RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


MACAM-MACAM HAL..!

Posted: 27 Sep 2011 07:03 AM PDT


Teka siapa?

Kalau nak tahu gambar ini adalah gambar lagenda Rock kita, Amy Search. Apa yang melucukan, Amy memakai kaca mata hitam dan bertopi kaledar sambil menunggang basikal kanak-kanak.

Haiiii... tak puas lagi menunggang basikal masa kecil dulu ke Amy? Apa-apapun, Amy memang rock gila..!!

Klik untuk imej besar...



MAJLIS HARI JADI ANAK ASHRAF SINCLAIR

Posted: 26 Sep 2011 02:59 PM PDT


Dengan bertemakan 'lanun', pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu.

Noah yang lahir pada 22 September 2010 telah diraikan di taman tema Play Park, Kemang, Jakarta, Indonesia. Beberapa orang tetamu khas turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana," ujar Bunga dipetik sebagai berkata dalam DetikHot.

Klik untuk imej besar...

BERITA SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

MAJLIS PELANCARAN ALBUM SITI NURHALIZA

Posted: 26 Sep 2011 02:44 PM PDT


Gambar-gambar majlis pelancaran album Inggeris Datuk Siti Nurhaliza, 'All Your Love'. Siti nampak agak 'hot' apabila mengenakan pakaian merah menyala dan topi hitamnya.

Album baru tersebut dikatakan amat menarik dengan lagu-lagu yang segar seperti 'Stand Up', 'All Your Love', 'Nobody Else' dan banyak lagi. Ia mendapat sentuhan ramai pakar dalam bidang muzik termasuk mereka yang pernah menyumbang kepada Lady Gaga, Kanye West, Usher dan Macy Gray.

Majlis pelancaran gilang gemilang itu turut dihadiri oleh artis dan selebriti yang memberi sokongan moral terhadap penyanyi tersohor itu. Syabas diucapkan buat Siti kerana berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan..!

Klik untuk imej besar...

BERITA SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

OPEN HOUSE AZWAN ALI LEPAS RAYA..!

Posted: 26 Sep 2011 02:22 PM PDT


Ramai yang rasa pelik apabila Azwan Ali didakwa mahu membuat rumah terbuka (open house) selepas Syawal iaitu 3 Oktober ini. Pelbagai perkara diungkit terutama apabila Azwan baru sahaja pulang dari umrah dengan dakwaan perangai lamanya masih tak berkurang.

Namun mungkin segelintir daripada kita terlepas pandang bahawa rumah terbuka sebenarnya boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tak kira lepas raya. Ia sebenarnya mengikut kemampuan dan kesesuaian masa kita, bukan sekadar nak menunjuk-nunjuk atau nak mempamerkan rumah besar.

Mungkinkah Azmin Ali turut dijemput nanti? Klik untuk imej besar...


Difahamkan, rumah terbuka Azwan yang diberi nama 'Sudi Sudi Aidilfitri Azwan Ali' itu bakal menjemput ramai artis dan pihak media yang selama ini banyak menyokong kariernya. Azwan juga dikatakan turut mengundang beberapa individu yang pernah menjadi musuh ketatnya sambil mengadakan majlis doa kesyukuran.
BERITA SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories