sumber :-
Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti |
- Samsung Galaxy Note 2 Dilancarkan Secara Rasmi
- Kes saman : Nadia Musafar fitnah terhadap pelakon Lisdawati ditolak Mahkamah
- Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan
- Mon Ryanti Kaki Clubbing?
| Samsung Galaxy Note 2 Dilancarkan Secara Rasmi Posted: 20 Sep 2012 10:14 AM PDT Selepas kejayaan Samsung Galaxy Note, kini muncul pula generasi kedua Samsung Galaxy Note iaitu Samsung galaxy Note II. Sudah semestinya generasi kedua ini membawa banyak perubahan daripada generasi pertama. Pelancaran ini dilakukan pada acara Samsung Mobile Unpacked di IFA 2012 Berlin, Jerman. Spesifikasi Samsung Galaxy Note 2 Seperti juga dengan Samsung Galaxy Duos, rekabentuk luaran Galaxy Note II ini diinspirasikan dari rekabentuk Samsung Galaxy S3. Galaxy Note 2 ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Exynos 1.6GHz empat-teras (quad-core), RAM sebanyak 2GB dan terdapat tiga pilihan saiz storan dalaman (internal storage) iaitu 16,32 dan 64GB. Ianya juga menyokong penggunaan kad microSDHC sehingga 64GB. Samsung Galaxy Note2 turut dilengkapi dengan kamera belakang 8 Megapiksel yang turut mampu merakam video pada kualiti Full HD 1080p. Kamera hadapannya pula beresolusi 2 Megapiksel. Sesuatu yang menggembirakan adalah Galaxy Note 2 ini akan tersedia dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean. Jadi pengguna tidak perlu menunggu untuk menerima kemaskini (update) ke Android OS yang terkini nanti. Skrin SUPER AMOLED HD gajet ini adalah bersaiz 5.5 inci dengan resolusi 1280 x 720 piksel. Dimensi Galaxy Note 2 bersaiz 80 x 151.1 x 9.4 mm (lebar x panjang x tebal) dan seberat 180 gram termasuk bateri. Kapasiti baterinya pula adalah 3,100 mA. S-Pen yang terdapat pada model Galaxy Note sebelum ini telah direkabentuk semula untuk kegunaan Galaxy Note 2. S-Pen itu kini adalah lebih tebal dan lebih tinggi berbanding sebelum ini beserta dengan rubber tip pada hujung stylus tersebut. Harga Dan Tarikh Dipasarkan Samsung Galaxy Note 2 akan mula dijual di seluruh dunia termasuklah di Malaysia bermula pada bulan Oktober 2012 ini. Tetapi berapakah harga peranti hybrid smartphone-tablet ini masih belum lagi diketahui buat masa ini. Samsung Galaxy Note 2 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu 'Marble White' dan 'Titanium Grey'. Perbandingan spec samsung galaxy note 2 dengan samsung galaxy note. |
| Kes saman : Nadia Musafar fitnah terhadap pelakon Lisdawati ditolak Mahkamah Posted: 20 Sep 2012 09:54 AM PDT Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak rayuan pelakon Nadia Mustafar berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pelakon Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 dalam kes saman fitnahnya terhadap Nadia. Dalam keputusannya, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menegaskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah betul selepas mendengar keterangan saksi semasa perbicaraan. "Beliau menggunakan undang-undang yang betul kepada fakta yang dibentangkan di hadapannya. Tiada sebab bagi mahkamah ini campur tangan dalam keputusan (Mahkamah Sesyen) itu," kata hakim. Beliau turut memerintahkan Nadia, atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, membayar kos perundangan RM3,000 kepada Lisdawati. Lisdawati, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir di mahkamah pada Selasa. Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Lisdawati, manakala Nadia diwakili Siti Julaini Mohd Shahar. Pada 31 Oktober tahun lepas, Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia. Dalam saman yang difailkan pada 21 April, 2010, Lisdawati mendakwa Nadia dengan niat jahat memberi wawancara yang mengandungi perkataan berbaur fitnah kepada wartawan Hanif Abdul Ghani (Allahyarham) dari majalah Media Hiburan. Lisdawati mendakwa wawancara itu dibuat pada Januari 2005 dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah itu dalam edisi 8 – 14 Januari 2005. Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu bertujuan membawa maksud bahawa beliau meminjam wang daripada Nadia dan gagal membayar balik hutang itu. Nadia, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 18 Mei, 2010, mendakwa artikel itu tidak berbaur fitnah, sebaliknya bertujuan meminta orang yang berhutang supaya menjelaskan hutangnya. – BERNAMA |
| Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan Posted: 20 Sep 2012 09:43 AM PDT Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan. Zed diminta mengulas mengenai kecenderungan segelintir artis yang mengaku sudah berhijrah tetapi bertindak menyertai parti politik tertentu dengan menghasut rakyat membenci kerajaan. Kata Zed, tidak ada artis yang akan melakukan kerja secara suka rela setiap masa kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap sebaliknya mereka melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu untuk mendapat imbuhan. Katanya, parti politik berkenaan pula terpaksa menggunakan artis kerana golongan berkenaan mempunyai pengaruh kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah yang dianjurkan. Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini. "Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni. "Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis. Malah ujarnya, ada juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini. "Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis. "Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja. "Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah," katanya. Ditanya benarkan golongan berkenaan tidak mendapat tempat di persada seni kerana penghijrahan yang dibuat Zed berkata, perkara itu sebenarnya tidak berlaku jika perubahan berkenaan dilakukan dengan ikhlas dan baik. Bagaimanapun apa yang dikesalkan golongan berkenaan mengambil pendekatan memburuk-burukkan dunia seni sendiri serta menghentam pihak-pihak tertentu. "Kalau nak berubah tu, berubahlah! Tak ada siapa yang larang tetapi mereka berubah dengan mengutuk dan menghina orang lain. Sebab itulah secara tidak langsung mereka diketepikan," jelasnya. Sehubungan itu Zed berkata, sekiranya terdapat mana-mana artis yang mahu berubah mereka diminta untuk tidak terlibat dalam kancah politik kerana ia akan merosakkan reputasi diri mereka sendiri. Sementara itu dalam perkembangan lain, Zed Zaidi mengundang para artis dan orang ramai menyertai Majlis Mega Raya MySeniman yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada 17 September depan. Acara yang akan bermula pukul 12 tengah hari itu turut membuka peluang kepada orang ramai dan para artis menjadi ahli persatuan itu. – MStarOnline |
| Posted: 20 Sep 2012 09:39 AM PDT Pelakon yang baru meningkat naik namanya dan telah membawa watak sebagai Nadia yang mempunyai kehidupan sosial selain suka berhibur di kelab malam, pelakon wanita, Mon Ryanti didakwa oleh sesetengah pihak yang dirinya yang sebenar juga gemarkan berhibur di kelab malam. Watak Nadia dalam cerita Salam Cinta itu sedikit sebanyak memberikan kesan pandangan penonton terhadap diri Mon. Namun, Mon menafikan yang realiti kehidupannya sama seperti watak Nadia. Katanya, dia masih lagi gembira dan boleh berhibur dengan hidupnya tetapi tidaklah seperti cara yang diamalkan Nadia. "Apa yang terpapar di dalam Salam Cinta itu bukan kisah realiti yang saya amalkan dan saya bukan seorang yang suka pergi ke kelab-kelab seperti itu. "Untuk bersosial sehingga ke tahap macam watak Nadia ni setakat ni Alhamdulillah, masih boleh dielakkan lagi," kata Mon yang dipetik dari Buahmulut.com. Bagi Mon, dia tidak risau sekiranya diri dikritik atau dibenci disebabkan peranan sebagai Nadia dalam cerita itu. Malah, dia gembira sekiranya penonton bencikan dirinya kerana merasa dia berjaya membawa watak yang mencabar itu. Cuma, dia mahu penonton-penonton mampu membezakan watak lakonan dengan perangai dia yang sebenar. "Kalau peminat membenci saya hanya disebabkan watak nadia yang saya bawa, itu bagi saya merupakan satu kejayaan kerana lakonan saya menjadi. "Tapi kalau ada yang membenci disebabkan percaya yang saya ni seorang Kaki Clubbing itu saya pun tak boleh nak buat apa la. Cuma apa yang saya boleh jelaskan berulang kali realiti dan watak lakonan adalah dua identiti yang berbeza bagi diri saya," katanya. Sekiranya benar Mon Ryanti bukanlah jenis seorang Kaki Clubbing, baguslah dan kalau boleh elakkan lah.. |
| You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













0 ulasan:
Catat Ulasan