My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia |
| Tuah Nabil Dapat Kondominium RM1.036 Juta Secara Percuma Posted: 28 Oct 2013 09:08 PM PDT Posted: 29 October 2013 at 12:08 pm Hasrat Nabil untuk membeli sebuah kondominium akhirnya bertukar menjadi tuah buat dirinya apabila dia diberi sebuah rumah kondominium yang bernilai RM1.036 juta secara percuma… Cerita Nabil, pada awalnya dia sekadar ingin bertanya mengenai kondominium yang terletak di Antara Persiaran Gurney, Kuala Lumpur namun pihak pemaju bersedia memberikan sebuah unit percuma jika Nabil sudi menjadi duta perumahan tersebut..
Nabil yang menganggap kondominium yang masih dalam pembinaan itu adalah hadiah terbesar yang pernah diterimanya serta menyifatkan ia sebagai rezeki anaknya, Naera Mikayla yang genap setahun pada 25 November ini…
|
| Video wedding proposal Fizo Omar melamar Mawar Fareeda Posted: 28 Oct 2013 05:28 PM PDT Posted: 29 October 2013 at 8:28 am Sungguh romantik Fizo Omar ni rupanya, Semalam Fizo Omar telah membuat satu kejutan buat Mawar Fareeda apabila Fizo telah melamar beliau di Cathay Cineplex e Curve Damansara dihadapan keluarga terdekat dan rakan-rakan media.. Gimik wedding proposal tersebut nyata membuat Mawar Fareeda tergamam sebelum bersetuju menerima lamaran Fizo Omar… Pada hari yang sama juga, Fizo Omar telah memaklumkan yang beliau akan bertunang dengan kekasih hatinya, Mawar Abdul Karim yang juga anak kepada pengasas tudung Fareeda pada 9 November ini.. Manakala Majlis pernikahan pula akan diadakan pada 10 November 2013 sehari selepas pertunangan mereka.. Majlis bersejarah tersebuat bakal diadakan di kediaman Mawar sendiri di Country Heights, Kajang.. Tahniah MyGosip ucapkan buat Fizo Omar dan Mawar Fareeda, semoga segala perancangan mereka untuk mendirikan masjid akan dipermudahkan olehnya.. Apa-apa pun jom kita layan Video wedding proposal Fizo Omar yang melamar Mawar Fareeda semalam dibawah ni… |
| You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia Terkini | MyGosip .com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 ulasan:
Catat Ulasan