RSS

Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Anita Sarawak Mula Bertudung Di Amerika Syarikat?

Posted: 31 Jul 2012 08:58 AM PDT



Menjelang Ramadan, genap dua tahun penghibur sensasi, Anita Sarawak, 60, meninggalkan tanah air tanpa diketahui di mana dia berada atau punca penyanyi Seksis itu menghilangkan diri.

Namun, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegas itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

Namun, ketika itu, Anita yang mesra dipanggil Kak Nita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah,

Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.


Sekiranya benar gosip ini, semoga Anita Sarawak akan senantiasa mengekalkan penampilan ini, kerana perubahan ini merupakan satu titik permulaan untuk mendekati asas sebagai seorang umat islam...

Syarikat Al-Humaira Comtemporary Batalkan Kontrak Duta Tudung Abby Abadi

Posted: 31 Jul 2012 08:31 AM PDT



Baru - baru ini, Abby memberitahu pengikut Twitternya yang kontrak tudungnya bersama Al-Humaira Contemporary (AHC) telah dibatalkan pada 4 Julai yang lalu atas alasan dirinya menyertai politik.

Melalui akaunnya juga, Abby telah berkongsi kenyataan yang didakwa milik pengasas Al-Humaira Contemporary, Hani Elia yang menjelaskan bahawa penglibatan Abby dalam politik telah menjejaskan perniagaannya.

Berikutan pembatalan kontrak itu, Abby menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka di samping memohon maaf dengan penglibatannya dalam Pakatan Rakyat.



Wajarkah Abby Abadi dihukum setelah menyertai Politik dan sekali gus hilang punca pendapatan?

Mamat Sepah Bodohkan Diri Sendiri selepas Insiden Penyebaran Gambar Kemalangan Zed Zaidi

Posted: 31 Jul 2012 08:15 AM PDT

Mamat Sepah memang terkenal dengan kontroversi sana sini walaupun bakatnya takder ke mana pun, baru baru ini kecoh apabila pelawak mamat sepah memuat naik gambar Zed Zaidi di Twitternya dan mendakwa mengalami kemalangan.


Setelah diteliti dan disiasat gambar tersebut adalah sebahagian babak drama terbaru Zed dan Presiden Seniman itu sendiri mengesahkan dia selamat.

Akibatnya, Mamat dihentam teruk oleh pengikut Twitternya kerana menyebarkan khabar palsu. Mamat Sepah telah pun menggunakan Twitter untuk membalas teguran yang dilemparkan kepadanya kerana penyebaran gambar palsu tersebut. Sayangnya penggunaan kata-kata carutan dan ugutan telah pun digunakan oleh Mamat Sepah.





Kemungkinan besar Mamat juga turut tertekan dengan apa yang terjadi menyebabkan Mamat mengeluarkan kata-kata sebegini. Apa kata anda?

Gambar Nora Danish & Rayqal Berbuka Puasa

Posted: 31 Jul 2012 07:57 AM PDT

G.A.M nak kongsi gambar Nora Danish dan putera kesayangannya, Rayqal ketika ditemui di majlis berbuka puasa yang berlangsung, semalam. Kedua-duanya sangat hot!! Gambar candid ini dipetik dari laman portal hiburan, mediahiburan.com



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories