sumber :-
:: MYARTIS.COM :: |
- BERANI PUNYA BUDAK - FILEM TERKINI AFDLIN
- ABBY ABADI TERUS LUAH PERASAAN..!
- NICOLE SCHERZINGER BERCIUM DENGAN STEVE TYLER
- CORAT-CORET PERKAHWINAN NORMAN & MEMEY
BERANI PUNYA BUDAK - FILEM TERKINI AFDLIN Posted: 27 Sep 2011 06:00 PM PDT Berani Punya Budak merupakan sentuhan terkini arahan dan lakonan Afdlin Shauki yang bakal menemui penonton hujung tahun ini. Meskipun tanpa promosi hebat, namun filem aksi komedi ini dijangka mampu pecah panggung sebagaimana filem-filemnya yang lain. ![]() Afdlin yang berada di Bangkok, Thailand Isnin lalu dilihat gigih menyiapkan filem tersebut khusus untuk peminatnya. "Insyaallah akan berjumpa dengan anda hujung tahun ni tanpa wajib tayang!" Ujarnya. << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
ABBY ABADI TERUS LUAH PERASAAN..! Posted: 27 Sep 2011 03:30 PM PDT Jika beberapa hari lalu Abby Abadi minta hutang ribuan ringgitnya dibayar, terbaru Abby terus meluahkan isi hatinya yang masih bersisa. Dakwa pelakon dan penyanyi itu, moodnya terjejas teruk gara-gara perkara ngeri yang bertimpa-timpa dalam hidupnya. Lebih teruk, Abby juga belum mendapat pengasuh untuk anak-anaknya selain tiada tawaran berlakon. Luah Abby lagi, dia merasa bagai mahu pecah kepala berfikir dan terlalu runsing hingga terfikir mahu melarikan diri jauh daripada masalah. "Kepala rasa nk pecah berfikir, rasa macam nak cabut sekejap kepala ni, cuci-cuci sikit dengan clorox pastu sambung balik, boleh? huhu.. Gila runsinggg! Aaarrgghhh! Nak pergi jauhhh je rasa," ujar Abby memendam rasa. Aikk... kenapa sampai begitu Abby? Kan elok bertenang dan bawa bertawakal... rezeki tak ke mana dan setiap cubaan itu pasti ada hikmahnya. Bersabarlah..!! Berikut adalah luahan Abby di facebooknya yang tidak disunting: "Bbrape pkara wat mood kite terjejas teruk ari neh, huhu... 'Hal2' ngeri makin bertimpa2, ank3 begitu begini, bibik tak dpt2 lagi, job barupun tak masuk2 lg... Kepala rasa nk pecah berfikir, rasa mcm nk cabut jap kepale neh, cuci2 skit ngan clorox, pastu smbung balik, bule? huhu.. Gila runsinggg! aaarrgghhh! Nak gi jauhhh je rasa.... =.= ( takmoh suh sabar, or yg sewaktu dgnnya ok... x larat dah nk dengarrr!..... zzzzzZzZzzzZ..." << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
NICOLE SCHERZINGER BERCIUM DENGAN STEVE TYLER Posted: 27 Sep 2011 02:03 PM PDT Sememangnya persaingan amat sengit antara rancangan realiti American Idol dengan rancangan terbaru, The X Factor. Bagaimanapun, persaingan itu tidak berlaku kepada juri rancangan tersebut, Steve Tyler dan Nicole Scherzinger. ![]() Sebagai juri, mereka kelihatan sangat 'rapat' di Festival iHeart Radio yang diadakan di Las Vegas, USA. Ketika itu, mereka tidak segan menyanyi bersama meskipun terdapat juri American Idol yang lain, Randy Jackson dan Jennifer Lopez. Dan dalam kemeriahan itu, Steve dan Nicole dilihat bercium mesra di atas pentas. Meskipun ciuman itu hanya dianggap sebagai ciuman biasa, namun ramai yang mengetahui bahawa mereka berdua sudah mempunyai pasangan hidup masing-masing... jadi ia agak dangkal jika dilihat dari sudut 'biasa'. Dalam pada itu, Randy Jackson dan Jennifer Lopez turut hadir pada malam itu dengan personaliti dan gaya tersendiri. Sementara Simon Cowell kelihatan sedikit mual dengan aksi bercium tersebut disebabkan Steve Tyler adalah juri baru American Idol. Sumber: Dailymail |
CORAT-CORET PERKAHWINAN NORMAN & MEMEY Posted: 27 Sep 2011 01:22 PM PDT Kebiasaannya, kita hanya membaca yang baik-baik sahaja mengenai perkahwinan Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu. Namun realitinya, ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang dan tidak ambil peduli kerana menganggap ia isu remeh-temeh. Jom kita baca dan ketahui 10 perkara tersebut..! Klik untuk imej besar... ![]() Photo: Razin Photography << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan