Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Mahu angin perubahan
- Ganti Rugi RM50,000, Mahkamah Tolak Rayuan Nadia Mustafar
- Mamat (Sepah) Jauhkan Diri Daripada Dua Sahabat
- Sesi Dialog CCIG Dapat Sambutan Dingin Artis
- Iedil Putra Mahu Popular Kerana Bakat
- Lady Gaga Muncul Bertudung Litup
- Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Dilaporkan Sudah Kahwin
- Analisis fungsi otak
- Suami tinju, madu pukul
- Anak kecil mangsa dunia seni?
- Dapatkan perhatian suami
- Rawatan klasik Jawa
- Havaianas terus menjadi pilihan
- Nikon D3200
- Sistem terbaik biak baka Boer
- Masalah ternak kambing
- Kambing atau biri biri
- Duta kander payudara
- Kurang sakit ketika bersalin
- Permintaan trak Isuzu FVR meningkat
- Ford Focus berwajah baru
- Pajero Sport VGT kian diminati
- Beetle dapat sambutan luar biasa
- Dilema antara tentera atau polis
- Nad Zainal semakin dikenali
Posted: 18 Sep 2012 08:25 PM PDT Jauh mana langkahnya dan hebat mana pencapaian yang ada, persepsi skeptikal masih lagi berpaut, kononnya Intan Ladyana tidak punya cabaran dan saingan kerana hanya diterima berlakon di bawah syarikat pengurusan sendiri saja. Hakikatnya ketika bertemu dengan pelakon yang cukup peramah itu baru-baru ini, MIG hanya institusi yang bertanggung jawab membentuk bakatnya namun kini bakat yang ada pada dirinya sudah pun diteroka produser dan pengarah luar MIG. Andai ada siapa yang menganggap pemilik senyuman manis ini hanya bersandarkan produksi pengurusan MIG saja untuk terus bernafas, ia satu tanggapan silap kerana Intan tidak pernah berharap kepada satu syarikat saja untuk terus bertahan dan bergerak ke depan. Bakat Intan jauh melangkaui persepsi mata sekeliling yang menganggapnya tidak berbakat dan hanya memperdagangkan wajah cantik. Kata mereka, jika ada pun tawaran yang datang semuanya sudah diatur dari pihak MIG sendiri. Sangkaan ramai yang banyak mengatakan dirinya juga pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamad Yahaya hanya tampil mewarnai filem MIG memang salah sama sekali. "Saya hanya ada dua buah filem saja bersama MIG tahun ini termasuk Adnan Sempit 3 dan Pada Suatu Cinta Dahulu serta drama siri Bini-Bini Ku Perkasa. Selebihnya tiga lagi filem bersama produksi luar. Mana mungkin ada yang berpendapat saya hanya popular kerana bersandar pada satu syarikat saja yang percaya akan bakat saya. "Alhamdulillah selepas tiga tahun mencari tapak dengan MIG, makin ramai pihak luar yang yakin dengan kemampuan saya. MIG hanya satu permulaan yang membantu saya membentuk diri dan jiwa untuk menjadi seorang pelakon yang baik. Namun ruang dan peluang yang diberi itu tidak berlalu begitu saja kerana saya sentiasa peka untuk meneroka tawaran lain," katanya membuka cerita. Jelas Intan mengukir senyum, jiwanya bersyukur kerana setiap pandangan dan persepsi orang lain itu adalah rahsianya dalam mengumpul semangat untuk menjadi lebih baik. "Alhamdulillah akhirnya impian saya terlaksana. Nama dan bakat yang ada makin dikenali ramai dan itulah yang menjadi keutamaan saja sejak awal menjejakkan diri dalam industri ini. Saya ingin sekali orang lain dan pihak produksi luar nampak akan kemampuan dan kredibiliti saya dalam menghidupkan apa saja watak yang diberikan. "Mana tidaknya, jika dulu ramai yang mengatakan saya hanya diberi peluang berlakon filem di bawah MIG saja namun 2012 memperlihatkan sesuatu yang positif dan lebih baik dalam profil lakonan saya. Rezeki datang tanpa henti dan lebih menariknya, saya diberi kepercayaan oleh produksi luar pula. "Pihak Excellent Pictures Sdn Bhd umpamanya menawarkan saya watak untuk filem Apacelop, kemudiannya filem Sebelum Subuh terbitan 3 Line Productions dan Dampak pula terbitan Ops Productions. Kesemuanya satu eksperimen buat saya untuk bekerja dengan produksi luar dan masih baru dalam penerbitan namun itulah pengalaman baru yang makin memberikan saya pendedahan berguna. "Malah filem Halimunan yang kini sedang hangat dipromosikan juga adalah sebuah filem terbitan RPL Empire yang pertama kali meletakkan saya dengan watak Sutera yang berbeza dan cukup menarik," katanya lagi. Itulah pencapaian buat aktres berusia 30 tahun ini. Melihat kembali kesemua senarai filem lakonannya, Intan punya peningkatan positif dalam persembahan dan bakatnya. Malah selepas dicalonkan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem tahun lalu menerusi filem Bini-Biniku Gangster, Intan bukan lagi pelakon tempelan yang hanya wujud dalam industri namun fungsinya tiada siapa yang nampak. Jelasnya yang mula dikenali menerusi drama siri Puteri sebelum ini, itulah rezeki dan hatinya sentiasa percaya dengan kesungguhan dan disiplin yang dipamerkan selama ini akan membuahkan hasilnya. Lebih menariknya dan rancaknya perbualan petang itu apabila pelakon kurus tinggi ini berhasrat untuk beranikan diri melangkah membina nama sendiri tanpa lagi bersandar pada syarikat pengurusannya itu. Berbaki lagi dua tahun kontraknya, Intan memasang niat untuk bergerak sendiri untuk melihat percaturannya nanti. "Saya bertuah kerana David Teo banyak membantu selama ini. Dia sudah bukan seperti majikan lagi sebaliknya lebih kepada seorang abang yang banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar. Bukan saja soal lakonan malah David acap kali membuka mata saya akan soal masa depan, perancangan seorang pelakon dan bagaimana untuk memasarkan diri ke luar. "Justeru semua itu saya jadikan sebagai pengajaran yang melengkapkan lagi diri. Kini saya fikirkan sudah tiba masanya untuk berdiri sendiri dan membuka peluang yang sama kepada mereka yang masih baru dan memerlukannya. MIG ada ramai bakat baru dan saya rasa sudah tiba masanya mereka pula diberikan perhatian dan peluang yang lebih. "Seperti apa yang selalu dipesan ibu kepada saya, jangan terlalu lama berada di takuk selesa kerana bimbang ia akan meleset kalau khayal dan leka. Jadi saya berhasrat untuk bergerak sendiri tanpa MIG selepas tamat kontrak nanti. Harap-harap ia akan memberikan saya lebih kebebasan untuk mencuba produksi lain nanti," katanya yang pernah membintangi banyak filem di bawah MIG termasuk Jangan Pandang Belakang, I'm Not Single, Adnan Sempit, V3 Samseng Jalanan, Kembar Siang dan Flat 3A. Mengakui hasrat untuk meninggalkan MIG tidak semudah bibir mengucapkannya, Intan bagaimanapun yakin rezeki itu ada di mana-mana dan mengharapkan akan ada pihak lain yang menaruh kepercayaan kepada lakonannya. Meskipun sudah basi dan acap kali dibentangkan di depannya, persoalan mengenai cintanya dengan aktor terkenal, Kamal Adli bagai sudah menjadi soalan rutin untuk disoal kepadanya. Sudah lama menjadi tatapan umum dan perhatian media, kisah percintaan mereka yang sudah merentas lebih tiga tahun ini hanya menanti pengumuman kedua pihak bagi mengesahkan langkah seterusnya. Namun sudah dijangkakan, mengenali Intan lama sudah, menerjah persoalan yang sama, jawapannya tidak sekali berubah. "Kami berdua masih seperti biasa. Menjalani hubungan kekasih seperti yang lain, ada pasang dan surutnya. Namun alhamdulillah kami berdua sudah cukup kenal antara satu sama lain yang mana keserasian dan persefahaman itu sudah ada. "Insya-Allah jika ada jodoh pastinya saya akan berkongsi dengan peminat semua. Untuk apa pula kami berahsia jika ia perkara yang baik cuma buat masa kini, masing-masing hanya sibuk menumpukan pada kerjaya agar semakin kukuh," katanya. |
Ganti Rugi RM50,000, Mahkamah Tolak Rayuan Nadia Mustafar Posted: 18 Sep 2012 08:24 PM PDT Dalam keputusannya, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menegaskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah betul selepas mendengar keterangan saksi semasa perbicaraan. "Beliau menggunakan undang-undang yang betul kepada fakta yang dibentangkan di hadapannya. Tiada sebab bagi mahkamah ini campur tangan dalam keputusan (Mahkamah Sesyen) itu," kata hakim. Beliau turut memerintahkan Nadia, atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, membayar kos perundangan RM3,000 kepada Lisdawati. Lisdawati, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir di mahkamah pada Selasa. Pada 31 Oktober tahun lepas, Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia. Dalam saman yang difailkan pada 21 April, 2010, Lisdawati mendakwa Nadia dengan niat jahat memberi wawancara yang mengandungi perkataan berbaur fitnah kepada wartawan Hanif Abdul Ghani (Allahyarham) dari majalah Media Hiburan. Lisdawati mendakwa wawancara itu dibuat pada Januari 2005 dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah itu dalam edisi 8 - 14 Januari 2005. Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu bertujuan membawa maksud bahawa beliau meminjam wang daripada Nadia dan gagal membayar balik hutang itu. Nadia, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 18 Mei, 2010, mendakwa artikel itu tidak berbaur fitnah, sebaliknya bertujuan meminta orang yang berhutang supaya menjelaskan hutangnya. |
Mamat (Sepah) Jauhkan Diri Daripada Dua Sahabat Posted: 18 Sep 2012 08:22 PM PDT Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, dia bingung apakah punca Mamat menjauhkan diri daripada mereka termasuklah tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat kepadanya. "Entah sebab apa jadi begitu, saya kurang pasti? Orang lain telefon dia jawab, kalau kami yang telefon pula, dia tidak mahu mengangkat. Tapi kami dengan hati tulus masih lagi ingin berkawan dengannya. "Tambahan pula saya dah berbelas tahun menjadi sahabat dengan Mamat. Kalau boleh tak mahulah perhubungan ini menjadi keruh," katanya. Bagaimanapun tambah Jepp, dia mengambil hal itu secara positif dengan menganggap Mamat mungkin sibuk kerana pelbagai urusan kerja. Ditanya adakah ketiga-tiga mereka akan kembali bersatu dalam kumpulan Sepah, kata Jepp, hal itu tidak mungkin akan berlaku memandangkan mereka telah membuat haluan sendiri. "Rasanya lebih senang kami dengan haluan kerja masing-masing. Dan untuk memikirkan yang Sepah akan bersatu, itu tidak mungkin. "Projek Sepahtu dibuat pun kerana album lagu antara saya dan Shuib yang diterbitkan oleh syarikat Mawi (MW Entertainment Sdn Bhd). Alhamdulillah, saya lihat sehingga kini, karier kami semakin stabil," ujarnya. Sementara itu, Sepah The Movie bakal ditayangkan pada 29 November depan dan ia turut dibarisi pelakon Anzalna dan Jehan Miskin. Filem itu mengisahkan tentang ragam tiga lelaki bujang yang bekerja di sebuah kilang elektronik. Jep, Shuib dan Mamat yang berkawan rapat sejak kecil mempunyai hobi sama iaitu gemar dengan sukan motor lasak atau motor cross. Mereka yang dikenali sebagai 'Sepah' merupakan juara sukan tersebut di Johor Bahru. |
Sesi Dialog CCIG Dapat Sambutan Dingin Artis Posted: 18 Sep 2012 08:21 PM PDT Sebagai penganjur, Pengerusi Gabungan Industri Kandungan Kreatif Malaysia (CCIG) Jurey Latiff Rosli berkata, keadaan itu boleh dilihat dengan jelas berdasarkan kehadiran para artis yang mengecewakan pada forum yang membincangkan masa depan industri kreatif itu. "Kita (anak seni) tidak bersatu dan inilah yang menjadi punca semua permasalahan dalam dunia hiburan tanah air ini tidak dapat diselesaikan dan terus berlanjutan hingga hari ini. "Lihat sahaja pada majlis hari ini (Selasa) yang bertujuan membentangkan hala tuju dan masa depan industri kreatif kepada khalayak khususnya warga seni tetapi kurang berjaya kerana kedatangan artis yang sangat mengecewakan. "Walhal kita sudah sebarkan maklumat mengenai program ini secara menyeluruh menerusi pesanan mesej di kalangan penggiat dan laman sosial. Sayangnya, ia dipenuhi sebilangan kecil penggiat dan para pelajar perfileman sahaja," katanya yang berharap agar ekosistem dunia seni perlu dibetulkan demi masa depan cabang itu. Jurey berkata demikian ketika ditemui selepas program itu yang berlangsung di Studio Mixstage Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang di sini, Selasa. Turut serta dalam dialog itu adalah Ketua Pengarah Finas, Mohd Naguib Razak, Pengurus Kanan Bidang Ekonomi Utama Negara sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (NKEA CCI) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (Pemandu) Nor Asmah Mohd Noor, aktor dan penerbit Rosyam Nor dan aktres Sofia Jane Hisham. Mengenai penubuhan CCIG yang dipertikaikan segelintir warga seni, Jurey berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengotakan perancangan seperti tertera dalam manifesto persatuan tersebut. "Banyak yang kita rancang untuk laksanakan dan bukan setakat bercakap kosong termasuklah soal royalti dan pelarasan gaji penggiat seni tetapi ia memerlukan masa, sokongan dan kerjasama daripada warga seni itu sendiri," katanya. Ujar beliau, dalam masa terdekat pertubuhan itu bakal menubuhkan panel khas yang terdiri daripada 10 penggiat seni dan ahli akademik bagi mengkaji dan menilai pelarasan gaji ahli-ahli CCIG berdasarkan pencapaian, pengetahuan, kebolehan dan pengalaman mereka. "Tidak kiralah apa cabang seni kreatif yang mereka lakukan sama ada pelakon, pekerja filem atau sesiapa sahaja berdaftar di bawah CCIG, butiran mereka akan dikaji oleh panel khas. "Kami tidak mempunyai peruntukan undang-undang dalam memberikan akreditasi kepada warga seni kita, panel khas itu akan mengumpulkan maklumat tersebut. Seterusnya mereka akan mendapatkan pengiktirafan ke atas warga seni kita daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). "Jika ahli-ahli CCIG sudah mendapat akreditasi kelak, maka mudah bagi kita untuk mengemukakan cadangan gaji yang bersesuaian dan menuntut hak-hak penggiat termasuk royalti dan bayaran gaji bekerja lebih masa," katanya. Dalam pada itu, sesi dialog kedua program itu pula dikendalikan penulis skrip filem Jaws dan bekas Naib Presiden Writers Guild of America, Carl Gottieb yang menyentuh mengenai peranan dan kepentingan sesebuah persatuan dalam profesion perfileman dan panduan menulis skrip bertaraf "blockbuster Hollywood". Majlis penutup dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif CCIG Datuk Shariff Ahmad. |
Iedil Putra Mahu Popular Kerana Bakat Posted: 18 Sep 2012 08:20 PM PDT Iedil Putra, 28, berkata, dia percaya jika kemampuannya sebagai pelakon dapat dibuktikan kepada peminat, nescaya publisiti dan promosi itu akan datang sendiri dengan sendirinya. "Bukan saya kata publisiti itu tidak penting tetapi sebagai pelakon saya perlu membuktikan kelebihan diri terlebih dahulu kepada masyarakat bahawa saya layak untuk mendapat perhatian mereka," katanya kepada mStar Online. Tambah Iedil, dia tidak mahu dikenali hanya kerana cerita-cerita peribadi sebaliknya bakat dan kredibilitinya sebagai pelakon yang perlu diperbualkan. Dalam pada itu, Iedil mengakui kerjaya lakonannya semakin berkembang dan mula mendapat perhatian penonton namun memberitahu masih banyak perkara yang perlu diperbaiki. "Sudah hampir empat tahun saya bergiat secara aktif sebagai pelakon dan 2012 nampaknya memberikan banyak sinar kepada kerjaya saya," katanya. Sementara itu, dia bakal muncul dengan filem Ngorat di samping Aaron Aziz dan Erra Fazira pada 4 Oktober depan. Dia mengakui gementar apabila digandingkan dengan dua nama besar itu. Bagaimanapun kata Iedil, dia berasa lega apabila kedua-dua pelakon tersebut sangat ramah dan banyak membantunya dalam menjayakan filem arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen itu. "Ini merupakan filem pertama yang menampilkan saya sebagai watak utama. Aaron dan Erra adalah sangat profesional dan tidak lokek dengan ilmu ketika berada di set penggambaran. "Pengalaman berlakon di samping mereka tidak akan saya lupakan," katanya. Bercerita lanjut mengenai filem itu, Iedil berkata ia sebuah filem komedi tentang seorang lelaki yang menggunakan khidmat pakar cinta untuk membantu dia mendapat kekasih. Selain Ngorat, Iedil baru sahaja tamat penggambaran filem KL Zombie bersama Siti Saleha, Zizan Razak dan Faezah Elai. Selain itu syarikatnya iaitu Playground Productions akan menerbitkan drama bersiri iaitu Disko Baldi yang pernah dipentaskan sebagai teater komedi pada awal tahun ini. |
Lady Gaga Muncul Bertudung Litup Posted: 18 Sep 2012 08:19 PM PDT Daily Mail melaporkan kelibat Gaga hampir tidak dikenali dan hanya dicam oleh pihak paparazi kerana kasut tinggi yang dipakainya. Selain baju yang tidak mendedahkan tubuh badan, Gaga juga mengenakan penutup kepala berwarna merah jambu lengkap dengan hiasan dan menutup wajahnya. Namun busana tersebut turut dihiasi dengan bulu-bulu yang diperbuat daripada kulit binatang walaupun pernah dikecam sebelum ini. |
Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Dilaporkan Sudah Kahwin Posted: 18 Sep 2012 08:18 PM PDT Menurut laporan portal pinkvilla, ibu Saif iaitu Sharmila Tagore dan keluarganya telah mengumumkan tarikh pernikahan tersebut baru-baru ini. "Sukacitanya ingin dimaklumkan, kami akan mengadakan upacara Dawat-E-Wamila bagi meraikan majlis pernikahan Saif dan Kareena pada 18 September 2012 (Selasa)," katanya. Kenyataan itu membuatkan ramai pihak media cuba mendapatkan foto eksklusif majlis perkahwinan selebriti tersebut apabila ramai pihak menganggap berita tersebut berkemungkinan besar adalah benar. Hubungan cinta selama lima tahun itu membuatkan perkahwinan Saif dan Kareena sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak. Malah Kareena juga pernah berkata mahu menukar namanya kepada Kareena Kapoor Khan selepas berkahwin nanti. |
Posted: 18 Sep 2012 08:17 PM PDT LIHAT...(berdiri dari kiri) Efnie dan Wong melihat kanak-kanak yang melakukan analisa cap jari. Bakat semula jadi ini bukan dibina melalui proses penyesuaian luar atau dilatih tetapi potensi diri mereka berdasarkan kecenderungan atau cara minda bertindak balas terhadap lingkungan stimulasi. Ia boleh dikenal pasti sejak awal melalui analisa cap jari anak yang bertujuan untuk memberi idea kepada ibu bapa berusaha menyokong si kecil menerusi bakat dimiliki. Justeru, satu program analisis cap jari diperkenalkan melalui kempen Kenali Potensi Si Manja Dutch Lady bagi mengesan bakat semula jadi si kecil. Menerusi analisis berkenaan, jari yang paling dominan dianalisis menerusi ukuran biometrik untuk mengkaji profil fungsi otak. Analisis 10 jari tangan yang dilakukan selama 15 minit itu akan memberikan keputusan mengenai potensi sebenar anak untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa. Menurut Ketua Pembangunan Bahagian Psikologi Universiti Maranatha Christian, Indonesia, Efnie Indrianie, menggunakan analisis cap jari bagi mengenali perbezaan susunan formasi saraf otak adalah untuk membantu mengesan potensi kanak-kanak. Meneroka potensi si kecil dianggap satu kaji selidik yang sangat menarik dari segi penyelidikan pemikiran (kognitif) dan fungsi otak. Penyelidikan berkenaan berjaya membuktikan corak cap jari terbentuk di dalam janin di antara minggu 13 hingga 19 semasa dalam kandungan. "Setiap kanak-kanak adalah individu yang unik kerana mempunyai profil fungsi otak berbeza antara satu sama lain yang terbentuk sejak dilahirkan. "Analisis cap jari adalah salah satu kaedah yang boleh membantu ibu bapa mengenal pasti potensi bakat yang paling hebat di dalam diri si anak. "Ia boleh membantu ibu bapa menentukan rangsangan yang betul untuk memupuk potensi anak dengan lebih giat. Misalnya, seorang kanak-kanak yang berbakat dalam muzik tetapi lemah matematik boleh menggunakan bakatnya sebagai penyokong dalam pembelajaran," kata Efnie. Dia percaya kajiannya dapat membantu si kecil membina kemahiran muzik serta matematik pada masa sama. Jelasnya, analisa berkenaan juga dapat membantu ibu bapa yang mempunyai zuriat daripada kalangan orang kelainan upaya (OKU) bagi mengesan potensi dimiliki untuk mereka berjaya. Tinjauan penelitian yang dijalankan di Indonesia oleh Makmal Psychobiometric (Spectrum Synergy Biometric) mendapati 75 peratus kanak-kanak biasanya menunjukkan sifat yang selari dengan keputusan analisa cap jari manakala 25 peratus lebih cenderung kepada pengaruh dan pendidikan daripada alam sekitar serta budaya. Analisa cap jari yang dikendalikan melalui kempen berkenaan membolehkan ibu bapa mengenal pasti lima cabang luas bakat semula jadi anak mengikut kumpulan yang ditentukan oleh corak cap jari. Antara kategori potensi anak yang dapat ditentukan melalui cap jari adalah Si Kreatif, Si Berani, Si Mahir, Si Fasih dan Si Pemerhati. Sementara itu, menurut Pengarah Kanan Jenama, Dutch Lady Malaysia, Wong Vai Chi, analisa cap jari adalah kaedah inovatif untuk mengenal pasti potensi bakat dan cara pembelajaran anak bagi membantu ibu bapa mengoptimumkan rangsangan dan bimbingan mengikut bakat dimiliki. "Di Dutch Lady Malaysia, amat penting bagi kami untuk memainkan peranan sebagai rakan seperjuangan kepada ibu bapa bagi memenuhi keperluan rangsangan dan pemakanan anak untuk perkembangan otak yang lebih baik. "Justeru, kami memperluaskan skop ini dengan memperkenalkan inovasi analisa cap jari yang terbaru untuk ibu bapa mencari cara memberikan yang terbaik kepada anak mereka," jelasnya ketika memperkenalkan program berkenaan, baru-baru ini. Tambahnya, untuk memperkenalkan teknologi analisa cap jari dan mendidik ibu bapa mengenai cara memupuk potensi anak mereka, jenama berkenaan akan mengadakan siri jelajah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula 5 Oktober hingga 25 November ini. Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my atau lawati laman Facebook Kelab Ibu Dutch Lady di www.facebook.com/DutchLady.SmartMoments. Fakta: Analisa jari untuk menentukan potensi kanak-kanak apabila mereka dewasa: 1. Si Kreatif. Bakat semula jadi yang mewakili ibu jari mempunyai ciri unik kreatif iaitu keupayaan mengenal pasti, mencari dan mengembangkan idea baru. Ia terdiri daripada dua jenis iaitu Si Kreatif Sistem dan Si Kreatif Pengantara. Si Kreatif Sistem dapat dikesan melalui ibu jari kanan. Seorang kanak-kanak dengan bakat semula jadi dalam bidang ini mempunyai potensi menjadi pereka bentuk dan membangunkan sistem organisasi yang kecil ataupun besar. Kerjaya yang sesuai oleh Si Kreatif Sistem adalah ahli psikologi dalam bidang sumber manusia dan pengarah syarikat jika terbabit dalam sektor perniagaan. Si Kreatif Pengantara diwakili oleh ibu jari kiri. Biasanya kanak-kanak ini mempunyai potensi menjadi seorang pengantara dalam pelbagai jenis perhubungan secara rasmi atau tidak rasmi. Jika anak memilih kerjaya di bidang politik, dia berupaya menjadi diplomat berjaya atau berkeupayaan bekerja sebagai kaunselor dan ahli terapi. 2. Si Berani boleh dikenal pasti melalui analisa pada jari telunjuk yang berkeupayaan dalam penyelesaian masalah. Ia mempunyai dua kategori berbeza iaitu Si Berani Berinisiatif dan Si Berani Yang Inovatif. Si Berani Beinisiatif diwakili oleh jari telunjuk kanan. Kanak-kanak yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang ini lazimnya mempamerkan keupayaan yang menyokong pilihan kerjaya dalam bidang sains. Kerjaya sesuai dengan mereka adalah bidang teknologi maklumat, saintis, ahli antropologi atau penganalisa perniagaan. Si Berani Yang Inovatif pula boleh dikenal pasti menggunakan jari telunjuk kiri. Mereka mempunyai keupayaan bekerja dalam satu kumpulan kreatif yang bebas melahirkan idea menarik. Kerjaya yang sesuai dengan mereka adalah bidang pembinaan seperti arkitek atau pereka hiasan dalaman, pengarah di dalam industri perfileman dan komposer. 3. Si Mahir boleh diwakili melalui analisa jari tengah. Ciri unik Si Mahir adalah berkeupayaan mengendali sistem atau program dengan cekap. Ia mempunyai dua kategori iaitu Si Mahir Teknikal dan Si Mahir Artistik. Si Mahir Teknikal diwakili melalui jari tengah kanan yang dapat menjelaskan kejayaan mereka di dalam kerjaya sebagai pengurus operasi, juruteknik atau juruterbang. Si Mahir Artistik mempunyai keupayaan bekerja dalam apa juga jenis kerjaya berhubung seni pergerakan badan dan membabitkan ketangkasan. Ia dapat ditentukan melalui imbasan jari tengah sebelah kiri dan pilihan kerjaya yang sesuai adalah atlet profesional, jurulatih, pereka seni tari, pelukis, doktor gigi, pakar bedah dan pakar estetik. 4. Si Fasih boleh dikenal pasti melalui imbasan jari manis yang berkeupayaan menyampaikan maklumat secara lisan mahupun bertulis dengan baik. Bidang kerjaya yang sesuai dengan mereka boleh dipastikan melalui imbasan jari manis di sebelah kiri dan kanan. Si Fasih Bersistematik boleh dikesan menerusi jari manis kanan. Mereka mempunyai keupayaan mencapai kejayaan sebagai penyampai secara lisan, bertulis dalam cara berstruktur. Misalnya, kanak-kanak yang mempunyai mempunyai bakat semula jadi ini berpotensi dalam bidang politik, wartawan atau pembaca berita. Si Fasih Yang Kreatif pula diketahui dengan menganalisa jari manis kiri. Mereka berpotensi menjadi pereka grafik, pengarah muzik atau cemerlang sebagai ejen publisiti bagi kumpulan pemasaran. 5. Si Pemerhati boleh dilihat menerusi analisa jari kelengkeng. Ciri unik kanak-kanak di dalam kategori ini adalah mempunyai keupayaan memerhati fenomena sosial atau peristiwa di sekitarnya. Si Pemerhati Rujukan diwakili oleh jari kelengkeng kanan. Seorang kanak-kanak dengan bakat semula jadi ini mempunyai keupayaan memerhati perubahan dalam trend atau inovasi yang berlaku di sekitarnya. Kerjaya yang sesuai dengan mereka adalah penganalisa fesyen. Si Pemerhati Fenomena ini diwakili oleh jari kelengkeng kiri. Kanak-kanak ini mempunyai keupayaan memerhati fenomena sosial atau peristiwa di sekitarnya. Potensi mereka dapat digilap dalam bidang sosiologi, boleh menjadi penganalisa atau pemerhati sosial. Sekiranya menceburi bidang penjagaan kesihatan, kanak-kanak ini akan menunjukkan prestasi baik dalam bidang perkhidmatan kesihatan awam sebagai penganalisis. |
Posted: 18 Sep 2012 08:16 PM PDT PECAH...kakak ipar mangsa menunjukkan kesan tingkap yang pecah di rumah suspek. Begitu kata Wita Baharom, 42, dari Kampung Sena, dekat sini, apabila mendakwa trauma menjadi mangsa belasahan suaminya berusia 41 tahun dan isteri pertama lelaki itu berusia 34 tahun selepas meminta wang untuk membeli susu buat bayi lelaki mereka. Kejadian berlaku jam 5 petang kelmarin ketika mangsa yang juga isteri kedua kepada lelaki terbabit muncul di rumah suaminya di sebuah kampung, di sini, tetapi kedatangannya menimbulkan kemarahan suaminya sebelum ditinju kerana tidak berpuas hati dengan permintaannya. Wita yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia kemudian dipukul dengan kayu oleh madunya yang masuk campur dan turut diterajang, ditumbuk dan ditampar suaminya ketika menyuarakan masalah mengenai perbelanjaan dapur. Menurutnya, dia datang ke rumah suami dan madunya bagi membincangkan isu nafkah sebelum diserang isteri pertama suspek yang juga madunya yang ketika itu berada di situ. |
Posted: 18 Sep 2012 07:56 PM PDT mia Sara dijaga oleh bapanya supaya tidak ada pihak mengambil kesempatan dengan mudah terhadap bakatnya. Jika dilihat kehadiran kanak-kanak di dalam filem atau drama, ia banyak melengkapkan perjalanan sesebuah hasil seni itu. Status sebagai anak seni yang dipegang mereka pada usia setahun jagung juga membolehkan mereka menerima imbuhan lumayan ke atas setiap titik peluh yang telah gugur. Walaupun setiap keputusan yang diambil golongan ini masih bergantung kepada penjaga, namun persoalannya kini adakah hak mereka sebagai kanak-kanak dan pekerja dapat kekal tanpa melibatkan sebarang eksploitasi? Paling menakutkan adakah hasil yang dikecapi mereka ini berbaloi demi menjamin masa depan? Mengikut Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda Pekerjaan, akta ini melindungi golongan ini agar tidak dieksploitasi sehingga mengganggu pendidikan, kesihatan dan keselamatan diri mereka. Selain itu juga ia menetapkan syarat penggajian kanak-kanak ialah bagi mereka yang berumur 15 tahun dan orang muda berumur 18 tahun. Pernah suatu ketika Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan meminta agar setiap kanak-kanak yang ingin menceburi industri hiburan seperti menjadi pelakon atau penyanyi perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja terlebih dahulu. Menurut beliau ini adalah sebagai satu langkah untuk memastikan hak golongan ini tidak dicabuli. Selain memastikan mereka mendapat khidmat pelajaran yang betul, akta ini juga mengambil kira waktu bekerja, cuti , sumbangan insurans dan jaminan keselamatan yang perlu disediakan oleh pihak yang mengambil mereka bekerja. Membesar dengan populariti juga memberi impak yang luar biasa buat kehidupan seseorang kanak-kanak, ini bermakna mereka bukan sahaja bakal melalui satu kehidupan yang jauh berbeza daripada rakan-rakan sebaya tetapi juga membesar dengan pelbagai tanggungjawab iaitu sebagai kanak-kanak, pelajar dan pekerja. Seringkali kita beranggapan bahawa golongan ini sering menjadi mangsa kerana umur mereka yang masih muda. Melihat kembali persepsi ini mungkin ada benarnya. Dengan tahap pemikiran yang masih belum mampu untuk berfikir secara matang kebanyakan dari mereka ini lebih mempercayai orang yang rapat. Akhirnya ibu bapa dan penjaga sering menjadi insan penting dalam memastikan golongan ini mendapat pembelaan sewajarnya. Ibu bapa juga dianggap dengan mudah seperti cuba mengambil kesempatan dengan menjadikan anak-anak ini sebagai 'penyara' keluarga meskipun pada usia yang masih kecil. Bagaimanapun, melewati pandangan beberapa ibu bapa yang mempunyai anak-anak hebat ini kami percaya eksploitasi ke atas bintang kanak-kanak tidak akan wujud sebaliknya mereka hanya menggunakan bakat yang dianugerahkan dengan sebaik mungkin. Mia Sara seronok Bagi ayah kepada pelakon cilik Mia Sara Nasuha, 7 Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh,37, dia tidak akan sesekali menindas atau membenarkan anak kesayangannya itu ditindas golongan lain. Walaupun ada sesetengah pihak yang beranggapan penjaga sepertinya hanya mengambil kesempatan, dia tahu hanya masa depan Mia dapat membuktikan semuanya suatu hari nanti. "Saya tahu banyak yang terus mempersoalkan tindakan saya membenarkan Mia berlakon. "Saya mahu lakukan yang terbaik untuk masa depan anak saya, dan buat masa ini segala pulangan dari bakat yang ditonjolkan Mia saya uruskan. Ini demi memastikan segala titik peluhnya berbaloi dan disimpan untuk masa depannya sendiri," katanya. Bercakap soal pelajaran, Ridhuan memberitahu sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan Mia tidak ketinggalan mendapatkan harta yang paling penting ini. "Jika ikutkan hati saya sendiri mahu Mia jadi macam kanak-kanak lainm tumpukan sepenuh perhatian kepada bidang pengajian, namun ini semua rezeki yang telah ditetapkan. "Sebagai seorang ayah, saya tetap akan memastikan dia tidak mengabaikan pelajarannya. "Buat masa ini saya akan pastikan tawaran yang tiba sesuai dengan jadualnya. Selain itu juga di dalam memastikan Mia tidak "terpaksa" saya akan meletakkan pendapatnya dahulu sebelum menerima apa-apa tawaran," katanya yang kini juga sedang mengusahakan satu perniagaan demi kelangsungan keluarganya. Bercakap soal bayaran, Ridhuan tidak menolak untuk mengatakan masih ada pihak yang masih mahu mengambil kesempatan atas umur anaknya itu. Bertindak bijak, bagi Ridhuan tiada apa yang lebih penting dari pihak ibu bapa sendiri tegas di dalam memastikan anak-anak mereka juga layak mendapat layanan yang sepatutnya. "Tidak dinafikan, ada juga yang mahu mengambil kesempatan. Saya sebagai penjaga akan buat kajian dahulu untuk setiap tawaran. Bagi memastikan bayaran yang diberikan itu setimpal dengan kerjanya, selalunya sendiri saya akan meletakkan bayaran. "Apa yang pihak tertentu ini tidak tahu adalah umur tidak dapat membezakan hasil yang diberikan. Jika Mia mampu memberikan yang terbaik saya rasa dia juga layak menerima bayaran yang setimpal. Biarlah orang kata saya nak jual anak, tapi saya percaya Mia layak untuk dapat masa depan yang lebih terjamin," katanya. Minat mengatasi segalanya Memulakan kerjaya lakonan seawal umur empat tahun, bagi Anne Ngasri, 28, minat yang mendalam berjaya membuka laluan untuk dirinya dikenali sebagai pelakon amat muda. Merasai sendiri pengalaman tersebut bagi Anne kehadiran ibunya sebagai pengurus banyak membantu dia di dalam meneruskan kariernya itu. "Ibu tidak pernah memaksa saya sebaliknya dia banyak meletakkan syarat di dalam membatasi kerjaya lakonan saya sewaktu kecil dahulu. Ibu dan ayah masih mahu kami menjadi seperti kanak-kanak lain, membesar dan ke sekolah seperti biasa walaupun sudah bergelar pelakon," katanya. Bergantung dengan bantuan ibunya sehingga berumur 18 tahun, menurut Anne pelajaran masih lagi merupakan perkara yang di utamakan. Walaupun ada kata-kata kasar yang mengatakan ibunya mengeksploitasi bakat yang dimiliki dia dan adik beradiknya yang lain, bagi Anne itu bukan yang sebenarnya yang berlaku. "Pernah ibu saya dianggap sebagai mengambil kesempatan pada anak-anak sendiri. Mereka di luar sana tidak tahu adalah ini adalah kemahuan kami sendiri. "Ibu banyak berkorban dan membantu kami menguruskan hidup. Sehingga kini saya masih lagi mempunyai simpanan, yang diambil alih selepas saya berumur 18 tahun," katanya. Ditanya sama ada dia membesar dengan cara yang betul, bagi Anne tiada ada apa yang terlalu berbeza. Bagi ibu tunggal ini dia hanya meneruskan kesinambungan dalam lakonan kerana itu adalah bakat yang dikurniakan kepada dirinya. Anne sendiri dia percaya tidak ada salahnya jika bakat ini digilap pada tahap yang terlalu awal, kerana ia juga merupakan satu aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang. "Saya masih melalui sebuah kehidupan yang normal. Saya pergi sekolah, ada kawan-kawan, cumanya bakat yang saya miliki itu di gilap sejak dari kecil. "Jika anak-anak saya nanti mahu melibatkan diri dalam bidang yang sama saya akan pastikan mereka mendapat sokongan penuh dari saya," katanya. Bantu keluarga Kepetahan bercakap sejak berumur enam tahun berjaya mencuri hati penonton di negara ini dan ramai yang mengingati nama Fimie Don, 14,. Pernah popular melalui lakonannya di dalam drama bersiri Hikayat Putera Shazlan menurut Fimie kepuasan ketika berlakon memberi sebab utama mengapa dia memilih untuk menceburi bidang ini sejak dari kecil lagi. "Saya memang minat berlakon, mungkin seronok melihat kakak dan abang saya berlakon lalu saya juga mencuba. "Setelah sembilan tahun bergelumang sebagai anak seni, kini saya dapat rasakan tiada apa yang membezakan saya dengan rakan-rakan di luar sana kerana saya juga masih membesar sebagai remaja yang normal," katanya. Melantik ibunya sebagai pengurus, bagi Fimie ibunya bukan sahaja bertindak sebagai penjaga tetapi juga insan penting di sebalik siapa dirinya kini. "Saya hanya perlu fikir mengenai lakonan sahaja, hal lain akan diuruskan ibu. "Sebagai ibu dia lebih kenal saya, jika saya tidak mampu lakukan sesuatu dia pasti tidak akan memaksa. Dan kini mengambil kira pengalaman dan umur, saya diberikan hak oleh ibu untuk membuat keputusan," katanya. Tidak menolak untuk mengatakan hasil yang diterimanya kini dikongsi bersama keluarga, menurut Fimie, dengan kelebihan yang dimiliki, ia hadir dengan tanggungjawab. "Sebagai anak saya tahu kesusahan yang dialami keluarga saya. Dan rasanya tidak ada masalah untuk saya berkongsi dengan keluarga. Selain itu juga di dalam memastikan segala usaha saya kini tidak terjejas, ibu juga turut membantu di dalam melakukan pelaburan untuk masa depan saya," katanya. |
Posted: 18 Sep 2012 07:53 PM PDT Pastikan hubungan berjalan dengan baik untuk menambat perhatian suami anda. - Gambar hiasan Berbeza pula sesudah berkahwin, ramai wanita merungut tidak mendapat perhatian yang sama dari kekasih yang kini sudah bergelar suami. Sebagai seorang isteri, bagaimana cara terbaik untuk kita mendapatkan semula perhatian dan pujian sebegitu daripada suami tersayang? Sekiranya pasangan anda sudah hampir 'melupakan' kata-kata atau ungkapan pujian dan perhatiannya kepada anda, mungkin anda boleh bertindak memulakannya dahulu untuk menarik perhatian suami anda. Namun, mengembalikan semula daya tarikan anda kepada suami, bukan sekadar lebih bercirikan fizikal dengan menukar penampilan kepada yang lebih menawan. Sebenarnya ia memerlukan lebih dari itu. Jaga penampilan Adalah penting untuk menukar penampilan anda kepada lebih bersih dan kemas apabila di rumah. Jangan hanya setakat berbaju tidur atau berbaju kelawar sepanjang hari. Jika anda suri rumah sepenuh masa, bila suami balik, ambil kesempatan untuk mandi, segarkan diri dan berpakaian bersih untuknya. Tanya pendapatnya Cuba tanya pendapatnya mengenai baju yang anda mahu beli ketika keluar membeli-belah. Biar dia tahu apa yang anda pakai semuanya adalah mengikut cita rasanya. Kekal bentuk badan Cuba kekalkan bentuk tubuh anda biarpun tidak seperti ketika anak dara. Beli sesuatu yang 'rahsia' Beli pakaian dalam yang disukainya dan biarkan dia tahu dia sentiasa di ingatan anda. Jangan terlalu berkira Luangkan sedikit masa dan wang dengan menjaga penampilan anda. Pergi spa, buat cucian muka, belanjakan untuk kuku dan tangan anda yang cantik, belia alat solek untuk berhias dan sebagainya. Mulakan langkah awal Cuba goda si dia dan berikan gerakan nakal anda sebagai langkah awal. Kadangkala, pasangan anda agak jemu dengan taktik yang sering dimainkannya, apa lagi, cubalah taktik baru dengan anda memulakan gerakannya dahulu. |
Posted: 18 Sep 2012 07:52 PM PDT Keindahan dan ketenangan di dalam Taman Sari Royal Heritage Spa. Spa yang terletak di Wisma Mustika Ratu di Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur ini memberi peluang kepada pengunjung memanjakan diri dengan perawatan dan urutan unik yang dahulunya hanya untuk keluarga diraja Jawa. Taman Sari bererti taman yang indah yang dicipta untuk kesejahteraan minda dan rohani. Menariknya, hiasan dalaman yang digunakan pada ruang spa adalah seperti senibina klasik istana diraja Jawa atau dikenali sebagai Istana Air. Ukiran batu pada dinding dengan simbol asal Taman Sari dizahirkan pada pintu gerbang. Unsur-unsur batik dan ukiran kayu memenuhi dan menghiasi ruangan di spa ini. Binaan kolam air di sini juga adalah gambaran seperti Istana Air Taman Sari yang terkenal sebagai tempat bersiram untuk puteri-puteri diraja Jawa dan menerima berbagai perawatan kecantikan yang unik dan sihat. Pastinya, saat pertama kali kaki melangkah masuk ke spa ini timbul perasaan tenang dan terpesona dengan hiasan dalaman di setiap sudut ruang spa sambil diiringi dengan alunan muzik tradisional Jawa. Apabila tiba di pintu gerbang spa, pengunjung akan di sambut dengan bunyi pancutan air dari kolam yang terletak berhadapan pintu masuk. Suasana ini terasa seperti berada di sebuah taman yang sangat indah dan tenang. Menariknya, hiasan yang digunakan dalam spa itu merangkumi rempah-ratus yang digunakan dalam menyediakan ramuan produk kecantikan. Perabot-perabot yang menghiasi spa adalah berkonsepkan kerabat raja Jawa iaitu sama seperti spa asal Taman Sari Royal Heritage Spa dari Mustika Ratu di Jogjakarta, Indonesia. Pengurus Taman Sari Royal Heritage Spa, Agustina Elizabeth berkata, suasana dan kemudahan bilik rawatan yang terdapat di sini pasti memberikan keselesaan kepada pengunjung. "Terdapat tujuh bilik rawatan yang berkonsep seperti bilik dalam istana pada ruang bawah dan atas spa. "Lima bilik untuk rawatan perseorangan dan dua bilik untuk rawatan secara berpasangan disediakan di sini. "Kesemua bilik di sini dilengkapi dengan jakuzi dan tempat istirehat yang pasti mendamaikan pelanggan selepas mendapatkan rawatan di sini," katanya. Tambahnya, pelbagai rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki di sediakan di mana ia diasaskan sendiri oleh pengasas Mustika Ratu dan pemilik Taman Sari Royal Heritage Spa, Ibu Mooryati Soedibyo yang juga kerabat Diraja Keraton Surakarta. "Selain berbagai jenis rawatan umum seperti urut Jawa, urutan batu panas dan refleksologi, terdapat juga rawatan khusus seperti program perawatan kuno Jawa, rawatan diraja Jawa, lulur herba, enzim betik, membalut tubuh menggunakan rumput laut atau lumpur gunung berapi, masker badan menggunakan bengkoang (sengkuang) atau mangir, menyerikan tubuh dengan garam laut dan rawatan wajah. Tambahnya lagi, spa itu juga menyediakan rawatan untuk semua peringkat umur dari usia bayi yang baru dilahirkan sehingga untuk wanita yang sudah berusia. "Konsep ini selaras dengan falsafah Ibu Mooryati iaitu perawatan kesihatan dan kecantikan Paripurna (holistik) yang bermaksud kecantikan jasmani sama pentingnya dengan kecantikan rohani dimana kecantikan dalam dan luaran haruslah seiring," katanya. |
Havaianas terus menjadi pilihan Posted: 18 Sep 2012 07:51 PM PDT Proses pemilihan getah oleh tetamu khas bagi memberikan keselesaan kepada si pemakainya dengan cita rasa sendiri. Itulah jenama Havaianas yang rupa-rupanya telah berada di pasaran lebih 50 tahun yang sudah tentu tidak perlu dipertikaikan lagi kualiti dan kredibilitinya. Baru-baru ini bersempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-50, Havaianas telah memberikan para jemputan khasnya peluang untuk memilih selipar mengikuti cita rasa masing-masing. Pengurus produk, Khoo Min-Jee berkata, tetamu boleh memilih dari proses tapak, kemudian getah dan akhir sekali hiasan dari batu atau logam untuk menyerikan selipar mereka. Konsepnya bukan sekadar selipar, tapi membantu menyerlahkan gaya seseorang. Selipar Havaianas boleh dipakai ke majlis santai selain untuk bersiar-siar ataupun menghadiri parti bertema. Butik H for Havaianas yang terletak di tingkat empat pusat membeli-belah Pavilion, memberikan satu pengalaman baru kepada pelanggan. Havaianas yang berasal dari Brazil sering menampilkan koleksi terbaru mengikut musim seperti Piala Dunia. Selipar yang berasal dari Brazil itu turut mempunyai ciri keselesaan dan tidak mudah licin. Selain mengutamakan corak atau warna, Havaianas menggunakan 100 peratus getah bermutu tinggi. Tidak terhad kepada pengguna wanita, koleksi jenama tersebut mengetengahkan saiz dan fesyen untuk golongan lelaki dan kanak-kanak. Terdapat juga beberapa rekaan selipar yang boleh dipakai oleh kedua-dua jantina. Selain itu, bagi yang ingin tampil ekstra, sentuhan butiran batu permata oleh pereka Alagoa Nova membuatkan penampilan pemakainya bertambah glamor walaupun ringkas. |
Posted: 18 Sep 2012 07:46 PM PDT Maka tidak hairanlah syarikat pengeluar kamera berjenama Jepun, Nikon membuat satu anjakan dalam teknologi kamera yang bertujuan memenuhi harapan pengguna setianya. Kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) NIKON D3200 mempunyai ciri ciri keistimewaan yang lebih daripada jangkauan pengguna. Perkongsian imej beresolusi tinggi dengan rakan-rakan melalui rangkaian sosial mahupun emel dan sebagainya membuktikan teknologi mendominasi segala aspek kemanusiaan termasuk platform berkomunikasi. Nikon D3200 mempunyai resolusi tinggi iaitu 24.2 megapiksel setanding kamera profesional dalam kelasnya. Walaupun ia ditampilkan khusus untuk pengguna amatur tetapi keinginan mencetak dengan pengimejan berkualiti tinggi menjadi pendorong kepada pengguna profesional untuk mencubanya. Penggunaan sistem peranti tanpa wayar (wireless transmitter) WU-1a sebagai sistem sokongan bagi pengguna yang inginkan kepuasan perkongsian dengan rakan. Jarak untuk sistem ini tidak melebihi 10 meter dari radiasi rakaman dan penerimaan imej tanpa halangan. Menurut Pengurus Kanan Bahagian Perkhidmatan Profesional, Pemasaran Produk Pengguna Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Mahfooz NR , D3200 yang menggunakan format Nikon DX merupakan kamera menggunakan enjin pemprosesan imej terbaharu Expeed 3 yang sama seperti penghasilan Nikon D4 yang digunakan khususnya golongan profesional. Panel dial mod pemudah cara didatangkan khas dengan ciri baharu bagi pengguna yang ingin memulakan langkah pertama menggunakan DSLR. Julat ISO mencapai sehingga 6400 serta rakaman penuh video berdefinisi tinggi (full HD). Sementara itu, Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Produk Pengguna, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., David Ng Choon Yiak, berkata, Nikon D3200 mampu merakam imej dalam cahaya malap di samping sistem berterusan kelajuan pengatup sebanyak empat bingkai sesaat (4fps). "Kamera ini diperbaharui dengan sistem tambahan 11 kawasan titik fokus" katanya pada sesi pertemuan bersama media di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini. Kesinambungan teknologi pakar jurutera negara matahari terbit ini memberikan kepuasan dalam merealisasikan kehendak dan cita rasa pengguna DSLR Nikon amnya. |
Posted: 18 Sep 2012 07:11 PM PDT Kambing dilepas bebas meragut bagi mewujudkan suasana yang lebih selesa kepada ternakan sekali gus mampu mengurangkan kos pemakanan. Fenomena itu berlaku di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer, Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Kabang, Papar, Sabah sebelum ini apabila projek ternakan kambing tidak menjadi. Ternakan kambing baka Boer yang diusahakan oleh KPD sebelum itu mengalami kadar kematian yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus dan kadar pembiakan juga agak kurang. Menyedari keadaan ternakan yang semakin teruk, KPD mengorak langkah bekerjasama dengan pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi memulihkan projek tersebut. Menurut Ketua Projek Technofund Kambing UPM-KPD, Profesor Dr. M. Zamri Saad, justeru, pada 2009, UPM bersama KPD menjalankan projek penyelidikan pembiakbakaan, makanan dan kawalan penyakit ternakan kambing Boer secara sistematik dan moden. "Kerjasama tersebut turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Sabah menerusi KPD," ujarnya ketika di temui di pusat di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer, Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Kabang, Papar, Sabah baru-baru ini. Menurut Dr. M. Zamri, projek pembangunan penyelidikan pengkomersialan tersebut turut dikenali sebagai Pembangunan Protokol Kesihatan Ternakan Yang Lestari Untuk Ladang Ternakan Kambing KPD, Sabah. Projek yang diketuainya serta dua lagi pakar UPM iaitu Profesor Madya Dr. Azhar Kasim dari Fakulti Pertanian dan Profesor Dr. Md. Zuki Abu Bakar dari Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) turut mendapat peruntukan geran Technofund, sebanyak RM3.17 juta. Antara objektif projek tersebut adalah untuk menjadi ladang ternakan kambing Boer terbesar di negara ini dan menjadi pembekal utama baka kambing bermutu tinggi kepada penternak. Seterusnya menjadi ladang contoh dalam kaedah penternakan secara intensif yang moden dan mengamalkan Sistem Penternakan Yang Baik (GAHP) dan menjadi pusat kajian dan Pembangunan (R&D) ternakan kambing dalam sistem pemakanan, program kesihatan dan program pembiakbakaan. Menurut pengurus projek tersebut, Dr. Mohd. Shahrom Salisi, terdapat tiga buah ladang ternak di bawah seliaan beliau. Antaranya ialah Ladang Ternakan Kambing Kelatuan dan Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar serta Ladang Ternakan Kambing Bukau di Beaufort. Jelas Dr. Mohd. Shahrom, penghasilan baka kambing Boer hanya tertumpu di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar. Manakala ladang lain adalah untuk kambing sembelihan. "Sehingga 21 April lalu pusat pembiakbakaan memiliki baka pejantan sebanyak 72 ekor, keseluruhan induk 874 ekor, 60 ekor dewasa jantan, tiga dewasa betina (anak kelahiran peringkat awal), 114 anak jantan dan 58 anak betina yang mana berjumlah 1181 ekor," katanya. Ketika menjawab mengapa baka kambing Boer dipilih untuk diternak, Dr. Mohd. Shahrom menjelaskan, kambing jenis itu tidak memerlukan kawasan yang luas (sistem separa-insentif) berbanding dengan lembu. Malah, ia juga cepat membiak yang mana tempoh bunting hanya lima bulan dan kadar kelahiran sebanyak 1.5 ekor untuk setiap kelahiran (2-3 ekor) dan penggandaan adalah lebih cepat berbanding lembu. Selain itu, harga pasaran bagi kambing hidup juga lebih menguntungkan di samping kadar muatan kambing setiap ekar (stocking density) lebih tinggi berbanding lembu. Selain itu, daging kambing mempunyai kandungan kolestrol yang rendah berbanding ternakan lain. Baka kambing Boer yang dijadikan induk di pusat tersebut diimport terus dari penternak di Australia . Baka berkenaan kemudiannya dikacukkan dengan baka tempatan bermula daripada varieti F1 hingga F5 dan ke atas sehingga kualiti dan fizikalnya menyerupai baka asal boer. Untuk menghasilkan baka yang sama seperti kambing Boer seakan-akan yang asal (F5 dan ke atas) ia memerlukan masa yang agak panjang antara setahun setengah sehingga dua tahun. Pusat tersebut juga turut melaksanakan pelbagai aktiviti seperti Program Pengawalan Penyakit, Program Pemakanan, Program Pembiakbakaan dan Program Pembuatan Baja Organik. Dalam program pengawalan penyakit, kajian di pusat tersebut berjaya mengawal penyakit berkaitan metabolisma seperti batu karang, pregnancy toxaemia, bloat atau tympany. Terdapat juga jangkitan kuman dan bakteria yang menyerang kambing seperti Meliodosis, Manheimiosis, CLA (caseous lymphadenitis), Bruscellosis dan kecacingan (hemonchosis). |
Posted: 18 Sep 2012 07:10 PM PDT Pekerja memproses rumput napier untuk dijadikan makanan kambing Boer di Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar, Sabah. Oleh itu, Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang, Papar, Sabah turut menjalankan kajian bagi mewujudkan satu sistem pemakanan lengkap bagi memenuhi keperluan harian ternakan. Ujarnya, program atau sistem tersebut merangkumi pemberian fodder (rumput potong angkut) dan pemberian makanan tambahan seperti pelet kambing dan palm kernel expeller (PKE) secara teratur. "Pembangunan dan penyelenggaraan ladang pastura (rumput napier) yang mampan dan teratur juga perlu bagi memastikan ternakan mencapai tahap kesihatan yang optimum dan mencapai tahap body score yang diperlukan," katanya. Sementara itu, menurut pakar pembiakbakaan, Profesor Dr. Md. Zuki Abu Bakar, menerusi program pembiakbakaan yang diwujudkan, proses penggandaan ternakan menjadi lebih sistematik, cekap dan berkesan dapat dicapai di ladang tersebut. "Pemilihan ternakan yang memiliki spesifikasi kambing Boer yang berkualiti, sihat dan memiliki trait atau jenis genetik yang baik sentiasa diutamakan. "Oleh itu, tahap libido baka pejantan akan sentiasa diperiksa. Manakala bagi induk betina diperiksa tahap kesuburannya," katanya. Di pusat tersebut, nisbah pejantan kepada induk betina di tentukan sebanyak 1:20 ekor bagi membantu mendapatkan kadar kebuntingan melebihi 80 peratus dan kadar kelahiran dari 1.5 hingga dua ekor bagi setiap induk dan berat anak yang lahir sekitar tiga kilogram (kg) dan ke atas. Proses pembiakan yang diamalkan di pusat tersebut adalah melalui kaedah semulajadi iaitu line breeding dan line crossing. Manakala pemilihan trait genetik yang unggul dibuat mengikut jadual iaitu dua kali setahun. Bagi memantau kadar kebuntingan induk betina, pusat tersebut turut menggunakan alat pengesan seperti mesin ultrasound untuk menentukan kebuntingan dengan lebih cepat dan tepat. Ternakan yang gagal menunjukkan tahap reproduktiviti yang baik akan mudah dikesan dan disingkirkan pada peringkat awal bagi mengurangkan kos operasi seperti makanan dan penyelenggaraan. Ia juga menerima sokongan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Negeri sabah (JPHPT SABAH) bagi memantau penyakit dan diagnosis. Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer Kabang dibuka kepada para penternak untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kursus ternakan kambing baka boer. Biarpun kelihatan agak mudah untuk memelihara kambing untuk tujuan pembiakbakaan, sebenarnya ia industri yang memerlukan kos yang tinggi. Bagi individu yang berminat untuk menternak kambing baka boer adalah dinasihatkan agar melaksanakan ternakan untuk tujuan sembelihan berikutan kos operasinya yang lebih rendah berbanding ternakan untuk tujuan biak baka. Hal demikian kerana harga bagi induk ternakan biak baka boleh mencecah ribuan malah belasan ringgit, dan ia akan menjadi masalah besar kepada penternak untuk membuat pembiakbakaan kerana keadaan kewangan yang tidak mencukupi untuk pusingan modal seterusnya. Justeru, kini adalah disyorkan agar penternak membeli baka Boer dan dikacukkan bersama baka tempatan untuk memberi tumpuan kepada penghasilan kambing bagi tujuan penjualan daging terlebih dahulu kerana ia lebih cepat pulang modal. Untuk penternak kambing biak baka adalah mencukupi satu atau dua ladang sahaja jika terlalu banyak pasaran kambing biak baka akan tepu dan akhirnya ladang terpaksa ditutup berikutan tiada pembeli dan akhirnya kerugian. |
Posted: 18 Sep 2012 07:10 PM PDT Pengguna perlu bijak membezakan antara daging kambing dan biri-biri supaya mereka tidak terikat dengan stigma bahawa semua kambing mengandungi lemak yang tinggi. - Gambar hiasan. Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu. Daging kambing dalam bahasa Inggeris ialah chevon. Daging biri-biri diberi nama mutton. Istilah lamb ialah untuk biri-biri yang disembelih pada umur muda. Daging kambing mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang terendah di kalangan ternakan ruminan iaitu biri-biri, lembu dan kerbau. Penjualan daging kambing khususnya daging kambing Boer masih tidak ketara di pasar raya. Yang biasa kelihatan di pasar raya ialah daging biri-biri dengan harga yang jauh lebih rendah dari daging kambing. Sebab itu daging biri-biri menjadi pilihan pengusaha makanan, hotel dan restoran berbanding daging kambing. Sama ada disedari atau tidak, ramai pengusaha makana, hotel dan restoran melabelkan lauk biri-biri mereka sebagai lauk kambing dalam bahasa Melayu tetapi menggunakan label mutton dalam bahasa Inggeris. Maka tidak hairanlah jika masih ramai rakyat Malaysia memberi persepsi salah yang daging kambing mempunyai banyak lemak. Beberapa pasar raya masih tidak menandakan daging kambing dengan tepat. Pengunjung pasar raya dan pembaca akhbar harian boleh terkeliru kerana istilah 'mutton' diterjemahkan kepada 'daging kambing' oleh beberapa pasar raya besar pada rak-rak jualan dan pada iklan-iklan dalam akhbar harian tempatan. Kesilapan tersebut boleh membawa tindak balas negatif bagi promosi makan daging kambing kerana apabila dimasak mutton (yang disangka sebagai daging kambing) kelihatanlah kehadiran lemak yang nyata. Faktanya ialah daging kambing telah terbukti secara saintifik mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah berbanding daging biri-biri. Kambing baka komersial yang dibawa masuk ke negara ini sebelum dan selepas kemerdekaan banyak melambangkan pengaruh kolonial iaitu Inggeris. Pengaruh Inggeris terbukti dengan kemasukan baka-baka kambing Eropah yang berbadan lebih besar dari baka Katjang iaitu baka tempatan. Antara baka-baka kambing Eropah ini ialah Toggenburg, British Alpine dan Anglo Nubian. Baka Jamnapari pula dibawa masuk dari sebuah lagi koloni Inggeris, iaitu India. Pada hakikatnya ternakan dari negara bermusim seperti Eropah terdedah kepada tegasan haba dan menjadi kurang produktif bawah sistem-sistem tradisional berbanding dengan baka Katjang. Sistem tradisional yang kekal sehingga ke hari ini ialah peliharaan secara lepas bebas tanpa makanan tambahan yang bermutu seperti dedak dan sistem bertambat pada kawasan lapangan berumput seperti di dusun dan di tepi tali air. Kelembapan yang tinggi dan suhu yang panas iklim tropika adalah persekitaran yang sesuai bagi pembiakan parasit seperti cacing dan kutu. Jangkitan cacing tanpa segera dirawat mudah menyebabkan kematian kepada baka-baka import berbanding dengan baka Katjang yang lebih lasak. Alternatif terbaik bagi meningkatkan daya ketahanan dan produktiviti ternakan ialah menghasilkan kacukan dengan cara mengkahwinkan baka tempatan (Katjang) dengan baka berbadan lebih besar dari luar negara. Laporan bancian pada tahun 1979 menyatakan 84 peratus dari kambing di Malaysia adalah dari baka Katjang. Selebihnya adalah kambing kacukan. Kesedaran mengenai potensi membangunkan kambing kacukan tempatan telah mendorong kepada penyelidikan dalam aspek pembiakbakaan kambing. Pada awal tahun 80-an kajian pembiakbakaan kambing dipergiatkan dengan penglibatan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang dan Institut Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Usaha kacukan ditumpukan kepada penggunaan baka yang diimport seperti Jamnapari, Anglo Nubian dan Saanen. Baka-baka tersebut dikahwinkan dengan baka Katjang bagi mengekalkan ciri lasak dan kadar lahir kembar yang merupakan kekuatan pada baka Katjang. Baka Katjang dan kacukan berasaskan Katjang berjaya mempelbagaikan harga pasaran kambing mengikut kemampuan pembeli. Pasaran bagi kambing hidup berkait rapat dengan amalan keagamaan seperti akikah. Bagi tujuan akikah, umur kambing perlu melepasi dua tahun. Pembeli bermanfaat kerana boleh memilih dari kambing jantan bersaiz kecil sehingga yang bersaiz sederhana besar. Untuk tujuan akikah atau korban, kambing baka Katjang boleh dibeli dengan harga serendah RM350. Bagi mereka yang berkemampuan, kambing kacukan berasaskan baka Katjang untuk tujuan akikah atau korban pula dibeli dengan harga antara RM500 dan RM800. Kajian saintifik telah membuktikan kandungan kolesterol dan lemak pada daging kambing adalah lebih rendah dari daging biri-biri, lebih-lebih lagi apabila sembelih pada umur kurang dari setahun. Kandungan lemak pada daging kambing adalah antara dua dan tiga peratus sahaja. Daging biri-biri pula mengandungi lemak antara 12 ke 13 peratus. Ini bertambah jelas dengan tiadanya lemak pada keratan daging kambing. Di sebaliknya, pada keratan daging biri-biri lapisan-lapisan lemak yang tebal amat ketara. Oleh yang demikian fobia atau ketakutan untuk makan daging kambing adalah tidak berasas jika dikaitkan dengan kandungan lemak. Adalah tidak rasional juga dikaitkan daging kambing dengan penyakit darah tinggi kerana kandungan lemak yang rendah ini. Bulu kambing jantan dewasa biasanya berbau hamis. Bagaimanapun, kambing jantan muda tidak berbau hamis. Daging kambing dewasa tidak akan berbau hamis jika penyembelihan dilakukan berpandu kepada kaedah yang betul atau mengikut petua atau amalan tradisional. Teknologi terkini mampu menyahkan tisu yang menghasilkan bau hamis pada kambing jantan melalui prosidur yang dinamakan de-odorising yang dilakukan pada peringkat anak. Cara demikian dapat memastikan aroma hamis tidak terdapat dalam kandang kambing. Kemasukan baka Boer ke Malaysia telah membuka era baru dalam bentuk pasaran daging kambing muda. Baka Boer, yang berasal dari Afrika Selatan, kini terdapat dengan banyaknya di Australia. Baka ini adalah sesuai dengan iklim Tropika. Sebaiknya kambing diberi peluang bersenam sedemikian ketika cuaca tidak hujan selama dua hingga empat jam sehari. Berat kambing Boer jantan berumur dua tahun berpotensi mencapai sehingga 100 kilogram. Berat sedemikian boleh diterjemahkan kepada harga jualan hidup melebihi RM1,500 bagi tujuan akikah dan korban iaitu bersamaan dengan harga seekor lembu baka tempatan. Kambing kacukan berasaskan Boer pula mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 50 kg. Kambing Boer adalah alternatif yang baik bagi tujuan akikah dan korban kerana kepadatan daging yang tertinggi berbanding dengan baka kambing lain. Susuk badan yang besar pada baka Boer diterjemahkan kepada anak yang lebih berat ketika kelahiran dan kadar pembesaran yang cepat. Pengurusan yang baik dapat menghasilkan berat lahir anak melebihi 3 kg dan melampaui berat 10 kg ketika berumur satu bulan. Kambing Boer boleh disembelih seawal-awalnya pada umur lima dan enam bulan ketika berat badan sekitar 50 kg. |
Posted: 18 Sep 2012 07:08 PM PDT Sarimah Ibrahim dan Maryati Legori Ibrahim ketika memperkatakan mengenai Pink Charity Run, di Hospital Pantai Klang, Selangor, baru-baru ini. Ini bagi membolehkan mereka membawa ahli keluarga yang terlibat membuat rawatan pengesanan pada peringkat awal. Bercerita lanjut mengenai pengalaman berhadapan dengan ahli keluarga yang menghidap kanser, Sarimah berkata, adiknya mula mengetahui menghidap leukemia, sejenis kanser berkaitan darah, ketika usianya 18 tahun. "Ketika itu dia sedang menunggu untuk melanjut pengajian di universiti. Bagaimanapun dia terpaksa memendamkan niat tersebut kerana kanser yang merebak dalam dirinya sudah berada pada peringkat berbahaya. "Pada peringkat awal, tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia menghidap kanser sehinggalah beliau seringkali demam dan selesema yang tidak baik dalam tempoh yang lama. Selepas membuat ujian darah barulah diketahui bahawa dia menghidap kanser," katanya. Menurut Sarimah, dalam tempoh tersebut, sokongan dan dorongan dari keluarga amat penting dalam usaha memulihkan pesakit kanser. Katanya, pesakit kanser akan mudah rasa lemah dan hilang keyakinan diri terutama selepas menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkan keadaan fizikal berubah selain pergerakan juga terbatas. "Sokongan keluarga yang kuat dan berterusan akan memberi semangat kepada pesakit kanser untuk menjalani kehidupan pada hari yang mendatang," ujarnya. Sarimah berkata, tanggungjawab sebagai duta ini akan digalas sebaik mungkin untuk mendekati masyarakat dan berkongsi maklumat dengan mereka mengenai penyakit kanser payudara. "Wanita perlu didedahkan dengan bahaya kanser payudara yang boleh membawa maut jika tidak dikesan pada peringkat awal lagi. "Kanser payudara boleh dielakkan jika setiap wanita lebih prihatin dan peka terhadap perubahan pada bahagian tertentu payudara mereka. "Tindakan seperti membuat pemeriksaan sendiri pada bahagian payudara dan mamogram atau MRI payudara pada peringkat awal boleh mengurangkan risiko kanser merebak," katanya. Ujar Sarimah lagi, sebahagian masyarakat pada hari ini masih mempunyai stigma kurang senang untuk berbincang tentang kanser payudara secara terbuka. "Mereka masih menganggap apabila bercerita mengenai payudara ia adalah sesuatu yang memalukan dan lebih kepada maksud seksualiti," katanya. Tambahnya lagi, sempena kempen yang bakal diadakan pada Oktober ini, beliau berharap berpeluang menyampaikan maklumat berkaitan kanser payudara dan menanam kesedaran kepada wanita di luar sana. "Selain itu, setiap sumbangan wang ringgit oleh orang ramai akan digunakan untuk merawat pesakit untuk mendapat rawatan kaunseling. "Tambahan, bukan semua pesakit berkemampuan untuk membayar jumlah rawatan kaunseling kerana harganya yang agak mahal," ujarnya. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Hospital Pantai Klang, Maryati Legori Ibrahim berkata, mereka yakin Pink Charity Run adalah platform terbaik memberikan kesedaran tentang bahaya kanser dan menggalakkan wanita membuat pengesanan secara konsisten. "Mungkin penglibatan dalam masyarkata dengan kempen seperti ini nampak kecil, tetapi peranan ini akan membuat satu perubahan besar kepada wanita," katanya. Sementara itu, kutipan yang diperolehi daripada program Pink Charity Run 2012 akan disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) iaitu satu organisasi sukarela bebas yang memberikan sokongan dan kaunseling kepada penghidap barah. Pengesanan mamogram secara percuma juga akan ditawarkan kepada peserta Pink Charity Run 2012 yang berumur 40 tahun ke atas. |
Posted: 18 Sep 2012 07:07 PM PDT Soalan Dr., saya ada mendengar tentang kesan buruk epidural ketika bersalin. Ada yang mengatakan ia tidak baik untuk buah pinggang kelak. Adakah ia benar? Saya juga ingin tahu apakah kaedah ini pilihan terakhir untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Sebagai ibu yang mengandung lapan bulan dan bakal melahirkan anak sulung, saya juga ingin tahu adakah saya perlu mengamalkan teknik pernafasan yang betul ketika bersalin normal dan apakah yang perlu dilakukan untuk mengelak anak berada dalam kedudukan songsang? n Sheila, Kedah. Jawapan Tahniah Puan Sheila kerana dalam sebulan lagi anda akan bergelar ibu. Terima kasih juga kerana soalan yang diutarakan amat praktikal sekali. Sudah tentu persoalan di atas sentiasa muncul di minda puan buat masa ini. Insya-Allah saya akan cuba memberi penerangan. Memang tidak semua wanita bertuah dan dapat melahirkan anak tanpa masalah. Setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza-beza. Bahkan bagi seorang ibu, pengalaman melahirkan setiap anak juga tidak serupa. Kesakitan ketika melahirkan anak menyebabkan ada sesetengah wanita serik untuk hamil lagi. Sebenarnya ada pelbagai kaedah untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya kaedah teknik pernafasan (dikenal juga sebagai Lamaze) untuk melegakan ketegangan otot pelvis, suntikan ubat-ubatan, sedutan gas Entonox dan juga kaedah epidural. Kaedah teknik pernafasan (kaedah Lamaze) merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang dilakukan kebanyakan ibu ketika mengandung seperti diajar dalam kelas antenatal. Lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini. Kesakitan bersalin juga disebabkan ketegangan pada otot pelvis dan kaedah ini membolehkan otot pelvis menjadi tidak tegang dan seterusnya dapat mengurangkan kesakitan. Sebahagian wanita hanya memerlukan kaedah ini untuk mengurangkan kesakitan dan ia lebih bersifat semula jadi. Ubat-ubatan Suntikan ubat opiod iaitu yang sama kumpulan dengan morfin atau pethidin diberi ketika sakit bersalin dan menghalang otak daripada merangsang deria kesakitan. Bagaimanapun, ubat opiod ini boleh menyebabkan seseorang ibu merasa khayal dan mengantuk. Malah, bayi yang lahir juga mungkin boleh mendapat kesannya dan biasanya bayi diberi ubat antidot iaitu naloxone sejurus selepas dilahirkan. Sedutan gas Entonox (campuran gas oksigen dan nitrus oksida) memberi kesan sama, iaitu menghalang deria rasa daripada mengalami kesakitan dan sampai ke otak, tetapi ia juga boleh menyebabkan wanita mengantuk dan kurang cergas ketika bersalin. EpiduralPenggunaan suntikan epidural adalah bertujuan mengelakkan kesakitan terutamanya ketika puan memilih cara tersebut untuk bersalin tanpa kesakitan. Suntikan epidural diberi apabila pesakit mula menunjukkan tanda hendak bersalin. Epidural menahan kesakitan bersalin dengan menghalang buat sementara waktu saraf yang bermula dari rahim ke otak. Suntikan epidural ini mempunyai kebaikan seperti dapat menahan kesakitan pada fasa pertama dan kedua kelahiran, tidak memberi kesan mengantuk pada ibu, memberi bius untuk kelahiran secara forceps atau vakum, jahitan episiotomi dan meneruskan khidmat bius jika memerlukan kelahiran secara pembedahan caesarean. Ia juga menyebabkan salur darah mengembang, melancarkan peredaran darah kepada bayi dan secara tidak langsung mengurangkan risiko bayi lemas. Epidural adalah ubat tahan sakit paling selamat dan sangat diperlukan ibu yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, epidural tidak menjamin 100 peratus dapat mengurangkan kesakitan kerana kadangkala faktor posisi ketika pemberian epidural dan abnormaliti pada struktur tulang belakang yang bengkok (kifosis dan skoliosis) menyebabkan kesukaran mendapat posisi jarum epidural di kawasan lumbar tulang belakang. Kebanyakan wanita yang memilih suntikan epidural menyatakan ia memberi kelegaan kesakitan. Hampir semua yang pernah diberi suntikan epidural ingin melakukannya sekali lagi pada masa depan. Kajian membuktikan epidural tiada kesan sampingan jangka panjang. Saya sendiri pernah berpeluang menjalani kaedah epidural semasa bersalin anak ketiga hingga kelima. Ia pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan semasa menjalani proses kelahiran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Moga proses kelahiran yang akan puan alami juga sedemikian! Rungutan atau dakwaan bahawa suntikan epidural menyebabkan sakit belakang atau sakit pinggang kemudian hari adalah tidak benar. Ini kerana selepas bersalin normal tanpa epidural pun, sakit belakang tetap wujud disebabkan faktor berat badan, regangan pada kulit dan otot, serta postur ketika mengandung. Kaedah epidural sama sekali tidak menyebabkan masalah atau penyakit pada organ buah pinggang seseorang. Kesan sampingan yang biasa dialami adalah tidak selesa akibat kekebasan pada bahagian bawah badan. Biasanya kebanyakan wanita dapat menerimanya sebagai ketidakselesaan sementara. Selain itu, ia boleh menyebabkan tekanan darah rendah (hipotensi) dan tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri (mungkin memerlukan tiub kencing) buat sementara waktu. Biasanya pakar bius memberi ubat bius epidural berdos rendah yang berkesan untuk mengelak masalah ini. PernafasanAdalah elok jika puan dan suami berpeluang mempelajari teknik pernafasan yang betul. Teknik ini dapat membantu puan semasa proses bersalin nanti. Lebih baik jika menarik nafas panjang apabila merasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil meneran. Ini akan mengelakkan daripada mencederakan tekak dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat. Ia juga penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat. Kedudukan bayi songsang sebenarnya adalah normal pada peringkat awal kehamilan, 20 peratus ibu yang mengandung, biasanya akan mengandungkan bayi songsang pada peringkat awal. Kedudukan bayi songsang tersebut biasanya akan berubah pada peringkat pertengahan kandungan. Proses peralihan kedudukan kandungan ini akan berlaku secara automatik pada minggu ke-28 hingga minggu ke-32 usia kandungan. Jangan puan risau kerana buat masa ini kandungan puan pada minggu 32 usia kandungan. Insya-Allah bayi puan akan berada dalam kedudukan normal (sefalik) pada temu janji yang seterusnya. |
Permintaan trak Isuzu FVR meningkat Posted: 18 Sep 2012 07:05 PM PDT 'Daisuke Ishida menyerahkan replika kunci Isuzu FVR kepada Pengarah Urusan Integrated Cold Chain Logistics Sdn. Bhd. Kevin Lim. Turut kelihatan (dari kanan), Timbalan Pengurus Besar Isuzu Malaysia, Katsuhiro Koizumi, Pembantu Pengarah Urusan Integrated Cold Chain Logistics, Lillian Koay dan Pengarah Urusan Indah Utara Auto Sdn. Bhd., Poh Seng Hooi. Menurut kenyataan, sejak diperkenalkan pada April lalu, tempahan trak tersebut dilihat begitu positif. Justeru, Isuzu Malaysia yakin dapat mencapai sasarannya untuk menjual sebanyak 35 buah FVR pada tahun ini berdasarkan kepada trend tempahan itu. Syarikat ini telah mula menghantar kumpulan pertama kenderaan yang dipasang di kilang Isuzu-Hicom Malaysia di Pekan, Pahang itu kepada para pelanggan di seluruh negara. Ini termasuklah pembeli awalnya iaitu syarikat Integrated Cold Chain Logistics Sdn. Bhd. yang menerima tiga buah kenderaan 18 tan tersebut. Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida berkata, tempahan trak itu terus meningkat berikutan ciri-cirinya yang bagus, selain reputasinya sebagai kenderaan yang menjimatkan minyak dan boleh dipercayai. "Banyak syarikat mahu melihat dan menguji FVR untuk menilai kesesuaiannya dengan operasi perniagaan mereka. Maklum balas daripada ramai yang telah menggunakan kenderaan ini sememangnya positif. "Kebanyakan mereka kagum dengan kualiti buatan yang bagus, mudah dikendalikan dan prestasi enjinnya. Saya percaya bahawa sebaik sahaja kumpulan pertama kenderaan ini mula membuktikan keupayaannya, lebih banyak syarikat akan yakin dengan kemampuan FVR," katanya. Berasaskan kepada model generasi keenam yang kini dijual di Jepun, trak 18 tan itu menampilkan reka bentuk dan kejuruteraan tercanggih. Ia disifatkan sebagai pilihan ideal untuk operasi panduan jarak jauh memandangkan ia menggunakan enjin turbocharge enam silinder penuh berkuasa. Enjin tersebut dipadankan dengan kabin dan kerangka yang kukuh serta selesa untuk memberikan pemandu pengalaman pemanduan yang tidak meletihkan, walaupun memandu dalam tempoh yang lama. Maklumat lanjut mengenai Isuzu FVR boleh diperoleh di laman web: www.isuzu.net.my. |
Posted: 18 Sep 2012 07:04 PM PDT Lee Eu San (kanan) dan Dave Westerman (kiri) melancarkan model baru Ford Focus di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ford Focus mula diperkenalkan di pasaran dunia sejak 1998 dan menjadi kenderaan paling laris jualannya di dunia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Pengarah Urusan SDAC, Lee Eu San berkata, pihaknya menawarkan empat varian Ford Focus wajah baru iaitu dua varian bagi kategori sedan dan dua lagi untuk hatchback. Katanya, beliau yakin jualan Ford Focus wajah baru ini akan mendapat sambutan menggalakkan di Malaysia dan juga di ASEAN. "Ford Focus wajah baharu ini merupakan model yang dipertingkatkan bagi menepati kehendak pasaran dengan ciri-ciri canggih," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pelancaran Ford Focus wajah baharu di sini, baru-baru ini. Turut hadir ialah Pengurus Serantau, Operasi Eksport dan Pertumbuhan Ford, David Westerman. Harga di pasaran termasuk insurans bagi Ford Focus wajah baru bagi kategori sedan, varian 2.0L Ti-VCT Titanium AT dijual pada harga RM115,888, manakala varian 2.0L Ti Titanium+ AT dijual pada harga RM128,888. Harga bagi kategori hatchback, Ford Focus bagi varian 2.0L Ti-VCT Sport AT (RM115,888) dan 2.0L Ti-VCT Sport+ AT pada harga RM128,888. Tambah Eu San, keunikan wajah baru Ford Focus adalah ciri-ciri pintar iaitu Ford SYNC yang membolehkan pemandu membuat panggilan dan memainkan muzik melalui arahan suara. Jelasnya lagi, ia dilengkapi dengan bantuan meletak kenderaan aktif tanpa menggunakan tangan, segmen pertama seumpamanya diperkenalkan di Malaysia. "Ford Focus turut menampilkan ciri-ciri mengatasi titik buta (blind spot) untuk pemandu, sistem keselamatan kamera pengesan kenderaan di hadapan bagi mengelakkan perlanggaran," ujarnya. Tambah Eu San, semua varian Ford Focus baharu turut menawarkan pemula enjin tanpa kunci. Katanya, pada November ini, SDAC akan membawa masuk model Ford Focus ST (Sport Tecnologies) untuk peminat kenderaan itu di negara ini. |
Pajero Sport VGT kian diminati Posted: 18 Sep 2012 07:03 PM PDT Sejak diperkenalkan ke pasaran Malaysia setahun yang lalu, enjin diesel 2.5 liter Common Rail Mitsubishi diperakui bertenaga dan ekonomik. Ia dilengkapi dengan pengurusan kuasa enjin baru yang merangkumi Variable Geometry Turbo, yang mendorong kuasa maksimum dan paras kuasa kilas, masing-masingnya 178 kuasa kuda dan 350 Nm. Teknologi Variable Geometry Turbo (VGT) menggunakan bilah kipas berubah-ubah bagi mengawal aliran ekzos terhadap bilah turbin, memastikan penyampaian terus-menerus udara segar tambahan kepada enjin untuk output dan prestasi optimum. Kuasa kilas maksimum Pajero Sport VGT boleh dicapai secara meluas dari 1,800 hingga 3,500 rpm, memastikan pemecutan lebih kuat dan fleksibiliti. Kecekapan pengurusan enjin juga dipertingkatkan untuk kuasa yang lebih baik dan kecekapan bahan api. Enjin VGT baru yang bertenaga ini juga memiliki kotak gear baru sebagai teman. Pajero Sport VGT memaparkan transmisi automatik 5-kelajuan baru dengan Mod Sport, satu nisbah ke depan lebih berbanding transmisi dalam Pajero Sport GS. Penambahbaikan ini memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik selain daripada keseronokan dalam pemanduan, dibantu oleh pedal penukar magnesium pada kemudi roda. Pajero Sport VGT dijual bersama Pajero Sport GS 4WD dan Pajero Sport GL 2WD, menawarkan pilihan lebih luas kepada pelanggan. Ia boleh diperoleh dalam empat warna, Black Mica, Cool Silver, White Pearl dan Quartz Brown Metallic. Pajero Sport VGT yang diimport sepenuhnya ini dijual pada harga RM171,980 atas jalan termasuk insurans. Keselesaan menaiki kabin tujuh kerusi adalah satu daripada kekuatan utamanya, iaitu luas dan versatile. Dengan ciri-ciri baru yang mengagumkan. Pajero Sport VGT adalah satu daripada yang terbaik dalam kelasnya - saiz yang bertepatan bagi keluarga yang bertambah dan pada masa yang sama, memberi prestasi berkualiti, keselamatan dan boleh diharap. Mitsubishi Motors adalah pemenang kategori pengeluar paling berjaya dalam sejarah Rali Dakar, dan warisan prestasi dan kecergasan dibina ke dalam Pajero Sport. Kenderaan itu telah menerima pujian daripada pelanggan dan media sebagai kenderaan keluarga yang selesa dan luas. Kualiti kenderaan dipertingkatkan dalam Pajero Sport VGT, yang menambah sarung kulit kerusi mewah yang direka baru bagi kesemua tiga baris kerusinya, selain sistem hiburan paparan sentuh warna penuh 2-DIN dengan navigasi GPS sebagai peralatan standard. Pajero Sport VGT juga dipasang dengan sistem 4WD Super Select Mitsubishi Motors bagi membolehkan ia melalui permukaan yang paling sukar. Sistem inovatif ini memberi pemandu pilihan untuk memilih mod pemanduan (2H, 4H, 4HLc, 4LLc) bagi pelbagai keadaan, sama ada untuk memaksimumkan penjimatan bahan api di atas jalan raya, atau untuk daya cengkaman maksimum di atas permukaan yang mencabar. Ciri-ciri keselamatan lain termasuk beg udara berkembar, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Edaran kuasa-Brek Elektronik (EBD), Pembeza Had Terbabas (LSD) Hibrid dan pedal brek keselamatan, sekadar menyebut beberapa. Senarai peralatan standard turut merangkumi kawalan cruise, kawalan suhu automatik dan kamera semasa mengundur. |
Beetle dapat sambutan luar biasa Posted: 18 Sep 2012 07:03 PM PDT Volkswagen Beetle versi baru yang dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pengarah Urusannya, Ricky Tay berkata, Beetle mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1950-an dan sehingga kini telah menjadi terkenal serta pilihan peminat kereta unik. "Sejak beberapa bulan ini, ramai mula bercakap-cakap mengenai Beetle baru dan kini ia sudah berada di pasaran Malaysia. "Kami telah menerima tempahan sebelum pelancarannya lagi dan jumlahnya sudah melebihi jangkaan awal," katanya pada majlis pelancaran Beetle di pameran Volkswagen's Das Auto 2012, minggu lalu. Beetle baru ini lebih menyerupai kereta asal model tahun 50-an berbanding model sebelum ini iaitu New Beetle terutamanya dari segi rekaan bentuk asas berbentuk 'kumbang'. Kereta ikon ini menggunakan enjin 1.2 TSI, iaitu enjin sama yang digunakan Polo Hatchback yang mampu menghamburkan kuasa 105 kuasa kuda dan 175 Nm kuasa kilasan pada 1,550 rpm hingga 4,100 rpm. Beetle baru ditawarkan dalam tujuh warna iaitu putin candy, merah tornado, kuning saturn, perak reflex, hitam deep, perak platinum, perang graciosa dengan harga RM139.888 sebuah. |
Dilema antara tentera atau polis Posted: 18 Sep 2012 07:00 PM PDT SERING berbincang dengan anggotanya di Balai Polis Travers. Sebelum menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 2006, pegawai polis berusia 28 tahun itu pernah membuat permohonan untuk memasuki kedua-dua pasukan. "Pada mulanya saya mengharapkan agar mendapat tempat di dalam pasukan angkatan tentera namun tawaran daripada Polis Diraja Malaysia datang terlebih dahulu. "Surat tawaran daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperolehi hanya selepas dua bulan saya menjalani latihan," katanya ketika ditemui Gaya Polis baru-baru ini. Katanya, sebaik sahaja mendapat tawaran daripada ATM, dia berada dalam dilema sama ada mahu mengikut jejak langkah arwah bapanya yang pernah bertugas sebagai tentera atau meneruskan sahaja latihan. "Sukar untuk membuat keputusan, saya pun bertanyakan pendapat arwah ayah dan dia menasihatkan saya supaya meneruskan sahaja latihan. "Dengan galakan dan sokongan keluarga akhirnya saya meneruskan sahaja latihan dan kini bertugas sebagai seorang pegawai polis," katanya yang turut berkongsi hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi. Sebaik sahaja selesai menjalani latihan, Muhammad Hidayat ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sebagai pegawai penyiasat jenayah sehingga kini. Pada peringkat permulaan bertugas, pelbagai rintangan dan dugaan terpaksa dihadapi beliau berikutan baru menjejak langkah ke alam kepolisan. "Tekanan pada tahun pertama memang perkara biasa yang akan dihadapi setiap pegawai namun kita hendaklah bijak mengawal situasi. "Selain itu, kita hendak rajin bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman tentang bagaimana cara dan teknik menjalankan siasatan atau soal siasat dengan lebih berkesan," katanya yang beristerikan seorang timbalan pendakwa raya di ibu negara. |
Posted: 18 Sep 2012 06:57 PM PDT Nad Zainal Pun begitu, namanya mula menjadi sebutan sepanjang tahun ini apabila sering muncul di layar skrin. Malah kehadirannya menerusi drama Bukan Bidadari di Slot Lestari TV3 yang disiarkan setiap Selasa jam 9 malam, menyerlahkan lagi bakatnya dalam bidang lakonan. Memegang peranan sebagai Inas, Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal mengakui Bukan Bidadari berjaya mengubah persepsi pengarah, penerbit dan peminat terhadap kebolehannya dalam bidang ini. "Sebenarnya orang mula mengenali saya apabila terlibat dalam drama Memberku Hawa, bagaimana pun, kerana watak saya dalam drama itu lebih ringan dan santai, mungkin ramai kurang memberi perhatian. "Apabila muncul sebagai Inas, memang banyak perbezaannya. Apa yang saya nampak, ketika menjadi Inas, saya semakin menjadi tumpuan. "Bahkan, ramai pengarah mula memberi kepercayaan kepada saya memegang watak lebih berat dan serius," katanya memberitahu Bukan Bidadari baru sahaja menamatkan episod terakhirnya semalam. Berkongsi kegembiraannya kerana diterima peminat menerusi drama itu, jelas Nad, dia sangat bersyukur kerana Inas telah menaikkan namanya. "Saya gembira kerana watak dan lakonan yang dibawa menjadi di mata mereka. Saya yakin jika penonton memberi respons baik terhadap watak yang dibawa, pasti ia kerana keberkesanan pelakon itu menghidupkan wataknya. "Lagi pun, ini kali kedua saya membawa watak begini dan saya tidak menduga ia berjaya membuka mata orang ramai mengenai kewujudan saya selama ini," kata gadis berusia 22 tahun ini. Ditanya apakah dia akan memilih watak yang diberikan selepas ini, ujar Inas, sebagai pendatang baru, dia tidak boleh terlalu memilih. "Setiap watak dan peranan mempunyai keistimewaan masing-masing. Adakala, biar pun sebagai pembantu, tetapi watak itu lebih menyerlah. "Pokok pangkalnya, cara kita membawa watak yang diberikan," ujarnya memberi 100 peratus fokus terhadap bidang lakonan. Fokus satu kerja Mungkin namanya kurang menyerlah berbanding artis popular lain, namun bagi Nad, semua itu bukan masalah baginya untuk pergi lebih jauh. Malah ia menguatkan lagi semangatnya untuk terus mewarnai industri ini bersama rakan seperjuangannya yang lain. Mengulas persaingan antara mereka, Nad berkata, setiap pelakon mempunyai keistimewaan tersendiri. "Saya akui ada segelintir pelakon baru yang senang mencipta nama, baru sahaja muncul di kaca televisyen, mereka kemudiannya mendapat tawaran yang tidak putus. "Mungkin itu rezeki mereka, dan saya pula senang dengan cara begini, hanya menerima tawaran yang datang apabila sebuah projek telah disiapkan. Saya tidak mahu mengejar tawaran yang datang kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen. "Saya lebih gemar memberikan perhatian kepada satu kerja itu sehingga habis dan kemudian barulah disambung dengan yang lain. Apa pun, saya bersyukur kerana menerima banyak tawaran lakonan sekarang," katanya yang sangat mengagumi lakonan Sharifah Amani. Impi watak epik Berbeza sungguh cara gadis cantik ini apabila berbicara mengenai watak idamannya. Jelasnya, jika diberi peluang, dia teringin melakonkan watak epik dan tokoh politik. "Sukar untuk membawakan watak begini, selain cabaran menjadi tokoh tersebut, pelbagai kajian perlu dijalankan. Jika tersalah fakta, pasti meninggalkan kesan yang buruk. "Malah, kalau kita tidak mampu menggalasnya dengan baik, sudah pasti lakonan kita akan dikritik dengan teruk," kata bekas penuntut Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini. Bercerita mengenai perkembangan terbarunya pula, Nad kini sedang sibuk menjalankan penggambaran drama bersiri Putera Rayyan yang akan disiarkan di Slot Samarinda TV3. Drama 24 episod ini memerlukan Nad memegang watak sebagai seorang yang sangat baik. "Dalam drama ini, saya bergandingan bersama Kamal Adli dan Miera Liyana, drama ini ibarat cerita Bawang Putih, Bawang Merah. PROFIL Nama Penuh: Farah Nadia Binti Zainal Abidin. Tempat Lahir: Kajang, Selangor. Pendidikan: Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Kerjaya: Pelakon dan Model. Drama: Sunsilk Impian, Bloggerboy 2 (2008), Apa Dosaku : Sybil Kathigasu (2009), Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin dan kisah futuristik, Rafik (2010), Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales, Memberku Hawa, Bukan Bidadari dan Putera Rayyan. Filem: Jidin Sengal, Kami Histeria |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan