RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013

Posted: 16 Aug 2013 05:59 PM PDT

Tepat jam 9 malam, Anugerah Lawak Warna anjuran Astro telah bersiaran secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dalam pakej Mustika. Anugerah ini adalah kali pertama diadakan dan Budiey kira perlu diteruskan di tahun-tahun akan datang bagi mengiktiraf kerja-kerja pelawak yang banyak menghiburkan penonton tak kiralah samada dalam program TV, drama mahu pun filem.

Anugerah Lawak Warna

Diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur, anugerah ini dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Neelofa.

Di sini, Budiey nak ucapkan sekalung tahniah buat filem Istanbul Aku Datang kerana telah menang besar dan berjaya menepis kemaraan filem lain. Daripada 16 kategori yang dipertandingkan, Istanbul Aku Datang meraih empat kategori iaitu Filem Terbaik, Pelakon Komedi Wanita Terbaik Filem (Lisa Surihani), Lakon Layar Komedi Filem Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik (Bernard Chauly).

Manakala filem arahan Mamat Khalid iaitu Rock Oo pula memenangi kategori Skrip Komedi Filem Terbaik. Drama 7 Dulang Asam Pedas mendapat dua anugerah menerusi kategori Lakon Layar Komedi TV Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik TV (Azizi Chunk Adnan). Begitu juga dengan drama Kampung Semarah Padi yang meraih dua anugerah iaitu bagi kategori Skrip Komedi Terbaik (Megat Fauzi Sukarnain) dan Pelakon Lelaki Komedi Terbaik (Sabri Yunos).

Manakala Anugerah Khas Juri pula yang dianugerahkan kepada pengarah Othman Hafsham. Pelakon Allahyarham S.Shamsuddin yang meninggal dunia pada 4 Jun lalu turut diberi penghormatan Anugerah Khas Sepanjang Zaman yang diterima oleh dua anaknya iaitu Arif dan Ariffin. Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh pelawak veteran Datuk Aziz Satar.

Anugerah Lawak Warna

Proses pengadilan ALW dilakukan seratus peratus oleh juri profesional sementara hanya empat kategori popular sahaja ditentukan oleh khidmat pesanan ringkas (SMS) peminat iaitu Artis Lawak Lelaki paling popular, Artis Lawak Wanita Paling Popular, Segmen Komedi Radio Paling Popular dan Video Viral Original Paling Popular.

Anugerah Lawak Warna

Berikut ini senarai penuh pemenang Anugerah Lawak Warna.

KATEGORI TERBAIK

  • 1. Filem Komedi Terbaik: Istanbul Aku Datang
  • 2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem): Zizan (Hantu Kapcai)
  • 3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem): Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
  • 4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Tv): Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
  • 5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Tv): Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk Tv)
  • 6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2012
  • 7. Siri Tv Komedi Terbaik: Keluarga Iskandar
  • 8. Siri Komedi Kanak-Kanak Tv Terbaik: Oh! My English
  • 9. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Warna Raya 2012
  • 10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem): Istanbul Aku Datang
  • 11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Tv): 7 Dulang Asam Pedas
  • 12. Skrip Komedi Tv Terbaik: Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
  • 13. Skrip Komedi Filem Terbaik: Rock Oo
  • 14. Pengarah Komedi Terbaik (Tv): Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)
  • 15. Pengarah Komedi Terbaik (Filem): Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

KATEGORI POPULAR

  • 1. Artis Lawak Lelaki Paling Popular: Jep Sepah
  • 2. Artis Lawak Wanita Paling Popular: Didie Alias
  • 3. Segmen Komedi Radio Paling Popular: Sketsa Johara
  • 4. Video Viral Original Paling Popular: Matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin
  • 5. Anugerah Khas Juri: Othman Hafsham
Anugerah Lawak WarnaTengku Iesta dari Grand Brilliance

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Azizi Chunk Adnan yang menggondol trofi Pengarah Komedi Terbaik (TV)

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Congrats Lisa Surihani

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Anugerah Lawak Warna

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA Era FM

Posted: 16 Aug 2013 01:37 AM PDT

Pasti ramai yang ternanti – nanti acara yang melibatkan ramai artis ternama serta jaguh-jaguh bolasepak tanahair beraksi di gelanggang ERAVAGANZA hujung bulan Ogos ini! Bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu, berlangsungnya majlis berbuka puasa ERA fm dan sidang media ERA fm bersama – sama para penyampai radio ERA fm , para artis, dan wakil Astro Arena.

Salah satu acara yang telah dilancarkan adalah, pelancaran Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA oleh Pengurus Radio ERA fm Nazri Noran dan wakil dari Astro Arena. "Kito monang yooo..kito monang yoooo" , itulah sebahagian dari lirik lagu tema Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang kini menjadi siulan pendengar ERA fm! Perlawanan bola sepak persahabatan yang diberi nama Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ini bakal dianjurkan pada hari Sabtu, 31 Ogos 2013, bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula jam 3 petang.

ERA FM lakar sejarah di Bandar Bersejarah 31 Ogos nanti! Firman, Faizal Tahir, Black, Shae, Najwa Latif, W.A.R.I.S, Forteen antara yang memeriahkan Konsert ERAVAGANZA pada hari Sabtu, 31 Ogos 2013, bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula jam 3 petang.

Berkongsi tarikh kemerdekaan negara, tanggal 31 Ogos, ERA fm melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memberikan pengalaman dan kenangan manis kepada peminat radio mereka dengan menganjurkan acara sebegini yang menggabungkan banyak pihak seperti selebriti sukan, para artis dan media serta penyampai ERA fm sendiri.

Perlawanan bersejarah yang melibatkan pasukan ERA FC berentap dengan ALL STARS FC boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara percuma! Paling menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan gelagat penyampai – penyampai radio ERA , para artis tanahair seperti Black, Nomad, Firman, Forteen, Fiq serta ramai lagi yang bakal menggegarkan gelanggang bola sepak ERAVAGANZA nanti!

Selain itu, barisan selebriti sukan yang turut beraksi seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun, Azlan Johar, Azman Adnan dan ramai lagi mewakili pasukan ARENA ALLSTARS FC. Sebaliknya, pasukan ERA fm pula menggelarkan diri mereka sebagai ERA FC.

Pada hari tersebut, ERA fm membawakan muzik-muzik terbaik secara langsung dan tidak berbayar buat para penonton yang hadir pada malam itu! Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Waris , Forteen , Faizal Tahir dan Black. Manakala, Firman dan Shae yang di terbangkan khas dari Indonesia turut memeriahkan lagi acara pentas ERAVAGANZA nanti. Konsert yang bakal berlangsung di sebelah malam itu bakal menanamkan bibit- bibit indah buat semua penonton yang hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka secara lebih dekat.

Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm!

ERAVaganza Era FM

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories