Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Gambar Isteri Harith Iskandar Jezamine Berbikini
- Gambar Dewi Remaja Dengan Boyfren Mat Saleh!
- Rozita Che Wan Melampau!
- Gambar Perkahwinan Anak Jalaluddin Hassan
- Saya masih lagi waras - Marsha
- Gambar Kekasih Shaheizy Sam yang Seksi!
- (Gambar) Mizz Nina Di Pelancaran Arak Hennessy
- Gambar-Gambar Perkahwinan Memey & Norman Hakim
Gambar Isteri Harith Iskandar Jezamine Berbikini Posted: 22 Sep 2011 08:04 PM PDT |
Gambar Dewi Remaja Dengan Boyfren Mat Saleh! Posted: 22 Sep 2011 07:58 PM PDT
|
Posted: 22 Sep 2011 07:54 PM PDT PETALING JAYA: Syarikat produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) akan mempertimbangkan segala tawaran berlakon terbitan syarikat itu terhadap aktres Rozita Che Wan,38, yang dikatakan mula meletakkan bayaran "tidak masuk akal". Ketua Produksi Drama & Filem, Primeworks Studios, Jalena Rejab berkata, pihaknya terkejut apabila Rozita menolak tawaran membintangi sebuah drama bersiri Goyang Syafiq... Jom Pi Cuti musim kedua yang telah dipersetujui selepas tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan. "Sebelum Rozita berangkat mengerjakan umrah pada Ramadan lalu, dia telah bersetuju untuk membintangi drama bersiri 13 episod terbitan GBSB termasuklah meminta pihak produksi mematuhi segala jadual penggambarannya. "Sayang sekali selepas dia pulang mengerjakan umrah pada pertengahan bulan Ogos lalu, dia menolak tawaran yang diberikan dengan alasan bayaran yang diberikan tidak setimpal," katanya. Jelas Jalena, menjadi amalan bagi semua syarikat produksi di negara ini memberi bayaran di antara RM1,500 sehingga RM2,000 bagi setiap satu episod untuk artis "senior" seperti Rozita tetapi malang sekali pelakon itu telah menuntut bayaran yang berlebihan. Katanya, Rozita minta dibayar sebanyak RM3,000 bagi setiap satu episod untuk drama berkenaan yang mana jumlahnya dilihat agak keterlaluan. "Terus terang saya katakan, pelakon Fasha Sandha pun tidak pernah meminta bayaran seperti itu. Kami amat terkejut dengan tindakan sedemikian. Malah Rozita turut memberi kata dua, jika mahu mengambilnya berlakon, pihak kami hendaklah memenuhi impiannya tetapi jika tidak, dia enggan terlibat dalam drama berkenaan," ujar Jalena. Katanya, penggambaran drama yang dilakukan bermula Ramadan lalu itu menjadi kelam kabut disebabkan pihak produksi telah mengubah lokasi penggambaran kerana mahu mengikut jadual Rozita. Sayang sekali jelasnya selepas pulang dari Mekah, Rozita menukar pendiriannya dan tidak bersetuju untuk berlakon drama itu kerana wang. Ujarnya, walaupun Rozita berhak menentukan sesuatu bayaran, pelakon itu perlulah menuntut satu jumlah yang logik bersesuaian dengan landskap penerbitan drama di negara ini. Ditanya adakah pihak GBSB yang juga syarikat milik Media Prima Berhad itu akan mengharamkan Rozita untuk terlibat dalam drama terbitan syarikat itu pada masa akan datang, Jalena berkata ia bergantung kepada permintaan stesen televisyen di bawah syarikat berkenaan. "Kalau stesen televisyen sanggup dengan bayaran RM3,000 satu episod seperti mana yang dituntut kita akan ambil dia berlakon tetapi saya tidak fikir keperluan untuk membayar sedemikian rupa," katanya. Tambahnya, tawaran untuk membintangi drama berkenaan diberikan kepada Rozita selepas memikirkan penglibatan pelakon itu bagi cerita serupa iaitu Diari Ramadan Rafique yang pernah disarikan sebelum ini. Bagaimanapun katanya, pihak GBSB berjaya menggantikan Rozita dengan pelakon Sharifah Shahirah gara-gara masalah tersebut. Sementara itu menurutnya penggambaran yang berlangsung pertengahan Ramadan lalu itu dijangka berakhir pada minggu hadapan melibatkan beberapa lokasi seperti Langkawi, Kedah dan ibu negara. "Kami bersyukur walaupun masalah yang berlaku itu menyebabkan kerja-kerja penggambaran menjadi kelam kabut tetapi Goyang Syafiq... Jom Pi Cuti dapat dilaksanakan dengan baik selepas penglibatan Sharifah Shahirah," katanya. Menerusi mStar Online, Selasa, Rozita menafikan dakwaan mengatakan dia semakin "demand" selepas pulang mengerjakan umrah termasuklah meletakkan jumlah bayaran tinggi kepada mana-mana syarikat produksi yang mahu mengambilnya berlakon. |
Gambar Perkahwinan Anak Jalaluddin Hassan Posted: 22 Sep 2011 07:52 PM PDT |
Saya masih lagi waras - Marsha Posted: 22 Sep 2011 07:44 PM PDT
|
Gambar Kekasih Shaheizy Sam yang Seksi! Posted: 22 Sep 2011 07:42 PM PDT Shaheizy Sam bin Abd Samad (4 September 1982) ialah seorang pelakon yang menempa nama sebagai pelakon remaja ketika era 1990-an sebelum melonjak naik dalam filem Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009 dan filem pecah panggung Adnan Sempit pada tahun berikutnya. Tapi tahu kah anda, yang Shaheizy mempunyai kekasih? kekasihnya itu memang cun dan cantik. Tapi yang tidak disangka-sangka, seksi pula kekasihnya itu. Kalau betul ini kekasih Shaheizy memang bertuah badan lah Shaheizy. Tapi janganlah terlalu seksi sangat, besar risiko tue. Hehe. |
(Gambar) Mizz Nina Di Pelancaran Arak Hennessy Posted: 22 Sep 2011 07:41 PM PDT
|
Gambar-Gambar Perkahwinan Memey & Norman Hakim Posted: 21 Sep 2011 11:20 PM PDT Dengar cerita baju kahwin di taja Vera Wang dan kasut Jimmy Choo.
|
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan