RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


FELIX AF3 KAHWIN GADIS SUMANDAK

Posted: 17 Sep 2011 02:56 AM PDT

Gadis sumandak telah berjaya memikat hati Naib Juara Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Felix Agus sekaligus membawa kegerbang perkahwinan hari ini.

Felix, 29, dan Lydia Larius Gijoh, 26, telah disatukan di sebuah gereja sementara majlis resepsi mereka pula berlangsung di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah.

"Saya akui gadis penari Lembaga Kebudayaan Sabah dari Penampang itu berjaya membuka hati saya sebaik pertama kali bertentang mata.

"Saya melihatnya (Lydia) pertama kali ketika membuat persembahan di Dewan Persatuan Kebudayaan KadazanDusun (KDCA) pada awal 2006, namun masa itu tidak wujud bibit cinta lagi kerana masing-masing malu bertegur sapa.

"Namun, sebaik Lydia melintas di depan mata, hati berkata, 'wah cantiknya sumandak ini dan saya mahu berkenalan dengannya'," katanya dipetik sebagai berkata.

"seperti sudah ditakdirkan, sebaik menyatakan salam pertama, Lydia juga menyambutnya dengan hati terbuka.

"Agak lucu juga apabila Lydia juga mempunyai niat sama lalu meminta nombor telefon saya daripada rakannya.

"Bermula dari situ, kami berbalas SMS dengan bertanya khabar dan bertukar cerita hingga terbit rasa cinta," ujarnya.


Klik untuk imej besar...


Photo: David Araimaitii


KUTIPAN HANTU BONCENG KINI RM8.35 JUTA

Posted: 16 Sep 2011 09:58 PM PDT

Filem arahan Ahmad Idham, Hantu Bonceng, kini melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah dari segi kutipan apabila mencatat RM 8.35 Juta setelah ditayangkan secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, bermula 31 Ogos yang lalu.

Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd dan dibintangi Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin ini telah ditonton hampir 860 000 ( lapan ratus enam puluh ribu ) penonton setelah ditayang selama dua minggu, mengikut tempoh peruntukkan wajib tayang di kesemua pawagam di Malaysia.

Ini telah menjadikan filem kelima terbitan Excellent Pictures, Hantu Bonceng ini menjadi filem musim perayaan yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tanah air setakat ini.

Menurut penerbit dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri, sokongan dari semua pihak iaitu pelakon, tenaga kerja, media cetak, elektronik dan media baru, serta penonton dan peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan, telah memastikan impian ini dapat direalisasikan.

"Ini juga membuktikan Hantu Bonceng adalah filem kita semua. Maksudnya, filem ini dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat, yang memaparkan realiti masyarakat Malaysia kini," tambah Ahmad Idham.



Untuk rekod, kutipan Hantu Bonceng mencipta sejarah tersendiri buat Ahmad Idham apabila mendapat kutipan tiket tertinggi bagi sebuah filem, berbanding filem-filem arahannya sebelum ini.

Kini, keseronokan untuk menonton Hantu Bonceng oleh semua peminat, dapat dirasai di rumah, apabila bermula Khamis, 15 September, Hantu Bonceng ditayangkan melalui saluran premium Astro, iaitu Astro First.

Bagi Ahmad Idham, selaku penerbit, tayangan Hantu Bonceng di Astro First mampu memberi peluang kepada peminat filem Melayu yang tidak berkesempatan untuk menonton juga di kawasan yang tidak mempunyai panggung khususnya, untuk bersama-sama merasai keseronokkan menonton di rumah bersama keluarga, dan secara tidak langsung, ianya mampu mengeratkan perhubungan di kalangan keluarga dan kenalan.

"Adalah wajar bagi menghargai sokongan peminat yang belum menonton Hantu Bonceng , terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai akses untuk ke pawagam berhampiran. Selain itu, pihak Excellent Pictures juga Astro menerima banyak pertanyaan mengenai tayangan Hantu Bonceng di saluran berkenaan," tambah Ahmad Idham lagi.

Dengan penyiaran Hantu Bonceng di saluran premium, Astro First, pihak pawagam TGV dan GSC akan menamatkan tayangan di pawagam bermula 15 September, namun, atas sambutan yang cukup mengalakkan, pawagam seperti MBO, Big Cinemas, Lotus Five Star dan beberapa pawagam persendirian yang lain akan terus menayangkan Hantu Bonceng di pawagam berkenaan untuk sekurang-kurang seminggu lagi.

Hantu Bonceng, lakonan Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Tai, Dottie, Zahid Baharuddin, kini telah mencipta sejarah apabila berada di tangga kedua, kutipan tertinggi dalam sejarah industri perfileman negara. Dengan kos mencecah RM 1.5 juta, Hantu Bonceng telah mendapat kutipan sebanyak RM 8.35 juta dan telah ditonton seramai hampir 860 000 orang, dan ianya menjadikan filem ini mendapat kutipan tiket terbesar untuk musim perayaan dalam sejarah perfileman negara.

Artikel disediakan oleh: Azwan Annuar dari Excellent Pictures


SEDAPNYA SUP NORA DANISH

Posted: 16 Sep 2011 09:06 PM PDT

Alahai...! Kalau dah popular, masak sup ayam pun jadi perhatian ramai. Tambah-tambah bila pakai baju tidur seksi, makin ramai yang terjojol mata sambil meleleh air liur.

Namun apa yang pasti, Nora Danish bukan hanya berbakat dalam bidang lakonan, malah dia juga berbakat dalam masakan. Sup yang dimasaknya itu memang nampak menyelerakan jika dihirup panas-panas... hhrrmmm... yum yum..!!

Tak yah jump. Klik untuk imej besar...





Photo: Nora danish Twitt


GAMBAR BAHAGIA ABBY, ZUL DAN ANAK2..

Posted: 16 Sep 2011 01:50 PM PDT

Hanya tinggal kurang dua minggu sahaja majlis resepsi gilang gemilang Norman Hakim dan Memey Suhaiza di Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Norman sempat berseloroh mengatakan Memey ini umpama isteri kedua, 'isteri pertama' Norman Hakim bakal terima layanan khas.

Sementara wakil Rafflesia, Bill Bora berkata mereka bakal menghantar undangan khas buat Abby Abadi untuk menghadiri majlis resepsi Norman Hakim dan Memey di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September ini seperti yang dilaporkan oleh Roti Kaya.

Mahukah Abby Abadi hadir ke majlis resepsi tersebut bersama kekasihnya Zul Ariffin? Mampukah Abby melupakan semua luka lama dan menyaksikan majlis gilang gemilang itu?

Sungguhpun begitu, nampaknya Abby dan Zul sangat bahagia sekarang. Semua itu dapat dilihat melalui percutian raya mereka yang dipaparkan melalui Facebook. Ayuh kita kongsi kegembiraan tersebut..!









Gambar terkini anak-anak Abby...






Photo: Abby Abadi FB


EIRA DAN AZAD SELAMAT BERNIKAH

Posted: 16 Sep 2011 01:39 PM PDT

Akhirnya Azad Jasmin dan Eira Syazira selamat dinikahkan kira-kira pukul 9.00 malam 16 september 2011 dengan hanya sekali lafaz. Pernikahan tersebut telah berlangsung di kediaman keluarga Eira di Putrajaya bertemakan cermin, kristal, warna merah, putih dan perak.

Klik untuk imej besar...




Photo kredit: Nurul Izza








Photo: mstar


10 KEPING GAMBAR LAIN... SILA KLIK



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories