RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


ABBY TUNTUT HUTANG...??

Posted: 25 Sep 2011 02:04 AM PDT

Dalam kemeriahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza melangsungkan perkahwinan mereka hari ini, tiada siapa yang tahu apa yang terpendam dihati Abby Abadi. Malah coretannya di laman Facebook beberapa jam lalu seolah-olah memberi gambaran betapa perasaan Abby sedikit kecewa dengan janji yang tak dikota.

Tambah-tambah Abby kini kurang mendapat undangan berlakon dan kantungnya juga makin mengempis.

Janji apakah itu? Dalam masalah ini, hanya Abby sahaja yang tahu... bak kata Abby, yang utama diutamakan... yang dulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan...!!

Klik untuk imej besar...




Tonton video terkini keletah Baby Danisha



Photo & video: Abby FB


MIA SARA MENANG 'BEST KIDS ACTRESS'

Posted: 24 Sep 2011 01:46 PM PDT

Acara My Kids Awards, anjuran TV3, yang bertujuan untuk menghargai bakat-bakat si cilik telah berlangsung di Sunway Lagoon Amphiteatre, Bandar Sunway. My Kids Awards mempertaruhkan 7 kategori utama dan tiga kategori khas pilihan juri.

Apa yang membanggakan, bagi kategori Best Kids Actress, Mia Sara telah berjaya meraih kemenangan.

Klik untuk imej besar...



Gambar2 dan senarai penuh pemenang - sila klik..
Read more »

NORMAN HAKIM NIKAH SEKALI LAFAZ

Posted: 24 Sep 2011 01:25 PM PDT

Sekali lafaz sahaja!

Demikian pantasnya pernikahan antara Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 dengan Suhaiza Suhaimy, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, petang semalam.

Norman Hakim telah dinikahkan oleh imam Mukim Kambau, Zulkipli Tarmizi dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000.

Sejumlah lima dulang hantaran daripada pihak lelaki iaitu berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak perempuan pula telah membalas tujuh dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.

Majlis resepsi akan diadakan hari ini pada lokasi yang sama. Tahniah Norman dan Abby, moga berbahagia hingga ke anak cucu!

Klik untuk imej besar...

Klik untuk gambar2 seterusnya... Read more »

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories