Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Grand Brilliance Julang Lima Trofi di Anugerah Lawak Warna Posted: 17 Aug 2013 07:23 PM PDT Tahniah Budiey ucapkan kepada Grand Brilliance kerana telah merangkul lima buah anugerah di Majlis Anugerah Lawak Warna yang telah berlangsung pada Jumaat yang lalu di Istana Budaya. Istanbul Aku Datang, filem komedi romantik yang telah menjalani penggambaran di negara Turki itu, telah memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik, sementara Lisa Surihani pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Kategori Filem) menerusi lakonannya sebagai Dian, seorang gadis blogger yang mencari cinta. Filem arahan Bernard Chauly ini juga memenangi Anugerah Direktor Komedi Terbaik, dan turut menerima Anugerah Lakon Layar Komedi Terbaik (Kategori Filem), hasil karya Rafidah Abdullah. Sementara itu, sebuah lagi terbitan Grand Brilliance, Rock Oo: Rimba Bara Kembali, juga memenangi Anugerah Skrip Komedi Terbaik (Kategori Filem). Dianjurkan oleh Astro Warna, Anugerah Lawak Warna ini adalah majlis pertama di Malaysia yang memberi penghormatan kepada industri komedi tanahair. Malam Anugerah ini, yang diadakan di Istana Budaya, menyaksikan penggiat-penggiat industri berentap untuk meraih antara 19 anugerah berprestij yang ditawarkan, termasuk empat Anugerah Popular dan sebuah Anugerah Khas Juri. Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance berkata:
Istanbul Aku Datang, hasil produksi Grand Brilliance bersama Red Films, telah dinobatkan sebagai Filem Komedi Terbaik di Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 pada bulan Mac awal tahun ini. Rock Oo: Rimba Bara Kembali, dengan Mamat Khalid selaku penulis skrip dan pengarah, dibintangi oleh pelakon-pelakon komedi terkenal Que Haidar, Khir Rahman dan Sofi Jikan. Filem komedi muzikal ini mengikuti kisah sekumpulan pemuzik di zaman 80an dan segala cabaran yang dihadapi mereka untuk mengecapi kemasyhuran. Tengku Iesta Tengku Alaudin, Pengurus Besar Grand Brilliance julang trofi. Google+Komen via Facebook |
Tiket Konsert Metallica Live di Malaysia 2013 Laris Dijual Posted: 17 Aug 2013 06:58 PM PDT Lebih kurang tinggal empat hari je lagi peminat Malaysia hampir bertemu band rock ternama dunia Metallica, diberitakan jualan tiket untuk konsert kumpulan heavy metal dari Los Angeles ini terus meningkat! Sebanyak tiga kategori tiket iaitu yang berharga RM195, RM350 dan RM380 sudah habis dijual. Wow, ramai peminat Metallica di Malaysia tak nak lepaskan peluang walaupun ada yang dah beli siang-siang untuk konsert yang sama di Singapura. Kiranya diorang ni memang die hard fans la sebab dua-dua konsert Metallica diorang nak balun. Sehingga kini, jualan tiket di Silver Rock Zone (RM450), Gold Rock Zone (RM550), Platinum Rock Zone (RM680) juga mendapat sambutan hangat. Konsert Metallica Live di Malaysia 2013 yang bakal berlangsung pada 21 Ogos ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.Untuk pertama kalinya, ikon rock legenda bakal menjejakkan kaki di Malaysia. Konsert Metallica Live di Malaysia 2013 yang bakal berlangsung pada 21 Ogos ini dianjurkan oleh Kumpulan Galaxy dalam persatuan dengan LAMC Productions dan Rockstar Touring – dengan sokongan dari Malaysia Major Event sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Bagi yang belum mendapatkan tiket, jualan tiket boleh didapati di semua Kaunter Tiket Galaxy di Boulevard, Mid Valley dan Sg Wang atau membeli secara online di www.ticketcharge.com.my. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kumpulan Galaxy di 03-22822020 atau layari laman web rasmi Galaxy Kumpulan pada www.galaxy.com.my / www.ticketcharge.com.my atau Galaxy Kumpulan Laman Facebook. Metallica Live in Malaysia 2013 is organised by Galaxy Group in association with LAMC Productions and Rockstar Touring; supported by Malaysia Major Events, a division of Malaysia Convention & Exhibition Bureau an agency under Ministry of Tourism and Culture Malaysia in conjunction with the promotional year for Visit Malaysia Year 2014. The concert is happening on 21st August 2013 at Stadium Merdeka. With nearly five days till we meet the world's biggest rock band, Metallica and ticket sales for the concert continue to rise, a total of three ticket categories; RM195, RM350 and RM380 are already sold out. To date, Silver Rock Zone (RM450), Gold Rock Zone (RM550), Platinum Rock Zone (RM680) are selling fast. For the first time, the legend rock icon is stepping in Malaysia therefore Malaysian fans definitely can look forward to an exhilarating night of high energy performance. Ticket sales are available at all Galaxy Ticket Counters at Boulevard, Mid Valley and Sg Wang; or purchase through online at www.ticketcharge.com.my . For more details, please contact Galaxy Group at 03-22822020 or visit Galaxy Group's official website at www.galaxy.com.my// www.ticketcharge.com.my or Galaxy Group Facebook page. Google+Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan