RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Hidangan berbuka di lebuh raya

Posted: 31 Jul 2012 06:35 PM PDT


ZUHAIRI menunjukkan pelbagai menu promosi Ramadan di Coffee+More.


MENEMPUH perjalanan jauh di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika bulan Ramadan ini pasti membuatkan anda tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa yang enak dan menyelerakan.

Sekiranya anda menghadapi masalah tersebut apa kata singgah sebentar untuk berbuka puasa di kafe Coffee+More yang terletak di Hentian R&R Seremban arah utara dan selatan serta di R&R Tapah arah selatan.


NASI BERIANI AYAM.


Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Zuhairi Alias berkata, sempena bulan Ramadan ini, kafe berkenaan menawarkan enam set beriftar untuk memudahkan orang ramai berbuka puasa.

Katanya, set berkenaan merupakan inisiatif syarikat itu bagi memberi kepuasan dan pengalaman berbuka puasa yang istimewa kepada pengguna lebuh raya PLUS.

"Biasanya pengguna lebuh raya PLUS tidak mempunyai banyak pilihan selain berbuka puasa di gerai-gerai yang terdapat di Hentian R&R.

"Atas faktor itu, kita menawarkan enam set hidangan istimewa ini dengan pelbagai juadah dan makanan enak yang pasti menambat selera," katanya.


SET mi kari antara hidangan di Coffee+More.


Menurutnya, dengan setiap pesanan set berkenaan setiap pelanggan juga akan mendapat bubur lambuk dan kurma secara percuma.

"Antara hidangan yang ditawarkan ialah nasi ayam toot-toot, nasi beriani dan pelbagai jenis mi pada harga dari RM3.90 hingga 14.90 mengikut set.

"Selain berbuka puasa, pelanggan juga boleh singgah di kafe kami untuk menikmati pelbagai kopi istimewa bagi menyegarkan badan selepas penat memandu pada musim perayaan ini," jelasnya.

Peranti inspirasi alam semula jadi

Posted: 31 Jul 2012 06:34 PM PDT

ORANG ramai menunggu seawal 7 pagi untuk membeli Samsung Galaxy S III.


WALAUPUN kaunter pembelian Samsung Galaxy S III oleh Celcom hanya dibuka pada pukul 10 pagi di ruang legar pusat beli-belah Midvalley, Kuala Lumpur, Wong Kok Keong, 48, sudah beratur seawal 6.45 pagi.

Penantiannya berbaloi apabila berjaya menjadi individu pertama yang memenangi peluang membeli gajet terkini itu pada harga RM888 berbanding harga asal RM2,199.

Lelaki yang bekerja di bahagian sumber manusia sebuah syarikat di Petaling Jaya, Selangor itu amat meminati gajet terkini. Sekiranya dia berjaya mendapatkan alat perhubungan itu, dia pasti berasa puas.

Selain Celcom yang menawarkan harga berpatutan dengan pakej talian, Maxis turut mengadakan promosi pada harga peranti RM999 yang berakhir pada Jun lalu. U Mobile turut memiliki pakej menarik untuk pembelian Galaxy S III serendah RM588 dengan bayaran sebanyak RM168 sebulan.

Samsung Galaxy S III kini menjadi antara gajet yang dinanti-nanti oleh peminat teknologi telekomunikasi. Selalunya, setiap kali sesebuah telefon pintar itu dilancarkan, pasti terdapat ciri-ciri terbaharu tanpa mengira jenama.

Bagaimanapun, perubahan drastik dari segi reka bentuk dan teknologi lebih ketara pada telefon pintar keluaran pemain industri, Samsung dan Apple. Produk daripada dua pengeluar itu juga kerap menjadi kayu ukur kepada yang lain.

Ketika majlis perkenalan Galaxy S III yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, banyak penambahan ciri yang ada sekali gus dijangka mampu menarik perhatian peminat tegar telefon pintar.

Seiring tema Direka Untuk Manusia, Inspirasi oleh Alam Semula Jadi, rekaan fizikalnya sangat selesa dan ergonomik mengikut cengkaman tangan manusia.

Unsur-unsur semula jadi seperti angin, air dan cahaya ditafsirkan dengan reka bentuk yang licin dan tiada garisan. Terdapat dua warna iaitu biru kerikil dan putih marmar.

Antara muka telefon Galaxy S generasi ketiga itu juga sinonim dengan rangkai kata 'umpama menyentuh air di dalam kolam'.

Pelbagai fungsi

Ciri menarik mengenai telefon itu ialah Pop Up Play yang membolehkan pengguna memainkan video pada mana-mana skrin Samsung Galaxy S III sambil memeriksa e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa perlu menutup atau memainkan semula video.

Kamera merupakan ciri yang perlu ada untuk setiap telefon pintar. Galaxy S III memiliki kamera 8 megapiksel, manakala 1.9 megapiksel pada kamera depan.

Selain itu, ciri Burst Shot mampu merakam gambar secara berterusan sebanyak 20 keping. Aplikasi Best Photo pula akan memilih lapan keping foto yang terbaik, jadi setiap momen terindah pemilik yang berlaku dalam tempoh beberapa saat tidak terlepas.

Dari segi perkongsian pula, ciri S Beam memudahkan fail dihantar antara dua buah Galaxy S III semudah tiupan angin dengan menyentuh pada bahagian belakang gajet itu. Selain itu, ia turut memiliki teknologi Near Field Communication (NFC).

Interaksi semula jadi antara manusia dengan Galaxy S III merupakan ciri yang sangat menarik. Ciri Smart Stay mampu mengesan pergerakan mata pengguna melalui kamera hadapan, sama ada sedang melayari internet atau membawa buku elektronik.

Telefon pintar itu akan sentiasa pada paparan cerah tanpa mengganggu konsentrasi pembaca kerana tidak perlu menyentuh skrin bagi mengekalkan kecerahan.

Selain itu, S Voice dapat memahami lapan bahasa. Ia berfungsi dengan mendengar perkataan yang keluar dari mulut pengguna dan bertindak balas terhadap apa yang diucapkan.

Antara aplikasi yang boleh dilakukan ialah carian informasi, penggera, memainkan muzik kegemaran, menaik atau menurunkan suara, menghantar SMS, e-mel, mengambil gambar dan memulakan kamera.

Lapan bahasa yang difahami ialah Inggeris United Kingdom, Inggeris Amerika Syarikat, Sepanyol, Sepanyol Amerika Selatan, Jerman, Perancis dan Itali.

Penceroboh E-mel Pelakon Wendy Wong Minta Wang RM11,000

Posted: 31 Jul 2012 02:16 AM PDT

Wendy Wong

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit drama Wendy Wong terkejut apabila ada pihak menceroboh e-melnya bagi memperdayakan orang ramai untuk menuntut wang berjumlah Euro$2,850 (RM11,000).

Wendy atau nama Islamnya Wani Wendy Wong Abdullah pada Selasa berkata, dia menerima panggilan telefon daripada ramai kenalan yang mahu menolong selepas mereka menerima e-mel kononnya dia mengalami masalah di Sepanyol.

"Pagi ini (Selasa) saya dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada kenalan saya selepas mereka menerima e-mel kononnya saya memerlukan bantuan apabila dompet dan kad kredit saya tercicir di Sepanyol.

"Sebenarnya, itu adalah helah individu yang berjaya menceroboh akaun e-mel saya untuk memperdayakan orang ramai. Saya berada di Malaysia dan tidak ke luar negara seperti yang dicatat dalam e-mel berkenaan," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

mStar Online yang turut menerima e-mel itu yang menggunakan alamat wendywong2200@yahoo.com mendapati, penggodam akaun tersebut telah mengirim pesanan dengan mengatakan Wendy memerlukan wang bagi membayar bil hotel serta tambang untuk pulang ke tanah air.

Inilah mesej palsu yang dikirimkan individu tidak bertanggungjawab selepas berjaya menceroboh akaun e-mel Wendy Wong.

Wendy dikatakan menghadapi masalah ketika mengikuti satu program di Sepanyol apabila dompet yang mengandungi wang dan kad kreditnya telah tercicir menyebabkan pasportnya ditahan oleh pihak hotel kerana gagal membuat pembayaran.

Malah mesej dalam e-mel palsu itu turut menyatakan pihak kedutaan Malaysia di Sepanyol tidak dapat mengendalikan kes berkenaan dengan efisien sehinggalah dia memerlukan bantuan rakan-rakan bagi meminjamkannya wang.

Bercerita mengenai hal berkenaan Wendy berkata, kira-kira dua minggu lalu dia telah menghantar komputer ribanya ke sebuah pusat servis di Mid Valley dekat sini.

Katanya, pemilik kedai berkenaan memberitahu komputer tersebut harus diformatkan semula yang antara lain akan menyebabkan data yang disimpan musnah.

"Saya bersetuju untuk format semula dan tinggalkan komputer saya itu selama dua minggu. Apabila saya mahu menuntutnya, saya membawa data yang saya simpan menerusi "external hard disc" untuk dimasukkan dalam komputer itu," katanya.

Menurut Wendy, sebaik pulang ke rumah dan mahu menggunakan komputer berkenaan, dia mendapati akaun e-mel Yahoo miliknya tidak dapat digunakan apabila kata laluan sudah bertukar.

Berikutan itu Wendy akan membuat laporan polis dan berhasrat mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab menggunakan namanya bagi memperdayakan orang lain.

Pelakon ini juga meminta orang ramai dan mana-mana pihak yang mendapat e-mel berkenaan agar tidak terpedaya kerana ia merupakan taktik pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan atas kedudukannya sebagai seorang artis.

"Saya malu jika orang percaya saya mahu meminta wang. Saya harap semua pihak tidak terpedaya selepas penjelasan saya ini," ujarnya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories