Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- RM8,900 diterima, ibu Suhaila terharu sumbangan ramai
- Jimmy mengaku tampar isteri
- Anak lebam teruk akibat dibuli
- Penghantaran amah ditangguh
- Budak diculik angkara dendam
- Dua pelancong India maut
- 25 peserta ke suku akhir
- Henti subsidi gas kepada TNB
- Pelabur skim rumpai laut terus 'kempunan'
- Mania medan artis bersaing
- Seniman usul tiga cadangan
- Dua set Upin dan Ipin
- Bipasha takut bercium
- Harta karun bernilai RM241.8 juta dijual
- Model Britain akan berlakon lagi di India
- 'Teksi' di landasan kereta api
- Bateri nipis seperti kepingan filem
- Cirit-birit jadi petanda maut
- Diet kekal kesihatan rambut
- Ikrar cinta 29 raja sehari
- Pintu Rezeki Fizo Terbuka Luas Selepas Insiden Tipu
- Tidak selembut disangka
- Berkubang buang susuk
- ‘Spider-man’ patah kaki
- Jual ‘dara’ anak
RM8,900 diterima, ibu Suhaila terharu sumbangan ramai Posted: 05 Mar 2012 10:43 PM PST SHAH ALAM - Keprihatinan orang ramai menghulurkan sumbangan bagi membiayai kos perubatan Nur Suhaila Tukijan, menyentuh perasaan ibunya, Hanita Mohd Tahir. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:42 PM PST
SHAH ALAM - Pengacara televisyen Astro, Jimmy Shanley mengaku telah menampar isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy sebanyak dua kali sepanjang 19 hari berkahwin. Menurut Jimmy, kali pertama dia menampar Nursuhaila adalah pada hari ketiga berkahwin di rumah mertuanya di Sungai Buloh dekat sini. Kali kedua dia berbuat demikian ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand pada 19 Oktober 2010. Katanya, tindakan tersebut dilakukan sebagai pengajaran untuk mengelak wanita itu menjadi derhaka selepas mengabaikan dirinya sebagai suami. "Dia ada menangis, namun tiada kecederaan," katanya yang mengakui perkahwinan mereka bermasalah sejurus selepas bernikah pada 1 Oktober 2010. "Selepas kejadian (ditampar), isteri saya terus daftar keluar (dari hotel) dan pergi ke Bangkok seorang diri manakala saya pulang ke Kuala Lumpur pada 20 Oktober," katanya semasa disoal peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus. | |||
Anak lebam teruk akibat dibuli Posted: 05 Mar 2012 10:41 PM PST
SEREMBAN – Seorang ibu mendakwa anak sulungnya yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di sini mengalami lebam teruk di seluruh tubuh dipercayai menjadi mangsa buli tiga pelajar senior yang meminta wang daripada mangsa. Suzianawati Mohamad, 33, berkata, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, mengalami lebam-lebam di muka, badan, paha dan betis dipercayai dipukul dengan objek keras dalam kejadian Jumaat lalu. Akibatnya, kata beliau, anaknya itu kini trauma sehingga sukar untuk menerangkan kepadanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku. "Saya menyedari anak saya dibelasah dan dibuli ketika menjemputnya dari sebuah rumah anak yatim di Taman England dekat sini pada kira-kira pukul 7.30 petang, Jumaat lalu. "Saya terkejut apabila melihat kecederaan yang dialami Faqrul Hakimi dan dia memberitahu, dia telah dipukul ketika berada di sekolah. "Bagaimanapun, dia gagal memberitahu dengan jelas bagaimana peristiwa itu boleh berlaku mungkin kerana trauma akibat dipukul dengan teruk,'' katanya di sini semalam. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:41 PM PST PEMBANTU rumah dari Indonesia perlu menjalani latihan dan kursus selama 200 jam sebagaimana ditetapkan sebelum dibenarkan bekerja di negara ini. - Gambar hiasan ROMPIN - Kemasukan pembantu rumah Indonesia ke negara ini telah ditangguhkan kepada 1 April daripada jadual asal 1 Mac lepas disebabkan tenaga kerja berkenaan belum menjalani latihan dan kursus selama 200 jam sebagaimana ditetapkan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan. Beliau berkata, latihan berkenaan adalah penting untuk dilalui mereka bagi memastikan pembantu rumah yang dihantar ke negara ini berkualiti dan memenuhi kehendak majikan. Menurutnya, pada masa ini, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan kerajaan Indonesia sedang memantau supaya tarikh asal ditangguhkan sebulan lagi kerana pembantu rumah yang akan dibekalkan ke sini belum menjalani kursus 200 jam berkenaan. "Penangguhan itu tidak ada kena mengena dengan dakwaan kes penderaan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan dan isterinya terhadap dua pembantu rumah Indonesia mereka baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek perumahan terbengkalai di sini semalam. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:35 PM PST ROSELYN (kanan) dan Lima menunjukkan gambar Nurul Nadirah dan patung kegemaran kanak-kanak itu semalam. JOHOR BAHRU - Angkara dendam, seorang kanak-kanak disyaki menjadi mangsa penculikan ketika dia keluar rumah untuk membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit berhampiran kediamannya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini Khamis lalu. Nurul Nadirah Abdullah, 5, sehingga kini masih belum ditemui meskipun polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia di antara 36 dan 40 tahun bagi membantu siasatan sebaik mendapat laporan yang dibuat ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, pada hari kejadian. Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang dilaporkan hilang pada pukul 11 pagi ketika anak kedua daripada tiga beradik itu telah diberi wang RM4 dan sekeping nota untuk membeli dua bungkus mi segera dan telur. Bagaimanapun, mangsa masih tidak pulang selepas hampir sejam menyebabkan Roselyn dan suami, Lima Medang, 25, pergi mencari Nurul Nadirah di kedai runcit tersebut tetapi dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu telah beredar pulang sejurus membeli barang-barang yang dimahukannya. Menurut Roselyn, dia kini bimbang mengenai keselamatan anaknya itu walaupun polis telah membuat tangkapan dan memaklumkan mengenai penemuan sepasang selipar milik anaknya berserta mi segera dan telur di dalam kawasan kelapa sawit berhampiran flat empat tingkat terbabit. "Ada jiran ternampak anak saya telah dilarikan oleh sepasang suami isteri dan seorang lelaki yang tinggal di rumah kosong yang telah dilelong di depan kediaman kami. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:34 PM PST ANGGOTA bomba melihat keadaan sebuah bas persiaran yang hancur selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan dua penumpangnya maut di Genting Highlands semalam. GENTING HIGHLANDS - Kegembiraan sekumpulan 22 pelancong dari wilayah Punjab dan Jaipur, India bercuti di negara ini tidak berpanjangan apabila dua daripada ahli rombongan itu maut selepas bas persiaran yang mereka naiki terbalik ketika menuruni bukit di sini semalam. Kejadian pukul 8 pagi di satu selekoh di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur itu mengakibatkan Anita-Aggarwal, 59, mati di tempat kejadian manakala Rajendra Kumar Agurwal, 67, disahkan mati sebaik tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Bas yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun itu membawa 22 penumpang dan seorang pembantu pemandu. Turut berada dalam bas itu ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Mereka menghala ke ibu negara sebelum hendak berlepas ke Singapura. Sebelum kejadian, mereka baru sahaja berlepas kira-kira empat kilometer dari pusat peranginan itu setelah menginap di situ sejak Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Bentong, Suprintendan Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan. "Kebanyakan penumpang cedera akibat tersepit selain terjatuh di atas lantai bas ketika kenderaan itu hilang kawalan sebelum terbalik. Tiada mangsa tercampak keluar dan ketika kejadian cuaca cerah," katanya. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:33 PM PST SERAMAI 25 peserta yang layak ke peringkat suku akhir PABM merebut Piala Perdana Menteri di PICC, Putrajaya semalam. PUTRAJAYA – Seramai 25 daripada 59 peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Antarabangsa terpilih ke peringkat suku akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Penghakiman PADM, Mazlena Mohamad Hussain berkata, mereka akan berentap dalam peringkat suku akhir sebelum 12 daripadanya akan dipilih bagi meneruskan pertandingan ke peringkat separuh akhir yang akan berlangsung esok. Menurutnya, saingan bagi kategori Nusantara yang melibatkan peserta dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura bagi mengisi lima tempat ke separuh akhir juga akan bermula esok. "Lima peserta itu kemudiannya akan bersaing untuk mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada hari Khamis nanti. "Pada penganjuran kali ini, seramai 33 orang juri tempatan dari Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Madum) akan mengadili pertandingan ini dengan empat orang daripadanya ialah juri jemputan antarabangsa bagi mengadili peringkat akhir nanti," katanya selepas selesai peringkat saringan ke suku akhir PABM 2012 di Dewan Enam, PICC di sini semalam. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:32 PM PST SHAMSUL AZHAR membentangkan keputusan kewangan Petronas di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Petronas sekali lagi menegaskan bahawa ia tidak akan meneruskan penjualan gas bersubsidi kepada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bagi penjanaan elektrik tahun ini. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, tawaran itu sepatutnya merupakan 'tawaran sekali' sahaja dan kerajaan tidak harus membayar bagi sebarang subsidi ke atas gas. "Kami tidak pernah menyebut pada masa lalu bahawa ini merupakan sumbangan berterusan kepada TNB. Ia sepatutnya pemberian sekali sahaja, kerana kami kasihankan kepada mereka sebab ketika itu mereka tidak cukup wang. "Sebagai anggota Majlis Ekonomi, kami telah menawarkan diri untuk membantu mereka dan kerajaan juga telah menawarkan diri untuk memainkan peranannya," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi kewangan 2011 Petronas di sini semalam. | |||
Pelabur skim rumpai laut terus 'kempunan' Posted: 05 Mar 2012 10:31 PM PST FERDINAND (kanan) menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan tuntutan pelabur yang ditipu di Ipoh semalam. IPOH - Nasib kira-kira 2,000 mangsa skim cepat kaya pelaburan rumpai laut seperti jatuh ditimpa tangga apabila mereka bukan sahaja gagal mengesan dalang penipuan tetapi juga tidak dibenar memindah milik harta syarikat dan individu yang bertanggungjawab. Berikutan itu, 50 orang daripada kumpulan mangsa terbabit mendesak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri Perak meluluskan permohonan mereka untuk mengkaveat harta milik ejen syarikat skim tersebut di Pusat Perniagaan Greentown di sini semalam. Jurucakap kumpulan itu, Richard Ferdinand berkata, hanya melalui cara tersebut, mangsa akan mendapat sebahagian wang mereka meskipun jumlahnya amat sedikit berbanding nilai pelaburan keseluruhan yang mencecah RM26 juta. Menurutnya, permohonan untuk mengkaveat harta berkenaan ditolak pengarah PTG negeri pada 16 Februari lalu dengan alasan pelabur tiada kepentingan dalam hak milik harta berkenaan. "Hampir empat tahun kami berjuang mendapatkan semula wang pelaburan setelah pengusaha terbabit menghilangkan diri. Sepanjang tempoh itu, hampir 2,000 laporan polis dibuat namun sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap mereka. "Sudahlah kami kena tipu, janganlah pula hasrat kami untuk melelong harta milik mereka yang hanya dianggarkan bernilai RM500,000 itu ditolak," katanya pada sidang akhbar sebelum menghantar permohonan semula untuk mengkaveat harta tersebut di bangunan PTG negeri di sini semalam. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:30 PM PST SERAMAI 12 orang penyanyi terkenal bakal berentap dalam Mania musim pertama yang menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM500,000 untuk penyanyi yang berjaya menjadi juara. MENOBATKAN yang terbaik daripada yang terbaik! Itu matlamat program terbaharu Astro berjudul Mania yang dijangka memanaskan industri hiburan seni tanah air. Program ini bakal menyaksikan pertembungan hebat penyanyi-penyanyi tempatan berbakat besar yang akan bekerjasama dengan tiga orang komposer tersohor iaitu Datuk M. Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito. Program berkonsepkan pertandingan nyanyian ini bakal digamatkan lagi oleh Aznil Nawawi selaku hos. Bakal berlangsung selama 10 minggu, Mania menampilkan 12 penyanyi tempatan yang sudah ada nama untuk bersaing sesama sendiri. Mereka terdiri daripada Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Estranged, Adira AF8, Kristal dan Awi Rafael. Kesemua mereka mempunyai satu matlamat iaitu untuk merebut gelaran juara Mania musim pertama ini. "Berdasarkan pencapaian sebelum ini, kami melihat Astro telah berjaya melahirkan ramai pelapis yang berpotensi untuk bidang nyanyian, lawak jenaka dan lakonan. "Kehadiran mereka ternyata bukan sekadar tempelan namun memberi impak besar kepada industri hiburan tempatan. "Kami berharap program Mania ini bakal mencipta fenomena baharu dalam industri muzik kelak," ujar Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani. Kesemua 12 peserta ini juga akan dibimbing oleh M. Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito yang bukan sahaja bertindak selaku penerbit muzik tetapi mereka masing-masing turut diberi kuasa untuk memilih sendiri empat orang artis di bawah bimbingan mereka kelak. "Pihak penerbitan Mania sangat berbesar hati apabila berjaya mendapat kerjasama daripada ketiga-tiga ikon terkenal ini untuk musim pertama. NIZAM (kanan) melancarkan program Mania bersama tiga penerbit ternama (dari kiri), M. Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini. "Saya yakin ia mampu memberi impak paling maksimum buat para penyanyi yang bakal bertanding dalam program ini. "Dengan pengalaman dan pencapaian mereka dalam bidang masing-masing, kami percaya ia akan dapat memberi manfaat kepada para peserta. Persetujuan dan komitmen mereka sangat kami hargai," kata Nizam Sani lagi. Selain 12 artis tersebut, Mania juga akan menyerap tiga orang penyanyi lain menerusi pilihan melalui undian Hot Seat secara talian menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah sebanyak 15 orang. Talian undian Hot Seat secara talian tersebut telah dibuka bermula 20 Februari lalu hingga 16 Mac ini. Orang ramai yang ingin mengundi boleh layari laman web www.mania.com.my. Apa yang menariknya Mania akan menggunakan format pemarkahan 100 peratus undian penonton melalui sistem pesanan ringkas. Peserta dengan undian terendah akan tersingkir. Bagi juara Mania kali ini bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai RM500,000 manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing akan menerima habuan wang tunai RM200,000 dan RM100,000. Hadiah wang tunai sebanyak RM300,000 itu juga bakal dimenangi oleh penerbit muzik yang berjaya membimbing artis di bawahnya sehingga dinobatkan sebagai juara. Mania musim pertama dijadual ditayangkan menerusi Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Sabtu, pukul 9 malam bermula 17 Mac ini. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:29 PM PST ZED ZAIDI menyerahkan memorandum tiga usul yang dicadangkan Seniman kepada Maglin Dennis (tengah) pada majlis perasmian Festival Barisan Nasional Youth Music 2011 di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Ahad lalu. AHAD lalu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah mengemukakan tiga usul kepada pihak kerajaan dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz. Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi memberitahu, tiga usul yang dikemukakan kepada pihak kerajaan itu ialah meminta kuota khas di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), perkhidmatan insurans perlindungan diri dan juga kebenaran menggunakan cermin gelap kereta untuk semua ahli Seniman. Cadangan yang dikemukakan sewaktu Festival Barisan Nasional Youth Music 2011 di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya itu dirasakan bertepatan demi menjaga kebajikan individu yang tidak kurang hebat menyumbangkan bakti kepada negara. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Zed Zaidi dan Maglin sewaktu ditemui di majlis berkenaan. Kosmo!: Boleh terangkan kenapa tiga usul ini dikemukakan pihak Seniman kepada kerajaan? ZED ZAIDI: Usul pertama dikemukakan untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi usul pertama ini, Seniman memperjuangkan permohonan rumah PPRT untuk kesemua 5,000 ahli Seniman yang terdiri daripada artis veteran, peringkat pertengahan umur dan golongan muda. Bagi usul kedua pula dikemukakan buat tindakan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim iaitu perkhidmatan insurans perlindungan kemalangan diri artis. Sementara usul ketiga pula, Seniman memohon pihak Kementerian Dalam Negeri di bawah Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya membenarkan ahli Seniman memasang cermin gelap pada kenderaan masing-masing. Apa relevannya usul-usul ini dikemukakan kepada pihak kerajaan? Memorandum ini kami serahkan kerana ingin pihak kerajaan prihatin dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan artis. Permohonan ini bertujuan untuk membela nasib ahli-ahli Seniman yang masih menyewa rumah dan tidak mempunyai rumah sendiri sehingga kini. Kalau boleh tentang rumah PPRT itu, kami mahu kerajaan bagi kuota khas kepada golongan artis supaya mudah memiliki rumah PPRT. Memang mereka boleh memohon ikut saluran biasa, tetapi prosesnya rumit. ZED ZAIDI (tengah) bangkit membawa perjuangan Seniman bagi memastikan kebajikan dan masa depan 5,000 ahlinya terbela. Kalau hendak buat pinjaman bank lagi susah, sebab tiada slip bayaran gaji. Mungkin ramai yang menganggap golongan artis mewah dan tidak ada masalah untuk beli rumah sendiri. Namun hakikatnya, 80 peratus artis Seniman masih tidak mempunyai rumah sendiri. Bagi insurans pula, jika anggota Rela (Ikatan Relawan Rakyat Malaysia) seramai tiga juta orang boleh mendapat insurans sebanyak RM20,000, mungkin Seniman yang memiliki ahli seramai 5,000 orang boleh mendapat RM100,000 premium insurans kesihatan dengan khairat kematian sebanyak RM5,000 setiap seorang daripada kerajaan. Relevannya usul ketiga dikemukakan pula, adalah atas faktor keselamatan golongan artis itu sendiri khususnya artis-artis wanita yang balik lewat malam daripada tugasan. Bagaimana progres buat masa sekarang dan adakah perkara ini mendapat persetujuan semua ahli Seniman? Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam lagi dan saya rasa tidak salah untuk kami menjaga kebajikan dan kepentingan rakan-rakan dalam industri ini. Syukur Alhamdulillah memorandum ini disokong oleh semua 5,000 ahli Seniman. Adakah syarat-syarat tertentu untuk seseorang artis itu mendapat keistimewaan yang dikemukakan ini? Jika tiga usul ini berjaya, artis tidak akan sewenang-wenangnya memperolehnya. Seniman yang akan mengawalnya. Cuma mereka perlu berdaftar di bawah Seniman dan secara automatik mereka boleh menerimanya. Seniman juga akan memilih artis yang benar-benar layak menerimanya. Perlindungan insurans ini meliputi apa? Kemalangan yang melibatkan kecacatan kekal mahupun sementara, khairat kematian dan bayaran yang sepatutnya diperoleh seseorang artis apabila membuat persembahan. Apakah harapan anda berhubung permohonan ini? Saya harap sangat pihak kerajaan dapat meluluskan ketiga-tiga permintaan ini. Artis merupakan tanggungjawab sosial yang banyak memberi sumbangan kepada kerajaan. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:28 PM PST
DUA karakter animasi cilik yang merupakan adik-beradik kembar, Upin dan Ipin, bukan sahaja dikenali di seluruh Malaysia, malah di arena hiburan antarabangsa. Karakter untuk filem animasi dalam bentuk tiga dimensi (3D) pertama di Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula ini juga berjaya memenangi pelbagai anugerah dan baru-baru ini, ia dinobatkan sebagai Animasi Paling Berjaya dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records 2011. Apa yang membanggakan, filem animasi pertamanya terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini telah berjaya mengumpul kutipan pecah panggung mencecah RM6.3 juta. Melihat kepada kejayaan filem dan siri animasi di TV itu, Les' Copaque dan CTRA Production menggembleng tenaga untuk menghasilkan sebuah lagi produk yang bakal memeriahkan lagi industri hiburan tanah air iaitu pementasan teater yang diberi judul Upin & Ipin The Musical. Jika menerusi TV atau layar perak, ia sekadar muncul dalam bentuk animasi, namun, kesemua karakter dalam siri dan filem animasi tersebut pada kali ini 'dihidupkan' untuk dipentaskan secara langsung di pentas teater pula. Setelah mengadakan uji bakat yang dihadiri oleh beratus-ratus orang, empat kanak-kanak telah dipilih untuk melakonkan watak Upin dan Ipin dalam teater muzikal ini. Empat orang? Sebenarnya karakter Upin dan Upin disediakan dalam dua set iaitu empat orang yang dipilih dan mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Upin & Ipin A dan Upin & Ipin B. Kumpulan Upin & Ipin A masing-masing menampilkan Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril, 11 tahun dan Muhammad Faritz Danial Roshaimi, 13 tahun manakala Faris Azim Abd Karim, 14 tahun dan Amir Johar Nadim, 11 tahun masing-masing sebagai Upin & Ipin B. Dua set Upin & Ipin ini akan dibahagikan kepada bahagian pertama dan kedua teater ini kelak. Keempat-keempat kanak-kanak tersebut mempunyai cerita masing-masing dan pengalaman yang berbeza. Kosmo! sempat menemu ramah dan mengadakan sesi bergambar bersama mereka yang bertempat di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini. Adamme uji bakat dua kali Bagi Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril yang merupakan anak sulung daripada lima orang adik-beradik ini, bidang lakonan bukan perkara baharu bagi dirinya. Ia disebabkan pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Kuala Lumpur ini pernah tampil dalam filem Krayon arahan Dean A. Burhanuddin pada tahun 2010. "Saya pernah terlibat dalam filem Krayon untuk watak Afiq. Selain itu, saya juga pernah hadiri uji bakat untuk drama Geng Bas Sekolah, namun gagal. "Saya juga ada terlibat dalam iklan komersial TV seperti Courts Mammoth, Astro B.yond, Giant, dan Astro Ceria. Ini kerana ibu saya memang sering bawa saya ke sesi uji bakat-uji bakat terbuka yang diadakan," tuturnya yang lebih mesra disapa sebagai Adamme. Cerita Adamme, semasa pertama kali ke sesi uji bakat Upin & Ipin The Musical, wujud perasaan malu dalam diri kerana baginya ketika itu dia belum bersedia sepenuhnya. "Ibu ada terbaca dalam surat khabar dan tiba-tiba, dia ajak saya ke Istana Budaya. Mula-mula saya rasa pelik, kenapa mak bawa saya ke sana. Sampai di sana, barulah saya sedar rupanya mak bawa saya ke uji bakat Upin & Ipin The Musical. "Saya hadir ke uji bakat sebanyak dua kali kerana pada uji bakat yang pertama saya seperti tidak bersedia. Saya risau tidak akan terpilih, namun pada uji bakat kali kedua, saya memang sudah betul-betul bersedia. Ibu pun berikan kata-kata semangat kepada saya," katanya yang meminati pelakon Aaron Aziz dan Lisa Surihani. Danial menggigil
"Saya pernah berlakon di sekolah, jadi saya tidak terlalu takut untuk berlakon di pentas Upin & Ipin The Musical. "Tapi mungkin kali ini dalam teater yang ditonton ramai orang, ahli keluarga dan saudara-mara mungkin saya akan menggigil," begitulah luahan Muhammad Faritz Danial Roshaimi, 13, yang memang meminati animasi Upin & Ipin. Disebabkan minatnya itu, pelajar St. John Institution ini memberanikan diri untuk menghadiri uji bakat yang dijalankan apabila terlihat iklan uji bakat tersebut dalam akhbar yang dibacanya. Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah besar dalam menghafal skrip, namun cabaran itu hadir semasa ingin mengingati langkah tarian terutama bagi lagu berjudul Rama-Rama dan Buku yang telah dicipta khas untuk teater ini. Selain itu, Danial juga ada membuat rujukan untuk menjayakan wataknya dalam teater ini sebagai Ipin iaitu dengan melihat dan mengkaji semula watak animasi tersebut. Ceritanya lagi, ibu dan bapa sentiasa menyokong apa yang diminatinya ini dan dia berjanji tidak akan pernah mengabaikan pelajaran. Azim miliki studio tarian Jika melihat kepada tubuh kecilnya, pasti ramai yang tidak menyangka Faris Azim Abd. Karim sebenarnya sudah berusia 14 tahun dan semasa temu ramah, dia juga kelihatan paling sopan dan tertib. Mempunyai minat terhadap tarian breakdance, Faris juga mempunyai sebuah kumpulan tarian b-boy yang dikenali sebagai Zeppo Youngsterz selain memiliki sebuah studio tarian sendiri di rumahnya. Apa yang menariknya tentang Faris, kesemua koreografi tarian yang direkanya adalah hasil pembelajarannya dalam laman sosial YouTube. "Saya menari breakdance sejak berumur umur 11 tahun. Sebenarnya, saya datang ke uji bakat Upin & Ipin The Musical kerana ingin tunjukkan bakat tarian b-boy saya, bukan untuk berlakon. "Tapi selepas itu, saya disuruh berlakon dan tidak sangka pula saya berjaya mendapat watak Upin. Saya pun tidak tahu apa itu teater sebelum ini, hanya ingin mencuba nasib," jelas Faris tersenyum sipu. Namun, Faris mengakui kelemahannya yang sukar untuk mengekspresikan mimik muka ketika lakonan untuk menunjukkan perasaan takut dan terkejut. Bagaimanapun, untuk menunjukkan kesungguhannya, Faris akan tekun berlatih selama dua atau tiga jam untuk menghafal skrip dan apa yang dimahukan pengarah. Amir malu dengan keluarga Sepanjang sesi temu ramah, Amir Johar Nadim paling petah berbicara. Ada sahaja yang ingin disoal dan dijawabnya. Bagi Amir yang berusia 11 tahun ini, berlakon di pentas teater yang ditonton oleh ramai orang tidak menjadi masalah buat dirinya. "Saya sudah biasa berlakon dan saya pernah pegang watak sebagai Hafiz dalam drama siri Geng Bas Sekolah semasa tahun dua dan tiga. Selepas itu, saya pernah juga tampil dalam sebuah telemovie, Tak Khatam Dah Khatan yang disiarkan di Astro Prima. "Saya tidak berapa risau untuk berlakon teater sebab saya pernah berlakon dalam teater Lat The Kampung Boy menjadi budak kampung," cerita anak keempat dari lima orang adik-beradik ini. Tambahnya, dia memang minat bidang lakonan. Ibu bapanya juga sentiasa menyokong kerjaya yang diminati pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur ini. "Saya memang minat berlakon. Ibu saya yang memberi galakan kepada saya untuk mencuba dalam bidang lakonan. "Saya tidak malu dengan orang ramai, tapi malu dengan keluarga saya sendiri, tambahan pula apabila saya terlihat mereka berada di hadapan kelak," akhirinya. | |||
Posted: 05 Mar 2012 10:27 PM PST BIPASHA BASU AKTRES sensasi Bipasha Basu yang meraih banyak pujian impak lakonan hebatnya dalam filem terbaharunya, Jodi Breakers mempunyai banyak benda untuk berbicara tentang isu cinta, seks dan perhubungan. Dalam satu temu bual dengan media India baru-baru ini, Bipasha, 33, berbicara tentang kriteria pemilihan yang dilakukannya sebelum bersetuju untuk membintangi sesebuah filem. Akui Bipasha: "Saya lebih gemar melakonkan babak intim di layar perak berbanding dengan berlakon babak cium. Lagipun, saya takut untuk bercium." Apabila ditanya gosip tentang dirinya yang dikatakan sedang serius bercinta dengan seorang aktor yang lebih muda berbanding usianya, jawab Bipasha: "Ya, saya sedang bercinta dengan seorang aktor yang usianya tujuh tahun lebih muda daripada usia saya." | |||
Harta karun bernilai RM241.8 juta dijual Posted: 05 Mar 2012 08:23 PM PST
JAKARTA – Harta karun bernilai AS$80 juta (RM241.8 juta) yang ditemui di dalam sebuah kapal yang karam di perairan Indonesia 1,000 tahun dahulu sekali lagi akan dijual. Dikenali sebagai Harta Karun Cirebon, ia ditemui di dalam bangkai sebuah kapal dekat Pelabuhan Cirebon di Pulau Jawa dan mengandungi sekitar 250,000 objek berharga termasuk kristal, mutiara dan emas. "Harta karun ini adalah yang terbesar pernah ditemui di Asia Tenggara berdasarkan kualiti atau kuantiti," kata Pengarah Cosmix Underwater Research Ltd., Luc Heymans dalam satu e-mel kepada agensi berita Assoicated French Press. Syarikat berkenaan yang beribu pejabat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu bertanggungjawab mengangkut harta karun itu dari dasar laut. Harta karun itu ditemui dari bangkai sebuah kapal sedalam 57 meter oleh beberapa nelayan Indonesia. Kira-kira 22,000 selaman dilakukan di antara April 2004 dan Oktober 2005 yang dibiayai syarikat berkenaan selepas pihak berkuasa Indonesia memberikan kebenaran untuk mengangkut harta karun berkenaan. Firma berkenaan gagal mencari pembeli apabila harta karun tersebut dijual pada satu lelongan di Indonesia pada tahun 2010. Ia kemudian dieksport ke Singapura. "Harta karun itu akan dijual di Singapura," kata Heymans. | |||
Model Britain akan berlakon lagi di India Posted: 05 Mar 2012 08:22 PM PST
MUMBAI - Seorang model Britain, Amy Jackson akan berlakon dua buah lagi filem di negara ini, lapor akhbar Times of India semalam. Walaupun filem pertama lakonannya, Ekk Deewana Thagagal mendapat sambutan menggalakkan, dia akan muncul dalam sebuah filem aksi dan sebuah filem komedi. "Saya mahu membuktikan saya boleh menjadi pelakon yang serba boleh," katanya ketika ditanya mengenai genre filem lakonannya. Amy sedang belajar bahasa Tamil dan Telegu. "Bahasa Hindi lebih mudah berbanding bahasa Tamil dan Telegu," katanya. Dia mempelajari kedua-dua bahasa itu sebagai persediaan untuk berlakon dalam filem Tamil dan Telegu. | |||
'Teksi' di landasan kereta api Posted: 05 Mar 2012 08:21 PM PST
MANILA - Sebuah troli yang diubah suai untuk membawa lapan penumpang bergerak di atas landasan kereta api di sini. 'Teksi' itu tidak menggunakan bahan api dan ia merupakan antara pengangkutan awam yang menawarkan tambang murah. Troli itu bergerak sejauh dua kilometer dan setiap penumpang dikenakan bayaran sebanyak 10 peso (RM0.70). | |||
Bateri nipis seperti kepingan filem Posted: 05 Mar 2012 08:19 PM PST
TOKYO - Firma elektronik Jepun, NEC mengeluarkan bateri yang nipis seperti filem dikenali sebagai Bateri Radikal Organik (ORB). Setebal cuma 0.3 milimeter (mm), kepingan bateri itu boleh digunakan dalam kad pintar dan kertas elektronik serta beberapa gajet bergerak yang lain. Menurut NEC, bateri ORB itu memiliki 40 peratus lebih kuasa berbanding bateri ORB generasi lama. Ia dibuat dengan menggunakan bahan mentah yang murah tetapi berkualiti. | |||
Posted: 05 Mar 2012 08:18 PM PST
JIKA anak anda mengalami cirit-birit yang kerap dan muntah-muntah, jangan berlengah dan segeralah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Mereka mungkin dijangkiti rotavirus yang boleh membawa maut. Awal Februari lalu, negara dikejutkan dengan wabak gastroenteritis akut (AGE) yang telah menyerang dua daerah di Perak. Dua kes kematian tersebut masing-masing melibatkan bayi berusia 10 bulan dan dua bulan. Virus tersebut dipercayai merebak melalui air. Perak mencatatkan jumlah pesakit yang paling tinggi bagi jangkitan tersebut dengan rekod setakat 16 Februari lalu ialah seramai 3,444 kes. Jangkitan rotavirus biasanya bermula dengan demam dan diikuti dengan tiga hingga lapan hari cirit-birit dan muntah-muntah. Cirit-birit yang dimaksudkan itu lazimnya menyingkirkan lebih banyak cecair daripada tubuh. Hampir setiap kanak-kanak akan dijangkiti rotavirus sekurang-kurangnya sekali sebelum menginjak usia lima tahun. Virus ini telah dikenal pasti sebagai punca utama masalah cirit-birit dan 600,000 kematian akibat rotavirus dicatatkan setiap tahun di seluruh dunia. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekitar tahun 2000 hingga 2003, sebanyak 10.6 juta kematian berlaku setiap tahun dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun. Semuanya disebabkan masalah cirit-birit. Di Malaysia, data Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa di antara tahun 1999 hingga 2000, dianggarkan satu daripada 37 kanak-kanak berusia bawah lima tahun dirawat sebagai pesakit luar akibat rotavirus, manakala satu daripada 67 orang ditahan dalam wad, sementara satu daripada 15,000 orang berdepan dengan kematian. Dua hari Sebaik sahaja kanak-kanak dijangkiti virus tersebut, merka akan jatuh sakit dalam tempoh dua hari. Jangkitan tersebut mungkin menunjukkan simptom-simptom ringan ataupun tiada langsung. Kanak-kanak boleh dijangkiti virus beberapa kali dalam hidup mereka dan jangkitan kali pertama selalunya paling teruk. "Beberapa simptom yang biasa adalah seperti cirit-birit berdarah, muntah-muntah dengan kerap melebihi tiga jam, suhu badan mencecah 39.4 darjah Celsius ke atas dan tidak bermaya. "Mereka juga menunjukkan simptom dehidrasi seperti mulut kering, menangis tanpa air mata, kencing sedikit atau tiada langsung serta mengantuk yang luar biasa. PENCEGAHAN jangkitan rotavirus sebahagian besarnya adalah melalui amalan kebersihan diri. - Gambar hiasan "Rotavirus mudah berjangkit. Ia merebak melalui sentuhan dengan najis dan seterusnya dijangkiti melalui makanan tercemar, air dan titisan pernafasan," kata Pakar Perunding Pusat Pediatrik dan Gastroenterologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr. Chai Pei Fan. Tambahnya, rotavirus boleh bertahan selama beberapa hari pada permukaan keras dan kering dan ia boleh hidup selama berjam-jam di tangan manusia. "Cirit-birit yang teruk boleh mengundang dehidrasi terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kecil. Jika tidak dirawat, dehidrasi boleh menjadi suatu keadaan yang mengancam nyawa, tanpa mengira puncanya. Tidak ada rawatan ubat yang khusus untuk jangkitan rotavirus, walaupun terapi dehidrasi oral disyorkan. Cecair rehidrasi boleh menggantikan kehilangan mineral lebih berkesan daripada air mahupun cecair lain. Pei Fan mencadangkan agar kerajaan meneliti keperluan pemberian vaksin rotavirus kepada bayi berumur enam bulan ke bawah sebagai suntikan wajib. "Sudah tiba masanya kerajaan melihat kepentingan vaksin bagi rotavirus di negara ini seperti pemberian vaksin-vaksin lain. "Pada masa yang sama ibu bapa perlu lebih serius tentang penjagaan kebersihan anak-anak sepanjang masa," katanya. Ibu-ibu yang menyusukan bayi pula disarankan meneruskan proses penyusuan kerana ia dapat membantu mencegah jangkitan rotavirus. Sungguhpun begitu, Pei Fan memberitahu, pemberian vaksin rotavirus kepada bayi di peringkat awal merupakan pencegahan terbaik. Jangkitan umum Dalam pada itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Pusat Perubatan KPJ Selangor, Datuk Dr. Zulkifli Ismail memberitahu bahawa rotavirus ialah suatu jangkitan umum yang menyerang manusia terutamanya bayi dan anak kecil. Menurut beliau, penyelidikan yang dibuat di Jabatan Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya sepanjang 15 tahun lalu dan kaji selidik seluruh negara selama setahun menunjukkan bahawa rotavirus menjadi punca utama AGE teruk yang menimpa kanak-kanak Malaysia. "Beberapa zarah virus sudah memadai untuk menyebabkan penularan. Virus ini dapat hidup dalam masa seminggu di luar tubuh manusia. "Kematian akibat jangkitan rotavirus lazimnya disebabkan kehilangan cecair dan elektrolit berpunca daripada muntah dan cirit-birit yang teruk," terang Zulkifli. Pemberian cecair dan elektrolit secara mencukupi dan segera merupakan teras utama dalam rawatan kes rotavirus gastroenteritis. "Pencegahan jangkitan rotavirus sebahagian besarnya adalah melalui amalan kebersihan diri. Ini termasuk membasuh tangan dengan air dan sabun, minum air yang telah dimasak dan makan makanan yang telah dimasak dengan sempurna. "Memandangkan sifat rotavirus yang sangat mudah berjangkit, maka amalan kebersihan diri semata-mata mungkin tidak memadai untuk mencegah penularan jangkitan," ujar beliau. Rawatan vaksin Sejak tahun 2006, dua jenis vaksin rotavirus telah disediakan sebagai pencegahan jangkitan rotavirus. Kedua-dua vaksin tersebut didapati sungguh mujarab dan selamat untuk mencegah jangkitan rotavirus bagi anak-anak kecil. Banyak negara di dunia termasuk negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia, beberapa negara di Afrika dan Amerika Selatan telah memperkenalkan vaksin rotavirus sebagai sebahagian daripada program pelalian negara bagi semua bayi. "WHO menggalakkan semua negara untuk menimbangkan kemasukan vaksin rotavirus dalam program pelalian negara sebagai strategi mencegah penyakit cirit-birit pada anak-anak kecil. "Kedua-dua vaksin rotavirus ini boleh didapati di Malaysia sejak tiga tahun lalu. Buat masa ini, ia belum menjadi sebahagian program pelalian negara," jelasnya. Vaksin ini boleh didapati dalam pasaran swasta namun pengambilan vaksin ini dalam kalangan bayi Malaysia masih sangat rendah. "Kami menggesa semua ibu bapa di Malaysia agar menimbangkan untuk memberi pelalian kepada bayi mereka berusia kurang daripada enam bulan dengan vaksin rotavirus untuk mencegah jangkitan rotavirus. "Kami juga ingin menggesa kerajaan Malaysia untuk menimbangkan kemasukan vaksin rotavirus dalam program pelalian negara," sarannya. | |||
Posted: 05 Mar 2012 08:16 PM PST
PUSAT penjagaan dan rawatan rambut, 101 Hair Care sedang menjalankan kempen Healthy Hair, Happy Year dalam usaha mendidik rakyat Malaysia menguruskan masalah keguguran rambut menerusi diet yang betul. Dalam kempen tersebut, 101 Hair Care menawarkan nasihat khasiat pemakanan percuma kepada orang ramai di semua salun rambut mereka bermula sekarang sehingga 18 Mac depan. Selain itu, 101 Hair Care turut menawarkan pakej rawatan rambut herba khusus sepanjang tempoh yang sama. Pakej bernilai RM466 itu merangkumi proses analisis rambut dan kulit kepala berkomputer, analisis hama folikel Demodex serta rawatan rambut herba khusus. Orang ramai juga berpeluang menerima kit perjalanan herba dan hadiah tahun baharu eksklusif dengan menghantar teks sistem pesanan ringkas (SMS) ke 32828 (Taip: 101 Menurut Pengarah 101 Hair Care, Ricky Thye, mereka berharap dapat memberi maklumat berguna kepada rakyat Malaysia agar setiap individu mengambil inisiatif dalam mengurus dan mengelakkan masalah rambut termasuk kehilangan rambut awal. Lemak dan gula Pakar pemakanan 101 Hair Care, Fanny Ling pula menjelaskan, walaupun terdapat pelbagai makanan menarik di negara ini, orang ramai perlu sedar bahawa banyak makanan mengandungi lemak dan gula yang boleh menjejaskan kesihatan badan dan rambut. "Makanan berlemak tinggi boleh memudaratkan rambut dan kulit kepala kerana ia menyebabkan kulit kepala berminyak, mudah mendapat jangkitan dan menyebabkan kelemumur. PRODUK rambut jenama 101 Hair Care mempromosikan kempen Healthy Hair, Happy Year yang mendidik masyarakat menguruskan masalah keguguran rambut. "Ia juga mengganggu keseimbangan hormon, menyebabkan obesiti dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. "Makanan manis pula boleh menyebabkan kelemumur dan kulit kepala sensitif. Ia juga menghakis vitamin B dalam badan dan menyebabkan kekurangan zat kuprum lalu menyebabkan rambut beruban. "Pengambilan makanan manis juga mengurangkan biotin yang menyekat pertumbuhan rambut secara sihat dan mengurangkan kegelapan warna," jelas Fanny. Tambahnya, bagi membekalkan nutrien rambut yang baik, seseorang itu memerlukan kalori secukupnya, iaitu bergantung kepada keperluan tenaga individu. Seorang lelaki memerlukan purata 2,500 kilo kalori sehari manakala seseorang wanita memerlukan 2,000 kilo kalori setiap hari. Untuk maklumat lanjut tentang kempen tersebut, orang ramai boleh mengunjungi laman web www.101hair.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1300-888-101. | |||
Posted: 05 Mar 2012 08:15 PM PST TARIKH 12 Februari lalu merakam memori indah kepada 29 pasangan yang melafazkan cinta kepada pasangan mereka beramai-ramai di pusat beli belah Sunway Carnival Mall (SCM), Seberang Jaya. PERIBAHASA latin tentang cinta menyebut amor est vitae essentia yang bermaksud, cinta adalah hakikat kehidupan. Bagi pasangan bercinta, saat melafazkan perasaan kepada pasangan masing-masing adalah detik paling indah apabila dua hati terpatri untuk menjadi satu ikatan dalam lubuk jiwa. Ucapan 'aku cinta padamu', 'kau milikku' atau 'aku jujur selamanya buat dirimu' pastilah antara kata-kata yang bermain-main di fikiran sebelum dilontarkan. Saat itulah dikongsi 29 pasangan yang telah melafazkan ikrar cinta dan sayang beramai-ramai di pusat beli- belah Sunway Carnival Mall (SCM) di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada tanggal 12 Februari lalu. Majlis istimewa bersempena Festival Perkahwinan 2012 itu dianjurkan SCM dengan kerjasama Hotel Sunway Seberang Jaya dan sebuah syarikat pengurus acara, Kenlink. Sambil disaksikan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu, kesemua pasangan menggayakan gaun perkahwinan, tuksedo dan aksesori rekaan Star East, Kuang Yee dan Putree Bridal House. Mereka yang kelihatan anggun serta menawan ini mendapat sentuhan solekan oleh jurusolek APT Hair Salon & Academy. Pasangan kemudian berjalan beriringan untuk diarak ke pentas utama. Mereka yang kemudian berdiri menghadap antara satu sama lain diminta melafazkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing. Sijil pengiktirafan Sebagai simbolik, kesemua pasangan menerima sijil pengiktirafan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Danny Law Heng Kiang yang hadir selaku tetamu rasmi. Majlis ini diserikan lagi dengan pertunjukan fesyen hasil sentuhan pereka tempatan, Kelv dan gaun pengantin oleh Emmanuel Haute dan Ranndy Goh. Rekaan-rekaan cantik itu diperagakan model terkemuka tanah air, Amber Chia bersama beberapa peragawati tempatan lain. Bagi pasangan Mohamad Fairuzzaine Azmi, 27, dan Ang Hui Pheng, 25, mereka memilih ke majlis itu bagi membuktikan keikhlasan dalam perhubungan yang dijalin sejak setahun lalu. Menurut Mohamad Fairuzzaine, beliau dan pasangannya berharap dapat mengakhiri momen indah itu di gerbang perkahwinan seperti yang dirancang. DANNY (depan, kanan) bersama Amber dan pasangan yang memenangi hadiah khas sempena Karnival Perkahwinan 2012 di Sunway Carnival Mall. "Saya gembira dan bersyukur, apatah lagi majlis bersejarah ini turut dihadiri keluarga oleh kedua-dua belah pihak," ujar Mohamad Fairuzzaine. Kedua-duanya yang dipertemukan oleh rakan-rakan sebelum terbit bibit-bibit percintaan berhajat melafazkan ikrar cinta secara terbuka. Meluah rasa cinta Perasaan gembira turut dikongsi oleh Choo Jun Wei, 22, dan pasangannya Lee Shu Ping, 18, yang memberitahu mula berkenalan semasa keluar menonton wayang bersama rakan-rakan setahun lalu. Menurut Jun Wei, beliau ingin meluahkan rasa kasih dan cinta serta meninggalkan detik manis kepada pasangannya. Upacara penuh warna-warni itu turut disertai pasangan warga emas, Kim Yong Goom, 67, dan isterinya, Lee Seet Mooy, 64, yang melafazkan ikrar percintaan kekal abadi mereka setelah 39 tahun mendirikan rumah tangga. Sementara itu, Pengurus Pemasaran SCM, Amy Lee berkata, sebanyak 14 pakaian pengantin sumbangan beberapa butik turut dilelong dalam satu jualan amal bermula pada harga serendah RM10. Katanya, hasil jualan berjumlah RM1,590 kemudian disumbangkan kepada Persatuan Kanak-kanak Terencat Akal Seberang Perai Utara. "Pada hari kedua karnival ini pula, seramai sepuluh pasangan yang sedang bercinta untuk menyertai sebuah acara kuiz istimewa. Mereka itu dipilih daripada hasil soal jawab yang mereka sertai di laman sosial SCM. "Mereka diajukan pelbagai soalan secara berasingan berkaitan pasangan masing-masing, pengalaman indah semasa bercinta bagi mencari pasangan yang paling secocok," ujar Amy. Setelah diuji, Louis Tan, 28, dan kekasihnya, Jessc Teh, 25, diumumkan sebagai pemenang seterusnya berjaya membawa pulang sebentuk cincin berlian bernilai RM2,500 tajaan Vinstella. | |||
Pintu Rezeki Fizo Terbuka Luas Selepas Insiden Tipu Posted: 05 Mar 2012 02:45 AM PST PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar, 27, mengakui rezekinya semakin murah selepas insiden ditipu ketika menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini sehingga terpaksa menanggung hutang sebanyak RM2 juta. Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, berkata, walaupun berhadapan dengan kejadian itu dia bersyukur Allah telah membuka pintu rezekinya dengan lebih luas dalam bidang lakonan dan perniagaan. "Doa orang yang teranaiya akan dimakbulkan oleh Allah dan perkara itu telah terjadi kepada saya. Alhamdulilah rezeki semakin mencurah-curah selepas kejadian itu," ujarnya kepada mStar Online. Fizo ditemui ketika menghadiri Festival BN Youth Music yang diadakan di The Curve, Damansara di sini, Ahad. Dalam pada itu ditanya mengenai kes tersebut, Fizo berkata ia masih dalam proses siasatan dan dia menyerahkan sepenuhnya kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakilinya dalam kes itu. "Saya tidak boleh kata apa-apa mengenai kes itu kerana masih dalam proses siasatan oleh peguam saya dan yakin kebenaran akan menyebelahi saya," ujarnya. Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terbaru, Fizo berkata dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Cinta Buat Emelda untuk siaran TV3 selain sedang menunggu empat buah filemnya menjengah di pawagam tahun ini. Fizo memberitahu empat filem berkenaan adalah 7 Petala Cinta, Azazil, Minyak Dagu, Halimunan dan Hello. "Selepas kes itu saya kelihatan agak suram di media massa tetapi saya sebenarnya sibuk di lokasi penggambaran filem dan drama. Alhamdulilah rezeki tidak putus-putus," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Fizo berkata dia semakin selesa dan gembira dengan tanggungjawab barunya sebagai pengacara program bual bicara iaitu Nasi Lemak Kopi O di TV9. Fizo turut memberitahu dia juga tidak menang tangan mengendalikan perniagaan studio miliknya iaitu 120 Studio yang terletak di Ukay Perdana, Ampang dekat sini. "Alhamdulilah perniagaan juga dalam keadaan baik dan semakin maju. Kehidupan saya sentiasa sibuk namun berada di tahap baik. "Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan saya percaya perkara buruk yang telah menimpa saya telah diganti dengan pelbagai peristiwa baik dalam hidup saya kini," katanya. | |||
Posted: 05 Mar 2012 02:43 AM PST BAKAT...Lisdawati sedang mendalami aksi lagak ngeri untuk lakonan filem Pak Pong. BUKAN sekali dua suaminya terkena gosip liar dan kontroversi. Sekali lagi rumah tangga pelakon terkenal Lisdawati, 32, dan suaminya, Fauzi Nawawi, 38, berdepan dengan ujian getir apabila tersebar gosip di Internet suaminya dikatakan ada kekasih gelap, baru-baru ini. Namun, pasangan suami isteri ini lebih suka bersikap matang dan tidak ingin cepat melatah. Mereka percaya gosip nakal terbabit hanya ingin menguji kebahagiaan rumah tangga mereka. Apapun yang terjadi, Lisda akan mempertahankan suaminya itu. Hakikatnya, rumah tangga Lisdawati dan Fauzi yang dibina empat tahun lalu tetap bahagia dengan kehadiran dua cahaya mata, Nur Aini Farhana, tiga tahun setengah dan Nur Aina Fazneesya, dua tahun dua bulan. Kasih mereka tambah kukuh dan persefahaman semakin menebal.
Ketika menjiwai watak dalam lakonan pada Januari lalu Sambal tumis udang dan masak ketam Rantai emas Rumah banglo 10 bilik Penipu, pengotor dan pukul perempuan Jessica Alba Eropah dan Itali | |||
Posted: 05 Mar 2012 02:42 AM PST SERAP...susuk emas meresap ke dalam kulit pemakai. KUALA TERENGGANU: Melihat rakan karib mati dalam keadaan ngeri apabila wajah berubah hodoh dengan kulit seolah-olah hangus akibat memakai susuk, seorang wanita insaf dan nekad membuang susuk dipakainya lebih 20 tahun. Wanita berusia 48 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati berkata, kematian sahabatnya menginsafkannya menyebabkan dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana tidak sanggup mengalami nasib serupa. "Bagaimanapun, bukan senang untuk membuang pelbagai susuk yang lebih 20 tahun tertanam di beberapa anggota tubuh kerana prosesnya amat menyeksakan.
"Sepanjang seminggu itu, makanan dihantar bomoh berkenaan kerana kubang kerbau tempat saya berendam jauh daripada orang ramai," katanya yang sedia berkongsi keterlanjuran silamnya sebagai iktibar kepada masyarakat. | |||
Posted: 05 Mar 2012 02:41 AM PST CEKUP...Amran (kiri) memeriksa seorang daripada warga asing yang ditahan. GOMBAK: Bimbang diri dicekup pihak berkuasa, beberapa warga Afrika nekad mempertaruhkan nyawa mereka dengan bergayut ala 'Spider-man' pada balkoni rumah setinggi empat tingkat bagi melarikan diri dalam serbuan Jabatan Imigresen di Taman Aman Siara, Selayang. Tindakan itu bagaimanapun tidak berjaya dan mengundang padah apabila seorang daripada warga Afrika yang cuba melarikan diri itu patah kaki kanan akibat terjatuh sebelum dicekup. Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam kelmarin itu yang diketuai Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad, seramai 44 warga asing diperiksa dan 17 daripadanya ditahan kerana pelbagai kesalahan.
"Operasi dijalankan berdasarkan aduan penduduk di taman ini dan berdasarkan dari aduan itu kita mengumpul maklumat terutamanya mengenai rumah-rumah yang didiami warga asing sebelum membuat serbuan. | |||
Posted: 05 Mar 2012 02:39 AM PST JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang juga penghidap HIV tergamak memaksa anak dara suntinya melacur, malah bercadang menjual remaja berusia 13 tahun itu kepada mana-mana lelaki yang berminat, semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Bagaimanapun, remaja itu bernasib baik apabila seorang lelaki yang berniat melanggannya, simpati akan nasibnya selepas mangsa menceritakan keadaan sebenar lalu menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberi bantuan.
"Semuanya terdedah selepas kami menerima maklumat berkaitan cubaan menjual mangsa daripada pelanggan gadis itu yang simpati dengan nasib malangnya.
"Kami kemudiannya menyerbu bilik berkenaan. Selepas diselamatkan, gadis berkenaan kemudiannya ditempatkan di sebuah pusat perlindungan di sekitar bandar raya ini," katanya.
"Ibunya yang turut kami tahan kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan pesakit HIV di Taman Abad. Ketika disoal siasat, pada mulanya dia enggan mengaku cuba menjual anak gadisnya tetapi akhirnya mengubah pengakuan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pengabaian kanak-kanak mahupun remaja berusia kurang 18 tahun diminta untuk menyalurkan aduan kepada JKM di talian 07-2282971. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan