RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Soffiya taruhan terbaru Tiz

Posted: 23 Sep 2011 07:57 PM PDT

BERBAKAT...lakonan Tiz mula mendapat perhatian ramai.
BERBAKAT...lakonan Tiz mula mendapat perhatian ramai.

SEDAR atau tidak, sudah hampir tiga tahun Siti Zaqyah Abdul Razak atau Tiz Zaqyah, 23, bergelar anak seni. Dalam tempoh itu juga, Tiz membuktikan dirinya mampu bersaing dalam dunia seni biarpun kadangkala ditenggelami dengan kehadiran bakat baru.

Walaupun sering dihimpit kontroversi, namanya tidak mudah hilang kerana bakat dimiliki dan bukan bersandar kepada rupa semata-mata.

  • Foto

    TIZ...gemar cabaran dalam lakonan.

  • Foto

    REMAJA...Tiz sebagai remaja sekolah dalam satu babak drama terbitan Filemscape Sdn Bhd.

  • Foto

    MANTAP...(dari kiri) Fizo, Izara, Tiz dan Azhar teraju drama Soffiya.

  • Foto

    SOFFIYA...drama terbaru taruhan Tiz.

Tiz terus diberi tanggungjawab oleh pengarah dan produser tempatan untuk menjayakan karya mereka.

Ternyata semua itu tidak pernah membuatkan dirinya alpa atau sombong.


Malah segala pujian demi pujian daripada peminat dikongsinya menerusi laman sosial Twitter.


Bagaimanapun, kerenah individu yang tidak bertang�gungjawab selain batas perbualan yang sukar dikawal, membuatkan dia memadam akaun peribadi miliknya itu sejak Ogos lalu.

Gadis kelahiran Kuala Lumpur pada 25 Oktober 1988 ini mengakui bosan dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir individu hingga membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati.

Kini semua perkembangan aktiviti seni pelakon yang mula melonjak naik selepas membintangi siri Nur Kasih, dikongsi bersama peminat menerusi akaun sah miliknya di facebook, Tiz Zaqiyah Zak/Fanpage.

"Pujian buat kita lalai. Saya akui memang ketagih ketika menggunakan Twitter dulu. Begitupun, disebabkan terlalu banyak perkara yang tidak boleh dihalang membuatkan saya menutup akaun Twitter itu.

"Memang ia satu cabaran besar buat saya apabila tidak menggunakan Twitter lagi sedangkan akaun itu saya gunakan sejak lapan tahun lalu.

"Bagaimanapun, saya masih mempunyai akaun facebook untuk berinteraksi dengan peminat dan rakan. Malah menerusi laman ini, ia lebih mudah dikawal," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran drama terbarunya, Soffiya.

Tiz yang cukup dikenali menerusi watak Nur Amina dalam siri Nur Kasih, bukan saja menjadi buruan pengarah dan produser untuk menjayakan filem, malah drama televisyen untuk memancing penonton.

Penampilannya di televisyen sering menarik perhatian ramai. Sebagai pelakon, dia berasa puas apabila penonton mengenali watak yang dilakonkan menerusi drama.

Walaupun ada yang menganggap Nur Amina masih membayangi watak lakonannya, akui Tiz, ia bagaikan mengikut musim.

Katanya, ketika muncul dalam drama bersiri Gemilang, penonton mengenalinya dengan karakter cikgu Asma.

Justeru, mampukah Tiz mencetuskan fenomena baru buat penonton apabila bertindak sebagai teraju utama drama Soffiya yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, sejak 21 September lalu.

"Memang drama ini agak berat dan saya sentiasa tidak puas hati dengan lakonan. Banyak perkara yang saya perbaiki mengenai lakonan dari semasa ke semasa.

"Lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak menerusi drama ini, saya berasa seperti dihargai. Saya percaya jalan cerita drama ini cukup menarik dan pasti drama ini akan diterima ramai.

"Setakat ini kami masih menjalani penggambaran sehingga episod 18. Saya juga belum mempunyai apa-apa perancangan selain memberi tumpuan kepada menyiapkan penggambaran drama ini," katanya.

Bercerita lanjut mengenai wataknya sebagai Yaya dalam drama bersiri 28 Episod itu, Tiz berkata, dia berdepan cabaran pada awal episod di mana hampir sebahagian besar babak membabitkan emosi. Biarpun sering dibandingkan dengan watak Nur Amina, dia nyata selesa melakonkan watak berat.

"Untuk menjayakan watak berat menerusi drama ini cukup mencabar. Di sini perlunya bantuan daripada pelakon berpengalaman seperti abang Hilal (Hilal Azman).

"Memang abang Hilal banyak membantu. Selain memberi tunjuk ajar, dia juga menggalakkan saya untuk mengikut gerak naluri hati sendiri.

"Barisan pelakon serta kru yang terbabit juga banyak membantu. Watak Soffiya dalam drama ini berdepan pelbagai konflik termasuk dinodai. Cabaran besar buat saya untuk menterjemahkan ia kepada emosi yang belum pernah saya lalu sebelum ini. Saya lakukan karakter dan emosi berkenaan mengikut naluri sendiri," katanya.

Selain Tiz, drama terbitan Filmscpae Sdn Bhd arahan Joeza Rasidi ini turut dijayakan Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman, Halimatussadiah dan Aisyah Atan.


PROFIL

NAMA PENUH: Siti Zaqyah Abdul Razak
NAMA KOMERSIL: Tiz Zaqyah
TARIKH LAHIR: 25 Oktober 1988
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: Anak bongsu daripada dua beradik
STATUS: Bujang
KARIER: Pelakon
DRAMA: Gol & Gincu, Impian Illyana, Nur Kasih, Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih, Gemilang, Geisha Melayu Terakhir, Soffiya
FILEM: Nur Kasih dan Cinta Kura-Kura

Jamal Adakan Konsert 'Akustikasih Live' Di Singapura

Posted: 23 Sep 2011 07:56 PM PDT

Jamal Abdillah.

SINGAPURA: Penyanyi Malaysia bersuara emas, Jamal Abdillah akan mengadakan konsert amal 'Akustikasih Jamal Abdillah' di Stadium Tertutup Singapura malam Sabtu.

Konsert anjuran Jamiyah Singapura adalah bagi mengumpul dana untuk membiayai program kebajikan dan pendidikan badan itu.Pengarah projek konsert itu, Mohamad Hosni Abdul Malik memberitahu Bernama hari ini bahawa penyanyi itu akan membawa lagu-lagu balada dan pop pada konsert pertamanya di sini.

Katanya menerusi konsert itu, pihaknya berharap untuk mengumpul dana bagi membiayai empat rumah kebajikan dan lapan pusat pendidikan yang dikendalikan oleh Jamiyah Singapura bagi golongan kurang bernasib baik.

Katanya beliau bangga dengan sambutan terhadap konsert itu dengan banyak penderma dan penaja dari pelbagai bangsa dan agama tampil untuk menjayakan program amal tersebut.

Mohamad Hosni berkata pihaknya telah menjemput dua artist tempatan Nana Karia dan Fashiha Kamsani untuk berduet bersama Jamal pada konsert tersebut.

'Misteri Jalan Lama' Filem Terakhir Que Haidar

Posted: 23 Sep 2011 07:52 PM PDT

Aksi Que Haidar sewaktu dalam filem Misteri Jalan Lama.

PETALING JAYA: Wajah pelakon Que Haidar masih boleh ditonton di pawagam menerusi filem terbarunya, Misteri Jalan Lama yang akan ditayangkan pada 24 November depan.

Filem ini dilakonkan Que sebelum dia nekad mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang lakonan.

Bagaimanapun apabila meminta pendapatnya tentang kemunculannya di pawagam, Que enggan memberikan apa-apa komen.

"Saya tidak mahu beri apa-apa komen," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online.

Kini, dia banyak menumpukan kepada kariernya sebagai guru lakonan. Namun, baru-baru ini dia menerima tawaran berlakon filem Rock 2 arahan Mamat Khalid.

Kali terakhir Que muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan.

Selain Que Haidar antara pelakon yang terlibat dalam Misteri Jalan Lama adalah Hans Isaac, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar dan Yalal Chin.

Drama 'Soffiya': LPFM Tapis Adegan Tikam

Posted: 23 Sep 2011 07:51 PM PDT

Para pelakon utama drama Soffiya ketika majlis sidang media di Sri Pentas, TV3, Selasa.

PETALING JAYA: Pengarah drama Joeza Rasidi terpaksa akur dengan keputusan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) yang telah memotong adegan tikam dalam drama Soffiya.

Biarpun begitu, pihak LPF hanya membenarkan untuk menggantikan adegan tikam 13 kali itu kepada tikam tiga kali dalam drama yang akan disiarkan di TV3 pada 21 September ini.

Ia akan keudara setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

"Pihak LPFM hanya memotong babak Soffiya menikam bapanya 13 kali dan membenarkan kami menyiarkan babak tikaman itu sebanyak tiga kali sahaja.

"Saya faham dengan kehendak mereka yang perlu menepati piawai kandungan program televisyen agar ia sesuai dengan penonton yang turut melibatkan kanak-kanak," katanya kepada mStar Online.

Babak tersebut melibatkan Soffiya yang terpaksa membunuh dengan menikam bapanya yang merogol dan membuatkan hidupnya menderita.

Drama ini mengisahkan tentang Soffiya lakonan Tiz Zaqyah, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) yang bekerja sebagai doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan.

Sulaiman kecewa apabila sering ditolak oleh Aishah untuk melakukan hubungan suami isteri. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Soffiya tidak dibenarkan bersekolah dan dikurung dalam rumah.

Drama Soffiya ini turut dilakonkan oleh Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli dan Halimatussadiah (Mak Wan).

Drama 28 episod ini masih menjalani penggambaran bermula bulan Ramadan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Suria FM Anjur Pelbagai Aktiviti Untuk Tarik Pendengar

Posted: 23 Sep 2011 07:51 PM PDT

Yusri Abu Samah.

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM meraikan pendengarnya dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini termasuk menganjurkan Konsert Kemuncak Raya Suria FM pada 1 Oktober ini.

Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah menganggap musim perayaan tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu.

"Minggu ini merupakan minggu terakhir kami menganjurkan peraduan Kereta 'Raya' Proton Inspira dan antara 60 pendengar bertuah itu berpeluang memenangi hadiah kereta tersebut yang akan diketahui pada 29 September ini, pukul 3 petang di Tropicana City Mall.

"Setakat ini, pendengar-pendengar yang terpilih sudah mengetahui keputusannya setelah kita menutup peraduan itu pada Jumaat. Cuma mereka perlu datang pada 29 September ini dan masing-masing perlu membuka pintu kereta dengan kunci yang diberikan," kata Yusry kepada mStar Online.

Bukan itu sahaja, mereka yang hadir juga layak menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50.

"Hanya seorang pendengar yang memegang kunci kereta itu dan pendengar yang bertuah itu akan berjaya membawa pulang kereta Proton Inspira.

"Namun, peserta yang tidak bernasib baik tidak akan pulang dengan tangan kosong sebaliknya akan menerima hadiah wang tunai yang akan diserahkan pada hari yang sama," ujarnya lagi.

Menyentuh tentang 'Konsert Kemuncak Raya Suria FM' pada 1 Oktober ini, ia akan dijayakan oleh artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, Mawi, Awi Rafael dan Adira di Dataran Putrajaya bermula pukul 8 malam.

Amber Chia Kongsi Rahsia Kecantikan di TV2

Posted: 23 Sep 2011 07:50 PM PDT

Amber Chia.

PETALING JAYA: Model terkenal Amber Chia muncul mengacarakan sebuah program majalah wanita terbaru berjudul I Love Beauty disiarkan di TV2 mengisi slot Women On 2 pada setiap Selasa bermula 27 September depan.

Ia akan disiarkan bermula pukul 10 pagi.

Program 13 episod ini dibahagikan kepada tiga segmen di mana setiap episod bakal mengetengahkan topik yang berbeza dan menarik untuk dikongsi bersama. Pastinya ia menyumbang pengetahuan kepada golongan wanita sentiasa mahu tampak cantik dan berseri setiap hari tidak kira di mana berada dan apa pun juga kerjaya yang diceburi. Dalam pada itu, beberapa topik menarik bakal dibincangkan seperti 'Berkulit Gelap Juga Boleh Berseri-seri' yang mengundang pakar kecantikan, Ching An dan jurusolek berpengalaman, Sook Yee.

Manakala, segmen dua dinamakan 2 Lauk & 1 Tip's pula akan menampilkan penerbit berpengalaman, Yoko bagi menunjukkan cara untuk memasak dua lauk dan satu sup iaitu ikan kukus halia, pai ayam dan sup ABC adalah menu bagi episod tersebut.

Sementara segmen tiga, dengan tema 'Kelihatan Seperti Artis' seorang pakar rambut, Mike Loh akan mengubah gaya dan rambut dua orang model menjadi seperti seorang artis. Episod ini diakhiri dengan Mini Fashion Show yang dipersembahkan oleh Amber, Mary dan Kelly.

Oleh itu, bagi wanita yang ingin berkongsi tip kecantikan, resipi kesihatan dan tip penggayaan fesyen menarik dan terkini, pastikan anda meluangkan masa menyaksikan I Love Beauty hanya di TV2.

Hubungan Kim Kardashian, Kris Humphries Retak?

Posted: 23 Sep 2011 07:47 PM PDT

Kim Kardashian.

SETELAH sebulan berkahwin, hubungan pasangan selebriti Kim Kardashian dan Kris Humphries dikhabarkan sedang berantakan.

Kris dikatakan tidak senang dengan kehadiran pihak media untuk menghidu cerita sensasinya.

Menurut sumber, pada awal perkahwinan pasangan tersebut, beberapa media sanggup menginap di hotel bersebelahan kediamannya semata-mata untuk mengintai pergerakan mereka.

Seperti dipetik AceShowBiz, lebih 200 orang yang dipercayai petugas media dan peminatnya tinggal berhampiran dengan tempat tinggal pasangan ini dan sanggup menunggu mereka setiap hari.

Manakala satu sumber lain pula memberitahu, Kim tidak suka dengan reaksi suaminya Kris yang dianggap terlalu serius yang menyebabkan mereka bertengkar disebabkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, khabar itu disangkal oleh seorang teman Kim sebaliknya berkata pengantin baru itu sedang melalui hari-hari yang bahagia.

‘Isteri kedua hari-hari mau’

Posted: 23 Sep 2011 07:45 PM PDT

BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.
BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit.

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara 'Cina buta' selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas 'merujuk' semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.

Suaminya yang bergelar Datuk, 40-an, berkata selain kemaruk seks, isteri keduanya yang berusia 30-an, menggunakan kecantikannya untuk memerangkap lelaki bagi mendapatkan kesenangan hidup selepas melayani mereka hingga ke bilik tidur.

Bagi memerangkap mangsa, isterinya yang mendakwa ejen sebuah bank menawarkan bantuan kepada lelaki yang disasarkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi atau perniagaan asalkan mereka sanggup melayan nafsu liarnya.


Katanya, dia diperkenalkan kepada isterinya yang ketika itu pelakon tambahan dan kakitangan sebuah syarikat produksi filem pada 2008 oleh kenalan dan berkahwin di Thailand, dua bulan kemudian.

Nyaris rentung bersama Lamborghini RM1.2j

Posted: 23 Sep 2011 07:45 PM PDT

TERBAKAR...anggota bomba menyiasat kebakaran sebuah Lamborghini  di Damansara, semalam.
TERBAKAR...anggota bomba menyiasat kebakaran sebuah Lamborghini di Damansara, semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki nyaris rentung apabila kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang bernilai RM1.2 juta terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Damansara, di sini semalam.

Ketika kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun yang enggan dikenali dalam perjalanan pulang selepas keluar bersiar-siar bagi memanaskan enjin kereta itu selepas seminggu ditinggalkan di sekitar kawasan rumah sebelum terhidu asap daripada bahagian enjin kenderaannya. Menurut Ketua Operasi, Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas, Shahrul Azizi, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa jam 11.50 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.


"Mangsa memberitahu terhidu bau asap enjin keretanya 100 meter dari tempat kejadian dan dia memberhentikan kenderaannya di bahu jalan lalu segera keluar sebelum api marak membakar keseluruhan kereta.

"Kebakaran dikawal sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas kira-kira 10 minit dan kereta itu rosak sepenuhnya.


"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Sementara itu, pemilik kereta mewah yang dibeli tiga tahun lalu itu dipercayai ahli perniagaan warga tempatan yang bekerja di Shanghai, China dan baru pulang ke Malaysia kelmarin.

Kondo denggi

Posted: 23 Sep 2011 07:43 PM PDT

BERTAKUNG...air dalam tong di kawasan tapak projek bersebelahan Kondominium Bintang Mas, Cheras.
BERTAKUNG...air dalam tong di kawasan tapak projek bersebelahan Kondominium Bintang Mas, Cheras.

KUALA LUMPUR: Nyawa kami dalam bahaya. Begitu situasi dihadapi penduduk Kondominium Bintang Mas, Cheras, apabila diancam denggi sejak beberapa bulan lalu.

Bukan satu atau dua kes dilaporkan sebaliknya 13 penduduk dilaporkan dijangkiti termasuk beberapa orang daripadanya disyaki denggi.


Penduduk, Roslan Jali, 44, baru pulih dan keluar daripada hospital selepas menjalani rawatan akibat denggi.

"Ketika ini kami sekeluarga diancam denggi. Tiga anak saya pula demam dan mengalami bintik-bintik merah pada badan. Saya berulang-alik ke hospital setiap hari kerana mereka dalam pemerhatian dan perlu menjalani pemeriksaan darah.


"Saya baru sembuh itupun selepas ditahan di hospital selama empat hari," katanya ketika ditemui di kawasan kondominium berkenaan, baru-baru ini.


Menurutnya, bilangan nyamuk di rumahnya semakin meningkat menyebabkan dia memasang ubat nyamuk terutama pada waktu pagi dan petang.

Selain Roslan, beberapa penduduk turut dimasukkan ke hospital dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini termasuk Chuan Tzu Mei, 38, yang mengalami masalah kekurangan darah mendadak.


"Saya menerima lapan peket darah ketika dimasukkan ke sebuah hospital selepas demam empat hari. Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan saya denggi," katanya.

Dia berkata, masalah denggi bermula sejak tahun lalu dan bilangannya semakin meningkat tahun ini.


"Kami sudah membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai masalah denggi dan berharap ia diatasi segera," katanya.


Namun, selepas pemeriksaan, penduduk dimaklumkan tiada sebarang penemuan tempat pembiakan aedes di perumahan berkenaan termasuk di rumah mereka yang disahkan menghidap denggi.


"Kami percaya nyamuk membiak di kawasan projek perumahan di sebelah rumah kami. Ini kerana sejak projek terbabit dibina, bilangan kes denggi meningkat.


"Terdapat takungan air termasuk di beberapa tong untuk kegunaan membasuh dan mandi pekerja terbabit. Selain itu, air mungkin bertakung di kawasan lantai projek yang terdedah akibat hujan," katanya.


Seorang lagi penduduk, Chen Jeng Feng, 38, berkata banyak aduan dibuat kepada DBKL sepanjang tahun ini, namun masalah itu masih berlaku, malah bilangan mereka yang dijangkiti denggi meningkat.

U Mobile perkenal Internet 42Mbps

Posted: 23 Sep 2011 07:42 PM PDT

LANCAR...Dr Kaizad (tiga dari kanan) merasmikan jalur lebar berkelajuan tinggi U Mobile,  semalam.
LANCAR...Dr Kaizad (tiga dari kanan) merasmikan jalur lebar berkelajuan tinggi U Mobile, semalam.

U MOBILE Sdn Bhd (U Mobile), penyedia perkhidmatan mudah alih dan rumusan data 3G memperkenalkan capaian Internet terpantas dengan kelajuan 42 megabit sesaat (Mbps) bermula di Lembah Klang dari Shah Alam ke Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya; Negeri Sembilan (Port Dickson dan Seremban) serta Johor (Johor Bahru).

Selaras dengan pengenalan jalur lebar berkelajuan tinggi itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee berkata, U Mobile menyasarkan sekurang-kurangnya tambahan sejuta pelanggan dalam tempoh setahun akan datang.


"Setakat ini, 1,300 tapak sudah ditempatkan di wilayah tengah, selatan dan utara bagi memastikan capaian 42Mbps dapat dinikmati pengguna," katanya ketika pengumuman kelajuan jalur lebar terbabit di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Naib Presiden Kanan ZTE Corp China, Pang Sheng Qing.


Sehingga awal September lalu, U Mobile memperoleh sejuta pelanggan untuk semua perkhidmatan yang ditawarkan.


Kelajuan 42Mbps yang ditawarkan pula membolehkan pengguna mengakses Internet tiga hingga lima kali pantas berbanding capaian Internet yang ditawarkan pasaran sedia ada.

Serentak dengan pengumuman terbabit, U Mobile melancarkan dua pakej pelan data individu serendah RM48 sebulan bagi pelan 5GB dan RM108 sebulan untuk pelan 20GB.


Sebelum ini, U Mobile menandatangani perjanjian dengan penyedia peralatan dan penyelesaian telekomunikasi berpangkalan di China, ZTE bagi memajukan rangkaian jaringan Internet mudah alih dengan kapasiti keupayaan sehingga 100 megabit sesaat (Mbps) ke seluruh negara.

Tembak guru sebelum bunuh diri

Posted: 23 Sep 2011 07:41 PM PDT

DAVID...disifatkan pendiam, sopan, budak baik.
DAVID...disifatkan pendiam, sopan, budak baik.

SAO PAULO: Seorang murid berusia 10 tahun menembak gurunya di depan rakan sekelas yang ketakutan sebelum dia membunuh diri.

David Nogueira, anak anggota polis, melepaskan dua das tembakan terhadap Rosileide Queiros de Oliveira dengan menggunakan pistol .38 milik bapanya di depan 25 murid lain.


Ketika guru itu terbaring di lantai dengan lumuran darah, David meluru keluar dari bilik darjah menuju ke dewan dan menembak dirinya di kepala.

Rosileide dikejarkan ke hospital dengan helikopter dan dilaporkan selamat. Tulang pahanya patah sementara kepala lututnya pecah. David juga dibawa ke hospital tetapi mati tidak lama kemudian.


Kejadian berlaku di Alcina Dantas Feijao, sebuah sekolah terkenal di daerah Sao Caetano do Sur di negeri Sao Paulo, Brazil pada jam 3.50 petang waktu tempatan.


Jurucakap Polis Tentera, Robinson Castropil berkata: "Murid itu meminta kebenaran untuk ke bilk air dan apabila masuk ke kelasnya semula, dia menembak guru itu. "Dia kemudian meluru keluar dari kelas itu sebelum menembak dirinya." Polis masih menyiasat bagaimana David memperoleh pistol itu dan motifnya melakukan jenayah itu.

Menurut rakannya, sehari sebelum kejadian, David bercerita mengenai keinginannya menembak guru itu dan dirinya. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan motifnya.


Seorang jiran keluarga murid itu, Paulo Roberto Caetano da Silva, 49, menyifatkan David sebagai 'pendiam, sopan dan budak baik.' "Saya tidak percaya dia akan berbuat demikian," katanya.

Kaunselor keselamatan bandar berkenaan, Moacyr Rodrigues berkata, bapa David, Nilton Evangelista Nogueira menjadi anggota polis sejak 14 tahun lalu dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.

Pilihlah 20 pakej menarik

Posted: 23 Sep 2011 07:39 PM PDT

ANGGUN...sut segak bergaya untuk pengantin lelaki manakala pengantin wanita tampil penuh anggun dengan gaun labuh bersama  vel hitam.
ANGGUN...sut segak bergaya untuk pengantin lelaki manakala pengantin wanita tampil penuh anggun dengan gaun labuh bersama vel hitam.

PADA setiap majlis perkahwinan, penampilan raja sehari sememangnya paling menjadi tumpuan.

Jika pengantin perempuan tampil ibarat permaisuri rupawan, pengantin lelaki
pun harus segak dalam persalinan ibarat pahlawan yang gagah. Saat indah itu sememangnya amat istimewa dan akan menjadi kenangan kepada pasangan pengantin untuk diabadikan selama-lamanya.

  • Foto

    MENAWAN...baju Melayu satin cekak musang untuk pengantin lelaki dan gaun leret mewah untuk permaisuri hati.

  • Foto

    CANTIK... rekaan gaun pengantin terbaru daripada fabrik Euro Moda dan Gulati's yang berkualiti tinggi.

  • Foto

    MODEN...rekaan gaun pengantin moden seperti ini juga boleh didapati di gedung fabrik berkenaan.

  • Foto

    MODEN...rekaan gaun pengantin moden seperti ini juga boleh didapati di gedung fabrik berkenaan.

  • Foto

    BAGAIKAN RATU...potongan baju pengantin moden yang sarat dengan elemen tradisional.

  • Foto

    SOPAN...baju dengan rekaan tangan longgar.

  • Foto

    PILIHAN RAJA SEHARI...rona lembut seperti biru lembut sememangnya digemari pasangan bakal raja sehari untuk digayakan pada hari bersejarah mereka.


Jika dulu, busana pengantin tidak mempunyai banyak pilihan dan terhad kepada fesyen daripada songket saja. Namun kini, aliran terkini fesyen pengantin menyaksikan lebih banyak rekaan baru dan moden ditampilkan.

Bagi pasangan bakal raja sehari yang mahu mencari kelainan di hari bahagia mereka, Euro Moda dan Gulati's Silk House (Gulati's) menyediakan pakej perkahwinan yang mampu memenuhi peruntukan kewangan.

Lebih 20 pakej menarik ditawarkan dengan pelbagai pilihan fabrik untuk persiapan baju pengantin lelaki dan perempuan.

Ia disediakan dalam tiga jenis pakej menarik iaitu bajet rendah yang bermula daripada RM250 hingga RM650, bajet sederhana (RM750 hingga RM1,800) dan pakej eksklusif yang berharga daripada RM2,000 hingga RM7,000.

Antara fabrik yang boleh didapati ialah renda Jepun kosong bersama kain alas dalam, baju Melayu satin, renda Perancis Sophie Hallete, sifon manik bersama baju Melayu satin, renda Gucci, kain net Gucci, renda Perancis Solstiss polos serta baju Melayu Cerutti.

Pelanggan juga tidak perlu risau memikirkan untuk mencari kedai jahit bagi menempah busana kerana Euro Moda kerana Gulati's juga menyediakan perkhidmatan jahitan dengan rekaan terbaru yang pasti memenuhi cita rasa.

Turut didapati aksesori pelengkap gaya pengantin lelaki seperti tali leher, baju rompi, kasut, kemeja, kafling serta pin tali leher.

Untuk persiapan kenduri pula, jika keluarga pengantin mahu bergaya mengikut tema, Euro Moda dan Gulati's juga menyediakan aneka pilihan mengikut peruntukan kewangan dan cita rasa kedua-dua pihak.

Diskaun juga diberikan kepada pelanggan yang memiliki kad keahlian G-kard. Kad keahlian istimewa itu boleh didapati percuma di semua rangkaian Euro Moda dan Gulati's di seluruh negara.

Sempena promosi yang berlangsung sehingga akhir tahun itu, Euro Moda dan Gulati's turut mengadakan cabutan bertuah beli dan menang.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan antaranya kereta, motosikal, televisyen LCD, sutera Itali dan tudung koleksi Aalia. Ada 18 cawangan Euro Moda dan Gulati's di seluruh negara yang boleh dikunjungi untuk memenuhi impian perkahwinan masing-masing.



INFO FABRIK EURO MODA:

  • Fabrik sifon Perancis polos hadir dalam tiga kombinasi iaitu sulaman berton senada, dwi ton dan campuran warna-warni kontras dan segar memberikan kelainan kepada si pemakai. Rekaan kurung moden dan kebaya mengikut acuan badan tambah molek dengan perincian sulaman berat di kaki baju.

  • Fabrik renda Perancis pula cukup romantis dijadikan gaun dan kebaya mewah.
    Tekstur lembut dengan taburan manik, sekuin, bebatu swarovski dan benang timbul menambah seri pengantin di pelamin. Pilihan fabrik polos datang dengan warna senada atau dwi warna dan diserikan sulaman senada atau kontras untuk mencipta kesan elegan.

  • Jenama Solstiss cukup terkemuka dengan rekaan renda Perancis bersulam manik, maka semua koleksinya bermula serendah RM380 semeter. Ilham baju pengantin semakin rancak dengan pilihan renda Perancis bersulam ringkas, ada juga yang berat di kaki fabrik dengan sulaman ringan serta ada yang berat kedua-duanya.

  • Fabrik renda pereka Vanoni juga sangat unik untuk koleksi busana perkahwinan. Rona lembut berkrim seperti putih susu, merah jambu, hijau limau nipis, biru langit dan ungu lembut membuatkan gaya pengantin tampak manja di hari bahagia. Apa yang menarik, Vanoni mengadaptasikan teknik applique (corak timbul), membuatkannya cukup hebat menjadi vel dan gaun kembang.

  • Baju pengantin daripada fabrik renda sangat sesuai digandingkan dengan kain sutera chamuse sebagai pelapik kerana sifatnya yang mampu menahan berat sulaman timbul seperti manik, sekuin dan batuan kecil. Euro Moda turut menawarkan pelapik daripada fabrik satin duchess untuk kain net atau sifon.



    Tip penjagaan pakaian daripada fabrik renda:


  • Gunakan cucian kering untuk mengekalkan kilauan dan kualiti sulaman yang ditaburi manik dan sekuin.

  • Selalu membalutnya dengan kertas dan lipat dengan cermat.

  • Jauhkan tempat simpanan daripada cahaya matahari agar tidak melusuhkan warna dan sulamannya.

  • Busana daripada renda juga tidak digalakkan untuk digantung kerana sulaman berat boleh 'menarik' pakaian hilang bentuk asal.
  • Revalina enggan jaja cinta

    Posted: 23 Sep 2011 07:37 PM PDT

    pix_gal0
    BIAR berulang diterjah persoalan mengenai cinta yang terjalin, tiada jawapan yang terbit dari bibir aktres jelita, Revalina S Temat. Malah, sedapat mungkin hal itu cuba disimpannya kemas tanpa disentuh orang luar.

    Gadis yang melonjak namanya selepas membintangi sinetron, Bawang Putih Bawang Merah pada 2004 enggan hubungan cintanya dengan Ringgo Agus Rahman dijaja sebagai tatapan umum.
    Biar terus dihimpit soalan berbaur peribadi, gadis periang yang mesra disapa Reva ini tegar mengunci mulut, sekali gus membiarkan semuanya kekal menjadi tanda tanya.
    "Saya tidak mahu jawab soalan itu. Biarkan semua berjalan seiringan, tidak mungkin saya mementingkan hal peribadi berbanding karier," katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat sempena pelancaran sinetron keagamaan, Ummi Aminah, baru-baru ini.

    Prinsip itu sudah lama dipegang anak ketiga daripada empat beradik ini dan ia tidak pernah berubah, meskipun di luar terlalu ramai yang menanti khabar gembira daripadanya.

    Meskipun usianya bakal mencecah 26 tahun pada 26 November depan, namun Revalina menegaskan rencana untuk mendirikan rumah tangga belum difikirkan lagi.

    "Barangkali belum sampai seru, malah saya juga tidak mahu memaksa. Untuk apa terburu-buru jika akhirnya nanti bukan pilihan yang sesuai.
    Lebih baik kami jalani hubungan ini seadanya, terserah bagaimana penamatnya nanti. Keluarga juga tidak pernah memaksa. Andai ditakdirkan tiada jodoh antara kami, saya reda. Namun sehingga ini, hubungan serta komunikasi saya dan Ringgo masih berjalan dengan baik," katanya.

    Sempat dijengah gosip keretakan hubungan mereka, Oktober tahun lalu apabila tidak lagi sering dilihat bersama, hal itu bagaimanapun, disanggah Revalina.

    Enggan hal peribadinya terus dibongkar, Revalina yang pernah tampil bertudung dalam filem Perempuan Berkalung Sorban bingung apabila kebelakangan ini acap diserahkan peranan serupa. Filem seperti Tanda Tanya dan Semesta Mendukung, selain sinetron, Ummi Aminah juga menuntut Revalina tampil berjilbab.

    "Saya tidak tahu mengapa terus ditawarkan watak seperti itu. Bertudung membuat saya berasa tenang dan aman namun sebagai pelakon, saya enggan terikat kepada satu watak," katanya.

    Saat diajukan pertanyaan sama ada bersedia memakai tudung kepala, Revalina menjelaskan, keinginan menjalani kehidupan seperti yang dituntut Islam pernah menyapa dirinya.

    "Keinginan itu ada tetapi saya tidak tahu bila akan terlaksana. Cuma ketika ini, saya belum bersedia. Saya mahu sempurnakan dulu solat lima waktu sebelum bertudung," katanya sambil mengakui tidak menolak jika diberi peranan menguji untuk beraksi dalam sinetron atau drama bersiri.

    Apa yang dinikmatinya ketika ini akui Revalina, adalah satu kebetulan kerana kebelakangan ini, peranan yang ditawarkan kepadanya cukup mengujakan.
    "Sama ada filem atau sinetron, tuntutan kedua-duanya tetap sama. Sebagai pelakon, saya mengutamakan jalan cerita dan karakter.

    Cuma berbeza di filem, saya berpeluang menjejakkan kaki di beberapa tempat yang tidak pernah saya kunjungi. Filem banyak memberikan saya pengalaman baru," katanya.

    Buka restoran sendiri

    BELUM berani untuk membangunkan perniagaan bersendirian, usaha pertamanya melangkah ke dunia bisnes menerima sokongan daripada beberapa temannya. Seakan mengerti akan cabaran yang bakal dilalui, apatah lagi sering perniagaan yang dibangunkan secara kolektif gagal bertahan lama, Revalina ternyata sudah bersedia untuk berdepan dengan kenyataan itu.

    "Dari awal lagi, saya sudah tegaskan kepada rakan kongsi bisnes adalah bisnes. Jangan sesekali mencampuri urusan peribadi dengan bisnes. Perkara itu wajar dihindari dan jika ada berlaku ketidakpuasan hati, suarakan terus supaya tidak menjejaskan urusan perniagaan," katanya.

    Restoran yang dibuka di daerah Bintaro, tidak jauh dari kediaman keluarganya memudahkan Revalina untuk berulang alik jika tidak terikat dengan penggambaran. Biarpun baru beroperasi, Pelakon Wanita Pilihan, Anugerah Filem Indonesia 2009 itu bersyukur kerana restoran itu sudah mula dikunjungi ramai.

    "Belum ada promosi rasmi, sekadar berkongsi dengan mereka yang terdekat menerusi Twitter namun impaknya ternyata luar biasa.

    Sementelah saya mempunyai kelulusan dalam jurusan Komunikasi Massa, justeru saya praktikkan ilmu itu dengan menggalas tugasan di bahagian pemasaran," katanya.

    Restoran yang diberi nama Takigawa Bintaro itu diusahakannya bersama enam teman lain termasuk Olga Syahputra, Asha Shara dan Wulan Guritno. Idea untuk membuka restoran itu kata Revalina, mula serius difikirkan sejak April lalu dan ternyata dia selesa menggeluti bidang baru itu.

    "Apa juga dilakukan jika kita senang dan ikhlas, hasilnya akan positif," katanya.

    Kakitangan awam diramal naik gaji lagi

    Posted: 23 Sep 2011 07:35 PM PDT

    Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012

    KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

    Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.
    Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
    Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

    Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

    Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

    Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
    Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

    Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

    Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

    Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

    Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

    Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.

    Bukan kerana putus cinta - Marsha

    Posted: 23 Sep 2011 07:34 PM PDT

    Kejadian yang menimpa Marsha beberapa minggu yang lalu benar-benar mengejutkan industri hiburan tanah air, apatah lagi, Marsha dikhabarkan telah jatuh pengsan selepas menelan 30 biji pil sehingga ada yang mengatakan wanita kelahiran Sabah ini mengalami tekanan dan cuba untuk membunuh dirinya.

    Enggan tampil biarpun sudah keluar daripada menjalani rawatan, Marsha bagaimanapun hadir di majlis rumah terbuka Alibi Music untuk menjelaskan perkara sebenar pada pihak media.

    "Malam sebelum kejadian, saya telah mengambil ubat tekanan darah rendah kerana rasa tidak sihat.

    "Biarpun masih lagi rasa belum pulih, saya tetap keluar untuk membeli makanan, tetapi ketika dalam perjalanan pulang, kepala saya rasa kurang selesa sehingga menyebabkan kereta yang saya pandu melanggar pembahagi jalan.

    "Keadaan tidak berapa teruk, jadi saya masih boleh memandu kereta itu sehingga selamat sampai di parkir rumah.

    "Namun, ketika dalam perjalanan daripada tempat letak kereta ke rumah, saya hilang kawalan lantas pengsan dan jatuh beberapa anak tangga, dan apabila sedar, saya sudah berada di hospital.

    "Saya yang ditempatkan di wad trauma dan kecemasan bagaimanapun dipindahkan di wad biasa pada sebelah malamnya,"cerita Marsha menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

    Terkejut dengan khabar yang mengatakan dirinya telah menelan sejumlah ubat yang banyak, menurut Marsha itu semua tidak benar kerana dia langsung tidak berniat untuk membunuh diri.

    "Saya memang ada menghidap penyakit tekanan darah rendah, dan saya sudah menghidap penyakit ini semenjak dari tahun 2010 lagi.

    "Tentang dakwaan bahawa saya cuba membunuh diri itu memang saya terkejut besar, jika benar saya menelan 30 biji ubat, tentunya saya sudah mati sekarang, tetapi terbukti ia tidak benar.

    "Seperti semua orang tahu, saya datang dari keluarga yang mempunyai pegangan agama Kristian yang kuat, keluarga dan teman rapat yang banyak menyokong, jadi tidak terlintas langsung untuk saya bertindak demikian kerana saya tidak mahu mengecewakan mereka.

    "Ini juga sebenarnya bukan untuk meraih publisiti murahan, ia bukanlah sesuatu yang diminta oleh diri saya sendiri.

    Ditebak sama ada benar, punca dia mengalami gangguan kesihatan disebabkan oleh faktor cinta sehingga menyebabkan dirinya stress dan mengalami tekanan darah rendah, Marsha menafikan tentang perkara itu.

    "Tiada kaitan dengan bab cinta, kerana jika dibandingkan cinta sekarang dengan cinta yang lama, sekarang jauh lebih baik.

    "Sebenarnya saya sudah putus dengan kekasih saya dua minggu sebelum peristiwa ini berlaku, jadi ia langsung tidak ada kaitan .

    "Cinta bukan sesuatu yang besar, bekas kekasih saya juga ada datang melawat saya ketika di hospital.

    "Sekarang ini, saya ada berkawan dengan seseorang tetapi hubungan itu masih diperingkat perkenalan jadi masih tidak bersedia untuk berkongsi,"luah Marsha.

    Artis meriahkan rumah terbuka UKSB

    Posted: 23 Sep 2011 07:32 PM PDT

    Menyambut kehadiran Aidilfitri yang mulia ini, seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB) mengadakan majlis rumah terbuka yang cukup meriah semalam.

    Bukan sahaja diraikan oleh staf UKSB, majlis yang berlangsung di perkarangan pejabat UKSB ini juga turut dihadiri oleh rakan-rakan para tetamu terhormat, rakan-rakan media, pegawai –pegawai perhubungan dan tidak ketinggalan, artis-artis popular tanah air.

    Antara artis yang hadir pada petang itu adalah, Datuk Yusof Haslam, David Teo, Sharifah Shahira dan suami, Fizz Fairuz, Mia Sara, Shila Hamzah, Dafi, Shanaz Ahmad, Chomel Fana, Fida, Mila, Ika Mentor, Kilafairy, X-Factor, Roslan Shah, Fazly Zainal, dan ramai lagi.

    Selain menjamu selera dengan hidangan hebat, artis yang hadir turut menyumbangkan nyanyian untuk menghiburkan orang ramai yang turut sama berada di majlis itu.

    Kemeriahan jelas terasa apabila pengacara popular, Didie Alias bijak memainkan peranan sebagai pengacara majlis, pelbagai gurauan dilakukan bagi menghidupkan majlis penuh makna ini.

    Kakitangan baru di UKSB juga didera untuk membuat persembahan, mahu memperkenalkan mereka kepada umum, Didie Alias mengajak mereka menarikan tarian dangdut, biarpun malu sedikit namun empat wartawan baru UKSB ini tetap memberikan kerjasama yang baik.

    Shira turut hadir bersama suaminya, Ijoy

    Majlis hari raya UKSB ini adalah acara tahunan yang dijalankan hasil kerjasama semua kakitangan, dan bermotifkan itu juga, ia sebenarnya bertujuan untuk bertemu mesra antara staf bersama kenalan-kenalan industri dan orang-orang penting dalam dunia kewartawanan ini.

    Kilafairy turut menyanyi di majlis ini

    Nurul jadi Zaiton Sameon

    Posted: 23 Sep 2011 07:30 PM PDT

    Pembikinan filem Zaiton-Ceritaku yang mengisahkan perjalanan hidup penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon pernah hangat dengan kisah kontroversi. Akhirnya filem edisi awal itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebeb tertentu.

    Namun usaha pihak Bruang Filem Sdn. Bhd. tidak mati sebaliknya mereka masih mahu meneruskannya dengan melantik pengarah baru. Kali ini pelakon Esma Daniel pula dinaikkan pangkat selaku pengarahnya.

    Penggambaran filem Zaiton juga sarat kontroversi.

    Malah pelakon yang bakal menjadi Zaiton juga bukan lagi Mislina Mustaffa sebaliknya pihak penerbit dan pengarahnya memilih Nurul Wahab untuk watak tersebut.

    "Saya sudah melihat gambar-gambar Nurul semasa sesi ujibakat yang lalu dan saya nampak dia ada karakter untuk menjadi Zaiton Sameon. Saya nampak dia sangat sesuai untuk watak ini.

    "Saya tak mahu campur dengan masalah yang mereka hadapi sebelum ini kerana saya tak ada kena-mengena semasa produksi awal itu.

    Esma Daniel

    "Saya juga tidak menonton hasil penggambaran lalu sebaliknya saya mahu hasilkan mengikut perspektif saya. Malah penerbitnya pun memang tidak mahu saya menonton agar saya tidak terpengaruh dengan apa yang telah dihasilkan oleh pengarah terdahulu.

    "Selain Nurul sebagai pelakon utama, barisan pelakon lain juga kesemuanya barisan baru termasuk Harun Salim Bachik. Tapi sehingga hari ini saya belum lagi boleh mendedahkan kesemua nama mereka.

    "Sebenarnya saya sendiri belum dapat bersemuka dengan Nurul untuk berbincang pasal filem ini. Pihak produksi memaklumkan mereka belum dapat berhubung dengan dia. Kami memang berminat dengan dia dan sedang berusaha berbincang dengan Nurul. Saya harap dia akan bersedia. Setakat ini hanya nama dia sahaja dalam senarai kami.

    "Saya difahamkan Nurul sekarang berada di luar negara. Saya harap selepas ini dapat berbincang dengannya. Sekarang ini kami dalam peringkat pre produksi dan akan memulakan penggambaran pertengahan atau hujung Oktober ini," kata Esma kepada Mangga Online.

    Berdebar dapat kepercayaan

    Masih minat berlakon walaupun setelah berjawatan pengarah.

    Esma yang masih diingati kerana lakonan hebat di pentas teater Muzikal Tun Mahathir menganggap kepercayaan memikul tanggungjawab ini membuatkan dia rasa lebih yakin untuk menggalas tugas di bangku pengarahan.

    "Ia melibatkan tanggungjawab yang besar untuk saya memikulnya, apatah lagi filem ini telah lama tertunda dan ada sejarahnya. Ramai yang menunggu filem ini dan ia pula buah tangan pertama saya. Pastinya saya mahu memberikanan yang terbaik.

    "Sebelum ini saya pernah terlibat dalam aspek pengarahan dengan pembabitan di belakang tabir. Saya menyahut cabaran penerbit yang menawarkan saya menjadi pengarah. Saya fikir lam juga... dan saya bersedia kerana nampak kesesuaian filem ini dengan jiwa saya.

    "Saya memang sukakan filem muzikal dan biografi. Antara filem rujukan saya untuk memulakan kerja sebagai pengarah Zaiton-Ceritaku ialah filem Hindi Black lakonan Amitabh Bachchan.

    "Saya juga merujuk filem Selena lakonan Jennifer Lopez dan Black Swan arahan Darren Aronofsky. Filem-filem itu bukan filem biografi tapi ada aspek yang boleh digunakan untuk mencantikkan filem ini," kata Esma lagi.

    Dia juga cuba menjadikan filem ini sebagai sebuah filem yang boleh mengangkat nama Zaiton yang pernah mewarnai dunia hiburan dengan kehadirannya.

    "Saya bukan menghasilkan filem intuk mengkritik atau menjatuhkan namanya. Saya harap usaha saya akan terlaksana," kata Esma yang kini berstatus Pengarah Eksekutif di Bruang Filem.

    Tomok selangkah ke antarabangsa

    Posted: 23 Sep 2011 07:16 PM PDT

    Baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihannya, Siti Rahayu Abas, rezeki lelaki yang popular dengan lagu Berlari dan Bagaikan Bidadari ini nampaknya semakin mencurah-curah.

    Bakal terbang ke Istanbul bulan hadapan untuk menjayakan filem terbaru arahan Bernard Chauly yang berjudul, Istanbul…Aku Datang, Tomok selepas itu akan diterbangkan pula ke England untuk merakamkan lagu One Night Only dan bergandingan dengan beberapa artis ternama antarabangsa.

    Dipilih mewakili artis Malaysia bersempena kempen Buka Semangat yang dianjurkan oleh Coca-Cola dengan kerjasama Media Prima, Tomok memanjatkan rasa syukur atas rezeki yang dating kepadanya kini.

    "Sesungguhnya saya rasa teruja dan berterima kasih kepada semua yang terlibat, perkara ini memang tidak dijangka sama sekali apatah lagi dibawa ke sana dan bekerjasama dengan artis-artis antarabangsa.

    "Saya harap apa yang saya miliki ini menjadi semangat untuk semua orang bukan sahaja daripada bidang muzik, tetapi untuk semua bidang yang ada di Malaysia,"jelas Tomok.

    Bagi Rommel Fuentebella, Ketua Komunikasi dan Pengaktifan Pemasaran Bersepadu, Coca-Cola Far East Limited, Malaysia/Singapura/Brunei pula, dia sangat mengagumi semangat yang dimiliki oleh Tomok semenjak dari awal kemunculannya di industri hiburan ini.

    "Sejak penampilan buat julung kalinya dalam industri muzik Malaysia, Tomok telah menunjukkan sikap tabah hati menghadapi pelbagai cabaran dan bersungguh-sungguh untuk mencipta nama dalam persada hiburan.

    "Dengan itu, Tomok seorang individu yang paling sesuai untuk dijadikan contoh bagi para belia di samping melambangkan semangat kempen Buka Semangat," kata Rommel Fuentebella

    Tepak sirih dunia Islam di Asia Tenggara

    Posted: 23 Sep 2011 07:15 PM PDT


    Kotak sirih Mindanao, Filipina Sekitar abad ke-19 Masihi/abad ke-13 Hijrah.


    SIRIH adalah sejenis tumbuhan renek yang memanjat dan mempunyai bentuk daun yang bujur. Daun sirih boleh dimakan dan amalan makan daun sirih ini telah menjadi tradisi di beberapa wilayah di Asia termasuk masyarakat Islam yang tinggal di Asia Tenggara.

    Masyarakat Islam boleh ditemui di hampir kesemua wilayah Asia Tenggara seperti Thailand, Myanmar, Filipina dan terutamanya di Malaysia dan Indonesia.

    Daun sirih dikenali dengan pelbagai nama di seluruh Asia seperti paan (India), ikmo (Filipina), maluu (Myanmar) dan Pl? (Thai). Beberapa bahan lain turut dimakan bersama daun sirih tetapi ia berlainan di setiap wilayah di Asia.

    Di Malaysia, daun sirih selalunya dimakan bersama sedikit kapur, gambir dan hirisan buah pinang. Di India terdapat pelbagai bahan dan perisa yang dimakan bersama daun sirih seperti serbuk tembakau, buah-buahan kering, kelopak bunga mawar, bunga cengkih dan rempah ratus yang lain.

    Amalan tradisi memakan daun sirih sering boleh dilihat sewaktu menyambut tetamu yang berkunjung ke rumah atau selepas makan. Ia juga sering dikaitkan dengan adat tradisional seperti majlis merisik atau pertunangan di Malaysia.

    Selain itu, pemakanan daun sirih juga dikatakan boleh menyegarkan bau nafas. Ini bergantung kepada bahan yang digunakan bersama dengan daun sirih.

    Amalan tradisi pemakanan daun sirih ini boleh dianggap istimewa di kalangan masyarakat Asia Tenggara berdasarkan kepada bekas yang dihasilkan bagi menyimpan daun sirih dan bahan-bahan lain yang digunakan. Ia mempunyai bentuk dan peralatan yang tersendiri untuk tujuan ini.

    Seperti contoh, sejenis pemotong yang akan menghasilkan hirisan nipis buah pinang telah direka dan ia dikenali sebagai kacip di Malaysia.

    Selain sebagai pemotong, kacip juga dilihat sebagai objek seni yang mempunyai rekaan yang menarik dan unik.

    Kacip diperbuat daripada logam seperti besi dan tembaga. Ia sering dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan dan ekor.

    Bahagian kepala sering digayakan dengan ukiran bentuk kepala haiwan seperti burung ataupun kuda. Bahagian badan kacip mempunyai mata pisau yang boleh menghiris dan bahagian ekor merupakan tempat pemegang untuk mengacip.

    Tepak sirih merupakan bekas khas yang direka untuk menyimpan sirih dan bahan perisa yang lain. Bagi tepak sirih yang digunakan di rumah, ia bersaiz kecil berbanding dengan tepak atau bekas sirih yang digunakan untuk majlis keramaian yang diadakan oleh ketua suku atau ketua masyarakat di sesuatu tempat.

    Bagi kapur, buah pinang, gambir, bunga cengkih dan rempah ratus lain yang digunakan dalam amalan tradisi pemakanan daun sirih, ia disimpan dalam bekas berasingan supaya bau dan rasanya tidak bercampur sebelum ia dimakan bersama daun sirih.

    Setiap satu bekas turut mempunyai penutup sendiri bagi mengelakkan ia terdedah dan menjamin kebersihan bahan-bahan tersebut. Para tetamu biasanya akan memilih dan menyediakan sendiri bahan perisa yang diingini.

    Kadangkala, daun sirih akan disediakan lebih awal untuk dimakan sewaktu dalam perjalanan. Ia selalunya dilipat dengan kemas setelah semua bahan perisa yang dipilih diletakkan di atas daun sirih.

    Daun sirih yang dilipat akan diletakkan di dalam bekas kecil untuk di makan ketika dalam perjalanan.

    Di Muzium Kesenian Islam Malaysia terdapat tepak sirih yang diperbuat daripada pelbagai jenis logam dan bentuk dari beberapa wilayah Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina dan Malaysia.

    Antara bentuk tepak sirih yang menarik yang dipamerkan adalah bentuk bunga teratai dan buah manggis. Kesemua tepak sirih ini dipamerkan di galeri Dunia Melayu.

    Semangat rakyat Palestin jadi azimat

    Posted: 23 Sep 2011 07:15 PM PDT


    Norazian Anidin (kiri) bersama-sama dua remaja Palestin ketika mereka bersiar-siar di pesisir pantai di Gaza.


    SELAMA tempoh di Gaza, saya asyik menangis sahaja, sampai bengkak-bengkak mata dibuatnya," kata Noorazian Anidin, salah seorang anggota sukarelawan yang menjayakan Misi A2G2.

    Beliau adalah seorang daripada tiga wanita yang menganggotai misi tersebut.

    Dua lagi rakannya ialah Noorhasyimah Ismail dan Siti Ramlah Ibrahim. Semua mereka adalah sukarelawan sepenuh masa dengan Aqsa Syarif Malaysia.

    Beliau sebelum ini hanya sampai di sempadan Israel iaitu di selatan Beirut iaitu ketika mengikuti lawatan Viva Palestina International pada Julai 2010.

    "Dahulu kita hanya dapat melihat tanah Palestin dari jauh. Saya berazam untuk ke sana walaupun bunyinya seperti mustahil dan hanya dapat melawat kem-kem pelarian Palestin termasuk Sabra Shatilla di selatan Lebanon itu.

    "Apabila berpeluang ke Gaza, seolah-olah doa saya dimakbulkan Allah, sudah cukup membuatkan saya menangis gembira," katanya.

    Walaupun menangis gembira tetapi beliau berjanji untuk tabah dan kuat sebaik sahaja memasuki Gaza, tidak mahu menangis di hadapan rakyat Palestin bagi menunjukkan kekuatan.

    "Tetapi di pintu sempadan sahaja saya mula menahan sebak. Sebaik sahaja masuk ke Gaza, terus bercucuran air mata" katanya.

    Bukan sahaja sedih melihat kemusnahan akibat perang, tetapi yang jelas Norazian merasakan dirinya kerdil berbanding rakyat Palestin yang begitu kuat dan tabah menghadapi kekejaman Israel.

    "Mereka jauh sekali meminta-minta. Istilah pengemis yang seperti ditemui di sesetengah negara Islam yang kaya tidak ada di Gaza.

    "Begitu juga dengan kanak-kanak. Mereka mengerumuni kita bukan untuk meminta-minta. Tetapi gembira dan mahu mengambil gambar bersama-sama walaupun mereka sebenarnya tidak berpeluang menyimpan sebarang gambar sebagai kenangan," katanya.

    Namun Norazian, dia makin sebak melihat mereka yang miskin tidak mahu menerima bantuan selagi belum dipastikan tidak seorang pun golongan fakir ketinggalan menerima bantuan.

    "Sumbangan yang diberikan melalui pek Ramadan antaranya mengandungi roti dari kilang yang kita bina hasil usahasama dan seekor ikan talapia dari kolam ternakan.

    "Tetapi dengan seekor ikan itu mereka makan seisi keluarga," katanya.

    Antara kenangan manis adalah dolat berjemaah yang diimamkan oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah yang bersuara merdu dan mendayu.

    Namun di akhir misi, Norazian terus terkedu dan air mata semakin mengalir laju apabila mendengar satu amanat seorang pejuang Palestin yang kudung kedua-dua belah kaki dan tangannya.

    Kata pejuang itu: "Aku nak cakap sesuatu, aku lihat dua, tiga dari kalian yang sedang menangis!

    "Kami sebenarnya tidak mahu air mata kamu tumpah di sini. Tetapi kita perlu sedar Zionis Israel adalah musuh kita bersama dan kami di sini akan terus berjuang untuk masjid kamu.

    "Namun air mata kamu sebenarnya adalah pembakar semangat untuk kami terus berjuang dan sampaikan salam kami kepada saudara mara kami di Malaysia dan yakinlah terhadap perjuangan ini untuk kita sama-sama mempertahankan hak dan masjid yang sangat kita cintai."

    Kesulitan bukan penghalang

    Posted: 23 Sep 2011 07:14 PM PDT


    DR. Mohd. Zin Kandar bersalam dengan Datuk Bandar Jabaliya, Dr. Essam Judah yang merasmikan pembukaan kilang roti kerjasama dengan Malaysia sambil diperhatikan Pengerusi Persatuan Islam Jabaliya, Abdalrahim M. Shehab (kiri) di Gaza.


    PERISTIWA malang yang menimpa jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Noor yang terbunuh akibat terkena peluru di Mogadishu, Somalia baru-baru ini sangat menyentap perasaan seluruh warga dunia.

    Lebih-lebih lagi kepada warga sukarelawan terutama 11 anggota pertubuhan Aqsa Syarif Malaysia yang menjayakan misi bantuan kemanusiaan Aqsa 2 Gaza 2 (A2G2) selama lapan hari dari 20 sehingga 28 Ogos lalu.

    Kepulangan mereka yang beberapa hari kemudiannya disambut dengan peristiwa malang yang menimpa arwah Noramfaizul itu.

    "Tak sangka Mogadishu sama atau lebih bahaya keadaannya dari Gaza. Kami benar-benar terkejut dan sangat sedih dengan kejadian tersebut kerana perasaan dan keadaan yang sama kami alami sepanjang berada di Gaza.

    "Bayangkan selama di Gaza iaitu dari 21 sehingga 25 Ogos, terdapat lapan serangan dilakukan oleh tentera rejim Israel terhadap Gaza yang menyebabkan 15 syahid, 40 cedera termasuk orang tua dan kanak-kanak," kata Ketua Misi A2G2 kali ini, Prof. Madya Dr. Mohd. Zin Kandar

    Beliau yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor berkata, daripada aspek keselamatan sepanjang di Gaza, mereka dikawal ketat dan sentiasa diperhatikan.

    "Malah hotel yang menjadi tempat penginapan kami dikawal rapi di sekeliling bangunan sepanjang tempoh 24 jam walaupun anggota misi Aqsa Syarif sahaja yang menginap di situ," jelasnya.

    Begitupun beliau yakin sebagaimana warga sukarelawan yang lain, perjuangan memberi bantuan kemanusiaan di medan-medan perang dan zon konflik terutamanya Gaza dan seluruh negara Palestin tetap diteruskan.

    Kejadian yang menimpan jurukamera Bernama Tv itu sedikit pun tidak tergugat semangat mereka, malah katanya, untuk misi seterusnya Aqsa Syarif akan tetap membawa bersama mereka akan rakan-rakan dari media.

    "Sebenarnya bencana kemanusiaan yang berlaku di Somalia mudah untuk kita tangani jika kita mencipta kejayaan di bumi Palestin dan membebaskan bumi anbia itu daripada cengkaman Israel.

    "Malah bekas anggota Parlimen British yang juga seorang sukarelawan yang sangat komited terhadap isu-isu Asia Barat dan Palestin, George Galloway tegas berpendapat bahawa isu Palestin merupakan pusat kepada masalah Muslim di seluruh dunia.

    "Selesai masalah di Palestin tumpuan tentunya boleh diberikan kepada dunia Islam yang lain," kata Mohd. Zin.

    Yang perlu dibebaskan terlebuh dahulu adalah bumi anbia yang padanya terdapat sebuah masjid yang ketiga paling suci di dunia.

    Namun, pada masa sama bantuan dan pertolongan kepada negara-negara Islam yang menghadapi apa juga masalah dan konflik juga tidak akan dilupakan.

    "Ini juga sebagai menjawab mengapa tumpuan begitu diberikan terhadap Palestin. Sedangkan Somalia yang hampir 99 peratus penduduknya adalah Islam sangat memerlukan bantuan," katanya.

    Namun Mohd. Zin dan anggota misi yang lain menempuh satu perjalanan yang tentunya tidak mudah bagi menyampaikan bantuan bernilai RM1.5 juta kepada penduduk Gaza yang terkepung akibat tekanan kerajaan Zionis Israel.

    "Jika Mogadishu kita dengan mudah boleh mendarat di lapangan terbangnya, berbeza dengan Gaza yang tidak ada laluan masuk kecuali terpaksa menempuh padang pasir dan sekatan keselamatan kerajaan Mesir di pintu sempadan Rafah.

    "Walaupun kepimpinan kerajaan Mesir telah bertukar tangan, namun soal keselamatan yang sangat ketat di pintu sempadan, masih juga seperti dahulu," katanya.

    Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. Cabaran menahan lapar dan dahaga ditambah persekitaran yang agak berdebu dan pasir yang berterbangan dan sebaik sahaja memasuki Bandar Gaza yang sangat terdedah kepada serangan Zionis maka seluruh misi ini dilihat seperti mustahil.

    Antara dua bisikan?

    Posted: 23 Sep 2011 07:13 PM PDT


    Zakat yang ditunaikan itu menceriakan golongan asnaf yang layak menerimanya terutama pada hari lebaran. - gambar hiasan


    SETELAH mendengar ceramah zakat, hati saya berkobar-kobar mahu menunaikan zakat dan memperbanyakkan sedekah. Namun, setelah itu timbul pula perasaan sayang kepada harta sehingga menyebabkan saya menjadi berkira-kira pula untuk berzakat dan bersedekah. Apakah caranya supaya saya dapat menangani bisikan halus ini?

    ALHAMDULILLAH, apabila sudah ada kesedaran mahu berzakat itu bermakna, sudah terbuka salah satu pintu kebaikan untuk kita langkahi demi mencari keredaan Allah SWT.

    Orang yang suka bersedekah dan menunaikan zakat, maka mereka dijanjikan Allah SWT dapat memasuki syurga daripada sebuah pintu yang bernama bab as-sadaqah, yakni pintu khusus kepada orang-orang yang suka bersedekah.

    Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a menukilkan hadis daripada Nabi Muhammad SAW: Sesiapa yang membelanjakan (menginfakkan) sepasang kuda, unta atau sebagainya untuk digunakan dalam perjuangan di jalan Allah, maka namanya diseru dari dalam Syurga: Wahai hamba Allah! Pintu ini adalah lebih baik, sesiapa yang tergolong dalam kalangan ahli solat, maka dia diseru dari Bab Solat; sesiapa yang tergolong dalam kalangan ahli Jihad, maka dia diseru dari Bab Jihad; sesiapa yang tergolong daripada kalangan ahli Sadaqah (orang yang suka bersedekah), maka dia diseru dari Bab Sadaqah.

    Walau bagaimanapun, musuh umat manusia iaitu syaitan dan iblis sentiasa tidak menginginkan kita menjadi hamba yang taat dan bertakwa kepada Allah SWT.

    Iblis telah bersumpah akan berusaha menyesatkan manusia seluruhnya, kecuali mereka yang ikhlas kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduknya. Maka, iblis dan konco-konconya akan mencari apa sahaja cara demi mengalpakan manusia daripada jalan-jalan kebaikan.

    Dalam hal ini, Allah SWT telah memberikan kita peringatan dengan firman-Nya: Syaitan (itu sentiasa) menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir atau kedekut); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 268)

    Apabila kita sudah mahu bersedekah dan berzakat; namun pada saat itulah datangnya pelbagai bisikan halus agar kita menangguhkannya atau mencari alasan-alasan menidakkannya, maka ketahuilah bahawa itulah bisikan daripada para iblis dan syaitan.

    Mereka amat bijak memberi pelbagai alasan, misalnya jika kita berzakat, maka duit dapur akan terjejas, mungkin duit belanja anak ke sekolah juga tersangkut dan pelbagai lagi alasan yang amat rasional pada pemikiran.

    Oleh itu, kita hendaklah memasak kukuh dalam pemikiran dan hati, bahawa kerja memberikan sedekah dan zakat ini bukanlah kerja suka-suka; melainkan ia adalah arahan daripada Allah SWT dan amat digemari oleh Rasulullah SAW.

    Lalu, apabila Allah SWT sendiri yang menyukainya dan mengarahkannya, pastilah orang-orang yang berusaha menyahut seruan-Nya itu bakal memperolehi sesuatu ganjaran daripada Allah SWT.

    Ganjaran itu boleh sahaja berupa pahala dan syurga. Bahkan di dunia lagi Allah SWT sudah melimpahkan keberkatan-Nya.

    Allah SWT juga memberikan ingatan kepada kita, bahawa amalan bersedekah ini adalah punca kepada keteguhan jiwa dan kunci mendapatkan keredaan Allah SWT.

    Ia boleh diibaratkan sebuah kebun yang menyuburkan cinta kepada Allah SWT.

    Firman Allah yang bermaksud: Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. (al-Baqarah: 265)

    Kesimpulannya, ingatlah bahawa bisikan yang datang itu boleh jadi daripada syaitan dan Iblis, ia juga boleh jadi bisikan mulia daripada para malaikat.

    Firman Allah yang bermaksud: Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar. (an-Nisa': 114)

    Maka, lawanlah segala bisikan halus yang berniat jahat itu dan sahutlah bisikan halus yang menyeru kita kepada kebaikan. Dalam situasi sedemikian, kita sendirilah yang berhak menentukan keputusan dan tindakan. Wallahu a'lam.

    Permasalahan tawaf

    Posted: 23 Sep 2011 07:12 PM PDT

    TAWAF pada bahasa bermaksud mengelilingi. Seperti yang diketahui, pada istilahnya pula, tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali yang diniatkan untuk tawaf kerana Allah dengan mengikut syarat-syaratnya.

    Tawaf adalah salah satu rukun haji dan umrah yang mesti dilakukan oleh mereka yang melakukan ibadah haji dan umrah.

    Cara tawaf adalah dengan bermula mengiring tubuhnya semua ke arah hajar al-aswad. Tidak sah tawaf tanpa melepasi garisan hajar al-aswad semua badannya.

    Yang demikian dia mengadap kaabah dan berdiri di sebelah hajar al-aswad dengan bertentangan dengan arah rukun Yamani, di mana jadilah semua hajar al-aswad di sebelah kanannya dan bahunya yang kena di hujung sebelah hajar al-aswad.

    Kemudian niatlah kerana Allah SWT dengan membanyakkan mengadap hajar al-aswad berjalan ke arah kanan hingga melepasi hajar al-aswad.

    Apabila dia melepasi dengan menjadikan kirinya ke arah Baitullah dan kanannya di luar kalau dilakukan cara ini bermula daripada yang pertama lagi dan meninggalkan mengadap Hajar al-Aswad, hukumnya harus.

    Kemudian hendaklah berjalan ke depan mengelilinginya (tawaf kaabah, melintasi multazam yang terletak antara Hajar al-Aswad dan pintu kaabah). Dinamakan multazam kerana ramai orang beriltizam di situ memohon doa.

    Kemudian melalui rukun kedua selepas Hajar al-Aswad, dinamakan rukun Iraqi, kemudian melalui belakang Hijir Ismail yang menghadap ke arah Syam dan Maghribi. Dia berpusing mengelilinginya hingga ke rukun yang ketiga.

    Diletakkan rukun ini dan yang sebelumnya dengan dua rukun Syami. Ia juga dinamakan dengan Gharbiani (dua ke arah barat).

    Kemudian mengelilingi kaabah hingga sampai kepada rukun yang keempat yang dinamakan rukun Yamani, kemudian berjalan ke hajar al-aswad, tempat memulakan tawaf, maka sempurnalah sudah satu pusingan.

    Kemudian dia hendaklah sempurnakan lagi hingga cukup tujuh tawaf. Setiap pusingan dengan satu tawaf dan setelah selesai tujuh pusingan baru dianggap sempurna tawaf.

    Imam al-Syafie Rahimahullah memakruhkan dengan menamakan tawaf sebagai syaut dan dur (pusingan).

    Berikut beberapa permasalahan hukum berkaitan ibadah tawaf:

    n Isu batal wuduk bersentuhan antara lelaki dan perempuan dibahaskan oleh ulama dengan panjang lebar sejak dahulu.

    Muzakarah Haji oleh Tabung Haji memutuskan jika di Mekah pada musim haji ketika tawaf atau berada dalam Masjid al-Haram tidak batal wuduk bersentuh antara lelaki dan perempuan yang ajnabi kerana darurat dan sukar untuk memelihara wuduknya.

    n Dalam al-Nihayah menyatakan bahawa, orang yang haid yang perlu tawaf boleh bertaklid kepada mazhab Abu Hanifah dan Ahmad dalam salah satu riwayatnya.

    Sheikh Abdul Fatah Husin Rawah berkata: "Ini kerana kedua-duanya berpendapat tidak disyaratkan taharah daripada dua hadas dalam tawaf sama seperti wuquf di Arafah."

    n Orang nifas sama hukumnya dengan orang yang haid dalam berkenaan dengan sah tawafnya.

    n Sheikh Abdullah bin Jasir dalam bukunya Mufid al-Anam berkata: "Sheikh al-Islam berpendapat, begitu juga perempuan yang haid jika tidak mungkin melaksanakan tawaf fardu dengan sebab kesuntukan waktu dan terpaksa meninggalkan Kota Mekah mengikut satu pendapat di kalangan ulama, memadai baginya. Namun dikenakan dam sama ada seekor kambing atau seekor unta jika haid atau janabah dan seekor kambing jika daripada hadas kecil."

    Walaupun begitu, beliau berpendapat sewajarnya wanita dalam haid tidak tawaf kecuali dalam taharah.

    n Niat tawaf, jika tawaf bukan ibadat haji dan umrah, maka tidak sah tanpa berniat tanpa sebarang khilaf. Ibn Allan berkata: "Adapun qasad perbuatan, maka wajib niat secara mutlak."

    Sebaliknya menentukan niat adalah jika sekiranya selain daripada tawaf nusuk (haji) atau umrah. Ini kerana sunat niat atas niat. Jika fardu seperti tawaf nazar maka hukumnya adalah wajib.

    n Idtiba' hanya pada tawaf yang ada berlari anak (raml), tanpa raml tiada idtiba' padanya. Didatangkan keterangan tentang tawaf yang disertai raml melainkan disunatkan idtiba' pada semua pusingan tawaf yang tujuh, sedangkan raml hanya untuk tiga pusingan yang pertama.

    Kanak-kanak seperti orang yang baligh sunat idtiba' mengikut mazhab yang masyhur. Perempuan tidak boleh idtiba' kerana tempat idtiba' itu bagi perempuan adalah aurat.

    n Istilam (mengucup atau menyentuh hajar al-aswad) atau jika tidak berdaya (kerana ramai orang) memadai dengan diisyaratkan menyapu daripada jauh dengan tangan kemudian mengucupnya) hajar al-aswad dan mengucupnya dengan meletakkan wajahnya pada batu tersebut dan telah diterangkan terdahulu.

    Sunat juga dia istilam Rukun Yamani tanpa mengucupnya. Cukup hanya mengucup tangan yang dia istilam dengannya. Kucupan tersebut hendaklah selepas istilam. Inilah pendapat yang sahih dan pendapat jumhur ashab kami.

    Imam al-Haramain berkata: "Jika dia mahu, boleh mengucupnya kemudian istilam dengannya dan jika dia mahu, dia istilam kemudian dia mengucupnya. Pendapat yang terpilih adalah mazhab jumhur."

    n Imam al-Nawawi berkata: "Berturutan antara pusingan tawaf hukumnya sunat muakad. Namun, ada pendapat yang mengatakan wajib."

    Jika terpisah dengan masa yang lama dan dia menyangka melihat padanya telah memutuskan tawafnya atau selesai daripada tawafnya, lebih baik melakukan semula untuk keluar daripada khilaf.

    Jika dia berpegang dengan pendapat yang pertama, tidak perlu mengulang. Hukumnya harus mengikut pendapat yang asah.

    n Ijmak ulama berpendapat tawaf pada waktu-waktu yang dilarang solat adalah harus.

    n Dalam Mazhab Syafie, solat sunat tawaf harus dilakukan pada semua waktu tanpa makruh. Demikian juga dengan Mazhab Hanbali.

    n Sunat istilam Hajar al-Aswad dan di sisi Mazhab Syafie mengucupnya dan meletakkan dahi padanya.

    n Rukun Yamani mengikut Mazhab Syafie hanya sunat istilam tanpa mengucup.

    n Idtiba' dan raml hukumnya sunat di sisi Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali.

    n Syarat taharah daripada dua hadas dan najis serta menutup aurat adalah syarat di sisi Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali.

    n Sunat membaca al-Quran ketika tawaf mengikut pendapat jumhur ulama termasuk Mazhab Syafie dan Ahmad.

    n Jika jenazah hadir untuk disolatkan sedangkan ketika itu ada yang bertawaf, ada dua pendapat:

    i. Mengikut Mazhab Syafie menyempurnakan tawaf adalah lebih utama. Ini juga pendapat Malik, Ibn al-Munzir, Ata' dan Amru bin Dinar.

    ii. Keluar daripada tawaf dan solat jenazah sebentar adalah lebih baik. Ini pendapat Abu Hanifah.

    n Jika seorang yang dalam ihram membawa atau menanggung orang yang dalam ihram lain dan tawaf kedua-duanya dengan berniat untuk diri masing-masing ada tiga pendapat mengikut mazhab Syafie:

    i. Dikira berlaku kepada yang membawa. Inilah pendapat yang asah. Ini juga pendapat Malik dan satu riwayat daripada Ahmad.

    ii. Dikira berlaku kepada yang dibawa.

    iii. Dikira berlaku kepada kedua-duanya. Pendapat yang terakhir ini juga dikemukakan oleh Abu Hanifah dan Ibn al-Munzir dan satu riwayat daripada Ahmad.

    n Mengikut pendapat Syafie, Hanbali dan Maliki, bagi yang melakukan haji qiran hanya perlu tawaf sekali dan juga saie sekali.

    Sedangkan Abu Hanifah berpendapat dua kali tawaf dan saie iaitu umrah dan haji.

    Ini juga dihikayatkan oleh Ali dan Ibn Masud. Walaupun begitu, Ibn al-Munzir berkata: Nisbah kepada Saidina Ali adalah tidak benar.

    n Apabila seorang selesai tawaf dan solat fardu selepas itu memadai daripada solat sunat tawaf di sisi Mazhab al-Syafie mengikut pendapat yang asah. Imam Ahmad berkata: "Aku harap ia memadai". Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah berkata: "Ia tidak memadai".

    Imam al-Nawawi berkata: Istimewa solat ini daripada yang lainnya dengan sesuatu iaitu dia boleh masuk ganti. Orang yang mengambil upah haji boleh solat untuk yang mengupah. Inilah pendapat yang asah.

    Dalam kalangan ashab kami, yang berpendapat bahawa solat yang mengambil upah berlaku untuk dirinya. Jika dia hendak tawaf dua kali atau lebih, sunat baginya solat dua rakaat setiap kali tawaf.

    Jika dia tawaf dua kali atau lebih atau banyak tanpa solat kemudian dia solat bagi setiap tawaf dua rakaat, hukumnya harus, tetapi dia telah meninggalkan cara yang afdal.

    Dalam Hasyiah menyatakan memadai juga dua rakaat dari semua tujuh pusingan tersebut tanpa makruh sebagaimana juga disebut dalam al-Majmu'. Ini berdasarkan ia adalah sunat.

    Kemerdekaan spiritual menurut al-Quran

    Posted: 23 Sep 2011 07:11 PM PDT


    Menghayati al-quran dapat mendidik kita agar tidak terpedaya dengan tipu helah syaitan sama ada melalui jin atau manusia. - Gambar hiasan


    SPIRITUAL manusia berpusat pada kalbu, dan di dalam kalbu manusia sudah ada potensi-potensi spiritual yang merupakan format dasar kemanusiaan. Hakikat diri manusia adalah diri yang rohaniah/spiritual yang telah tercipta sebelum adanya tubuh biologis (basyar).

    Ketika manusia masih dalam wujud roh di alam lahut, roh merupakan wujud pertama manusia dalam proses penciptaannya sebelum diturunkan ke bumi dan dimasukkan ke dalam tubuh jasmaniah (basyar). Allah SWT mempersiapkan basyar (tubuh biologis) hanya sebagai wadah bagi manusia rohaniah itu.

    Inti roh yang menjadi pusat diri manusia adalah kalbu. Di dalam bahasa Arab dikenal ada dua jenis kalbu: Kalbu jasmaniah berupa gumpalan daging iaitu jantung, dan kalbu rohaniah yang dalam bahasa kita disebut hati nurani.

    Di dalam kalbu rohaniah inilah terletak fitrah iaitu sifat-sifat ketuhanan berupa kesedaran, perasaan, kecerdasan, iman dan iradah. Jadi, sejak diturunkan dari sisi Allah SWT, manusia rohaniah itu kalbunya tidak kosong. Sebabnya, di dalam kalbu itu Allah sudah menempatkan potensi-potensi dasar spiritual (fitrah), bibit iman, moral, ilmu dan kemerdekaan.

    Firman Allah bermaksud: Tinggallah engkau dan isterimu di dalam kebun ini dan makanlah segala yang tersedia berlimpah, yang mana sahaja yang kamu kehendaki... (al-Baqarah: 35).

    Berapa besar kebebasan (kemerdekaan) yang Allah berikan pada Adam? Kebebasan yang mutlak. Adakah kebebasan itu hanya untuk Adam dan Hawa sahaja? Ataukah sepanjang di dalam kebun (syurga) itu sahaja?

    Kebebasan yang Allah beri amat luas hingga sampai seluruh manusia di muka bumi ini bebas bahkan untuk membangkang Allah sekali pun, sebagaimana firman Allah bermaksud: Kalau Tuhanmu menghendaki, Dia boleh membuat semua yang ada di muka bumi beriman kepada Dia. (Yunus: 99).

    Timbul persoalan, mengapa Allah memberi kebebasan yang begitu luas kepada manusia hingga manusia bebas untuk membangkang Allah sehingga manusia berbuat jahat di muka bumi?

    Sebagai wakil Allah yang akan memimpin kehidupan di muka bumi, manusia akan banyak menghadapi masalah. Bagi menyelesaikan masalah itu maka manusia haruslah merupakan makhluk yang kreatif. Maka untuk menjadi kreatif, Allah berikan ilmu dan kebebasan kerana ilmu dan kebebasan adalah bahan baku untuk munculnya kreativiti.

    Kreativiti yang berlandaskan ilmu pengetahuan dan kemerdekaan, adalah salah satu dari hal-hal yang paling awal Allah berikan kepada manusia. Dengan ilmu manusia akan menjadi cerdas dan banyak mengetahui, dan dipandu dengan kemerdekaan kecerdasan berubah menjadi daya cipta yang hebat yang menyebabkan peradaban manusia berkembang progresif.

    Perkara yang merosak fitrah manusia adalah hawa nafsu, iblis, syaitan, dan agen-agen diayah wali syaitan. Firman Allah bermaksud: Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" (Taha: 120).

    Iblis menyusup ke kebun kelimpah ruahan (jannah) dan memujuk Adam, manusia pertama di bumi dengan janji keabadian dan kejayaan tanpa batas dengan cara memakan buah pohon terlarang (khuldi). Rupanya Adam tergiur mendapatkan keabadian dan kejayaan tanpa batas, maka Adam pun memakan buah tersebut. Lalu apa yang terjadi?

    Firman Allah bermaksud: Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga, dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Taha: 121).

    Apabila manusia menurut hawa nafsunya yang berupa hasrat keabadian dan keserakahannya, maka akan nampaklah segala hal yang memalukan dari dirinya, terkuaklah segala aib yang menghinakannya.

    Manusia menjadi telanjang dan pakaiannya rontok. Sedangkan pakaian adalah simbol keberadaban, martabat dan status sosial, yang tiada lagi berguna ketika manusia menurut hasrat hawa nafsunya dengan mengabaikan fitrahnya.

    Ketika Allah melarang mendekati pohon terlarang itu, sebenarnya Allah sedang memberi latihan dan pendidikan kepada Adam mengenai suatu kebebasan bukanlah tanpa batas, harus dikendalikan. Titik lemah manusia adalah hasrat keabadian dan keserakahan dan iblis adalah musuh yang nyata bagi manusia.

    Adam bertaubat dan memohon ampun, Allah menerima taubat dan mengampuni Adam. Lalu Adam dikeluarkan dari 'kebun pelatihan' untuk turun ke bumi menjalani misinya sebagai hamba Allah sekali gus khalifah Allah di bumi.

    Spiritual oleh jin dan manusia

    Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya), sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. (Faatir: 6)

    Syaitan dan jin dapat dengan mudah menipu daya manusia dengan terlebih dahulu dikuasai kesedarannya. Misalnya dengan mengamalkan ilmu batin, ghaib dan lain-lain. Para syaitan dan jin memujuk manusia terlibat di dalamnya dengan menawarkan berbagai jenis spiritual.

    Di kalangan manusia ada yang memelihara jin dan makhluk halus lainnya untuk mempengaruhi manusia, sehingga orang tersebut menjadi hamba jin. Daripada sini manusia diperhambakan oleh jin sehingga orang tersebut menjadi hamba jin dan dia tidak lagi disebut sebagai orang yang bebas merdeka. Jalan untuk mencapai makrifatullah terputuslah sudah.

    Sesungguhnya jin dapat bebas keluar masuk ke dalam tubuh manusia, baik secara memberi informasi mahupun mengadakan tipu daya langsung melalui hatinya.

    Firman Allah bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia. Yang menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekelian manusia, dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (an-Naas: 1-6).

    Justeru, manusia dilarang keras bekerjasama dengan jin kerana itu menyebabkan syirik kepada Allah. Walaupun dia mengaku sebagai jin Islam atau malaikat sekalipun.

    Ciri-ciri khas manusia yang terkena efek ilmu seperti itu adalah hilangnya kesedaran logikal dan rasionalnya serta tumpulnya hati nuraninya. Oleh itu berhati-hatilah ketika kita bergaul di dunia maya ini, banyak penipu, pemerkosa, dan lain-lainnya berkeliaran untuk mencari mangsanya.

    Berwaspadalah dalam berguru ilmu batin, kerana ada guru spiritual yang membebaskan spiritual kita dan ada guru spiritual yang menghambat kemajuan dan kejayaan kita zahir dan batin. Mereka telah membunuh kemerdekaan spiritual manusia.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Categories