RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Cara Tiz Zaqyah Jaga Kecantikan

Posted: 25 Sep 2011 09:37 PM PDT

DARIPADA sudut lakonan, pelakon muda bernama Tiz Zaqyah, 22, (gambar) ini sering dipuji kerana kemampuannya menjiwai setiap watak yang diberikan. Percaya atau tidak, apabila bercerita tentang mutu lakonan, jarang benar kita mendengar kritikan mengenainya.

Selepas tampil dengan drama dan filem Nur Kasih yang menaikkan namanya di persada seni ini, wajahnya sering muncul dalam drama dan telefilem popular seperti Spa Qistina, Gemilang, Keabadian Cinta, Tahajjud Cinta dan terbaru Soffiya.

Biarpun lakonannya sering dipuji, Tiz akui tidak mahu termakan dengan pujian itu sehingga boleh menjadikan dirinya alpa mengenai siapa dirinya yang sebenar.

"Saya masih ingat siapa diri saya dan berjanji tidak akan berubah sikap. Saya tahu pujian akan membuatkan saya jadi lalai.

"Saya ambil positif dengan setiap pujian yang diberikan. Tetapi saya tidak kerja untuk mendapat pujian sebaliknya selesa jika ada orang menghargai kerjaya saya," katanya kepada OopStarz!

Walaupun namanya sering menjadi sebutan ramai, namun Tiz begitu realistik dan rasional dalam menerima tawaran lakonan.

Ini kerana dia sangat mementingkan kualiti lakonannya dan sebab itu memilih untuk menjadi seorang yang bersikap selektif.

Malah, dia juga sangat selesa berlakon drama berbanding filem. Bagaimanapun, dia masih menerima tawaran berlakon filem seperti Cinta Si Kura Kura yang akan muncul di pawagam tidak lama lagi.

Tiz juga tidak lokek untuk berkomunikasi dengan peminat sehingga mewujudkan laman Facebook iaitu Tiz Zaqyah Zak yang sudah mempunyai lebih 18,000 peminat.

Obses untuk cantik

Beralih kepada soal kecantikan, pelakon yang mempunyai kecantikan asli ini akui tidak terlalu obses untuk tampak cantik.

"Saya tidak menggunakan banyak produk kecantikan atau mengamalkan petua tradisional tetapi banyak bertanya kepada orang lain.

"Misalnya saya berkongsi rahsia kecantikan dengan pelakon Izara Aishah yang sama-sama muda seperti saya kerana saya cepat terpesona dengan kecantikan wanita.

"Namun, sehingga sekarang saya masih belum menemui jalan penyelesaian kepada masalah kulit kering yang dialami sejak dulu.

"Ramai yang nasihatkan saya untuk minum banyak air. Kadangkala apabila terlalu sibuk, saya menjadi cepat leka sehingga orang lain pula yang perlu ingatkan saya untuk minum air.

"Saya pula bukanlah jenis suka minum air suam terlalu banyak, jadi sebab itu saya mencabar diri-sendiri untuk mengamalkan aktiviti meminum air yang banyak setiap hari," katanya lagi.

Tambahnya, akibat kulit yang terlalu kering jurusolek pernah merungut kerana masalah itu menyebabkan mukanya sukar untuk disolek dengan baik.

Atas faktor itulah yang menyebabkan Tiz tidak akan kekal menggunakan sesuatu produk kecantikan dalam masa yang lama dan sering bertukar-tukar produk sekiranya merasakan sesuatu produk itu tidak sesuai dengan kulitnya.

Mengakui dirinya sukar untuk berdisiplin tentang soal kecantikan, Tiz masih meluangkan masanya untuk merawat wajahnya dengan memakai topeng muka berperisa lobak merah dan melakukan urutan badan tradisional Thai untuk menghilangkan lenguh serta tekanan.

Muzik Rancak Kekuatan Stacy

Posted: 25 Sep 2011 09:36 PM PDT

Stacy.

ARTIS: Stacy

ALBUM: Stay-C

LAGU PILIHAN: Cemburu, Bosan, Gempur, Kapsul

EDARAN: Warner Music Malaysia

ALBUM kedua berjudul Stay-C milik penyanyi Stacy ini, simbol kepada perkembangan baru selepas kemunculan album pertama, Aku Stacy pada tahun 2008.

Dari segi kulit album dan foto-foto yang dipaparkan di dalamnya, Stacy menunjukkan kematangan menerusi gaya imej yang lebih dewasa dalam dirinya.

Bagaimanapun, dari sudut lagu-lagu yang dimuatkan pula, konsep muzik pop dan dance masih lagi dikekalkan.

Album ini memuatkan lapan buah lagu baru iaitu Kasanova, Cemburu, Bosan, Lalai, Kisah Dongeng, Kapsul, Gempur dan Pelangi Senja.

Menariknya, dengan hasil kerjasama komposer-komposer hebat seperti Edry Abdul Halim, Rudi Muhammad, Omar K, Audi Mok, Edrie Hashim dan Taja, Stacy mendapat input baru dalam melodi nyanyiannya.

Tidak boleh disangkal, muzik dance merupakan kepakaran Stacy yang lincah dan bertenaga dalam membawakan sesebuah lagu itu.

Justeru itu, lagu rancak seperti Kasanova, Cemburu dan Bosan bukanlah satu masalah untuk dia membawakan lagu-lagu tersebut, tambah pula, Stacy semakin bijak mengawal vokalnya yang mantap itu.

Pada pendapat OopStarz!, lagu Cemburu, yang dihasilkan oleh Kuncidemak manakala liriknya oleh Akim mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Mainan muzik dan melodi yang dinyanyikan membuatkan lagu tersebut kedengaran 'seksi'. Liriknya juga mudah difahami.

Begitu juga dengan lagu Bosan ciptaan Omar K, muzik yang dihasilkan juga mempunyai kelainan. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh 'tangkap' melodinya.

Manakala lagu Gempur juga merupakan sebuah lagu yang segar untuk didengarkan tambah pula ia dinyanyikan bersama dengan penyanyi legenda rock, Amy (Search). Selain muzik rock yang dibawakan, dari segi tersiratnya, terdapat satu semangat kehidupan dalam lagu tersebut.

Selain lagu-lagu rancak, lagu irama balada seperti Lalai, Kisah Dongeng dan Kapsul yang dibawakan Stacy, menarik didengar.

Cuma, walaupun lagu Kisah Dongeng ciptaan Edry menjuarai carta hit di stesen-stesen radio tempatan, pihak OopStarz! pula kurang menggemarinya lebih-lebih lagi korus pada lagu tersebut menyerupai lagu kumpulan Radja yang berjudul Jujur.

Tiada Kekecewaan Bagi Shila Amzah

Posted: 25 Sep 2011 09:36 PM PDT

MENYEDARI perlu melakukan sesuatu perubahan dalam perjalanan kerjaya yang agak mendatar, naib juara One In A Million (OIAM), Shila Amzah (gambar) akhirnya mengambil langkah berani untuk menguruskan sendiri kerjayanya.

Sejak mengambil keputusan keluar dari syarikat pengurusan Monkey Bone awal tahun lalu, Shila mula belajar berdikari dan mencari fokus untuk membariskan namanya di kalangan artis-artis terkenal tanah air.

Kali ini, tidak hanya mempertaruhkan suara dan kecantikan semata-mata, anak kesayangan penyanyi ND Lala ini turut mencuba nasib mengetengahkan lagu-lagu hasil nukilannya sendiri.

"Biarpun ramai yang menganggap laluan saya mudah dalam industri ini tapi hakikatnya ia tidak seperti itu, malah saya terpaksa berusaha lebih keras untuk berada sebaris dengan penyanyi lain.

"Selepas keluar daripada syarikat rakaman tersebut saya mula mencari ke mana hala tuju dan arah untuk membentuk kerjaya nyanyian saya. Insya-Allah dengan pengalaman yang ada saya yakin dapat membantu untuk saya berdikari.

"Bagaimanapun, saya tidak pernah kecewa dengan apa yang berlaku dan menganggap kegagalan selama ini sebagai pengajaran yang menjadikan saya lebih matang dalam industri seni," katanya.

Penyanyi berusia 21 tahun ini yakin masih belum terlewat lagi untuk dia kembali melonjakkan namanya dalam industri seni nyanyian tanah air.

"Saya masih muda dan banyak lagi yang saya perlu belajar, tak mengapalah jika lambat sekali pun tetapi sudah banyak pengalaman yang saya lalui. Sedikit sebanyak pada usia ini saya sudah memahami selok-belok berada dalam bidang seni," tuturnya.

Biarpun terpaksa mendaki secara perlahan, ia bukan satu halangan bagi Shila untuk terus mencapai puncak kejayaan dan perjalanan kerjayanya.

Tiada keyakinan

Shila yang pernah popular dengan lagu Memori Tercipta ini turut mengakui salah satu faktor dia lambat untuk bergelar popular disebabkan tidak mempunyai keyakinan diri bagi mengetengahkan hasil kreativiti seninya.

Dengan fasa baru dalam mempertaruhkan bakat menyanyi dan bermain gitar, ia tiada masalah untuknya mencipta lagu-lagu serta lirik sendiri untuk dimuatkan dalam album-album yang akan diterbitkan pada masa akan datang.

"Saya memang sudah mencipta lagu sejak daripada zaman persekolahan tetapi kurang berkeyakinan untuk membawanya ke depan. Setakat ini saya telah mencipta hampir 30 buah lagu yang belum pernah dirakamkan.

"Insya-Allah, album baru saya nanti akan memuatkan lagu-lagu ciptaan saya sendiri dan melihat perkembangan Patah Seribu lebih memberi keyakinan kepada saya untuk terus berkarya," katanya.

Selain itu, klip video tersebut juga sudah selesai menjalani penggambaran dan sedang dalam proses suntingan sebelum disiarkan kepada umum.

"Alhamdulillah, penggambaran sudah selesai dan saya tidak sabar untuk menunggu hasil lakonan pertama saya terutama apabila bergandingan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

"Biarpun melakonkan hanya 10 adegan sahaja tapi saya akui mempunyai perasaan gementar kerana iai merupakan pengalaman pertama saya berlakon," katanya.

Bercakap tentang lelaki

Diterjah dengan persoalan mengenai hati, gadis ini hanya tersenyum dan menganggap dirinya masih terlalu awal untuk dimiliki seorang lelaki.

Kata Shila belum ada yang berjaya bertakhta di hatinya setakat ini, malah dia tidak mahu dirinya digosipkan dengan mana-mana lelaki.

"Saya masih sama seperti dulu, kalau boleh memang saya tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Bukan apa, saya tak mahu bakal ibu mertua saya pada masa akan datang akan fikir saya seorang wanita yang banyak kekasih," ujarnya berseloroh.

Jelasnya, dia hanya mahu fokus kepada bidang nyanyian dan masa terluangnya lebih ditumpukan untuk berinteraksi bersama peminat melalui akaun Twiter miliknya.

"Bukan tidak mahu bercinta tetapi sukar untuk mencari lelaki yang memahami saya selain kerjaya sebagai seorang artis. Pada saya lebih baik masa yang ada saya gunakan untuk mendekatkan diri dengan peminat.

"Saya memang aktif bermain Twitter sehinggakan kadangkala dimarahi oleh ibu dan ayah sebab terlalu leka melayan pertanyaan-pertanyaan peminat.

"Daripada perkenalan kami di laman Twiter juga saya mempunyai kumpulan peminat yang mana kami dapat keluar dan menonton wayang bersama-sama," katanya.

Perkara tersebut juga mendorong, penyanyi ini memuat naik beberapa klip video nyanyiannya di laman YouTube bagi memenuhi permintaan mereka.

"Saya buat video itu hanya sekadar suka-suka bagi memenuhi permintaan peminat. Mereka ingin dengar saya menyanyikan lagu orang lain tapi saya tidak dapat nyanyikannya di khalayak jadi saya mengambil medium ini untuk memenuhi permintaan tersebut.

"Ia juga seperti latihan nyanyian kepada saya selain membantu saya untuk menambahkan keyakinan apabila memetik gitar," katanya yang memberitahu langkah itu tidak mempunyai sebarang tujuan komersial.

Permainan Video Ibarat Nyawa Erul

Posted: 25 Sep 2011 09:34 PM PDT

MENYELAK cerita zaman kanak-kanak Erul atau nama sebenarnya Hairul Najmuddin Abu Samah, 20, (gambar) mungkin ada yang tidak tahu dia merupakan seorang yang amat taksub dengan permainan video.

Tabiat itu terbawa-bawa termasuklah ketika berkunjung ke rumah jiran tetangga, rakan-rakan atau sanak saudara apabila dia tidak menghiraukan aktiviti lain sebaliknya memberi tumpuan terhadap permainan video terlebih dahulu.

"Selepas puas bermain dengan permainan video itu baru saya akan makan dan minum. Tabiat saya ini tidak berhenti sehingga saya meningkat remaja. Sekarang ini, saya masih lagi menggemari permainan ini tetapi tidaklah seteruk dahulu," ceritanya kepada OopStarz!

Kini, dia sudah mempunyai alat permainan video PlayStation Portable (PSP) yang boleh dibawa ke mana-mana dan akan digunakan sekiranya bosan.

Selain itu, dia turut memuat turun permainan video menerusi iPad yang dimilikinya selepas menyertai Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9).

"Saya lebih menggemari alat permainan video di PSP kerana ia lebih banyak serta menarik berbanding di iPad," katanya lagi.

Berkongsi tentang barangan lain, penyanyi lagu Legasi Cleopatra ini suka mengumpul cakera padat lagu-lagu pop Korea seperti nyanyian kumpulan 2PM.

iPad

Erul menganggap barangan ini sangat berharga kepadanya kerana ia merupakan hadiah dan kenangan terakhir dari AF9. Erul juga sangat gembira kerana dia merupakan orang terawal menerima hadiah ini selepas menyertai permainan berkonsepkan 'explorace'.

Cakera padat

Kerana meminati muzik berunsurkan K-Pop, Erul tidak ketinggalan membeli cakera padat album kumpulan yang digemarinya seperti 2PM dan menyimpan album yang memuatkan lagu-lagu bekas pelajar AF9 termasuk lagunya sendiri berjudul Legasi Cleopatra.

Kemeja AF9

Kemeja ini menjadi barangan kesayangan Erul sehingga dia tidak sanggup memakainya dan hanya disimpan di rumah. Baju ini mengingatkan kenangannya ketika di AF9. Walaupun sedih kerana gagal mara ke peringkat akhir, baju itu tetap memberi semangat kepadanya untuk terus berusaha dalam meneruskan karier nyanyiannya. Paling mengharukan, Erul mendapat tahu tidak semua bekas pelajar AF9 yang memiliki baju itu.

Jam tangan

Jam tangan merupakan aksesori penting yang wajib dipakai apabila berada di luar rumah. Sewaktu di alam persekolahan, Erul akui sering membeli dan bertukar-tukar jam tangan baru. Sehingga sekarang pun, dia gemar membeli jam tangan mengikut trend semasa dan cita rasanya.

BlackBerry Torch

Alat komunikasi ini amat diperlukan setiap masa untuk dia berhubung dengan ahli keluarga, kawan-kawan dan peminat di kala berjauhan. Erul membeli BlackBerry Torch menggunakan wang pendapatan pertamanya selepas bergelar artis naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). BlackBerry ini dapat melengkapi hidup Erul kerana peranannya yang mempunyai pelbagai fungsi seperti Twitter dan Facebook untuk memudahkan dia berhubung dengan peminat.

PSP

PSP atau PlayStation Portable ini ibarat nyawa Erul dan merupakan barangan penting yang pasti dibawanya ke mana-mana sahaja. Apabila keluar rumah, dia akan menggantungkan PSP itu dengan menggunakan tali di leher.

Novel

Erul merasakan novel sangat penting untuk memberi ilmu dan inspirasi kepadanya untuk menjadi seorang yang kreatif. Erul gemar berfantasi dengan watak-watak rekaan dalam novel terutama buku karya penulis dari Jepun. Bermula dengan genre seram, dia mula menyukai genre fantasi untuk mengurangkan tekanan dalam diri. Selain itu, dia menggunakan gambaran melalui pembacaan itu sebagai idea persembahannya.

Headphone

Erul amat menggemari muzik dan tidak sah sekiranya tidak mendengar muzik setiap hari. Pernah sekali, sewaktu dia melalui proses orientasi di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan tidak dibenarkan menggunakan gajet, dia merasakan dirinya seperti tidak tentu arah.

Cermin mata

Barangan ini menjadi suatu kemestian kepada Erul seperti aksesori lain. Lebih-lebih lagi dia sangat meminati bintang muzik Korea dan menjadikan mereka sebagai ikon fesyen. Menurut Erul, terdapat hampir 30 pasang cermin mata yang menjadi koleksinya.

Kamus

Erul sering menggunakan kamus ini apabila membaca novel berbahasa Inggeris. Padanya, kamus sangat penting untuk menguatkan tahap penguasaan bahasa Inggerisnya. Kamu bersaiz kecil ini memudahkan Erul untuk membawanya ke mana-mana apabila diperlukan.

Fizo Omar Mahu Jadi Deejay Radio

Posted: 25 Sep 2011 09:34 PM PDT

SEJAK kehilangan bapa tersayang iaitu Wan Omar Wan Ishak, pelakon Fizo Omar (gambar) menjadi semakin bertanggungjawab kepada keluarganya.

Pemuda berusia 26 tahun ini akui diri terpaksa mengorbankan usia muda untuk menumpukan komitmennya kepada keluarga, karier seni dan perniagaan.

Biarpun begitu, dirinya masih mempunyai perasaan yang sama seperti rakan-rakan lain untuk mempunyai perasaan cinta.

Walaupun keluarga tidak pernah menghalang diri untuk dia mencari cinta, Fizo yakin jodohnya pasti akan sampai suatu hari nanti.

Cuma buat masa sekarang, dia lebih selesa memikirkan tentang tanggungjawab yang dirasakan lebih penting berbanding keperluan duniawi lain.

"Saya merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai abang yang sudah berumah tangga. Disebabkan itu, saya rasa diri saya patut lebih banyak membantu keluarga berbanding hanya mengharapkan bantuan abang.

"Kini, tumpuan kepada kerjaya difokuskan 100 peratus berbanding perkara lain kerana diri saya sudah dianggap seperti seorang ketua keluarga selepas bapa meninggal dunia," ujarnya yang tidak lokek dengan senyuman.

Beralih kepada karier, selain lakonan, dia galak mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan. Bukan tamak, sebaliknya Fizo menganggap rezeki menjadi pengacara sebagai cabang untuk dia mencuba sesuatu perkara baru.

"Sebagai anak seni, saya mahu mencuba semua kerja berkaitan seni. Saya memilih bidang pengacaraan kerana saya tidak boleh menari dan menyanyi.

"Sejak kecil, saya gemar mencuba perkara yang saya minati seperti bermain bola sepak, mempelajari ilmu kejuruteraan awam, bekerja sebagai model, seterusnya pelakon dan kini pengacara.

"Selepas ini mana tahu kalau ada rezeki, saya boleh mencuba untuk bergelar penyampai radio. Bagaimanapun, keutamaan saya lebih menjurus kepada lakonan," katanya yang telah mengendalikan program 3 Hari 2 Malam dan Nasi Lemak Kopi O.

Menyentuh tentang karier lakonannya, selepas sembilan bulan tidak berlakon drama, kini dia kembali mewarnai slot Akasia menerusi drama Soffiya di TV3, pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Dia melakonkan watak seorang peguam bernama Ilyas yang mewakili anak guamnya, Soffiya (Tiz Zaqyah) yang didapati bersalah kerana membunuh bapanya dan ditahan di pusat pemulihan akhlak.

Di sana, Soffiya sering menjadi mangsa buli dan sering menceritakan masalahnya kepada Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman.

Bagaimanapun, kebahagiaan Soffiya terhalang apabila Ilyas sudah bertunang dan terpaksa akur dengan kehendak tunangnya, Fiona (Izara Aishah) untuk ke New York.

10 soalan menarik Fizo

1. Siapa lebih penting ibuatau kekasih?

100 peratus ibu.

2. Tunggang kuda,memasak atau menontonlive band?

Semua aktiviti sayasuka kerana saya akanmenunggang kuda padawaktu petang, memasakapabila ada waktu lapangdan menonton live bandpada waktu malam. Selainitu, saya suka bermainbola sepak pada waktupetang. Disebabkansaya suka memasak,saya sedang merancanguntuk menerbitkan bukumasakan tidak lama lagi.

3. Haiwan palingdisukai?

Kuda kerana bapa sayapernah membela 15 ekorkuda sebelum ini tetapiselepas dia meninggaldunia, kami menjual danmemberikan kuda-kudaitu kepada saudaramara.

4. Minatkah Datuk SitiNurhaliza?

Mestilah keranabeliau merupakanidola sepanjang zaman.Tiada artis di Asia yangsehebatnya.

5. Benci nyamuk ataulipas?

Nyamuk kerana kulit sayasensitif sehingga bolehmenghalang saya daripadaberbuat apa-apa dan sangatmengganggu saya.

6. Makanan kegemaran?

Saya berdarah Thai dantahu masak makanan Thai.

7. Gemar aktiviti lasak?

Ya...! Saya suka keranaia mampu memberikanperubahan adrenalin sertamerupakan cara terbaikuntuk mengurangkantekanan dan mengatasi rasatakut.

8. Haiwan eksotik yangmahu dielak?

Katak kerana saya geli.

9. Suka merah atau hitam?

Merah kerana nampakberani dan menyerlah.

10. Suka ketawa?

Kalau tak ketawa bukanmanusialah. Betul tak?Kalau boleh hari-hari sayanak ketawa sebab bolehhilangkan stres. Tapi jangan melampau sangat.

Norman Hakim Janji Tidak Abai Memey

Posted: 25 Sep 2011 09:33 PM PDT

Memey dan Norman bergambar dengan dua anak Norman. -

PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim yang menangis sebak selepas diijabkabulkan dengan pelakon Memey Suhaiza, Felda Tenggaroh, Mersing, Johor, Sabtu lalu berjanji tidak akan mengabaikan isterinya itu.

Dia tidak dapat menahan sebak setelah memikirkan kegagalan dalam perkahwinannya yang pertama dengan pelakon Abby Abadi.

"Saya rasa sebak selepas akad nikah kerana rasa kesal dengan kegagalan perkahwinan saya sebelum ini.

"Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi dan berharap kehidupan yang terbaik pada masa akan datang," ujarnya kepada pemberita.

Sementara itu, Memey berkata dia akan meneruskan karier seninya setelah mendapat kebenaran daripada suaminya itu.

"Setelah berbincang dengan suami, saya masih akan berlakon dan melakukan aktiviti seni.

"Saya akan cuba membahagikan masa antara keluarga dan karier selepas ini. Diharap semuanya berjalan dengan baik," katanya.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.

Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.

Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.

Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.

Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.

Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.

Sebelum ini, Memey dan Norman pernah menimbulkan kontroversi dengan isu ditangkap khalwat. Bagaimanapun kes tersebut telah selesai dan pasangan ini dibebaskan dari tuduhan itu.

Misi Naguib Bawa Industri Filem Tempatan Ke Luar Negara

Posted: 25 Sep 2011 09:32 PM PDT

KETUA Pengarah (KP) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baru, Mohd Naguib Razak,42, (gambar) telah memasang strategi untuk mengangkat dunia perfileman tanah air ke peringkat yang lebih tinggi selepas memegang jawatan berkenaan bermula 1 September lalu.

Mohd Naguib memberi jaminan dalam tempoh 100 hari, satu perubahan dapat dilihat dalam landskap dunia perfileman tempatan secara berperingkat berdasarkan kepada pengalamannya pada peringkat antarabangsa.

Seperti mana biasa, setiap kali orang baru memimpin Finas, banyak idea yang diketengahkan tetapi sejauh manakah perkara itu mampu dilaksanakan?

Saya berkata kepada Mohd Naguib, orang filem selalunya sekadar bercakap besar, nak buat itu, nak buat ini tapi habuk pun "tarak'. Orang filem umpama si pelakon, hanya nampak gah pada lakonan tetapi sukar untuk melaksanakan apa yang dijanjikan.

"Ini janji saya. Apa yang penting penggiat filem kita perlu diberi peluang untuk bergaul dengan orang luar. Relationship building pada peringkat antarabangsa amat penting kalau mahu berjaya. Itu yang akan saya terapkan," ujarnya menangkis pendapat berkenaan.

Dalam pertemuan dengan sekumpulan pengarang hiburan di sebuah hotel, Kuala Lumpur Isnin lalu, Mohd Naguib diajukan dengan beberapa soalan panas termasuklah arah tuju beliau dalam mengemudi Finas ketika industri perfileman tempatan menunjukkan peningkatan mendadak. Ikuti temu bual bersama beliau.

Mohd Naguib Razak (dua dari kanan) bersama dua Timbalan Ketua Pengarah Finas iaitu Fatimah Ahmad (tiga dari kanan) dan Zulkifli Ab Wahab (kanan) berbual dengan editor-editor hiburan dalam satu temubual khas selepas pelantikannya sebagai KP Finas yang baru berkuatkuasa 1 September 2011.

Apakah langkah pertama saudara selepas menerajui Finas?

Perkara yang penting mendengar luahan semua pihak untuk membolehkan saya mengetahui apa sebenarnya yang diinginkan oleh penggiat industri perfileman kita. Langkah pertama saya ialah mengadakan perjumpaan dengan pengarang-pengarang hiburan. Keduanya saya akan mengadakan perjumpaan dengan penggiat seni dalam waktu terdekat untuk mendapat gambaran mengenai masalah yang mereka hadapi.

Orang filem sedang memerhatikan keupayaan saudara. Ramai yang sangsi dengan kebolehan KP Finas yang baru ini kerana latar belakangnya lebih kepada penghasilan filem dokumentari, Apa komen saudara?

Saya tahu ramai yang menyangka saya hanya tahu hasilkan filem dokumentari dan animasi. Tapi sedar atau tidak semasa saya bertugas di Astro sebelum ini, sayalah yang mempelopori slot Wayang Kita. Ia bertujuan untuk membawa penonton melihat filem-filem kita secara meluas pada peringkat tempatan dan antarabangsa. Itulah matlamat saya yang sebenar.

Apa hala tuju saudara apabila diberi peluang menerajui Finas?

Saya melihat kejayaan penggiat seni di luar sana adalah kerana mereka bersatu untuk kepentingan sesama sendiri. Mereka boleh bertukar-tukar fikiran dan pendapat untuk meraih sesebuah kejayaan. Tidak macam kita. Jadi saya mahu penyatuan itu dapat dibina sebagaimana penggiat filem di Thailand dan Indonesia. Mereka berjaya kerana mereka bersatu serta berkeupayaan melakukan kerjasama dengan pihak luar. Saya juga masih muda. Saya ada tenaga yang baru dan saya mahu tenaga yang sama ada pada filem kita.

Saudara bercakap tentang antarabangsa iaitu hal yang sama pernah diperkatakan. Festival Filem Malaysia sebelum ini juga sudah dua kali menekankan tema "filem kita ke persada dunia" tetapi tak tercapai pun. Macam mana tu?

Membawa filem kita ke peringkat antarabangsa adalah matlamat saya. Saya tahu ia bukan mudah. Sebab itulah kita perlu ada kerjasama dengan pihak luar dulu agar kita mendapat laluan itu. Jadi, dalam hal ini kita perlu mendukung produksi kita agar apa yang kita harapkan mencapai matlamatnya. Kebolehan kita untuk mempunyai kerjasama itulah yang lebih bermakna sebenarnya. Di negara kita ini penggiat filem lebih menekankan kuantiti untuk berjaya. Pendekatan itu salah. Yang perlu pada diri kita ialah relationship building dan trust building. Saya harap sangat akan mendapat sokongan dan kepercayaan untuk membawa pendekatan itu.

Saudara menawarkan diri untuk mengisi kekosongan KP Finas yang menjadi rebutan ramai pihak. Apakah kehebatan yang saudara sendiri rasakan ada pada diri saudara?

Saya sudah jelaskan kepada pihak kementerian (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) tentang kebolehan saya menghasilkan filem dokumentari sehingga mampu dibawa ke luar negara. Tetapi saya ingin jelaskan saya juga ada kemampuan terhadap penghasilan filem cereka. Selain itu saya dapat meyakinkan kepada pihak mereka tentang projek-projek yang akan saya bawa jika saya dapat menerajui Finas. Atas dasar itu mungkin saya terpilih.

Bagaimana dengan jawatan saudara sebagai Pengarah Urusan, Blue In Green Production kerana ada pihak yang melihat mungkin terdapat konflik kepentingan atas kapasiti saudara sebagai KP Finas terhadap syarikat tersebut.

Sebelum saya menjawat jawatan ini, saya sudah melepaskan semua kepentingan saya dalam syarikat berkenaan. Saya juga telah meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan. Malah projek-projek yang telah saya rancang telah saya berikan kepada orang lain untuk jalankan. Insya-Allah, pada masa depan, saya boleh kembali kepada syarikat itu.

Najwa Latif Cetus Fenomena Di Stesen Radio

Posted: 25 Sep 2011 09:31 PM PDT

TIDAK sampai setahun Najwa Latif, 16, (gambar) berada dalam industri muzik tempatan, lagunya, Cinta Muka Buku yang menceritakan percintaan di Facebook begitu popular di kalangan golongan remaja terutamanya pelajar sekolah.

Lebih membanggakan, ia turut bergelar juara di kebanyakan carta stesen radio sekali gus menjadi fenomena apabila ia kerap diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.

Dan yang terbaru, anak kelahiran Batu Pahat, Johor, ini baru saja memenangi Anugerah Bakat Muda Selangor 2011, kategori solo bahagian muzik pada 17 September lalu.

"Rasanya terlalu pantas muzik yang saya bawakan ini dapat diterima umum. Alhamdulillah, saya anggap ia sebagai satu rezeki yang datang tanpa disangka.

"Lebih-lebih lagi apabila saya diberi anugerah Bakat Muda Selangor 2011. Pada saya ia sebagai satu permulaan untuk melangkah kearah yang lebih baik terhadap pembabitan saya dalam dunia muzik tempatan," katanya.

Tambah Najwa yang bernaung di bawah label NAR Records, dia mula berasa serasi dengan gelaran sebagai seorang penyanyi profesional berbanding dahulu di mana dia dipanggil gadis Youtube kerana sering memuat naik video nyanyiannya melalui laman sosial itu.

"Ada seronoknya bergelar seorang penyanyi pada usia muda. Jika dahulu saya tidak pernah menaiki bas, saya kini sudah tahu bas mana yang perlu diambil untuk ke Kuala Lumpur jika mempunyai undangan persembahan.

"Selain itu, pelbagai pengalaman yang dilalui sekali gus boleh mematangkan fikiran serta mengasah bakat saya," tutur peminat Justin Bieber, Taylor Swift dan Bruno Mars ini.

Selain itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat ini berkata dia turut bersyukur klip video Cinta Muka Buku nyanyiannya sudah mencecah lebih daripada 1.5 juta tontonan selepas di muat naik di laman Youtube pada dua bulan lalu.

"Bukan itu sahaja, peminat saya juga semakin hari semakin bertambah iaitu seramai 41,217 orang menerusi akaun Facebook saya.

"Walaupun saya tidak terlalu terdedah menerusi publisiti media cetak dan ramai lagi yang kurang mengenali diri saya, itu tidak apa cuma yang penting, lagu saya diminati," tuturnya.

Sementara itu, kata Najwa, walaupun dia kini aktif dengan aktiviti nyanyian, pelajarannya tidak mungkin akan diabaikan.

Malah Najwa mempunyai cita-cita mahu bergelar seorang pensyarah Bahasa Inggeris pada masa akan datang dan ingin menjadikan aktiviti nyanyian sebagai kerja sambilan.

Trivia Najwa Latif

Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif

Nama Komersial: Najwa Latif

Tarikh Lahir: 23 Mei 1995

Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor

Status: Pelajar Sekolah SMK (P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.

Hobi: Menghasilkan lagu dan bermain peralatan muzik gitar, dram dan piano

Laman sosial: http://www.najwalatifs.blogspot.com/

Facebook Fanpages: najwalatif

Twitter : @njwalatif

Youtube : www.youtube.com/najwa595

Rentap projek baru Diana

Posted: 25 Sep 2011 09:30 PM PDT

DIANA...kini hidup sendiri.
DIANA...kini hidup sendiri.

INGATKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hidup satu perjudian begitu juga de�ngan perkahwinan. Jika jodoh panjang, kebahagiaan menjadi milik kita hingga ke akhir hayat tetapi jika ditentukan sebaliknya, terima saja dugaan itu dengan hati penuh reda.

Itulah kata-kata yang dipegang penerbit muda dan pelakon, Nordiana Johor Zainal Abidin atau Diana Johor, 28, selepas rumah tangga yang dibina bersama jejaka pilihan hati, Ramelle Ashram Ramli hampir setahun setengah lalu, runtuh.

  • Foto

    KENANGAN...Diana bersama Ramelle Ashram.

  • Foto

    TIMBA PENGALAMAN...sempat berbual bersama (kiri) Datuk Yusof Haslam dan pelakon, A Galak untuk berkongsi idea selaku penerbit.

  • Foto

    MESRA...bersama teman artis di majlis rumah terbuka Media Prima.

  • Foto

    CANTIK...Diana mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan dan penerbitan.

Diana yang ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima, Jumaat lalu, enggan mengulas mengenai apa yang berlaku antaranya dan bekas suami. Baginya, semua sudah ditentukan.

"Tidak dinafikan sudah tentu ada sebab mengapa perceraian itu berlaku, tetapi ia tidak manis untuk dikongsi bersama umum. Apatah lagi ia boleh mengaibkan.

Saya pula baru saja pulang daripada menunaikan umrah. Alhamdulillah, selepas pulang hati saya bertambah tenang.

"Saya juga bersyukur perpisahan berlaku awal. Jika ia berlaku ketika kami memiliki cahaya mata, ia mungkin akan menimbulkan lagi masalah untuk meneruskan hidup.

"Sepanjang berkahwin, kami belum dikurniakan cahaya mata sehinggalah berpisah. Memang sedih, tetapi waktu sama ia mungkin baik untuk kami agar masing-masing boleh meneruskan hidup.

"Saya sudah menerima kenyataan apa yang berlaku dan reda dengan ketentuan Allah. Saya sedar hidup perlu diteruskan dan itulah yang saya lakukan kini," katanya seraya menutup cerita dan enggan lagi mengungkit kisah lalu.

Diana yang dikenali melalui iklan minyak masak Alif, kembali bersemangat berbicara mengenai projek terbaru membabitkan drama yang dihasilkan syarikat produksinya, Unique Twins Sdn Bhd yang ditubuhkan bersama saudara kembarnya, Norlina Johor Zainal Abidin atau Lina juga pelakon dan penulis skrip.

Kata pemegang ijazah ekonomi dan kewangan dari Universiti Curtin, Perth, Australia ini, selepas menerbit�kan beberapa telefilem seperti Hani Coklat Strawberi, Puteri Kayangan dan Tanah Keramat, kini sibuk de�ngan kerja-kerja produksi untuk drama terbaru, Rentap.

Drama itu dihasilkan untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan ini kali pertama produksinya terbitkan drama untuk stesen kerajaan itu menyebab�kan Diana lebih berhati-hati untuk memastikan hasilnya benar-benar bagus apatah ia bertemakan epik dan sudah tentu belanjanya agak besar.

"Pada saya, biarlah berbelanja lebih sedikit agar kualitinya bagus. Lagipun saya mahu memastikan apa saja cerita dihasilkan Unique Twins harus berbeza seperti apa yang pernah saya lakukan sewaktu menghasilkan Puteri Kayangan. Ia menampilkan 20 peratus kesan khas.

"Hendak diikutkan, memang saya tidak berpuas hati dengan Puteri Kayangan kerana drama itu dihasilkan dalam waktu yang singkat. Begitupun, saya gembira apabila ia mendapat jumlah tontonan tinggi. Tidak sangka ramai yang suka akan perubahan yang dilakukan Unique Twins dalam drama dihasilkan," katanya.

Mungkin status dirinya sebagai menantu bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Ramli Ngah Talib banyak membantu perjalanan syarikatnya hingga agak mudah untuknya menjual produk kepada stesen televisyen tetapi Diana menafikan semua itu.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya timbul kerana Unique Twins sudah ditubuhkan sebelum dia bergelar isteri Ramelle Ashram. Malah dirinya sudah lama bertapak dalam dunia lakonan seawal usia 14 tahun dan banyak menimba pengalaman dalam bidang itu.

"Saya mula berlakon sejak usia 14 tahun tetapi dunia lakonan saya tinggalkan buat sementara selepas mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Australia.
Selepas kembali, saya berlakon semula dan waktu sama bergabung dengan Lina menubuhkan produksi sendiri.

"Sebelum berkahwin juga, saya sudah menerbitkan beberapa drama yang sudah pun ditayangkan sebelum itu. Jadi dakwaan yang mengatakan saya menggunakan nama keluarga bekas suami hingga memperoleh peluang untuk mendapatkan projek Unique Twins sama sekali tidak benar.

"Tambahan pula bekas suami tidak mempunyai pengetahuan mahupun pengalaman dalam bidang penerbitan drama mahupun filem. Dia tidak pernah mencampuri urusan perniagaan saya dan menguruskan Unique Twins," katanya.

Dalam menghasilkan karya terbaik, Diana banyak bergabung dengan Lina dan paling ketara drama Puteri Kayangan yang pernah disiarkan menerusi slot cerekarama di TV3 dan menjadi bukti bahawa gabungan mereka berdua boleh menghasilkan karya menarik.

"Saya serasi bekerja dengan Lina. Memanglah kata orang bekerja dengan adik beradik agak payah sebab mudah berkecil hati apabila ada beberapa perkara yang tidak memuaskan hati akan diluahkan. Pada saya mahupun Lina, apa yang kami lakukan adalah untuk kebaikan Unique Twins.

"Ada kala memang kami bertelagah membabitkan idea mahupun pelaksanaan sesebuah drama yang mahu dihasil�kan. Bagaimanapun, saya tahu pertembungan idea itulah nanti akan memberikan hasil yang bagus," katanya.



PROFIL:

Nama Penuh: Nordiana Johor Zainal Abidin
Panggilan: Diana Johor
Asal: Johor Bahru, Johor
Umur: 28 tahun
Kerjaya: Pengarah Hotel Pelangi, Johor, penerbit, pelakon dan model iklan komersial
Keluarga: Anak kedua daripada tiga beradik

Drama: Antaranya Mas Maria, Sembilu, Astana Idaman, Hana Hani Cokelat Strawberi dan Tanah Keramat

Teater: Muzikal Tun Mahathir
Pendidikan: Ijazah Ekonomi dan Kewangan dari Universiti Curtin, Perth, Australia
Iklan TV: Banyak, antaranya minyak masak Aliff

Ibu perdagang dua anak

Posted: 25 Sep 2011 09:29 PM PDT

OPERASI...kawasan rumah kedai terbabit.
OPERASI...kawasan rumah kedai terbabit.

KUALA LUMPUR: "Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur." Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks, di sini.

Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian.

"Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu," katanya.

Ziela ditemui wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan di rumah pelacuran dikendalikan ibunya di satu kawasan rumah kedai di pinggir ibu negara.


Wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Kak K itu mempunyai empat anak yang semuanya tinggal di premis itu bersama beberapa warga Indonesia yang turut menjual tubuh.

Samun, culik, sumbat

Posted: 25 Sep 2011 09:27 PM PDT

DISINI...Lim disumbat dalam but keretanya.
DISINI...Lim disumbat dalam but keretanya.
SAKIT...Lim menunjukkan  luka akibat dibelasah dua lelaki.
SAKIT...Lim menunjukkan luka akibat dibelasah dua lelaki.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 45 tahun melalui saat getir apabila dia bukan saja disamun, malah turut dibelasah, diculik dan disumbat ke dalam but kereta miliknya lebih tiga jam sebelum dia berjaya melepaskan diri dan terjun dari kenderaan itu.

Mangsa yang mahu dikenali Lim mengalami kecederaan terseliuh kaki kiri, bengkak dan lebam akibat tindakannya terjun dari kereta jenis Proton Persona yang sedang memecut laju.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi kelmarin, mangsa yang juga seorang peniaga gerai makan mahu memulakan perniagaannya di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, sebelum dihampiri dua lelaki.

"Sebaik tiba di tempat letak kenderaan dan mematikan enjin kereta, seorang lelaki berusia 30-an secara mengejut masuk ke dalam kereta.


"Lelaki itu kemudiannya mengacukan parang dan mengarahkan saya menukar tempat duduk iaitu duduk di bahagian penumpang," katanya.

Mandur kena cincang

Posted: 25 Sep 2011 09:23 PM PDT

SEDIH...Fadilah  (kiri) dalam keadaan sedih sambil mendukung anak bongsu. Gambar kecil, Omar.
SEDIH...Fadilah (kiri) dalam keadaan sedih sambil mendukung anak bongsu. Gambar kecil, Omar.

PENAMPANG: Hanya kerana diminta menjelaskan hutang RM300, seorang lelaki 'naik hantu' apabila sanggup menetak seorang mandur sehingga lehernya hampir putus dan isi perutnya terburai dalam pergaduhan di sebuah rumah kongsi di Jalan Tulangis, di sini, kelmarin.

Bukan itu saja, hampir seluruh tubuh mangsa, Omar Daud, 26, turut dicincang dengan lebih 10 kesan tetakan menggunakan parang yang turut menyebabkan beberapa jari tangan hilang dalam kejadian kira-kira jam 7 malam. Isterinya, Fadilah Jali, 23, yang terdengar jeritan suaminya di luar rumah segera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berlumuran darah serta tertiarap tidak sedarkan diri.


Fadilah berkata, dia juga sempat melihat dua lelaki dipercayai adik-beradik lingkungan 20-an memegang parang dipenuhi darah berada di sisi suaminya.

Fadilah kemudian menjerit memanggil adik saudaranya, Hazri Sabri, 18, bagi membantu suami, tetapi tidak berjaya apabila seorang daripada lelaki berparang terbabit mengejar menyebabkan mereka memasuki dan mengunci diri dari dalam rumah sebelum dua lelaki terbabit melarikan diri. Menurut Fadilah, sebelum kejadian dia bersama empat anaknya berada di dalam rumah sebelum meluru ke luar selepas mendengar jeritan suaminya.


"Saya melihat dua lelaki sedang memegang parang berdiri di sebelah tubuh suami yang berlumuran darah sebelum cuba meminta bantuan adik saudara yang kemudian bergegas cuba memberikan bantuan.


"Bagaimanapun, seorang suspek mengejar adik saudara saya dengan parang, menyebabkan dia melarikan diri dan masuk ke dalam rumah, manakala saya turut mengunci dari dalam bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya ditemui di tempat Harian Metro di tempat kejadian, semalam.

Fadilah berkata, dia mengetahui seorang daripada suspek meminjam RM300 daripada suami selepas kalah berjudi, tetapi terus kalah dalam kegiatan itu menyebabkan suaminya cuba meminta suspek membayar semula wang dipinjam. Menurutnya, tindakan suaminya menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka sehingga menyebabkan suaminya ditetak hingga maut.


"Malah, rakan suami yang turut dalam pergaduhan itu turut ditetak, namun dia berjaya lari menyelamatkan diri," katanya.

Fadilah berkata, sebaik menyedari lelaki terbabit melarikan diri, dia memaklumkan kejadian itu kepada keluarga sebelum menghubungi polis.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi memberitahu siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan suspek berang kerana mangsa memintanya memulangkan wang RM300 yang dipinjam.


"Suspek menetak mangsa dan seorang rakan mangsa cuba membantu selepas melihat kejadian itu turut ditetak sebelum terpaksa melarikan diri, manakala kedua-dua suspek yang turut cedera meninggalkan tempat berkenaan," katanya.


Beliau berkata, polis sudah menggerakkan operasi termasuk menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi memburu kedua-dua suspek yang dipercayai turut cedera.


"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, kerana membunuh," katanya.

Una tetap rock walau hamil

Posted: 25 Sep 2011 09:22 PM PDT

BERSERI...Una kelihatan berseri ketika tiba di Dublin.
BERSERI...Una kelihatan berseri ketika tiba di Dublin.
BERJENAKA...Mollie dan Frankie tiba di Dublin untuk membuat persembahan di sebuah pub.
BERJENAKA...Mollie dan Frankie tiba di Dublin untuk membuat persembahan di sebuah pub.

DIA hamil tiga bulan, tetapi Una Healy tidak menunjukkan tanda-tanda akan menukar koleksi pakaiannya dalam masa terdekat ini.

Penyanyi berusia 29 tahun yang bakal mendapat anak pertama dengan teman lelakinya, Ben Foden, tampil dengan pakaian rock dan seluar ketat.

Una turut memakai but bertumit tinggi dengan dandanan mekap tebal ketika menyertai anggota kumpulan The Saturdays untuk persembahan istimewa Hari Arthur di kedai Guinness di Dublin, Ireland, hari ini.

Semalam, Una menulis menyatakan keseronokannya untuk acara itu: "Kami akan berada di Dublin esok untuk Hari Arthur, membuat persembahan - anda pasti terkejut ada persembahan akustik di pub."


Hari Arthur adalah hari festival muzik yang dimulakan pada 2009 untuk meraikan ulang tahun ke-250 Guinness apabila peminat minuman keras itu mengangkat gelas sambil bersorak sebagai tanda penghargaan kepada pengasasnya, Arthur Guinness.


Bercakap mengenai penyertaan mereka dalam persembahan Hari Arthur, The Saturdays berkata: "Kami teruja dapat menyertai sambutan Hari Arthur.

"Kami tidak sabar untuk bertemu peminat di Ireland khususnya untuk membuat persembahan rahsia di sebuah pub di Dublin, juga kepada Arthur!"

Una disertai anggota kumpulannya, Mollie King, Frankie Sanford, Rochelle Wiseman dan Vanessa Whita sebaik saja mereka bersiap sedia untuk membuat persembahan pertama di kedai Guinness.

Semua rakannya memberi sokongan padu kepada penyanyi itu sejak dia mengumumkan berita gembira mengenai kehamilannya.

Una mengesahkan berita itu di Twitter dengan menulis: "Ya, berita itu benar! Ben Foden dan saya bakal mendapat anak BenUna! Kami amat seronok.

"Saya sangat gembira atas semua sokongan positif dan ucapan indah anda. Terima kasih banyak-banyak. Dan kepada semua peminat Saturdays, saya komited sepenuhnya kepada kumpulan dan konsert kami Disember kelak.

"Betapa bertuahnya bayi ini nanti dengan adanya empat mak cik yang jelita iaitu Frankie, Mollie, Rochelle, dan Vanessa."

Selepas Una menulis mesej itu, anggota kumpulannya kemudian menulis untuk mengucapkan tahniah.

Frankie menulis: "Kami sangat seronok menanti kehadiran anggota kecil kami. Dia akan dimanjakan dan dilindungi oleh empat mak cik."

Rochelle mengakui dia terpaksa menyimpan rahsia itu hingga lidahnya nyaris terbakar. Dia menulis: "Wow! ia perkara paling sukar untuk dirahsiakan. Sangat gembira kerana Una akan mempunyai anak dan saya akan menjadi mak cik."

Mollie pula menulis: "Tahniah kepada rakan kami Una Healy yang jelita dan Ben Foden. Bayi Sats yang pertama. Sangat seronok untuk anda berdua."

Sementara itu, Vanessa juga meluahkan rasa gembira apabila menulis: "Amat gembira mendengar Una akan mendapat anak. Dia akan menjadi ibu yang hebat.

Una dan Foden, 26, mula berpacaran pada 2008 apabila ejen pemain ragbi England itu menemui penyanyi berkenaan sebagai wakilnya.

2 model ‘scrambler’ Demak jengah pasaran

Posted: 25 Sep 2011 09:21 PM PDT

PROMOSI...barisan model motosikal lasak keluaran Demak di Karnival Gegaria Harian Metro di Ipoh, Perak, semalam.
PROMOSI...barisan model motosikal lasak keluaran Demak di Karnival Gegaria Harian Metro di Ipoh, Perak, semalam.

DNC Asiatic Holding Sdn Bhd, pembuat motosikal Demak di negara ini bakal memperkenalkan dua model 'scrambler' ke pasaran menjelang akhir tahun ini bagi memenuhi kehendak peminat segmen motosikal lasak yang semakin meningkat.

Dua model berkuasa 200 dan 250cc yang dijangka dipasarkan pada harga sekitar RM8,000 dan RM9,000 itu melengkapkan rangkaian variasi sedia ada iaitu DMX-R dan DTM 150 masing-masing berkuasa 150cc.


Pengurus Besar Kumpulannya, Lim Boo Hiong berkata, berbanding kategori motosikalnya yang lain termasuk moped, kapcai, skuter dan 'street bike', segmen motosikal lasaknya menyumbang kira-kira 30 peratus kepada pendapatan syarikat.

Beliau berkata, pihaknya menerima sambutan memberangsangkan daripada peminat motosikal berkenaan selain turut disokong harga yang lebih murah berbanding pesaing lain.


"Harga dua model iaitu DMX-R dan DTM 150 kini dipasarkan pada harga sekitar RM6,000 iaitu 30 peratus jauh lebih murah berbanding jenama lain.


"Harga yang berpatutan mungkin antara penyumbang utama kepada peningkatan jualan motosikal berkenaan selain kemasan reka bentuk dan memenuhi jiwa golongan muda dan dewasa," katanya ketika ditemui di Karnival Gegaria Harian Metro 2011 (KGHM2011) di Ipoh, Perak semalam.

Boo Hiong berkata, buat masa ini, pihaknya menduduki tangga keempat jenama motosikal di pasaran tempatan dengan penguasaan enam peratus pasaran.


Katanya, pihaknya turut meletakkan sasaran untuk meningkatkan penguasaan pasaran sehingga 10 peratus dalam tempoh dua tahun disokong kehadiran lebih banyak model.

Sepanjang dua hari karnival berakhir semalam, Demak yang juga penaja platinum bagi KGHM2011 turut memeriahkan karnival itu dengan mempromosikan 10 model rangkaian model motosikal untuk tontotan penduduk bandaraya Ipoh.


Pengunjung juga berpeluang memandu uji motosikal model baru Demak yang turut dipamerkan di karnival itu.


Pendekatan turun padang di KGHM2011 adalah antara siri jelajah yang diperkenalkan Demak bagi memperluaskan aspek pengiklanan promosinya.


Boon Hiong berkata, melihat kepada pencapaian Harian Metro sebagai akhbar harian nombor satu di Malaysia, pihaknya yakin pembabitan Demak dalam KGHM 2011 akan mencapai objektifnya di setiap lokasi karnival.

Bukan had jumlah anak

Posted: 25 Sep 2011 09:20 PM PDT

NALURI IBU...perkembangan emosi dan sosial anak boleh terganggu jika kehamilan tidak dirancang.
NALURI IBU...perkembangan emosi dan sosial anak boleh terganggu jika kehamilan tidak dirancang.

"BANYAK pasangan muda tergamam seketika apabila saya tanya mahu berapa orang anak atau berapa tahun jarak antara kehamilan yang menunjukkan aspek perancangan keluarga tidak termasuk dalam agenda hidup mereka," kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Berdasarkan pemerhatiannya, isu perancangan keluarga masih menjadi topik janggal dalam masyarakat kerana ramai tidak pernah terfikir mengenainya
apabila mendirikan rumah tangga.

  • Foto

    PILIHAN...tidak salah jika isteri buat keputusan sendiri untuk kebaikan sekeluarga.

  • Foto

    ISU PENTING...ramai pasangan tidak sedar perancangan keluarga adalah perkara asas dalam hidup berumah tangga.

  • Foto

    TAKMAHU...elak kehamilan anak secara 'accident'.


Biasanya perbincangan sebelum kahwin lebih berkisar pada persiapan pengantin dan majlis perkahwinan tetapi jarang yang mengambil kira soal saiz keluarga atau bila mahu mempunyai anak.

Sedihnya ada pasangan yang bukan saja tidak pernah terfikir malah tidak mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan untuk merancang keluarga.

Kebanyakannya berpendapat anak adalah rezeki dari Allah dan menerima berapa saja yang dikurniakan kepada mereka.

"Merancang keluarga bukan untuk mengehadkan jumlah anak. Tidak. Kita masih boleh mempunyai anak ramai sehingga lima orang, asalkan setiap kehamilan itu dirancang, direncana dan dikehendaki.

"Dirancang maknanya kehamilan itu dirancang jaraknya dengan kehamilan terdahulu atau seterusnya supaya anak tidak terlalu rapat. Ini kerana jika anak terlalu rapat, kemungkinan ada anak kurang mendapat perhatian sangat tinggi.

"Kehamilan direncana bermakna kita ada perancangan untuk anak yang bakal lahir khususnya jika ibu bekerja. Ini termasuklah persediaan si ibu sendiri sepanjang tempoh kehamilan kerana dia perlu menjalani pemeriksaan selepas lapan minggu hamil, siapa yang akan menjaganya ketika pantang dan mencari penjaga anak apabila si ibu kembali bekerja. Itu belum masuk soal kewangan bagi membiayai persekolahan anak.

"Setiap kehamilan mestilah dikehendaki. Memang ramai yang saya temui mengakui mempunyai anak 'accident' - maksudnya kehamilan yang tidak dirancang dalam keadaan pasangan tidak bersedia yang biasanya membabitkan anak kedua.

"Bayangkan apa perasaan anak jika mereka tahu mereka adalah 'anak accident'," katanya sempena Hari Kontraseptif Sedunia yang disambut pada 26 September setiap tahun.

Kesan daripada kehamilan yang tidak dirancang ini sangat besar terutama pada perkembangan emosi dan sosial anak berkenaan.

Lebih teruk jika ada ibu bapa yang bersikap pilih kasih kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap anak. Walaupun masih kecil tetapi anak-anak boleh tahu sama ada ibu bapa bersikap acuh tidak acuh, mereka disayangi atau tidak.

"Kesannya hanya akan nampak apabila anak-anak ini meningkat remaja. Pada masa inilah ramai yang terbabit dalam pelbagai perbuatan berisiko tinggi seperti aktiviti tidak bermoral, merempit atau melakukan jenayah.

"Soal selidik dilakukan ke atas ibu pelajar pesalah juvana mendapati anak-anak yang terbabit dalam jenayah adalah kurang mendapat perhatian ibu bapa.

"Ibu bapa menyifatkan mereka anak yang degil tetapi sebenarnya sikap ibu bapa yang kurang mengendahkan anak membuatkan si anak 'memberontak' dengan caranya sendiri.

"Itu insiden yang berlaku jika kehamilan itu dalam ikatan perkahwinan. Jika kehamilan luar nikah, maka bersedialah mendengar berita pembuangan bayi atau remaja melahirkan anak di asrama atau dalam tandas," katanya.

Menurutnya, sikap acuh tidak acuh ibu dan ayah mengenai perkara ini perlu diperbaiki.

Katanya, orang dulu-dulu memang mahu mempunyai anak yang ramai apabila berkahwin tetapi keadaan kini berubah kerana wanita mempunyai kerjaya. Jadi ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum atau sejurus memasuki gerbang perkahwinan.



Mengapa isu perancangan keluarga penting?


Mungkin ramai pasangan tidak sedar perancangan keluarga perkara asas dalam hidup berumah tangga. Sekali lagi ditegaskan ia bukan bertujuan mengehadkan jumlah anak atau menolak anugerah dari Allah tetapi apa yang dikehendaki ialah kehadiran setiap anak itu memang sangat dinanti dan diharapkan.

Hanya dengan cara ini barulah anak itu akan mendapat kasih sayang dan perhatian sewajarnya daripada ibu bapa.

Bagaimanapun kata Dr Harlina, isu ini tidak terhenti di situ kerana walaupun anak menjadi penyeri hidup dan pengikat kasih sayang ibu dan bapa tetapi kehadirannya juga boleh menyebabkan berlakunya pergolakan rumah tangga.

Kehidupan wanita moden sangat sibuk. Tidak cukup dengan kesibukan di tempat kerja dan rumah, mereka masih mahu menyumbang kepada masyarakat.

Kehamilan yang tidak dirancang memberi tekanan kepada emosi, fizikal dan kewangan.

"Untuk mendapat hidup yang bahagia kita perlukan lima elemen iaitu ketenangan emosi, kesihatan fizikal, keupayaan ekonomi, kelapangan masa (untuk anak-anak, suami dan diri sendiri) serta sokongan sosial (daripada segi penjagaan anak khususnya).

Jika aspek ini terganggu, maka kita akan mudah terhumban dalam konflik rumah tangga yang akhirnya membawa kepada perceraian.

"Kebanyakan perceraian berlaku dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, namun kadar lebih tinggi dicatatkan bagi lima tahun pertama kerana pada masa pasangan mula mendapat anak.

Jika tanpa perancangan, dalam tempoh lima tahun anda boleh memperoleh tiga orang anak.

"Namun jika aspek perancangan keluarga sudah dimasukkan atau dibincangkan dari awal, konflik rumah tangga membabitkan anak boleh ditangani dengan baik dan dapat menyelamatkan rumah tangga.

"Sebab itulah pentingnya kesedaran untuk menyusun atur keluarga supaya bukan anak-anak saja yang dapat manfaat tetapi ibu bapa juga boleh membentuk kehidupan berumah tangga yang bahagia," katanya.

Malah melalui strategi menyusun atur keluarga, ibu dan bapa akan lebih bertanggungjawab dan prihatin pada anak-anak.

Mungkin ada yang tidak bersetuju dan mempertikaikan bahawa anak adalah anugerah Allah untuk 'disusun atur' tetapi kata Dr Harlina, Allah juga memberi kita akal untuk berfikir membuat perencanaan hidup demi kebaikan semua pihak.

Bahkan tidak keterlaluan juga jika dikatakan perancangan keluarga dapat mengelakkan berlakunya sikap pilih kasih.



Bila pasangan sepatutnya berbincang mengenai perancangan keluarga?


Menurut Dr Harlina, isu ini boleh dibincangkan pada bila-bila masa apabila mereka sudah bersedia untuk berumah tangga.

Antara persoalan perlu dimasukkan dalam perbincangan itu ialah bila mereka mahukan anak, berapa anak yang diingini dan berapa tahun jarak antara dua anak.

Jarak kehamilan yang paling ideal antara 2.5 hingga tiga tahun iaitu anak pertama berusia 2.5 tahun atau tiga tahun ketika kelahiran anak kedua. Pada jarak ini, ibu bapa dapat memberikan perhatian sewajarnya kepada setiap anak.

Islam tidak menghalang penggunaan kaedah perancangan keluarga bagi memastikan setiap kehamilan dan kelahiran adalah dikehendaki, disayangi dan dialu-alukan.

Malah, ia bukan saja membolehkan ibu bapa bersedia mental, fizikal dan kewangan, tetapi perancangan kehamilan penting untuk kesihatan wanita sendiri.

"Jika wanita berkahwin pada usia 23 hingga 25 tahun, dia boleh menetapkan had umur 35 tahun sebagai tahun terakhir mengandung tetapi dinasihatkan supaya tidak mengandung selepas umur 40 tahun kerana ada banyak risiko.

"Dalam tempoh 10 tahun, dia boleh mempunyai tiga atau empat orang anak jumlah yang sudah dikira mencukupi bagi sesebuah keluarga moden. Jadi dia bolehlah 'bersara' awal daripada mengandung.

"Bagaimanapun bagi yang berkahwin lewat contohnya pertengahan 30-an, perlu ada sasaran realistik, jumlah anak mungkin terhad kepada dua orang saja," katanya.


Di negara kita ada banyak jenis kaedah perancangan keluarga dan antara yang popular ialah:

  • Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar). Kaedah ini bagaimanapun kurang berkesan.

  • Kaedah halangan seperti kondom. Ia adalah cara pencegahan kehamilan yang baik, murah, mudah dan dapat mengelak jangkitan penyakit seksual.

  • Pemandulan iaitu mengikat peranakan bagi wanita atau lelaki.
  • Pil perancang (wanita).
  • Alat intrauterin (IUD).
  • Sistem intrauterin (IUS).
  • Implan.
  • Suntikan.
  • Tampalan (ditampal di atas kulit badan).
  • Cincin hormon (dimasukkan ke dalam vagina).


    Walaupun kaedah disenarai di atas sudah lama ada di negara kita, masih ramai wanita bimbang menggunakannya.

    Kebimbangan timbul akibat salah faham mengenai kaedah perancangan keluarga, malah sesetengahnya percaya kepada pendapat tidak berasas.

    Kajian ke atas wanita barat berumur 20 hingga 45 tahun mendapati rata-rata mahukan dua anak saja. Hampir 86 peratus tempoh perkahwinan digunakan untuk mencegah kehamilan (menggunakan pelbagai kaedah perancangan keluarga ketika bersama suami).

    Ini bererti wanita di seluruh dunia mahu perlindungan atau pencegahan kehamilan jangka panjang yang selamat dan tidak menjejaskan kesuburan, bagi mengelak kehamilan tidak dikehendaki.


    Inilah juga sebabnya semua doktor sakit puan termasuk di PPUKM digalakkan bertanya kepada pesakit tiga soalan penting iaitu:

  • Bila mahu mengandung?
  • Berapa besar saiz keluarga yang dirancang (atau jumlah anak yang diinginkan)?
  • Berapa tahun jarak antara dua kehamilan?


    Jadi, jika anda ditanya soalan sebegini, janganlah ada yang terasa hati kerana ia bertujuan baik untuk mendidik kita kepentingan perancangan keluarga.


    Perlukah persetujuan suami?

    Oleh kerana ia membabitkan saiz keluarga, sebaiknya perkara itu dibincangkan, bukan untuk mendapatkan persetujuan suami tetapi bagi mendapat maklum balas di samping menyalurkan ilmu.

    Biasanya kebanyakan suami tidak membantah jika isteri mahu menggunakan kaedah perancangan keluarga bagi kebaikan bersama.

    Namun jika suami anda adalah jenis lelaki yang tidak boleh dibawa berbincang, maka tidak salah jika isteri mengambil keputusan sendiri kerana ia dilakukan untuk kebaikan keluarga dan anak-anak.


    Jika maklumat perancangan keluarga disebarkan, tidakkah akan timbul isu penyalahgunaan terutama di kalangan golongan muda beragama Islam?

    Jika dilihat daripada perspektif agama, memang semua orang tahu bahawa seks sebelum berkahwin adalah zina dan haram.

    Bagaimanapun kata Dr Harlina, kita perlu menerima hakikat golongan muda termasuk ramai remaja Islam di negara kita terbabit dengan atau seks luar nikah.

    Pada pandangannya sebagai seorang doktor, semua orang perlu dibekalkan dengan ilmu mengenai pencegahan kehamilan baik bagi yang sudah berkahwin atau masih bujang.

    Sekiranya mereka memilih untuk berzina (walaupun tahu ia adalah haram dan berdosa besar), maka si perempuan perlu tahu dua perkara iaitu risiko daripada hubungan seks dan cara mengelakkan kehamilan. Bahkan mereka juga perlu ada akses atau laluan untuk mendapatkannya.

    "Dalam hal ini, lebih baik jika mereka tahu mengenai kaedah pencegahan kehamilan supaya tidak berlaku jenayah pengguguran kandungan atau pembuangan anak.

    "Namun marilah kita sama-sama berdoa moga ramai anak gadis kita yang tahu menjaga kehormatan diri dan tidak menyalahgunakan ilmu yang mereka ada.

    "Ketika bercinta tidak rugi lebih menyayangi diri sendiri daripada menyesal di kemudian hari," katanya.
  • Tak gelap masa depan

    Posted: 25 Sep 2011 09:17 PM PDT

    TAHNIAH....berjaya dalam peperiksaan adalah impian setiap pelajar namun bukan semua dapat ke menara gading.
    TAHNIAH....berjaya dalam peperiksaan adalah impian setiap pelajar namun bukan semua dapat ke menara gading.

    KETIKA ini, mahasiswa baru yang berjaya ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sudah memulakan pengajian dan mula menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar di menara gading.

    Bagaimana pula nasib pelajar mereka yang gagal memperoleh peluang itu? Lantaran mempunyai cita-cita dan impian serupa tapi gagal meneruskan perjuangan kerana keputusan kurang memberangsangkan atau tidak menepati syarat ditetapkan.

    • Foto

      BOLEH SAJA...ubah haluan memasuki institusi berasaskan praktikal kerana pasaran kerjayanya juga cerah.

    • Foto

      PELUANG...kini terlalu banyak institusi swasta untuk melanjutkan pengajian, buatlah pilihan bijak.

    • Foto

      BERJAYA...pasti gembira apabila hasrat memasuki IPTA tercapai namun bagi yang gagal, itu bukan penamat kehidupan.

    • Foto

      KUATKAN HATII...tidak perlu kecewa andai kata gagal melanjutkan pelajaran, sebaliknya perlu tabah dan berfikiran terbuka untuk membuat pelbagai pilihan lain.

    • Foto

      USAHA...apa jua kejayaan, mestilah bermula dengan kesedaran, justeru tidak bermakna memasuki menara gading, masa depan sudah terjamin kerana persaingan globalisasi kini semakin hebat.

    Sekali gus terpaksa berputih mata melihat kejayaan rakan lain ke menara gading selain dibelenggu tanggapan masa depan mereka sudah berakhir.

    Benarkah masa depan mereka sudah kecundang sebaik kerana gagal ke IPTA atau masih adakah lagi peluang bagi mengubah nasib? Benarkah mereka yang gagal memasuki IPTA dilabelkan golongan kelas kedua?


    Pengarah Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Salleh Ahmad Fadzillah, berkata tiada istilah gelap masa depan atau kelas kedua kepada golongan terbabit jika semangat pelajar berkenaan masih berkobar-kobar untuk menuntut ilmu.


    Menurutnya, hanya yang mudah berputus asa, tidak berfikiran terbuka dan tidak mahu mengubah nasib berhak mendapat label berkenaan biarpun sedar peluang mengubahnya kepada kejayaan tetap ada.

    "Mengandaikan masa depan sudah punah hanya kerana tidak dapat memasuki IPTA atau bersama rakan lain di menara gading adalah andaian salah. Setiap orang ada peluang untuk berjaya jika mahu asalkan tidak terus berpeluk tubuh.

    "Malangnya, ramai yang kecundang dengan emosi, dibelenggu perasaan putus asa, kecewa selain terus meratapi kegagalan. Jika mereka bangkit, sudah pasti boleh berjaya sekali gus keluar daripada kekecewaan.

    "Jika orang yang pernah gagal berjaya melakukannya ia bukan sesuatu yang mustahil selain itu buktikan, golo�ngan ini bukan kelas kedua," katanya.

    Daripada 64,703 calon yang memohon hanya 41,267 berjaya memperoleh tempat dan ini bermakna pelajar yang gagal perlu mencari alternatif melanjut�kan pelajaran.

    Meskipun sudah ada 20 IPTA namun jumlah itu masih tidak mampu menampung kemasukan saban tahun biar pun pada masa sama meng�gunakan sistem meritokrasi menggantikan kuota.

    Menerusi sistem meritokrasi, hanya pelajar yang terbaik serta menepati syarat ditawarkan mengikuti pe�ngajian iaitu mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum untuk menentukan nilai merit seseorang calon.

    Lantas menimbulkan polemik di kalangan masyarakat mengenai nasib mereka yang masih mencari tempat untuk melanjutkan pengajian selain tidak mampu untuk belajar di institusi swasta.

    Beliau berkata, mereka yang gagal tidak boleh mencipta alasan atau mempunyai pandangan skeptikal mengenai institusi selain hanya memilih IPTA sebagai sandaran masa depan.

    "Itu perlu diperbetulkan kerana bukan hanya IPTA pilihan untuk berjaya.

    "Banyak lagi institusi lain disediakan bagi menampung pertambahan golongan pelajar selepas tamat peperiksaan utama.

    "Jangan terlalu taksub atau memilih sebaliknya perlu bijak merancang
    masa depan. Kejayaan bukan hanya bersandarkan sekeping ijazah atau IPTA
    tetapi keinginan sendiri untuk berjaya.

    "Bagaimanapun, itulah sikap sebahagian besar pelajar hingga akhirnya rugi kerana banyak memberi alasan menyebabkan peluang di depan mata terbuang atau dikaut orang lain," katanya mengakui kebanyakannya juga dihantui tanggapan institusi pendidikan lain selain IPTA tidak mampu melahirkan golongan
    berjaya.

    Beliau berkata itulah kesilapan terbesar kerana mensia-siakan masa depan hanya kerana terpengaruh tanggapan salah.

    Sama ada IPTA, institusi tempatan ataupun pilihan lain, jika mampu membawa perubahan yang baik ia sesuatu yang sangat berguna.

    "Zaman ini semuanya mempunyai peluang sama rata. membezakannya adalah kerja keras dan kehendak serta tidak bermakna apabila memasuki IPT, seseorang itu berjaya sebagai manusia.

    "Ada yang kecundang kerana tidak beringat. Pilihan terletak di tangan masing-masing kerana diri sendiri bakal menentukannya, bukan orang lain," katanya.

    Antara pilihan untuk melanjutkan pengajian beliau mencadangkan Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian, Maktab Perguruan, Kolej Bersekutu dan Komuniti selain memasuki alam pekerjaan.

    "Bagi memilih alam kerjaya, itu bukanlah penamat kerana boleh belajar sambil bekerja. Sistem pendidikan masa kini sangat mudah dan terbuka, justeru tidak perlu susah hati.

    "Melanjutkan pelajaran ke institusi swasta juga tidak menjatuhkan standard malah ada di antaranya lebih ke hadapan berbanding IPTA. Jika kewangan menjadi masalahnya, banyak badan boleh membantu, antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

    "Justeru, di manakah alasan relevan, tidak berjaya ke universiti bererti sudah gelap masa depan? Kegagalan sebenar hanya akan berlaku jika kita asyik berpeluk tubuh dan bertindak menyalahkan diri sendiri," katanya.

    Pada masa sama, beliau berharap pelajar yang berjaya memasuki IPTA supaya menggunakan peluang diberikan dengan baik untuk menggenggam ijazah.

    "Mereka sudah terpilih dan perlu bijak menetapkan matlamat. Jadikan kegagalan rakan lain memasuki IPTA sebagai iktibar selain perlu beringat berada di menara gading bukan jaminan berjaya pada masa depan.

    "Persaingan globalisasi hari ini amat sengit. Tanpa mengira latar belakang, hanya mereka yang berusaha keras saja berjaya, justeru jangan rendah diri andai kata tidak mendapat tempat.

    "Kejayaan ada di mana-mana asalkan ada usaha dan kehendak, semua halangan boleh diharungi serta menjadi penawar kegagalan, "katanya.

    Semoga bahagia

    Posted: 25 Sep 2011 09:16 PM PDT

    pix_gal0
    Norman sebak, Memey bersyukur

    BAGAI pesta malam minggu begitulah meriahnya majlis pernikahan pasangan sensasi, Norman Hakim dan Memey di kampung halaman pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor apabila masyarakat kampung dan penduduk sekitar berpusu-pusu menuju ke rumah keluarganya.

    Anak muda kampung berduyun-duyun menunggang motosikal, manakala ibu bapa mengendong anak kecil mereka semata-mata mahu menyertai acara joget lambak dan karaoke yang diadakan pada sebelah malam selepas majlis berinai dan potong kek.
    Malah pasangan bahagia itu cukup sporting apabila mendendangkan lagu Jangan Pisahkan khusus buat tetamu, malah turut meluangkan masa bergambar dengan peminat.
    Pasangan merpati dua sejoli ini dirai cukup meriah keluarga Memey yang bertungkus lumus membuat perancangan sejak berbulan-bulan lalu bagi memastikan majlis pernikahan mereka menjadi yang terhebat di Felda itu. Status sebagai selebriti juga menyebabkan majlis ini diadakan penuh meriah.

    Kemeriahan majlis perkahwinan mereka mula dapat dirasakan menerusi deretan 'banner' yang tertera gambar pasangan sejoli ini tergantung di sepanjang panjang jalan sejauh 20 kilometer dari rumah Memey.

    Sebaik tiba di pekarangan rumah Memey pula, 14 buah khemah sudah menanti menyambut kehadiran tetamu.

    Majlis yang mengundang hampir 4,000 tetamu. Bapa Memey, Suhaimi Sarwani, 49, berkata mereka cuma mahu berkongsi kegembiraan menyambut menantu dengan penduduk kampung.
    "Tujuan kami tidak lebih untuk meraikan keluarga saja. Saya sudah lali dengan kisah yang berlaku kepada anak saya, apapun saya tahu anak saya tidak bersalah. Saya percayakan Memey, malah saya yakin dia tidak melakukan semua itu. Sebagai bapa, saya gembira dan terharu apabila anak perempuannya sudah berkahwin. Sebelum ini dia berada dalam jagaan saya, sekarang dia menjadi milik Norman.

    Kini Norman menerima amanah untuk menggalas tanggungjawab saya pula. Saya doakan semoga mereka bahagia ke akhir hayat," kata Suhaimi yang mengakui kelam kabut menguruskan majlis perkahwinan anak ketiganya itu.

    Sementara itu, hanya dengan sekali lafaz, kira-kira jam 5.10 petang, Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohd Norhakim Zaidon, 35, dan Suhaiza Suhaimi, 23, sah bergelar pasangan suami isteri.

    Air mata tidak dapat Norman bendung sebaik selamat dinikahkan Imam 1 dan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Kota Tinggi, Mohamad Zulkipli Tarmizi. Sebaik perkataan sah dilafazkan saksi, hujan yang sebelum ini renyai-renyai, tidak semena-mena menjadi lebat seakan-akan merestui perhubungan suci itu.

    Memey yang duduk di pelamin indah ditemani dua anak tirinya Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut tidak dapat menahan rasa sebak saat lelaki dicintai membaca lafaz taklik.

    Norman menyerahkan mas kahwin RM 22.50, wang hantaran RM24,000, lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pengantin perempuan.

    "Harapan saya tentulah mahu ikatan ini berkekalan, saya juga berharap dapat membina masjid yang terindah untuk kehidupan akan datang. Saya sebenarnya bimbang untuk menjadi nakhoda semula. Setiap manusia tidak sempurna, apabila saya kaji dan kenang semula ketidaksempurnaan saya, perkara itu membuatkan hati saya jadi sebak.

    "Perasaan saya begitu tenang, aman dan damai ketika hendak bernikah. Pernikahan adalah satu ibadah, oleh itu saya akan tunaikan ibadah ini dengan sebaiknya," kata Norman yang merancang ingin menunaikan umrah dan juga ke Paris sebagai destinasi bulan madu mereka.

    Bagaimanapun katanya, setakat ini mereka masih belum membuat keputusan bila akan berbulan madu memandangkan masing-masing masih lagi terikat dengan jadual kerja.

    Mengimbau pula detik perkenalan mereka, Memey mengakui terpesona dengan sikap penyayang, tanggungjawab serta kelembutan bapa kepada tiga cahaya mata itu melayan karenah manjanya.

    "Sikapnya yang bertanggungjawab serta penyayang. Begitu juga dengan ilmu agama yang dimilikinya. Saya mengaku seorang yang manja tetapi suami tahu bagaimana untuk melayan saya, walaupun untuk hal-hal kecil.

    "Semakin mengenali suami, saya rasakan diri semakin bertuah. Saya berharap ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat," kata Memey yang merancang mengadakan majlis pernikahan di kampung kerana mahu disaksikan anggota keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran.

    Katanya, dia sering berada di Kuala Lumpur, justeru dia jarang dapat bersama keluarga di kampung. Biarpun ibunya mengatakan majlis di Kuala Lumpur sudah memadai, Memey tetap ingin hari bersejarahnya diraikan di kampung halamannya sendiri.

    "Sejak menjadi pelakon, saya jarang pulang ke kampung menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ini hari bahagia saya, saya mahu keluarga, saudara-mara, sahabat- handai dan penduduk kampung meraikannya bersama-sama saya," katanya.

    Terharu, terima kasih kepada Abby

    BIARPUN Abby Abadi tidak hadir pada majlis bersejarah itu, namun Norman tetap terharu dengan bekas isterinya, Abby Abadi malah berterima kasih kerana mengizinkan dua anak mereka menyaksikan hari sejarahnya.

    "Saya ingin berterima kasih kepada bekas isteri kerana mengizinkan anak mengikut saya. Sebenarnya saya sendiri tidak bercadang membawa mereka kerana saya bimbang tidak mampu melayan mereka kerana kesibukan.

    Bagaimanapun, sebelum saya bertolak ke sini, dia menghubungi saya meminta ambil anak kerana sudah menyiapkan pakaian mereka.

    "Pada Selasa lalu saya ke rumah bekas isteri untuk makan malam bersama anak.
    Saya ada beritahu mereka yang saya akan berkahwin, tapi tak sangka bekas isteri begitu baik hati memberikan keizinan pada anak untuk ikut saya.

    "Saya dengan Abby memanglah sudah berpisah, tetapi kami tidak terpisah sebagai ibu dan bapa kepada anak kami," kata Norman.

    Bekas isteri doakan kebahagiaan

    "Alhamdulillah mereka sudah dapat apa yang dimahukan. Saya mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat," kata Abby ketika dihubungi.

    Menurutnya, dia tidak berasa apa-apa melihat bekas suaminya akhirnya berkahwin dengan wanita pilihannya. Lagipun, dia sudah lama melupakan episod hitam yang melanda rumah tangga mereka tiga tahun lalu.

    "Saya lepaskan anak mengikut papa mereka kerana memikirkan masa depan mereka. Saya mahu bekas suami sama-sama jaga anak kami. Saya bimbang putus rezeki untuk anak. Jadi saya mahu bekas suami sama-sama menjaga anak.

    "Manalah tahu satu hari nanti saya tidak ada duit, bekas suami bolehlah sama-sama membantu menanggung anak," katanya.

    Sementara itu, anak sulung Norman, Danish yang turut hadir menyaksikan perkahwinan bapanya, berkata seronok dan sedih melihat bapa dinikahkan dengan Memey. Katanya, dia menangis kerana gembira bapanya berkahwin dengan wanita yang baik.

    "Danish nangis sebab semua orang menangis. Danish menangis sebab gembira dapat mak baru. Kalau boleh Danish nak dapat adik kecil cepat sebab sekarang ada dua adik saja," katanya senyum.

    Izreen sambut cabaran

    Posted: 25 Sep 2011 09:15 PM PDT

    pix_gal0
    Izreen Azminda makin dapat perhatian selepas lima tahun jadi pelakon

    NASIB dan rezekinya agak lambat untuk menempa nama lebih awal dengan rakan seperjuangan seangkatannya. Tapi, itu cerita lama sejak kemunculan Izreen Azminda lima tahun lalu selepas meraih tempat ketiga pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 yang dijuarai Scha Alyahya dan turut disertai Rabecca Nur Islam.

    Kebelakangan ini, nama gadis berusia 26 tahun kelahiran Kangar, Perlis namun dibesarkan di Alor Setar, Kedah ini mula galak momentumnya. Aktor Rosyam Nor harus diberi kredit kerana menjadi individu pertama yang menawarkan watak tambahan kepadanya menerusi drama Sesuci Cinta Soffiyah bersiaran di TV3 suatu ketika dulu.
    Ketika itu, susuk tubuh Izreen sedikit gempal berbanding sekarang. Ketika itu juga, Izreen baru mengenal gerak kerja kamera dan perangai kru di lokasi penggambaran. Malah, dengan watak tambahan yang diberikan dan sekalipun hanya satu babak, Izreen tetap datang ke lokasi penggambaran menaiki teksi kerana ketika itu dia belum mempunyai kereta.
    Sebelum meraih perhatian dan populariti yang makin mendadak ketika ini gara-gara kemunculan menerusi drama bersiri Juvana di TV3, dia mengakui pernah berputus asa dengan pengalaman pertamanya bergelar pelakon. Ketika itu, saiz badannya menjadi ukuran dan kekangan untuk melangkah lebih jauh.

    "Sejujurnya, memang dulu peluang berlakon memang agak terbatas. Almaklumlah masa itu saya kembang semangkuk (merujuk kepada saiz badan gempal). Pada masa sama, mak saya pun tak suka saya menjadi pelakon. Mak bersikap menghalang tetapi saya meminta diberi tempoh untuk membuktikan apa yang saya mahukan.

    "Cuma ketika awal pembabitan seni, saya sering mempersoalkan diri dengan mentaliti dan persepsi masyarakat tempatan yang ternyata lebih disogok dengan sesuatu yang cantik. Kenapa yang cantik saja diutamakan sedangkan bakat jatuh di tangga kedua. Hal ini jadi subjektif," katanya saat ralit disolek jurusolek Otong.

    Setahun lebih berusaha menguruskan badan, ia semakin membuahkan hasil apabila tawaran berlakon mula datang. Sekitar 2009, lagaknya yang dulu sedikit berisi dan kasar perangainya perlahan demi perlahan bertukar menjadi lebih kurus serta tampil feminin.
    "Abang Rosyam sendiri menjadi pembakar semangat dan mencabar diri untuk saya menguruskan badan. Saya sahut cabaran demi kebaikan sendiri. Saya tak mengambil nasi dalam setahun lebih sampai menggeletar badan. Tapi saya seimbangkan dengan pemakanan sihat dan aktiviti mengeluarkan peluh.

    "Saya ada membuat senaman sambil berpandukan cakera padat tarian yang ditonton di rumah. Seiring peningkatan usia, perwatakan diri saya pun lebih matang. Saya bukan lagi anak kedua daripada tiga beradik yang berperangai lasak dan bergaul dengan lelaki," kata Graduan Jurusan Kewartawanan Malaysian Institute of Integratif Media (MIIM) ini.

    Diaju tidakkah dia berminat untuk meneruskan kelangsungan cita-citanya bergelar wartawan, Izreen hanya mampu tersenyum manja. Akuinya, jiwanya kini lebih terarah kepada seni apatah lagi sedari kecil dia gemar meniru gaya lakonan seseorang pelakon yang diminatinya.

    "Emak suruh belajar di MIIM sebelum ini pun sebab dia mahu saya jadi pembaca berita. Tapi saya tak rasa itu kerjaya pilihan sebenar. Dengan dialek utara saya yang agak pekat ini, takut pula tersasul kalau baca berita. Bayangkan masa berlakon pun boleh tergelincir bercakap dalam dialek Utara," katanya.

    Selepas aktor Rosyam Nor menawarkan beberapa watak dalam beberapa drama seperti Gelora Di Hati Sara 2, Nenek Kebaya dan Isabella, dia yang pernah berlakon dalam filem Otai dan Nana Tanjung 2 kini berpeluang bekerja di bawah pengarah dan penerbit tersohor antaranya seperti Kabir Bhatia dan Michael Ang.

    "Alhamdulillah, hari demi hari tawaran berlakon itu datang. Daripada sering ditawarkan peranan antagonis, saya ditawarkan watak sebaliknya pula. Menerusi drama Juvana, saya buat kali pertama diberi peranan bertudung menerusi watak Cikgu Zakiah.

    "Selepas Juvana, saya diberi peluang sekali lagi bekerjasama dengan Kabir Bhatia untuk telefilem raya yang disiarkan di TV3 musim Aidilfitri lalu berjudul Di Telapak Kaki Bonda. Bersama Michael pula saya bermula dengan peranan kecil dalam telefilem Tangisan Langsuir.

    "Seterusnya, Michael membuka peluang untuk saya berlakon dalam Penanggal, Mimi Mencari Cinta, Mendongak Ke Langit dan Berselindung Di Sebalik Kaabah. Insya-Allah November ini, drama Zikir Buat Dhia lakonan saya akan disiarkan. Ia diarahkan Feroz Khan dan turut dilakonkan Nora Danish dan Adi Putra," katanya yang terpaksa menolak tawaran berlakon filem Azazil arahan Kabir Bhatia kerana sudah ada komitmen lain.

    Gosip Fizz Fairuz calar imej

    DALAM sisi lain, kanvas seni Izreen pernah tercalar dengan gosip yang mengaitkan dirinya menjadi orang ketiga di sebalik cinta yang terjalin antara Fizz Fairuz dan dramatis, Almy Nadia. Lebih pedih, Fizz dalam kenyataannya sebelum ini mempersoalkan siapa Izreen dan tidak pernah bertemu.

    Sedangkan mereka pernah berlakon sama dalam telefilem Zawa Afnan dan drama Stanza Cinta. Sehingga kini, Izreen tidak menafikan gosip dan kenyataan berani Fizz itu memang cukup pedih sekali gus membuatkan hatinya tersentap.

    "Cerita ini pun sudah berlalu. Saya tak mahu kenang lagi. Tetapi ia menjadi gosip yang paling mencalar diri saya. Saya sendiri terkejut kenapa kenyataan Fizz boleh jadi sebaliknya. Biarlah. Saya masih boleh berlagak biasa jika ada tawaran berlakon dengannya. Tiada dendam di hati saya," katanya yang digandingkan satu pasukan dengan Almy Nadia dalam game show, Siapa Terhebat yang disiarkan musim raya lalu.

    Sebelum mengakahiri perbualan, Izreen turut diusik kisah kononnya dia kini rapat dengan pelakon meningkat naik, Johan As'ari. Bagaimanapun, Izreen tidak mahu mengulas lanjut kerana bimbang disalah erti. Mereka buat julung kalinya berlakon sama dalam drama Juvana.

    "Nak kata bercinta itu masih jauh untuk diperkatakan. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia memang paling rapat masa kami berlakon Juvana. Dia boleh saya kelaskan seperti Best Friend Forever (BFF). Ada masa terluang kami lepak berdua dan juga dengan kawan. Ibu kami masing-masing pun sudah kenal," katanya yang menetap di rumah pemberian ibunya di Wangsa Maju sempena sambutan hari lahir ke-24, baru-baru ini.

    Wajah Izreen kini juga boleh ditonton menerusi TV9 dalam drama Keimanan Cinta. Menurut Izreen, drama itu menjadi percubaan pertamanya diberi peranan heroin.

    Misteri gempa

    Posted: 25 Sep 2011 09:10 PM PDT

    • Foto

    • Foto

      Kehadiran ribuan ekor katak sebelum gempa bumi di China pada 2008.

    HAMPIR setiap bulan kita dikejutkan dengan pelbagai kejadian gempa bumi yang sekali gus mencetuskan persoalan dan kebimbangan - mengapakah kejadian itu kian kerap sehinggakan negara seperti Malaysia yang suatu ketika dulu asing dengan gegaran gempa, kini turut berasakan tempiasnya? Jika keadaan makin kerap, mungkinkah gempa paling kuat bermagnitud 9 ke atas atau 'ibu' gempa belum berlaku dan bilakah agaknya?

    Kebimbangan itu ada asasnya kerana Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menganggarkan kira-kira 1.5 juta gempa bumi dengan magnitud 2.0 pada skala Richter dicatatkan setiap tahun. Berdasarkan andaian itu, bererti purata 134 gempa bumi magnitud antara 6 dan 6.9 berlaku setiap tahun.
    Tahun ini saja menyaksikan banyak gempa bumi yang di luar jangkaan dan besar berlaku termasuk kejadian di Fukushima, Jepun pada Mac lalu, berukuran 9.0 pada skala Richter yang mengorbankan 20,000 orang, serta mencetuskan bencana nuklear yang terbesar sejak Chernobyl.
    Satu lagi gempa besar berlaku di Christchurch, New Zealand pada September lalu dengan 6.3 skala Richter yang membunuh hampir 200 manakala 6 September lalu gempa bumi 6.6 melanda pulau Sumatera, Indonesia, membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang jatuh katil dan seorang lelaki yang terkena serangan jantung ketika melarikan diri waktu kejadian.

    Baru-baru ini pula, negara yang sudah lama tidak dilanda bencana alam itu seperti Amerika Syarikat, Cuba, India dan Nepal turut merasai gegaran walaupun ukuran gempa dilabelkan sebagai sederhana masih menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang bukan sedikit.

    Ini tidak termasuk negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik seperti Indonesia, Filipina, China, Taiwan dan Jepun yang mana setiap tahun pasti merasai gegaran gempa sama ada bersifat lemah hingga yang paling kuat.

    Bulan lalu, beberapa daerah di Amerika Syarikat yang sudah lama tidak dilanda gempa bumi kembali bergegar dengan menyaksikan Virginia paling teruk menerima kesannya dengan ukuran 5.8 pada skala Richter. Virginia sering bergegar tetapi kesan gempa kali ini paling kuat selepas lebih satu abad!
    Penganalisis bencana menganggap gempa di Amerika Syarikat kali ini sebagai satu amaran bahawa akan berlaku bencana lebih besar bakal berlaku di negara berkenaan lebih-lebih lagi negara dalam satu benua seperti Cuba dan Guatemala turut dilanda gempa bumi.

    Kes di Amerika Syarikat, Cuba dan Guatemala pula berlaku serentak dan berselang hari yang meningkatkan keyakinan saintis dan pakar geologi bahawa akan berlaku bencana lebih besar dalam tahun ini atau awal tahun depan.

    Saintis Institut Penyelidikan Gempa Bumi Tokyo melaporkan bahawa gempa bumi 9.0 skala Richter yang menggegarkan Jepun pada bulan Mac lalu, mengubah hubungan antara plat tektonik di bawah tanah dan secara drastik meningkatkan ruang untuk berlaku satu lagi gempa besar bakal melanda Tokyo pada masa terdekat. Ini diburukkan lagi dengan faktor pembangunan pesat di kawasan berkenaan.

    Institut itu meramalkan perubahan dalam tekanan plat menyebabkan fokus sempadan plat boleh beralih dan pada masa sama menyebabkan wujud satu gempa bumi 7.3 skala Richter. Kesannya gempa itu dijangka tidak seteruk kes gegaran pada Mac lalu namun Tokyo tetap akan mengalami kemusnahan yang besar.

    "Kami menganggarkan 10,000 orang akan mati dan kerugian ekonomi yang akan sekitar AS $ 1 trilion (RM3.6 trilion). Malah, sebelum Mac kami menganggarkan ada kemungkinan 70 peratus gempa bumi utama akan mempengaruhi Tokyo pada bila-bila masa dalam tempoh 30 tahun akan datang," Naoshi Hirata, penyelidik dan ahli Jawatankuasa Penyelidikan Gempa Bumi Jepun, dipetik The Daily Telegraph.

    Hirata menyatakan jangkaan itu satu kebarangkalian yang sukar dinafikan kerana memang akan berlaku satu bencana besar di Jepun, walaupun mereka tidak boleh meramal bila akan berlaku.

    "Apa yang kita boleh katakan bahawa semua pihak perlu bersedia," katanya.
    Tokyo umumnya mempunyai dua gempa kecil sebulan, tetapi sejak Mac, jumlah itu telah meningkat kepada purata enam kali sebulan. Jepun, kini mengalami kira-kira 500 gempa bumi sejak bencana Fukushima.

    Sementara itu, gempa bumi 6.9 magnitud di wilayah terpencil Himalaya yang merentangi India, Nepal dan Tibet yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 54 orang yang berpusat di Sikkim, India Ahad lalu dianggap luar biasa jika dilihat kepada ukuran magnitud dan sifat asal gempa di kawasan berkenaan kerana wilayah itu terletak di plat tektonik Tibet dengan catatan gegaran sederhana.

    Beberapa ahli geologi India berpendapat tahap gegarannya sangat berbeza dengan ukuran yang pernah dicatatkan di kawasan itu sebelum ini.

    Ahli geologi Institut Sains India, CP Rajendran berkata, gempa di Sikkim berbeza kerana "magnitud yang luar biasa besar". USGS menyatakan, gegaran dirasai hingga ke Bhutan selepas ia menggegarkan sempadan Sikkim dan Nepal kira-kira jam 6.10 petang Ahad waktu tempatan. Pusat gempa terletak 60 kilometer di barat laut Gangtok, dengan kedalaman 19.7 kilometer. Gempa bumi itu diikuti dengan dua gegaran susulan yang kuat.

    Beliau juga berpendapat, gempa di wilayah itu berbeza dengan kejadian gegaran yang selalu berlaku di jajaran Himalaya kerana ia di berlaku secara melintang akibat pelanggaran plat Eurasia dengan plat Eurasia

    Pakar geologi Institut Penyelidikan Geofizikal Kebangsaan India di Hyderabad, Vineet Gahaulat berkata, gempa bumi di Sikkim berlaku secara melintang merentasi Himalaya dan beliau percaya akan berlaku gempa susulan yang lebih besar selepas ini

    "Kejadian ini pernah dijangkakan akan berlaku dan kita percaya ia akan sebesar kejadian gempa bumi sekuat seperti kejadian di Chamoli pada 1999 dan Uttarkashi pada 1991," katanya.

    Petanda gempa

    Benarkan petanda gempa bumi itu boleh dikesan awal sebelum berlakunya bencana itu? Inilah yang ditegaskan beberapa saintis dunia, termasuk Dr Neil Whitehead yang mengkaji gempa bumi di Darfield, New Zealand pada 4 September 2010 yang turut menyenaraikan tindakan spontan haiwan sebelum gempa di New Zealand serta kejadian sama di Kobe, Jepun dan di Turki.

    Berikut hasil kajiannya:
    1. Deria unik haiwan
    • Sehari sebelum gempa di New Zealand, seorang penduduk melaporkan kelakuan aneh 40 bebiri yang membentuk bulatan mengelilingi pokok, seolah-olah berlindung daripada ribut. Kawanan bebiri ni pula membisu seolah-olah takut dengan apa yang bakal berlaku
    • Laporan lain mengenai kuda yang tiba-tiba mengamuk dan enggan diikat.
    • Beberapa pemilik kucing dan anjing berkata, mereka dikejutkan haiwan peliharaan masing-masing yang bising beberapa minit sebelum kejadian. Malah di Kobe, Jepun, sebelum berlakunya gempa bumi, anjing peliharaan itu bising dan seolah-olah memaksa tuan mereka supaya keluar rumah. Malah ada laporan menyatakan kucing menggigit dan mencakar tuan mereka supaya keluar rumah.
    • Pemantauan di Christchurch, New Zealand, melaporkan pemilik burung mengadu binatang itu secara berterusan bising dan seolah-olah mengamuk dalam sangkar. Seorang penduduk pula berasa pelik melihatkan itik peliharaannya bertenggek di bumbung rumah dua tingkatnya, sehari sebelum gempa bumi.
    • Di Canterbury, mamalia peliharaan - arnab dilaporkan memijakkan kaki dan melompat seolah-olah memberi amaran sesuatu buruk bakal berlaku, kira-kira 90 minit sebelum kejadian.
    • Laporan lain memetik petugas National Zoo di Washington, Amerika Syarikat, menyenaraikan pelbagai kelakuan aneh haiwan di situ seperti Orang Utan, gorila dan burung flamingo pada 19 Ogos lalu iaitu sehari sebelum kejadian gempa bumi di kawasan itu. Orang Utan dan gorila secara tiba-tiba mengamuk dan membuat bising dalam kandang mereka manakala burung flamingo berkumpul dan dalam keadaan gelisah, juga dilaporkan beberapa minit sebelum gempa bumi berlaku.
    • Laporan pada 2009 mendakwa, katak melarikan diri ke kawasan tinggi beberapa hari sebelum berlakunya gempa bumi di LAquila, Itali.
    • Pada 1975, laporan paling popular menyenaraikan ular dan katak keluar daripada tempat persembunyian masing-masing, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitud 7.3 di Haicheng, China. Malah, kelakuan aneh haiwan itu yang menggerakkan pegawai tempatan mengarahkan orang ramai meninggalkan kawasan itu dan mengelak lebih banyak kematian.
    • Pakar gempa Amerika Syarikat, Susan Hough, mengaitkan perubahan kelakuan haiwan itu disebabkan gempa menghasilkan dua gelombang iaitu jenis lemah dan kuat. Gelombang lemah bergerak secara mendatar manakala gelombang kuat atau lebih bertenaga, yang bergerak dari hala atas ke bawah atau dari udara ke darat dan gelombang inilah dirasai haiwan.


    2. Perubahan di darat/air
    • Beberapa hari sebelum gempa bumi di New Zealand, September tahun lalu, penduduk yang berkelah di sekitar sungai Hagley Park, melaporkan fenomena getaran di situ.
    • Pasangan suami isteri yang berada di hilir Sungai Waimakariri melaporkan aliran sungai itu menongkah ke belakang. Ia mengulangi fenomena sama yang pernah berlaku di Sungai Seta, Jepun dan gempa bumi 1812 di Madrid, Sepanyol yang mana petandanya turut berlaku di Amerika Syarikat apabila aliran Sungai Mississippi di Amerika, mengalir ke arah berlawanan untuk beberapa ketika.


    3. Langit/awan
    • Wujudnya pembentukan aneh awan yang dilabelkan sebagai cuaca gempa bumi seperti dicatatkan pada petang, kira-kira seminggu sebelum gempa bumi New Zealand. Beliau mendakwa melihat dua kepulan awan dengan warna menyamai pelangi.


    4. Elektronik
    • Petanda paling kerap dilaporkan adalah gangguan siaran televisyen yang berlaku pada malam sebelum gempa bumi New Zealand berkenaan. Laporan gambar menjadi kaku dan cubaan bertukar ke siaran lain juga gagal.
    • Seorang penduduk pula mendakwa jam tangan dan jam radionya berhenti secara tiba-tiba, tepat jam 3.17 pagi.
    • Petugas kedai buku melaporkan kejadian aneh berlakunya elektrik statik iaitu apabila rambut pengunjung berdiri serta helaian muka surat terpisah daripada buku.

    Pertandingan video asah kemahiran, kreativiti

    Posted: 25 Sep 2011 09:09 PM PDT


    Abd. Ghafar Mahmud (tengah) dan Chris Tomachi bergambar bersama pelajar-pelajar dan guru pembimbing dari SDAR yang menjuarai pertandingan Panasonic Kid Witness News (KWN) Peringkat Kebangsaan 2011 di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.


    Aktiviti luar bilik darjah dapat membina tahap keyakinan yang tinggi, kreativiti dan semangat bersaing di kalangan pelajar, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

    Menurut beliau, pengalaman hands-on mampu memberikan pelajar peluang untuk mengenal pasti minat, kebolehan, kreativiti dan kemahiran dalam diri yang akan membantu mereka pada masa hadapan.

    "Para pelajar yang terlibat dalam program ini akan mendapat manfaat selain menambah pembelajaran baru serta pengalaman berguna melalui aktiviti yang dijalankan," katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Panasonic Kid Witness News (KWN) Peringkat Kebangsaan 2011 di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

    Abd. Ghafar berkata, KWN diwujudkan sebagai pemacu untuk menggalakkan para pelajar membina kemahiran berkomunikasi yang sangat bernilai melalui integrasi teknologi video dan elektronik dalam proses pembelajaran.

    Dalam program ini, jelas beliau, tiada batas umur sama ada dari sekolah menengah mahupun sekolah rendah kerana semua pelajar bersaing sesama sendiri untuk menyampaikan maklumat bermanfaat melalui hasil video mereka.

    Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) dari Seremban, Negeri Sembilan muncul juara menewaskan 11 sekolah lain di peringkat akhir melalui video bertajuk "The Factory Chicken".

    Secara keseluruhan, 37 penyertaan diterima dari seluruh negara yang melibatkan rakaman video selama lima minit berdasarkan tema ekologi dan komunikasi.

    Sekolah-sekolah lain yang berjaya ke peringkat akhir ialah SMK Bukit Mewah, Seremban; SMK King George V, Seremban; Penang Chinese Girl's High School, Pulau Pinang; SMK Sri Kukup, Pontian; SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat; Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu; SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu; SMK Seri Panching, Kuantan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Dua, Labuan.

    Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn. Bhd., Chris Tomachi berkata, KWN adalah sebuah program pendidikan global yang ditunjuk ajar secara hands-on dan direka untuk pelajar sekolah rendah dan menengah dalam usaha untuk menyampaikan informasi pendidikan melalui video.

    "Gaya pembelajaran baru luar bilik darjah ini mampu memberi peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih peka dalam memaparkan sesuatu isu melalui penyelidikan dan diterjemahkan melalui penghasilan video," jelasnya.

    Secara tidak langsung, katanya, peserta dapat mendalami ilmu perfileman dan penyiaran dengan menyampaikan maklumat kepada orang ramai seperti apa yang dilihat oleh mereka sendiri.

    Sehingga kini, lebih daripada 3,500 pelajar sekolah dari 500 buah sekolah di seluruh negara telah menyertai pertandingan ini sejak ia mula diperkenalkan pada 2005.

    "Video-video ini dinilai oleh panel hakim yang merupakan pakar dalam bidang pembikinan filem, pendidikan dan kewartawanan dalam menentukan gelaran juara," jelasnya.

    Pendidik perlu kuasai media baru

    Posted: 25 Sep 2011 09:08 PM PDT


    Rahimah Mohd Sura (kiri) menerima cenderamata daripada pelajar Seratas sebagai hadiah kenangan persaraannya di Taiping, Perak, baru-baru ini.


    Pendidik masa kini perlu mempunyai pengetahuan tinggi termasuk menguasai media baru bagi memastikan mereka dapat melahirkan generasi muda yang berkualiti untuk mendepani cabaran globalisasi.

    Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, guru dan ibu bapa mesti berusaha melahirkan generasi baru yang kualitatif untuk mengisi ruang pembangunan dunia tanpa sempadan yang semakin pesat dengan meningkatkan nilai-nilai murni dan disiplin tinggi masing-masing.

    "Dalam proses globalisasi setiap individu mesti mempunyai komitmen dan daya tahan yang tinggi supaya mereka mampu bersaing dalam pasaran kerjaya masa depan," katanya.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shafie ketika merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan meraikan persaraan Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (Seratas), Taiping, Perak, baru-baru ini.

    Justeru, ujar Zambry, ibu bapa dan pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri kehidupan gemar menghormati orang lain dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni bagi membentuk sahsiah dan disiplin di kalangan warga sekolah.

    "Amalan ini akan membantu sekolah mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif selaras dengan usaha menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang," jelasnya.

    Beliau menambah, warga pendidik perlu meningkatkan pelbagai program kecemerlangan dalam merealisasikan modal insan cemerlang sebagai pewaris kepimpinan negara pada masa depan.

    "Kejayaan pelajar adalah menjadi simbol kejayaan sistem persekolahan dan pendidikan hasil kerjasama antara pentadbir, guru, sokongan ibu bapa dan pelajar," katanya.

    Hubungan erat pihak sekolah dengan ibu bapa juga, jelasnya, dapat merealisasikan hasrat sekolah untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang, modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran tinggi serta berdaya saing.

    Sementara itu, Pengetua yang diraikan, Rahimah Mohd Sura, 58, memberitahu, dunia pendidikan masa kini semakin mencabar dan guru perlu tabah menghadapi cabaran untuk menyesuaikan diri dengan matlamat transformasi dalam pendidikan.

    "Pelajar sekarang menguasai media baru yang akan memberi impak besar dalam proses pembangunan pendidikan yang semakin pesat di negara ini.

    "Oleh sebab itu, pendidik mesti peka dengan perubahan pantas di sekeliling kita dan mampu berkhidmat dengan dedikasi untuk melahirkan pelajar cemerlang bertaraf dunia," kata guru lulusan Sarjana Pendidikan Universiti Malaya ini.

    Rahimah bersara selepas berkhidmat selama 34 tahun dalam sektor pendidikan.

    Pada majlis yang sama, Emerald Chao terpilih sebagai Pelajar Terbilang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ) 2010 setelah memperoleh 9A+ dan 1A dalam peperiksaan itu. Dua guru Seratas iaitu Noh Lasa dan Zahari Mohd Aliah dipilih menerima anugerah Panitia

    Kemahiran Hidup. Manakala Nur Akma Kamarudin, Nurul Shahidah Mohd Nor, Nora Annuar Kassim dan Wong Tuck Ee pula untuk Panitia Bahasa Inggeris.

    Turut menerima anugerah ialah Radzhiyah Salleh dan Nabisan Beebi Musa Sahib (Panitia Sejarah), Salwana Ahmad Suhaimi (Panitia Pendidikan Moral) dan Zulkiflee Rasdi (Panitia Pendidikan Seni Visual).

    Tokoh Alumni Seratas dianugerahkan kepada Dr Zulkarimah Zainudin.

    Galak siswa teroka angkasa

    Posted: 25 Sep 2011 09:01 PM PDT


    Sheikh Muszaphar bersama Asronaut Oleg Artynev dan Astronaut Korea, So Yeon.


    ANGKASAWAN Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukur bersama 20 angkasawan lain di Asia akan menubuhkan Persatuan Peneroka Angkasa Asia (PPAA) pada bulan Oktober depan dalam usaha mempertingkatkan minat generasi muda dan mahasiswa untuk mencintai alam angkasa lepas.

    Beliau berkata, tujuan utama persatuan ini ditubuhkan adalah untuk memperkukuhkan sistem komunikasi angkasawan di rantau Asia, bekerjasama menyebarkan maklumat kepada generasi muda di kalangan pentadbir universiti dan pelajar universiti di Asia mengenai industri aeroangkasa.

    Penubuhan ini juga akan membantu universiti dan negara Asia menganjurkan kongres planet dan menyedarkan penduduk Asia tentang kehadiran PPAA terutama di kalangan blok-blok negara Asia seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Asian Pasific Region Space Agency (APRSAF) dan Asian Pacific Space Cooperation Organization.

    Menurut Sheikh Muszaphar, selain angkasawan Malaysia dan Jepun (Soichi Noguchi, Chiaki Mukai dan Koichi Wakat), angkasawan dari India (Rakesh Sharma) dan Korea (Yi Soyeon) terbabit menjadi tenaga penggerak utama ke arah penubuhan PPAA.

    PPAA adalah jawatankuasa peringkat Asia bagi Persatuan Peneroka Angkasa (PPA) peringkat global mengikut artikel 3.2 yang bertujuan mempromosi dan menganjurkan perhubungan erat antara ahli di kalangan negara Asia yang diterajui mereka yang berpengalaman dalam penerbangan orbit.

    Di samping itu, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan antara astronaut dan cosmonaut yang pernah meneroka kehidupan manusia di angkasa lepas serta menyebarkan maklumat tentang sejarah dan pengalaman manusia terawal yang pernah menjejakkan kaki di angkasa lepas.

    "Pada peringkat permulaan kumpulan angkasawan itu akan beroperasi di pejabat sementara di Jepun.

    "Seramai 21 angkasawan di Asia dan beberapa pelajar universiti akan menjadi ahli persatuan ini secara automatik," katanya.

    Setiap tahun, jelas Sheikh Muszaphar, cosmonaut, astronaut, taikonaut dan angkasawan akan bersidang untuk mengadakan perbincangan mengenai eksplorasi angkasa lepas termasuk berjumpa pelajar universiti dalam memberi inspirasi kepada mereka khususnya dalam bidang sains, teknologi dan aeroangkasa.

    Beliau berkata, tahun ini seramai 80 astronaut seluruh dunia dari Amerika, Russia, China dan pelbagai negara lain berkumpul di Moscow, Russia sempena ulang tahun ke-24 PPA di samping meraikan 50 tahun penjelajahan manusia Yuri Gagarin di angkasa lepas pada 1961 yang berlangsung pada 5-9 September 2011.

    Isu penerokaan manusia di angkasa, ujarnya, wajar diketahui dan dikaji generasi muda terutamanya mereka yang masih berada di bangku sekolah dan di institusi pengajian tinggi.

    Menurutnya, pelbagai perbincangan diadakan sempena persidangan berkenaan di samping beliau berkesempatan melawat Yuri Gagarin City yang terletak kira-kira 250 kilometer dari Moscow.

    Beliau juga berpeluang bertentang mata dan melihat sendiri kehidupan Yuri Gagarin yang dianggap wira Russia dan dunia.

    "Saya kini sedang aktif dalam proses penubuhan PPAA dan saya bercadang mengumpulkan ke semua astronaut dari Asia membantu memaju dan membangunkan sektor aeroangkasa di peringkat Asia memandangkan kini sudah ada enam negara Asia terbabit melahirkan 21 astronaut termasuk Jepun, Korea, India, Arab Saudi, Mongolia dan Malaysia," katanya.

    Sheikh Muszaphar berkata PPA sudahpun bersetuju dengan penubuhan PPAA dan banyak program yang boleh dilaksanakan bagi memaju serta membangunkan sektor aeroangkasa di rantau ini nanti apabila persatuan berkenaan Berjaya ditubuhkan.

    Swasta biayai pembinaan hospital pengajar UIAM

    Posted: 25 Sep 2011 09:00 PM PDT


    Mohamad Khaled Nordin dan Nor Mohamed Yacop melihat model Hospital Pengajar UIAM pada Majlis Menandatangani Perjanjian Konsesi Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di Hotel Marriott, Putrajaya baru-baru ini.


    SEBUAH Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan dibina pada awal tahun depan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

    Hospital pengajar itu akan dibina dan diuruskan oleh Peninsular Medical Sdn. Bhd. (PMSB) yang merupakan anak syarikat kepada Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB).

    Pengerusi AZRB, Raja Datuk Seri Aman Raja Ahmad berkata, projek bernilai RM412.6 juta itu dijangka mula beroperasi pada pertengahan 2015 nanti.

    "Hospital Pengajar UIAM ini mempunyai kapasiti 300 katil dengan keupayaan memberi ruang pengajaran kepada 735 mahasiswa," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian konsesi hospital pengajar tersebut antara Kementerian Pengajian Tinggi, UIAM dan PMSB di sini hari ini.

    PMSB diberi konsesi pembinaan dan pengurusan hospital tersebut untuk tempoh 25 tahun.

    Turut hadir pada majlis itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    Raja Aman berkata, kos pembinaan hospital tersebut akan didahului pembiayaannya oleh Kumpulan AZRB kerana ia selari dengan konsep PFI.

    Beliau berkata, secara tidak langsung, pihak kerajaan akan mendapat faedah daripada aspek nilai kewangan kerana kos pembangunan hospital itu akan dibayar balik secara berkala dalam tempoh 21 tahun setengah.

    "Pihak kami juga akan bertanggungjawab dari segi aspek penyelenggaraan dan penggantian aset secara berjadual sepanjang tempoh konsesi tersebut.

    "Pembinaan hospital pengajar itu dapat memberikan manfaat terutama kepada penduduk Kuantan dan Pahang yang akan mendapat perkhidmatan perubatan yang moden dan terkini pada kos yang tidak membebankan," katanya.

    Selain itu, beliau berkata, dengan adanya hospital tersebut, para mahasiswa perubatan UIAM akan mendapat kemudahan pembelajaran yang baik dalam persekitaran yang kondusif.

    Kelawar pekebun semula jadi hutan

    Posted: 25 Sep 2011 08:59 PM PDT


    SEORANG urus setia menunjukkan cara pemasangan harp trap untuk menangkap kelawar pemakan serangga.


    HUTAN hujan tropika di negara ini sememangnya kaya dengan kepelbagaian biologi flora dan fauna.

    Terdapat hampir 600 spesies burung, 286 spesies mamalia, 140 spesies ular dan 80 spesies serangga serta organisma kecil lain yang tidak terhitung jumlahnya.

    Salah satu jenis haiwan yang memainkan peranan penting dalam menyuburkan hutan adalah kelawar.

    Menurut Pegawai Penyelidik, Bahagian Perhutanan, Program Hutan Asli, Cawangan Ekologi, Institut Kajian Perhutanan (FRIM), Dr. Christine Flecther, kelawar memainkan peranan penting dalam penyebaran biji benih dan proses pendebungaan.

    ''Biarpun kelawar sering dikaitkan dengan mitos yang menyeramkan, haiwan yang jahat serta hodoh, hakikatnya kelawar tidak begitu.

    ''Ia memainkan peranan penting dalam ekologi hutan dimana ia juga boleh dikatakan sebagai pekebun semulajadi hutan," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika memberikan syarahan Konservasi dan Kajian Kelawar di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kuala Lompat, Krau, Pahang kepada peserta MyBats Camp 2011 yang diadakan baru-baru ini.

    Kem anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bersama Kementerian Pelajaran (KPM), Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) serta beberapa agensi kerajaan disertai hampir 80 orang pelajar daripada pelbagai sekolah dari Kuala Lumpur dan sekitar Pahang.

    Jelas Fletcher, kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang boleh terbang melalui kuasa penerbangan (power flight) mengikut kemahuan serta haluan yang dikehendakinya.

    Tambah pengkaji kelawar dari FRIM tersebut, Malaysia antara negara yang memiliki kepelbagaian spesies kelawar yang tertinggi di dunia.

    "Berbanding negara-negara Eropah, Malaysia bertuah kerana merupakan sebuah negara tropika yang menjadi habitat paling sesuai buat kelawar.

    "Terdapat 118 hingga 126 spesies (mengikut kajian yang berbeza) kelawar di negara ini yang mana mewakili 10 peratus jumlah spesies kelawar di seluruh dunia," ujarnya.

    Malah, hampir 40 peratus jumlah mamalia yang terdapat di Malaysia terdiri daripada kelawar dan secara saintifiknya ia dikenali sebagai 'Chiroptera' yang bermaksud tangan bersayap.

    "Terdapat 1, 111 spesies kelawar di seluruh dunia dan di Malaysia sahaja sehingga kajian terbaru mendapati terdapat 132 spesies," katanya.

    Di Rezab Hidupan Liar Krau sahaja terdapat 72 spesies iaitu hampir 60 peratus jumlah keseluruhan spesies kelawar dalam negara.

    Malah di kawasan rezab tersebut juga turut dijumpai spesies kelawar terbaru yang diklasifikasikan sebagai spesies endemik, dikenali sebagai wolly bats atau nama saintifiknya Kerivoula krauensis.

    Spesies ini mula ditemui pada awal tahun 1990 an dan secara rasminya ia direkodkan sebagai spesies terbaru dan endemik di Krau pada tahun 2007.

    Kelawar mengawal penerbangan serta mencari makanan seperti serangga melalui sistem ekolokasi (echolocations) atau gema yang dihasilkan olehnya.

    Sistem tersebut sama seperti teknologi sonar yang digunakan oleh manusia untuk mengesan permukaan dasar laut.

    Analisis eko atau frekuensi yang dikeluarkan sama seperti burung layang-layang gua, ikan lumba-lumba dan paus.

    Selain bertindak sebagai agen pendebungaan, kelawar juga merupakan agen penyebaran biji benih yang amat berkesan.

    Di negara ini, terdapat 186 jenis pokok buah-buahan yang mempunyai nilai ekonomi bergantung kepada kelawar dalam aspek pendebungaan dan penyebaran biji benih.

    Anak kelawar yang dilahirkan dengan saiz besar iaitu 20 hingga 30 peratus bersamaan saiz kelawar dewasa dan hanya memerlukan dua hingga tiga minggu untuk mencapai 95 peratus saiz dewasa.

    Ia juga mampu meningkatkan berat badannya sehingga 70 peratus berat badan kelawar dewasa dalam masa yang sama dan mula terbang pada usia sembilan hingga 12 minggu.

    Usia kelawar dewasa mampu mencecah 10 hingga 30 tahun dan usia kelawar paling lama pernah direkodkan berusia 38 tahun.

    Jelas Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Rasid Samsudin, kewujudan kawasan hutan perlindungan perlu bagi melindungi spesies kelawar.

    "Kawasan ini (hutan simpan) dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang dan hanya digunakan untuk tujuan tertentu sahaja tanpa menyebabkan kemusnahan," katanya.

    Jelasnya, PERHILITAN akan terus berusaha meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemuliharaan biodiversiti dengan melibatkan pelbagai pihak yang berkepentingan.

    Menganggarkan kematangan tomato

    Posted: 25 Sep 2011 07:02 PM PDT


    Bukan mudah menilai tahap kemasakan buah tomato secara manual kerana ia bergantung kepada pemerhatian fizikal semata-mata.- Gambar hiasan


    MESIN seumpama ini bukan baru dihasilkan tetapi mekanismenya mungkin berbeza.

    Sebelum ini, sebuah mesin yang sama telah dihasilkan oleh sebuah universiti di utara tanah air yang menggunakan menggunakan kesan pergerakan elektron antara dua plat yang mengapit dua buah yang hendak diuji yang mana bacaannya diukur dalam unit voltage.

    Namun bagi Universiti Malaysia Pahang (UMP), penyelidikan bagi membangunkan sistem seumpama itu wajar diteruskan memandangkan ia sangat berguna membantu pengusaha industri kecil dan sederhana atau setidak-tidaknya kepada penanam buah.

    Apatah lagi teknologi tersebut dapat membantu industri buah-buahan berkembang dengan membantu kerja-kerja manual penggredan buah yang dilakukan secara manual.

    Ketika ini, antara cabaran kerja-kerja penggredan buah ialah penilaian tahap kemasakan buah yang bersifat subjektif.

    Ini kerana kerja-kerja menggredkannya dilakukan berdasarkan warna dan ini biasanya menimbulkan masalah tekanan, keletihan mendorong kepada pemilihan gred tidak tepat.

    Perbezaan itu berlaku kerana pandangan manusia adalah terhad dalam membezakan warna.

    Sebagai contoh warna hijau tulen (100 peratus), hijau cerah (90 peratus hijau) ada lah berbeza begitu juga merah cerah (60-90 peratus merah ) dan merah (100 peratus) .

    Jelas bahawa persepsi manusia terhadap warna adalah subjektif dan pelbagai mengikut individu.

    Warna tomato yang mungkin hijau tulen untuk individu tertentu tetapi berbeza dengan yang lain.

    Ini menyebabkan ketidaktepatan dalam menilai warna tomato.

    Mesin sedia ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya di negara ini kerana terlalu mahal.

    Sebab itu , sekumpulan penyelidik universiti terbabit menggerakkan satu usaha membangunkan mesin berkenaan dengan menggunakan teknik pemprosesan imej.

    Kumpulan penyelidikan berkenaan bermula pada Januari 2009 dianggotai oleh Wan Mohd. Syayhrir Wan Husin, Chye Connsyn, Dr. Kamarul Hawari Ghazali, Chu Kai Chuan, Hazrul reza Mustafa, Mohd. Syafiq Bachok, Shuhairie Mohammad dan Kirahman Ab. Razak dari Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian.

    Ketua kumpulan, Wan Mohd. Syayhrir Wan Husin berkata, penyelidikan dijalankan dengan menggunakan peruntukan kewangan daripada geran penyelidikan UMP dan satu prototaip telah berjaya disiapkan pada April tahun ini.

    Beliau berkata, mesin yang kemudiannya dikenali sebagai Tomato Maturity Estimator (TME) mesin menganggar kemasakan buah tomato berfungsi untuk mengganggarkan kemasakan buah, sekali gus membantu mengendalikan kerja-kerja penggredan tomato berdasarkan warna.

    ''Penganggar Kematangan Tomato ini menggunakan teknik pemprosesan imej untuk menentukan kematangan tomato.

    ''Tomato yang berada di atas konveyor akan melalui kotak hitam bagi tujuan pemprosesan imej,''ujarnya.

    Beliau berkata, sistem tersebut berfungsi dengan mengesan kehadiran tomato di dalam kotak hitam menggunakan satu penderia (sensor) yang berfungsi untuk menghantar isyarat kehadiran tomato kepada komputer.

    Seterusnya komputer akan mengambil gambar tomato dan memproses menggunakan teknik pemprosesan imej.

    Kaedahnya ialah menggunakan beberapa teknik pemprosesan imej termasuk perolehan imej, penambahbaikan mutu imej dan pengambilan imej.

    Lima puluh data sampel tomato dikumpul semasa fasa pengambilan imej mengikut format RGB . Warna imej yang dikumpul telah dipertingkatkan kualitinya , terutama kepada penukaran kepada format warna L*a*b*

    Pada fasa pengambilan gambar, cahaya merah hijau diekstrak dinilai . Nilai tersebut digunakan sebagai info menentukan peratusan kematangan buah tomato dan menganggarkan tarikh luputnya.

    Melalui teknik pemprosesan imej itu, warna tomato akan diproses oleh komputer untuk menentukan kematangan tomato berdasarkan kepada standard Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).

    ''Mesin ini unik kerana bukan sahaja dapat menganggar kematangan tomato tetapi ia juga dapat menentukan tarikh luput tomato,'' katanya.

    Oleh kerana ia melibatkan banyak subsubstem, penghasilan mesin TME tersebut melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menghasilkan bahagian mekanikal, elektronik dan juga perisian TME.

    Kajian latar belakang dan maklumat mengenai proses penggredan tomato diperoleh daripada Stesen Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cameron Highlands dan syarikat Twin Diamond Plantation Sdn.Bhd. Bahagian mekanikal mesin TME ini dihasilkan oleh syarikat Easy Technology Industries Sdn. Bhd.

    Pengantara muka elektronik bagi mesin ini pula dibuat oleh pensyarah dan juga pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik UMP manakala perisian bagi mesin TME ini pula dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar Fakulti Sistem Komputer dan Kejuruteraan Perisian.

    Menurut Wan Mohd. Syayhrir Wan Husin, matlamat akhir projek penyelidikan tersebut adalah untuk memperluaskan penggunaanya kepada kesemua jenis buah-buahan atau pun sayur-sayuran yang kematangannya dapat diukur berdasarkan kepada perubahan warna.

    ''Selain itu, matlamat akhir projek penyelidikan ini juga adalah untuk menghasilkan mesin yang dapat mengasingkan buah-buahan ataupun sayur-sayuran yang dicemari dengan bahan kimia yang merbahaya kepada manusia,'' kata beliau.

    Dari segi komersial, mesin berkenaan bukan sahaja berpotensi dipasarkan ke pasaran tempatan tetapi juga antarabangsa.

    Kos untuk menghasilkan prototaip TME ini bernilai kira-kira RM 25 000. Bagaimanapun kos bagi tujuan komersial bergantung kepada jenis konveyor dan peralatan pemprosesan imej yang digunakan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    Categories