Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Kenali 11 Peserta 'Ustazah Pilihan'
- Dang Suria Tinggalkan Awani Kerana Anak
- Fauziah Nawi Enggan Habiskan Duit Beli 'Props'
- 'Field Trip USA' Musim Kedua Di 8TV Malam Ini
- Seperti Tak Ada Kelas, Ifa Raziah Bidas Stesen Radio
- Didie Alias Kecewa Dituduh Fitnah Julia Ziegler
- Taktik Penyeludup Bermacam-Macam
- Kenapa Sekatan Kurang 1KM Dari Sempadan?
- GEO Banggunan Hijau Paling Jimat Tenaga Di Malaysia
- Pelajari Sejarah Melalui "Heritage Walk"
- Aksi Empat Pelumba Malaysia Pada MotoGP Malaysia
- Letupan Di Pusat Beli Belah Subang Jaya, Empat Cedera
- Tragedi cuci revolver
- Transformasi jana hasil RM12 bilion
- Kunyah bata macam makan biskut
- Pisau patah, daging hangit
- Bakat kecil dihargai
- Banjir besar landa Manila
- Warden trafik DBKL boleh saman
- Siti teruja lancar album Inggeris
- Sikap angkuh, sombong boleh jejaskan prestasi
- Solat hormat waktu
- Memuji Nabi SAW
- Syariat memelihara iman
- Wanita dan ibadat haji
Kenali 11 Peserta 'Ustazah Pilihan' Posted: 27 Sep 2011 11:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Pencarian pelapis pendakwah muda wanita berakhir apabila pihak Astro Oasis berjaya memilih 11 calon untuk program Ustazah Pilihan selepas beberapa siri uji bakat yang diadakan di beberapa lokasi seluruh negara bermula Julai lalu. Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, daripada 40 peserta yang di senarai pendekkan, pihaknya hanya memilih 11 peserta kerana mereka dilihat layak untuk menyertai rancangan berkenaan berdasarkan pengetahuan masing-masing. "Antara kelebihan peserta kali ini apabila ada di kalangan mereka bukan sahaja berkelulusan pada peringkat universiti sebaliknya berkebolehan bertutur bahasa asing seperti Arab dan Parsi. "Apabila program ini bermula, kami akan menguji dan melihat sejauh mana peserta Ustazah Pilihan ini dapat mengendalikan permasalahan berkaitan wanita dan berdakwah kepada orang lain. "Kami juga mahu melihat mereka menjadi wanita yang berkualiti daripada segi pemikiran dan perwatakan agar dapat menjadi ikon muslimah sehingga ke peringkat antarabangsa," katanya pada majlis memperkenalkan barisan peserta rancangan berkenaan Isnin lalu. Individu yang terpilih menyertai Ustazah Pilihan terdiri daripada Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah),20, Nur Aqidah Mawardi (Aqidah),21, Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah),21, Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah), 21, dan Masfira Hilman (Fira),27. Turut terpilih adalah Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz),27, Siti Nor Hafidza Razali (Fizah),21, Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya),26, Nina Syazmeen Mohd Din (Nina),23, Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti),26, dan Maryanti Ramle (Yanti),23. Sementara itu Izelan berkata menerusi program ini para peserta akan melalui proses penyingkiran mengikut tahap pencapaian masing-masing yang akan ditentukan oleh mudirah (pengetua) yang dilantik iaitu Dr Robiah K Hamzah dan mursyidah (tenaga pengajar) iaitu Prof Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Zawiyah Hassan. Program yang dihoskan oleh penyampai radio IKIM, Siti Rohani Surani ini akan bersiaran pada setiap Khamis, pukul 9 malam bermula 6 Oktober depan. | ||
Dang Suria Tinggalkan Awani Kerana Anak Posted: 27 Sep 2011 11:11 PM PDT PETALING JAYA: Personaliti Astro Awani, Dang Suria Zainordin telah menamatkan tugasnya di saluran televisyen itu bermula Ogos lalu untuk memberi perhatian terhadap keluarga dan anak-anak. Dang Suria berkata, tugas di stesen penyiaran bukannya mudah kerana dia perlu berkhidmat lebih masa selain sukar mendapat cuti. "Saya membuat keputusan itu kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga. Kadang-kadang nak hantar anak perempuan saya pergi ke kelas fardu ain pun tak sempat," katanya. Kata Dang Suria, keputusan meninggalkan saluran televisyen itu bukan bermakna dia tidak berminat lagi dalam bidang penyiaran sebaliknya akan menerima tawaran menjadi pengacara sambilan jika mendapat peluang. Menurutnya, selepas meninggalkan Astro, dia mendapat tawaran bekerja sebagai Pengurus Perhubungan Awam di Hotel Royale Bintang The Curve, dekat sini. Jelasnya tugas barunya itu hanya memerlukan dia berkhidmat pada waktu pejabat berbanding sebelum ini. "Saya bersyukur dan seronok dengan kerja baru walaupun pernah menceburi bidang penyiaran selama 15 tahun. Banyak perkara baru yang saya perlu pelajari memandangkan bidang perhubungan awam agak berbeza dengan bidang penyiaran," katanya Ketika di Astro Awani, Dang Suria mengendalikan program WW dan Awani Pagi. Dia juga yang berkahwin dengan penulis lirik AD Samad dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Yusha yang kini berusia 10 bulan dan juga Sara, berumur 10 tahun hasil perkahwinan terdahulu. | ||
Fauziah Nawi Enggan Habiskan Duit Beli 'Props' Posted: 27 Sep 2011 11:10 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Fauziah Nawi tidak mahu membazir dengan menghabiskan wang peruntukan hanya sekadar membeli peralatan persembahan atau props untuk menerbitkan sesebuah pementasan teater. Fauziah berkata, wang peruntukan itu lebih baik diberikan kepada pelakon-pelakon yang banyak menghabiskan masa mengadakan latihan bagi menjayakan sesebuah teater itu. "Saya percaya, dengan memiliki kualiti skrip yang bagus, pementasan teater tanpa peralatan persembahan sudah memadai. Malah keadaan ini membuatkan pelakon lebih fokus dalam setiap lakonan mereka tanpa bergantung harap pada benda yang berada di keliling mereka. "Diakui, tidak ada bajet juga merupakan sebahagian punca syarikat saya, Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) tidak menerbitkan teater berskala besar. Malah saya juga kurang senang pada mulanya apabila terpaksa menghasilkan teater yang 'kosong'," katanya. Namun begitu, apabila menjayakan beberapa teater tanpa props, barulah dia sedar tentang kualiti lakonan yang dibuat agar kelihatan lebih jujur dan penonton lebih menghayati plot persembahan. Sementara itu, Stefani akan menganjurkan sebuah teater kapsul berjudul Kembang Layarku (KLKU) bermula pada 3 hingga 8 Oktober depan di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pukul 9 malam. Menurut Fauziah, KLKU ini juga merupakan teater yang hanya membabitkan beberapa pelakon sahaja yang terdiri daripada Jihan Muse, Ku Hariz, Chi Azim , Raja Emy Shahril dan Oreo. "KLKU merupakan teater yang sangat ringkas persembahannya tetapi padat dengan mesej di mana ia berkisar tentang kehidupan masyarakat zaman kini yang melalui pelbagai rencah kehidupan. "Saya percaya, dengan bakat pelakon-pelakon yang ditampilkan, mereka sahaja sudah cukup kuat untuk menyampaikan mesej kepada penonton. Saya harap ia mendapat sambutan," tuturnya. Bercerita mengenai penubuhan Stefani, Fauziah berkata dia mahu memberi peluang kepada pelakon-pelakon baru untuk menimba ilmu lakonan dengannya tanpa sebarang bayaran. Malah, menerusi latihan yang dibuat, syarikat yang diusahakan selama lapan tahun itu akan menganjurkan beberapa aktiviti pementasan yang akan dilakonkan oleh anak-anak muridnya sendiri. "Orang selalu kata, nak berniaga kena ada untung, tapi lain pula buat saya yang mahu industri lakonan tempatan tidak kiralah teater, drama atau filem mempunyai kualiti lakonan yang bagus. "Alhamdulillah, ramai anak murid saya yang kini bergelar pelakon popular. Malah, mereka datang semula ke Stefani untuk mengasah lakonan masing-masing," katanya. | ||
'Field Trip USA' Musim Kedua Di 8TV Malam Ini Posted: 27 Sep 2011 11:09 PM PDT PETALING JAYA: Saluran 8TV bakal menyiarkan Field Trip USA musim kedua yang akan menemui penonton bermula Rabu pukul 9.30 malam. Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan NTV7, Airin Zainul, Field Trip USA adalah sebuah rancangan pengembaraan realiti yang wajib ditonton oleh semua golongan kerana ia memaparkan budaya dan tempat baru di Amerika Syarikat. "Jika anda minat mengembara dan menerokai budaya serta tempat-tempat baru, ini adalah rancangan yang wajib anda tonton," ujarnya. Airin berkata, seramai 49 pelajar dari negara ini telah dibawa berkunjung ke Amerika Syarikat, Januari lalu tetapi hanya sembilan remaja sahaja akan dipaparkan aktiviti mereka dalam program ini. Ia bakal memaparkan cara mereka mengadaptasi dan menyesuaikan diri apabila tinggal di tempat asing dengan persekitaran, budaya, makanan dan cuaca berbeza. "Meneroka bumi Amerika menerusi mata pelajar-pelajar muda ini pasti menarik perhatian penonton dengan perkara-perkara yang cukup menyeronokkan. "Pelajar yang terpilih dalam rancangan ini akan berkongsi pengembaraan dan pengalaman mereka di negara asing. "Banyak proses yang mereka perlu lalui selama berada di sana yang pastinya membuat mereka lebih menghargai dan rindukan negara sendiri," katanya. Peserta program pertukaran pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini turut ditempatkan di kawasan berbeza-beza di negara itu bersama keluarga angkat masing-masing. Field Trip USA musim terbaru ini juga dijangka lebih meriah dengan kehadiran Qushairi Razali yang juga dikenali sebagai Qi sebagai hos. Qi akan melihat Amerika dari kaca mata dan fikiran sembilan orang pelajar ini. Program realiti 30 minit ini akan bersiaran selama 10 minggu dan kemunculan musim kedua adalah bukti bahawa ia telah menarik minat penonton. Field Trip USA pernah dicalonkan dalam beberapa anugerah antaranya Fresh TV Serie, Favourite TV Host selain berjaya memenangi Favourite TV Program dalam majlis Shout! Awards 2009. | ||
Seperti Tak Ada Kelas, Ifa Raziah Bidas Stesen Radio Posted: 27 Sep 2011 11:09 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Ifa Raziah berasakan dirinya seperti tidak ada kelas apabila kebanyakan stesen radio enggan memutarkan lagunya berjudul, Luar Biasa. Ifa berkata, lagu berkenaan yang dihantar pada awal tahun ini tidak mendapat perhatian beberapa stesen radio popular tanpa memberi alasan yang munasabah selain ia tidak dipilih oleh pendengar. "Setakat ini hanya dua hingga tiga buah stesen radio sahaja yang memutarkan lagu Luar Biasa itu dan selebihnya, mereka memberikan alasan kononnya lagu itu tidak ada permintaan. "Bagi saya lagu itu tidak akan ada permintaan sekiranya ia tidak diputarkan dengan kerap. Kadang-kala saya rasa diri ini diperlekeh oleh pihak stesen radio seakan-akan saya seperti tidak ada kelas. Kerana itu mereka tidak kisah pun sama ada ingin memutarkan lagu tersebut ataupun tidak," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa. Tambah Ifa, dia merasakan lagu Luar Biasa yang dicipta oleh Nurfatimah dan Sharon Paul itu mempunyai kualiti muzik yang bagus selain ia turut mengikut trend muzik terkini. "Saya seorang penyanyi yang mengikut peredaran masa dan lagu tersebut bukannya berirama dangdut sebaliknya ia berkonsep pop/dance. Jika "single" saya sebelum ini, Panas boleh dimainkan, kenapa Luar Biasa tidak boleh? "Peliknya, saya menerima respons yang positif daripada peminat melalui laman sosial Twitter dan Facebook milik saya," tuturnya. Ujar Ifa lagi, dia sedih kerana kos penghasilan lagu tersebut termasuklah pembikinan klip video dan promosi hampir berjumlah RM20,000 dan ia dibikin demi industri muzik tempatan. "Sudah 17 tahun pembabitan saya dalam industri muzik dan alasan yang diberikan oleh mereka (pihak radio) agak menjengkelkan. "Bagaimanapun Alhamdulillahlah, sehingga kini saya masih lagi sibuk memenuhi undangan persembahan nyanyian," ujarnya. Pada Oktober depan, Ifa bakal muncul sebagai pengacara program popular RTM, Selamat Pagi Malaysia dan dia juga akan menyertai sebuah pertandingan program lawak yang membabitkan beberapa negara Asia yang lain. | ||
Didie Alias Kecewa Dituduh Fitnah Julia Ziegler Posted: 27 Sep 2011 11:08 PM PDT PETALING JAYA: Pengacara Didie Alias menjelaskan tidak pernah sesekali memfitnah aktres Julia Ziegler termasuk menuduh pelakon tersebut mempunyai hubungan sulit seorang jurugambar ketika penggambaran sebuah drama. Didie berkata, dia langsung tidak tahu bagaimana cerita itu boleh wujud malah amat terkejut apabila Julia membuat kenyataan menuduh kononnya dia yang telah menyebarkan kisah berkenaan kepada pihak-pihak tertentu. "Saya tidak tahu langsung tentang cerita itu. Julia yang membuka pekong sendiri tapi kenapa dia perlu mengaitkan nama saya dalam isu terbabit? "Penggambaran drama yang dimaksudkan itu sudah dua tahun berlalu dan ketika itu saya menjadi pengurus produksi. Memang saya yang menjaganya tapi saya tidak tahu apa yang dia buat di belakang saya kerana itu bukan urusan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa. Dalam sebuah rancangan hiburan minggu lalu, Julia Ziegler membuat dakwaan dengan mengatakan Didie Alias telah memfitnahnya tidur dengan seorang jurukamera ketika penggambaran drama Noktah Erna. Dalam pada itu, Didie turut kesal kerana penerbit rancangan tersebut tidak menyunting kenyataan Julia termasuklah melepaskan pelakon itu menyebut namanya secara terbuka tanpa mendapat kesahihan cerita tersebut. "Saya perlu bersihkan nama saya dengan tanggapan masyarakat yang ingat perkara tersebut benar, pihak program tersebut sepatutnya tidak menyiarkan muka saya sebelum mendapat kenyataan daripada saya. "Peristiwa ini benar-benar menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya kerana ia tidak benar," katanya yang bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung perkara itu. Sementara itu, Julia Ziegler gagal dihubungi bagi menjelaskan perkara tersebut. | ||
Taktik Penyeludup Bermacam-Macam Posted: 27 Sep 2011 11:06 PM PDT BUT kereta yang sepatutnya berfungsi untuk menyimpan barang-barang disalahgunakan untuk menyembunyikan seramai empat lelaki dewasa pendatang asing tanpa izin (Pati) manakala di ruang bonet bahagian enjin pula mampu menempatkan pelbagai jenis mercun dan bunga api. Ini belum dikira lagi dengan 'kehebatan' di sebalik tempat duduk belakang yang pastinya menyimpan beberapa barangan lain seperti puluhan karton rokok. Bukan silap mata mahupun ilmu hitam namun begitulah taktik yang sering digunakan oleh penyeludup selagi ada ruang dan peluang untuk mengaburi pihak berkuasa. Situasi itu sering dilihat oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang bertindak sebagai gerakan bersepadu bagi membanteras aktiviti penyeludupan di sempadan. UPP dianggotai oleh tiga agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia. Ketua Pengarah Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Datuk Ab Rahim Ismail berkata, UPP akan membuat risikan dan kemudian menganalisis mengenainya sebelum melakukan serbuan atau sekatan berdasarkan maklumat yang diterima. "Tinjauan turut dilakukan bagi mengenal pasti kedudukan yang bersesuaian untuk tindakan sekatan secara rawak, serbuan dan serangan hendap. "UPP turut membuat kajian terhadap trend penyeludupan dan latar belakang penyeludup. Mereka dengan taktik mereka dan kita (UPP) juga ada tindakan secara efektif dan progresif," katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini. Sebagai contoh, Pati diseludup menggunakan kenderaan seperti kereta yang disembunyikan dalam bonet atau lori bagi ruang lebih luas. Penyeludupan Pati akan melalui laluan-laluan tikus kerana mereka mengetahui tentang sekatan statik UPP yang dilakukan sepanjang masa di laluan utama. Bukan dianiaya Ab Rahim berkata, ini termasuk tangki minyak kenderaan yang dikenal pasti diubah suai kemungkinan menyeludup diesel ke negara jiran. "Aktiviti penyeludupan melibatkan kawasan sempadan disebabkan oleh sesuatu harga barangan itu lebih murah atau mudah didapati di negara ini atau negara jiran. "Ada juga di antaranya barangan tidak mendapat kelulusan untuk dibawa masuk bagi tujuan perdagangan seperti produk makanan dan kecantikan," katanya. Mengenai penyeludupan diesel, penyeludup akan mengubah suai tangki kepada lebih besar dan modus operandi mereka adalah mengisinya di beberapa stesen minyak bagi mengelakkan daripada kegiatan itu dicurigai. Ab Rahim berkata, aktiviti penyeludupan sememangnya amat berisiko terutama apabila kegiatan itu dapat dihidu oleh pihak berkuasa seperti UPP. "Penyeludup sudah mempertimbangkan risiko itu dan sanggup 'melepaskan' barang seludup berkenaan sama ada untuk hanya sementara atau dibiarkan begitu sahaja. "Kerugian dari segi modal merupakan antara risiko penyeludupan namun aktiviti itu boleh dilakukan berulang kali sekiranya tidak disabitkan kesalahan," katanya. Antara contoh apabila penyeludup membawa kayu bakau yang diikat di bawah bot namun kemudiannya dipotong ikatan itu apabila pihak berkuasa datang memeriksa. Beliau menjelaskan bahawa penyeludup kebiasaannya bukan tauke yang hanya menjadi orang tengah dan dibayar upah untuk menyeludup sesuatu barang. "Ini adalah kerja mereka. Mereka juga tahu barang yang dibawa dan melakukannya secara sukarela dan bukan dianiaya seperti mana yang berlaku pada keldai dadah. "Setiap aktiviti penyeludupan didalangi oleh tauke manakala broker akan menawarkan upah kepada pihak ketiga menjadi penyeludup," katanya. Maka tidak hairanlah operasi UPP sering melibatkan tangkapan penyeludup sedangkan tauke dan broker yang mengepalai kegiatan tersebut masih bebas. Ab Rahim berkata, UPP merupakan gerakan bersepadu dan siasatan lanjut terhadap sesuatu kes akan diserahkan kepada agensi yang bertanggungjawab. "Agensi terbabit seperti Polis, Kastam atau Imigresen mempunyai bahagian penyiasatan sendiri dan kami akan memberikan kerjasama dalam siasatan," katanya. Beliau bagaimanapun mengakui UPP turut berhadapan dengan halangan sekiranya dalang atau perancang aktiviti tersebut melibatkan negara jiran. "Kawasan tanggungjawab UPP adalah dalam negara namun terhad sekiranya penyeludup yang dikejar melepasi sempadan dan memasuki Thailand," katanya. Pangkalan haram Dalam pada itu, Ab Rahim berkata, selain laluan utama dan laluan tikus, penyeludup turut menjalankan operasi mereka di pangkalan-pangkalan haram. Menurutnya, terdapat dua situasi iatu dari segi sejarah hubungan kekeluargaan dan geografi begitu hampir antara dua negara mempengaruhi aktiviti berkenaan. "Hubungan kekeluargaan di kedua-dua negara akan mewujudkan rangkaian yang menguatkan lagi kelancaran aktiviti penyeludupan selagi ada ruang dan peluang. "Dari segi geografi, kedudukan Sungai Golok antara Thailand dan Rantau Panjang, Kelantan begitu hampir sehingga boleh berjalan kaki sekiranya air kering," katanya. Kebanyakan rumah didirikan di tebing sungai mempunyai tiang-tiang yang memisahkan antara lantai dengan air memudahkan pemindahan barang dilakukan. Ab Rahim berkata, situasi yang sama turut boleh dilihat di kawasan ladang tebu yang sangat luas di Padang Besar, Perlis terletak di sempadan dengan negara jiran. "Walaupun terdapat pagar yang memisahkan antara kedua-duanya namun kedudukan rumah-rumah begitu hampir hanya beberapa meter dengan sempadan itu," katanya. Dari pondok-pondok kecil, pangkalan perahu, pelantar tidak aktif sehingga ke perahu-perahu yang melalui Sungai Golok antara pangkalan haram yang dikenal pasti. Beliau berkata, lebih 140 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dikesan namun kedudukannya sentiasa berubah-ubah bagi mengelak dihidu oleh pihak berkuasa. "Tidak dinafikan perubahan kedudukan itu merupakan cabaran bagi UPP menjalankan operasi kerana pergerakan penyeludup tidak mengira waktu. "Tambahan pula komunikasi hari ini memudahkan urusan mereka dalam merancang aktiviti penyeludupan bagi memastikan sepanjang laluan berjalan lancar," katanya. Selain pangkalan haram bagi aktiviti penyeludupan melalui jalan air, UPP turut mengesan 'buruh tanggung' yang membawa barang seludup sama ada menggunakan motosikal atau hanya berjalan kaki berikutan jarak antara keduanya berdekatan. "Itulah kerja mereka dari generasi ke generasi untuk cari makan. Mereka tidak tahu yang dilakukan itu adalah sebahagian daripada aktiviti penyeludupan. "Begitu juga dengan usaha membanteras aktiviti penyeludupan merupakan tanggungjawab UPP namun pada masa yang sama turut memelihara keselamatan negara serta membantu memerangi jenayah rentas sempadan," katanya. | ||
Kenapa Sekatan Kurang 1KM Dari Sempadan? Posted: 27 Sep 2011 11:05 PM PDT JARAKNYA tidak sampai satu kilometer pun dari sempadan Malaysia-Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Kayu Hitam di Kedah. Namun satu sekatan secara tetap yang beroperasi sepanjang masa bagi mengawal setiap pergerakan masuk ke Malaysia menerusi salah satu pintu utama negara itu. Dari kenderaan persendirian seperti kereta, van dan motosikal sehingga ke kenderaan awam meliputi bas dan teksi serta lori sebagai kenderaan perdagangan akan diperiksa oleh anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam. Kenapa perlu diadakan sekatan sedangkan kompleks berkenaan melakukan pemeriksaan terhadap pergerakan keluar masuk di pintu masuk utama negara oleh Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen. Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Muhamad Zunaidi Nairitt Abdullah berkata, walaupun semua kenderaan menjalani pemeriksaan di kompleks namun UPP bertindak untuk membuat saringan bagi mencegah aktiviti penyeludupan. "Dari segi modus operandi, kebanyakan penyeludup mungkin sudah mengkaji pemeriksaan pihak berkuasa sendiri di kawasan sempadan. "UPP Bukit Kayu Hitam pula bertindak sebagai penguat kuasa terakhir mematahkan aktiviti penyeludupan sama ada melibatkan barangan atau manusia," katanya kepada Mingguan mStar ketika ditemui di Bukit Kayu Hitam, baru-baru ini. Zunaidi berkata, kemungkinan berlaku insiden 'terlepas' dalam kesibukan di bahagian pemeriksaan di ICQ termasuk kelicikan penyeludup atau pesalah sendiri. "Bila ada yang 'terlepas' atau terdapat cubaan menyeludup atau membolosi ke negara ini maka UPP merupakan bahagian seterusnya untuk bertindak," katanya. Dalam operasi secara tetap yang disertai penulis didapati dua pelancong warga Perancis yang memasuki Malaysia melalui Thailand menggunakan bas ekspres menggunakan pasport yang sah ditahan dalam sekatan berikutan dokumen perjalanan mereka tidak mempunyai cop kemasukan. Ini termasuk kenderaan milik rakyat tempatan yang menyimpan makanan sejuk beku dari negara jiran namun tidak mendapat kelulusan untuk dibawa masuk untuk tujuan dagangan di negara ini. Walaupun UPP Bukit Kayu Hitam mempunyai sekatan secara tetap namun sekatan secara rawak dan serbuan di kawasan berhampiran berdasarkan maklumat. "Tidak dinafikan sekatan di kawasan sempadan berisiko tinggi kerana kebiasaannya kita tidak akan kenal penjenayah tetapi penjenayah lebih mengenali kita. "Bagaimanapun, semua anggota UPP terlatih dan berpengalaman dalam serta sentiasa bersiap sedia dan bertanggungjawab apabila menjalankan tugas," katanya. | ||
GEO Banggunan Hijau Paling Jimat Tenaga Di Malaysia Posted: 27 Sep 2011 11:04 PM PDT SERINGKALI kita mendengar ungkapan teknologi hijau, penjimatan tenaga dan istilah-istilah dalam bidang sains alam sekitar yang adakalanya sukar disebut, apatah lagi difahami. Disebabkan alam sekitar dan manusia saling memerlukan, cukup membimbangkan jika istilah-istilah tersebut terus dianggap sukar sehingga tiada inisiatif untuk memahaminya. Tanpa kesedaran dan pemahaman tentang kepentingan menjaga alam sekitar, generasi akan datang tidak akan berpeluang menikmati kehidupan sihat seperti yang kita dikecapi hari ini. Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Denmark pada 2009 untuk mengurangkan 40 peratus pengeluaran karbon dioksida menjelang tahun 2020 merupakan langkah bijak kerajaan dan menunjukkan komitmen negara dalam menangani isu alam sekitar di peringkat global. Penstrukturan semula Pusat Tenaga Malaysia (PTM) dan ditukar menjadi Malaysian Green Technology Corporation (Greentech Malaysia) merupakan kesinambungan dan langkah susulan daripada pengumuman tersebut. "Bangunan ini menjadi penting bagi negara kerana diiktiraf sebagai 'bangunan hijau' pertama di Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Greentech Malaysia, Dr Nazily Mohd Noor kepada Mingguan mStar. Melangkah masuk ke kawasan bangunan Green Energy Office (GEO) yang terletak di Bangi ini, suasana damai dan segar dapat dirasai kerana lebih daripada 50 peratus kawasan ini dilitupi tanaman hijau. Suasana di bahagian dalam bangunan juga lebih tenang dan terang dengan refleksi pencahayaan matahari secara langsung yang masuk ke dalam bangunan. Menurut Dr Nazily, tenaga elektrik sebenar di bangunan berkeluasan 4,800 kaki persegi ini hanya digunakan pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu malam, cuaca gelap atau hari hujan. Malah, produk yang digunakan seperti lampu juga merupakan jenis jimat tenaga. "40 peratus daripada penggunaan tenaga elektrik di sini adalah dari tenaga solar yang dikumpul menggunakan sistem solar photovoltaic (PV) di bahagian bumbung. "Ini sangat menjimatkan kerana dalam sebulan kita cuma perlu bayar RM50 hingga RM60 sahaja untuk bil elektrik," katanya. 'Sungai' di bumbung Bumbung bangunan GEO bertindak sebagai kawasan tadahan hujan dan mempunyai sistem yang hampir sama dengan sebatang sungai. "Air hujan yang ditadah kita gunakan untuk siram pokok bunga dan untuk kegunaan harian," ujarnya. Pertama di Asia Tenggara, bumbung yang dipanggil 'The River Roof' ini juga berfungsi sebagai penyejuk dan pemanas sistem singki bangunan. "Saluran air yang mengalir hampir sama dengan sungai yang menyah-haba kepada suhu persekitaran sebenar," katanya sambil memberitahu bumbung ini turut bertindak sebagai penjana tenaga. Rekaan dan teknologi penjimatan tenaga serta memulihara alam sekitar ini kebanyakannya dibawa masuk dari negara seperti Jerman, Australia, Belgium dan Jepun. Kawal suhu jimat tenaga Bagi memberi lebih penjimatan, suhu di keseluruhan ruang bangunan ini turut dikawal secara teknikal dan fizikal. Tidak hairanlah mengapa suhu di segenap ruang dalam bangunan ini begitu selesa, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. Dr Nazily berkata, pendingin hawa masih digunakan, tetapi menggunakan suhu tinggi kerana apabila suhu dilaraskan ke tahap rendah, semakin banyak tenaga diperlukan. "Sama ada di dinding batu atau cermin, terdapat material khas di bahagian tengah yang berfungsi sebagai penebat suhu. "Walau cuaca terik, suhu dalam bangunan ini tetap sejuk tanpa perlu merendahkan suhu pendingin hawa kerana penebat telah menyerap haba tersebut," katanya. Direka khas dan dilengkapi Indeks Tenaga Bangunan (BEI) dengan kadar tenaga sebanyak 65kWh/m2tahun berbanding bangunan konvensional sebanyak 250-300kWh/2tahun, strategi binaan bangunan ini terbukti menggunakan tenaga secara efisyen. Gaya kerja sihat, menjimatkan Dari segi cara kerja, pekerja di bangunan ini dilatih untuk mengamalkan gaya kerja sihat dan menjimatkan. "Untuk ke tingkat atas, pekerja dan tetamu perlu menaiki tangga, bukan lif," katanya. Pun begitu, Dr Nazily berkata lif tetap disediakan di bangunan ini, tetapi sengaja diletakkan tersembunyi dan tidak dapat dilihat. "Secara tak langsung, mereka perlu menaiki tangga. Ia merupakan satu senaman dan dapat menjimatkan tenaga," ujarnya. Selain itu, penggunaan kertas kitar semula juga diamalkan di sini. "Kita akan cetak dokumen ikut keperluan. Kalau tak penting, tak perlu cetak," katanya. Semua pekerja juga perlu menggunakan komputer riba kerana tenaga yang diperlukan adalah lebih rendah berbanding komputer biasa. | ||
Pelajari Sejarah Melalui "Heritage Walk" Posted: 27 Sep 2011 11:03 PM PDT BILA bercakap mengenai negeri Sabah pasti keindahan pulau dan pantainya terbayang di kotak fikiran sukar untuk dicari di Semenanjung Malaysia. Industri pelancongannya pesat membangun dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini juga membuatkan reputasi Sabah sebagai salah satu destinasi eko-pelancongan melonjak naik. Tempat-tempat seperti Tapak Warisan Dunia, Taman Kinabalu, Warisan Sabah dan gunung Kinabalu semuanya terletak disini. Peluang menjejakkan kaki ke sana baru-baru ini atas tajaan AirAsia dengan kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Sabah meninggalkan pelbagai kenangan manis buat penulis. Walaupun penerbangan daripada Tawau ke Kota Kinabalu sedikit mendebarkan akibat cuaca buruk tetapi keterujaan untuk menikmati keindahan Sabah tidak mati begitu sahaja. Kepesatan pembangunan di Sabah juga cukup mengagumkan tetapi masih mengekalkan banyak warisan dan sarat dengan budaya mereka yang diwarisi turun temurun. Kenali sejarah Sabah Pertama kali menjejakkan kaki ke Kota kinabalu, program Heritage Walk adalah peluang terbaik bagi mengenali sejarah dan warisan negeri itu. Menariknya mengenai program ini, peserta bukan sahaja diberi penerangan mengenai sejarah negeri itu tetapi juga dibawa berjalan kaki untuk melihat sendiri beberapa tapak yang masih kukuh untuk tatapan generasi akan datang. Melalui Heritage Walk, selain melawat tapak sejarah, pelancong akan didedahkan dengan sejarah awal Sabah, maklumat mengenai peperangan dan era selepas kemerdekaan. Sebuah buku panduan disertakan untuk setiap peserta, pemandu pelancong berpengalaman akan menerangkan dengan terperinci mengenai sejarah awal Sabah yang dulu dikenali sebagai Borneo Utara. Bermula di Padang Merdeka, perjalanan mengambil masa hampir dua jam saiz kumpulan juga dihadkan kepada beberapa kumpulan kecil supaya penerangan lebih berkesan. Antara peninggalan sejarah yang masih kekal di sana adalah seperti Menara Jam Atkinson, Australia Place, Pusat komuniti, Bangunan Pelancongan Sabah, Hotel Jesselton, Gaya Street, Taman Pocket, Malaysia Momumen, Bangunan Majlis Bandaraya dan Tapak Peringatan Peperangan Borneo Utara. Tempat-tempat tersebut kini menjadi antara harta paling bernilai kerana tempat bersejarah lain telah banyak musnah akibat peperangan melanda. Pada akhir perjalanan juga rombongan sempat singgah ke Muzium Kopitiam bagi menikmati kopi botol dan biskut yang pernah menjadi makanan rutin para tentera semasa memperjuangkan keamanan di negeri itu. Di muzium itu juga sambil pengunjung menikmati makanan, terdapat juga pelbagai gambar dan info menarik mengenai Sabah yang boleh dipelajari. Gambar-gambar yang dipaparkan juga ada di antaranya tidak dapat dijumpai di tempat lain. Harta karun di 'Gaya Street' Bagi mengelakkan semua peserta Heritage Walk berasa bosan, pemandu pelancong mengambil inisiatif untuk mengadakan pencarian harta karun di Gaya Street. Di sepanjang lorong itu menempatkan bangunan-bangunan lama termasuk Hotel Jesselton yang pernah menjadi tempat penginapan oleh banyak pemimpin negara dan selebriti termasuk peninju terkenal, Mike Tyson. Selain mencari harta karun tersembunyi di sepanjang jalan tertua di Kota Kinabalu itu, pelancong dapat mempelajari fakta-fakta sejarah dan beramah mesra dengan penduduk tempatan yang cukup ramah. Pengalaman mencari harta karun di Sabah cukup menyeronokkan kerana semua peserta dapat bekerjasama antara satu sama lain bagi menyelesaikan tugasan. Paling menarik diakhir pertandingan, peserta pertama berjaya menyelesaikan permainan menerima hadiah istimewa daripada penganjur. Pasar Filipina syurga membeli-belah Selain 'Heritage Walk' kunjungan ke Pasar Filipina adalah menjadi satu kemestian ketika berkunjung ke Kota Kinabalu kerana disana ia penuh dengan barangan yang bakal membuatkan pengunjung rambang mata. Ia merupakan pasar paling terkenal di Bandaraya Kota Kinabalu. Terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran, antara cenderamata dijual di sini adalah seperti mutiara, rantai, kerongsang, gelang, kain selain makanan ringan seperti amplang, kuih cincin dan sebagainya. Dibuka pada awal tahun 70-an, ia pada asalnya terletak di kawasan Kampung Air dan pada tahun 1978 ia dipindahkan ke belakang bangunan Bank Negara sebelum dipindahkan ke bangunan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). Bangunan itu yang sebelum ini menjadi penempatan sementara pelarian warga Filipina melarikan diri ke Sabah sewaktu perang meletus di Selatan Filipina sekitar 1970-an. Atas sebab itulah ia kekal sehingga ke hari ini dengan nama Pasar Filipina bagi mengenangkan pelarian yang pernah menetap di situ. Penulis tidak ketinggalan mendapatkan beberapa barangan seperti cenderahati dan makanan kering seperti ikan kering, ikan bilis dan sebagainya. Tawar menawar juga senang dilakukan dan penulis lebih bertuah kerana salah seorang peserta rombongan adalah anak kelahiran tempatan dan harga ditawarkan lebih jauh lebih murah. Pelancong juga tidak perlu risau untuk membeli dalam kuantiti yang banyak kerana setiap peniaga akan memastikan ia dibungkus dengan baik dan sedia untuk terus dibawa pulang ke tempat asal. | ||
Aksi Empat Pelumba Malaysia Pada MotoGP Malaysia Posted: 27 Sep 2011 11:03 PM PDT EDISI ke-21 perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011 semakin menjadi perhatian dengan kehadiran empat pelumba tempatan untuk bersaing bersama pelumba-pelumba handalan dunia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 21 hingga 23 Oktober ini. Jika sebelum ini, peminat permotoran tanah air hanya memberi tumpuan kepada penunggang tunggal bagi kelas 125cc, Muhammad Zulfahmi Khairuddin, tetapi tahun ini SIC bakal digegarkan dengan kehadiran tiga lagi pelumba menerusi tiket wild card. Bakal bergandingan dengan Fahmi musim ini ialah seorang lagi pelumba 125cc, Muhammad Farid Badrul Hisham yang telah mencipta nama pada kejohanan kebangsaan Malaysian Super Series (MSS). Dia juga dipilih berdasarkan sesi ujian di Oulton Park dengan mencatat keputusan terbaik catatan bagi kategori ini. Farid, 18, kini beraksi pada Kejohanan British Superbike 600cc bersama pasukan Aztec GP Team akan mempamerkan kemahirannya di Silverstone dan Brand Hatch pada 9 Oktober sebelum kembali ke tanah air untuk latihan intensif menggunakan jentera Aprilia yang akan ditunggang pada perlumbaan di SIC nanti. Sementara itu, dua lagi tempat bakal diisi oleh dua pelumba dalam kategori Moto2 yang menyaksikan tahun lalu, pelumba pasukan Petronas SIC TWMR Malaysia, Mohamad Zamri Baba berjaya mendapat tiket untuk beraksi bagi kategori ini. Bagaimanapun, nasib Zamri tahun ini masih belum selamat memandangkan ada dua lagi pelumba yang bersaing untuk merebut dua kedudukan teratas bagi kategori ini iaitu, Azlan Shah Kamaruzaman (Boon Siew Honda Racing Malaysia) dan Hafizh Syahrin Abdullah dari pasukan Petronas Synthium Moto Yamaha Raceline. "Berdasarkan ujian sebelum ini, saya berpuas hati kerana berjaya mencatat keputusan lebih baik berbanding tahun lalu. Namun saya sedar untuk mendapat tiket sebagai pelumba Petronas belum terjamin kerana saya perlu bersaing dengan dua lagi pelumba yang turut berusaha keras untuk mendapat tiket ini. "Pun begitu saya yakin dengan latihan dan persiapan sebelum aksi kelayakan terakhir awal bulan depan, saya yakin nama saya akan terpilih," kata Zamri kepada Mingguan mStar. Sementara itu, Azlan turut menaruh harapan tinggi untuk beraksi dalam kategori Moto2 ini dan akan memberi aksi terbaik pada sesi kelayakan nanti. "Ini peluang terakhir saya dan pastinya saya akan berusaha untuk mendapat salah satu tempat dalam kategori ini. Sedar dengan persaingan sengit ini, saya lebihkan waktu latihan untuk membaiki corak tunggangan kerana ia agak berbeza dengan jentera bagi perlumbaan lain," katanya. Manakala, pelumba muda, Hafidz turut berharap namanya akan terpilih biar pun berhadapan dengan dua pelumba yang lebih berpengalaman ini. Keputusan dua pelumba yang akan memegang tiket ini bakal diketahui pada 5 oktober nanti selepas ujian kelayakan terakhir yang akan berlangsung pada 26 hingga 28 September ini. Selain pelumba tempatan yang bakal mencuri tumpuan penonton, sudah pasti aksi-aksi pelumba dunia menjadi tarikan utama di SIC terutama Casey Stoner (Australia) yang kini mengumpul 284 mata, meninggalkan pencabar terdekat Jorge Lorenzo dari Sepanyol (240 mata). Pusingan ke-16 daripada 17 pusingan ini juga bakal menjadi pertemuan terakhir dengan pelumba Itali, Loris Capirossi yang telah mengumumkan persaraannya pada saingan di San Marino awal bulan ini. Capirossi dilabelkan sebagai pelumba berpengalaman dalam MotoGP dengan 22 musim kejuaraan dan telah dinobatkan sebagai juara dalam semua kategori selain daripada Rossi. Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, dengan penambahan aksi pelumba tempatan, pihaknya menjangkakan kehadiran penonton selama tiga hari itu lebih daripada jumlah tahun lalu. "Tahun lalu seramai 105,000 penonton hadir memenuhi litar yang menyaksikan Jorge Lorendo dinobatkan sebagai juara untuk kali pertama. Saya yakin tahun ini rekod itu akan berubah kerana pelbagai faktor. "Saya mensasarkan kehadiran penonton akan mencecah 65,000 pada perlumbaan hari Ahad berdasarkan penjualan tikat setakat ini, manakala untuk tiga hari perlumbaan kami yakin akan mencatat 110,000 pengunjung," katanya. Razlan berkata, sasaran ini juga amat realistik kerana pasukan negara bakal diserikan dengan empat pelumba wild card termasuk Fahmi yang telah mempamerkan aksi terbaik pada perlumbaan sebelum ini. "Fahmi beraksi di luar jangkaan musim ini selepas mengutip 20 mata dan sekarang di kedudukan ke-17 dalam kategori 125cc dan saya yakin dia akan memberi persembahan terbaik di depan peminat sendiri bulan depan," katanya. | ||
Letupan Di Pusat Beli Belah Subang Jaya, Empat Cedera Posted: 27 Sep 2011 10:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini. Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah. Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar. Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan. Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas. Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil. Dua lagi yang tercedera adalah orang awam yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans. Sementara itu, Bernama melaporkan, polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi Rabu. Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian. "Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor," katanya. | ||
Posted: 27 Sep 2011 10:57 PM PDT SUGUL...isteri Syaiful Nizam cuba ditenteramkan saudara-maranya di Hospital Kajang, malam tadi. Gambar kecil, Syaiful Nizam Zamaluddin. KUALA LUMPUR: Malang tidak berbau bagi seorang anggota polis berpangkat konstabel yang bertugas di bahagian rondaan tugas am apabila peluru terakhir dalam revolver .38 miliknya menyebabkan dia parah di kepala. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 malam itu, mangsa, Syaiful Nizam Zamaluddin, 24, sedang mengosongkan revolver selepas tamat bertugas. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata ketika mangsa sedang membersihkan revolver, lapan anggota lain sedang memerhatikannya menghala revolver ke arah bawah di hadapan setor senjata.
"Mangsa tertembak di bahagian kanan kepala sebelum peluru tembus keluar dari atas kepalanya," katanya ketika ditemui di Hospital Kajang, di sini. | ||
Transformasi jana hasil RM12 bilion Posted: 27 Sep 2011 10:55 PM PDT MUDAH...Abdul Wahid (kanan) menerangkan antara kemudahan yang disediakan di cawangan baru Maybank di Petaling Jaya sambil diperhatikan Lim, semalam. MALAYAN Banking Bhd (Maybank) akan terus memperkukuhkan kedudukannya di negara ini, sekali gus menyasarkan peningkatan pendapatan bagi segmen perbankan pengguna dan perniagaan RM12 bilion menjelang 2015 berbanding RM6 bilion yang dicatatkan setakat ini. Timbalan Presiden dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Komunitinya, Lim Hong Tat berkata, pihaknya yakin jumlah itu dapat dicapai didorong dengan pembukaan cawangan baru dan cawangan yang sudah melalui transformasi.
"CFS menyumbang kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan pendapatan kumpulan perbankan dan kami akan menjalankan proses transformasi cawangan bulan depan apabila membuat pembaharuan di lima cawangan iaitu di SS2 Petaling Jaya, Cheras Selatan, Kompleks Bandar (Jalan Klang Lama), Alor Gajah dan cawangan utama Melaka.
Lim berkata, setiap tahun pihaknya menyasarkan untuk membuka antara lapan hingga 10 cawangan baru manakala bagi proses transformasi Maybank memperuntukkan lebih kurang RM1.2 juta hingga RM1.8 juta bagi satu cawangan.
| ||
Kunyah bata macam makan biskut Posted: 27 Sep 2011 10:54 PM PDT NATALIE kini diawasi sentiasa oleh keluarganya. TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut. Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan. Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.
Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati. "Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya." Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat. Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati. "Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi. "Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan. "Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa," katanya. Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew. Colleen, pengurus pejabat berkata: "Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari. "Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu. "Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya. | ||
Posted: 27 Sep 2011 09:21 PM PDT MENANG...Ahmad Salim (tengah) bersama pemenang (dari kiri) Shamsul, Aminudin, Sakinah dan Mardziah. PELBAGAI ragam dapat dilihat sebaik acara pertandingan masakan dimulakan. Sepanjang satu jam pertandingan berlangsung di gerai Hati sempena Karnival Gegaria Harian Metro 2011 pada 24 September lalu, ia tidak hanya menarik kunjungan peserta perempuan, malah lelaki mengambil peluang menunjukkan kehebatan masing-masing. Pertandingan dimulakan dengan penerangan daripada Chef Harun Mat Yusof mengenai syarat dan cara menyediakan hidangan. Kesemua peserta perlu menyiapkan menu berdasarkan buku masakan Nyaman, Uniknya Rasa Penambat Selera tulisan Chef Harun yang diterima peserta ketika mendaftar untuk dijadikan panduan. Setiap peserta diberi dua menu untuk disiapkan iaitu daging goreng petai dan sandwic berulam menggunakan bahan yang kesemuanya disediakan pihak penganjur.
| ||
Posted: 27 Sep 2011 09:20 PM PDT Bertempat di Sunway Lagoon Amphitheater, Anugerah Kanak-Kanak 2011 anjuran TV3, baru-baru ini dilangsungkan dengan mempertaruhkan tujuh kategori. Bagi anugerah Penyanyi Kanak-Kanak Perempuan Popular pula, ia menjadi milik peserta program realiti Idola Kecil 2, Dayana, sementara rakannya daripada program sama, Azzam, menerima trofi bagi kategori lelaki. Seperti yang dijangka, watak animasi Upin dan Ipin yang mencetuskan fenomena tersendiri dalam dunia penyiaran berjaya memenangi anugerah Animasi Paling Comel. Bagi Program TV Paling Hebat pula, daripada 10 program yang dicalonkan, Upin dan Ipin berjaya mengetepikan calon lain termasuk Adik-Adikku, Berita Adik, Geng Bas Sekolah serta Tom Tom Bak. Anugerah kali pertama dianjurkan itu turut mengiktiraf pengacara serba boleh, Aznil Nawawi, yang merangkul anugerah Pengacara Paling Berinspirasi, Bunkface sebagai Artis Paling Berinspirasi dan Dr Sheikh Muszaphar Shukor menerima trofi Idola Pilihan. Tiga kategori terakhir itu ialah anugerah khas. Menurut Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 (TV3 Kids), Mohd Azri Badri, penganjuran anugerah itu boleh dilihat sebagai usaha untuk memberikan pengiktirafan terhadap bakat dan pencapaian kanak-kanak dalam kategori tertentu. Katanya, anugerah yang julung kali diadakan di Malaysia itu diharap dapat memberikan inspirasi bagi melahirkan lebih ramai lagi artis cilik dan bakat muda yang mempunyai potensi besar. "Bagaimanapun, tiga daripada anugerah yang dipertandingkan iaitu anugerah khas adalah terbuka kepada kanak-kanak dan golongan dewasa," katanya sambil memberitahu kemungkinan penambahan kategori akan dilakukan dalam anugerah seterusnya, di samping berhasrat mengadakan anugerah ini pada setiap tahun sebaik melihat sambutan yang cukup gah daripada peminat yang mengundi dalam laman sosial seperti Facebook. Majlis anugerah yang turut diserikan gandingan pengacara, Alif Satar dan Zher Peen, itu menarik apabila dikendalikan dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris, selain menampilkan artis terkenal seperti Shaheizy Sam, Suki, Haziq serta Juliana Evans sebagai penyampai trofi. Anugerah pembakar semangat SEBAGAI pemenang dua anugerah, Fimie amat bersyukur apatah lagi apabila stesen penyiaran berkenaan tidak melupakan sumbangan bakat cilik dalam bidang seni. Fimie, 13, berkata anugerah yang diadakan itu tidak syak platform terbaik bagi menggerakkan bakat cilik seterusnya dalam dunia lakonan, nyanyian dan pengacaraan tanah air. Pelajar Sekolah Menengah Kota Damansara Seksyen 7, ini yang menganggap dirinya disaing hebat oleh Dayana dan Haziq berkata, kejayaan itu tentu sekali dilihat sebagai rezeki dan pembakar semangat untuk memberikan sesuatu yang lebih baik selepas ini. Berlakon sejak usianya enam tahun, Fimie nyata gembira dengan pengiktirafan diterima, serta berharap anugerah itu menggalakkan lebih ramai bakat baru untuk mewarnai dunia seni selepas ini. "Saya suka berlakon dan keluarga juga menyokong minat saya selama ini. Antara pulangan istimewa yang saya sudah dapat sejak berlakon adalah membeli sebuah basikal Fixie yang saya beli daripada hasil duit lakonan sendiri, selain selebihnya disimpan oleh ibu," kata anak bongsu daripada tiga beradik ini. Abang dan kakaknya juga turut terbabit dalam dunia lakonan. Katanya lagi, cita-citanya adalah untuk menjadi penghibur yang serba boleh. "Anugerah yang saya terima ini pula bukanlah tiket untuk saya berlagak sombong, tetapi saya melihatnya sebagai anugerah daripada pembentukan sikap yang baik serta usaha yang tidak mengenal erti kepayahan dalam menjadi diri saya seperti hari ini," katanya. Harap terus diminati ramai SI comel bernama Mia Sara ini mungkin menjadi pilihan ramai untuk menerima anugerah yang mempertandingkan dirinya. Biarpun masih kecil, namun dia nyata berbakat besar. Lebih istimewa, Mia petah apabila berkata-kata. Begitupun, keterujaannya terserlah apabila dia berjaya menewaskan calon kecil lain dalam anugerah yang kali pertama dianjurkan. "Mia gembira dapat anugerah ini dan harap akan terus diminati peminat Mia. Mia mahu buat yang terbaik. Berlakon dengan baik dan terima kasih kepada semua," kata si cilik ini ketika ditanya perasaannya memenangi anugerah istimewa itu, Manakala bapanya yang sentiasa bersama anak kesayangannya itu, Muhammad Ridhuan, berkata dia bersyukur anaknya terpilih memenangi anugerah terbabit. "Pastinya sebagai bapa saya gembira dengan kejayaan anak saya ini. Terima kasih juga kepada peminat yang pilih Mia dan semua kemenangan ini datangnya daripada peminat. "Sebenarnya, pada mulanya saya sendiri tidak tahu wujudnya anugerah seperti ini untuk kanak-kanak. Tetapi setelah dihubungi pihak TV3 yang memaklumkan pencalonan Mia, barulah saya tahu mengenainya," katanya sambil memberitahu anugerah seperti ini sepatutnya sudah lama diadakan bagi menilai bakat cilik yang berpotensi untuk maju. Katanya, dia melihat anugerah itu sebagai sesuatu yang cukup positif dalam bidang seni, serta berupaya membuka peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk sama-sama memeriahkan industri. "Anugerah ini lebih spesifik kepada kanak-kanak dan saya melihatnya sebagai perkembangan yang positif dalam mendedahkan sesuatu yang sihat kepada kanak-kanak seperti di luar negara. Saya akan terus menyokong sesuatu yang baik seperti ini," katanya. Aznil terkedu AZNIL sememangnya cukup disegani sebagai pengacara. Mana tidaknya, kebanyakan program kendaliannya mampu menarik perhatian ramai, seterusnya muncul sebagai rancangan popular. Sejak lebih sedekad lalu, namanya begitu kukuh dalam bidang pengacaraan. Justeru tidak hairanlah apabila dia muncul calon pilihan untuk memenangi anugerah Pengacara Paling Berinspirasi pada anugerah terbabit. Begitupun, pengacara ini nyata terkejut apabila namanya diumumkan sebagai penerima anugerah berkenaan dalam majlis yang cukup meriah itu. Lebih-lebih lagi, ketika pengumuman pemenang anugerah itu dilakukan, Aznil dan Haziq bertindak sebagai penyampai trofi. Sebaik saja Haziq mengumumkan namanya, suasana kaku seketika dan wajah Aznil kelihatan terpinga-pinga. "Saya terkejut sebaik saja nama saya diumumkan Haziq kerana saya ialah penyampai trofi bagi anugerah itu. Itu sebabnya saya suruh Haziq umum sekali lagi. Semuanya cukup spontan dan itulah yang saya mahu daripada bakat cilik. Mengacarakan sesuatu secara spontan dan tidak ramai yang boleh lakukan seperti itu," katanya. Aznil berkata, anugerah yang diterimanya dilihat sebagai satu tanggungjawab besar, apatah lagi apabila ribuan kanak-kanak ingin menjadikannya sebagai idola mereka. "Sebaik saja menerima anugerah ini, saya melihatnya sebagai tanggungjawab besar yang harus saya pikul selepas ini. Ini bukan anugerah pengacara popular daripada hasil usaha saya sendiri, tetapi kali ini saya dipilih kanak-kanak untuk menjadi idola mereka. Jadi dari segi sikap dan segala-galanya perlulah positif kerana selepas ini saya menjadi cermin kepada semua kanak-kanak," katanya yang pada mulanya hadir ke majlis itu bagi memberikan sokongan serta mahu memeriahkan acara. | ||
Posted: 27 Sep 2011 09:18 PM PDT PENDUDUK bandar Tanza di utara Manila meredah banjir yang berlaku selepas dilanda taufan Nesat. MANILA: Penduduk Manila meredah banjir separas pinggang dan sampah sarap semalam selepas taufan Nesat melanda negara itu, meragut sekurang-kurang 16 nyawa dan membawa ombak setinggi pokok palma menghentam tembok di tepi laut. Kebanyakan kematian berlaku di ibu negara Manila yang sudah tenggelam akibat hujan monsun lebat sebelum kedatangan Taufan Nesat membawa hujan lebat dan angin selaju 150 kilometer sejam. Kita boleh ganti barang, tetapi tidak nyawa, kata penjaga bangunan Banny Domanais yang tiba di sekolah bersama isteri dan tiga anak perempuannya. Nesat awalnya melanda pulau utama Filipina memusnahkan kawasan pertanian dan mengakibatkan banjir, bekalan tenaga terputus dan pasaran kewangan, sekolah, pengangkutan dan pejabat kerajaan ditutup. Antara mangsa termasuk bayi lelaki berusia 22 bulan yang mati dalam ribut, manakala empat lagi hilang, lapor agensi bencana. Taufan Nesat dikategori sebagai taufan tahap tiga dengan kelajuan angin 200 kilometer sejam apabila ia melanda wilayah utara pulau Luzon, kata agensi Risiko Ribut Tropika. Ia hilang kekuatan ketika bergerak ke barat laut menyeberangi Luzon kira-kira 20 kilometer sejam dan pusat dijangka reda di persisiran pantai barat laut petang semalam, walaupun hujan dan angin masih melanda. Kami belum dapat menganggarkan kemusnahan ketika ini kerana taufan terus melanda banyak wilayah, kata ketua agensi bencana alam nasional, Benito Ramos. Kebanyakan kawasan di ibu negara Manila yang mempunyai penduduk 13 juta, terputus bekalan elektrik. Pihak berkuasa menutup sesetengah rangkaian rel sebagai langkah berjaga-jaga selepas angin kuat memutuskan bekalan tenaga dan merobohkan tiang elektrik. Sejumlah penerbangan turut dibatalkan. Di daerah Makati, papan tanda iklan jatuh di atas dua kereta dan sebuah bas mengakibatkan kecederaan. Ini adalah pemotongan bekalan secara sementara supaya tiada kemalangan, litar pintas kerana tiang elektrik roboh, yang mungkin berlaku litar pintas, kata Ramos. Reuters/AP Angin kuat turut menumbangkan pokok dan papan iklan di jalan utama. Runtuhan menyekat laluan jalan raya di ibu negara dan wilayah dan pegawai memberi amaran yang risiko tanah runtuh daripada hujan lebay di kawasan pergunungan. | ||
Warden trafik DBKL boleh saman Posted: 27 Sep 2011 09:15 PM PDT KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Majlis Pelancaran Kempen Senyum peringkat DBKL di Menara DBKL. Sebelum ini, mereka hanya boleh mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan yang statik (tidak bergerak) manakala bagi empat kesalahan di atas, ia terletak di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM). Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata langkah itu diambil bagi memastikan pergerakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur berjalan lancar terutama pada waktu puncak. Beliau berkata, pada masa ini, warden trafik DBKL hanya mengambil tindakan untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan yang statik (tidak bergerak) manakala bagi kenderaan yang sedang bergerak, ia terletak di bawah bidang kuasa PDRM. Melalui satu mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 9 September lalu, kami memutuskan anggota warden trafik DBKL boleh mengeluarkan saman terhadap pemandu yang melakukan empat kesalahan ketika kenderaan bergerak. Antara kesalahan itu ialah melanggar lampu isyarat, berhenti di petak kuning, memotong barisan dan melanggar isyarat lalu lintas, katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Senyum Peringkat DBKL di sini, semalam. | ||
Siti teruja lancar album Inggeris Posted: 27 Sep 2011 09:05 PM PDT
| ||
Sikap angkuh, sombong boleh jejaskan prestasi Posted: 27 Sep 2011 09:04 PM PDT Sikap bekerjasama dan saling membantu bukan sahaja menaikkan nama organisasi tetapi juga membuang sifat mazmumah seperti sombong. - Gambar hiasan ISLAM melarang umatnya bersifat bangga diri dan merendahkan orang lain. Sebaliknya hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain. Ini kerana semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa. Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13) Kedudukan seseorang itu berbeza di sisi Allah kerana darjat takwa yang dimilikinya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan membesar diri, lupa diri, bermegah-megah, bongkak sombong dan sebagainya. Sifat sombong ini sangat bahaya dan sifat tersebut banyak membinasakan makhluk Allah sepanjang sejarah manusia di muka bumi ini. Iblis sendiri diusir keluar dari syurga lantaran sifat sombongnya yang enggan sujud kepada Nabi Adam AS. Perdana Menteri Raja Firaun, Qarun, ditelan hidup-hidup ke dalam perut bumi bersama-sama dengan timbunan harta benda juga disebabkan kesombongannya. Malah Firaun juga menemui ajal dalam keadaan yang hina kerana sifat sombong dan angkuhnya terhadap Allah SWT dan sebagainya. Rasulullah SAW dalam hadisnya menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sifat sombong dan bahayanya sifat tersebut. Ia sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong, kemudian seseorang berkata: (Ya Rasulullah) sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain. (riwayat Muslim) Sombong merupakan salah satu sifat mazmumah (tercela) dan sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Sifat tercela ini merupakan jalan ke neraka yang menyebabkan tertutupnya pintu-pintu ke syurga. Ini kerana akhlak mulia itu merupakan jalan atau pintu untuk ke syurga. Terlalu banyak keburukan bersifat sombong, antaranya tentu sekali dibenci dan dimurkai Allah SWT dan juga Rasulullah SAW. Orang yang sombong tidak mempunyai perasaan kasih sayang sesama saudaranya yang mukmin sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. Selain itu, seseorang yang memiliki sifat sombong ini juga tidak terlepas dari suka berdendam dan perbuatan mahupun percakapannya tidak boleh di percayai atau diguna pakai. Golongan ini juga bukan pemberi nasihat yang baik dan nasihatnya tidak boleh diyakini. Api kemarahan sentiasa marak dalam dirinya dan amat sukar untuk dikawal. Sombong boleh berlaku dalam pelbagai situasi di antaranya di dalam sesebuah organisasi atau di tempat kerja. Sifat ini sering menimbulkan masalah dalam urusan kerja seharian di sesebuah syarikat. Jika tidak dibendung daripada awal ia akan menjadi barah dan akan merosakkan organisasi berkenaan. Ada orang yang sombong kerana menganggap dirinya lebih tinggi atau mulia daripada orang lain kerana pangkat yang ada pada dirinya. Ada orang angkuh kerana pengalaman di dalam kerjanya sehingga merasakan bahawa dia adalah di kalangan yang layak dirujuk dan ada juga orang yang membangga diri kerana kepandaian yang melebihi dari orang lain. Ini semua adalah penyakit hati boleh merosakkan sesebuah organisasi. Penyakit ini jika tidak dirawat daripada awal akan menjadi punca kepada masalah perpecahan hati, fikiran, pertembungan idea yang tidak sihat dan akhirnya boleh memberi kesan kepada kemerosotan prestasi kerja. Ini berlaku kerana masing-masing merasa diri dan kerjanya sempurna sehingga tidak mahu menerima cadangan, teguran atau pembaikan. | ||
Posted: 27 Sep 2011 09:00 PM PDT
KEPENTINGAN solat yang perlu dilakukan dalam semua keadaan amat jelas berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu dalam keadaan duduk. Jika tidak mampu maka solatlah dalam keadaan mengiring. (riwayat al-Bukhari). Tetapi ada ketikanya, sama ada akibat darurat atau sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamun bagi menunaikan solat. Dalam hal ini umat Islam boleh menunaikan solat hormat waktu. Pada asalnya solat ini bermaksud wujudnya kecacatan syarat yang tidak mencukupi. Antaranya, tidak boleh berwuduk dan tayamum sama ada ketiadaan kedua-duanya atau keuzuran, sedangkan waktu solat masih ada ketika itu. Menurut jumhur ulama, seseorang wajib solat dan wajib mengulanginya mengikut mazhab Hanafi dan Syafie. Mazhab Hanbali pula menganggap tidak wajib mengulanginya. Sedangkan mazhab Maliki mengikut pendapat yang muktamad, solatnya gugur. Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh menjelaskan hal ini berdasarkan mazhab yang empat:
Mazhab Hanafi Pendapat yang difatwakan oleh mazhab ini berdasarkan pendapat Abu Yusuf dan Muhammad al-Hasan, iaitu orang yang tidak mempunyai dua alat penyuci wajib melakukan perbuatan yang menyerupai orang bersolat. Dia hendaklah rukuk dan sujud jika terdapat tempat yang kering. Dia tidak boleh membuat isyarat secara berdiri, tidak boleh membaca dan tidak boleh berniat. Dia hendaklah mengulangi solat jika mendapat air atau tanah. Bagi orang yang terputus dua tangan dan dua kakinya, jika ada luka di mukanya, maka dia boleh solat tanpa taharah dan tidak perlu tayamum. Mengikut pendapat yang paling asah, dia tidak perlu mengulangi solatnya. Orang yang terperangkap (dipenjara) apabila solat dengan tayamum hendaklah mengulang solatnya jika dia orang mukim (bukan musafir). Ini kerana dalam kes seperti ini, tiada darurat kerana air mudah diperolehi di tempat sendiri. Ini berlainan dengan musafir di mana pada kebiasaan ketiadaan air, maka dia tidak perlu mengulang solatnya. Mazhab Maliki Berdasarkan pendapat yang muktamad dalam mazhab ini, seseorang yang tidak ada air dan tanah atau hilang keupayaan menggunakan kedua-duanya seperti orang yang dipaksa atau yang diikat, maka gugur solat daripadanya sama ada tunai ataupun qada. Kedudukannya sama seperti perempuan yang haid. Ini kerana air dan tanah menjadi syarat wajib kepada pelaksanaan solat, sedangkan dalam kes ini, syarat itu tiada. Syarat wajib qada pula bergantung kepada tanggungan melaksanakan secara tunai sedang tanggungan melaksanakan secara tunai itu tidak diperintahkan. Mazhab Syafie Menurut ulama Syafie, orang yang tidak mempunyai air dan tanah hendaklah solat yang fardu sahaja. Solat itu hendaklah dilakukan menurut keadaannya, iaitu dengan niat dan membaca sahaja sebagai tanda menghormati waktu. Dia tidak boleh solat sunat. Tetapi solat yang dilakukan itu hendaklah diulangi apabila air atau tanah sudah boleh didapati. Kerana keuzuran ini jarang berlaku, oleh itu, hukumnya tidak boleh berkekalan. Lagipun ketidakupayaan bersuci yang menjadi salah satu syarat solat tidak bermakna boleh meninggalkan solat seperti menutup aurat, menghilangkan najis, menghadap kiblat, berdiri dalam solat dan membaca. Orang yang bernajis di badannya di mana dia tidak berupaya membasuh kerana takut sakit dan juga orang yang tertahan sehingga tidak dapat mengerjakan solat adalah sama hukumnya dengan orang yang tidak mempunyai air dan tanah. Mereka hanya perlu solat fardu sahaja. Namun, orang yang berjunub hanya perlu membaca al-fatihah sahaja. Pendapat paling kuat menurut ulama Syafie adalah solat dilakukan seperti biasa dan hendaklah diulang jika air sudah boleh didapati kerana tiada nas yang jelas menyatakan hukum solat orang seperti ini.
Mazhab Hanbali Orang yang tidak mempunyai air dan debu tanah hendaklah solat fardu sahaja. Solat itu wajib dilakukan mengikut keadaan. Kelemahan tentang syarat tidaklah menjadi alasan untuk ditinggalkan apa yang disyaratkan. Kedudukannya sama seperti seorang yang tidak berupaya menutup aurat dan tidak mampu menghadap kiblat. Ertinya, pendapat mereka samalah seperti pendapat ulama Syafie. Mereka berpendapat bahawa solat itu tidak perlu diulang. Seseorang yang solat dalam keadaan tidak mempunyai air dan debu tanah tidak boleh menambah lebih daripada bacaan atau perbuatan yang mengesahkan solat sahaja. Dia hendaklah membaca al-Fatihah sahaja, bertasbih sekali sahaja, memendekkan tama'ninah, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tasyahud awal dan akhir setakat yang menjadi syarat sahaja. Kemudian terus memberi salam. | ||
Posted: 27 Sep 2011 08:59 PM PDT SELAiN solat kita disuruh berselawat ke atas Nabi SAW sebagai tanda kasih kepada baginda. SABDA Rasulullah SAW: "Janganlah kamu melampau-lampau memujiku sebagaimana kaum Nasrani melampau-lampau memuji Isa ibn Maryam". Sebahagian orang memahami sabda Nabi SAW di atas dengan makna melarang daripada memuji baginda SAW. Mereka mengira perbuatan memuji Nabi SAW termasuk dalam perbuatan yang melampau dan sikap berlebihan yang tercela dalam agama, yang boleh mengakibatkan syirik. Mereka juga beranggapan, bahawa orang yang memuji Nabi Muhammad SAW, mengangkat kedudukan Baginda SAW melebihi daripada manusia yang lain, menyanjungnya dan menyifatkan Baginda SAW dengan apa saja yang membezakannya daripada manusia yang lain, bererti melakukan bidaah dalam perkara agama dan menyanggah sunnah Penghulu segala Rasul SAW. Ini adalah pemahaman yang salah dan buruk serta menunjukkan kecetekan pandangan orang yang menilainya. Maksud sebenar hadis adalah Nabi Muhammad SAW melarang memujinya secara keterlaluan sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Nasrani terhadap Nabi Isa a.s. Mereka mengatakan bahawa Nabi Isa a.s itu adalah anak Allah. Adapun, orang yang memuji Nabi SAW dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang tidak terkeluar daripada hakikat kemanusiaan, di samping meyakini bahawa baginda SAW adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dan menjauhi keyakinan dan kepercayaan kaum Nasrani, maka sesungguhnya dia tidak disyaki lagi merupakan orang yang paling sempurna tauhidnya. Inilah yang ditegaskan oleh Imam Busiri dalam Qasidah Burdahnya yang masyhur: "Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa a.s). Ertinya: Jangan katakan Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan); Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji baginda SAW sesuka hati; Kerana keagungan Rasulullah SAW itu tiada had baginya, lalu lidah dapat mengungkapkan segala keistimewaannya dengan bahasa yang indah; "Kemuncak pengetahuan mereka tentang dirinya mereka hanya mampu mengatakan bahawa Baginda SAW itu seorang manusia yang merupakan sebaik-baik makhluk Allah keseluruhannya". Jika diperhatikan, perbuatan memuji Nabi SAW adalah sesuatu yang dilakukan oleh Allah SWT sendiri seperti firman-Nya: Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat mulia. (al-Qalam: 4) Allah juga memerintahkan supaya umat manusia sentiasa beradab bersama Nabi SAW. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suaramu melebihi suara nabi. (al-Hujurat: 2) Allah SWT juga melarang kita daripada berurusan dan bergaul dengan nabi SAW sebagaimana kita berurusan dan bergaul sesama manusia yang lain, atau memanggil baginda SAW sebagaimana cara kita memanggil sesama kita. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah SAW di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (al-Nur: 63) Allah mencela orang-orang yang menyamakan Rasulullah SAW dengan yang lain dalam pergaulan dan tatatertib. Allah berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad!), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib). (al-Hujurat: 4). | ||
Posted: 27 Sep 2011 08:58 PM PDT Mendalami al-quran akan memandu kita melaksanakan keperluan seperti yang disyariatkan. - Gambar hiasan SEGALA yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk wahyu yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW disebut sebagai syariat. Ditinjau daripada segi bahasa, syariat bermaksud jalan atau tempat keluarnya air untuk diminum. Bangsa Arab cenderung mentakrif syariat sebagai jalan lurus yang harus diikuti. Pada umumnya terdapat dua golongan yang mentakrif syariat. Golongan pertama melihat syariat daripada aspek hukumnya. Golongan ini mentakrif syariat sebagai hukum dan peraturan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya, baik yang berkaitan dengan akidah, ibadat, akhlak mahupun kemasyarakatan. Tujuan utama syariat adalah untuk memelihara dan mewujudkan kebaikan dan menghindari kerosakan. Agama dan syariat Pada mulanya syariat diertikan sebagai agama, namun kemudian pengertian syariat dikhususkan untuk hukum yang bersifat praktis. Pengkhususan ini dimaksudkan untuk membezakan agama daripada syariat. Agama itu satu dan berlaku secara universal, sedangkan syariat tidak berlaku secara universal kerana syariat antara umat yang satu dan umat yang lain berbeza sesuai dengan adat dan tradisinya. Selain itu, syariat bersifat abadi dan menjangkau setiap zaman untuk selama-lamanya hingga hari kiamat. Dalam perkembangan selanjutnya, kata "syariat' digunakan untuk menunjukkan hukum Islam, baik yang ditetapkan langsung oleh al- Quran dan sunnah, mahupun yang diperolehi melalu pemikiran dan ijtihad. Wahyu Ilahi itu terbahagi kepada dua jenis, iaitu wahyu yang berupa al-Quran dan sunnah. Umat Islam harus tunduk kepada ketentuan al-Quran dan sunnah tersebut. Cakupan syariat Syariat Islam mencakup dua aspek penting kehidupan manusia, iaitu aspek hubungan sesama manusia. Ketentuan syariat yang berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan Allah SWT disebut sebagai ibadat. Ibadat mempunyai pengertian yang bukan sahaja terbatas pada solat, puasa, zakat dan haji, tetapi semua kegiatan manusia yang tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT dan dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredaan-Nya. Aspek yang berkaitan dengan hubungan antara sesame manusia disebut sebagai muamalah. Dalam hal muamalah, syariat Islam hanya menyebut prinsip umum yang menjadi landasan dalam penyelesaian pelbagai masalah. Akidah dan syariat, syariat dan fikah Akidah dan syariat mempunyai hubungan yang sangat erat. Akidah merupakan dasar yang paling penting dalam Islam. Dalam al-Quran, akidah dirumuskan dengan kata iman. Syariat dirumuskan dengan kata amal soleh, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik." (Q.16:97) Syariat dan fikah juga tidak dapat dipisahkan, walaupun berbeza. Fikah merupakan pemahaman, pentafsiran dan penjelasan terhadap syariat. Fikah sentiasa berubah seiring dengan perubahan masa dan tempat. Oleh sebab itu, nama fikah diambil daripada nama mujtahid yang merumuskannya, misalnya Fikah Hanafi. Usaha menanam semula hutan dan memelihara bumi merupakan contoh ibadat yang sesuai dengan syariat. Hukum syariat Apabila ditinjau dari aspek hukum, syariat Islam mencakup dua hal. Pertama, hukum yang ditetapkan oleh nas al-Quran dan sunnah. Hukum ini merupakan dasar syariat secara keseluruhan. Kedua, hukum yang ditetapkan melalui ijtihad oleh ulama fikah. Hukum ini merupakan wilayah kajian ilmu fikah dan bidang yang digarap oleh ulama ahli fikah. Melalui metod ijtihad, para ulama merumuskan ketentuan yang terperinci menyangkut perilaku manusia, yang boleh dikelompok ke dalam lima kategori hukum: wajib, sunat, haram, makruh, dan mubah. Seluruh perbuatan manusia sentiasa berada dalam salah satu daripada lima kategori hukum itu. | ||
Posted: 27 Sep 2011 08:57 PM PDT HAJI adalah satu daripada rukun Islam yang lima. Ia fardu ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya, sama ada lelaki mahupun wanita. Meskipun semua syarat, rukun, wajib dan sunat haji itu dituntut ke atas semua jemaah lelaki dan wanita, terdapat beberapa perkara yang berbeza sesuai dengan keadaan dan fitrah kejadian masing-masing. Justeru, terdapat beberapa permasalahan yang biasa dihadapi oleh jemaah wanita sahaja dan permasalahan yang berkait dengan hubungan wanita dan lelaki. Permasalahan-permasalahan tersebut dapat dipecahkan seperti berikut: 1. Haid dan istihadah serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 2. Aurat. 3. Perhubungan suami isteri. 4. Pergaulan dengan rakan sebilik atau semaktab. Haid dan Istihadah Haid merupakan permasalahan utama yang menjadi kerisauan para jemaah haji wanita. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk mengelak kedatangan haid semasa berada di tanah suci. Tujuannya supaya mereka dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah haji dan amalan-amalan yang dituntut ketika berada di tanah suci khususnya ibadah solat, tawaf dan iktikaf di sisi Kaabah di dalam Masjid al-Haram. Kedatangan haid sedikit sebanyak menjadi penghalang kepada pelaksanaan ibadah tersebut. Hal ini telah dirasai sama oleh Saidatina Aisyah r.a. Ketika rombongan haji yang dipimpin oleh Rasulullah SAW pada tahun 10 hijrah tiba di Sarif yang terletak lebih kurang 16 kilometer (km) dari kota Mekah, Saidatina Aisyah r.a didatangi haid. Beliau sangat risau tidak dapat melaksanakan haji yang merupakan satu-satunya tujuan beliau mengikuti rombongan itu. Rasulullah SAW menenangkan hati beliau dan secara tidak langsung menerangkan hukum bagi wanita haid menunaikan haji. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Ini adalah satu ketentuan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam. Tunaikan hajimu sebagaimana orang lain menunaikannya. Cuma kamu jangan tawaf di Baitillah sehingga kamu mandi (bersuci daripada haid). (riwayat Muslim) Nabi SAW memujuk dan menenangkan hati isteri baginda dan kaum wanita umumnya bahawa haid adalah sesuatu yang ditentukan sejak azali ke atas mereka. Jadi haid tidak boleh dijadikan sebab tidak sempurnanya ibadah haji. Haid tidak menghalang wanita menunaikan semua rukun dan wajib haji kecuali tawaf di Baitillah. Sehubungan itu jemaah haji wanita dinasihatkan supaya tidak berusaha menghalang kedatangan haid secara normal dengan cara mengambil ubat-ubatan tanpa merujuk atau panduan doktor yang pakar. Tindakan sedemikian sering menjadi punca timbulnya berbagai-bagai masalah yang tidak diduga. Niat asal untuk membanyakkan ibadah di Masjid al-Haram tidak kesampaian. Malah berlaku sebaliknya, haid yang hendak disekat telah datang dalam keadaan yang membingungkan. Maka berhati-hati dan berhati-hati. Aurat
Ramai wanita yang masih keliru tentang aurat. Aurat bermaksud keaiban atau sesuatu yang memalukan apabila didedahkan. Anggota tubuh badan kita adalah suatu amanah yang perlu dijaga dan dipelihara daripada perkara-perkara yang mendatangkan keaiban dan kemudaratan. Lantaran itu Allah perintahkan kita agar berpakaian dengan kemas dan cantik supaya kita terpelihara daripada perkara-perkara keji dan mungkar. (rujuk al-A'raf ayat 26) Menutup aurat adalah selari dengan tuntutan fitrah. Lantaran itu syaitan amat suka manusia mendedahkan aurat dan berusaha dengan pelbagai cara serta menghasut agar manusia tidak menutup aurat dengan sempurna. Hal ini difahami daripada firman Allah dalam surah al-A'raaf ayat 20 hingga 22. Aurat wanita terbahagi kepada aurat yang wajib ditutup di dalam solat dan ketika tawaf, dan aurat yang wajib ditutup di luar solat dan ketika tawaf. Aurat yang wajib ditutup di dalam solat dan ketika tawaf adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Aurat yang wajib ditutup di luar solat dan ketika tawaf terbahagi kepada: l Di hadapan suami, tidak ada aurat yang wajib ditutup. Suami harus melihat seluruh tubuh badan isterinya tanpa kecuali. l Di hadapan kaum wanita muslimah adalah antara pusat dan lutut. l Di hadapan lelaki mahram atau orang yang haram berkahwin dengannya ialah antara pusat dan lutut. Maksudnya wanita boleh membuka anggotanya selain daripada bahagian antara pusat dan lutut di hadapan lelaki mahram dengan syarat tidak menimbulkan fitnah. Jika boleh menimbulkan fitnah maka haram membukanya. l Di hadapan lelaki ajnabi, iaitu lelaki bukan mahram adalah seluruh tubuhnya. Menurut pandangan mazhab Shafie, wanita tidak harus membuka anggota tubuhnya di hadapan ajnabi walaupun sedikit kecuali kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. Berdasarkan penjelasan di atas, tidak ada aurat semasa ihram. Sebaliknya ia tertakluk kepada semua keadaan di atas. Umpamanya ketika berada di dalam bilik bersama teman-teman wanita walaupun ketika berada di dalam ihram, tidak wajib berpakaian menutup seluruh tubuh, kecuali bahagian antara pusat dan lutut. Bila jemaah hendak keluar dari bilik yang kemungkinan besar akan bertembung dengan lelaki ajnabi, jemaah mestilah berpakaian menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan, sama ada ketika itu dia berada dalam ihram atau tidak. Perhubungan suami isteri Kebanyakan jemaah haji wanita ditemani oleh suami. Kesempatan berada di tanah suci sebagai tetamu ar-Rahman sewajarnya menggunakan kesempatan itu untuk memupuk kasih sayang dan mengeratkan ikatan cinta yang telah terbina. Perbaiki segala kesilapan yang lalu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Namun adab-adabnya perlu dijaga agar tidak menyinggung atau mengganggu jemaah lain. Suami janganlah memasuki bilik isteri dan isteri jangan memasuki bilik suami kecuali dalam keadaan terpaksa seperti merawat sakit dan sebagainya kerana boleh mengganggu ketenteraman dan keselesaan rakan-rakan sebilik masing-masing. Jika ada urusan yang perlu dibincang, carilah tempat yang bersesuaian. Pergaulan dengan rakan sebilik atau semaktab. Allah SWT menjadikan semua mukmin tanpa mengira bangsa adalah bersaudara. Firman-Nya bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara...(al-Hujurat: 10) Justeru, jemaah mestilah memandang para hujjaj dari pelbagai pelosok dunia itu adalah saudara mereka. Saudara yang diikat oleh tali iman. Semuanya beriman kepada Allah yang satu, mengikuti Nabi yang satu, berpandukan kitab yang satu dan mengadap kiblat yang satu. Sebagai saudara mereka mempunyai hak serta kewajipan terhadap satu sama lain. Allah dan Rasul SAW telah menggariskan beberapa perkara yang wajib dilaksanakan demi menjaga hubungan persaudaraan sesama Islam. Apa lagi ketika berada di Tanah Suci di mana setiap muslim membawa niat yang sama, iaitu menunaikan ibadah haji yang merupakan kemuncak pengabdian hamba terhadap Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta dan Pemilik alam semesta. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan