RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Menangi Hadiah Pelancongan Dengan My Dream Getaway Petronas

Posted: 13 Aug 2013 01:17 AM PDT

Bila sebut pasal minat dan hobi, Budiey percaya, pasti semua orang termasuk anda-anda semua ada hobi masing-masing, kan? Kalau ditanya, Budiey tak nafikan Budiey ni jenis yang suka jalan-jalan, makan angin, travel, melancong di tempat-tempat yang menarik. Budiey pasti, anda juga suka melancong terutama ke luar Negara.

Bukan apa, memang seronok kalau dapat melihat keindahan negara orang dan kita juga boleh kenal budaya orang. Tapi kan, Budiey rasa lagi seronok kalau kita dapat melancong secara percuma.

petronas

Kalau nak melancong secara percuma, sekarang ni senang je. Masuk je contest My Dream Getaway yang dianjurkan oleh Petronas. Peraduan ni dah pun bermula sejak 8 Jun lalu dan akan tamat pada 31 Ogos 2013.

Budiey dengar-dengar banyak sekali hadiah-hadiah yang best-best boleh dimenangi termasuklah hadiah utama iaitu voucher perjalanan sebanyak RM35,000 di mana kita boleh menggunakan voucher ini untuk melancong ke mana sahaja destinasi yang kita mahu. Wow, seronoknya kalau dapat hadiah macam ni kan? Mahu tak seronok.

Bukan itu sahaja, pemenang utama juga akan membawa pulang kamera Nikon DSLR bernilai RM5,000 dan PETRONAS Gift Card bernilai RM3,000. OMG, bestnya!

Baru-baru ini, Budiey dijemput oleh Petronas untuk menyaksikan sendiri Majlis Penyampaian Hadiah untuk pemenang bulanan bagi Peraduan MY DREAM GETAWAY di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Seramai 100 orang pemenang bulanan telah diumumkan di mana mereka menerima baucer penerbangan AirAsia sebanyak RM500 setiap seorang. Wow, memang bertuah dan beruntung mereka ni.

Petronas

Budiey difahamkan masih ada baki 915 hadiah yang perlu dimenangi dan kini sedang mencari pemenang. Termasuklah 15 hadiah utama dan 700 hadiah saguhati serta 100 hadiah bagi bulan Julai dan Ogos. Kesemuanya kalau nak dikira, hadiah yang diberikan oleh Petronas ialah sebanyak RM1.5juta! Banyak tu!

Petronas My Dream Getaway

Peraduan 'My Dream Getaway' ini masih lagi berterusan dan akan tamat pada 31 Ogos 2013. Jadi, kenalah cepat-cepat join. Budiey pun tak nak bertangguh lagi.

Budiey tahu tentang peraduan ni pun sebab selalu singgah ke stesen Petronas untuk isi minyak petrol. Kalau nak tahu, Budiey adalah pelanggan setia Petronas dan selalu membeli belah di Kedai Mesra Petronas. Setiap hari memang ada isi minyak di stesen Petronas. Dari sinilah Budiey tahu tentang peraduan ni. Jadi, setiap kali shopping di Kedai Mesra Petronas, setiap kali itu jugalah Budiey join contest ni.

Jauh di sudut hati, Budiey memang melonjak-lonjak untuk menang hadiah utama. Sebab Budiey pun ada impian untuk melancong gak. Budiey dah target dah, kalau menang hadiah utama, voucher pelancongan sebanyak RM35,000 tu, Budiey nak tukar dengan pakej pelancongan ke Paris bersama keluarga. Ye lah, RM35,000 tu bukannya sikit Kak Ton, banyak tu, kan? Rasanya boleh tanggung sampai 4 orang untuk ke Paris.

Petronas My Dream Getaway

Kepada pembaca yang nak menang hadiah yang ditawarkan untuk peraduan ni, senang je. Apa yang kita perlu buat ialah dengan membeli mana-mana barangan 'featured combo' yang berharga serendah RM3 di Stesen Kedai Mesra PETRONAS atau membuat pembelian sekurang-kurangnya RM10 di mana-mana kedai Mesra mini di seluruh negara.

Selepas itu, anda hanya perlu pastikan belakang resit pembelian tadi dicop oleh staf atau pekerja Petronas yang bertugas, tuliskan butir-butir peribadi, kemudian jawab soalan yang mudah dan letakkan borang itu tadi ke dalam kotak peraduan yang disediakan di kedai Mesra Petronas.

Budiey hadir di majlis penyampaian ni bukannya sebagai pemenang. Tapi Budiey datang untuk melihat sendiri pemenang hadiah bulanan mendapat hadiah masing-masing. Walaupun hanya voucher penerbangan AirAsia sebanyak RM500, tapi rata-rata pemenang semuanya tersenyum simpul sampai ke telinga dah. Bersyukurlah, kata mereka… rezeki bulan puasa.

Dalam ramai-ramai pemenang bulanan tu, Budiey sempat berborak mesra dengan Tee Keong Choon yang sangat gembira dengan kemenangan itu. Kata dia,

"Saya sebenarnya tak sangka saya dipilih antara yang bertuah sebab memang ramai yang join contest ni. Sekurang-kurangnya, baucar perjalanan ni dapat membantu merealisasikan impian saya untuk melancong ke tempat yang menarik.

Budiey juga sempat bertemu dengan Suraini Mehat yang bukan main happy lagi menerima voucher penerbangan tu. Katanya:

"Pertandingan ini sangat mudah sebenarnya untuk join dan kosnya pun taklah banyak. Berbaloi sangat bila dah menang. Walaupun tak menang hadiah utama, saya pasti akan cuba lagi. Sekarang ni pun, saya tak henti-henti untuk hantar lebih banyak penyertaan. Lagi banyak borang penyertaan yang kita hantar, lagi banyak la peluang untuk kita menang!"

Pada majlis itu juga, semua pemenang yang hadir juga berpuas hati dengan layanan dari Petronas di mana mereka dapat menikmati juadah berbuka puasa yang sangat lazat di Hotel Impiana Hotel.

Petronas My Dream Getaway

Majlis ini juga Budiey rasa sangat unik sebab dia mengambil konsep travel di mana semua yang datang disambut dengan beberapa orang pramugari bertugas dan dihiburkan dengan alunan muzik gamelan. Siap ada arahan dan pesanan dari kapten kapal yang bertugas. Dari sini, semua pemenang dah makin teruja dengan hadiah yang diberikan. Tak sabar la diorang nak melancong nanti.

Selain menawarkan lima ganjaran hadiah utama iaitu baucar perjalanan sebanyak RM35, 000, hadiah wang tunai RM20,000 dan RM15,000 mata kad Mesra setiap satu, Petronas juga mahu memberikan lima ganjaran hadiah ke-2 berupa baucar perjalanan RM30,000 beserta dengan hadiah wang tunai RM15, 000 dan RM10,000 mata Kad Mesra masing-masing dan tempat ketiga pula berupa, lima orang akan memenangi voucher melancong sebanyak RM25,000 beserta dengan hadiah wang tunai RM10,000 dan RM8,000 Mesra mata setiap satu.

Bukan itu sahaja, semua 15 pemenang hadiah utama masing-masing akan membawa pulang kamera Nikon DSLR bernilai RM5,000 dan PETRONAS Gift Card bernilai RM3, 000.

Bagi memastikan lebih ramai pelanggan mendapat manfaat daripada program ganjaran, Peraduan 'My Dream Getaway' juga akan menawarkan 700 pemenang saguhati dengan hadiah termasuk baucar perjalanan bernilai RM1,000, Samsung kamera bernilai RM1,000, PETRONAS Hadiah Kad bernilai RM500 dan mata Mesra bernilai RM200.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan atau mendaftar sebagai ahli kad Mesra untuk menikmati lebih keistimewaan, anda semua bolehlah masuk ke www.mymesra.com.my.

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Komen via Facebook

Komen

Celcom Tawar Hadiah Lumayan Kepada Pelanggan The Cube

Posted: 11 Aug 2013 09:42 PM PDT

Jauh di sudut hati Budiey, memang teringin sangat untuk ke Mekah. Setiap masa, bila tengok kawan-kawan pergi ke sana, setiap kali itu juga Budiey tanam azam untuk ke sana suatu hari nanti. Tak kiralah, samada nak menjalankan ibadah Haji atau menunaikan ibadah Umrah, tapi yang pastinya, Budiey belum pernah menjejakkan kaki di Tanah Suci itu. Maka, bertuahlah kepada anda yang pernah sampai ke sana. Walaupun Budiey dah sampai di beberapa negara Eropah, tapi rasa tak lengkap rasanya jika tak ke sana.

Baru-baru ini, Budiey dan Fizo Omar telah hadir di Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang The Cube di mana seorang pelanggan setia Celcom telah dihadiahkan dengan Pakej Umrah dan Ziarah untuk dua orang kesemuanya bernilai RM30,000.

Wow! Tahniah kepada pemenang bertuah yang bernama Noraziah binti Md Noh dari Johor Bahru yang dipilih menjadi pemenang minggu pertama. Tahniah! Anda sangat beruntung! Pakej ini termasuklah pakej perjalanan pergi dan balik untuk dua orang termasuklah penerbangan, hotel penginapan dan juga insuran pelancongan.

Celcom

Budiey dikhabarkan, pemenang minggu pertama ini yang berasal dari Johor Bahru ini telah bermurah hati mahu memberikan pakej Umrah ini kepada kedua ibu bapanya sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka. Wah, sangat sweet dan murni hati beliau sebagai anak. Kalau Budiey pun, rasanya Budiey akan buat macam tu. Ye lah, sekurang-kurangnya, kita memberi peluang kepada ibu bapa kita yang belum lagi menunaikan umrah di Tanah Suci. Itulah hadiah yang sangat bermakna bagi mereka, kan?

Budiey sempat borak-borak juga pemenang ini dan dia tak henti-henti bersyukur dan berterima kasih kepada CELCOM Axiata Bhd (Celcom) yang menghargai pelanggannya sempena Ramadan yang lalu. Jika tiada Kempen Eksklusif Digital menerusi kandungan digital Cube ni, memang dia takde nak merasai hadiah pakej Umrah ni. Haa, siapa nak kasi kan? Dapat pergi berdua lagi.

Untuk info pembaca sekalian, Kempen Eksklusif Digital ini telah bermula sejak 8 Julai hingga 25 Ogos menawarkan kandungan digital ketika Ramadan antaranya waktu solat, waktu berbuka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), perkhidmatan m-fitrah, bacaan al-Quran dan nada dering raya juga macam-macam lagi aktiviti menarik di Kolony iaitu perkhidmatan social network SMS yang paling popular di Malaysia.

Budiey kira, pakej Ramadan Cuba dan Raya Digital ini sangat unik dan lain dari yang lain. Bukan sahaja pada hadiahnya yang lumayan dan sesuai dengan jiwa pelanggan yang menyertainya, malah kempen ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelanggannya untuk menghulurkan derma dan bantuan kepada yang memerlukan.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Digital, Afizulazha Abdullah berkata, Celcom berharap pelanggan mengambil peluang menyertai kempen ini sekali gus merebut peluang untuk memenangi hadiah pakej umrah dan ziarah.

"Bagi memenangi pakej bernilai RM180,000 itu, pelanggan Celcom hanya perlu langgan mana-mana kandungan digital berbayar atau percuma di Cube sepanjang Ramadan."

Menurutnya lagi, dengan jumlah pelanggan Celcom sedia ada yang mencecah 13 juta di seluruh negara, syarikatnya menerima purata 250,000 pelanggan yang datang melanggan menerusi kandungan digital Cube setiap hari.

Selain itu, Celcom perkenal kempen kandungan raya 29 Julai ini dengan menawarkan hadiah lumayan di mana pelanggan yang melanggan mana-mana isi kandungan di The Cube akan berpeluang untuk memenangi hadiah mengubah suai rumah sempena hari raya bernilai RM100,000.

Untuk hadiah pengubahsuaian hari raya ini, Celcom telah menyediakan 8 hadiah mingguan yang eksklusif iaitu voucher Zalora yang berjumlah RM40,000 di mana mereka boleh menukarkannya dengan busana indah rekaan kreatif dari Rizalman Collection.

Sebagai menghargai kesetiaan pelanggan, Celcom juga bermurah hati menawarkan hadiah utama iaitu hadiah mengubahsuai rumah yang direka khas oleh Rizalman Ibrahim yang bernilai RM60,000.

Jadi, kepada anda yang kini menjadi pelanggan Celcom apa kata, langganilah mana-mana isi kandungan di The Cube untuk merebut hadiah lumayan ini. Budiey pun rasa teruja juga sebab Budiey dah langgan beberapa isi kandungan di The Cube.

Untuk melanggan isi kandungan The Cube ni, senang je, anda hanya perlu melayari www.thecube.my atau m.thecube.my di telefon bimbit anda dan anda juga boleh dail *888#. Untung-untung dapat! Good luck kepada anda sekalian.

Untuk info lanjut, sila layari : bit.ly/RamadanTC 

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories