RSS

Nuffnang

:: MYARTIS.COM ::

sumber :-

:: MYARTIS.COM ::


INFO SEBERANG - JULIA AKHIRNYA BUANG NAMA 'PEREZ'

Posted: 20 Aug 2013 10:25 PM PDT


Akhirnya apa yang diidamkan oleh pelakon kontroversi Indonesia, Julia Perez diperolehinya baru-baru ini daripada Damian Perez, iaitu surat cerai. Surat tersebut pastinya akan memberi lesen kepada Julia untuk membuang nama Perez di belakang namanya.

"Nama saya akan tukar. Nanti saya akan beritahu pada rakan-rakan untuk majlis kesyukuran. Mudah-mudahan bermanfaat," katanya.


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

INFO TERKINI - MOJO RAKAM LAGU 'VIKINGDOM'

Posted: 20 Aug 2013 09:33 PM PDT


Selepas tampil dengan single hit pertama mereka pada bulan April 2012 yang berjudul "Andai Ku Bercinta Lagi", MOJO yang memperkenalkan muzik rock era baru berlandaskan irama progresif kini merupakan sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di arena seni tanah air.

Fenomena "Andai Ku Bercinta Lagi" bukan sahaja membawa lagu hit ini ke setiap corong radio tempatan dan serantau, malah turut menjulang nama MOJO di persada seni tanah air apabila mereka dinobatkan sebagai "Artis Baru Terbaik" di Anugerah Industri Muzik ke-19 dan seterusnya layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

AMAR ASYRAF TIADA MASA BULAN MADU

Posted: 20 Aug 2013 05:09 PM PDT


Kata orang, jika baru bernikah... darah masih manis dan rasa sukar untuk berenggang dengan pasangan yang dinikahi itu. Namun ia berbeza sekali dengan Amar Asyraf yang baru bernikah dengan Arna Salleh kira-kira dua bulan lalu.

Kerana tugas, pelakon drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa' itu mendakwa tidak mempunyai masa untuk berbulan madu. Tambah Amar, semuanya disebabkan jadual kerja yang padat hingga memaksa majlis resepsinya diadakan dua bulan selepas tarikh pernikahan (17 Ogos 2013).


<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

8 PHOTO MENARIK - ANGKASAWAN NEGARA & FAMILY

Posted: 20 Aug 2013 04:46 PM PDT


Macam tak percaya bila angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengakui bahawa beliau baru pertama kali mengacau dodol. Namun rasanya, ilmu membuat dan mengacau dodol tu penting buat Malaysia yang kemungkinan mempunyai stesen kajian angkasa di bulan satu hari nanti. Heh.

Khas untuk anda, jom tengok gelagat Dr Muszaphar, isteri dan anak-anak di hari raya tahun ini. Pastinya ada sesuatu yang mencuit hati kita melihat ragam keluarga bahagia ini.

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

5 PHOTO MENARIK - STACY AF6 & ANAK ANGKATNYA BELLA

Posted: 20 Aug 2013 03:28 PM PDT


Gambar-gambar menarik Stacy AF6 berlari anak di ladang ternakan lembu bersama anak angkatnya bernama Bella Valentina yang kini berusia setahun setengah. Ikhlasnya, Stacy nampak happy kebelakangan ini. Mungkinkah ia berpunca daripada gosip yang mendakwa penyanyi itu bakal dirisik oleh penyanyi dan pelakon Akim selepas raya nanti?

Harap-harap ia bukan sekadar gosip semata. Jika benar, moga impian Stacy dan Akim akan kesampaian tanpa halangan mana-mana pihak. Kerana bak kata pepatah, cinta itu buta... tak gitu?

Klik untuk imej besar...

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories