sumber :-
:: MYARTIS.COM :: |
- KONSERT LANTERA TIMUR - SITI SAH KUTIP RM1 JUTA
- 7 AKSI GILA-GILA FIDA - NAFI KAHWIN SENYAP
- KAHWIN BARU - ADDA BUTTERFLY KEKAL ISTERI KEDUA
- 9 GAMBAR & VIDEO - KILAFAIRY MELARAM DI AUSTRALIA
- 7 GAMBAR - JANJI NORA DANISH UNTUK PUTERA RAYQAL
- INFO - SHOWBIZ SASAR 6 FILEM TAHUN HADAPAN
| KONSERT LANTERA TIMUR - SITI SAH KUTIP RM1 JUTA Posted: 29 Oct 2013 11:26 PM PDT Datuk Siti Nurhaliza sah berjaya mengutip RM1 juta melalui persembahan konsert solo tradisional iaitu Lantera Timur di Istana Budaya pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013 lalu. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani yang menyatakan persembahan solo Siti itu merupakan yang paling berjaya setakat ini. ia mengatasi beberapa acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu daripada segi kutipan tiket. Klik untuk imej besar... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| 7 AKSI GILA-GILA FIDA - NAFI KAHWIN SENYAP Posted: 29 Oct 2013 09:44 PM PDT Gambar menarik Rafidah Ibrahim atau Fida yang baru-baru ini didakwa berkahwin secara senyap. Entah siapa sipembawa cerita, Fida didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Shah di Selatan Thailand tahun lalu. "Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP. Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya," ujar Fida. Akal ada ka? - klik untuk imej besar... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| KAHWIN BARU - ADDA BUTTERFLY KEKAL ISTERI KEDUA Posted: 29 Oct 2013 09:22 PM PDT Masih ingatkah anda dengan Adda Butterfly yang tidak berapa lama dahulu pernah berkahwin hanya 17 hari? Namun berita terkini mengenai adik kepada Rody Kristal ini akhirnya penuh cerita indah apabila dia menemui kebahagiaan. Ini kerana, pada 12 Oktober 2013 lalu, Adda telah bergelar isteri buat kali kedua kepada ahli perniagaan dari Sabah. Namun bukan jadi isteri pertama, tetapi Adda tetap jadi isteri kedua seperti sebelum ini. Adda & suami baru - klik untuk imej besar... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| 9 GAMBAR & VIDEO - KILAFAIRY MELARAM DI AUSTRALIA Posted: 29 Oct 2013 05:51 PM PDT Gambar menarik artis bibir sexy, Kilafairy di Melbourne, Australia. Namun pelakon itu ke sana bukan seorang diri, tetapi khabarnya dia bercuti bersama ahli keluarga. Rasanya, tentu ramai jejaka Mat Salleh yang tertarik bila melihat bibir Kilafairy yang hangat menawan seolah pelakon Hollywood, Angelina Jolie. Iyalah... bukan ramai artis Malaysia yang punya kelebihan macam tu ya tak? Ahak! Klik untuk imej besar... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| 7 GAMBAR - JANJI NORA DANISH UNTUK PUTERA RAYQAL Posted: 29 Oct 2013 03:35 PM PDT "Can't wait to bring this boy on holiday for 10 beautiful days early next month, counting days. Now my turn to squeeze u son. Enjoy ur time now with daddy, aunties, atok n Tah ok," demikian pesanan Nora Danish dari London baru-baru ini untuk anaknya Putra Rayqal. Nampaknya, bulan November nanti (mungkin ketika cuti sekolah), jadual percutian Nora dan Rayqal bakal padat dengan pelbagai kejutan dan kegembiraan. Mungkinkah Nora bercuti berdua sahaja dengan Rayqal? Atau Nora akan membawa bersama buah hatinya? Surprise..!! ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| INFO - SHOWBIZ SASAR 6 FILEM TAHUN HADAPAN Posted: 29 Oct 2013 02:27 PM PDT Enam buah filem pada tahun 2014 merupakan sasaran Showbiz Productions Sdn Bhd bagi menyemarakkan industri perfileman negara. Showbiz yang merupakan anak syarikat KRU Studios kini bersedia bersaing secara serius bagi menerbitkan filem-filem bermutu. "Produksi ini ditubuhkan sejak tahun 2011, dan aktif menerbitkan filem-filem yang lebih komersial, berbeza dengan filem-filem berat KRU sedia ada," ujar Ketua Operasi Showbiz, Zarina Abdul Rahman ketika majlis doa selamat dan pelancaran tiga filem baharu iaitu Hantu Tok Mudim, Ular dan Chikarodi di GSC Pavilion, Kuala Lumpur semalam. Klik untuk imej besar... ![]() << BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA - SILA KLIK >> |
| You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru - MYARTIS.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












0 ulasan:
Catat Ulasan