Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Juruterbang wanita membelah angkasa
- Lisa dan Yusry lalui hari bahagia
- AirAsia beri peluang sama rata
- TCRS perkenal menu baru
- ‘Hadiah buat arwah ibu’
- Takaful lancar empat produk baru
- Serasi watak jahat
- 'Guru ganti' SMKA Durian Guling pelajar terbaik STPM Terengganu
- Maxis perkenal pelan hotlink Bagus
- Pusat judi veteran diserbu
- Shaharuddin Thamby Ambil Iktibar Masalah Rumah Tangga
- Bahagia kaya anak
- Calon istimewa tetap cemerlang
- Pelacur mengandung dicekup
- Dimas (Hujan) Mahu Pohon Kerakyatan Malaysia
- Kolej ‘aneh’ diserbu
- BIBH buka laluan jadi penyanyi
- Pengorbanan Rosmalizai berbaloi
- Tujuh pelajar cedera dipukul
- Fadilah Mansor Gugup Pegang Watak 'Opah'
- Anak tertimbus
- Warga produksi bertaraf miskin
- TCM pasang model Subaru di Segambut
- Tiada ruang kecewa
- Besut cemerlang STPM
Juruterbang wanita membelah angkasa Posted: 07 Mar 2012 07:52 PM PST Barisan juruterbang wanita yang menjadi kebanggaan AirAsia. Menjadi juruterbang jarang tercicir daripada senarai cita-cita idaman kebanyakan kanak-kanak ketika di zaman sekolah. Waktu itu gambaran mengemudi sendiri sebuah pesawat terasa begitu gah. Apatah lagi segak mengenakan seragam putih hitam sambil mengepit topi berlencana lambang sayap. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak lelaki mahupun perempuan, apabila ditanya apakah cita-cita apabila besar nanti pasti pantas memberi jawapan: "Saya nak bawa kapal terbang sebab dapat peluang untuk 'terbang' ke mana-mana destinasi yang diingini." Begitu juga dengan empat juruterbang muda yang ditemui di Terminal Tambang Murah (LCCT), Sepang, baru-baru ini. Keterujaan mereka untuk mengemudi kapal terbang begitu terserlah sebaik tamat pengajian di tingkatan lima. Masing-masing meneruskan pengajian di akademi penerbangan. | ||
Lisa dan Yusry lalui hari bahagia Posted: 07 Mar 2012 07:47 PM PST Kurang seminggu setelah berakhirnya resepsi di Putrajaya International Covention Centre (PICC), 26 Februari lalu, pasangan romantis, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terbang ke Zurich, Switzerland bagi berbulan madu. | ||
AirAsia beri peluang sama rata Posted: 07 Mar 2012 07:38 PM PST
AIRASIA merupakan antara syarikat penerbangan terawal di Malaysia yang membuka peluang kepada kaum wanita untuk menjawat jawatan juruterbang pesawat komersial. Pengambilan pertama dibuka pada tahun 2003 dengan hanya seorang juruterbang wanita berjaya memenuhi kriteria yang melayakkannya menjadi seorang juruterbang. Menurut Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia, Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra Ahmad Fairuz, sejak tahun 2003 hingga hari ini, pihaknya mempunyai 23 orang juruterbang wanita di mana 15 berkhidmat dengan AirAsia manakala selebihnya dengan AirAsia X. Tambah beliau, pihaknya tidak pernah memandang rendah akan kebolehan kaum Hawa dan disebabkan itulah peluang sama rata diberikan seperti mana kaum Adam peroleh. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:31 PM PST Peneraju rangkaian restoran keluarga halal, The Chicken Rice Shop (TCRS) menyasarkan peningkatan 20 peratus jualan sempena pelancaran menu baru ayam muhibah dalam tempoh dua bulan dari sekarang. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Kah Lin berkata, menu baru itu telah dijual kepada pengguna sebelum pelancaran dan mendapat sambutan menggalakkan. "Menu ini akan berada di pasaran selama dua bulan sebelum menu lain diperkenalkan. Sejajar pelancaran menu baru, TCRS melabur RM1 juta bagi pengubahsuaian kedai di pusat membeli belah Sunway Piramid," katanya, selepas melancarkan menu ayam muhibah di Subang Jaya, semalam. Menurutnya sebagai langkah pengembangan, TCRS bakal membuka lapan cawangan baru di seluruh negara tahun ini. TCRS kini beroperasi di 58 cawangan seluruh negara. Katanya, bagi tujuan pembukaan cawangan baru, TCRS melabur RM1 juta bagi setiap cawangan untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang akan dijalankan sepanjang tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Kah lin berkata, TCRS juga menyasarkan pertumbuhan jualan 15 peratus bagi semua menu yang diperkenalkan tahun ini. "Bagi peringkat permulaan, kerja pengubahsuaian itu akan dilakukan di pusat membeli-belah Alamanda, Mid Valley dan Pulau Pinang, kemudian diikuti bandar-bandar utama dalam negara," katanya. Bagi meluaskan rangkaian di luar negara, Kah lin berkata, TCRS akan membuka cawangan ke lima di Filipina dalam beberapa bulan lagi, dan turut berhasrat meneroka pasaran Indonesia tahun ini. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:30 PM PST Anis Nabilah menerima kucupan tahniah daripada ayahnya, Wahab Mat Jasin di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 7 Mac - Demi menggembirakan hati ibu yang bertarung nyawa melawan kanser ovari membuatkan Muhammad Zulhilmi Mohd. Salleh membulatkan tekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Niat murni Muhammad Zulhilmi akhirnya membuahkan hasil apabila pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota, Kota Bharu, Kelantan itu diumumkan sebagai salah seorang daripada lima pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 yang diumumkan hari ini. Namun kejayaannya tetap disusuli dengan perasaan terkilan oleh anak bongsu daripada tujuh adik-beradik itu kerana ia tidak sempat dikongsi bersama ibunya yang baru 45 hari dijemput Ilahi. "Kejayaan ini untuk arwah ibu saya, biarpun dia sendiri berlawan dengan penyakit, arwah ibu tidak pernah berhenti memberikan nasihat dan dorongan untuk saya terus maju dalam pelajaran. | ||
Takaful lancar empat produk baru Posted: 07 Mar 2012 07:29 PM PST Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia) optimis capai sasaran pusingan modal 30 peratus menjelang hujung tahun ini. Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Mohamed Hassan Kamil berkata, sasaran itu antara lain disokong pelbagai pelan strategik seperti kempen dan promosi pengiklanan. "Takaful Malaysia akan memperkenalkan empat produk baru tahun ini berkaitan pelaburan. Kami akan terus mengukuhkan imej dan jenama secara dinamik melalui pelbagai saluran. Kami juga akan menambah lebih banyak pusat perkhidmatan myCare bagi memberi peluang kepada pelanggan untuk memudahkan interaksi selain untuk memenuhi kehendak mereka," katanya ketika majlis pengisytiharan kadar keuntungan bagi tahun kewangan 2011, di Kuala Lumpur, semalam. Sementara itu, Takaful Malaysia mencatatkan rekod keuntungan tertinggi buat kali pertama sebanyak 6.5 peratus bagi semua produk runcit keluarga termasuk kadar keuntungan bonus tambahan khas sebanyak 3.5 peratus untuk Skim Anuiti Takaful KWSP (SATK). Mohamed Kamil berkata, matlamat kumpulannya adalah untuk mendahului pasaran dan mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia perkhidmatan pilihan, bukan hanya antara syarikat Takaful tetapi juga di kalangan syarikat penyedia syarikat insurans. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:27 PM PST Nabila Dally SERASI dengan nama Nabila Dally sebelum ini, pelakon berbakat besar yang dicungkil menerusi program realiti TV bercorak lakonan, Pilih Kasih musim pertama, akhirnya mengambil keputusan untuk menukar namanya sebagai Bella Dally. Akuinya, tiada apa yang kurang atau jelik dengan nama sebenarnya itu, cuma keputusan menggunakan Bella Dally sebagai nama komersial bertujuan mengelak kekeliruan. "Terlalu ramai bernama Nabila di kalangan selebriti kita. Contohnya, kita ada Nabila Huda dan Ika Nabila. Jadi tidak salah rasanya saya menggunakan nama Bella Dally untuk mengelak kekeliruan.
| ||
'Guru ganti' SMKA Durian Guling pelajar terbaik STPM Terengganu Posted: 07 Mar 2012 07:25 PM PST Abdul Rahim Abdullah dijulang oleh rakan-rakannya selepas diumumkan sebagai pelajar terbaik STPM negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Marang, semalam. MARANG 7 Mac - Suasana Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling yang sepi ekoran kebanyakan pelajar sedang menduduki peperiksaan bertukar riuh-rendah dengan sorakan dan ucapan tahniah hari ini. Suasana itu dapat dilihat apabila pelajar sekolah itu mengetahui salah seorang 'cikgu' di sekolah tersebut diumum pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 peringkat negeri. Abdul Rahim Abdullah, 20, yang juga merupakan guru ganti mata pelajaran Bahasa Arab sejak sebulan lalu merupakan salah seorang daripada 83 calon sekolah itu yang menduduki peperiksaan berkenaan. | ||
Maxis perkenal pelan hotlink Bagus Posted: 07 Mar 2012 07:24 PM PST Peneraju perkhidmatan prabayar nombor satu negara, Maxis Berhad (Maxis) melancarkan pelan semua dalam satu, Hotlink bagus yang disasarkan kepada golongan muda, eksekutif muda, pelajar dan pelancong luar. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:22 PM PST PUCHONG - Memberi helah menghidap sakit jantung sambil mengurut-urut dadanya gagal melepaskan seorang warga emas yang leka bermain judi mahjung daripada dicekup pihak berkuasa di sebuah kedai kopi di Taman Perindustrian Puchong, di sini, petang semalam. | ||
Shaharuddin Thamby Ambil Iktibar Masalah Rumah Tangga Posted: 07 Mar 2012 07:20 PM PST PETALING JAYA: Pelakon Shaharuddin Thamby menjelaskan masalah yang berlaku terhadap rumah tangganya sebelum ini adalah sebagai satu pengajaran dan iktibar paling besar dalam hidupnya sejak 33 tahun mendirikan rumah tangga. Shaharuddin berkata, dia tidak pernah terkilan dengan kejadian yang menimpa tetapi yakin masih berkemampuan untuk terus memimpin keluarga dan anak-anak. "Semua yang berlaku di antara saya dan isteri sebelum ini biarlah ia kekal menjadi rahsia buat kami berdua kerana banyak pengajaran dapat saya belajar daripada peristiwa itu walaupun telah berumah tangga selama 33 tahun. "Kejadian itu juga telah memberikan saya lebih keyakinan pada diri untuk tidak patah semangat dalam meneruskan kehidupan dan memperbaiki apa yang terkurang sebelum ini dalam rumah tangga kami," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Sebelum ini isteri pelakon itu Nor'Aini Muhammad, 52, pernah memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini tetapi kes berkenaan dibatalkan apabila kedua-dua pihak dapat berunding secara baik. Bercakap mengenai kehidupan mereka suami isteri selepas kejadian pahit itu, Shaharuddin berkata, mereka masih menjalankan tanggungjawab masing-masing dan lebih sensitif terhadap kehendak kedua-dua belah pihak. Katanya, pada usia begini dia dan isterinya lebih banyak bertoleransi dan saling bantu membantu agar dapat mengeratkan lagi hubungan mereka. "Kini saya lebih berhati-hati apabila berkata sesuatu kepada isteri kerana tidak mahu dia berkecil hati atau salah faham dengan apa yang ingin disampaikan. "Selebihnya kami seperti pasangan suami isteri lain yang saling sayang menyayangi dengan menjalankan tanggungjawab masing-masing," katanya. Sementara itu, ditanya mengenai kelibatnya yang dilihat di Hospital Kuala Lumpur sebelum ini, Shaharuddin berkata dia menjaga bapanya iaitu Thamby Mohd Jan, 76, yang telah meninggal dunia kira-kira sebulan lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit. Dalam perkembangan lain, Shaharuddin memberitahu walaupun telah mencecah usia 54 tahun tetapi rezekinya dalam bidang lakonan masih murah dan sentiasa sibuk di lokasi penggambaran. Dia bakal muncul dengan beberapa projek seperti drama bersiri 20 episod berjudul Bonda untuk siaran TV3, Big Foot (Astro), Kirana dan Pesona Kasih untuk RTM. "Alhamdulillahlah walaupun dah 'senja' orang masih minat nak ambil saya berlakon dan saya kira itu adalah rezeki saya kerana dalam industri ini bukan mudah untuk kekal lama. Jadi apabila diberikan peluang, saya gunakan sebaik yang mungkin," katanya. Dia juga tidak terlalu memilih watak tetap cuba untuk mengelak daripada menerima tawaran seperti perogol, penjahat dan sebagainya. Menurutnya, selain sudah tidak sesuai dengan usia, dia juga perlu menjaga hati keluarga dan ingin memberi contoh baik kepada mereka. "Rasanya tak sesuai dengan usia begini nak bawa watak perogol tambahan malu pula jika ia ditonton oleh ahli keluarga," ujarnya. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:19 PM PST DAPAT AYAM...anak-anak dan sebahagian cucu pasangan terbabit makan ayam goreng KFC. KOTA BHARU: Suami pantang 'tersentuh', manakala isteri tidak pernah menolak. Itu antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Isa Hassan, 56, dan Mek Jah Yusof, 52, yang layak digelar 'pasangan super' apabila memiliki 18 anak sejak berkahwin 40 tahun lalu. Selain itu, kehidupan sukar pasangan berkenaan yang menetap di rumah usang di Kampung Pantai Pulau Kundor, dekat sini, turut menjadikan mereka individu yang 'subur' kerana tidak terdedah makanan tidak sihat seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat. Menurut Isa, dia tidak pernah minum minuman berais, manakala makanan utama mereka kebiasaannya nasi berlaukkan ulam-ulaman dan bunga nipah dicecah dengan budu.
| ||
Calon istimewa tetap cemerlang Posted: 07 Mar 2012 07:15 PM PST
JOHOR BAHRU 7 Mac - Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Adam dipilih sebagai salah seorang penerima sijil Pelajar Cemerlang Negeri Johor, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 bagi kategori calon istimewa. Muhammad Firdaus, 20, dari Sekolah Menengah Parit Bunga, Muar berjaya membuktikan bahawa kekurangan fizikal yang dimilikinya bukan penghalang untuk meraih keputusan empat B dalam mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Ekonomi dan Sejarah dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.75. Meskipun keputusan yang diterima tidak seperti yang diharapkan, namun anak kedua daripada lima beradik itu tetap gembira dan bersyukur kerana mampu membuat ibu bapanya bangga. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:14 PM PST PELABUHAN KLANG – Seorang pelacur yang mengandung dua bulan antara enam wanita warga Vietnam yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat pelacuran di Jalan Pokok Sakat, Teluk Gadong, Pandamaran, semalam. | ||
Dimas (Hujan) Mahu Pohon Kerakyatan Malaysia Posted: 07 Mar 2012 07:13 PM PST PETALING JAYA: Ahli kumpulan Hujan iaitu Hang Dimas Santoso yang berasal dari Indonesia memberitahu akan mengemukakan permohonan kerakyatan negara ini sebagai penduduk tetap selepas membawa isteri dan anaknya berpindah di Kuala Lumpur. Dimas berkata, permohonan itu akan dibuat dalam masa terdekat selepas dia selesai menguruskan proses perpindahan mereka sekeluarga daripada Jakarta. "Saya akan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap di negara ini selepas menyelesaikan beberapa perkara," ujarnya kepada mStar Online. Tambah Dimas, keluarganya telah mula berpindah ke Kuala Lumpur sejak sebulan lalu dan kini mereka menetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. "Sebelum ini lagi isteri saya ingin mengikut tinggal di sini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana dia sibuk menguruskan perniagaan milik keluarga di sana. Bagaimanapun Alhamdulillahlah akhirnya mereka dapat bersama saya di sini," ujarnya. Dimas memberitahu dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Kuala Lumpur kerana telah mempunyai kerjaya yang kukuh selain tidak sanggup berpisah dengan anaknya yang kini berusia empat tahun. "Letih sebenarnya asyik berulang-alik dan keputusan ini adalah paling terbaik untuk kami semua," katanya. Jelas Dimas, isterinya tidak mempunyai masalah untuk berpindah malah gembira dapat tinggal di Kuala Lumpur dan merancang untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah bagi membolehkannya bergaul. "Walaupun dia baru berusia empat tahun tetapi kami merancang untuk mendaftarkan dia di tadika berdekatan supaya dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat," katanya. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:12 PM PST SIASAT...antara pelajar warga asing yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya, semalam. KUALA LUMPUR: Bermula daripada pemilik, tenaga pengajar, penuntut hinggalah pengawal keselamatan, semuanya warga asing. Itulah 'keanehan' sebuah kolej swasta di ibu negara yang diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen semalam, kerana bukan saja tidak berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak beroperasi dua tahun lalu, malah pekerja dan pelajarnya menyalahgunakan pas perjalanan dimiliki. Kolej itu yang beroperasi di sebuah rumah kedai tiga tingkat itu diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Putrajaya jam 10.30 pagi semalam.
Menurutnya, kolej yang menawarkan kursus pengajian Bahasa Inggeris itu dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lalu dan mempunyai lebih 300 pelajar yang berasal dari pelbagai negara Timur Tengah, Russia, China dan Kemboja. | ||
BIBH buka laluan jadi penyanyi Posted: 07 Mar 2012 07:11 PM PST AKSI Shima (tengah) ketika menghiburkan peminat di SACC Mall, Shah Alam. Kini, bukan saja dia berada di bawah pengurusan Adam & Co, milik Adam AF, malah pada masa yang sama dia berpeluang mendendangkan lagu ciptaan Edry Abdul Halim daripada KRU. "Dulu, saya hanya berangan untuk menjadi penyanyi. Kini, saya bukan saja diasah bakat menjadi penyanyi, malah sibuk dengan latihan menari. Maklumlah, Adam seorang penari yang cukup handal, jadi mestilah dia mahu saya mengikut jejak langkahnya," katanya gadis berusia 20 tahun ini ketika ditemui pada siri jelajah ABPBH2011, di SACC Mall, baru-baru ini. Walaupun belum begitu menyerlah, Shima yang menggapai kemenangan dengan mendendangkan lagu Sangkar Emas tidak menafikan dia sudah mula mengumpul peminat sendiri. "Terima kasih BIBH kerana membuka peluang kepada remaja yang bercita-cita bergelar artis merealisasikan impian mereka. Semua orang tahu, bukan mudah untuk menjadi artis rakaman, sekarang. Apatah lagi dengan saingan daripada bakat yang dicungkil menerusi program realiti. "Bagi saya, peluang dan rezeki saya bersama BIBH. Saya akan terus menyokong anugerah ini yang mengetengahkan nama saya ke arena seni," kata bakat dari Johor ini. Shima turut berharap, kehadirannya dalam industri muzik akan diterima ramai dan dia sendiri mampu kekal dengan imej yang baik. "Saya juga akan mengikuti siri jelajah ABPBH selama mana terdaya. Bukan apa, saya cukup seronok dan gembira dapat sama-sama meraikan ulang tahun ABPBH ke-25 dan bertemu peminat sekali gus. "Melihat bakat baru pada BIBH tahun ini pula, ia mengimbau kembali saat saya bertanding dan terpilih sebagai pemenang. Ketika itu, macam-macam perasaan timbul. Saya rasa bakat seni saya dihargai dan berharap pemenang BIBH kali ini juga mendapat peluang yang sama," katanya yang mempertaruhkan single sulung, Tak Sabar, dan akan muncul bersama klip video lagu itu, tidak lama lagi. Sementara itu, pencarian bakat baru BIBH kali ini sudah pun menobatkan dua juara peringkat mall yang baru. Jika Muhammad Syafiq Ikhwan Ghazali, 24, muncul pemenang di SACC Mall, Ang Hui San, 20, pula mengungguli pertandingan itu di Berjaya Megamall, Kuantan. Pencarian bakat BIBH diteruskan pada 10 dan 11 Mac ini, di Dataran Pahlawan, Melaka. | ||
Pengorbanan Rosmalizai berbaloi Posted: 07 Mar 2012 07:09 PM PST Rosmalizai Adanan (kanan) menunjukkan slip peperiksaan STPM kepada ibunya, Faizah Mat Din di rumahnya di Kampung Kederang, Setiu, semalam. SETIU 7 Mac - Dua tahun lalu, Rosmalizai Adanan, 19, menolak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana kursus yang ditawarkan dirasakan tidak sesuai dengan jiwanya. Dia tidak menganggap keputusan untuk meneruskan pembelajaran ke tingkatan enam bagi mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) suatu yang merugikan. Hari ini dia diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga pelajar terbaik Terengganu dengan mendapat keputusan 4A 1B. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim dekat sini berkata, dengan kejayaan tersebut, peluang lebih luas untuk mengikuti pengajian dalam bidang pilihannya sendiri mungkin tercapai. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:08 PM PST IPOH - Tujuh pelajar lelaki tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini menerima rawatan selepas mendakwa dipukul sekumpulan pelajar senior akibat selisih faham pada 29 Februari lalu. | ||
Fadilah Mansor Gugup Pegang Watak 'Opah' Posted: 07 Mar 2012 07:07 PM PST SHAH ALAM: Pelakon Fadilah Mansor menjelaskan gementar untuk membawa watak utama sebagai Jenab dalam musim terbaru siri Opah yang pernah popular sekitar tahun 1980-an. Fadilah, 50, berkata, perasaan itu timbul kerana menyedari siri itu pernah menjadi rantaian itu. "Walaupun musim terbaru ini adalah berkisar mengenai generasi kedua keluarga Opah tetapi saya masih gementar kerana menyedari siri ini pernah menjadi ikutan ramai. "Pun begitu, saya tetap akan memberikan persembahan terbaik dalam menjayakan drama ini," ujarnya kepada mStar Online. Fadilah ditemui selepas majlis pelancaran drama bersiri Opah musim terbaru di sini pada Selasa. Dia bagaimanapun yakin dapat membawa watak sebagai Jenab yang turut dipanggil Opah iaitu anak kepada Opah lakonan Allahyarham Zaiton Hussien dengan baik selain cuba membawa watak itu tanpa terpengaruh dengan pelakon terdahulu. Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah memegang watak wanita kampung kerana sering mendapat tawaran serupa. "Dari segi lakonan tiada masalah, Insya-Allah kerana saya bukan memegang watak asal Opah tetapi anaknya iaitu Jenab yang dalam musim baru ini turut di panggil Opah," ujarnya. Musim terbaru ini adalah kelangsungan daripada siri-siri terdahulu dengan memaparkan kehidupan anak-anak Opah dan cucu-cucunya sebagai tunjang utama. Bakal disiarkan di TV1 bermula September depan, Opah turut menampilkan pelakon lain seperti Shaharuddin Thamby, Zizan Nin, Aida Khalida dan Sharifah Nadia. Sementara itu, Fadilah memberitahu dia tidak berfikir panjang saat dilamar oleh pihak RTM untuk membintangi drama 13 episod itu. Ujarnya, apabila diberitahu ia adalah musim terbaru siri Opah dia terus menerimanya. "Saya sendiri gemar menonton siri itu dahulu dan apabila mendapat tawaran dari RTM terus saya terima tanpa berfikir panjang," katanya. Tambahnya, dia sedang giat membuat persiapan untuk sesi penggambaran drama tersebut yang bermula pertengahan bulan ini. Dalam perkembangan lain, Fadilah berkata dia juga sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri sebanyak 80 episod berjudul Adam & Hawa terbitan Global Networks untuk siaran Astro selain beberapa projek lain. "Alhamdulillahlah walaupun tidak berapa terkenal dalam bidang lakonan tetapi rezeki masih ada," ujarnya. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:06 PM PST RUNTUH...kawasan runtuhan di Jalan Belfield KUALA LUMPUR: "Tolong, tolong! Anak saya tertimbus!," jerit seorang lelaki yang panik apabila melihat anak lelakinya tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kuarters Kerani Polis, Jalan Belfield off Jalan Maharajalela di sini, malam tadi. Akibat kejadian itu, Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan, 13, yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama lebih 10 minit meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur beberapa jam selepas dikeluarkan dari kawasan runtuhan.
"Pagar dan sebahagian atap rumah mangsa roboh ditimpa tanah, kami dengan segera membantu mengeluarkan mangsa yang tertimbus," katanya.
"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius kira-kira jam 11.50 malam ketika menerima rawatan di HKL," katanya ketika dihubungi semalam. | ||
Warga produksi bertaraf miskin Posted: 07 Mar 2012 07:03 PM PST PRESIDEN Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Jurey Latiff Rosli, menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjadi orang tengah dalam menganjurkan sesi dialog antara stesen dan penerbit televisyen bagi menyelesaikan isu harga pembelian bahan kreatif yang didakwa tidak berubah sejak 1995. "Kami sudah bersemuka dengan stesen televisyen pada 2010. Mereka berjanji akan mengkaji tangga bayaran, tetapi sehingga kini perkara itu senyap begitu saja. "Sebelum ini stesen televisyen beri alasan kegawatan ekonomi menyebabkan bayaran daripada RM120,000 terpaksa dikurangkan menjadi RM85,000 hingga RM90,000. Tapi selepas ekonomi pulih, mereka masih memberikan harga sama. "Bayangkan harga yang penerbit dapat sejak dulu hingga kini tidak berubah. Jadi macam mana produser dapat menghasilkan produk berkualiti? Kami bersuara bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi demi industri. Akibat bayaran kecil, pendapatan pekerja filem tidak menentu. Nama saja warga pekerja produksi tetapi mereka bertaraf rakyat miskin kerana pendapatan rendah. "Kalau gaji penjawat awam boleh dirombak, kenapa penerbit tidak menerima layanan serupa? Penggambaran memerlukan perbelanjaan yang banyak. Makan, minum, lokasi, duit minyak, artis minta bayaran tinggi dan macam-macam lagi perlu ditanggung penerbit. Akhirnya penerbit hanya dapat pulangan sedikit dan akibatnya, kami tidak mampu bayar lebih kepada pekerja belakang tabir. Jadi macam mana kita hendak mengembangkan industri?" katanya. Kata Jurey lagi, usaha berjumpa dengan SKMM tahun lalu juga tidak berhasil. Justeru beliau berharap kenyataan yang dibuat ini dapat membuka mata SKMM untuk mengambil tindakan sewajarnya. Jika tiada sebarang gerakan daripada pihak SKMM, PVTM akan mengadakan sidang media bagi memperjelaskan lagi kedudukan dihadapi golongan penerbit. "Kita bukan hendak minta apa pun, sekadar mahu SKMM menjadi orang tengah saja dengan mengadakan sesi dialog antara PVTM dengan syarikat televisyen. "Menerusi dialog berkenaan, kami golongan penerbit boleh menceritakan segala masalah, dan kami juga mahu mendengar sendiri alasan daripada stesen televisyen," katanya. PVTM, katanya, bukan mahu menuntut kenaikan tidak masuk akal, sebaliknya hanya menuntut bayaran 30 peratus lebih tinggi, untuk bertindak adil terhadap hampir 20,000 pekerja seni yang tidak mempunyai Skim Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Katanya, jika isu ini diatasi, pergolakan yang berlaku di kalangan warga seni dapat diakhiri dengan baik serta membantu menaik taraf produk penerbitan negara ke peringkat antarabangsa dalam tempoh lima tahun dari sekarang. Sebut harga bagi telefilem: RTM - RM100,000 hingga RM110,000 Media Prima - RM85,000 hingga RM89,000 Astro - RM80,000 hingga RM90,000 | ||
TCM pasang model Subaru di Segambut Posted: 07 Mar 2012 07:01 PM PST MODEL Subaru XV yang akan dipasang di Malaysia pada Oktober tahun ini. TCM kelmarin mengumumkan Tan Chong Motor Assemblies menerima kontrak daripada syarikat sekutunya, TC Subaru yang dimiliki oleh Tan Chong International Ltd untuk mengeluarkan kenderaan Subaru di negara ini untuk pasaran Asia Tenggara. "Kontrak pemasangan model Subaru itu di dalam negara menandakan 'kemunculan semula' jenama berkenaan di Malaysia, malah menandakan usaha serius jenama Jepun itu untuk mengukuhkan jualannya di Asia Tenggara menggunakan rangkaian luas dimiliki TCM di rantau ini. "Seperti diketahui, tidak banyak model Subaru yang dijual di Malaysia dan ini memberi bayangan kemasukan beberapa model baru yang disasarkan untuk pasaran mewah akan berada di pasaran tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Beliau berkata, model Subaru XV pemasangan tempatan itu untuk edaran di pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. "Tan Chong Motor Assemblies menyasar mengeluarkan 5,000 unit setahun model Subaru XV untuk pasaran ASEAN," katanya. Tambahnya, sasaran awal kontrak pemasangan itu untuk menambah unit kenderaan berkenaan bagi jualan serantau sambil meninjau menjualnya pada harga yang berdaya saing. "Model pertama itu untuk pasaran mewah dan akan bersaing dengan peserta dalam segmen yang sama seperti model SUV keluaran BMW," katanya. Tan Chong International, sebuah syarikat sekutu TCM berkongsi pemegang saham yang sama. Ahmad Maghfur dalam nota penyelidikannya sebelum itu berkata, sumbangan awal kontrak pemasangan tempatan itu kepada pendapatan TCM adalah minimum memandangkan ia hanya akan dilaksanakan pada Oktober ini. "Namun, untuk tahun depan dianggarkan sumbangannya kepada pendapatan TCM adalah antara RM3 juta hingga RM5 juta, iaitu masih kecil berbanding unjuran pendapatannya sebanyak RM260 juta untuk tahun kewangan 2012. "Apa yang lebih penting adalah perjanjian pemasangan itu akan meningkatkan penggunaan kapasiti di kilang syarikat di Segambut sehingga 15 peratus. Kilang pengeluaran itu kini kurang digunakan memandangkan kebanyakan kenderaan TCM kini dikeluarkan di kilang Serendah. "Justeru, TCM dijangka akan dapat melaksanakan lebih banyak penjimatan ke atas kos tetap seunit," katanya. Buat masa ini, Motor Image mengedarkan tiga model Subaru di Malaysia iaitu Legacy, Forester dan Impreza WRX STI yang semuanya berharga di atas RM200,000. | ||
Posted: 07 Mar 2012 07:00 PM PST
BERLAKON? Bila rindu saja!" Cepat sahaja mulutnya menjawab tatkala ditanya mengenai dunia lakonan yang telah diledani sejak dua dekad lalu. Kata empunya diri, ketika usianya menginjak kematangan, dunia lakonan bukan lagi menjadi keutamaan dan kepentingan. Justeru tidak hairanlah andai dia kini hanya berlakon dengan produksi yang diingininya, yang mampu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dan sudah pasti dengan naskhah yang diidamkan sahaja. Bukan merajuk, jauh sekali kecewa seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak ekoran kegagalan filem sulung terbitannya, Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami mengaut kutipan tiket yang memberansangkan. "Saya ok saja," kata Haliza Misbun dalam nada riang. "Malah sebenarnya saya tidak mempunyai jawapan paling tepat untuk menjawab persoalan para wartawan yang merasakan saya kecewa dengan kutipan filem itu. | ||
Posted: 07 Mar 2012 06:59 PM PST KAMPUNG RAJA, BESUT – Pengorbanan ikhlas guru-guru dan kesungguhan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, dekat Kampung Darau, Hulu Besut membuahkan hasil apabila sekolah tersebut muncul sekolah terbaik daripada 53 buah sekolah di negeri ini dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 yang diumumkan semalam. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan