RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


CHEF WAN TIMANG CUCU KEDUA JANUARI 2012

Posted: 23 Sep 2011 11:11 PM PDT

Ini berita yang baru myartis terima, anak dara Chef Wan, Serina Redzuan yang berkahwin dengan Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar, bakal melahirkan bayi kedua sekitar bulan Januari 2012 nanti. Tarikh tersebut menurut Chef Selebriti itu, hampir-hampir dengan tarikh hari lahirnya sendiri dan melalui info yang diberi... bayi kedua itu ialah perempuan.

"My Daughter said that she expecting a baby girl and its confirmed due around my birthday in January first week or so. What a fabulous news dapat kueh apom la pulak! She will be so spoilt when it comes to dressing up especially with Tok Wan taste. Habis lah melaram 24 jam anak dara ini!" Ujar Chef wan melalui laman Facebooknya.

Serina sebelum ini telah melahirkan bayi pertama Tristan Tareef pada 13 September 2010, dan bayi tersebut telah diazankan sendiri oleh bapanya Chef Wan.

Tahniah diucapkan buat Serina dan Chef Wan atas berita gembira itu..!

Kenangan manis Serina ketika mendapat anak pertama...


Chef Wan azankanTristan Tareef kira-kita setahun lalu...



AL-KISAHNYA TENTANG AMYZA AZNAN

Posted: 23 Sep 2011 02:06 PM PDT

Al-kisah terbaru mengenai Amyza Aznan, beliau masih lagi mesra dan sibuk melayan karenah peminat-peminatnya tidak kira apa latar belakang mereka. Malah baru-baru ini, seorang pesakit leukimia menalifonnya untuk konfirmkan betul ke Erra Fazira ada membuat rumah terbuka.

Lebih menggelikan hati, Aznil Nawawi turut mengusik Amyza dengan bertanyakan "masih ikon anti denggi ke?? Terjumpa ni tadi atas jalan.. hehe," usiknya yang kemungkinan terjumpa risalah tentang Amyza dan denggi..

Dan dalam kemeriahan Amyza melayan karenah dan pertanyaan sana sini bagai pegawai perhubungan awam (PR), tiba-tiba Shamsung galaxy Tab yang amat disayanginya hilang. Maka menangis tak berlagu la akak kita ni... bukan murah-murah tab tu, mahu ribu juga tu..!

"Galaxy tab saya hilang tadi!!!!!!uwaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!" tulis Amyza dalam Twitternya mengadu pada peminat dan rakan.

Tapi apa nak buat, nasi dah jadi bubur... lain kali hati-hati sikit sebab malang tak berbau. Yalah... mana tahu dalam kesibukan melayan peminat tu, tab tersebut kena cilok atau tercicir tanpa disedari... tak gitu?

Gambar terkini Amyza... klik untuk imej besar!




Photo: Amyza Twitt


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories