalam menghayati watak diberikan kata Intan dia turut menonton beberapa filem aksi antaranya Resident Evil dan Tomb Raider. Dia cuba belajar bagaimana pelakon wanita dalam dua filem ini memberikan lakonan meyakinkan dalam melakonkan aksi lasak.

"Memandangkan saya sudah memiliki skil, ia membolehkan saya melakukan sendiri aksi lasak terutama membabitkan pertarungan. Waktu sama kami turut disediakan penasihat aksi pertarungan. Cuma masa diberikan kepada kami untuk berlatih aksi pertarungan itu agak terhad," katanya.

Cerita Intan lagi, memandangkan kebanyakan aksi pertarungan dan pergaduhan dilakukan sendiri dia tidak dapat lari daripada berhadapan dengan kecederaan, namun katanya ia tidak teruk.

"Setakat lebam dan luka-luka kecil saya anggap perkara biasa. Dalam waktu sama, sebaik habis melakukan aksi pertarungan, badan akan terasa sakit dan lenguh. Begitupun saya seronok kerana filem seperti ini memberikan satu cabaran berbeza berbanding apa yang pernah saya lakukan sebelum ini," katanya.


PROFIL

Nama Penuh: Norliana Binti Samsudin
Panggilan: Yana
Tarikh lahir: 25 September 1984
Usia: 26 Tahun
Asal: Yong Peng, Johor
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Layar Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Hobi: Menari, membaca, menonton filem
Kerjaya: Pelakon, Penulis skrip, pengarah
Filem: Mami Jarum Junior, 7 Perhentian, I Know What You Did Last Raya, Potret Mistik, Cinta Fotokopi, Main-main Cinta, Tentang Bulan, Selamat Pagi Cinta, Histeria, Shh... Dia Datang, Mami Jarum Junior, Adnan Sempit, Kongsi, Bini-Biniku Gangster
Drama: Maya, Tarian Malayu Terakhir, Daniel dan Seribu Satu Gelagat.
Pencapaian: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23)


PROFIL

Nama Penuh: Intan Nurladyana Mohamat Yahaya
Panggilan: Intan Ladyana
Tarikh lahir: 2 Jun 1982
Usia: 28 Tahun
Asal: Kuala Lumpur
Hobi: Membaca, mendengar muzik, menonton filem
Kerjaya: Pelakon, pengacara dan model
Drama: Trio & Bujal, Puteri, Jelatang, Hanya Satu, Fantasi Cinta Dobi, Dari KL Ke Queenstown, Sutera Maya, Suria Kasandra, Bio-Nik.
Filem: Tipah Tertipu, Jangan Pandang Belakang, I'm Not Single, Remp-It V3, Adnan Sempit, Flat 3A, Kembar Siang, Bini-Biniku Gangster
Rancangan TV: Hello Minda, Adventurace F&N
Iklan: Oil of Olay, Dentyne, Celcom, Hotlink, Nokia, Dashing, Follow Me Hair Mousse, Jacob's, Toyota Hilux, Dell Computer, Djarum (Indonesia), McDonald's, Kinder Bueno, Wah Chan Jewellery 321K

Belasah percuma

Posted: 20 Sep 2011 08:58 PM PDT

SAKIT...mata kanan Mohd Syawal yang lebam.
SAKIT...mata kanan Mohd Syawal yang lebam.

MERU: Malang bagi seorang pekerja bengkel apabila dibelasah hingga pengsan sebelum ditinggalkan di tepi jalan penyerangnya yang tersilap sasaran menyerang mangsa untuk membalas dendam terhadap orang lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam pada Sabtu lalu, mangsa yang cedera teruk di mata, muka, kepala dan badan selepas ditumbuk serta dipijak hingga pengsan oleh tiga lelaki warga asing berusia 30-an dimasukkan ke wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini.


Mangsa, Mohd Syawal Rosnaini, 25, berkata kejadian berlaku kira-kira 100 meter dari rumahnya di Kampung Perepat, di sini, ketika dia baru pulang dari tempat kerjanya.

"Rumah saya dengan tempat kerja di bengkel besi kira-kira dua kilometer dan saya biasanya ikut jalan dalam serta tak pakai topi keledar.


"Ketika berhenti di simpang tiga Jalan Keretapi Lama menuju rumah, tiba-tiba muka saya ditumbuk seorang lelaki yang berada di simpang itu.


"Saya terjatuh sebelum datang dua lagi lelaki membelasah saya. Kepala, muka dan badan saya ditumbuk serta dipijak bertubi-tubi hingga tak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perepat, semalam, selepas dibenarkan keluar hospital.

Menurutnya, dia tersedar dari pengsan di dalam kereta bapanya, Rosnaini Ahmad, 52, ketika dalam perjalanan ke hospital pada hari kejadian.


Syawal berkata, rakannya yang membantu serta memberitahu kejadian kepada bapanya memberitahu dua daripada tiga warga asing itu ditangkap beberapa penduduk, manakala seorang lagi melarikan diri.

"Rakan saya menyatakan selepas didesak berulang kali dua lelaki terbabit mengakui mereka tersilap orang kerana menyangka saya mengugut wang seorang daripada penyerang itu beberapa hari sebelum kejadian.


"Mereka sangka saya melakukan perbuatan itu dan mahu membalas dendam," katanya.


Sementara itu, Rosnaini berkata, dia terkejut apabila seorang daripada rakan anak sulungnya itu datang ke rumah dan memaklumkan Syawal pengsan tepi jalan.


"Dengan dibantu penduduk, saya membawa Syawal ke hospital," katanya.


Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Pusat R&D Sony di Bangi guna jurutera tempatan

Posted: 20 Sep 2011 08:57 PM PDT

CUBA SENDIRI...Mustapa (kanan)  menggunakan kaca mata 3D pada majlis pelancaran  Pusat R&D Sony  di Bangi, semalam.
CUBA SENDIRI...Mustapa (kanan) menggunakan kaca mata 3D pada majlis pelancaran Pusat R&D Sony di Bangi, semalam.

SONY EMCS (Malaysia) Sdn Bhd (SOEM) mengambil langkah inovatif dengan membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membantu proses pengeluaran yang lebih optimum pada masa depan.

Pengarah Urusannya, Noriaki Negishi berkata, usaha membuka pusat R&D itu dijangka dapat memaksimumkan kapasiti Sony dalam menghasilkan produk lebih berkualiti hasil garapan tenaga kerja tempatan.


"Pusat R&D ini adalah yang pertama seumpamanya untuk produk televisyen, audio dan video, malah kami yakin dengan wujudnya pusat ini bakal memberikan impak lebih baik kerana memudahkan proses penghasilan produk yang menggabungkan R&D dan pembuatan," katanya selepas majlis pelancarannya di Bangi, semalam.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Menurutnya, produk yang dihasilkan di pusat R&D itu akan dipasarkan ke negara di Asia bersesuaian dengan kepakaran tenaga kerja seramai 700 orang dengan 500 daripadanya jurutera tempatan. "Kami akan mengembangkan aktiviti R&D dengan memantapkan kepakaran dari aspek kejuruteraan serta rekaan produk yang menepati kehendak penduduk Asia," katanya.


Negishi berkata, pihaknya akan meluaskan pendidikan berkaitan R&D kepada rakyat Malaysia serta berusaha menghasilkan lebih ramai jurutera yang dapat mengetuai dan menjalankan kajian secara individu.

"Kami akan berusaha memantapkan tenaga jurutera tempatan dengan bantuan kakitangan dari Jepun supaya lebih ramai jurutera dapat menjalankan kajian sendiri dan yang lebih utama menghasilkan rekaan berpotensi untuk dipasarkan," katanya.


"Tidak banyak kos diperlukan untuk membuka pusat R&D kerana ia tidak membabitkan pembelian jentera dan mesin sebaliknya hanya memerlukan idea serta kreativiti.

"Kami berharap pusat R&D ini dapat menghasilkan rekaan barangan elektrik yang lebih kreatif dan menepati kehendak pengguna khususnya di Asia," katanya.


SOEM mempunyai empat kilang iaitu dua di Bangi, Selangor; Seberang Prai, Pulau Pinang dan Sungai Petani di Kedah.


Ia mencatatkan rekod jualan tahunan sebanyak RM14.3 bilion pada tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2011 yang merangkumi 3 peratus jumlah eksport bersih Malaysia.

Kereta tanpa pemandu

Posted: 20 Sep 2011 08:57 PM PDT

SEORANG saintis membetulkan pengimbas laser di atas bumbung kereta yang dikawal komputer.
SEORANG saintis membetulkan pengimbas laser di atas bumbung kereta yang dikawal komputer.

BERLIN: Ia boleh bercakap, melihat dan memandu serta tidak memerlukan manusia untuk mengawalnya dari jarak jauh.

Kereta masa depan, yang dikawal komputer sepenuhnya kini sudah berada di jalan raya di Berlin.


Sepanjang musim panas, penyelidik dari bandar Free University menguji kenderaan itu di sekitar ibu negara Jerman.

Kereta berkenaan bergerak menerusi trafik bersendirian dengan menggunakan gabungan peranti, termasuk komputer, elektronik dan sistem pemandu arah ketepatan satelit, pengimbas laser di atas bumbung dan sekitar bampar depan dan belakang.


"Kenderaan itu boleh mengenal pasti kereta lain di jalan raya, pejalan kaki, bangunan dan pokok yang terletak sejauh 70 meter di sekelilingnya.


"Malah, ia juga boleh melihat lampu isyarat di depan merah atau hijau dan bertindak sepatutnya," kata Raul Rojas, Ketua Penyelidik Kumpulan Kecerdasan Tiruan universiti itu, Menurutnya, pengenalpasti an dan tindak balasnya terhadap persekitaran adalah lebih pantas berbanding reaksi manusia Saintis terbabit menjalankan kajian terhadap kereta ujian, sebuah Volkswagen Passat dengan melengkapkan teknologi khas yang menelan belanja 400,000 euro (RM1.7 juta) sejak empat tahun lalu.

Beberapa kumpulan lain sebelum ini turut memberi tumpuan terhadap teknologi serupa baru-baru ini, khususnya Google, yang kini menjalankan kajian kereta robotik Toyota Prius di Nevada.

Elak kotoran tanam uri

Posted: 20 Sep 2011 08:54 PM PDT

BAHAN-BAHAN...untuk menguruskan uri bahan-bahan diperlukan ialah periuk tanah, sarung tangan, kain putih, asam dan garam untuk membersihkan uri.
BAHAN-BAHAN...untuk menguruskan uri bahan-bahan diperlukan ialah periuk tanah, sarung tangan, kain putih, asam dan garam untuk membersihkan uri.
SENANG...uri adalah sebahagian daripada tempat bayi maka ia bersih dan perlu diperlakukan dengan baik serta tidak ditinggalkan merata-rata.
SENANG...uri adalah sebahagian daripada tempat bayi maka ia bersih dan perlu diperlakukan dengan baik serta tidak ditinggalkan merata-rata.

BAGI mereka yang baru saja bergelar ayah, selain gementar ketika kali pertama melaungkan azan atau iqamat di telinga bayi, pastinya perasaan itu lebih bertambah tatkala menerima bungkusan daripada jururawat yang di dalamnya terkandung uri bayi.

Pasti mereka tertanya-tanya bagaimana menguruskan uri kerana sebelum ini tidak pernah diberitahu mengenai�nya. Ada yang mengambil jalan mudah dengan menyerahkan kepada ibu, nenek atau bidan kampung untuk dibersihkan dan ditanam dengan alasan tidak tahan melihat darah atau jijik untuk membasuhnya.

Ramai ibu bapa membuat persediaan menyambut kelahiran bayi dengan menye�diakan pelbagai kelengkapan tetapi terlupa mendapat�kan maklumat mengenai cara menguruskan uri mengikut syariat Islam sebenar.

Oleh itu muncullah pelbagai cara yang menjadi amalan di kalangan masyarakat Melayu, seperti uri yang ditanam bersama pelbagai benda seperti jarum, paku dan kain batik berfungsi untuk melindungi bayi.


Malah di sesetengah kawasan penanaman uri dipasang lilin pada waktu malam selama tujuh malam bagi mengelak kejadian pelik menimpa bayi.


Mengikut kepercayaan masyarakat zaman dulu, uri haruslah dibasuh bersih sehingga tiada darah tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri ini. Tempurung berisi uri perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

Sebelum lubang dikambus, paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama ditanam sekali.

Barangan ini adalah simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah. Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidup�kan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam kerana dipercayai mampu mengelak bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.

Mereka percaya uri yang ditanam mempunyai 'hubu�ngan' dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku bagi mengurangkan masalah bayi menangis malam.

Menurut Pengarah Urusan ANP Solutions, Ade Azreena Mahadi, secara saintifik uri atau plasenta adalah 'sarung' yang terbentuk di dalam rahim ketika kehamilan dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat agar janin mendapat oksigen dan makanan daripada ibunya.

Oleh kerana ia sebahagian daripada tempat bayi maka ia bersih dan perlu diperlakukan dengan baik seperti ditanam� dan tidak ditinggal�kan merata-rata bagi me�ngelak dimakan anjing atau binatang lain.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Ade Azreena meng�akui dia turut melepaskan tanggung�jawab menguruskan uri kepada ibu mentuanya ketika melahirkan anak pertama.

"Ketika itu saya dan suami tidak terfikir menye�diakan kelengkapan menguruskan uri dan menyerahkan kepada ibu saja.

"Lama kelamaan selepas melihat rakan turut mengalami masalah sama, saya terfikir mengapa peralatan menguruskan uri tidak dijual di pasaran. Jika ada sudah tentu tidak perlu bersusah payah mencarinya," katanya.

Ujar Azreena set asas pengurusan uri di pasaran itu, sama seperti set bengkung dan pakaian bayi, set pengurusan uri juga harus disediakan lebih awal sebelum kelahiran.

Selepas mendapatkan pandangan agama maka lahirlah set asas pengurusan uri Grandma Secret yang baru saja dilancarkan dua bulan lalu.

Set berharga RM35 itu mengandungi bahan asas seperti periuk tanah, garam, asam jawa, kain putih dan sarung tangan getah. Fungsi periuk tanah adalah untuk meletakkan uri di dalamnya dan memudahkan ditanam supaya tidak dimakan binatang.

Asam jawa dan garam untuk membuang lendir dan darah ketika membersihkannya supaya tidak menarik deria binatang untuk menggali dan memakan uri.

"Uri adalah darah lendir yang keluar ketika melahirkan anak. Justeru bagi memudah�kan cucian, garam dan asam jawa boleh digunakan. Selepas itu barulah dibalut menggunakan kain putih dan dimasukkan di dalam periuk tanah sebelum ditanam. Bagi yang geli memegangnya, mereka boleh menggunakan sarung tangan disediakan," katanya.

Ade Azreena berharap dengan kehadiran set asas pengurusan uri, ibu bapa terutama yang baru pertama kali mempunyai anak tidak lagi tercari-cari bahan untuk menguruskan uri. Mereka hanya perlu membeli di kedai dan mengikut peraturan yang tertera pada kotak itu.

Walaupun terdapat pelbagai amalan ketika menanam uri, sebenarnya ia lebih kepada kepercayaan yang menjadi amalan sejak turun temurun. Namun sekiranya amalan berkenaan boleh memesongkan akidah ia adalah haram.

"Jika kita benar-benar percaya bahawa kita kena tanam uri dengan bahan tertentu supaya anak tidak berkudis, mengelak daripada menangis malam dan sawan, keadaan itu jelas bertentangan dengan syarak dan boleh membawa kepada khurafat.

"Misalnya, ada juga yang percaya sekiranya uri ditanam bersama jarum atau paku, ia boleh mengelak daripada gangguan makhluk halus. Ini jelas salah dan berdosa kerana kita dilarang terus daripada percaya selain Allah," katanya.

Tambahnya, tiada doa khusus dibacakan ketika menanam uri cukup sekadar membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw. Jika ada yang berkata cara menanam uri ada kaitan dengan perilaku anak, ini tidak benar.

Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak-anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.

Pada majlis itu juga turut dilancarkan set lengkap pengurusan jenazah Ar-Raudah di bawah syarikat HNZ Industries yang menyediakan peralatan lengkap menguruskan jenazah seperti kain putih, kapas, akar sintok dan kapur barus bagi memudahkan waris menguruskan kematian terutama pada waktu malam.

Menurut Nik Mohd Erizal, dia terpanggil untuk menjalankan perniagaan ini selepas anak saudara meninggal dunia pada jam 2 pagi.

"Disebabkan kedai belum dibuka, jadi sukar untuk menyediakan keperluan sedangkan jenazah perlu dikebumikan keesokan harinya. Selepas mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam Kelantan dan memenuhi semua kriteria ditetapkan barulah saya mencari pembekal bahan untuk dimuatkan dalam Ar-Raudahkit ini," katanya yang kini memperluaskan pasaran Ar-Raudahkit ke seluruh negara terutama di hospital, masjid dan rumah orang tua.

Amy terus ligat

Posted: 20 Sep 2011 08:52 PM PDT

pix_gal0
Kerjaya seninya tidak pernah berhenti

KALAU melihat pada wajah dan gelagatnya, tidak sangka Amy Mastura sudah berumur 40 tahun.
Ini kerana pada umur memasuki empat dekad itu, wanita ini masih kelihatan seperti gadis di awal tahun 20-an tahun dengan tubuhnya yang genit dan wajah yang seolah-olah tidak dimakan usia.
Di sebalik rupanya yang sentiasa ceria itu, dia sudah menceburi dunia hiburan tempatan hampir 18 tahun lamanya, iaitu sejak dari tahun 1993 lagi.

Sehinggakan, ada beberapa bakat baru yang menggelarkan diri mereka peminat kepada artis ini. Popular dengan filem Puteri Impian, siapa yang tidak kenal penyanyi, pengacara dan pelakon kelahiran Ipoh, Perak ini yang bakatnya dicungkil daripada program Asia Bagus, Amy Mastura.

Mesra dengan panggilan Amy, wanita ini akui selama pembabitannya, dia sudah mencuba pelbagai watak iaitu dari watak antagonis sehingga ke watak hantu yang kini sering dijayakannya. Di sebalik wajahnya yang lembut, Amy mampu menjayakan drama seram seperti Penanggal, Hantu Susu dan filem, Damping Malam.

Amy yang ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kose Cosmetic bersama peminatnya di pusat beli di ibu negara baru-baru ini berkata, dia bersyukur dari dulu sehingga kini rezekinya tidak pernah putus dan walaupun sudah berusia, masih menerima tawaran berlakon.
Ditanya mengenai watak idamannya yang belum pernah dipegang, lantas Amy menjawab bahawa dia menginginkan watak seperti wanita koma, iaitu tidak banyak menggunakan dialog tapi dari segi penyampaiannya agak mencabar kerana perlu pandai bermain dengan emosi, anak mata dan riak muka sahaja.

Walaupun sibuk dengan dunia lakonan, Amy juga banyak menjayakan projek sebagai duta untuk produk kesihatan dan kosmetik. Sesuai dengan kulit halusnya, Amy kini dilantik sebagai duta untuk produk kecantikan dari Jepun, Kose, sejak dari Mac lalu. Selain itu, Amy juga adalah duta kepada makanan kesihatan Quaker Oat, produk kesihatan, Takashima, dan sering menjayakan kempen sabun Lifebouy.

Selain lakonan lakonan dan pembabitannya sebagai duta produk, Amy turut sibuk sebagai hos, berganding bersama Adlin Aman Ramli di dalam rancangan realiti, Serasi Bersama.

"Pada mulanya, pihak bertanggungjawab memberitahu saya akan digandingkan bersama Aznil Haji Nawawi tapi disebabkan Pak Nil terlalu sibuk dengan jadual seninya, Adlin dipilih menggantikan tempatnya. Saya akan merakamkan rancangan ini selama 13 minggu.

"Terbaru, saya ada menerima tawaran untuk membintangi telefilem bertajuk Langkah Bendul. Selain itu, setakat ini tiada tawaran filem yang diterima dan memang agak kurang buat masa ini. Saya banyak menjayakan drama, dan melihat kepada watak yang diberikan, saya akan memilih yang bersesuaian dengan diri dan tidak mengganggu kehidupan saya sebagai isteri dan label jenama kepada produk kesihatan yang saya bawa.

"Saya sebenarnya tidaklah tidak memilih watak. Cuma, asalkan watak tersebut tidak mengganggu ketenteraman rumah tangga saya, saya tiada masalah untuk menerimanya. Syukur, setakat ini saya tidak pernah ditawarkan watak perempuan seksi atau yang bukan-bukan, mungkin ramai yang memahami imej saya," katanya ibu kepada dua anak perempuan yang berusia 10 tahun dan 6 tahun, Adriana dan Adalia

Tak campur aduk kerjaya, keluarga

BAHAGIA melayari bahtera rumah tangganya yang sudah mencecah 11 tahun, Pelakon Wanita Terbaik Filem Festival Malaysia ke-14 ini berkata, untuk mengekalkan kebahagiaan itu, ialah tidak mencampur adukkan dunia hiburan dengan kehidupan peribadinya.

Bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami kerjaya seninya iaitu Alvin Tham Suffian, Amy juga menjelaskan kalau terdapat perselisihan faham, dia lebih gemar mendiamkan diri daripada pengetahuan umum kerana tidak mahu menjatuhkan air muka masing-masing.

Sebagai artis yang sudah mendirikan rumah tangga, berkeluarga dan mempunyai anak, Amy begitu menjaga batasnya sebagai isteri. Menurutnya, dia harus menjaga penampilannya tetapi tidaklah sampai berlebih-lebihan kerana dirinya yang juga semakin dimamah usia, serta menjaga kepercayaan yang diberikan oleh suami dengan sebaik-baiknya.

Tambahnya lagi, di sebalik keseronokan dunia hiburan, ramai yang tidak nampak cabaran yang turut terselit. "
Bagaimana kita bekerja kuat untuk hidup, ramai yang tidak tahu. Tapi ia tidak perlulah dihebahkan, cukuplah peminat dunia seni tempatan mengetahui apa yang dipaparkan di hadapan mata mereka saja. Tidak pernah berputus asa ataupun penat, saya akan terus mewarnai dunia hiburan ini," katanya.

Di samping itu, setelah lama tidak muncul dengan album terbaru selepas album Happy pada 2009, Amy tidak meletakkan noktah kepada dunia nyanyian, yang mana Amy ada merakam runut bunyi untuk siri kartun animasi Upin dan Ipin yang akan keluar tidak lama lagi.

Buat masa ini Amy tidak akan mengeluarkan album dan akan menumpukan sepenuhnya kepada dunia lakonan serta pengacaraan. Tapi tidak menolak tawaran jika diberi peluang untuk berduet bersama penyanyi baru yang sedang bersinar bintangnya, iaitu antaranya ialah Aizat, Yuna, Faizal Tahir, Mizz Nina, Hujan dan ramai lagi.

Jualan amal meriah

Posted: 20 Sep 2011 08:51 PM PDT

  • Foto

    RAMLAH dan suami menerima sumbangan.

  • Foto

    SAM menunjukkan beg Umie Aida yang akhirnya menjadi milik kakaknya, Zizie.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Koleksi peribadi Umie Aida, Siti Nurhaliza, Fasha antara jadi rebutan

TAS tangan Louis Vuitton milik Datin Paduka Umie Aida menjadi barang lelongan yang mendapat bidaan tertinggi pada Karnival Amal Syawal di Balai Berita, New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu iaitu mencecah RM4,000.
Walaupun hanya berbalas bidaan menerusi teks mesej Blackberry (BBM), dua aktres popular, Erra Fazira dan Zizie Ezette saling membida namun akhirnya ia jatuh ke tangan Zizie.
Acara yang diadakan dengan matlamat mengumpul dana membiayai kos rawatan pembedahan kerosakan hati Amir Shah Osman, 55, yang juga suami wartawan hiburan Harian Metro, Ramlah Zainal, juga disertai ramai artis lain.

Amir Shah yang menghidap sirosis hati kronik perlu menjalani pembedahan pemindahan hati di India pada kos yang agak murah berbanding di tempat lain iaitu kira-kira RM150,000 yang dijadualkan akhir bulan ini.

Bukan sekadar lelong, acara seawal jam 12 tengahari hingga 7 malam diselitkan dengan pelbagai aktiviti lain termasuk jualan amal membabitkan gerai selebriti, bergambar bersama artis pujaan, persembahan hiburan dan sebagainya.

Di anjurkan Kelab Kebajikan, Sukan & Rekreasi, Jabatan Pengarang The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) ia menjadi simbol semangat bantu membantu di antara rakan media, artis serta tidak ketinggalan sokongan pembaca.
Bagai pesta apabila Farah Fauzana, Didie Alias dan Along Cham memulakan lelongan pada harga serendah RM30 bagi barang kesayangan selebriti membabitkan jaket, kasut dan beg tangann milik Fasha Sandha, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Faradhiya, Raja Azmi, Farah Asyikin, Seelan Paul, Eja, Aizat dan Sheila Lama.

Walau ada dikalangan penggiat seni tidak dapat menghadirkan diri, mereka masih ingin turut serta dengan menitipkan barang mahu pun makanan yang boleh dijual supaya boleh disalurkan kepada dana berkenaan.

Sambutan pelanggan di lebih 20 meja juga memberangsangkan dengan jurusolek, Zulfadli menjual mekap selain Ana Raffali (biskut coklat cip), Pak Engku (nasi tomato), Linda Onn (nasi ayam), Deja Moss (kek lapis Sarawak, Alyah (CD), Elly Mazlein (kek lapis), Irma Hasmie (baju/aksesori) serta Ako Mustapha (batang buruk).

Boleh dikatakan lebih 50 artis terbabit secara langsung dan tidak langsung bagi merealisasikan karnival yang diilhamkan hanya seminggu sebelum majlis berlangsung hasil gabungan wartawan hiburan Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

Wajah lain yang biasa dilihat Ziela Jalil, Erma Fatima, Atilia, Nubhan, Diddy, Jalani Sidek, Roslin Hashim serta Ikhwan selain Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.

Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib berkata, beliau terharu dengan sokongan ditunjukkan peserta terutama penggiat seni yang sanggup datang untuk sama-sama membantu meringankan beban Ramlah serta suaminya.

"Di pihak Media Prima, kami menyokong penuh usaha Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Pengarang NSTP dalam membantu bukan hanya orang luar tetapi kakitangan NSTP sendiri," katanya.

Presiden Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi Jabatan Pengarang, Shahiman Sharip berkata, pihaknya berpuas hati sasaran mengutip sekurang-kurangnya RM30,000 dalam bidaan dan jualan pelbagai barangan termasuk makanan pada karnival itu tercapai apabila jumlah keseluruhan hampir RM50,000.

Seorang peniaga dari Sabah, Dayang Herma Awang Yusuf, 21, yang memperuntukkan lebih RM1,000 untuk bidaan beberapa barangan artis termasuk milik Fasha Sandha berkata dirinya terpanggil untuk membantu selepas terbaca mengenai kisah Amir Shah di Berita Harian.

"Hari ini saya dan suami sengaja singgah di Balai Berita untuk mengikuti acara ini. Selain menyimpan koleksi artis kesayangan, sekurang-kurangnya pelaburan untuk mendapatkan barangan ini disalurkan kepada individu memerlukan," katanya.

Cereka, animasi jadi keutamaan

Posted: 20 Sep 2011 08:49 PM PDT

Mohd Naquib Razak
Mohd Naquib Razak
Mohd Naquib minta tempoh 100 hari untuk perkenalkan pembaharuan di FINAS

KETUA Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Mohd Naquib Razak yang baru dilantik pada 1 September lalu, menegaskan beliau tetap memberi keutamaan kepada setiap aktiviti berkaitan dengan perkembangan industri filem cereka dan animasi.
Kenyataan itu sekali gus mengetepikan persepsi awal terutama di kalangan penggiat industri perfileman, bahawa beliau akan terlalu memfokus kepada dokumentari bersesuaian dengan pengalaman dan latar belakangnya dalam bidang berkenaan.
Pada pertemuan dengan pengarang hiburan daripada media utama iaitu antara tugasan pertamanya sebagai KP FINAS, Mohd Naguib menjelaskan filem cereka juga sebenarnya bukanlah asing, beliau sendiri pernah pernah bergaul dan berkongsi maklumat serta pandangan daripada beberapa karyawan filem terkenal.

Mengakui kurang mendampingi pengarah filem angkatan muda, hakikatnya beliau sering bertemu dengan karyawan filem seperti Adman Salleh, U-Wei Haji Shaari, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Mahadi J Murat.

"Saya sudah lama bergelumang dengan penerbitan dokumentari. Jadi saya kena kurangkan pasal dokumentari, tetapi memberi tumpuan kepada industri filem cereka dan animasi.

"Saya sedia bertemu dengan sesiapa saja, termasuk dengan Ahmad Idham. Apa salahnya. Saya juga memerlukan pandangan dan maklumat daripada mereka apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki lagi industri filem kita," katanya.
Belum sampai sebulan Mohd Nagiub menyandang tanggungjawab besar menerajui industri, beliau dapat rasakan ujian dan cabaran besar di hadapan mata, namun pasrah untuk mengharunginya bersama jentera FINAS yang berpengalaman luas.

Sesekali terasa seperti 'menyesal' menerima amanah yang cukup berat dipikul, namun lebih besar semangatnya membawa pembaharuan kepada industri.

"Berilah saya masa, Insya-Allah dalam masa 100 hari akan ada pembaharuan besar yang akan FINAS lakukan terutama dalam memberi kepentingan kepada orang di dalam industri", katanya lagi.

Melihat kepada pengaruh yang cukup kuat ke peringkat antarabangsa, misi utama Mohd Nagiub membawa FINAS dan pemain industri mencari peluang memasar produk filem tempatan ke peringkat antarabangsa. Selain itu, antara perkara yang ingin di dahului seperti peraturan Skim Wajib Tayang dan pelaksanaan Studio Sound Stage FINAS ke tahap lebih profesional.

"Saya pernah menjadi pembikin filem dan tanggungjawab FINAS adalah untuk memberi peluang dan membawa pembikin filem ini merasai setiap kejayaan baik di negara sendiri mahupun peringkat antarabangsa.

"Apa saja keluhan, keresahan pembikin filem saya sangat faham kerana sebelum ini saya berhadapan dengan perkara yang sama. Lebih 15 tahun saya bekerjasama dengan FINAS dan tidak terlepas permohonan saya ditolak banyak kali.

"Sebagai pembikin filem juga, saya ada cita rasa yang tinggi kerana saya cintakan filem baik cereka, animasi mahupun dokumentari. Jadi dalam saya menerajui bahtera FINAS ini saya ingin membawa pendekatan seperti pembikin filem mahukan," katanya pada majlis ramah mesra bersama media baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mohd Zulkifli Ab. Wahab dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Fatimah Ahmad.

Akuinya juga, selepas membuat kajian dalam beberapa tahun, Mohd Nagiub melihat kunci untuk membuka ruang lebih besar di dalam industri perfileman tempatan adalah melalui kerjasama antarabangsa.

"Perkara ini sudah saya perjuangkan di dalam dokumentari dengan mengikuti banyak penganjuran festival dan tidak kurang menghadiri majlis penganugerahan berkaitan dokumentari peringkat antarabangsa.

"Dari situ saya melihat kerjasama memainkan peranan yang penting dan membuka ruang yang paling luas mengembangkan industri kita," katanya dengan misi membawa lebih banyak dana antarabangsa masuk berbanding keluar tanpa menyumbang kepada industri.

Sebelum ini, atas kepentingan sendiri Mohd Nagiub sudah pun bermula tugasnya mengenal pasti strategi pasaran antarabangsa dan ada perancangan untuk membawa beberapa projek tempatan di kongres antarabangsa, namun sebagai produser yang tidak berpengaruh, beliau merasai dirinya terlalu kecil selain berasakan agak mustahil untuk bergerak secara individu.

"Sebelum ini pihak antarabangsa mempertikaikan saya, tidak adakah badan kerajaan yang mengambil berat mengenai industri perfileman untuk menghadiri mana-mana kongres atau memasar produk tempatan.

"Jadi inilah masanya untuk saya membawa nama negara melalui FINAS memberitahu dunia yang Malaysia mempunyai industri perfileman yang tidak kurang hebatnya," katanya.

Sementara itu, dalam hal berkaitan pelantikan dirinya menyandang kerusi panas itu juga, dia tidak terlepas ditafsir negetif yang akan mencari peluang untuk kepentingan syarikat produksinya.

Bagaimanapun, Mohd Nagiub menjelaskan dirinya sudah tiada kepentingan di dalam syarikat Blue In Green Production Sdn Bhd (BIGP) selepas meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan.

"Saya memikir dan merenung jauh, saya terpaksa meninggalkan banyak kepentingan di dalam syarikat sendiri dan memulangkan kembali beberapa projek yang belum siap kepada rakan kongsi.

"Jika ikutkan memang sayang melepaskan projek yang sedang dalam proses, namun selepas memikirkan jauh ke hadapan kadang-kadang kita harus pertimbangkan apa yang kita boleh buat untuk diri sendiri dan apa yang boleh buat untuk kepentingan masyarakat," katanya yang mengakui masih muda dan masih berpeluang untuk bekerja di dalam bidang kreatif sekiranya sudah melepaskan kepentingan di FINAS.

INFO

Ketua Pengarah FINAS terdahulu:


1. Ismail Zain (1981-1985)
2. Datuk Mohd Zain Hamzah (1985 -1994)
3. Datuk Mohd Ahmad (1995 - 2005
4. Fauzi Ayob (2005 - 2006)
5. Mohd Mahyidin Mustakim (2006 - 2011)
6. Mohd Naguib Razak (1 September 2011)

'Tangkap remaja tak senonoh'

Posted: 20 Sep 2011 08:48 PM PDT

PASANGAN remaja asyik bercumbuan tanpa menyedari gelagat mereka  dirakam di Pantai Sura Tengah, Dungun.
PASANGAN remaja asyik bercumbuan tanpa menyedari gelagat mereka dirakam di Pantai Sura Tengah, Dungun.
Penduduk meluat tengok pasangan bercumbu di Pantai Sura Tengah

DUNGUN: Pantai Sura Tengah dekat sini dengan kawasan pasir memutih berlatarkan laut membiru dan hembusan bayu yang nyaman sepatutnya menjadi lokasi santai bersama keluarga.
Namun, anugerah alam semula jadi itu disalah guna pasangan kekasih gelap untuk memadu cinta terlarang, terutama di kawasan yang agak jauh serta terlindung daripada orang ramai.
Tinjauan Berita Harian mendapati kawasan pantai itu menjadi persinggahan pasangan remaja untuk melakukan maksiat, terutama waktu tengah hari kerana ketika itu kawasan pantai kurang pengunjung.

Walaupun Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah kerap melakukan rondaan dan tangkapan di situ, masih ada segelintir remaja seperti tidak takut dengan undang-undang.

Pengunjung, Azmi Ariffin, 38, berkata kelakuan pasangan remaja itu amat memalukan dan menyakitkan mata orang ramai yang lalu di jalan tidak jauh dari pantai itu.

Katanya, dia pernah terserempak dengan pasangan remaja sedang berpelukan dan asyik bercumbuan tanpa segan silu pada waktu siang.
"Keadaan sungguh mengaibkan kerana kini orang sudah tidak lagi malu melakukan maksiat hingga turut dilihat oleh kanak-kanak," katanya ketika ditemui di pantai itu.

Azmi berkata, pihak berkuasa perlu tegas dan lebih kerap mengadakan rondaan bagi memastikan kawasan pantai berkenaan bebas perlakuan maksiat.

Penduduk, Azman Mohd Noor, 46, berkata, walaupun kawasan itu menjadi tumpuan pihak berkuasa melakukan tangkapan, ia tidak menakutkan kumpulan pasangan melakukan maksiat yang bersilih ganti datang ke situ.

Katanya, penduduk yang tidak mahu turut menanggung dosa sudah beberapa kali memberi nasihat dan menegur secara baik terhadap pasangan kekasih gelap tetapi seperti tidak diendahkan, malah dalam beberapa keadaan penduduk pula yang dimarahi pasangan terbabit.

"Pasangan remaja yang melakukan perbuatan sumbang di situ perlu disedarkan dengan tindakan tegas daripada pihak berkuasa termasuk hukuman denda berat dan penjara selepas disabitkan kesalahan," kataya.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa perlu tegas dan lebih kerap mengadakan rondaan bagi memastikan kawasan ini bebas daripada sebarang perlakuan maksiat.

Azman berkata, kedudukan tebing pasir tinggi amat sesuai kepada pasangan remaja melakukan maksiat kerana ia menghalang pandangan orang ramai yang melalui jalan Pantai Teluk lipat hingga ke Sura Hujung.

"Saya pernah turun ke kawasan berhampiran gigi air dan terserempak satu pasangan. Saya menasihati mereka supaya tidak melakukan perkara yang terkutuk itu. Mujurlah setakat ini belum ada tindak balas buruk daripada mereka.

"Perlakuan tidak senonoh ini perlu dihentikan kerana gejala buruk di pantai itu menjadi pencetus kepada perlakuan lebih berani pasangan kekasih gelap berkenaan termasuk seks bebas hingga menyebabkan gejala buang bayi," katanya.

Lakukan terbaik untuk negara

Posted: 20 Sep 2011 08:44 PM PDT

NAJIB ketika ditemubual penyampai radio MIX fm, JD (kiri) dan Dilly di Astro, semalam.
NAJIB ketika ditemubual penyampai radio MIX fm, JD (kiri) dan Dilly di Astro, semalam.
Najib kongsi kisah kehidupan peribadi seharian dengan pendengar radio

KUALA LUMPUR: Dikejutkan dari tidur pada setiap subuh oleh penggera iPhone yang dikunci dengan lagu Karma Chameleon nyanyian kumpulan Culture Club yang cukup popular pada 1980-an adalah antara sisi menarik kehidupan Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri yang baru mengenali perkataan 'sempoi' melalui Tweeter, mengagumi kekuatan karakter bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela.
Kehidupan dan maklumat itu dikongsinya bersama seluruh rakyat ketika ke udara menerusi tiga stesen radio bahasa Melayu serta bahasa Inggeris milik Astro, di Bukit Jalil, semalam.

Pada temuramah bersama stesen radio bahasa Inggeris MIX fm, Najib berkata, ketika ini siangnya lebih panjang dengan kelaziman bangun antara jam 6 hingga 6.30 pagi dan malamnya kian pendek yang menggambarkan beban tugas berat dipikul, bahkan ada orang tetap mahu bertemu ketika beliau berada di rumah.

Perdana Menteri tidak menafikan ada kala kepenatan dengan jadual harian yang amat padat tetapi berusaha sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk negara kerana menggalas amanah rakyat.

"Ia seperti menjadi CEO (ketua pegawai eksekutif) sebuah syarikat, cuma lebih besar sedikit (berseloroh). Bagaimanapun, anda (merujuk kepada keadaan dirinya) perlu menguruskan apa juga waktu yang ada. Anda memerlukan masa untuk diri, sebagai contoh bersenam dan menonton program kegemaran," katanya yang berazam memastikan masa depan cerah untuk generasi muda negara ketika menjawab soalan deejay Jason Desmond atau lebih dikenali sebagai JD dan Adila Shakir (Dilly) dalam rancangan All-New MIX Breakfast Show.
Beliau yang berpakaian kasual kemeja-T dan seluar berwarna biru dengan jaket biru gelap tiba seawal jam 7.30 pagi di konti serta disambut antaranya oleh Pengarah Eksekutif AMP Radio Networks, Datuk Borhanuddin Osman; Pengurus Besar Rancangan, Yaacob Bakhtiar Abdullah atau lebih dikenali sebagai Jake Abdullah; dan Pengurus Rangkaian, Mohamed Raqeem Brian Abdullah.

Menjawab satu soalan sama ada beliau boleh keluar tanpa kawalan keselamatan rasmi, Najib berkata: "Pernah sekali saya cuba 'menyelinap keluar' tetapi seluruh Bukit Aman dimaklumkan, jadi saya terpaksa melupakan idea berkenaan. Saya perlu diiringi anggota keselamatan tetapi saya beritahu mereka supaya jangan terlalu menonjol."

Beliau meminati filem Gladiator dan A Few Good Men serta pelakon hebat Denzel Washington, Najib juga menggemari adunan muzik dihasilkan anaknya, Norashman yang disifatkan sebagai bagus dalam kreativiti itu malah memiliki kelengkapan dan sistem berkaitan di bilik sendiri, manakala Save The Last Dance For Me nyanyian Ben E King ialah antara lagu kegemaran.

Pada program itu, Najib memenangi kuiz Battle Of The Sexes, sekali gus meraih hadiah wang tunai RM150 tetapi menghadiahkannya kepada pendengar yang juga pencabar beliau dalam segmen berkenaan, Yam Poh Ling.

Ketika sesi bersama stesen radio bahasa Inggeris hitz.fm pula, Najib menyerlahkan sisi 'sporting' beliau apabila menjayakan panggilan palsu 'Gotcha' terhadap Jake dengan membuat permintaan sebagai seorang ayah supaya Norashman menjadi deejay dalam rancangannya.

Jake yang tidak menyedari 'perangkap' berkenaan pada mulanya kelu kerana tidak sangka menerima panggilan Perdana Menteri, malah pada satu ketika seolah-olah tidak percaya sehingga bertanyakan nama anak Najib walaupun mengaku suara dalam talian mirip pemimpin negara itu.
Rakaman panggilan itu disiarkan pada sesi bersama deejay hitz.fm Morning Crew, Johan Fernandez (JJ) dan Tengku Ean Tengku Nasrun (Ean), yang turut disertai Jake.

Beliau juga singgah ke konti bahasa Melayu Era FM bersama deejay Aznil Nawawi (Pak Nil), Shah Reza Mohd Shah (Ray) dan Haniff Hamzah (Haniff) dalam rancangan Riuh Pagi Era.


Deejay teruja dihubungi PM

KUALA LUMPUR: Pengurus Besar Rancangan AMP Radio Networks, Yaacob Bakhtiar Abdullah menyifatkan pengalaman mendapat panggilan daripada Datuk Seri Najib Razak untuk segmen 'Gotcha' dalam rancangan radio bahasa Inggeris hitz.fm Morning Crew, sebagai kenangan yang akan diingati seumur hidup.

Malah, ketika deejay Johan Fernandez atau JJ dan Tengku Ean Tengku Nasrun (Ean) menyatakan 'Gotcha!' kepada bos mereka selepas berjaya 'mengenakannya', beliau yang lebih dikenali sebagai Jake Abdullah mengaku berasa seronok dan teruja dihubungi Perdana Menteri.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif AMP Radio Networks, Datuk Borhanuddin Osman dalam satu kenyataan pula menyifatkan Najib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia yang mesra.

Perkara tumpuan ketika umrah

Posted: 20 Sep 2011 08:43 PM PDT


Tempat permulaan saie adalah di Bukit Safa.


UMRAH daripada segi bahasa adalah ziarah sementara dari segi istilahnya ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat-ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.

Ia merupakan di antara ibadat yang penting selain solat, zakat, puasa dan haji malahan Rasulullah SAW melakukan umrah sebanyak empat kali sepanjang umur baginda.

Ibadat umrah bukan sahaja dilakukan sepanjang musim haji malahan turut dilakukan sepanjang tahun. Bagi rakyat Malaysia ia merupakan satu ibadat yang tidak asing malahan kian popular sejak akhir-akhir ini.

Justeru, mereka yang hendak mengerjakan umrah perlu mengetahui rukun dan wajib umrah supaya tiada permasalahan yang timbul setelah balik daripada mengerjakan umrah.

Umrah mengandungi lima rukun iaitu niat ihram, tawaf, saie, bercukur atau bergunting serta tertib.

Sementara itu wajib umrah ada dua iaitu niat di miqat dan menjaga larangan ihram.

Terdapat beberapa isu atau perkara yang perlu diambil perhatian dan perlun dijaga oleh bakal-bakal haji atau mereka yang mengerjakan umrah.

1. Niat ihram

Mereka yang mengerjakan umrah tidak boleh berniat atau membatalkan niat sesuka hati. Apabila bakal haji telah berniat maka secara langsung mereka telah berada dalam ihram dan perlu mematuhi larangan Ihram.

Mereka juga tidak boleh membatalkan niat ihram sesuka hati kerana bagi membatalkan niat ihram, mereka perlu melakukan Dam Ihsar iaitu dengan menyembelih seekor kambing.

Terdapat implikasi besar jika kita tidak menyempurnakan umrah. Mereka yang masih di dalam ihram berkemungkinan melakukan larangan ihram kerana menyangka telah selesai umrah sedangkan umrah mereka telah rosak. Sebagai contoh ada yang melakukan mukadimah persetubuhan yang mengakibatkan mereka dikenakan dam yang lebih besar walhal umrah belum sempurna ataupun rosak (fasad).

Kadang-kadang ada yang berkahwin selepas pulang ke tanah air maka perkahwinan itu tidak sah.

2. Wuduk dan aurat

Semasa melakukan tawaf, bakal haji perlu menjaga wuduk dan aurat mereka semasa mengerjakan tawaf. Wuduk yang terbatal atau aurat yang terbuka boleh menyebabkan tawaf tidak sempurna maka umrah tidak sah.

3. Was-was semasa tawaf atau saie

Ada keadaan di mana semasa tawaf atau saie, bakal haji ragu-ragu tentang jumlah pusingan tawaf atau saie.

Jika berlaku sedemikian, ambil jumlah yang paling rendah. Contohnya, kita tidak pasti pusingan Tawaf yang ke 6 atau ke 7 maka kita ambil yang yakin iaitu 6 pusingan kemudian tambah satu pusingan.

Jika bakal haji telah selesai melakukan tawaf dan saie kemudian bercukur dan balik tempat penginapan mereka, lalu datang keraguan tentang jumlah pusingan tawaf maka tidak harus kita ulangi tawaf tadi kerana keraguan yang datang setelah selesai ibadat adalah was-was dan was-was itu daripada syaitan.

4. Tempat mula dan berhenti tawaf

Bakal haji hendaklah memulakan tawaf di tempat permulaannya dan berakhir di depan sedikit dari tempat permulaan tadi supaya perkiraan itu lebih tepat.

Jika kita berhenti semasa tawaf di tengah-tengah perjalanan, kemudian kita perlu mulakan dari tempat kita berhenti ke belakang sedikit supaya lebih yakin dan tiada keraguan.

Selain perkara di atas, semasa tawaf pastinya ramai jemaah haji daripada negara lain turut sama mengerjakan umrah maka bertolak ansurlah supaya ibadat kita menjadi lebih sempurna dan menepati syariat umrah itu sendiri.

Akhirnya, bakal haji jagalah kesihatan dan lakukanlah umrah sekadar mampu serta tidak memaksa diri. Pilihlah waktu yang sesuai dan bergerak dalam kumpulan.

Mudah-mudahan umrah tuan-puan diterima Allah sebagai umrah makbul dan kembali dari mengerjakan umrah seolah-olah seperti hari dilahirkan oleh ibunya kerana suci daripada noda dan dosa.

Legenda tarannum al-Quran Mesir

Posted: 20 Sep 2011 08:42 PM PDT


Sheikh Mahmud Khalil al-Husari


MESIR mempunyai ramai qari terkenal yang memberi sumbangan besar kepada dunia penyebaran ilmu al-Quran. Perintis rakaman al-Quran 30 juzuk iaitu pada tahun 1960 dimulakan oleh Sheikh Mahmud Khalil al-Husari yang berasal dari Mesir.

Generasi al-Quran yang muncul di Mesir adalah kerana persekitaran yang kondusif untuk mempelajari dan mendalami ilmu al-Quran.

Antaranya, kewujudan radio al-Quran yang menyiarkan bacaan al-Quran sepanjang hari, program al-Quran yang banyak seumpama bacaan al-Quran di setiap permulaan majlis, bacaan al-Quran di majlis kematian, kelas al-Quran yang wujud di setiap masjid menjadikan masyrakat mudah mendengar al-Quran.

Selain itu, guru-guru al-Quran yang melata di bumi Mesir dan ibu bapa pula memainkan peranan di mana setiap anak mestilah mendalami bacaan al-Quran dahulu sebelum meneruskan pengajian menjadi faktor berkembangnya ilmu al-Quran di bumi Mesir.

Antara tokoh legenda tarannum al-Quran yang sebaris dengan Sheikh Mahmud Khalil al-Husari, Sheikh Mustafa Ismail, Sheikh Abdul Basit Abdul Samad dan Sheikh Muhammad Siddeq Minsyawi.

Sheikh Muhammad Siddeq anak kelahiran Mesir pada tahun 1920 itu telah berjaya menghafaz al-Quran dalam usia 11 tahun melalui didikan dua guru iaitu pertama ayahnya sendiri Sheikh Sideq Minshawi yang merupakan Qari terkenal ketika itu dan Sheikh Muhammad al-Namki.

Apabila ditanya kepada pengkarya Ilmu Qiraat terkenal iaitu Sheikh Abdul Fattah al-Qadhi siapakah pelajar beliau yang paling baik, beliau menjawab: "Sheikh Mahmud Khalil al-Husari dan Sheikh Muhammad Sideeq Minshawi."

Jalur keluarga Minshawi adalah terkenal dengan ramainya mempunyai suara yang merdu dan menjadi qari terkemuka. Antara mereka ialah Sheikh Sideq Minshawi iaitu ayah kepada Sheikh Muhammad Minshawi.

Sheikh Mahmud Sideq Minshawi pula ialah adik kepada Sheikh Muhamaad. Namun yang terbaik di kalangan keluarga Minshawi yang dianggap sebagai anugerah ialah Sheikh Muhammad Sideq.

Sumbangan Sheikh Muhammad Sideq adalah merakam 30 juzuk al-Quran, menjadi qari di Masjid Zamalik selama 15 tahun dan juga menjadi qari di radio al-Quran Mesir.

Selain itu, beliau juga pernah menziarahi Masjid al-Aqsa dan membaca surah al-Hujurat dan surah Qaaf di hadapan khalayak yang berkumpul ketika itu.

Setiap qari mempunyai kegemaran membaca ayat-ayat tertentu seperti Sheikh Abdul Basit dengan kegemarannya membaca surah al-Duha dan surah Yusuf.

Begitu juga dengan Sheikh Muhammad Sideq yang gemar membaca surah al-Hasyr dan surah Ghafir dengan suara yang menakjubkan.

Takdir Allah menentukan segala-galanya. Usia Sheikh Muhammad Sideq tidak panjang seperti qari yang lain. Beliau meninggal dunia pada tahun 1969 dalam usia 49 tahun.

Umur sekadar angka - Zaleha

Posted: 20 Sep 2011 08:41 PM PDT


Zaleha Ismail menjadikan buku sebagai 'teman karibnya'.


TUA tidak semestinya sakit, yang menentukan kesihatan diri kita adalah diri kita sendiri,'' ujar matan Menteri Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail.

Baginya, umur adalah sekadar angka sedangkan amalan kesihatan seseorang penggerak utama yang menjadikan diri seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Bersua muka dengan Zaleha, langsung tidak menyangka bahawa usianya melangkaui 75, tetapi kelihatan masih sihat dan anggun.

Malah pada usia tersebut, beliau dianugerahkan tubuh yang sihat tanpa sebarang penyakit kronik yang lazim dihidapi oleh individu seusia beliau.

Beliau juga jarang diserang demam mahupun sakit-sakit lain, sebaliknya masih mampu membuat tugasan lain yang kadang kala tidak mampu dilakukan oleh mereka yang jauh lebih muda.

"Alhamdulillah, setakat ini memang tidak ada penyakit yang kronik yang lain walaupun ada menghidap kencing manis tetapi terkawal,'' ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Perwira, Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Katanya lagi, soal pemakanan juga penting dalam menentukan kesihatan diri.

Tegas beliau lagi, dalam usianya sekarang penjagaan makan amat dititikberatkan bagi mengelak daripada terkena penyakit-penyakit yang berbahaya.

Malah beliau turut menjadikan buku sebagai 'teman karibnya' yang boleh memberi panduan untuk mengelak terkena penyakit-penyakit lain.

"Memang setiap hari buku adalah perkara wajib yang saya sentuh, jika tidak saya akan gusar malah ia seperti ada yang tidak kena dalam kehidupan saya,'' ujarnya memperihalkan tentang 'sahabat karibnya' itu

Jelasnya, dengan membaca buku, ia bukan sekadar memberikan pengetahuan tetapi turut memberi panduan terutama dalam kesihatan diri.

Tegas beliau lagi, untuk mengekalkan kesihatan seseorang perlulah bergerak aktif dan juga mengamalkan kehidupan yang sihat dan berfikiran positif.

Presiden Yayasan Suara Wanita ini mengakui, ramai di kalangan warga emas mengambil pendekatan yang mudah dan tidak mengamalkan kesihatan yang tidak terurus.

Keadaan ini menyebabkan mereka mudah terjebak dengan penyakit-penyakit yang berbahaya dan sekali gus boleh menjejaskan kesihatan sendiri.

Beliau sendiri mengakui, menghidap kencing manis tetapi hasil amalan gaya hidup yang sihat termasuk bersenam setiap hari berjaya mengawal penyakit tersebut.

"Walaupun jadual harian saya padat, tetapi saya tidak pernah tinggalkan senaman memandangkan ia adalah salah satu cara untuk mengelak penyakit.

"Bukan sekadar membuatkan badan saya rasa ringan, lebih penting menghilangkan rasa malas untuk bergerak ke sana-sini ,'' ujarnya yang turut memegang lima jawatan penting dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Zaleha menambah, dengan bersenam seseorang itu akan berpeluh dan ini akan menurunkan tahap gula dalam darah.

"Ini menunjukkan senaman ringkas sangat penting walaupun hanya 30 minit," katanya yang tidak mengambil makanan manis dalam menu hariannya.

Beliau yang ketika ini turut menyandang jawatan Pengerusi Majlis Kebangsaan Kanak-kanak Malaysia, menasihatkan orang ramai supaya menjadikan amalan pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai satu rutin bagi memastikan kesihatan tubuh badan sentiasa baik.

"Pemeriksaan ini penting supaya kita tahu tentang keadaan badan kita dan dapat mengawal tahap kesihatan kita lebih awal.

"Sama ada sakit atau tidak, kita kena periksa badan kita, tengok ada penyakit atau tidak, dan sekiranya ada penyakit tindakan seterusnya perlu diambil," katanya.

Ditanya mengenai jadual harian, beliau memberitahu, jadual tetap padat walaupun hampir 20 tahun bersara sebagai kakitangan awam.

"Biasanya seawal 5.30 pagi saya sudah bangun dari tidur dan mengamalkan senaman ringkas sebelum solat subuh.

"Selepas bersenam ringkas saya akan akan memeriksa diari temu janji saya sepanjang hari tersebut dan aktiviti-aktiviti lain.

"Dengan rutin harian yang sibuk membuatkan saya lebih aktif dan tidak ada masa untuk saya termenung memikirkan perkara yang bukan-bukan ,'' ujarnya tenang.

Baginya, setiap warga emas harus mengisi waktu mereka dengan sebaiknya supaya tidak berasa bosan sehingga membawa kepada kemurungan.

Anak, cucu peneman di usia tua

Posted: 20 Sep 2011 08:40 PM PDT


Warga emas bukan memerlukan wang ringgit mahupun sesuatu yang boleh dibanggakan tetapi mereka perlukan belaian kasih sayang daripada anak cucu. - Gambar hiasan


Memang tidak dinafikan menguruskan warga emas adalah suatu cabaran, apatah lagi kalau kesihatan dan keadaan fizikal mereka tidak sekuat seperti ketika muda.

"Keadaan tersebut membuatkan golongan ini mudah menjadi sensitif dan lebih beremosi,'' ujar Pakar Kaunseling Keluarga, Profesor Madya Dr. Saedah A. Ghani.

Bagaimanapun tegas beliau, proses penuaan adalah proses normal yang berlaku kepada setiap individu.

Malah setiap hari kita pasti melalui proses penuaan bermula dari saat dilahirkan lagi.

Menurut pakar psikologi Barat, Erik Erikson (1963), kitaran hidup manusia merangkumi beberapa tahap dalam kehidupan serta mempunyai tugas dan tanggungjawab perkembangan yang perlu dilakukan.

Beliau yang merupakan pensyarah kaunseling keluarga dan perkahwinan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberitahu, tahap itu bermula dari peringkat bayi hingga tua dan saat kematian.

"Oleh yang demikian menjadi tua adalah suatu yang pasti dan kita tidak dapat mengelak daripada melalui proses tersebut.

"Dalam situasi sedemikian, golongan warga emas ini mahukan anak-anak menjadi peneman. Ketika itu mungkin mereka mahu bercerita tentang kisah-kisah lampau yang boleh memberikan keseronokan pada diri mereka," ujarnya lagi.

Kata Dr. Saedah, keadaan tersebut boleh memberikan seseorang warga emas kembali 'segar' apabila boleh berkongsi cerita dengan orang-orang sekeliling termasuklah anak cucu.

Katanya lagi, dalam situasi tersebut, warga emas bukan lagi memerlukan wang ringgit mahupun sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi mereka perlukan belaian kasih sayang daripada anak cucu.

"Jadi sebagai anak, tidak perlu merungut sekiranya ibu bapa mereka suka mengulang-ulang cerita yang sama kepada anak-anak,'' ujar beliau yang memberitahu itu adalah sikap normal bagi golongan warga emas.

Ditanya mengenai sikap warga emas, Dr. Saedah memberitahu, golongan itu biasanya mudah sensitif dan ada ketika sikap mereka seperti kembali ke alam kanak-kanak.

Tegas beliau lagi, dalam menjaga warga emas, anak-anak perlu bertolak ansur dan banyak mengalah kerana keadaan itu penting dalam menenangkan keadaan.

Malah, apabila seseorang meningkat umur, perangai dan juga tingkah-laku seseorang itu juga turut berubah, malah kadang-kala mereka kembali bersifat keanak-anakan.

"Oleh itu, anak-anak yang menjaganya perlu memainkan peranan dan banyak bersabar," terangnya serius.

Menurut Dr. Saedah, bagi mereka yang pernah berkerja, mereka akan merasa sunyi selepas bersara, keadaan itu akan menyebabkan emosi juga turut berubah dan terganggu.

Kesunyian itu akhirnya akan membelenggu kehidupan seharian mereka jika tidak diuruskan sebaik mungkin.

Katanya lagi, biarpun sudah tidak mampu menyumbang dari segi produktiviti, golongan warga emas merupakan aset kepada negara kerana mereka ada ilmu, sabar dan mempunyai pengalaman yang luas

''Mereka boleh melakukan kerja-kerja mendidik secara tidak formal kepada anak-anak remaja atau cucu-cucu kerana mereka berkeupayaan menjadi penghubung antara generasi yang boleh menegur salah dan silap pembawaan generasi muda,'' katanya.

Tegas beliau, kelebihan warga tua dianggap sebagai penjaga nilai kebangsaan (custodian of national values) dan pengikat kasih sayang keluarga dalam pengukuhan komuniti.

''Untuk itu warga emas itu sendiri perlu berusaha ke arah menjadi warga tua yang lebih baik dengan mengekalkan nilai-nilai murni yang ada dalam peradaban mereka.

''Sebolehnya biarlah minda mereka selari dengan keadaan semasa dan sentiasa peka dengan perkembangan dan mahu pula mengadaptasi perkara-perkara terkini,'' ujar Dr. Saedah.

Kemahiran seni manik

Posted: 20 Sep 2011 08:39 PM PDT


Musalmah Othman (depan kanan) dan kakaknya, Norizah (depan kiri) bersama dua rakan yang turut membantu mengerakkan aktiviti Kilauan Mustika Enterprise.


MELIHAT rekaan sulaman manik yang menghiasi baju kurung mahupun kebaya pasti mata ramai wanita akan terpesona.

Sulaman manik sememangnya mampu menjadikan baju nampak menarik, elegan dan eksklusif.

Kemasan jahitan manik bukan setakat menambah seri baju malah menambah nilai pada persalinan tersebut.

Jika dilihat di mana-mana butik pun, baju yang dihiasi dengan jahitan manik lebih mudah menarik perhatian pelanggan biarpun harganya jauh lebih mahal berbanding yang 'kosong'.

Begitupun menjahit manik tidak semudah seperti yang disangka apatah lagi jika motif atau rekaan sulaman hasil kreativiti sendiri.

Ia bukan satu kerja tangan yang boleh disiapkan dalam tempoh masa yang singkat.

Sebaliknya, kerja-kerja tersebut menuntut ketelitian, kemahiran, kreativiti serta tahap kesabaran yang tinggi bagi menghasilkan satu karya yang cantik dan menarik.

Bagi Musalmah Othman, 39, hanya mereka yang betul-betul berminat sahaja mampu menghasilkan kerja tangan tersebut kerana jahitan manik memerlukan fokus yang tinggi.

Ibu kepada empat cahaya mata itu memberitahu, dia sendiri pada mulanya terbabit dalam jahitan manik sekadar memenuhi minat dan masa terluang bagi kegunaan sendiri.

"Memang sejak muda lagi saya suka menjahit, malah kerja-kerja menjahit ini memberikan kepuasan yang tidak terhingga kepada diri sendiri,'' ujarnya.

Katanya, tidak sangka pula rekaan sulaman manik yang dihasilkan pada baju sendiri dan sanak-saudara, menambat perhatian sehingga ada yang datang ke rumah untuk menempah.

Bermula dari situ, Musalmah semakin serius menyulam manik dan mula menerima tempahan dari rakan-rakan terdekat..

Dek terlalu minat , kadang-kadang dia sanggup tidak membaca surat khabar dan menonton televisyen semata-mata mahu menyiapkan jahitan manik yang telah dimulakan.

"Kalau serius tanpa menghiraukan benda-benda lain, saya boleh menyiapkan satu-satu rekaan dalam tempoh enam jam saja.

"Memang masa mula -mula menjahit rasa penat sangat. Tetapi apabila melihat hasil jahitan, kepenatan terus hilang dan timbul pula idea-idea baru untuk baju-baju yang lain,'' ujarnya jujur.

Malah dia juga mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Telekom Malaysia bagi menjahit sulaman manik sepenuh masa.

Ketika itu, Musalmah mengakui, ramai yang meragui tindakannya memandangkan bidang jahitan belum tentu menjanjikan kesenangan.

Namun hasil dorongan daripada suami dan keluarga terdekat, Musalmah nekad untuk serius dengan keputusannya.

Bersama kakaknya, Norizah, 45, mereka menubuhkan Kilauan Mustika Enterprise bagi mengambil tempahan dan pada masa sama mengadakan kelas atau bengkel jahitan manik.

Dengan dibantu oleh beberapa rakan dan saudara mara yang juga mahir dalam sulaman manik, mereka menjelajah ke serata negara mengajar golongan wanita yang berminat cara-cara menjahit manik.

Kini selepas beberapa tahun menjalankan aktiviti yang diminati secara sepenuh masa, dia semakin seronok dengan kerjaya itu kerana perniagaan menjahit sulaman manik boleh beroperasi di rumah.

Malah, semakin ramai yang menempah jahitan melalui pos, sehinggakan dia sendiri tidak kenal siapa pelanggannya.

"Biasanya mereka akan menempah rekaan jahitan melalui Internet dan mengeposkan baju yang sudah siap untuk dijahit manik kepada saya.

"Dalam tempoh tiga hari hingga seminggu saya akan kembalikan baju pelanggan yang telah siap,'' ujarnya.

Selepas 12 tahun, kini pelanggan tidak terhad dari kawasan sekitar kediamannya, tetapi turut mendapat sambutan dari luar termasuk Brunei dan Singapura.

Katanya lagi, pelanggan juga bukan sekadar mahu jahitan manik pada baju tetapi juga pada tudung dan beg tangan supaya kelihatan sedondon.

Ditanya mengenai bahan yang digunakan, Musalmah memberitahu dia hanya menggunakan manik Jepun kerana kualitinya.

"Manik Jepun ini tahan lama dan bentuknya juga lebih cantik berbanding manik-manik buatan lain,''ujarnya sambil menunjukkan beberapa baju pelanggan yang telah disiapkan.

Bagi mereka yang berminat untuk menjahit ataupun menempah jahitan manik bolehlah menghubungi 012-3762684 atau emelkan kepada muss_liea@yahoo.com.

MASiF pentas tiga genre seni

Posted: 20 Sep 2011 08:39 PM PDT


Gaun malam ciptaan Wan Pa memberikan inspirasi tersendiri dalam seni rekaan fesyen.


MUZIK, seni dan fesyen sememangnya saling melengkapi. Apatah lagi apabila ia melangkah seiring di atas pentas yang sama sebagaimana yang cuba dihasilkan oleh penganjur Festival Muzik, Seni dan Gaya Antarabangsa (MASiF ) 2011 .

Festival yang masuk tahun kedua penganjurannya itu mengenepikan segala kritikan dan salah tafsir berkaitan dengan aktiviti seni golongan remaja.

Sebaliknya ia terus berusaha mengukuhkan kedudukan sebagai platform untuk golongan muda mengetengahkan bakat-bakat yang dimiliki.

Malah MASiF 2011 dilihat mampu membuka pintu terutama dalam menghimpunkan bukan penggiat muzik tetapi juga pereka fesyen dan pelukis dalam satu 'gelanggang'.

Festival unik tersebut yang berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad lalu di pusat beli-belah Suria KLCC , adalah berteraskan tiga genre seni iaitu muzik, lukisan dan fesyen.

Semarak festival pastinya di pentas peragaan fesyen dengan gandingan pereka-pereka baru dan lama.

Sepanjang tiga hari itu MASiF 2011 telah menghimpunkan lebih 24 pereka fesyen lama dan baru termasuk Datuk Radzwan Radziwill, Sharifah Kirana, Calvin Thoo, Iszal Ismail, Wan Pa, Von Jolly, Nazreen Idris Ezuwan Ismail, Joanne Chan dan Merlee Shariff serta ramai lagi.

Tidak ketinggalan kehadiran jenama-jenama fesyen terkenal seperti Cosry, Hajaba, Ang Eng, Ghetto by G Aleander dan sekolah fesyen terkenal, IFTC.

Pentas peragaan dihangatkan lagi dengan koleksi pereka jemputan dari luar negara iaitu Veejay Floresca dari Filipina dan Ivan Gunawan dari Indonesia.

Gandingan lama dan baru itu menjadikan MASiF 2011 sebagai medan untuk golongan muda membuktikan bakat mereka selain menimba pengalaman pereka yang jauh berpengalaman.

Istimewanya, pada peragaan tersebut, fesyen yang diperagakan meliputi semua acara daripada pakaian majlis rasmi, keraian sehinggalah pakaian harian serta santai yang mampu dan mesti dimiliki.

Dalam pada itu pereka tersohor Radzwan, tampil dengan koleksi moden dengan potongan dres labuh yang boleh digayakan di mana-mana sahaja.

Menggunakan warna-warna mewah seperti merah , oren dan kuning menjadikan si pemakai lebih bergaya serta kelihatan anggun.

Apatah lagi, fesyen adalah bahasa universal yang mampu menterjemahkan pelbagai perasaan dan apresiasi daripada ragam budaya dan bangsa dunia.

Malah lebih menarik, peragaan kali ini menampilkan idea kreatif dan semakin moden tanpa meninggalkan unsur sopan dalam rekaan.

Selain itu, penataan rekaan Sharifah Kirana yang gemar mengguna songket dalam setiap perincian, mampu memberikan 'kredit' kepada negara sendiri serta sekali gus menaikkan nama negara apabila menggunakan songket ke peringkat antarabangsa.

Malah melalui penggunaan fabrik songket juga dilihat sentiasa diberi perhatian sehinggakan memberi inspirasi kepada beliau untuk mencipta rekaan yang sopan dan anggun, namun kelihatan bergaya.

Rekaan Sharifah Kirana adalah untuk keperluan wanita moden yang hanya memerlukan usaha minimum untuk mendapat gaya yang maksimum.

Penggunaan warna-warna lembut pula menggambarkan jiwa yang bebas dan keseronokan yang sepatutnya dinikmati wanita dalam menjalani kehidupan.

Apa pun bagi golongan muda, MASiF merupakan gelanggang terbaik untuk meraih pendedahan dan manfaat bagi mengembangkan bakat sama ada dalam fesyen, muzik dan seni halus.

Lebih bertuah lagi, penganjuran festival ini bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia yang di sambut pada 16 September setiap tahun.

Chow Gek, Virmalah terus bantu wanita

Posted: 20 Sep 2011 08:38 PM PDT


Dari kiri, Chow Gek Chow Giat, Virmalah Nair dan Pengerusi Jawatan Kuasa Penganjuran Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah WIM, Puan Sri Siew Yong Gnanalingam menunjukkan piala bakal diterima oleh pemenang pada majlis memperkenalkan barisan penaja untuk anugerah tersebut anjuran Institut Pengurusan Wanita (WIM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


NAMA mereka satu ketika dahulu mungkin begitu asing di kalangan masyarakat setempat apatah lagi mereka bukannya selebriti yang sering mendapat liputan berita setiap masa.

Tetapi setelah memenangi Anugerah Wanita Tun Dr. Siti Hasmah WIM pada tahun 2005 dan 2008, mereka semakin dikenali malah nasihat dan bantuan mereka sering 'ditagih' golongan yang begitu memerlukan.

Begitupun, bagi kedua-dua personaliti ini, anugerah yang diterima sedikit sebanyak mampu menjadikan mereka insan yang bertanggungjawab selain dapat menghulurkan bantuan yang termampu.

Bagi kontraktor, Chow Gek Chow Giat, 49, dan pesara guru, Virmalah Nair, 59, mereka amat berterima kasih kepada individu yang bertanggungjawab mencalonkan mereka untuk menerima Anugerah Wanita Tun Dr. Siti Hasmah WIM kerana sekurang-kurangnya hari ini mereka dapat berkongsi pengalaman serta kejayaan yang diraih bersama.

Menurut Chow Gek yang berketurunan Orang Asli, dia tidak pernah menyangka akan dipilih menerima anugerah tersebut apatah lagi sebelum ini dia bukanlah seorang individu yang dikenali.

Ternyata apa yang difikirkan meleset sama sekali kerana anugerah tersebut bukanlah anugerah bagi menobatkan individu yang dikenali mahupun yang banyak berjasa. Ia merupakan anugerah kepada mereka yang telah berjaya mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing dan bermula dari bawah.

"Sudah pasti penganugerahan anugerah tersebut telah mengubah hidup saya.

"Ini kerana sebelum ini saya hanya memikirkan soal diri serta keluarga sahaja. Tetapi hari ini saya bukan sahaja perlu membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan malah kadang kala turut 'turun padang' bagi menjayakan sesuatu tugasan.

"Bagaimanapun, semua ini bukanlah satu beban. Saya amat gembira kerana sekurang-kurangnya saya dapat membantu golongan susah terutama sekali ibu-ibu tunggal," ujarnya ketika ditemui selepas majlis memperkenalkan barisan penaja untuk Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah WIM Wanita Berinspirasi 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anugerah yang diperkenalkan oleh Institut Pengurusan Wanita (WIM) itu adalah bagi mengiktiraf wanita yang meraih kejayaan gemilang hasil daripada ketabahannya menempuh halangan dan cabaran.

Ternyata anugerah yang diterima Chow Gek pada tahun 2005 bukanlah merupakan anugerah yang pertama dan terakhir diterimanya.

Pada 2006 dia sekali lagi dipilih untuk menerima anugerah Ibu Kerjaya oleh Avon.

Katanya, segala anugerah yang diterima adalah atas kejayaannya selama ini yang bekerja keras dalam usaha memajukan diri serta memberikan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya.

Menurut ibu tunggal itu lagi, sehingga hari ini dia masih lagi berganding bahu bersama (WIM) membantu golongan yang memerlukan bantuan serta nasihat untuk berjaya di dalam kehidupan masing-masing.

Begitu juga dengan Virmalah seorang bekas guru yang tidak dikenali ramai walaupun pernah aktif dalam politik.

Beliau hanya dikenali di kalangan kelompok teman-teman seperjuangannya, tetapi ceritanya amat menarik untuk dikongsi bersama.

Boleh dikatakan, anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan itu begitu tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran yang diberikan kepadanya dalam menjalani kehidupan hariannya.

Berkahwin dan menjadi ibu tunggal pada usia yang begitu muda, Virmalah tidak pernah menjadikannya batu penghalang untuk meneruskan kehidupannya.

Bangkit daripada kekecewaan dengan harapan untuk melihat kejayaan anak tunggalnya, Virmalah akhirnya mampu mengukir senyuman.

Hari ini, dengan kerjaya sebagai seorang pensyarah di salah sebuah kolej swasta di ibu kota, Virmalah juga aktif membantu golongan yang memerlukan.

Selain menganjurkan bengkel dan seminar, Virmalah juga sering menjadi tempat untuk golongan wanita meluahkan nasib mereka.

Membantu mana yang terdaya, Virmalah kini juga aktif berkerja sama dengan WIM dalam usaha menaikkan martabat golongan wanita.

Seperti Chow Gek, Anugerah Tun Dr. Siti Hasmah WIM bukanlah anugerah yang pertama dan terakhir diterimanya.

Ini kerana selang setahun selepas itu, Virmalah telah dipilih oleh Garshom Int. Ltd. melalui Internet sebagai wanita India yang paling berpengaruh di luar India.

Anugerah Parvasi Vanitha itu telah menaikkan lagi semangat Virmalah untuk terus aktif membantu wanita yang dalam kesusahan.

Bagi Chow Gek dan juga Virmalah, wang tunai yang dimenangi melalui anugerah tersebut telah digunakan untuk melatih wanita-wanita atau ibu-ibu tunggal dalam bidang perniagaan.

Jelas kedua-dua wanita ini akan membantu selagi terdaya serta bantuan mereka diperlukan dan tiada sebab untuk mereka mendabik dada dengan kejayaan yang dikecapi hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories