RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


COPD serang secara senyap

Posted: 29 Jul 2012 01:34 AM PDT

RAWATAN AWAL... bertemu doktor bagi menjalani ujian pengesanan awal boleh mengurangkan simptom COPD supaya tidak melarat.
RAWATAN AWAL... bertemu doktor bagi menjalani ujian pengesanan awal boleh mengurangkan simptom COPD supaya tidak melarat.
TINDAKAN UNIK... Daxas yang dikeluarkan dalam bentuk tablet untuk pesakit COPD.
TINDAKAN UNIK... Daxas yang dikeluarkan dalam bentuk tablet untuk pesakit COPD.

BANYAK iklan sudah dibuat, pelbagai kempen di sana sini, jutaan ringgit dilaburkan tetapi perokok masih tidak boleh meninggalkan tabiat berbahaya itu.

Malah ada yang berkata, 'kalau nak mati, mati juga'. Mungkin mereka tidak terasa apa-apa kesan sekarang tetapi 10 atau 20 tahun akan datang, mereka mungkin tersenarai antara pesakit sekatan pulmonari kronik atau chronic obstructive pulmonary disease (COPD).


Kunjungan penulis ke Seoul, baru-baru ini, atas jemputan syarikat farmaseutikal terkenal Jepun, Takeda, bagi menghadiri persidangan The Epic Asia Survey bertajuk Epidermiologi dan Kesan COPD di Asia, memberi pengetahuan baru terhadap penyakit ini.

COPD adalah penyakit memudaratkan yang menimbulkan beban besar di Asia. Ia sejenis penyakit paru-paru tegar akibat pernafasan tersekat disebabkan kerosakan dan radang paru-paru.


Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia adalah masalah kesihatan utama membabitkan kira-kira 65 juta orang di seluruh dunia.


COPD juga punca kematian kelima paling utama di seluruh dunia dan WHO meramalkan ia akan menduduki tempat ketiga menjelang 2030.

Kaji selidik Epic Asia menekankan beban sosioekonomi berat serta kesukaran dihadapi penghidap COPD. Lebih tiga daripada 10 responden di Malaysia tidak bekerja sepenuh masa disebabkan penyakit itu.


Profesor Madya Pusat Pengajian Perubatan Duke-Nus di Singapura, Profesor Sam Lim, berkata COPD adalah bebanan berat, terutama di Asia.

"Ramai masih tidak menyedari bahaya penyakit ini disebabkan kurang pendedahan dan pengetahuan. COPD sinonim dengan perokok, di mana 90 peratus penyakit ini disebabkan tabiat merokok tetapi masih ramai mengambil ringan mengenainya.


"Kepada perokok tegar, anda dinasihatkan berhenti segera bagi mengelakkan mudarat di kemudian hari. Perlu diingatkan, COPD menyerang secara senyap.


"Kita tidak akan menyedari kehadirannya sehingga timbul rasa kurang selesa dan sukar bernafas, malah kebanyakan yang datang berjumpa doktor tidak tahu mereka ada COPD," katanya.


Hasil kaji selidik penting baru bertajuk 'Epidemiologi dan Kesan COPD di Asia' (kaji selidik Asia Epic) mendapati, COPD menjejaskan kualiti hidup dan memberi kesan terhadap produktiviti kerja.


Malah, hasil tinjauan Asia Epic yang dijalankan Takeda di Asia meliputi 112,000 isi rumah di China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam membabitkan lebih 1,800 responden mengalami COPD yang disahkan atau disyaki di seluruh Asia, termasuk 200 responden Malaysia, memberikan maklumat mengenai beban, persepsi dan fahaman penyakit progresif yang membawa maut ini.


Menurut kaji selidik Epic Asia, penularan COPD di kalangan mereka berusia lebih 40 tahun di negara ini meliputi kira-kira lima peratus daripada penduduk.


Ketua Penjagaan Paru-paru dan Kritikal Pusat Perubatan Jantung Filipina, Dr Teresita De Guia dalam hujahnya berkata, COPD dilihat sebagai bebanan di negara Asia.


"Kesedaran mengenai impak COPD masih rendah dan ia benar-benar membimbangkan. Ramai ambil ringan mengenai simptom seperti batuk kerana menganggap ia hanya perkara biasa tanpa mengetahui ia boleh membawa kesan negatif jika tidak dirawat.


"Rawatan awal mampu mengelakkan COPD menjadi lebih teruk. Jalani hidup sihat dan jangan merokok. Segera berjumpa doktor jika rasa tidak sihat kerana mencegah lebih baik daripada merawat," katanya.


Timbalan Pengarah Institut Penyakit Respirotari dan Asas Percubaan Klinikal Kebangsaan Kolej Perubatan Guangzhou, Profesor Zheng Jin Ping pula berkata pengesanan awal mampu mengurangkan simptom COPD supaya tidak melarat.


"Kebanyakan yang berjumpa doktor selalu datang pada saat akhir. Jadi, tidak banyak yang boleh dilakukan. Sebenarnya, tidak susah mengelakkan diri daripada COPD.


"Paling utama, jauhi rokok kerana ia punca utama. COPD bukan penyakit biasa kerana ia memberi kesan terhadap pesakit. Ia juga menyebabkan pesakit tidak mampu bekerja sepenuh masa kerana sering mengalami gangguan kesihatan," katanya.


Dalam pada itu, Pengarah Institut Perubatan Pernafasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Abdul Razak Abdul Mutallif, berkata tinjau selidik Epic Asia mendedahkan dalam tempoh 12 bulan lalu, responden di Malaysia kekal dalam rumah secara purata 67 hari disebabkan penyakit dialami.


"Bergantung kepada tahap penyakit, COPD boleh menjadikannya sukar melakukan kegiatan harian biasa seperti kerja dan mandi. Secara tidak langsung, ia menghalang keupayaan seseorang bekerja apabila penyakit bertambah teruk.


"Penghidap COPD biasanya membuat keputusan tinggal di rumah dan tidak mahu keluar kerana terlalu sukar," katanya pada pelancaran Daxas (roflumilast), rawatan terbaru pesakit COPD yang berupaya mengurangkan risiko serangan paru-paru COPD di ibu negara, baru-baru ini.


Ubat oral itu kini boleh didapati di semua hospital swasta dan dalam perancangan diedarkan ke hospital awam di seluruh negara di dalam bentuk tablet.


Ia disarankan sebagai rawatan penyenggaraan COPD teruk yang dikaitkan dengan bronkitis kronik di kalangan pesakit dewasa yang mempunyai sejarah peningkatan penyakit yang bertambah teruk dan bertindak sebagai terapi tambahan menangani bronkodilator.


"COPD penyakit yang semakin membimbangkan di Asia dan perlu ditangani segera menerusi pelbagai pendekatan. Industri penjagaan kesihatan harus berusaha menyebarkan maklumat mengenai penyakit ini demi meningkatkan kadar diagnosis dengan mendidik mereka yang mengalami gejala ini.


"Maklumat terbaru daripada Epic Asia serta pilihan rawatan terkini membolehkan profesional penjagaan kesihatan mengesahkan diagnosis dan menguruskan COPD dengan lebih berkesan," katanya.


Roflumilast mempunyai kaedah tindakan unik iaitu perencatan enzim fosfodiesterase 4 (PDE4). Ia mengurangkan aktiviti keradangan sel.


Apabila digunakan seiring dengan terapi penyenggaraan utama, ia memberi manfaat tambahan mengurangkan risiko penyakit daripada menjadi lebih teruk.


Data terbaru juga menunjukkan, roflumilast berupaya menstabilkan pesakit yang kerap mengalami COPD daripada bertambah teruk.


Hadir sama, Ketua Unit Pernafasan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) merangkap Presiden Persatuan Torasik Malaysia, Dr Roslina Abdul Manap, dan Pengarah Urusan Nycomed Malaysia, Kwa Kheng Hoe.

Dua pemain kendali Buggy

Posted: 29 Jul 2012 01:32 AM PDT

JUARA...pemenang kategori Expert bergambar kenangan.
JUARA...pemenang kategori Expert bergambar kenangan.

KEMAMPUAN memecut di laluan tanah merah, berlumpur dan berbukit serta selekoh mencabar sehingga mencecah 90 kilometer sejam (km/j) menjadi daya tarikan utama kereta kawalan radio (RC) jenis Buggy.

Berbanding kereta RC model 'tradisional' yang hanya sesuai di litar berturap, Buggy yang semakin mendapat tempat di hati peminat permainan ini boleh dimainkan di setiap jenis permukaan jalan, terutama tanah merah, sekali gus memberi kepuasan maksimum kepada peminat permainan RC.

  • Foto

    PROFESIONAL...laluan pit khas untuk pemain kedua membaik pulih jentera atau mengisi minyak seperti perlumbaan sebenar.

  • Foto

    SUKAR...jalan berbukit menjadi laluan paling sukar dilepasi.

  • Foto

    BERSAING...laluan 'off road' menawarkan pelbagai tahap kesukaran.

  • Foto

    BERKUASA...penggunaan gas nitro methane memberikan kuasa tujahan tambahan untuk melalui laluan berbukit.

  • Foto

    JUARA...pemenang kategori Intermediate bergambar kenangan.

  • Foto

    SKIL...cara pengendalian kereta Buggy lebih sukar.

  • Foto

    BIASA...insiden perlanggaran kerap berlaku dalam saingan mengejar kedudukan.

Selain casisnya diperbuat daripada aloi bermutu, kelebihan utama Buggy ialah ia didatangkan dengan sistem pacuan empat roda dan semua roda dilengkapi suspensi tunggal bagi keseimbangan untuk kawalan pemanduan maksimum.

Dengan kemasukan pelbagai jenis model RC beserta komponennya dari luar negara, kini permainan RC bukan lagi untuk golongan berada, sebaliknya mampu dimainkan sesiapa saja.


Pengurus Operasi Iguana RC Sdn Bhd yang memiliki litar 'off road' terbesar di Malaysia, Soon Hooi, 35, menolak pandangan segelintir pihak mengatakan permainan kereta RC menelan belanja tinggi dan hanya sesuai untuk golongan berada.


"Jika sekadar dijadikan hobi pengisi masa lapang, kereta RC boleh dimiliki dengan modal serendah RM500. Ada dua jenis kereta RC iaitu menggunakan elektrik (bateri) dan gas (nitro methane).

"Bagi yang baru menceburi hobi ini, saya galakkan mereka cuba jenis elektrik.
Bagaimanapun, untuk RC jenis 1/8 GP Buggy, hanya model menggunakan gas berada di pasaran berikutan cara permainannya yang memerlukan sumber kuasa lebih banyak berbanding RC lain," katanya.

Menurut Hooi, di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah, permainan kereta RC bukan sekadar hobi semata-mata, sebaliknya berstatus sukan profesional dan ada banyak siri kejohanan peringkat antarabangsa.

Justeru, dia menyarankan Kementerian Belia dan Sukan memberi lebih perhatian dan pendedahan terhadap usaha mengembangkan aktiviti ini di Malaysia serta menaik taraf statusnya daripada permainan kepada sukan.

"Untuk kit permulaan bermain Buggy, kos diperlukan antara RM1,200 sehingga RM1,600 manakala bagi pemain lebih serius, kos menaik taraf kereta mereka dengan menukar set komponen profesional memerlukan modal sehingga RM5,000," katanya.

Buggy dikuasakan dengan gas dan menggunakan enjin jenis .21 yang mampu memberi kuasa tujahan sekitar 3.5 kuasa kuda. Penalaan enjinnya juga memerlukan kepakaran dan memerlukan tempoh beberapa tahun untuk mempelajarinya.

Buggy dikawal menggunakan teknologi frekuensi terkini 2.4GHz bagi memastikan kawalan frekuensi tidak bertembung seperti penggunaan frekuensi FM pada alat kawalan terdahulu. Yang menarik, perlumbaan Buggy memerlukan pembabitan dua pemain iaitu pemandu dan pengendali pit.

Tugas pengendali pit mirip ketika perlumbaan Formula Satu iaitu membantu mengisi minyak dan membaikpulih kerosakan kecil ketika perlumbaan untuk memastikan kereta boleh meneruskan saingan.

Biarpun baru beberapa tahun diperkenalkan di Malaysia, Buggy kini memiliki kelompok peminatnya di seluruh negara dan ia terbukti menerusi penganjuran Kejohanan 1/8 Buggy Liga Kebangsaan Malaysia yang diadakan secara tahunan membabitkan lima perlumbaan sepanjang tahun.

Pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung pada 23 dan 24 Julai lalu di 3 Stone Park, Lot 3 Jalan Kerjaya (Jalan Glenmarie), Seksyen U1, Shah Alam, Selangor, menyaksikan penyertaan 96 peserta dari seluruh negara serta Singapura.

Untuk kategori Expert, peserta negara, Daniel Law muncul juara menewaskan Ben Panic dari Singapura yang menduduki tempat kedua diikuti seorang lagi wakil negara, Ong Chee Yong.

Manakala lima kedudukan teratas kelas Intermediate didominasi peserta negara, dengan Jarvin Tham muncul juara, diikuti Yap Eu Jin (kedua) dan Barry Bader (ketiga).

Perlumbaan dibahagikan kepada dua kelas iaitu Intermediate (Beginner) dan Expert. Format perlumbaan dibahagikan kepada empat pusingan dengan 10 minit masa diberi untuk setiap pusingan.

"Kelas 1/8 GP Buggy adalah perlumbaan RC paling popular bukan saja di Asia, malah di peringkat antarabangsa kerana ia menampilkan cabaran unik dalam kawalan kenderaan di litar off road, selain ketahanan jenteranya.

"Elemen pemain turut memainkan peranan utama selain kelebihan mekanikal yang mungkin menjadi faktor terpenting dalam perlumbaan di litar berturap.
Berbanding kebiasaan bermain di litar jalan raya, kereta RC jenis ini dimainkan di laluan lebih mencabar," kata Hooi.

Katanya, selain menyediakan litar jalan raya dan off road, syarikatnya menjual kelengkapan serta aksesori kereta RC bermutu tinggi yang diimport dari beberapa negara seperti Jepun, China, Amerika Syarikat, Finland dan Hong Kong.



INFO:

15 JENIS KERETA DAN TRAK RC

1. 1/10 190mm TC
2. 1/10 200mm GT
3. 1/10 200mm TC
4. 1/10 Buggy Off Road
5. 1/10 Oval
6. 1/10 Truck Off Road
7. 1/12 Electric On Road
8. 1/5 Off Road
9. 1/8 Buggy Off Road
10. 1/8 On Road
11. 1/8 Oval
12. 1/8 Truggy Off Road
13. Mini & Micro
14. Monster Truck
15. Rock Crawler


22 JENAMA ENJIN KERETA DAN TRAK RC

1. Axe Rossi
2. Axial
3. BP Engines
4. Dynamite
5. EB Mods
6. Engine Bearings
7. Go Engine
8. HPI Racing
9. JQ Products
10. Misc Brands
11. Mugen Seiki
12. Novarossi
13. nVision
14. O.S. Engines
15. OFNA
16. RB Products
17. Team Associated
18. Team Losi
19. Team Orion
20. Tecnopower Motor
21. Traxxas
22. Werks Racing


SENARAI PEMENANG KEJOHANAN 1/8 BUGGY LIGA KEBANGSAAN MALAYSIA PUSINGAN KETIGA


EXPERT

1. Daniel Law (Malaysia)
2. Ben Panic (Singapura)
3. Ong Chee Yong (Malaysia)
4. Felix Tan (Malaysia)
5. David Lim (Malaysia)


INTERMEDIATE

1. Jarvin Tham (Malaysia)
2. Yap Eu Jin (Malaysia)
3. Barry Bader (Malaysia)
4. Norul Fikri (Malaysia)
5. Jason Yeo (Malaysia)

Ukhuwah kukuh

Posted: 28 Jul 2012 10:33 PM PDT

pix_middle

PELUANG berbuka puasa dan bertarawih di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM, Gombak, Selangor membuka lembaran baru buat penulis yang kali pertama menjejakkan kaki di masjid itu.

Sementara menunggu waktu berbuka, kebanyakan pelajar membasahkan lidah dengan membaca ayat suci al-Quran. Sungguh merdu mendengar lantunan suara mereka membaca ayat suci al-Quran dan lebih unik, gaya pembacaan mereka boleh dikatakan berbeza berikutan kepelbagaian latar belakang.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Pelajar Melayu ada gaya pembacaan tersendiri, begitu rakan mereka dari rantau Asia Barat, Afrika dan Eropah. Namun, matlamat mereka tetap satu mencari keberkatan ketika Ramadan.

Sebaik mendengar azan menandakan tiba waktu berbuka puasa, mereka tidak gelojoh memenuhi selera nafsu, sebaliknya hanya makan kurma dan minum sedikit air sebelum meneruskan solat Maghrib.


Usai solat wajib, baru mereka menjamah makanan berat seperti nasi sebelum meneruskan solat Isyak dan Tarawih. Penulis yang menyertai pelajar di UIAM berbuka puasa tertarik dengan peribadi ditunjukkan.


Penulis akui, jika tidak berbuka puasa di sini, penulis juga akan terus mengambil makanan berat sehingga perut benar-benar kenyang.

Namun selepas menyertai pelajar UIAM berbuka puasa, penulis belajar sesuatu yang akan dijadikan pengajaran sampai bila-bila.

Di sini, ukhuwah yang ditunjukkan pelajar sangat kukuh. Hubungan mereka dilihat seperti keluarga, apatah lagi apabila berbuka secara beramai-ramai.

Bukan hanya rapat dengan pelajar tempatan, malah pelajar antarabangsa turut mendapat layanan sama rata, membuktikan tiada diskriminasi.

Meskipun hanya berbuka dengan sebungkus nasi, segelas air dan dua biji kurma, mereka bersyukur dengan rezeki diberikan yang lebih daripada mencukupi.

Tidak ketinggalan, penulis menyertai solat Tarawih yang diimamkan imam muda dari Arab Saudi. Meskipun bacaannya panjang dan tempoh solat lama berbanding masjid lain, penulis seronok kerana kali pertama merasai pengalaman itu.

Malah, penulis berasakan seolah-olah berada di tanah suci Makkah dek khusyuk mendengar kemerduan suara imam muda itu membacakan ayat suci al-Quran.

Cuma sedikit terkilan apabila ramai kanak-kanak dibiarkan penjaganya bising di satu sudut berdekatan masjid, menyebabkan tumpuan sedikit terganggu.

Pun begitu, ia bukan halangan untuk jemaah meneruskan solat Tarawih hingga rakaat ke-21. Selain itu, tabung khas diedarkan untuk diderma kepada golongan kurang bernasib baik.

Bagi pelajar tahun akhir, Siti Hajar Abdullah, 29, tahun ini adalah tahun ketujuh dia berbuka puasa bersama rakan di masjid itu.

"Saya sudah biasa berbuka puasa di masjid. Selain berkat, ia mengeratkan lagi silaturahim antara umat Islam. Lagipun sebagai pelajar, faham sajalah keadaan ekonomi kami.

"Berbuka puasa di masjid lebih jimat. Lagipun, lebih mudah untuk melakukan solat. Setiap tahun saya berbuka puasa di sini," kata anak kelima daripada enam beradik itu.

Katanya, daripada membazir membeli makanan di luar, lebih baik dia berbuka di masjid. Selain menjimatkan kos, ia turut memudahkannya bersolat.

"Setiap tahun, masjid di UIAM menyediakan hidangan berbuka puasa. Bukan tidak mahu berbuka di luar, tapi saya rasa lebih selamat dan praktikal di sini.

"Jika buka di luar sudah tentu mengambil masa, silap-silap perkara wajib kita abaikan. Banyak faktor lain juga perlu diambil, misalnya tambang. Agak jauh untuk ke ibu kota dan sudah pasti tambang juga mahal.

"Walaupun tidak semewah makan di luar, saya bersyukur kerana nasib lebih baik daripada mereka yang tiada makanan dan tidak pernah merasai makanan seperti di sini," katanya.

Menurutnya, sepanjang menuntut di UIAM, dia tidak pernah ketinggalan mengerjakan solat Tarawih di masjid itu dan menganggapnya sebagai pengalaman menyeronokkan.

"Apabila dapat berkumpul bersama rakan dan solat Tarawih bersama, itu adalah saat terindah yang tidak dapat dilupakan.

"Memandangkan saya akan menamatkan pengajian September depan, saya mahu abadikan kenangan ini bersama rakan yang dianggap seperti keluarga sendiri.

"Tidak tahu bila boleh menikmati saat berbuka puasa dan Tarawih bersama selepas ini, namun saya harap ukhwah ini akan berkekalan sampai bila-bila," katanya yang berasal dari Muar, Johor.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories