Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |   
|    Gambar Majlis Akad Nikah Diana Amir & Habibbullah Posted: 25 Oct 2013 08:33 PM PDT Syukur, alhamdulillah. Pada jam 9 malam tadi telah berlangsung majlis Akad Nikah Diana Amir bersama Habib A Rahman di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai 'Masjid Besi'. Turut dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak, sahabat handai dan para media. Dengan sekali lafaz, Nurdiana Amir Hashim dan Mohd Habibullah A Rahman telah pun selamat bergelar suami isteri dengan mas kahwin sebanyak RM1000.00 beserta sebentuk cincin dan Al-Quran sebagai hantarannya. Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim. Tahniah dan selamat pengantin baru Budiey ucapkan kepada kedua mempelai. Semoga Diana Amir dan pasangan bahagia hingga ke akhir hayat. Foto Kredit: MIG Online Google+Komen via Facebook{total} ', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '{total} ', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); }); |   
|    Diana Amir Sah Jadi Isteri Habibbullah Dengan Sekali Lafaz Posted: 25 Oct 2013 08:25 PM PDT Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru buat pelakon Diana Amir yang kini dah sah bergelar isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat. Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid berkenaan iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapanya sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim. Pada majlis itu Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 27, turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, senaskhah Al-Quran dan cincin. Kedua-dua belah pihak tidak menyediakan sebarang hantaran pada majlis tersebut. Pasangan tersebut sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dalam satu majlis tertutup di rumah keluarga pelakon berkenaan. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media. Turut kelihatan adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), David Teo dan beberapa rakan artis seperti Irma Hasmie, Heliza, Adam Corrie, Anita Baharom dan Yatt Hamzah. Satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai telah berlangsung secara tertutup di Wisma Metrowealth pada Khamis lalu yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan sahabat andai. Dalam pada itu, Diana yang anggun dengan busana rekaan pereka fesyen Ezuwan Ismail berkata, dia bersyukur dan lega kerana majlis berkenaan berjalan lancar seperti dirancang. 
 Diana dan suaminya belum menetapkan lokasi bulan madu mereka ekoran kesibukan jadual kerja masing-masing. Sumber: Mstar Online Google+Komen via Facebook |   
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti   To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |   Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 ulasan:
Catat Ulasan