RSS

Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jom Sertai Peraduan Fuelled By Fans Powered By PRIMAX

Posted: 28 Oct 2013 04:24 AM PDT

Salam Isnin buat semua pembaca…

Di petang yang cukup indah ini, cuba bayangkan, anda dibawa mengembara oleh selebriti popular dengan menaiki kereta dan anda dapat mengecapi kenangan mengembara dan ronda-ronda bersamanya. Ya, bukan seorang ya, tapi lima orang selebriti… sekarang ini tengah menanti-nanti mahu memandu bersama dengan anda! Agak-agak, dengan siapa korang teringin sangat untuk ronda-ronda sambil tunggang motor?

Haa, ini je peluang yang korang ada untuk bersama selebriti pujaan hati menunggang motor. Peluang yang mungkin datang sekali dalam seumur hidup. Semuanya dengan adanya Peraduan Fuelled By Fans Powered By PRIMAX yang dianjurkan oleh PETRONAS. Bukan tu je, peraduan ini akan memberikan wang tunai sebanyak RM100,000 kepada pemenang hadiah utama! Malah ada lagi lebih 800 hadiah menanti pemenang dengan nilai semuanya hampir cecah RM1 juta! Masyuk bukan?

Kesemua jumlah pemenang iaitu sebanyak 645 pemenang akan diberi peluang sama rata untuk mendapatkan hadiah utama.

Lima selebriti yang Budiey maksudkan ialah Maya Karin, Shaheizy Sam, DJ Yoon, pelakon dari Hong Kong iaitu Him Law dan selebriti popular dari Taiwan iaitu Bii. Budiey dah bayangkan sekarang ni, Budiey akan pilih Maya Karin atau Shaheizy Sam untuk bersama menaiki kereta.

Peraduan telah pun bermula pada 14 Oktober 2013 yang lalu dan akan berakhir pada 24 November depan.

Bagaimana Untuk Menang?

Satu soalan yang baik. Mana-mana peraduan, semuanya pasti ada cabaran tersendiri. Perjalanan pemanduan tidaklah dekat ya, ia bermula dari stesen PETRONAS Solaris, Serdang dan berakhir di stesen PETRONAS Kulim, Kedah. Setiap pasukan akan diberikan sebuah kereta, Kad Mesra yang telah siap disi dengan minyak PRIMAX dan juga telefon pintar bersama plan data.

Cabaran diberikan kepada 5 selebriti ini untuk menggunakan segala peralatan yang digunakan dengan sebijak yang mungkin. Sebagai pemenang pula, anda akan diberi tugas untuk membantu selebriti ini dengan menggunakan platform sosial media yang anda untuk menang dalam perlumbaan ini. Bunyinya, nampak macam mudah je kan? Tapi, bila anda cuba, barulah anda tahu senang ke susah.

Pemenang akan ditentukan bukan berdasarkan dari siapa cepat sampai ke titik penamat tapi siapa yang memberikan yang terbaik semasa perjalanan.

Anda boleh mengikuti perjalanan mereka dengan mengikuti hashtag #Like2SaveFor di media sosial untuk menyertai perbualan dengan selebriti ini.

Layari: www.like2savefor.my/fuelledbyfans

Maya Shaheizy Sam

Maya Shaheizy Sam

Komen via Facebook

Komen

Fizo Omar & Mawar Bakal Nikah 10 November 2013

Posted: 28 Oct 2013 04:04 AM PDT

Pada jam 12 tengahari tadi, Budiey dijemput untuk menghadiri Majlis Pengumuman Majlis Nikah Fizo Omar yang diadakan di sebuah dewan dalam pawagam Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Dalam surat khabar hari ini telah dikhabarkan Fizo akan berkahwin dalam masa dua minggu akan datang. Alamak, kira-kira 14 hari je lagi kan? Habis macamana pula dengan trip Fizo Omar bersama Cardiff City? Tetap jalan ke? Budiey juga turut akan bersama Fizo Omar ke London pada bulan depan untuk menonton perlawanan antara Cardiff City dan Manchester United. Okay tak pe, kita fokus dulu dengan majlis yang berlangsung pada tengahari tadi.

Fizo dan Mawar

Rata-rata masih tertanya-tanya, bilakan Fizo Omar dan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda, Mawar akan bernikah. Dan teka teki mengenai tarikh pernikahan pelakon Fizo Omar dengan Mawar Abdul Karim, 24, terjawab apabila pasangan itu mengesahkan untuk melangsungkannya pada 10 November depan. Menurut Fizo Omar, majlis akad nikah akan diadakan pada tarikh berkenaan di rumah keluarga perempuan iaitu di Country Heights, Kajang.

Fizo dan Mawar 2

"Majlis nikah akan diadakan pada pukul 9 pagi dan akan disiarkan secara langsung menerusi slot Nasi lemak Kopi O di TV9. Majlis bertunang pula akan diadakan sehari sebelum majlis nikah iaitu pada 9 November."

Sebelum majlis pengumuman berlangsung, Fizo melakukan gimik dengan melamar Mawar, 24, di panggung wayang Cathay @e-curve, Damansara di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin sambil disaksikan oleh pihak media. Kejutan itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan itu. Dalam perkembangan sama, Fizo berkata, mereka mengambil keputusan untuk bertunang terlebih dahulu atas permintaan keluarga yang ingin mengikut adat Melayu.

Jelas Fizo, majlis khatam Al-Quran dan berinai juga turut diadakan selepas selesai majlis pertunangan yang hanya akan dihadiri oleh keluarga pihak perempuan.

"Saya dan Mawar sebenarnya tidak mahu bertunang dan terus bernikah tetapi atas menghormati permintaan keluarga kami bersetuju tambahan pula ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga bakal isteri saya."

Bercakap mengenai kejutan yang dibuat kepada Mawar, Fizo berkata, idea berkenaan dirancang dalam masa tiga hari dan dia sempat mengarahkan sebuah video pendek untuk kekasih hatinya itu yang diberi judul Paranormal.

Fizo berkata, ia adalah sebagai salah satu hadiah kepada Mawar sebelum mereka melangkah ke alam perkahwinan sebelum ini.

"Saya juga pilih untuk membuat kejutan di panggung wayang kerana saya adalah seorang pelakon dan ini adalah kehidupan saya yang ingin saya kongsi bersama Mawar. Lega rasanya apabila pelan melamarnya menjadi kerana bimbang juga jika 'terkantoi'."

Mawar ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka Fizo akan melakukan kejutan itu kerana pada awalnya teman lelakinya mengajaknya menghadiri sebuah sidang media sebelum mengambil keputusan untuk menonton wayang.

Jelas Mawar, dia mula merasakan sesuatu bakal berlaku apabila muncul sebuah video lakonan Fizo bersama pelakon cilik Mia Sara di skrin panggung yang berkisar mengenai hubungan mereka.

"Memandangkan sidang media itu berlangsung pada sebelah petang Fizo mengajak saya menonton wayang terlebih dahulu dan saya langsung tidak mengesyaki apa-apa. Tiba-tiba video itu keluar dan Fizo yang kononnya keluar untuk ke tandas telah muncul daripada hadapan panggung membawa sejambak bunga dan melamar saya."

Tambah Mawar, dia sangat terharu dengan kesungguhan lelaki itu walaupun perbincangan tentang perkahwinan mereka telah dibuat lebih awal.

"Sudah tentu saya kata 'ya' kepada lamarannya kerana persiapan telah pun bermula tetapi kesungguhannya amat menyentuh hati saya."

Sementara itu, Fizo berkata, persiapan perkahwinan mereka sedang berjalan walaupun masing-masing sibuk dengan pelbagai komitmen.

"Walaupun kami jarang berjumpa tetapi kami sering berhubung antara satu sama lain dan urusan mengenai majlis pertunangan dan perkahwinan tetap berjalan walaupun kami tidak bertemu."

Keluarga Fizo pada 28 Ogos lalu telah menghantar rombongan merisik Mawar selepas hampir setahun berkenalan. Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories