sumber :-
:: MYARTIS.COM :: |
- ALBUM SITI 'ALL YOUR LOVE' DI PASARAN ESOK
- TIP MAINTAIN SLIM JAJA - JANDA HEYKAL
- VIDEO PERKAHWINAN IERA DAN AZAD
- AFDLIN - ISU BEKERJA DENGAN NAMEWEE
- MIMPI KIAMAT PUNCA DIANA AMIR INSAF
ALBUM SITI 'ALL YOUR LOVE' DI PASARAN ESOK Posted: 23 Sep 2011 05:05 AM PDT Nampaknya ramai yang teruja untuk membeli album Inggeris pertama Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul All Your Love. Malah disebabkan tidak sabar, ada di kalangan peminat Siti telah pun memiliki album tersebut di pasaran dengan kaedah iTunes atau pun memuat-turun secara sah di www.cdbaby.com. Album yang mengandungi 10 buah lagu itu nampaknya tidak hanya terhad di Malaysia sahaja, malah ia telah melangkaui sempadan ke seluruh dunia. Menerusi teknologi terkini secara maya, para peminat Siti di seluruh dunia berpeluang untuk mendengar buah tangan terbarunya. ![]() Klik untuk membaca berita selanjutnya...Read more » |
TIP MAINTAIN SLIM JAJA - JANDA HEYKAL Posted: 22 Sep 2011 06:04 PM PDT Umum memang sedia maklum yang Jaja Nadzir, bekas isteri Heykal Hanafiah, 38, yang mengahwini pelakon Faezah Elai, 29, berbadan kurus. Malah Jaja juga pernah diejek di laman Facebook oleh pihak yang dikenalinya sebagai kurus kering bagai 'mayat hidup' kerana didakwa terkena sumpahan ibu mertua. Namun dakwaan yang didakwa mengarut itu kini disanggah oleh Jaja yang memuat naik gambar dia tengah bersenam sambil melayan anaknya. Kata Jaja, dia kerap main kejar-kejar dengan anaknya itu dan ia merupakan tip untuk maintain slim. Melihat ketabahan Jaja ini, dapatlah kita pelajari bahawa tugas seorang ibu bukanlah mudah... tambah-tambah apabila bergelar janda. Ini kerana dalam kesibukan mengejar kerjaya untuk menyuap nasi kemulut anak-anak, dia juga harus tabah melayan karenah anak yang tidak faham mengapa ibu bapa mereka berpisah. Lebih mereka tidak faham, mengapa harus ada kata mengata dan umpat keji daripada orang yang pernah rapat dengan mereka dulu? Jawapannya... tepuk dada, tanya selera! Klik untuk imej besar ![]() ![]() Gambar-gambar lain - klik di sini...Read more » |
VIDEO PERKAHWINAN IERA DAN AZAD Posted: 22 Sep 2011 05:19 PM PDT Majlis perkahwinan antara Azad Jasmin dan Eira Syazira telahpun selamat dilangsungkan dengan penuh meriah pada 16 september lalu. Pasti ramai yang telah menatap gambar-gambar menarik pasangan pelakon ini bersanding di atas pelamin dengan tema warna merah, putih dan perak. Kini, myartis tambah lagi memori perkahwinan tersebut dengan sebuah video menarik daripada mymetroTV yang dimuat naik melalui Youtube pada 20 September lalu. Selamat menonton..! Atau klik di sini untuk video saiz besar... |
AFDLIN - ISU BEKERJA DENGAN NAMEWEE Posted: 22 Sep 2011 03:54 PM PDT Soal kerja dan politik haruslah diasingkan. Jika tidak, maka tidak berkembanglah minda kita kerana asyik dibelenggu pelbagai masalah yang tiada penghujung. Demikian juga halnya dengan isu kontroversi Afdlin Shauki yang berlakon di bawah arahan Namewee dalam filem Nasi Lemak 2.0 yang hangat diperkatakan baru-baru ini. Jelas Afdlin, dia cuma mahu membantu pengarah muda itu yang sudah mula insaf, bukan mengejar wang atau berkisarkan fahaman politik. Untuk lebih jelas... ayuh kita baca penjelasan Afdlin ini. ![]() Klik untuk baca penjelasan Afdlin...Read more » |
MIMPI KIAMAT PUNCA DIANA AMIR INSAF Posted: 22 Sep 2011 03:11 PM PDT "Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. "Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," ujar pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir, yang mula memakai tudung sejak isnin lalu. "Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia. "Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," jelasnya dipetik sebagai berkata. Bila ditanya mengenai masa depan kerjaya seninya, kata Diana dia tidak menjanjikan apa-apa kerana yakin rezeki adalah ketentuan Allah. Sehubungan itu, dia telah bertemu dengan penerbit David Teo untuk meminta kelonggaran watak sekiranya masih diberi kepercayaan untuk berlakon. ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan