sumber :-
:: MYARTIS.COM :: |
- ISU HANTU BONCENG SELESAI - USTAZ NASRUDIN
- SAH CHEF WAN BAKAL PINANG ANA DAHLIA
- 10 BARANGAN PERIBADI ERUL AF9
- MAMPUKAH ROSYAM HANGATKAN KL GANGSTER 2?
- IRMA HASMIE DOAKAN NABIL BAHAGIA
ISU HANTU BONCENG SELESAI - USTAZ NASRUDIN Posted: 26 Sep 2011 05:13 AM PDT Satu pertemuan di antara Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Nasrudin Hassan, dan Saudara Ahmad Idham Ahmad Nadzri, penerbit dan pengarah filem Hantu Bonceng, telah diadakan, bagi membincangkan beberapa isu yang diperkatakan oleh media sebelum ini. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra. Baca lagi - klik di sini... Read more » |
SAH CHEF WAN BAKAL PINANG ANA DAHLIA Posted: 26 Sep 2011 01:33 AM PDT Bagaikan sebuah drama yang mengetengahkan happy ending, akhirnya Chef Wan tanpa berselindung membuka rahsia yang dia merancang untuk menghantar rombongan ke Taiping, Perak bagi meminang Ana Dahlia, 28, pada 4 Oktober ini. Lebih manis, Chef Wan juga mahu menyatukan anaknya Mohd. Nadzri, 30, selewat-lewatnya minggu kedua Disember tahun ini juga. "Semuanya akan berlaku selepas saya selesai bercuti selepas krismas nanti bersama rakan-rakan dari London ke pulau peranginan eksotik di Thailand. Saya fikir saya akan buat parti kecil di kalangan rakan-rakan rapat tanpa gaya Tradisional Melayu untuk 'Bridegroom reception'. ![]() Baca cerita seterusnya - sila klik..!Read more » |
Posted: 25 Sep 2011 09:03 PM PDT Kalau nak tahu, ada 10 barangan paling berharga buat Erul atau nama sebenarnya Hairul Najmuddin Abu Samah, 20. Barangan tersebut memang selalu di bawanya atau menjadi simpanan peribadi sebagai kenang kenangan yang amat sukar diperolehi. Selain itu, bekas peserta Akademi Fantasia itu juga mengakui yang dia merupakan seorang yang amat taksub dengan permainan video. Tabiatnya itu bermula sejak dia kecil dan hingga kini masih lagi gemar bermain game menggunakan alat mudah alih PSP. ![]() "Selepas puas bermain dengan permainan video itu baru saya akan makan dan minum. Tabiat saya ini tidak berhenti sehingga saya meningkat remaja. Sekarang ini, saya masih lagi menggemari permainan ini tetapi tidaklah seteruk dahulu," katanya. Jom kita lihat apakah barangan berharga buat Erul itu! 1 - iPad ![]() Ipad ini merupakan hadiah dan kenangan terakhir dari AF9. Klik untuk barangan seterusnya...Read more » |
MAMPUKAH ROSYAM HANGATKAN KL GANGSTER 2? Posted: 25 Sep 2011 07:58 PM PDT Datuk Yusof Haslam telah mengumumkan bahawa filem prekuel KL Gangster akan memulakan penggambaran yang dijangka pada bulan November atau Disember tahun ini. Ia adalah susulan kejayaan filem KL Gangster yang telah mencapai kutipan sebanyak RM12 juta sepanjang tempoh penayangannya. Sementara itu, pengarahnya Syamsul Yusof berkata, tawaran yang diberikan kepada Rosyam Nor dibuat bagi menjadikan KL Gangster 2 lebih mantap dan menjanjikan adrenalin yang lebih bertenaga. Ini kerana, kita semua memang faham bahawa Rosyam amat sinonim dengan watak jahat satu ketika dahulu contohnya dalam filem Lenjan Castello dan banyak lagi. "Pada masa yang sama, para pelakon lain seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim dan Soffi Jikan turut dikekalkan," kata Syamsul dipetik sebagai berkata. Klik untuk berita selanjutnya... Read more » |
IRMA HASMIE DOAKAN NABIL BAHAGIA Posted: 25 Sep 2011 02:53 PM PDT "Saya tetap doakan yang terbaik untuk Nabil," demikian ujar pelakon Irma Hasmie, 29, bekas kekasih Nabil Raja Lawak, 28, bila disentuh mengenai pernikahan Nabil yang bakal menjelang empat hari lagi (30 September 2011). Tambah Irma, dia merasa tidak manis jika dia hadir ke majlis pernikahan itu nanti kerana bimbang disalahertikan oleh pihak lain. Selain itu, dia tidak mahu timbulnya perkara yang tidak elok kerana dia menghormati hari bahagia bekas kekasihnya itu. Manis... Irma kini bertudung ![]() Klik untuk berita selanjutnya... Read more » |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan