sumber :-
:: MYARTIS.COM :: |
- PERANG FACEBOOK PENGANTIN BARU?
- SAYA ALAMI TEKANAN DARAH RENDAH - MARSHA
- GAMBAR PRA PERKAHWINAN NORMAN & MEMEY
- TIADA NIAT PERSENDA KALIMAH SYAHADAH - AHMAD IDHAM
- ISU GAMBAR FIDA - MAMAT MENGAKU SALAH
PERANG FACEBOOK PENGANTIN BARU? Posted: 21 Sep 2011 07:25 AM PDT Laman Facebook (FB) jika digunakan dengan bijak, ia boleh membawa pelbagai kebaikan dan keuntungan bagi yang rajin menjalankan business. Namun jika disalahguna, ia juga boleh membuka pekung di dada dan sekaligus mendedahkan aib sendiri hingga masalah peribadi habis diketahui umum. Contoh paling mudah ialah perang FB antara pengantin baru dan suku sakatnya ini dengan bekas janda yang digelar 'Angelina Jolie' yang dibaca oleh ribuan pelawat. Bak kata pepatah, 'ludah ke langit jatuh ke muka sendiri'! Klik untuk imej besar... ![]() Perang seterusnya - sila klik..! Read more » |
SAYA ALAMI TEKANAN DARAH RENDAH - MARSHA Posted: 21 Sep 2011 02:38 AM PDT Marsha Milan Londoh telah membuat sidang media sebentar tadi bagi menjelaskan perihal dakwaan beliau menelan sejumlah 30 pil hingga dimasukkan ke hospital baru-baru ini. Sidang media tersebut telah berlangsung di Alibi Music, Bangunan KLK, Mutiara Damansara, Petaling, Selangor. "Malam sebelum insiden tersebut berlaku, saya memang rasa tidak sihat dan sedikit lemah. Memang rasa lain macam sangat. Selepas saya ambil ubat antibiotik dan ubat tekanan darah rendah, saya terus masuk tidur," kata Marsha dipetik sebagai berkata. "Keesokan harinya, saya ambil ubat lagi sebelum keluar makan tengah hari. Kondisi saya ketika itu pun masih lemah lagi. Malangnya, kereta yang dipandu saya terlanggar pembahagi jalan. Apabila saya balik rumah, semasa menuruni tangga, saya terjatuh dan pengsan. Rumah saya berada di tingkat bawah, jadi saya memang kena turun tangga. ![]() Klik untuk berita selanjutnya... Read more » |
GAMBAR PRA PERKAHWINAN NORMAN & MEMEY Posted: 20 Sep 2011 11:09 PM PDT Masa yang dinanti semakin hampir... Memey Suhaiza dan Norman Hakim pasti makin berdebar untuk bergelar suami isteri. Paling berdebar pastinya Memey, kerana ini merupakan kali pertama dalam hidupnya melangsungkan perkahwinan berbanding Norman yang sudah dua kali. Khas untuk anda semua, jom kita lihat gambar-gambar menarik Pra perkahwinan Memey dan Norman yang dirakamkan di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Kuala Lumpur baru-baru ini. Klik untuk imej besar... ![]() ![]() Gambar-gambar lain - sila klik..! Read more » |
TIADA NIAT PERSENDA KALIMAH SYAHADAH - AHMAD IDHAM Posted: 20 Sep 2011 03:03 PM PDT Pengarah dan penerbit Ahmad Idham melahirkan rasa terkilan dan pelik apabila ada pihak yang mendakwa filemnya Hantu Bonceng mempermainkan kalimah syahadah. Tambahnya, dia tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam filem yang mengutip RM8.4 juta itu yang secara tiba-tiba menjadi kontroversi. "Dialog yang dituturkan oleh Zizan Raja Lawak dalam adegan berkenaan yang dikatakan mempermainkan kalimah syahadah itu tidak langsung bertujuan untuk menghina seperti yang didakwa segelintir pihak. ![]() Klik untuk berita selanjutnya... Read more » |
ISU GAMBAR FIDA - MAMAT MENGAKU SALAH Posted: 20 Sep 2011 02:45 PM PDT Saya akui itu adalah salah saya! Demikian pengakuan Mamat Sepah mengenai gambar Fida yang tidak memakai tudung dan nampak rambut dalam sebuah kereta. Tambah pelawak itu, dia sebenarnya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. "Dia adalah seorang gadis yang baik," katanya dipetik sebagai berkata. "Gambar tersebut diambil ketika saya dan keluarga sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain. Semasa gambar tersebut diambil, saya tidak perasan sebahagian rambut Fida terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu," ujarnya. ![]() Berita selanjutnya... Read more » |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan