RSS

Nuffnang

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

sumber :-

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Saida Terkejut Dipilih Mengerjakan Haji

Posted: 22 Aug 2013 09:04 PM PDT

Saida memberitahu dia mula memakai tudung sejak bulan Ramadan lalu dan mengakui lebih tenang dengan penampilan terbaharunya itu.
PETALING JAYA: Penyanyi Siti Norsaida Tarudin mengakui terkejut apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah Haji di Mekah pada tahun ini selepas tujuh tahun mendaftarkan nama dengan pihak Tabung Haji (TH).
Siti Norsaida atau lebih mesra dipanggil Saida, 38, tidak menyangka mendapat tawaran tersebut ketika dia melakukan perubahan imej iaitu dengan memakai tudung pada bulan Ramadan lalu.
"Alhamdulillah tiada kata lain yang dapat saya luahkan apabila mendapat surat untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Sudah tentu saya terkejut dengan berita tersebut kerana doa saya untuk mengerjakan Haji telah dimakbulkan Allah.
"Saya bersyukur kerana berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima itu pada usia yang muda dan berharap pemergian saya nanti akan dipermudahkan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Saida memberitahu dia dijadualkan berlepas ke kota suci Mekah pada September depan dan masih menantikan jadual penerbangan oleh pihak TH.
"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan berangkat ke Mekah pada September depan dan hanya akan dapat jadual penerbangannya pada 24 Ogos ini.
"Saya cukup berasa rendah diri dan teruja kerana ini adalah kali pertama saya dapat menjejakkan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah dan Haji serentak," katanya.
Dalam perkembangan sama, Saida berkata, dia telah memohon kepada pihak Tabung Haji untuk membawa anak sulungnya iaitu Siti Nurunnyssa, 17, sebagai peneman dan masih menantikan jawapan itu dari pihak TH.
Sebagai persiapan, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza ini, dia turut menghadiri kursus Haji selain mempelajari hal-hal berkaitan agama agar lebih bersedia menunaikan Rukun Islam itu.
Dalam perkembangan lain, Saida memberitahu sejak memakai tudung, hatinya menjadi lebih tenang dan selesa dengan penampilan baharu itu.
Dia juga tidak mempunyai sebarang sebab membuat keputusan bertudung sebaliknya terbuka hati ingin berubah menjadi insan lebih sempurna.
"Saya langsung tidak merancang untuk memakai tudung tetapi perasaan itu tiba-tiba hadir dengan sendiri pada hari ke-16 Ramadan. Alhamdulillah perubahan ini dilakukan atas kesedaran ingin menjadi insan lebih baik," ujarnya.
Mengulas mengenai perkembangan terbaharu Saida berkata, dia masih aktif sebagai penyanyi dan sibuk menghadiri pelbagai majlis hiburan.

Zarina Zainuddin Bahagia Hidup Bermadu

Posted: 22 Aug 2013 09:03 PM PDT

Zarina Zanuddin
PETALING JAYA: Pelakon Zarina Zainuddin menyifatkan kehidupan bermadu iaitu berkongsi kasih suami bukanlah satu perkara buruk seperti yang digambarkan oleh kebanyakan wanita.
Zarina, 43, berkata, selama 20 tahun menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan, hubungan beliau dengan madunya sentiasa baik.
"Sebagai isteri kedua, saya kena sedar bahawa kedudukan isteri pertama harus diberi keutamaan. Saya akur dengan perkara itu.
"Apa yang penting hati perlu dibersihkan agar diri kita menjadi lebih positif dalam sesuatu perkara. Saya pun tidak mahu suami pening kepala gara-gara kena melayan karenah isteri masing-masing.
"Mungkin ramai wanita menyifatkan hidup bermadu sangat buruk tetapi Alhamdulillah, kami bahagia hidup bersama dan kami tahu peranan masing-masing," katanya.
Zarina berkata demikian selepas diminta berkongsi pengalamannya hidup bermadu sejak 20 tahun lalu.
Tambah pelakon itu, hubungan yang akrab bersama madunya membuatkan mereka turut menjadi rakan kongsi menjalankan perniagaan kecantikan bersama-sama.
"Mungkin ada yang nampak pelik tetapi saya dan madu saya benar-benar serasi malah kami membuka perniagaan bersama.
"Kami juga pernah bercuti bersama. Cuma apabila dia bersama suami, saya akan jauhkan diri dengan anak-anak untuk memberi peluang mereka bercerita.
"Kadang-kadang rasa bagus juga hidup begini kerana apabila suami bersama isteri pertama saya dapat meluangkan masa untuk diri sendiri pula," tuturnya.
Dalam pada itu, Zarina berkata, dia juga tidak mempunyai halangan jika suaminya mahu menambah isteri ketiga.
Zarina kini memiliki empat orang anak lelaki termasuklah sepasang kembar berumur 17 tahun, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, Muhammad Naim Azrai,10 dan Muhammad Adam Azrai yang berusia tujuh tahun.

'Persetua Lara' Drama Sedih Untuk Remaja

Posted: 22 Aug 2013 09:02 PM PDT

Rohaizulfarridz Salleh
KUALA LUMPUR: RTM melakukan inisiatif untuk mendedahkan remaja yang terhakis mengenai erti kemerdekaan dengan menghasilkan sebuah drama sedih berjudul Persetua Lara.
Penerbit drama RTM, Rohaizulfarridz Salleh berkata, elemen 'air mata' yang dihasilkan dalam karya berkenaan diharap mampu menarik minat golongan berkenaan agar menonton drama tersebut sempena sambutan kemerdekaan negara yang akan disambut 31 Ogos ini.
"Drama ini memang khusus untuk para remaja kerana golongan muda zaman sekarang kebanyakannya tiada penghayatan kemerdekaan. Berdasarkan kajian, kami lihat golongan muda gemarkan cerita-cerita berunsur sedih.
"Sempena sambutan kemerdekaan ini, kami cuba menyingkap jiwa mereka menerusi Persetua Lara di mana kami mengetengahkan elemen sedih untuk menarik perhatian penonton," katanya.
Razali dan Sherry Merlis dalam Persetua Lara.
Rohaizulfarridz ditemui pada majlis pratonton drama berkenaan di Angkasapuri di sini pada Khamis.
Persetua Lara lakonan Sherry Merlis, Zarina Zainuddin dan Ezani Nizariff merupakan sebuah drama yang menilai maksud bebas merdeka dari tiga latar masa berbeza iaitu pada zaman darurat Tanah Melayu (1948), zaman kegawatan ekonomi (1987) dan tahun 2008.
Tambah Rohaizulfariddz, drama ini juga mengajar penonton berfikir mengenai konflik yang berlaku sebelum negara mencapai kemerdekaan.
"Kita sedia maklum segelintir masyarakat tidak gemarkan drama yang membuatkan mereka perlu berfikir lebih-lebih lagi ia berkaitan sejarah.
"Saya harap penonton akan buka mata selepas ini dan menilai karya- karya berat bermula dengan Persetua Lara," ujarnya.
Drama berkenaan yang turut dilakonkan oleh Razali Hussain dan Hadi Tahir ini bakal ditayangkan pada 27 Ogos ini, pukul 10 malam menerusi saluran TV2.

Dipukau pasangan Arab

Posted: 22 Aug 2013 08:52 PM PDT


  • Dipukau pasangan Arab Imej pasangan Arab berkenaan berjaya dirakam CCTV yang terdapat di kedai mangsa di Pekan Kota, kelmarin
REMBAU – Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM300 selepas dia dipukau oleh pasangan Arab di premis perniagaannya di Pekan Kota, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa, Chew Yin, 39, berada seorang diri di dalam kedai dan didatangi pasangan Arab yang menaiki sebuah kereta jenis Toyota Camry yang ingin membeli air minuman di kedainya.

Suami mangsa, Tee Ah Beng, 50, berkata, isterinya itu pada mulanya menyedari pasangan Arab berkenaan membelek-belek air dan makanan di dalam kedai, namun mula tidak sedarkan diri selepas salah seorang pasangan
berkenaan menyerahkan RM4 dan berbual dengannya.

Menurutnya, pasangan Arab berkenaan seolah-olah bercakap sesuatu dengan isterinya sewaktu dia ingin memulangkan wang baki.

"Bermula dari situ, isteri saya dipukau dan apabila sedar, wang tunai jualan berjumlah lebih RM300 sudah lesap.

"Pasangan Arab ini hanya mengambil wang sahaja dan imej mereka berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian dan kes pukau berkenaan kini disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

Saya sedar diri! – Que Haidar

Posted: 22 Aug 2013 08:49 PM PDT


QUE HAIDAR ternanti-nanti untuk berlakon di bawah arahan pengarah filem Bunohan, Din Said.


AKTOR terkenal, Que Haidar dan Khir Rahman telah memukau ramai peminat sewaktu mereka menyanyi secara langsung ketika mengadakan persembahan di pentas majlis Anugerah Lawak 2013 yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.
Gaya persembahan mereka mirip penyanyi profesional dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton meski- pun persembahan itu hanyalah tribute khas untuk filem lakonan mereka, Rock Oo.
Bertemu dengan Que selepas majlis anugerah tersebut selesai, suami kepada pereka tari, Linda Jasmine itu hanya tertawa apabila ramai yang memuji persembahannya. Namun kata Que, dia langsung tidak berniat untuk menjadikan nyanyian sebagai kerjayanya.
"Saya sedar diri, ramai lagi penyanyi yang bagus. Sebenarnya saya malu untuk jadi penyanyi kerana itu bukanlah bidang saya walaupun saya boleh menyanyi sikit-sikit.
"Persembahan saya bersama abang Khir Rahman pada majlis ini sebenarnya hanya untuk filem Rock Oo. Saya tidak keberatan kerana kami berdua di atas pentas bukan sebagai diri kami sendiri, sebaliknya watak yang dijayakan dalam filem," katanya.
Tambah Que, keberaniannya untuk menyanyi secara langsung itu timbul bukan untuk menunjukkan bakat nyanyian semata-mata, sebaliknya memberi momentum kepada peminat filem tersebut.
"Mula-mula takut juga sebab kami hanya jalani latihan sehari sebelum persembahan tetapi bila difikirkan balik, persembahan ini bagus untuk mengingatkan peminat pada filem Rock.
"Selepas filem Rock, Rock Oo, pengarah Mamat Khalid akan membikin filem Rock 3 selepas ini. Kami baru sahaja berbincang dan akan menjalani penggambaran tidak lama lagi," ujarnya yang memegang watak sebagai Amy Mat Piah dalam filem itu.
Walaupun tidak terfikir untuk bergelar penyanyi, Que dan kumpulan Rimba Bara (kumpulan di dalam filem Rock) pernah mengadakan persembahan pada majlis makan malam.
"Lucunya, ada orang tawarkan kami buat persembahan selepas filem Rock Oo ditayangkan (ketawa). Saya dan kumpulan Rimba Bara ada membuat persembahan pada majlis makan malam dan kami mendendangkan lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang ditukar kepada genre rock.
"Sekadar suka-suka bolehlah tetapi kalau ada orang tawarkan kumpulan Rimba Bara untuk buat persembahan secara serius, saya rasa tidak mungkin sebab kami semua pelakon bukannya penyanyi dan pemuzik," balasnya.
Namun kata Que, dia hanya bersetuju untuk menyanyi jika melibatkan filem lakonannya.
"Saya akan menyanyi jika tawaran itu datang untuk lagu runut bunyi filem yang saya lakonkan atau apa sahaja yang melibatkan kerjaya saya sebagai pelakon," balasnya.
Bercerita lanjut mengenai perkembangan kerjayanya, selain filem Rock 3, Que terlibat dengan sebuah telefilem berjudul Budak Johor dan sedang menantikan tawaran daripada pengarah filem Bunohan, Din Said.
"Sepatutnya saya terlibat dalam filem Bunohan tetapi ketika waktu penggambaran, jadual saya tidak mengizinkan. Jadi, abang Din Said sendiri berkata dia berhutang satu filem dengan saya.
"Sebagai pelakon, bagi saya dia seorang pengarah yang hebat dan sangat kreatif. Biarpun agak lambat dan menunggu lama, saya pasti hasil karyanya tidak pernah mengecewakan pencinta seni seperti saya," tuturnya yang masih sibuk di bengkel lakonan yang diusaha- kan bersama isterinya.

Jodoh segera Black

Posted: 22 Aug 2013 08:47 PM PDT


FIGURA ini bakal muncul dengan single terbaharu berjudul, Si Merah Si Putih.


PENYANYI Black Mentor yang kini ingin dikenali sebagai Black Hanifah telah mengumumkan tarikh perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 13 September depan di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Walaupun berdebar-debar, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, menjelaskan, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada bakal isterinya, Naquira Yasirah Mohd. Khairi, 28.
Mereka melangsungkan pertunangan pada 26 Januari lalu selepas dua bulan berkenalan.
Tidak menafikan terlalu banyak dugaan yang terpaksa dihadapinya sepanjang tempoh pertunangan seperti gosip putus tunang, disihir dan terbaharu ditipu perunding perkahwinan sebanyak RM15,000.
Enggan mengulas lanjut tentang kes yang masih dalam siasatan pihak polis itu, Black kini hanya memberi fokus kepada majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tiga hari berturut-turut iaitu majlis pernikahan (13 September), majlis resepsi (14 September) kedua-duanya di Zebra Square manakala majlis keraian untuk peminat diadakan di Padang PPR Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur untuk peminat (15 September).
Ikuti temu bual bersama Black yang ditemui pada majlis sidang akhbar majlis perkahwinannya di Zebra Squre baru-baru ini.
Kosmo!: Apakah keistimewaan bakal isteri sehingga Black bersedia untuk berkahwin walaupun baru berkenalan selama dua bulan?
BLACK: Saya berkawan dengan ramai orang. Begitu juga dengan bakal isteri tetapi dia sangat istimewa di hati saya kerana dia mengenali saya pada mulanya sebagai Hanifah, bukannya penyanyi Black. Kami mengambil keputusan untuk bertunang selepas dua bulan berkenalan dan terus membuat persiapan perkahwinan selepas itu.
Tidakkah perkahwinan ini dilihat seperti tergesa-gesa?
Saya percaya jodoh itu di bawah kuasa Allah. Ramai wanita yang saya kenal tetapi tidak ada seorang pun antara mereka yang sesuai dan memenuhi kriteria yang saya inginkan sebagai isteri. Semua kriteria itu ada pada Naquira. Kalau rasa sudah temui orang yang sesuai, buat apa tunggu lama-lama, lagipun kedua-dua belah keluarga kami merestui hubungan ini.
Bagaimanakah anda berdua berkenalan?
Saya berkenalan dengannya di Dataran Merdeka menerusi kekasih kepada rakan saya. Pada mulanya, saya ingat dia kenal saya sebagai penyanyi Black dan akan terkejut berjumpa dengan saya tetapi bila berjumpa dengannya saya yang terkejut sebab dia langsung tidak kenal saya (ketawa). Dia tidak mengikuti perkembangan muzik tempatan kerana ketika itu baru pulang daripada belajar di Melbourne, Australia selama tiga tahun.
Selepas mengetahui status anda sebagai penyanyi popular, bagaimana penerimaannya?
Dia seorang yang ringkas dan bapa saudaranya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan pula merupakan suami kepada aktres Datin Paduka Umie Aida. Jadi, dia dan keluarganya sudah terbiasa dengan kerjaya saya sebagai penyanyi serta perhatian yang diberikan orang ramai.
Selepas ditipu perunding perkahwinan, bagaimanapun perkembangan persiapan perkahwinan anda?
Sebelum ini saya buat semua sendiri tetapi nampaknya tidak menjadi. Sekarang semuanya diuruskan oleh pihak pengurusan saya iaitu The 8 Unit bermula bulan lepas. Terdapat tajaan daripada beberapa pihak. Jumlah kos tajaan yang saya terima biarlah saya sendiri sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakan, saya bekerja keras mengumpul wang bagi majlis perkahwinan ini.
Khabarnya anda bakal mendendangkan lagu khas pada majlis perkahwinan untuk bakal isteri bolehkah dikongsi?
Ya, sebenarnya lagu itu kejutan untuknya dan merupakan single terbaharu saya. Judulnya Si Merah Si Putih yang dicipta oleh komposer Ajai. Saya akan merakamkan lagu itu tidak lama lagi dan menyanyikan lagu itu buat pertama kali pada majlis perkahwinan saya.
Adakah anda sudah merancang lokasi berbulan madu?
Belum lagi tetapi saya sudah merancang selepas berkahwin saya ingin membawa isteri dan kedua ibu bapa saya menunaikan umrah. Rasanya cara itu lebih afdal, selepas itu barulah saya fikirkan destinasi bulan madu untuk kami berdua.
Sudahkah anda bersedia untuk menjadi suami orang?
Memang saya sudah bersedia. Saya telah menghadiri kursus perkahwinan dan banyak membaca buku tentang ilmu rumah tangga. Saya sedar tanggungjawab seorang suami sangat besar dan saya bersedia untuk belajar menjadi seorang suami yang baik.

Pengacara 3R berganti wajah

Posted: 22 Aug 2013 08:46 PM PDT


CELINA (tengah) bersama Kartini (kiri) dan Rafidah cukup sinonim dengan program 3R.


MULA bersiaran di saluran TV3 pada tahun 2010, program infotainment, 3R memang telah sinonim dengan lima orang pengacaranya yang petah berbicara iaitu Rafidah Abdullah, Azah Yasmin Yusof, Kartini Ariffin, Low Ngai Yuen serta Celina Khor.
Namun, setelah hampir 13 tahun, program yang mengutarakan masalah dan penyelesaian terhadap isu berkaitan wanita ini bakal berubah wajah.
Sepanjang tempoh tersebut, 3R telah bersiaran sebanyak 15 musim dan setelah berehat selama tiga tahun, produksi ini kembali lagi mencari pengacara baharu menerusi Projek 3R.
Program realiti tujuh episod ini bakal memaparkan saingan 12 peserta yang dipilih untuk menyambung legasi pengacara 3R sebelum ini.
Pihak produksi telah menyediakan dengan pelbagai aktiviti yang menguji daya ketahanan mental dan fizikal sebelum dipilih menjadi trio 3R yang baharu.
"Kami lihat dari segi peningkatan, pemikiran, fizikal dan juga mental peserta. Namun, bukan semua sempurna kerana ada peserta yang menyerlah dalam persembahan di hadapan kamera, namun lemah dalam cabaran.

BARISAN 12 peserta yang bakal bersaing dalam program realiti, Projek 3R.


"Jadi, semua ini kami ambil kira. Oleh kerana itu, kami tidak lakukan penyingkiran dalam setiap episod. Kami juga lihat bagaimana mereka bekerjasama sebagai sebuah pasukan. Perkara paling mencabar bagi kami adalah penyingkiran.
"Setiap kali kami ingin melakukan penyingkiran, kami perlu berbahas di antara juri semua dan ia mengambil masa yang lama.
"Malangnya, kami hanya perlukan tiga orang peserta untuk menjadi hos 3R yang baharu," jelas Lina Tan selaku pencetus bersama 3R.
Personaliti berbeza
Tidak dinafikan, setelah bersiaran selama 15 musim, program ini memang telah biasa dengan gelagat lima pengacara terdahulu.
Namun, ujar Lina, mereka bukan mencari pengacara yang menggantikan kelima mereka yang sebelumnya.
"Apa yang kami cari ialah tiga orang yang mempunyai personaliti yang berbeza dan tidak sama seperti kelima pengacara yang sebelum ini.
"Mereka harus merupakan muka dan generasi baharu 3R yang boleh mewakili apa yang kami buat selama ini. Kami harap penonton yang telah membesar dengan program ini dapat menerima pengacara baharu kami ini," tutur Lina tentang apa yang ingin dicari melalui Projek 3R.
Bicara Rafidah sebagai salah seorang pengacara awal 3R serta mentor dalam projek ini, prestasi peserta berbeza pada setiap episod.
"Namun, apa yang pasti, saya dapat lihat dedikasi mereka semua. Bagaimanapun, yang menjadi kesukaran, jika di belakang kamera, memang terserlah personaliti mereka, namun sejurus muncul di hadapan kamera, mereka telah merubah personaliti tersebut.
"Jadi, itu adalah sesuatu yang kami perlu latih mereka, iaitu walau di hadapan mahupun belakang kamera, mereka perlu menjadi diri sendiri. Itu antara cabaran kami kepada mereka.
"Pada mulanya, saya sebenarnya agak risau kerana cabaran yang diberi semakin lama semakin sukar," ulas Rafidah tentang pengalaman mengendalikan projek tersebut.
Projek 3R bersiaran sebanyak tujuh episod pada setiap hari Sabtu pukul 6 petang bermula 24 Ogos manakala 3R musim baharu bakal bersiaran 20 Oktober pukul 7.30 malam setiap Ahad.

Budak cedera diserang beruk

Posted: 22 Aug 2013 08:42 PM PDT


SPESIES beruk yang menyerang Mohamad Hairul Hafizi.


NIBONG TEBAL – Seorang kanak-kanak cedera di bahagian perut dan tangan akibat digigit seekor beruk jantan yang menyerangnya kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika mangsa, Mohamad Hairul Hafizi Mohamad Dahalan, 10, dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Relau ke rumahnya di Kampung Tengah Relau Atas B di sini.
Menurut ibu mangsa, Zuraidah Ghazali, 34, anak kedua dari tiga beradik itu sedang menaiki basikal namun telah diterkam oleh haiwan yang dikatakan bersaiz sebesar tubuh anaknya itu.

MOHAMAD HAIRUL HAFIZI yang cedera selepas diserang seekor beruk dirawat di Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal semalam.


"Anak saya terjatuh dari basikal lalu digigit oleh beruk itu. Mujurlah ketika itu ada penduduk kampung melalui kawasan berkenaan dan menghalau haiwan itu serta membantu anak saya," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Zuraidah, anaknya yang mengalami kecederaan serius di bahagian kanan perut dan tangan telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk menerima rawatan kecemasan.
Dakwanya, haiwan berkenaan yang dipercayai dipelihara oleh seorang penduduk kampung itu terlepas daripada ikatan sebelum megigit anaknya.
Menurut Zuraidah, dia kesal dengan kelalaian pemilik haiwan tersebut dan telah membuat laporan di Balai Polis Serdang, Kedah.
Katanya, kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah menangkap beruk tersebut ekoran bertindak ganas dan menyerang anaknya.

Tidak sempat jual pasport

Posted: 22 Aug 2013 08:41 PM PDT


KAMALUDDIN menunjukkan pasport milik seorang lelaki tempatan yang cuba dijual kepada warga Sri Lanka di Melaka semalam.


MELAKA – Cubaan seorang lelaki warga tempatan memperbaharui pasport miliknya dengan menggunakan gambar warga Sri Lanka gagal apabila dia dicekup di bahagian Pasport, Jabatan Imigresen negeri di sini kelmarin.
Lelaki berusia 27 tahun itu berbuat demikian kerana mahu menjual pasport miliknya itu kepada warga asing tersebut pada harga RM2,000.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, lelaki berkenaan hadir ke bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Ayer Keroh kira-kira pukul 11 pagi bagi memperbaharui pasport miliknya.

Lakar wajah di ladang jagung untuk kempen pilihan raya

Posted: 22 Aug 2013 08:32 PM PDT



Lakaran ladang jagung yang dihasilkan seorang petani sangat menarik perhatian untuk tatapan orang ramai di Chester, Nwe Jersey.


CHESTER — Seorang petani di negeri New Jersey, Amerika Syarikat menghasilkan lakaran dua wajah ahli politik tempatan di ladang jagung miliknya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lukisan tersebut sempena kempen pilihan raya untuk memilih Gabenor New Jersey.
Petani itu, Dale Davis menanam jagung pada corak batas yang berbentuk wajah calon Parti Republikan, Chris Christie dan pencabarnya, Barbara Buono daripada Parti Demokratik.
Davis menanam jagung berkenaan di Ladang Stony Hill miliknya di sini pada Jun lalu.
Menurut peladang tersebut, dia berbuat demikian kerana mahu menarik perhatian orang ramai.
"Lakaran wajah pada ladang jagung ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Ogos ini. Mereka akan dikenakan sedikit bayaran," kata Davis.
"Pilihan raya gabenor akan berlangsung pada 5 November depan," tambahnya.

Alat pemetaan cakerawala hilang ditemui semula

Posted: 22 Aug 2013 08:31 PM PDT





STOCKHOLM – Sebuah alat pengiraan astronomi zaman silam atau astrolab telah dipulangkan ke sebuah muzium di Sweden kelmarin, kata kurator muzium berkenaan.
Katanya, alat yang dicipta pada kurun ke-16 itu digunakan untuk memerhatikan kedudukan cakerawala.
Alat astrolab itu ditemui semula selepas ia dicuri 14 tahun lalu.
"Ia dipulangkan semula hari ini (kelmarin) dan ia telah dipamerkan," kata kurator Muzium Skokloster, Bengt Kylsberg.
Alat Astrolab itu diperbuat daripada tembaga dan perak di Jerman pada 1590. Ia ditandatangani oleh perekanya Martinus Weiler.
Alat berkenaan digunakan untuk menentukan masa dan memeta bintang-bintang di cakerawala. Alat itu dianggarkan bernilai lebih 400,000 euro (RM1.7 juta)
Kylsberg berkata, objek tersebut berada dalam keadaan baik apabila ia dipulangkan.
Komputer kuno itu hilang pada 1999 dan ditemui semula beberapa bulan lalu apabila seorang pengumpul barang antik di Itali cuba untuk menjualnya.
Pengumpul berkenaan meminta meminta peguamnya untuk mendapatkan nasihat Pendaftar Kehilangan Barangan Seni (ALR) di internet mengenai objek seni yang hilang.
Dia memulangkan alat berkenaan selepas objek tersebut berada dalam senarai barangan seni yang hilang atau dicuri.

Guna dron untuk halau angsa

Posted: 22 Aug 2013 08:29 PM PDT





OTTAWA – Pihak berkuasa Kanada menggunakan pesawat kawalan jauh atau dron untuk mengusir kawanan angsa daripada mencemari sebuah kawasan perkelahan popular di sini.
Sebelum ini, pantai berkenaan dicemari najis angsa-angsa tersebut.
Dinamakan hexakopter, pesawat bersaiz 66 sentimeter itu sebelum ini digunakan oleh pemiliknya, Steve Wambolt untuk mengusir makhluk perosak seperti belalang.
Pesawat kawalan jauh itu terbang setiap pagi pada untuk menghalau kawanan angsa yang mengotori air Sungai Ottawa di timur bandar raya ini.
"Dron ini sangat efektif," kata Pegawai Dewan Bandar raya Ottawa, Bob Monette.
Menurutnya, pelbagai kaedah yang digunakan sebelum ini seperti penggunaan anjing terlatih dan bunyi letupan gagal untuk menghalau angsa tersebut.
Malah, beberapa tahun lalu, majlis perbandaran Ottawa pernah menggunakan bahan kimia berbau busuk untuk mengusir haiwan itu tetapi masih gagal.
Monette berkata, sejak menggunakan dron tersebut Julai lalu, bilangan angsa di lokasi berkenaan telah menurun daripada beratus ekor kepada hanya beberapa belas.

Personaliti tokoh Ikhwanul Muslimin

Posted: 22 Aug 2013 08:26 PM PDT



DETIK pertama berlakunya rampasan kuasa oleh tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, hati Azzah Abdul Rahman, 34, sudah mula risau mengenangkan saudara-saudara daripada pertubuhan Ikhwanul Muslimin (IM) yang pernah ditemui bulan Oktober tahun lalu.
Pemergian Azzah ke bumi para anbiya selama 13 hari pada 7 hingga 20 Oktober tahun lalu itu berpaksi pada dua tujuan. Pertama untuk membuat kajian sejarah hidup asy-Syahid Imam Hasan al-Banna dan pertubuhan IM.
Kajian itu dilakukan bagi penghasilan novel Hasan al-Banna oleh penulis prolifik, Abdul Latip Talib (Pak Latip) yang telah pun diterbitkan tahun ini dan Travelog Menjejak Hasan al-Banna oleh Azzah sendiri yang masih dalam proses penulisan.

AZZAH


Kedua, Azzah mengadakan Bengkel Asas Penulisan anjuran Biro Media, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Mesir selama dua hari di Kaherah dan Pak Latip berkongsi kaedah penulisan novel sejarah dalam program tersebut.
"Pengembaraan kami diuruskan oleh sekumpulan pelajar Malaysia di sana yang juga ahli ISMA Mesir iaitu Ahmad Fahmi Abdullah, Buraidah al-Aslami, Muawwidz al-Ansori, Muhammad Mustakim Abdul Rahim, Ahmad Munzir dan ramai lagi.
"Sepanjang berada di Mesir, kami sempat melawat ke beberapa buah negeri lain yang mempunyai sejarah berkaitan Hasan al-Banna iaitu markas IM di Ismailiyyah, Damanhour dan Mahmudiyyah sebelum ke ibu pejabat di Muqattam, Kaherah," ujar Azzah kepada Kosmo!.

HASAN AL-BANNA


Menurut Konsultan Idea Nuun Creative Books itu, ada pertemuan yang terjadi tanpa disangka iaitu semasa mereka berada di Damanhour dan Mahmudiyyah.
Ia seterusnya membawa kepada pertemuan mereka dengan dua orang tokoh IM di Muqattam iaitu Syeikh Talaat Syannawi, ahli Maktab Irsyad dan Syeikh Dr. Abdul Rashad Bayyoumi, Naib Mursyidul Am 1.
Menurut Azzah, ketika berada di ibu pejabat IM, urusan mereka dibantu oleh salah seorang pegawai mereka iaitu Allahyarham Ustaz Islam Abbas yang telah terbunuh dalam krisis tersebut pada 18 Ogos lalu.
Akhlak Muslim

BANGUNAN markas IM di Damanhour kelihatan usang namun keadaan di dalamnya sentiasa kemas.


"Saya masih ingat lagi saat pertama Buraidah bertanyakan namanya, beliau menjawab, 'Ana Abdul Faqir...' dan ia membuatkan kami menyangka itulah nama. Walhal, beliau sebenarnya mengatakan 'saya, hamba yang fakir...'.
"Kami tertawa apabila mendapat tahu bahawa kami tersilap faham dan nama sebenar beliau ialah Ustaz Abbas. Apa yang boleh saya katakan, masya-Allah, tuturnya sangat lembut dan tingkahnya sangat sopan.
"Setiap patah katanya penuh dengan syukur dan doa. Amat jarang dilihat di mana-mana lokasi di dunia, pegawai berbaju jaket eksekutif yang bersifat sepertinya. Namun, jika kamu mengenali IM, ini semua bukanlah suatu kehairanan bahkan sentiasa menjadi kekaguman. Mereka mempamerkan akhlak sebenar seorang Muslim dan mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya," jelas Azzah yang mengakui sebak dan sedih sewaktu mendapat berita kematian Ustaz Abbas.
Tambahnya setiap kali melihat foto dan membaca berita terkini mengenai krisis di Mesir, beliau tidak tahu mahu berkata apa-apa.
"Apa yang as-Sisi dan sekutunya lakukan itu terlampau kejam, malah melampaui kekejaman Zionis di Gaza dan Basyar al-Assad di Syria. Ada ketikanya saya berasa terlalu tertekan, sehingga tidak mahu baca apa-apa berita langsung. Hanya terus berdoa dan membaca qunut Nazilah untuk saudara-saudara seakidah di sana," luah Azzah yang juga penulis profesional di Malaysia.
Azzah memberitahu, beliau telah bertemu dengan ramai tokoh dan ahli IM sepanjang berada di Mesir. Antaranya Ahli Parlimen Mahmudiiyah, Ustaz Tareq Salah dan Timbalan Ketua Umum Parti FJP, Ustaz Mahmoud Basbousi.
"Melalui mereka, saya mengenali peribadi Hasan al-Banna dan perjuangan IM itu sendiri. Bagi saya, mereka sangat seimbang dalam aktiviti duniawi dan ukhrawi. Walaupun tidak berserban dan berjubah, tetapi dakwah mereka berlangsung di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Mereka mengamalkan dakwah dengan kata-kata (da'wah billisan) dan dakwah dengan perbuatan (da'wah bilhal).
"Semasa kami di Ismailiyyah, Ustaz Medhat, antara penggerak IM di sana yang juga seorang akauntan menunjukkan kepada kami tapak rumah tempat Hasan al-Banna melangsungkan perkahwinan. Ketika itu, ada dua orang tempatan lalu dan berhenti melihat kami.
"Dalam pada Ustaz Medhat menerangkan sejarah Hasan al-Banna kepada kami, beliau sempat berdakwah kepada dua orang tempatan itu. Malah, kami sentiasa dilayan dengan baik dan penuh santun walaupun tanpa temu janji dibuat terlebih dahulu," terang Azzah sekali gus menyangkal pandangan yang mengatakan IM adalah sebuah pertubuhan pengganas dan menganggapnya sebagai propaganda zionis serta rakan sekutu mereka.
Dalam pada itu, situasi terbaharu di Mesir menyaksikan pihak berkuasa meneruskan operasi penahanan barisan pemimpin IM sebagai langkah untuk menghancurkan pertubuhan tersebut. Kelmarin, dua lagi pemimpin pergerakan Islam terbesar itu, Safwat Hegazy dan Mourad Ali ditahan.
Sebelum ini, ketua IM, Mohammed Badie, 70, dan timbalannya, Khairat el-Shater telah ditahan berhampiran Dataran Rabaa al-Adawiya.
Pertahankan Ikhwanul Muslimin
Secara keseluruhan, ratusan pemimpin IM telah ditangkap sejak pihak tentera menggulingkan Presiden Morsi pada 3 Julai lalu. Sementara itu, lebih 2,000 rakyat Mesir terkorban selepas pihak berkuasa bertindak kejam dalam operasi menghalang bantahan yang dilakukan para penyokong Morsi dengan merobohkan khemah dan menembak mati mereka.
Bagi pelajar al-Quran di Mesir, Haniff Abu Talib, beliau tidak bersetuju jika ada pihak yang mahu menguburkan pertubuhan IM kerana ia merupakan pertubuhan Islam yang perlu dipertahankan.
"Mereka bukan pengganas, tetapi disebabkan media massa dan rancangan jahat Yahudi dan sekutu-sekutunya menyebabkan mereka dipandang sebagai pengganas. Jadi, rancangan untuk memusnahkan pertubuhan ini tidak harus dilakukan.
"Rancangan itu bagi saya satu pemikiran yang kurang bijak kerana pemimpin yang bijak mestilah meletakkan Islam di tempat yang teratas. Ada segelintir orang berfikir jika yang memerintahnya adalah Islam, maka tidak majulah negara itu. Sedangkan Islam itu mengajak kita ke arah kemajuan dan kejayaan," ungkap Haniff sambil melahirkan harapan agar Mesir kembali aman.
Beliau turut menceritakan bagaimana guru al-Qurannya, Syeikh Waeel Hagag ditembak beberapa jam selepas pulang bertalaqi di rumahnya.
"Saya terperanjat apabila mendapat berita ini daripada isterinya. Semoga Allah memberi kesembuhan segera pada guru saya itu," kata Haniff yang masih dalam proses menunggu tiket untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
Sementara itu, susulan pembebasan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, 85, oleh Mahkamah Mesir semalam dijangka akan memburukkan lagi krisis politik di negara berkenaan. Ironinya, keputusan itu dibuat tujuh minggu selepas pihak tentera menggulingkan Morsi.

Ancam nyawa wanita hamil

Posted: 22 Aug 2013 08:25 PM PDT



HAMPIR kesemua wanita hamil mengalami simptom mabuk kehamilan. Malah, Ratu England, Kate Middleton sendiri dikhabarkan turut mengalami masalah tersebut yang serius sehingga terpaksa membatalkan beberapa program sepanjang kehamilan.
Walaupun masalah tersebut tidak berpanjangan iaitu berakhirnya trisemester pertama, namun terdapat sejenis mabuk hamil yang lebih serius dikenali sebagai Hyperemesis gravidarum (HG).
HG berpunca akibat serangan bakteria usus dikenali sebagai Helicobacter pylori (H.pylori) yang menyerang hampir 50 hingga 90 peratus kes kehamilan dengan simptom seperti rasa loya dan muntah.
Malaysia turut tersenarai dan diklasifikasi sebagai negara yang hampir 50 peratus penduduk, khususnya wanita menghidapi bakteria tersebut.
Bagi kebanyakan anda, ia mungkin satu nama baharu tetapi berpotensi mengancam nyawa mereka yang hamil.
Penyelidik di Jabatan Neurologi dan Tingkah Laku dari Universiti Cornell, New York, Amerika, Dr. Paul Sherman, mengesyorkan bahawa loya dan muntah semasa hamil penting untuk menyingkirkan makanan tercemar yang berkemungkinan boleh menjejaskan kesihatan ibu dan anak yang dikandung terutamanya pada fasa organ janin sedang berkembang dan sensitif terhadap kesan negatif bahan-bahan kimia.
Fakta ini disokong oleh beberapa kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang mengalami loya dan muntah berisiko lebih rendah untuk keguguran dan kematian bayi sebelum atau semasa lahir.
Dalam pada itu, H.pylori ialah spesies bakteria yang dikenal pasti pada tahun 1982 sebagai penyebab gastritis dan ulser perut.
Dengan jumlah pesakit yang dijangkiti melebihi 50 peratus penduduk dunia iaitu tiga bilion orang, ancaman serius bakteria ini terhadap kesihatan manusia tidak boleh dipandang ringan.
Menurut satu fakta perubatan, negara seseorang itu bermastautin menentukan kebarangkalian dijangkiti H.pylori. Pemahaman umum mengesahkan, negara-negara yang lebih mundur dengan tahap kebersihan yang tidak sempurna dan pemakanan yang kurang berkhasiat menunjukkan kadar tertinggi jangkitan H.pylori.

KANAK-KANAK boleh mendapat jangkitan H.pylori melalui ibu mereka atau semasa berkongsi makanan.


Cara penyebaran
Walaupun terdapat lebih 40,000 laporan saintifik mengenai H.pylori, tiada seorang pun yang benar-benar mengetahui cara penyebaran utama penyakit ini.
Bagaimanapun, jangkitan tersebut dipercayai berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan melalui penyebaran air liur.
Namun, jangkitan H.pylori lebih cenderung berlaku pada wanita yang bergelar ibu, iaitu individu yang paling banyak berhubung sesama ahli keluarga.
Bukan itu sahaja, kanak-kanak juga tidak terkecuali. Kajian mendapati jangkitan H.pylori menjangkiti kanak-kanak seawal usia 10 tahun akibat penyebaran daripada ahli keluarga.
Di negara-negara membangun, seramai 90 peratus penduduknya disahkan masih dijangkiti oleh bakteria ini walaupun pada usia 40 tahun.
Menyentuh kembali keadaan mabuk hamil yang teruk dialami bakal ibu, penyelidik mengesyorkan bahawa pada fasa awal kehamilan, perubahan kepekatan bendalir tubuh wanita bertindak mempengaruhi keasidan (pH) perut.
Ia seterusnya mengaktifkan bakteria H.pylori yang terpendam dalam lapisan perut.
Jangkitan H. pylori juga membebaskan enzim dan toksin yang menyebabkan mabuk hamil berlaku secara berterusan apabila tubuh mencuba sedaya-upaya untuk menyingkirkan bakteria tersebut tetapi tidak berjaya.
Ujian H.pylori boleh dilakukan dalam beberapa cara dan paling lazim melalui ujian nafas atau ujian darah untuk menentukan sama ada tubuh telah menghasilkan antibodi terhadap bakteria tersebut. Jika mabuk hamil berterusan ujian saringan untuk H.pylori perlu dilakukan.
Jalani ujian
Wanita yang mengalami simptom gastritis, pedih hulu hati, perembesan asid, gas atau kembung perut yang berlarutan melebihi dua bulan digalakkan untuk menjalani ujian H.pylori.
Walaupun sedemikian, simptom-simptom berkaitan perut bagi mereka yang dijangkiti H.pylori hanya membabitkan 20 peratus pesakit.
Walaupun para pengamal perubatan bersetuju bahawa rawatan H.pylori perlu bagi mengelakkan timbulnya masalah lain yang lebih teruk, H.pylori sebenarnya bukanlah bakteria yang mudah untuk dihapuskan.
Penggunaan antibiotik
Regimen penjagaan standard dengan penggunaan antibiotik turut berdepan cabaran serius yang menghasilkan kesan-kesan sampingan seperti sakit perut yang lebih teruk, loya, sakit kepala dan rasa payau dalam mulut.
Bagi wanita hamil, rawatan antibiotik semasa kehamilan adalah tidak disyorkan kerana ia boleh membahayakan janin.
Amalan kebersihan yang baik seperti membasuh tangan sebelum dan selepas makan, memberus gigi, tidak berkongsi pinggan, gelas dan sudu atau garpu adalah sesuatu yang wajib dilakukan.
Bagi menghalang jangkitan daripada terus merebak, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan oleh kaum ibu.
Pakar juga telah lama meneroka kaedah rawatan alternatif seperti penggunaan teh hitam atau hijau, bawang putih dan wain merah (alkohol), walaupun tidak banyak kajian yang dapat mengesahkan dakwaan keberkesanan tersebut.
Probiotik juga sering dimanfaatkan untuk menguatkan sistem imun terhadap serangan H.pylori. Namun begitu, probiotik hanya bertindak di dalam usus dan bukan di dalam perut.

Memohon maaf ujian maruah diri

Posted: 22 Aug 2013 08:20 PM PDT



PEMBERIAN maaf mampu melegakan emosi seseorang kerana rasa ketidakpuasan hati tidak terbuku.


MEMBERIKAN kemaafan merupakan pengorbanan terbesar dalam hidup manusia. Ia juga bakal menentukan sama ada kita mampu mengekalkan sebuah persahabatan atau terus mempunyai musuh yang berkekalan.
Walaupun kemaafan sesuatu yang kelihatan mudah, hakikatnya ia tidak semudah yang dijangka. Apatah lagi, apabila pelakunya telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan dan maruah diri.
Memohon maaf juga bukan perkara mudah. Ia menguji maruah diri. Apatah lagi memohon maaf itu sendiri seolah-olah mencabar ego diri untuk mengaku salah dan silap kepada orang lain.
Ia sesuatu yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang sanggup menerima kesilapan diri sendiri sekalipun ia mungkin hal yang memalukan.
Aidilfitri ini merupakan peluang terbaik untuk kita semua melakukannya, sama ada memberi maaf atau memohon maaf. Benarlah, kita tidak mampu melupakan kejadian tertentu yang telah berlaku sepanjang perhubungan kita dengan individu lain.
Bagaimanapun, memberi dan memohon maaf merupakan jalan terbaik untuk kesejahteraan psikologi.
Di manakah letaknya proses kemaafan ini? Dikatakan bahawa kemaafan berada pada tahap kognitif, iaitu sejauh mana pemikiran kita menafsirkan sesuatu kejadian yang telah berlaku.
Ada orang yang mudah memaafkan hal yang besar, sebaliknya ada individu yang sangat sukar memaafkan kesilapan yang kecil.
Ia bergantung kepada sejauh mana mental kita memproses besar atau kecilnya sesuatu perkara. Ia juga bergantung kepada personaliti seseorang manusia.
Kesanggupan memberi maaf
Kajian-kajian psikologi jelas menunjukkan bahawa ada dua implikasi utama dalam kesanggupan seseorang memaafkan orang lain.
Mereka yang sanggup memberi maaf didapati akan lebih bersikap simpati dan menolong mereka yang dimaafkannya sebaliknya, mereka yang tidak sanggup memberikan kemaafan, didapati akan terus gelisah dalam hidupnya.
Bahkan, ada yang meneruskan kemarahan dengan melakukan tingkah laku agresif lain seperti membalas dendam dan melakukan tindakan di luar batas undang-undang.
Mereka yang memaafkan juga didapati mampu melakukan aktiviti sosial dengan baik, bukan sahaja terhadap mereka yang dimaafkannya, tetapi juga terhadap orang lain.
Bagaimanapun, mereka yang tidak sanggup memberi maaf didapati lebih bersikap antisosial dan mengasingkan diri daripada masyarakat.
Umumnya, ahli psikologi percaya bahawa memaafkan orang lain bergantung sama ada individu itu dihadapkan dengan emosi negatif atau positif pada waktu kesalahan itu berlaku.
Misalnya, orang yang dihadapkan dengan emosi negatif, contohnya dimarahi, dihina atau emosi mereka telah diganggu dengan teruk, mereka ini didapati sangat sukar untuk memaafkan pelakunya.
Sebagai contoh, kecurangan dalam hubungan atau perceraian dalam rumah tangga. Ia menjadi hal yang sangat sukar untuk dimaafkan kerana peristiwa yang berlaku melibatkan emosi negatif.
Sebaliknya, dalam keadaan tertentu kemaafan sangat mudah diberikan, khususnya apabila mangsa mempunyai emosi positif terhadap pelakunya.
Misalnya, dalam keadaan kemalangan jalan raya yang tidak disengajakan, walaupun mangsa berasa tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku, mereka biasanya lebih mudah memaafkan pihak yang satu lagi. Lebih-lebih lagi jika pihak bertentangan mengalami musibah yang lebih teruk.
Begitu jugalah sekiranya mereka yang bersalah memohon maaf daripada mangsa. Pelaku ini akan dinilai secara positif, atau dalam erti kata lain sebagai manusia yang bertimbang rasa dan bertanggungjawab.
Ini akan menjadikan mereka lebih mudah dimaafkan berbanding mereka yang terus mengekalkan sifat ego diri walaupun telah membuat kesilapan.
Bagi sesetengah individu, kemaafan diberikan kerana ia menggambarkan 'kebaikan' imej diri terhadap keluarga, sahabat atau masyarakat. Kita berasa bersalah sekiranya tidak memberikan kemaafan kepada orang lain.
Dalam agama Islam, memohon maaf dan memberi kemaafan merupakan satu sifat yang sangat terpuji. Justeru, Aidilfitri yang sedang diraikan ini merupakan peluang terbaik untuk kita semua bermaaf-maafan.

PCMC diiktiraf hospital terbaik dunia

Posted: 22 Aug 2013 08:19 PM PDT



NORHAYATI menunjukkan sebahagian daripada karya seninya yang dipamerkan di lobi PCMC.


PUSAT Perubatan Prince Court (PCMC) telah dinobatkan sebagai salah sebuah hospital terbaik di dunia bagi sektor pelancongan perubatan oleh Medical Travel Quality Alliance (MTQUA) baru-baru ini.
MTQUA merupakan sebuah badan yang menggalakkan rawatan dan penjagaan yang berkualiti serta selamat untuk pelancongan perubatan di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif PCMC, Dr. Chong Su-Lin memberitahu, PCMC telah menerima beberapa pengiktirafan lain sejak tujuh tahun lalu, tetapi kali ini merupakan yang tertinggi.
Pengiktirafan ranking dunia itu telah diumumkan pada 8 Mei 2013 dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh MTQUA di Bangkok, Thailand dan Scottsdale, Arizona di Amerika Syarikat.
"Kami amat gembira apabila diiktiraf sebagai hospital terbaik di dunia oleh MTQUA bagi pelancongan perubatan dan kami amat menghargainya.
"Terima kasih diucapkan kepada syarikat induk PCMC iaitu Petronas kerana telah meletakkan kepercayaan terhadap PCMC dan pihak pengurusan sehingga mendapat pengiktirafan sebegini," katanya.
Kaedah perubatan terbaik
Menurutnya, pengiktirafan PCMC sebagai nombor satu di dunia bermakna pihaknya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan akan lebih komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Malaysia serta pelancong perubatan dari seluruh dunia.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia, Dr. Mary Wong berkata, PCMC diiktiraf sebagai sebuah hospital terbaik dunia berikutan kemampuannya menyediakan kaedah rawatan perubatan yang terbaik.
"Bukan mudah untuk menjadi hospital terbaik di dunia kerana banyak negara di seluruh dunia mempromosikan perkhidmatan hospital masing-masing.
"Selain mempunyai perkhidmatan kesihatan terbaik, hubungan doktor dan pesakit juga rapat. Doktor meluangkan lebih banyak masa bersama pesakit dan ini mungkin kriteria yang membuatkan PCMC menjadi hospital terbaik," jelasnya.
Menurut Mary, tahun lalu jumlah pesakit asing yang mendapatkan rawatan di negara ini meningkat kepada 6,071 orang berbanding tahun sebelumnya iaitu 5,083 orang.
Pameran karya seni
Sementara itu, PCMC buat kali pertama telah membuka ruang untuk memaparkan karya-karya seni di kawasan permaidani hitam di lobi.
"Saya harap paparan karya seni ini akan merangsang penyembuhan ke atas minda dan badan pesakit serta para tetamu.
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penglibatan seseorang dalam bidang seni sama ada sebagai pemerhati atau pelukis boleh meningkatkan mood, emosi dan keadaan psikologi seseorang," kata Su-Lin.
Kira-kira 25 karya Sir Roy Calne bertajuk The Art of Giving telah dipaparkan awal bulan Mei lalu dan ia telah mendorong pelukis tempatan tampil dengan hasil karya mereka.
PCMC juga mempunyai doktor yang kreatif iaitu Pakar Bius, Dr. Syed Rozaidi Wafa.
Turut menghiasi dinding hospital itu ialah lukisan dari Galeri Petronas. Karya seni yang dipamerkan di lobi PCMC kini merupakan karya Norhayati Md. Yusoff daripada koleksi besar Galeri Petronas.
Norhayati yang juga ahli Persatuan Cat Air Malaysia telah mengambil bahagian dalam pelbagai pameran berkumpulan dan pernah mempamerkan hasil karyanya di Korea Selatan (2006) dan China (2008).
Kini, hasil karya seninya menghiasi dinding beberapa organisasi besar dan menjadi hiasan dinding rumah orang kenamaan di dalam Malaysia dan luar negara.

Uqasha perlu masa kenali Pekin

Posted: 22 Aug 2013 12:57 AM PDT




BUKAN gimik untuk melariskan jualan filem atau promosi murahan Paku Pontianak, tapi hakikatnya seperti diakui sendiri oleh kedua-dua pelakon utama filem itu, Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim, dari set penggambaran itu cinta mereka mula berputik.
Penggambaran filem arahan Ismail Bob Hashim yang dijalankan sekitar bulan Februari lalu singkap Uqasha, membuatkan hatinya terbuka untuk menerima Pekin sebagai lelaki paling rapat dalam ruang peribadinya.
Jelas Uqasha lagi, bukan niat mahu menabur promosi percuma lantaran kisah sensasinya bersama Pekin namun hubungan yang terjalin dibiarkan berlangsung secara semula jadi.
"Mula-mula kenal kami tidak bercakap sangat, tambahan watak saya dalam filem Paku Pontianak banyak menuntut saya bermain emosi berbanding dialog.
"Namun, watak saya sebagai Melati merupakan isteri kepada pelakon utamanya iaitu Adam yang dilakonkan oleh Pekin. Secara tidak langsung kami perlu 'bercinta' dalam filem ini.
"Jujur saya akui pertama kali dijodohkan dalam filem ini kami masih malu-malu tapi lama-kelamaan kami semakin serasi dan banyak berbincang untuk menjayakan watak masing-masing. Sejak itu kami selesa bersama dan hubungan kami mesra seperti mana sekarang," ulas Uqasha bersimpul malu.
Pekin dalam hati
Uqasha, 21, yang ditemui pada majlis pelancaran filem Paku Pontianak di Sunway Pyramid, Selangor malam kelmarin mengakui dia agak terkejut apabila kisahnya bercinta dengan Pekin menjadi perhatian umum sejak akhir-akhir ini.
Bagaimanapun, ujar pelakon kelahiran Kelantan itu dia masih belum terbuka untuk membicarakan kisah cinta dengan lebih mendalam termasuk berkongsi perancangannya bersama Pekin pada masa akan datang.
"Saya berikan tempoh setahun untuk perhubungan kami dan syukur alhamdulillah majlis merisik pada bulan Julai lalu berjalan lancar walaupun majlis itu umpama satu kejutan besar buat saya.
"Masing-masing sibuk bekerja dan saya enggan memberikan tekanan terhadap hubungan kami," tambah kakak kepada pelakon manis Nelydia Senrose itu.

UQASHA enggan memberikan tekanan terhadap hubungannya yang kini terjalin dengan Pekin.


Uqasha menyifatkan Pekin, 32, seorang lelaki yang serius dan tegas dalam membuat keputusan namun masih punyai kelembutan dalam hati. Malah kata Uqasha, Pekin juga sebenarnya seorang peramah dan pandai menghormati orang yang lebih tua.
Kualiti itu yang mengikat kesetiaan Uqasha terhadap Pekin dan turut mengakui kini sudah semakin rapat dengan keluarga pelakon lelaki itu.
Menjawab soal kahwin atau perancangannya bersama Pekin, Uqasha memberikan kesimpulan ringkas. Katanya: "Senang untuk berkahwin tapi saya tidak tahu lagi komitmen dia (terhadap hubungan), saya memerlukan masa untuk lebih mengenali Pekin."
Status Instagram
Kosmo! turut mendapatkan penjelasan Uqasha mengenai sekeping gambar berisi sepotong puisi di laman Instagram miliknya yang dimuat naik sebelum majlis merisik beberapa bulan lalu yang berbunyi seakan-akan kecewa dengan hubungan cintanya.
"Saya ketika itu sedang sibuk dengan penggambaran dan sedikit tertekan jadi status itu bukan ditujukan kepada sesiapa sebaliknya berkongsi masalah peribadi.
"Tidak dinafikan setiap hubungan cinta pasti akan berdepan dengan konflik tapi status itu bukan kerana masalah cinta," tegasnya.
Dalam pada itu, ditanya akan keterbukaan Uqasha berkongsi kisah cinta dan foto-foto bersama Pekin di laman-laman sosial antaranya Instagram dan Twitter, jelas pelakon itu lagi tidak salah untuk dia berkongsi perkara positif.
"Perkara-perkara baik tidak salah untuk dikongsikan dan perkara negatif atau boleh mengundang fitnah rasanya tidak perlu. Masyarakat kita suka mendengar tapi tidak suka menolong," katanya.

BARISAN pelakon filem Paku Pontianak bersama penerbit, David Teo.


Diraba pengkid
Sementara itu, Uqasha turut menjawab kontroversi dia diraba oleh pembantu peribadinya yang merupakan seorang pengkid ketika menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini.
Susulan kejadian memalukan itu, pembantu peribadi yang baru hari pertama memulakan tugas bersama Uqasha dipecat serta-merta bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
"Ketika kejadian saya tertidur dalam kereta sewaktu perjalanan ke lokasi penggambaran, apabila tersedar saya dapati dia (pembantu peribadi) sedang meraba tubuh saya.
"Saya mengenali dia menerusi beberapa orang teman artis yang pernah bekerja bersama dia sebelum ini dan sama sekali tidak menyangka perkara ini terjadi kepada saya.
"Enggan memperbesar-besarkan isu ini, saya terpaksa pecat dia dengan amaran agar tidak melakukan perkara yang sama lagi selepas ini," jelas Uqasha.

Almy Nadia Mahu Cuba Nasib Jadi Pelawak

Posted: 22 Aug 2013 12:56 AM PDT

Almy Nadia
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia mengakui tidak menjadi masalah kepadanya untuk dikenali sebagai pelawak wanita berikutan penyertaannya dalam rancangan Super Spontan terbitan Astro.
Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia kini banyak menerima tawaran watak komedi dan program berbentuk sitkom.
"Saya tidak kisah kalau selepas ini orang mula gelar saya sebagai pelawak kerana di Malaysia ini kita kurang pelawak perempuan. Yang ada sekarang kita boleh kira dengan jari sahaja.
"Jika rezeki sudah ke arah itu saya terima sahaja, lagi pula sekarang sudah terlalu ramai pelakon-pelakon baru yang keluar," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, Almy berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya benar-benar mampu menghiburkan penonton dengan aksi komedi.
"Saya sendiri tidak tahu yang saya ini kelakar ataupun tidak kerana saya rasa sifat saya hanyalah biasa sahaja. Tapi selepas program, Edisi Khas banyak maklum balas yang positif saya terima.
"Apa yang peting saya hanya jadi diri sendiri dan mencuba nasib. Kalau kita beraksi berlebih-lebihan pula, ia akan nampak menjengkelkan," katanya.
Dalam pada itu, Almy berkata, ibunya, Roshida Hashim, 45, banyak memberi sokongan dan menjadi pengkritik terhadap lakonannya selama ini.
"Ibu adalah pengkritik utama saya. Biasanya selepas penonton rancangan komedi saya, dia akan telefon dan beri pandangan.
"Sebab itu bila penggambaran saya asik teringat pesanan dia. Dia juga selalu minta saya baca buku dan belajar tentang bahan-bahan jenaka daripada buku dan Internet," katanya.
Sementara itu, Almy yang turut menyertai program musim kedua Super Spontan mengakui agak gentar untuk berhadapan dengan pelawak-pelawak terkenal tanah air.
"Saya fikir banyak kali untuk sertai program ini. Kalau rancangan sitkom saya tidak kisah tetapi dalam rancangan ini saya perlu beraksi spontan.
"Berhadapan pula dengan semua pelawak yang handal dan terkenal, tapi saya sudah nekad untuk redah sahaja," ujarnya.
Antara selebriti lain yang akan menyertai ialah Norkhiriah, Along (Raja Lawak), Johan (Raja Lawak), Yus (Jambu), Nabil Ahmad, Munir, Jep (Sepah), Shuib (Sepah), Tauke (Jambu), Rahim dan Suhaimi.
Program Super Spontan musim kedua akan bersiaran bermula 30 Ogos ini, pukul 10 malam di saluran 132, Astro Warna.

Siti Nurhaliza, Faizal Tahir & Melly Goeslaw Suntik Kelainan Dalam AF 2013

Posted: 22 Aug 2013 12:56 AM PDT

Barisan peneraju AF 2013. Dari kiri; Melly Goeslaw, Faizal Tahir dan Siti Nurhaliza.
KUALA LUMPUR: Tiga nama besar dal;am industri hiburan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw dan Faizal Tahir bakal menerajui Akademi Fantasia 2013 sebagai tenaga pengajar musim ini.
Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pemilihan ketiga-tiga selebriti ini berdasarkan kredibiliti masing-masing selain menggantikan peranan pengetua seperti musim-musim terdahulu.
"Kali ini AF 2013 tiada pengetua sebaliknya tiga selebriti iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir dipilih bagi memberi inspirasi dan secara tidak langsung menggantikan fungsi pengetua.
"Kita mahukan perubahan pada AF kali ini supaya menjadi lebih segar dan relevan. Malah kita juga yakin ketiga-tiga selebriti ini mampu memberi sesuatu yang berbeza," katanya pada sidang media memperkenalkan tenaga pengajar Akademi Fantasia 2013, di sini, Rabu.
Khairul berkata, ketiga-tiga pengajar utama ini akan memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman serta mencurahkan inspirasi kepada pelajar.
Sementara itu, Khairul turut tidak menolak pemilihan selebriti terkenal ini adalah sebagai strategi dalam mengembalikan semula keyakinan dan minat penonton kepada program yang pernah menjadi fenomena itu.
Khairul Anuar Salleh (lima dari kiri) bersama individu yang akan terlibat dalam AF 2013.
"Kita tidak menolak salah satu sebab adalah untuk menaikkan rating rancangan ini, namun lebih penting ketiga-tiga selebriti ini adalah yang terbaik," katanya.
Sementara itu, selain ketiga-tiga selebriti itu, tenaga pengajar lain yang akan terlibat ialah Fizz Fairuz, Alam Wakaka, Shafizawati Sharif dan Suhaili.
Dalam pada itu bintang dari Indonesia iaitu Melly Goeslow berkata, program ini memberi peluang kepadanya untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman kepada pelajar-pelajar pada AF 2013.
"Apa yang penting adalah melahirkan seseorang yang mempunyai kredibiliti sebagai seorang penyanyi dan tidak meniru mana-mana artis yang sudah ada," katanya.
Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013.
Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.

Jamal Abdillah Bersedia Jika Ditimpa Musibah

Posted: 22 Aug 2013 12:54 AM PDT

Jamal Abdillah
KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah sudah lama membuat persediaan jika masa depannya gelap sekiranya jatuh sakit atau berlaku apa-apa musibah lain sehingga tidak membolehkan dia menyanyi lagi.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 54, berkata, sejak lapan tahun lalu dia telah memulakan pelbagai perniagaan seperti menjual produk kesihatan, kosmetik serta menyertai beberapa pelaburan lain demi kestabilan hidup.
"Dalam kerjaya saya, suara merupakan 'produk' utama yang harus dijaga.
"Saya juga tahu satu hari nanti saya mungkin tidak dapat menggunakan bakat yang diberikan Allah ini. Dan sejak lapan tahun dulu saya sudah mula mendalami bidang perniagaan.
"Alhamdulillah, bukan mahu menunjuk-nunjuk tetapi setakat ini saya memiliki beberapa buah perniagaan termasuklah melabur di bursa saham. Saya jadikan ia sebagai sumber pendapatan selain untuk simpanan masa depan saya," katanya.
Jamal ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diadakan di Dewan Merdeka di sini pada Rabu.
Jamal Abdillah membuat persembahan pada majlis Rumah Terbuka PWTC pada Rabu.
Tambah Jamal, dia juga baharu saja menceburkan diri dalam pelaburan hartanah dan mencadangkan kepada orang ramai agar mengikut jejaknya jika ingin melaburkan wang mereka.
Dalam pada itu Jamal turut bersyukur kerana sehingga kini dikurniakan Allah kesihatan yang baik tanpa sebarang penyakit serius.
"Syukur Alhamdulillah kerana saya tidak mempunyai penyakit serius seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung walaupun ada keturunan saya mudah mendapat penyakit tersebut.
"Sebab itulah saya amat berjaga-jaga dan tidak mahu terlalu berlebih-lebihan jika menikmati makanan. Kerana makanan biasanya menjadi punya segala penyakit," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Jamal bakal mengadakan persembahan konsert di Hotel Permai Kuala Terengganu pada 4 Oktober depan.
Sementara itu, mengenai majlis rumah terbuka PWTC, penyanyi Ramli Sarip turut hadir membuat persembahan menghiburkan kira-kira 2000 tetamu yang hadir.
Majlis bertemakan santai itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Maxson Abdullah Jaafar.

Deejay Nasa Terselamat Kemalangan, Lembu Mati Dilanggar

Posted: 22 Aug 2013 12:53 AM PDT

Nasa
PETALING JAYA: Deejay radio Astro, Nasa mengalami kemalangan jalan raya apabila kereta pacuan empat roda Mitsubishi Triton di pandunya terlanggar seekor lembu di Desa Coalfield, Sungai Buloh, dekat sini kira-kira pukul 5 pagi Khamis.
Nasa atau nama sebenarnya Nasaruddin Abdul Karim, 48, berkata, pada waktu kejadian, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Puncak Alam, Shah Alam, untuk menghantar tiga anaknya yang bersekolah di Kampung Baru, dekat sini.
Katanya, ketika kejadian keadaan jalan agak gelap sehingga dia tidak nampak seekor lembu yang muncul secara tiba-tiba sebelum terlanggar haiwan berkenaan sehingga mati.
"Ketika itu saya dari Puncak Alam, ingin menuju ke Kampung Baru untuk menghantar tiga anak saya yang bersekolah di sana.
"Memandangkan jalan gelap, tanpa disedari datang pula seekor lembu yang entah dari mana dan saya terlanggar haiwan itu sehingga ia tercampak ke tepi," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Beginilah keadaan kereta pacuan empat roda dipandu Nasa yang remuk akibat terlanggar lembu.
Tambah Nasa, dia bersyukur apabila dia bersama tiga anaknya iaitu Muhammad Nor Syazwan, 17, Nurul Syafiqah, 15, dan Nurul Syazurina, 10, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam pada itu, Nasa turut berkongsi perasaan lucu dan pelik kerana semasa kejadian penduduk berdekatan tidak mempedulikannya tetapi kebanyakan mereka berkerumun melihat lembu berkenaan yang mati.
"Saya hairan, selepas kemalangan, saya lihat ramai orang yang keluar dengan lampu suluh untuk melihat apa yang berlaku. Ingatkan mereka nak datang kepada saya, tetapi mereka pergi lihat lembu tersebut.
"Mungkin salah seorang daripada mereka adalah pemilik lembu berkenaan," ujarnya.
Sementara itu, Nasa menasihati semua penggembala lembu agar tidak membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran di jalan raya kerana ia boleh mengancam nyawa orang ramai.

Tiga bintang cetus revolusi baru AF 2013

Posted: 22 Aug 2013 12:52 AM PDT


  • Tiga bintang cetus revolusi baru AF 2013 Khairul Anwar (dua, kiri) bersama barisan tenaga pengajar AF 2013 (dari kanan) Faizal, Melly dan Siti Nurhaliza.
BUAT pertama kali dalam sejarah penerbitan program Akademi Fantasia 2013, bakal menampilkan tiga penyanyi hebat iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslow sebagai barisan tenaga pengajar atau dikenali sebagai 'inspirer'.

Selain itu, AF 2013 kali ini juga bakal menyaksikan seorang bekas pengajar, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi sebagai guru vokal, dan tiga pengajar baru iai

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, ketiga-tiga ikon ini bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah turut memberi inspirasi kepada pelajar yang menyertai program ini.

"Soal pemilihan barisan tenaga pengajar adalah satu proses penting yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia bakal memberi impak yang mendalam.

"Pada musim ini kami berbesar hati mengumpulkan barisan pengajar yang berpengalaman buat pelajar musim ini," katanya.

Elly Mazlein utamakan senaman

Posted: 22 Aug 2013 12:50 AM PDT


  • Elly Mazlein Elly Mazlein
NAMA Elly Mazlein sememangnya tidak asing lagi dalam industri seni negara. Biarpun ada ketikanya namanya tenggelam timbul dengan lambakan bakat baru, namun Elly membuktikan tapaknya dalam industri masih kukuh sama seperti 16 tahun lalu.

Tidak hanya berbakat dalam arena seni suara, Elly juga sudah membuktikan bakatnya dalam bidang lakonan. Malah biarpun sibuk dengan kerjaya seni, wanita berusia 31 tahun ini tidak pernah mengabaikan kecantikan dan kesihatan diri. Jom kita lihat bagaimana Elly menjaga tubuh dan kulit agar sentiasa cantik dan sihat.


Apakah definisi kecantikan buat Elly?

ELLY: Pada Elly, kecantikan itu adalah sesuatu yang penting untuk semua wanita, apatah lagi golongan Hawa sangat suka kelihatan cantik dan kemas sentiasa. Malah Elly sendiri akan pastikan ke spa untuk memanjakan diri setelah penat bekerja dan paling tidak pun sebulan sekali.


Adakah Elly amat menitikberatkan kesihatan?

ELLY:
Ya! Elly sangat menitikberatkan kesihatan kerana bagi Elly, gaya hidup yang sihat sangat penting. Barulah hidup kita lebih berkualiti. Tidak susah sebenarnya untuk menjaga kesihatan kerana apa yang penting adalah disiplin yang tinggi.


Elly berdiet?

ELLY:
Ya tetapi tidaklah secara berlebihan. Elly cuma menjaga pemakanan supaya badan tidak letih. Setiap pagi Elly akan minum coklat panas untuk tenaga. Elly juga banyak amalkan daging putih dan sayur-sayuran, selain itu Elly tidak ambil minuman bergas kerana kandungan gula yang tinggi.

Elly tidak makan malam, biasanya Elly hanya makan buah epal sahaja.


Bagaimana Elly menjaga tubuh agar sentiasa cergas?
ELLY:
Elly sangat suka berjoging dan itu adalah aktiviti wajib Elly dalam menjaga kecergasan badan. Selain berjoging, Elly akan cari masa untuk pergi berenang. Jika hari hujan pula, Elly akan naik turun tangga rumah.
Bagi Elly aktiviti seperti inilah yang membuatkan badan kita sentiasa cergas untuk bekerja. Kadangkala bila jarang bersenam, memang terasa malas dan berat untuk bersenam. Tetapi selepas 15 minit bersenam, kita akan mula rasa puas, apatah lagi peluh mula keluar.


Bagaimana pula Elly berdepan dengan tekanan?

ELLY:
Elly tidak akan bekerja jika berada dalam keadaan tertekan. Mula-mula sekali Elly akan kumpul tenaga atau 'recharge' dengan tidur terlebih dahulu. Biasanya Elly akan ambil cuti, paling lama pun seminggu untuk berehat sepuas-puasnya, atau pun meluangkan masa bersama keluarga.



PROFIL

NAMA: Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
PANGGILAN KOMERSIAL: Elly Mazlein
USIA: 31 tahun
TEMPAT LAHIR: Slim River, Perak
KELUARGA: Anak bongsu dari tiga beradik
STATUS: Bujang
FILEM: Janji Diana, Tangkai Jering, Gerak Khas 3 The Movie dan Awan Dania The Movie
DRAMA: Lebih puluhan drama, antaranya Bulan Yang Pertama, Gerak Khas, Sembilu Kasih, Spa Q, Bella, Amanah Karmila, Cinta Batu Belah, Cinta Seorang Penoreh Getah, Kasih Berbunga Lalang, Keliwon, Semanis Janji, Ulek Mayang.
TEATER: Teater Muzikal Sri Mersing, Tun Dr Mahathir 2.
ALBUM: Sutera Kasih (1997), Satu Persatu (1999), Elly (2001), MTV Karaoke Elly Mazlein (2001), Best Of Elly Mazlein (2002) dan Atas Nama Cinta (2005)

Duit rasuah beli kereta

Posted: 22 Aug 2013 12:47 AM PDT


  • Duit rasuah beli kereta Tertuduh dibawa keluar dari mahkamah.
JOHOR BAHRU - Seorang ketua jabatan institusi perguruan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah sesyen di sini, selepas didapati bersalah menerima suapan RM37,069.40, empat tahun lalu.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz, menetapkan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah kes ke atas Azmi Hassan, 50, yang berkhidmat selaku Ketua Jabatan Sains Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), di sini.

Mohamad Haldar membenarkan penggantungan perlaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan selesai dengan menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut kertas pertuduhan, Azmi didakwa menerima sekeping cek bernombor 025330 bernilai RM37,069.40 daripada seorang kontraktor yang terlibat dalam projek naik taraf sistem kumbahan bernilai RM198,927 dan naik taraf flat pekerja bernilai RM198,999 di institusi tempat tertuduh berkhidmat.

Setelah cek tersebut ditunaikan, Azmi telah menggunakan wang itu untuk bayaran deposit pembelian kereta jenis Toyota Mark X.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di No 02-04, Larkin Indah, di sini, pada jam 11 pagi, 24 Ogos 2009, yang mula ditangkap 7 Ogos tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ridzuan Abd Malik, manakala tertuduh diwakili peguambela, S Vijaya.
Terdahulu, dalam rayuan Vijaya memohon hukuman diringankan kerana ia merupakan kesalahan pertama tertuduh dan menanggung enam orang anak termasuk dua anak tiri serta telah berkhidmat selaku penjawat awam selama 26 tahun.

Vijaya menegaskan sepanjang kes berlangsung, Azmi dan isterinya berniaga pakaian di pasar malam sehingga memaksa isterinya yang berkhidmat selaku pembantu pejabat di sekolah meletakkan jawatan akibat tekanan.

Namun begitu, Ridzuan menegaskan hukuman yang berat perlu dikenakan kerana kesalahan yang dilakukan Azmi serius dan membabitkan nilai suapan yang besar.

"Kesalahan tertuduh serius melibatkan jumlah besar RM37,069.40 di mana dalam kes ini Azmi telah menerima manfaat faedah dari hasil jenayah yang dilakukan.

"Tindakan tertuduh telah mencemar profesion perguruan dan perkhidmatan awam yang harus dikenakan hukuman yang berat bagi memberi pengajaran yang jelas pada masyarakat," katanya.

Rogol kekasih bawah umur

Posted: 22 Aug 2013 12:44 AM PDT


  • Rogol kekasih bawah umur Tertuduh dikawal ketat anggota polis keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam.
KOTA BHARU - Padah rogol kekasih bawah umur, seorang buruh dihukum penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusuff Yunus selepas, Mohamad Abdul Latif Mamat, 21, mengaku salah atas tuduhan itu.

Dia didakwa merogol remaja yang berusia 15 tahun enam bulan itu di sebuah rumah di Kampung Raja PCB di sini, 14 April lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, mangsa didatangi bekas teman lelakinya itu dengan mengetuk tingkap rumah.

Apabila dibuka, tertuduh terus masuk ke ruang tamu dan memeluk remaja itu. Selepas itu, dia serta-merta menutup mulut, menolak dan membaringkan mangsa di atas lantai.

Mangsa cuba melawan, bagaimanapun, diugut akan menghebohkan perkara itu kepada semua orang. Sambil memeluk mangsa, tertuduh meraba dan merogolnya.

Mereka kemudian tertidur sehingga disedari ibu bapa mangsa yang mahu mengejutkannya untuk ke sekolah pada jam 6.30 pagi.

Selepas diceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis Kota Bharu.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali memohon hukuman berat dikenakan kepada tertuduh mengambil kira jenayah serius yang dilakukan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu hanya tertunduk ketika hukuman diputuskan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories