RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


SAM BUNKFACE BAKAL BERBOGEL DALAM ANAK IKAN??

Posted: 30 Sep 2011 02:23 PM PDT


Satu lagi filem, satu lagi kontroversi untuk Raja Azmi Raja Sulaiman.

Jika sebelumnya beliau dilanda pelbagai kontroversi apabila menerbitkan filem komersial gay pertama di Malaysia berjudul Dalam Botol... terkini, beliau sibuk pula dengan projek terkini 'Anak Ikan'.

Bagaimanapun, Raja Azmi menafikan bahawa Anak Ikan adalah filem susulan kepada Dalam Botol yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir masyarakat.

"Tidak, ia bukan sebuah filem gay," katanya dipetik sebagai berkata.

"Ia sebenarnya sebuah filem persahabatan," tambahnya.


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

NABIL NIKAH DUA KALI LAFAZ

Posted: 30 Sep 2011 01:53 PM PDT


Jika Norman Hakim akad nikah dengan hanya sekali lafaz, namun Nabil Raja Lawak pula terpaksa melafazkannya sebanyak dua kali sebelum sah bergelar suami kepada Nazira Ayub. Nabil telah dinikahkan di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya sekitar jam 5 petang semalam sambil dikelilingi oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis tersebut, Nazira menerima wang hantaran sebanyak RM15,000 dan mas kahwin berjumlah RM300 selain sebentuk cincin berlian bernilai RM3,000. Antara hantaran lain yang berjumlah 7 dulang daripada Nabil ialah tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran.

Sementara Nabil pula menerima sembilan dulang hantaran balas daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan dan kek fonding.

Difahamkan, Resepsi perkahwinan kedua pengantin ini yang berkonsepkan Wonderland akan diadakan Ahad ini di i-City, Shah Alam, Selangor.

Seluruh kakitangan myartis ingin mengucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazira dengan doa moga mereka bahagia hingga ke anak cucu. Amin..!!

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

SAJAK DARI HATI (SNIPPET) - EIRA DAN AZAD

Posted: 30 Sep 2011 01:27 AM PDT


Dalam kesibukan Eira Syazira dan Azad Jazmin membuat persediaan 'wedding reception' mereka pada 18 November di Kuala Lumpur dan 26 November ini di Pulau Pinang, pasangan pengantin baru ini sempat membuat single terbaru mereka yang cukup menarik.

"Will be releasing as our new single real soon!!!" ujar Eira melalui laman Facebooknya. Khas untuk anda semua, jom kita tonton Snippet single mereka itu... enjoy!!



Tajuk Lagu: Sajak Dari Hati (snippet)
Penyanyi: Azad Jazmin & Eira Syazira
Lagu/Lirik: Manusia Putih

JIMMY SHANLEY - KES NUSYUZ DITERUSKAN

Posted: 29 Sep 2011 02:35 PM PDT


Kes nusyuz atau kembali taat akhirnya diteruskan juga oleh Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 25, terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 32.

Jimmy, yang mengendalikan program 'Gala TV Plus' telah memasukkan pelbagai bukti setebal 100 halaman termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga rakaman video dan audio untuk dikemukakan dalam perbicaraan tersebut.

Perkembangan kes itu telah dimaklumkan oleh peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus pada prosiding sebutan semula kes yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya juga telah memfailkan jawapan kepada pembelaan yang difailkan oleh Nursuhaila, pada prosiding terdahulu.



<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

EKSKLUSIF: GAMBAR NOSTALGIA AFDLIN SHAUKI

Posted: 29 Sep 2011 11:00 AM PDT


Adakah Afdlin Shauki memang berperut besar sejak dulu? Bagaimana rupa pelawak, pelakon, pengarah dan penerbit itu ketika masih kanak-kanak hingga meningkat remaja? Jawapannya selepas anda menatap lapan gambar nostalgia Afdlin, khas untuk pelawat myartis...

Biodata:
Memulakan Kerjaya seni sebagai Hos di Astro dan kemudian menyertai RAP Production.
Beliau memiliki Ijazah dalam jurusan arkitek dari universiti di Amerika Syarikat dan merupakan anak sulung daripada 10 adik-beradik.

Klik untuk imej besar...


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories