Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Zizan Razak Kini Miliki Restoran Burgerbyte Posted: 26 Oct 2013 08:37 AM PDT MEMILIKI restoran, sentiasa menjadi salah satu impian penerima anugerah Artis Komedi Lelaki Popular, Razizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak. Namun, keterbatasan waktu sentiasa menghalangnya berbuat demikian. Sehinggalah pada pertengahan 2013, Zizan dan rakan kongsinya, En. Rostam Affendy Abd Rahim, terpanggil mengusahakan perniagaan restoran bersama. Penggabungan mereka itu sangat menarik. Jika Zizan, namanya dikenali seantero Malaya, En. Rostam pula mempunyai pengalaman mengusahakan restoran sebelum ini iaitu Tam's Place. Walau bagaimanapun, kedua-duanya sepakat untuk tampil dengan konsep restoran yang lari daripada kebiasaan konsep masakan panas yang diusahakan kebanyakan premis. Dalam mencari idea, cerita tentang kehebatan Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul menarik perhatian mereka. Mengagumi hidangan Burgerbyte yang ringkas dan lazat termasuk konsep restorannya yang santai dan selesa, membuat Zizan dan rakan kongsinya terpanggil untuk membuka cawangan Burgerbyte atau menjadi Francaisi kepada jenama produk Burgerbyte Sdn Bhd. Menawarkan kepelbagaian menu, dari masakan Barat merentas citarasa Italy tanpa mengenepikan keunikan masakan Asia, antara menu 'signature' Burgerbyte adalah Spaghetti, Pasta dan Westernize Nasi Arab. Burgerbyte bersama visinya untuk menjadi 'One of the big player in modern westernize F&B' setakat ini mempunyai tiga outlet iaitu di Sentul, Senawang dan Damansara. Sementara di Sri Iskandar Perak, Bangi, Semenyih dan Bukit Beruang, Melaka masih dalam proses pembikinan. Google+Komen via Facebook |
| Saingan Sengit Dalam Anugerah Industri Muzik 20 Posted: 26 Oct 2013 05:25 AM PDT Lima calon terbaik bagi setiap kategori anugerah untuk edisi ke-20 acara anugerah paling berprestij di negara ini, 'Anugerah Industri Muzik' (AIM) yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) telah pun diumumkan dalam satu sidang media yang diadakan minggu lalu di Hotel Istana. Menurut En. Rosmin Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 20.
Beliau juga mengesahkan penglibatan Macomm Management Services Sdn. Bhd., firma profesional sama yang telah mengendali proses penghakiman untuk AIM tahun lalu sebagai pengendali proses penghakiman untuk AIM tahun ini. Kategori 'Rakaman Album Terbaik' merupakan kategori anugerah pertama yang diadili pada 29hb. Ogos yang lalu diikuti penjurian untuk sebahagian besar kategori-kategori anugerah yang lain pada 5hb. September di Hotel Istana, hotel rasmi AIM 20. Kategori-kategori anugerah 'Lagu Terbaik', 'Album Terbaik' dan 'Video Muzik Terbaik' merupakan tiga kategori anugerah terakhir yang telah diadili di hotel yang sama pada 1hb. Oktober. Senarai akhir 5 calon teratas menyaksikan Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari mendahului calon-calon lain menerusi 4 pencalonan masing-masing dalam pelbagai kategori yang disertai. Sementara itu, kategori anugerah yang menjadi tumpuan ramai, 'Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Lelaki dan Wanita)' melihat kemasukan pendatang baru, Ronnie dari kumpulan Hyper Act dan Najwa Mahiaddin bersaing di kalangan nama-nama besar industri muzik seperti Faizal Tahir, Hafiz Suip, Dato' Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor dalam kedua-dua kategori tersebut. Dengan penambahan kategori baru, 'Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik di dalam Lagu', senarai calon akhir menyaksikan paduan suara penyanyi-penyanyi ternama tanahir di dalam lagu-lagu popular semasa termasuk "Sedetik Lebih" gandingan Anuar Zain & Dayang Nurfaizah, "In Love With You" dendangan Noh Salleh & Aizat Amdan dan "Lari' yang dibawa Sleeq & Hazama. RIM juga telah mendedahkan senarai penuh juri-juri terkemuka yang terlibat dalam proses penjurian yang terdiri daripada tokoh-tokoh berwibawa industri muzik tanahair termasuk Adnan Abu Hassan, Ajai, Aubrey Suwito dan Dato' Ramli Sarip. Pengarah Muzik tersohor tanahair, Dato' Ramli MS bertindak sebagai Ketua Juri untuk tahun ini. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad:
AIM 20 bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 14 Disember 2013 bermula dengan siaran secara langsung acara 'Karpet Glamor AIM 20' pada pukul 8:30 malam disusuli siaran langsung majlis penyampaian anugerah AIM 20 pada pukul 9:00 malam secara eksklusif di Astro RIA (Saluran 104) serta siaran serentak di Maya HD (Saluran 135). Klik untuk ketahui Senarai Top 5 Finalis Anugerah Industri Muzik 20 Untuk maklumat lanjut mengenai RIM, sila layari www.rim.org.my Senarai Kategori Anugerah:
Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






0 ulasan:
Catat Ulasan