Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Fathia dicemburui
- Siti Nurhaliza Terbit Album Inggeris Bukan Mahu Menunjuk
- Isu 'Hantu Bonceng' Selesai, Pemuda PAS Puas Hati
- Keadaan Ahmad Jais Semakin Stabil
- Saiful Apek Tegur Artis Komedi
- Rabbani Bakal Berduet Dengan Iwan Dangdut
- Tema 'Lanun' Majlis Hari Jadi Anak Ashraf Sinclair
- Marcell Rakam Semula Lagu Lama
- Bukan jual wajah
- Jerat halus
- Usah cari pasal
- Kejutan dari Sabah
- KOM tak patut
- Selena bersiar tanpa Justin
- 58 hingga 60
- Waktu pergi, balik suasana berbeza
- Bandar raya terapung
- Polis lebih stres berbanding guru
- Malam panas
- Marsha akui putus cinta
- Simbolik 1Malaysia
- Fasha nak buka cawangan
- Siti Nurhaliza tidak kisah
- Gementar Siti dalam teruja
- MasterChef Malaysia cungkil bakat memasak
Posted: 26 Sep 2011 06:51 PM PDT PAKEJ lengkap yang ada padanya membuatkan nama pelakon ini begitu pantas mendaki carta populariti. Cantik, berbakat serta bijak. Tiga perkara itu sudah cukup untuk menjadikan Nur Fathia Abd Latiff atau lebih mesra disapa Fathia ini sebagai antara pelakon pelapis yang wajar diberikan perhatian. Bersandarkan anugerah yang dimilikinya itu, maka tidak hairanlah andai gadis yang berusia 24 tahun ini menjadi rebutan kebanyakan pengarah yang mahukan dirinya menjadi daya tarikan dalam produk mereka. Apatah lagi selepas menunjukkan mutu lakonan yang hebat dalam beberapa siri drama dan telefilem lakonannya sebelum ini, lagilah nama Fathia berada dalam senarai pelakon yang laris bagai goreng pisang panas. Bagaimanapun, harga sebuah populariti bukannya murah. Dalam dunia hiburan yang penuh dengan drama, hipokrasi dan tikam belakang ini, terdengar perkhabaran kononnya kehadiran Fathia tidak disenangi pelakon yang lebih berpengalaman darinya. Menurut si pembawa khabar angin ini, Fathia menerima layanan dingin hanya kerana popularitinya yang semakin mencanak itu. Saat diajukan pertanyaan ini kepada si empunya diri, Fathia ternyata terkejut dengan soalan yang tidak disangka-sangka itu. Terperanjat kerana tidak menyangka dirinya yang masih baru itu menjadi mangsa cemburu. Betul ke ada pelakon yang tidak menyukai saya? Tak pasti pula jika perkara itu benar-benar berlaku. Setakat ini, sepanjang saya berlakon dengan mana-mana pelakon, terutama yang terlebih dulu dalam bidang ini, layanan yang saya terima daripada mereka baik-baik saja. Lagipun setahu saya, saya tidak pernah membuat sebarang masalah dengan mereka. Bila di lokasi penggambaran, saya amat menghormati mereka. Malah, saya juga amat kagum dengan bakat mereka dan teringin mendalami ilmu lakonan dengan mereka, katanya yang mengakui berasa tidak sedap hati andai benar kehadirannya menimbulkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Tegas Fathia, kehadirannya dalam dunia lakonan adalah kerana minat yang mendalam dan bukannya kerana mahu menggugat mana-mana pihak. Tidak terlintas dalam hati saya memasuki bidang lakonan ini untuk menyekat rezeki mana-mana pihak. Saya lakukan semua ini kerana minat. Saya orang baru dan saya tahu di mana kedudukan saya. Jadi tak perlu nak anggap kehadiran saya ini sebagai satu ancaman pada mereka, jelas Fathia yang juga teman rapat kepada Neelofa serta Kilafairy ini. Pernah berdepan dengan kontroversi melempar telefon bimbit ke arah seorang pengarah sebelum ini, kata Fathia, dia cukup serik dengan apa yang berlaku. Cukuplah dengan kontroversi yang saya lalui sebelum ini.Saya tak mahu lagi dikaitkan dengan cerita panas yang boleh menjejaskan kerjaya lakonan saya, pinta penuh pengertian. Mahu berehat bukan bersara SEBELUM ini ada tersiar cerita kononnya Fathia mahu bersara dalam bidang lakonan yang baru diceburinya. Apa yang membuatkan gadis yang memiliki perwatakan ceria ini memilih untuk mengundurkan diri lebih awal. Apakah dia tidak sanggup untuk menghadapi gelombang serta duri ranjau yang menanti di depan mata. Bagaimanapun, menurut Fathia, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin bersara dalam bidang seni. Sebaliknya, apa yang dikatakan hanyalah ingin berehat buat seketika demi tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Semester baru sudah pun bermula dan atas sebab itu saya terpaksa berehat seketika dari dunia lakonan. Kalau ada tawaran yang datang, mungkin saya ambil kerja untuk komersial saja. Memang menjadi prinsip saya untuk tidak mencampur adukkan antara pelajaran dan juga kerjaya. Bila tiba masa belajar, saya sakan tumpukan perhatian pada pelajaran. Saya tak suka terkejar-kejar.Untuk promosi filem Al Hijab ini pun, saya akan gunakan waktu hujung minggu supaya ia tidak mengganggu pelajaran saya, katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Al Hijab arahan Pierre Andre yang diadakan di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara, baru-baru ini. Mengulas wataknya sebagai Qiss dalam filem seram itu, Fathia mengakui masih banyak perkara yang boleh diperbaiki. Ini adalah filem pertama lakonan saya. Sewaktu filem ini masih dalam pembikinan, saya memang tiada pengalaman berlakon langsung. Hanya selepas itu baru saya aktif berlakon drama dan telefilem. Selepas menontonnya, saya tahu banyak kelemahan saya yang dapat dikesan. Dari segi tonasi, emosi semuanya saya kena perbaiki. Berlakon di bawah arahan Pierre saya dapat menimba pelbagai jenis ilmu. Kalau dia puas hati dengan hasilnya, dia kata okey. Kalau tak, dia kata tak okey, kata Fathia yang juga gemarkan filem bergenre seram. | ||
Siti Nurhaliza Terbit Album Inggeris Bukan Mahu Menunjuk Posted: 26 Sep 2011 06:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Penerbitan album berbahasa Inggeris pertama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berjudul All Your Love bukan kerana beliau mahu menunjuk-nunjuk untuk menyanyi lagu dalam bahasa itu sebaliknya ingin mengembangkan kerjaya seninya pada peringkat yang lebih tinggi. Siti berkata, penerbitan album tersebut ibarat kelahiran semula dirinya dalam industri muzik memandangkan ini adalahlah kali pertama dia muncul dengan album berbahasa Inggeris. "Saya bukan nak buktikan apa-apa kepada orang luar yang saya juga boleh mempunyai sebuah album Inggeris tetapi ia merupakan langkah baru dalam mengembangkan karier saya. "Bagi saya, penghasilan album ini agak mencabar untuk membawa setiap lagu yang dinyanyikan serta penerimaan orang terhadap album ini," katanya selepas pelancaran album All Your Love di Restoran Shook, Starhill, di sini, Isnin. Tambah Siti, dia juga sudah bersiap sedia menerima respons daripada peminat-peminatnya dan bersedia menerima kritikan. Malah dia juga bersyukur sejak album tersebut dipasarkan pada 24 September lalu, cetakan pertama sebanyak 3,000 salinan album telah habis dijual. "Alhamdulillah, walaupun album Inggeris agak baru buat saya, sekurang-kurangnya saya telah menambahkan peminat-peminat daripada pelbagai bangsa termasuklah mereka berbangsa Cina dan India," ujarnya. Dalam pada itu, kata Siti, walaupun membawa lagu Inggeris, dia tetap ingin menerapkan muzik Melayu dalam setiap lagu nyanyiannya. "Saya percaya, jika penyanyi antarabangsa, Syakira boleh membawakan lagu Inggeris ala Latin, saya juga boleh berbuat demikian. "Di mana saya membawakan lagu-lagu tersebut mengikut cara tersendiri dan tidak perlu terlalu mengikut cara nyanyian ala orang Barat," katanya. Album All Your Love yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu iaitu All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love, Stand Up dan Remember You (menampilkan Sean Kingston) diterbitkan oleh syarikat milik anak tirinya Adib Khalid iaitu What's Up Entertainment dan Siti Nurhaliza Production. Ia adalah edaran Warner Music Malaysia. Sementara itu menurut Adib, pihak What's Up sedang merangka strategi memasarkan album berkenaan ke peringkat antarabangsa. "Kami tidak mahu membuat sesuatu perkara secara mendadak. Mula-mula, What's Up akan fokus kepada pasaran di Malaysia dan tidak lama lagi ia akan berada di Indonesia pula diikuti dengan Singapura serta Brunei. "Selepas itu kami akan memasarkan di negara-negara Asia dan barulah ke Eropah. Bagaimanapun semua itu masih lagi dalam perancangan," ujarnya. | ||
Isu 'Hantu Bonceng' Selesai, Pemuda PAS Puas Hati Posted: 26 Sep 2011 06:49 PM PDT PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi. "Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan. "Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat," katanya. Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam. Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan". Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan. Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan. | ||
Keadaan Ahmad Jais Semakin Stabil Posted: 26 Sep 2011 06:49 PM PDT PETALING JAYA: Keadaan kesihatan penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) Shah Alam dekat sini, Ahad semakin stabil. Rakan terdekat penyanyi tersebut, iaitu Datuk A.Rahman Hassan yang melawat beliau, Isnin berkata pihak hospital memberitahu kesihatan Ahmad Jais semakin positif dan beransur pulih. "Apa yang diberitahu doktor kepada saya, keadaan beliau semakin pulih dan tekanan darah juga kembali normal berbanding semalam (Ahad). "Kemungkinan esok (Selasa) doktor akan membuka alat bantuan pernafasan yang dipakaikan kepada beliau," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. A.Rahman turut meminta agar saudara mara, rakan-rakan dan peminat mendoakan kesihatan penyanyi tersebut agar pulih seperti sedia kala. "Saya harap peminat-peminat Ahmad Jais mendoakan kesihatannya agar dia boleh kembali untuk menghiburkan kita semula," katanya. Antara rakan artis yang hadir melawat beliau ialah Salwa Abdul Rahman, Jay Jay, Ramli Sarip, A.Halim dan Fatimah M.Amin. Ahmad Jais dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada Sabtu lalu selepas mengalami masalah sesak nafas. Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam Khamis lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam. Beliau kemudian dipindahkan ke DEMC awal pagi Ahad kerana mempunyai rekod perubatan di situ. | ||
Saiful Apek Tegur Artis Komedi Posted: 26 Sep 2011 06:48 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Saiful Apek ingin melihat artis komedi generasi baru supaya lebih kreatif daripada segi idea dan gaya persembahan untuk menghiburkan orang ramai. Saiful berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana peminat komedi sudah mula bijak dan selektif dengan apa yang dipersembahkan kepada mereka. Katanya, artis komedi perlu lebih sensitif dan membuat banyak rujukan sama ada daripada artis lebih senior atau melalui inisiatif sendiri seperti menonton banyak program berbentuk komedi, melalui pembacaan dan sebagainya. "Banyak bakat-bakat baru yang menyerlah sekarang dan ada di antara mereka boleh dilihat telah mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri dan diterima peminat. "Mereka boleh kekal lama jika sentiasa memperbaiki diri dan mengambil kritikan sebagai pemangkin untuk bertambah maju," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini baru-baru ini. Dalam pada itu, Saiful berkata, dia turut berasa kecewa dengan segelintir pelawak generasi baru yang mengambil sikap sambil lewa terhadap kerjaya mereka selain tidak mahu belajar. Namun katanya, bilangan itu adalah kecil dan adalah amat merugikan bukan sahaja kepada industri hiburan tetapi juga kepada diri mereka sendiri. "Bila sudah popular dan mula hanyut dengan populariti membuatkan mereka lupa dengan tujuan asal mereka menceburi bidang ini. "Mereka seharusnya lakukan sesuatu berbeza bagi menarik perhatian peminat dan mendapat sokongan mereka," ujarnya. Sementara itu, menyentuh perkembangan terbaru dirinya, Saiful berkata dia baru selesai menjalani penggambaran filem 'Bujang Terlajak' bersama Johan dan Nabil (Raja Lawak) selain masih menunggu tayangan dua lagi filem barunya 'Hantu Air' dan 'Rock 2' arahan Mamat Khalid. | ||
Rabbani Bakal Berduet Dengan Iwan Dangdut Posted: 26 Sep 2011 06:47 PM PDT PETALING JAYA: Kumpulan nasyid Rabbani bakal tampil dengan kelainan apabila berhasrat untuk berduet dengan bekas penyanyi dangdut, Iwan Syahman untuk album terbaru mereka. Menurut salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz, kumpulan itu sudah bertemu dengan Iwan pada Sabtu lalu dan penyanyi itu telah memberikan persetujuan untuk melakukan kolaborasi bersama-sama. "Setakat ini, perancangan masih pada peringkat awal. Kami memilih Iwan setelah melihat perubahan imejnya seperti yang disiarkan di akhbar sebelum ini. "Kami meminati imej dan suara Iwan yang tersendiri serta bersuara taranum. Kami juga meminati lagu-lagunya yang bersifat mendidik," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Rabbani dan pra pelancaran Dinar Rabbani di Dewan Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong, Ahad lalu. Tambah Azadan: "Kami memikirkan untuk membuat kelainan muzik tetapi masih mengekalkan muzik nasyid. Setelah bertemu dengan Iwan, kami nampak ada keserasian antara kami walaupun idea tersebut dilahirkan secara spontan. "Kami akan meminta dia menerbitkan lagu tersebut dengan memasukkan unsur Arab yang dikenali dengan identiti Rabbani." Beralih kepada perniagaan Dinar Rabbani yang diusahakan sejak Julai lalu, Azadan berkata sebanyak 1,500 keping dinar emas telah terjual. "Kami menyasarkan sebanyak 10 kilogram dinar yang dijual sebelum membuat pelancaran. Tetapi sekarang baru 6 kilogram yang dijual melalui kenalan dan kelab peminat kami," katanya. Satu kilogram bersamaan 235 keping dinar emas. Pada permulaan, mereka menjual 1 kg dinar pada harga RM710 tetapi selepas tiga bulan di pasaran, harganya meningkat kepada RM860. Dalam perkembangan lain, mereka juga melaksanakan perniagaan pelancongan Rabbani Travel & Tour dan minuman Rabbani Café. Walaupun masih aktif dengan persembahan nyanyian, Rabbani turut seimbangkan dengan perniagaan sebagai jaminan dan persediaan masa depan. "Kami kena pelbagaikan kerjaya kami dengan perniagaan. Lagipun, kami mahu menyahut seruan Rasulullah yang bersabda sebahagian punca rezeki adalah daripada perniagaan," ujarnya lagi. Azadan turut berkongsi berita gembira tentang penubuhan studio Rabbani di Bandar Menjalara, Kepong yang menjadi hajat bekas vokalis mereka, Allahyarham Ustaz Asri. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian 03-89275928 (Rabbani Travel & Tour), 019-2336602 (Rabbani Wedding Planner) dan 016-6083010 (Dinar Rabbani). | ||
Tema 'Lanun' Majlis Hari Jadi Anak Ashraf Sinclair Posted: 26 Sep 2011 06:47 PM PDT JAKARTA: Pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu apabila tampil dengan tema seperti lanun. Noah yang lahir pada 22 September 2010 diraikan di taman tema Play Park, Kemang, dekat sini dengan kehadiran beberapa tetamu undangan. "Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana," ujar Bunga. Sementara itu, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih. "Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya," tambahnya seperti dipetik portal DetikHot.com. Bunga juga mengaku membuat persiapan yang agak panjang untuk majlis puteranya itu untuk memastikan ia berjalan lancar dan meriah. "Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia," tambahnya lagi. | ||
Marcell Rakam Semula Lagu Lama Posted: 26 Sep 2011 06:45 PM PDT JAKARTA:Penyanyi Marcell Siahaan mengakui tidak kisah untuk merakamkan semula lagu-lagu lama untuk dimuatkan dalam album barunya. Dia kini sudah memberi nafas baru dalam empat buah lagu lama yang salah satunya merupakan lagu kumpulan Armada, Mau Dibawa Ke Mana. "Sekarang sudah ada empat buah lagu lama yang saya nyanyikan semula, kesemua lagu itu merupakan lagu yang saya suka. "Ketika mereka menawarkan lagu tersebut untuk dinyanyikan semula saya terus setuju, lagi pula ini merupakan penghargaan buat kumpulan Armada," katanya seperti dipetik DetikHot.com. Ketika keluar dalam industri hiburan, Marcell dikenali dengan lagu-lagu berat sedangkan industri hiburan Indonesia dibanjiri dengan kumpulan muzik muda dan baru. "Ketika ramai band Indonesia membawakan muzik Melayu, saya masih memperjuangkan muzik saya yang mana ramai yang menganggap ia berat. "Sekarang saya cuba untuk membawa muzik yang mengenai golongan sasaran dan apa yang masyarakat mahukan," ujarnya. | ||
Posted: 26 Sep 2011 06:42 PM PDT SITI SALEHA...duta Enchanteur Paris. JIKA sudah tertulis rezeki itu miliknya, ia tidak akan berganjak ke mana walau datang badai menimpa. Lebih tiga tahun gigih berdiri memperdagangkan bakat yang ada, akhirnya si empunya wajah jelita, Siti Saleha Mohd Baharum mampu tersenyum apabila drama lakonannya, Nora Elena berjaya memancing perhatian ramai. Sekelip mata, namanya menjadi sebutan ramai. Pesona yang melekat pada bakatnya juga menjadi pilihan ramai produksi. Siapa sangka, si gadis yang tidak lekang senyuman dulunya berasa sukar mengejar nama kini sudah selesa memilih skrip yang sesuai. Siti Saleha yang ditemui di lokasi drama baru lakonannya, Rebah di Hujung Taubat, semua yang ada hari ini belum menjanjikan apa-apa buatnya sebaliknya yang penting, rezeki depan mata harus dipergunakan sebaik mungkin sebelum ia berlalu pergi.
| ||
Posted: 26 Sep 2011 06:39 PM PDT TRAUMA...Anisa menunjukkan laporan polis dibuatnya kepada wartawan Harian Metro. KUALA LUMPUR: "Sebaik selesai menyanyi, saya dan rakan diarah melayan tetamu dalam dua bilik berasingan. "Kami terkejut diarah berbuat demikian lalu memberi alasan belum bersedia melayan tetamu kerana hanya mahu menyanyi di kelab seperti dijanjikan," kata remaja mahu dikenali sebagai Anisa, 18, dan rakannya, Ana, 20-an, yang bukan sahaja ditawarkan bekerja sebagai penyanyi di sebuah kelab malam, tetapi turut dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO). Anisa berkata, disebabkan ingkar arahan majikan, mereka dikurung dalam sebuah hotel hampir seminggu, namun dia bernasib baik kerana diselamatkan ibunya bersama jiran, kelmarin.
| ||
Posted: 26 Sep 2011 06:36 PM PDT TUMPAS...Cindy (kanan) melihat pemuda yang meragutnya terbaring selepas dia dibelasah orang ramai. TAHAN...peragut diserahkan kepada polis. JOHOR BAHRU: "Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya. "Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan," kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.
Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.
Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.
"Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit," katanya. | ||
Posted: 26 Sep 2011 06:35 PM PDT BINCANG...Lau (kanan) melihat surat saman DBKK yang diterima Yong (tengah), semalam. KUALA LUMPUR: "Saya tidak pernah memandu kereta ini di Sabah, tetapi mengapa boleh disaman, malah jika tidak menjelaskan saman itu dalam tempoh 14 hari, saya didenda RM5,000," kata Yong Chon Heng, 30, yang mendakwa menjadi mangsa pihak tertentu disyaki menggunakan nombor pendaftaran sama dengan Nissan Cefiro miliknya. Bukan saja nombor pendaftaran sama, malah jenis kenderaan serta warna kenderaan serupa.
"Saya sudah membuat laporan polis pada 15 September lalu sejurus selepas menerima surat daripada DBKK," katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini, semalam.
"Ketika ini PGRM akan memaklumkan perkara terbabit kepada Yang Dipertua DBKK untuk menangguhkan tempoh saman kerana kami mahu siasatan dibuat terlebih dulu bagi mengenal pasti hal sebenar," katanya.
| ||
Posted: 26 Sep 2011 06:31 PM PDT TERPISAH...Norjannah (dua dari kiri) dan Nurul Sarah (kanan) kekal dalam kuartet 4x100m wanita negara. "PELIK betul apabila atlet yang mengikut arahan mahu digugurkan sedangkan yang ingkar tidak dikenakan sebarang tindakan." Demikian luahan kekesalan salah seorang Ahli Majlis Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), S Rajasegram yang kesal dengan tindakan terbaru KOM mahu menggantikan tiga daripada lima pelari kuartet 4x100 meter wanita sedia ada iaitu Siti Fatimah Mohammad, Siti Zubaidah Adabi dan Yee Yi Ling dengan dua pelari baru.
Namun apa yang mencetuskan rasa tidak puas hati Rajasegram ialah mengapa tiga pelari yang mengikut arahan dengan berlatih bersama jurulatih, Tan Kok Lim dan bukan lagi di bawah kendalian Harun Rasheed Othman seperti yang dipersetujui pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) antara KOM dan Majlis Sukan Negara (MSN), bulan lalu mahu disingkirkan.
"Tidakkah situasi ini sesuatu yang amat pelik? Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku sedangkan tiga pelari ini mengikut keputusan yang diputuskan pada mesyuarat JKK baru-baru ini.
"Presiden KOM (Datuk Seri Shahidan Kassim) yang bawa cadangan itu dalam mesyuarat JKK dan kini presiden pula yang setuju untuk gugurkan mereka bertiga," kata Rajasegram yang juga Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Johor (POAJ).
| ||
Posted: 26 Sep 2011 06:28 PM PDT Selena kelihatan berbual dengan ibunya. SEJAK beberapa bulan yang lalu, pasangan remaja ini jarang sekali dilihat berasingan. Tapi nampaknya, Selena Gomez dapat juga keluar tanpa teman lelakinya, bintang pop Justin Bieber. Aktres dan penyanyi yang berusia 19 tahun kelihatan gembira meluangkan masa santai di Zoo Los Angeles, bersama keluarganya.
| ||
Posted: 26 Sep 2011 06:27 PM PDT AZLAN...kos sara hidup makin tinggi KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyarankan supaya kerajaan menilai semula umur persaraan kakitangan swasta supaya dapat dinaikkan antara 58 dan 60 tahun disebabkan beberapa faktor termasuk kekurangan simpanan persaraan dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dan menilai semula umur persaraan 55 tahun sekarang dalam pengumuman bajet yang akan datang.
Dalam ucaptamanya, Azlan berkata terdapat dua isu yang perlu ditangani Malaysia dalam melaksanakan sistem pencen yang cekap iaitu mereka yang cepat bersara dan jumlah simpanan yang rendah.
Menurutnya, perbelanjaan bagi kesihatan di Malaysia meningkat daripada RM9.8 bilion pada 2007 kepada RM12.2 bilion tahun lalu manakala perbelanjaan kesihatan kerajaan Persekutuan dijangka berjumlah RM13.2 bilion.
| ||
Waktu pergi, balik suasana berbeza Posted: 26 Sep 2011 06:24 PM PDT KAMI BERSEDIA!...petugas haji yang tidak sabar memberi khidmat mereka tahun ini. TUGAS ISTIMEWA...Tunku Shaniza (kiri) dan Yanti Irwani gembira melayan tetamu Allah. BUKAN hanya jemaah haji yang teruja dan berdebar-debar mahu menjadi tetamu Allah tetapi petugas haji terutama anak-anak kapal Penerbangan Malaysia (MAS) yang mengiringi jemaah pergi dan balik di atas udara juga ada keterujaan tersendiri. Tunku Shaniza Tunku Aziz Bendahara, 40, sudah sembilan kali menjadi petugas haji bersama MAS. Ibu dua anak berasal dari Kedah ini teruja dengan pengalaman yang dikecapinya setiap tahun. "Setiap tahun pembawaan jemaah sentiasa berubah dan sepanjang sembilan
"Walaupun majoriti jemaah adalah orang tua, ia tidak menjadi masalah kerana saya melayan mereka seperti ibu bapa sendiri. Begitulah yang sepatutnya sebagai saudara sesama Islam. Saya melaksanakan tugas dengan ikhlas dan memberi yang terbaik," katanya. Shaniza yang juga penyelia penerbangan tidak menafikan, melakukan tugasan istimewa ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada dirinya. | ||
Posted: 26 Sep 2011 06:14 PM PDT PROJEK Utopia lebih seperti bandar raya terapung berbanding sebuah bot. DARI fiksyen menjadi realiti...projek Utopia seperti tempat persembunyian Stromberg dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me SOUTHAMPTON: Ia kelihatan seperti sesuatu yang pernah digunakan dalam filem James Bond. Bagaimanapun, sebuah syarikat Britain percaya, bangunan terapung ini boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan masa depan di laut. Dengan 11 dek yang boleh digunakan sebagai kediaman, kawasan meninjau 360 darjah, empat tempat tempat helikopter mendarat, tempat berlabuh sendiri, beberapa kolam renang dan ruang yang sama besar dengan sebuah kapal peranginan mewah, ia boleh diangap sebuah bandar raya terapung.
Ia direka untuk terapung pada empat platform, setiap satu dilengkapi dengan penujah bagi membolehkan keseluruhan pulau terapung ini stabil, walaupun di laut yang bergelora. Mampu untuk bergerak dengan perlahan, ia terbentang selebar 65 meter di atas permukaan laut, menyediakan dek meninjau 13 tingkat untuk pelawat dengan pemandangan panoramik. Di bawahnya, dek ruang utama penempatan dan perkhidmatan, yang boleh menempatkan kedai, bar dan restoran, akan dilitupi dengan kanopi yang boleh ditutup dan dibuka. Pengarah Yatch Design, James Roy percaya, rekaan ini mencabar kepercayaan terhadap seni bina tradisional mengenai pengangkutan laut. Beliau berkata: "Wawasan mengenai masa depan sentiasa dikekang oleh kebiasaan dengan yang ada ketika ini atau gambaran pada yang lalu. "Banyak yang dihasilkan dalam masyarakat pereka hari ini bermula di atas sekeping kertas kosong. Tetapi banyak, jika tidak semua konsep kapal mewah merujuk kepada bentuk tradisional. "Kerana tanggapan bahawa sebuah kapal mewah mesti berbentuk pengangkutan, ia serta merta mengekang ilham pereka. "Utopia bukan objek pengangkutan. Ia sebaliknya adalah tempat, sebuah pulau yang diwujudkan untuk sesiapa saja, yang ada wawasan untuk mencipta tempat seumpama itu." James berkata, rekaan itu yang dihasilkan bersama dengan Yacht Island Design, mempamerkan bagaimana syarikat itu, yang tertumpu kepada pembinaan kapal mewah, kapal komersial dan tentera laut, menggunakan teknologi canggih bagi membawa sesuatu yang baru ke dalam industri itu. "Dengan merintis idea rekaan seperti Utopia adalah jenis projek yang menjadi kemahiran kumpulan kami. "Pendekatan pemikiran ke hadapan dan pengalaman kejuruteraan canggih yang tidak ada tandingan membolehkan kami bekerjasama rapat dengan pereka dan syarikat membuat kapal serta menjelmakan idea ini menjadi realiti. | ||
Polis lebih stres berbanding guru Posted: 26 Sep 2011 06:13 PM PDT Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekananKUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba. Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi. Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus. Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu. Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya. Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam. Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya. Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka. Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini. Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu. | ||
Posted: 26 Sep 2011 06:11 PM PDT SECARA tradisi, Selangor dan Kuala Lumpur pernah bergelar seteru di Lembah Klang. Sama seperti Kedah dan Perak yang silih berganti mengesahkan status sebagai jagoan Utara Semenanjung. Namun malam ini, pertaruhannya mungkin lebih besar buat Selangor dan Kedah dua bekas gergasi yang pernah mendominasi kancah bola sepak dan bergelar juara Piala Malaysia suatu masa dulu, sebelum reputasi mereka dibayangi kebangkitan pasukan negeri lain. | ||
Posted: 26 Sep 2011 06:10 PM PDT
KEHADIRANYA ke dalam dunia hiburan tanah air sering diekori pelbagai kontroversi panas yang tidak pernah ada kesudahan. Itulah Marsha Milan Londoh, atau kini kian dikenali sebagai artis paling kontroversi Malaysia. Walaupun sering dihujani pelbagai tuduhan liar wanita cantik ini tidak pernah melatah untuk merajuk dari terus berada di dalam dunia glamor ini. Terbaharu dia dikatakan cuba membunuh diri dengan menelan 30 biji pil selepas kehadiran cinta berusia dua tahunnya musnah sebelum mencapai kebahagiaan. Bagaimanapun Marsha mendakwa tuduhan tidak berasas itu bukanlah perkara sebenar yang berlaku. Masalah kesihatan yang membelenggu dirinya sejak tiga tahun lepas merupakan punca utama mengapa dia tiba-tiba rebah di kawasan kediamannya. "Saya tidak pernah dan tidak akan membuat perkara sebodoh itu, apa sebenarnya yang berlaku adalah disebabkan penyakit tekanan darah rendah saya yang tiba-tiba menyerang saya sewaktu mahu keluar mencari makanan. "Pelik bagaimana berita saya menelan 30 biji pil sekaligus tersebar luas di kalangan rakan media, ini kerana pada masa ia berlaku hanya rakan-rakan terdekat serta ahli keluarga saya sahaja yang berada bersama saya," katanya. Walaupun hampir seminggu berada di hospital, Marsha memberitahu bahawa keadaan dirinya sudah kembali pulih dua hari selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM). "Saya sudah mula sedarkan diri beberapa jam selepas pitam, namun doktor terpaksa menahan saya lebih lama di hospital bagi mengurangkan saya berinteraksi kerana dikhuatiri bakal menjejaskan tahap kesihatan saya semula. "Sehingga ke hari ini saya masih lagi perlu berjumpa doktor bagi meneruskan rawatan susulan. Bagaimanapun rawatan susulan yang dimaksudkan bukanlah rawatan tekanan perasaan tetapi rawatan kesihatan biasa selepas kejadian yang menyebabkan saya pitam tempoh hari," katanya. Mengakui dia putus cinta beberapa minggu sebelum kejadian tersebut, namun Marsha menyangkal sama sekali bahawa dia berada dalam keadaan yang amat kecewa akibat kegagalan kisah cintanya itu "Saya akui saya tidak mungkin hidup tanpa cinta, namun ingin saya tegaskan di sini kisah cinta saya tidak pernah menjadikan saya seorang yang tidak waras. "Kami pernah putus beberapa kali dan perpisahan kali ini merupakan noktah buat hubungan kami," katanya. | ||
Posted: 26 Sep 2011 06:10 PM PDT
EMPAT puluh tiga tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan, Alleycats kini boleh diangkat antara legenda kumpulan pemuzik tanah air yang terbaik pernah wujud di negara ini. Bukan sahaja lagu dan irama yang dipersembahkan Alleycats, malah keanggotaan kumpulan tersebut yang dibarisi oleh masyarakat berbilang kaum turut menjadikan mereka kelihatan unik di mata peminat mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan, Alleycats adalah simbolik perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang senantiasa melaungkan semangat perpaduan 1Malaysia. Diketuai oleh Datuk David Arumugam, 61, selaku vokalis utama, kumpulan ini turut dianggotai oleh Glen Salay, Mike, Boy, Jimmy dan Din sebagai tulang belakang yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. Mewakili anggota kumpulannya, David yang ditemui sejurus tamatnya persembahan terakhir Konsert Sampaikan Salam Alleycats pada 18 September lalu, dia sempat memberikan komennya mengenai jiwa 1Malaysia yang terdapat dalam kumpulan itu. Kata David, ketika mula-mula mahu menubuhkan Alleycats 43 tahun lalu, dia tidak pernah terfikir bahawa keahlian anggota kumpulannya menjadi isu untuk dibicarakan. "Ketika itu, apa yang saya dan adik saya, mendiang Loga fikirkan adalah untuk mewujudkan sebuah kumpulan pemuzik. "Status bangsa dan anutan agama bukanlah kriteria yang ditetapkan. Tiada niat pun untuk mewujudkan sebuah kumpulan yang ada pelbagai masyarakat majmuk di dalamnya. "Cuma, apabila semua kuota pemuzik sudah dipenuhi, barulah kami sedar bahawa ahli kumpulan Alleycats ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa." katanya kepada Hits. | ||
Posted: 26 Sep 2011 06:09 PM PDT DARI kiri Zetty, Fasha, Mario dan Ewin yang bersiap sedia untuk menyambut tetamu pada majlis hari raya di perkarangan Salun Chinta, baru-baru ini. KALAU saya tahu berniaga boleh mendatangkan keuntungan, sudah lama saya berniaga." Itulah kata-kata Fasha Sandha apabila ditanya tentang kejayaan perniagaan Chinta Hair Salon and Beauty miliknya yang beroperasi sejak tujuh bulan lalu. Kata Nur Fasha Sandha Hassan, salun yang terletak di Wangsa Maju itu bukan sahaja dikunjungi oleh rakan artis malah turut menjadi tumpuan orang ramai. Menurutnya, kebanyakan yang datang membuat rawatan spa atau rambut akan datang lagi kerana rata-rata mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh tiga orang kakitangannya, Zetty, Ewin dan Mario. Salun yang beroperasi setiap Selasa hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 9.30 malam itu kata Fasha, dibuka dengan modal sendiri. "Pelanggan datang semula kerana mereka puas hati dengan hasil kerja staf Chinta. Malah saya sendiri akan pastikan kakitangan Chinta buat yang terbaik kepada pelanggan. "Sebab itulah saya akan berada di salun empat kali seminggu, biarpun sibuk dengan penggambaran. Kalau di salun, saya membantu membasuh dan mengeringkan rambut pelanggan kanak-kanak sahaja. Kerja lain belum belajar," katanya ketawa. Fasha yang ditemui pada majlis sambutan hari raya merai pelanggan Chinta, rakan-rakan dan pihak media di perkarangan Salun Chinta berkata, tanpa sokongan daripada pelbagai pihak, dia tidak mungkin berjaya dalam perniagaan. Turut hadir, rakan artis seperti Rebecca Nur Al Islam sekeluarga, Zila Bakarin bersama anak dan Along Kamaluddin dan Jejai. Pada majlis itu juga Fasha turut memberi duit raya kepada 10 orang penghuni Rumah Perlindungan Dan Anak-Anak Yatim Raudhatul Jannah, Sentul, Kuala Lumpur. Bila ditanya kenapa pilih salun uniseks sebagai perniagaan dan tidak butik atau kedai makan seperti rakan artis lain. Kata Fasha, dia pilih salun kerana ia dekat dengan hatinya yang sukakan kecantikan. "Saya buat apa yang saya suka. Walaupun saya hanya pandai membasuh dan mengeringkan rambut tapi saya suka bisnes ini sebab sepanjang bergelar artis, salun menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. "Memandangkan bisnes berjalan lancar, saya bercadang untuk membuka dua lagi cawangan Chinta. Satu di Johor Bahru, tempat kelahiran saya dan Perlis. Semua itu bergantung kepada rezeki," katanya yang mendapat banyak tawaran daripada pelbagai pihak untuk menjadi rakan niaga. Bagaimanapun, Fasha lebih selesa memulakan perniagaan sendirian tanpa bergabung dengan mana-mana pihak untuk mengelak perselisihan faham. Dia yang sentiasa bersyukur dengan limpahan rezeki daripada Allah berkata, selain mengutamakan keselesaan pelanggan, Salun Chinta juga amat menitik beratkan soal keselamatan. Justeru, Fasha sanggup mengeluarkan bajet lain untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV), sistem amaran dan mengupah seorang pengawal keselamatan mengawasi premisnya. | ||
Posted: 26 Sep 2011 06:08 PM PDT APABILA nama Datuk Siti Nurhaliza tidak dicalonkan untuk mana-mana kategori dalam Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) yang diumumkan baru-baru ini, pelbagai spekulasi mula timbul. Ada yang mengatakan zaman penyanyi itu sudah berlalu apabila nama-nama baru mula mendominasi anugerah muzik paling berprestij negara itu. Barangkali rezeki tidak berpihak kepada Siti tahun ini apabila lagu Astana Jiwa tidak berjaya membolosi senarai akhir AIM 18 walaupun lagu tema drama bersiri Suria Di Cordoba itu dicalonkan pada peringkat awal. Tetapi, bagi empunya diri, dia sedikit pun tidak kisah dengan perihal itu sebaliknya melihatnya dari sudut yang positif. "Jujurnya saya tidak mempunyai masalah apabila tidak dicalonkan tahun ini kerana saya sendiri tiada produk untuk dicalonkan walaupun difahamkan Astana Jiwa layak ke peringkat awal. "Janggal atau tidak itu, bagi saya biasa sahaja. Mungkin peminat lebih merasakan perasaan itu kerana saya dicalonkan untuk AIM setiap tahun sejak tahun 1997," ujar Siti tanpa selindung. Sudah pasti kata Siti, selagi dia aktif dalam dunia nyanyian dan merakamkan album, selagi itu dia akan terus mencalonkan karyanya di AIM. Kerana bagi Siti, kemenangan dalam anugerah kebanggaan karyawan seni tempatan itu bukanlah untuk dirinya sahaja tetapi juga untuk mereka yang terlibat di belakang tabir dalam pembikinan album dan lagu-lagunya. "Memang seronok apabila setiap penat lelah kita dibayar dan diiktiraf oleh juri tetapi kegembiraan itu berganda apabila melihat mereka di belakang tabir menerima pengiktirafan. "Saya tetap mahu melihat karya-karya saya di masa akan datang dicalonkan dan seterusnya memenangi kategori lain yang belum pernah dimenangi sebelum ini seperti Muzik Video, Rakaman Album dan Kulit Album Terbaik," ujarnya dalam nada cukup optimis. Sesungguhnya bukanlah satu masalah besar apabila Siti tidak dicalonkan dalam AIM tahun ini kerana rekod yang dicipta oleh penyanyi bersuara emas ini dalam sejarah AIM barangkali sukar dipadam oleh sesiapa. Bukan sekadar omongan kosong, tetapi sepanjang menyertai AIM sejak tahun 1997, Siti dan setiap albumnya yang layak dipertandingkan telah menerima 71 pencalonan. Daripada jumlah itu, sudah 34 buah trofi menjadi milik Siti dan karyawan yang terlibat dalam menghasilkan album serta lagu-lagu nyanyiannya. Kalau ada yang tidak tahu, Siti juga sebenarnya pernah tewas di gelanggang AIM apabila gagal membawa pulang sebarang trofi pada tahun 1998 walaupun dicalonkan untuk tiga kategori. Sudah pasti rekod yang paling membanggakan untuk Siti apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik sebanyak 11 kali. Menerusi kategori itu, Siti pernah menjulang trofi itu sebanyak lapan tahun berturut-turut dari tahun 1999 hingga 2006. Dominasi Siti berjaya dipecahkan oleh Jaclyn Victor pada tahun 2007 namun, Siti kembali merampas gelaran itu pada tahun 2008 sehinggalah 2010. Bukan itu sahaja, Siti juga menjadi satu-satunya artis tempatan yang memenangi gelaran tertinggi dalam AIM iaitu Album Terbaik sebanyak lima kali. | ||
Posted: 26 Sep 2011 06:07 PM PDT SELEPAS 16 tahun bergelar penyanyi, impian Siti Nurhaliza untuk memiliki album Inggerisnya tercapai. TEMPOH 16 tahun yang dilalui oleh penyanyi pujaan ramai ini bukanlah satu masa yang singkat sehingga dia berjaya menjadi satu entiti dalam dunia hiburan tanah air. Pelbagai pengalaman pahit dan manis selain kejayaan luar biasa semuanya sudah dilakar oleh figura unggul bernama Datuk Siti Nurhaliza ini. Barangkali rekod pencapaiannya dalam bidang seni sukar sekali untuk ditandingi sehingga gelaran penyanyi nombor satu negara terus menjadi miliknya. Selama bergelar penyanyi, Siti Nurhaliza sudah merakamkan 14 buah album solo yang merangkumi genre pop dan tradisional di mana hampir kesemuanya mencatatkan penjualan yang membanggakan. Justeru, penghibur kesayangan ramai yang mesra disapa Siti ini nampaknya sudah bersedia untuk mencatatkan satu lagi rekod buat dirinya. Selepas sekian lama memendam rasa untuk muncul dengan sebuah album Inggeris, akhirnya mimpi Siti bertukar realiti apabila album Inggeris pertamanya, All Your Love sudah mula menjengah pasaran sejak 22 September lalu. Mahu atau tidak, harus diakui, berita tentang kelahiran album Inggeris pertama Siti sememangnya sesuatu yang cukup luar biasa. Alasannya cukup mudah. Ia adalah kerana ia milik Siti Nurhaliza, nama yang cukup besar pengaruhnya dan sudah pasti apabila Siti lahir dengan album Inggeris, ia pasti mendapat perhatian ramai. Namun, mengapakah hanya selepas 16 tahun, Siti memberanikan diri dengan merakamkan album Inggeris sedangkan dia boleh melakukannya ketika dia sedang meniti zaman kegemilangan sebagai penyanyi tersohor rantau Nusantara. Apakah kerana pertuturan bahasa Inggerisnya yang sering dijadikan bahan jenaka menjadi halangan untuk Siti merakamkan album dalam bahasa itu sebelum ini? Sambil menghela nafas yang panjang dalam nada yang cukup berhemah, Siti tidak pernah melihat kekurangan itu sebagai satu masalah seandainya dia mahu merakamkan album Inggeris. Sebaliknya kata Siti, tempoh 16 tahun sudah cukup membekalkan semangat yang cukup tinggi untuk lahir dengan album Inggeris perdananya. Malah, penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagi Jerat Percintaan ini juga mengambil sikap optimis apabila dalam usianya 32 tahun itu masih belum terlewat untuknya muncul dengan album Inggeris. "Kelahiran All Your Love bukanlah untuk menunjukkan dan membuktikan kepada semua pihak bahawa saya sebenarnya mampu menyanyikan lagu-lagu bahasa Inggeris dengan baik. "Sebaliknya saya mahu mencabar diri saya kerana perjalanan sebagai anak seni selama 16 tahun yang telah banyak mematangkan saya untuk muncul dengan album Inggeris. "Saya juga percaya peluang ini hadir tepat pada masanya dan apabila kepercayaan itu diberikan kepada saya, mengapa tidak untuk saya meneruskan niat yang sekian lama terpendam ini untuk direalisasikan," kata biduanita muda negara ini ketika dihubungi Mega, baru-baru ini. Reaksi Dalam pada penyanyi wanita unggul negara ini teruja dengan kelahiran All Your Love, Siti juga tidak mampu menyembunyikan kegusaran menantikan reaksi daripada masyarakat dan peminat setianya terhadap album tersebut. Bukan Siti tidak yakin dengan penerbitan album itu tetapi dia cukup bimbang apabila ada pihak yang bagaikan sengaja mahu mencari kesilapannya. Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang ini juga cukup sedar bahawa ada yang meletakkan harapan tinggi melangit selain mahu mencari kesempurnaan dirinya apabila muncul dengan album Inggeris. Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang seni, Siti mempunyai pandangannya sendiri berhubung isu tersebut. Baginya, sebagai seorang anak Melayu dan dibesarkan di dalam persekitaran yang hampir kesemuanya bertutur dalam bahasa Melayu, Siti tidak mampu mengubah dirinya menjadi seperti orang Barat. "Adakah kerana saya lahir dengan album Inggeris, saya perlu menyanyi dan bertutur dalam slanga seperti orang Barat? Saya selesa menjadi diri saya sendiri dan bagaimana saya menyanyi itu adalah cara saya. "Kalau diperhatikan kepada penyanyi Barat seperti Shakira dan Celine Dion sewaktu mula-mula mereka muncul dengan album Inggeris, mereka menyanyi dengan penyampaian tersendiri. "Begitu juga dengan penyanyi dari Jepun, Korea dan Taiwan yang berhadapan dengan situasi serupa tetapi mereka boleh diterima dengan baik dan seadanya. "Dengan kelahiran All Your Love juga ia adalah satu keberanian buat saya dalam menyahut cabaran yang saya sendiri mahukan. Kalau asyik fikirkan kata-kata orang, memang kita tidak boleh maju dan ke mana-mana," ujar Siti panjang lebar. Impian Berbicara lanjut tentang All Your Love yang mendapat hak pengedaran daripada Warner Music International itu, impian itu barangkali tidak akan terlaksana jika anak tirinya, Muhammad Adib atau lebih dikenali sebagai Adib tidak lahir dengan idea tersebut. Apatah lagi, Adib juga memiliki minat yang cukup mendalam terhadap bidang muzik membuatkan Siti tidak mempunyai masalah untuk meneruskan cita-citanya itu bagi melengkapkan profil seninya sebagai seorang penyanyi. Menerusi Adib kata Siti, dia telah dipertemukan dengan penerbit dan komposer dari Australia, Brian B dan Christian Alexander yang bertanggungjawab menerbitkan album All Your Love di bawah syarikat, What's Up Entertainment Sdn. Bhd. Hanya menjalani rakaman album di ibu negara selama dua minggu sahaja sekitar pertengahan tahun ini, Siti yang kini cukup popular dengan lagu Falling In Love itu melahirkan rasa puas hatinya terhadap pembikinan album tersebut. Apa yang penting baginya adalah untuk memastikan penerbit juga berpuas hati dengan dirinya sendiri terutama aspek vokal. "Saya sendiri tidak mempunyai masalah untuk merakamkan album Inggeris ini kerana saya sudah membuat persediaan dengan mendengar melodi dan menghayati liriknya terlebih dahulu. "Daripada situ, barulah penghayatan itu datang dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang penting bagi saya adalah untuk memastikan penerbit sendiri berpuas hati dengan rakaman saya. "Brian sendiri tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyampaian saya untuk setiap lagu dalam album ini. Malah, dia juga tidak lokek untuk mengajar saya dari segi sebutan," ujar pemilik trofi Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik sebanyak 11 kali ini penuh teruja. | ||
MasterChef Malaysia cungkil bakat memasak Posted: 26 Sep 2011 06:06 PM PDT Dari kiri: Chef Priya, Chef Riz, Chef Yahaya, Chef Jo dan Chef Zubir pada majlis memperkenalkan barisan chef profesional untuk program MasterChef Malaysia di Shah Alam, baru-baru ini. SEORANG chef tidak akan kurang ilmu atau jatuh statusnya apabila seorang individu yang dilatih dalam tempoh beberapa bulan tanpa kelayakan akademik dalam bidang kulinari diberi gelaran MasterChef. Demikian pandangan ikhlas yang diberi oleh Moh Johari Edrus, 55, atau Chef Jo yang terkenal di kalangan chef tanah air apabila diminta pandangan tentang program baru yang diperkenalkan oleh Astro iaitu MasterChef Malaysia. Program realiti masakan MasterChef Malaysia bukan sahaja menobat individu dengan gelaran tertinggi dalam bidang kulinari, malah turut memberi ruang kepada mereka yang berminat dalam bidang masakan. Menurut Chef Jo, ribuan daripada peserta yang datang menjalani uji bakat di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur sebenarnya tidak mahir dalam bidang masakan namun semangat ingin mencuba daripada mereka amat penting. "Uji bakat berlangsung selama dua hari. Hari pertama, peserta boleh bawa masakan daripada rumah dan memasak di hadapan juri pada hari kedua. Ada yang datang semula dan tidak kurang juga yang mengundur diri. "Program ini boleh dijadikan batu loncatan untuk mereka yang gemar memasak dan ingin mengembangkan bakat terpendam itu. Untuk menjadi seorang chef bukanlah mudah tapi menerusi program ini mereka berpeluang menimba pengalaman daripada beberapa chef terkenal," katanya pada majlis memperkenalkan juri profesional program berkenaan di Shah Alam, baru-baru ini. Selain Chef Jo, turut bertanggungjawab menjadi juri sepanjang program 66 episod ini berlangsung mulai 22 Oktober ini di Astro Ria (Saluran 104) adalah Mohd. Nadzri Redzuawan, 29, (Chef Riz), Zubir Md. Zain, 45 (Chef Zubir), Yahaya Hassan, 49, (Chef Yahaya) dan Priya Menon, 53. Untuk permulaan, seramai 40 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang seperti doktor pergigian, pereka fesyen, penoreh getah, pelakon dan pelajar universiti dipilih. Daripada 40 peserta, hanya 24 yang terbaik akan meneruskan perjalanan dalam MasterChef Malaysia setelah diuji kebolehan masing-masing sewaktu Bootcamp dan hanya seorang sahaja dipilih sebagai juara. Dalam pada itu Chef Priya berkata, jika sebelum ini penonton sudah terbiasa menonton peserta terpaksa membuang makanan kerana kualitinya tidak mencapai tahap juri dalam program MasterChef Australia atau MasterChef US, namun situasi itu tidak akan berlaku dalam MasterChef Malasyia. "Membazir makanan bukanlah budaya orang Malaysia. Kalau masakan itu tidak mencapai kualiti, kami akan minta peserta menggubah suai hingga menjadi enak. Untuk minta mereka buang makanan itu dan memasak makanan lain bukanlah langkah baik," katanya. Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, MasterChef Malaysia adalah program untuk mengetengahkan bakat rakyat tempatan kepada dunia luar. Katanya, selain bersiaran di Astro Ria, MasterChef Malaysia juga akan disiarkan di Star World (Saluran 711) mulai 27 Oktober ini yang boleh ditonton di Indonesia, Filipina dan Thailand. Menurut Khairul Anwar, di waktu yang sama keunikan masakan tempatan yang multinasional itu juga boleh ditonjolkan. "Sebagai sebuah negara majmuk, pelbagai jenis masakan terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung masyarakat luar dapat mengenali keunikan makanan negara ini. "MasterChef Malaysia adalah program realiti yang berbeza dengan program realiti hiburan seperti Akademi Fantasia (AF) sebelum ini. Namun melihatkan kepada sambutan yang kami terima sewaktu uji bakat, pihak Astro yakin MasterChef Malaysia akan ada pengikut tersendiri," katanya. Katanya, juara program tersebut bakal membawa pulang wang tunai RM100,000, menghasilkan koleksi resipi sendiri dan menjadi hos untuk program masakan yang bakal ditentukan konsepnya kelak. Dalam pada itu, MasterChef Malaysia turut mendapat kerjasama penuh daripada PANASONIC 'Cooking Magic' selaku penaja utama di samping penaja lain seperti Hong Leong Bank, Jaya Grocer, Maggi, MyChef dan NeuVida Omega-9 Cooking Oil. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan